SlideShare a Scribd company logo
[Type text]
1.0 PENDAHULUAN
Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata
merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita
dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia..
Definisi daripada segi istilah pula, semantic berasal daripada perkataan
Yunani “semantikos” yang bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang
diberikan oleh tokoh bahasa, semantic ialah cabang linguistic yang akan membahas
erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selainb itu semantik merupakan bidang
pengkajian linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer, 1994).
Menurut kamus Dewan, semantrik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan
penambahan makna sesuatu kata.
Secara umumnya senantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu
perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda
yang menyatakann makna , hubungan antara makna dengan makna lain serta
pengaruh maknan terhadap masyarakat.
2.0 SINONIM
Sinonim ialah hubungan kesamaan makna antara suatu perkatan, frasa, ayat atau
ungkapan dengan suatu perkataan, frasa, ayat, atau mengikut konteks(Lyons,
1929:405). Contohnya menurut Zainal Abidin Safarwan(1995), frasa ‘sungai tak
tentu gaungnya’ bersinonim dengan frasa ‘orang yang tidak tentu asal usulnya’.
Frasa sungai tak tentu gaungnya merupakan peribahasa, sementara frasa orang
yang tidak tentu asal-usulnya ialah maksud peribahasa itu. Definisi sinonim secara
etimologi atau bahasanya ialah ‘onoma’ dan ‘syn’ yang berasal dari bahasa Yunani
kuno. Maksud ‘onoma’ ialah nama manakala ‘syn’ bermaksud nama lain untuk
benda atau hal yang sama.
Secara semantik pula, Verhaar (1978) mendefinisikan sinonim sebagai
ungkapan yang mempunyai makna lebih kurang sama dengan ungkapan kata yang
lain.
Sinonim juga diterjemahkan sebagai ungkapan iaitu perkataan, frasa atau ayat yang
makna lebih kurang sama dengan makna ungkapan lain. Perkataan ‘sinonim’
dikatakan berasal daripada bahasa Yunani kuno iaitu ‘onoma’ bermaksud nama dan
[Type text]
‘syn’ yang bererti nama lain. Hubungan makna antara dua patah perkataan yang
bersinonim itu bersifat dua hala, misalnya indah bersinonim dengan cantik, cantik
juga bersinonim dengan indah.
Dalam Bahasa Melayu, tidak semua perkataan mempunyai sinonim. Contoh
perkataan tersebut ialah, padi, barli, kayu dan batu. Ada juga perkataan bersinonim
pada bentuk kata dasar tetapi tidak bersinonim pada bentuk terbitan iaitu raut
bersinonim dengan wajah tetapi diraut tidak bersinonim dengan diwajah..Begitu juga
dengan perkataan yang tidak bersinonim pada kata dasar namun bersinonim
dengan pada bentuk terbitan seperti kekuasaan yang bersinonim dengan kekuatan
tetapi kuasa tidak bersinonim dengan kuat. Selain itu, terdapat perkataan yang
mengikut erti sebenarnya tidak bersinonim tetapi dalam erti kiasan memiliki sinonim
seperti merah bersinonim dengan berani, marah dan darah.
O’Grady(2000:118) berpendapat sinonim bermaksud perkataan yang
berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang sama atau hampir
sama. Maksud sama makna tidak semestinya mempunyai persamaan secara
keseluruhan. Contohnya, makna perkatan ‘kereta’ dan ‘motokar’ adalah sama
namun apabila membentuk ungkapan ‘kereta lembu’ dan ‘motokar lembu’ maka
maknanya menjadi berbeza(Abdullah Hassan;2007). Abdullah Hassan(1981) turut
menjelaskanj bahawa’ memang agak sukar untuk memberi satu takrif yang
menyeluruh dalam kata-kata sinonim ini’.
2.1 Jenis-jenis Sinonim
Dalam ilmu semantik terdapat beberapa jenis sinonim iaitu sinonim pinjaman,
sinonim konteks, sinonim laras bahasa dan sinonim kolokasi
2.1.1 Sinonim Pinjaman
Sinonim pinjaman datang daripada pinjaman daripada bahasa asing.
Contoh kata yang dipinjam daripada bahasa asing seperti ‘politik’ dan ‘siasah’
serta ‘iktisad’ dan ‘ekonomi’. Kedua-dua kata ini datang daripada bahasa Arab
dan Bahasa Inggeris. Menurut pengkaji semantik, hal ini terjadi disebabkan
[Type text]
oleh pertembungan bahasa Melayu dengan kedua-dua bahasa ini secara
serentak.
Contoh:
(a) belalang – patung (dialek Melayu)
cakcibau (Perak)
(b) batas(Kedah)- jalan raya( Kedah
(c) bankrap(Inggeris) - muflis(Arab)
(d) kurikulum
(e) mesin
(f) munsyi-guru
(g) makbul-mustajab
2.1.2 Sinonim Konteks
Sinonim mengikut konteks ialah perkataan yang sama makna dalam
bahasa Melayu pada awalnya. Misalnya, perkataan ‘jemput’ dan ‘undang’.
Perkataan ‘jemput, digunakan dalam konteks lisan dan undang dalam konteks
tulisan.(Abdullah Hassan,2007). Dalam hal ini, konteks dikatakan boleh
mewujudkan perkataan sama makna.
Contoh:
(a) ayah- bapa
Penggunaan sinonim jenis ini dapat dilihat melalui ayat di bawah.
(i) Bapa ayam itu telah ditangkap polis.
(ii) Ayah ayam itu telah ditangkap oleh polis.
Walaupun kata ayah sama makna dengan bapa namun pada sesetangah
frasa ayat, kata bapa tidak sesuai digantikan dengan ayah. Jadi, jika kita
menggantikan kata bapa menjadi ayah, bunyi simpulan bahasa ini agak
[Type text]
janggal dan kurang sesuai. Jelaslah, dalam penggunaan sinonim yang
melibatkan ayat, pemilihan kata hendaklah sesuai menurut konteks ayat yang
dibina dan dipertuturkan.
(b) gadis- dara
(i) Minyak kelapa dara sangat sesuai untuk melebatkan rambut.
(ii) Minyak kelapa gadis sangat sesuai untuk melebatkan rambut.
(c) murid- pelajar
(i) Aminah ialah pelajar semester Universiti Sains Malaysia.
(ii) Aminah ialah murid semester Universiti Sains Malaysia.
(d) lelaki – jantan
(i) Ayam jantan itu sedang berkokok di halaman rumah.
(ii) Ayam lelaki itu sedang berkokok di halaman rumah.
(e) tenggelam – karam
(i) Rumah itu tenggelam kerana banjir besar.
(ii) Rumah itu karam kerana banjir besar.
Contoh sinonim dalam (b), (c), (d) dan (e) ialah penggunaan kata
yang sinonim mengikut konteks. Andai sinonim ini berbentuk kata tunggal
dan tidak dimasukkan ke dalam ayat, penggunaannya adalah sesuai. Namun
jika digunakan pada sesetengah ayat, makna ayat menjadi tidak gramatis dan
agak aneh. Ayam jantan tidak sesuai diganti dengan ayam lelaki, kelapa
dara tidak sesuai ditukar dengan kelapa gadis dan murid tidak sesuai
diganti dengan pelajar kerana kata murid adalah untuk kanak-kanak sekolah
rendah manakala kata pelajar adalah untuk yang lebih berumur. Kata seperti
tenggelam sinonimnya karam, kawan sinonimnya sahabat, dukun dan bomoh
adalah antara contoh sinonim mengikut konteks.
[Type text]
2.1.3 Sinonim Laras Sosial
Sinonim laras sosial terbentuk kerana wujudnya laras sosial yang
berlainan. Untuk melihat bentuk sinonim laras sosial, laras bahasa yang
digunakan adalah berlainan iaitu beberapa perkataan yang mempunyai
makna denotasi yang sama tetapi digunakan dalam wacana yang berlainan.
Contohnya, perkataan wafat untuk nabi, mangkat untuk raja, mati untuk orang
biasa , kojol, kejang dan kerpus adalah bahasa yang tidak sopan(Abdullah
