Teori Ekologi Bronfenbrenner. (1979,1989)
Teori Ekologi Bronfenbrenner. (1979,1989)
Beliau menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam
persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Menurut kajian, perkembangan kanak-kanak
adalah kesan persekitaran terhadap kanak-kanak dan juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut
ke atas persekitaran. Menurut beliau, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada
lima sistem iaitu:
Mikrosistem : persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi
secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contoh: ibu bapa, adik beradik,
rakan, jiran dan guru.
Mesosistem : perhubungan antara mikrosistem. Apa yang berlaku dalam satu
mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yag lain. Misalnya
keadaan di rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contoh: rumah-
sekolah, rumah-jiran, sekolah-jiran.
Eksosistem : pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara
langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan
kepada kanak-kanak atau dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Contoh:
sekolah-pasar raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang
dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi
perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.
Makrosistem : perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan
masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan
(Santrock 2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peluang pelajaran dan
pekerjaan-pekerjaan yang penting.
Kronosistem : perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya kanak-kanak
hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer jika dibanding dengan
kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran
rumah.
Teori Perkembangan kanak-kanak.
Teori Perkembangan kanak-kanak.
Ada beberapa teori yang menjelaskan perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah:
1) Kematangan Biologi
Teori ini melihatkan perkembangan fizikal sebagai perubahan fisiologi dan neurologi
yang tidak dapat dikawal.
Teori Perkembangan Arnold Gesell.
Menurut Arnold Gesell, perkembangan manusia dipengaruhi oleh faktor kematangan.
Arnold Gesell menyatakan bahawa perkembangan individu mengikut jadual waktu yang
tetap, urutan dan pola tertentu. Kadar perkembangan berbeza bagi setiap individu. Beliau
berpendapat bahawa kanak-kanak perlu diberikan peluang berkembang pada kadar
sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai peringkat usia
perkembangan tersebut.
2) Kognitif
Menurut teori ini, individu menyumbang secara aktif kepada perkembangan
intelektual mereka. Ia menyatakan seseorang individu akan berusaha
menyelesaikan masalah atau percanggahan dalam cara pemikiran mereka dan
mencari cara baru untuk memahami persekitaran mereka.
Teori Perkembangan Jean Piaget.
Menurut Jean Piaget, perkembangan kognitif dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu
sensorimotor (lahir hingga 2 tahun), pra operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-11 tahun)
dan operasi formal (11 tahun ke atas). Perkembangan kognitif melibatkan proses-proses
seperti skema asimilasi, akomodasi, penyusunan semula dan keseimbangan.
3) Sosial
Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh budaya masyarakat persekitaran
kanak-kanak tersebut.
Teori Perkembangan Robert Havighurst.
Robert Havighurst menerangkan konsep tugas dalam teori perkembangannya. Menurut
beliau, pada setiap peringkat perkembangan, manusia ada tugas yang perlu dicapai.
Keupayaan menyempurnakan tugas tersebut dengan jayanya akan membawa kebahagian
kepada individu manakala kegagalan dalam menyempurnakan tugas tersebut akan
menyebabkan individu mengalami masalah dalam tugasan-tugasan berikutnya. Beliau
juga percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nialai-
nilai, norma dan budaya masyarakat.
Psikologi Perkembangan: Teori Perkembangan Kognitif Lev
Vygotsky
Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky
Piaget (1952) melihat perkembangan kanak-kanak sebagai perkembangan kendiri di
mana mereka meneroka, membentuk idea dan mengujinya secara individu. Lev Vygotsky
(1896-1934) memberi alternatif kepada idea Piaget tentang perkembangan kognitif kanak-
kanak di mana dia menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda
kanak-kanak.
Menurut Vygotsky, dua faktor utama dalam perkembangan kognitif kanak-kanak ialah
interaksi sosial dan kemahiran berbahasa. Menurut Vygotsky, pemikiran kanak-kanak
berkembang akibat dari pergaulan dengan orang lain. Pergaulan dan interaksi yang
bermakna ini selalunya berlaku antara kanak-kanak dengan individu yang lebih
berpengetahuan darinya. Kanak-kanak mengikut Vygotsky belajar dari apa yang
dipraktikkan. Bagi Vygotsky, kanak-kanak tidak dapat membina pengetahuannya sendiri
tentang persekitaran. Ia harus dibina melalui interaksi sosial dengan individu-individu yang
berada di persekitarannya seperti ibu bapa, guru, adik beradik, keluarga terdekat dan
rakan sebaya. Individu-individu ini akan bertindak memberi arahan, maklum balas dan
membimbing komunikasi kanak-kanak. Kanak-kanak kemudiannya akan menggunakan
maklumat-maklumat ini di dalam interaksi-interaksi yang lain iaitu mungkin semasa
bermain atau apabila berdepan dengan situasi yang hampir sama di masa akan datang.
Zon Perkembangan Proksimal
Kepentingan interaksi di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak digambarkan oleh
Vygotsky dalam komsep Zon Perkembangan Proksimal. Ia adalah istilah yang digunakan
oleh Vygotsky untuk menerangkan bagaimana kemahiran-kemahiran yang sukar
dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang-orang
dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.
