SlideShare a Scribd company logo
1 of 39
MORFOLOGI BAHASA MELAYU   HBML4603


Penghargaan




Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya, saya dapat menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna.

Saya ini mengucapkan jutaan terima kasih yang juga penghargaan khusus buat En.
Zaidi B. Azhari kerana segala tunjuk ajar serta membimbing saya dalam menyiapkan
tugasan ini.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan PISMK -OUM
Pengajian Melayu yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Penghargaan juga kepada orang yang terlibat secara langsung atau tidak dalam
menjayakan tugasan ini.

Akhir sekali, penghargaan istimewa buat ibu bapa saya yang banyak memberi
galakan dan sokongan agar memastikan saya berjaya dalam pelajaran.

Semoga mereka semua mendapat balasan yang setimpal daripada Yang Maha Esa.

Sekian, terima kasih.




                                                                               1
MORFOLOGI BAHASA MELAYU     HBML4603


Pengenalan



Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolongan kata.

-   Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang
    menjadi unit bahasa yang bermakna.
-   Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil
    daripada proses pengimbuhan, pemajmukkan dan penggandaan.
-   Penggolongan     kata     ialah   proses   menjeniskan     perkataan   berdasarkan
    keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota dala kumpulan atau golongan
    yang sama.


Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dikenali sebagai morfem.
Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi dalam gramatis atau yang
menjalankan tugas nahu. Sesuatu perkataan itu dibentuk dari satu morfem atau
lebih. Contoh :

                     ‘saya’               1 morfem :   saya

                     ‘berpeluh’           2 morfem :   ber+peluh

                     ‘berkakikan”         3 morfem :   ber+kaki+kan




Morfem boleh bersifat bebas (boleh wujud bersendirian) atau terikat (hanya wujud
bersama-sama morfem lain). Contoh :

-   Morfem bebas – ‘saya’
-   Morfem terikat – ‘ber’ dan ‘kan’, hanya boleh wujud dengan kata dasar bagi
    membentuk perkataan seperti ‘berkakikan’


Perkataan ditakrifkan sebagai satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna.
Ia terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Tegasnya,
perkataan ialah bentuk bebas yang boleh berdiri sendiri, contohnya ialah kerusi,
dapur dan meja.

                                                                                     2
MORFOLOGI BAHASA MELAYU        HBML4603




Perbezaan antara perkataan dan morfem terletak pada sifat bebasnya. Ada morfem
yang bersifat bebas dan ada yang bersifat terikat tetapi semua perkataan bersifat
bebas, yakni dapat berdiri sendiri. Jelas di sini bahawa perkataan-perkataan terdiri
daripada morfem tetapi tidak semua morfem itu perkataan.




Konsep Morfologi



                                    1. Konsep



               Morfem                                           Perkataan


      Bebas             Terikat                        Akar                 Dasar


                                  2. Bentuk Kata




       Tunggal               Terbitan                  Majmuk                 Ganda



                              3. Proses Pembentukan Kata




              Pengimbuhan                 Pemajmukan                Penggandaaan



                                        4. Golongan Kata




     Kata Nama              Kata Kerja              Kata Adjektif           Kata Tugas




                                                                                             3
MORFOLOGI BAHASA MELAYU       HBML4603


Soalan Tugasan

Terdapat pelbagai jenis bahan bercetak di pasaran. Dalam bahan-bahan tersebut
terdapat pelbagai kesilapan bahasa sama ada daripada aspek ejaan, kosa kata,
penggunaan kata dan penggolongan kata. Sebagai pendidik anda harus bijak
memilih bahan bacaan yang sesuai dan betul dari aspek tatabahasa untuk
digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.




   a) Pilih satu petikan yang panjangnya antara 450 hingga 500 perkataan. Sila
      buat analisis penggolongan kata bahasa Melayu dalam petikan tersebut.
      Senaraikan golongan kata dalam bentuk jadual. Anda diminta membuat
      rumusan ringkas antara 200 patah perkataan hasil dapatan analisis.



Dalam bahasa Melayu terdapat empat proses pembentukan kata iaitu pengimbuhan,
pemajmukan, penggandaan dan pengakroniman.




   a) Huraikan setiap proses di atas dalam bentuk grafik dan serta contoh- contoh
      yang sesuai.



   b) Membina brosur yang bertemakan Cintai Bahasa Kita dengan menggunakan
      bahasa yang betul, ringkas, tepat, dan jelas serta persembahan yang
      menarik.




                                                                                  4
MORFOLOGI BAHASA MELAYU       HBML4603


Soalan 1




  a) Pilih satu petikan yang panjangnya antara 450 hingga 500 perkataan. Sila
     buat analisis penggolongan kata bahasa Melayu dalam petikan tersebut.
     Senaraikan golongan kata dalam bentuk jadual. Anda diminta membuat
     rumusan ringkas antara 200 patah perkataan hasil dapatan analisis.




                                                                                 5
MORFOLOGI BAHASA MELAYU   HBML4603


Hang Tuah Berbangsa Cina
oleh : Shahabudeen Jalil


Ramai di kalangan anggota masyarakat kita terutamanya orang-orang Melayu
menganggap Hang Tuah adalah legenda pahlawan Melayu. Pada hakikat
sebenarnya Hang Tuah bukanlah dari keturunan Melayu sebagaimana yang
disangka. Itulah yang bakal dihuraikan dalam artikel ini.

Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu dengan
kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yang dibangga-
banggakan. Hang Tuah sebenarnya telah diMelayukan untuk tujuan kemegahan
semacam bentuk yang tercatat pada Robin Hood.

Di dalam bilik-bilik darjah, dewan-dewan kuliah atau seminar bermotifkan sejarah
atau kajian sejarah hanya membincangkan tentang kepahlawanan, kebijaksanaan
serta kesetiaan Hang Tuah. Kisah Hang Tuah yang diagung-agungkan ini telah
menenggelamkan keadaan sebenar tentang asal keturunannya.

Di kalangan masyarakat Melayu dewasa ini telah timbul semacam keraguan tentang
pahlawan mereka ini, apabila penghormatan kepada pahlawan mereka mula
dipersendakan dengan reaksi-reaksi melampau seperti kelihatan dalam filem Hang
Tuah.

Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah
menghasilkan satu penyelidikan dijalankan terhadap asal usul keturunan secara
hipotesis. Jika pepatah Melayu sendiri telah mengatakan ‘bahasa jiwa bangsa’ dan
‘manusia mati meninggalkan nama’ . Bagaimana pula kita hendak menafikan
kenyataan ‘nama menunjukkan bangsa’. Bahasa ‘nama’ merupakan identifikasi yang
cukup jelas untuk mengetahui jenis sesuatu bangsa itu.

Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat
disandarkan pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis telah dijalankan
dengan bersandarkan kepada ‘nama’ manusia untuk memperoleh jawapan tentang
asal-usul Hang Tuah sebenarnya.




                                                                                  6
MORFOLOGI BAHASA MELAYU   HBML4603


Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan
Melayu Melaka, tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi,
Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yang bermula dengan
‘Hang’. Sejarah juga telah mencatatkan nama-nama dari bangsa Cina yang bermula
dengan Hang, Tan, Maa dan Lee. Ia bergantung kepada suku kaum atau asal-usul
keturunan mereka dari wilayah tertentu dari China. Kemungkinan untuk mendakwa
bahawa gelaran ‘Hang’ telah dianugerahkan oleh Raja – Raja Melayu juga tiada
asasnya.

Mengikut kertas kerja yang dihasilkan oleh Mohd. Yunus Ibrahim dari Jabatan
Sejarah UKM dengan tajuk ‘Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan,’ cuma
menyatakan bahawa sesuatu penghormatan, ketaatan atau kedudukan adalah diberi
gelaran seperti Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Shahbandar
dan Mandulika.

Mengikut buku ‘Sejarah Melayu’ edisi W.G. Shellabear penerbitan Malaya Publishing
House Ltd. Singapore halaman 123-131, menyatakan tentang Tun Perpatih Putih,
iaitu utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China telah membawa balik bersamanya
seramai 500 orang dayang serta Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan
telah berkahwin dengan puteri dari China ini dan telah menghasilkan anak bernama
Paduka Mamat.

Perkara yang menarik dari edisi W.G. Shellabear ini ialah munculnya nama puteri
Hang Li Po. Hasil perkahwinan ‘campur’ antara puteri Hang Li Po dengan Sultan
Mansur Shah, telah dikurniakan seorang putera dan telah diberi nama Paduka
Mamat. Nama Paduka Mamat adalah nama Melayu dan tidak pula berlaku nama
‘Paduka Hang Mamat’ sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po, contohnya.
Sejarah telah membuktikan bahawa nama-nama dari keturunan Cina biasanya
bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee bergantung kepada suku kaum mereka
dan dari wilayah tertentu asal mereka.

Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah
berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang
Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew.
Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau keturunan Cina, biasanya

                                                                                7
MORFOLOGI BAHASA MELAYU   HBML4603


cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang Kasturi pula diragui kerana 4 suku
kata walaupun ia bermula dengan perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada
berbaur loghat bahasa Melayu.

Terdapat 3 andaian hasil kajian secara hipotesis yang dijalankan.

Pertama : Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak
cucu dari rombongan puteri Hang Li Po.

Kedua : Nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh 4
orang rakan karibnya yang berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yang
kekal.

Ketiga : Mungkin nama Cina sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh masyarakat
tempatan. Oleh itu mereka telah memberikannya nama baru mengikut loghat orang
Melayu tempatan dan nama ini telah diterima dengan baik oleh beliau.

Perkara lain yang menarik ialah petikan kertas kerja Ong Hak Ching. Jabatan
Sejarah UKM ada mengatakan bahawa Sultan Mansur Shah telah memberikan
tempat kediaman di Bukit Cina kepada puteri Hang Li Po serta 500 orang dayang-
dayangnya. Anak-anak cucu mereka digelar ‘biduanda Cina’ juga bermakna
golongan yang dilindungi. Sama ada yang sudah memeluk Islam atau masih
memeluk agama asal mereka.

