SlideShare a Scribd company logo
1
1.0 PENGENALAN
Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan badan bukan kerajaan
(NGO) menyatakan bahawa jumlah perokok di Malaysia kini berada pada tahap yang
membimbangkan apabila seramai 40 hingga 50 perokok baru dicatatkan setiap hari.
Meskipun muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal
Islam Malaysia kali ke 37 telah mengeluarkan fatwa bahawa merokok adalah haram
dari sudut pandangan Islam kerana mengandungi kemudaratan (Basri, 2009) namun,
perangkaan menunjukkan 35 peratus daripada keseluruhan perokok adalah dari
kalangan Melayu Muslim.
Ketagihan rokok ini menjadi masalah global yang sukar ditangani
meskipun telah banyak program dilancarkan membabitkan pelbagai peringkat untuk
mengatasi masalah penagihan rokok. Rentetan daripada usaha untuk mengurangkan
masalah ketagihan rokok ini munculnya rokok elektronik sebagai suatu alternatif
permasalahan ini.
Rokok Elektronik (Elecronic Nicotine Delivery Systems atau e-Cigarette)
adalah sebuah inovasi dari bentuk rokok konvensional menjadi rokok moden. Pada
masa kini, rokok elektrik juga dikenali sebagai vape atau vapor. Rokok elektronik ini
dilabelkan sebagai rokok yang selamat digunakan serta dikatakan mempunyai nilai
rasa yang sama seperti merokok dengan rokok asli.
Penggunaan rokok elektronik ini menular secara berleluasa dalam
masyarakat dengan pelbagai alasan. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti
Wilayah Persekutuan (2015) menyatakan antara alasan paling popular adalah
sebagai pengganti kepada rokok sebenar untuk ditinggalkan dan berhenti secara
perlahan-lahan atau tadarruj. Menurut beliau alasan seperti ini seolah-olah
menghalalkan cara dan penggunaan rokok elektronik dengan berleluasa.
Terdapat pelbagai pandangan dan kajian yang dilakukan berkaitan rokok
elektronik ini sehingga terdapat beberapa pandangan serta kajian yang menyokong
penggunaan rokok elektronik. Penularan rokok elektronik ini amat membimbangkan
kerana semakin berleluasa digunakan termasuk kalangan remaja perempuan. Oleh
itu, tugasan ini akan mengupas isu rokok elektronik dari aspek penelitian hukum
dalam Islam.
2
2.0 ANALISIS ISU ROKOK ELEKTRONIK
Penularan rokok elektronik ini bermula di Malaysia seawal tahun 2009 dan kini ia
semakin dikenali dan ramai orang yang telah menjual rokok elektronik ini terutamanya
melalui internet. Tambahan pula, pengambilan rokok elektronik dikatakan boleh
menjimatkan kos berbanding pengambilan rokok tembakau yang memerlukan RM10
sehari dan RM300 sebulan kerana hanya memerlukan RM50 untuk sekali pembelian
tetapi boleh digunakan dalam tempoh yang panjang (Che Nor Hasimah, 2013).
Rokok elektronik adalah nama panggilan kepada alat yang membekalkan dos
nikotin dalam bentuk wap dengan memanaskan cecair campuran propylene glycol,
glycerol, perasa makanan dan nikotin menjadikannya berbentuk wap dan disedut
oleh pengguna. Rokok elektronik adalah satu percubaan untuk mewujudkan sejenis
rokok yang dikatakan mampu mengurangkan penggunaan rokok asal yang
berasaskan tembakau yang diketahui umum sebagai penyumbang kepada masalah
berkaitan dengan kanser jantung.
Dilabelkan sebagai rokok yang selamat diguna, rokok elektronik ini dikatakan
mempunyai nilai rasa yang sama seperti anda merokok rokok asli kecuali ianya tidak
berasap, tidak menghasilkan karbon monoksida dan juga tidak meninggalkan abu. .
Alat ini memberikan perokok yang ingin berhenti merokok masih mendapatkan dos
nikotin dan masih lagi dapat menikmati aktiviti merokok kerana wap yang dikeluarkan
adalah kelihatan seumpama asap rokok.
Rajah 1 Gambar rokok elektronik
3
NAS AL-QURAN DAN HADITH
Sememangnya tidak terdapat hukum atau larangan khusus daripada al-Quran atau
hadith berkaitan rokok elektronik. Namun secara umum al-Quran dan hadith
melarang setiap muslim mendekati segala perkara keji dan merosakkan diri
sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 195 :


Maksudnya : janganlah kamu lemparkan dirimu ke dalam kebinasaan.
Berdasarkan ayat di atas jelas menunjukkan haram melakukan sesuatu
perkara yang membawa kebinasaan kepada tubuh badan. Rokok elektronik
mempunyai nikotin bervariasi seperti nikotin pelarut, propilenglikol, dietilenglikol,
dangliserin yang menghasilkan nitrosamine apabila dipanaskan. Larutan nitrosamine
inilah menjadi faktor terhasilnya kanser.
Selain itu kandungan nikotin dalam rokok elektronik juga akan meningkatkan
kadar denyutan nadi dan pembebasan hormon adrenalin serta melambatkan sistem
saraf. Hal ini menunjukkan rokok elektronik yang dikatakan selamat itu juga mampu
merosakkan paru-paru seperti rokok biasa. Tindakan individu yang menghisap rokok
elektronik boleh dikira sebagai perbuatan membinasakan yang boleh membawa maut
dan membunuh diri, selaras firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 29 :


