SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
BML 3053
MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Perbandingan golongan kata nama dalam Tatabahasa Dewan
Bahasa dengan buku Tatabahasa lain.
HALIM BIN SHAHARI @ ABDULLAH (D20112055469)
KUMPULAN : UPSI 03 (A131 PJJ)
AT34J : PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
SEK. REN.KOHORT 3
SEMESTER 1, SESI 2013/2014
PENSYARAH
TN HJ AHMAD KHAIR BIN HJ MOHD NOR
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
1
ISI KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
1 Pengenalan 3
2 Konsep 3
3 Jenis/Bentuk/Golongan Kata Ganti Nama 4
4 Perbandingan
• Persamaan Kata Ganti Nama antara
Tatabahasa Dewan dengan buku
Tatabahasa lain
• Perbezaan Kata Ganti Nama antara
Tatabahasa Dewan dengan buku
Tatabahasa lain
9
10
5 Kesalahan bahasa 16
6 Kesimpulan 19
7 Rujukan 20
PENGENALAN
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan
kata dalam Bahasa Melayu. Struktur bahasa yang dimaksudkan ialah susunan bentuk bunyi
2
ujaran atau lambing (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentukkata pula
ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses
pengimbuhan, penmajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata adalah proses
menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain
dalam golongan yang sama. Golongan kata ganti nama merupakan golongan kata yang
berfungsi menggantikan kata nama.
KONSEP
Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, karya Nik Safiah Karim et al
(2008:101), konsep kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama
khas dan kata nama am. Oleh itu, kata ganti nama adalah kata yang berfungsi untuk
menggantikan tempat kata nama atau kata sebagai pengganti kepada sesuatu kata nama.
Menurut Prof. Abdullah Hassan dalam buku beliau bertajuk Tatabahasa Bahasa Melayu,
Morfologi dan Sintaksis untuk Guru dan Pelajar (2004:117), kata ganti nama ialah perkataan
lain yang menggantikan nama sebenar orang atau benda.
Manakala dalam buku Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu karya Pak Asraf atau Hj.
Mohd Asraf bin Hj. Abdul Wahab (2012:7) , kata ganti nama ialah kata yang mengambil
tempat kata nama sebagai pengganti.
Berdasarkan pandangan Arbak Othman (1985) dalam buku yang bertajuk Mengajar
Tatabahasa, kata ganti nama mempunyai lima jenis iaitu kata ganti nama orang atau diri,
kata ganti nama pertanyaan, kata ganti nama umum, kata ganti nama tunjuk dan kata ganti
nama hubungan. Kata ganti nama orang atau diri merupakan perkataan yang bertugas
sebagai pengganti nama orang. Kehidupan seharian manusia banyak menuntut agar
manusia untuk berkomunikasi sesama sendiri. Oleh sebab itu, dengan adanya kata ganti
nama diri akan membolehkan manusia berkomunikasi dengan lebih berkesan dan lancar.
Menurut pandangan Ahmad Khair Mohd Nor (2006), dalam buku yang bertajuk
Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu, kata ganti nama merupakan bentuk perkataan
yang tugasnya adalah untuk menjadi pengganti kata nama. Kata nama banyak digunakan
bagi merujuk kepada kata nama lain atau perkataan yang tergolong dalam golongan kata
3
nama. Kata ganti nama juga merupakan perkataan salah satu daripada golongan kata
nama. Menurut beliau lagi, kata ganti nama diri merupakan perkataan atau kata yang dapat
menggantikan kata nama manusia. Dalam erti kata lain, kata ganti nama diri ialah kata ganti
nama yang merujuk kepada diri sendiri atau orang lain.
Kata ganti nama diri banyak digunakan dalam perbualan masyarakat Melayu.
Penggunaan kata ganti nama diri membolehkan masyarakat berkomunikasi dengan baik
tanpa mewujudkan kecelaruan atau pertindihan makna. Penggunaan kata ganti nama diri
juga dapat membolehkan masyarakat membezakan panggilan-panggilan tertentu yang
merujuk kepada makna-makna tertentu. Contohnya panggilan beta hanya digunakan oleh
raja yang merujuk kepada dirinya sahaja dan rakyat biasa tidak boleh menggunakan kata
ganti nama diri tersebut.
JENIS / BENTUK/ GOLONGAN KATA GANTI NAMA
Tatahasa Dewan
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, karya Nik Safiah Karim et al (2008:101), kata
ganti nama terbahagi kepada dua golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata
ganti nama diri. Kata ganti nama tunjuk terbahagi kepada kata ganti nama tunjuk umum
dan kata ganti nama tunjuk tempat. Kata ganti nama tunjuk umum ialah yang merujuk
pada perkara atau benda. Manakala kata tunjuk tempat ialah yang menunjuk kepada
tempat. Kata ganti nama tunjuk umum terbahagi kepada dua, iaitu ini (menunjuk pada
yang dekat) dan itu (menunjuk pada yang jauh). Kata ganti nama tunjuk tempat pula
terdiri daripada sini (menunjuk pada yang dekat), situ (arah agak jauh) dan sana (arah
jauh). Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada kata ganti nama diri orang dan kata
ganti nama diri tanya. Kata ganti nama diri orang pula terdiri daripada kata ganti nama
diri orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua dan kata kata ganti nama diri orang
ketiga. Contoh kata ganti nama diri orang pertama ialah saya, aku, beta, patik, kami,
kita. Kata ganti nama diri orang kedua ialah anda, saudara, engkau, awak, kamu. Kata
ganti nama diri orang ketiga ialah ia, dia, beliau, mereka, -nya. Kata ganti nama diri
tanya terdiri daripada tiga jenis, iaitu apa (merujuk benda atau perkara), siapa (merujuk
orang), dan mana ( merujuk benda atau orang).
4
Kata ganti nama tunjuk
Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan
mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang ditunjuk itu. Ada dua
kata ganti tunjuk, iaitu ini untuk menunjuk pada yang dekat dan itu untuk
menunjukkan pada yang jauh.
Kata ganti nama diri
Kata ganti nama jenis ini terbahagi pula kepada dua golongan, iaitu:
a. Kata ganti nama diri tanya
Kata ganti nama jenis ini ialah perkataan yang merujuk benda atau orang
dalam bentuk tanya. Ada tiga kata ganti nama diri tanya, iatu :
Apa - yang merujuk benda atau perkara
Siapa - yang merujuk orang
Mana - yang merujuk benda atau orang
Kadang-kadang kata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses
penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau
penegasan. Misalnya :
Apa - apa-apa
Mana - mana-mana
Siapa - siapa-siapa (sesiapa)
b. Kata ganti nama diri orang
Kata ganti nama jenis ini mengandungi perkataan yang merujuk diri orang
tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga,
seperti yang ditunjukkan di bawah ini:
i. Kata ganti nama diri orang pertama : saya , aku, beta, patik, kami,
dan kita
ii. Kata ganti nama diri orang kedua : anda, engkau, awak, dan kamu
iii. Kata ganti nama diri orang ketiga : ia, dia,mereka, dan –nya
Kata ganti nama orang ketiga –nya boleh juga berfungsi sebagai
penekan dan pembenda.
Buku Tatabahasa Lain
5
Menurut pandangan Ahmad Khair Mohd Nor (2007) bukunya yang bertajuk ‘
Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu (Tatabahasa : Ayat), kata ganti nama diri dapat
dibahagikan kepada tiga golongan kata iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kata
ganti nma diri orang kedua dan kata ganti nama diri orang ketiga. Kata ganti nama diri
orang pertama merujuk kepada orang yang sedang bercakap atau bertutur dan dalam
bentuk penulisan pula kata ganti nama diri pertama merujuk kepada penulis itu sendiri.
Antara kata ganti nama diri pertama ialah saya, aku, beta, hamba, patik, kami, kita,
kami semua dan kita semua. Manakala kata ganti nama diri kedua pula merujuk
kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang diajak bercakap. Dalam erti kata
lain, kata ganti nama kedua merujuk kepada pendengar dalam sesuatu peristiwa
ataupun pembaca dalam bidang penulisan. Contoh perkataan kata ganti nama kedua
ialah anda, awak, engkau, dikau, kamu, kalian, kau dan mu. Golongan terakhir bagi
kata ganti nama diri ialah kata ganti nama diri ketiga. Kata ganti nama diri ketiga
merujuk kepada orang yang diperkatakan. Orang yang sedang diperkatakan itu boleh
hadir ataupun tidak hadir dalam lingkungan peritiwa tersebut. Contoh perkataan kata
ganti nama diri ketiga ialah ia, dia, beliau, mereka dan –nya.
Bil Golongan Kata Ganti Nama Diri
Golongan Perkataan
Tunggal Jamak
1. Kata Ganti Nama Diri Pertama
Saya, aku, beta,
hamba, patik, daku
dan ku
Kami, kita, kami
semua dan kita
semua
2. Kata Ganti Nama Diri Kedua
Anda, awak, engkau,
dikau, mu
Kamu dan kalian
3. Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Dia, beliau, ia dan –
nya
Mereka
Menurut Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu, karya Pak Asraf (2012:7 ), kata
ganti nama terbahagi kepada lima iaitu, kata ganti diri, kata ganti tanya, kata ganti
tempat, kata ganti tunjuk dan kata ganti tak tentu. Kata ganti nama diri terbahagi kepada
tiga, iaitu kata ganti diri pertama, kata ganti diri kedua dan kata ganti diri ketiga. Contoh
kata ganti diri pertama ialah aku, beta, daku, hamba, kami, kita, patik, dan saya. Contoh
kata ganti diri kedua ialah anda, awak, dikau, engkau, kalian, kamu dan tuanku. Contoh
6
kata ganti diri ketiga ialah baginda, beliau, dia, ia, dan mereka. Kata ganti tanya
terbahagi kepada tiga jenis, iaitu apa, mana, dan siapa. Kata ganti tempat pula terbahagi
kepada tiga, iaitu sana, sini, dan situ. Kata ganti tunjuk terdiri daripada dua sahaja, iaitu
ini dan itu. Manakala contoh kata ganti tak tentu pula ialah apa-apa, mana-mana, siapa-
siapa atau sesiapa.
Manakala dalam buku Tatabahasa bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk
Guru dan Pelajar karya Prof. Abdullah Hassan (2004:117), kata ganti nama dibahagikan
kepada 4 jenis iaitu, kata ganti nama diri, kata ganti nama umum, kata ganti nama tanya
dan kata tunjuk. Terdapat tiga jenis kata ganti nama diri, iaitu kata ganti nama diri orang
pertama, kata ganti nama diri orang kedua dan kata ganti nama diri orang ketiga.
Contoh kata ganti nama diri orang pertama ialah saya, aku, beta, kita, kami,ku. Kata
ganti nama diri orang kedua ialah awak, kamu, anda, engkau, kau, kalian. Kata ganti
nama diri orang ketiga pula ialah dia, ia, beliau, mereka, nya, baginda. Kata ganti nama
umum terdiri daripada apa, anu, mana, siapa, bila, bagaimana, ia, nya. Kata ganti nama
tanya ialah apa, siapa, bila, bagaimana, mana, berapa, kenapa, mengapa, dari mana,
ke mana. Kata ganti nama tunjuk terdiri daripada dua jenis, iaitu itu dan ini.
Arbak Othman (1985) dan Abdullah Hassan (2006), telah menyenaraikan kata ganti
nama diri orang kepada tiga kumpulan utama iatu ganti nama diri pertama, ganti nama
diri kedua dan ganti nama diri ketiga. Setiap kata ganti nama diri ini mempunyai peranan
dan fungsi yang berbeza dan fungsi kata ganti nama ini mempunyai persamaan dengan
yang telah diperkatakan oleh Ahmad Khair Mohd Nor.
Berdasarkan kepada rujukan yang telah dilakukan, dapat disimpulkan di sini bahawa
kata ganti nama diri telah banyak ditafsirkan dan mempunyai pandangan yang berbeza
antara ahli Tatabahasa. Terdapat ahli Tatabahasa yang mengatakan bahawa kata ganti
nama diri mempunyai dua kategori yang utama iaitu kata ganti nama diri tanya dan kata
ganti nama diri orang. Namun demikian, Ahmad Khair Mohd Nor hanya mengkelaskan
kata ganti nama diri yang merujuk terus kepada manusia dan binatang. Beliau hanya
mengatakan bahawa kata ganti nama diri terdiri daripada tiga golongan kata iaitu kata
ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga.
7
Walaupun terdapat perbezaan antara kelas golongan yang diberikan namun konteks
penggunaan kata masih lagi sama. Rumusannya ialah kata ganti nama diri pertama