Terdapat 3 andaian secara hipotesis mengenai hal ini.

Pertama : Tidak kesemua dari anggota rombongan puteri Hang Li Po yang memeluk
agama Islam.

Kedua : Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew, adalah
keturunan dari rombongan puteri Hang Li Po.

Ketiga : Keempat-empat sahabat ini kemudiannya telah memeluk agama Islam
tetapi mengekalkan sebutan nama mengikut loghat bahasa Melayu atas sebab-
sebab tertentu, seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu.




                                                                                 8
MORFOLOGI BAHASA MELAYU      HBML4603


Hal yang lebih lanjut mengenai Hang Kasturi. Telah timbul percanggahan pendapat
sejak dahulu lagi, sepertimana kajian secara hipotesis ini meragukan tentang nama
sebenar Hang Kasturi. Percanggahan pendapat ini berlaku antara pengarang
‘Sejarah Melayu’ dan pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ mengenai siapa sebenarnya
telah menderhaka kepada Sultan Melaka. Pengarang Sejarah Melayu menuduh
Hang Kasturi manakala pengarang Hikayat Hang Tuah Pula menuduh Hang Jebat.

Pertama :Tersirat sesuatu hal yang unik dan tersembunyi tentang kedua-dua tokoh
pahlawan ini sehingga tidak ada satu kata sepakat di kalangan kedua pengarang
serta pakar sejarah lampau.

Kedua : Pengarang ‘Sejarah Melayu’ telah menggunakan bahan dalam penulisannya
secara mengambil pendapat lisan dan tiada ada satu penyelidikan terperinci, kerana
ia menyentuh kisah-kisah yang terlalu luas serta hal-hal yang menyeluruh.

Ketiga : Pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ adalah lebih formal kerana menggunakan
semacam bentuk kajian sehingga dapat menggariskan hal-hal peribadi Hang Tuah
secara lebih detail.

Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat Hang Tuah
mempunyai banyak kelebihan dan penulisannya tentang hal Hang Jebat yang telah
menderhaka kepada Sultan, adalah diterima mengikut hukum asal. Rumusan
daripada kajian yang dijalankan telah menghasilkan penemuan baru yang
melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu. Mengikut
kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan yang telah diMelayukan demi
untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang Melayu. Kita lihat bagaimana
hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah.

Hang Tuah adalah anak cucu kepada keturunan rombongan puteri Hang Li Po yang
datang ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Nama sebenar Hang Tuah ialah
Hang Too Ah. Tetapi bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah apabila pahlawan
ini memeluk agama Islam dan berkhidmat kepada Sultan Melaka.Pengislaman Hang
Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker
dan Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat baik ini juga bergaul rapat dengan



                                                                                   9
MORFOLOGI BAHASA MELAYU   HBML4603


Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka yang berbangsa Melayu. Mereka juga menggelar
Kasturi dengan gelaran Hang Kasturi sebagai tanda satu persahabatan yang abadi.

Kelima-lima sahabat ini mula masyhur di kalangan istana apabila mereka
menyelamatkan Bendahara dari serangan orang mengamuk. Mereka berlima
kemudiannya memeluk agama Islam. Nama-nama mereka mengikut loghat Melayu
telah tersebar dengan cepat dan meluas sama ada di kalangan istana atau orang-
orang Melaka ketika itu termasuk nama Hang Kasturi.

Tiada bantahan yang pernah dibuat ketika itu kerana masyarakat Melayu zaman itu
telah pun menganggap anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po sama seperti
saudara Melayu mereka. Demikianlah serba ringkas kisah Hang Tuah yang berasal
daripada keturunan puteri Hang Li Po dari kajian hipotesis ini.

Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang
pahlawan legenda yang selama ini mereka bangga-banggakan. Walaupun demikian
orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan.
Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada
Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati.




                                                                                10
MORFOLOGI BAHASA MELAYU   HBML4603




Analisis golongan kata

berdasarkan petikan teks




                                              11
MORFOLOGI BAHASA MELAYU   HBML4603


GOLONGAN KATA
Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan
bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama.

Dalam Bahasa Melayu ada empat bentuk golongan kata :

      Kata Nama
      Kata Kerja
      Kata Adjektif / Sifat
      Kata Tugas




                                       Golongan Kata




        Kata Nama             Kata Kerja         Kata Adjektif      Kata Tugas




Kata Nama
Kata nama menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama
perkara. Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi
binaan frasa dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda
atau konsep.

Kata nama boleh dikelompokkan kepada tiga jenis :

      Kata Nama Am
      Kata Nama Khas
      Kata Ganti Nama



                                                                                 12
MORFOLOGI BAHASA MELAYU   HBML4603


Kata Nama Am

Kata nama yang merujuk kepada benda-benda atau perkara yang umum sifatnya.
Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan – kumpulan kecil berdasarkan
ciri makna perkataannya, iaitu :

             Hidup atau tak hidup
             Manusia atau bukan manusia
             Institusi atau bukan institusi
             Konkrit atau abstrak
             Berbilang atau tak berbilang




Asraf (2007) menjelaskan bahawa kata nama am boleh digunakan untuk :

      Sesuatu yang bernyawa seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan
      Sesuatu yang tidak bernyawa atau tidak hidup, iaitu benda, tempat dan
      sebagainya.

Bagi tujuan analisis, kata nama am hanya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :

      Hidup (manusia dan bukan manusia)
      Tak hidup ( Institusi, bukan institusi, konkrit, abstrak, berbilang, dan tak
      berbilang)




                                                                               13
MORFOLOGI BAHASA MELAYU   HBML4603


                     Analisis penggolongan kata berdasarkan teks

          Kata nama am                                  Contoh
Kata nama am hidup                       Orang-orang Melayu
                                         Pahlawan
                                         Bangsa
                                         Manusia
                                         Raja-raja
                                         Bendahara
                                         Paduka Raja
                                         Termengung
                                         Laksamana
                                         Syahbandar
                                         Mandulika
                                         Dayang
                                         Puteri
                                         Anak
                                         Putera
                                         Cucu
                                         Rakan
                                         Pengarang
                                         Sultan

Kata nama am tak hidup                   Bilik darjah
                                         Dewan kuliah
                                         Seminar
                                         Wilayah
                                         Kaum
                                         Buku
                                         Agama
                                         Istana
                                         Bahasa



                                                                            14
MORFOLOGI BAHASA MELAYU   HBML4603


Kata Nama Khas

Kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya
berpangkalkan huruf besar. Ia terbahagi kepada tiga :

       Kata nama khas hidup manusia
       Kata nama khas hidup bukan manusia
       Kata nama khas tak hidup



           Kata nama khas                               Contoh
Kata Nama Khas Hidup Manusia.                  Hang Tuah
                                               Hang Jebat
                                               Hang Lekir
                                               Hang Kasturi
                                               Hang Lekiu
                                               Robin Hood
                                               Mohd Yunus Ibrahim
                                               W.G. Shellabear
                                               Tun Pepatih Putih
                                               Sultan Mansur Shah
                                               Puteri Hang Li Po
                                               Paduka Mamat
                                               Ong Hak Ching
                                               Hang Too Ah
                                               Hang Jee Fatt
                                               Hang Lee Kiew
                                               Hang Lee Ker
                                               Biduanda Cina
                                               Sultan Melaka

Kata   Nama     Khas    Hidup     Bukan        (tiada dalam teks)
Manusia



                                                                               15
MORFOLOGI BAHASA MELAYU   HBML4603


Kata Nama Khas Tidak Hidup.                      Bukit Cina
                                                 Jabatan Sejarah UKM
                                                 Sejarah Melayu
                                                 Malaya Publishing
                                                 China
                                                 Loghat Cina
                                                  Melayu
                                                 Loghat bahasa Melayu
                                                 Islam
                                                 Hikayat Hang Tuah




Kata Ganti Nama

Kata ganti nama terbahagi kepada :

         i)     Kata ganti nama tunjuk ialah kata ganti nama yang berfungsi
                menunjuk pada sesuatu perkara atau benda. Terdapat hanya dua
                kata ganti nama tunjuk, iaitu itu untuk menunjuk pada yang jauh,
                dan ini untuk menunjuk pada yang dekat.




       Kata ganti nama tunjuk              Ini
                                           Itu




         ii)    Kata ganti nama diri ialah kata nama yang menjadi pengganti
                sesuatu benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama diri
                terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu:




                                                                                 16
MORFOLOGI BAHASA MELAYU   HBML4603


                       Kata ganti nama diri tanya – jenis kata yang berfungsi
                       menanyakan hal benda, perkara atau manusia. Terdapat tiga
                       bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk
                       orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana
                       yang merujuk benda dan orang.



Kata ganti nama diri tanya               (tiada dalam teks)




                       Kata ganti nama diri orang – jenis ganti nama yang merujuk
                       kepada manusia yang terdiri daripada tiga kategori iaitu
                       orang pertama, orang kedua dan orang ketiga.

     Kata ganti nama diri orang                         Contoh
Pertama                                    Kita

Kedua                                   (tiada dalam teks)
Ketiga                                     Mereka
                                           Beliau
                                           -nya
                                           ia




                                                                                17
MORFOLOGI BAHASA MELAYU      HBML4603


Kata Kerja
Kata kerja berperanan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau sesuatu
keadaan. Kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kata kerja
transitif dan kata kerja tak transitif.

Kata kerja transitif iaitu kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, yang
disebut objek. Kata kerja transitif juga dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja
transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja
yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran –kan atau i-. Kata kerja
transitif pasif pula ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau
perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.




