W A J 3 0 6 2 H U B U N G A N E T N I K | 1
PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah Negara yang rakyatnya berbilang kaum dan etnik yang
mengamalkan pelbagai kepercayaan agama, budaya, bahasa, dan cara hidup. Namun kerajaan
yang mentadbir negara ini sejak merdeka secara terus menerus berjaya mengurus
kepelbagaian di Malaysia dengan berkesan agar rakyat pelbagai kaum dapat menikmati
kemajuan dan pembangunan Negara dengan adil dan saksama. Pembangunan dan kejayaan
yang dikecapi oleh Malaysia amat menakjubkan malah menjadi contoh kepada negara-negara
lain yang sedang membangun di persada dunia. Sebuah Negara yang kecil di atas peta dunia
tetapi sangat besar dalam semangat dan kejayaannya yang terus berdiri tegak sama tinggi di
samping Negara-negara maju lain yang ada di dunia ini dan mengorak langkah besar ke arah
kejayan di persada dunia. Kejayaan Malaysia pada hari ini tidak mungkin dapat dikecapi jika
akar perpaduan yang kukuh lagi ampuh berjaya dibina sejak Negara merdeka lagi.
Sejak Negara mencapai kemerdekaan 58 tahun yang lalu, banyak program dan dasar-
dasar kerajaan yang telah diimplementasikan untuk memupuk perpaduan rakyat yang berbilang
kaum di Negara ini. Antaranya seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Wawasan Negara,
Dasar Penswastaan, Rancangan Pembangunan Malaysia Lima Tahun, 1 Malaysia dan yang
terbaru adalah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Rancangan Malaysia Kesepuluh menetapkan
satu lagi mercu tanda bersejarah dalam usaha kita melaksanakan misi penting ke arah menjadi
Negara maju dan berpendapatan tinggi sebagaimana yang dihasratkan dalam Wawasan 2020.
Rancangan Malaysia Kesepuluh telah mencapai fasa terakhir nya pada tahun ini iaitu tahun
2015 setelah 5 tahun ianya dilaksanakan.
Rancangan Malaysia Kesepuluh mengandungi aspirasi Program Transformasi Kerajaan
dan Model Ekonomi Baru yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan
kemampanan. Rancangan ini merencanakan pembangunan Negara untuk tempoh lima tahun
akan datang dengan matlamat untuk menyampaikan hasil yang dihasratkan untuk semua
rakyat. Program pembangunan nasional berteraskan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara
(NKRA) seperti yang digariskan dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Ekonomi
Utama Negara (NKEA) dan Program Transformasi Ekonomi dan pembaruan strategik dalam
Model Ekonomi Baru.
W A J 3 0 6 2 H U B U N G A N E T N I K | 2
BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA)
Pada Julai 2009, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Indeks
Prestasi Utama Negara (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebagai
usaha untuk menyediakan dan meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat. Bagi menghadapi
segala cabaran yang menghalang daripada mencapai Wawasan 2020, kerajaan memberikan
sepenuh komitmen kepada Program Transformasi Kerajaan (GTP) selaras dengan prinsip 1
Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Program Transformasi Kerajaan
(GTP) ini telah dilancarkan pada tahun 2010 dan merupakan sebuah program yang nekad
untuk mentransformasi secara radikal cara bekerja kerajaan agar dapat menghasilkan
penyelesaian sebenar bagi isu-isu rakyat agar kerajaan bersama dengan rakyat dapat mara ke
hadapan dengan langkah yang teguh sebagai sebuah Negara. Pelan hala tuju ini
memperincikan objektif, keberhasilan dan set tindakan permulaan dalam bidang yang
dikenalpasti sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Keberhasilan
Utama Kementerian (MKRA).
NKRA telah didefinisikan sebagai Bidang Utama Negara. Ia mewakili gabungan
keutamaan jangka masa pendek untuk menangani tuntuan beban rakyat dan tidak kurang
pentingnya isu jangka masa panjang yang memberikan kesan kepada rakyat yang memerlukan
perhatian yang khusus. Enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ialah usaha
kerajaan untuk menyediakan dan meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat. Enam tonggak
ataupun teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam GTP adalah berdasarkan
permintaan rakyat yang paling mendesak dan perubahan yang mampu memberikan
keberhasilan besar yang pantas tetapi realistik. Enam tonggak utama NKRA adalah:
1. Mengurangkan Kadar Jenayah
2. Membanteras Rasuah
3. Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Bermutu dan Termampu
4. Mempertingkat Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah
5. Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman
6. Mempertingkat Pengangkutan Awam Bandar
Terdapat empat sasaran utama atau sub-NKRA iaitu:
1. Membasmi kemiskinan tegar 44,643 isi rumah miskin tegar di bawah sistem eKasih
menjelang 31 Disember 2010;
W A J 3 0 6 2 H U B U N G A N E T N I K | 3
2. Mengurangkan kadar kemiskinan daripada 3.6% kepada 2.8% menjelang Disember
2010;
3. Melatih dan membangunkan 2,000 usahawan wanita menjelang 31 Disember 2010; dan
4. Meningkatkan kadar pemilikan atau penyewaan rumah ke 50% dalam kalangan rakyat
berpendapatan RM 2,500 sebulan ke bawah menjelang Disember 2010.
Kesemua enam Bidang NKRA telah dipertanggungjawabkan kepada menteri, kementerian,
jabatan dan agansi-agensi kerajaan untuk dilaksanakan sejak bulan Januari 2010 dan
Keberhasilan Pencapaian Negara (KPI) telah ditetapkan. Kesemua enam teras dalam Bidang
Keberhasilan Negara ini merupakan teras kepada kemajuan Negara kita yang ingin dicapai oleh
kerajaan Negara kita sebagai sebuah batu loncatan bagi mencapai Wawasan 2020 yang
memungkinkan Negara kita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan Negara maju lain di
dunia ini. Kesemua teras Bidang Keberhasilan Utama Negara ini bukan sahaja merangkumi
aspek ekonomi semata-mata tetapi turut melibatkan aspek sosial terutama sekali perpaduan
rakyat berbilang kaum di Malaysia.
PERKAITAN DI ANTARA NKRA DENGAN PERPADUAN NASIONAL
Perpaduan merupakan kunci utama kejayaan sesebuah Negara terutama Malaysia yang
terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum. Walaupun rakyatnya berbilang etnik dan bangsa,
tetapi mereka dapat hidup rukun dan damai tidak seperti penduduk di Negara-negara lain yang
tidak sunyi dengan perbalahan, pertikaian dan permusuhan sedangkan mereka terdiri dari
bangsa, keturunan dan kepercayaan yang sama, kehidup rakyat Negara ini pernah diuji.
