Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Chapter 3 syariah dalam kehidupan muslim

9,350 views

Published on

  • Follow the link, new dating source: ❶❶❶ http://bit.ly/39sFWPG ❶❶❶
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Dating direct: ❶❶❶ http://bit.ly/39sFWPG ❶❶❶
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here

Chapter 3 syariah dalam kehidupan muslim

  1. 1. CTU 101 PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM BAB 3 SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM
  2. 2. PENDAHULUAN Firman Allah SWT: “Pada keseluruhannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad SAW dan utuskan engkau) menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dari hukum-hukum agama, maka turutlah akan jalan itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orangorang yang tidak mengetahui (perkara yang benar)” (Al-Jathiah: 18)
  3. 3. PENGERTIAN Syariah  Bahasa: Jalan yang lurus, sumber air.  Istilah: “Perkara yang merangkumi hukum-hukum Allah terhadap seluruh perbuatan manusia, sama ada berbentuk halal atau haram, makruh atau sunat. Ia disampaikan oleh rasulNya yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadith serta dalil-dalil pecahan daripadanya seperti al-qiyas serta dalil-dalil lain” (Al-Qardhawi).
  4. 4. Hukum  “Arahan tuhan” (khitab Allah) yang berkait dengan perbuatan mukallaf yang diperolehi terus daripada nasnas al-Quran atau al-Sunnah. Undang-Undang Islam  Ketetapan-ketetapan syariat yang telah mengalami proses ijtihad secara halus serta ditetapkan oleh badan perundangan negara Islam sebagai satu undang-undang yang dilaksanakan di negara berkenaan.
  5. 5. Fiqh  Bahasa: Kefahaman, memahami percakapan seseorang. tujuan atau maksud  Istilah: Ilmu yang berkaitan dengan hukum-hukum syariah Islam berbentuk praktikal menerusi dalil-dalilnya yang terperinci.  Hukum praktikal yang diistinbatkan oleh ulama mujtahid daripada dalil-dalil yang juz’i atau pecahan, terhadap sifat perbuatan manusia iaitu wajib, haram, sunat, harus dan makruh.
  6. 6. MAQASID SYARI’AH  Pengertian dan rahsia yang dapat difahami daripada syariat Islam dalam keseluruhan atau sebahagian besar proses pensyariatannya.  Merupakan objektif yang ditentukan oleh syariat supaya dicapai bagi kepentingan manusia. Elemen-elemennya spt:  Memelihara kesucian dan kepercayaan beragama.  Menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia.  Menjamin kemurnian fikiran dan kewarasan akal.  Menjamin kehormatan dan maruah diri.  Menjamin usaha pemilikan dan penguasaan harta.
  7. 7. Memelihara Kesucian dan Kepercayaan Beragama  Manusia mesti patuh dan menyerah diri kepada bimbingan al-Quran dan al-Sunnah kerana akal fikiran manusia yang terbatas.  Hal ini adalah untuk mempertahankan agama, maruah diri dan menyebarkan dakwah bagi memelihara hak kebebasan beribadat dan beragama.  Contohnya: Hukuman bunuh terhadap orang murtad serta kewajipan berjihad terhadap golongan kafir harbi yang menceroboh.
  8. 8. Menjamin Kehormatan dan Maruah Diri  Allah SWT telah memperundangkan cara yang terbaik untuk memelihara pembentukan keluarga yang sempurna.  Keingkaran manusia kepada syarak telah mengakibatkan kelahiran anak luar nikah, pembunuhan dan pengguguran bayi yang merosakkan kehormatan dan keturunan.  Contohnya: Pengharaman Zina, liwat, lesbian, homoseksual dll.
  9. 9. Menjamin Keselamatan Nyawa dan Anggota Tubuh Badan Manusia Nyawa manusia adalah milik mutlak Allah. Sebarang tindakan membunuh, sama ada diri sendiri atau orang lain adalah berdosa besar dan haram sama sekali. Sebarang tindakan yang dapat mencederakan fizikal juga adalah ditegah. Contohnya: Hukuman Qisas terhadap pembunuhan sengaja atau mencederakan anggota orang lain.
  10. 10. Menjamin Kemurnian Fikiran dan Kewarasan Akal  Akal menentukan hakikat kemanusiaan. Allah mengiktiraf akal manusia dalam ibadat dan hal-hal lain bergantung kepada kemampuan akal manusia.  Jenayah akan disabitkan oleh Syarak jika ia dilakukan dalam keadaan sedar dan waras akal fikirannya.  Contohnya: Pengharaman arak kerana ia boleh merosakkan kewarasan akal fikiran manusia.
  11. 11. Menjamin Usaha Pemilikan dan Penguasaan Harta  Harta merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia. Mencari rezeki yang halal wajib hukumnya sama ada untuk diri sendiri atau nafkah bagi keluarga.  Islam melarang pencerobohan hak harta orang lain, apatah lagi jika disertai dengan kekerasan, penggunaan senjata dan mencederakan mangsa.  Contohnya: Pengharaman mencuri dan merompak.