Maksudnya: Janganlah kamu membunuh diri kamu sesungguhnya Allah maha belas
kasihan kepada kamu.
Nabi Muhammad s.a.w juga telah mengharamkan pengambilan apa sahaja
jenis benda yang memabukkan termasuklah bahan-bahan yang boleh
membahayakan kesihatan sehingga membawa kepada kesengsaraan dan kematian.
Baginda bersabda :
َّ‫ل‬ ‫م‬‫ُم‬ ‫ا‬ً‫خالد‬ َ‫َّم‬‫ن‬‫جه‬ ِ‫ر‬‫نا‬ ‫يف‬ ‫م‬‫اه‬َّ‫يتحس‬ ‫فهو‬ ‫ه‬َ‫نفس‬ َ‫فقتل‬ ‫ا‬ًّ‫م‬‫ُس‬ ‫ب‬ِ‫ر‬‫ش‬ ‫ن‬َ‫م‬‫ا‬ً‫أبد‬ ‫فيها‬ ‫ا‬ً‫د‬
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
4
Maksudnya : Sesiapa minum (mengambil) racun, kemudian sehingga membunuh
dirinya, maka dia akan meminumnya pula di neraka jahanan dan kekal selamanya.
Malah Nabi Muhammad saw turut melarang umatnya daripada mengambil
ubat-ubatan yang keji sebagai mana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud
(Basri,2009) iaitu :
‫عن‬َ‫قال‬ َ‫ة‬‫ير‬‫ر‬‫ه‬ ‫أيب‬:‫هنى‬‫م‬‫رسول‬َِّ‫اّلل‬‫ى‬َّ‫ل‬‫ص‬َّ‫اّلل‬،‫وسلم‬ ‫عليه‬ِ‫ن‬‫ع‬ِ‫اء‬‫و‬َّ‫الد‬ِ‫اخلبيث‬
Maksudnya : daripada Abi Hurairah berkata ; Nabi saw melarang mengambil ubat-
ubatan yang keji.
Seandainya syarak melarang mengambil ubat-ubatan yang keji kerana keburukan
yang terdapat padanya inikan pula rokok elektronik merupakan antara ibu segala
kekejian serta penyakit yang membunuh dan racun yang merbahaya.
PANDANGAN ULAMA
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri mengeluarkan fatwa
bahawa penggunaan rokok elektronik adalah haram. Penetapan hukum
pengharaman rokok elektronik ini adalah berdasarkan kaedah qiyas kepada rokok
sebenar. Takrif qiyasmenurut Qadhi al-Baidowi adalah menetapkan hukum sesuatu
perkara pada suatu perkara lain kerana berkongsi keduanya ‘illah hukum (Abdul Azib,
2012).
‘Illah atau sebab penetapan hukum haram bagi merokok terpakai untuk isu
rokok elektronik ini juga antaranya kenyataan pakar menunjukkan rokok elektronik
memberi mudarat bahkan boleh jadi lebih mudarat daripada merokok itu sendiri. Ini
merupakan asas pertimbangan yang amat kuat kerana mafsadahnya tidak boleh
disangkal lagi serta mudaratnya telah diperakui oleh pakar dan badan-badan
berautoriti. Sebab-sebab lain yang mendorong kepada pengharaman rokok elektronik
ini adalah berlakunya pembaziran, meniru budaya yang bukan Islam dan dilihat tidak
bermaruah (petikan dari Irsyad Fatwa ke 63, 2015).
Ramai golongan ulama dari aliran semua mazhab fiqh yang telah
mengharamkan pengambilan rokok dan ia juga terpakai untuk isu rokok elektronik ini
yang mana hukumnya diqiyaskan dengan hukum rokok sebenar. Imam Syafie (rujuk
www.e-fatwa.gov) telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm
iaitu:
5
”Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap,
dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas
haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku
tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apa
pun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
Berdasarkan penyataan di atas jelas menunjukkan rokok elektronik turut
termasuk perbuatan haram kerana ia memberi kemudaratan kepada diri sehingga
membawa kepada kematian. As-Sayid Al-‘Allamah Al-Bashri Rahimahullahu Ta’ala
dalam fatwanya turut menyatakan :
“Kaedah-kaedah yang dipakai oleh para ulama kita ketika menyatakan haramnya
sesuatu makanan dalam bab al-ath‘imah ialah makanan yang boleh membawa
kepada mabuk atau memudaratkan akal atau tubuh badan, maka memakan benda
yang memabukkan adalah haram, kerana ia memabukkan, dan memakan makanan
yang memudaratkan akal juga haram, kerana mudaratnya itu. Begitu juga jikalau
seseorang membuat pengakuan bahawa dia tidak menemui apa-apa manfaat dalam
makanan itu dari semua segi, maka elok makanan berkenaan diharamkan ke
atasnya, kerana yang demikian itu berlaku pembaziran harta. Pembaziran harta
tidaklah ada bezanya di antara membuangnya ke laut atau membakarnya dan
sebagainya yang dikira sebagai membuang-buang harta itu. Manakala yang lainnya
adalah halal, kerana yang muktamad, bahawa asal sesuatu benda itu halal, apalagi
bagi orang yang menjadikannya sebagai ubat.” “Apa yang disebutkan di atas,
begitulah juga hukum yang berlaku kepada tembakau (rokok). Salah satu sifatnya
ialah baunya yang busuk. Maka pendapat yang rajih (kuat), hukumnya adalah haram
kerana kotornya…”
Kebanyakan ulama mazhab Maliki melarang dengan tegas penghisapan
rokok. Antaranya ialah Abu Zaid Sayyidi Abdur Rahman al-Fashih sepakat berkata :
“Rokok adalah haram untuk digunakan kerana para ilmuwan mengakui bahawa rokok
mengakibatkan kemalasan dan lemah, rokok memiliki persamaan dengan arak di
dalam hal memabukkan.”
Berdasarkan pendapat ulama di atas rokok elektronik hukumnya adalah haram
apabila diqiyaskan dengan hukum rokok sebagaimana yang difatwakan oleh Majlis
Fatwa Kebangsaan.
6
3.0 RUMUSAN ISU ROKOK ELEKTRONIK
Pengharaman rokok elektronik ini adalah relevan serta boleh diterima oleh fitrah
sekalian manusia yang berakal dan dapat memikirkan keburukan yang diperolehi
melebihi kebaikan daripada rokok elektronik ini. Fitrahnya manusia mengakui setiap
yang buruk secara bahasa mutlak menunjukkan pada setiap yang keji dan lazimnya
tidak disenangi oleh manusia lain. Maka sewajarnya masyarakat kini mengamalkan
serta menzahirkan firman Allah SWT pada surah al-A’raf ayat 157 dalam kehidupan
mereka iaitu :



Maksudnya : Dan (Allah) telah menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan
mengharamkan bagi mereka segala yang keji (buruk kotor).
Pengharaman rokok elektronik boleh ditetapkan dengan menggunakan
kaedah fiqh ‫املصاحل‬ ‫جلب‬ ‫على‬ ‫مقدم‬ ‫املفاسد‬ ‫درء‬ yang bermaksud menolak perkara
membawa bahaya lebih diutamakan daripada mengambil kemaslahatan. Kaedah ini
menjelaskan bahawa perhatian syarak lebih utama terhadap perkara tegahan dan
larangan berbanding perhatian terhadap perintah (Ab. Latif & Rosmawati, 2012). Hal
ini selaras dengan sabda Nabi Muhammad saw :
ُ‫ه‬ْ‫ن‬‫م‬ ‫ا‬‫و‬‫فأت‬ ٍ‫ر‬‫بأم‬ ‫كم‬ُ‫ت‬‫ر‬‫أم‬ ‫وإذا‬ ُ‫فاجتنبوه‬ ٍ‫شيء‬ ‫عن‬ ‫كم‬ُ‫هيت‬‫َن‬ ‫إذا‬‫ا‬ ‫ما‬ُ‫ستطعت‬
Maksudnya : Sekiranya aku menegah kamu terhadap sesuatu maka jauhilah ia.
Sekiranya aku perintahkan kepada kamu dengan sesuatu perintah, maka lakukanlah
menurut kadar kemampuan kamu.
Kaedah fiqh ‫املصاحل‬ ‫جلب‬ ‫على‬ ‫مقدم‬ ‫املفاسد‬ ‫درء‬ ini menjelaskan apabila dalam
sesuatu perkara itu padanya terdapat manfaat serta kerosakan maka seharusnya
diutamakan atau didahulukan untuk menghilangkan kemudaratan tersebut kerana
dikhuatiri merebak dan menular ke merata tempat seterusnya menyebabkan
kerosakan yang lebih besar. Lantaran itu berdasarkan kaedah ini rokok elektronik
7
adalah haram kerana ia merupakan satu daripada punca kanser meskipun ia
dikatakan sebagai suatu medium untuk mengurangkan ketagihan pada rokok
sebenar. Penetapan hukum rokok elektronik ini diambil daripada dalil yang
diqiyaskan kepada arak sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat
219 :









Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan
judi. Katakanlah : Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat
bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.
Rokok elektronik dan arak mempunyai sebab atau ‘illah hukum yang sama
iaitu memabukkan atau membawa kebinasaan terhadap individu dan masyarakat.
Menurut Muhammad Abu Faroq (2004), rokok yang mengandungi berbagai-bagai
jenis racun kimia seperti nikotin termasuk dalam senarai benda yang kotor, busuk,
memudaratkan dan yang paling buruk dan keji ialah mengandungi benda haram
(candu) yang dikategorikan sebagai benda yang memabukkan. Abdullah bin Abdul
Rahman al-Sind dalam bukunya bertajuk Rokok dan Keharamannya menyatakan :
“ Nikotin merupakan suatu bahan beracun(sejenis dadah yang terdapat dalam daun
tembakau) yang lebih bias(keras) kesannya daripada segala racun.”
Imam Ibn Hajar dalam Fath Al Mu’in mengatakan terdapat dua alasan mengapa
seseuatu perkara itu diharamkan dalam Islam iaitu :
1. Ia mendatangkan kerosakan yang nyata atau menimbulkan yang tersembunyi.
2. Ia merosakkan tubuh badan dengan jelas.
Tambahan pula membeli rokok elektronik merupakan suatu pembaziran wang
kerana membelanjakannya kepada apa yang tidak memberi faedah kepada dan roh.
Pembaziran mempunyai pelbagai bentuk antaranya membelanjakan harta pada
perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah apalagi jika ia mendatangkan
8
kemudaratan untuk masa sekarang serta masa akan datang. Antara dalilnya adalah
firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 27 :




Maksudnya : Janganlah kamu membazir, sesungguhnya orang yang membazir itu
saudara syaitan. Syaitan pula kufur kepada Tuhannya.
Imam Ibnu Hazm dalam kitabnya al-Muhalla (7/503, masalah no. 1027) menegaskan
bahawa “pembaziran adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan haram adalah :
Membelanjakan wang untuk perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah
SWT, samada banyak ataupun sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk
sekalipun.
Pembaziran yang tidak ada keperluannya atau tidak diperlukan.
Membazirkan wang, walaupun dalam jumlah yang kecil, membazirkan wang
tanpa tujuan adalah sia-sia.
Rumusannya rokok elektronik adalah haram kerana usaha mencegah
kerosakan lebih diutamakan daripada usaha untuk mendapat kebaikan yang sedikit.
World Health Organization telah mengeluarkan kenyataan: “tiada kajian yang sahih
menunjukkan e-rokok ini selamat dan berkesan sebagai rawatan penggantian
nicotine. Oleh itu, pihak pengeluar haruslah melakukan kajian yang mendalam untuk
menyokong dakwaan mereka bahawa e-rokok boleh digunakan untuk mengurangkan
tabiat merokok”.
Bagi perokok tegar yang ingin mengatasi masalah ketagihan merokok
sewajarnya menghadirkan diri ke klinik berdekatan untuk menyertai program klinik
berhenti merokok bagi mendapatkan terapi dan sesi kedua kaunseling. Pemilihan
rokok elektronik sebagai alternatif untuk mengurangkan ketagihan merokok perlulah
dielakkan dan menjauhi sikap bazirkan wang untuk sesuatu yang jelas tidak
memberikan manfaat kepada diri sendiri.
9
BIBLIOGRAFI
Al-Quran.
Abdul Azib Hussain (2012). Manhaj Ilmu Fiqah & Usul Fiqah. Kuala Lumpur. Telaga Biru.
Dr. Basri Ibrahim Al-Hasani Al-Azahari (2009). Isu-Isu Fiqh Semasa Halal & Haram :Ilmu,
Akidah, Syariah dan Akhlak. Batu Caves. Al-Hidayah Publication.
Dr. Ab.Latif Muda dan Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin (2012). Usul Fiqh & Kaedah Fiqh. Kuala
Lumpur. Pustaka Salam.
Muhammad Abu Faroq al-Athari (2004). Rokok Haram atau Makruh & Penawar atau
Pembunuh. Johor Bahru. Perniagaan Jahabersa.
Rosmawati Ali dan Siti Zubaidah Ismail (1995). Fatwa Masa Kini Jilid 3 & 4. Kuala Lumpur.
Pustaka Salam.
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (2015) Irsyad Fatwa Ke-63: Hukum Penggunaan Rokok
Elektronik / Vapor. http://www.muftiwp.gov.my/.
Che Nor Hasimah Che Hamzah (2013). Rokok Elektronik Sekadar Pujukan.
http://www.beritakampus.usm.my.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam
http://zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/259-hukum-merokok.html

More Related Content

What's hot

Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Tazkirah PTAR
 
Usul fiqh, soalan 3.
Usul fiqh, soalan 3.Usul fiqh, soalan 3.
Usul fiqh, soalan 3.
jimoh370
 
Hudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzirHudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzir
shashahussein
 
Prinsip-Prinsip Halal dan Haram
Prinsip-Prinsip Halal dan HaramPrinsip-Prinsip Halal dan Haram
Prinsip-Prinsip Halal dan Haram
Akhy Sham
 
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahPengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahMohd Syahir Ismail
 
Sekularisme, pluralisme, liberalisme & ajaran2 sesat
Sekularisme, pluralisme, liberalisme & ajaran2 sesatSekularisme, pluralisme, liberalisme & ajaran2 sesat
Sekularisme, pluralisme, liberalisme & ajaran2 sesat
Hidayat Shafie
 