Hassan,2007). Penggunaan perkataan-perkataan ini menunjukkan perbezaan
darjat dan status namun mempunyai pengertiaan yang sama iaitu tidak
bernyawa lagi.
Contoh:
a) Professor- mahaguru
b) Primadona- seri panggung
c) Peniaga-penjual
d) Beta- saya
e) Beradu- tidur
f) nakhoda- juragan
g) inang-pengasuh
h) meminta-memohon
i) gering-uzur, sakit
2.1.4 Sinonim Kolokasi
Sinonim kolokasi ialah satu kelompok perkataan yang setiap satunya berlaku
dalam konteks penggunaan masing-masing. Abdullah Hassan(2007) memberi
contoh , perkataan ‘banyak’ adalah sama makna dengan perkataan ‘ramai’.
Perkataan ‘ banyak’ digunakan dengan pelbagai kata nama manakala ‘ramai’
hanya digunakan untuk manusia sahaja.
Contoh:
a) renek - rendah
b) tengik - busuk
c) Serak - parau - garau
d) Kacak - tampan
[Type text]
e) Cantik - rupawan
f) Sedap - lazat
2.2 Jenis-jenis Makna Dalam Bahasa Melayu
2.2.1 Makna Leksikal
2.2.2 Makna Ketatabahasaan
2.2.3 Makna Konteks
2.2.4 Makna Rujukan
2.2.5 Makna Bukan Rujukan
2.3Jenis-jenis Makna
2.3.1 Makna Asosiatif
2.3.2 Makna Konseptual
2.3.3 Makna Kolokatif
2.3.4 Makna Afektif
2.3.5 Makna Stalistik
2.3.6 Makna Istilah
2.3.7 Makna Kata
2.3.8 Relasi Makna
2.3.9 Makna Denotatif
2.3.10 Makna Konotatif
2.3.11 Makna Peribahasa
2.3.12 Makna Idiom
3.0 Banding beza antara ketaksaan dengan perubahan makna yang berlaku
pada kata atau kata dalam ayat bahasa Melayu.
3.1 Konsep Ketaksaan
3.2 Jenis-jenis Ketaksaan
3.2.1 Ketaksaan Fonetik
Ketaksaan pada peringkat ini terjadi kerana terdapatnya bunyi-bunyi
bahasa yang diucapkan. Kadang-kadang kita salah mentafsirkan makna
suatu kata atau frasa kerana ketika berkomunikasi, frasa atau kata itu terlalu
[Type text]
cepat diucapkan. Misalnya, ujaran ”Yang berdiri di depan kakak ibu”. Ujaran
ini jika pengucapannya tidak dibatasi oleh jeda akan dapat ditafsirkan, yang
berdiri di depan itu kakak kepada ibu (makcik) atau boleh juga ditafsirkan,
yang berdiri di depan kakak itu adalah ibu.
3.2.2 Ketaksaan Gramatikal
Ketaksaan gramatikal muncul ketika terjadinya proses pembentukan
satuan kebahasaan baik dalam tataran morfologi, kata, frasa, ujaran ataupun
patagraf dan wacana. Ketaksaan kata yang disebabkan kerana morfologi
akan hilang dengan sendirinya ketika diletakkan dalam konteks kalimat yang
benar. Berikut adalah contoh ketaksaan gramatikal :
a) Ketaksaan yang disebabkan oleh peristiwa pembentukan kata secara
gramatikal. Misalnya kata tidur setelah mendapat awalan pe- berubah
menjadi penidur.”Penidur”, kata ini dapat diertikan sebagai orang yang suka
tidur dan dapat juga diertikan ubat yang menyebabkan orang tertidur.
b) Ketaksaan pada frasa. Contoh, orang tua dalam bahasa melayu boleh
diertikan orang tua kita iaitu ibu dan ayah, atau orang yang sudah tua. Untuk
menghindari ketaksaan ini, kita harus menambahkan unsur penjelas seperti:
orang tuaku atau orang tuanya untuk frasa yang mengacu kepada ayah dan
ibu. Sedangkan untuk makna yang kedua dapat ditambahkan kata “yang”
maka menjadi orang yang sudah tua.
3.2.3 Ketaksaan Leksikal
Setiap kata dalam bahasa dapat memiliki makna lebih dari satu
.Akibatnya, orang sering kali keliru mentafsirkankan makna suatu kata. Jadi,
makna suatu kata mungkin berbeza bergantung kepada konteks sesuatu
ujaran atau ayat tersebut. Seperti kata menggali yang digunakan dalam
bidang perkebunan akan berbeza maknanya jika digunakan dalam bidang
hukum atau keadilan. Contoh dalam ayat: “petani sedang menggali tanah
dibelakang rumahnya”. Akan berbeza maknanya dengan ayat “Polis sedang
berusaha menggali informasi daripada saksi-saksi yang melihat kejadian”.
[Type text]
4.0 Pembentukan istilah dalam bahasa Melayu boleh diambil daripada
perbendaharaan kata umum, dialek atau bahasa serumpun dan bahasa asing.
4.1 Sumber Istilah Bahasa Melayu
4.1.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu
Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum
bahasa Melayu termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata
yang dipilih untuk dijadikan istilah itu hendaklah memenuhi syarat yang
berikut;
 kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau
ciri yang dimaksudkan.
 kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada
sekelompok sinonim).
Contoh:
Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital
Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi
 kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan
sumbang.
4.1.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun
Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa
serumpun dengan bahasa Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang
diperlukan daripada bahasa Melayu,
Contoh :
 gambut (daripada bahasa Banjar) – peat
 nyeri (daripada bahasa Sunda) – pain
 engkabang (daripada bahasa Iban) – ellipenut
 dermaga (daripada bahasa klasik) – wharf
 dening (daripada dialek Kelantan) – yoke
4.1.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal
Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa
Melayu dan bahasa serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil
[Type text]
kata-kata daripada bahasa asal atau bahasa asing. Penulisan istilah ini
hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam bahasa sumber (perlu
disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa
Melayu. Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling
internasional dijadikan sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang
berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa Inggeris.
Contoh:
Istilah Bahasa Asal Istilah Bahasa Melayu
Atom
Electron
Professional
Psychology
Structure
Radio
Television
Radiography
Atom
Electron
Profesional
Psikologi
Struktur
Radio
Televisyen
radiografi
4.1.4 Penyerapan Istilah Asing
Istilah asing boleh dipinjam atas dasar;
 Sesuai maknanya;
 Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya;
 Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan,
sekiranya istilah bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim.
4.1.4.1 Bentuk-bentuk Serapan
[Type text]
Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada
bentuk akar atau terbitannya. Hal ini bergantung pada:
 Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat;
 Kemudahan belajar bahasa; dan
 Kepraktisan.
Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum
(spektrum) kecuali kalau bentuk jamaknya yang lebih biasa dipakai.
4.1.4.2 Istilah Asing yang Sudah Lazim
Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus pun
ada kalanya istilah berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini
dilakukan untuk menjauhkan kekacauan dan kekeliruan.
Contoh:
Istilah Asing Istilah Bahasa Melayu
Campaign
Custom
Dengue
Grant
Pension
Kempen
Kastam
Denggi
Geran
Pencen
4.1.4.3 Ejaan Istilah (Ungkapan) Asing yang Tetap
Penggunaan Istilah Asing atau ungkapan-ungkapan
tertentu yang mana sebutan dan ejaannya adalah dikekalkan dalam
