SlideShare a Scribd company logo
1 of 32
FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA 
SEMESTER JANUARI / TAHUN 2011 
KOD / TAJUK KURSUS 
HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 
NO MATRIKULASI : 690824105392002 
NO KAD PENGENALAN : 690824105392 
NO TELEFON : 014-2693079 
E-MEL : ruzie_sktm2@yahoo.com.my 
PUSAT PEMBELAJARAN 
INSTITUT PERGURUAN TEKNIK, CHERAS 
KUALA LUMPUR
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 
690824105392 
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat saya 
menyiapkan tugasan Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu bagi semester kali ini. 
Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah 
dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran. 
Setinggi – tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya , 
Encik Awang bin Ismail atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam 
memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan 
ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan. 
Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan rakan – 
rakan di Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah menyumbang ilmu yang tidak ternilai 
harganya sepanjang semester ini. 
Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di 
dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala 
kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah disebaliknya. 
2 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 
690824105392 
Isi Kandungan 
Penghargaan 
1.0 PENDAHULUAN 
1.1 Pengenalan 
1.2 Konsep Pengajaran Tatabahasa 
1.2.1 Konsep Pengajaran Tatabahasa Wacana dalam Penulisan Sekolah 
Menengah 
1.3 Konsep Kemahiran Menulis 
1.4 Pengajaran Tatabahasa dalam Kemahiran Menulis 
2.0 KONSEP PENULISAN, PENDAHULUAN, ISI DAN PENUTUP. 
2.1 Menulis Pendahuluan. 
2.1.1 Perkara penting dalam pendahuluan 
2.2 Menulis Bahagian Isi 
2.2.1 Menulis perenggan isi. 
2.3 Menulis Bahagian Penutup. 
2.3.1 Aspek penting dalam penutup 
2.3.2 Aspek penting bahagian penutup karangan jenis fakta 
2.3.3 Aspek penting bahagian penutup karangan jenis cerita 
2.3.4 Penutup karangan cerita berdasarkan peribahasa 
3 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 
690824105392 
3.0 KAEDAH DAN PROSES PENULISAN 
3.1 Pendekatan Proses 
3.1.1 Proses Penulisan Pendahuluan 
3.1.1.1 Contoh Pendahuluan : karangan jenis perbincangan 
3.1.1.2 Contoh pendahuluan : karangan jenis pendapat 
3.1.2 Proses Penulisan Isi 
3.1.2.1 Contoh isi karangan jenis deskriptif 
3.1.2.2 Contoh mencari dan mengembangkan isi menggunakan “AMBA 
3.1.3 Kaedah dan proses menulis bahagian penutup 
3.1.3.1 Contoh I perenggan kesimpulan/ penutup 
3.1.3.2 Contoh II perenggan kesimpulan/ penutup 
3.2 Kaedah Peta Minda 
3.2.1 Proses dan langkah-langkah kaedah Peta Minda 
3.3 Kaedah Model 5W+1H dan Model Wawasan / Teknik Penyoalan 
3.3.1 Penulisan Bahagian Penutup 
4.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP 
BIBLIOGRAFI 
4 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 
690824105392 
1.0 PENDAHULUAN 
1.1 Pengenalan 
Penulisan ialah satu proses yang melibatkan penyusunan dan pembentangan idea-idea oleh 
penulis tentang sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca. Setiap idea yang 
disampaikan itu hendaklah jelas maksudnya iaitu berkemampuan menyalurkan idea kepada 
pembaca, menerusi penggunaan bahasa yang tepat dan berkeupayaan menggunakan teknik 
penulisan yang sesuai. 
“Penulisan bermaksud satu proses penghasilan wacana bertulis dengan ketepatan dan formaliti 
yang berbeza-beza berdasarkan tujuan dan keperluan penulisan.”(Smith, 1969) 
Tujuan penulisan adalah untuk menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang 
menggunakan bahasa yang gramatis dan laras yang tepat , serta memperlihatkan pertautan idea 
dan wacana yang kemas dengan pemikiran yang kritis dan analitis. 
Pelbagai definisi penulisan telah diutarakan oleh pakar penulisan dan bahasa antaranya melihat 
penulisan sebagai satu cara melahirkan bahasa manusia melalui simbol-simbol yang dapat dilihat 
(Barnow 1989). Penulisan memerlukan kemahiran memahami apa dan bagaimana komunikasi 
berlaku di kalangan ahli masyarakat. Penulis menulis untuk komuniti dengan menggunakan 
peraturan penulisan khas. Pengajaran dan pembelajaran penulisan di sekolah pula 
memperlihatkan kecenderungan kebudayaan masyarakat dominan. 
Di Malaysia, penulisan merupakan satu aspek pengajaran yang diberi penekanan dalam 
kurikulum sekolah, terutamanya bagi tujuan menduduki peperiksaan umum seperti Peperiksaan 
Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pengajaran penulisan naratif di 
sekolah bertujuan meningkatkan kemahiran menulis serta mengasuh pelajar tentang amalan 
kebudayaan, norma serta nilai-nilai yang dihargai dalam budaya dan bahasa. 
Penulisan juga mengukuhkan kemahiran berfikir pada peringkat yang tinggi seperti 
menganalisis, mengaplikasi dan menilai maklumat. Ia juga satu kaedah untuk pelajar 
5 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 
690824105392 
berkomunikasi, mengorganisasikan fikiran dan maklumat, menyampaikan ide dan perasaan dan 
memperlihatkan kefahaman tentang sesuatu mata pelajaran. 
1.2 Konsep Pengajaran Tatabahasa 
Menurut Abd. Aziz Abd Talib (2000:236) pengajaran tatabahasa membolehkan murid-murid 
berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik. Pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi 
ini membantu murid menghasilkan ayat yang gramatis dan berkomunikasi dengan berkesan. 
Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM 2001, aspek tatabahasa sangat ditekankan 
dan dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks bagi 
menghasilkan ketepatan berbahasa. Ini bagi membolehkan murid-murid mengikuti pengajaran 
tatabahasa secara berkesan dan memudahkan pemahaman mereka. Pengajaran tatabahasa juga 
hendaklah diajar dengan tidak memisah-misahkan aspek-aspek tatabahasa yang hendak diajar 
dengan kemahiran bahasa yang lain. 
Pengajaran tatabahasa yang terancang juga dapat membantu murid-murid memahami unsur-unsur 
tatabahasa, fungsinya dan makna tatabahasa (Arbak Othman 1985:19). Oleh sebab itu, 
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM 2001 mencadangkan bahawa tatabahasa hendaklah 
digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca 
dan menulis.Tujuan utama penggabungjalinan ini adalah untuk memastikan pengajaran 
tatabahasa sahaja. Hal ini kerana, dengan strategi ini, murid akan belajar dan menguasai 
tatabahasa sambil melakukan aktiviti-aktiviti yang bermakna dalam kemahiran yang ditetapkn 
(Awang Sariyan, 2004:194). 
1.2.1 Konsep Pengajaran Tatabahasa Wacana dalam Penulisan Sekolah 
Menengah 
Konsep pengajaran bagi pelajar sekolah menengah (Kamarudin Hj. Husin, 2002: 280281) 
mempunyai beberapa tujuan iaitu: 
6 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 
690824105392 
i. Membolehkan pelajar 
· Bercerita; dan 
· Berhujah atau bersyarah tentang sesuatu kejadian, cerita atau tajuk bagi perbincangan. 
ii. Membolehkan pelajar menulis 
· Pengalaman sendiri; 
· Cerita; 
· Penerangan atau laporan dan hal-hal persekitaran sendiri; 
· Pengalaman, pendapat, fikiran dan hujah-hujah tentang beberapa perkarayang sesuai; dan 
· Surat kiriman formal dan tidak formal. 
1.3 Konsep Kemahiran Menulis 
Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh pelajar. 
Kepentingan menguasai kemahiran ini telah pun dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa 
Melayu (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001). Melalui aktiviti menulis,pelajar akan dapat 
merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pengalaman, perasaan, dan maklumat 
dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri (Kamarudin 
Hj.Husin dan Siti Hajar Hj.Abd.Aziz, 1997). 
Penekanan terhadap aspek kemahiran penulisan seperti yang diterap dalam KBSM bermula pada 
tahun 1988 bagaimanapun tidak menjamin pelajar benar-benar menguasai aspek penulisan 
bahasa Melayu. Penguasaan penulisan sebenarnya juga dipengaruhi oleh cara mereka berfikir 
(Mohd.Nashuha Jamidin, 1995). Oleh yang demikian , penguasaan penulisan yang kurang 
memuaskan dalam kalangan pelajar perlu ditangani segera demi hasrat Falsafah Pendidikan 
Kebangsaan yang ingin melahirkan warganegara yang berkualiti demi memenuhi aspirasi negara 
menjelang tahun 2020 
7 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 
690824105392 
Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf 
atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa 
kita bercakap.Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu; 
i. menggunakan pelbagai jenis ayat 
ii. mencatat dan menyusun maklumat 
iii. menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif 
iv. membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca. 
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan 
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan 
dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap 
penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, 
cantik dan kemas. 
Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea 
sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid juga perlu menguasai 
struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan. 
Penulisan karangan peringkat sekolah menengah iaitu berdasarkan Kurikulum Bersepadu 
Sekolah Menengah (KBSM), merupakan kerja dan proses yang melibatkan aktiviti berikut : 
i. Perancangan menulis karangan 
ii. Pemilihan tajuk 
iii. Penulisan draf (rangka) 
iv. Penentuan panjang karangan dan kedalaman idea yang dihujahkan 
v. Pernyataan maklumat dan idea dalam urutan logic atau pemujukan, menggunakan 
beberapa perenggan yang sesuai. 
8 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 
690824105392 
vi. Penggunaan kompenen format dan kompenen bahasa yang sesuai dengan tujuan dan 
khalayak. 
vii. Penggunaan pelbagai gaya penulisan bagi tujuan yang beerlainan, misalnya teknik 
pemujukan, hujahan sokongan, kosa kata teknik/saaaaintifik 
viii. Penyemakan (penyuntingan/pembacaan pruf) karangan bagi ketepatan makna dan aspek 
kebahasaan. 
. 
1.4 Pengajaran Tatabahasa dalam Kemahiran Menulis 
Aspek pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di bilik darjah perlu mendapat perhatian 
yang sewajarnya oleh para pendidik dan ahli bahasa. Pengajaran karangan sepatutnya 
dipelbagaikan dan tidak hanya menggunakan kaedah biasa, iaitu guru memberikan soalan, diikuti 
oleh perbincangan isi penting dan murid dikehendaki menulis karangan. Pengajaran tatabahasa 
ayat berdasarkan Teori Transformasi Generatif yang menekankan penggunaan rumus tatabahasa 
yang betul pula didapati menjadi agenda utama oleh para guru Bahasa Melayu. Guru sering 
menekankan aspek betul atau salah sesuatu penggunaan kata, frasa, atau ayat dalam karangan 
dan jarang sekali menekankan aspek wacana dalam pengajaran mereka. 
Walaupun terdapat saranan daripada beberapa pengkaji terdahulu seperti Khathijah Abdul 
Hamid (2001), Wong Khek Seng (1993) dan Sanat Md. Nasir (2002) agar tautan diajarkan 
9 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 
690824105392 
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah, namun sehingga kini, isi kandungan tatabahasa 
dalam sukatan pelajaran sedia ada hanya menyentuh aspek morfologi (kata) dan sintaksis (ayat) 
sahaja, sedangkan matlamat pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah menengah 
adalah untuk menyediakan murid bagi menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi yang 
memerlukan pengetahuan tentang wacana. 
Menurut Khathijah Abdul Hamid (2001) dan Azhar M. Simin (1988), pengajaran tatabahasa 
ayat sekadar mengajar murid tentang imbuhan (morfologi) dan sintaksis yang terbatas kepada 
satu ayat sahaja secara gabung jalinan atau secara konteks seperti tatabahasa yang diajarkan 
secara bergabung dengan kemahiran membaca, iaitu dalam bacaan dan pemahaman, ataupun 
dengan pengajaran tatabahasa tersendiri tentang rumus tatabahasa dalam sesuatu ayat. 
Pengajaran seperti ini terbatas kepada satu ayat tanpa melihat perkaitan dan kesepaduan dari segi 
kebahasaan dalam teks karangan, pelbagai bentuk retorik yang memungkinkan penggunaan 
pelbagai sarana kohesi dan koheren. Menurut Beaugrande dan Dressler (1994), dari segi 
kemahiran menulis, tatabahasa ayat hanya menekankan setakat permukaan seperti tanda bacaan, 
subject-verb agreement, dan susunan ayat. 
2.0 KONSEP PENULISAN, PENDAHULUAN, ISI DAN PENUTUP. 
2.1 Menulis Pendahuluan. 
Perenggan pendahuluan memperkenalkan tajuk karangan kepada pembaca. Maknanya, dalam 
perenggan ini belum terdapat sebarang isi, tetapi menyatakan hal yang berkait rapat dengannya. 
Pendahuluan boleh dibina dengan tiga hingga lima ayat. Karangan bermula dengan ayat 
pengenalan. Satu ayat pengenalan dikira sudah memadai. Ayat ini akan membawa pembaca 
untuk memahami tajuk dan isi secara umum. Ini diikuti oleh dua atau tiga ayat huraian, yang 
merupakan ayat yang menyokong atau menghuraikan kenyataan dalam ayat pengenalan. 
Perenggan ini diakhiri oleh satu ayat fokus, yang membawa pembaca secara tegas kepada tujuan 
atau arah karangan, iaitu persoalan yang hendak dibincangkan dalam bahagian isi nanti. 
Pendahuluan merupakan keterangan ringkas tentang perkara yang akan diketengahkan dalam 
karangan. Pendahuluan yang baik, lancar dan berkesan akan memberikan gambaran isi karangan 
10 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 
690824105392 
yang mantap dan menarik. Pendahuluan yang baik dapat memberikan gambaran menyeluruh 
tentang perbincangan dalam bahagian isi. Teliti perkara-perkara berikut yang perlu ada dalam 
perenggan pendahuluan. 
2.1.1 Perkara penting dalam pendahuluan 
Ringkasnya perenggan pendahuluan mengandungi ayat-ayat yang disusun seperti berikut : 
· Kehendak soalan yang dikemukakan. 
· Isu atau perkara yang berkaitan dengan soalan 
· Keterangan isu atau perkara yang berkaitan dengan kehendak soalan 
· Hala tuju soalan (sebab / langkah / kesan) 
Terdapat beberapa jenis pendahuluan yang biasanya digunakan dalam penulisan karangan, 
antaranya: 
(i) pendahuluan jenis definisi 
(ii) pendahuluan jenis pendapat 
(iii) pendahuluan jenis suasana 
(iv) pendahuluan jenis persoalan 
(v) pendahuluan jenis peribahasa 
PENDAHULUAN JENIS DEFINISI · 
memberikan takrif · makna · definisi 
Contoh : 
Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah 
bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis, 
jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes 
11 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 
690824105392 
pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke 
semasa. 
PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT - 
menyatakan pendapat seseorang tokoh 
Contoh : 
Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam 
sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak 
boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi 
pada masa yang sama meneruskan pembangunan. 
PENDAHULUAN JENIS SUASANA - 
menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai. 
Contoh : 
Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan perlahan 
sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang yang 
memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku sempat 
mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti. 
PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN - 
mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk 
Contoh: 
Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah 
yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang 
itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh 
mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ? 
PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA - 
memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai. 
Contoh: 
12 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 
690824105392 
Peribahasa Melayu ” ringan sama dijinjing, berat sama dipikul” dan “seperti aur dengan tebing” 
amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya 
mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuah 
komuniti. 
2.2 Menulis Bahagian Isi 
Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi 
yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun 
dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. 
Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi 