           Kata kerja transitif                              Contoh
Aktif                                           Mengikut
                                                Membawa
                                                Memeluk
                                                Menuduh
                                                Menderhaka
                                                Menggelar
                                                Menganggap
                                                Menghasilkan
                                                Mengekalkan
                                                Menggariskan
                                                Menggunakan
                                                Memberikan
                                                Membuktikan
                                                Mempengaruhi
                                                Menyelamatkan


Pasif                                           Dianugerahkan
                                                Dilindungi



                                                                                        18
MORFOLOGI BAHASA MELAYU   HBML4603


Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek
sesudahnya. Namun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh
pelengkap, sementara yang lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap. Oleh itu kata
kerja tak transitif dapat dipecahkan kepada dua subgolongan, iaitu kata kerja tak
transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.




        Kata kerja tak transitif                           Contoh
Berpelengkap                                  Mengikut
                                              Menghasilkan
                                              Membawa
                                              Memberikan
                                              Memeluk
                                              Mengekalkan
                                              Menuduh
                                              Menggunakan
                                              Menggariskan
                                              Membuktikan
                                              Mempengaruhi
                                              Menggelar
                                              Menyelamatkan
                                              Menganggap
                                              Disandarkan
                                              Dijalankan
                                              Diberi
                                              Menyentuh


Tak berpelengkap                              Berkahwin
                                              Berkhidmat
                                              Mengamuk
                                              Menderhaka




                                                                                  19
MORFOLOGI BAHASA MELAYU    HBML4603


Kata Adjektif

Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan
frasa adjektif. Ia boleh dikenal pasti dan dibezakan dari kata nama atau kata kerja
dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Kata sifat
menceritakan sifat benda (kata nama) dan sifat perbuatan (kata kerja). Kata sifat
dalam Bahasa Melayu dibahagikan kepada sembilan berdasarkan kriteria makna.

             Kata adjektif                              Contoh
Kata adjektif sifat/ keadaan                Kebijaksanaan
                                            Kesetiaan
                                            Ketaatan
                                            Baik
                                            Menderhaka
                                            Masyhur

Kata adjektif warna                     (tiada dalam teks)
Kata adjektif ukuran                        Luas

Kata adjektif bentuk                    (tiada dalam teks)
Kata adjektif pancaindera               (tiada dalam teks)
Kata adjektif waktu                     (tiada dalam teks)
Kata adjektif cara                             Rapat
                                               Sukar
                                               Cepat

Kata adjektif perasaan                      Terkeliru
                                            Tertipu
                                            Kemegahan
                                            Dibangga-bangga
                                            Keraguan
                                            Bangga

Kata adjektif arah                      (tiada dalam teks)


                                                                                 20
MORFOLOGI BAHASA MELAYU    HBML4603


Kata Tugas

Kata tugas ialah perkataan yang tergolong ke dalam golongan kata yang bersifat
pelbagai jenis atau heterogen, iaitu tidak boleh menjadi unsur bagi frasa-frasa
endosentrik : frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Kata-kata tugas hadir dalam
ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama
ada sebagai penghubung, penerang, penentu,penguat, pendepan, pembantu,
penegas, penafi, pembenar, pemeri, atau tugas-tugas lain.

      Maka kata tugas dapat dikategorikan kepada jenis-jenis berikut :

          1. Kata hubung
          2. Kata seru
          3. Kata tanya
          4. Kata perintah
          5. Kata pangkal ayat
          6. Kata bantu
          7. Kata penguat
          8. Kata penegas
          9. Kata nafi
          10. Kata pemeri
          11. Kata sendi nama
          12. Kata arah
          13. Kata bilangan
          14. Kata adverba
          15. Kata pembenar
          16. Kata penekan
          17. Kata pembenda




                                                                                   21
MORFOLOGI BAHASA MELAYU   HBML4603


Untuk memudahkan analisis petikan ini atau penghuraian bagi teks petikan, kata
tugas boleh dikelompokkan kepada 4 kelompok iaitu:

      Kata penyambung ayat
         o Kata hubung gabungan
         o Kata hubung pancangan
                  Keterangan
                  Komplemen
                  Relatif
      Kata praklausa
         o Kata seru
         o Kata tanya
         o Kata perintah
         o Kata pembenar
         o Kata pangkal ayat
      Kata prafrasa dan pascafrasa
         o Kata bantu
         o Kata penguat
         o Kata penegas
         o Kata nafi
         o Kata pemeri
         o Kata sendi nama
         o Kata arah
         o Kata bilangan
         o Kata adverba
      Kata pascakata
         o Kata penekan
         o Kata pembenda




                                                                             22
MORFOLOGI BAHASA MELAYU   HBML4603


                 Kata tugas                Contoh
Kata penyambung ayat

-kata hubung gabungan         Atau
                              Dan
                              Tetapi
                              Kemudian




-kata hubung pancangan           Untuk
                                 Semasa
      -keterangan                Kerana
                                 Walaupun
                                 Apabila



      -komplemen
                                 Bahawa



      -relatif
                                 Yang

Kata praklausa

-kata seru

-kata tanya                      Tiada dalam petikan

-kata perintah

-kata pembenar

-kata pangkal ayat




                                                                23
MORFOLOGI BAHASA MELAYU    HBML4603


                Kata tugas             Contoh
Kata prafrasa

-kata bantu                  Telah (kata bantu)
                             Di
-kata penguat
                             Ke

-kata penegas                Dari
                             Kepada
-kata nafi                   Pada             kata sendi nama
                             Tentang
-kata pemeri
                             Dengan
-kata sendi nama             Antara
                             Oleh
-kata arah
                             Atas ( kata arah)

-kata bilangan               Ramai
                             Semua         kata bilangan
-kata adverba                Banyak
                             Adalah ( kata pemeri)
                             Bukan (kata nafi)

Kata pascakata

-kata penekan                Terutamanya
                             Sebenarnya
-kata pembenda
                             Ringkasnya              penekan
                             Biasanya
                             Contohnya
                             Memberikannya
                             Namanya
                             Asasnya
                             Bersamanya              pembenda
                             Dayang-dayangnya
                             Rakan karibnya


                                                                24
MORFOLOGI BAHASA MELAYU   HBML4603


Soalan 2


Dalam bahasa Melayu terdapat empat proses pembentukan kata iaitu pengimbuhan,
pemajmukan, penggandaan dan pengakroniman.




   a) Huraikan setiap proses di atas dalam bentuk grafik dan serta contoh- contoh
      yang sesuai.




                                                                              25
MORFOLOGI BAHASA MELAYU     HBML4603


Proses pembentukan kata

Proses pembentukan kata terdiri daripada jenis-jenis berikut :

          Bentuk kata tunggal
          Bentuk kata terbitan
          Bentuk kata majmuk
          Bentuk kata ganda




                                               Bentuk Kata




               Tunggal              Terbitan                 Majmuk              Ganda




Berdasarkan soalan yang diberikan, hanya jenis-jenis berikut sahaja yang perlu
dihuraikan setiap prosesnya dalam bentuk grafik dan disertakan dengan contohnya,
iaitu :

          Pengimbuhan
          Pemajmukan
          Penggandaan
          Pengakroniman



                                      Proses Pembentukan Kata




           Pengimbuhan           Pemajmukan            Penggandaaan       Penggandaaan




                                                                                         26
MORFOLOGI BAHASA MELAYU    HBML4603


Pengimbuhan

Pengimbuhan ialah proses membentuk perkataan melalui proses pengimbuhan. Ini
dilakukan dengan mencantumkan imbuhan kepada kata dasar.

Kata dasar ialah perkataan major yang menerima imbuhan. Kata dasar juga boleh
terdiri daripada morfem bebas atau terikat, atau satu perkataan terbitan hasil
daripada pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan.

Imbuhan merupakan morfem terikat, iaitu morfem yang tidak dapat berlaku sendiri.
Imbuhan mesti dicantumkan kepada kata dasar terlebih dahulu. Imbuhan terdiri
daripada awalan, akhiran, sisipan, dan apitan menurut kedudukannya dengan
bentuk dasar. Awalan dicantumkan pada pangkal kata dasar, akhiran pula
dicantumkan pada akhir kata dasar, sisipan disisip biasanya selepas konsonan
pertama kata dasar, dan apitan dicantumkan pada pangkal dan akhir kata dasar
serentak.




                                 Pengimbuhan




    Awalan               Akhiran             Apitan              Sisipan



  Awalan kata         Akhiran kata        Apitan kata          Sisipan dalam
  nama                nama                nama                 kata nama

  Awalan kata         Akhiran kata        Apitan kata          Sisipan dalam
  kerja               kerja               kerja                kata adjektif

  Awalan kata                             Apitan kata
  adjektif                                adjektif




                                                                               27
MORFOLOGI BAHASA MELAYU   HBML4603


Jenis Kata         Awalan             Akhiran                  Apitan                 Sisipan
Kata nama          peN-                  -an                   peN-...-an              -el-
                   (pe-, pem-,
                   pen-, peng-)   Contohnya :           Contohnya :             Contohnya :
                                  Kritik – kritikan     Lari –pelarian          Tapak – telapak
             Contohnya:           Laut – lautan         Baca – pemasakan        Kupas – kelupas
             masak – pemasak      Ratus – ratusan       Dapat – pendapatan      Tunjuk – telunjuk
             baca – pembaca       Batu – batuan         Ukur –pengukuran
             dapat – pendapat
             ukur – pengukur
                                                               pe-...-an               -er-


                   pe-                                  Contohnya :             Contohnya :
                                                        Sisir – pesisiran       Gigi – gerigi
             Contohnya :                                Dalam – pedalaman       Suling – seruling
             guam – peguam                                                      Kuping - keruping
             labur – pelabur


                                                               peR-...-an              -em-
                   peR-
                                                        Contohnya :             Contohnya :
             Contohnya :                                Satu – persatuan        Kuning –kemuning
             asap – perasap                             Kubur – perkuburan      Gerlap – gemerlap
             bara – perbara                             Air – perairan          Kuncup-kemuncup
                                                        Bara – perbaraan


                   ke-
                                                               ke-...-an
             Contohnya :
             tua – ketua                                Contohnya :
             kasih – kekasih                            Datang – kedatangan
             hendak - kehendak                          Raja – kerajaan