semua bahasa malah turut digunapakai dalam Bahasa Melayu dengan
syarat diletakkan dengan garisan bawah ataupun dicetak miring (italic).
Contoh:
[Type text]
bona fide
esprit de corps
fait accompli
weltanschauung
4.1.5 Pembentukan Istilah Asing
4.2 Pembentukan Istilah Pelbagai Bidang
Pelbagai istilah telah digubal dan dibentuk di dalam pelbagai bidang. Sebagai
contoh, istilah - istilah mengikut bidang berkenaan diberikan di bawah:
4.2.1 Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Audioconferencing
Autosave
Broadcast
Client-server
Connection-oriented network
Data scrambler
Digital camera
Digital certificate
Digital purse
Digital signature
Sidang audio
Autosimpan
Siaran;siar
Pelanggan-pelayan
Rangkaian berorientasikan
sambungan
Pengarau data
Kamera digital
Sijil digital
Dompet digital
Tandatangan digital
[Type text]
4.2.2 Istilah Undang Undang
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Administrative order
Civil disorder
Civil rights
Double jeopardy
Diplomatic immunity
Extradiction
Fraud
Fugitive offender
Fundamental rights
Judicial review
Legitimacy
Mala fide
Mandatory procedure
Native
Natural justice
Perintah pentadbiran
Gangguan awam
Hak sivil
Pendakwaan dua kali
Kekebalan diplomatik
Ekstradisi
Fraud
Pesalah buruan
Hak asasi
Kajian semula kehakiman
Kesahan
Mala fide
Tatacara mandatory
Anak negeri
Keadilan asasi
4.2.3 Istilah Komputer
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Access
Bench mark
Capaian
Tanda aras
[Type text]
Cursor
Data base
Download
End user
Font
Hardware
Integrated circuit
Local area network
Kursor
Pangkalan data
Muat turun
Pengguna akhir
Fon
Perkakasan
Litar bersepadu
Rangkaian kawasan setempat
4.2.4 Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Balance sheet
Bridging loan
Buy out
Buy-back price
By-product
Capital gain
Cash flow
Certificate of authorization
Chief executive officer
Deed of trust
Investment climate
Kunci kira-kira
Pinjaman penyambung
Beli habis
Harga beli balik
Keluaran sampingan
Laba modal / keuntungan modal
Aliran tunai
Perakuan kuasa
Ketua pegawai eksekutif
Surat ikatan amanah
Iklim pelaburan
[Type text]
Long term debt
Short-term financing
Sole agent
Steering committee
Hutang jangka pendek
Pembiayaan jangka pendek
Ejen tunggal
Jawatankuasa pemandu
4.2.5 Istilah Perhotelan
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Ballroom
Banquet
Budget hotel
Buffet
Business centre
Check-in
Check-out
Cocktail
Day use
Deluxe room
Double room
Function room
Luncheon
Twin bed
Dewan besar
Bankuet
Hotel jimat / hotel kelas ekonomi
Bufet
Pusat khidmat urusan
Daftar masuk
Daftar keluar
Koktel
Guna siang
Bilik mewah
Bilik kelamin
Bilik majlis
Jamuan tengah hari
Katil-kembar
[Type text]
Waiter (L); waitress (P) Pramusaji
4.2.6 Fotografi
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
Abstract photography
Between-the-lens shutter
Camera angle
Daylight film
Effective aperture
Flash
Ground-angle view
Half-length portrait
Invisible light
Latitude of exposure
Main lighting
Out of focus
Periscopic lens
Quartz lens
Reflect camera
Fotografi abstrak
Pengatup antara kanta
Sudut kamera
Filem warna cahaya siang
Apertur berkesan
Dengar
Pandangan sudut bawah
Potret separuh
Cahaya halimunan
Latitude dedahan
Pencahayaan induk
Luar fokus
Periskop
Kanta kuarza
Kamera reflex
5.0 Peranan MABBIM
MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga
negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya badan ini
[Type text]
dinamai Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan pada 29
Disember 1972, setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh Allahyarham
Tun Hussein Onn, Menteri Pendidikan Malaysia, dan Bapak Mashuri Saleh S.H.
Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, pada 23 Mei 1972 di
Jakarta. MBIM menjadi MABBIM apabila negara Brunei Darussalam menganggotai
majlis ini pada 4 November 1985. Manakala, Singapura masih menjadi negara
pemerhati Majlis sehingga kini.
Matlamat penubuhan MABBIM ini untuk membina dan mengembangkan
bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan di tiga buah negara anggota tetap
berkenaan. Pendek kata MABBIM bertujuan untuk mendaulat, menyebar dan
mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa peradapan yang tinggi bukan
sahaja di rantau malah di dunia. Usaha ini boleh menjadi realiti apabila usaha –
usaha peristilahan berterusan dan lebih mantap. Ini meliputi semua bidang keilmuan
seperti sains, teknologi, komunikasi maklumat, perubatan, perundangan,
perekonomian, kesusasteraan dan sebagainya.
6.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka
Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting di dalam
pembentukan istilah bahasa Melayu. Di dalam bidang bahasa, DBP berperanan
membina korpus dan menyebarkan melalui buku buku istilah, tatabahasa dan
perkamusan. Bahagian pembinaan dan pengembangan bahasa bertanggungjawab
membina dan memperkembangkan istilah, mengadakan penyelidikan dan
menyebarkan hasil pemerolehan mereka. Badan ini juga bertanggungjawab
mengawal penggunaan bahasa dengan mengeluarkan risalah dan panduan umum
kepada sektor awam dan sektor swasta di samping menyediakan khidmat nasihat.
Untuk memperkukuhkan lagi peranannya, Unit Pelaksanaan Bahasa
ditubuhkan pada tahun 1980. Unit ini bertanggungjawab menggalakkan penggunaan
bahasa Melayu. Ia telah melaksanakan beberapa langkah seperti mengadakan
ceramah, taklimat, forum, kursus, rancangan Dewan Bahasa di radio, menyebarkan
panduan bahasa, khidmat nasihat, mengadakan kempen “Mencintai Bahasa Melayu”
dan mengawasi penggunaan bahasa Melayu di sektor awam dan swasta. Apa yang
jelas, pelaksanaan perancangan bahasa yang dijalankan oleh DBP melalui bahagian
- bahagian tersebut di dalamnya bersifat revolusi tetapi teratur dan sistematik.
[Type text]
Di dalam usaha memajukan lagi bahasa Melayu, DBP juga telah mengadakan
kerjasama dengan beberapa pihak lain. Kerjasama terbesar DBP ialah dengan
Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM). Kerjasama ini diperluaskan lagi dengan
memasukkan Negara Brunei Darussalam. Hasil kerjasama ini terbentuklah istilah
baharu yang sesuai digunakan di ketiga tiga buah negara yang terlibat.
Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat
Bahagian Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya ialah;
 Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
 Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
 Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
 Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.
 Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan
matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah.
 Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan
mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui
MABBIM, dan negara-negara lain.
5.0 Refleksi