pendek-pendek dan berkait rapat. 
Tiap-tiap perenggan tidak semestinya sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih 
panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh 
murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Jaga isinya supaya tidak 
terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. 
Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang 
baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, 
rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari 
pengalaman sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam 
perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis. 
2.2.1 Menulis perenggan isi. 
Perenggan isi terdiri daripada : 
A1: Isi utama 
A2: Huraian tentang isi utama 
A3: Huraian tentang isi utama 
A4: Bukti/contoh/ data/ statistik 
13 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 
690824105392 
A5: Rumusan/ pendapat/ cadangan. 
Contoh isi karangan 
Tajuk: Isu Buruh Asing 
Skop : kebaikan dan keburukan 
Isi : Kebaikan- dapat menampung kekurangan tenaga kerja. 
· (A1) Pekerja-pekerja asing di negara ini dapat menampung kekurangan tenaga kerja 
yang diperlukan, terutamanya dalam sektor pembinaan, perladangan, dan pembuatan. 
· (A2) Sekiranya kita menyekat kehadiran tenaga kerja asing maka pertumbuhan 
ekonomi negara ini akan terbantut, 
· (A3) Hal ini demikian kerana keadaan pembangunan di negara kita yang pesat dan 
menggalakkan menyebabkan banyak tenaga asing diperlukan sebagai operator 
pengeluaran, penoreh getah, pemungut kelapa sawit, pemetik daun teh, buruh binaan, 
jurujual, dan sebagainya. 
· (A4) Menurut Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat, sektor pembinaan memerlukan 
800,000 pekerja baru dan sektor pembuatan memerlukan 250,000 pekerja tambahan. 
· (A5) Oleh itu, keperluan guna tenaga tersebut sudah tentu tidak dapat ditampung oleh 
rakyat tempatan, dan dengan itu tenaga kerja asing perlu diambil agar pembangunan 
negara dapat berjalan lancar. 
2.3 Menulis Bahagian Penutup 
Sesetengah pelajar mengabaikan komponen penutup dalam sesebuah karangan kerana andaian bahawa 
bahagian ini kurang penting. Tanpa penutup sesebuah karangan akan dianggap tergantung. Penutup 
merupakan penegasan kepada isi yang telah dihuraikan dalam bahagian pengembangan isi. Sama ada 
sesebuah karangan itu merupakan jenis fakta ataupun jenis cerita seharusnya disudahi dengan penutup 
yang tepat dan jelas dengan huraian yang ditulis sebelum itu. 
14 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 
690824105392 
. 
2.3.1 Aspek penting dalam penutup 
1. Pelajar perlu mengemukakan rumusan pendapat, pandangan ataupun saranan tentang keseluruhan isi 
karangan yang telah dibincangkan. Teliti perkara-perkara yang perlu ada dalam perenggan penutup 
seperti di bawah. 
2. Mulakan ayat dalam bahagian kesimpulan dengan menggunakan frasa seperti berikut : 
· Ayat / Frasa memulakan penutup. 
· Kesimpulannya 
· Sebagai kesimpulan, dapatlah dikatakan bahawa …. 
· Berdasarkan keterangan-keterangan tersebut, jelaslah bahawa ….. 
· Ringkasnya, jelaslah bahawa …. 
· Kenyataan-kenyataan tersebut menunjukkan bahawa…. 
· Natijahnya, jelaslah bahawa … 
3. Penutup dalam penulisan karangan yang berformat perlu disudahi dengan penutup mengikut format 
yang telah ditentukan dalam karangan berkenaan. 
· Ayat / Frasa memulakan penutup berformat 
· Sekian, terima kasih. 
· Saya sudahi syarahan saya dengan serangkap pantun, 
Kalau ada sumur diladang, 
Boleh saya menumpang mandi, 
Kalau ada umur yang panjang, 
Boleh kita berjumpa lagi. 
4. Penutup dalam karangan jenis cerita ialah kesudahan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam 
bahagian isi cerita. Pastikan penutup dalam karangan jenis cerita sejajar dengan kehendak soalan. 
Umpamanya, jika soalan berkehendakkan “menceritakan cara memulihkan rakan yang pengsan” , 
15 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 
690824105392 
pastikan pada penghujung cerita rakan yang dipulihkan itu sedar daripada pengsan. Jangan biarkan 
penghujung cerita tergantung. 
5. Pastikan perenggan penutup ditulis dalam satu perenggan sahaja. 
2.3.2 Aspek penting bahagian penutup karangan jenis fakta 
Penutup dalam karangan jenis fakta merupakan rumusan menyeluruh yang dapat disimpulkan dalam satu 
perenggan ringkas, tepat dan padat. Ringkasnya perenggan penutup karangan jenis cerita biasanya 
mengandungi perkara-perkara berikut : 
Nombor ayat Kandungan ayat 
Ayat 1 Rumusan ataupun kesimpulan menyeluruh tentang perbincangan 
isi. 
Ayat 2 Menyatakan cadangan atau saranan yang sesuai 
Ayat 3 Menyatakan harapan tentang isu yang dibincangkan 
Ayat 4 Menyatakan pendirian tentang pokok persoalan yang 
dikemukakan 
Contoh-contoh penutup karangan jenis fakta 
Soalan : Gejala lepak dalam kalangan remaja berpunca daripada kurangnya pengawasan daripada 
ibu bapa. Berikan pendapat anda. 
(A1) Ringkasnya kekurangan pengawasan dan sikap tidak prihatin ibu bapa terhadap aktiviti dan 
perlakuan anak-anak mereka menjadi penyebab gejala ini kian merebak. 
(A2) Dengan demikian, ibu bapa perlu sentiasa mengambil berat dan mengawasi setiap 
pergerakan anak-anak mereka yang mencurigakan. 
(A3) Sekiranya semua ibu bapa mengambil pendekatan sedemikian, gejala ini akan dapat diatasi 
dengan mudah. 
(A4) Jelaslah, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam menangani kegiatan tidak 
16 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 
690824105392 
berfaedah anak-anak dan tidak boleh hanya mengharapkan pihak lain sahaja. 
2.3.3 Aspek penting bahagian penutup karangan jenis cerita 
Perenggan penutup dalam karangan jenis cerita merupakan peleraian kepada cerita yang 
disampaikan. Bahagian penutup tidak mengandungi isi, sebaliknya merupakan kesudahan 
cerita. Jangan meleret kepada perkara-perkara lain yang dapat menjejaskan kesudahan 
cerita. Jangan timbulkan unsur suspens: Ingat! Anda bukan menulis skrip drama atau filem yang 
kadang kala mengandungi unsur suspens dalam peleraian cerita dengan harapan penonton 
berfikir sendiri. Terus sahaja kepada kesudahan cerita. 
Ringkasnya perenggan penutup karangan jenis cerita biasanya mengandungi perkara-perkara 
berikut : 
Nombor ayat Kandungan ayat 
Ayat 1 Peleraian cerita ataupun kesudahan cerita 
Ayat 2 Pengajaran daripada cerita ataupun pengalaman yang dilalui 
Ayat 3 Huraian ringkas pengalaman yang diperoleh 
Ayat 4 Harapan daripada cerita yang ditulis 
Perkara dalam penutup yang dicadangkan di atas tidak semestinya disusun mengikut urutan, 
boleh juga didahulukan mana-mana perkara yang difikirkan sesuai. 
· Contoh-contoh penutup karangan jenis cerita 
Soalan : Anda dan keluarga anda telah terlibat dalam pemindahan mangsa banjir dalam kejadian 
banjir besar yang melanda kampung anda. Ceritakan pengalaman anda semasa berada di pusat 
pemindahan banjir selama beberaqpa hari. 
Perenggan lengkap : 
Setelah berada di pusat pemindahan banjir itu selama beberapa hari, akhirnya hujan pun 
teduh dan banjir pun mula surut Kami pulang ke rumah masing-masing dan berdepan dengan 
kerja-kerja membersihkan segala kekotoran yang ditinggalkan akibat banjir. Selama berada di 
pusat pemindahan banjir itu, kami beroleh pengalaman yang amat berharga. Kami berharap agar 
kami tidak akan terlibat lagi dalam kejadian seumpama ini pada masa depan. 
17 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 
690824105392 
2.3.4 Penutup karangan cerita berdasarkan peribahasa 
Penutup dalam karangan cerita berdasarkan peribahasa agak berbeza dengan karangan jenis cerita 
berdasarkan pengalaman ataupun gambaran peristiwa. Penutup dalam karangan bentuk ini memerlukan 
pelajar membuat peleraian cerita dan menyatakan pengajaran yang diperoleh daripada cerita yang 
disampaikan. Hal ini demikian kerana karangan cerita berdasarkan peribahasa merupakan karangan 
yang dapat memberikan pengajaran kepada pembaca. 
Nombor ayat Kandungan ayat 
Ayat 1 Peleraian cerita 
Ayat 2 Ulasan peleraian / kesudahan 
cerita 
Ayat 3 Pengajaran yang diperoleh 
daripada kisah yang berlaku 
Ayat 4 Penegasan dan kaitan cerita 
dengan peribahasa 
Perkara dalam penutup yang dicadangkan di atas tidak semestinya disusun mengikut urutan, boleh juga 
didahulukan mana-mana perkara yang difikirkan sesuai. 
Contoh-contoh penutup karangan jenis cerita peribahasa 
Soalan : Salah satu peribahasa Melayu yang selalu disebut ialah “sesal dahulu pendapatan, sesal 
kemudian tidak berguna”. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut. 
Perenggan lengkap : 
Semenjak hari itu, Razak tidak berani lagi melawan cakap ibunya. Dia berasa begitu insaf dengan 
peristiwa yang berlaku kepada rakannya yang mati lemas di lombong lama itu akibat tidak mendengar 
nasihat ibunya. Razak amat menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya yang menegahnya 
daripada menghampiri lombong lama itu. Namun segala-galanya telah berlaku, tragedi yang berlaku 
kepada rakannya itu bertepatan dengan peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak 
berguna”. 
18 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 
690824105392 
Terdapat pelbagai jenis perenggan penutup fakta, anataranya adalah penutup kesimpulan isi, 
cadangan dan harapan.Perenggan penutup jenis kesimpulan isi juga dikenali sebagai perenggan 
penutup rumusan. Perenggan penutup jenis ini menunjukkan pelajar membuat suatu kesimpulan 
atau rumusan berhubung dengan fakta atau pandangan yang telah dibincangkan. Perenggan 
penutup jenis kesimpulan ini ditandai dengan ayat-ayat yang menunjukkan suatu kesimpulan 
atau rumusan. 
Perenggan penutup jenis cadangan memerlukan pelajar mengemukakan cadangan-cadangan 
berhubung dengan topik perbincangan karangan. Oleh itu, perenggan penutup jenis cadangan 
akan ditandai dengan pelbagai cadangan daripada pelajar. Jumlah cadangan yang boleh diberikan 
oleh pelajar tidaklah terhad kepada satu atau dua cadangan. Sebaliknya, pelajar boleh 
memberikan beberapa cadangan tetapi jumlah cadangan yang diberikan perlu sesuai dan tidak 
terlalu sedikit atau tidak terlalu banyak. 
Malah cadangan yang diberikan itu juga mesti ditautkan antara satu sama lain agar cadangan 
yang dikemukakan dalam perenggan penutup itu kelihatan sebagai suatu cadangan yang 
komprehensif. Cadangan yang diberikan dalam perenggan penutup juga tidak bertindih-tindih 
dengan idea atau isi sebagaimana yang telah dibincangkan dalam perenggan idea atau 
isi.Perenggan penutup jenis harapan membolehkan pelajar mengemukakan harapan masing-masing 
berhubung dengan topik perbincangan karangan. Jumlah harapan yang hendak 
dikemukaka dalam perenggan penutup jenis ini hendaklah tidak terlalu sedikit. 
3.0 KAEDAH DAN PROSES PENULISAN 
3.1 Pendekatan Proses 
Pendekatan proses merupakan proses dalam penghasilan sesebuah karangan, bukan kepada hasil 
penulisan tersebut. Dalam pendekatan ini penulisan akan dimulai dengan proses menulis draf, 
menyemak dan membincangkannya. Dalam pendekatan ini juga, penulisan akan dilihat dari 
aspek format yang betul, struktur penulisan yang sesuai, dan penggunaan tatabahasa yang tepat, 
19 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 
690824105392 
sebagai suatu penulisan yang baik. Sehubungan dengan itu, pendekatan ini memerlukan penulis 
yang menguasai kemahiran bahasa yang baik, di samping mempunyai pengetahuan tentang 
format atau model penulisan yang baik. 
· Berasaskan andaian bahawa sesuatu penulisan yang baik bermula daripada proses 
bagaimana ia dihasilkan. 
· Menekankan ketepatan bahasa dan format tulisan dengan menulis draf terlebih dahulu. 
· Draf akan disemak, dikritik dan ditulis semula. 
· Semakan adalah secara berterusan sekiranya masih ada kesilapan dalam penulisan. 
· Memakan masa yang panjang untuk menyiapkan penulisan. 
· Member peluang kepada pelajar mempelajari setiapaspek penulisan. 
· Prinsip-prinsip penulisan : 
i. Penulisan ialah proses pemikiran terpilih yang membolehkan penulis mengolah 
dan menyusun idea. 
ii. Proses penulisan disusun secara hierarki, bermula dengan penulisan semula. 
iii. Penulisan ialah proses yang berpandukan sesuatu matlamat. 
3.1.1 Proses Penulisan Pendahuluan 
Pendahuluan boleh dibina dengan tiga hingga lima ayat. Sebaik-baiknya mengandungi empat 
hingga tujuh ayat, dan satu ayat tidak lebih 15 perkataan. Panjang perenggan berpatutan. 
Karangan bermula dengan ayat pengenalan memadai dengan menulis dalam satu perenggan. 
Ayat ini akan membawa pembaca untuk memahami tajuk dan isi secara umum. Ini diikuti oleh 
dua atau tiga ayat huraian yang merupakan ayat yang menyokong atau menghuraikan kenyataan 
20 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 
690824105392 
dalam ayat pengenalan. Perenggan ini diakhiri oleh satu ayat fokus yang membawa pembaca 
untuk mengetahui tujuan atau persoalan yang hendak dibincangkan dalam bahagian isi nanti. 
Terdapat 10 jenis pendahuluan karangan. Antara yang biasa digunakan; berbentuk takrif, 
gambaran, latar belakang, sejarah fakta, dan persoalan. 
Untuk memastikan kehendak pertama dipenuhi, pelajar mesti mentakrif soalan dengan tepat 
dengan menggunakan strategi tertentu. Strategi dicadangkan ialah T, K, F, iaitu Tema (T), Kata 
Kunci Soalan (K), dan Format (F). 
3.1.1.1 Contoh Pendahuluan : karangan jenis perbincangan 
Bermula dengan takrifan tajuk yang dipilih. Pendahuluan ini sesuai untuk karangan jenis huraian 
atau perbahasan. 
Tajuk : Berjimat Cermat 
Skop : Langkah untuk menggalakkan masyarakat berjimat cermat. 
Berjimat cermat merupakan amalan membelanjakan wang secara berhemah atau manggunakan 
wang, makanan atau keperluan lain dengan secara tidak membazir… 
3.1.1.2 Contoh pendahuluan : karangan jenis pendapat 
Sektor pelancongan di negara kita mampu untuk meningkatkan kemajuan negara. Pada 
pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan sektor 
pelancongan di negara kita. 
Kehendak Soalan 
T Sektor pelancongan 
K Langkah-langkah 
F Pendapat- umum 
Contoh Pengenalan 
21 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 
690824105392 
Sektor pelancongan merupakan salah satu sector yang banyak menyumbang kepada kemajuan 
Negara kita. Melalui sektor ini, kerajaan telah memperoleh pendapatan yang tinggi. Selain itu, 
industry perhotelan yang berkembang maju telah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat 
tempatan. Sektor ini juga telah menjadi salah satu sektor yang penting selain sektor 
perindustrian dan sektor pertanian. Oleh sebab sektor ini memberikan sumbangan yang besar 
kepada rakyat dan negara, semua pihak mestilah mengambil langkah-langkah yang wajar untuk 
memajukan sektor ini, iaitu dengan berusaha sedaya upaya untuk menarik kahadiran pelancong 
ke negara kita dengan lebih banyak lagi. 
3.1.2 Proses Penulisan Isi 
Isi karangan perlu cukup. Di peringkat PMR dan SPM jumlah minimum tiga isi, manakala di 
peringkat STPM jumlah minimum lima isi. Dalam setiap perenggan , satu isi sahaja perlu ditulis 
dan dihuraikan. Perenggan isi mestilah mempunyai ayat judul (AJ) atau ayat topic (AT). AT 
perlu dihuraikan supaya isi tersebut dapat difahami dengan jelas oleh pembaca atau pemeriksa. 
Ayat ini dikenali sebagai Ayat huraian (AH). Ayat huraian dapat dibantu dengan kehadiran 
ayat contoh (AC) iaitu ayat yang memperkukuh isi dan huraian yang dikemukakan. Ayat ini 
dikenali ayat bukti (AB). Selepas itu perenggan isi hendaklah ditutup dengan kemas melalui 
ayat penegas (AP). AP ialah ayat kesimpulan kecil dalam setiap perenggan isi. 
Berdasarkan huraian tentang perenggan isi, didapati isi karangan hendaklah menepati kehendak 
soalan (tajuk). Biasanya dua perkara dinyatakan dalam pernyataan tajuk dan skop. 
3.1.2.1 Contoh isi karangan jenis deskriptif 
Pencapaian atlet Negara pada peringkat antarabangsa masih belum memuaskan walaupun 
biaya yang besar diperuntukkan dalam bidang sukan. Bincangkan beberapa langkah yang patut 
dilakukan untuk meningkatkan mutu sukan di negara ini? 
Tajuk : Mutu sukan di negara ini 
22 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 
690824105392 
Skop : Beberapa langkah untuk meningkatkan mutu sukan di negara ini 
Isi karangan dapat dibuat dalam bentuk catatan atau peta konsep. Contoh rangka karangan 
berbentuk catatan : 
1. Memberi ganjaran yang tinggi kepada atlet. 
2. Memberi pendedahan latihan di luar Negara. 
3. Menggunakan kepakaran jurulatih asing. 
4. Mengembangkan sukan di peringkat sekolah. 
