SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042
                                                                       NUZUL AL-QUR’AN




01. PENDAHULUAN

Para ulama’ Islam sepakat mengatakan al-Qur’an al-Karim diturunkan daripada Allah
s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s. untuk
disampaikan keseluruhan isi kandungannya kepada umat manusia sama ada di bumi
mahupun di langit. Sesiapa sahaja yang mengingkari al-Qur’an itu, walaupun hanya satu
ayat maka ia dianggap kafir.
     Al-Qur’an dan Hadith telah menjelaskan tentang penurunan al-Qur’an dengan

menggunakan perkataan ‫( نزل‬turun) ataupun ‫( انزل‬menurunkan). Antaranya Allah s.w.t
berfirman dalam Surah As-Syu’ara’ ayat 193-194 :

‫على قبلك‬     ١٩٣   ‫. . . نزل به الروح المين‬
Maksudnya : “Dia dibawa turun oleh al-Ruh al-Amin (Jibril) ke dalam hatimu
(Muhammad).
Dan firman-Nya lagi:

‫. . . شهر رمضان الذى أنزل فيه القرأن هدى الناس‬
Maksudnya: “(Beberapa hari yang ditentukan itu) Bulan Ramadhan bulan yang di
dalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia.”
                                                         (Surah al-Baqarah ayat 185)

    Perkataan ‫( نزل‬nazala) dan kesemuanya merupakan pecahan termasuk ‫( انزل‬anzala),


‫( نزل‬nazzala), ‫( تنزل‬tanazzala), ‫( نزل‬nuzul), ‫( منزل‬manzil) dan sebagainya telah disebut
sebanyak 307 kali di dalam al-Qur’an. Sesetengah daripada perkataan-perkataan ini
menggambarkan tentang penurunan al-Qur’an daripada Allah s.w.t kepada Nabi
Muhammad s.a.w melalui peringkat-peringkatnya yang tersendiri.1




2.0 PENGERTIAN NUZUL AL-QUR’AN
1
 Joni Tamkin Borhan, Che Zarina (1995), Ulum Qur’an Tingkatan 6, Selangor, Cahaya Pantai Publishing
(M) Sdn. Bhd.,hal.79.
ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042
                                                                        NUZUL AL-QUR’AN


Al-Asfahani berkata dalam tafsirnya bahawa para ulama Ahli Sunnah sependapat
mengatakan bahawa kalam Allah itu (al-Qur’an) diturunkan tetapi mereka berselisih
pendapat mengenai makna penurunan tersebut.
    Ada yang berkata bahawa Inzal atau penurunan tersebut bermaksud menyatakan bacaan
al-Qur’an atau membacakan wahyu tersebut kepada Nabi s.a.w.2
      Sebahagiannya pula berpendapat Allah mengilhamkan kalam-Nya (perkataan-Nya)
kepada malaikat Jibril a.s sedang Ia berada di langit tempat yang mulia dan mengajarkan
cara bacaannya.Lalu Jibril sesudah itu turun menyampaikannya kepada Nabi.
     Terdapat banyak ayat di dalam al-Qur’an yang telah menyebutkan bahawa al-Qur’an
diturunkan oleh Allah kepada para manusia. Di antara ayat-ayat tersebut iaitu dalam
Surah al-Baqarah ayat 99 yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada engkau (Muhammad) beberapa ayat yang
terang dan tidaklah ada yang menyangkalnya melainkan orang yang fasik”.
Firman Allah lagi:

‫وَلَقد أنزلنا إليكم ءايت مبينت ومثل من الذين خلوا من قبلكم وموعظة للمتقين‬
                                                               (Surah An-Nur Ayat 34)
      Jika ditinjau dari sudut bahasanya, penggunaan kalimah Nazzala dalam bahasa Arab
bererti turun. Ini dapat dilihat dari ayat berikut:

      1.                     ‫نزل فلن من الجهل‬

      2.                     ‫نزل فلن من الجهل‬
Yang bermaksud telah turun si polan dari gunung dan telah menurunkan (Ia) dari langit
air (hujan).3 Begitu juga perkataan tersebut pernah digunakan oleh orang Arab dengan
makna atau membawa maksud tinggal atau menetap seperti Firman Allah s.w.t :
“Katakanlah: Wahai Tuhanku, tempatkanlah aku di tempat yang mendapat keberkatan
dan sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat.”
                                                               (Surah Al-Mu’minun, Ayat 29)


2
    Asmawi Haji Ehsan (2004), Ulum Qur’an, Kuala Lumpur, Pustaka Haji Abdul Majid,hal.27.
3
    Ibid, hal.28.
ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042
                                                                 NUZUL AL-QUR’AN