Akidah ahli sunnah wal jamaah2
Akidah ahli sunnah wal jamaah2Akidah ahli sunnah wal jamaah2
Akidah ahli sunnah wal jamaah2
Khairul Anwar
 
Kesenian Mengikut Perspektif Islam
Kesenian Mengikut Perspektif IslamKesenian Mengikut Perspektif Islam
Kesenian Mengikut Perspektif Islam
Chaerry Cha
 
Lagu dan muzik yang dibolehkan oleh syariat
Lagu dan muzik yang dibolehkan oleh syariatLagu dan muzik yang dibolehkan oleh syariat
Lagu dan muzik yang dibolehkan oleh syariat
Universiti Kebangsaan Malaysia
 
Usul fiqh, 'azimah.
Usul fiqh, 'azimah.Usul fiqh, 'azimah.
Usul fiqh, 'azimah.
jimoh370
 
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
Salam Salleh
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inSejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Zafirah Abdullah
 
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
IZZATIZULKEFLI1
 
Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)
Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)
Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)
wmkfirdaus
 
Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah)
Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah)Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah)
Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah)MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 
Jenayah zina
Jenayah zinaJenayah zina
Jenayah zina
shahirah44
 
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHATPENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
NURLIDYAWATI JASMIN
 
Perkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islamPerkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islam
Arra Asri
 
What's hot (20)

Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
 
Usul fiqh, soalan 3.
Usul fiqh, soalan 3.Usul fiqh, soalan 3.
Usul fiqh, soalan 3.
 
Hudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzirHudud,qisas,diat,dan takzir
Hudud,qisas,diat,dan takzir
 
Prinsip-Prinsip Halal dan Haram
Prinsip-Prinsip Halal dan HaramPrinsip-Prinsip Halal dan Haram
Prinsip-Prinsip Halal dan Haram
 
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahPengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
 
Sekularisme, pluralisme, liberalisme & ajaran2 sesat
Sekularisme, pluralisme, liberalisme & ajaran2 sesatSekularisme, pluralisme, liberalisme & ajaran2 sesat
Sekularisme, pluralisme, liberalisme & ajaran2 sesat
 
ajaran sesat
ajaran sesatajaran sesat
ajaran sesat
 
Akidah ahli sunnah wal jamaah2
Akidah ahli sunnah wal jamaah2Akidah ahli sunnah wal jamaah2
Akidah ahli sunnah wal jamaah2
 
Kesenian Mengikut Perspektif Islam
Kesenian Mengikut Perspektif IslamKesenian Mengikut Perspektif Islam
Kesenian Mengikut Perspektif Islam
 
Hadis Dhaif
Hadis DhaifHadis Dhaif
Hadis Dhaif
 
Lagu dan muzik yang dibolehkan oleh syariat
Lagu dan muzik yang dibolehkan oleh syariatLagu dan muzik yang dibolehkan oleh syariat
Lagu dan muzik yang dibolehkan oleh syariat
 
Usul fiqh, 'azimah.
Usul fiqh, 'azimah.Usul fiqh, 'azimah.
Usul fiqh, 'azimah.
 
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inSejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
 
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
 
Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)
Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)
Bab 1 konsep fatwa dalam islam (1)
 
Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah)
Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah)Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah)
Usuluddin 2(takrif makiyyah dan madaniah)
 
Jenayah zina
Jenayah zinaJenayah zina
Jenayah zina
 
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHATPENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
 
Perkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islamPerkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islam
 
Similar to Kkp fiqh-rokok elektronik

Presentasi bahaya merokok dan hukumnya dalam islam
Presentasi bahaya merokok dan hukumnya dalam islamPresentasi bahaya merokok dan hukumnya dalam islam
Presentasi bahaya merokok dan hukumnya dalam islam
Taufik Soleh
 
Hukum rokok dalam islam adalah haram atau makruh
Hukum rokok dalam islam adalah haram atau makruhHukum rokok dalam islam adalah haram atau makruh
Hukum rokok dalam islam adalah haram atau makruhSawaludin Zega
 
Rokok pp
Rokok ppRokok pp
Rokok pp
ramadinasavitri
 
Remaja merokok
Remaja merokokRemaja merokok
Remaja merokok
Muhammad Satria
 
Karyatulis
KaryatulisKaryatulis
Karyatulis
Blessing Shalomi
 
Contoh karya tulis ilmiah tentang bahaya merokok - Anang
Contoh karya tulis ilmiah tentang bahaya merokok - AnangContoh karya tulis ilmiah tentang bahaya merokok - Anang
Contoh karya tulis ilmiah tentang bahaya merokok - Anang
Anang Andika Putra Siswanto
 
Hukum rokok, merokok dan profesi terkait lainnya
Hukum rokok, merokok dan profesi terkait lainnyaHukum rokok, merokok dan profesi terkait lainnya
Hukum rokok, merokok dan profesi terkait lainnyaMuhsin Hariyanto
 
Aplikom
Aplikom Aplikom
Bab i bahaya rokok akhir
Bab i bahaya rokok akhirBab i bahaya rokok akhir
Bab i bahaya rokok akhir
Irsan Septian
 
Chandra ekajaya pembohongan publik terkait rokok elektrik
Chandra ekajaya   pembohongan publik terkait rokok elektrikChandra ekajaya   pembohongan publik terkait rokok elektrik
Chandra ekajaya pembohongan publik terkait rokok elektrik
P., Chandra Ekajaya
 
Remaja perokok
Remaja perokokRemaja perokok
Remaja perokok
itaufik
 
Plh
PlhPlh
Makalah bahaya merokok
Makalah bahaya merokokMakalah bahaya merokok
Makalah bahaya merokok
Septian Muna Barakati
 
Perokok Indonesia
Perokok IndonesiaPerokok Indonesia
Perokok Indonesia
ilhamputraa
 
Bahaya rokok dalam kehidupan
Bahaya rokok dalam kehidupan Bahaya rokok dalam kehidupan
Bahaya rokok dalam kehidupan
Alyssa Melani Savira
 
Data perokok di indonesia
Data perokok di indonesiaData perokok di indonesia
Data perokok di indonesia
Sarrah Nadia
 
Similar to Kkp fiqh-rokok elektronik (20)

Presentasi bahaya merokok dan hukumnya dalam islam
Presentasi bahaya merokok dan hukumnya dalam islamPresentasi bahaya merokok dan hukumnya dalam islam
Presentasi bahaya merokok dan hukumnya dalam islam
 
Hukum rokok dalam islam adalah haram atau makruh
Hukum rokok dalam islam adalah haram atau makruhHukum rokok dalam islam adalah haram atau makruh
Hukum rokok dalam islam adalah haram atau makruh
 
