SlideShare a Scribd company logo
TUGASAN 1 : LAPORAN REFLEKSI
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan mata pelajaran wajib
sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Menurut Akta
Pendidikan 1996, mata pelajaran wajib ertinya mata pelajaran yang mesti dipelajari oleh
semua murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. (Lembaga Penyelidikan Undang-
undang, 2003). Matlamat pendidikan sebagaimana yang dinyatakan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
Negara (Falsafah Pendidikan Kebangsaan). Mata pelajaran Pendidikan Jasmani mempunyai
peranan yang sangat besar dalam menyumbang ke arah pertumbuhan dan perkembangan
pelajar secara menyeluruh melalui pengalaman pembelajaran yang memenuhi keperluan
domain kognitif, psikomotor dan afektif ( Darst & Pangrazi, 2006).
Berdasarkan lima hari menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah
Kebangsaan Hamzah, saya mendapati bahawa sekolah ini merupakan sekolah yang berada
di bandar. Melihat kepada kedudukannya yang berhampiran dengan Klinik Kesihatan, Majlis
Daerah, ianya jelas menunjukkan sekolah ini berada di bandar. Terdapat banyak pejabat
yang berada berhampiran dengan sekolah ini dan ada juga sekolah-sekolah terdekat yang
dibina memandangkan ianya terletak di pusat bandar. Waktu persekolahan bermula pada
hari Ahad dan waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani tidak berlaku
memandangkan di sebelah Pantai Timur hari persekolahan bermula hari Ahad dan hari itu
pula diadakan perhimpunan mingguan. Jadi, sesi PdP bagi mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dimulakan pada hari Isnin untuk setiap minggu.
Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Prestasi yang dikeluarkan oleh Bahagian
Pembangunan Kurikulum, matlamat mata pelajaran Pendidikan Jasmani ialah bertujuan
untuk menghasilkan muid yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai nilai serta
sikap positif bagi mengekalkan kecergasan fizikal dan kesihatan serta mengamalkan hidup
aktif ke arah kesejahteraan hidup. Selain itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Pendidikan Jasmani juga bertujuan untuk murid mencapai objektif untuk menguasai
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan unttuk meningkatkan kecergasan dan
kesihatan diri. Mata pelajaran ini juga membolehkan murid melakukan aktiviti dalam
suasana yang menyeronokkan untuk meningkatkan kecergasan dan kesihatan diri. Dari
aspek nilai pula, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dapat meningkatkan kemahiran
komunikasi, menjalin hubungan positif dan menggunakan pemikiran kreatif dan kritis
menerusi aktiviti fizikal dan kesihatan bagi membentuk jati diri.
Terdapat beberapa aspek yang dinilai serta diperhatikan sepanjang lima hari
menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah iaitu pengajaran dan pembelajaran,
persekitaran sekolah, sumber dan strategi yang digunakan oleh guru. Pengajaran dan
pembelajaran berlangsung dengan baik dan lancar. Memandangkan waktu Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan merupakan waktu pertama atau kedua setiap hari, ianya tidak
menjadi masalah untuk murid-murid hadir awal ke padang. Padang sekolah berada
berdekatan dengan blok kelas murid dan tidak perlu untuk murid berjalan jauh untuk ke
padang. Memandangkan beberapa kelas menggunakan padang untuk mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pada setiap hari, padang itu tidak lengang dan dipenuhi
dengan murid-murid dari pelbagai kelas. Padang sekolah juga dimanfaatkan sepenuhnya
oleh guru dengan pelbagai permainan dimainkan oleh murid-murid.
Hasil temuramah dengan beberapa orang guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani,
saya mendapati kebanyakan guru bukan opsyen mengajar mata pelajaran ini dek kerana
kekurangan guru opsyen dan aturan pengurusan dan pentadbiran. Guru yang bukan opsyen
kurang mahir mengenai pedagogi dan hanya mengajar Pendidikan Jasmani sambil lewa
sahaja tanpa mengira objektif pembelajaran itu tercapai atau tidak. Pengetahuan teori dan
kepakaran dalam kemahiran yang diajar seharusnya menjadi elemen yang sangat penting
demi memastikan segala objektif yang ingin disampaikan akan tercapai. Penggabung jalinan
di antara elemen pembelajaran dan nilai murni juga harus dilakukan semasa sesi
pembelajaran dan pengajaran berlaku. Usaha ini mampu membentuk modal insan yang
kreatif, berfikiran luas, bijak berfikir dan penyayang di samping dapat menguasai ilmu
pengetahuan dengan lebih berkesan dan bermakna lantas dapat mengaitkan ilmu
pengetahuan sedia ada kepada realiti kehidupan sebenar (Baharen et al., 2011).
Sepatutnya, matlamat dan objektif pengajaran boleh dikelaskan kepada tiga domain iaitu
kognitif, afektif dan psikomotor (Bloom et al. 1956). Ketika merancang objektif pengajaran,
guru perlu memastikan domain manakah yang akan terlibat, sama ada domain kognitif,
domain afektif atau domain psikomotor. Guru yang afektif akan mereka bentuk pengajaran
dan pembelajaran yang pelbagai untuk disesuaikan dengan tahap kebolehan pelajar supaya
murid mendapat peluang untuk meningkatkan kemahiran masing-masing. Selain itu, guru
perlu untuk menguasai ilmu konten pedagogi iaitu bagaimana mengajar sesuatu kandungan
