SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
PERJUANGAN MEMPERTAHANKAN ETNIK AKAN MENIMBULKAN KONFLIK DALAM
                                MASYARAKAT.

    Secara umumnya,etnik bermaksud sekumpulan manusia yang mempunyai persamaan sejarah, nilai, sikap dan
tingkahlaku. Manakala konflik pula membawa maksud perbezaan pendapat antara dua atau lebih pihak yang
membawa kepada percanggahan. Taquiri dalam Newstrom dan Davis (1977) pula menyatakan konflik merupakan
warisan kehidupan sosial yang boleh berlaku dalam pelbagai keadaan akibat daripada berbangkitnya keadaan
ketidaksetujuan, kontroversi dan pertentangan di antara dua atau lebih pihak secara berterusan. Jadi perjuangan
mempertahankan sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku sesebuah etnik akan menimbulkan kontroversi atau
permasalahan dalam masyarakat.

  Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India
serta 80 etnik kaum yang lain. Sebagai sebuah negara majmuk, masyarakatnya yang mempunyai
kebudayaan,agama , bahasa dan adat resam yang tersendiri meskipun berada di bawah sistem politik yang sama,
sudah tentunya ia menghadapi pelbagai konflik di kalangan etniknya. Konflik pula terjadi kerana perbezaan
pendapat, ketidaksetujuan dan ketidakpuas hati dari segi ekonomi, sosial dan politik. Boleh dikatakan bahawa isu
perkauman akan sentiasa menjadi batas pemisah antara rakyat pelbagai kaum. Keadaan ini seterusnya boleh
melahirkan ketegangan dan konflik antara kaum.

   Dari segi ekonomi, sebelum merdeka terdapat jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi di antara etnik-
etnik di Malaysia. Sebagai contohnya, kebanyakan orang Melayu menguasai sektor pertanian yang agak mundur.
Orang Cina umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan dan perdagangan. Manakala orang
India pula menguasai sektor ekonomi yang berasaskan ladang. Kesannya, wujud jurang pendapatan yang berbeza
antara etnik. Ini adalah kesan daripada dasar pecah-perintah British yang meletakkan kaum berdasarkan kepada
pekerjaan menyebabkan etnik tertentu mendominasi dalam satu-satu bidang pekerjaan. Perbezaan jurang ekonomi
ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik tertentu. Secara tidak langsung, perkara ini
memperkukuhkan lagi semangat perkauman seterusnya menjurus kepada konflik sesama etnik sesebuah
masyarakat. Hal ini boleh jelas diperlihat sekiranya kita meninjau kenapa berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.
Ketidakseimbangan ekonomi semasa pemerintahan Jepun dan Inggeris telah berlanjutan selepas merdeka. Ini
menimbulkan sikap tidak puashati di kalangan sesetengah masyarakat. Akhirnya, terjadi peristiwa rusuhan
mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda. Sejak peristiwa berdarah itu,Pelbagai rancangan telah
diperkenalkan untuk mengimbangi jurang ekonomi ini. Antaranya ialah Draft Development Plan of Malaya, DEB ,
dan Dasar Pembangunan Nasional yang ternyata telah mengimbangi jurang ekonomi tersebut walaupun tidak
sepenuhnya.


                                                       1
Dari segi politik pula, di negara ini terdapat pelbagai parti politik yang berasaskan kumpulan etnik dan setiap
parti politik akan memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya. Politik perkauman ini boleh
menimbulkan perasaan tidak senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan
etnik tertentu dibuat tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak. Jika isu perkauman seperti bahasa,
kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan dan ekonomi dibangkitkan, maka tindakan ini tidak akan
menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.

    Dari segi sosial pula, Oleh itu, terdapat pelbagai perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan dalam
masyarakat di Malaysia. Setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adat resam mereka,
mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga menganggap kebudayaan mereka sahaja yang terbaik. Hal ini
menyebabkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat,
mendapatkan pekerjaan dan natijah akhirnya akan mewujudkan polarisasi antara etnik. Selain daripada itu
kewujudan akhbar yang pelbagai bahasa dengan mengutamakan kelompok etnik mereka akan memperkukuhkan
lagi perasaan kumpulan etnik masing-masing.