                                                                                         28
MORFOLOGI BAHASA MELAYU   HBML4603




                    juru-
             Contohnya :
             wang – juruwang
             bahasa – jurubahasa




Jenis Kata          Awalan             Akhiran                 Apitan               Sisipan
Kata kerja          meN-                  -kan                meN-...-kan
                    (me-, mem-,
                    men-, meng-    Contohnya :          Contohnya :
                                   Cari – carikan       baca – membacakan
             Contohnya :           Tidur – tidurkan     beri – memberikan
             Masak – memasak                            diri – mendirikan
             Pesan – memesan                            gaya - menggayakan
             Beri – memberi
             Cari – mencari
             Ambil – mengambil            -i                  beR-...-kan


                                   Contohnya :          Contohnya :
                    beR-           Duduk – duduki       alas – beralaskan
                                   Ikut – ikuti         bekal – berbekalkan
             Contohnya :
             Ekor – berekor
             Baju – berbaju                                   beR-...-an


                                                        Contohnya :
                    teR-                                Tabur – bertaburan
                                                        Rentet – berentetan
             Contohnya :
             Ikat – terikat
             Pakai – terpakai


                                                                                      29
MORFOLOGI BAHASA MELAYU     HBML4603




       di-                        di-...-kan


Contohnya :               Contohnya :
Sapu – disapu             Beri – diberikan
Tulis – ditulis           Nafi – dinafikan




       mempeR-                    meN-...-i


Contohnya :               Contohnya :
Alat – memperalat         Waris – mewarisi
Isteri – memperisteri     Baik – membaiki
                          Jumpa – menjumpai
                          Ubat – mengubati
       dipeR-


Contohnya :                       di-...-i
oleh – diperoleh
Cepat – dipercepat        Contohnya :
                          Kotor – dikotori
                          Yakin – diyakini




                                  mempeR-...-
                                  kan


                          Contohnya :
                          Lihat                 –
                          memperlihatkan
                          Bahas                 –
                          memperbahaskan



                                                          30
MORFOLOGI BAHASA MELAYU       HBML4603




         mempeR-...-i


  Contohnya :
  Ingat – memperingati




         ke-...-an


  Contohnya:
  Curi – kecurian
  Lihat - kelihatan




         dipeR-...-kan


  Contohnya :
  Lihat – diperlihatkan
  Dengar                  –
  diperdengarkan




         dipeR-...-i


  Contohnya :
  Ingat – diperingati




                                    31
MORFOLOGI BAHASA MELAYU   HBML4603


Jenis Kata             Awalan          Akhiran            Apitan                 Sisipan
Kata adjektif          ter-                              ke-...-an                -em-


                Contohnya :                        contohnya :             Contohnya :
                Kecil – terkecil                   barat – kebaratan       Guruh – gemuruh
                Muda – termuda                     cina - kecinaan         Ketot – kemetot
                Panjang – terpanjang               Melayu – kemelayuan Gilang – gemilang




                       se-                                                        -el-


                Contohnya :                                                Contohnya :
                Tinggi – setinggi                                          Serak – selerak
                Buruk – seburuk                                            Geman – geleman
                Besar – sebesar                                            Gembung           –
                                                                           gelembung




                                                                                  -er-


                                                                           Contohnya :
                                                                           Godak – gerodak
                                                                           Kelip – kerlip




                                                                                  -in-


                                                                           Contohnya :
                                                                           Sambung           –
                                                                           sinambung




                                                                                    32
MORFOLOGI BAHASA MELAYU    HBML4603


Penggandaan

Penggandaan ialah proses menerbitkan perkataan dengan menggandakan kata
dasar. Ada empat jenis penggandaan menurut Abdullah Hassan (2006),

      Gandaan penuh
      Gandaan separa
      Gandaan rentak
      Gandaan bebas

Proses penggandaaan dalam bahas Melayu ialah proses yang menggandakan
kata dasar.

Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau
separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan
bunyi tertentu.




                                  Penggandaan




       Penuh               Separa             Rentak                 Bebas



   Menggandakan        Menggandakan        Berentak            Bentuk kata
   keseleluruhan       sebahagian          pengulangan         dasar ada
   kata dasar          kata dasar.         vocal               tetapi
   sama ada                                                    gandaannya
   mengandungi         Boleh berlaku       Berentak            wujub dalam
   imbuhan atau        di hadapan          pengulangan         bentuk
   pun tidak           atau di             konsonan            penggandaan
                       belakang kata                           sahaja
                       dasar


                                                                             33
MORFOLOGI BAHASA MELAYU    HBML4603


        Contoh-contohnya :




                                             Penggandaan


            Penuh                Separa                    Berentak                   Bebas
        Kata nama               Kata nama               Rentak suku kata Contohnya :
Contohnya :              Contohnya :                    awal                    Ipar-duai
Pokok-pokok              Laki – lelaki            Contohnya :                   Ipar-lamai
Meja-meja                Langit – lelangit        Batu – batu-batan             Mentua-taya
                                                  Bukit – bukit-bukau           Patah-riuk
        Kata kerja              Kata kerja        Sampah – sampah-sarap         Pinang-lanang
Contohnya :              Contohnya :
Main-main                Lari – lelari                  Rentak suku kata
Lari-lari                Tengok – tetengok              akhir
                                                  Contohnya :
        Kata adjektif           Kata adjektif     Anak – anak-pinak
Contohnya :              Contohnya :              Kuih – kuih-muih
Cantik-cantik            Sedap – sesedap          Lauk – lauk-pauk
Pandai-pandai            Merah – memerah
                                                        Rentak          bunyi
        Kata adverba            Kata adverba            vokal
Contohnya :              Contohnya :              Contohnya :
Tiba-tiba                Cepat – cecepat          Gunung-ganang
Lama-lama                Laju – lelaju            Guruh-garah
                                                  Suku-sakat
        Kata terbitan                             Cucu-cicit
Contohnya :
Pemain-pemain
Pengetua-pengetua




                                                                                            34
MORFOLOGI BAHASA MELAYU      HBML4603


Pemajmukan

Kata majmuk ialah binaan perkataan yang lazimnya terdiri daripada dua kata. Setiap
kata tersebut terdiri daripada kata akar atau terbitan. Kata majmuk yang dihasilkan
bertaraf sebagai perkataan. Ini bermakna kata majmuk tersebut mempunyai ciri-ciri
kesatuan sebagai satu patah perkataan, mempunyai satu makan seperti satu
perkataan dan mempunyai fungsi sebagai satu perkataan.

Menurut Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu HBML2103 (2008),
kata majmuk ialah bentuk yang lahir melalui proses pemajmukan, iaitu proses yang
merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang ter hasil membawa makna
tertentu.

       Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.
       Kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.




                                      Pemajmukan




    Rangkaian kata        Istilah khusus      Maksud kiasan            Bentuk yang
        bebas                                                            mantap




  nasi minyak          Model linear          Kaki ayam               Antarabangsa

  bom tangan           Garis pusat           Duit kopi               Kakitangan

  meja tulis           Segi tiga             Pilih kasih             Matahari

  Raja Muda            Lut sinar             Bulan madu              Setiausaha

  Perdana              Urus setia            Anak emas               Sukarela
  Menteri




                                                                                     35
MORFOLOGI BAHASA MELAYU     HBML4603


Apabila kata-kata tersebut bergabung menurut hukum binaan sintaksis bahasa
Melayu, iaitu yang diterangkan mendahului yang menerangkan, maka kita katakan
binaan itu mematuhi hukum DM. Kata majmuk demikian dipanggil kata majmuk
sintaktik. Contohnya ialah kaji cuaca, ilmu bahasa, sebar luas, dan lain-lain.

Dalam kata majmuk kaji cuaca, kata kaji ialah inti yang diterangkan, dan cuaca
penerangnya. Begitulah dengan ilmu bahasa dan sebar luas. Apabila kata majmuk
itu bergabung dengan tidak menurut hukum DM, maka binaan kata majmuk
demikian dipanggil kata majmuk bukan sintaktik. Contohnya ialah bumiputera,
mahasiswa, perdana menteri, dan lain-lain.

Dalam kata majmuk bumiputera, kata bumi ialah penerang, dan putera ialah inti
yang diterangkan. Ini bermakna binaan ini menurut hukum MD, iaitu yang
menerangkan mendahului inti yang diterangkan.




                                                                                   36
MORFOLOGI BAHASA MELAYU   HBML4603


Pengakroniman

Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal
suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu
rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan yang utuh.

Akronimjuga merupakan singkatan dalam bahasa Melayu yang terbentuk dengan
cara menggabungkan huruf atau suku kata untuk membentuk perkataan baharu.
Lihat beberapa perkataan yang di bawah ini hasil daripada pembentukan kata
melalui akronim:


      berdikari – berdiri di atas kaki sendiri
      pawagam – panggung wayang gambar
      proton – Perushaan Otomobil Negara
      kugiran – kumpulan gitar rancak
      Uniputra-Universiti Putra Malaysia.


Perkara menarik yang hendak diperkatakan di sini ialah banyak pengguna bahasa
Melayu yang tidak menyedari bahawa kata di bawah ini sebenarnya merupakan
akronim.


      Cikgu
      Awas
      Bah


Kata `cikgu’ dikatakan akronim kerana kata ini berasal daripada ungkapan
`Encikguru?’ Hasil daripada gabungan suku kata cik+gu, maka terhasillah gelaran
atau panggilan `cikgu’.Selain itu, kata `awas’ yang bermaksud `berhati-hati’ juga
merupakan akronim. Kata ini berasal daripada ungkapan `Anda Waspada Anda
Selamat.Kita juga pernah menggunakan perkataan `bah’ yang bermaksud `banjir’.
Perkataan ini sebenarnya berasal daripada ungkapan `Bencana Air Hujan’.