3.1.2.2 Contoh mencari dan mengembangkan isi menggunakan “AMBA 
Gejala samseng dalam kalangan pelajar sekolah kini menjadi perbualan hangat pelbagai pihak 
dan membimbangkan ibu bapa serta masyarakat 
Tajuk : Gejala samseng dalam kalangan pelajar. 
Skop : Punca gejala itu berlaku dan cara mengatasinya 
Anda boleh memberi dua punca dan dua langkah, atau memberi tiga punca dan dua langkah. 
Walau bagaimanapun , pelajar digalakkan mengemukakan jumlah isi yang seimbang bagi punca 
dan langkah. Isi karangan perlu dikembangkan. Setiap perenggan isi perlu mempunyai : 
i. Isi yang diikuti huraian tentang isi itu. 
ii. Bukti atau contoh untuk mengukuhkan huraian 
iii. Rumusan 
Untuk mengembangkan isi anda boleh menggunakan kriteria “AMBA”: iaitu “apa”,”mengapa” 
“bagaimana” 
23 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 
690824105392 
Skop : Punca berlaku gejala samseng dalam kalangan pelajar sekolah. 
Isi (soalan) : Apakah punca pelajar sekolah menjadi samseng? 
Rangka karangan : 
Isi yang dicatatkan: 
1. Pengaruh rakan sebaya 
2. Kurang pengawasan ibu bapa 
3. Pengaruh media massa 
4. Desakan hidup kerana keluarga miskin 
Huraian empat isi di atas dengan menjawab soalan “mengapa”(why) dan “bagaimana” (how) 
Contoh huraian: 
Salah satu punca berlakunya budaya samseng dalam kalangan pelajar sekolah kerana pengaruh 
rakan sebaya. (mengapa?). Gejala ini dikatakan berpunca daripada pengaruh rakan sebaya 
kerana pada zaman ini remaja lebih mengutamakan rakan sebaya dalam kehidupan mereka. 
Malah, ibu bapa dan guru tidak menjadi model atau idola dalam kehidupan remaja ini. 
(bagaimana) rakan sebaya boleh menyebabkan budaya samseng? 
3.1.3 Kaedah dan proses menulis bahagian penutup 
Perenggan penutup perlu ada dalam setiap penulisan kerana ia penting, sebagai rumusan 
keseluruhan perbincangan. Ia berperanan untuk memberitahu pembaca, karangan tiba di 
penghujung dan pendirian penulis berkaitan isu dibincangkan. Pelajar perlu menggabungkan 
semua isi/ idea itu ke dalam satu perenggan yang menggambarkan pendirian sendiri. Kemudian, 
nyatakan harapan anda, dan penegasan anda terhadap isi/tajukyang diperkatakan. 
Teknik menulis Kesimpulan 
i. Perenggan kesimpulan / rumusan 
ii. Pandangan akhir penulis dan ada kaitan dengan isi terdahulu 
24 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 
690824105392 
iii. Ditandai dengan penanda wacana, bahawa perbincangan karangan sudah tamat. 
Contoh : 
· “Oleh itu…” 
· “Kesimpulannya…” 
· “ Rumusannya ialah…” 
· “Daripada perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan…” 
· “Dengan lima isi yang dibincangkan tadi, saya merumuskan bahawa…” 
iv. dalam perenggan kesimpulan, empat unsur perlu dimasukkan, iaitu : 
rumusan/kesimpulan, cadangan, harapan, pendirian tentang persoalan yang 
dibincangkaN. 
3.1.3.1 Contoh I perenggan kesimpulan/ penutup 
Tajuk: Kemalangan Di Jalan Raya 
Kesimpulannya, kemalangan di jalan raya berpunca daripada sikap pengguna jalan raya seperti 
cuai semasa di jalan, memandu kenderaan dalam keadaan mabuk, tidak mematuhi undang-undang 
jalan raya, dan memandu kenderaan terlalu laju, selain masalah teknikal yang sukar 
dijangka. Oleh itu, saya mencadangkan supaya setiap pengguna jalan raya berhati-hati, 
bertimbang rasa dan mematuhi undang-undang semasa di jalan raya. Saya berharap 
penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan supaya denda dan hukuman yang berat dikenakan 
terhadap pesalah. Akhirnya, saya ingin menegaskan bahawa kemalangan jalanraya dapat 
dikurangkan sekiranya semua pihak berusaha supaya tidak terlibat dalam kemalangan. 
3.1.3.2 Contoh II perenggan kesimpulan/ penutup 
Tajuk : Kebanyakan masalah disiplin yang berlaku di sekolah berpunca daripada murid-murid 
yang tidak mendapat kasih sayang daripada keluarga. 
Berikan komen anda tentang hal ini 
25 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 
690824105392 
Tuntasnya, jelaslah bahawa masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan murid di sekolah 
disebabkan oleh kurangnya kasih sayang daripada keluarga. Oleh itu ibu bapa haruslah 
mengawasi dan mencurahkan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak seperti menatang 
minyak yang penuh supaya tiada lagi masalah disiplin berlaku di sekolah. Disiplin yang merosot 
akan menyebabkan pencapaian murid-murid merosot. Oleh sebab murid-murid merupakan 
pewaris dan bakal pemimpin masa depan, maka ibu bapa haruslah mengambil inisiatif dan 
mengawasi anak-anak mereka supaya masalah disiplin di sekolah tidak lagi timbul 
3.2 Kaedah Peta Minda 
Peta Minda ialah teknik yang boleh digunakan untuk mempertingkat kemahiran menulis. Teknik 
ini boleh dipasangkan dengan pendekatan proses ; iaitu suatu pendekatan yang berasaskan proses 
penulisan itu sendiri. Teknik Peta Minda digunakan untuk memandu pelajar kearah penghasilan 
isi yang bernas dan tersusun dalam penulisan. Dalam teknik ini, guru akan menyenaraikan isi-isi 
serta huraian yang dihasilkan melaluiperbincangan dengan pelajar, dalam bentuk Peta Minda di 
papan tulis. Penggunaan Peta Minda ini akan memudahkan pelajar melihat kesinambungan isi-isi, 
dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu tajuk. 
3.2.1 Proses dan langkah-langkah kaedah Peta Minda 
Langkah-langkah p&p yang boleh digunakan adalah seperti berikut: 
Set induksi: Bersoal jawab tentang tajuk. 
Langkah 1: Perbincangan tentang peta minda untuk menjana dan mencatat isi-isi penting. 
Langkah 2: Perbincangan tentang struktur karangan berbentuk naratif (Binaan plot) dan 
perenggan pendahuluan. 
Langkah 3: Mencatat isi-isi penting mengikut plot kronologis dengan menggunakan peta 
minda yang dicadangkan 
Langkah 4: Perbincangan tentang perenggan penutup. 
26 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 
690824105392 
Langkah 5: Latihan mengarang 
Penutup : Rumusan tentang tajuk 
Saya memulakan langkah p&p dengan menyoal murid-murid tentang perkara yang berkaitan 
dengan tajuk karangan untuk menarik minat dan perhatian mereka. Sebagai langkah pertama, 
saya menerangkan kepada murid-murid tentang apa itu karangan naratif. Selepas itu, saya 
menerangkan tentang penggunaan peta minda (untuk p&p pertama kali menggunakan kaedah 
ini) seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1. 
CARTA TULANG IKAN 
. 
RAJAH : 1 
Saya menjelaskan kepada murid-murid bahawa secara fizikalnya peta minda ini berbentuk 
seperti “tulang ikan” yang digunakan untuk mencatat isi-isi penting yang berkaitan dengan 
tajuk. 
Untuk langkah kedua, saya memulakan perbincangan dengan membincangkan perenggan 
pendahuluan. Saya menjelaskan kepada murid-murid bahawa dalam perenggan pendahuluan, 
murid-murid boleh menggunakan perkataan sendiri untuk menerangkan tentang tajuk atau 
mengemukakan isi semasa yang berkaitan dengan tajuk. Sebagai contoh dalam karangan yang 
bertajuk “Ali budak malang”. Seterusnya, saya telah membincangkan tentang struktur karangan 
naratif. 
27 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 
690824105392 
Struktur karangan naratif( Binaan plot): 
Binaat plot dalam sesebuah cerita mempunyai struktur umum yang dapat dibahagikan kepada 3 
peringkat seperti berikut. 
(a) Eksprosisi/Permulaan 
- Digunakan untuk memperkenalkan watak 
-Memperkenalkan watak utama dan perwatakannya 
- Gambaran/suasana latar tempat dan masyarakat 
(b) Perkembangan 
- watak utama dan watak-watak yang lain saling berhubungan dan mewujudkan cerita yang 
semakin berkembang. 
- Pesoalan-persoalan turut dimuatkan oleh pengarang. 
(c) Peleraian 
- Watak utama berjaya mengatasi atau menyelesaikan konflik yang memuncak dalam dirinya. 
- Cerita akan berakhir. 
Langkah ketiga ialah mencari isi-isi penting mengikut plot kronologis dengan menggunakan peta 
minda seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1. 
Plot kronologis (Konvensional) 
- Plot dibina menurut urutan masa iaitu yang dahulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan. 
- Sebuah plot konvensional mempunyai 3 tahap yang utama iatu: 
 Permulaan 
 Klimaks 
28 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 
690824105392 
 Penyelesaian 
Sehari sebelum memulakan pengajaran, murid diberitahu tentang jenis karangan dan tajuk yang 
akan diajar supaya mereka membuat rujukan tentang format dan tajuk tersebut. Dengan ini, 
murid-murid sudah terdapat gambaran tentang apa yang akan dibincangkan nanti. 
3.3 Kaedah Model 5W+1H dan Model Wawasan / Teknik Penyoalan 
Model 5W+1H merangkumi Who (Siapa), Where (Di mana), When (Bila), What (Apa), Why 
(Kenapa) dan How (Bagaimana). Setiap pelajar perlulah mengolah atau mengembangkan idea-idea 
yang telah dijana berdasarkan skop perbincangan itu dalam satu ayat topik berserta dengan 
ayat-ayat huraian. Huraian idea atau isi hendaklah berdasarkan apa, mengapa, di mana, bila, 
siapa dan bagaimana. Ayat-ayat huraian yang dibina hendaklah ditautkan secara kemas dan betul 
dengan menggunakan penanda wacana, frasa atau kata sendi. 
Frasa tautan berperanan menautkan topik, idea, subjek atau ayat yang awal dengan ayat yang 
baharu. Dengan ini, kepaduan makna untuk perenggan idea atau isi tersebut lebih padu dan 
mantap.malah perenggan idea atau isi tersebut bukan terdiri daripada deretan ayat yang hanya 
betul struktur binaan ayat dan ejaan sahaja. 
Kaedah 5W+1H ini memerlukan pelajar magnesia kemahiran menulis karangan yang mantap. 
Pelajar mesti mahir dan magnesia aspek wacana dan struktur binaan ayat. Jika tidak, pelajar akan 
lebih mudah melakukan kesalahan dalam aspek struktur binaan ayat dan dapat mengakibatkan 
wacana perenggan atau karangan kabur. 
Berdasarkan Rangka Komunikasi Perenggan Idea/Isi dalam Model Wawasan, idea atau isi yang 
telah dijana akan diolah atau dikembangkan sehingga menjadi sebuah perenggan yang koheren 
dan kohesif. Beberapa prinsip perlu diikuti untuk menggunakan kaedah ini, antaranya adalah 
pelajar dikehendaki bersoal jawab tentang topik perbincangan karangan berdasarkan unsur-unsur 
dalam lajur formula. Selain itu, pelajar hendaklah bermula dengan lajur formula, diikuti dengan 
lajur idea atau isi dan lajur binaan ayat, iaitu pada baris pertama. Kemudian, berpindah pula pada 
baris kedua dengan bermula padal ajur formula dan diikuti lajur idea atau isi serta lajur binaan 
ayat. Demikianlah yang perlu dilakukan untuk seterusnya, iaitu baris demi baris dan bukannya 
lajur demi lajur. Akhir sekali, setelah semua proses tersebut dilaksanakan, barulah lajur alat 
tautan dilengkapkan. 
Setelah pelajar melengkapkan lajur binaan ayat, pelajar hendaklah menautkan ayat-ayat tersebut 
sama ada dengan penanda wacana, kata hubung,kata sendi atau frasa. Setelah siap semua 
lajur,pelajar akan dapat satu perenggan idea/ atau si yang koheren dan kohesif. Perenggan yang 
sudah diolah atau dikembangkan hendaklah dimasukkan dalam struktur binaan karangan. Walau 
29 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 
690824105392 
bagaimanapun, perenggan ini masih boleh diluaskan denngan menambahkan frasa-frasa yang 
sesuai. Proses memperluas perenggan ini tidak akan mengganggu struktur binaan ayat. 
Proses pengolahan idea atau isi berdasarkan Rangka Komunikasi Perenggan dalam Model 
Wawasan ini mampu membina kemahiran secara sistematik. Setelah semua unsur dalam lajur-lajur 
dan proses mengolah idea atau isi dapat diikuti dalam minda, proses mengarang boleh 
dilakukan secara bebas dengan menerapkan gaya penulisan masing-masing. 
Kesimpulannya, mengarang bukanlah suatu proses yang hanya berdasarkan jumlah idea atau isi, 
ejaan, tanda baca dan struktur binaan ayat semata-mata. Sebaliknya, proses mengarang 
memerlukan kemampuan membina perenggan idea atau isi yang mantap pengolahannya dan 
mempunyai wacana yang berkesan. 
Untuk memudahkan pelajar-pelajar menulis perenggan isi, maka dicadangkan supaya perenggan 
tersebut ditulis dengan menggunakan tiga ayat sahaja, iaitu: 
A1 = Isi utama: menjawab soalan apa? (ialah / adalah / merupakan) 
A2 = Huraian tentang isi utama: menjawab soalan mengapa? (kerana / sebab) 
A3 = Huraian tentang isi utama: menjawab soalan bagaimana? 
(dengan itu / dengan cara) 
Contoh: 
(A1) Salah satu punca kemalangan jalan raya berlaku di negara ini ialah sikap pengguna jalan 
raya yang memandu kenderaan atau menunggang motosikal melebihi had laju yang ditetapkan. 
(A2) Biasanya, mereka berbuat demikian kerana hendak mengejar masa dan mahu tiba ke 
destinasi mereka dalam masa yang singkat dan mereka menganggap “Masa Itu Emas”. 
(A3) Dengan itu, mereka memecut sesuka hati dan memotong kenderaan lain walaupun di 
tempat yang tidak selamat sehingga menyebabkan kemalangan berlaku. 
3.3.1 Penulisan Bahagian Penutup 
Perenggan penutup dalam penulisan karangan terbahagi kepada dua jenis, iaitu penutup bagi 
semua fakta yang dikemukakan dalam karangan dan penutup bagi wacana komunikasi. Dalam 
karangan jenis perbincangan, rencana, komen, ulasan, perbahasan tajuk dan lain-lain yang 
sepertinya, penutup bagi semua fakta juga dapat menjadi penutup karangan. Sebaliknya, dalam 
karangan berformat seperti karangan surat kiriman, perbahasan pertandingan, wawancara dan 
lain-lain yang sepertinya akan terdapat penutup untuk semua fakta yang dikemukakan dalam 
30 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 
690824105392 
karangan dan penutup bagi wacana komunikasi.Penutup bagi semua fakta karangan adalah untuk 
membuat suatu rumusan, cadangan atau pernyataan harapan terhadap topik perbincangan. Hal ini 
berasaskan semua fakta yang dikemukakan dalam karangan. 
4.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP 
Karangan yang baik mestilah dapat dikembangkan ideanya dengan sempurna. Ibarat seseorang 
yang memohon pekerjaan, penampilannya sewaktu temu duga dapat menggambarkan personaliti 
dan sikapnya jika penampilanya baik, maka baiklah tafsiran penemu duga. Begitu juga halnya 
dengan karangan. Baik pada bahagian pendahuluan, maka baiklah tafsiran pemeriksa terhadap 
huraian isi karangan berkenaan. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan 
hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan. 
Penulisan baik dan berkesan ialah “Clear writing is clear thinking’ (“penulisan baik merupakan 
pemikiran yang jelas”) kata Paul Fisher, ssouri, Amerika Syarikat (1981) Dalam 
pembelajaran selok-belok penulisan pemberitaan dan penyuntingan, lalu pegangan’penulisan 
baik dan berkesan lahir daripada fikiran yang tenang’,. Penulisan baik mempunyai ciri-ciri 
bahasa yang jelas, padat, dan menarik. Penulisan yang baik memerlukan pemikiran waras, 
tenang, jelas dan kritis. Ertinya, anda perlu berfikir sebelum menulis, samalah juga dengan anda 
perlu berfikir sebelum berkata. 
Kesimpulannya, mengarang bukanlah suatu proses yang hanya berdasarkan jumlah idea atau isi, 
ejaan, tanda baca dan struktur binaan ayat semata-mata. Sebaliknya, proses mengarang 
memerlukan kemampuan membina perenggan idea atau isi yang mantap pengolahannya dan 
mempunyai wacana yang berkesan. 
( 5694 patah perkataan ) 
BIBLIOGRAFI 
Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan mengajar bahasa 
Malaysia.Kuala Lumpur: Fajar Bakti. 
31 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 
690824105392 
Zainol Ismail. (2003). Fokus Unggul/ UPSR Penulisan. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn. 
Bhd 
Atas talian : 
http://psasir.upm.edu.my/3169/1/Pengajaran_Kemahiran_Menulis_Karangan_Bahasa_Melayu_di_Seko 
lah.pdf (tarikh muat turun : 12 FEB 2011 ) 
http://abihulwa.blogspot.com/2009/03/ciri-ciri-penulisan-berkesan.html ( tarikh muat turun : 14 FEB 
2011) 
http://gurubm.blogspot.com/2010/05/pengajaran-tatabahasa.html (tarikh muat turun : 17 FEB 2011) 
http://syalieyza.blogspot.com/2009/10/pengajaran-tatabahasa-bahasa-melayu.html ( tarikh muat 
turun : 2 FEB 2011 ) 
http://www.scribd.com/doc/50083013/penulisan-tatabahasa (tarikh muat turun : 2 MAC 2011) 
http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/10/kemahiran-menulis.html (tarikh muat turun : 3 
MAC 2011 ) 
http://gcbm29td.blogspot.com/2009/03/pendahuluan-karangan.html (tarikh muat turun : 4 MAC 2011) 
http://www.scribd.com/doc/31516795/Panduan-Menulis-Isi-Karangan-Pendapat (tarikh muat turun : 12 
MAC 2011 ) 
http://gcbm29td.blogspot.com/2009/03/penutup-karangan.html (tarikh muat turun : 12 MAC 2011) 
32 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T

