HAK PATEN yang merupakan salah satu bagian dari HAKI
Undang-undang Tanah - Lesen Pendudukan Sementara atau Temporary Occupational License
1. 1 | P a g e
Undang-undang Tanah
Lesen Pendudukan Sementara (“Temporary Occupational License”)
Apakah itu LPS?
Lesen atau kebenaran untuk menduduki tanah dalam tempoh sementara.
Bukan satu hak milik atau pajakan.
Bersifat terhad dari segi masa iaitu hanya sah dalam tahun ia dikeluarkan, dan akan
tamat pada 31 Disember tiap-tiap tahun, melainkan jika ia ditamatkan lebih awal oleh
PBN.
Pemegang lesen tidak mempunyai hak untuk:
o Memindah milik;
o Mewariskan secara pusaka; atau
o Menghadiahkan kepada pihak lain.
PBN (“Pihak Berkuasa Negeri”) boleh mengehadkan penggunaannya dengan
mengenakan syarat nyata pada lesen tersebut.
Seksyen yang relevan
PBN boleh mengeluarkan LPS ke atas mana-mana tanah negeri, tanah
lombong dan tanah rizab (lesen ini tidak boleh dikeluarkan bagi kawasan
sungai).
S 65
Kuasa Pentadbir Tanah untuk mengeluarkan LPS. S 66
Menetapkan tempoh, syarat dan bentuk LPS. Pentadbir Tanah boleh
memperbaharui LPS sebanyak 3 kali tanpa perlu melalui keizinan khas
dari PBN. Pembaharuan seterusnya memerlukan kebenaran bertulis dari
PBN.
S 67
Larangan pindahmilik LPS. Lesen in juga akan terhapus dengan kematian
individu atau penggulungan syarikat pemegang lesen.
Hee Cheng v Krishnan
1. Plaintif telah menuntut remedi perlaksanaan spesifik atau ganti rugi
akibat dari kemungkiran kontrak jual beli rumah di atas tanah LPS.
2. Mahkamah menolak permohonan tersebut kerana kontrak itu dianggap
tidak sah dan bertentangan dengan s 24 Kontrak 1950.
S 68
Membenarkan PBN mengenakan deposit ke atas pemegang LPS. S 68A
2. 2 | P a g e
Mewujudkan LPS berbeza untuk pengeluaran batuan dalam tempoh 5
tahun.
S 69
Tujuan LPS boleh dihadkan oleh pentadbir tanah
Dalam Borang 4A
o Penanaman,
o Kediaman persendirian,
o Pertunjukan awam, atau
o Perniagaan, etc.
Tanah tidak boleh digunakan untuk
tujuan lain dari apa yang ditentukan,
mananam tanaan kekal, dan
membina bangunan kekal.
Langgaran syarat dan pampasan
LPS khas
Melalui borang 4B.
Untuk:
o Pengambilan;
o Pengeluaran; dan
o Pemprosesan batuan.
PBN mempunyai kuasa untuk memberikan lesen yang berasingan kepada dua orang
atau lebih bagi satu tanah untuk kegunaan yang berbeza
Mohamed v Kunji Mohidin
o Responden diberikan LPS untuk tujuan memetik buah kelapa daripada
sebuah tanah.
LPS dibatalkan tanpa
pampasan oleh PBN
Pemegang LPS
melanggar syarat
LPS dibatalkan dengan
pampasan oleh PBN
Pemegang LPS tidak
melanggar syarat
s 69
3. 3 | P a g e
o Perayu pula diberikan LPS untuk tujuan menternak ayam di atas tanah yang
sama. Perayu kemudiannya menebang sebahagian dari pokok kelapa di situ.
o Responden memohon ganti rugi atas kehilangan sumber pendapatannya
akibat penebangan pokok itu.
o Mahkamah memutuskan bahawa LPS yang diberikan kepada perayu adalah
sah walaupun ia dibuat atas tanah yang sama kerana LPS diluluskan untuk
tujuan yang berbeza. Oleh itu, responden berhak mendapat ganti rugi setakat
kehilangan sumber pendapatannya sahaja dan bukan ke atas kehilangan
pokok kelapa itu, kerana pokok-pokok tersebut bukan miliknya.
Pemengang LPS mempunyai hak penggunaan dan penikmatan tanah sebagaimana
diperuntukkan di bawah s 44 dan 45 KTN
Pemegang LPS mempunyai hak untuk:
o Mendapat sokongan tanah;
o Menggunakan ruang udara dan bawah tanah;
o Keluar masuk; serta
o Mendapatkan hasil batuan dan hutan.
Tanah LPS boleh disewa
Govindaraju v Krishnan
o Hakim menegaskan penyewaan sebahagian rumah bukanlah satu
pindahmilik LPS, maka ia boleh disewakan dan defendan tidak boleh
mendakwa bahawa penyewaan tersebut menyalahi undang-undang dan
bahawa dia tidak perlu keluar dari rumah itu apabila sewaannya telah
ditamatkan.
Tindok Besar Estate Sdn Bhd v Tinjar Co, Lee Hun Hoe HB
o Mahkamah telah membenarkan penyewaan di atas tanah LPS. Penyewaan
tidak boleh dianggap salah.
Tanah LPS tidak boleh dipusakai
Papoo v Veeriah
o Hakim Good menjelaskan bahawa LPS hanyalah satu lesen untuk menduduki
dan tidak lebih dari itu. Lesen itu adalah untuk kegunaan sendiri dan ia ‘mati’
bersama-sama pemegangnya.
o Maka, permohonan pindah milik tidak dibenarkan.
Pemegang LPS ada hak untuk bertindak atas penceroboh
Julaikha Bivi v Mydin
o Plaintif merupakan pemegang LPS sebuah tanah. Defendan pula telah
menduduki tanah tersebut sebelum plaintif menerima LPS.
o Mahkamah memutuskan permohonan plaintif untuk memerintah defendan
keluar dari tanahnya adalah berasas dan defendan boleh diperintah keluar.
Pembaharuan LPS adalah tertakluk kepada budibicara PBN
Teh Bee v K Maruthamuthu
o Pemegang LPS telah menduduki sebidang tanah selama lebih 20 tahun.
o PBN kemudiannya memberikan tanah itu kepada orang lain.
4. 4 | P a g e
o Hakim memutuskan bahawa pemegang LPS tidak mempunyai hak
berdasarkan undang-undang atau ekuiti ke atas hak milik tanah selain dari
hak untuk menduduki sebagaimana yang ditentukan oleh lesen itu.
o PBN tidak mempunyai kewajipan untuk memperbaharui lesennya bagi mana-
mana tahun berikutnya.
Pencerobohan bekas pemegang lesen akan diberi notis yang munasabah untuk
keluar dari tanah itu
PP v Yap Tai
o Mahkamah memutuskan bahawa responden adalah penceroboh. Namun
demikian, ia hendaklah diberi notis yang munasabah untuk mengosongkan
rumah dan memindahkan barang-barangnya.