                                                                                 37
MORFOLOGI BAHASA MELAYU    HBML4603


Kita juga pernah mendengar perkataan `Tonto’ yang merujuk kepada sekumpulan
gengster yang melindungi peniaga daripada tindakan undang-undang oleh pihak
berkuasa. Tonto merupakan gabungan beberapa huruf daripada ungkapan `Tolong
Orang Nak Tipu Orang’.Demikianlah beberapa kata yang terdapat dalam bahasa
Melayu yang terbentuk melalui akronim.


Kata akronim boleh ditulis dengan empat cara, bergantung pada cara pembentukan
akronim tersebut. Antaranya ialah:

          1. Kata nama akronim cantuman huruf awal perkataan.
          2. Kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan.
          3. Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan.
          4. Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama
             dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya.



                                      Akronim
Huruf awal           Huruf dan suku       Suku kata awal        Bahagian awal
perkataan            kata perkataan       perkataan             perkataan dengan
                                                                bahagian lain
                                                                perkataan
ADUN –               Perhilitan –         Bernama –             Asbut –
Ahli Dewan           Perlindungan         Berita Nasional       Asap kabut
Undangan Negeri      Hidupan Liar dan     Malaysia
                     Taman Negara                               Jentolak –
ABIM –                                    Kugiran –             Jentera tolak
Angkatan Belia       Proton –             Kumpulan gitar
Islam Malaysia       Perusahaan           rancak                Jenama –
                     Otomobil Nasional                          jenis nama
IPSMB –                                   Cerpen –
Institut Perguruan   Mara –               Cerita pendek         Purata –
Sultan Mizan Besut Majlis Amanah                                Pukul rata
                     Rakyat




                                                                                 38
MORFOLOGI BAHASA MELAYU   HBML4603


Bibiliografi




Abdullah Hassan. (2006). Linguistik : Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
           Melayu. Kuala Lumpur : PTS Publishing Sdn Bhd.

Abdullah Hassan. (2006).   Morfologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
          Melayu. Kuala Lumpur : PTS Publishing Sdn Bhd.

Ali Mahmood, Musnsyi Zainal Abidin Kasim, Seman Salleh dan Mashuri Bahari.
          (2008). HBML2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu.
          Selangor : Open University Malaysia.

http://noraza79.blogspot.com/2009/03/salah-satu-proses-pembentukan-kata.html .
          Diakses pada 16.3.2009.

http://www.freewebs.com/suaraanum/0305b02.htm. Diakses pada 16.3.2009

http://www.tutor.com.my/stpm/morfem/tatabahasa-morfem.htm . Diakses pada
          16.3.2008

Siti Hajar Abdul Aziz. (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Selangor :
          Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Tatabahasa dewan Edisi Ketiga (2008). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka




                                                                                 39

More Related Content

What's hot (20)

Morfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksis
 
Proses pegimbuhan kata adjektif
Proses pegimbuhan kata adjektifProses pegimbuhan kata adjektif
Proses pegimbuhan kata adjektif
 
Frasa adjektif
Frasa adjektifFrasa adjektif
Frasa adjektif
 
2.2.2 kata kerja
2.2.2 kata kerja2.2.2 kata kerja
2.2.2 kata kerja
 
Perbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologiPerbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologi
 
Frasa Sendi Nama
Frasa Sendi NamaFrasa Sendi Nama
Frasa Sendi Nama
 
Akronim
AkronimAkronim
Akronim
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologi
 
Frasa (kerja)
Frasa (kerja)Frasa (kerja)
Frasa (kerja)
 
Semantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuSemantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayu
 
NOTA FONETIK
NOTA FONETIKNOTA FONETIK
NOTA FONETIK
 
Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)Golongan kata(kata tugas)
Golongan kata(kata tugas)
 
BAB 5 - MORFOLOGI
BAB 5 - MORFOLOGIBAB 5 - MORFOLOGI
BAB 5 - MORFOLOGI
 
Pola keselarasan vokal
Pola keselarasan vokalPola keselarasan vokal
Pola keselarasan vokal
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Kata pascakata
Kata pascakataKata pascakata
Kata pascakata
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kata
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
 
1.6 konsep kata
1.6 konsep kata1.6 konsep kata
1.6 konsep kata
 
Jenis penanda wacana
Jenis penanda wacanaJenis penanda wacana
Jenis penanda wacana
 

Similar to 14660563 morfologi-bahasa-melayu

Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuAliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuCaroline Nyandau
 
Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112noorabib
 
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2NOORSADINA
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)Hendon Ramlan
 
Teori struktural pp
Teori struktural ppTeori struktural pp
Teori struktural ppUmi Jauhar
 
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013Mohd Nuruzzaman
 
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayu
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayuBuku penelitian bahasa_dan_budaya_melayu
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayuSyed Shafiq Syed Zaini
 
Ketaksaan dalam penterjemahan
Ketaksaan dalam penterjemahanKetaksaan dalam penterjemahan
Ketaksaan dalam penterjemahanMaheram Ahmad
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Rosnani Hassan
 
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)Ujang Abu
 
Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1FakhaiMD
 
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistikJelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistikNoryatimah Ismail
 

Similar to 14660563 morfologi-bahasa-melayu (20)

Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuAliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
 
Bahan assg bm sept 2012
Bahan assg bm sept 2012Bahan assg bm sept 2012
Bahan assg bm sept 2012
 
Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112
 
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
 
TUGASAN BM1.docx
TUGASAN BM1.docxTUGASAN BM1.docx
TUGASAN BM1.docx
 
Bm semantik
Bm semantikBm semantik
Bm semantik
 
Teori huraian bahasa
Teori huraian bahasaTeori huraian bahasa
Teori huraian bahasa
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
 
Teori struktural pp
Teori struktural ppTeori struktural pp
Teori struktural pp
 
SINTAKSIS PPG SEM 5
SINTAKSIS PPG SEM 5SINTAKSIS PPG SEM 5
SINTAKSIS PPG SEM 5
 
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
 
Esemen full morfologi (1)
Esemen full morfologi (1)Esemen full morfologi (1)
Esemen full morfologi (1)
 
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayu
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayuBuku penelitian bahasa_dan_budaya_melayu
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayu
 
Ketaksaan dalam penterjemahan
Ketaksaan dalam penterjemahanKetaksaan dalam penterjemahan
Ketaksaan dalam penterjemahan
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
 
Bidang bidang linguistik
Bidang bidang linguistikBidang bidang linguistik
Bidang bidang linguistik
 
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
 
Falsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayuFalsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayu
 
Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1
 
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistikJelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
 