Keharmonian hidup rakyat Malaysia banyak dicemburui oleh banyak pihak. Negara kita pernah
dijajah oleh pelbagai kuasa seperti Portugis, Belanda, Siam, Jepun dan Inggeris. Segala bentuk
rupa dan rasa keperitan dan kesukaran telah dilalui oleh ramai pemaustatin tempatan apabila
mereka cuba menentang penjajahan asing demi memelihara tanah air tercinta.
Kepelbagaian dan kekompleksan Negara kita bermaksud bahawa kita perlu menguruskan
pelbagai isu secara serentak. Banyak daripada isu dengan mana kita bergelut sebagai sebuah
Negara dan telah dikenalpasti oleh rakyat sebagai penting sebenarnya merupakan polariti,
seperti antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang muda dengan yang tua dan juga
merentas agama, bangsa dan wilayah. Polariti merupakan kewujudan dua buah pandangan,
keadaan atau permintaan yang berlawanan antara satu sama lain. Tidak seperti masalah
W A J 3 0 6 2 H U B U N G A N E T N I K | 4
teknikal yang boleh dileraikan dengan penyelesaian yang biasa, jelas dan mudah, polariti
lazimnya memerlukan keseimbangan yang perlu diuruskan dan ia harus diuruskan dengan baik.
Polariti dalam masyarakat adalah lebih kompleks, melibatkan pandangan yang berbeza
terhadap sistem ekonomi dan politik, peranan agama dalam kerajaan dan sebagainya. Justeru
itulah kerajaan kita timbul dengan idea Gagasan 1 Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan’ untuk menguruskan polariti yang ada dalam Negara kita supaya dapat membentuk
sebuah Negara yang harmonis dan maju. Konsep 1 Malaysia bukan hanya setakat
keharmonian bangsa dan perpaduan dalam Negara. Perbezaan etnik dan warisan budaya perlu
dilihat sebagai satu kelebihan Malaysia.
Enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah digariskan iaitu
mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkatkanpencapaian pelajar,
mempertingkat taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah, mempertingkat infrastruktur asas
luar Bandar dan mempertingkat pengangkutan awam Bandar. Ini merupakan permulaan kepada
pengurusan sebahagian daripada polariti di Negara kita yang kompleks. Dikenalpasti dan
dirangka berdasarkan maklum balas awam, enam NKRA ini dimaksudkan untuk semua rakyat
Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan wilayah. Empat daripadanya, iaitu pendidikan,
isirumah berpendapatan rendah, infrastruktur luar Bandar dan pengangkutan awam Bandar
mensasarkan keperluan kumpulan berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik.
Kejadian kemiskinan dan kekurangan infrastruktur adalah lebih menonjol dalam kalangan
orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, India dan Orang Asli, meskipun ia tidaklah
eksklusif kepada mereka sahaja.Dengan mengimplementasikan NKRA ini, kita akan
mengurangkan ketidaksamaan yang sedia ada, yang seterusnya akan mengurangkan perasaan
yang munasabah ekoran kehilangan hak yang relatif yang ada kalanya mungkin bertukar
menjadi rasa tidak puas hati yang dianggap dan diungkapkan dalam bentuk perkauman. Cuba
kita imbau kembali peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang telah melanda Negara kita suatu
ketika dahulu ekoran tiada perpaduan sesama rakyat berbilang kaum.
Penjajahan British melalui dasar pecah dan perintah serta mementingkan kuasa dan
ekonomi menyebabkan terjadi jurang perbezaan dan pengenalan ekonomi berbentuk etnik
antara kaum dan wilayah. Pelbagai kaum terasa seperti tidak mendapat pembelaan dan
peluang yang sewajarnya. Dalam kempen pilihanraya 1969 pula, terdapat parti-parti politik yang
telah menimbulkan isu-isu sensitif yang menyentuh kaum tertentu. Kehilangan dua pertiga
majoriti parti Perikatan dalam pilihanraya umum tersebut, diikuti kelantangan beberapa
W A J 3 0 6 2 H U B U N G A N E T N I K | 5
pemimpin parti pembangkang dan penyokong mereka yang menimbulkan perasaan saling
membenci dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Kemuncak manifestasi perkauman ini ialah
peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
Peristiwa ini menunjukkan bahawa perpaduan nasional sukar dicapai jika terdapat jurang
perbezaan yang terlalu besar terutama dari segi ekonomi, politik dan sosial antara rakyat
pelbagai kaum. Sehubungan dengan itulah kerajaan sangat mengambil berat akan kepentingan
perpaduan rakyat berbilang kaum di Negara ini sehingga banyak dasar dan program yang
dilaksanakan dalam Negara selepas peristiwa berdarah tersebut sangat menitikbertakan
perpaduan rakyat sehingga ke hari ini iaitu NKRA. Usaha yang bersepadu dalam
menyampaikan hasil positif dalam enam NKRA akan menggalakkan, menggembleng dan
meransangkan penyertaan yang aktif dan sumbangan yang berkesan daripada pegawai
kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat jelata. Ini seterusnya akan
memupuk rasa kesatuan matlamat yang lebih padu dan membawa rakyat lebih dekat bersama
antara satu sama lain. Bagaimana enam teras NKRA ini dapat menjamin kesejahteraan rakyat
dan perpaduan Negara? Sumbangannya terhadap keharmonian sosial, perpaduan nasional,
integrasi dan kemuncak 1 Malaysia menerusi penyampaan hasil-hasil positif yang berjaya
dalam enam NKRA tersebut adalah melalui penerapan dan mengimplementasian kesemua
enam teras tersebut.
ENAM TERAS NKRA DAN KEBERKESANANNYA KEPADA HUBUNGAN ETNIK DAN
KEHARMONIAN KAUM
NKRA1: Mengurangkan Jenayah
Fokus NKRA yang pertama adalah untuk mengurangkan kadar jenayah. Teras pertama ini
diletakkan dibawah pantauan Kementerian Dalam Negeri iaitu dibawah kepimpinan Dato’ Seri
Hishamuddin. Dalam Petunjuk Keberhasilan Pencapaian Negara (KPI), kerajaan menetapkan
sasaran pengurangan kadar jenayah sekurang-kurangnya 5% secara keseluruhan dan 20%
jenayah jalanan pada penghujung tahun 2010. Kadar jenayah indeks keseluruhan telah
meningkat daripada 746 kes jenayah yang dilapor bagi setiap 100,000 penduduk pada 2006
menjadi 767 pada 2007, iaitu suatu kenaikan hamper 3%. Kadar jenayah indeks kekal stabil
pada tahun 2008, dan walaupun ujuran awalan mencadangkan bahawa kadar ini mungkin
W A J 3 0 6 2 H U B U N G A N E T N I K | 6
menurun pada 2009, banyak lagi yang dapat dilakukan untuk menurunkan lagi kadar jenayah
yang berlaku.