More Related Content

What's hot

Kajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa MelayuKajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
Nur Farahin Samsudin
 
3.0 golongan kata
3.0 golongan kata3.0 golongan kata
3.0 golongan kataHAsbu Sebu
 
Frasa Adjektif
Frasa AdjektifFrasa Adjektif
Frasa Adjektif
uchot
 
Konsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacanaKonsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacana
PANTHERSpeFITNESS
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantik
Ahmad NazRi
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Rosnani Hassan
 
14660563 morfologi-bahasa-melayu
14660563 morfologi-bahasa-melayu14660563 morfologi-bahasa-melayu
14660563 morfologi-bahasa-melayuAan Samad
 
Assignment semantik
Assignment semantikAssignment semantik
Assignment semantikShila Daly
 
Bml3053 halim kata nama
Bml3053 halim kata namaBml3053 halim kata nama
Bml3053 halim kata namajamaliahkirby
 
1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata
Asri Mohad
 
MANIFESTASI PUISI TRADISIONAL (GURINDAM).pdf
MANIFESTASI PUISI TRADISIONAL (GURINDAM).pdfMANIFESTASI PUISI TRADISIONAL (GURINDAM).pdf
MANIFESTASI PUISI TRADISIONAL (GURINDAM).pdf
BM2062205AinurSyasya
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa namafiro HAR
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Ahmad NazRi
 

What's hot (20)

Bm semantik
Bm semantikBm semantik
Bm semantik
 
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa MelayuKajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
 
3.0 golongan kata
3.0 golongan kata3.0 golongan kata
3.0 golongan kata
 
Frasa Adjektif
Frasa AdjektifFrasa Adjektif
Frasa Adjektif
 
Konsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacanaKonsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacana
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantik
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
 
14660563 morfologi-bahasa-melayu
14660563 morfologi-bahasa-melayu14660563 morfologi-bahasa-melayu
14660563 morfologi-bahasa-melayu
 
Assignment semantik
Assignment semantikAssignment semantik
Assignment semantik
 
Bml3053 halim kata nama
Bml3053 halim kata namaBml3053 halim kata nama
Bml3053 halim kata nama
 
Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Semantik soalan 1
Semantik soalan 1
 
Bahan assg bm sept 2012
Bahan assg bm sept 2012Bahan assg bm sept 2012
Bahan assg bm sept 2012
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
MANIFESTASI PUISI TRADISIONAL (GURINDAM).pdf
MANIFESTASI PUISI TRADISIONAL (GURINDAM).pdfMANIFESTASI PUISI TRADISIONAL (GURINDAM).pdf
MANIFESTASI PUISI TRADISIONAL (GURINDAM).pdf
 
Nota Kata Nama
Nota Kata NamaNota Kata Nama
Nota Kata Nama
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
 
KRB3033 bahasa melayu
KRB3033 bahasa melayuKRB3033 bahasa melayu
KRB3033 bahasa melayu
 

Viewers also liked

Cover depan soalan peperiksaan pbs
Cover depan soalan peperiksaan pbsCover depan soalan peperiksaan pbs
Cover depan soalan peperiksaan pbsNorelyana Ali
 