atau topik pelajaran kepada sekumpulan pelajar tertentu dalam konten yang spesifik.
Sebagai contoh, seorang guru ingin mengajar bola tampar kepada pelajar tahun 4F. Guru
mendapati murid-murid kelas ini lemah dalam pelajaran dan belum didedahkan dengan cara
bermian bola tampar secara formal. Maka, ilmu konten yang sepatutnya dikuasai oleh guru
itu ialah kemahiran tentang teknik-teknik melakukan pergerakan asas kemahiran
menyangga. Guru juga perlu sesuaikan ilmu konten dengan pedagogi iaitu kaedah mengajar
yang merujuk kepada latar belakang seperti jantian, umur dan pengalaman sedia ada
pelajar bagi menentukan tahap kebolehan, keupayaan dan kematangan pelajar (Julismah
Jani, 2012).
Sekolah Kebangsaan Hamzah merupakan sekolah yang berada di tengah-tengah
bandar dan berada di tengah-tengah antara Majlis Daeraah Machang, Klinik Kesihatan dan
Pusat Kegiatan Guru Daerah Machang. Kedudukan sekolah juga agak jauh dari perumahan
yang terdapat di kawasan itu. Persekitaran sekolah yang harmoni dan kondusif
membolehkan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar walaupun pada minggu itu
berlangsungnya Peperiksaan Pra Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Tidak
menjadi masalah untuk guru-guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran
memandangkan dewan peperiksaan berada di tingkat paling atas. Sebelum melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memastikan kawasan padang sesuai,
selesa dan selamat untuk murid menjalankan aktiviti. Penggunaan peralatan, pengurusan
bilik darjah dan persekitaran yang baik akan dapat meningkatkan produktiviti pembelajaran
dan menjanjikan keselesaan. Sekiranya wujud ketidakselesaan, ianya mampu
mempengaruhi motivasi pelajar untuk belajar. Bartlett (2003) menyatakan bahawa
keberkesanan pembelajaran akan meningkat sekiranya keadaan persekitaran pembelajaran
adalah selesa. Keselamatan murid juga harus dititkberatkan oleh guru dan menjadi perkara
pokok yang dipastikan terlebih dahulu berbanding aspek yang lain. Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 1/1995 : Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah
ada menyatakan bahawa guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan perlu menjaga
keselamatan pelajar dengan rapi semasa di dalam atau di luar bilik darjah.
Berdasarkan gambar di atas, padang yang dipenuhi dengan lopak air kerana air hujan yang
bertakung merupakan satu perkara yang perlu diambil berat oleh guru dari aspek
keselamatan dan kesihatan. Guru-guru perlu melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran jauh dari tempat ini kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku. Murid-
murid biasanya gemar untuk bergurau senda serta bermain air walaupun air itu kotor, tapi
kerana seronok, tidak mustahil mereka akan bermain di sekitar lopak dan air hujan terpercik
di baju dan akan menjadi kotor. Pelbagai kesan buruk akan timbul apabila guru tidak
menitikberatkan keselamatan murid semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasamani dan Kesihatan.
Aspek seterusnya yang diperhatikan ialah sumber dan strategi yang digunakan guru
untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan alatan adalah
minimum dan guru hanya melakukan aktiviti yang sama sahaja setiap kali kelas. Sebagai
contoh, murid tahun 2 diminta oleh guru untuk bermain permainan kecil iaitu musang dan
ayam pada setiap minggu. Selain itu, ada juga guru yang hanya mengarahkan murid lelaki
bermain bola sepak, manakala murid perempuan bermain bola jaring. Penguasaan
kemahiran kurang apabila guru selalu melaksanakan aktiviti yang sama pada setiap minggu.
Standard Pembelajaran dan Standard Kandungan tidak diikuti sebaiknya oleh guru. Murid
menjadi bosan dan tidak mahu mengikuti kelas Pendidikan Jasmani dek kerana aktiviti yang
tidak menarik dan penggunaan alatan yang kurang. Modiste (2005) dalam penyelidikan
beliau menunjukkan bahawa 45.1% pelajar yang dikaji tidak suka mengambil bahagian
dalam Pendidikan Jasmani kerana pengulangan aktiviti dan aktiviti yang membosankan.
Murid perempuan dilihat kurang berminat untuk melaksanakan aktiviti Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan. Apabila ditanya mengapa, mereka hanya mengatakan malas, panas dan
kotor. Peranan guru dalam membetulkan persepsi murid mengenai pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani adalah penting untuk memastikan murid minat dan
seronok ketika proses PdP. Menurut Abdul Malek (2001) mendapati bahawa faktor usia,
agama dan kekuatan semasa menjalankan aktiviti adalah merupakan faktor yang tidak
dapat menarik minat pelajar perempuan terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
Sebaliknya faktor lain seperti faktor penampilan dan aktiviti guru semasa pengajaran,
pandangan masyarakat, budaya, sifat aktiviti yang maskulin dan bentuk fizikal pelajar
perempuan itu sendiri merupakan faktor yang boleh menarik minat terhadap mata pelajaran
Pendidikan Jasmani. Pernyataan ini sememangnya tidak dapat disangkal lagi kerana murid
perempuan kebanyakannnya kurang berminat untuk bermain dan mengikuti kelas
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Perancangan yang sistematik dengan kaedah serta strategi yang menarik perlu
dilaksanakan oleh guru bagi memastikan keberkesanan kurikulum serta objektif