Aspirasi NKRA Mengurangkan Jenayah adalah untuk mempertingkatkan keselamatan
awam di seluruh Malaysia dalam masa dua hingga tiga tahun yang akan datang dengan hasil
nyata tercapai dalam masa 6 hingga 12 bulan pertama. Dua jenis jenayah utama iaitu Jenayah
Indeks (meliputi 14 jenis jenayah yang bersifat serius dan sering berlaku seperti mencuri, curi
ragut, kecurian motosikal, kecurian kereta, kecurian jentera berat, pecah rumah siang, pecah
rumah malam, samun tanpa senjata api secara berkawan, samun tanpa senjata api, samun
dengan senjata api secara berkawan, samun dengan senjata api, cabul, rogol dan bunuh) dan
Jenayah Jalan (terdiri daripada tiga berlainan kategori jenayah iaitu jenayah curi ragut, samun
tanpa senjata api secara berkawan dan samun tanpa senjata api).
Kadar jenayah di seluruh Negara menyaksikan penurunan mendadak selepas perlaksanaan
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah. Peratusan penurunan
jenayah pada tahun 2010 melebihi sasaran yang telah ditetapkan iaitu pengurangan sebanyak
5% bagi jenayah indeks dan 20% bagi jenayah jalanan. Menurut Hasil Petunjuk Prestasi Utama
Negara, jumlah jenayah indeks telah berkurangkan sebanyak 15% iaitu daripada 209,817 kes
pada tahun 2009 kepada 177,520 kes pada tahun 2010 manakala jenayah jalanan telah
berkurang sebanyak 35% iaitu daripada 38,080 kes pada tahun 2009 kepada 24,837 kes pada
tahun 2010. Ini menunjukkan dengan jelas bahawa usaha kerajaan berkesan dalam
perlaksanaan NKRA ini apabil penurunan secara mendadak kadar jenayah dalam tempoh
setahun sahaja sebaik saja dilaksana.
Kejadian jenayah tidak mengira bangsa dan agama, meskipun kadar jenayah secara
umumnya lebih tinggi berlaku dalam kawasan berpendapatan rendah dan sederhana. Walau
bagaimanapun, dalam beberapa kejadian dimana penjenayah berasal daripada satu kaum dan
mangsa adalah daripada kaum yang lain, persepsi bahawa jenayah didorong oleh perkauman
tidak dapat dibendung sepenuhnya. Malah, hakikat bahawa pasukan polis kebanyakkannya
orang Melayu juga mungkin menyemarakkan lagi persepsi perkauman. Justeru itu, usaha
bersepadu untuk meningkatkan lagi kualiti, keberkesanan dan kebajikan pasukan polis, untuk
meransang penyertaan semua golongan dalam bekerjasama dengan polis untuk menentang
jenayah dan meningkatkan kesedaran mengenai isu dan faktor yang mengakibatkan jenayah
akan menyumbang secara positif kepada penghapusan penstereotaipan perkauman dan
persepsi negatif dan kemuncaknya menyumbang kepada perpaduan nasional.
W A J 3 0 6 2 H U B U N G A N E T N I K | 7
NKRA2: Membanteras Rasuah
Teras NKRA yang kedua pula adalah untuk membanteras rasuah. Selain masalah sosial,
rasuah juga merompak kekayan dan sumber Negara kita. Dianggarkan bahawa rasuah boleh
menyebabkan kos sebanyak RM10 bilion setahun, atau 102% daripada KDNK apabila
keputusan perniagaan (contohnya pemberian kontrak, perolehan sumber manusia) dilakukan
dengan tujuan yang salah. Petunjuk Keberhasilan Utama Negara (KPI) menetapkan sasaran di
peringkat nasional untuk meningkatkan skor Corruption Perception Index (CPI) daripada 4.5
kepada 4.9 menjelang tahun 2012. Kerajaan telah melaksanakan banyak program dan
mengambil langkah signifikan, termasuk mewujudkan Institut Integriti Malaysia pada tahun 2004
untuk mempermudah pelaksanaan Pelan Integriti Nasional dan menaik taraf Badan Pencegah
rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009. Kerajaan
juga telah menubuhkan sebuah pasukan etugas khas peringkat atasan yang diketuai oelh
Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk mengkaji laporan Ketua
Audit Negara 2008 dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap
penyelewengan kewangan yang didedahkan oleh laporan itu.
Meskipun dengan usaha-usaha kerajaan itu, prestasi Malaysia telah jatuh merudum apabila
kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah, Transparency International (TICPI) yang
berada pada kedudukan ke-23 pada tahun 1995 telah jatuh ke tangga ke- 56 pada tahun 2009.
Tinjauan menunjukkan bahawa rakyat amat tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan dalam
membanteras rasuah. Contohnya, 67% daripada warga Malaysia yang ditinjau menerusi Kajian
Global Corruption Barometer 2009 percaya bahawa tindakan kerajaan dalam usaha menentang
rasuah adalah tidak berkesan.
Seperti jenayah, rasuah bukan lagi isu yang berasaskan kaum atau agama. Banyak lagi
Negara yang hanya terdiri daripada satu etnik bergelut dengan masalah rasuah yang lebih
serius. Walau bagaimanapun, hakikat bahawa majoriti besar pegawai kerajaan iaitu golongan
Bumiputera, selain kekayaan dan kuasa tertumpu pada golongan elit, memang adakalanya
menimbulkan prejudis dan persepsi berasaskan kaum. Justeru, sebuah kempen yang
bersungguh-sungguh untuk membanteras rasuah dengan mewujudkan sistem, mekanisma dan
W A J 3 0 6 2 H U B U N G A N E T N I K | 8
prosedur yang lebih berkesan selain melibatkan maklum balas awam yang lebih terbuka dan
telus akan dapat memperbaiki persepsi negatif dan menyumbang kepada perpaduan nasional.
NKRA3: Mempertingkat Pencapaian Pelajar
Kerajaan juga mengambil berat dalam pendidikan sehingga meletakkan fokus ketiga dalam
teras Bidang Keberhasilan Utama Negara iaitu untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar.
Umum mengetahui bahawa pendidikan merupakan wahana perpaduan. Sebelum NKRA
dijalankan, masih ramai kanak-kanak di Malaysia belum mendapat pendidikan lantaran jarak
dan kekurangan prasarana menjadi punca mereka tidak bersekolah. Hal ini menyumbang
kepada kadar buta AKSARA dan menjadi satu kebimbangan demi masa depan Negara.
