SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
PRAKATA
Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t. yang telah memberi taufik dan hidayah yang
melimpah ruah kepada saya sehingga kerja kursus pendek ini dapat disiapkan dalam masa
yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Kerja kursus pendek ini adalah bertujuan untuk
meningkatkan lagi kefahaman tentang kajian tatabahasa dalam bahasa melayu terutamanya
yang melibatkan kajian morfologi dan kajian sintaksis. Dikesempatan ini, saya ingin
merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga terutama kepada penyelaras subjek
Bahasa Melayu ini iaitu En. Shahariman B. Ahmad yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan
bimbingan serta teguran yang membina bagi menyiapkan kerja kursus ini dengan sebaik
mungkin.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada kedua ibu dan bapa saya yang telah banyak memberi
sokongan serta dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Walaupun mereka
tidak terlibat secara langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini, namun mereka telah memberi
sumbangan yang sangat besar kepada saya. Segala peralatan dan keperluan untuk
menyiapkan tugasan ini telah disediakan oleh kedua ibu dan bapa saya. Sekiranya tiada
bantuan daripada mereka, kemungkinana saya akan mengalami kesukaran untuk menyiapkan
kerja kursus ini dengan sebaik mungkin.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua pensyarah yang banyak membantu saya
sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Selain itu, ucapan ini juga disampaikan
kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu saya daripada belakang sama
ada dalam menyediakan bahan serta membantu memberi sumbangan idea kepada saya.
Terima kasih ini juga diberikan kerana mereka telah banyak memberi bimbingan, nasihat dan
semangat kepada saya. Terima kasih untuk segala-galanya.
ISI KANDUNGAN.
Prakata
1.0 Pendahuluan ……………………………………………..
2.0 Bahan daripada DBP …………………………………….
3.0 Frasa ……………………………………………………….
3.1 : Frasa nama
3.2 : Frasa kerja
3.3 : Frasa adjektif
3.4 : Frasa sendi nama
4.0 Binaan ayat………………………………………………..
4.1 : Ayat dasar
4.2 : Ayat tunggal
4.3 : Ayat majmuk ( gabungan dan pancangan )
5.0 Ragam ayat………………………………………………..
5.1 : Ayat aktif
5.2 : Ayat pasif
6.0 5 jenis ayat …………………………………………………
1.0 Pendahuluan.
Matapelajaran bahasa Melayu merupakan komponen Akademik kursus persediaan bagi
semester 2 tahun 2009. Dalam pelajaran ini, ia mengandungi unit yang terdir daripada
Pengantar Morfologi , pengantar Sintaksis dan Pengantar Kesusasteraan dan Kesenian
Melayu. Kerja kursus pendek bahasa Melayu ini menggunakan unit pengantar Morfologi
dan Sintaksis agar pelajar dapat menguasai kemahiran menggunakan kata dengan betul
serta mengenal pasti frasa, binaan ayat, ragam ayat, dan jenis ayat dalam bahasa Melayu.
Selain itu juga, kerja kursus ini turut dapat melatih saya sebagai guru pelatih untuk lebih
berdisiplin dari segi ketepatan menghantar kerja ini kepada pensyarah penyelia bagi subjek
bahasa Melayu. Pelajar turut dapat memahami dengan lebih lanjut mengenai cara
menggunakan unit-unit pengantar ini. Turut dapat di tingkatkan lagi adalah kefahaman
tentang pembentukan kata, bentuk kata serta banyak lagi. Sememangnya, kerja kursus
pendek ini sangat memberi impak yang besar terutamanya kepada guru-guru pelatih dalam
meningkatkan lagi penguasaan mereka untuk di bawa ke sekolah nanti.
Oleh itu, kepetingan memahami tentang unit pengantar ini sangat penting bagi menjelaskan
tentang sesuatu frasa atau ayat dengan lebih terperinci dan mendalam. Paling penting ialah
untuk menganalisis ayat dengan betul dan tepat.
DEFINISI SINTAKSIS
Sintaksis merupakan satu bidang atau peringkat susunan binaan yang amat penting dalam apa
jua bahasa. Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan
binaan atau kontruksi ayat. Kita juga dapat memahami bidang sintaksis sebagai kajian tentang
hokum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan
perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
2.0 Bahan daripada DBP.
Hidup modennya hampir serba lengkap. Penuh pengetahuan seperti timbunan buku. Nalurinya
sentiasa skeptical. Seorang wanita mandiri dan kadang-kadang konservatif. Ketegasannya
dilembutkan oleh aturan tugas. Tajam memerhatikan persekitaran dan tidak canggung berada
di tempat umum. Satu caranya untuk lari daripada tekanan – bersiar-siar sendirian
menggunakan kenderaan awam.
Namun begitu, Barbie, wanita berbulu mata lentik itu,silap membuat keputusan. Kehidupan
terlalu pantas. Sekarang Barbie bagaikan terikat dalam kotak kaca. Tiada siapa yang tahu akan
penderitaan intelektual Barbie. Penghinaan daripada penonton bahawa dia boneka suruhan
amat menusuk keperibadian. Sosaialisasinya ditusuk kecurigaan. Barbie memaklumi ejekan
media massa. Dia mengkaji maksud yang dikatakan “melencong” daripada teks berita. Jika
laporan berita dilafazkan bertujuan penyampaian agenda tertentu, apakah makna
kewujudannya di skrin televisyen saban malam?tidakkah diperalatkan?
Barbie meminta cuti seminggu dan bermonolog dengan tangan memegang secawan kopi. Dia
duduk dengan gelisah di ruang tamu. Sepatutnya aku tidak muncul di skrin televisyen.
Pendongengan berita, benarkah? Apakah semua ini? Apakah bezanya aku dengan dramatis?
Aku sedari dari awal lagi, ini bukan kerjaya peribadiku. Terlambat! Tetapi segala-galanya
berlaku automatic. Kadang – kadang dia menggigit kuku dan ingin berpura – pura sakit, dan
tempatnya akan digantikan oleh orang lain. “jika aku memilih pekerjaan lain selain penyampai
berita,masih juga berada dalam lingkungan komunikasi media, pekerjaan seperti apakah yang
tidak berlakon? “Barbie mundar – mandir membawa cawan kering.
Barbie membuat perkiraan pengacara rancangan kewanitaan, remaja, kecantikan, fesyen atau
permainan realiti di televisyen? Itu sama-sama menjengkelkan. Tetapi, beraksi di hadapan
kamera! Berskrin juga. Akhir-akhir ini, itulah kesilapan terbesar diakuinya – menjdi orang media.
Pertentangan batin yang melanda, terlindung di balik keceriaan palsunya. Sukar juga menjadi
orang cantik. Dikaitkan dengan sindrom Marilyn Monroe. Barbie memiliki ijazah penilisan kreatif
daripada universiti tempatan. Dia mempelajari kesusasteraan antarabangsa bukan sebagai
merit mendapatkan pekerjaan. Pengetahuan kesusasteraannya luas, tetapi gagal ditampung
imaginasi kreativiti sendiri. Di laci meja tulis, tersimpan berkeping-keping kertas saiz A4 bertaip
langkau dua baris: Naratif berulang-ulang. Penceritaan bertele-tele. Dan lebih banyak
memberitahu daripada mempersembahkan, demikian ulasan popular pengkritik sastera.
( 316 patah perkataan )
2.0 Frasa
2.1 Frasa Nama
Definisi frasa nama( FN ) ialah binaan yang dari sudut nahu boleh berdiri daripada satu
perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan
ayat. Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua konstituen utama ayat-ayat
dasar bahasa Melayu terdiri daripada:
