2. ISI KANDUNGAN
Apakah itu pemberimilikan?
Apakah peruntukan yang berkaitan?
Sedikit sejarah...
Apa yang berlaku jika tempoh pajakan tamat?
Secara ringkasnya
Apakah jenis tanah yang boleh diberimilik?
Apakah itu dokumen hak milik?
Apakah dua jenis dokumen hak milik?
Rumusan
CLICK ME!
3. APAKAH ITU PEMBERIMILIKAN?
▪ Pemberimilikan adalah pemberian tanah oleh PBN
(“Pihak Berkuasa Negeri”) kepada individu-individu
atau badan-badan.
3
4. APAKAH PERUNTUKAN YANG BERKAITAN?
▪ Menurut s 76, pemberimilikan boleh dibuat dalam dua bentuk:
a) Pemberimilikan bertempoh tidak melebihi 99 tahun, juga dikenali sebagai
pemegangan pajakan/sementara (leasehold).
aa) Pemberimilikan untuk selama-lamanya, juga dikenali sebagai pemegangan
kekal/bebas (freehold). Bentuk ini terhadap kepada:
i. jika Kerajaan Persekutuan memerlukannya;
ii. PBN berpuashati bahawa tanah itu akan digunakan untuk tujuan
awam; atau
iii. PBN berpuashati ada keadaan khas yang memerlukan pemberian
selama-lamanya.
4
5. SEDIKIT SEJARAH...
▪ Sebelum pindaan KTN (“Kanun Tanah Negara”) pada 25 Mac 1985, pegangan
kekal biasanya diberi kepada individu dan badan-badan. Namun, kerajaan
terpaksa membayar pampasan yang tinggi apabila berlaku pengambilan kembali
tanah.
▪ Maka, untuk mengelak pembayaran pampasan yang tinggi, pegangan kekal
tidak lagi biasa diberi (sekarang telah terhad) dan sebaliknya diberikan
pegangan sementara.
5
6. APA YANG BERLAKU JIKA TEMPOH PAJAKAN TELAH TAMAT?
▪ PBN boleh mengambil kembali tanah (s 46).
▪ Semua bangunan kekal yang ada atas tanah terbabit akan menjadi milik PBN
dan PBN tidak perlu membayar apa-apa pampasan atas nilai tanah dan
bangunan terbabit (s 47).
▪ PBN juga tidak terikat untuk menyambung kembali pemberimilikan berkenaan
apabila tamat tempoh pegangan pajakan.
6
7. S 46
Apabila tamat tempoh
Kerajaan boleh mengambil
Kembali
Kekal selagi kerajaan
tidak mengambil tanah
Selama-lamanya aka
Kekal aka
Bebas aka
“Freehold” aka
PEMBERIMILIKAN
aka PEMEGANGAN
Bertempoh aka
Pajakan aka
Sementara aka
“Leasehold”
S E C A R A R I N G K A S N Y A
Tidak melebihi 99 tahun
s 76 KTN
a)
aa)
Sekarang terhad kepada
situasi di bawah (i) – (iv)
7
8. APAKAH JENIS TANAH YANG BOLEH “DIBERIMILIK”?
▪ Tanah kerajaan sahaja.
▫ Tidak boleh:
▫ Tanah lombong;
▫ Hutan simpan; atau
▫ Tanah berimilik.
▫ Tan Chiw Thoo v Tee Kim Kuay
▫ Responden menerima hak milik tanah 4 tahun lebih awal daripada
perayu.
▫ Tanah tersebut telah diberimilik kepada responden dan
pemberimilikan kepada perayu atas tanah berimilik adalah tidak
sah.
8
9. APAKAH ITU DOKUMEN HAK MILIK?
▪ Dokumen hak milik adalah dokumen yang membuktikan hak berdaftar
seseorang pemunya tanah. Ia juga mengandungi segala perkara dan maklumat
yang penting berkaitan dengan tanah seperti geran atau pajakan, peringkat
negeri mukim, pelan tanah, keluasan, nombor lot dan lain-lain.
9
10. APAKAH DUA JENIS DOKUMEN HAK MILIK?
▪ Dokumen HT (“hak milik tetap”)
▫ Diberikan apabila kawasan dan sempadan tanah telah
ditentukan dengan jelas.
▫ Tanah yang dipegang dibawahnya boleh dipecah sempadan,
dipecah bahagi dan disatukan tanah.
▪ Dokumen HS (“hak milik sementara”)
▫ Diberikan apabila pemberimilikan diluluskan namun kawasan
dan sempadan tanah masih belum ditentukan dengan jelas.
▫ Tanah yang dipegang dibawahnya belum lagi boleh dipecah
sempadan, dipecah bahagi dan disatukan tanah.
▫ Pengeluaran HS ini akan membolehkan tuan punya tanah
membuat pindahmilik, gadaian atau pajakan sebelum kerja ukur
diselesaikan.
Mempunyai hak yang sama
Dokumen hak milik adalah satu
dokumen yang muktamad dan
tidak boleh disangkal seperti
yang diperuntukan di bawah
seksyen 92.
Ketidakbolehsangkalan hak
milik (indefeasibility of title) ini
terbukti berasaskan peruntukan
undang-undang Kanun Tanah
Negara seperti seksyen 89 dan
340.
10
11. Rumusan
▪ Seksyen 78(3) KTN menjelaskan tentang betapa
pentingnya hakmilik. Tanah yang telah diluluskan
untuk pemberimilikan atau pindahmilik masih terus
dimilik oleh pemilik asal sehingga hakmilik tersebut
didaftarkan atas nama tuan punya yang baru.
11