Lantaran itulah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dilancarkan dan menetapkan pendidikan
sebagai salah satu NKRA. Sasaran NKRA Mempertingkat Tahap Pencapaian Pelajar ini adalah
untuk meningkatkan kemasukan pelajar prasekolah, meningkatkan kadar Literasi dan Numerasi
(LINUS), mengenalpasti Sekolah Berprestasi Tinggi dan memberi tawaran baru kepada Guru
Besar dan Pengetua Sekolah yang cemerlang.
Setelah lima tahun NKRA dilaksanakan, seramai 54,569 kanak-kanak telah menerima
faedah daripada 1,500 buah kelas prasekolah baru dan tambahan. 15,500 orang guru LINUS
telah dilatih pada tahun 2010 dan menyumbang kepada kadar literasi untuk tahap 1 dimana
telah mencapai sebanyak 85% dan kadar numerasi pula telah melepasi sasaran dengan
peningkatan sebanyak 91%. Sebanyak 20 sekolah diberi pengiktirafan Sekolah Berprestasi
Tinggi berdasarkan kecemerlangan aspek akademik, kokurikulum dan pembentukan sahsiah
pelajar. Sejak mendapat pengiktirafan tertinggi ini, banyak kejayaan pada peringkat
kebangsaan dan antarabangsa ditunjukkan 20 sekolah berkenaan antaranya Kolej Tunku
Kurshiah terpilih mengadakan persembahan Kurshiah Orchestra di International Society for
Music Education (ISEM) World Conference di Beijing, China, seorang pelajar SMK Sri Aman
menang dua pingat emas pada International Competition and Assessment for Schools (ICAS) di
Singapura, manakala SMK Sultan Alam Shah Johan World Orchestra peringkat kebangsaan.
Seperti diketahui umum, kementerian memperkenalkan Program Pembangunan Prestasi
Sekolah (SIP) bagi membantu sekolah berprestasi rendah dalam Band 6 dan 7, bukan sub-
NKRA Pendidikan, sebaliknya bagi memastikan sekolah ini meningkatkan pencapaian. Bagi
perbandingan pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 dan 2010, sekolah
Band 6 dan 7 menunjukkan pencapaian baik iaitu daripada 209 sekolah rendah dalam Band 6
dan 7, sebanyak 145 (69.4 peratus) menunjukkan penambahbaikan pencapaian Gred Purata
W A J 3 0 6 2 H U B U N G A N E T N I K | 9
Sekolah (GPS) dan ada sekolah berjaya menunjukkan lonjakan sehingga 40 peratus
penambahbaikan dalam GPS.
NKRA ini bertujuan untuk menangani jurang dalam prestasi yang wujud dalam kalangan
pelajar dari latar belakang geografi dan sosial yang berbeza. Pada masa ini, lebih daripada satu
pertiga daripada kanak-kanak kitak tidak menerima pendidikan prasekolah. Terdapat
ketidaksamaan antara kawasan Bandar dengan luar Bandar dan antara negeri-negeri, sebagai
contohnya, hanya 65% kanak-kanak menghadiri prasekolah di Kelantan berbanding dengan
hamper 100% di Pulau Pinang, juga perbezaan ketara dari sudut kualiti. Terdapat juga
ketidaksamaan yang besar dari prestasi sekolah. Ketidaksamaan tersebut memberi kesan
terhadap golongan yang lebih miskin, tanpa mengira bangsa. Menerusi komitmen untuk
meningkatkan penyertaan prasekolah kepada 87% dalam tempoh tiga tahun dan meningkatkan
hasil pelajar menerusi sistem sekolah keseluruhan, ketidaksamaan sedemikian akan dapat
ditangani dengan berlalunya masa. Tambahan pula, penduduk yang lebih terdidik dan lebih
bermaklumat akan kurang mudah terpengaruh dengan prejudis dan sentimen perkauman.
NKRA4: Mempertingkat Taraf Isirumah Berpendapatan Rendah
Teras yang keempat pula adalah untuk mempertingkatkan taraf isi rumah berpendapatan
rendah dalam kalangan rakyat di Malaysia. Meskipun tahap pendapatan sebenar telah
meningkat sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, kemiskinan relatif masih merupakan
fenomena utama yang menjejaskan banyak orang, terutamanya dalam konteks kos yang
meningkat dan kegendalaan ekonomi yang teruk disebabkan krisis ekonomi global. Masih
terdapat lebih daripada 200,00 isirumah yang hidup dengan pendapatan kurang daripada
RM750 sebulan dan banyak isirumah di Bandar hidup dengan pendapatan antara RM2,000 –
RM3,000 sebulan didapati sukar untuk menyara hidup. Justeru, suatu usaha bersepadu untuk
menyediakan jaringan keselamatan sosial yang lebih berkesan kepada golongan yang miskin
dan kurang bernasib baik serta menyediakan peluang dan insentif untuk perniagaan dan
perusahaan akan dapat banyak membantu kea rah mengurangkan ketidaksamaan dan polariti
antara golongan yang kaya dengan yang miskin. Matlamatnya adalah untuk memastikan
bahawa tidak ada sesiapapun yang ketinggalan tanpa mengira bangsa atau agama semasa kita
meneruskan usaha untuk berkembang sebagai sebuah Negara.
NKRA 5: Mempertingkat Infrastruktur Asas Luar Bandar
W A J 3 0 6 2 H U B U N G A N E T N I K | 10
Fokus kelima yang menjadi teras kepada NKRA adalah untuk mempertingkatkan
infrastruktur asas luar Bandar. Meskipun kebanyakkan negeri di Semenanjung Malaysia telah
mencapai hampir 90% liputan kemudahan seperti bekalan air, namun Sabah dan Sarawak
hanya mencatatkan 57%. Tambahan pula Sabah dan Sarawak serta sebahgian daripada
kawasan luar Bandar Semenanjung Malaysia ketinggalan dari segi ketersediaan infrastruktur
asas seperti jalan raya dan perumahan luar Bandar. Dengan menumpukan pada infrastruktur
asas luar Bandar sebagai satu keutamaan, ketaksamaan sedemikian dapat ditangani dengan
cekap dan jurang antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak dapat dirapatkan
dengan ketara. Ini tanpa ragu lagi akan menyumbang kepada rasa kekitaan dalam kalangan
penduduk Sabah dan Sarawak, dan dengan demikian meningkatkan integrasi nasional.
