Siti Nor Ain Binti Bene, seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, telah berjaya mengambil bahagian dalam program 'One For All, All For One' dengan baik. Beliau telah memainkan peranan sebagai Ketua Exco Tugas-tugas Khas dan bertanggungjawab untuk mengatur aktiviti seperti LDK 1. Beliau juga berjaya meningkatkan semangat dan keyakinan pelajar-pelajar sekolah dalam aktiviti sebagai fasilitator.
Penerangan aktiviti hc sosial dan kebertanggungjawaban
1. HHHC9101 SET41 KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNJAWABAN
Saya Siti Nor Ain Binti Bene, nombor kad matrik A144567 pelajar Universiti
Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur, telah sempurna melaksanakan kerja yang
diberi iaitu “Kemahiran Sosial Dan Kebertanggungjawaban” bagi sesi 2013/2014. Saya telah
melibatkan diri dalam program ‘One For All, All For One’ dengan amat cemerlang dalam
aspek-aspek yang menyeluruh terutama dari segi Kemahiran Sosial dan
Kebertanggungjawaban.
Pada bulan Februari yang lalu, pelajar perubatan Tahun 1 telah melaksanakan
program motivasi bersama para pelajar Sekolah Menengah Agama Assayidah Khadijah
(SMAAK) di Melaka. Dalam program ini, saya telah menyandang jawatan sebagai Ketua
Exco Tugas-tugas Khas (TTK). Saya telah diberi tanggungjawab dalam hal-hal seperti
melengkapkan peralatan yang diperlukan oleh exco lain dan juga mengatur cara salah satu
aktiviti dalam program ini iaitu LDK 1. Dalam melaksanakan aktiviti ini, saya sebagai ketua
sangat memainkan peranan dan berkomunikasi dengan ahli-ahli dibawah saya dan juga ahli
exco lain. Saya juga berkomunikasi bersama exco yang lain dan bertanggungjawab untuk
menyediakan peralatan yang mereka perlukan. Dalam aktiviti LDK 1, atas kata sepakat
bersama ahli-ahli Exco TTK, kami memilih untuk membuat explorace sebagai pengisian.
Kelainan tentang aktiviti ini ialah mereka ditugaskan untuk memberikan satu jawapan dari
klu-klu yang kami berikan apabila mereka melengkapkan tugasan yang diberikan di setiap
“checkpoint” dan peraturannya ialah seorang sahaja yang dibenarkan melaksanakan tugasan
untuk satu “checkpoint” serta orang yang sama tidak dibenarkan melaksanakan tugasan di
“checkpoint” lain. Saya dan rakan-rakan juga membincangkan pengisian yang bermanfaat
dalam aktiviti tersebut seperti Mystery Box iaitu mereka dikehendaki mencari klu dalam
kotak yang berisi ulat. Aktiviti ini melatih mereka menyusun strategi dan berani dalam
2. melaksanakan tugasan. Saya bertanggungjawab memberikan arahan kepada mereka untuk
berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.
Di samping itu juga, dalam aktiviti bersama pelajar-pelajar Tingkatan 1 Sekolah
Menengah Agama Assayidah Khadijah (SMAAK), pelajar-pelajar tersebut dibahagikan
kepada beberapa kumpulan. Saya dan beberapa rakan lain telah dimasukkan dalam salah satu
kumpulan tersebut dan ditugaskan menjadi fasilitator. Sebagai fasilitator, saya dan rakan-
rakan berjaya meningkatkan semangat dan keyakinan mereka untuk menjadi ketua dalam
setiap aktiviti yang dijalankan. Sebagai pengetahuan, setiap aktiviti kami melantik ketua yang
berlainan supaya mereka dapat merasai kebertanggungjawaban sebagai ketua. Saya juga
dapat berkongsi sedikit sebanyak tentang alam persekolahan saya kepada mereka. Walaupun
mereka masih muda tetapi mereka sepatutnya didedahkan dengan pengisian seperti ini. Yang
sapat saya perhatikan tentang pelajar-pelajar ini masih kurang pengetahuan tentang laluan
untuk mereka melanjutkan pelajaran. Oleh itu, aktiviti sosial seperti ini dapat mendedahkan
sedikit sebanyak maklumat kepada mereka.
Program ini, saya dan ahli-ahli lain dapat berinteraksi dengan baik. Saya dapat
mengaplikasi kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban bersama pelajar-pelajar sekolah
tersebut serta antara ahli-ahli program ini. Program ini juga mengasah lagi bakat saya dalam
kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban. Menjadi ketua Exco TTK juga mengubah diri
saya daripada pasif kepada lebih menglibatkan diri dalam aktiviti seperti ini dan lebih
bertanggungjawab dalam menyandang sesuatu jawatan serta melaksanakan aktiviti. Program
ini juga mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara Pelajar Perubatan Tahun 1 dan
masyarakat iaitu pelajar-pelajar sekolah tersebut.
Secara keseluruhan program ini berjalan dengan lancar berikutan sikap komunikasi
yang tinggi dan kebertanggungjawaban yang dipamerkan oleh setiap ahli program. Walaupun
terdapat sedikit permasalahan ketika pelaksanaan program namun berjaya diatasi dengan baik
3. dan terdapat alternatif lain yang digunakan bagi meminimakan permasalahan ini. Tayangan
video ilmiah telah dipaparkan kepada para pelajar sementara masalah ini diselesaikan.