      Namun demikian, ayat-ayat al-Qur’an tidaklah dapat diertikan sebagai turun atau
tinggal sebagaimana maksud-maksud ayat di atas. Ini adalah kerana ia tidak sesuai
dengan sifat, kandungan dan status al-Qur’an sebagai wahya Allah. Sekiranya al-Qur’an
atau wahyu tersebut diertikan sebagai turun seperti maksud di atas, tentunya akan
memberi kefahaman bahawa al-Qur’an yang merupakan kalamullah sebagai benda yang
menempati ruang. Sekiranya ini terjadi, maka al-Qur’an adalah makhluk, sedangkan
sebenarnya al-Qur’an adalah kalamullah yang bersifat qadim dan azali.
     Justeru, penggunaan kalimah Nazzala tersebut tidaklah boleh diertikan sebagai turun
tetapi para ulama telah memberikan makna lain bagi kalimah tersebut iaitu pembersihan.
Ini bermaksud, pemberitahuan dari Allah kepada seluruh makhlukNya di alam semesta
ini agar beriman dengan Allah s.w.t dan mematuhi segala peraturanNya.4
      Seperti yang telah disebutkan bahawa al-Qur’an tidak sesuai untuk disebut sebagai
turun dari langit dunia kerana ia adalah bersifat qadim lagi azali. Oleh sebab yang
demikian, ulama telah sependapat mengekalkan penggunaan Nazzala tetapi dengan
makna I’lam atau pemberitahuan. Ini adalah kerana ia lebih tepat dan bersesuaian dengan
maksud penurunan al-Qur’an itu sendiri.
      a. Al-Qur’an diturunkan oleh Allah merupakan suatu pemberitahuan dari Allah
           kepada semua makhluk-Nya di alam ini bermula dari penurunan peringkat
           pertama ke Luh Mahfuz, Baitul Izzah dan akhirnya kepada Nabi Muhammad s.a.w
           dan seluruh manusia dan jin.
      b. Al-Qur’an merupakan khabar gembira dan khabar takut yang disampaikan oleh
           Allah melalui lidah Rasul-Nya kepada semua makhluk di alam ini. Oleh itu,
           penggunaan makna pemberitahuan adalah lebih tepat dan sesuai.
      c. Al-Qur’an adalah kalamullah dan kalam sememangnya berfungsi untuk
           memberitahu. Oleh itu, penggunaan makna pemberitahuan adalah amat sesuai
           dengan fungsi al-Qur’an dan keadaan penurunannya.
     Penggunaan perkataan Nazzala tetap dikekalkan kerana mahu mengekalkan kemuliaan
yang ada pada al-Qur’an itu sendiri iaitu bahawa al-Qur’an adalah berasal dari sumber
yang paling mulia, Maha Tinggi iaitu dari Allah s.w.t .5 Sekiranya kalimah I’lam sahaja

4
    Ibid,Asmawi Haji Ehsan, hal.29.
5
    Ibid, hal.30.
ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042
                                                             NUZUL AL-QUR’AN


yang digunakan sudah tentu rasa kemuliaan tersebut tidak dapat dirasai oleh manusia
kerana I’lam atau pemberitahuan berkemungkinan besar adalah dari manusia dengan
manusia sahaja sedangkan al-Qur’an adalah pemberitahuan dari Allah kepada manusia.
 Allah telah berfirman mengenai perkara ini dalam ayat berikut :

‫ححم }١{ والكتاب المحبين }٢{ إنحا جعلنحه قرأنحا غربيحا لعلكحم تعقلون }٣{ وإنحه قحى أم‬

٤} ‫}الكتب لدينا لعلى حكيم‬

                                                         (Surah az-Zukhruf, Ayat 2)
   Oleh yang demikian, makna penurunan al-Qur’an adalah makna hakiki atau makna
sebenar sementara penurunan al-Qur’an dengan makna pemberitahuan adalah makna
majazi (pinjaman). Sementara itu, hubungan di antara kedua makna (hakiki dan majazi)
adalah al-luzum (ketentuan). Ini adalah kerana setiap sesuatu penurunan atau
pemberitahuan semestinya ada kepastian (ketentuan) siapa yang menyampaikan
pemberitahuan tersebut dan siapakah yang sepatutnya menerima pemberitahuan tersebut.
Bagi Al-Qur’an yang memberitahu ialah para Rasul dan yang diberitahu adalah makhluk
termasuk jin dan manusia.
Mengenai cara penurunan al-Qur’an, al-Asfahani ada mengutarakan dua pendapatnya
iaitu sama ada:
   1. Bahawa Nabi Muhammad s.a.w menukarkan sifat dirinya sebagai manusia
       kepada sifat malaikat dan kemudian menerima wahya tersebut darinya; atau
   2. Bahawa Malaikat Jibril menukarkan sifat dirinya dan sifat malaikat kepada sifat
       manusia dan ia menyampaikannya kepada Nabi s.a.w.
Dalam dua keadaan tersebut maka cara yang pertama adalah yang paling berat sekali
untuk ditanggung oleh Nabi s.a.w. Sedangkan penurunan dengan cara kedua iaitu pada
kali pertama baginda menerima wahyu itu baginda berada amat payah hingga hampir
lemas, apatah lagi dengan cara yang pertama.
  Kerana itu, pernah diriwayatkan bahawa unta yang Nabi naiki terduduk semasa Nabi
sedang menerima wahyu dan Saidina Ali r.a pernah terasa hampir patah pahanya tertindih
paha Nabi s.a.w sewaktu baginda menerima wahyu. Ini semua adalah menggambarkan
betapa wahyu tersebut amat berat yang berkemungkinan penurunannya melalui dua cara
ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042
                                                                        NUZUL AL-QUR’AN


di atas.Menurut Al-Imam Badr al-Din al-Zarkasyi(794 H.) dalam kitabnya Al-Burhan fi
Ulum al-Qur’an menyebut bahawa Ahli al-Sunnah telah sepakat mengatakan bahawa
Kalam Allah itu sesuatu yang diturunkan. Cuma mereka berbeza pandangan tentang
makna dan pengertian penurunan itu. Sebahagian mereka berpendapat bahawa penurunan
Al-Qur’an itu bererti menzahirkannya. Sementara sebahagian yang lain pula mengatakan
bahawa maksudnya: Allah Taala memahamkan Kalam-Nya kepada Jibril a.s serta
mengajarnya membaca Al-Qur’an di langit, kemudian Jibril a.s pulalah yang
membawanya turun ke bumi.
     Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menerima wahyu Al-Qur’an daripada Jibril a.s melalui
salah satu daripada dua cara berikut, iaitu:
       a. Sama ada Baginda Rasulullah s.a.w bertukar rupa kepada malaikat, kemudiannya
           menerima al-Qur’an daripadanya,atau
       b. Sama ada malaikat bertukar rupa menjadi manusia, kemudian Rasulullah s.a.w
           mengambil Al-Qur’an daripadanya.6