NKRA6: Mempertingkat Pengangkutan Awam Bandar
Teras terakhir dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara adalah untuk mempertingkatkan
pengangkutan awam Bandar. Keadaan pengangkutan awam yang lemah membawa kesusahan
kepada kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana di kawasan Bandar seperti Kuala
Lumpur dan Lembah Klang selain menyebabkan beban kewangan yang besar. Menangani
keperluan yang mendesak ini dan melaksanakan langkah-langkah untuk meningkatkan
kebolehpercayaan, keselesaan, kemudahan, kebolehcapaian dan kesalinghubungan akan
membantu mengurangkan masa perjalanan dan menggalakkan anjakan terhadap penggunaan
pengangkutan persendirian. Ini seterusnya akan menggalakkan interaksi yang lebih giat dalam
kalangan segmen penduduk yang berbeza (ketika perjalanan harian) dan juga mengurangkan
punca utama rasa tidak puas hati masyarakat Bandar.

WAJ3062 Hubungan Etnik

  • 1.
    W A J3 0 6 2 H U B U N G A N E T N I K | 1 PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah Negara yang rakyatnya berbilang kaum dan etnik yang mengamalkan pelbagai kepercayaan agama, budaya, bahasa, dan cara hidup. Namun kerajaan yang mentadbir negara ini sejak merdeka secara terus menerus berjaya mengurus kepelbagaian di Malaysia dengan berkesan agar rakyat pelbagai kaum dapat menikmati kemajuan dan pembangunan Negara dengan adil dan saksama. Pembangunan dan kejayaan yang dikecapi oleh Malaysia amat menakjubkan malah menjadi contoh kepada negara-negara lain yang sedang membangun di persada dunia. Sebuah Negara yang kecil di atas peta dunia tetapi sangat besar dalam semangat dan kejayaannya yang terus berdiri tegak sama tinggi di samping Negara-negara maju lain yang ada di dunia ini dan mengorak langkah besar ke arah kejayan di persada dunia. Kejayaan Malaysia pada hari ini tidak mungkin dapat dikecapi jika akar perpaduan yang kukuh lagi ampuh berjaya dibina sejak Negara merdeka lagi. Sejak Negara mencapai kemerdekaan 58 tahun yang lalu, banyak program dan dasar- dasar kerajaan yang telah diimplementasikan untuk memupuk perpaduan rakyat yang berbilang kaum di Negara ini. Antaranya seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Wawasan Negara, Dasar Penswastaan, Rancangan Pembangunan Malaysia Lima Tahun, 1 Malaysia dan yang terbaru adalah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Rancangan Malaysia Kesepuluh menetapkan satu lagi mercu tanda bersejarah dalam usaha kita melaksanakan misi penting ke arah menjadi Negara maju dan berpendapatan tinggi sebagaimana yang dihasratkan dalam Wawasan 2020. Rancangan Malaysia Kesepuluh telah mencapai fasa terakhir nya pada tahun ini iaitu tahun 2015 setelah 5 tahun ianya dilaksanakan. Rancangan Malaysia Kesepuluh mengandungi aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Ekonomi Baru yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan. Rancangan ini merencanakan pembangunan Negara untuk tempoh lima tahun akan datang dengan matlamat untuk menyampaikan hasil yang dihasratkan untuk semua rakyat. Program pembangunan nasional berteraskan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) seperti yang digariskan dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan Program Transformasi Ekonomi dan pembaruan strategik dalam Model Ekonomi Baru.
  • 2.
    W A J3 0 6 2 H U B U N G A N E T N I K | 2 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) Pada Julai 2009, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Indeks Prestasi Utama Negara (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebagai usaha untuk menyediakan dan meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat. Bagi menghadapi segala cabaran yang menghalang daripada mencapai Wawasan 2020, kerajaan memberikan sepenuh komitmen kepada Program Transformasi Kerajaan (GTP) selaras dengan prinsip 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Program Transformasi Kerajaan (GTP) ini telah dilancarkan pada tahun 2010 dan merupakan sebuah program yang nekad untuk mentransformasi secara radikal cara bekerja kerajaan agar dapat menghasilkan penyelesaian sebenar bagi isu-isu rakyat agar kerajaan bersama dengan rakyat dapat mara ke hadapan dengan langkah yang teguh sebagai sebuah Negara. Pelan hala tuju ini memperincikan objektif, keberhasilan dan set tindakan permulaan dalam bidang yang dikenalpasti sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA). NKRA telah didefinisikan sebagai Bidang Utama Negara. Ia mewakili gabungan keutamaan jangka masa pendek untuk menangani tuntuan beban rakyat dan tidak kurang pentingnya isu jangka masa panjang yang memberikan kesan kepada rakyat yang memerlukan perhatian yang khusus. Enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ialah usaha kerajaan untuk menyediakan dan meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat. Enam tonggak ataupun teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam GTP adalah berdasarkan permintaan rakyat yang paling mendesak dan perubahan yang mampu memberikan keberhasilan besar yang pantas tetapi realistik. Enam tonggak utama NKRA adalah: 1. Mengurangkan Kadar Jenayah 2. Membanteras Rasuah 3. Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Bermutu dan Termampu 4. Mempertingkat Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah 5. Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman 6. Mempertingkat Pengangkutan Awam Bandar Terdapat empat sasaran utama atau sub-NKRA iaitu: 1. Membasmi kemiskinan tegar 44,643 isi rumah miskin tegar di bawah sistem eKasih menjelang 31 Disember 2010;
  • 3.
    W A J3 0 6 2 H U B U N G A N E T N I K | 3 2. Mengurangkan kadar kemiskinan daripada 3.6% kepada 2.8% menjelang Disember 2010; 3. Melatih dan membangunkan 2,000 usahawan wanita menjelang 31 Disember 2010; dan 4. Meningkatkan kadar pemilikan atau penyewaan rumah ke 50% dalam kalangan rakyat berpendapatan RM 2,500 sebulan ke bawah menjelang Disember 2010. Kesemua enam Bidang NKRA telah dipertanggungjawabkan kepada menteri, kementerian, jabatan dan agansi-agensi kerajaan untuk dilaksanakan sejak bulan Januari 2010 dan Keberhasilan Pencapaian Negara (KPI) telah ditetapkan. Kesemua enam teras dalam Bidang Keberhasilan Negara ini merupakan teras kepada kemajuan Negara kita yang ingin dicapai oleh kerajaan Negara kita sebagai sebuah batu loncatan bagi mencapai Wawasan 2020 yang memungkinkan Negara kita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan Negara maju lain di dunia ini. Kesemua teras Bidang Keberhasilan Utama Negara ini bukan sahaja merangkumi aspek ekonomi semata-mata tetapi turut melibatkan aspek sosial terutama sekali perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia. PERKAITAN DI ANTARA NKRA DENGAN PERPADUAN NASIONAL Perpaduan merupakan kunci utama kejayaan sesebuah Negara terutama Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum. Walaupun rakyatnya berbilang etnik dan bangsa, tetapi mereka dapat hidup rukun dan damai tidak seperti penduduk di Negara-negara lain yang tidak sunyi dengan perbalahan, pertikaian dan permusuhan sedangkan mereka terdiri dari bangsa, keturunan dan kepercayaan yang sama, kehidup rakyat Negara ini pernah diuji. Keharmonian hidup rakyat Malaysia banyak dicemburui oleh banyak pihak. Negara kita pernah dijajah oleh pelbagai kuasa seperti Portugis, Belanda, Siam, Jepun dan Inggeris. Segala bentuk rupa dan rasa keperitan dan kesukaran telah dilalui oleh ramai pemaustatin tempatan apabila mereka cuba menentang penjajahan asing demi memelihara tanah air tercinta. Kepelbagaian dan kekompleksan Negara kita bermaksud bahawa kita perlu menguruskan pelbagai isu secara serentak. Banyak daripada isu dengan mana kita bergelut sebagai sebuah Negara dan telah dikenalpasti oleh rakyat sebagai penting sebenarnya merupakan polariti, seperti antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang muda dengan yang tua dan juga merentas agama, bangsa dan wilayah. Polariti merupakan kewujudan dua buah pandangan, keadaan atau permintaan yang berlawanan antara satu sama lain. Tidak seperti masalah
  • 4.