pembelajaran dapat dicapai. Oleh itu, Rancangan Pengajaran Harian merupakan panduan
kepada para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk
mencapai objektif pengajaran. Dokumen ini sangat penting dan berguna supaya guru dapat
menyampaikan input pembelajaran kepada para murid dengan teratur. Selain itu, RPH
adalah bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di blik darjah. Sebagaimana yang kita semua
tahu, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan merupakan mata pelajaran yang
memberi penekanan kepada pembelajaran berdasarkan kemahiran asas pergerakan dan
amalan gaya hidup sihat melalui domain psikomotor, kognitif, dan afektif maka Rancangan
Pengajaran Harian yang dibina perlu merujuk kepada Rancangan Pengajaran Tahunan
(RPT), Standard Kandungan, Standard Pelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SP).
Rancangan Pengajaran Harian merangkumi tarikh, mata pelajaran dan kelas, masa, tajuk
dan objektif, kemahiran yang ingin dicapai, aktiviti yang dijalankan serta impak atau refleksi.
Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang
munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. la haruslah diurus dengan sempurna dan
dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.
Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan
Rancangan Pelajaran Harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan
serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. (SURAT PEKELILING
IKHTISAS BIL. 3/1999:Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran KP (BS) 8591/Jilid
XV/ (3)9 Mac 1999 ).
Oleh kerana Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan proses pembelajaran
yang membolehkan murid bermain, berasa gembira dan seronok, maka aktiviti yang
dirancang oleh guru seharusnya pelbagai dengan menerapkan elemen TGu iaitu Teaching
games for Understanding. Penerapan TGfU dalam Pendidikan Jasmani adalah dengan
menggunakan strategi berpusatkan murid iaitu dengan memberi ruang dan peluang kepada
murid-murid. Keterlibatan sepenuhnya murid dalam membuat keputusan, menyelesaikan
masalah dan merangka pelan untuk menguasai kemahiran supaya dapat menguasai
permainan. Guru sepatutnya memberi murid-murid peluang untuk membuat keputusan
berdasarkan pemahaman mereka terhadap permainan itu tanpa campur tangan guru. Guru
hanya bertindak sebagai pembimbing sahaja. TGfU memberi peluang kepada murid-murid
agar menghargai keseronokan bermain di dalam kumpulan sambil menggunakan kreativiti
dan mengekalkan minat belajar. Menurut Almy (1964, Fagen), kanak-kanak bermain
dengan diarah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain. Ianya dapat
membebaskan murid-murid dari rasa bosan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.
LAMPIRAN
Gambar 1 : Murid-murid perempuan tidak dikawal dengan baik
Gambar 2 : Regangan sebelum mulakan permainan
Gambar 3 : Murid-murid lelaki bermain bola sepak
Gambar 4 : Alatan di stor sukan SK Hamzah
Gambar 5 : Keseluruhan stor sukan SK Hamzah
Gambar 6 : Cooling down di akhir pembelajaran
Gambar 7 : Permainan yang sama dimainkan iaitu permainan kereta api
RUJUKAN
Abdul Malek b. Abd Rahman. 2001. Faktor-faktor yang menarik minat pelajar-pelajar
Perempuan sekolah menengah terhadap pendidikan jasmani: Satu tinjauan di Sekolah
Menengah Kebangsaan Sungai (Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan). Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Akta pendidikan 1996 (Akta 550) & peraturan-peraturan terpilih : (hingga 20hb Mac 2003)
disusun oleh Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. 2003. Lembaga Penyelidikan
Undang-undang. | Education Act 1996 (Act 550).International Law Book Services. Petaling
Jaya, Selangor.
Baharen, K., Luaran, J. E. & Mohamed, Z. (2011). National Academic Conference (ENRICH
2011). A Study on the Level of Skills And Perceptions Towards Information Technology
Among Primary School Teacher In Pitas Distric, Malaysia. Kelantan. Universiti Teknologi
MARA.
Bartlett, B.A. (2003). Blogging to Learn. Knowledge Tree E-Journal. Retrieved
from:http://knowledgetree.flexiblelearning.net.au/edtion04/pdf/Blogging_olearn.pdf
Bloom, B., Englehart, M. Furst, E., Hill, W., & Krathwohl, D. (1956). Taxonomy of educational
objectives: The classification of educational goals. Handbook I: Cognitive domain. New York,
Toronto: Longmans, Green.
Dokumen Standard Kurikulum Prestasi Pendidikan Jasmani Kesihatan Tahun 1 Seamkan
2017. Retrieved from http://sumberpendidikan.com/2016/12/07/3265/
Julismah Jani (2012). Pengenalan Ilmu Konten Pedagogi dalam Pendidikan Jasmani dan
Sains Sukan. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.
Paul W. Darst & P. Pangrazi (2006). Dynamic Physical Education for Secondary School
Students (5th Ed.). Arizona State University.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1995 : Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di
Luar Kawasan Sekolah. Retrieved from:
https://www.moe.gov.my/images/pekeliling/2008/circularfile_file_000227.pdf
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan
Pembelajaran KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3)9 Mac 1999 ). Retrieved from :
https://www.moe.gov.my/images/pekeliling/1999/circularfile_file_000844.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf

More Related Content

What's hot

Kepentingan teaching games for understanding
Kepentingan teaching games for understandingKepentingan teaching games for understanding
Kepentingan teaching games for understanding
murni mohamat
 
kain-anduh
kain-anduhkain-anduh
kain-anduh
Amanda Cheah
 
Amalan kebersihan sekolah
Amalan kebersihan sekolahAmalan kebersihan sekolah
Amalan kebersihan sekolah
ISMAILMAMAT
 
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukanBurnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
muhammad
 
Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakan
Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakanTopik 6 pengetahuan asas dalam pergerakan
Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakanWany Hardy
 
ANSUR MAJU HANTARAN LERET.docx
ANSUR MAJU HANTARAN LERET.docxANSUR MAJU HANTARAN LERET.docx
ANSUR MAJU HANTARAN LERET.docx
AinaSha1
 
Nota minta Prasekolah
Nota minta PrasekolahNota minta Prasekolah
Nota minta Prasekolah
Joyce Robert
 
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatanPemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
Signorina Nurshuadah Aripin
 
Refleksi mini olahraga
Refleksi mini olahragaRefleksi mini olahraga
Refleksi mini olahragaEno Hanis
 
Pengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanPengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakan
firo HAR
 
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolah
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolahBudaya Sekolah : Kepimpinan sekolah
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolahnoorqaseh_ramadhan
 
PROGRAM ADHOC/PROSTAR
PROGRAM ADHOC/PROSTARPROGRAM ADHOC/PROSTAR
Rph pj bola jaring hantaran atas kepala (lob)
Rph pj bola jaring   hantaran atas kepala (lob)Rph pj bola jaring   hantaran atas kepala (lob)
Rph pj bola jaring hantaran atas kepala (lob)Karen Kayny
 
Permainan kategori Pukulan dan Memadang
Permainan kategori Pukulan dan MemadangPermainan kategori Pukulan dan Memadang
Permainan kategori Pukulan dan Memadang
Affendi Mustapha
 
Definisi pendidikan jasmani suaian
Definisi pendidikan jasmani suaianDefinisi pendidikan jasmani suaian
Definisi pendidikan jasmani suaian
Mia Mia
 
1. pengurusan bilik darjah n tingkah laku 2012
1. pengurusan bilik darjah n tingkah laku 20121. pengurusan bilik darjah n tingkah laku 2012
1. pengurusan bilik darjah n tingkah laku 2012
Farra Deena
 
Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan fitri norlida
 
64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston
64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston
64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosstonNajiha Bakar
 

What's hot (20)

Kepentingan teaching games for understanding
Kepentingan teaching games for understandingKepentingan teaching games for understanding
Kepentingan teaching games for understanding
 
kain-anduh
kain-anduhkain-anduh
kain-anduh
 
Amalan kebersihan sekolah
Amalan kebersihan sekolahAmalan kebersihan sekolah
Amalan kebersihan sekolah
 
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukanBurnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
 
Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakan
Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakanTopik 6 pengetahuan asas dalam pergerakan
Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakan
 
ANSUR MAJU HANTARAN LERET.docx
ANSUR MAJU HANTARAN LERET.docxANSUR MAJU HANTARAN LERET.docx
ANSUR MAJU HANTARAN LERET.docx
 
Nota minta Prasekolah
Nota minta PrasekolahNota minta Prasekolah
Nota minta Prasekolah
 