    “ K i t a berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil
tindakan b e r d a s a r k a n k e h e n d a k s e m u a k u m p u l a n e t n i k d a l a m n e g a r a k i t a . I n i b u k a n
b e r e r t i k i t a mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar
itudilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputerayang layak
mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok
etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.

    Ini adalah sebahagian daripada ucapan Perdana Menteri Najib Tun Razak semasa majlis pelancaran gagasan
“Satu Malaysia”. Konsep ini adalah merupakan kesinambungan daripada dasar-dasar kerajaan yang terdahulu di
mana ia bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa
dan agama. Berdasarkan definisi yang diberikan, kita dapat huraikan beberapa kepentingan dan fungsi dasar ini
dalam usaha membina negara dari pelbagai dimensi mencakupi politik, ekonomi dan sosial. Walaubagaimanapun,
asas kepada Konsep 1 Malaysia ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum. Ini bermakna setiap kaum di
negara ini akan dibela nasib mereka tanpa mengira bangsa dan agama. Pemimpin perlu adil mengambilkira taraf
kemajuan kaum yang berbeza-beza supaya setiap kaum dapat menerima dengan hati terbuka perbezaan yang
wujud. Prinsip keadilan ini amat penting dalam semua aspek kerana ia akan membuatkan semua kaum rasa terbela
dan tidak disisihkan. Sekiranya keadaan ini wujud, maka isu perjuangan kepentingan etnik tidak akan timbul.


      Misi Konsep 1 Malaysia iaitu „Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan‟ memainkan peranan penting
dalam membina negara bangsa yang bersatu padu. Ini adalah kerana dengan mendahulukan kepentingan rakyat
dari semua aspek, rakyat akan lebih menghormati dan mempercayai pentadbiran negara. Berlandaskan
                                                                2
kepercayaan rakyat ini, pentadbiran negara akan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur kerana rakyat akan
mudah bekerjasama dalam setiap perancangan yang dibuat oleh pentadbiran negara. Di samping itu,
pemimpin-pemimpin perlulah mengutamakan pencapaian dalam setiap perkara yang dilakukan. Ini bermakna
pemimpin hendaklah mengetepikan kepentingan peribadi demi negara dengan berkorban masa, tenaga dan
kewangan agar keperluan rakyat dapat dipenuhi dan masalah-masalah rakyat dapat diselesaikan. Konsep 1
Malaysia ini memerlukan kesungguhan dan komitmen yang tinggi daripada pemimpin dan rakyat supaya tugas dan
tanggungjawab masing-masing dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Apabila rakyat dan pemimpin saling
menghormati dan mempercayai antara satu sama lain, maka lahirlah kestabilan politik dalam negara Malaysia.
YAB Perdana Menteri telah menerapkan lapan nilai dalam konsep 1 Malaysia. Nilai-nilai ini penting dalam
mewujudkan rakyat yang bersatu padu kerana setiap individu akan berfikir dan bertindak ke arah satu matlamat
iaitu untuk negara. Lapan nilai tersebut ialah budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan,
kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.


Nilai-nilai ini perlu diterapkan dalam setiap individu tidak kira pemimpin atau pun rakyat supaya visi Gagasan
Satu Malaysia tercapai. Untuk mengamalkan konsep 1 Malaysia ini, semua kaum perlu mengutamakankesetiaan
dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok itu sendiri. Ini adalah kerana jika
kesetiaan terhadap negara bangsa berbelah bahagi, sudah semestinya negara kita akan menjadi kacau bilau dan
setiap kaum akan bermusuhan sesama sendiri. Kesan daripada itu, negara kita tidak akan maju sampai bila-bila dan
memudahkan negara luar untuk menjajah semula Malaysia seperti pada zaman dahulu. Oleh itu konsep 1 Malaysia
ini adalah merupakan pemangkin kepada kewujudan negara bangsa dan dapat melahirkan rakyat yang mempunyai
sikap kekitaan antara satu sama lain.