    W A J3 0 6 2 H U B U N G A N E T N I K | 4 teknikal yang boleh dileraikan dengan penyelesaian yang biasa, jelas dan mudah, polariti lazimnya memerlukan keseimbangan yang perlu diuruskan dan ia harus diuruskan dengan baik. Polariti dalam masyarakat adalah lebih kompleks, melibatkan pandangan yang berbeza terhadap sistem ekonomi dan politik, peranan agama dalam kerajaan dan sebagainya. Justeru itulah kerajaan kita timbul dengan idea Gagasan 1 Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ untuk menguruskan polariti yang ada dalam Negara kita supaya dapat membentuk sebuah Negara yang harmonis dan maju. Konsep 1 Malaysia bukan hanya setakat keharmonian bangsa dan perpaduan dalam Negara. Perbezaan etnik dan warisan budaya perlu dilihat sebagai satu kelebihan Malaysia. Enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah digariskan iaitu mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkatkanpencapaian pelajar, mempertingkat taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah, mempertingkat infrastruktur asas luar Bandar dan mempertingkat pengangkutan awam Bandar. Ini merupakan permulaan kepada pengurusan sebahagian daripada polariti di Negara kita yang kompleks. Dikenalpasti dan dirangka berdasarkan maklum balas awam, enam NKRA ini dimaksudkan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan wilayah. Empat daripadanya, iaitu pendidikan, isirumah berpendapatan rendah, infrastruktur luar Bandar dan pengangkutan awam Bandar mensasarkan keperluan kumpulan berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik. Kejadian kemiskinan dan kekurangan infrastruktur adalah lebih menonjol dalam kalangan orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, India dan Orang Asli, meskipun ia tidaklah eksklusif kepada mereka sahaja.Dengan mengimplementasikan NKRA ini, kita akan mengurangkan ketidaksamaan yang sedia ada, yang seterusnya akan mengurangkan perasaan yang munasabah ekoran kehilangan hak yang relatif yang ada kalanya mungkin bertukar menjadi rasa tidak puas hati yang dianggap dan diungkapkan dalam bentuk perkauman. Cuba kita imbau kembali peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang telah melanda Negara kita suatu ketika dahulu ekoran tiada perpaduan sesama rakyat berbilang kaum. Penjajahan British melalui dasar pecah dan perintah serta mementingkan kuasa dan ekonomi menyebabkan terjadi jurang perbezaan dan pengenalan ekonomi berbentuk etnik antara kaum dan wilayah. Pelbagai kaum terasa seperti tidak mendapat pembelaan dan peluang yang sewajarnya. Dalam kempen pilihanraya 1969 pula, terdapat parti-parti politik yang telah menimbulkan isu-isu sensitif yang menyentuh kaum tertentu. Kehilangan dua pertiga majoriti parti Perikatan dalam pilihanraya umum tersebut, diikuti kelantangan beberapa
  • 5.
    W A J3 0 6 2 H U B U N G A N E T N I K | 5 pemimpin parti pembangkang dan penyokong mereka yang menimbulkan perasaan saling membenci dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Kemuncak manifestasi perkauman ini ialah peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Peristiwa ini menunjukkan bahawa perpaduan nasional sukar dicapai jika terdapat jurang perbezaan yang terlalu besar terutama dari segi ekonomi, politik dan sosial antara rakyat pelbagai kaum. Sehubungan dengan itulah kerajaan sangat mengambil berat akan kepentingan perpaduan rakyat berbilang kaum di Negara ini sehingga banyak dasar dan program yang dilaksanakan dalam Negara selepas peristiwa berdarah tersebut sangat menitikbertakan perpaduan rakyat sehingga ke hari ini iaitu NKRA. Usaha yang bersepadu dalam menyampaikan hasil positif dalam enam NKRA akan menggalakkan, menggembleng dan meransangkan penyertaan yang aktif dan sumbangan yang berkesan daripada pegawai kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat jelata. Ini seterusnya akan memupuk rasa kesatuan matlamat yang lebih padu dan membawa rakyat lebih dekat bersama antara satu sama lain. Bagaimana enam teras NKRA ini dapat menjamin kesejahteraan rakyat dan perpaduan Negara? Sumbangannya terhadap keharmonian sosial, perpaduan nasional, integrasi dan kemuncak 1 Malaysia menerusi penyampaan hasil-hasil positif yang berjaya dalam enam NKRA tersebut adalah melalui penerapan dan mengimplementasian kesemua enam teras tersebut. ENAM TERAS NKRA DAN KEBERKESANANNYA KEPADA HUBUNGAN ETNIK DAN KEHARMONIAN KAUM NKRA1: Mengurangkan Jenayah Fokus NKRA yang pertama adalah untuk mengurangkan kadar jenayah. Teras pertama ini diletakkan dibawah pantauan Kementerian Dalam Negeri iaitu dibawah kepimpinan Dato’ Seri Hishamuddin. Dalam Petunjuk Keberhasilan Pencapaian Negara (KPI), kerajaan menetapkan sasaran pengurangan kadar jenayah sekurang-kurangnya 5% secara keseluruhan dan 20% jenayah jalanan pada penghujung tahun 2010. Kadar jenayah indeks keseluruhan telah meningkat daripada 746 kes jenayah yang dilapor bagi setiap 100,000 penduduk pada 2006 menjadi 767 pada 2007, iaitu suatu kenaikan hamper 3%. Kadar jenayah indeks kekal stabil pada tahun 2008, dan walaupun ujuran awalan mencadangkan bahawa kadar ini mungkin
  • 6.