a) FN + FN
b) FN + FK
c) FN + FA
d) FA + FS
Frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan sahaja ataupun beberapa perkataan. Selain
konstituen subjek dan konstituen predikat frasa nama, frasa nama juga boleh hadir dalam
konstituen objek, iaitu konstituen yang hadir sesudah kata kerja transitif dalam frasa kerja(FK).
Contohnya:
a) Orang itu memanggil saya.
b) Mereka semua melambaikan tangan.
Satu lagi tempat yang diduduki oleh frasa nama adalah di bahagian unsur nama dalam frasa
sendi nama. Frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsure dalam predikat frasa sendi
nama(FS). Contohnya:
a) Mereka di Kuala Lumpur.
b) Hadiah itu daripada Ahmad.
Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada kata nama juga, iaitu
kegiatan,aktiviti,tabiat,pekerjaan,perbuatan dan warna. Namun jika dipandang dari sudut
kehadirannya,jenis-jenis kata kerja dan kata adjektif dalam ayat juga boleh dianggap sebagai
inti subjek frasa nama. Frasa nama pada hakikatnya dibentuk oleh kata nama,tetapi diperingkat
kewujudannya inti frasa nama itu dapat juga dibentuk oleh kata kerja dan kata adjektif.
2.2 Frasa kerja.
Frasa kerja terdiri daripada kata kerja inti atau kata kerja inti dengan unsur-unsur lain. Ada lima
unsur yang membentuk frasa kerja. Unsur-unsur tersebut ialah:
a) Kata kerja inti ( transitif dan tak transitif )
b) Kata bantu ( aspek dan ragam )
c) Objek
d) Pelengkap
Keterangan unsur-unsur ini disusun dalam rentetan seperti jadual di bawah:
Kata bantu Kata kerja inti
Transitif dan tak
transitif
Pelengkap
Objek
Keterangan
Frasa kata kerja terdiri daripada kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
i. Kata kerja transitif
Perbuatan dalam kata kerja transitif dilakukan oleh kata nama pelaku dan mengenai kata nama
objek. Jadi kata kerja transitif dalam frasa kerja memerlukan satu atau dua kata nama sebagai
objek.
ii. Kata kerja tak transitif
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek
sesudahnya. Semua katakerja tak transitif ini boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi
memberi maklumat tambahan.
2.3 Frasa Adjektif.
Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan
yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Kata inti ini merupakan
bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang dibincangkan ialah yang
berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam
predikat. Sebagai unsur keterangan,kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur
penerang,kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang, kata adjektif hadir
sesudah kata nama.
Selain itu juga, frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja, atau deretan
perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat, sama ada di
hadapan atau di belakangnya.
3.4 Frasa Sendi Nama
Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan
satu frasa yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata sendi nama ialah bentuk
morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara sendi nama yang sering
digunakan dalam bahasa Melayu termasuklah: di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk,
akan, bagi, hingga, oleh, dengan, tentang, sampai dan sebagainya. Frasa sendi nama boleh
juga, sebagai pilihan, didahului oleh kata bantu. Binaan frasa sendi nama boleh terdiri daripada
salah satu binaan yang berikut:
1. Kata sendi nama + Frasa nama
2. Kata sendi nama + Frasa nama arah + Frasa nama
3. Kata sendi nama + ( kata nama arah ) + Frasa nama +
( frasa keterangan ).
4.0 Binaan Ayat
4.1 Ayat dasar
Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat
yang lain dalam sesuatu bahasa. Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi
binaan dan susunannya, dan dari segi panjang pendeknya dalam suatu bahasa, namun
jika dikaji asas binaanya maka semua ayat itu boleh dikesan rangka dasarnya sebagai
berasal daripada beberapa pola tertentu. Pola-pola rangka ayat itulah yang disebut pola
ayat dasar bagi sesuatu bahasa. Daripada pola-pola ayat tersenut,terbit ayat yang lain
sama ada ayat tunggal, ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang.
Ayat dasar terbahagi kepada empat pola iaitu:
Pola 1 : Frasa nama + Frasa nama ( FN + FN )
Pola 2 : Frasa nama + Frasa kerja ( FN + FK )
Pola 3 : Frasa nama + Frasa adjektif ( FN + FA )
Pola 4 : Frasa nama + Frasa sendi nama ( FN + FS )
4.2 Ayat Tunggal
Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada satu klausa sahaja, iaitu mengandungi
satu konstituen subjek dan predikat. Ayat tunggal juga terbit daripada ayat dasar. Ayat
tunggal terbina daripada dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Subjek ialah bahagian
ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek.
Misalnya, dalam ayat Ali berjalan kaki, Ali ialah subjek kerana menjadi bahagian ayat
yang diterangkan manakala berjalan kaki pula merupakan predikat yang menjadi
bahagian ayat yang menerangkan subjek tersebut. Subjek ayat dasar terdiri daripada
frasa nama yang terbentuk daripada salah satu unsur yang berikut:
· Kata nama
· Kata ganti nama
· Kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama
· Kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama.
4.3 Ayat majmuk ( Gabungan dan Pancangan )
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan
percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikan ayat baharu.
Ayat majmuk boleh dikategorikan kepada tiga jenis yang utama iaitu:
1. Ayat majmuk gabungan
2. Ayat majmuk pancangan
3. Ayat majmuk campuran
4.3.1 Ayat Majmuk Gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu
dengan menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti
dan, atau, tetapi dan sebagainya. Ayat-ayat yang disambungkan itu setara sifatnya, iaitu ayat-
ayat itu sama taraf dan boleh berdiri sendiri. Hubungan antara satu ayat dengan ayat lain wujud
oleh sebab ayat-ayat tersebut disusun berturut-turut. Ayat-ayat ini boleh juga disambungkan
tanpa kata hubung. Apabila ini berlaku,nada suara berfungsi sebagai penanda.
4.3.2 Ayat Majmuk Pancangan
Dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk. Selain itu, terdapat
juga beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk menjadi sebahagian
daripada ayat induk itu.
Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan dalam bahasa Melayu yang ditentukan oleh cara
pembentukannya dan jenis ayat yang dipancangkan iaitu:
i. Ayat relatif
ii. Ayat komplemen
iii. Ayat keterangan
5.0 Ragam ayat
5.1 Ayat aktif
Pada dasarnya,ayat aktif mempunyai susunan yang lazim. Contohnya; Ali sedang membaca
buku , Ali merupakan subjek bagi ayat ini dan perkataan Ali ditegaskan dalam penggunaan ayat
aktif.
5.2 Ayat Pasif
Ayat pasif pula merupakan ayat yang susunannya telah disongsangkan. Ayat pasif
kebanyakannya digunakan dalam kehidupan seharian kita. Pembentukan ayat pasif adalah
untuk memberi penegasan kepada objek. Dalam ayat pasif, penegasan banyak diberikan
kepada objek, contohnya; buku dibaca oleh Ali. Perkataan buku ialah objek dan ianya
