Dokumen tersebut membahas mengenai hukum menghisap shisha dalam Islam. Terdapat tiga poin utama: 1) hukum menghisap shisha adalah haram karena kesan mudaratnya, 2) shisha lebih berbahaya daripada rokok, 3) Islam melarang memudaratkan diri sendiri dan orang lain.
3. Satu kaedah tradisional untuk menghisap tembakau dan merupakan satu tradisi simbolik
dalam kalangan budaya tertentu.
Ia diberi nama shisha (paip air) bagi melambangkan ciri alat tersebut, iaitu asap
dilalukan ke air sebelum ianya disedut.
Menghisap tembakau yang berperisa menggunakan peralatan paip air.
Tembakau ini direndam dalam pekatan buah-buahan seperti anggur, strawberi, epal atau
madu untuk mendapatkan rasa manis dan perisanya.
Tembakau yang dinyalakan akan mengeluarkan aroma buah atau sirap yang dibakar.
4. Prof. Madya Datuk Dr. Ramzisham Abdul Rahman, Pakar Runding Bedah
Jantung Dan Paru-paru, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
(PPUKM):
Menghisap shisha adalah 400 kali lebih bahaya dari menghisap rokok kerana
masa merokok jauh lebih pendek dari menghisap shisha yang menjangkau
satu jam atau lebih.
Wap panas yang disedut boleh memusnahkan cilia atau bulu-bulu roma
dalam dada yang boleh menjadikan kita batuk dengan teruk.
Mengakibatkan kerosakan pada paru-paru dan jantung hingga membawa
kepada penyakit kronik seperti kanser paru-paru atau kerosakan koronari
jantung.
5. Dr. Daniel Lee Keat Chye, Pakar Perubatan dan Pernafasan Pusat Perubatan Prince
Court mengatakan:
Shisha lebih berbahaya daripada sebatang rokok.
Cara penyediaan shisha mendatangkan bahaya.
Puncak balang hookah atau mangkuk yang menakung shisha selalunya diliputi kerajang
aluminium dan bara diletakkan di atasnya untuk memanaskan tembakau tersebut.
Asap toksik yang terhasil apabila bara arang bertindak balas dengan kerajang.
Tapak balang hookah yang berasaskan kaca berperanan sebagai kebuk asap dan diisi
dengan air.
Air tersebut akan bercampur dengan asap toksik dan akan menambah kelembapan asap
mengakibatkan wap dan asap karsinogenik berada lama dalam paru-paru.
Asap yang disedut ketika menikmati shisha lebih banyak berbanding sebatang rokok.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20131201/kn_03/Shisha-lebih-bahaya-daripada-rokok
6. Mazhab:
Khilaf Ulama: Sekiranya bahan yang digunakan tidak haram maka ia
makruh.
Hambali: Haram secara muktamad.
Syafie: Membawa kepada sakit seperti batuk bertukar menjadi haram.
7. Fatwa:
17 Julai 2013: Muzakarah khas jawatankuasa fatwa kebangsaan bagi hal ehwal
agama islam bersetuju memutuskan shisha adalah haram.
Telah menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 36 dan seksyen 39 Enakmen
Majlis Agama Istiadat Melayu Kelantan 1994 [ bil. 4 tahun 1994] Majlis Agama
Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menerusi jamaah ulama yang bersidang
pada 25 rejab 1435 hijrah bersamaan 25 mei 2014 dan atas titah perintah kebawah
duli yang maha mulia Sultan Muhammad V membuat fatwa bahawa merokok dan
menghisap shisha adalah haram pada pandangan islam.
8. Al-Quran:
Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan. (Surah Al-
Baqarah : 195)
Dan dia (Muhammad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan
segala yang buruk bagi mereka. (Surah Al-A’raaf : 157)
Hadis:
Sabda Rasulullah S.A.W: “ Tidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan
(kepada orang lain)”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
10. Hukum menghisap shisha dan shisha stick adalah haram.
Kesan mudarat menghisap shisha adalah lebih buruk daripada kesan
menghisap rokok mengikut bahan perasa atau bahan tambahan yang
digunakan.
Islam melarang manusia memudaratkan diri sendiri dan orang lain