1. KPS4043
SEKOLAH DAN MASYARAKAT
TAJUK 3:TEORI KAJIAN SOSIAL
Perspektif Fungsionalisme
Perspektif Konflik
Perspektif Interaksi
NAMA: NOOR WALHAZATI BINTI GHAZALI
NO.MATRIK: L20221012737
PENSYARAH :PROFESOR DR AMIR HASAN BIN DAWI
2. PERSPEKTIF FUNGSIONALISME
• Mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang
menyumbang kepada penerusan masyarakat.
• Brinkerhoff dan White(1989) merumuskan tiga andaian utama ahli-ahli iaitu
stabiliti, harmoni dan evolusi
• Menekankan kepentingan persefahaman anggota-anggota masyarakat untuk
mencapai keharmonian dan kestabilan masyarakat berkenaan.(teori konsensus)
• Perlu bertindak mengenalpasti struktur-struktur sosial
• Teori akan mengkaji bagaimana sistem sosial bergerak atau berfungsi selain
menekankan kepentingan pengekalan status quo dalam masyarakat
3. PERSPEKTIF KONFLIK
• Terbahagi kepada dua aliran:-
1. Aliran Marx
• Berlatarbelakangkan tafsiran sosiologikal
• Brinkerhoff dan White (1989) merumuskan tiga andaian iaitu konsep dialektik,
determinisme ekonomi dan aktivisme sosial
• Membicarakan peranan struktur sosial
• Teori melihat pergeseran yang boleh berlaku antara kelas sosial atas dan kelas
sosial bawah
• Sejarah masyarakat adalah dipenuhi oleh konflik dan pertentangan untuk
menguasai ekonomi
4. 2.Aliran Weber
Menggunakan tiga dimensi konsep iaitu:-
1. kelas-wujud dalam hubungan ekonomi
2.status-wujud dalam hubungan sosial
3.parti-wujud dalam hubungan politik
Weber mengatakan perkembangan kapitalisme di Barat adalah kerana
idea-idea keagamaan.
5. PERSPEKTIF INTERAKSI
• Teori mengkaji bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak
menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat
• Blumer(1969)yang mengembangkan teori interaksionisme simbolik
• Ia melihat bagaimana individu membentuk dan dibentuk oleh interaksinya
dengan orang lain
• Berfokus kepada hubungan bersemuka dalam konteks kehidupan
seharian.
• Mementingkan proses interaksi sosial manusia.
6. PRINSIP ASAS TEORI INTERAKSI
SIMBOLIK (RITZER 1992)
• Manusia tidak sama dengan binatang kerana mempunyai keupayaan
berfikir
• Keupayaan berfikir manusia dibentuk oleh interaksi sosial
• Dalam interaksi sosial, manusia mempelajari makna dan simbol untuk
keupayaan berfikir mereka
• Makna dan simbol membolehkan manusia beraksi dan berinteraksi
• Manusia berkeupayaan membuat modifikasi dan alterasi kerana
kebolehan mereka berinteraksi dengan orang lain