pada kebiasaannya digunakan bagi menggantikan diri kita yang sedang bercakap. Kata
ganti nama diri kedua pula digunakan bagi panggilan orang yang sedang dilawan
bercakap dan kata ganti nama diri ketiga digunakan untuk panggilan yang merujuk
kepada seseorang yang ingin kita perkatakan.
PERBANDINGAN GOLONGAN KATA GANTI NAMA
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga karya Nik Safiah Karim et al (2008:101), kata
ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am.
Menurut Prof. Abdullah Hassan dalam buku beliau bertajuk Tatabahasa Bahasa Melayu,
Morfologi dan Sintaksis untuk Guru dan Pelajar (2004:117), kata ganti nama ialah perkataan
lain yang menggantikan nama sebenar orang atau benda. Manakala dalam buku Petunjuk
Tatabahasa Bahasa Melayu karya Pak Asraf atau Hj. Mohd Asraf bin Hj. Abdul Wahab
(2012:7) , kata ganti nama ialah kata yang mengambil tempat kata nama sebagai pengganti
Oleh itu, kata ganti nama adalah kata yang berfungsi untuk menggantikan tempat kata
nama atau kata sebagai pengganti kepada sesuatu kata nama.. Namun, terdapat pelbagai
pendapat tentang pembahagian golongan atau jenis-jenis kata ganti nama. Menurut Asmah
Hj Omar (1986), kata ganti nama boleh dibahagikan kepada tiga subgolongan iaitu ganti
nama diri, kata ganti nama umum, kata ganti nama petunjuk, dan kata ganti nama
hubungan.
PERSAMAAN KATA GANTI NAMA ANTARA TATABAHASA DEWAN DENGAN BUKU
TATABAHASA LAIN.
Ulasan atau pendapat ahli Tatabahasa di dalam buku-buku Tatabahasa
mengenai kata ganti nama kadang-kadang mempunyai ciri-ciri persamaan. Terdapat
persamaan antara Tatabahasa Dewan dengan Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu
8
dan Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk Guru dan Pelajar dari
segi jenis kata ganti nama diri. Jenis kata ganti nama diri dalam ketiga-tiga jenis buku ini
terdiri daripada kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti
nama diri ketiga. Persamaan yang lain ialah dari segi jenis kata ganti nama tunjuk dan
kata ganti nama tempat. Dalam ketiga-tiga buah buku tatabahasa ini, jenis kata ganti
nama tunjuk terdiri daripada dua jenis, iaitu itu (menunjuk pada yang jauh) dan ini
(menunjuk pada yang dekat). Kata ganti tempat pula terdiri daripada tiga jenis, iaitu sini
(menunjuk pada arah yang dekat), situ (menunjuk arah yang agak jauh) dan sana
( menunjuk arah yang jauh).
Selain daripada itu juga, penggunaan kata ganti nama diri mempunyai ciri-ciri
kesantunannya yang tersendiri. Hal ini adalah kerana, penggunaan perkataan saya
melambangkan penggunan kata yang formal dan mempunyai tanda hormat yang tinggi
dalam perbualan yang melibatkan perbezaan umur, pangkat, penulisan dan majlis-majlis
yang formal. Manakala panggunaan perkataan aku juga banyak digunakan ketika
berdoa dan pembicaraan batin seperti ungkapan “ampunilah segala dosa ku/aku”.
Disamping itu juga, perkatan aku boleh mengalami singkatan kata daripada perkataan
aku kepada perkataan ku dan selalunya digunakan di belakang perkataan.
Menurut ahli-ahli Tatabahasa lagi, perkataan kami dan kita dalam kata ganti
nama diri orang yang pertama mempunyai konteks penggunaan kata yang berbeza. Hal
ini adalah kerana, perkataan kami menyisihkan orang kedua sedangkan kita
memasukkan orang kedua. Secara ringkasnya, kami tidak memasukkan orang kedua
atau pendengar dipihak penutur manakalam kita melibatkan kita melibatkan semua
pihak sama ada sebagai pendengar, penutur atau pihak lain. Perakataan kita dipakai
jika orang kedua yang ditujukan percakapannya itu meliputi orang yang sedang
bercakap manakala perkataan kami digunakan jika tidak meliputi orang kedua yang
dilawan bercakap itu. Contohnya ialah “kami tidak makan daging kambing” dan “kita
tidak makan daging kambing”. Berdasarkan kepada contoh ayat di atas dapat
disimpulkan bahawa perkataan kami itu melambangkan orang kedua saja yang tidak
makan daging kambing manakala kita memberi makna orang kedua juga tidak makan
daging kambing.
Disamping itu juga, dalam penggunaan kata ganti nama diri orang ini boleh
wujudnya singkatan perkataan. Contohnya, perkataan engkau akan mengalami
9
singkatan kepada kau. Penyingkatan kata ganti nama diri orang ini tidak akan
menukarkan jenis kata ganti nama orang ini daripada jenis kata ganti nama diri pertama
kepada kata ganti nama kedua walaupun mengalami penyingkatan kata. Penyingkatan
ini juga tidak akan mengubah fungsi perkataan dalam penggunaan ayat. Contohnya,
“engkau/kau hendak ke mana?.
Kata ganti nama tanya dalam Tatabahasa Dewan mempunyai persamaan
dengan Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Kata ganti nama tanya terbahagi kepada
tiga, iaitu mana, siapa, dan apa. Akan tetapi, terdapat perbezaan kata ganti nama tanya
dalam Tatabahasa Dewan dengan Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis
untuk Guru dan Pelajar. Dalam Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis
untuk Guru dan Pelajar, kata ganti nama tanya terdiri daripada apa, siapa, bila,
bagaimana, mana, berapa, kenapa, mengapa, dari mana dan ke mana.
PERBEZAAN KATA GANTI NAMA DIRI ANTARA TATABAHASA DEWAN DENGAN BUKU
TATABAHASA LAIN
Terdapat beberapa perbezaan pendapat antara ahli Tatabahasa mengenai kata
ganti nama diri. Mengikut pandangan Ahmad Khair Mohd Nor (2007), Abdullah Hassan
(2006) dan arbak Othman (1985) di dalam buku Tatabahasa hasil penulisan mereka,
kata ganti nama diri hanya tergolong dalam tiga jenis bentuk kata ganti nama diri sahaja
iaitu kata ganti diri pertama, kata ganti nama kedua dan kata ganti nama ketiga.
Kegunaan dan fungsi kata ganti nama diri adalah berbeza mengikut orang atau apa
yang cuba diperkatakan. Contonnya, kata ganti nama digunakan oleh penutur atau
penulis bagi menggantikan gelaran bagidirinya manakala kata ganti nama diri kedua