ditegaskan dalam penggunaan ayat pasif. Dalam ayat pasif terdapat beberapa kategorinya iaitu:
i. Ayat pasif orang pertama
ii. Ayat pasif orang kedua
iii. Ayat pasif orang ketiga
6.0 Huraian Sintaksis dalam Ayat.
1. Hidup modennya hampir serba lengkap.
Merupakan frasa nama dalam konstituen FN + FA iaitu frasa nama serta frasa adjektif. Frasa
nama ialah hidup modennya manakala frasa adjektif ialah lengkap. Ayat ini merupakan ayat
tunggal yang terdiri daripada subjek dan predikat iaitu Subjek ialah hidup modennyadan
predikat pula hampir serba lengkap.
2. Nalurinya sentiasa skeptikal.
Jenis ayat tunggal yang terdiri daripada subjek dan predikat. Subjek: nalurinya, manakala
predikat : sentiasa skeptical. Subjek bagi ayat ini merupakan kata nama terbitan iaitu nalurinya
“naluri”. Merupakan ayat frasa nama dalam pola
FN + FA. Frasa nama ialah nalurinya manakala frasa adjektif ialah skeptikal iaitu merupakan
kata sifat dalam ayat ini.
3. Seorang wanita mandiri dan kadang-kadang konservatif.
Merupakan ayat majmuk gabungan yang dibentuk menggunakan kata hubung -dan- . Ayat
majmuk ini terdiri daripada cantuman dua ayat tunggal. Ayat tunggal itu ialah,
ayatpertama;seorang wanita mandiri dan ayat kedua ialah seorang wanita yang kadang-kadang
konservatif. Selain itu, ayat ini juga terdiri daripada subjek dan predikat iaitu: seorang wanita
ialah subjek dan predikat pula ialah dan kadang-kadang konservatif
4. Ketegasannya dilembutkan oleh aturan tugas.
Merupakan ayat tunggal yang terdiri daripada subjek dan predikat. Subjek ayat ini ialah
ketegasannya manakala predikat ialah dilembutkan oleh aturan tugas. Selain itu, ayat ini
merupakan kategori frasa nama dalam pola FN + FK. Frasa nama ialah ketegasannya
manakala dilembutkan ialah frasa kerja dan di lengkapkan dengan kata objek iaitu aturan tugas.
5. Tajam memerhatikan persekitaran dan tidak canggung berada di tempat umum.
Ayat ini merupakan ayat majmuk gabungan yang dibentuk menggunakan kata hubung -dan-.
Selaian itu, ayat majmuk ini terdiri daripada cantuman dua ayat tunggal. Ayat tunggal itu ialah
ayat pertama Tajam memerhatikan persekitaran manakala ayat kedua pula ialah Tidak
canggung berada di tempat umum
6. Barbie memaklumi ejekan media massa.
Ayat tunggal yang terdiri daripada subjek dan predikat. Subjek dalam ayat ini ialah Barbie
manakala predikat yang memaklumi ejekan media massa. Merupakan frasa nama dalam
kategori FN + FK. Ini kerana subjek iaitu Barbie merupakan kata nama dan ejekan ialah kata
kerja yang dituriti dengan objek iaitu media massa. Ayat ini merupakan ayat aktif di mana
subjek ditegaskan iaitu Barbie.
7. Barbie meminta cuti seminggu dan bermonolog dengan tangan memegang secawan kopi.
Ayat ini terdiri daripada subjek dan predikat. Subjek ialah Barbie manakala Predikat pula
meminta cuti seminggu dan bermonolog dengan tangan memegang secawan kopi. Selain
itu,ayat ini juga merupakan ayat majmuk gabungan yang menggabungkan dua ayat tunggal dan
dihubungkan menggunakan kata hubung „dan‟. Ayat tunggal yang pertama ialah Barbie
meminta cuti seminggu dan ayat tunggal yang kedua ialah Barbie bermonolog dengan tangan
memegang secawan kopi
8. Dia duduk dengan gelisah di ruang tamu.
Merupakan ayat tunggal yang terdiri daripada subjek dan predikat. Subjek dalam ayat ini; dia
manakala predikat bagi ayat ini ialah duduk dengan resah.
Ayat ini juga merupakan ayat dasar. Ayat dasar ini daripada konstituen FN + FK. Frasa nama
bagi ayat ini ialah dia manakala kata kerja ialah gelisah dan frasa objek pula ialah ruang tamu.
Merupakan ayat aktif kerana subjeknya ditegaskan dalam ayat ini. Juga merupakan ayat
majmuk pancangan dengan kata hubung dengan. Ayat dasar yang pertama ialah dia duduk di
ruang tamu. Ayat dasar yang kedua pula ialah dia gelisah di ruang tamu.
9. Kadang – kadang dia menggigit kuku dan ingin berpura – pura sakit, dan tempatnya akan
digantikan oleh orang lain.
Merupakan ayat majmuk gabungan yang dibentuk menggunakan kata hubung -dan-. Ayat
majmuk ini terdiri daripada cantuman dua atau lebih ayat tunggal. Ayat tunggal itu ialah: ayat
pertama ialah Kadang-kadang dia menggigit kuku, ayat tuggal yang kedua pula dia ingin
berpura-pura sakit dan ayat tunggal akhir sekali ialah tempatnya akan digantikan oleh orang
lain.
10. Dia mempelajari kesusasteraan antarabangsa bukan sebagai merit mendapatkan pekerjaan.
Ayat tunggal yang mempunyai subjek dan predikat. Subjek ayat ini ialah dia dan ayat predikat
pula mempelajari kesusateraan antarabangsa bukan sebagai merit mendapat pekerjaan. Ayat
ini juga terdiri daripada ayat naïf iaitu menggunakan perkataan „bukan‟.
11. Pengetahuan kesusasteraannya luas, tetapi gagal ditampung imaginasi kreativiti sendiri.
Ayat tunggal yang mempunyai subjek dan predikat. Subjek ayat ini ialah pengetahuan
kesusasteraanya. Predikat pula ialah luas,tetapi gagal ditampung imaginasi kreativiti
sendiri. Merupakan ayat majmuk gabungan yang dibentuk menggunakan kata hubung -tetapi-.
Ayat majmuk ini terdiri daripada cantuman dua ayat tunggal. Ayat tunggal itu ialah: ayat
pertama pengetahuan kesusasteraanya luas manakala yat kedua ialah gagal ditampung
imaginasi kreativiti sendiri. Ayat pasif digunakan dalam ayat ini kerana ianya menekankan frasa
objek. Manakala subjek tidak ditekankan. Sepatutnya ayat aktifnya ialah imaginasi kreatifnya
sendiri tidak dapat ditampung walaupun mempunyai pengetahuan kesusasteraan yang luas.
6.0 Kesimpulan.
Kesimpulannya, kajian tentang sintaksis ini adalah merupakan suatu kajian yang melibatkan
sesuatu bidang atau peringkat susunan binaan yang amat penting dalam apa jua bahasa.
Sintaksis juga banyak mengkaji tentang struktur sesuatu ayat sama ada melalui penggunaan
frasa di dalam ayatnya ataupun mengkaji tentang ragam serta jenis ayat itu sendiri. Selain itu
juga, kajian sintaksis inni dapat mengelaskan sesuatu ayat itu kepada beberapa bahagian yang
lebih khusus sehinggan kepada terbentuk semula ayat dasar.
Daripada kerja kursus pendek yang telah dijalankan mengenai kajian sintaksis ini, saya dapat
memantapkan lagi kefahaman serta kebolehan dalam menguasai kemahiran tentang bahasa.
Ini juga dapat melenngkapkan diri saya untuk menguasai lebih banyak lagi komponen bahasa
yang lain. Seterusnya, saya juga dapat menghuraikan ayat-ayat petikan daripada Dewan
Bahasa dan Pustaka berdasarkan kajian sintaksis yang telah saya pelajari.
7.0 Lampiran.
muka surat hadapan majalah Dewan Bahasa dan Pustaka.
8.0 bibliografi.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim HJ. Musa dan Abdul Hamid Mohamad. ( 2004)
Tatabahasa Dewan. Edisi Terbaru. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan. ( 1993 ). Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.
Sulaiman Masri , Ahmad Khair Mohd Nor . ( 2006 ). Tatabahasa Melayu : Mesra
Pengguna edisi baharu. Selangor Darul Ehsan.
Prof. Abdullah Hassan . ( 2002 ). Tatabahasa bahasa Melayu, ( morfologi dan
Sintaksis ) untuk guru dan pelajar . Kuala Lumpur.
Sintaksis