More Related Content

What's hot

Aspek seni bahasa-_utama
Aspek seni bahasa-_utamaAspek seni bahasa-_utama
Aspek seni bahasa-_utamarozitasksp
 
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuBmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuMuhammad Aizat
 
06 aspek seni bahasa
06   aspek seni bahasa06   aspek seni bahasa
06 aspek seni bahasaNsha Shari
 
Bincangkan teknik pengajaran penulisan dengan mengaitkan peranan anda sebagai...
Bincangkan teknik pengajaran penulisan dengan mengaitkan peranan anda sebagai...Bincangkan teknik pengajaran penulisan dengan mengaitkan peranan anda sebagai...
Bincangkan teknik pengajaran penulisan dengan mengaitkan peranan anda sebagai...zuhairi7373
 
Kelas x bahasa indonesia bg
Kelas x bahasa indonesia bgKelas x bahasa indonesia bg
Kelas x bahasa indonesia bgSlamet Adiwibowo
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuGman Radziman
 
07 aspek tatabahasa
07   aspek tatabahasa07   aspek tatabahasa
07 aspek tatabahasaNsha Shari
 
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...nurul2307
 
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISANTEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISANRasit Masrii
 
Penulisan mekanis dan mentalis
Penulisan mekanis dan mentalisPenulisan mekanis dan mentalis
Penulisan mekanis dan mentalisAini Kifli
 
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistikGuru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistikEliza Ramlee
 
K11 bg bhs_indo_sma kelas xi kurikulum 2013_[blogerkupang.com]
K11 bg bhs_indo_sma kelas xi kurikulum 2013_[blogerkupang.com]K11 bg bhs_indo_sma kelas xi kurikulum 2013_[blogerkupang.com]
K11 bg bhs_indo_sma kelas xi kurikulum 2013_[blogerkupang.com]Randy Ikas
 

What's hot (19)

Makalah indonesia
Makalah indonesiaMakalah indonesia
Makalah indonesia
 
Aspek seni bahasa-_utama
Aspek seni bahasa-_utamaAspek seni bahasa-_utama
Aspek seni bahasa-_utama
 
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuBmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
 
Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &
 
06 aspek seni bahasa
06   aspek seni bahasa06   aspek seni bahasa
06 aspek seni bahasa
 
Bincangkan teknik pengajaran penulisan dengan mengaitkan peranan anda sebagai...
Bincangkan teknik pengajaran penulisan dengan mengaitkan peranan anda sebagai...Bincangkan teknik pengajaran penulisan dengan mengaitkan peranan anda sebagai...
Bincangkan teknik pengajaran penulisan dengan mengaitkan peranan anda sebagai...
 