digunakan bagi merujuk kepada orang yang dilawan bercakap atau yang sedang
membaca. Kata ganti nama diri ketiga merupakan kata ganti nama yang merujuk
kepada orang yang sedang diperkatakan. Namun demikian, penggolongan kata ganti
nama diri mengikut Tatabahasa Dewan (2008), mempunyai dua golongan yang utama
iaitu kata ganti nana diri tanya dan kata ganti diri orang. Kata ganti diri tanya banyak
digunakan dalam bentuk pertanyaan. Contohnya ialah penggunaan kata ganti nama diri
siapa merujuk kepada pertanyaan yang melibatkan elemen manusia manakala
pertanyaan kata apapula merujuk kepada sesuatu benda dan penggunaan kata mana
merujuk kepada tempat. Penggunaan kata ganti nama diri orang yang elah dikemukan
10
oleh Tatabahasa Dewan tidk banyak perbezaan yang ketara dengan pendapat yang
telah dikemukan oleh ahmad Khair Mohd Nor, Abdullah Hassan dan Arbak Othman.
Mengikut pendapat yang telah dikemukan oleh Kamus tatabahasa Dewan, kata
ganti nama diri tanya mempunyai unsur-unsur penggandaan untuk membawa maksud
rujukan tidak tentu atau unsur penegasan. Contohnya penggunaan perkataan apa boleh
mengalami unsur penggandaan seperti “ bawalah apa-apa yang ada”. Ayat tersebut
membawa maksud apa sahaja yang kita ada , kita boleh membawanya. Manakala
perkataan mana apabila digandakan akan memberikan maksud rujukan kepada benda
atau perkara yang diperkatakan. Contohnya “ambillah mana-mana yang kamu suka”.
Proses penggandaan bagi perkataan siapa akan membawa maksud dan rujukan kepada
manusia. Contoh ayat ialah “siapa-siapa pun boleh bersuara”. Proses penggandaan
kata ganti nama diri tanya ini hanya terdapat dalan Tatabahasa Dewan sahaja.
Proses penggolongan kata ganti nama orang juga boleh digolongkan dalam
bentuk kata ganti nama tunggal dan kata ganti nama jamak. Ahmad Khair Mohd Nor
telah mengkategorikan bentuk kata ganti nama diri orang kepada bentuk tunggal dan
jamak. Menurut beliau lagi kata ganti nama diri pertama mempunyai dua kategori iaitu
tunggal dan jamak. Contoh kata ganti nama diri pertama yang tergolong dalam golongan
tunggal ialah seperti perkataan saya, aku, beta, patik,daku, dan ku. Manakala bagi
perkataan jamak pula ialah kami, kita, kami semua dan kita semua. Kata ganti nama diri
kedua ialah anda , awak, engkau, dikau, kamu, kalian, kau dan mu. Manakala mengikut
Tatabahasa Dewan, penggolongan bagi kata ganti nama diri dalam bentuk tunggal atau
jamak tidak dikemukakan pendapat. Tatabahasa Dewan hanya menyatakan jenis kata
ganti nama diri sahaja yang tergolong kepada tiga jenis iaitu pertama, kedua dan ketiga.
Penggunaan kata –nya dalam penerangan oleh ahli Tatabahasa agak berbeza.
Hal ini adalah kerana, Ahmad Khair Mohd Nor telah menyatakan bahawa penggunaan –
nya boleh digunakan dalam menggantikan ganti nama diri dia atau ia dan diletakkan di
akhir kata seolah-olah menjadi akhiran. Contohnya ayat ialah “ surat itu ditulis oleh dia”.
Apabila perkataan dia digantikan dengan perkataan –nya maka ayatnya adalah seperti
berikut “ surat itu ditulis olehnya”. Perkataan –nya boleh berfungsi sebagai pemilik
seperti ayat tersebut “rumahnya di Kampung Bahagia”. Perkataan –nya juga boelh
merujk kepada objek. Contohnya ialah “dia menulisnya dengan cepat”. Ahmad Khair
Mohd Nor tidak menyatakan fungsi penggunaan perkataan –nya secara lebih terperinci
11
ntuk yang menjadikan sesuatu perkataan berbanding dengan Tatabahasa Dewan. Hal
ini ketara, Tatabahasa Dewan telah menyatakan bahawa perkataan –nya merupakan
kata Pascakata. Kata Pascakata merupakan bentuk kata yang hadir selepas perkataan.
Perkataan –nya boleh berfungsi sebagai penekan atau pembenda. Kata penekan
ialahkata yang memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh
dalam ayat ialah “pokok rambutan itu nampaknya akan mati”. Manakala kata pembenda
ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama
sebagai kata nama. Contohnya ialah lajunya, sakitnya, lantangnya, manisnya dan
banyak lagi.
Perbezaan yang terdapat dalam Tatabahasa Dewan dengan Petunjuk
Tatabahasa Bahasa Melayu dan Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis
untuk Guru dan Pelajar ialah panduan penggunaan kata ganti nama diri. Dalam
Tatabahasa Dewan, tidak dinyatakan secara terperinci panduan penggunaan kata ganti
nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga. Dalam
Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk Guru dan Pelajar, hanya
ditunjukkan secara ringkas panduan penggunaannya. Namun, dalam Petunjuk
Tatabahasa Bahasa Melayu, ada diberikan panduan penggunaan kata ganti nama diri
secara terperinci. Berikut ialah panduan penggunaan kata ganti diri pertama, kata ganti
diri kedua dan kata ganti diri ketiga.
Panduan Menggunakan Kata Ganti Diri Pertama
12
Panduan Menggunakan Kata Ganti Diri Kedua
Panduan Menggunakan Kata Ganti Diri Ketiga
13
Kata Ganti
Diri Pertama Penggunaannya
aku
Merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan yang sangat
rapat atau mesra dan dengan Tuhan.
beta
Digunakan oleh raja, sultan, atau kerabat diraja apabila bertitah kepada
rakyat.
daku
Digunakan dalam tulisan atau nyanyian sebagai objek kepada kata sendi
atau kata kerja transitif yang diakhiri huruf n.
hamba Merujuk kepada diri sendiri pada zaman dahulu.
kita Merujuk kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua.
kami
Merujuk kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap
dengan orang kedua.
patik
Digunakan oleh rakyat untuk merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap
dengan raja, sultan, atau kerabat diraja.
saya
Merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang yang baru
dikenali atau orang lain pada umumnya.
Kata Ganti
Diri Kedua Penggunaannya
anda Digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita,