Rokok pp
Rokok ppRokok pp
Rokok pp
 
Remaja merokok
Remaja merokokRemaja merokok
Remaja merokok
 
Remaja merokok
Remaja merokokRemaja merokok
Remaja merokok
 
Karyatulis
KaryatulisKaryatulis
Karyatulis
 
Contoh karya tulis ilmiah tentang bahaya merokok - Anang
Contoh karya tulis ilmiah tentang bahaya merokok - AnangContoh karya tulis ilmiah tentang bahaya merokok - Anang
Contoh karya tulis ilmiah tentang bahaya merokok - Anang
 
Hukum rokok, merokok dan profesi terkait lainnya
Hukum rokok, merokok dan profesi terkait lainnyaHukum rokok, merokok dan profesi terkait lainnya
Hukum rokok, merokok dan profesi terkait lainnya
 
Aplikom
Aplikom Aplikom
Aplikom
 
Bab i bahaya rokok akhir
Bab i bahaya rokok akhirBab i bahaya rokok akhir
Bab i bahaya rokok akhir
 
Chandra ekajaya pembohongan publik terkait rokok elektrik
Chandra ekajaya   pembohongan publik terkait rokok elektrikChandra ekajaya   pembohongan publik terkait rokok elektrik
Chandra ekajaya pembohongan publik terkait rokok elektrik
 
Remaja perokok
Remaja perokokRemaja perokok
Remaja perokok
 
Plh
PlhPlh
Plh
 
Plh
PlhPlh
Plh
 
Makalah bahaya merokok
Makalah bahaya merokokMakalah bahaya merokok
Makalah bahaya merokok
 
Perokok Indonesia
Perokok IndonesiaPerokok Indonesia
Perokok Indonesia
 
Bahaya rokok dalam kehidupan
Bahaya rokok dalam kehidupan Bahaya rokok dalam kehidupan
Bahaya rokok dalam kehidupan
 
Makalah bahaya merokok
Makalah bahaya merokokMakalah bahaya merokok
Makalah bahaya merokok
 
Makalah bahaya merokok
Makalah bahaya merokokMakalah bahaya merokok
Makalah bahaya merokok
 
Data perokok di indonesia
Data perokok di indonesiaData perokok di indonesia
Data perokok di indonesia
 
More from Wan Syafawati

ulasan sunnah vs bid'ah
ulasan sunnah vs bid'ahulasan sunnah vs bid'ah
ulasan sunnah vs bid'ah
Wan Syafawati
 
23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum
23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum
23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum
Wan Syafawati
 
Kit0rg
Kit0rgKit0rg
Pengumpulan al quran
Pengumpulan al quranPengumpulan al quran
Pengumpulan al quran
Wan Syafawati
 
اساس علوم شريعة
اساس علوم شريعةاساس علوم شريعة
اساس علوم شريعةWan Syafawati
 
Prinsip islam hadhari
Prinsip islam hadhariPrinsip islam hadhari
Prinsip islam hadhariWan Syafawati
 
Bahasa melayu kontekstual
Bahasa melayu kontekstualBahasa melayu kontekstual
Bahasa melayu kontekstualWan Syafawati
 
More from Wan Syafawati (8)

ulasan sunnah vs bid'ah
ulasan sunnah vs bid'ahulasan sunnah vs bid'ah
ulasan sunnah vs bid'ah
 
Tayamum
TayamumTayamum
Tayamum
 
23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum
23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum
23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum
 
Kit0rg
Kit0rgKit0rg
Kit0rg
 
Pengumpulan al quran
Pengumpulan al quranPengumpulan al quran
Pengumpulan al quran
 
اساس علوم شريعة
اساس علوم شريعةاساس علوم شريعة
اساس علوم شريعة
 
Prinsip islam hadhari
Prinsip islam hadhariPrinsip islam hadhari
Prinsip islam hadhari
 
Bahasa melayu kontekstual
Bahasa melayu kontekstualBahasa melayu kontekstual
Bahasa melayu kontekstual
 
Recently uploaded

Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul AjarPowerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
MashudiMashudi12
 
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28 Juni 2024
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28  Juni 2024Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28  Juni 2024
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28 Juni 2024
Kanaidi ken
 
GERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptx
GERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptxGERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptx
GERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptx
fildiausmayusuf1
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
PPT PENGELOLAAN KINERJA PADA PMM SEKOLAH.pptx
PPT PENGELOLAAN KINERJA PADA PMM SEKOLAH.pptxPPT PENGELOLAAN KINERJA PADA PMM SEKOLAH.pptx
PPT PENGELOLAAN KINERJA PADA PMM SEKOLAH.pptx
AqlanHaritsAlfarisi
 
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
nasrudienaulia
 
Pemutakhiran Data dosen pada sister.pptx
Pemutakhiran Data dosen pada sister.pptxPemutakhiran Data dosen pada sister.pptx
Pemutakhiran Data dosen pada sister.pptx
ssuser4dafea
 
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Bagaimana memakai AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Bagaimana memakai AI?Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Bagaimana memakai AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Bagaimana memakai AI?
SABDA
 
Makalah Hukum Lingkungan Urgensi Kebijakan TAPERA .pdf
Makalah Hukum Lingkungan Urgensi Kebijakan TAPERA .pdfMakalah Hukum Lingkungan Urgensi Kebijakan TAPERA .pdf
Makalah Hukum Lingkungan Urgensi Kebijakan TAPERA .pdf
Andre664723
 
FORMAT PPT RANGKAIAN PROGRAM KERJA KM 7.pptx
FORMAT PPT RANGKAIAN PROGRAM KERJA KM 7.pptxFORMAT PPT RANGKAIAN PROGRAM KERJA KM 7.pptx
FORMAT PPT RANGKAIAN PROGRAM KERJA KM 7.pptx
NavaldiMalau
 
SAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKAN
SAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKANSAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKAN
SAINS TINGKATAN 4 BAB 11 DAYA DAN GERAKAN
NURULNAHARIAHBINTIAH
 
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Kisi-kisi PAT IPS Kelas 8 semester 2.pdf
Kisi-kisi PAT IPS Kelas 8 semester 2.pdfKisi-kisi PAT IPS Kelas 8 semester 2.pdf
Kisi-kisi PAT IPS Kelas 8 semester 2.pdf
indraayurestuw
 
Tugas_Rasianto-Refleksi - Pembelajaran Diferensiasi dalam PJOK.pdf
Tugas_Rasianto-Refleksi - Pembelajaran Diferensiasi dalam PJOK.pdfTugas_Rasianto-Refleksi - Pembelajaran Diferensiasi dalam PJOK.pdf
Tugas_Rasianto-Refleksi - Pembelajaran Diferensiasi dalam PJOK.pdf
nurfaridah271
 
Novel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptx
Novel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptxNovel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptx
Novel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptx
NirmalaJane
 