Kelas x bahasa indonesia bg
Kelas x bahasa indonesia bgKelas x bahasa indonesia bg
Kelas x bahasa indonesia bg
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
 
07 aspek tatabahasa
07   aspek tatabahasa07   aspek tatabahasa
07 aspek tatabahasa
 
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
 
Kemahiran membaca
Kemahiran membacaKemahiran membaca
Kemahiran membaca
 
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISANTEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
 
Modul ppg bmm3101[1]
Modul ppg bmm3101[1]Modul ppg bmm3101[1]
Modul ppg bmm3101[1]
 
2 model pembelajaran
2 model pembelajaran2 model pembelajaran
2 model pembelajaran
 
10 bahasa indonesia buku_guru
10 bahasa indonesia buku_guru10 bahasa indonesia buku_guru
10 bahasa indonesia buku_guru
 
Penulisan mekanis dan mentalis
Penulisan mekanis dan mentalisPenulisan mekanis dan mentalis
Penulisan mekanis dan mentalis
 
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistikGuru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
Guru bahasa melayu memerlukan pengetahuan linguistik
 
K11 bg bhs_indo_sma kelas xi kurikulum 2013_[blogerkupang.com]
K11 bg bhs_indo_sma kelas xi kurikulum 2013_[blogerkupang.com]K11 bg bhs_indo_sma kelas xi kurikulum 2013_[blogerkupang.com]
K11 bg bhs_indo_sma kelas xi kurikulum 2013_[blogerkupang.com]
 
Bab1
Bab1Bab1
Bab1
 

Viewers also liked

Viewers also liked (6)

Slide cerita malang tidak berbau
Slide cerita malang tidak berbauSlide cerita malang tidak berbau
Slide cerita malang tidak berbau
 
Upsr2014
Upsr2014Upsr2014
Upsr2014
 
Asas asas dalam penulisan karangan
Asas asas dalam penulisan karanganAsas asas dalam penulisan karangan
Asas asas dalam penulisan karangan
 
Bab 5 permuafakatan politik
Bab 5   permuafakatan politikBab 5   permuafakatan politik
Bab 5 permuafakatan politik
 
Contoh peta pemikiran dlm pdp bm
Contoh peta pemikiran dlm pdp bmContoh peta pemikiran dlm pdp bm
Contoh peta pemikiran dlm pdp bm
 
Panduan iTHINK
Panduan iTHINKPanduan iTHINK
Panduan iTHINK
 

Similar to TATABAHASA PENULISAN

Tatabahasadalampengajaranbahasamelayu KOD / TAJUK KURSUS HBML3203 TATABAHASA...
Tatabahasadalampengajaranbahasamelayu KOD / TAJUK  KURSUS HBML3203 TATABAHASA...Tatabahasadalampengajaranbahasamelayu KOD / TAJUK  KURSUS HBML3203 TATABAHASA...
Tatabahasadalampengajaranbahasamelayu KOD / TAJUK KURSUS HBML3203 TATABAHASA...muhammad
 
MAKALAH MODUL 7 PEMBELAJARAN B.INDONESIA DI SD.docx
MAKALAH MODUL 7 PEMBELAJARAN B.INDONESIA DI SD.docxMAKALAH MODUL 7 PEMBELAJARAN B.INDONESIA DI SD.docx
MAKALAH MODUL 7 PEMBELAJARAN B.INDONESIA DI SD.docxYulaekahZulle
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i ganiEzt Eran
 
Bahasa Indonesia Kelas X Kurikulum 2013 Revisi 2016
Bahasa Indonesia Kelas X Kurikulum 2013 Revisi 2016Bahasa Indonesia Kelas X Kurikulum 2013 Revisi 2016
Bahasa Indonesia Kelas X Kurikulum 2013 Revisi 2016Zufar Asyraf Al
 
02 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-tahun-1 (1)
02 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-tahun-1 (1)02 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-tahun-1 (1)
02 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-tahun-1 (1)Nawal Rahim
 
Silabus Paket B Bahasa Indonesia.pdf
Silabus Paket B Bahasa Indonesia.pdfSilabus Paket B Bahasa Indonesia.pdf
Silabus Paket B Bahasa Indonesia.pdfmaiadaya
 
7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar
7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar
7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajarFaris Rusli
 
7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar
7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar
7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajarFaris Rusli
 
02 buku panduan guru bahasa malaysia tahun 1
02   buku panduan guru bahasa malaysia tahun 102   buku panduan guru bahasa malaysia tahun 1
02 buku panduan guru bahasa malaysia tahun 1Iss Che Ma
 
Panduan.guru.tahun1.sek jeniskebang
Panduan.guru.tahun1.sek jeniskebangPanduan.guru.tahun1.sek jeniskebang
Panduan.guru.tahun1.sek jeniskebangkee jumat
 
9. silabus b indo sd versi120216
9. silabus b indo sd versi1202169. silabus b indo sd versi120216
9. silabus b indo sd versi120216fajarsz
 

Similar to TATABAHASA PENULISAN (20)

Tatabahasadalampengajaranbahasamelayu KOD / TAJUK KURSUS HBML3203 TATABAHASA...
Tatabahasadalampengajaranbahasamelayu KOD / TAJUK  KURSUS HBML3203 TATABAHASA...Tatabahasadalampengajaranbahasamelayu KOD / TAJUK  KURSUS HBML3203 TATABAHASA...
Tatabahasadalampengajaranbahasamelayu KOD / TAJUK KURSUS HBML3203 TATABAHASA...
 
MAKALAH MODUL 7 PEMBELAJARAN B.INDONESIA DI SD.docx
MAKALAH MODUL 7 PEMBELAJARAN B.INDONESIA DI SD.docxMAKALAH MODUL 7 PEMBELAJARAN B.INDONESIA DI SD.docx
MAKALAH MODUL 7 PEMBELAJARAN B.INDONESIA DI SD.docx
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i gani
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i gani
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i gani
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i gani
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i gani
 
Literasi bahasa
Literasi bahasaLiterasi bahasa
Literasi bahasa
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Bah bm hsp_peralihan
Bah bm hsp_peralihanBah bm hsp_peralihan
Bah bm hsp_peralihan
 
Bahasa Indonesia Kelas X Kurikulum 2013 Revisi 2016
Bahasa Indonesia Kelas X Kurikulum 2013 Revisi 2016Bahasa Indonesia Kelas X Kurikulum 2013 Revisi 2016
Bahasa Indonesia Kelas X Kurikulum 2013 Revisi 2016
 
02 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-tahun-1 (1)
02 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-tahun-1 (1)02 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-tahun-1 (1)
02 buku-panduan-guru-bahasa-malaysia-tahun-1 (1)
 
Silabus Paket B Bahasa Indonesia.pdf
Silabus Paket B Bahasa Indonesia.pdfSilabus Paket B Bahasa Indonesia.pdf
Silabus Paket B Bahasa Indonesia.pdf
 
7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar
7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar
7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar
 
7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar
7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar
7. telaah kurikulum bahasa indonesia dan pengembangan bahan ajar
 
02 buku panduan guru bahasa malaysia tahun 1
02   buku panduan guru bahasa malaysia tahun 102   buku panduan guru bahasa malaysia tahun 1
02 buku panduan guru bahasa malaysia tahun 1
 
Panduan.guru.tahun1.sek jeniskebang
Panduan.guru.tahun1.sek jeniskebangPanduan.guru.tahun1.sek jeniskebang
Panduan.guru.tahun1.sek jeniskebang
 
9. silabus b indo sd versi120216
9. silabus b indo sd versi1202169. silabus b indo sd versi120216
9. silabus b indo sd versi120216
 
Hsp bm sjk_y1
Hsp bm sjk_y1Hsp bm sjk_y1
Hsp bm sjk_y1
 
Hsp bm sjk 1_y1
Hsp bm sjk 1_y1Hsp bm sjk 1_y1
Hsp bm sjk 1_y1
 

Recently uploaded

Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfDiskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfHendroGunawan8
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaafarmasipejatentimur
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikDasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikThomasAntonWibowo
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...Kanaidi ken
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 

Recently uploaded (20)

Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfDiskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikDasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 