     Selain itu, konsep 1 Malaysia juga memainkan peranan yang penting dari segi ekonomi. Ini adalah kerana
dalam konsep ini, rakyat perlu dimajukan dahulu sebelum mencapai kemajuan negara. Pemimpin perlu
mengambilkira taraf kemajuan kaum yang berbeza-beza supaya tiada jurang yang begitu besar dari segi ekonomi
di antara kaum-kaum di Malaysia. Sebagai contoh, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha dari segi
pembangunan secara menyeluruh kepada rakyat di Sarawak pada tahun 2009. Ini direalisasikan dengan
pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) merupakan landskap pembangunan mapan bagi
rakyat pelbagai kaum negeri Sarawak mencapai matlamatnya. Negara berasaskan satu model baru ekonomi. Ia
bertujuan memastikan matlamat negara untuk berubah dari negara berpendapatan menengah tinggi kepada
kerajaan berpendapatan tinggi, tercapai. Perdana Menteri juga menyatakan bahawa prioriti utama adalah
memastikan Negara akan mengalami impak seminimum mungkin kesan kegawatan ekonomi global, kedua
berusaha untuk keluar dari kemelut ekonomi dan kewangan yang ada dengan kadar paling pantas dan ketiganya
secara keseluruhan membantu rakyat menangani keperitan hidup yang dialami. Ini menunjukkan bahawa YAB

                                                       3
Perdana Menteri kita amat menekankan konsep 1 Malaysia ini dari aspek ekonomi adalah untuk membela rakyat
dan negara.


    Konsep 1 Malaysia memainkan peranan penting dalam usaha membina negara dalam pelbagai dimensi
mencakupi politik, ekonomi, dan sosial. Namun, fungsi dasar ini tidak akan terlaksana jika tiada kerjasama
daripada semua pihak tidak kira pemimpin ataupun rakyat. Oleh itu, adalah penting untuk setiap individu
mengaplikasi konsep 1 Malaysia ini dalam kehidupan seharian meraka terutama nilai-nilai yang diterapkan oleh
YAB Perdana Menteri Malaysia dalam konsep ini. Apabila nilai-nilai tersebut diaplikasi oleh setiap individu,
maka visi gagasan 1 Malaysia iaitu mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu akan tercapai. Antara nilai-
nilai yang perlu wujud ialah hormat-menghormati dan saling mempercayai antara satu sama lain supaya perpaduan
antara kaum dapat dibina dengan lebih kukuh. Di samping itu, Konsep 1 Malaysia juga memberi penekanan pada
aspek ekonomi dengan mengambilkira taraf kemajuan kaum yang berbeza-beza supaya tiada jurang yang begitu
besar dari segi ekonomi di antara kaum-kaum di Malaysia. Dari aspek politik pula, pentadbiran negara akan lebih
mudah dijalankan kerana pemimpin mendahulukan kepentingan rakyat dari semua aspek. Konsep 1 Malaysia
memerlukan setiap individu mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan
kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.


    Secara kesimpulannya, isu perjuangan mempertahankan etnik timbul kerana ketidakpuashati sesetengah pihak
tertentu dari segi ekonomi, politik dan sosial.Sekiranya, pihak pentadbir menambil langkah-langkah sewajarnya
seperti gagasan 1 Malaysia untuk menghapus peluang kewujudan ketidakpuashatian itu, maka isu perjuangan etnik
tidak akan timbul. Di samping itu, semangat kekitaan dan kebersamaan seperti yang disarankan dalam gagasan
Satu Malaysia amat penting untuk mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang berjaya dan maju dari segipolitik ,
ekonomi dan sosial. Gagasan satu Malaysia berbeza dengan konsep asimilasi yang diamalkan oleh negara lain.
Gagasan ini menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik
setiap kaum di Malaysia serta menekankan sikap penerimaan rakyat berbilang kaum bagi mewujudkan suasana
harmoni dalam masyarakat dan negara.Oleh itu sokongan padu haruslah diberi untuk menjayakan gagasan ini.