14660563 morfologi-bahasa-melayu

  • 1. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Penghargaan Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Saya ini mengucapkan jutaan terima kasih yang juga penghargaan khusus buat En. Zaidi B. Azhari kerana segala tunjuk ajar serta membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan PISMK -OUM Pengajian Melayu yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Penghargaan juga kepada orang yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan tugasan ini. Akhir sekali, penghargaan istimewa buat ibu bapa saya yang banyak memberi galakan dan sokongan agar memastikan saya berjaya dalam pelajaran. Semoga mereka semua mendapat balasan yang setimpal daripada Yang Maha Esa. Sekian, terima kasih. 1
  • 2. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Pengenalan Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. - Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. - Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukkan dan penggandaan. - Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota dala kumpulan atau golongan yang sama. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dikenali sebagai morfem. Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi dalam gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Sesuatu perkataan itu dibentuk dari satu morfem atau lebih. Contoh : ‘saya’  1 morfem : saya ‘berpeluh’  2 morfem : ber+peluh ‘berkakikan”  3 morfem : ber+kaki+kan Morfem boleh bersifat bebas (boleh wujud bersendirian) atau terikat (hanya wujud bersama-sama morfem lain). Contoh : - Morfem bebas – ‘saya’ - Morfem terikat – ‘ber’ dan ‘kan’, hanya boleh wujud dengan kata dasar bagi membentuk perkataan seperti ‘berkakikan’ Perkataan ditakrifkan sebagai satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna. Ia terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Tegasnya, perkataan ialah bentuk bebas yang boleh berdiri sendiri, contohnya ialah kerusi, dapur dan meja. 2
  • 3. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Perbezaan antara perkataan dan morfem terletak pada sifat bebasnya. Ada morfem yang bersifat bebas dan ada yang bersifat terikat tetapi semua perkataan bersifat bebas, yakni dapat berdiri sendiri. Jelas di sini bahawa perkataan-perkataan terdiri daripada morfem tetapi tidak semua morfem itu perkataan. Konsep Morfologi 1. Konsep Morfem Perkataan Bebas Terikat Akar Dasar 2. Bentuk Kata Tunggal Terbitan Majmuk Ganda 3. Proses Pembentukan Kata Pengimbuhan Pemajmukan Penggandaaan 4. Golongan Kata Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas 3
  • 4. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Soalan Tugasan Terdapat pelbagai jenis bahan bercetak di pasaran. Dalam bahan-bahan tersebut terdapat pelbagai kesilapan bahasa sama ada daripada aspek ejaan, kosa kata, penggunaan kata dan penggolongan kata. Sebagai pendidik anda harus bijak memilih bahan bacaan yang sesuai dan betul dari aspek tatabahasa untuk digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. a) Pilih satu petikan yang panjangnya antara 450 hingga 500 perkataan. Sila buat analisis penggolongan kata bahasa Melayu dalam petikan tersebut. Senaraikan golongan kata dalam bentuk jadual. Anda diminta membuat rumusan ringkas antara 200 patah perkataan hasil dapatan analisis. Dalam bahasa Melayu terdapat empat proses pembentukan kata iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan dan pengakroniman. a) Huraikan setiap proses di atas dalam bentuk grafik dan serta contoh- contoh yang sesuai. b) Membina brosur yang bertemakan Cintai Bahasa Kita dengan menggunakan bahasa yang betul, ringkas, tepat, dan jelas serta persembahan yang menarik. 4
  • 5. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Soalan 1 a) Pilih satu petikan yang panjangnya antara 450 hingga 500 perkataan. Sila buat analisis penggolongan kata bahasa Melayu dalam petikan tersebut. Senaraikan golongan kata dalam bentuk jadual. Anda diminta membuat rumusan ringkas antara 200 patah perkataan hasil dapatan analisis. 5
  • 6. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Hang Tuah Berbangsa Cina oleh : Shahabudeen Jalil Ramai di kalangan anggota masyarakat kita terutamanya orang-orang Melayu menganggap Hang Tuah adalah legenda pahlawan Melayu. Pada hakikat sebenarnya Hang Tuah bukanlah dari keturunan Melayu sebagaimana yang disangka. Itulah yang bakal dihuraikan dalam artikel ini. Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu dengan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yang dibangga- banggakan. Hang Tuah sebenarnya telah diMelayukan untuk tujuan kemegahan semacam bentuk yang tercatat pada Robin Hood. Di dalam bilik-bilik darjah, dewan-dewan kuliah atau seminar bermotifkan sejarah atau kajian sejarah hanya membincangkan tentang kepahlawanan, kebijaksanaan serta kesetiaan Hang Tuah. Kisah Hang Tuah yang diagung-agungkan ini telah menenggelamkan keadaan sebenar tentang asal keturunannya. Di kalangan masyarakat Melayu dewasa ini telah timbul semacam keraguan tentang pahlawan mereka ini, apabila penghormatan kepada pahlawan mereka mula dipersendakan dengan reaksi-reaksi melampau seperti kelihatan dalam filem Hang Tuah. Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah menghasilkan satu penyelidikan dijalankan terhadap asal usul keturunan secara hipotesis. Jika pepatah Melayu sendiri telah mengatakan ‘bahasa jiwa bangsa’ dan ‘manusia mati meninggalkan nama’ . Bagaimana pula kita hendak menafikan kenyataan ‘nama menunjukkan bangsa’. Bahasa ‘nama’ merupakan identifikasi yang cukup jelas untuk mengetahui jenis sesuatu bangsa itu. Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat disandarkan pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis telah dijalankan dengan bersandarkan kepada ‘nama’ manusia untuk memperoleh jawapan tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya. 6
  • 7. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan Melayu Melaka, tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yang bermula dengan ‘Hang’. Sejarah juga telah mencatatkan nama-nama dari bangsa Cina yang bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee. Ia bergantung kepada suku kaum atau asal-usul keturunan mereka dari wilayah tertentu dari China. Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran ‘Hang’ telah dianugerahkan oleh Raja – Raja Melayu juga tiada asasnya. Mengikut kertas kerja yang dihasilkan oleh Mohd. Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM dengan tajuk ‘Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan,’ cuma menyatakan bahawa sesuatu penghormatan, ketaatan atau kedudukan adalah diberi gelaran seperti Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Shahbandar dan Mandulika. Mengikut buku ‘Sejarah Melayu’ edisi W.G. Shellabear penerbitan Malaya Publishing House Ltd. Singapore halaman 123-131, menyatakan tentang Tun Perpatih Putih, iaitu utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China telah membawa balik bersamanya seramai 500 orang dayang serta Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan telah berkahwin dengan puteri dari China ini dan telah menghasilkan anak bernama Paduka Mamat. Perkara yang menarik dari edisi W.G. Shellabear ini ialah munculnya nama puteri Hang Li Po. Hasil perkahwinan ‘campur’ antara puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah, telah dikurniakan seorang putera dan telah diberi nama Paduka Mamat. Nama Paduka Mamat adalah nama Melayu dan tidak pula berlaku nama ‘Paduka Hang Mamat’ sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po, contohnya. Sejarah telah membuktikan bahawa nama-nama dari keturunan Cina biasanya bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee bergantung kepada suku kaum mereka dan dari wilayah tertentu asal mereka. Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau keturunan Cina, biasanya 7
  • 8. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang Kasturi pula diragui kerana 4 suku kata walaupun ia bermula dengan perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada berbaur loghat bahasa Melayu. Terdapat 3 andaian hasil kajian secara hipotesis yang dijalankan. Pertama : Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po. Kedua : Nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh 4 orang rakan karibnya yang berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yang kekal. Ketiga : Mungkin nama Cina sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh masyarakat tempatan. Oleh itu mereka telah memberikannya nama baru mengikut loghat orang Melayu tempatan dan nama ini telah diterima dengan baik oleh beliau. Perkara lain yang menarik ialah petikan kertas kerja Ong Hak Ching. Jabatan Sejarah UKM ada mengatakan bahawa Sultan Mansur Shah telah memberikan tempat kediaman di Bukit Cina kepada puteri Hang Li Po serta 500 orang dayang- dayangnya. Anak-anak cucu mereka digelar ‘biduanda Cina’ juga bermakna golongan yang dilindungi. Sama ada yang sudah memeluk Islam atau masih memeluk agama asal mereka. Terdapat 3 andaian secara hipotesis mengenai hal ini. Pertama : Tidak kesemua dari anggota rombongan puteri Hang Li Po yang memeluk agama Islam. Kedua : Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew, adalah keturunan dari rombongan puteri Hang Li Po. Ketiga : Keempat-empat sahabat ini kemudiannya telah memeluk agama Islam tetapi mengekalkan sebutan nama mengikut loghat bahasa Melayu atas sebab- sebab tertentu, seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu. 8
  • 9. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Hal yang lebih lanjut mengenai Hang Kasturi. Telah timbul percanggahan pendapat sejak dahulu lagi, sepertimana kajian secara hipotesis ini meragukan tentang nama sebenar Hang Kasturi. Percanggahan pendapat ini berlaku antara pengarang ‘Sejarah Melayu’ dan pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ mengenai siapa sebenarnya telah menderhaka kepada Sultan Melaka. Pengarang Sejarah Melayu menuduh Hang Kasturi manakala pengarang Hikayat Hang Tuah Pula menuduh Hang Jebat. Pertama :Tersirat sesuatu hal yang unik dan tersembunyi tentang kedua-dua tokoh pahlawan ini sehingga tidak ada satu kata sepakat di kalangan kedua pengarang serta pakar sejarah lampau. Kedua : Pengarang ‘Sejarah Melayu’ telah menggunakan bahan dalam penulisannya secara mengambil pendapat lisan dan tiada ada satu penyelidikan terperinci, kerana ia menyentuh kisah-kisah yang terlalu luas serta hal-hal yang menyeluruh. Ketiga : Pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ adalah lebih formal kerana menggunakan semacam bentuk kajian sehingga dapat menggariskan hal-hal peribadi Hang Tuah secara lebih detail. Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat Hang Tuah mempunyai banyak kelebihan dan penulisannya tentang hal Hang Jebat yang telah menderhaka kepada Sultan, adalah diterima mengikut hukum asal. Rumusan daripada kajian yang dijalankan telah menghasilkan penemuan baru yang melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu. Mengikut kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan yang telah diMelayukan demi untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang Melayu. Kita lihat bagaimana hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah. Hang Tuah adalah anak cucu kepada keturunan rombongan puteri Hang Li Po yang datang ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Nama sebenar Hang Tuah ialah Hang Too Ah. Tetapi bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah apabila pahlawan ini memeluk agama Islam dan berkhidmat kepada Sultan Melaka.Pengislaman Hang Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat baik ini juga bergaul rapat dengan 9
