Teori Erik Erikson membahagikan perkembangan manusia kepada 8 peringkat, dimulai dari kepercayaan sebagai bayi hingga integritas pada usia lanjut. Setiap peringkat melibatkan konflik psikososial antara kemampuan positif lawan kelemahan, seperti identiti lawan ego pada remaja. Teori ini memberi pandangan bahawa perkembangan manusia dipengaruhi interaksi sosial sepanjang hayat.
1. PBKK3203
TUTORIAL 2 : TEORI JANGKA HAYAT ERIK ERIKSON
AWATIF BINTI LATIP
AHMAD AMIR HUDZAIFAH BIN ABDUL RAHIM
MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN NASIR
THENOSHINY A/P NANTHAKUMAR
2. BIODATA TOKOH
● Erik Erikson dilahirkan pada 15 Jun 1902 di Frankfurt, German.
● Bapanya berketurunan Denmark dan telah meninggalkan
keluarganya sebelum beliau dilahirkan.
● Ibunya pula seorang yang masih uda dan berketurunan yahudi.
● Beliau merupakan Tokoh psikologi yang membentuk teori
mengenai perkembangan manusia.
● Teori yang dibentuk ini adalah berdasarkan kehidupannya dan juga
hasil pembelajaran dari Sigmund Freud dan Anna Freud.
3. KONSEP TEORI
Unsur utama
ialah
perkembangan
identiti ego.
Identiti ego ini berkembang melalui
interaksi sosial.
Beliau juga percaya bahaw rasa kecekapan juga
mendorong tingkah laku dan tindakan.
Beliau menjelaskan bahawa
manusia mempunyai keperluan
asas yang sama dan
perkembangan mereka bergantung
kepada tindak balas terhadap
keperluan tersebut.
5. 8 PERINGKAT PERKEMBANGAN MANUSIA
Berdasarkan teori Erik Erikson, terdapat 8 perkembangan emosi
manusia
● Fasa kepercayaan lawan curiga (0-18 bulan)
● Fasa autonomi lawan keraguan (18 bulan - 3
tahun)
● Fasa ikhtiar lawan rasa bersalah (3 - 6 tahun)
● Fasa berdaya usaha lawan rendah diri ( 6 - 12
tahun)
● Fasa identiti lawan ego ( 13 - 17 tahun)
● Fasa intim lawan bersendirian ( umur 20-an)
● Fasa generatif lawan stagnasi ( 20an - 50an)
● Fasa integriti lawan rasa kecewa ( >50an)
6. Fasa Kepercayaan Lawan Curiga (0-18 bulan)
Pada peringkat ini bayi mula menjalinkan hubungan kasih sayang dan
kepercayaan dengan ibu bapa atau membentuk perasaan tidak percaya. Sebagai
contoh, dapat dilihat pada kebanyakan bayi yang baru lahir. Bayi akan berasa
selamat dan percaya pada ibu bapanya serta dapat merasai kasih sayang yang
dicurahkan sepenuh hati. Sebaliknya, bayi akan menangis jika tidak melihat ibu
bapa atau orang yang tidak dikenali berhampiran dengannya.
7. Fasa Autonomi Lawan Keraguan (18 bulan - 3 tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak akan cuba berdikari untuk melakukan aktiviti
fizikal tanpa memerlukan bantuan orang dewasa. Sebagai contoh, kanak-kanak
yang ingin cuba makan dan minum sendiri, membuang air, memakai kasut dan
sebagainya. Kanak-kanak yang diberi sokongan untuk meneroka perlakuan
fizikal ini akan mempunyai keyakinan diri atau autonomi manakala yang tidak
diberi peluang akan merasa ragu-ragu terhadap kebolehan dirinya.
8. Fasa ikhtiar lawan rasa bersalah (3 - 6 tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak akan terus bersikap berdikari dengan
meneroka persekitaran dan kemahiran baru yang digemarinya. Mereka suka dan
kerap kali bertanyakan soalan dan mahukan penjelasan untuk setiap situasi yang
berlaku. Sokongan yang diberi akan menggalakkan inisiatif dalam diri kanak-
kanak tersebut. Manakala, kanak-kanak yang tidak diberi peluang atau dihukum
akan rasa bersalah dan tidak yakin terhadap dirinya sendiri.