                                                       4

More Related Content

What's hot

Perpaduan kaum menjamin kestabilan negara
Perpaduan kaum menjamin kestabilan negaraPerpaduan kaum menjamin kestabilan negara
Perpaduan kaum menjamin kestabilan negaraimpak
 
Folio sejarah tingkatan 2 perpaduan kaum
Folio sejarah tingkatan 2  perpaduan kaumFolio sejarah tingkatan 2  perpaduan kaum
Folio sejarah tingkatan 2 perpaduan kaumEvans Eyan
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiamothy
 
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3Umizah Khamis
 
Modul hub.etnik
Modul hub.etnikModul hub.etnik
Modul hub.etnikNim OHara
 
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSATAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSANorakma Abdullah
 
Hubungan etnik soalan 4
Hubungan etnik soalan 4Hubungan etnik soalan 4
Hubungan etnik soalan 4Mak Jemah AF
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Kepentingan perpaduan kaum di malaysia
Kepentingan perpaduan kaum di malaysiaKepentingan perpaduan kaum di malaysia
Kepentingan perpaduan kaum di malaysiaTeddy Yong
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Juriza Jusoh
 
Cara cara pupuk perpaduan
Cara cara pupuk perpaduanCara cara pupuk perpaduan
Cara cara pupuk perpaduanaliadayana1
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanAswa Nina
 
Tugasan waj3106 etnik
Tugasan waj3106 etnikTugasan waj3106 etnik
Tugasan waj3106 etnikTan Fen
 
KEHARMONIAN KAUM DARI KACA MATA SAYA SEBAGAI SEORANG PELAJAR
KEHARMONIAN KAUM DARI KACA MATA SAYA SEBAGAI SEORANG PELAJARKEHARMONIAN KAUM DARI KACA MATA SAYA SEBAGAI SEORANG PELAJAR
KEHARMONIAN KAUM DARI KACA MATA SAYA SEBAGAI SEORANG PELAJARHanim Zabidi
 
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikHubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 

What's hot (20)

Perpaduan kaum menjamin kestabilan negara
Perpaduan kaum menjamin kestabilan negaraPerpaduan kaum menjamin kestabilan negara
Perpaduan kaum menjamin kestabilan negara
 
Folio sejarah tingkatan 2 perpaduan kaum
Folio sejarah tingkatan 2  perpaduan kaumFolio sejarah tingkatan 2  perpaduan kaum
Folio sejarah tingkatan 2 perpaduan kaum
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
 
Modul hub.etnik
Modul hub.etnikModul hub.etnik
Modul hub.etnik
 
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSATAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
 
Hubungan etnik soalan 4
Hubungan etnik soalan 4Hubungan etnik soalan 4
Hubungan etnik soalan 4
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
 
Kepentingan perpaduan kaum di malaysia
Kepentingan perpaduan kaum di malaysiaKepentingan perpaduan kaum di malaysia
Kepentingan perpaduan kaum di malaysia
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553
 
Cara cara pupuk perpaduan
Cara cara pupuk perpaduanCara cara pupuk perpaduan
Cara cara pupuk perpaduan
 
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
 
Tugasan waj3106 etnik
Tugasan waj3106 etnikTugasan waj3106 etnik
Tugasan waj3106 etnik
 
EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5
 
Ctu 553
Ctu 553Ctu 553
Ctu 553
 
KEHARMONIAN KAUM DARI KACA MATA SAYA SEBAGAI SEORANG PELAJAR
KEHARMONIAN KAUM DARI KACA MATA SAYA SEBAGAI SEORANG PELAJARKEHARMONIAN KAUM DARI KACA MATA SAYA SEBAGAI SEORANG PELAJAR
KEHARMONIAN KAUM DARI KACA MATA SAYA SEBAGAI SEORANG PELAJAR
 
Tugasan Keunikan di Malaysia
Tugasan Keunikan di Malaysia Tugasan Keunikan di Malaysia
Tugasan Keunikan di Malaysia
 
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikHubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
 

Viewers also liked

Dasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaDasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaAn Hawa
 
Bidang Pembelajaran 4 NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTISME
Bidang Pembelajaran 4 NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTISMEBidang Pembelajaran 4 NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTISME
Bidang Pembelajaran 4 NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTISMENur Syafiah Dang Rani
 