Had Atas
- Peringkat kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang
lebih mahir.
Had Bawah
- Kemahiran yang boleh dicapai sendiri oleh kanak-kan
Psikologi Perkembangan: Prinsip-Prinsip Perkembangan Kanak-
kanak
Hasil daripada kajian Haliza Hamzah dan Joy. N. Samuel dalam buku mereka,
Perkembangan Kanak-kanak mendapati bahawa terdapat lima prinsip asas dalam
perkembangan kanak-kanak. Prinsip pertama dalam proses ini ialah proses
perkembangan berlaku mengikut aturan. Sebagai contoh, seseorang bayi pada peringkat
awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri
dan seterusnya berjalan. Tambahan pula, perkembangan itu juga bermula daripada konkrit
kepada abstrak. Ini dapat dilihat khususnya dalam perkembangan kognitif kanak-kanak.
Prinsip kedua dalam proses ini ialah perubahan dalam pertumbuhan dan
perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Sebagai
huraian, seorang bayi boleh menggenggam objek dengan tangan sebelum belajar
menggunakan jari tangan adalah contoh kepada prinsip ini. Pertumbuhan pula berlaku
dengan otot-otot besar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot-otot halus.
Dalam prinsip ketiga, penulis menekankan pertumbuhan dan perkembangan
merupakan satu proses yang berlaku secara berterusan. Menurut penulis, dalam proses
perkembangan, seorang kanak-kanak akan menambahkan kemahiran yang sedia ada.
Kemahiran yang ada padanya pada waktu ini merupakan asas untuk mencapai
kemahiran-kemahiran baru kelak.
Prinsip keempat pula adalah berkaitan dengan corak dan aturan perkembangan
yang hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza mengikut individu.
Sebagai contoh, sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala
ada yang hanya boleh berjalan pada 18 bulan. ini merupakan satu faktor yang membawa
kepada perbezaan di antara manusia yang dapat kita kaji dan lihat di dalam sesebuah bilik
darjah.
Prinsip yang terakhir pula menekankan perkembangan sebagai hasil interaksi di
antara kematangan dan pembelajaran. Bagi penulis, kematangan merupakan kemunculan
potensi atau tahap yang sedia ada di dalam seseorang individu. Sebagai contoh,
merangkak, duduk, berjalan berlari adalah potensi yang telah sebati dalam diri setiap
individu. Potensi ini adalah hasil daripada faktor-faktor genetik. Pembelajaran pula adalah
hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi yang memerlukan usaha.
Justeru, tersimpullah bahawa pembelajaran membantu kepada perkembangan
potensi setiap individu. Sebagai contoh, pekembangan otot dan saraf anggota badan yang
lengkap dan sempurna memungkinkan seseorang itu berlari pecut, akan tetapi, dia hanya
boleh berlari pecut jikalau diselitkan melalui latihan dan peniruan teknik-teknik untuk
berlari pecut.

Teori perkembangan kanak2

  • 1.
    Teori Ekologi Bronfenbrenner.(1979,1989) Teori Ekologi Bronfenbrenner. (1979,1989) Beliau menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Menurut kajian, perkembangan kanak-kanak adalah kesan persekitaran terhadap kanak-kanak dan juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut ke atas persekitaran. Menurut beliau, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem iaitu: Mikrosistem : persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contoh: ibu bapa, adik beradik, rakan, jiran dan guru. Mesosistem : perhubungan antara mikrosistem. Apa yang berlaku dalam satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yag lain. Misalnya keadaan di rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contoh: rumah- sekolah, rumah-jiran, sekolah-jiran. Eksosistem : pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Contoh: sekolah-pasar raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut. Makrosistem : perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrock 2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting. Kronosistem : perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer jika dibanding dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.
  • 2.
    Teori Perkembangan kanak-kanak. TeoriPerkembangan kanak-kanak. Ada beberapa teori yang menjelaskan perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah: 1) Kematangan Biologi Teori ini melihatkan perkembangan fizikal sebagai perubahan fisiologi dan neurologi yang tidak dapat dikawal. Teori Perkembangan Arnold Gesell. Menurut Arnold Gesell, perkembangan manusia dipengaruhi oleh faktor kematangan. Arnold Gesell menyatakan bahawa perkembangan individu mengikut jadual waktu yang tetap, urutan dan pola tertentu. Kadar perkembangan berbeza bagi setiap individu. Beliau berpendapat bahawa kanak-kanak perlu diberikan peluang berkembang pada kadar sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai peringkat usia perkembangan tersebut. 2) Kognitif Menurut teori ini, individu menyumbang secara aktif kepada perkembangan intelektual mereka. Ia menyatakan seseorang individu akan berusaha menyelesaikan masalah atau percanggahan dalam cara pemikiran mereka dan mencari cara baru untuk memahami persekitaran mereka. Teori Perkembangan Jean Piaget. Menurut Jean Piaget, perkembangan kognitif dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu sensorimotor (lahir hingga 2 tahun), pra operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-11 tahun) dan operasi formal (11 tahun ke atas). Perkembangan kognitif melibatkan proses-proses seperti skema asimilasi, akomodasi, penyusunan semula dan keseimbangan. 3) Sosial Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh budaya masyarakat persekitaran kanak-kanak tersebut. Teori Perkembangan Robert Havighurst. Robert Havighurst menerangkan konsep tugas dalam teori perkembangannya. Menurut beliau, pada setiap peringkat perkembangan, manusia ada tugas yang perlu dicapai. Keupayaan menyempurnakan tugas tersebut dengan jayanya akan membawa kebahagian kepada individu manakala kegagalan dalam menyempurnakan tugas tersebut akan menyebabkan individu mengalami masalah dalam tugasan-tugasan berikutnya. Beliau juga percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nialai- nilai, norma dan budaya masyarakat.