3.0 KEPENTINGAN MENGETAHUI PROSES PENURUNAN AL-QUR’AN
Terlalu banyak hikmat atau faedah mengetahui proses penurunan Al-Qur’an. Antaranya
ialah:
       a. Ilmu tersebut merupakan asas bagi membolehkan seseorang Islam itu meyakini
           al-Qur’an sebagai sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah kepada hamba-Nya
           sebagai panduan.
       b. Dengan mengetahui ilmu tersebut juga memudahkan seorang Islam mengimani
           Rasulullah s.a.w.Ini kerana, dengan ilmu tersebut kita dapat meyakini bahawa
           penurunan al-Qur’an yang bermakna majazi mempunyai hubungan iaitu kepastian
           orang yang memberitahu dan yang diberitahu iaitu Rasul-Nya Nabi Muhammad.7
       c. Pengetahuan mengenai nuzulul Qur’an akan menjadikan kita meyakini bahawa
           agama Islam adalah agama yang benar kerana kandungannya merupakan


6
    Abdul Rashid bin Ahmad(1997),Ulum Al-Qur’an,Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,hal. 25.
7
    Op cit, Asmawi Haji Ehsan, hal. 32.
ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042
                                                                       NUZUL AL-QUR’AN


         kalamullah yang pasti dan terbukti diturunkan melalui lidah para Rasul-Nya
         berdasarkan bukti dan mukjizat.8


4.0 CARA PENURUNAN AL-QUR’AN
Perbincangan mengenai Nuzul al-Qur’an kepada Rasulullah s.a.w daripada Allah s.w.t
seringkali     menyentuh        beberapa      peringkat    penurunannya.    Sesetengah   ulama
membahagikannya kepada tiga peringkat, manakala sebahagian yang lain pula
membahagikannya kepada dua peringkat sahaja.9
1. Penurunan al-Qur’an secara jumlatan (sekaligus) boleh dibahagikan kepada dua
peringkat utama iaitu:
Peringkat pertama : iaitu turunnya al-Qur’an daripada Allah s.w.t ke Luh Mahfuz
secara jumlatan (sekaligus). Kenyataan ini didasarkan kepada firman Allah s.w.t:

٢٢}   ‫}بل هو قرأن مجيد }١٢{ فى لوه محفوظ‬
(٢٢ ‫)سورة البروج اية ١٢ هغك‬

       Menurut Mufassir, ayat ini diturunkan untuk menjawab tuduhan kaum Musyrikin
yang mengatakan bahawa al-Qur’an bukannya merupakan firman Allah taala dan
disebabkan itulah mereka mendustakan ayat-ayat suci al-Qur’an yang disampaikan oleh
Baginda10 s.a.w.Sikap keji mereka itu digambarkan oleh Allah dalam firmanNya yang
bermaksud:
“Tetapi orang-orang kafir sentiasa mendustakan sedangkan Allah mengetahui keadaan
mereka di sebalik pendustaan itu”.
                                                          (Surah al-Buruj, ayat 19-20)
    Firman Allah dalam Surah al-Buruj, ayat 21 hingga 22 tersebut, seolah-olah merupakan
suatu jawapan bagi tuduhan orang-orang kafir yang mendustakan al-Qur’an dengan
menyatakan: “Bahkan yang kamu dustakan itu adalah al-Qur’an yang tersimpan dan
terpelihara daripada segala perubahan Jin dan manusia, di bumi dan di langit, al-Qur’an
yang asli yang telah pun wujud semenjak dahalu kala sebelum ia diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w.”
8
  op cit, Asmawi Haji Ehsan, hal. 32.
9
  op cit,Joni Tamkin Borhan, Che Zarina Shaari, hal.79.
10
   Ibid, Joni Tamkin Borhan, Che Zarina Shaari, hal.80.
ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042
                                                             NUZUL AL-QUR’AN


  Walaupun begitu, para ulama’ yang membincangkan persoalan ini tidak dapat mencari
dalil-dalil yang dapat menjelaskannya dengan cara yang lebih meyakinkan tentang
bagaimana cara adanya al-Qur’an di Luh Mahfuz dan bilakah ia mula berada di situ.
ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042
  NUZUL AL-QUR’AN
ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042
  NUZUL AL-QUR’AN
ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042
  NUZUL AL-QUR’AN
ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042
  NUZUL AL-QUR’AN
ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042
  NUZUL AL-QUR’AN

More Related Content

What's hot

Pengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwidPengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwid123syahier
 
8.8.2012 kemukjizatan al-quran
8.8.2012   kemukjizatan al-quran8.8.2012   kemukjizatan al-quran
8.8.2012 kemukjizatan al-quranAngah Rahim
 
Konsep maslahah dalam syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakat
Konsep maslahah dalam  syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakatKonsep maslahah dalam  syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakat
Konsep maslahah dalam syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakatIeta Sa'ad
 
Aqidah : Beriman Kepada Kitab
Aqidah : Beriman Kepada KitabAqidah : Beriman Kepada Kitab
Aqidah : Beriman Kepada KitabAinur Jannah
 
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahPengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahMohd Syahir Ismail
 
2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah
2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah
2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allahwk_aiman
 