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)almadinasakinah
 
Nilai nilai murni dalam setiap agama di malaysia
Nilai nilai murni dalam setiap agama di malaysiaNilai nilai murni dalam setiap agama di malaysia
Nilai nilai murni dalam setiap agama di malaysiaZarina Zam
 
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msiaBab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msiaNur Az
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011jabatan perpaduan
 

Viewers also liked (7)

Dasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaDasar luar malaysia
Dasar luar malaysia
 
Bidang Pembelajaran 4 NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTISME
Bidang Pembelajaran 4 NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTISMEBidang Pembelajaran 4 NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTISME
Bidang Pembelajaran 4 NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTISME
 
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
 
Gagasan 1 malaysia
Gagasan 1 malaysiaGagasan 1 malaysia
Gagasan 1 malaysia
 
Nilai nilai murni dalam setiap agama di malaysia
Nilai nilai murni dalam setiap agama di malaysiaNilai nilai murni dalam setiap agama di malaysia
Nilai nilai murni dalam setiap agama di malaysia
 
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msiaBab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
 

Similar to Esei 1

Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikKevin Vin
 
skema soalan sejarah form 4
skema soalan sejarah form 4skema soalan sejarah form 4
skema soalan sejarah form 4Muhammad Fansuri
 
hubungan etnik
hubungan etnikhubungan etnik
hubungan etnikhjik85
 
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)Ashikin Azeman
 
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIAPEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIAmohd admee
 
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)Izyan Solehah
 
Dari Segregasi ke Integrasi
Dari Segregasi ke IntegrasiDari Segregasi ke Integrasi
Dari Segregasi ke Integrasihaneyhazwani
 
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakatintan mastura
 
Kepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaKepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaIzzah Noah
 
Hubungan Etnik Bab 8 Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
Hubungan Etnik Bab 8   Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat BerintegrasiHubungan Etnik Bab 8   Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
Hubungan Etnik Bab 8 Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat BerintegrasiWanBK Leo
 
51d107e206670f84b7e4f9f00c2ae398
51d107e206670f84b7e4f9f00c2ae39851d107e206670f84b7e4f9f00c2ae398
51d107e206670f84b7e4f9f00c2ae398Suhaimi Shoib
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Strategi Survival Melayu Bumiputera dalam Konteks H...
CTU555 Sejarah Malaysia - Strategi Survival Melayu Bumiputera dalam Konteks H...CTU555 Sejarah Malaysia - Strategi Survival Melayu Bumiputera dalam Konteks H...
CTU555 Sejarah Malaysia - Strategi Survival Melayu Bumiputera dalam Konteks H...Mahyuddin Khalid
 
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysia
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysiaKonsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysia
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysiaAzhzhahir
 
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduanAsigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduanRosli Dol Haji
 
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanKepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanCaeser Rio
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1NikHaris1
 
Topik 4 pemantapan kesepaduan nasional
Topik 4 pemantapan kesepaduan nasionalTopik 4 pemantapan kesepaduan nasional
Topik 4 pemantapan kesepaduan nasionalSharifahNurAbu
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumUmizah Khamis
 

Similar to Esei 1 (20)

Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnik
 
skema soalan sejarah form 4
skema soalan sejarah form 4skema soalan sejarah form 4
skema soalan sejarah form 4
 
Kuliah 8
Kuliah 8Kuliah 8
Kuliah 8
 
hubungan etnik
hubungan etnikhubungan etnik
hubungan etnik
 
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)
CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA (SHE)
 
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIAPEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
 
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)
8507a01a966886f9d9b0377fe526f4f3 (2)
 
Dari Segregasi ke Integrasi
Dari Segregasi ke IntegrasiDari Segregasi ke Integrasi
Dari Segregasi ke Integrasi
 
Sejarah
SejarahSejarah
Sejarah
 
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat
 
Kepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaKepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysia
 
Hubungan Etnik Bab 8 Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
Hubungan Etnik Bab 8   Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat BerintegrasiHubungan Etnik Bab 8   Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
Hubungan Etnik Bab 8 Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
 
51d107e206670f84b7e4f9f00c2ae398
51d107e206670f84b7e4f9f00c2ae39851d107e206670f84b7e4f9f00c2ae398
51d107e206670f84b7e4f9f00c2ae398
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Strategi Survival Melayu Bumiputera dalam Konteks H...
CTU555 Sejarah Malaysia - Strategi Survival Melayu Bumiputera dalam Konteks H...CTU555 Sejarah Malaysia - Strategi Survival Melayu Bumiputera dalam Konteks H...
CTU555 Sejarah Malaysia - Strategi Survival Melayu Bumiputera dalam Konteks H...
 