Usman Awang-Gadis dan ayat suci
Usman Awang-Gadis dan ayat suci Usman Awang-Gadis dan ayat suci
Usman Awang-Gadis dan ayat suci
zarulnaem
 
Laras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraLaras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraung sii mee
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasamarzieta
 
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasaJenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Nicholas Lidang Mud
 

Viewers also liked (8)

Cover depan soalan peperiksaan pbs
Cover depan soalan peperiksaan pbsCover depan soalan peperiksaan pbs
Cover depan soalan peperiksaan pbs
 
Usman Awang-Gadis dan ayat suci
Usman Awang-Gadis dan ayat suci Usman Awang-Gadis dan ayat suci
Usman Awang-Gadis dan ayat suci
 
Laras bahasa sastera
Laras bahasa sastera Laras bahasa sastera
Laras bahasa sastera
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasa
 
Laras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraLaras bahasa sastera
Laras bahasa sastera
 
Muka depan bm 1
Muka depan  bm 1Muka depan  bm 1
Muka depan bm 1
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasa
 
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasaJenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
 

Similar to Semantik

THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGETHE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
eikarshdn
 
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayu
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayuPersamaan peribahasa semai dan peribahasa melayu
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayuMohd Rasdi
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 final
amryee
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 final
amryee
 
Bbm 3206 unit 4 hbg semantik dgn sej.pkbg lx
Bbm 3206 unit 4 hbg semantik dgn sej.pkbg lxBbm 3206 unit 4 hbg semantik dgn sej.pkbg lx
Bbm 3206 unit 4 hbg semantik dgn sej.pkbg lxhisyamudin
 
Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik fitri norlida
 
Nota bab 2
Nota bab 2Nota bab 2
Nota bab 2
wanarizwan
 
Slideshare (perbezaan unsur unsur bahasa)
Slideshare  (perbezaan unsur unsur bahasa)Slideshare  (perbezaan unsur unsur bahasa)
Slideshare (perbezaan unsur unsur bahasa)alongsyue
 
Slideshare (perbezaan unsur unsur bahasa)
Slideshare  (perbezaan unsur unsur bahasa)Slideshare  (perbezaan unsur unsur bahasa)
Slideshare (perbezaan unsur unsur bahasa)alongsyue
 
Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1
FakhaiMD
 
WEEK_4_-_TATABAHASA.pptx
WEEK_4_-_TATABAHASA.pptxWEEK_4_-_TATABAHASA.pptx
WEEK_4_-_TATABAHASA.pptx
Ewei Voon
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullprincess Sakura
 

Similar to Semantik (20)

THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGETHE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
 
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayu
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayuPersamaan peribahasa semai dan peribahasa melayu
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayu
 
Frasa klausa ayat
Frasa klausa ayatFrasa klausa ayat
Frasa klausa ayat
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 final
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 final
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
Bbm 3206 unit 4 hbg semantik dgn sej.pkbg lx
Bbm 3206 unit 4 hbg semantik dgn sej.pkbg lxBbm 3206 unit 4 hbg semantik dgn sej.pkbg lx
Bbm 3206 unit 4 hbg semantik dgn sej.pkbg lx
 
Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik
 
Bmm 3107 sifat bahasa
Bmm 3107 sifat bahasa Bmm 3107 sifat bahasa
Bmm 3107 sifat bahasa
 
Bahan
BahanBahan
Bahan
 
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
 
Nota bab 2
Nota bab 2Nota bab 2
Nota bab 2
 
Slideshare (perbezaan unsur unsur bahasa)
Slideshare  (perbezaan unsur unsur bahasa)Slideshare  (perbezaan unsur unsur bahasa)
Slideshare (perbezaan unsur unsur bahasa)
 
Slideshare (perbezaan unsur unsur bahasa)
Slideshare  (perbezaan unsur unsur bahasa)Slideshare  (perbezaan unsur unsur bahasa)
Slideshare (perbezaan unsur unsur bahasa)
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Bml3063
Bml3063Bml3063
Bml3063
 
Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1
 
WEEK_4_-_TATABAHASA.pptx
WEEK_4_-_TATABAHASA.pptxWEEK_4_-_TATABAHASA.pptx
WEEK_4_-_TATABAHASA.pptx
 
BAB 5 - MORFOLOGI
BAB 5 - MORFOLOGIBAB 5 - MORFOLOGI
BAB 5 - MORFOLOGI
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide full
 

More from Taslimah Sekin (9)

Rpt k.t th 6 2014
Rpt k.t th 6 2014Rpt k.t th 6 2014
Rpt k.t th 6 2014
 
Budaya
BudayaBudaya
Budaya
 
Budaya
BudayaBudaya
Budaya
 
Pro forma bmm3105
Pro forma bmm3105Pro forma bmm3105
Pro forma bmm3105
 
Budaya
BudayaBudaya
Budaya
 
Murni bm
Murni bmMurni bm
Murni bm
 
Murni bm
Murni bmMurni bm
Murni bm
 
Kk. kem motivasi stm 2013
Kk. kem motivasi stm 2013Kk. kem motivasi stm 2013
Kk. kem motivasi stm 2013
 
Kk. kem motivasi stm 2013
Kk. kem motivasi stm 2013Kk. kem motivasi stm 2013
Kk. kem motivasi stm 2013
 