More Related Content

What's hot

What's hot (20)

720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 final
 
Bml3063
Bml3063Bml3063
Bml3063
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
BAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSISBAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSIS
 
BAB 5 - MORFOLOGI
BAB 5 - MORFOLOGIBAB 5 - MORFOLOGI
BAB 5 - MORFOLOGI
 
Pengenalan sintaksis
Pengenalan sintaksisPengenalan sintaksis
Pengenalan sintaksis
 
Frasa klausa ayat
Frasa klausa ayatFrasa klausa ayat
Frasa klausa ayat
 
Assighment sintaksis
Assighment sintaksisAssighment sintaksis
Assighment sintaksis
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
 
K.k sintaksis
K.k sintaksisK.k sintaksis
K.k sintaksis
 
Bahan assg bm sept 2012
Bahan assg bm sept 2012Bahan assg bm sept 2012
Bahan assg bm sept 2012
 
Kajian dialek TRENGGANU
Kajian dialek TRENGGANUKajian dialek TRENGGANU
Kajian dialek TRENGGANU
 
08 isi-pelajaran-bmm3110
08 isi-pelajaran-bmm311008 isi-pelajaran-bmm3110
08 isi-pelajaran-bmm3110
 
Konstituen frasa nama
Konstituen frasa namaKonstituen frasa nama
Konstituen frasa nama
 
Dialek Masyarakat Kelantan
Dialek Masyarakat KelantanDialek Masyarakat Kelantan
Dialek Masyarakat Kelantan
 