KURIKULUM PENDIDIKAN
KURIKULUM PENDIDIKANKURIKULUM PENDIDIKAN
KURIKULUM PENDIDIKANsafyah
 
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islamKonsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islamshah din
 
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHFarra Shahirra
 
Sekularisme, pluralisme, liberalisme & ajaran2 sesat
Sekularisme, pluralisme, liberalisme & ajaran2 sesatSekularisme, pluralisme, liberalisme & ajaran2 sesat
Sekularisme, pluralisme, liberalisme & ajaran2 sesatHidayat Shafie
 
Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Rashidah Abd Wahab
 
2.8.2012 konsep nasikh mansukh complete
2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete
2.8.2012 konsep nasikh mansukh completeAngah Rahim
 
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangKepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangRahila Najihah
 

What's hot (20)

Pengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwidPengenalan ilmu tajwid
Pengenalan ilmu tajwid
 
8.8.2012 kemukjizatan al-quran
8.8.2012   kemukjizatan al-quran8.8.2012   kemukjizatan al-quran
8.8.2012 kemukjizatan al-quran
 
Fiqh Muamalat
Fiqh MuamalatFiqh Muamalat
Fiqh Muamalat
 
Konsep maslahah dalam syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakat
Konsep maslahah dalam  syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakatKonsep maslahah dalam  syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakat
Konsep maslahah dalam syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakat
 
Mazhab mazhab aqidah sem2
Mazhab mazhab aqidah sem2Mazhab mazhab aqidah sem2
Mazhab mazhab aqidah sem2
 
Ulum al quran
Ulum  al quranUlum  al quran
Ulum al quran
 
Akhlak
Akhlak Akhlak
Akhlak
 
Aqidah : Beriman Kepada Kitab
Aqidah : Beriman Kepada KitabAqidah : Beriman Kepada Kitab
Aqidah : Beriman Kepada Kitab
 
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahPengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
 
Konsep ihsan
Konsep ihsanKonsep ihsan
Konsep ihsan
 
2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah
2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah
2.1 sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah
 
KURIKULUM PENDIDIKAN
KURIKULUM PENDIDIKANKURIKULUM PENDIDIKAN
KURIKULUM PENDIDIKAN
 
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islamKonsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islam
 
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
 
Wahdaniah
WahdaniahWahdaniah
Wahdaniah
 
Sekularisme, pluralisme, liberalisme & ajaran2 sesat
Sekularisme, pluralisme, liberalisme & ajaran2 sesatSekularisme, pluralisme, liberalisme & ajaran2 sesat
Sekularisme, pluralisme, liberalisme & ajaran2 sesat
 
Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3
 
Qada' dan qadar
Qada' dan qadarQada' dan qadar
Qada' dan qadar
 
2.8.2012 konsep nasikh mansukh complete
2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete2.8.2012   konsep nasikh mansukh complete
2.8.2012 konsep nasikh mansukh complete
 
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangKepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
 

Similar to Nuzul quran

Nuzul al-Qur’an wa Asbabuhu.pdf
Nuzul al-Qur’an wa Asbabuhu.pdfNuzul al-Qur’an wa Asbabuhu.pdf
Nuzul al-Qur’an wa Asbabuhu.pdfFauzyOji1
 
Ilmu nuzul al qur'an
Ilmu nuzul al qur'anIlmu nuzul al qur'an
Ilmu nuzul al qur'anYusuf farid
 
Resume Ulumul Qur'an
Resume Ulumul Qur'anResume Ulumul Qur'an
Resume Ulumul Qur'anSuya Yahya
 
Konsep Wahyu Dalam Worldview Islam.pptx
Konsep Wahyu Dalam Worldview Islam.pptxKonsep Wahyu Dalam Worldview Islam.pptx
Konsep Wahyu Dalam Worldview Islam.pptxMiftahPahlevi
 
01 desiana trisnawati (memahami pengertian al-qur'an dan bukti keotentikannya)
01 desiana trisnawati (memahami pengertian al-qur'an dan bukti keotentikannya)01 desiana trisnawati (memahami pengertian al-qur'an dan bukti keotentikannya)
01 desiana trisnawati (memahami pengertian al-qur'an dan bukti keotentikannya)35255466
 
Makalah Wahyu, Nuzul al-Quran, dan Sab'ah Ahruf
Makalah Wahyu, Nuzul al-Quran, dan Sab'ah AhrufMakalah Wahyu, Nuzul al-Quran, dan Sab'ah Ahruf
Makalah Wahyu, Nuzul al-Quran, dan Sab'ah AhrufPAUSIL ABU
 
Sejarah Al – Qur’an.pptx
Sejarah Al – Qur’an.pptxSejarah Al – Qur’an.pptx
Sejarah Al – Qur’an.pptxAgungAlRasyid
 
Selayang Pandang Ulumul-Qur’an.pptx
Selayang Pandang Ulumul-Qur’an.pptxSelayang Pandang Ulumul-Qur’an.pptx
Selayang Pandang Ulumul-Qur’an.pptxbasharidlothoriq1
 
Ceramah-Nuzul-Quran-ppt.pptx
Ceramah-Nuzul-Quran-ppt.pptxCeramah-Nuzul-Quran-ppt.pptx
Ceramah-Nuzul-Quran-ppt.pptxHafezWahid
 
Ulumul qur'an 2
Ulumul qur'an 2Ulumul qur'an 2
Ulumul qur'an 2sofy_mau
 
Peristiwa turunya al.pptx
Peristiwa turunya al.pptxPeristiwa turunya al.pptx
Peristiwa turunya al.pptxDianImaduddin
 