Semantik

  • 1. [Type text] 1.0 PENDAHULUAN Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.. Definisi daripada segi istilah pula, semantic berasal daripada perkataan Yunani “semantikos” yang bermaksud penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantic ialah cabang linguistic yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996). Selainb itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer, 1994). Menurut kamus Dewan, semantrik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnya senantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakann makna , hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh maknan terhadap masyarakat. 2.0 SINONIM Sinonim ialah hubungan kesamaan makna antara suatu perkatan, frasa, ayat atau ungkapan dengan suatu perkataan, frasa, ayat, atau mengikut konteks(Lyons, 1929:405). Contohnya menurut Zainal Abidin Safarwan(1995), frasa ‘sungai tak tentu gaungnya’ bersinonim dengan frasa ‘orang yang tidak tentu asal usulnya’. Frasa sungai tak tentu gaungnya merupakan peribahasa, sementara frasa orang yang tidak tentu asal-usulnya ialah maksud peribahasa itu. Definisi sinonim secara etimologi atau bahasanya ialah ‘onoma’ dan ‘syn’ yang berasal dari bahasa Yunani kuno. Maksud ‘onoma’ ialah nama manakala ‘syn’ bermaksud nama lain untuk benda atau hal yang sama. Secara semantik pula, Verhaar (1978) mendefinisikan sinonim sebagai ungkapan yang mempunyai makna lebih kurang sama dengan ungkapan kata yang lain. Sinonim juga diterjemahkan sebagai ungkapan iaitu perkataan, frasa atau ayat yang makna lebih kurang sama dengan makna ungkapan lain. Perkataan ‘sinonim’ dikatakan berasal daripada bahasa Yunani kuno iaitu ‘onoma’ bermaksud nama dan
  • 2. [Type text] ‘syn’ yang bererti nama lain. Hubungan makna antara dua patah perkataan yang bersinonim itu bersifat dua hala, misalnya indah bersinonim dengan cantik, cantik juga bersinonim dengan indah. Dalam Bahasa Melayu, tidak semua perkataan mempunyai sinonim. Contoh perkataan tersebut ialah, padi, barli, kayu dan batu. Ada juga perkataan bersinonim pada bentuk kata dasar tetapi tidak bersinonim pada bentuk terbitan iaitu raut bersinonim dengan wajah tetapi diraut tidak bersinonim dengan diwajah..Begitu juga dengan perkataan yang tidak bersinonim pada kata dasar namun bersinonim dengan pada bentuk terbitan seperti kekuasaan yang bersinonim dengan kekuatan tetapi kuasa tidak bersinonim dengan kuat. Selain itu, terdapat perkataan yang mengikut erti sebenarnya tidak bersinonim tetapi dalam erti kiasan memiliki sinonim seperti merah bersinonim dengan berani, marah dan darah. O’Grady(2000:118) berpendapat sinonim bermaksud perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Maksud sama makna tidak semestinya mempunyai persamaan secara keseluruhan. Contohnya, makna perkatan ‘kereta’ dan ‘motokar’ adalah sama namun apabila membentuk ungkapan ‘kereta lembu’ dan ‘motokar lembu’ maka maknanya menjadi berbeza(Abdullah Hassan;2007). Abdullah Hassan(1981) turut menjelaskanj bahawa’ memang agak sukar untuk memberi satu takrif yang menyeluruh dalam kata-kata sinonim ini’. 2.1 Jenis-jenis Sinonim Dalam ilmu semantik terdapat beberapa jenis sinonim iaitu sinonim pinjaman, sinonim konteks, sinonim laras bahasa dan sinonim kolokasi 2.1.1 Sinonim Pinjaman Sinonim pinjaman datang daripada pinjaman daripada bahasa asing. Contoh kata yang dipinjam daripada bahasa asing seperti ‘politik’ dan ‘siasah’ serta ‘iktisad’ dan ‘ekonomi’. Kedua-dua kata ini datang daripada bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Menurut pengkaji semantik, hal ini terjadi disebabkan
  • 3. [Type text] oleh pertembungan bahasa Melayu dengan kedua-dua bahasa ini secara serentak. Contoh: (a) belalang – patung (dialek Melayu) cakcibau (Perak) (b) batas(Kedah)- jalan raya( Kedah (c) bankrap(Inggeris) - muflis(Arab) (d) kurikulum (e) mesin (f) munsyi-guru (g) makbul-mustajab 2.1.2 Sinonim Konteks Sinonim mengikut konteks ialah perkataan yang sama makna dalam bahasa Melayu pada awalnya. Misalnya, perkataan ‘jemput’ dan ‘undang’. Perkataan ‘jemput, digunakan dalam konteks lisan dan undang dalam konteks tulisan.(Abdullah Hassan,2007). Dalam hal ini, konteks dikatakan boleh mewujudkan perkataan sama makna. Contoh: (a) ayah- bapa Penggunaan sinonim jenis ini dapat dilihat melalui ayat di bawah. (i) Bapa ayam itu telah ditangkap polis. (ii) Ayah ayam itu telah ditangkap oleh polis. Walaupun kata ayah sama makna dengan bapa namun pada sesetangah frasa ayat, kata bapa tidak sesuai digantikan dengan ayah. Jadi, jika kita menggantikan kata bapa menjadi ayah, bunyi simpulan bahasa ini agak
  • 4. [Type text] janggal dan kurang sesuai. Jelaslah, dalam penggunaan sinonim yang melibatkan ayat, pemilihan kata hendaklah sesuai menurut konteks ayat yang dibina dan dipertuturkan. (b) gadis- dara (i) Minyak kelapa dara sangat sesuai untuk melebatkan rambut. (ii) Minyak kelapa gadis sangat sesuai untuk melebatkan rambut. (c) murid- pelajar (i) Aminah ialah pelajar semester Universiti Sains Malaysia. (ii) Aminah ialah murid semester Universiti Sains Malaysia. (d) lelaki – jantan (i) Ayam jantan itu sedang berkokok di halaman rumah. (ii) Ayam lelaki itu sedang berkokok di halaman rumah. (e) tenggelam – karam (i) Rumah itu tenggelam kerana banjir besar. (ii) Rumah itu karam kerana banjir besar. Contoh sinonim dalam (b), (c), (d) dan (e) ialah penggunaan kata yang sinonim mengikut konteks. Andai sinonim ini berbentuk kata tunggal dan tidak dimasukkan ke dalam ayat, penggunaannya adalah sesuai. Namun jika digunakan pada sesetengah ayat, makna ayat menjadi tidak gramatis dan agak aneh. Ayam jantan tidak sesuai diganti dengan ayam lelaki, kelapa dara tidak sesuai ditukar dengan kelapa gadis dan murid tidak sesuai diganti dengan pelajar kerana kata murid adalah untuk kanak-kanak sekolah rendah manakala kata pelajar adalah untuk yang lebih berumur. Kata seperti tenggelam sinonimnya karam, kawan sinonimnya sahabat, dukun dan bomoh adalah antara contoh sinonim mengikut konteks.