TATABAHASA PENULISAN

  • 1. FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI / TAHUN 2011 KOD / TAJUK KURSUS HBML3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU NO MATRIKULASI : 690824105392002 NO KAD PENGENALAN : 690824105392 NO TELEFON : 014-2693079 E-MEL : ruzie_sktm2@yahoo.com.my PUSAT PEMBELAJARAN INSTITUT PERGURUAN TEKNIK, CHERAS KUALA LUMPUR
  • 2. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat saya menyiapkan tugasan Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu bagi semester kali ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran. Setinggi – tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor saya , Encik Awang bin Ismail atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik tuan. Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan rakan – rakan di Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM yang telah menyumbang ilmu yang tidak ternilai harganya sepanjang semester ini. Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan penat jerih lelah pastinya ada hikmah disebaliknya. 2 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 3. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 Isi Kandungan Penghargaan 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Konsep Pengajaran Tatabahasa 1.2.1 Konsep Pengajaran Tatabahasa Wacana dalam Penulisan Sekolah Menengah 1.3 Konsep Kemahiran Menulis 1.4 Pengajaran Tatabahasa dalam Kemahiran Menulis 2.0 KONSEP PENULISAN, PENDAHULUAN, ISI DAN PENUTUP. 2.1 Menulis Pendahuluan. 2.1.1 Perkara penting dalam pendahuluan 2.2 Menulis Bahagian Isi 2.2.1 Menulis perenggan isi. 2.3 Menulis Bahagian Penutup. 2.3.1 Aspek penting dalam penutup 2.3.2 Aspek penting bahagian penutup karangan jenis fakta 2.3.3 Aspek penting bahagian penutup karangan jenis cerita 2.3.4 Penutup karangan cerita berdasarkan peribahasa 3 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 4. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 3.0 KAEDAH DAN PROSES PENULISAN 3.1 Pendekatan Proses 3.1.1 Proses Penulisan Pendahuluan 3.1.1.1 Contoh Pendahuluan : karangan jenis perbincangan 3.1.1.2 Contoh pendahuluan : karangan jenis pendapat 3.1.2 Proses Penulisan Isi 3.1.2.1 Contoh isi karangan jenis deskriptif 3.1.2.2 Contoh mencari dan mengembangkan isi menggunakan “AMBA 3.1.3 Kaedah dan proses menulis bahagian penutup 3.1.3.1 Contoh I perenggan kesimpulan/ penutup 3.1.3.2 Contoh II perenggan kesimpulan/ penutup 3.2 Kaedah Peta Minda 3.2.1 Proses dan langkah-langkah kaedah Peta Minda 3.3 Kaedah Model 5W+1H dan Model Wawasan / Teknik Penyoalan 3.3.1 Penulisan Bahagian Penutup 4.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP BIBLIOGRAFI 4 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 5. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Penulisan ialah satu proses yang melibatkan penyusunan dan pembentangan idea-idea oleh penulis tentang sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca. Setiap idea yang disampaikan itu hendaklah jelas maksudnya iaitu berkemampuan menyalurkan idea kepada pembaca, menerusi penggunaan bahasa yang tepat dan berkeupayaan menggunakan teknik penulisan yang sesuai. “Penulisan bermaksud satu proses penghasilan wacana bertulis dengan ketepatan dan formaliti yang berbeza-beza berdasarkan tujuan dan keperluan penulisan.”(Smith, 1969) Tujuan penulisan adalah untuk menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang menggunakan bahasa yang gramatis dan laras yang tepat , serta memperlihatkan pertautan idea dan wacana yang kemas dengan pemikiran yang kritis dan analitis. Pelbagai definisi penulisan telah diutarakan oleh pakar penulisan dan bahasa antaranya melihat penulisan sebagai satu cara melahirkan bahasa manusia melalui simbol-simbol yang dapat dilihat (Barnow 1989). Penulisan memerlukan kemahiran memahami apa dan bagaimana komunikasi berlaku di kalangan ahli masyarakat. Penulis menulis untuk komuniti dengan menggunakan peraturan penulisan khas. Pengajaran dan pembelajaran penulisan di sekolah pula memperlihatkan kecenderungan kebudayaan masyarakat dominan. Di Malaysia, penulisan merupakan satu aspek pengajaran yang diberi penekanan dalam kurikulum sekolah, terutamanya bagi tujuan menduduki peperiksaan umum seperti Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pengajaran penulisan naratif di sekolah bertujuan meningkatkan kemahiran menulis serta mengasuh pelajar tentang amalan kebudayaan, norma serta nilai-nilai yang dihargai dalam budaya dan bahasa. Penulisan juga mengukuhkan kemahiran berfikir pada peringkat yang tinggi seperti menganalisis, mengaplikasi dan menilai maklumat. Ia juga satu kaedah untuk pelajar 5 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 6. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 berkomunikasi, mengorganisasikan fikiran dan maklumat, menyampaikan ide dan perasaan dan memperlihatkan kefahaman tentang sesuatu mata pelajaran. 1.2 Konsep Pengajaran Tatabahasa Menurut Abd. Aziz Abd Talib (2000:236) pengajaran tatabahasa membolehkan murid-murid berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik. Pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi ini membantu murid menghasilkan ayat yang gramatis dan berkomunikasi dengan berkesan. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM 2001, aspek tatabahasa sangat ditekankan dan dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks bagi menghasilkan ketepatan berbahasa. Ini bagi membolehkan murid-murid mengikuti pengajaran tatabahasa secara berkesan dan memudahkan pemahaman mereka. Pengajaran tatabahasa juga hendaklah diajar dengan tidak memisah-misahkan aspek-aspek tatabahasa yang hendak diajar dengan kemahiran bahasa yang lain. Pengajaran tatabahasa yang terancang juga dapat membantu murid-murid memahami unsur-unsur tatabahasa, fungsinya dan makna tatabahasa (Arbak Othman 1985:19). Oleh sebab itu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM 2001 mencadangkan bahawa tatabahasa hendaklah digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Tujuan utama penggabungjalinan ini adalah untuk memastikan pengajaran tatabahasa sahaja. Hal ini kerana, dengan strategi ini, murid akan belajar dan menguasai tatabahasa sambil melakukan aktiviti-aktiviti yang bermakna dalam kemahiran yang ditetapkn (Awang Sariyan, 2004:194). 1.2.1 Konsep Pengajaran Tatabahasa Wacana dalam Penulisan Sekolah Menengah Konsep pengajaran bagi pelajar sekolah menengah (Kamarudin Hj. Husin, 2002: 280281) mempunyai beberapa tujuan iaitu: 6 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 7. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 i. Membolehkan pelajar · Bercerita; dan · Berhujah atau bersyarah tentang sesuatu kejadian, cerita atau tajuk bagi perbincangan. ii. Membolehkan pelajar menulis · Pengalaman sendiri; · Cerita; · Penerangan atau laporan dan hal-hal persekitaran sendiri; · Pengalaman, pendapat, fikiran dan hujah-hujah tentang beberapa perkarayang sesuai; dan · Surat kiriman formal dan tidak formal. 1.3 Konsep Kemahiran Menulis Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh pelajar. Kepentingan menguasai kemahiran ini telah pun dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001). Melalui aktiviti menulis,pelajar akan dapat merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pengalaman, perasaan, dan maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri (Kamarudin Hj.Husin dan Siti Hajar Hj.Abd.Aziz, 1997). Penekanan terhadap aspek kemahiran penulisan seperti yang diterap dalam KBSM bermula pada tahun 1988 bagaimanapun tidak menjamin pelajar benar-benar menguasai aspek penulisan bahasa Melayu. Penguasaan penulisan sebenarnya juga dipengaruhi oleh cara mereka berfikir (Mohd.Nashuha Jamidin, 1995). Oleh yang demikian , penguasaan penulisan yang kurang memuaskan dalam kalangan pelajar perlu ditangani segera demi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan warganegara yang berkualiti demi memenuhi aspirasi negara menjelang tahun 2020 7 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 8. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap.Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu; i. menggunakan pelbagai jenis ayat ii. mencatat dan menyusun maklumat iii. menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif iv. membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca. Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan. Penulisan karangan peringkat sekolah menengah iaitu berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), merupakan kerja dan proses yang melibatkan aktiviti berikut : i. Perancangan menulis karangan ii. Pemilihan tajuk iii. Penulisan draf (rangka) iv. Penentuan panjang karangan dan kedalaman idea yang dihujahkan v. Pernyataan maklumat dan idea dalam urutan logic atau pemujukan, menggunakan beberapa perenggan yang sesuai. 8 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 9. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 vi. Penggunaan kompenen format dan kompenen bahasa yang sesuai dengan tujuan dan khalayak. vii. Penggunaan pelbagai gaya penulisan bagi tujuan yang beerlainan, misalnya teknik pemujukan, hujahan sokongan, kosa kata teknik/saaaaintifik viii. Penyemakan (penyuntingan/pembacaan pruf) karangan bagi ketepatan makna dan aspek kebahasaan. . 1.4 Pengajaran Tatabahasa dalam Kemahiran Menulis Aspek pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di bilik darjah perlu mendapat perhatian yang sewajarnya oleh para pendidik dan ahli bahasa. Pengajaran karangan sepatutnya dipelbagaikan dan tidak hanya menggunakan kaedah biasa, iaitu guru memberikan soalan, diikuti oleh perbincangan isi penting dan murid dikehendaki menulis karangan. Pengajaran tatabahasa ayat berdasarkan Teori Transformasi Generatif yang menekankan penggunaan rumus tatabahasa yang betul pula didapati menjadi agenda utama oleh para guru Bahasa Melayu. Guru sering menekankan aspek betul atau salah sesuatu penggunaan kata, frasa, atau ayat dalam karangan dan jarang sekali menekankan aspek wacana dalam pengajaran mereka. Walaupun terdapat saranan daripada beberapa pengkaji terdahulu seperti Khathijah Abdul Hamid (2001), Wong Khek Seng (1993) dan Sanat Md. Nasir (2002) agar tautan diajarkan 9 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 10. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah, namun sehingga kini, isi kandungan tatabahasa dalam sukatan pelajaran sedia ada hanya menyentuh aspek morfologi (kata) dan sintaksis (ayat) sahaja, sedangkan matlamat pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk menyediakan murid bagi menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi yang memerlukan pengetahuan tentang wacana. Menurut Khathijah Abdul Hamid (2001) dan Azhar M. Simin (1988), pengajaran tatabahasa ayat sekadar mengajar murid tentang imbuhan (morfologi) dan sintaksis yang terbatas kepada satu ayat sahaja secara gabung jalinan atau secara konteks seperti tatabahasa yang diajarkan secara bergabung dengan kemahiran membaca, iaitu dalam bacaan dan pemahaman, ataupun dengan pengajaran tatabahasa tersendiri tentang rumus tatabahasa dalam sesuatu ayat. Pengajaran seperti ini terbatas kepada satu ayat tanpa melihat perkaitan dan kesepaduan dari segi kebahasaan dalam teks karangan, pelbagai bentuk retorik yang memungkinkan penggunaan pelbagai sarana kohesi dan koheren. Menurut Beaugrande dan Dressler (1994), dari segi kemahiran menulis, tatabahasa ayat hanya menekankan setakat permukaan seperti tanda bacaan, subject-verb agreement, dan susunan ayat. 2.0 KONSEP PENULISAN, PENDAHULUAN, ISI DAN PENUTUP. 2.1 Menulis Pendahuluan. Perenggan pendahuluan memperkenalkan tajuk karangan kepada pembaca. Maknanya, dalam perenggan ini belum terdapat sebarang isi, tetapi menyatakan hal yang berkait rapat dengannya. Pendahuluan boleh dibina dengan tiga hingga lima ayat. Karangan bermula dengan ayat pengenalan. Satu ayat pengenalan dikira sudah memadai. Ayat ini akan membawa pembaca untuk memahami tajuk dan isi secara umum. Ini diikuti oleh dua atau tiga ayat huraian, yang merupakan ayat yang menyokong atau menghuraikan kenyataan dalam ayat pengenalan. Perenggan ini diakhiri oleh satu ayat fokus, yang membawa pembaca secara tegas kepada tujuan atau arah karangan, iaitu persoalan yang hendak dibincangkan dalam bahagian isi nanti. Pendahuluan merupakan keterangan ringkas tentang perkara yang akan diketengahkan dalam karangan. Pendahuluan yang baik, lancar dan berkesan akan memberikan gambaran isi karangan 10 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 11. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 yang mantap dan menarik. Pendahuluan yang baik dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang perbincangan dalam bahagian isi. Teliti perkara-perkara berikut yang perlu ada dalam perenggan pendahuluan. 2.1.1 Perkara penting dalam pendahuluan Ringkasnya perenggan pendahuluan mengandungi ayat-ayat yang disusun seperti berikut : · Kehendak soalan yang dikemukakan. · Isu atau perkara yang berkaitan dengan soalan · Keterangan isu atau perkara yang berkaitan dengan kehendak soalan · Hala tuju soalan (sebab / langkah / kesan) Terdapat beberapa jenis pendahuluan yang biasanya digunakan dalam penulisan karangan, antaranya: (i) pendahuluan jenis definisi (ii) pendahuluan jenis pendapat (iii) pendahuluan jenis suasana (iv) pendahuluan jenis persoalan (v) pendahuluan jenis peribahasa PENDAHULUAN JENIS DEFINISI · memberikan takrif · makna · definisi Contoh : Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes 11 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 12. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa. PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT - menyatakan pendapat seseorang tokoh Contoh : Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi pada masa yang sama meneruskan pembangunan. PENDAHULUAN JENIS SUASANA - menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai. Contoh : Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang yang memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku sempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti. PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN - mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk Contoh: Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ? PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA - memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai. Contoh: 12 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 13. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 Peribahasa Melayu ” ringan sama dijinjing, berat sama dipikul” dan “seperti aur dengan tebing” amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti. 2.2 Menulis Bahagian Isi Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semestinya sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis. 2.2.1 Menulis perenggan isi. Perenggan isi terdiri daripada : A1: Isi utama A2: Huraian tentang isi utama A3: Huraian tentang isi utama A4: Bukti/contoh/ data/ statistik 13 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 14. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 A5: Rumusan/ pendapat/ cadangan. Contoh isi karangan Tajuk: Isu Buruh Asing Skop : kebaikan dan keburukan Isi : Kebaikan- dapat menampung kekurangan tenaga kerja. · (A1) Pekerja-pekerja asing di negara ini dapat menampung kekurangan tenaga kerja yang diperlukan, terutamanya dalam sektor pembinaan, perladangan, dan pembuatan. · (A2) Sekiranya kita menyekat kehadiran tenaga kerja asing maka pertumbuhan ekonomi negara ini akan terbantut, · (A3) Hal ini demikian kerana keadaan pembangunan di negara kita yang pesat dan menggalakkan menyebabkan banyak tenaga asing diperlukan sebagai operator pengeluaran, penoreh getah, pemungut kelapa sawit, pemetik daun teh, buruh binaan, jurujual, dan sebagainya. · (A4) Menurut Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat, sektor pembinaan memerlukan 800,000 pekerja baru dan sektor pembuatan memerlukan 250,000 pekerja tambahan. · (A5) Oleh itu, keperluan guna tenaga tersebut sudah tentu tidak dapat ditampung oleh rakyat tempatan, dan dengan itu tenaga kerja asing perlu diambil agar pembangunan negara dapat berjalan lancar. 