  • 3.
    Psikologi Perkembangan: TeoriPerkembangan Kognitif Lev Vygotsky Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky Piaget (1952) melihat perkembangan kanak-kanak sebagai perkembangan kendiri di mana mereka meneroka, membentuk idea dan mengujinya secara individu. Lev Vygotsky (1896-1934) memberi alternatif kepada idea Piaget tentang perkembangan kognitif kanak- kanak di mana dia menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak. Menurut Vygotsky, dua faktor utama dalam perkembangan kognitif kanak-kanak ialah interaksi sosial dan kemahiran berbahasa. Menurut Vygotsky, pemikiran kanak-kanak berkembang akibat dari pergaulan dengan orang lain. Pergaulan dan interaksi yang bermakna ini selalunya berlaku antara kanak-kanak dengan individu yang lebih berpengetahuan darinya. Kanak-kanak mengikut Vygotsky belajar dari apa yang dipraktikkan. Bagi Vygotsky, kanak-kanak tidak dapat membina pengetahuannya sendiri tentang persekitaran. Ia harus dibina melalui interaksi sosial dengan individu-individu yang berada di persekitarannya seperti ibu bapa, guru, adik beradik, keluarga terdekat dan rakan sebaya. Individu-individu ini akan bertindak memberi arahan, maklum balas dan membimbing komunikasi kanak-kanak. Kanak-kanak kemudiannya akan menggunakan maklumat-maklumat ini di dalam interaksi-interaksi yang lain iaitu mungkin semasa bermain atau apabila berdepan dengan situasi yang hampir sama di masa akan datang. Zon Perkembangan Proksimal Kepentingan interaksi di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak digambarkan oleh Vygotsky dalam komsep Zon Perkembangan Proksimal. Ia adalah istilah yang digunakan oleh Vygotsky untuk menerangkan bagaimana kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir. Had Atas - Peringkat kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir. Had Bawah - Kemahiran yang boleh dicapai sendiri oleh kanak-kan
  • 4.
    Psikologi Perkembangan: Prinsip-PrinsipPerkembangan Kanak- kanak Hasil daripada kajian Haliza Hamzah dan Joy. N. Samuel dalam buku mereka, Perkembangan Kanak-kanak mendapati bahawa terdapat lima prinsip asas dalam perkembangan kanak-kanak. Prinsip pertama dalam proses ini ialah proses perkembangan berlaku mengikut aturan. Sebagai contoh, seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Tambahan pula, perkembangan itu juga bermula daripada konkrit kepada abstrak. Ini dapat dilihat khususnya dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Prinsip kedua dalam proses ini ialah perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Sebagai huraian, seorang bayi boleh menggenggam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan adalah contoh kepada prinsip ini. Pertumbuhan pula berlaku dengan otot-otot besar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot-otot halus. Dalam prinsip ketiga, penulis menekankan pertumbuhan dan perkembangan merupakan satu proses yang berlaku secara berterusan. Menurut penulis, dalam proses perkembangan, seorang kanak-kanak akan menambahkan kemahiran yang sedia ada. Kemahiran yang ada padanya pada waktu ini merupakan asas untuk mencapai kemahiran-kemahiran baru kelak. Prinsip keempat pula adalah berkaitan dengan corak dan aturan perkembangan yang hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza mengikut individu. Sebagai contoh, sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan pada 18 bulan. ini merupakan satu faktor yang membawa kepada perbezaan di antara manusia yang dapat kita kaji dan lihat di dalam sesebuah bilik darjah. Prinsip yang terakhir pula menekankan perkembangan sebagai hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. Bagi penulis, kematangan merupakan kemunculan potensi atau tahap yang sedia ada di dalam seseorang individu. Sebagai contoh, merangkak, duduk, berjalan berlari adalah potensi yang telah sebati dalam diri setiap individu. Potensi ini adalah hasil daripada faktor-faktor genetik. Pembelajaran pula adalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi yang memerlukan usaha. Justeru, tersimpullah bahawa pembelajaran membantu kepada perkembangan potensi setiap individu. Sebagai contoh, pekembangan otot dan saraf anggota badan yang lengkap dan sempurna memungkinkan seseorang itu berlari pecut, akan tetapi, dia hanya boleh berlari pecut jikalau diselitkan melalui latihan dan peniruan teknik-teknik untuk berlari pecut.