  • 5. [Type text] 2.1.3 Sinonim Laras Sosial Sinonim laras sosial terbentuk kerana wujudnya laras sosial yang berlainan. Untuk melihat bentuk sinonim laras sosial, laras bahasa yang digunakan adalah berlainan iaitu beberapa perkataan yang mempunyai makna denotasi yang sama tetapi digunakan dalam wacana yang berlainan. Contohnya, perkataan wafat untuk nabi, mangkat untuk raja, mati untuk orang biasa , kojol, kejang dan kerpus adalah bahasa yang tidak sopan(Abdullah Hassan,2007). Penggunaan perkataan-perkataan ini menunjukkan perbezaan darjat dan status namun mempunyai pengertiaan yang sama iaitu tidak bernyawa lagi. Contoh: a) Professor- mahaguru b) Primadona- seri panggung c) Peniaga-penjual d) Beta- saya e) Beradu- tidur f) nakhoda- juragan g) inang-pengasuh h) meminta-memohon i) gering-uzur, sakit 2.1.4 Sinonim Kolokasi Sinonim kolokasi ialah satu kelompok perkataan yang setiap satunya berlaku dalam konteks penggunaan masing-masing. Abdullah Hassan(2007) memberi contoh , perkataan ‘banyak’ adalah sama makna dengan perkataan ‘ramai’. Perkataan ‘ banyak’ digunakan dengan pelbagai kata nama manakala ‘ramai’ hanya digunakan untuk manusia sahaja. Contoh: a) renek - rendah b) tengik - busuk c) Serak - parau - garau d) Kacak - tampan
  • 6. [Type text] e) Cantik - rupawan f) Sedap - lazat 2.2 Jenis-jenis Makna Dalam Bahasa Melayu 2.2.1 Makna Leksikal 2.2.2 Makna Ketatabahasaan 2.2.3 Makna Konteks 2.2.4 Makna Rujukan 2.2.5 Makna Bukan Rujukan 2.3Jenis-jenis Makna 2.3.1 Makna Asosiatif 2.3.2 Makna Konseptual 2.3.3 Makna Kolokatif 2.3.4 Makna Afektif 2.3.5 Makna Stalistik 2.3.6 Makna Istilah 2.3.7 Makna Kata 2.3.8 Relasi Makna 2.3.9 Makna Denotatif 2.3.10 Makna Konotatif 2.3.11 Makna Peribahasa 2.3.12 Makna Idiom 3.0 Banding beza antara ketaksaan dengan perubahan makna yang berlaku pada kata atau kata dalam ayat bahasa Melayu. 3.1 Konsep Ketaksaan 3.2 Jenis-jenis Ketaksaan 3.2.1 Ketaksaan Fonetik Ketaksaan pada peringkat ini terjadi kerana terdapatnya bunyi-bunyi bahasa yang diucapkan. Kadang-kadang kita salah mentafsirkan makna suatu kata atau frasa kerana ketika berkomunikasi, frasa atau kata itu terlalu
  • 7. [Type text] cepat diucapkan. Misalnya, ujaran ”Yang berdiri di depan kakak ibu”. Ujaran ini jika pengucapannya tidak dibatasi oleh jeda akan dapat ditafsirkan, yang berdiri di depan itu kakak kepada ibu (makcik) atau boleh juga ditafsirkan, yang berdiri di depan kakak itu adalah ibu. 3.2.2 Ketaksaan Gramatikal Ketaksaan gramatikal muncul ketika terjadinya proses pembentukan satuan kebahasaan baik dalam tataran morfologi, kata, frasa, ujaran ataupun patagraf dan wacana. Ketaksaan kata yang disebabkan kerana morfologi akan hilang dengan sendirinya ketika diletakkan dalam konteks kalimat yang benar. Berikut adalah contoh ketaksaan gramatikal : a) Ketaksaan yang disebabkan oleh peristiwa pembentukan kata secara gramatikal. Misalnya kata tidur setelah mendapat awalan pe- berubah menjadi penidur.”Penidur”, kata ini dapat diertikan sebagai orang yang suka tidur dan dapat juga diertikan ubat yang menyebabkan orang tertidur. b) Ketaksaan pada frasa. Contoh, orang tua dalam bahasa melayu boleh diertikan orang tua kita iaitu ibu dan ayah, atau orang yang sudah tua. Untuk menghindari ketaksaan ini, kita harus menambahkan unsur penjelas seperti: orang tuaku atau orang tuanya untuk frasa yang mengacu kepada ayah dan ibu. Sedangkan untuk makna yang kedua dapat ditambahkan kata “yang” maka menjadi orang yang sudah tua. 3.2.3 Ketaksaan Leksikal Setiap kata dalam bahasa dapat memiliki makna lebih dari satu .Akibatnya, orang sering kali keliru mentafsirkankan makna suatu kata. Jadi, makna suatu kata mungkin berbeza bergantung kepada konteks sesuatu ujaran atau ayat tersebut. Seperti kata menggali yang digunakan dalam bidang perkebunan akan berbeza maknanya jika digunakan dalam bidang hukum atau keadilan. Contoh dalam ayat: “petani sedang menggali tanah dibelakang rumahnya”. Akan berbeza maknanya dengan ayat “Polis sedang berusaha menggali informasi daripada saksi-saksi yang melihat kejadian”.
  • 8. [Type text] 4.0 Pembentukan istilah dalam bahasa Melayu boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum, dialek atau bahasa serumpun dan bahasa asing. 4.1 Sumber Istilah Bahasa Melayu 4.1.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut;  kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan.  kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim). Contoh: Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi  kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang. 4.1.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan bahasa Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu, Contoh :  gambut (daripada bahasa Banjar) – peat  nyeri (daripada bahasa Sunda) – pain  engkabang (daripada bahasa Iban) – ellipenut  dermaga (daripada bahasa klasik) – wharf  dening (daripada dialek Kelantan) – yoke 4.1.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil
  • 9. [Type text] kata-kata daripada bahasa asal atau bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam bahasa sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional dijadikan sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa Inggeris. Contoh: Istilah Bahasa Asal Istilah Bahasa Melayu Atom Electron Professional Psychology Structure Radio Television Radiography Atom Electron Profesional Psikologi Struktur Radio Televisyen radiografi 4.1.4 Penyerapan Istilah Asing Istilah asing boleh dipinjam atas dasar;  Sesuai maknanya;  Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya;  Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim. 4.1.4.1 Bentuk-bentuk Serapan
  • 10. [Type text] Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya. Hal ini bergantung pada:  Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat;  Kemudahan belajar bahasa; dan  Kepraktisan. Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum) kecuali kalau bentuk jamaknya yang lebih biasa dipakai. 4.1.4.2 Istilah Asing yang Sudah Lazim Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus pun ada kalanya istilah berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untuk menjauhkan kekacauan dan kekeliruan. Contoh: Istilah Asing Istilah Bahasa Melayu Campaign Custom Dengue Grant Pension Kempen Kastam Denggi Geran Pencen 4.1.4.3 Ejaan Istilah (Ungkapan) Asing yang Tetap Penggunaan Istilah Asing atau ungkapan-ungkapan tertentu yang mana sebutan dan ejaannya adalah dikekalkan dalam semua bahasa malah turut digunapakai dalam Bahasa Melayu dengan syarat diletakkan dengan garisan bawah ataupun dicetak miring (italic). Contoh:
  • 11. [Type text] bona fide esprit de corps fait accompli weltanschauung 4.1.5 Pembentukan Istilah Asing 4.2 Pembentukan Istilah Pelbagai Bidang Pelbagai istilah telah digubal dan dibentuk di dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, istilah - istilah mengikut bidang berkenaan diberikan di bawah: 4.2.1 Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Audioconferencing Autosave Broadcast Client-server Connection-oriented network Data scrambler Digital camera Digital certificate Digital purse Digital signature Sidang audio Autosimpan Siaran;siar Pelanggan-pelayan Rangkaian berorientasikan sambungan Pengarau data Kamera digital Sijil digital Dompet digital Tandatangan digital
  • 12. [Type text] 4.2.2 Istilah Undang Undang Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Administrative order Civil disorder Civil rights Double jeopardy Diplomatic immunity Extradiction Fraud Fugitive offender Fundamental rights Judicial review Legitimacy Mala fide Mandatory procedure Native Natural justice Perintah pentadbiran Gangguan awam Hak sivil Pendakwaan dua kali Kekebalan diplomatik Ekstradisi Fraud Pesalah buruan Hak asasi Kajian semula kehakiman Kesahan Mala fide Tatacara mandatory Anak negeri Keadilan asasi 4.2.3 Istilah Komputer Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Access Bench mark Capaian Tanda aras
  • 13. [Type text] Cursor Data base Download End user Font Hardware Integrated circuit Local area network Kursor Pangkalan data Muat turun Pengguna akhir Fon Perkakasan Litar bersepadu Rangkaian kawasan setempat 4.2.4 Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Balance sheet Bridging loan Buy out Buy-back price By-product Capital gain Cash flow Certificate of authorization Chief executive officer Deed of trust Investment climate Kunci kira-kira Pinjaman penyambung Beli habis Harga beli balik Keluaran sampingan Laba modal / keuntungan modal Aliran tunai Perakuan kuasa Ketua pegawai eksekutif Surat ikatan amanah Iklim pelaburan
  • 14. [Type text] Long term debt Short-term financing Sole agent Steering committee Hutang jangka pendek Pembiayaan jangka pendek Ejen tunggal Jawatankuasa pemandu 4.2.5 Istilah Perhotelan Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Ballroom Banquet Budget hotel Buffet Business centre Check-in Check-out Cocktail Day use Deluxe room Double room Function room Luncheon Twin bed Dewan besar Bankuet Hotel jimat / hotel kelas ekonomi Bufet Pusat khidmat urusan Daftar masuk Daftar keluar Koktel Guna siang Bilik mewah Bilik kelamin Bilik majlis Jamuan tengah hari Katil-kembar
  • 15. [Type text] Waiter (L); waitress (P) Pramusaji 4.2.6 Fotografi Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Abstract photography Between-the-lens shutter Camera angle Daylight film Effective aperture Flash Ground-angle view Half-length portrait Invisible light Latitude of exposure Main lighting Out of focus Periscopic lens Quartz lens Reflect camera Fotografi abstrak Pengatup antara kanta Sudut kamera Filem warna cahaya siang Apertur berkesan Dengar Pandangan sudut bawah Potret separuh Cahaya halimunan Latitude dedahan Pencahayaan induk Luar fokus Periskop Kanta kuarza Kamera reflex 5.0 Peranan MABBIM MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya badan ini
  • 16. [Type text] dinamai Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972, setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Menteri Pendidikan Malaysia, dan Bapak Mashuri Saleh S.H. Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, pada 23 Mei 1972 di Jakarta. MBIM menjadi MABBIM apabila negara Brunei Darussalam menganggotai majlis ini pada 4 November 1985. Manakala, Singapura masih menjadi negara pemerhati Majlis sehingga kini. Matlamat penubuhan MABBIM ini untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan di tiga buah negara anggota tetap berkenaan. Pendek kata MABBIM bertujuan untuk mendaulat, menyebar dan mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa peradapan yang tinggi bukan sahaja di rantau malah di dunia. Usaha ini boleh menjadi realiti apabila usaha – usaha peristilahan berterusan dan lebih mantap. Ini meliputi semua bidang keilmuan seperti sains, teknologi, komunikasi maklumat, perubatan, perundangan, perekonomian, kesusasteraan dan sebagainya. 6.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan istilah bahasa Melayu. Di dalam bidang bahasa, DBP berperanan membina korpus dan menyebarkan melalui buku buku istilah, tatabahasa dan perkamusan. Bahagian pembinaan dan pengembangan bahasa bertanggungjawab membina dan memperkembangkan istilah, mengadakan penyelidikan dan menyebarkan hasil pemerolehan mereka. Badan ini juga bertanggungjawab mengawal penggunaan bahasa dengan mengeluarkan risalah dan panduan umum kepada sektor awam dan sektor swasta di samping menyediakan khidmat nasihat. Untuk memperkukuhkan lagi peranannya, Unit Pelaksanaan Bahasa ditubuhkan pada tahun 1980. Unit ini bertanggungjawab menggalakkan penggunaan bahasa Melayu. Ia telah melaksanakan beberapa langkah seperti mengadakan ceramah, taklimat, forum, kursus, rancangan Dewan Bahasa di radio, menyebarkan panduan bahasa, khidmat nasihat, mengadakan kempen “Mencintai Bahasa Melayu” dan mengawasi penggunaan bahasa Melayu di sektor awam dan swasta. Apa yang jelas, pelaksanaan perancangan bahasa yang dijalankan oleh DBP melalui bahagian - bahagian tersebut di dalamnya bersifat revolusi tetapi teratur dan sistematik.
  • 17. [Type text] Di dalam usaha memajukan lagi bahasa Melayu, DBP juga telah mengadakan kerjasama dengan beberapa pihak lain. Kerjasama terbesar DBP ialah dengan Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM). Kerjasama ini diperluaskan lagi dengan memasukkan Negara Brunei Darussalam. Hasil kerjasama ini terbentuklah istilah baharu yang sesuai digunakan di ketiga tiga buah negara yang terlibat. Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya ialah;  Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.  Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.  Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.  Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.  Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah.  Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negara-negara lain. 5.0 Refleksi