1. PENENTUAN DAN TUJUAN PERSPEKTIF DUNIA
MENCIPTA PANDANGAN PERIBADI DAN BUDAYA
MASYARAKAT
Nama : Nurul Zakirah binti Zulkiffli
Kelas : 5Jazari
No. Maktab : Pb150018
Kad Pengenalan : 020910070242
Nama Guru : Encik Shurdi bin Shuib
2. Unit Tittle : Kesusasteraan Melayu
Key Concept : Perspective
Related Concept: Setting, Purpose
Global Context : Personal and
Cultural
Expression
3. Sinopsis Cerpen Cinta Ahmad
Mutawakkil ( Tempatan)
Pada tahun 1948, Parti Komunis Malaya mula menggila di Perak. Ahmad
Mutawakkil pula semakin rancak berkempen untuk menggesa penduduk
kampung agar menolak ideologi komunis. Keadaan ini telah menyebabkan
lima pengganas komunis menyerang rumah Tuan Booth dan meminta
Ahmad Mutawakkil untuk tidak menghasut penduduk kampung. Sungguhpun
begitu, Ahmad Mutawakkil tetap enggan dan masih meneruskan
perjuangannya.
Pada malam jumaat sesudah ceramahnya, Ahmad meminta diri untuk
mengikut budak lelaki di surau kampungnya. Keesokan harinya, kehilangan
Ahmad Mutawakkil telah menimbulkan kegelisahan dikalangan penduduk
kampung. Tiga kumpulan telah dibentuk bagi mencari beliau.
Sesudah solat maghrib, segala kerunsingan dan kegelisahan penduduk
kampung akhirnya terjawab apabila Ahmad Mutawakkil muncul secara tiba-
tiba dalam keadaan yang cedera parah. Pakaiannya dilumuri darah . Beliau
akhirnya telah dibaringkan oleh Penghulu Ibrahim Sigap. Dalam keadaan
nafasnya tercungap-cungap, dia rebah lalu pengsan. Dia akhirnya
meninggal dunia di atas riba Imam Ngah Deraman.
4. Sinopsis Cerpen Kebahagiaan
Untuk Sahabatku ( Luar )
Pagi ini langit begitu cerah. Sesuai sekolah, Olivia pergi
ke kedai buku bersama abangnya. Namun sewaktu
ingin pulang, hujan telah turun dengan lebatnya. Tiba-
tiba seorang perempuan datang untuk menghulurkan
payung kepada abang Olivia. Keesokan harinya, Olivia
telah bertemu semula dengan perempuan tersebut
yang bernama Velisa. Semenjak itu, mereka telah
menjadi akrab sehinggalah Velisa terpaksa berhenti
sekolah akibat biasiswanya telah ditarik semula.
Akhirnya, dia telah ditemukan semula dengan Velisa di
sebuah kedai komputer. Velisa terpaksa bekerja bagi
menampung kos sara hidupnya. Olivia yang berasa
simpati akhirnya telah mencadangkan kepada pihak
sekolahnya untuk membantu menyumbangkan derma
kepada Panti Asuhan Kasih Bunda, tempat Velisa
tinggal.
5. Tema Cerpen Tempatan
Cerpen “Cinta Ahmad Mutawakkil”
bertemakan kegigihan seorang
pemuda yang menghadapi pelbagai
cabaran dan tentangan dalam
perjuangan menuntut kemerdekaan.
6. Tema Cerpen Luar
Cerpen “Kebahagiaan Untuk
Sahabatku” bertemakan motivasi
kepada para pembaca dan
persahabatan yang erat antara dua
insan.
7. Persoalan Cerpen Tempatan
Persoalan tentang kasih sayang seorang ayah terhadap
anak dan isterinya . Sebagai contoh, Tuan Booth amat
menyayangi isteri dan anak perempuannya, Sandra apabila
dia bertindak membawa mereka meniggalkan banglo di
estetnya seminggu sebelum Jepun menyerang Tanah
Melayu.
Persoalan tentang semangat cintakan akan tanah air dalam
diri seorang masyarakat. Sebagai contoh, Ahmad Mutawakkil
meniupkan api semangat patriotik melalui penulisannya
dalam surat khabar dan melalui ceramah yang disampaikan
olehnya kepada penduduk kampung.
Persoalan tentang keberanian seorang pemuda dalam
menyuarakan pendapat. Sebagai contoh, Ahmad Mutawakkil
berani bersuara dengan lantang secara terang-terangan
membidas serta mengkritik perjuangan komunis.