    W A J3 0 6 2 H U B U N G A N E T N I K | 6 menurun pada 2009, banyak lagi yang dapat dilakukan untuk menurunkan lagi kadar jenayah yang berlaku. Aspirasi NKRA Mengurangkan Jenayah adalah untuk mempertingkatkan keselamatan awam di seluruh Malaysia dalam masa dua hingga tiga tahun yang akan datang dengan hasil nyata tercapai dalam masa 6 hingga 12 bulan pertama. Dua jenis jenayah utama iaitu Jenayah Indeks (meliputi 14 jenis jenayah yang bersifat serius dan sering berlaku seperti mencuri, curi ragut, kecurian motosikal, kecurian kereta, kecurian jentera berat, pecah rumah siang, pecah rumah malam, samun tanpa senjata api secara berkawan, samun tanpa senjata api, samun dengan senjata api secara berkawan, samun dengan senjata api, cabul, rogol dan bunuh) dan Jenayah Jalan (terdiri daripada tiga berlainan kategori jenayah iaitu jenayah curi ragut, samun tanpa senjata api secara berkawan dan samun tanpa senjata api). Kadar jenayah di seluruh Negara menyaksikan penurunan mendadak selepas perlaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah. Peratusan penurunan jenayah pada tahun 2010 melebihi sasaran yang telah ditetapkan iaitu pengurangan sebanyak 5% bagi jenayah indeks dan 20% bagi jenayah jalanan. Menurut Hasil Petunjuk Prestasi Utama Negara, jumlah jenayah indeks telah berkurangkan sebanyak 15% iaitu daripada 209,817 kes pada tahun 2009 kepada 177,520 kes pada tahun 2010 manakala jenayah jalanan telah berkurang sebanyak 35% iaitu daripada 38,080 kes pada tahun 2009 kepada 24,837 kes pada tahun 2010. Ini menunjukkan dengan jelas bahawa usaha kerajaan berkesan dalam perlaksanaan NKRA ini apabil penurunan secara mendadak kadar jenayah dalam tempoh setahun sahaja sebaik saja dilaksana. Kejadian jenayah tidak mengira bangsa dan agama, meskipun kadar jenayah secara umumnya lebih tinggi berlaku dalam kawasan berpendapatan rendah dan sederhana. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kejadian dimana penjenayah berasal daripada satu kaum dan mangsa adalah daripada kaum yang lain, persepsi bahawa jenayah didorong oleh perkauman tidak dapat dibendung sepenuhnya. Malah, hakikat bahawa pasukan polis kebanyakkannya orang Melayu juga mungkin menyemarakkan lagi persepsi perkauman. Justeru itu, usaha bersepadu untuk meningkatkan lagi kualiti, keberkesanan dan kebajikan pasukan polis, untuk meransang penyertaan semua golongan dalam bekerjasama dengan polis untuk menentang jenayah dan meningkatkan kesedaran mengenai isu dan faktor yang mengakibatkan jenayah akan menyumbang secara positif kepada penghapusan penstereotaipan perkauman dan persepsi negatif dan kemuncaknya menyumbang kepada perpaduan nasional.
  • 7.
    W A J3 0 6 2 H U B U N G A N E T N I K | 7 NKRA2: Membanteras Rasuah Teras NKRA yang kedua pula adalah untuk membanteras rasuah. Selain masalah sosial, rasuah juga merompak kekayan dan sumber Negara kita. Dianggarkan bahawa rasuah boleh menyebabkan kos sebanyak RM10 bilion setahun, atau 102% daripada KDNK apabila keputusan perniagaan (contohnya pemberian kontrak, perolehan sumber manusia) dilakukan dengan tujuan yang salah. Petunjuk Keberhasilan Utama Negara (KPI) menetapkan sasaran di peringkat nasional untuk meningkatkan skor Corruption Perception Index (CPI) daripada 4.5 kepada 4.9 menjelang tahun 2012. Kerajaan telah melaksanakan banyak program dan mengambil langkah signifikan, termasuk mewujudkan Institut Integriti Malaysia pada tahun 2004 untuk mempermudah pelaksanaan Pelan Integriti Nasional dan menaik taraf Badan Pencegah rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009. Kerajaan juga telah menubuhkan sebuah pasukan etugas khas peringkat atasan yang diketuai oelh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk mengkaji laporan Ketua Audit Negara 2008 dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap penyelewengan kewangan yang didedahkan oleh laporan itu. Meskipun dengan usaha-usaha kerajaan itu, prestasi Malaysia telah jatuh merudum apabila kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah, Transparency International (TICPI) yang berada pada kedudukan ke-23 pada tahun 1995 telah jatuh ke tangga ke- 56 pada tahun 2009. Tinjauan menunjukkan bahawa rakyat amat tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan dalam membanteras rasuah. Contohnya, 67% daripada warga Malaysia yang ditinjau menerusi Kajian Global Corruption Barometer 2009 percaya bahawa tindakan kerajaan dalam usaha menentang rasuah adalah tidak berkesan. Seperti jenayah, rasuah bukan lagi isu yang berasaskan kaum atau agama. Banyak lagi Negara yang hanya terdiri daripada satu etnik bergelut dengan masalah rasuah yang lebih serius. Walau bagaimanapun, hakikat bahawa majoriti besar pegawai kerajaan iaitu golongan Bumiputera, selain kekayaan dan kuasa tertumpu pada golongan elit, memang adakalanya menimbulkan prejudis dan persepsi berasaskan kaum. Justeru, sebuah kempen yang bersungguh-sungguh untuk membanteras rasuah dengan mewujudkan sistem, mekanisma dan
  • 8.