  12. 12. SKOP SYARIAH 1) Hubungan Manusia dengan Allah  Ketaatan manusia kepada perintah dan larangan Allah.  Beribadat kepada Allah dan menegakkan syariat Allah dalam semua aspek. 2) Hubungan Manusia dengan Manusia  Merangkumi perhubungan dan interaksi yang luas.  Meliputi bidang sosial, ekonomi, politik, perkahwinan, pendidikan, perniagaan, pengurusan dll.
  13. 13. 3) Hubungan Manusia dengan Alam  Alam dunia adalah alat atau medan ibadat, bukan matlamat pencapaian manusia.  Alam diamanahkan oleh Allah kepada manusia untuk membina tamadun dan memakmurkannya.  Alam perlu diurus secara amanah, tanggungjawab dan syukur.  Alam merupakan bukti kewujudan dan keagungan Allah.
  14. 14. PELAKSANAAN SYARIAH  Kewajipan yang menjadi tanggungjawab individu serta harus dilaksanakan peringkat individu iaitu perintah khusus dalam konteks hubungan manusia dengan Allah seperti solat, puasa dll.  Pelaksanaan dalam bentuk kolektif atau secara berjemaah seperti melakukan dakwah, jihad, amar makruf & nahi mungkar dll.  Pelaksanaan yang menjadi kewajipan kepada pemerintah seperti melaksanakan hudud, qisas dan takzir.
  15. 15. PENGUATKUASAAN SYARIAH  Dikuatkuasakan oleh agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang seperti polis, mahkamah dan penjara.  Kesedaran umat Islam tentang kewujudan Allah dan sifat Allah yang Maha Melihat dan keyakinan bahawa setiap perlakuan manusia direkodkan oleh malaikat yang mengiringinya.  Keyakinan dan kesedaran ini yang akan menjauhkan diri seseorang itu daripada melakukan perkara mungkar dan maksiat.
  16. 16. PENDEKATAN PEMBANGUNAN MENURUT ISLAM TAUHID Meyakini bahawa Allah hanya Tuhan yang wajib disembah dan dipatuhi segala suruhan dan laranganNya. Allah berkuasa menjadikan, mengawal dan mentadbir RUBUBIYAH manusia dan alam seluruhnya. KHILAFAH Manusia sebagai pemegang amanah Allah dalam bidang politik, ekonomi, akhlak juga prinsip-prinsip pengaturan masyarakat. TAZKIYAH Pertumbuhan dan perkembangan ke arah kesempurnaan melalui penyucian sikap dan hubungan. AL-FALAH Pembangunan yang dilakukan memenuhi maksud al-falah (kejayaan) di dunia dan di akhirat.
  17. 17. PEMBANGUNAN UMMAH INDIVIDU NEGARA MASYARAKAT
  18. 18. PEMBANGUNAN INDIVIDU FIZIKAL KOGNITIF Pembangunan yg diperlukan oleh jasad manusia merangkumi kediaman, kesihatan, komunikasi, pengangkutan dll. Pengisian pelbagai jenis ilmu spt ilmu agama (tauhid, feqah dll) dan ilmu sosial (sains, geografi dll) EMOSI Kesihatan ruhiyyah merujuk kepada kestabilan emosi, perwatakan serta nilai dan konsep diri. SPIRITUAL Pengisian jiwa insan dengan perasaan cintakan Allah dan Rasul melahirkan jiwa yang bertaqwa.
  19. 19. PEMBANGUNAN MASYARAKAT Islam menuntut keadilan dan prinsip persamaan bagi semua manusia. Ia menyeru ke arah kebajikan, kejiranan yang baik, kejujuran, pembelaan terhadap golongan miskin dan anak-anak yatim dll. PEMBANGUNAN NEGARA Hak-hak manusia dilindungi dengan adil oleh undang-undang tanpa mengira bangsa dan fahaman agama. Model pentadbiran dan pemerintahan negara berdasarkan al-Quran dan praktik Rasulullah SAW.
  20. 20. SYARIAT ISLAM SEBAGAI PEMACU PEMBANGUNAN UMMAH Menanamkan nilai-nilai Islam dalam diri serta mencari MENDIDIK keredhaan Allah SWT dan menyematkan kebencian MANUSIA terhadap perlakuan keji dan mungkar. Memelihara kesucian agama, pemikiran manusia (akal), MEMELIHARA maruah dan kehormatan manusia, keselamatan tubuh 5 ASAS badan manusia dan harta benda. 1) Perundangan Islam ialah sesuatu yang dapat MENEGAKKAN dilaksanakan oleh manusia dan tidak menyusahkan KEADILAN mereka. 2) Pengharaman sesuatu yang boleh merosakkan akidah, syara’, akhlak, akal, tubuh badan, keturunan dan harta benda. 3) Pelaksanaan syariah Islam dilakukan secara beransur-ansur.
  21. 21. KEPERLUAN MANUSIA KEPADA SYARIAH  Syariah memelihara hak-hak manusia secara sah dan menegakkan keadilan di kalangan manusia serta pemilikan.  Syariah menetapkan peraturan-peraturan ibadah, munakahah, muamalah dan jinayah. berkaitan  Syariah menetapkan kewajipan berjihad untuk mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.  Syariah Islam merupakan satu cara kehidupan yang lengkap dan menyeluruh.  Syariah sebagai panduan dan pembimbing manusia ke jalan yang benar.
  22. 22. fs na wa Ha me u sa ua ng iri id Ge ja la so sia ld ak an hla ke k run PENGABAIAN SYARIAT ALLAH Di him pit p da elba lam ga hid i ma up sal ah ak d Ti e er tk a ap ah n d ll me A d tu h an n aa h
  23. 23. DISEDIAKAN OLEH: USTAZ MOHAMAD ZAKI RAZALY

×