8. Persoalan Cerpen Luar
Persoalan tentang keprihatinan seorang sahabat terhadap
sahabatnya yang lain. Sebagai contoh, Olivia sedang
memikirkan akan nasib hidup sahabatnya yang sudah lama
menghilangkan diri.
Persoalan tentang kegigihan seseorang dalam menentukan
pilihan hidup. Sebagai contoh, Velisa yang sanggup berjuang
dengan kesederhanaan hidunya demi untuk mencapai cita-
citanya.
Persoalan tentang kasih sayang seorang sahabat terhadap
sahabatnya. Sebagai contoh, Olivia yang menitiskan air mata
kerinduannya saat bertemu semula dengan Velisa di sebuah
kedai buku tempat Velisa bekerja.
9. Nilai Cerpen Tempatan
Nilai kasih sayang. Sebagai contoh, Tuan Booth amat
menyayangi isteri dan anak perempuannya, Sandra apabila
dia bertindak membawa mereka meniggalkan banglo di
estetnya seminggu sebelum Jepun menyerang Tanah
Melayu.
Nilai patriotisme. Sebagai contoh, Ahmad Mutawakkil
meniupkan api semangat patriotik melalui penulisannya
dalam surat khabar dan melalui ceramah yang disampaikan
olehnya kepada penduduk kampung.
Nilai keberanian. Sebagai contoh, Ahmad Mutawakkil berani
bersuara dengan lantang secara terang-terangan membidas
serta mengkritik perjuangan komunis.
10. Nilai Cerpen Luar
Nilai Kegigihan. Sebagai contoh, Velisa telah bekerja dengan
bersungguh-sungguh di sebuah kedai buku bagi
menambahkan hasil pendapatan keluarganya.
Nilai Keprihatinan. Sebagai contoh, Olivia yang menyuarakan
pendapat kepada pihak sekolahnya agar membantu
golongan yang susah di Panti Asuhan Kasih Bunda.
Nilai kasih sayang. Sebagai contoh, Olivia yang menitiskan
air mata kerinduan saat pertama kali bertemu kembali
dengan sahabatnya Velisa yang sudah lama menghilangkan
diri akibat kesusahan hidup.
11. Persamaan Cerpen
Kedua-dua cerpen mempunyai motif yang sama
iaitu menyebarkan sifat-sifat nilai murni yang perlu
diterapkan dikalangan para pembaca.
Cerpen ini mempunyai jalan cerita yang menarik
dan sesuai untuk setiap lingkungan umur.
Cerpen tersebut telah dibuat bagi memartabatkan
bahasa ibunda negara masing-masing. Oleh itu,
setiap ayat yang digunakan di dalam cerpen
hanyalah berasaskan bahasa ibunda semata-mata.
12. Perbezaan Cerpen
Tempatan Luar
Mengandungi plot jalan
cerita yang lebih menarik
Mempunyai plot jalan
cerita yang kurang
menarik
Jalan cerita lengkap dan
padat
Jalan cerita terlalu ringkas
Mempunyai unsur-unsur
patriotik dan cinta akan
tanah air
Mempunyai unsur-unsur
persahabatan yang sangat
tinggi
13. Cadangan dan Penambahbaikan
Cerpen Tempatan
Penulis perlu membuat cerita menjadi lebih
dramatis agar para pembaca dapat
merasakan keperitan orang terdahulu dalam
perjuangan mencapai kemerdekaan.
Penulis perlu mengarang jalan cerita yang
lebih kelihatan realistik.
Penulis perlu menjadikan jalan cerita
kelihatan lebih menarik bagi menarik minat
masyarakat terutamanya untuk membaca
cerita tersebut.
14. Cadangan dan Penambahbaikan
Cerpen Luar
Cerpen ini perlu mempunyai plot cerita yang lebih
teratur. Atur semula jalan cerita.
Jalan cerita cerpen terlalu ringkas. Tambahkan
konflik agar lebih menarik minat para pembaca.
Cerita cerpen agak tergantung. Penulis
Sewajarnya menamatkan jalan cerita dengan
sebaiknya agar pembaca tidak tertanta-tanya.
15. Rumusan
Kedua-dua cerpen mempunyai jalan
cerita yang menarik dan sesuai
kepada mana-mana pembaca dari
pelbagai lingkungan umur. Setiap
cerpen mengandungi pelbagai unsur-
unsur nilai murni yang perlu untuk kita
praktikkan dalam kehidupan seharian
kita. Pelbagai persoalan dibuat bagi
menarik minat para pembaca untuk
lebih mendalami isi kandungan cerpen
tersebut.