Ulumul Qur'an (1).
Ulumul Qur'an (1).Ulumul Qur'an (1).
Ulumul Qur'an (1).Ibnu Ahmad
 
QV 10 Fildza Azizah AGA6.pdf
QV 10 Fildza Azizah AGA6.pdfQV 10 Fildza Azizah AGA6.pdf
QV 10 Fildza Azizah AGA6.pdfQIROATI
 
PPT QH P5 Nuzul al-qur’an NABILA SUCI.pptx
PPT QH P5 Nuzul al-qur’an NABILA SUCI.pptxPPT QH P5 Nuzul al-qur’an NABILA SUCI.pptx
PPT QH P5 Nuzul al-qur’an NABILA SUCI.pptxTqyaysysy
 
Keautentikkan Al Quran
Keautentikkan Al QuranKeautentikkan Al Quran
Keautentikkan Al Quranguestb853a1
 

Similar to Nuzul quran (20)

Nuzul al-Qur’an wa Asbabuhu.pdf
Nuzul al-Qur’an wa Asbabuhu.pdfNuzul al-Qur’an wa Asbabuhu.pdf
Nuzul al-Qur’an wa Asbabuhu.pdf
 
Ilmu nuzul al qur'an
Ilmu nuzul al qur'anIlmu nuzul al qur'an
Ilmu nuzul al qur'an
 
Resume Ulumul Qur'an
Resume Ulumul Qur'anResume Ulumul Qur'an
Resume Ulumul Qur'an
 
Nuzulul qur'an
Nuzulul qur'anNuzulul qur'an
Nuzulul qur'an
 
Konsep Wahyu Dalam Worldview Islam.pptx
Konsep Wahyu Dalam Worldview Islam.pptxKonsep Wahyu Dalam Worldview Islam.pptx
Konsep Wahyu Dalam Worldview Islam.pptx
 
Al quran
Al quranAl quran
Al quran
 
01 desiana trisnawati (memahami pengertian al-qur'an dan bukti keotentikannya)
01 desiana trisnawati (memahami pengertian al-qur'an dan bukti keotentikannya)01 desiana trisnawati (memahami pengertian al-qur'an dan bukti keotentikannya)
01 desiana trisnawati (memahami pengertian al-qur'an dan bukti keotentikannya)
 
Makalah Wahyu, Nuzul al-Quran, dan Sab'ah Ahruf
Makalah Wahyu, Nuzul al-Quran, dan Sab'ah AhrufMakalah Wahyu, Nuzul al-Quran, dan Sab'ah Ahruf
Makalah Wahyu, Nuzul al-Quran, dan Sab'ah Ahruf
 
Sejarah Al – Qur’an.pptx
Sejarah Al – Qur’an.pptxSejarah Al – Qur’an.pptx
Sejarah Al – Qur’an.pptx
 
Ulumul qur'an ii
Ulumul qur'an iiUlumul qur'an ii
Ulumul qur'an ii
 
Selayang Pandang Ulumul-Qur’an.pptx
Selayang Pandang Ulumul-Qur’an.pptxSelayang Pandang Ulumul-Qur’an.pptx
Selayang Pandang Ulumul-Qur’an.pptx
 
Ceramah-Nuzul-Quran-ppt.pptx
Ceramah-Nuzul-Quran-ppt.pptxCeramah-Nuzul-Quran-ppt.pptx
Ceramah-Nuzul-Quran-ppt.pptx
 
Ulumul qur'an 2
Ulumul qur'an 2Ulumul qur'an 2
Ulumul qur'an 2
 
Peristiwa turunya al.pptx
Peristiwa turunya al.pptxPeristiwa turunya al.pptx
Peristiwa turunya al.pptx
 
Ppt ulumul qur'an
Ppt ulumul qur'anPpt ulumul qur'an
Ppt ulumul qur'an
 
Ulumul Qur'an (1).
Ulumul Qur'an (1).Ulumul Qur'an (1).
Ulumul Qur'an (1).
 
QV 10 Fildza Azizah AGA6.pdf
QV 10 Fildza Azizah AGA6.pdfQV 10 Fildza Azizah AGA6.pdf
QV 10 Fildza Azizah AGA6.pdf
 
PPT QH P5 Nuzul al-qur’an NABILA SUCI.pptx
PPT QH P5 Nuzul al-qur’an NABILA SUCI.pptxPPT QH P5 Nuzul al-qur’an NABILA SUCI.pptx
PPT QH P5 Nuzul al-qur’an NABILA SUCI.pptx
 
Makalah ulumul
Makalah ulumulMakalah ulumul
Makalah ulumul
 
Keautentikkan Al Quran
Keautentikkan Al QuranKeautentikkan Al Quran
Keautentikkan Al Quran
 

More from Kamarudin Jaafar

More from Kamarudin Jaafar (20)

Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020
 
Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
 
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutupSurat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
 
Surat perasmi pibg
Surat perasmi pibgSurat perasmi pibg
Surat perasmi pibg
 
Rancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunanRancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunan
 
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazahLaporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
 
Laporan klinik jawi
Laporan klinik jawiLaporan klinik jawi
Laporan klinik jawi
 
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6   kumpulan 4.(a11)docKonstruk 6   kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)doc
 
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)docKonstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)doc
 
Pmpp.1
Pmpp.1Pmpp.1
Pmpp.1
 
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
 
Instrumen pppm.2
Instrumen pppm.2Instrumen pppm.2
Instrumen pppm.2
 
Instrumen pppm.1
Instrumen pppm.1Instrumen pppm.1
Instrumen pppm.1
 
Info 5 minit pppm bhg2
Info 5 minit pppm   bhg2Info 5 minit pppm   bhg2
Info 5 minit pppm bhg2
 