Panduan Penggunaan Rekomendasi Buku Sastra.pdf
Panduan Penggunaan Rekomendasi Buku Sastra.pdfPanduan Penggunaan Rekomendasi Buku Sastra.pdf
Panduan Penggunaan Rekomendasi Buku Sastra.pdf
MildayantiMildayanti
 
Tugas CGP Mulai dari diri - Modul 2.1.pdf
Tugas CGP Mulai dari diri - Modul 2.1.pdfTugas CGP Mulai dari diri - Modul 2.1.pdf
Tugas CGP Mulai dari diri - Modul 2.1.pdf
Thahir9
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan Regulasi Terbaru P...
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan  Regulasi  Terbaru P...PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan  Regulasi  Terbaru P...
PELAKSANAAN + Link2 Materi WORKSHOP Nasional _"Penerapan Regulasi Terbaru P...
Kanaidi ken
 
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF_Baedlawi.pdf
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF_Baedlawi.pdfAKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF_Baedlawi.pdf
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF_Baedlawi.pdf
opkcibungbulang
 
KONSEP TEORI TERAPI KOMPLEMENTER - KELAS B KELOMPOK 10.pdf
KONSEP TEORI TERAPI KOMPLEMENTER - KELAS B KELOMPOK 10.pdfKONSEP TEORI TERAPI KOMPLEMENTER - KELAS B KELOMPOK 10.pdf
KONSEP TEORI TERAPI KOMPLEMENTER - KELAS B KELOMPOK 10.pdf
AsyeraPerangin1
 
Recently uploaded (20)