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatanPemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
Pemilihan ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
 
Refleksi mini olahraga
Refleksi mini olahragaRefleksi mini olahraga
Refleksi mini olahraga
 
Pengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanPengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakan
 
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolah
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolahBudaya Sekolah : Kepimpinan sekolah
Budaya Sekolah : Kepimpinan sekolah
 
rph-pendidikan-jasmani-bola-jaring (salini.k)
 rph-pendidikan-jasmani-bola-jaring (salini.k) rph-pendidikan-jasmani-bola-jaring (salini.k)
rph-pendidikan-jasmani-bola-jaring (salini.k)
 
PROGRAM ADHOC/PROSTAR
PROGRAM ADHOC/PROSTARPROGRAM ADHOC/PROSTAR
PROGRAM ADHOC/PROSTAR
 
Rph pj bola jaring hantaran atas kepala (lob)
Rph pj bola jaring   hantaran atas kepala (lob)Rph pj bola jaring   hantaran atas kepala (lob)
Rph pj bola jaring hantaran atas kepala (lob)
 
Permainan kategori Pukulan dan Memadang
Permainan kategori Pukulan dan MemadangPermainan kategori Pukulan dan Memadang
Permainan kategori Pukulan dan Memadang
 
Definisi pendidikan jasmani suaian
Definisi pendidikan jasmani suaianDefinisi pendidikan jasmani suaian
Definisi pendidikan jasmani suaian
 
1. pengurusan bilik darjah n tingkah laku 2012
1. pengurusan bilik darjah n tingkah laku 20121. pengurusan bilik darjah n tingkah laku 2012
1. pengurusan bilik darjah n tingkah laku 2012
 
Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan Assgmennt seni dalam pendidikan
Assgmennt seni dalam pendidikan
 
Nota rph pj
Nota rph pjNota rph pj
Nota rph pj
 
64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston
64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston
64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston
 

Similar to toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf

Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasMarina Masdar
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Santa Barbara
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Cikgu Nurol
 
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
Norabza Abdullah
 
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Mohd Farid Ismail
 
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan 10
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan   10Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan   10
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan 10Laieela De Matematicer
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Pensil Dan Pemadam
 
Peranan guru mencapai objektif sek rendah
Peranan guru mencapai objektif sek rendahPeranan guru mencapai objektif sek rendah
Peranan guru mencapai objektif sek rendahAbdul Karim Kamaruzaman
 
Sp kbsr kbsm_p_kesihatan
Sp kbsr kbsm_p_kesihatanSp kbsr kbsm_p_kesihatan
Sp kbsr kbsm_p_kesihatan
Nas Lin
 
Sp kbsr kbsm_p_kesihatan
Sp kbsr kbsm_p_kesihatanSp kbsr kbsm_p_kesihatan
Sp kbsr kbsm_p_kesihatan
Ira Raji
 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
Siti Rohayah Shik Omar
 
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014Ahmad Fuad Abdullah
 
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah sejarah
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah  sejarahApa itu pentaksiran berasaskan sekolah  sejarah
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah sejarahnanisaaid
 
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
PBK0619MohamadAkmalB
 
Kolaboratif tpk
Kolaboratif tpkKolaboratif tpk
Kolaboratif tpkTham Mee
 
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaranHbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
fatimah Baharin
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
zuridah wahab
 

Similar to toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf (20)

Artikel 39 kpt 6043
Artikel 39 kpt 6043Artikel 39 kpt 6043
Artikel 39 kpt 6043
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
 
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
 
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
 
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan 10
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan   10Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan   10
Konsep dan kurikulum standard prasekolah kebangsaan 10
 
Ulasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosiUlasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosi
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
 
Peranan guru mencapai objektif sek rendah
Peranan guru mencapai objektif sek rendahPeranan guru mencapai objektif sek rendah
Peranan guru mencapai objektif sek rendah
 
Safani ukm
Safani ukmSafani ukm
Safani ukm
 
Sp kbsr kbsm_p_kesihatan
Sp kbsr kbsm_p_kesihatanSp kbsr kbsm_p_kesihatan
Sp kbsr kbsm_p_kesihatan
 
Sp kbsr kbsm_p_kesihatan
Sp kbsr kbsm_p_kesihatanSp kbsr kbsm_p_kesihatan
Sp kbsr kbsm_p_kesihatan
 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
 
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
 
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah sejarah
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah  sejarahApa itu pentaksiran berasaskan sekolah  sejarah
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah sejarah
 