Info 5 minit pppm bhg 5
Info 5 minit pppm   bhg 5Info 5 minit pppm   bhg 5
Info 5 minit pppm bhg 5
 
Info 5 minit pppm bhg 4
Info 5 minit pppm   bhg 4Info 5 minit pppm   bhg 4
Info 5 minit pppm bhg 4
 
Brosur pppm 2
Brosur pppm 2Brosur pppm 2
Brosur pppm 2
 
Inst 2 pd p kbat ithink
Inst 2  pd p kbat ithinkInst 2  pd p kbat ithink
Inst 2 pd p kbat ithink
 
Protim
ProtimProtim
Protim
 

Recently uploaded

MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxJawahirIhsan
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXIksanSaputra6
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfEniNuraeni29
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaharnosuharno5
 
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMMPenyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMMRiniGela
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfIwanSumantri7
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptnovibernadina
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxFitriaSarmida1
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...nuraji51
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxriscacriswanda
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".Kanaidi ken
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...Kanaidi ken
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxMaskuratulMunawaroh
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAppgauliananda03
 

Recently uploaded (20)

MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMMPenyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 

Nuzul quran

  • 1. ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042 NUZUL AL-QUR’AN 01. PENDAHULUAN Para ulama’ Islam sepakat mengatakan al-Qur’an al-Karim diturunkan daripada Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s. untuk disampaikan keseluruhan isi kandungannya kepada umat manusia sama ada di bumi mahupun di langit. Sesiapa sahaja yang mengingkari al-Qur’an itu, walaupun hanya satu ayat maka ia dianggap kafir. Al-Qur’an dan Hadith telah menjelaskan tentang penurunan al-Qur’an dengan menggunakan perkataan ‫( نزل‬turun) ataupun ‫( انزل‬menurunkan). Antaranya Allah s.w.t berfirman dalam Surah As-Syu’ara’ ayat 193-194 : ‫على قبلك‬ ١٩٣ ‫. . . نزل به الروح المين‬ Maksudnya : “Dia dibawa turun oleh al-Ruh al-Amin (Jibril) ke dalam hatimu (Muhammad). Dan firman-Nya lagi: ‫. . . شهر رمضان الذى أنزل فيه القرأن هدى الناس‬ Maksudnya: “(Beberapa hari yang ditentukan itu) Bulan Ramadhan bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia.” (Surah al-Baqarah ayat 185) Perkataan ‫( نزل‬nazala) dan kesemuanya merupakan pecahan termasuk ‫( انزل‬anzala), ‫( نزل‬nazzala), ‫( تنزل‬tanazzala), ‫( نزل‬nuzul), ‫( منزل‬manzil) dan sebagainya telah disebut sebanyak 307 kali di dalam al-Qur’an. Sesetengah daripada perkataan-perkataan ini menggambarkan tentang penurunan al-Qur’an daripada Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui peringkat-peringkatnya yang tersendiri.1 2.0 PENGERTIAN NUZUL AL-QUR’AN 1 Joni Tamkin Borhan, Che Zarina (1995), Ulum Qur’an Tingkatan 6, Selangor, Cahaya Pantai Publishing (M) Sdn. Bhd.,hal.79.
  • 2. ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042 NUZUL AL-QUR’AN Al-Asfahani berkata dalam tafsirnya bahawa para ulama Ahli Sunnah sependapat mengatakan bahawa kalam Allah itu (al-Qur’an) diturunkan tetapi mereka berselisih pendapat mengenai makna penurunan tersebut. Ada yang berkata bahawa Inzal atau penurunan tersebut bermaksud menyatakan bacaan al-Qur’an atau membacakan wahyu tersebut kepada Nabi s.a.w.2 Sebahagiannya pula berpendapat Allah mengilhamkan kalam-Nya (perkataan-Nya) kepada malaikat Jibril a.s sedang Ia berada di langit tempat yang mulia dan mengajarkan cara bacaannya.Lalu Jibril sesudah itu turun menyampaikannya kepada Nabi. Terdapat banyak ayat di dalam al-Qur’an yang telah menyebutkan bahawa al-Qur’an diturunkan oleh Allah kepada para manusia. Di antara ayat-ayat tersebut iaitu dalam Surah al-Baqarah ayat 99 yang bermaksud: “Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada engkau (Muhammad) beberapa ayat yang terang dan tidaklah ada yang menyangkalnya melainkan orang yang fasik”. Firman Allah lagi: ‫وَلَقد أنزلنا إليكم ءايت مبينت ومثل من الذين خلوا من قبلكم وموعظة للمتقين‬ (Surah An-Nur Ayat 34) Jika ditinjau dari sudut bahasanya, penggunaan kalimah Nazzala dalam bahasa Arab bererti turun. Ini dapat dilihat dari ayat berikut: 1. ‫نزل فلن من الجهل‬ 2. ‫نزل فلن من الجهل‬ Yang bermaksud telah turun si polan dari gunung dan telah menurunkan (Ia) dari langit air (hujan).3 Begitu juga perkataan tersebut pernah digunakan oleh orang Arab dengan makna atau membawa maksud tinggal atau menetap seperti Firman Allah s.w.t : “Katakanlah: Wahai Tuhanku, tempatkanlah aku di tempat yang mendapat keberkatan dan sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat.” (Surah Al-Mu’minun, Ayat 29) 2 Asmawi Haji Ehsan (2004), Ulum Qur’an, Kuala Lumpur, Pustaka Haji Abdul Majid,hal.27. 3 Ibid, hal.28.