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayuPengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
 
PERBENTANGAN
PERBENTANGANPERBENTANGAN
PERBENTANGAN
 
Nota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksisNota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksis
 
P bs bm
P bs bmP bs bm
P bs bm
 

Similar to Sintaksis

21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)Ujang Abu
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 finalamryee
 
Persoalan tentang ayat dasar
Persoalan tentang ayat dasarPersoalan tentang ayat dasar
Persoalan tentang ayat dasarAbdmumin Hassan
 
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptxWEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptxEwei Voon
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Rosnani Hassan
 
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuAliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuCaroline Nyandau
 
Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik fitri norlida
 
Ayat tunggal jenny
Ayat tunggal jenny Ayat tunggal jenny
Ayat tunggal jenny Oh Jenny
 
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat BahasaKumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat BahasaShamimi Jamudin
 
Menterjemah fungsi ayat
Menterjemah fungsi ayatMenterjemah fungsi ayat
Menterjemah fungsi ayatMaheram Ahmad
 
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologiTugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi640119045499
 
Sintaksis ayat juara
Sintaksis ayat juaraSintaksis ayat juara
Sintaksis ayat juaraAzyda Aziz
 
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docxWan Noryatini Mahmood
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataShizuka Jijie (SBP)
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa namafiro HAR
 

Similar to Sintaksis (20)

Teori huraian bahasa
Teori huraian bahasaTeori huraian bahasa
Teori huraian bahasa
 
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 final
 
Persoalan tentang ayat dasar
Persoalan tentang ayat dasarPersoalan tentang ayat dasar
Persoalan tentang ayat dasar
 
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptxWEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
 
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuAliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
 
Bab 1 (1)
Bab 1 (1)Bab 1 (1)
Bab 1 (1)
 
Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik
 
Ke arah bahasa melayu berkesan
Ke arah bahasa melayu berkesanKe arah bahasa melayu berkesan
Ke arah bahasa melayu berkesan
 
Pintar bahasa 1
Pintar bahasa 1Pintar bahasa 1
Pintar bahasa 1
 
Ayat tunggal jenny
Ayat tunggal jenny Ayat tunggal jenny
Ayat tunggal jenny
 
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat BahasaKumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
 
Menterjemah fungsi ayat
Menterjemah fungsi ayatMenterjemah fungsi ayat
Menterjemah fungsi ayat
 
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologiTugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
 
Sintaksis ayat juara
Sintaksis ayat juaraSintaksis ayat juara
Sintaksis ayat juara
 
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
 
KOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASA
KOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASAKOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASA
KOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASA
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kata
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
 