misalnya dalam surat-menyurat, atau dengan orang yang sebaya.
awak Digunakan untuk diri orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan
kita
dikau Digunakan dalam tulisan atau nyanyian sebagai objek kepada kata sendi atau
kata kerja transitif yang diakhiri huruf n.
engkau Digunakan untuk diri orang kedua yang amat rapat hubungannya dengan kita,
misalnya dengan rakan sebaya dan dengan Tuhan.
kalian Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
kamu Digunakan untuk diri orang kedua yang amat rapat hubungannya dengan kita,
misalnya dengan rakan sebaya, dan oleh orang dewasa kepada yang lebih
muda umurnya.
tuanku Digunakan ketika bercakap dengan sultan, raja, atau kerabat diraja.
baginda Digunakan untuk raja, sultan, atau kerabat diraja.
beliau Digunakan untuk diri orang ketiga yang kita hormati seperti ibu bapa, guru,
menteri, dan sebagainya.
dia Digunakan untuk diri orang ketiga yang umum seperti rakan sebaya dan
orang-orang biasa.
ia Digunakan dalam tulisan untuk diri orang ketiga seperti kata ganti dia juga.
mereka Digunakan untuk diri orang ketiga yang bilangannya lebih daripada seorang.
Rumusan mengenai kata nama
Kata ganti nama mempunyai persamaan dan perbezaan dalam ulasan setiap
pendapat yang dikemukan dalam buku Tatabahasa. Namun demikian, konsep dan
fungsi yang diketengahkan dalam kata ganti diri memepunyai pendapat yang sama.
Konsep yang diketengahkan ialah yang berkaitan dengan panggilan ganti nama diri
yang diberikan kepada manusia bagi menggantikan penggunaan panggilan nama.
Fungsi kata ganti nama diri yang berkaitan dengan kesantunan dalam setiap perkataan
kata panggilan yang digunakan itu dan bersesuaian dengan konteks masa.
14
Terdapat sesetengah buku Tatabahasa yang berpendapat bahawa kata ganti
nama diri boleh digolongkan dalam kategori tunggal dan jamak. Melaui pengelasan yang
dibuat ini akan memudahkan lagi masyarakat membezakan jenis perkataan panggilan
yang sesuai untuk mereka gunakan. Contohnya, bagi menggantikan kata panggilan
yang merangkumi ramai orang, perkataan kita dan kami boleh digunakan. Manakala
jika hanya melibatkan seorang penutur sahaja perkataan saya atau aku lebih sesuai
digunakan bergantung kepada konteks dan masa perkataan itu digunakan. Di samping
itu juga, daripada segi kesantunan bahasa, kata ganti nama diri mempunyai kasantunan
bahasanya yang tersendiri. Hal ini adalah kerana perkataan saya itu lebih
menggambarkan kesantunan yang tinggi berbanding dengan perkataan aku. Pada
kebiasaannya masyarakat akan menggunakan bahasa yang lebih santun apabila
berurusan dengan orang yang lebih tua atau mempunyai pangkat dan kedudukan yang
tinggi.
Berdasarkan kepada pemahaman yang tinggi mengenai kata ganti nama diriini
dapat mengelakkan masyarakat daripada salah menggunakan kata panggilan bagi
mengelakkan kekeliruan yang akan berlaku. Setiap lapisan masyarakat telahdidedahkan
dengan penggunaan yang betul mengenai kata ganti nama diri. Namun demikian ,
melalui perbandingan antara beberapa buah buku Tatabahasa dapat memperkukuhkan
lagi pemahaman dan penggunaan mengenai kata ganti nama diri.
KESALAHAN BAHASA
Kesalahan yang paling ketara dalam kata ganti nama adalah dalam penggunakan kata
ganti nama diri pertama dan kedua. Dalam kata ganti nama diri pertama, ku sering dieja
secara tidak betul dalam penulisan. Sebagai contoh, Buku itu ku beli tadi. Ku sepatutnya
dieja secara bercantum seperti Buku itu kubeli tadi. Selain itu, kami dan kita juga digunakan
tidak mengikut tempatnya. Misalnya, kami akan bersahabat selamanya dan kami jangan
putuskan ikatan sahabat ini. Penggunaan kami dalam ayat di atas adalah salah kerana kami
digunakan apabila orang yang dilawan bercakap hadir bersama-sama dan tidak
memasukkan orang kedua dalam perbualan sedangkan dalam ayat di atas memasukkan
15
orang ke dua. Kami perlu diganti dengan kita iaitu, kita akan bersahabat selamanya dan kita
jangan putuskan ikatan sahabat ini.
Selain itu, penggunaan awak juga digunakan pada bukan tempatnya tetapi tidak
nampak ketara. Sebagai contoh, Awak hendak ke mana? Tanya Ali kepada mak cik yang
melintas jalan. Penggunaan awak dalam penggunaan ayat di atas tidak sesuai kerana
dianggap kasar. Awak digunakan untuk bercakap dengan kawan karib dan orang yang baru
dikenali.
Dalam kata ganti nama diri ketiga, beliau sering digunakan sewenang-wenangnya.
Beliau dibunakan pada tempat yang tidak sepatutnya iaitu pada orang yang tidak dihormati.
Contohnya, Penjenayah itu dibicarakan dan beliau dijatuhi hukuman mati. Beliau tidak boleh
digunakan untuk orang yang tidak dihormati dan haiwan. Dalam ayat di atas, penjenayah
bukanlah orang yang dihormati. Oleh itu, beliau tidak boleh digunakan dan sepatutnya
digantikan dengan dia atau ia menjadikan Penjenayah itu dibicarakan dan dia/ ia dijatuhi
hukuman mati. Kata ganti nama ia digunakan untuk perkara atau benda dan haiwan adalah
salah dan tidak boleh digunakan. Misalnya, Rumah itu rumah panjang. Ia terkenal di
Sarawak. Penggunaan ia dalam ayat adalah salah kerana ia digunakan untuk merujuk
kepada benda atau perkara yang diperkatakan sebelumnya iaitu rumah. Perkataan rumah
perlu digantikan dengan rumah iaitu, Rumah itu rumah panjang. Rumah itu rumah panjang.
Rumah itu terkenal di Sarawak.
Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu (Asraf), terdapat beberapa perkara yang perlu
diberi perhatian. Bagi penggunaan kata ganti diri pertama aku, elakkan penggunaan kata
aku apabila bercakap dengan seseorang yang belum mesra dengan anda, seseorang yang
lebih tua umurnya dan seseorang yang perlu dihormati. Penggunaan kata daku tidak
seharusnya digunakan sesudah kata yang tidak diakhiri huruf n. Contohnya, *Dia menyuruh
daku datang (salah). Sepatutnya penggunaan ayat yang betul ialah Dia menyuruh aku