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysia
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysiaKonsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysia
Konsep sejahtera dalam kehidupan kemasyarakatan di malaysia
 
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduanAsigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan
 
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanKepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Topik 4 pemantapan kesepaduan nasional
Topik 4 pemantapan kesepaduan nasionalTopik 4 pemantapan kesepaduan nasional
Topik 4 pemantapan kesepaduan nasional
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
 

Esei 1

  • 1. PERJUANGAN MEMPERTAHANKAN ETNIK AKAN MENIMBULKAN KONFLIK DALAM MASYARAKAT. Secara umumnya,etnik bermaksud sekumpulan manusia yang mempunyai persamaan sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku. Manakala konflik pula membawa maksud perbezaan pendapat antara dua atau lebih pihak yang membawa kepada percanggahan. Taquiri dalam Newstrom dan Davis (1977) pula menyatakan konflik merupakan warisan kehidupan sosial yang boleh berlaku dalam pelbagai keadaan akibat daripada berbangkitnya keadaan ketidaksetujuan, kontroversi dan pertentangan di antara dua atau lebih pihak secara berterusan. Jadi perjuangan mempertahankan sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku sesebuah etnik akan menimbulkan kontroversi atau permasalahan dalam masyarakat. Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India serta 80 etnik kaum yang lain. Sebagai sebuah negara majmuk, masyarakatnya yang mempunyai kebudayaan,agama , bahasa dan adat resam yang tersendiri meskipun berada di bawah sistem politik yang sama, sudah tentunya ia menghadapi pelbagai konflik di kalangan etniknya. Konflik pula terjadi kerana perbezaan pendapat, ketidaksetujuan dan ketidakpuas hati dari segi ekonomi, sosial dan politik. Boleh dikatakan bahawa isu perkauman akan sentiasa menjadi batas pemisah antara rakyat pelbagai kaum. Keadaan ini seterusnya boleh melahirkan ketegangan dan konflik antara kaum. Dari segi ekonomi, sebelum merdeka terdapat jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi di antara etnik- etnik di Malaysia. Sebagai contohnya, kebanyakan orang Melayu menguasai sektor pertanian yang agak mundur. Orang Cina umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan dan perdagangan. Manakala orang India pula menguasai sektor ekonomi yang berasaskan ladang. Kesannya, wujud jurang pendapatan yang berbeza antara etnik. Ini adalah kesan daripada dasar pecah-perintah British yang meletakkan kaum berdasarkan kepada pekerjaan menyebabkan etnik tertentu mendominasi dalam satu-satu bidang pekerjaan. Perbezaan jurang ekonomi ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik tertentu. Secara tidak langsung, perkara ini memperkukuhkan lagi semangat perkauman seterusnya menjurus kepada konflik sesama etnik sesebuah masyarakat. Hal ini boleh jelas diperlihat sekiranya kita meninjau kenapa berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Ketidakseimbangan ekonomi semasa pemerintahan Jepun dan Inggeris telah berlanjutan selepas merdeka. Ini menimbulkan sikap tidak puashati di kalangan sesetengah masyarakat. Akhirnya, terjadi peristiwa rusuhan mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda. Sejak peristiwa berdarah itu,Pelbagai rancangan telah diperkenalkan untuk mengimbangi jurang ekonomi ini. Antaranya ialah Draft Development Plan of Malaya, DEB , dan Dasar Pembangunan Nasional yang ternyata telah mengimbangi jurang ekonomi tersebut walaupun tidak sepenuhnya. 1