Sintaksis

  • 1. PRAKATA Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t. yang telah memberi taufik dan hidayah yang melimpah ruah kepada saya sehingga kerja kursus pendek ini dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Kerja kursus pendek ini adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi kefahaman tentang kajian tatabahasa dalam bahasa melayu terutamanya yang melibatkan kajian morfologi dan kajian sintaksis. Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga terutama kepada penyelaras subjek Bahasa Melayu ini iaitu En. Shahariman B. Ahmad yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta teguran yang membina bagi menyiapkan kerja kursus ini dengan sebaik mungkin. Penghargaan ini juga ditujukan kepada kedua ibu dan bapa saya yang telah banyak memberi sokongan serta dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Walaupun mereka tidak terlibat secara langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini, namun mereka telah memberi sumbangan yang sangat besar kepada saya. Segala peralatan dan keperluan untuk menyiapkan tugasan ini telah disediakan oleh kedua ibu dan bapa saya. Sekiranya tiada bantuan daripada mereka, kemungkinana saya akan mengalami kesukaran untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sebaik mungkin. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua pensyarah yang banyak membantu saya sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Selain itu, ucapan ini juga disampaikan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu saya daripada belakang sama ada dalam menyediakan bahan serta membantu memberi sumbangan idea kepada saya. Terima kasih ini juga diberikan kerana mereka telah banyak memberi bimbingan, nasihat dan semangat kepada saya. Terima kasih untuk segala-galanya. ISI KANDUNGAN. Prakata 1.0 Pendahuluan …………………………………………….. 2.0 Bahan daripada DBP ……………………………………. 3.0 Frasa ………………………………………………………. 3.1 : Frasa nama 3.2 : Frasa kerja
  • 2. 3.3 : Frasa adjektif 3.4 : Frasa sendi nama 4.0 Binaan ayat……………………………………………….. 4.1 : Ayat dasar 4.2 : Ayat tunggal 4.3 : Ayat majmuk ( gabungan dan pancangan ) 5.0 Ragam ayat……………………………………………….. 5.1 : Ayat aktif 5.2 : Ayat pasif 6.0 5 jenis ayat ………………………………………………… 1.0 Pendahuluan. Matapelajaran bahasa Melayu merupakan komponen Akademik kursus persediaan bagi semester 2 tahun 2009. Dalam pelajaran ini, ia mengandungi unit yang terdir daripada Pengantar Morfologi , pengantar Sintaksis dan Pengantar Kesusasteraan dan Kesenian Melayu. Kerja kursus pendek bahasa Melayu ini menggunakan unit pengantar Morfologi dan Sintaksis agar pelajar dapat menguasai kemahiran menggunakan kata dengan betul serta mengenal pasti frasa, binaan ayat, ragam ayat, dan jenis ayat dalam bahasa Melayu. Selain itu juga, kerja kursus ini turut dapat melatih saya sebagai guru pelatih untuk lebih berdisiplin dari segi ketepatan menghantar kerja ini kepada pensyarah penyelia bagi subjek bahasa Melayu. Pelajar turut dapat memahami dengan lebih lanjut mengenai cara menggunakan unit-unit pengantar ini. Turut dapat di tingkatkan lagi adalah kefahaman tentang pembentukan kata, bentuk kata serta banyak lagi. Sememangnya, kerja kursus pendek ini sangat memberi impak yang besar terutamanya kepada guru-guru pelatih dalam meningkatkan lagi penguasaan mereka untuk di bawa ke sekolah nanti.
  • 3. Oleh itu, kepetingan memahami tentang unit pengantar ini sangat penting bagi menjelaskan tentang sesuatu frasa atau ayat dengan lebih terperinci dan mendalam. Paling penting ialah untuk menganalisis ayat dengan betul dan tepat. DEFINISI SINTAKSIS Sintaksis merupakan satu bidang atau peringkat susunan binaan yang amat penting dalam apa jua bahasa. Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau kontruksi ayat. Kita juga dapat memahami bidang sintaksis sebagai kajian tentang hokum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. 2.0 Bahan daripada DBP. Hidup modennya hampir serba lengkap. Penuh pengetahuan seperti timbunan buku. Nalurinya sentiasa skeptical. Seorang wanita mandiri dan kadang-kadang konservatif. Ketegasannya dilembutkan oleh aturan tugas. Tajam memerhatikan persekitaran dan tidak canggung berada di tempat umum. Satu caranya untuk lari daripada tekanan – bersiar-siar sendirian menggunakan kenderaan awam. Namun begitu, Barbie, wanita berbulu mata lentik itu,silap membuat keputusan. Kehidupan terlalu pantas. Sekarang Barbie bagaikan terikat dalam kotak kaca. Tiada siapa yang tahu akan penderitaan intelektual Barbie. Penghinaan daripada penonton bahawa dia boneka suruhan amat menusuk keperibadian. Sosaialisasinya ditusuk kecurigaan. Barbie memaklumi ejekan media massa. Dia mengkaji maksud yang dikatakan “melencong” daripada teks berita. Jika laporan berita dilafazkan bertujuan penyampaian agenda tertentu, apakah makna kewujudannya di skrin televisyen saban malam?tidakkah diperalatkan? Barbie meminta cuti seminggu dan bermonolog dengan tangan memegang secawan kopi. Dia duduk dengan gelisah di ruang tamu. Sepatutnya aku tidak muncul di skrin televisyen. Pendongengan berita, benarkah? Apakah semua ini? Apakah bezanya aku dengan dramatis? Aku sedari dari awal lagi, ini bukan kerjaya peribadiku. Terlambat! Tetapi segala-galanya berlaku automatic. Kadang – kadang dia menggigit kuku dan ingin berpura – pura sakit, dan tempatnya akan digantikan oleh orang lain. “jika aku memilih pekerjaan lain selain penyampai berita,masih juga berada dalam lingkungan komunikasi media, pekerjaan seperti apakah yang tidak berlakon? “Barbie mundar – mandir membawa cawan kering.
  • 4. Barbie membuat perkiraan pengacara rancangan kewanitaan, remaja, kecantikan, fesyen atau permainan realiti di televisyen? Itu sama-sama menjengkelkan. Tetapi, beraksi di hadapan kamera! Berskrin juga. Akhir-akhir ini, itulah kesilapan terbesar diakuinya – menjdi orang media. Pertentangan batin yang melanda, terlindung di balik keceriaan palsunya. Sukar juga menjadi orang cantik. Dikaitkan dengan sindrom Marilyn Monroe. Barbie memiliki ijazah penilisan kreatif daripada universiti tempatan. Dia mempelajari kesusasteraan antarabangsa bukan sebagai merit mendapatkan pekerjaan. Pengetahuan kesusasteraannya luas, tetapi gagal ditampung imaginasi kreativiti sendiri. Di laci meja tulis, tersimpan berkeping-keping kertas saiz A4 bertaip langkau dua baris: Naratif berulang-ulang. Penceritaan bertele-tele. Dan lebih banyak memberitahu daripada mempersembahkan, demikian ulasan popular pengkritik sastera. ( 316 patah perkataan ) 2.0 Frasa 2.1 Frasa Nama Definisi frasa nama( FN ) ialah binaan yang dari sudut nahu boleh berdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua konstituen utama ayat-ayat dasar bahasa Melayu terdiri daripada: a) FN + FN b) FN + FK c) FN + FA d) FA + FS Frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan sahaja ataupun beberapa perkataan. Selain konstituen subjek dan konstituen predikat frasa nama, frasa nama juga boleh hadir dalam konstituen objek, iaitu konstituen yang hadir sesudah kata kerja transitif dalam frasa kerja(FK). Contohnya: a) Orang itu memanggil saya. b) Mereka semua melambaikan tangan.