    W A J3 0 6 2 H U B U N G A N E T N I K | 8 prosedur yang lebih berkesan selain melibatkan maklum balas awam yang lebih terbuka dan telus akan dapat memperbaiki persepsi negatif dan menyumbang kepada perpaduan nasional. NKRA3: Mempertingkat Pencapaian Pelajar Kerajaan juga mengambil berat dalam pendidikan sehingga meletakkan fokus ketiga dalam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara iaitu untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar. Umum mengetahui bahawa pendidikan merupakan wahana perpaduan. Sebelum NKRA dijalankan, masih ramai kanak-kanak di Malaysia belum mendapat pendidikan lantaran jarak dan kekurangan prasarana menjadi punca mereka tidak bersekolah. Hal ini menyumbang kepada kadar buta AKSARA dan menjadi satu kebimbangan demi masa depan Negara. Lantaran itulah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dilancarkan dan menetapkan pendidikan sebagai salah satu NKRA. Sasaran NKRA Mempertingkat Tahap Pencapaian Pelajar ini adalah untuk meningkatkan kemasukan pelajar prasekolah, meningkatkan kadar Literasi dan Numerasi (LINUS), mengenalpasti Sekolah Berprestasi Tinggi dan memberi tawaran baru kepada Guru Besar dan Pengetua Sekolah yang cemerlang. Setelah lima tahun NKRA dilaksanakan, seramai 54,569 kanak-kanak telah menerima faedah daripada 1,500 buah kelas prasekolah baru dan tambahan. 15,500 orang guru LINUS telah dilatih pada tahun 2010 dan menyumbang kepada kadar literasi untuk tahap 1 dimana telah mencapai sebanyak 85% dan kadar numerasi pula telah melepasi sasaran dengan peningkatan sebanyak 91%. Sebanyak 20 sekolah diberi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi berdasarkan kecemerlangan aspek akademik, kokurikulum dan pembentukan sahsiah pelajar. Sejak mendapat pengiktirafan tertinggi ini, banyak kejayaan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa ditunjukkan 20 sekolah berkenaan antaranya Kolej Tunku Kurshiah terpilih mengadakan persembahan Kurshiah Orchestra di International Society for Music Education (ISEM) World Conference di Beijing, China, seorang pelajar SMK Sri Aman menang dua pingat emas pada International Competition and Assessment for Schools (ICAS) di Singapura, manakala SMK Sultan Alam Shah Johan World Orchestra peringkat kebangsaan. Seperti diketahui umum, kementerian memperkenalkan Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP) bagi membantu sekolah berprestasi rendah dalam Band 6 dan 7, bukan sub- NKRA Pendidikan, sebaliknya bagi memastikan sekolah ini meningkatkan pencapaian. Bagi perbandingan pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 dan 2010, sekolah Band 6 dan 7 menunjukkan pencapaian baik iaitu daripada 209 sekolah rendah dalam Band 6 dan 7, sebanyak 145 (69.4 peratus) menunjukkan penambahbaikan pencapaian Gred Purata
  • 9.
    W A J3 0 6 2 H U B U N G A N E T N I K | 9 Sekolah (GPS) dan ada sekolah berjaya menunjukkan lonjakan sehingga 40 peratus penambahbaikan dalam GPS. NKRA ini bertujuan untuk menangani jurang dalam prestasi yang wujud dalam kalangan pelajar dari latar belakang geografi dan sosial yang berbeza. Pada masa ini, lebih daripada satu pertiga daripada kanak-kanak kitak tidak menerima pendidikan prasekolah. Terdapat ketidaksamaan antara kawasan Bandar dengan luar Bandar dan antara negeri-negeri, sebagai contohnya, hanya 65% kanak-kanak menghadiri prasekolah di Kelantan berbanding dengan hamper 100% di Pulau Pinang, juga perbezaan ketara dari sudut kualiti. Terdapat juga ketidaksamaan yang besar dari prestasi sekolah. Ketidaksamaan tersebut memberi kesan terhadap golongan yang lebih miskin, tanpa mengira bangsa. Menerusi komitmen untuk meningkatkan penyertaan prasekolah kepada 87% dalam tempoh tiga tahun dan meningkatkan hasil pelajar menerusi sistem sekolah keseluruhan, ketidaksamaan sedemikian akan dapat ditangani dengan berlalunya masa. Tambahan pula, penduduk yang lebih terdidik dan lebih bermaklumat akan kurang mudah terpengaruh dengan prejudis dan sentimen perkauman. NKRA4: Mempertingkat Taraf Isirumah Berpendapatan Rendah Teras yang keempat pula adalah untuk mempertingkatkan taraf isi rumah berpendapatan rendah dalam kalangan rakyat di Malaysia. Meskipun tahap pendapatan sebenar telah meningkat sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, kemiskinan relatif masih merupakan fenomena utama yang menjejaskan banyak orang, terutamanya dalam konteks kos yang meningkat dan kegendalaan ekonomi yang teruk disebabkan krisis ekonomi global. Masih terdapat lebih daripada 200,00 isirumah yang hidup dengan pendapatan kurang daripada RM750 sebulan dan banyak isirumah di Bandar hidup dengan pendapatan antara RM2,000 – RM3,000 sebulan didapati sukar untuk menyara hidup. Justeru, suatu usaha bersepadu untuk menyediakan jaringan keselamatan sosial yang lebih berkesan kepada golongan yang miskin dan kurang bernasib baik serta menyediakan peluang dan insentif untuk perniagaan dan perusahaan akan dapat banyak membantu kea rah mengurangkan ketidaksamaan dan polariti antara golongan yang kaya dengan yang miskin. Matlamatnya adalah untuk memastikan bahawa tidak ada sesiapapun yang ketinggalan tanpa mengira bangsa atau agama semasa kita meneruskan usaha untuk berkembang sebagai sebuah Negara. NKRA 5: Mempertingkat Infrastruktur Asas Luar Bandar
  • 10.
    W A J3 0 6 2 H U B U N G A N E T N I K | 10 Fokus kelima yang menjadi teras kepada NKRA adalah untuk mempertingkatkan infrastruktur asas luar Bandar. Meskipun kebanyakkan negeri di Semenanjung Malaysia telah mencapai hampir 90% liputan kemudahan seperti bekalan air, namun Sabah dan Sarawak hanya mencatatkan 57%. Tambahan pula Sabah dan Sarawak serta sebahgian daripada kawasan luar Bandar Semenanjung Malaysia ketinggalan dari segi ketersediaan infrastruktur asas seperti jalan raya dan perumahan luar Bandar. Dengan menumpukan pada infrastruktur asas luar Bandar sebagai satu keutamaan, ketaksamaan sedemikian dapat ditangani dengan cekap dan jurang antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak dapat dirapatkan dengan ketara. Ini tanpa ragu lagi akan menyumbang kepada rasa kekitaan dalam kalangan penduduk Sabah dan Sarawak, dan dengan demikian meningkatkan integrasi nasional. NKRA6: Mempertingkat Pengangkutan Awam Bandar Teras terakhir dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara adalah untuk mempertingkatkan pengangkutan awam Bandar. Keadaan pengangkutan awam yang lemah membawa kesusahan kepada kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana di kawasan Bandar seperti Kuala Lumpur dan Lembah Klang selain menyebabkan beban kewangan yang besar. Menangani keperluan yang mendesak ini dan melaksanakan langkah-langkah untuk meningkatkan kebolehpercayaan, keselesaan, kemudahan, kebolehcapaian dan kesalinghubungan akan membantu mengurangkan masa perjalanan dan menggalakkan anjakan terhadap penggunaan pengangkutan persendirian. Ini seterusnya akan menggalakkan interaksi yang lebih giat dalam kalangan segmen penduduk yang berbeza (ketika perjalanan harian) dan juga mengurangkan punca utama rasa tidak puas hati masyarakat Bandar.