  • 10. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka yang berbangsa Melayu. Mereka juga menggelar Kasturi dengan gelaran Hang Kasturi sebagai tanda satu persahabatan yang abadi. Kelima-lima sahabat ini mula masyhur di kalangan istana apabila mereka menyelamatkan Bendahara dari serangan orang mengamuk. Mereka berlima kemudiannya memeluk agama Islam. Nama-nama mereka mengikut loghat Melayu telah tersebar dengan cepat dan meluas sama ada di kalangan istana atau orang- orang Melaka ketika itu termasuk nama Hang Kasturi. Tiada bantahan yang pernah dibuat ketika itu kerana masyarakat Melayu zaman itu telah pun menganggap anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po sama seperti saudara Melayu mereka. Demikianlah serba ringkas kisah Hang Tuah yang berasal daripada keturunan puteri Hang Li Po dari kajian hipotesis ini. Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan legenda yang selama ini mereka bangga-banggakan. Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati. 10
  • 11. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Analisis golongan kata berdasarkan petikan teks 11
  • 12. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 GOLONGAN KATA Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama. Dalam Bahasa Melayu ada empat bentuk golongan kata : Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif / Sifat Kata Tugas Golongan Kata Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas Kata Nama Kata nama menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara. Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda atau konsep. Kata nama boleh dikelompokkan kepada tiga jenis : Kata Nama Am Kata Nama Khas Kata Ganti Nama 12
  • 13. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Kata Nama Am Kata nama yang merujuk kepada benda-benda atau perkara yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan – kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu : Hidup atau tak hidup Manusia atau bukan manusia Institusi atau bukan institusi Konkrit atau abstrak Berbilang atau tak berbilang Asraf (2007) menjelaskan bahawa kata nama am boleh digunakan untuk : Sesuatu yang bernyawa seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan Sesuatu yang tidak bernyawa atau tidak hidup, iaitu benda, tempat dan sebagainya. Bagi tujuan analisis, kata nama am hanya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu : Hidup (manusia dan bukan manusia) Tak hidup ( Institusi, bukan institusi, konkrit, abstrak, berbilang, dan tak berbilang) 13
  • 14. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Analisis penggolongan kata berdasarkan teks Kata nama am Contoh Kata nama am hidup Orang-orang Melayu Pahlawan Bangsa Manusia Raja-raja Bendahara Paduka Raja Termengung Laksamana Syahbandar Mandulika Dayang Puteri Anak Putera Cucu Rakan Pengarang Sultan Kata nama am tak hidup Bilik darjah Dewan kuliah Seminar Wilayah Kaum Buku Agama Istana Bahasa 14
  • 15. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Kata Nama Khas Kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Ia terbahagi kepada tiga : Kata nama khas hidup manusia Kata nama khas hidup bukan manusia Kata nama khas tak hidup Kata nama khas Contoh Kata Nama Khas Hidup Manusia. Hang Tuah Hang Jebat Hang Lekir Hang Kasturi Hang Lekiu Robin Hood Mohd Yunus Ibrahim W.G. Shellabear Tun Pepatih Putih Sultan Mansur Shah Puteri Hang Li Po Paduka Mamat Ong Hak Ching Hang Too Ah Hang Jee Fatt Hang Lee Kiew Hang Lee Ker Biduanda Cina Sultan Melaka Kata Nama Khas Hidup Bukan (tiada dalam teks) Manusia 15
  • 16. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Kata Nama Khas Tidak Hidup. Bukit Cina Jabatan Sejarah UKM Sejarah Melayu Malaya Publishing China Loghat Cina Melayu Loghat bahasa Melayu Islam Hikayat Hang Tuah Kata Ganti Nama Kata ganti nama terbahagi kepada : i) Kata ganti nama tunjuk ialah kata ganti nama yang berfungsi menunjuk pada sesuatu perkara atau benda. Terdapat hanya dua kata ganti nama tunjuk, iaitu itu untuk menunjuk pada yang jauh, dan ini untuk menunjuk pada yang dekat. Kata ganti nama tunjuk Ini Itu ii) Kata ganti nama diri ialah kata nama yang menjadi pengganti sesuatu benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu: 16
  • 17. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Kata ganti nama diri tanya – jenis kata yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda dan orang. Kata ganti nama diri tanya (tiada dalam teks) Kata ganti nama diri orang – jenis ganti nama yang merujuk kepada manusia yang terdiri daripada tiga kategori iaitu orang pertama, orang kedua dan orang ketiga. Kata ganti nama diri orang Contoh Pertama Kita Kedua (tiada dalam teks) Ketiga Mereka Beliau -nya ia 17
  • 18. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Kata Kerja Kata kerja berperanan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau sesuatu keadaan. Kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif iaitu kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek. Kata kerja transitif juga dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran –kan atau i-. Kata kerja transitif pasif pula ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Kata kerja transitif Contoh Aktif Mengikut Membawa Memeluk Menuduh Menderhaka Menggelar Menganggap Menghasilkan Mengekalkan Menggariskan Menggunakan Memberikan Membuktikan Mempengaruhi Menyelamatkan Pasif Dianugerahkan Dilindungi 18
  • 19. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Namun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap, sementara yang lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap. Oleh itu kata kerja tak transitif dapat dipecahkan kepada dua subgolongan, iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap. Kata kerja tak transitif Contoh Berpelengkap Mengikut Menghasilkan Membawa Memberikan Memeluk Mengekalkan Menuduh Menggunakan Menggariskan Membuktikan Mempengaruhi Menggelar Menyelamatkan Menganggap Disandarkan Dijalankan Diberi Menyentuh Tak berpelengkap Berkahwin Berkhidmat Mengamuk Menderhaka 19
  • 20. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Kata Adjektif Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Ia boleh dikenal pasti dan dibezakan dari kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Kata sifat menceritakan sifat benda (kata nama) dan sifat perbuatan (kata kerja). Kata sifat dalam Bahasa Melayu dibahagikan kepada sembilan berdasarkan kriteria makna. Kata adjektif Contoh Kata adjektif sifat/ keadaan Kebijaksanaan Kesetiaan Ketaatan Baik Menderhaka Masyhur Kata adjektif warna (tiada dalam teks) Kata adjektif ukuran Luas Kata adjektif bentuk (tiada dalam teks) Kata adjektif pancaindera (tiada dalam teks) Kata adjektif waktu (tiada dalam teks) Kata adjektif cara Rapat Sukar Cepat Kata adjektif perasaan Terkeliru Tertipu Kemegahan Dibangga-bangga Keraguan Bangga Kata adjektif arah (tiada dalam teks) 20
  • 21. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Kata Tugas Kata tugas ialah perkataan yang tergolong ke dalam golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu tidak boleh menjadi unsur bagi frasa-frasa endosentrik : frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Kata-kata tugas hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu,penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, atau tugas-tugas lain. Maka kata tugas dapat dikategorikan kepada jenis-jenis berikut : 1. Kata hubung 2. Kata seru 3. Kata tanya 4. Kata perintah 5. Kata pangkal ayat 6. Kata bantu 7. Kata penguat 8. Kata penegas 9. Kata nafi 10. Kata pemeri 11. Kata sendi nama 12. Kata arah 13. Kata bilangan 14. Kata adverba 15. Kata pembenar 16. Kata penekan 17. Kata pembenda 21
  • 22. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Untuk memudahkan analisis petikan ini atau penghuraian bagi teks petikan, kata tugas boleh dikelompokkan kepada 4 kelompok iaitu: Kata penyambung ayat o Kata hubung gabungan o Kata hubung pancangan  Keterangan  Komplemen  Relatif Kata praklausa o Kata seru o Kata tanya o Kata perintah o Kata pembenar o Kata pangkal ayat Kata prafrasa dan pascafrasa o Kata bantu o Kata penguat o Kata penegas o Kata nafi o Kata pemeri o Kata sendi nama o Kata arah o Kata bilangan o Kata adverba Kata pascakata o Kata penekan o Kata pembenda 22
  • 23. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Kata tugas Contoh Kata penyambung ayat -kata hubung gabungan Atau Dan Tetapi Kemudian -kata hubung pancangan Untuk Semasa -keterangan Kerana Walaupun Apabila -komplemen Bahawa -relatif Yang Kata praklausa -kata seru -kata tanya Tiada dalam petikan -kata perintah -kata pembenar -kata pangkal ayat 23
  • 24. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Kata tugas Contoh Kata prafrasa -kata bantu Telah (kata bantu) Di -kata penguat Ke -kata penegas Dari Kepada -kata nafi Pada kata sendi nama Tentang -kata pemeri Dengan -kata sendi nama Antara Oleh -kata arah Atas ( kata arah) -kata bilangan Ramai Semua kata bilangan -kata adverba Banyak Adalah ( kata pemeri) Bukan (kata nafi) Kata pascakata -kata penekan Terutamanya Sebenarnya -kata pembenda Ringkasnya penekan Biasanya Contohnya Memberikannya Namanya Asasnya Bersamanya pembenda Dayang-dayangnya Rakan karibnya 24
  • 25. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Soalan 2 Dalam bahasa Melayu terdapat empat proses pembentukan kata iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan dan pengakroniman. a) Huraikan setiap proses di atas dalam bentuk grafik dan serta contoh- contoh yang sesuai. 25
  • 26. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Proses pembentukan kata Proses pembentukan kata terdiri daripada jenis-jenis berikut : Bentuk kata tunggal Bentuk kata terbitan Bentuk kata majmuk Bentuk kata ganda Bentuk Kata Tunggal Terbitan Majmuk Ganda Berdasarkan soalan yang diberikan, hanya jenis-jenis berikut sahaja yang perlu dihuraikan setiap prosesnya dalam bentuk grafik dan disertakan dengan contohnya, iaitu : Pengimbuhan Pemajmukan Penggandaan Pengakroniman Proses Pembentukan Kata Pengimbuhan Pemajmukan Penggandaaan Penggandaaan 26