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
 
Kolaboratif tpk
Kolaboratif tpkKolaboratif tpk
Kolaboratif tpk
 
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaranHbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
 

toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf

  • 1. TUGASAN 1 : LAPORAN REFLEKSI Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan mata pelajaran wajib sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Menurut Akta Pendidikan 1996, mata pelajaran wajib ertinya mata pelajaran yang mesti dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. (Lembaga Penyelidikan Undang- undang, 2003). Matlamat pendidikan sebagaimana yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara (Falsafah Pendidikan Kebangsaan). Mata pelajaran Pendidikan Jasmani mempunyai peranan yang sangat besar dalam menyumbang ke arah pertumbuhan dan perkembangan pelajar secara menyeluruh melalui pengalaman pembelajaran yang memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif ( Darst & Pangrazi, 2006). Berdasarkan lima hari menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Hamzah, saya mendapati bahawa sekolah ini merupakan sekolah yang berada di bandar. Melihat kepada kedudukannya yang berhampiran dengan Klinik Kesihatan, Majlis Daerah, ianya jelas menunjukkan sekolah ini berada di bandar. Terdapat banyak pejabat yang berada berhampiran dengan sekolah ini dan ada juga sekolah-sekolah terdekat yang dibina memandangkan ianya terletak di pusat bandar. Waktu persekolahan bermula pada hari Ahad dan waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani tidak berlaku memandangkan di sebelah Pantai Timur hari persekolahan bermula hari Ahad dan hari itu pula diadakan perhimpunan mingguan. Jadi, sesi PdP bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dimulakan pada hari Isnin untuk setiap minggu. Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Prestasi yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, matlamat mata pelajaran Pendidikan Jasmani ialah bertujuan untuk menghasilkan muid yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai nilai serta sikap positif bagi mengekalkan kecergasan fizikal dan kesihatan serta mengamalkan hidup aktif ke arah kesejahteraan hidup. Selain itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani juga bertujuan untuk murid mencapai objektif untuk menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan unttuk meningkatkan kecergasan dan kesihatan diri. Mata pelajaran ini juga membolehkan murid melakukan aktiviti dalam suasana yang menyeronokkan untuk meningkatkan kecergasan dan kesihatan diri. Dari
  • 2. aspek nilai pula, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dapat meningkatkan kemahiran komunikasi, menjalin hubungan positif dan menggunakan pemikiran kreatif dan kritis menerusi aktiviti fizikal dan kesihatan bagi membentuk jati diri. Terdapat beberapa aspek yang dinilai serta diperhatikan sepanjang lima hari menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah iaitu pengajaran dan pembelajaran, persekitaran sekolah, sumber dan strategi yang digunakan oleh guru. Pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan baik dan lancar. Memandangkan waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan waktu pertama atau kedua setiap hari, ianya tidak menjadi masalah untuk murid-murid hadir awal ke padang. Padang sekolah berada berdekatan dengan blok kelas murid dan tidak perlu untuk murid berjalan jauh untuk ke padang. Memandangkan beberapa kelas menggunakan padang untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pada setiap hari, padang itu tidak lengang dan dipenuhi dengan murid-murid dari pelbagai kelas. Padang sekolah juga dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru dengan pelbagai permainan dimainkan oleh murid-murid. Hasil temuramah dengan beberapa orang guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani, saya mendapati kebanyakan guru bukan opsyen mengajar mata pelajaran ini dek kerana kekurangan guru opsyen dan aturan pengurusan dan pentadbiran. Guru yang bukan opsyen kurang mahir mengenai pedagogi dan hanya mengajar Pendidikan Jasmani sambil lewa sahaja tanpa mengira objektif pembelajaran itu tercapai atau tidak. Pengetahuan teori dan kepakaran dalam kemahiran yang diajar seharusnya menjadi elemen yang sangat penting demi memastikan segala objektif yang ingin disampaikan akan tercapai. Penggabung jalinan di antara elemen pembelajaran dan nilai murni juga harus dilakukan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku. Usaha ini mampu membentuk modal insan yang kreatif, berfikiran luas, bijak berfikir dan penyayang di samping dapat menguasai ilmu pengetahuan dengan lebih berkesan dan bermakna lantas dapat mengaitkan ilmu pengetahuan sedia ada kepada realiti kehidupan sebenar (Baharen et al., 2011). Sepatutnya, matlamat dan objektif pengajaran boleh dikelaskan kepada tiga domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor (Bloom et al. 1956). Ketika merancang objektif pengajaran, guru perlu memastikan domain manakah yang akan terlibat, sama ada domain kognitif, domain afektif atau domain psikomotor. Guru yang afektif akan mereka bentuk pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai untuk disesuaikan dengan tahap kebolehan pelajar supaya murid mendapat peluang untuk meningkatkan kemahiran masing-masing. Selain itu, guru perlu untuk menguasai ilmu konten pedagogi iaitu bagaimana mengajar sesuatu kandungan atau topik pelajaran kepada sekumpulan pelajar tertentu dalam konten yang spesifik. Sebagai contoh, seorang guru ingin mengajar bola tampar kepada pelajar tahun 4F. Guru mendapati murid-murid kelas ini lemah dalam pelajaran dan belum didedahkan dengan cara