  • 2. Dari segi politik pula, di negara ini terdapat pelbagai parti politik yang berasaskan kumpulan etnik dan setiap parti politik akan memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya. Politik perkauman ini boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuat tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak. Jika isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan dan ekonomi dibangkitkan, maka tindakan ini tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu. Dari segi sosial pula, Oleh itu, terdapat pelbagai perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan dalam masyarakat di Malaysia. Setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adat resam mereka, mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga menganggap kebudayaan mereka sahaja yang terbaik. Hal ini menyebabkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan dan natijah akhirnya akan mewujudkan polarisasi antara etnik. Selain daripada itu kewujudan akhbar yang pelbagai bahasa dengan mengutamakan kelompok etnik mereka akan memperkukuhkan lagi perasaan kumpulan etnik masing-masing. “ K i t a berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan b e r d a s a r k a n k e h e n d a k s e m u a k u m p u l a n e t n i k d a l a m n e g a r a k i t a . I n i b u k a n b e r e r t i k i t a mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itudilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputerayang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”. Ini adalah sebahagian daripada ucapan Perdana Menteri Najib Tun Razak semasa majlis pelancaran gagasan “Satu Malaysia”. Konsep ini adalah merupakan kesinambungan daripada dasar-dasar kerajaan yang terdahulu di mana ia bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Berdasarkan definisi yang diberikan, kita dapat huraikan beberapa kepentingan dan fungsi dasar ini dalam usaha membina negara dari pelbagai dimensi mencakupi politik, ekonomi dan sosial. Walaubagaimanapun, asas kepada Konsep 1 Malaysia ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum. Ini bermakna setiap kaum di negara ini akan dibela nasib mereka tanpa mengira bangsa dan agama. Pemimpin perlu adil mengambilkira taraf kemajuan kaum yang berbeza-beza supaya setiap kaum dapat menerima dengan hati terbuka perbezaan yang wujud. Prinsip keadilan ini amat penting dalam semua aspek kerana ia akan membuatkan semua kaum rasa terbela dan tidak disisihkan. Sekiranya keadaan ini wujud, maka isu perjuangan kepentingan etnik tidak akan timbul. Misi Konsep 1 Malaysia iaitu „Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan‟ memainkan peranan penting dalam membina negara bangsa yang bersatu padu. Ini adalah kerana dengan mendahulukan kepentingan rakyat dari semua aspek, rakyat akan lebih menghormati dan mempercayai pentadbiran negara. Berlandaskan 2
  • 3. kepercayaan rakyat ini, pentadbiran negara akan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur kerana rakyat akan mudah bekerjasama dalam setiap perancangan yang dibuat oleh pentadbiran negara. Di samping itu, pemimpin-pemimpin perlulah mengutamakan pencapaian dalam setiap perkara yang dilakukan. Ini bermakna pemimpin hendaklah mengetepikan kepentingan peribadi demi negara dengan berkorban masa, tenaga dan kewangan agar keperluan rakyat dapat dipenuhi dan masalah-masalah rakyat dapat diselesaikan. Konsep 1 Malaysia ini memerlukan kesungguhan dan komitmen yang tinggi daripada pemimpin dan rakyat supaya tugas dan tanggungjawab masing-masing dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Apabila rakyat dan pemimpin saling menghormati dan mempercayai antara satu sama lain, maka lahirlah kestabilan politik dalam negara Malaysia. YAB Perdana Menteri telah menerapkan lapan nilai dalam konsep 1 Malaysia. Nilai-nilai ini penting dalam mewujudkan rakyat yang bersatu padu kerana setiap individu akan berfikir dan bertindak ke arah satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai tersebut ialah budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Nilai-nilai ini perlu diterapkan dalam setiap individu tidak kira pemimpin atau pun rakyat supaya visi Gagasan Satu Malaysia tercapai. Untuk mengamalkan konsep 1 Malaysia ini, semua kaum perlu mengutamakankesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok itu sendiri. Ini adalah kerana jika kesetiaan terhadap negara bangsa berbelah