2.3 Menulis Bahagian Penutup Sesetengah pelajar mengabaikan komponen penutup dalam sesebuah karangan kerana andaian bahawa bahagian ini kurang penting. Tanpa penutup sesebuah karangan akan dianggap tergantung. Penutup merupakan penegasan kepada isi yang telah dihuraikan dalam bahagian pengembangan isi. Sama ada sesebuah karangan itu merupakan jenis fakta ataupun jenis cerita seharusnya disudahi dengan penutup yang tepat dan jelas dengan huraian yang ditulis sebelum itu. 14 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 15. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 . 2.3.1 Aspek penting dalam penutup 1. Pelajar perlu mengemukakan rumusan pendapat, pandangan ataupun saranan tentang keseluruhan isi karangan yang telah dibincangkan. Teliti perkara-perkara yang perlu ada dalam perenggan penutup seperti di bawah. 2. Mulakan ayat dalam bahagian kesimpulan dengan menggunakan frasa seperti berikut : · Ayat / Frasa memulakan penutup. · Kesimpulannya · Sebagai kesimpulan, dapatlah dikatakan bahawa …. · Berdasarkan keterangan-keterangan tersebut, jelaslah bahawa ….. · Ringkasnya, jelaslah bahawa …. · Kenyataan-kenyataan tersebut menunjukkan bahawa…. · Natijahnya, jelaslah bahawa … 3. Penutup dalam penulisan karangan yang berformat perlu disudahi dengan penutup mengikut format yang telah ditentukan dalam karangan berkenaan. · Ayat / Frasa memulakan penutup berformat · Sekian, terima kasih. · Saya sudahi syarahan saya dengan serangkap pantun, Kalau ada sumur diladang, Boleh saya menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi. 4. Penutup dalam karangan jenis cerita ialah kesudahan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bahagian isi cerita. Pastikan penutup dalam karangan jenis cerita sejajar dengan kehendak soalan. Umpamanya, jika soalan berkehendakkan “menceritakan cara memulihkan rakan yang pengsan” , 15 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 16. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 pastikan pada penghujung cerita rakan yang dipulihkan itu sedar daripada pengsan. Jangan biarkan penghujung cerita tergantung. 5. Pastikan perenggan penutup ditulis dalam satu perenggan sahaja. 2.3.2 Aspek penting bahagian penutup karangan jenis fakta Penutup dalam karangan jenis fakta merupakan rumusan menyeluruh yang dapat disimpulkan dalam satu perenggan ringkas, tepat dan padat. Ringkasnya perenggan penutup karangan jenis cerita biasanya mengandungi perkara-perkara berikut : Nombor ayat Kandungan ayat Ayat 1 Rumusan ataupun kesimpulan menyeluruh tentang perbincangan isi. Ayat 2 Menyatakan cadangan atau saranan yang sesuai Ayat 3 Menyatakan harapan tentang isu yang dibincangkan Ayat 4 Menyatakan pendirian tentang pokok persoalan yang dikemukakan Contoh-contoh penutup karangan jenis fakta Soalan : Gejala lepak dalam kalangan remaja berpunca daripada kurangnya pengawasan daripada ibu bapa. Berikan pendapat anda. (A1) Ringkasnya kekurangan pengawasan dan sikap tidak prihatin ibu bapa terhadap aktiviti dan perlakuan anak-anak mereka menjadi penyebab gejala ini kian merebak. (A2) Dengan demikian, ibu bapa perlu sentiasa mengambil berat dan mengawasi setiap pergerakan anak-anak mereka yang mencurigakan. (A3) Sekiranya semua ibu bapa mengambil pendekatan sedemikian, gejala ini akan dapat diatasi dengan mudah. (A4) Jelaslah, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam menangani kegiatan tidak 16 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 17. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 berfaedah anak-anak dan tidak boleh hanya mengharapkan pihak lain sahaja. 2.3.3 Aspek penting bahagian penutup karangan jenis cerita Perenggan penutup dalam karangan jenis cerita merupakan peleraian kepada cerita yang disampaikan. Bahagian penutup tidak mengandungi isi, sebaliknya merupakan kesudahan cerita. Jangan meleret kepada perkara-perkara lain yang dapat menjejaskan kesudahan cerita. Jangan timbulkan unsur suspens: Ingat! Anda bukan menulis skrip drama atau filem yang kadang kala mengandungi unsur suspens dalam peleraian cerita dengan harapan penonton berfikir sendiri. Terus sahaja kepada kesudahan cerita. Ringkasnya perenggan penutup karangan jenis cerita biasanya mengandungi perkara-perkara berikut : Nombor ayat Kandungan ayat Ayat 1 Peleraian cerita ataupun kesudahan cerita Ayat 2 Pengajaran daripada cerita ataupun pengalaman yang dilalui Ayat 3 Huraian ringkas pengalaman yang diperoleh Ayat 4 Harapan daripada cerita yang ditulis Perkara dalam penutup yang dicadangkan di atas tidak semestinya disusun mengikut urutan, boleh juga didahulukan mana-mana perkara yang difikirkan sesuai. · Contoh-contoh penutup karangan jenis cerita Soalan : Anda dan keluarga anda telah terlibat dalam pemindahan mangsa banjir dalam kejadian banjir besar yang melanda kampung anda. Ceritakan pengalaman anda semasa berada di pusat pemindahan banjir selama beberaqpa hari. Perenggan lengkap : Setelah berada di pusat pemindahan banjir itu selama beberapa hari, akhirnya hujan pun teduh dan banjir pun mula surut Kami pulang ke rumah masing-masing dan berdepan dengan kerja-kerja membersihkan segala kekotoran yang ditinggalkan akibat banjir. Selama berada di pusat pemindahan banjir itu, kami beroleh pengalaman yang amat berharga. Kami berharap agar kami tidak akan terlibat lagi dalam kejadian seumpama ini pada masa depan. 17 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 18. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 2.3.4 Penutup karangan cerita berdasarkan peribahasa Penutup dalam karangan cerita berdasarkan peribahasa agak berbeza dengan karangan jenis cerita berdasarkan pengalaman ataupun gambaran peristiwa. Penutup dalam karangan bentuk ini memerlukan pelajar membuat peleraian cerita dan menyatakan pengajaran yang diperoleh daripada cerita yang disampaikan. Hal ini demikian kerana karangan cerita berdasarkan peribahasa merupakan karangan yang dapat memberikan pengajaran kepada pembaca. Nombor ayat Kandungan ayat Ayat 1 Peleraian cerita Ayat 2 Ulasan peleraian / kesudahan cerita Ayat 3 Pengajaran yang diperoleh daripada kisah yang berlaku Ayat 4 Penegasan dan kaitan cerita dengan peribahasa Perkara dalam penutup yang dicadangkan di atas tidak semestinya disusun mengikut urutan, boleh juga didahulukan mana-mana perkara yang difikirkan sesuai. Contoh-contoh penutup karangan jenis cerita peribahasa Soalan : Salah satu peribahasa Melayu yang selalu disebut ialah “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut. Perenggan lengkap : Semenjak hari itu, Razak tidak berani lagi melawan cakap ibunya. Dia berasa begitu insaf dengan peristiwa yang berlaku kepada rakannya yang mati lemas di lombong lama itu akibat tidak mendengar nasihat ibunya. Razak amat menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibunya yang menegahnya daripada menghampiri lombong lama itu. Namun segala-galanya telah berlaku, tragedi yang berlaku kepada rakannya itu bertepatan dengan peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. 18 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 19. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 Terdapat pelbagai jenis perenggan penutup fakta, anataranya adalah penutup kesimpulan isi, cadangan dan harapan.Perenggan penutup jenis kesimpulan isi juga dikenali sebagai perenggan penutup rumusan. Perenggan penutup jenis ini menunjukkan pelajar membuat suatu kesimpulan atau rumusan berhubung dengan fakta atau pandangan yang telah dibincangkan. Perenggan penutup jenis kesimpulan ini ditandai dengan ayat-ayat yang menunjukkan suatu kesimpulan atau rumusan. Perenggan penutup jenis cadangan memerlukan pelajar mengemukakan cadangan-cadangan berhubung dengan topik perbincangan karangan. Oleh itu, perenggan penutup jenis cadangan akan ditandai dengan pelbagai cadangan daripada pelajar. Jumlah cadangan yang boleh diberikan oleh pelajar tidaklah terhad kepada satu atau dua cadangan. Sebaliknya, pelajar boleh memberikan beberapa cadangan tetapi jumlah cadangan yang diberikan perlu sesuai dan tidak terlalu sedikit atau tidak terlalu banyak. Malah cadangan yang diberikan itu juga mesti ditautkan antara satu sama lain agar cadangan yang dikemukakan dalam perenggan penutup itu kelihatan sebagai suatu cadangan yang komprehensif. Cadangan yang diberikan dalam perenggan penutup juga tidak bertindih-tindih dengan idea atau isi sebagaimana yang telah dibincangkan dalam perenggan idea atau isi.Perenggan penutup jenis harapan membolehkan pelajar mengemukakan harapan masing-masing berhubung dengan topik perbincangan karangan. Jumlah harapan yang hendak dikemukaka dalam perenggan penutup jenis ini hendaklah tidak terlalu sedikit. 3.0 KAEDAH DAN PROSES PENULISAN 3.1 Pendekatan Proses Pendekatan proses merupakan proses dalam penghasilan sesebuah karangan, bukan kepada hasil penulisan tersebut. Dalam pendekatan ini penulisan akan dimulai dengan proses menulis draf, menyemak dan membincangkannya. Dalam pendekatan ini juga, penulisan akan dilihat dari aspek format yang betul, struktur penulisan yang sesuai, dan penggunaan tatabahasa yang tepat, 19 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 20. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 sebagai suatu penulisan yang baik. Sehubungan dengan itu, pendekatan ini memerlukan penulis yang menguasai kemahiran bahasa yang baik, di samping mempunyai pengetahuan tentang format atau model penulisan yang baik. · Berasaskan andaian bahawa sesuatu penulisan yang baik bermula daripada proses bagaimana ia dihasilkan. · Menekankan ketepatan bahasa dan format tulisan dengan menulis draf terlebih dahulu. · Draf akan disemak, dikritik dan ditulis semula. · Semakan adalah secara berterusan sekiranya masih ada kesilapan dalam penulisan. · Memakan masa yang panjang untuk menyiapkan penulisan. · Member peluang kepada pelajar mempelajari setiapaspek penulisan. · Prinsip-prinsip penulisan : i. Penulisan ialah proses pemikiran terpilih yang membolehkan penulis mengolah dan menyusun idea. ii. Proses penulisan disusun secara hierarki, bermula dengan penulisan semula. iii. Penulisan ialah proses yang berpandukan sesuatu matlamat. 3.1.1 Proses Penulisan Pendahuluan Pendahuluan boleh dibina dengan tiga hingga lima ayat. Sebaik-baiknya mengandungi empat hingga tujuh ayat, dan satu ayat tidak lebih 15 perkataan. Panjang perenggan berpatutan. Karangan bermula dengan ayat pengenalan memadai dengan menulis dalam satu perenggan. Ayat ini akan membawa pembaca untuk memahami tajuk dan isi secara umum. Ini diikuti oleh dua atau tiga ayat huraian yang merupakan ayat yang menyokong atau menghuraikan kenyataan 20 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 21. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 dalam ayat pengenalan. Perenggan ini diakhiri oleh satu ayat fokus yang membawa pembaca untuk mengetahui tujuan atau persoalan yang hendak dibincangkan dalam bahagian isi nanti. Terdapat 10 jenis pendahuluan karangan. Antara yang biasa digunakan; berbentuk takrif, gambaran, latar belakang, sejarah fakta, dan persoalan. Untuk memastikan kehendak pertama dipenuhi, pelajar mesti mentakrif soalan dengan tepat dengan menggunakan strategi tertentu. Strategi dicadangkan ialah T, K, F, iaitu Tema (T), Kata Kunci Soalan (K), dan Format (F). 3.1.1.1 Contoh Pendahuluan : karangan jenis perbincangan Bermula dengan takrifan tajuk yang dipilih. Pendahuluan ini sesuai untuk karangan jenis huraian atau perbahasan. Tajuk : Berjimat Cermat Skop : Langkah untuk menggalakkan masyarakat berjimat cermat. Berjimat cermat merupakan amalan membelanjakan wang secara berhemah atau manggunakan wang, makanan atau keperluan lain dengan secara tidak membazir… 3.1.1.2 Contoh pendahuluan : karangan jenis pendapat Sektor pelancongan di negara kita mampu untuk meningkatkan kemajuan negara. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Kehendak Soalan T Sektor pelancongan K Langkah-langkah F Pendapat- umum Contoh Pengenalan 21 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 22. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 Sektor pelancongan merupakan salah satu sector yang banyak menyumbang kepada kemajuan Negara kita. Melalui sektor ini, kerajaan telah memperoleh pendapatan yang tinggi. Selain itu, industry perhotelan yang berkembang maju telah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Sektor ini juga telah menjadi salah satu sektor yang penting selain sektor perindustrian dan sektor pertanian. Oleh sebab sektor ini memberikan sumbangan yang besar kepada rakyat dan negara, semua pihak mestilah mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memajukan sektor ini, iaitu dengan berusaha sedaya upaya untuk menarik kahadiran pelancong ke negara kita dengan lebih banyak lagi. 3.1.2 Proses Penulisan Isi Isi karangan perlu cukup. Di peringkat PMR dan SPM jumlah minimum tiga isi, manakala di peringkat STPM jumlah minimum lima isi. Dalam setiap perenggan , satu isi sahaja perlu ditulis dan dihuraikan. Perenggan isi mestilah mempunyai ayat judul (AJ) atau ayat topic (AT). AT perlu dihuraikan supaya isi tersebut dapat difahami dengan jelas oleh pembaca atau pemeriksa. Ayat ini dikenali sebagai Ayat huraian (AH). Ayat huraian dapat dibantu dengan kehadiran ayat contoh (AC) iaitu ayat yang memperkukuh isi dan huraian yang dikemukakan. Ayat ini dikenali ayat bukti (AB). Selepas itu perenggan isi hendaklah ditutup dengan kemas melalui ayat penegas (AP). AP ialah ayat kesimpulan kecil dalam setiap perenggan isi. Berdasarkan huraian tentang perenggan isi, didapati isi karangan hendaklah menepati kehendak soalan (tajuk). Biasanya dua perkara dinyatakan dalam pernyataan tajuk dan skop. 3.1.2.1 Contoh isi karangan jenis deskriptif Pencapaian atlet Negara pada peringkat antarabangsa masih belum memuaskan walaupun biaya yang besar diperuntukkan dalam bidang sukan. Bincangkan beberapa langkah yang patut dilakukan untuk meningkatkan mutu sukan di negara ini? Tajuk : Mutu sukan di negara ini 22 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 23. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 Skop : Beberapa langkah untuk meningkatkan mutu sukan di negara ini Isi karangan dapat dibuat dalam bentuk catatan atau peta konsep. Contoh rangka karangan berbentuk catatan : 1. Memberi ganjaran yang tinggi kepada atlet. 2. Memberi pendedahan latihan di luar Negara. 3. Menggunakan kepakaran jurulatih asing. 4. Mengembangkan sukan di peringkat sekolah. 3.1.2.2 Contoh mencari dan mengembangkan isi menggunakan “AMBA Gejala samseng dalam kalangan pelajar sekolah kini menjadi perbualan hangat pelbagai pihak dan membimbangkan ibu bapa serta masyarakat Tajuk : Gejala samseng dalam kalangan pelajar. Skop : Punca gejala itu berlaku dan cara mengatasinya Anda boleh memberi dua punca dan dua langkah, atau memberi tiga punca dan dua langkah. Walau bagaimanapun , pelajar digalakkan mengemukakan jumlah isi yang seimbang bagi punca dan langkah. Isi karangan perlu dikembangkan. Setiap perenggan isi perlu mempunyai : i. Isi yang diikuti huraian tentang isi itu. ii. Bukti atau contoh untuk mengukuhkan huraian iii. Rumusan Untuk mengembangkan isi anda boleh menggunakan kriteria “AMBA”: iaitu “apa”,”mengapa” “bagaimana” 23 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 24. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 Skop : Punca berlaku gejala samseng dalam kalangan pelajar sekolah. Isi (soalan) : Apakah punca pelajar sekolah menjadi samseng? Rangka karangan : Isi yang dicatatkan: 1. Pengaruh rakan sebaya 2. Kurang pengawasan ibu bapa 3. Pengaruh media massa 4. Desakan hidup kerana keluarga miskin Huraian empat isi di atas dengan menjawab soalan “mengapa”(why) dan “bagaimana” (how) Contoh huraian: Salah satu punca berlakunya budaya samseng dalam kalangan pelajar sekolah kerana pengaruh rakan sebaya. (mengapa?). Gejala ini dikatakan berpunca daripada pengaruh rakan sebaya kerana pada zaman ini remaja lebih mengutamakan rakan sebaya dalam kehidupan mereka. Malah, ibu bapa dan guru tidak menjadi model atau idola dalam kehidupan remaja ini. (bagaimana) rakan sebaya boleh menyebabkan budaya samseng? 3.1.3 Kaedah dan proses menulis bahagian penutup Perenggan penutup perlu ada dalam setiap penulisan kerana ia penting, sebagai rumusan keseluruhan perbincangan. Ia berperanan untuk memberitahu pembaca, karangan tiba di penghujung dan pendirian penulis berkaitan isu dibincangkan. Pelajar perlu menggabungkan semua isi/ idea itu ke dalam satu perenggan yang menggambarkan pendirian sendiri. Kemudian, nyatakan harapan anda, dan penegasan anda terhadap isi/tajukyang diperkatakan. Teknik menulis Kesimpulan i. Perenggan kesimpulan / rumusan ii. Pandangan akhir penulis dan ada kaitan dengan isi terdahulu 24 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 25. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 iii. Ditandai dengan penanda wacana, bahawa perbincangan karangan sudah tamat. Contoh : · “Oleh itu…” · “Kesimpulannya…” · “ Rumusannya ialah…” · “Daripada perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan…” · “Dengan lima isi yang dibincangkan tadi, saya merumuskan bahawa…” iv. dalam perenggan kesimpulan, empat unsur perlu dimasukkan, iaitu : rumusan/kesimpulan, cadangan, harapan, pendirian tentang persoalan yang dibincangkaN. 3.1.3.1 Contoh I perenggan kesimpulan/ penutup Tajuk: Kemalangan Di Jalan Raya Kesimpulannya, kemalangan di jalan raya berpunca daripada sikap pengguna jalan raya seperti cuai semasa di jalan, memandu kenderaan dalam keadaan mabuk, tidak mematuhi undang-undang jalan raya, dan memandu kenderaan terlalu laju, selain masalah teknikal yang sukar dijangka. Oleh itu, saya mencadangkan supaya setiap pengguna jalan raya berhati-hati, bertimbang rasa dan mematuhi undang-undang semasa di jalan raya. Saya berharap penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan supaya denda dan hukuman yang berat dikenakan terhadap pesalah. Akhirnya, saya ingin menegaskan bahawa kemalangan jalanraya dapat dikurangkan sekiranya semua pihak berusaha supaya tidak terlibat dalam kemalangan. 3.1.3.2 Contoh II perenggan kesimpulan/ penutup Tajuk : Kebanyakan masalah disiplin yang berlaku di sekolah berpunca daripada murid-murid yang tidak mendapat kasih sayang daripada keluarga. Berikan komen anda tentang hal ini 25 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 26. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 Tuntasnya, jelaslah bahawa masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan murid di sekolah disebabkan oleh kurangnya kasih sayang daripada keluarga. Oleh itu ibu bapa haruslah mengawasi dan mencurahkan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak seperti menatang minyak yang penuh supaya tiada lagi masalah disiplin berlaku di sekolah. Disiplin yang merosot akan menyebabkan pencapaian murid-murid merosot. Oleh sebab murid-murid merupakan pewaris dan bakal pemimpin masa depan, maka ibu bapa haruslah mengambil inisiatif dan mengawasi anak-anak mereka supaya masalah disiplin di sekolah tidak lagi timbul 3.2 Kaedah Peta Minda Peta Minda ialah teknik yang boleh digunakan untuk mempertingkat kemahiran menulis. Teknik ini boleh dipasangkan dengan pendekatan proses ; iaitu suatu pendekatan yang berasaskan proses penulisan itu sendiri. Teknik Peta Minda digunakan untuk memandu pelajar kearah penghasilan isi yang bernas dan tersusun dalam penulisan. Dalam teknik ini, guru akan menyenaraikan isi-isi serta huraian yang dihasilkan melaluiperbincangan dengan pelajar, dalam bentuk Peta Minda di papan tulis. Penggunaan Peta Minda ini akan memudahkan pelajar melihat kesinambungan isi-isi, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu tajuk. 3.2.1 Proses dan langkah-langkah kaedah Peta Minda Langkah-langkah p&p yang boleh digunakan adalah seperti berikut: Set induksi: Bersoal jawab tentang tajuk. Langkah 1: Perbincangan tentang peta minda untuk menjana dan mencatat isi-isi penting. Langkah 2: Perbincangan tentang struktur karangan berbentuk naratif (Binaan plot) dan perenggan pendahuluan. Langkah 3: Mencatat isi-isi penting mengikut plot kronologis dengan menggunakan peta minda yang dicadangkan Langkah 4: Perbincangan tentang perenggan penutup. 26 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 27. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 Langkah 5: Latihan mengarang Penutup : Rumusan tentang tajuk Saya memulakan langkah p&p dengan menyoal murid-murid tentang perkara yang berkaitan dengan tajuk karangan untuk menarik minat dan perhatian mereka. Sebagai langkah pertama, saya menerangkan kepada murid-murid tentang apa itu karangan naratif. Selepas itu, saya menerangkan tentang penggunaan peta minda (untuk p&p pertama kali menggunakan kaedah ini) seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1. CARTA TULANG IKAN . RAJAH : 1 Saya menjelaskan kepada murid-murid bahawa secara fizikalnya peta minda ini berbentuk seperti “tulang ikan” yang digunakan untuk mencatat isi-isi penting yang berkaitan dengan tajuk. Untuk langkah kedua, saya memulakan perbincangan dengan membincangkan perenggan pendahuluan. Saya menjelaskan kepada murid-murid bahawa dalam perenggan pendahuluan, murid-murid boleh menggunakan perkataan sendiri untuk menerangkan tentang tajuk atau mengemukakan isi semasa yang berkaitan dengan tajuk. Sebagai contoh dalam karangan yang bertajuk “Ali budak malang”. Seterusnya, saya telah membincangkan tentang struktur karangan naratif. 27 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 28. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 Struktur karangan naratif( Binaan plot): Binaat plot dalam sesebuah cerita mempunyai struktur umum yang dapat dibahagikan kepada 3 peringkat seperti berikut. (a) Eksprosisi/Permulaan - Digunakan untuk memperkenalkan watak -Memperkenalkan watak utama dan perwatakannya - Gambaran/suasana latar tempat dan masyarakat (b) Perkembangan - watak utama dan watak-watak yang lain saling berhubungan dan mewujudkan cerita yang semakin berkembang. - Pesoalan-persoalan turut dimuatkan oleh pengarang. (c) Peleraian - Watak utama berjaya mengatasi atau menyelesaikan konflik yang memuncak dalam dirinya. - Cerita akan berakhir. Langkah ketiga ialah mencari isi-isi penting mengikut plot kronologis dengan menggunakan peta minda seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1. Plot kronologis (Konvensional) - Plot dibina menurut urutan masa iaitu yang dahulu didahulukan dan kemudian dikemudiankan. - Sebuah plot konvensional mempunyai 3 tahap yang utama iatu:  Permulaan  Klimaks 28 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 29. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392  Penyelesaian Sehari sebelum memulakan pengajaran, murid diberitahu tentang jenis karangan dan tajuk yang akan diajar supaya mereka membuat rujukan tentang format dan tajuk tersebut. Dengan ini, murid-murid sudah terdapat gambaran tentang apa yang akan dibincangkan nanti. 3.3 Kaedah Model 5W+1H dan Model Wawasan / Teknik Penyoalan Model 5W+1H merangkumi Who (Siapa), Where (Di mana), When (Bila), What (Apa), Why (Kenapa) dan How (Bagaimana). Setiap pelajar perlulah mengolah atau mengembangkan idea-idea yang telah dijana berdasarkan skop perbincangan itu dalam satu ayat topik berserta dengan ayat-ayat huraian. Huraian idea atau isi hendaklah berdasarkan apa, mengapa, di mana, bila, siapa dan bagaimana. Ayat-ayat huraian yang dibina hendaklah ditautkan secara kemas dan betul dengan menggunakan penanda wacana, frasa atau kata sendi. Frasa tautan berperanan menautkan topik, idea, subjek atau ayat yang awal dengan ayat yang baharu. Dengan ini, kepaduan makna untuk perenggan idea atau isi tersebut lebih padu dan mantap.malah perenggan idea atau isi tersebut bukan terdiri daripada deretan ayat yang hanya betul struktur binaan ayat dan ejaan sahaja. Kaedah 5W+1H ini memerlukan pelajar magnesia kemahiran menulis karangan yang mantap. Pelajar mesti mahir dan magnesia aspek wacana dan struktur binaan ayat. Jika tidak, pelajar akan lebih mudah melakukan kesalahan dalam aspek struktur binaan ayat dan dapat mengakibatkan wacana perenggan atau karangan kabur. Berdasarkan Rangka Komunikasi Perenggan Idea/Isi dalam Model Wawasan, idea atau isi yang telah dijana akan diolah atau dikembangkan sehingga menjadi sebuah perenggan yang koheren dan kohesif. Beberapa prinsip perlu diikuti untuk menggunakan kaedah ini, antaranya adalah pelajar dikehendaki bersoal jawab tentang topik perbincangan karangan berdasarkan unsur-unsur dalam lajur formula. Selain itu, pelajar hendaklah bermula dengan lajur formula, diikuti dengan lajur idea atau isi dan lajur binaan ayat, iaitu pada baris pertama. Kemudian, berpindah pula pada baris kedua dengan bermula padal ajur formula dan diikuti lajur idea atau isi serta lajur binaan ayat. Demikianlah yang perlu dilakukan untuk seterusnya, iaitu baris demi baris dan bukannya lajur demi lajur. Akhir sekali, setelah semua proses tersebut dilaksanakan, barulah lajur alat tautan dilengkapkan. Setelah pelajar melengkapkan lajur binaan ayat, pelajar hendaklah menautkan ayat-ayat tersebut sama ada dengan penanda wacana, kata hubung,kata sendi atau frasa. Setelah siap semua lajur,pelajar akan dapat satu perenggan idea/ atau si yang koheren dan kohesif. Perenggan yang sudah diolah atau dikembangkan hendaklah dimasukkan dalam struktur binaan karangan. Walau 29 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 30. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 bagaimanapun, perenggan ini masih boleh diluaskan denngan menambahkan frasa-frasa yang sesuai. Proses memperluas perenggan ini tidak akan mengganggu struktur binaan ayat. Proses pengolahan idea atau isi berdasarkan Rangka Komunikasi Perenggan dalam Model Wawasan ini mampu membina kemahiran secara sistematik. Setelah semua unsur dalam lajur-lajur dan proses mengolah idea atau isi dapat diikuti dalam minda, proses mengarang boleh dilakukan secara bebas dengan menerapkan gaya penulisan masing-masing. Kesimpulannya, mengarang bukanlah suatu proses yang hanya berdasarkan jumlah idea atau isi, ejaan, tanda baca dan struktur binaan ayat semata-mata. Sebaliknya, proses mengarang memerlukan kemampuan membina perenggan idea atau isi yang mantap pengolahannya dan mempunyai wacana yang berkesan. Untuk memudahkan pelajar-pelajar menulis perenggan isi, maka dicadangkan supaya perenggan tersebut ditulis dengan menggunakan tiga ayat sahaja, iaitu: A1 = Isi utama: menjawab soalan apa? (ialah / adalah / merupakan) A2 = Huraian tentang isi utama: menjawab soalan mengapa? (kerana / sebab) A3 = Huraian tentang isi utama: menjawab soalan bagaimana? (dengan itu / dengan cara) Contoh: (A1) Salah satu punca kemalangan jalan raya berlaku di negara ini ialah sikap pengguna jalan raya yang memandu kenderaan atau menunggang motosikal melebihi had laju yang ditetapkan. (A2) Biasanya, mereka berbuat demikian kerana hendak mengejar masa dan mahu tiba ke destinasi mereka dalam masa yang singkat dan mereka menganggap “Masa Itu Emas”. (A3) Dengan itu, mereka memecut sesuka hati dan memotong kenderaan lain walaupun di tempat yang tidak selamat sehingga menyebabkan kemalangan berlaku. 3.3.1 Penulisan Bahagian Penutup Perenggan penutup dalam penulisan karangan terbahagi kepada dua jenis, iaitu penutup bagi semua fakta yang dikemukakan dalam karangan dan penutup bagi wacana komunikasi. Dalam karangan jenis perbincangan, rencana, komen, ulasan, perbahasan tajuk dan lain-lain yang sepertinya, penutup bagi semua fakta juga dapat menjadi penutup karangan. Sebaliknya, dalam karangan berformat seperti karangan surat kiriman, perbahasan pertandingan, wawancara dan lain-lain yang sepertinya akan terdapat penutup untuk semua fakta yang dikemukakan dalam 30 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 31. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 karangan dan penutup bagi wacana komunikasi.Penutup bagi semua fakta karangan adalah untuk membuat suatu rumusan, cadangan atau pernyataan harapan terhadap topik perbincangan. Hal ini berasaskan semua fakta yang dikemukakan dalam karangan. 4.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP Karangan yang baik mestilah dapat dikembangkan ideanya dengan sempurna. Ibarat seseorang yang memohon pekerjaan, penampilannya sewaktu temu duga dapat menggambarkan personaliti dan sikapnya jika penampilanya baik, maka baiklah tafsiran penemu duga. Begitu juga halnya dengan karangan. Baik pada bahagian pendahuluan, maka baiklah tafsiran pemeriksa terhadap huraian isi karangan berkenaan. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan. Penulisan baik dan berkesan ialah “Clear writing is clear thinking’ (“penulisan baik merupakan pemikiran yang jelas”) kata Paul Fisher, ssouri, Amerika Syarikat (1981) Dalam pembelajaran selok-belok penulisan pemberitaan dan penyuntingan, lalu pegangan’penulisan baik dan berkesan lahir daripada fikiran yang tenang’,. Penulisan baik mempunyai ciri-ciri bahasa yang jelas, padat, dan menarik. Penulisan yang baik memerlukan pemikiran waras, tenang, jelas dan kritis. Ertinya, anda perlu berfikir sebelum menulis, samalah juga dengan anda perlu berfikir sebelum berkata. Kesimpulannya, mengarang bukanlah suatu proses yang hanya berdasarkan jumlah idea atau isi, ejaan, tanda baca dan struktur binaan ayat semata-mata. Sebaliknya, proses mengarang memerlukan kemampuan membina perenggan idea atau isi yang mantap pengolahannya dan mempunyai wacana yang berkesan. ( 5694 patah perkataan ) BIBLIOGRAFI Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan mengajar bahasa Malaysia.Kuala Lumpur: Fajar Bakti. 31 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T
  • 32. HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu RUZINA BINTI AMRUN 690824105392 Zainol Ismail. (2003). Fokus Unggul/ UPSR Penulisan. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd Atas talian : http://psasir.upm.edu.my/3169/1/Pengajaran_Kemahiran_Menulis_Karangan_Bahasa_Melayu_di_Seko lah.pdf (tarikh muat turun : 12 FEB 2011 ) http://abihulwa.blogspot.com/2009/03/ciri-ciri-penulisan-berkesan.html ( tarikh muat turun : 14 FEB 2011) http://gurubm.blogspot.com/2010/05/pengajaran-tatabahasa.html (tarikh muat turun : 17 FEB 2011) http://syalieyza.blogspot.com/2009/10/pengajaran-tatabahasa-bahasa-melayu.html ( tarikh muat turun : 2 FEB 2011 ) http://www.scribd.com/doc/50083013/penulisan-tatabahasa (tarikh muat turun : 2 MAC 2011) http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/10/kemahiran-menulis.html (tarikh muat turun : 3 MAC 2011 ) http://gcbm29td.blogspot.com/2009/03/pendahuluan-karangan.html (tarikh muat turun : 4 MAC 2011) http://www.scribd.com/doc/31516795/Panduan-Menulis-Isi-Karangan-Pendapat (tarikh muat turun : 12 MAC 2011 ) http://gcbm29td.blogspot.com/2009/03/penutup-karangan.html (tarikh muat turun : 12 MAC 2011) 32 | S e m . J a n u a r i 2 0 1 1 / I P T