  • 3. ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042 NUZUL AL-QUR’AN Namun demikian, ayat-ayat al-Qur’an tidaklah dapat diertikan sebagai turun atau tinggal sebagaimana maksud-maksud ayat di atas. Ini adalah kerana ia tidak sesuai dengan sifat, kandungan dan status al-Qur’an sebagai wahya Allah. Sekiranya al-Qur’an atau wahyu tersebut diertikan sebagai turun seperti maksud di atas, tentunya akan memberi kefahaman bahawa al-Qur’an yang merupakan kalamullah sebagai benda yang menempati ruang. Sekiranya ini terjadi, maka al-Qur’an adalah makhluk, sedangkan sebenarnya al-Qur’an adalah kalamullah yang bersifat qadim dan azali. Justeru, penggunaan kalimah Nazzala tersebut tidaklah boleh diertikan sebagai turun tetapi para ulama telah memberikan makna lain bagi kalimah tersebut iaitu pembersihan. Ini bermaksud, pemberitahuan dari Allah kepada seluruh makhlukNya di alam semesta ini agar beriman dengan Allah s.w.t dan mematuhi segala peraturanNya.4 Seperti yang telah disebutkan bahawa al-Qur’an tidak sesuai untuk disebut sebagai turun dari langit dunia kerana ia adalah bersifat qadim lagi azali. Oleh sebab yang demikian, ulama telah sependapat mengekalkan penggunaan Nazzala tetapi dengan makna I’lam atau pemberitahuan. Ini adalah kerana ia lebih tepat dan bersesuaian dengan maksud penurunan al-Qur’an itu sendiri. a. Al-Qur’an diturunkan oleh Allah merupakan suatu pemberitahuan dari Allah kepada semua makhluk-Nya di alam ini bermula dari penurunan peringkat pertama ke Luh Mahfuz, Baitul Izzah dan akhirnya kepada Nabi Muhammad s.a.w dan seluruh manusia dan jin. b. Al-Qur’an merupakan khabar gembira dan khabar takut yang disampaikan oleh Allah melalui lidah Rasul-Nya kepada semua makhluk di alam ini. Oleh itu, penggunaan makna pemberitahuan adalah lebih tepat dan sesuai. c. Al-Qur’an adalah kalamullah dan kalam sememangnya berfungsi untuk memberitahu. Oleh itu, penggunaan makna pemberitahuan adalah amat sesuai dengan fungsi al-Qur’an dan keadaan penurunannya. Penggunaan perkataan Nazzala tetap dikekalkan kerana mahu mengekalkan kemuliaan yang ada pada al-Qur’an itu sendiri iaitu bahawa al-Qur’an adalah berasal dari sumber yang paling mulia, Maha Tinggi iaitu dari Allah s.w.t .5 Sekiranya kalimah I’lam sahaja 4 Ibid,Asmawi Haji Ehsan, hal.29. 5 Ibid, hal.30.
  • 4. ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042 NUZUL AL-QUR’AN yang digunakan sudah tentu rasa kemuliaan tersebut tidak dapat dirasai oleh manusia kerana I’lam atau pemberitahuan berkemungkinan besar adalah dari manusia dengan manusia sahaja sedangkan al-Qur’an adalah pemberitahuan dari Allah kepada manusia. Allah telah berfirman mengenai perkara ini dalam ayat berikut : ‫ححم }١{ والكتاب المحبين }٢{ إنحا جعلنحه قرأنحا غربيحا لعلكحم تعقلون }٣{ وإنحه قحى أم‬ ٤} ‫}الكتب لدينا لعلى حكيم‬ (Surah az-Zukhruf, Ayat 2) Oleh yang demikian, makna penurunan al-Qur’an adalah makna hakiki atau makna sebenar sementara penurunan al-Qur’an dengan makna pemberitahuan adalah makna majazi (pinjaman). Sementara itu, hubungan di antara kedua makna (hakiki dan majazi) adalah al-luzum (ketentuan). Ini adalah kerana setiap sesuatu penurunan atau pemberitahuan semestinya ada kepastian (ketentuan) siapa yang menyampaikan pemberitahuan tersebut dan siapakah yang sepatutnya menerima pemberitahuan tersebut. Bagi Al-Qur’an yang memberitahu ialah para Rasul dan yang diberitahu adalah makhluk termasuk jin dan manusia. Mengenai cara penurunan al-Qur’an, al-Asfahani ada mengutarakan dua pendapatnya iaitu sama ada: 1. Bahawa Nabi Muhammad s.a.w menukarkan sifat dirinya sebagai manusia kepada sifat malaikat dan kemudian menerima wahya tersebut darinya; atau 2. Bahawa Malaikat Jibril menukarkan sifat dirinya dan sifat malaikat kepada sifat manusia dan ia menyampaikannya kepada Nabi s.a.w. Dalam dua keadaan tersebut maka cara yang pertama adalah yang paling berat sekali untuk ditanggung oleh Nabi s.a.w. Sedangkan penurunan dengan cara kedua iaitu pada kali pertama baginda menerima wahyu itu baginda berada amat payah hingga hampir lemas, apatah lagi dengan cara yang pertama. Kerana itu, pernah diriwayatkan bahawa unta yang Nabi naiki terduduk semasa Nabi sedang menerima wahyu dan Saidina Ali r.a pernah terasa hampir patah pahanya tertindih paha Nabi s.a.w sewaktu baginda menerima wahyu. Ini semua adalah menggambarkan betapa wahyu tersebut amat berat yang berkemungkinan penurunannya melalui dua cara