9. Fasa berdaya usaha lawan rendah diri (6 - 12 tahun)
Setiap kanak-kanak akan menghadapi peringkat pembelajaran kemahiran baru
atau menghadapai risiko perasaan rendah diri jika menemui kegagalan atau
tidak cekap terhadap sesuatu perkara. Contohnya dapat dilihat pada kanak-
kanak yang telah memasuki alam persekolahan. Mereka akan berusaha sadaya
upaya untuk mendapat kedudukan terbaik di dalam kelas. Mereka sering
bersaing dengan rakan dalam apa jua aktiviti yang dilakukan. Kanak-kanak ini
akan berasa rendah diri apabila gagal mencapai apa yang diinginkan.
10. Fasa Identiti vs Ego (13-17 tahun)
Fasa ini adalah fasa yang paling memakan tenaga bagi ibu bapa kerana
pada masa ini krisis utama yang mereka hadapi adalah Identiti vs ego, di
mana mereka berusaha mencari identiti mereka dan mempunyai emosi yang
tidak stabil.
Pada fasa ini, anak mempunyai keinginan seksual yang lebih aktif, jadi perlu
memberi pemahaman yang baik mengenai hubungan seksual. Di samping
itu, keinginan untuk mencari identiti dan menjadi orang yang berguna
membuat mereka marah sekiranya terpaksa bergantung pada orang lain.
11. Fasa Intim vs Bersendirian ( 20an)
Setelah melalui fasa remaja, kini anak telah menjadi dewasa dan
mempunyai emosi yang lebih stabil. Namun, dalam fasa ini masih ada
krisis yang dialami, iaitu intim vs bersendirian di mana pada fasa ini
orang tersebut berusaha mencari pasangan atau bahkan menjauhkan
diri dari pelbagai jenis hubungan, semuanya bergantung pada
pengalaman yang dialaminya.
Tidak hanya mencari pasangan, dalam fasa ini orang itu juga sibuk
membina karier dan mencapai matlamat hidup.
12. Fasa Generatif vs Stagnasi (20-50 tahun)
Setelah mengalami pelbagai perkara dan masalah, dalam fasa ini seseorang
mengalami krisis besar generatif vs Stagnasi di mana orang tersebut cenderung
untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan, dan ingin meninggalkan warisan.
Namun, ada kemungkinan seseorang akan merasa tidak berguna kerana mereka
telah mengalami kegagalan besar dalam hidup mereka.
Pada fasa ini keluarga menjadi penting dalam hidupnya. Perkara utama yang
dilakukan dalam fasa ini pada umumnya sibuk membuat idea untuk generasi
akan datang dan mencapai matlamat hidup mereka. Sementara itu, perkara-
perkara yang dapat membuatnya sangat tertekan adalah gangguan dalam kerja
dan perpisahan keluarganya.
13. Fasa Integriti vs Kecewa (>50 Tahun)
Akhir sekali, fasa terakhir kehidupan manusia, iaitu fasa warga tua di mana krisis utama
yang dialami dalam fasa ini adalah Integriti vs kecewa. Rasa integriti timbul kerana rasa
tanggungjawab yang besar atas peranan yang dimiliki semasa mudanya, sedangkan rasa
putus asa ini timbul kerana perasaan kecewa atas kegagalan yang dialaminya.
Oleh itu, bagi anda yang mempunyai orang tua di rumah, cubalah selalu mengucapkan
"terima kasih" atas semua bantuan yang mereka berikan, walaupun yang paling kecil,
kerana ucapan terima kasih membuat seseorang merasa dirinya berguna.
Dalam fasa orang tua ini, aktiviti utama yang paling mereka gemari adalah berkongsi
pengalaman sehingga mereka akan sangat gembira jika mereka mempunyai seseorang
untuk diajak berbual.