  • 5. Satu lagi tempat yang diduduki oleh frasa nama adalah di bahagian unsur nama dalam frasa sendi nama. Frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsure dalam predikat frasa sendi nama(FS). Contohnya: a) Mereka di Kuala Lumpur. b) Hadiah itu daripada Ahmad. Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada kata nama juga, iaitu kegiatan,aktiviti,tabiat,pekerjaan,perbuatan dan warna. Namun jika dipandang dari sudut kehadirannya,jenis-jenis kata kerja dan kata adjektif dalam ayat juga boleh dianggap sebagai inti subjek frasa nama. Frasa nama pada hakikatnya dibentuk oleh kata nama,tetapi diperingkat kewujudannya inti frasa nama itu dapat juga dibentuk oleh kata kerja dan kata adjektif. 2.2 Frasa kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja inti atau kata kerja inti dengan unsur-unsur lain. Ada lima unsur yang membentuk frasa kerja. Unsur-unsur tersebut ialah: a) Kata kerja inti ( transitif dan tak transitif ) b) Kata bantu ( aspek dan ragam ) c) Objek d) Pelengkap Keterangan unsur-unsur ini disusun dalam rentetan seperti jadual di bawah: Kata bantu Kata kerja inti Transitif dan tak transitif Pelengkap Objek Keterangan Frasa kata kerja terdiri daripada kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. i. Kata kerja transitif Perbuatan dalam kata kerja transitif dilakukan oleh kata nama pelaku dan mengenai kata nama objek. Jadi kata kerja transitif dalam frasa kerja memerlukan satu atau dua kata nama sebagai objek.
  • 6. ii. Kata kerja tak transitif Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Semua katakerja tak transitif ini boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberi maklumat tambahan. 2.3 Frasa Adjektif. Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Kata inti ini merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang dibincangkan ialah yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur keterangan,kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang,kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang, kata adjektif hadir sesudah kata nama. Selain itu juga, frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja, atau deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat, sama ada di hadapan atau di belakangnya. 3.4 Frasa Sendi Nama Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu termasuklah: di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan, bagi, hingga, oleh, dengan, tentang, sampai dan sebagainya. Frasa sendi nama boleh juga, sebagai pilihan, didahului oleh kata bantu. Binaan frasa sendi nama boleh terdiri daripada salah satu binaan yang berikut: 1. Kata sendi nama + Frasa nama 2. Kata sendi nama + Frasa nama arah + Frasa nama 3. Kata sendi nama + ( kata nama arah ) + Frasa nama + ( frasa keterangan ). 4.0 Binaan Ayat 4.1 Ayat dasar
  • 7. Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat yang lain dalam sesuatu bahasa. Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi binaan dan susunannya, dan dari segi panjang pendeknya dalam suatu bahasa, namun jika dikaji asas binaanya maka semua ayat itu boleh dikesan rangka dasarnya sebagai berasal daripada beberapa pola tertentu. Pola-pola rangka ayat itulah yang disebut pola ayat dasar bagi sesuatu bahasa. Daripada pola-pola ayat tersenut,terbit ayat yang lain sama ada ayat tunggal, ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang. Ayat dasar terbahagi kepada empat pola iaitu: Pola 1 : Frasa nama + Frasa nama ( FN + FN ) Pola 2 : Frasa nama + Frasa kerja ( FN + FK ) Pola 3 : Frasa nama + Frasa adjektif ( FN + FA ) Pola 4 : Frasa nama + Frasa sendi nama ( FN + FS ) 4.2 Ayat Tunggal Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada satu klausa sahaja, iaitu mengandungi satu konstituen subjek dan predikat. Ayat tunggal juga terbit daripada ayat dasar. Ayat tunggal terbina daripada dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Misalnya, dalam ayat Ali berjalan kaki, Ali ialah subjek kerana menjadi bahagian ayat yang diterangkan manakala berjalan kaki pula merupakan predikat yang menjadi bahagian ayat yang menerangkan subjek tersebut. Subjek ayat dasar terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada salah satu unsur yang berikut: · Kata nama · Kata ganti nama · Kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama · Kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama. 4.3 Ayat majmuk ( Gabungan dan Pancangan )
  • 8. Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikan ayat baharu. Ayat majmuk boleh dikategorikan kepada tiga jenis yang utama iaitu: 1. Ayat majmuk gabungan 2. Ayat majmuk pancangan 3. Ayat majmuk campuran 4.3.1 Ayat Majmuk Gabungan Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya. Ayat-ayat yang disambungkan itu setara sifatnya, iaitu ayat- ayat itu sama taraf dan boleh berdiri sendiri. Hubungan antara satu ayat dengan ayat lain wujud oleh sebab ayat-ayat tersebut disusun berturut-turut. Ayat-ayat ini boleh juga disambungkan tanpa kata hubung. Apabila ini berlaku,nada suara berfungsi sebagai penanda. 4.3.2 Ayat Majmuk Pancangan Dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk. Selain itu, terdapat juga beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan dalam bahasa Melayu yang ditentukan oleh cara pembentukannya dan jenis ayat yang dipancangkan iaitu: i. Ayat relatif ii. Ayat komplemen iii. Ayat keterangan 5.0 Ragam ayat 5.1 Ayat aktif Pada dasarnya,ayat aktif mempunyai susunan yang lazim. Contohnya; Ali sedang membaca buku , Ali merupakan subjek bagi ayat ini dan perkataan Ali ditegaskan dalam penggunaan ayat aktif.