  • 3. bermian bola tampar secara formal. Maka, ilmu konten yang sepatutnya dikuasai oleh guru itu ialah kemahiran tentang teknik-teknik melakukan pergerakan asas kemahiran menyangga. Guru juga perlu sesuaikan ilmu konten dengan pedagogi iaitu kaedah mengajar yang merujuk kepada latar belakang seperti jantian, umur dan pengalaman sedia ada pelajar bagi menentukan tahap kebolehan, keupayaan dan kematangan pelajar (Julismah Jani, 2012). Sekolah Kebangsaan Hamzah merupakan sekolah yang berada di tengah-tengah bandar dan berada di tengah-tengah antara Majlis Daeraah Machang, Klinik Kesihatan dan Pusat Kegiatan Guru Daerah Machang. Kedudukan sekolah juga agak jauh dari perumahan yang terdapat di kawasan itu. Persekitaran sekolah yang harmoni dan kondusif membolehkan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar walaupun pada minggu itu berlangsungnya Peperiksaan Pra Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Tidak menjadi masalah untuk guru-guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran memandangkan dewan peperiksaan berada di tingkat paling atas. Sebelum melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memastikan kawasan padang sesuai, selesa dan selamat untuk murid menjalankan aktiviti. Penggunaan peralatan, pengurusan bilik darjah dan persekitaran yang baik akan dapat meningkatkan produktiviti pembelajaran dan menjanjikan keselesaan. Sekiranya wujud ketidakselesaan, ianya mampu mempengaruhi motivasi pelajar untuk belajar. Bartlett (2003) menyatakan bahawa keberkesanan pembelajaran akan meningkat sekiranya keadaan persekitaran pembelajaran adalah selesa. Keselamatan murid juga harus dititkberatkan oleh guru dan menjadi perkara pokok yang dipastikan terlebih dahulu berbanding aspek yang lain. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1995 : Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah ada menyatakan bahawa guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan perlu menjaga keselamatan pelajar dengan rapi semasa di dalam atau di luar bilik darjah.
  • 4. Berdasarkan gambar di atas, padang yang dipenuhi dengan lopak air kerana air hujan yang bertakung merupakan satu perkara yang perlu diambil berat oleh guru dari aspek keselamatan dan kesihatan. Guru-guru perlu melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran jauh dari tempat ini kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku. Murid- murid biasanya gemar untuk bergurau senda serta bermain air walaupun air itu kotor, tapi kerana seronok, tidak mustahil mereka akan bermain di sekitar lopak dan air hujan terpercik di baju dan akan menjadi kotor. Pelbagai kesan buruk akan timbul apabila guru tidak menitikberatkan keselamatan murid semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasamani dan Kesihatan. Aspek seterusnya yang diperhatikan ialah sumber dan strategi yang digunakan guru untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan alatan adalah minimum dan guru hanya melakukan aktiviti yang sama sahaja setiap kali kelas. Sebagai contoh, murid tahun 2 diminta oleh guru untuk bermain permainan kecil iaitu musang dan ayam pada setiap minggu. Selain itu, ada juga guru yang hanya mengarahkan murid lelaki bermain bola sepak, manakala murid perempuan bermain bola jaring. Penguasaan kemahiran kurang apabila guru selalu melaksanakan aktiviti yang sama pada setiap minggu. Standard Pembelajaran dan Standard Kandungan tidak diikuti sebaiknya oleh guru. Murid menjadi bosan dan tidak mahu mengikuti kelas Pendidikan Jasmani dek kerana aktiviti yang tidak menarik dan penggunaan alatan yang kurang. Modiste (2005) dalam penyelidikan
  • 5. beliau menunjukkan bahawa 45.1% pelajar yang dikaji tidak suka mengambil bahagian dalam Pendidikan Jasmani kerana pengulangan aktiviti dan aktiviti yang membosankan. Murid perempuan dilihat kurang berminat untuk melaksanakan aktiviti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Apabila ditanya mengapa, mereka hanya mengatakan malas, panas dan kotor. Peranan guru dalam membetulkan persepsi murid mengenai pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani adalah penting untuk memastikan murid minat dan seronok ketika proses PdP. Menurut Abdul Malek (2001) mendapati bahawa faktor usia, agama dan kekuatan semasa menjalankan aktiviti adalah merupakan faktor yang tidak dapat menarik minat pelajar perempuan terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Sebaliknya faktor lain seperti faktor penampilan dan aktiviti guru semasa pengajaran, pandangan masyarakat, budaya, sifat aktiviti yang maskulin dan bentuk fizikal pelajar perempuan itu sendiri merupakan faktor yang boleh menarik minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Pernyataan ini sememangnya tidak dapat disangkal lagi kerana murid perempuan kebanyakannnya kurang berminat untuk bermain dan mengikuti kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Perancangan yang sistematik dengan kaedah serta strategi yang menarik perlu dilaksanakan oleh guru bagi memastikan keberkesanan kurikulum serta objektif pembelajaran dapat dicapai. Oleh itu, Rancangan Pengajaran Harian merupakan panduan kepada para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai objektif pengajaran. Dokumen ini sangat penting dan berguna supaya guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada para murid dengan teratur. Selain itu, RPH adalah bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di blik darjah. Sebagaimana yang kita semua tahu, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan merupakan mata pelajaran yang memberi penekanan kepada pembelajaran berdasarkan kemahiran asas pergerakan dan amalan gaya hidup sihat melalui domain psikomotor, kognitif, dan afektif maka Rancangan Pengajaran Harian yang dibina perlu merujuk kepada Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), Standard Kandungan, Standard Pelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SP). Rancangan Pengajaran Harian merangkumi tarikh, mata pelajaran dan kelas, masa, tajuk dan objektif, kemahiran yang ingin dicapai, aktiviti yang dijalankan serta impak atau refleksi. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. la haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. (SURAT PEKELILING
  • 6. IKHTISAS BIL. 3/1999:Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3)9 Mac 1999 ). Oleh kerana Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan proses pembelajaran yang membolehkan murid bermain, berasa gembira dan seronok, maka aktiviti yang dirancang oleh guru seharusnya pelbagai dengan menerapkan elemen TGu iaitu Teaching games for Understanding. Penerapan TGfU dalam Pendidikan Jasmani adalah dengan menggunakan strategi berpusatkan murid iaitu dengan memberi ruang dan peluang kepada murid-murid. Keterlibatan sepenuhnya murid dalam membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merangka pelan untuk menguasai kemahiran supaya dapat menguasai permainan. Guru sepatutnya memberi murid-murid peluang untuk membuat keputusan berdasarkan pemahaman mereka terhadap permainan itu tanpa campur tangan guru. Guru hanya bertindak sebagai pembimbing sahaja. TGfU memberi peluang kepada murid-murid agar menghargai keseronokan bermain di dalam kumpulan sambil menggunakan kreativiti dan mengekalkan minat belajar. Menurut Almy (1964, Fagen), kanak-kanak bermain dengan diarah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain. Ianya dapat membebaskan murid-murid dari rasa bosan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
  • 7. LAMPIRAN Gambar 1 : Murid-murid perempuan tidak dikawal dengan baik Gambar 2 : Regangan sebelum mulakan permainan
  • 8. Gambar 3 : Murid-murid lelaki bermain bola sepak Gambar 4 : Alatan di stor sukan SK Hamzah
  • 9. Gambar 5 : Keseluruhan stor sukan SK Hamzah Gambar 6 : Cooling down di akhir pembelajaran Gambar 7 : Permainan yang sama dimainkan iaitu permainan kereta api
  • 10. RUJUKAN Abdul Malek b. Abd Rahman. 2001. Faktor-faktor yang menarik minat pelajar-pelajar Perempuan sekolah menengah terhadap pendidikan jasmani: Satu tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai (Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Akta pendidikan 1996 (Akta 550) & peraturan-peraturan terpilih : (hingga 20hb Mac 2003) disusun oleh Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. 2003. Lembaga Penyelidikan Undang-undang. | Education Act 1996 (Act 550).International Law Book Services. Petaling Jaya, Selangor. Baharen, K., Luaran, J. E. & Mohamed, Z. (2011). National Academic Conference (ENRICH 2011). A Study on the Level of Skills And Perceptions Towards Information Technology Among Primary School Teacher In Pitas Distric, Malaysia. Kelantan. Universiti Teknologi MARA. Bartlett, B.A. (2003). Blogging to Learn. Knowledge Tree E-Journal. Retrieved from:http://knowledgetree.flexiblelearning.net.au/edtion04/pdf/Blogging_olearn.pdf Bloom, B., Englehart, M. Furst, E., Hill, W., & Krathwohl, D. (1956). Taxonomy of educational objectives: The classification of educational goals. Handbook I: Cognitive domain. New York, Toronto: Longmans, Green. Dokumen Standard Kurikulum Prestasi Pendidikan Jasmani Kesihatan Tahun 1 Seamkan 2017. Retrieved from http://sumberpendidikan.com/2016/12/07/3265/ Julismah Jani (2012). Pengenalan Ilmu Konten Pedagogi dalam Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. Paul W. Darst & P. Pangrazi (2006). Dynamic Physical Education for Secondary School Students (5th Ed.). Arizona State University. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1995 : Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah. Retrieved from: https://www.moe.gov.my/images/pekeliling/2008/circularfile_file_000227.pdf SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3)9 Mac 1999 ). Retrieved from : https://www.moe.gov.my/images/pekeliling/1999/circularfile_file_000844.pdf