  • 5. ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042 NUZUL AL-QUR’AN di atas.Menurut Al-Imam Badr al-Din al-Zarkasyi(794 H.) dalam kitabnya Al-Burhan fi Ulum al-Qur’an menyebut bahawa Ahli al-Sunnah telah sepakat mengatakan bahawa Kalam Allah itu sesuatu yang diturunkan. Cuma mereka berbeza pandangan tentang makna dan pengertian penurunan itu. Sebahagian mereka berpendapat bahawa penurunan Al-Qur’an itu bererti menzahirkannya. Sementara sebahagian yang lain pula mengatakan bahawa maksudnya: Allah Taala memahamkan Kalam-Nya kepada Jibril a.s serta mengajarnya membaca Al-Qur’an di langit, kemudian Jibril a.s pulalah yang membawanya turun ke bumi. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menerima wahyu Al-Qur’an daripada Jibril a.s melalui salah satu daripada dua cara berikut, iaitu: a. Sama ada Baginda Rasulullah s.a.w bertukar rupa kepada malaikat, kemudiannya menerima al-Qur’an daripadanya,atau b. Sama ada malaikat bertukar rupa menjadi manusia, kemudian Rasulullah s.a.w mengambil Al-Qur’an daripadanya.6 3.0 KEPENTINGAN MENGETAHUI PROSES PENURUNAN AL-QUR’AN Terlalu banyak hikmat atau faedah mengetahui proses penurunan Al-Qur’an. Antaranya ialah: a. Ilmu tersebut merupakan asas bagi membolehkan seseorang Islam itu meyakini al-Qur’an sebagai sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah kepada hamba-Nya sebagai panduan. b. Dengan mengetahui ilmu tersebut juga memudahkan seorang Islam mengimani Rasulullah s.a.w.Ini kerana, dengan ilmu tersebut kita dapat meyakini bahawa penurunan al-Qur’an yang bermakna majazi mempunyai hubungan iaitu kepastian orang yang memberitahu dan yang diberitahu iaitu Rasul-Nya Nabi Muhammad.7 c. Pengetahuan mengenai nuzulul Qur’an akan menjadikan kita meyakini bahawa agama Islam adalah agama yang benar kerana kandungannya merupakan 6 Abdul Rashid bin Ahmad(1997),Ulum Al-Qur’an,Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,hal. 25. 7 Op cit, Asmawi Haji Ehsan, hal. 32.
  • 6. ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042 NUZUL AL-QUR’AN kalamullah yang pasti dan terbukti diturunkan melalui lidah para Rasul-Nya berdasarkan bukti dan mukjizat.8 4.0 CARA PENURUNAN AL-QUR’AN Perbincangan mengenai Nuzul al-Qur’an kepada Rasulullah s.a.w daripada Allah s.w.t seringkali menyentuh beberapa peringkat penurunannya. Sesetengah ulama membahagikannya kepada tiga peringkat, manakala sebahagian yang lain pula membahagikannya kepada dua peringkat sahaja.9 1. Penurunan al-Qur’an secara jumlatan (sekaligus) boleh dibahagikan kepada dua peringkat utama iaitu: Peringkat pertama : iaitu turunnya al-Qur’an daripada Allah s.w.t ke Luh Mahfuz secara jumlatan (sekaligus). Kenyataan ini didasarkan kepada firman Allah s.w.t: ٢٢} ‫}بل هو قرأن مجيد }١٢{ فى لوه محفوظ‬ (٢٢ ‫)سورة البروج اية ١٢ هغك‬ Menurut Mufassir, ayat ini diturunkan untuk menjawab tuduhan kaum Musyrikin yang mengatakan bahawa al-Qur’an bukannya merupakan firman Allah taala dan disebabkan itulah mereka mendustakan ayat-ayat suci al-Qur’an yang disampaikan oleh Baginda10 s.a.w.Sikap keji mereka itu digambarkan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud: “Tetapi orang-orang kafir sentiasa mendustakan sedangkan Allah mengetahui keadaan mereka di sebalik pendustaan itu”. (Surah al-Buruj, ayat 19-20) Firman Allah dalam Surah al-Buruj, ayat 21 hingga 22 tersebut, seolah-olah merupakan suatu jawapan bagi tuduhan orang-orang kafir yang mendustakan al-Qur’an dengan menyatakan: “Bahkan yang kamu dustakan itu adalah al-Qur’an yang tersimpan dan terpelihara daripada segala perubahan Jin dan manusia, di bumi dan di langit, al-Qur’an yang asli yang telah pun wujud semenjak dahalu kala sebelum ia diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.” 8 op cit, Asmawi Haji Ehsan, hal. 32. 9 op cit,Joni Tamkin Borhan, Che Zarina Shaari, hal.79. 10 Ibid, Joni Tamkin Borhan, Che Zarina Shaari, hal.80.
  • 7. ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042 NUZUL AL-QUR’AN Walaupun begitu, para ulama’ yang membincangkan persoalan ini tidak dapat mencari dalil-dalil yang dapat menjelaskannya dengan cara yang lebih meyakinkan tentang bagaimana cara adanya al-Qur’an di Luh Mahfuz dan bilakah ia mula berada di situ.
  • 8. ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042 NUZUL AL-QUR’AN
  • 9. ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042 NUZUL AL-QUR’AN
  • 10. ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042 NUZUL AL-QUR’AN
  • 11. ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042 NUZUL AL-QUR’AN
  • 12. ULUM AL-QUR’AN SLQ 4042 NUZUL AL-QUR’AN