Kkp fiqh-rokok elektronik

  • 1. 1 1.0 PENGENALAN Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan badan bukan kerajaan (NGO) menyatakan bahawa jumlah perokok di Malaysia kini berada pada tahap yang membimbangkan apabila seramai 40 hingga 50 perokok baru dicatatkan setiap hari. Meskipun muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal Islam Malaysia kali ke 37 telah mengeluarkan fatwa bahawa merokok adalah haram dari sudut pandangan Islam kerana mengandungi kemudaratan (Basri, 2009) namun, perangkaan menunjukkan 35 peratus daripada keseluruhan perokok adalah dari kalangan Melayu Muslim. Ketagihan rokok ini menjadi masalah global yang sukar ditangani meskipun telah banyak program dilancarkan membabitkan pelbagai peringkat untuk mengatasi masalah penagihan rokok. Rentetan daripada usaha untuk mengurangkan masalah ketagihan rokok ini munculnya rokok elektronik sebagai suatu alternatif permasalahan ini. Rokok Elektronik (Elecronic Nicotine Delivery Systems atau e-Cigarette) adalah sebuah inovasi dari bentuk rokok konvensional menjadi rokok moden. Pada masa kini, rokok elektrik juga dikenali sebagai vape atau vapor. Rokok elektronik ini dilabelkan sebagai rokok yang selamat digunakan serta dikatakan mempunyai nilai rasa yang sama seperti merokok dengan rokok asli. Penggunaan rokok elektronik ini menular secara berleluasa dalam masyarakat dengan pelbagai alasan. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan (2015) menyatakan antara alasan paling popular adalah sebagai pengganti kepada rokok sebenar untuk ditinggalkan dan berhenti secara perlahan-lahan atau tadarruj. Menurut beliau alasan seperti ini seolah-olah menghalalkan cara dan penggunaan rokok elektronik dengan berleluasa. Terdapat pelbagai pandangan dan kajian yang dilakukan berkaitan rokok elektronik ini sehingga terdapat beberapa pandangan serta kajian yang menyokong penggunaan rokok elektronik. Penularan rokok elektronik ini amat membimbangkan kerana semakin berleluasa digunakan termasuk kalangan remaja perempuan. Oleh itu, tugasan ini akan mengupas isu rokok elektronik dari aspek penelitian hukum dalam Islam.
  • 2. 2 2.0 ANALISIS ISU ROKOK ELEKTRONIK Penularan rokok elektronik ini bermula di Malaysia seawal tahun 2009 dan kini ia semakin dikenali dan ramai orang yang telah menjual rokok elektronik ini terutamanya melalui internet. Tambahan pula, pengambilan rokok elektronik dikatakan boleh menjimatkan kos berbanding pengambilan rokok tembakau yang memerlukan RM10 sehari dan RM300 sebulan kerana hanya memerlukan RM50 untuk sekali pembelian tetapi boleh digunakan dalam tempoh yang panjang (Che Nor Hasimah, 2013). Rokok elektronik adalah nama panggilan kepada alat yang membekalkan dos nikotin dalam bentuk wap dengan memanaskan cecair campuran propylene glycol, glycerol, perasa makanan dan nikotin menjadikannya berbentuk wap dan disedut oleh pengguna. Rokok elektronik adalah satu percubaan untuk mewujudkan sejenis rokok yang dikatakan mampu mengurangkan penggunaan rokok asal yang berasaskan tembakau yang diketahui umum sebagai penyumbang kepada masalah berkaitan dengan kanser jantung. Dilabelkan sebagai rokok yang selamat diguna, rokok elektronik ini dikatakan mempunyai nilai rasa yang sama seperti anda merokok rokok asli kecuali ianya tidak berasap, tidak menghasilkan karbon monoksida dan juga tidak meninggalkan abu. . Alat ini memberikan perokok yang ingin berhenti merokok masih mendapatkan dos nikotin dan masih lagi dapat menikmati aktiviti merokok kerana wap yang dikeluarkan adalah kelihatan seumpama asap rokok. Rajah 1 Gambar rokok elektronik
  • 3. 3 NAS AL-QURAN DAN HADITH Sememangnya tidak terdapat hukum atau larangan khusus daripada al-Quran atau hadith berkaitan rokok elektronik. Namun secara umum al-Quran dan hadith melarang setiap muslim mendekati segala perkara keji dan merosakkan diri sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 195 :   Maksudnya : janganlah kamu lemparkan dirimu ke dalam kebinasaan. Berdasarkan ayat di atas jelas menunjukkan haram melakukan sesuatu perkara yang membawa kebinasaan kepada tubuh badan. Rokok elektronik mempunyai nikotin bervariasi seperti nikotin pelarut, propilenglikol, dietilenglikol, dangliserin yang menghasilkan nitrosamine apabila dipanaskan. Larutan nitrosamine inilah menjadi faktor terhasilnya kanser. Selain itu kandungan nikotin dalam rokok elektronik juga akan meningkatkan kadar denyutan nadi dan pembebasan hormon adrenalin serta melambatkan sistem saraf. Hal ini menunjukkan rokok elektronik yang dikatakan selamat itu juga mampu merosakkan paru-paru seperti rokok biasa. Tindakan individu yang menghisap rokok elektronik boleh dikira sebagai perbuatan membinasakan yang boleh membawa maut dan membunuh diri, selaras firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 29 :   Maksudnya: Janganlah kamu membunuh diri kamu sesungguhnya Allah maha belas kasihan kepada kamu. Nabi Muhammad s.a.w juga telah mengharamkan pengambilan apa sahaja jenis benda yang memabukkan termasuklah bahan-bahan yang boleh membahayakan kesihatan sehingga membawa kepada kesengsaraan dan kematian. Baginda bersabda : َّ‫ل‬ ‫م‬‫ُم‬ ‫ا‬ً‫خالد‬ َ‫َّم‬‫ن‬‫جه‬ ِ‫ر‬‫نا‬ ‫يف‬ ‫م‬‫اه‬َّ‫يتحس‬ ‫فهو‬ ‫ه‬َ‫نفس‬ َ‫فقتل‬ ‫ا‬ًّ‫م‬‫ُس‬ ‫ب‬ِ‫ر‬‫ش‬ ‫ن‬َ‫م‬‫ا‬ً‫أبد‬ ‫فيها‬ ‫ا‬ً‫د‬ (Hadis riwayat Ibnu Majah)
  • 4. 4 Maksudnya : Sesiapa minum (mengambil) racun, kemudian sehingga membunuh dirinya, maka dia akan meminumnya pula di neraka jahanan dan kekal selamanya. Malah Nabi Muhammad saw turut melarang umatnya daripada mengambil ubat-ubatan yang keji sebagai mana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud (Basri,2009) iaitu : ‫عن‬َ‫قال‬ َ‫ة‬‫ير‬‫ر‬‫ه‬ ‫أيب‬:‫هنى‬‫م‬‫رسول‬َِّ‫اّلل‬‫ى‬َّ‫ل‬‫ص‬َّ‫اّلل‬،‫وسلم‬ ‫عليه‬ِ‫ن‬‫ع‬ِ‫اء‬‫و‬َّ‫الد‬ِ‫اخلبيث‬ Maksudnya : daripada Abi Hurairah berkata ; Nabi saw melarang mengambil ubat- ubatan yang keji. Seandainya syarak melarang mengambil ubat-ubatan yang keji kerana keburukan yang terdapat padanya inikan pula rokok elektronik merupakan antara ibu segala kekejian serta penyakit yang membunuh dan racun yang merbahaya. PANDANGAN ULAMA Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri mengeluarkan fatwa bahawa penggunaan rokok elektronik adalah haram. Penetapan hukum pengharaman rokok elektronik ini adalah berdasarkan kaedah qiyas kepada rokok sebenar. Takrif qiyasmenurut Qadhi al-Baidowi adalah menetapkan hukum sesuatu perkara pada suatu perkara lain kerana berkongsi keduanya ‘illah hukum (Abdul Azib, 2012). ‘Illah atau sebab penetapan hukum haram bagi merokok terpakai untuk isu rokok elektronik ini juga antaranya kenyataan pakar menunjukkan rokok elektronik memberi mudarat bahkan boleh jadi lebih mudarat daripada merokok itu sendiri. Ini merupakan asas pertimbangan yang amat kuat kerana mafsadahnya tidak boleh disangkal lagi serta mudaratnya telah diperakui oleh pakar dan badan-badan berautoriti. Sebab-sebab lain yang mendorong kepada pengharaman rokok elektronik ini adalah berlakunya pembaziran, meniru budaya yang bukan Islam dan dilihat tidak bermaruah (petikan dari Irsyad Fatwa ke 63, 2015). Ramai golongan ulama dari aliran semua mazhab fiqh yang telah mengharamkan pengambilan rokok dan ia juga terpakai untuk isu rokok elektronik ini yang mana hukumnya diqiyaskan dengan hukum rokok sebenar. Imam Syafie (rujuk www.e-fatwa.gov) telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:
  • 5. 5 ”Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apa pun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”. Berdasarkan penyataan di atas jelas menunjukkan rokok elektronik turut termasuk perbuatan haram kerana ia memberi kemudaratan kepada diri sehingga membawa kepada kematian. As-Sayid Al-‘Allamah Al-Bashri Rahimahullahu Ta’ala dalam fatwanya turut menyatakan : “Kaedah-kaedah yang dipakai oleh para ulama kita ketika menyatakan haramnya sesuatu makanan dalam bab al-ath‘imah ialah makanan yang boleh membawa kepada mabuk atau memudaratkan akal atau tubuh badan, maka memakan benda yang memabukkan adalah haram, kerana ia memabukkan, dan memakan makanan yang memudaratkan akal juga haram, kerana mudaratnya itu. Begitu juga jikalau seseorang membuat pengakuan bahawa dia tidak menemui apa-apa manfaat dalam makanan itu dari semua segi, maka elok makanan berkenaan diharamkan ke atasnya, kerana yang demikian itu berlaku pembaziran harta. Pembaziran harta tidaklah ada bezanya di antara membuangnya ke laut atau membakarnya dan sebagainya yang dikira sebagai membuang-buang harta itu. Manakala yang lainnya adalah halal, kerana yang muktamad, bahawa asal sesuatu benda itu halal, apalagi bagi orang yang menjadikannya sebagai ubat.” “Apa yang disebutkan di atas, begitulah juga hukum yang berlaku kepada tembakau (rokok). Salah satu sifatnya ialah baunya yang busuk. Maka pendapat yang rajih (kuat), hukumnya adalah haram kerana kotornya…” Kebanyakan ulama mazhab Maliki melarang dengan tegas penghisapan rokok. Antaranya ialah Abu Zaid Sayyidi Abdur Rahman al-Fashih sepakat berkata : “Rokok adalah haram untuk digunakan kerana para ilmuwan mengakui bahawa rokok mengakibatkan kemalasan dan lemah, rokok memiliki persamaan dengan arak di dalam hal memabukkan.” Berdasarkan pendapat ulama di atas rokok elektronik hukumnya adalah haram apabila diqiyaskan dengan hukum rokok sebagaimana yang difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
  • 6. 6 3.0 RUMUSAN ISU ROKOK ELEKTRONIK Pengharaman rokok elektronik ini adalah relevan serta boleh diterima oleh fitrah sekalian manusia yang berakal dan dapat memikirkan keburukan yang diperolehi melebihi kebaikan daripada rokok elektronik ini. Fitrahnya manusia mengakui setiap yang buruk secara bahasa mutlak menunjukkan pada setiap yang keji dan lazimnya tidak disenangi oleh manusia lain. Maka sewajarnya masyarakat kini mengamalkan serta menzahirkan firman Allah SWT pada surah al-A’raf ayat 157 dalam kehidupan mereka iaitu :    Maksudnya : Dan (Allah) telah menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang keji (buruk kotor). Pengharaman rokok elektronik boleh ditetapkan dengan menggunakan kaedah fiqh ‫املصاحل‬ ‫جلب‬ ‫على‬ ‫مقدم‬ ‫املفاسد‬ ‫درء‬ yang bermaksud menolak perkara membawa bahaya lebih diutamakan daripada mengambil kemaslahatan. Kaedah ini menjelaskan bahawa perhatian syarak lebih utama terhadap perkara tegahan dan larangan berbanding perhatian terhadap perintah (Ab. Latif & Rosmawati, 2012). Hal ini selaras dengan sabda Nabi Muhammad saw : ُ‫ه‬ْ‫ن‬‫م‬ ‫ا‬‫و‬‫فأت‬ ٍ‫ر‬‫بأم‬ ‫كم‬ُ‫ت‬‫ر‬‫أم‬ ‫وإذا‬ ُ‫فاجتنبوه‬ ٍ‫شيء‬ ‫عن‬ ‫كم‬ُ‫هيت‬‫َن‬ ‫إذا‬‫ا‬ ‫ما‬ُ‫ستطعت‬ Maksudnya : Sekiranya aku menegah kamu terhadap sesuatu maka jauhilah ia. Sekiranya aku perintahkan kepada kamu dengan sesuatu perintah, maka lakukanlah menurut kadar kemampuan kamu. Kaedah fiqh ‫املصاحل‬ ‫جلب‬ ‫على‬ ‫مقدم‬ ‫املفاسد‬ ‫درء‬ ini menjelaskan apabila dalam sesuatu perkara itu padanya terdapat manfaat serta kerosakan maka seharusnya diutamakan atau didahulukan untuk menghilangkan kemudaratan tersebut kerana dikhuatiri merebak dan menular ke merata tempat seterusnya menyebabkan kerosakan yang lebih besar. Lantaran itu berdasarkan kaedah ini rokok elektronik
  • 7. 7 adalah haram kerana ia merupakan satu daripada punca kanser meskipun ia dikatakan sebagai suatu medium untuk mengurangkan ketagihan pada rokok sebenar. Penetapan hukum rokok elektronik ini diambil daripada dalil yang diqiyaskan kepada arak sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 219 :          Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah : Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. Rokok elektronik dan arak mempunyai sebab atau ‘illah hukum yang sama iaitu memabukkan atau membawa kebinasaan terhadap individu dan masyarakat. Menurut Muhammad Abu Faroq (2004), rokok yang mengandungi berbagai-bagai jenis racun kimia seperti nikotin termasuk dalam senarai benda yang kotor, busuk, memudaratkan dan yang paling buruk dan keji ialah mengandungi benda haram (candu) yang dikategorikan sebagai benda yang memabukkan. Abdullah bin Abdul Rahman al-Sind dalam bukunya bertajuk Rokok dan Keharamannya menyatakan : “ Nikotin merupakan suatu bahan beracun(sejenis dadah yang terdapat dalam daun tembakau) yang lebih bias(keras) kesannya daripada segala racun.” Imam Ibn Hajar dalam Fath Al Mu’in mengatakan terdapat dua alasan mengapa seseuatu perkara itu diharamkan dalam Islam iaitu : 1. Ia mendatangkan kerosakan yang nyata atau menimbulkan yang tersembunyi. 2. Ia merosakkan tubuh badan dengan jelas. Tambahan pula membeli rokok elektronik merupakan suatu pembaziran wang kerana membelanjakannya kepada apa yang tidak memberi faedah kepada dan roh. Pembaziran mempunyai pelbagai bentuk antaranya membelanjakan harta pada perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah apalagi jika ia mendatangkan
  • 8. 8 kemudaratan untuk masa sekarang serta masa akan datang. Antara dalilnya adalah firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 27 :     Maksudnya : Janganlah kamu membazir, sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan. Syaitan pula kufur kepada Tuhannya. Imam Ibnu Hazm dalam kitabnya al-Muhalla (7/503, masalah no. 1027) menegaskan bahawa “pembaziran adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan haram adalah : Membelanjakan wang untuk perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT, samada banyak ataupun sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun. Pembaziran yang tidak ada keperluannya atau tidak diperlukan. Membazirkan wang, walaupun dalam jumlah yang kecil, membazirkan wang tanpa tujuan adalah sia-sia. Rumusannya rokok elektronik adalah haram kerana usaha mencegah kerosakan lebih diutamakan daripada usaha untuk mendapat kebaikan yang sedikit. World Health Organization telah mengeluarkan kenyataan: “tiada kajian yang sahih menunjukkan e-rokok ini selamat dan berkesan sebagai rawatan penggantian nicotine. Oleh itu, pihak pengeluar haruslah melakukan kajian yang mendalam untuk menyokong dakwaan mereka bahawa e-rokok boleh digunakan untuk mengurangkan tabiat merokok”. Bagi perokok tegar yang ingin mengatasi masalah ketagihan merokok sewajarnya menghadirkan diri ke klinik berdekatan untuk menyertai program klinik berhenti merokok bagi mendapatkan terapi dan sesi kedua kaunseling. Pemilihan rokok elektronik sebagai alternatif untuk mengurangkan ketagihan merokok perlulah dielakkan dan menjauhi sikap bazirkan wang untuk sesuatu yang jelas tidak memberikan manfaat kepada diri sendiri.
  • 9. 9 BIBLIOGRAFI Al-Quran. Abdul Azib Hussain (2012). Manhaj Ilmu Fiqah & Usul Fiqah. Kuala Lumpur. Telaga Biru. Dr. Basri Ibrahim Al-Hasani Al-Azahari (2009). Isu-Isu Fiqh Semasa Halal & Haram :Ilmu, Akidah, Syariah dan Akhlak. Batu Caves. Al-Hidayah Publication. Dr. Ab.Latif Muda dan Dr. Rosmawati Ali @ Mat Zin (2012). Usul Fiqh & Kaedah Fiqh. Kuala Lumpur. Pustaka Salam. Muhammad Abu Faroq al-Athari (2004). Rokok Haram atau Makruh & Penawar atau Pembunuh. Johor Bahru. Perniagaan Jahabersa. Rosmawati Ali dan Siti Zubaidah Ismail (1995). Fatwa Masa Kini Jilid 3 & 4. Kuala Lumpur. Pustaka Salam. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (2015) Irsyad Fatwa Ke-63: Hukum Penggunaan Rokok Elektronik / Vapor. http://www.muftiwp.gov.my/. Che Nor Hasimah Che Hamzah (2013). Rokok Elektronik Sekadar Pujukan. http://www.beritakampus.usm.my. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam http://zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/259-hukum-merokok.html