datang (betul). Selain itu kata ganti nama daku tidak boleh digunakan sebagai subjek atau
predikat ayat. Contohnya, *Daku terkenang akan dia (salah). Sepatutnya ayat yang betul
ialah Aku terkenang akan dia (betul). Contoh lain yang salah ialah *Dakulah yang berkuasa
di sini (salah). Ayat yang betul ialah Akulah yang berkuasa di sini (betul).
16
Penggunaan kata ganti diri kedua pula, kata dikau tidak seharusnya digunakan
sesudah kata yang tidak diakhiri huruf n. Contohnyanya, *Kuucapkan selamat kepada dikau
(salah). Ayat yang betul ialah Kuucapkan selamat kepadamu (betul). Kata dikau tidak boleh
digunakan sebagai subjek ayat. Contohnya, *Dikau harus berjanji kepadaku (salah).
Sepatutnya, Engkau harus berjanji kepadaku (betul). Kata dikau juga tidak boleh digunakan
sebagai predikat ayat. Contohnya, *Dikaulah yang bersalah (salah). Ayat yang betul ialah
Engkaulah yang bersalah (betul).
Bagi penggunaan kata ganti diri ketiga pula, kata beliau tidak boleh digunakan secara
sembarangan saja, contohnya untuk orang yang tidak tidak dihormati dan untuk binatang.
Contohnya, Perompak itu telah dibicarakan di mahkamah. *Beliau dijatuhi hukuman penjara
selama lima tahun (salah). Ayat yang betul ialah Ia (atau ia) dijatuhi hukuman hukuman
penjara selama lima tahun (betul). Kata dia, ia, dan mereka tidak boleh digunakan untuk
benda atau binatang. Contohnya : Alat perkakas itu mahal. *Ia diimport dari Itali (salah).
Alat perkakas itu mahal. Alat perkakas itu diimport dari Itali (betul). Contoh yang lain, Kucing
itu sakit. *Dia (atau ia)dibawa ke klinik haiwan (salah). Kucing itu sakit, maka dibawa ke
klinik haiwan (betul). Kata ia tidak boleh bertugas sebagai penerang kata nama. Contohnya,
*Ayah ia sudah meninggal (salah). Ayahnya sudah meninggal(betul). Kata ia tidak boleh
bertugas sebagai pelaku dalam ayat pasif diri ketiga. Contohnya, *Buku itu belum dibaca ia.
(salah). Buku itu belum dibacanya (betul). Oleh sebab kata mereka bermakna jamak atau
lebih daripada seorang, maka kata mereka tidak perlu digandakan atau diulang menjadi
*mereka-mereka. Contohnya, *Mereka-mereka itu kawan saya (salah). Mereka itu kawan-
kawan saya (betul).
Kata ganti tanya apa tidak boleh digunakan untuk menanyakan nama manusia.
Contohnya, *Nama saudara apa? (salah). Nama saudara siapa? (betul). Kata siapa tidak
boleh digunakan untuk menanyakan nama binatang. Contohnya, *Nama anjing itu siapa?
(salah). Nama anjing itu apa? (betul). kata ganti tunjuk ini dan itu sebagai penentu tidak
boleh diletakkan di hadapan kata nama. Contohnya, *Ini pisau sangat tajam (salah). Pisau
ini sangat tajam (betul). Kata ganti tak tentu apa-apa, mana-mana, dan siapa-siapa tidak
boleh disamakan dengan kata ganti tanya apa, mana, dan siapa. Contohnya, *Apa yang
diceritakannya itu tidak benar (salah). Ayat yang sepatutnya ialah Apa-apa yang
diceritakannya itu tidak benar (betul).
17
KESIMPULAN
Kata ganti nama adalah kata yang berfungsi untuk menggantikan tempat kata nama atau
kata sebagai pengganti kepada sesuatu kata nama. Kata ganti nama dibahagikan kepada
empat jenis. Berdasarkan apa yang dihuraikan di atas, terdapat perbezaan dan persamaan
antara Tatabahasa Dewan dengan Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu dan Tatabahasa
Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk Guru dan Pelajar. Antara ketiga-tiga buku
tatabahasa ini, Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu dihuraikan dengan agak terperinci
berbanding dengan Tatabahasa Dewan dan Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan
Sintaksis untuk Guru dan Pelajar.
18
Kata ganti nama adalah kata yang berfungsi untuk menggantikan tempat kata nama
atau kata sebagai pengganti kepada sesuatu kata nama. Kata ganti nama dibahagikan
kepada empat jenis iaitu kata ganti nama diri orang, kata ganti nama diri tanya, kata ganti
nama tunjuk, dan kata ganti nama tak tentu. Kata ganti nama diri orang pertama merupakan
kata ganti bagi orang yang bercakap iaitu, saya, aku, hamba, patik, beta, ku, daku, kami,
dan kita Kata ganti nama diri orang kedua merupakan kata ganti bagi orang yang berlawan
bercakap iaitu awak, anda, engkau, kau,dikau, kamu, mu, dan kalian. Bagi kata ganti nama
tunjuk pula adalah kata ganti nama yang digunakan atau yang berfungsi untuk
menggantikan benda atau tempat yang ditunjuk iaitu ini ( menunjuk pada yang dekat), itu
(menunjuk kepada yang jauh), sini ( menunjuk tempat yang dekat ), situ ( menunjuk tempat
yang agak jauh ), dan sana ( menunjuk tempat yang jauh ). Kata ganti nama tanya ialah
perkataan-perkataan yang digunakan untuk menggantikan kata nama untuk pertanyaan
dalam ayat tanya iaitu apa, siapa, berapa, mana, di mana, ke mana, dari mana, bagaimana,
mengapa, dan bila. Kata ganti tanya sering dilekatkan partikel –kah seperti siapakah,
apakah, dan manakah. Kata ganti nama tak tentu merupakan kata ganti yang merujuk
kepada sesuatu benda atau perkara dan juga seseorang dengan tidak tentu iaitu apa-apa,
siapa-siapa, apa-apa, mana-mana, dan sesuatu.
RUJUKAN
1. Abdullah Hassan. (2004). Tatabahasa Bahasa Melayu (Morfologi dan Sintaksis untuk Guru
dan Pelajar). Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
2. Arbak bin Othman (1985), Mengajar Tatabahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka
3. Asmah Hj. Omar. (1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
4. Asraf Abdul Wahab . (2012). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :
Penerbitan Sasbadi Sdn. Bhd.
19
5. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2008).
Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Sulaiman Masri, Ahmad Khair Mohd Nor. (2008). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna
Edisi Baharu. Selangor : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
20