  • 27. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Pengimbuhan Pengimbuhan ialah proses membentuk perkataan melalui proses pengimbuhan. Ini dilakukan dengan mencantumkan imbuhan kepada kata dasar. Kata dasar ialah perkataan major yang menerima imbuhan. Kata dasar juga boleh terdiri daripada morfem bebas atau terikat, atau satu perkataan terbitan hasil daripada pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Imbuhan merupakan morfem terikat, iaitu morfem yang tidak dapat berlaku sendiri. Imbuhan mesti dicantumkan kepada kata dasar terlebih dahulu. Imbuhan terdiri daripada awalan, akhiran, sisipan, dan apitan menurut kedudukannya dengan bentuk dasar. Awalan dicantumkan pada pangkal kata dasar, akhiran pula dicantumkan pada akhir kata dasar, sisipan disisip biasanya selepas konsonan pertama kata dasar, dan apitan dicantumkan pada pangkal dan akhir kata dasar serentak. Pengimbuhan Awalan Akhiran Apitan Sisipan Awalan kata Akhiran kata Apitan kata Sisipan dalam nama nama nama kata nama Awalan kata Akhiran kata Apitan kata Sisipan dalam kerja kerja kerja kata adjektif Awalan kata Apitan kata adjektif adjektif 27
  • 28. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Jenis Kata Awalan Akhiran Apitan Sisipan Kata nama peN- -an peN-...-an -el- (pe-, pem-, pen-, peng-) Contohnya : Contohnya : Contohnya : Kritik – kritikan Lari –pelarian Tapak – telapak Contohnya: Laut – lautan Baca – pemasakan Kupas – kelupas masak – pemasak Ratus – ratusan Dapat – pendapatan Tunjuk – telunjuk baca – pembaca Batu – batuan Ukur –pengukuran dapat – pendapat ukur – pengukur pe-...-an -er- pe- Contohnya : Contohnya : Sisir – pesisiran Gigi – gerigi Contohnya : Dalam – pedalaman Suling – seruling guam – peguam Kuping - keruping labur – pelabur peR-...-an -em- peR- Contohnya : Contohnya : Contohnya : Satu – persatuan Kuning –kemuning asap – perasap Kubur – perkuburan Gerlap – gemerlap bara – perbara Air – perairan Kuncup-kemuncup Bara – perbaraan ke- ke-...-an Contohnya : tua – ketua Contohnya : kasih – kekasih Datang – kedatangan hendak - kehendak Raja – kerajaan 28
  • 29. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 juru- Contohnya : wang – juruwang bahasa – jurubahasa Jenis Kata Awalan Akhiran Apitan Sisipan Kata kerja meN- -kan meN-...-kan (me-, mem-, men-, meng- Contohnya : Contohnya : Cari – carikan baca – membacakan Contohnya : Tidur – tidurkan beri – memberikan Masak – memasak diri – mendirikan Pesan – memesan gaya - menggayakan Beri – memberi Cari – mencari Ambil – mengambil -i beR-...-kan Contohnya : Contohnya : beR- Duduk – duduki alas – beralaskan Ikut – ikuti bekal – berbekalkan Contohnya : Ekor – berekor Baju – berbaju beR-...-an Contohnya : teR- Tabur – bertaburan Rentet – berentetan Contohnya : Ikat – terikat Pakai – terpakai 29
  • 30. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 di- di-...-kan Contohnya : Contohnya : Sapu – disapu Beri – diberikan Tulis – ditulis Nafi – dinafikan mempeR- meN-...-i Contohnya : Contohnya : Alat – memperalat Waris – mewarisi Isteri – memperisteri Baik – membaiki Jumpa – menjumpai Ubat – mengubati dipeR- Contohnya : di-...-i oleh – diperoleh Cepat – dipercepat Contohnya : Kotor – dikotori Yakin – diyakini mempeR-...- kan Contohnya : Lihat – memperlihatkan Bahas – memperbahaskan 30
  • 31. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 mempeR-...-i Contohnya : Ingat – memperingati ke-...-an Contohnya: Curi – kecurian Lihat - kelihatan dipeR-...-kan Contohnya : Lihat – diperlihatkan Dengar – diperdengarkan dipeR-...-i Contohnya : Ingat – diperingati 31
  • 32. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Jenis Kata Awalan Akhiran Apitan Sisipan Kata adjektif ter- ke-...-an -em- Contohnya : contohnya : Contohnya : Kecil – terkecil barat – kebaratan Guruh – gemuruh Muda – termuda cina - kecinaan Ketot – kemetot Panjang – terpanjang Melayu – kemelayuan Gilang – gemilang se- -el- Contohnya : Contohnya : Tinggi – setinggi Serak – selerak Buruk – seburuk Geman – geleman Besar – sebesar Gembung – gelembung -er- Contohnya : Godak – gerodak Kelip – kerlip -in- Contohnya : Sambung – sinambung 32
  • 33. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Penggandaan Penggandaan ialah proses menerbitkan perkataan dengan menggandakan kata dasar. Ada empat jenis penggandaan menurut Abdullah Hassan (2006), Gandaan penuh Gandaan separa Gandaan rentak Gandaan bebas Proses penggandaaan dalam bahas Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan bunyi tertentu. Penggandaan Penuh Separa Rentak Bebas Menggandakan Menggandakan Berentak Bentuk kata keseleluruhan sebahagian pengulangan dasar ada kata dasar kata dasar. vocal tetapi sama ada gandaannya mengandungi Boleh berlaku Berentak wujub dalam imbuhan atau di hadapan pengulangan bentuk pun tidak atau di konsonan penggandaan belakang kata sahaja dasar 33
  • 34. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Contoh-contohnya : Penggandaan Penuh Separa Berentak Bebas Kata nama Kata nama Rentak suku kata Contohnya : Contohnya : Contohnya : awal Ipar-duai Pokok-pokok Laki – lelaki Contohnya : Ipar-lamai Meja-meja Langit – lelangit Batu – batu-batan Mentua-taya Bukit – bukit-bukau Patah-riuk Kata kerja Kata kerja Sampah – sampah-sarap Pinang-lanang Contohnya : Contohnya : Main-main Lari – lelari Rentak suku kata Lari-lari Tengok – tetengok akhir Contohnya : Kata adjektif Kata adjektif Anak – anak-pinak Contohnya : Contohnya : Kuih – kuih-muih Cantik-cantik Sedap – sesedap Lauk – lauk-pauk Pandai-pandai Merah – memerah Rentak bunyi Kata adverba Kata adverba vokal Contohnya : Contohnya : Contohnya : Tiba-tiba Cepat – cecepat Gunung-ganang Lama-lama Laju – lelaju Guruh-garah Suku-sakat Kata terbitan Cucu-cicit Contohnya : Pemain-pemain Pengetua-pengetua 34
  • 35. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Pemajmukan Kata majmuk ialah binaan perkataan yang lazimnya terdiri daripada dua kata. Setiap kata tersebut terdiri daripada kata akar atau terbitan. Kata majmuk yang dihasilkan bertaraf sebagai perkataan. Ini bermakna kata majmuk tersebut mempunyai ciri-ciri kesatuan sebagai satu patah perkataan, mempunyai satu makan seperti satu perkataan dan mempunyai fungsi sebagai satu perkataan. Menurut Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu HBML2103 (2008), kata majmuk ialah bentuk yang lahir melalui proses pemajmukan, iaitu proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang ter hasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Pemajmukan Rangkaian kata Istilah khusus Maksud kiasan Bentuk yang bebas mantap nasi minyak Model linear Kaki ayam Antarabangsa bom tangan Garis pusat Duit kopi Kakitangan meja tulis Segi tiga Pilih kasih Matahari Raja Muda Lut sinar Bulan madu Setiausaha Perdana Urus setia Anak emas Sukarela Menteri 35
  • 36. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Apabila kata-kata tersebut bergabung menurut hukum binaan sintaksis bahasa Melayu, iaitu yang diterangkan mendahului yang menerangkan, maka kita katakan binaan itu mematuhi hukum DM. Kata majmuk demikian dipanggil kata majmuk sintaktik. Contohnya ialah kaji cuaca, ilmu bahasa, sebar luas, dan lain-lain. Dalam kata majmuk kaji cuaca, kata kaji ialah inti yang diterangkan, dan cuaca penerangnya. Begitulah dengan ilmu bahasa dan sebar luas. Apabila kata majmuk itu bergabung dengan tidak menurut hukum DM, maka binaan kata majmuk demikian dipanggil kata majmuk bukan sintaktik. Contohnya ialah bumiputera, mahasiswa, perdana menteri, dan lain-lain. Dalam kata majmuk bumiputera, kata bumi ialah penerang, dan putera ialah inti yang diterangkan. Ini bermakna binaan ini menurut hukum MD, iaitu yang menerangkan mendahului inti yang diterangkan. 36
  • 37. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Pengakroniman Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan yang utuh. Akronimjuga merupakan singkatan dalam bahasa Melayu yang terbentuk dengan cara menggabungkan huruf atau suku kata untuk membentuk perkataan baharu. Lihat beberapa perkataan yang di bawah ini hasil daripada pembentukan kata melalui akronim: berdikari – berdiri di atas kaki sendiri pawagam – panggung wayang gambar proton – Perushaan Otomobil Negara kugiran – kumpulan gitar rancak Uniputra-Universiti Putra Malaysia. Perkara menarik yang hendak diperkatakan di sini ialah banyak pengguna bahasa Melayu yang tidak menyedari bahawa kata di bawah ini sebenarnya merupakan akronim. Cikgu Awas Bah Kata `cikgu’ dikatakan akronim kerana kata ini berasal daripada ungkapan `Encikguru?’ Hasil daripada gabungan suku kata cik+gu, maka terhasillah gelaran atau panggilan `cikgu’.Selain itu, kata `awas’ yang bermaksud `berhati-hati’ juga merupakan akronim. Kata ini berasal daripada ungkapan `Anda Waspada Anda Selamat.Kita juga pernah menggunakan perkataan `bah’ yang bermaksud `banjir’. Perkataan ini sebenarnya berasal daripada ungkapan `Bencana Air Hujan’. 37
  • 38. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Kita juga pernah mendengar perkataan `Tonto’ yang merujuk kepada sekumpulan gengster yang melindungi peniaga daripada tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa. Tonto merupakan gabungan beberapa huruf daripada ungkapan `Tolong Orang Nak Tipu Orang’.Demikianlah beberapa kata yang terdapat dalam bahasa Melayu yang terbentuk melalui akronim. Kata akronim boleh ditulis dengan empat cara, bergantung pada cara pembentukan akronim tersebut. Antaranya ialah: 1. Kata nama akronim cantuman huruf awal perkataan. 2. Kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan. 3. Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan. 4. Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya. Akronim Huruf awal Huruf dan suku Suku kata awal Bahagian awal perkataan kata perkataan perkataan perkataan dengan bahagian lain perkataan ADUN – Perhilitan – Bernama – Asbut – Ahli Dewan Perlindungan Berita Nasional Asap kabut Undangan Negeri Hidupan Liar dan Malaysia Taman Negara Jentolak – ABIM – Kugiran – Jentera tolak Angkatan Belia Proton – Kumpulan gitar Islam Malaysia Perusahaan rancak Jenama – Otomobil Nasional jenis nama IPSMB – Cerpen – Institut Perguruan Mara – Cerita pendek Purata – Sultan Mizan Besut Majlis Amanah Pukul rata Rakyat 38
  • 39. MORFOLOGI BAHASA MELAYU HBML4603 Bibiliografi Abdullah Hassan. (2006). Linguistik : Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Publishing Sdn Bhd. Abdullah Hassan. (2006). Morfologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Publishing Sdn Bhd. Ali Mahmood, Musnsyi Zainal Abidin Kasim, Seman Salleh dan Mashuri Bahari. (2008). HBML2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu. Selangor : Open University Malaysia. http://noraza79.blogspot.com/2009/03/salah-satu-proses-pembentukan-kata.html . Diakses pada 16.3.2009. http://www.freewebs.com/suaraanum/0305b02.htm. Diakses pada 16.3.2009 http://www.tutor.com.my/stpm/morfem/tatabahasa-morfem.htm . Diakses pada 16.3.2008 Siti Hajar Abdul Aziz. (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Selangor : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Tatabahasa dewan Edisi Ketiga (2008). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka 39