bahagi, sudah semestinya negara kita akan menjadi kacau bilau dan setiap kaum akan bermusuhan sesama sendiri. Kesan daripada itu, negara kita tidak akan maju sampai bila-bila dan memudahkan negara luar untuk menjajah semula Malaysia seperti pada zaman dahulu. Oleh itu konsep 1 Malaysia ini adalah merupakan pemangkin kepada kewujudan negara bangsa dan dapat melahirkan rakyat yang mempunyai sikap kekitaan antara satu sama lain. Selain itu, konsep 1 Malaysia juga memainkan peranan yang penting dari segi ekonomi. Ini adalah kerana dalam konsep ini, rakyat perlu dimajukan dahulu sebelum mencapai kemajuan negara. Pemimpin perlu mengambilkira taraf kemajuan kaum yang berbeza-beza supaya tiada jurang yang begitu besar dari segi ekonomi di antara kaum-kaum di Malaysia. Sebagai contoh, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha dari segi pembangunan secara menyeluruh kepada rakyat di Sarawak pada tahun 2009. Ini direalisasikan dengan pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) merupakan landskap pembangunan mapan bagi rakyat pelbagai kaum negeri Sarawak mencapai matlamatnya. Negara berasaskan satu model baru ekonomi. Ia bertujuan memastikan matlamat negara untuk berubah dari negara berpendapatan menengah tinggi kepada kerajaan berpendapatan tinggi, tercapai. Perdana Menteri juga menyatakan bahawa prioriti utama adalah memastikan Negara akan mengalami impak seminimum mungkin kesan kegawatan ekonomi global, kedua berusaha untuk keluar dari kemelut ekonomi dan kewangan yang ada dengan kadar paling pantas dan ketiganya secara keseluruhan membantu rakyat menangani keperitan hidup yang dialami. Ini menunjukkan bahawa YAB 3
  • 4. Perdana Menteri kita amat menekankan konsep 1 Malaysia ini dari aspek ekonomi adalah untuk membela rakyat dan negara. Konsep 1 Malaysia memainkan peranan penting dalam usaha membina negara dalam pelbagai dimensi mencakupi politik, ekonomi, dan sosial. Namun, fungsi dasar ini tidak akan terlaksana jika tiada kerjasama daripada semua pihak tidak kira pemimpin ataupun rakyat. Oleh itu, adalah penting untuk setiap individu mengaplikasi konsep 1 Malaysia ini dalam kehidupan seharian meraka terutama nilai-nilai yang diterapkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dalam konsep ini. Apabila nilai-nilai tersebut diaplikasi oleh setiap individu, maka visi gagasan 1 Malaysia iaitu mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu akan tercapai. Antara nilai- nilai yang perlu wujud ialah hormat-menghormati dan saling mempercayai antara satu sama lain supaya perpaduan antara kaum dapat dibina dengan lebih kukuh. Di samping itu, Konsep 1 Malaysia juga memberi penekanan pada aspek ekonomi dengan mengambilkira taraf kemajuan kaum yang berbeza-beza supaya tiada jurang yang begitu besar dari segi ekonomi di antara kaum-kaum di Malaysia. Dari aspek politik pula, pentadbiran negara akan lebih mudah dijalankan kerana pemimpin mendahulukan kepentingan rakyat dari semua aspek. Konsep 1 Malaysia memerlukan setiap individu mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini. Secara kesimpulannya, isu perjuangan mempertahankan etnik timbul kerana ketidakpuashati sesetengah pihak tertentu dari segi ekonomi, politik dan sosial.Sekiranya, pihak pentadbir menambil langkah-langkah sewajarnya seperti gagasan 1 Malaysia untuk menghapus peluang kewujudan ketidakpuashatian itu, maka isu perjuangan etnik tidak akan timbul. Di samping itu, semangat kekitaan dan kebersamaan seperti yang disarankan dalam gagasan Satu Malaysia amat penting untuk mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang berjaya dan maju dari segipolitik , ekonomi dan sosial. Gagasan satu Malaysia berbeza dengan konsep asimilasi yang diamalkan oleh negara lain. Gagasan ini menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia serta menekankan sikap penerimaan rakyat berbilang kaum bagi mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat dan negara.Oleh itu sokongan padu haruslah diberi untuk menjayakan gagasan ini. 4