  • 9. 5.2 Ayat Pasif Ayat pasif pula merupakan ayat yang susunannya telah disongsangkan. Ayat pasif kebanyakannya digunakan dalam kehidupan seharian kita. Pembentukan ayat pasif adalah untuk memberi penegasan kepada objek. Dalam ayat pasif, penegasan banyak diberikan kepada objek, contohnya; buku dibaca oleh Ali. Perkataan buku ialah objek dan ianya ditegaskan dalam penggunaan ayat pasif. Dalam ayat pasif terdapat beberapa kategorinya iaitu: i. Ayat pasif orang pertama ii. Ayat pasif orang kedua iii. Ayat pasif orang ketiga 6.0 Huraian Sintaksis dalam Ayat. 1. Hidup modennya hampir serba lengkap. Merupakan frasa nama dalam konstituen FN + FA iaitu frasa nama serta frasa adjektif. Frasa nama ialah hidup modennya manakala frasa adjektif ialah lengkap. Ayat ini merupakan ayat tunggal yang terdiri daripada subjek dan predikat iaitu Subjek ialah hidup modennyadan predikat pula hampir serba lengkap. 2. Nalurinya sentiasa skeptikal. Jenis ayat tunggal yang terdiri daripada subjek dan predikat. Subjek: nalurinya, manakala predikat : sentiasa skeptical. Subjek bagi ayat ini merupakan kata nama terbitan iaitu nalurinya “naluri”. Merupakan ayat frasa nama dalam pola FN + FA. Frasa nama ialah nalurinya manakala frasa adjektif ialah skeptikal iaitu merupakan kata sifat dalam ayat ini. 3. Seorang wanita mandiri dan kadang-kadang konservatif. Merupakan ayat majmuk gabungan yang dibentuk menggunakan kata hubung -dan- . Ayat majmuk ini terdiri daripada cantuman dua ayat tunggal. Ayat tunggal itu ialah, ayatpertama;seorang wanita mandiri dan ayat kedua ialah seorang wanita yang kadang-kadang konservatif. Selain itu, ayat ini juga terdiri daripada subjek dan predikat iaitu: seorang wanita ialah subjek dan predikat pula ialah dan kadang-kadang konservatif 4. Ketegasannya dilembutkan oleh aturan tugas.
  • 10. Merupakan ayat tunggal yang terdiri daripada subjek dan predikat. Subjek ayat ini ialah ketegasannya manakala predikat ialah dilembutkan oleh aturan tugas. Selain itu, ayat ini merupakan kategori frasa nama dalam pola FN + FK. Frasa nama ialah ketegasannya manakala dilembutkan ialah frasa kerja dan di lengkapkan dengan kata objek iaitu aturan tugas. 5. Tajam memerhatikan persekitaran dan tidak canggung berada di tempat umum. Ayat ini merupakan ayat majmuk gabungan yang dibentuk menggunakan kata hubung -dan-. Selaian itu, ayat majmuk ini terdiri daripada cantuman dua ayat tunggal. Ayat tunggal itu ialah ayat pertama Tajam memerhatikan persekitaran manakala ayat kedua pula ialah Tidak canggung berada di tempat umum 6. Barbie memaklumi ejekan media massa. Ayat tunggal yang terdiri daripada subjek dan predikat. Subjek dalam ayat ini ialah Barbie manakala predikat yang memaklumi ejekan media massa. Merupakan frasa nama dalam kategori FN + FK. Ini kerana subjek iaitu Barbie merupakan kata nama dan ejekan ialah kata kerja yang dituriti dengan objek iaitu media massa. Ayat ini merupakan ayat aktif di mana subjek ditegaskan iaitu Barbie. 7. Barbie meminta cuti seminggu dan bermonolog dengan tangan memegang secawan kopi. Ayat ini terdiri daripada subjek dan predikat. Subjek ialah Barbie manakala Predikat pula meminta cuti seminggu dan bermonolog dengan tangan memegang secawan kopi. Selain itu,ayat ini juga merupakan ayat majmuk gabungan yang menggabungkan dua ayat tunggal dan dihubungkan menggunakan kata hubung „dan‟. Ayat tunggal yang pertama ialah Barbie meminta cuti seminggu dan ayat tunggal yang kedua ialah Barbie bermonolog dengan tangan memegang secawan kopi 8. Dia duduk dengan gelisah di ruang tamu. Merupakan ayat tunggal yang terdiri daripada subjek dan predikat. Subjek dalam ayat ini; dia manakala predikat bagi ayat ini ialah duduk dengan resah. Ayat ini juga merupakan ayat dasar. Ayat dasar ini daripada konstituen FN + FK. Frasa nama bagi ayat ini ialah dia manakala kata kerja ialah gelisah dan frasa objek pula ialah ruang tamu. Merupakan ayat aktif kerana subjeknya ditegaskan dalam ayat ini. Juga merupakan ayat majmuk pancangan dengan kata hubung dengan. Ayat dasar yang pertama ialah dia duduk di ruang tamu. Ayat dasar yang kedua pula ialah dia gelisah di ruang tamu.
  • 11. 9. Kadang – kadang dia menggigit kuku dan ingin berpura – pura sakit, dan tempatnya akan digantikan oleh orang lain. Merupakan ayat majmuk gabungan yang dibentuk menggunakan kata hubung -dan-. Ayat majmuk ini terdiri daripada cantuman dua atau lebih ayat tunggal. Ayat tunggal itu ialah: ayat pertama ialah Kadang-kadang dia menggigit kuku, ayat tuggal yang kedua pula dia ingin berpura-pura sakit dan ayat tunggal akhir sekali ialah tempatnya akan digantikan oleh orang lain. 10. Dia mempelajari kesusasteraan antarabangsa bukan sebagai merit mendapatkan pekerjaan. Ayat tunggal yang mempunyai subjek dan predikat. Subjek ayat ini ialah dia dan ayat predikat pula mempelajari kesusateraan antarabangsa bukan sebagai merit mendapat pekerjaan. Ayat ini juga terdiri daripada ayat naïf iaitu menggunakan perkataan „bukan‟. 11. Pengetahuan kesusasteraannya luas, tetapi gagal ditampung imaginasi kreativiti sendiri. Ayat tunggal yang mempunyai subjek dan predikat. Subjek ayat ini ialah pengetahuan kesusasteraanya. Predikat pula ialah luas,tetapi gagal ditampung imaginasi kreativiti sendiri. Merupakan ayat majmuk gabungan yang dibentuk menggunakan kata hubung -tetapi-. Ayat majmuk ini terdiri daripada cantuman dua ayat tunggal. Ayat tunggal itu ialah: ayat pertama pengetahuan kesusasteraanya luas manakala yat kedua ialah gagal ditampung imaginasi kreativiti sendiri. Ayat pasif digunakan dalam ayat ini kerana ianya menekankan frasa objek. Manakala subjek tidak ditekankan. Sepatutnya ayat aktifnya ialah imaginasi kreatifnya sendiri tidak dapat ditampung walaupun mempunyai pengetahuan kesusasteraan yang luas. 6.0 Kesimpulan. Kesimpulannya, kajian tentang sintaksis ini adalah merupakan suatu kajian yang melibatkan sesuatu bidang atau peringkat susunan binaan yang amat penting dalam apa jua bahasa. Sintaksis juga banyak mengkaji tentang struktur sesuatu ayat sama ada melalui penggunaan frasa di dalam ayatnya ataupun mengkaji tentang ragam serta jenis ayat itu sendiri. Selain itu juga, kajian sintaksis inni dapat mengelaskan sesuatu ayat itu kepada beberapa bahagian yang lebih khusus sehinggan kepada terbentuk semula ayat dasar. Daripada kerja kursus pendek yang telah dijalankan mengenai kajian sintaksis ini, saya dapat memantapkan lagi kefahaman serta kebolehan dalam menguasai kemahiran tentang bahasa. Ini juga dapat melenngkapkan diri saya untuk menguasai lebih banyak lagi komponen bahasa yang lain. Seterusnya, saya juga dapat menghuraikan ayat-ayat petikan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka berdasarkan kajian sintaksis yang telah saya pelajari.
  • 12. 7.0 Lampiran. muka surat hadapan majalah Dewan Bahasa dan Pustaka. 8.0 bibliografi. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim HJ. Musa dan Abdul Hamid Mohamad. ( 2004) Tatabahasa Dewan. Edisi Terbaru. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan. ( 1993 ). Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Sulaiman Masri , Ahmad Khair Mohd Nor . ( 2006 ). Tatabahasa Melayu : Mesra Pengguna edisi baharu. Selangor Darul Ehsan. Prof. Abdullah Hassan . ( 2002 ). Tatabahasa bahasa Melayu, ( morfologi dan Sintaksis ) untuk guru dan pelajar . Kuala Lumpur.