More Related Content

What's hot

137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengarBalqisAbdul
 
1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kataAsri Mohad
 
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfMASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfAnibintiMisran
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologinelson fredoline
 
1.6 konsep kata
1.6 konsep kata1.6 konsep kata
1.6 konsep kataAsri Mohad
 
Ayat Permintaan
Ayat PermintaanAyat Permintaan
Ayat Permintaankhanis
 
Frasa Adjektif
Frasa AdjektifFrasa Adjektif
Frasa Adjektifuchot
 
SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU: JENIS AYAT
SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU: JENIS AYATSINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU: JENIS AYAT
SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU: JENIS AYATNURLIDYAWATI JASMIN
 
Penulisan huruf
Penulisan huruf Penulisan huruf
Penulisan huruf firo HAR
 
Proses pegimbuhan kata adjektif
Proses pegimbuhan kata adjektifProses pegimbuhan kata adjektif
Proses pegimbuhan kata adjektifhaniffpotter
 
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)firo HAR
 
Prosa Tradisional : Seloka Emak SI Randang (KOMSAS SPM)
Prosa Tradisional : Seloka Emak SI Randang (KOMSAS SPM)Prosa Tradisional : Seloka Emak SI Randang (KOMSAS SPM)
Prosa Tradisional : Seloka Emak SI Randang (KOMSAS SPM)Nur IeeZaa
 

What's hot (20)

137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar
 
1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata
 
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfMASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologi
 
Frasa adjektif
Frasa adjektifFrasa adjektif
Frasa adjektif
 
1.6 konsep kata
1.6 konsep kata1.6 konsep kata
1.6 konsep kata
 
Imbuhan sisipan
Imbuhan sisipanImbuhan sisipan
Imbuhan sisipan
 
Bab 2 kata tugas
Bab 2 kata tugas Bab 2 kata tugas
Bab 2 kata tugas
 
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved) Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 
Ayat Permintaan
Ayat PermintaanAyat Permintaan
Ayat Permintaan
 
Frasa Adjektif
Frasa AdjektifFrasa Adjektif
Frasa Adjektif
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU: JENIS AYAT
SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU: JENIS AYATSINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU: JENIS AYAT
SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU: JENIS AYAT
 
Penulisan huruf
Penulisan huruf Penulisan huruf
Penulisan huruf
 
Teori Atqakum
Teori AtqakumTeori Atqakum
Teori Atqakum
 
Proses pegimbuhan kata adjektif
Proses pegimbuhan kata adjektifProses pegimbuhan kata adjektif
Proses pegimbuhan kata adjektif
 
BAB 5 - MORFOLOGI
BAB 5 - MORFOLOGIBAB 5 - MORFOLOGI
BAB 5 - MORFOLOGI
 
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
 
Prosa Tradisional : Seloka Emak SI Randang (KOMSAS SPM)
Prosa Tradisional : Seloka Emak SI Randang (KOMSAS SPM)Prosa Tradisional : Seloka Emak SI Randang (KOMSAS SPM)
Prosa Tradisional : Seloka Emak SI Randang (KOMSAS SPM)
 
Penulisan Mekanis
Penulisan MekanisPenulisan Mekanis
Penulisan Mekanis
 

Viewers also liked

Tugasan bahasa melayu
Tugasan bahasa melayuTugasan bahasa melayu
Tugasan bahasa melayuElyn Eveline
 
Penggolongan kata
Penggolongan kataPenggolongan kata
Penggolongan kataghazali76
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa namafiro HAR
 
Bahasa melayu Penggal 2: Proses Pembentukan Kata
Bahasa melayu Penggal 2: Proses Pembentukan KataBahasa melayu Penggal 2: Proses Pembentukan Kata
Bahasa melayu Penggal 2: Proses Pembentukan KataFairuz Alwi
 
BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )
BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )
BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )NOOR IZWANA NADIA
 
Kata Nama Am & Kata Nama Khas
Kata Nama Am & Kata Nama KhasKata Nama Am & Kata Nama Khas
Kata Nama Am & Kata Nama Khassuzella
 

Viewers also liked (10)

Kata pascakata
Kata pascakataKata pascakata
Kata pascakata
 
Tugasan bahasa melayu
Tugasan bahasa melayuTugasan bahasa melayu
Tugasan bahasa melayu
 
Penggolongan kata
Penggolongan kataPenggolongan kata
Penggolongan kata
 
Falsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayuFalsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayu
 
Tatabahasa
TatabahasaTatabahasa
Tatabahasa
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
 
Bahasa melayu Penggal 2: Proses Pembentukan Kata
Bahasa melayu Penggal 2: Proses Pembentukan KataBahasa melayu Penggal 2: Proses Pembentukan Kata
Bahasa melayu Penggal 2: Proses Pembentukan Kata
 
BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )
BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )
BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 2 ( MORFOLOGI : KATA TUGAS )
 
Bab 4 pembiakan
Bab 4 pembiakanBab 4 pembiakan
Bab 4 pembiakan
 
Kata Nama Am & Kata Nama Khas
Kata Nama Am & Kata Nama KhasKata Nama Am & Kata Nama Khas
Kata Nama Am & Kata Nama Khas
 

Similar to Bml3053 halim kata nama

3.0 golongan kata
3.0 golongan kata3.0 golongan kata
3.0 golongan kataHAsbu Sebu
 
Golongan Kata - Bidang Tatabahasa
Golongan Kata - Bidang TatabahasaGolongan Kata - Bidang Tatabahasa
Golongan Kata - Bidang TatabahasaMohd Tarmizi
 
NOTA: GOLONGAN KATA
NOTA: GOLONGAN KATANOTA: GOLONGAN KATA
NOTA: GOLONGAN KATAstark
 
Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diriKata ganti nama diri
Kata ganti nama diriPu Nitha
 
WEEK_4_-_TATABAHASA.pptx
WEEK_4_-_TATABAHASA.pptxWEEK_4_-_TATABAHASA.pptx
WEEK_4_-_TATABAHASA.pptxEwei Voon
 
Penggolongan kata linguistik bahasa melayu
Penggolongan kata linguistik bahasa melayuPenggolongan kata linguistik bahasa melayu
Penggolongan kata linguistik bahasa melayuly infinitryx
 
BMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bmBMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bmMuhammad Syahir
 
Bidang tatabahasa golongan kata
Bidang tatabahasa   golongan kataBidang tatabahasa   golongan kata
Bidang tatabahasa golongan kataMohd Tarmizi
 
Konsep morfologi bahasa melayu
Konsep morfologi bahasa melayuKonsep morfologi bahasa melayu
Konsep morfologi bahasa melayuRekha Mariappan
 
Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Fir Aziz
 
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayuPengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayuRama Danty
 
Sistembahasa 111211000759-phpapp02
Sistembahasa 111211000759-phpapp02Sistembahasa 111211000759-phpapp02
Sistembahasa 111211000759-phpapp02Yuki Hui Ling
 
Bab 3 Golongan kata
Bab 3 Golongan kataBab 3 Golongan kata
Bab 3 Golongan katawanarizwan
 
Bab 3 golongan kata
Bab 3 golongan kataBab 3 golongan kata
Bab 3 golongan katawanarizwan
 

Similar to Bml3053 halim kata nama (20)

3.0 golongan kata
3.0 golongan kata3.0 golongan kata
3.0 golongan kata
 
Golongan Kata - Bidang Tatabahasa
Golongan Kata - Bidang TatabahasaGolongan Kata - Bidang Tatabahasa
Golongan Kata - Bidang Tatabahasa
 
Nota Kata Nama
Nota Kata NamaNota Kata Nama
Nota Kata Nama
 
NOTA: GOLONGAN KATA
NOTA: GOLONGAN KATANOTA: GOLONGAN KATA
NOTA: GOLONGAN KATA
 
Tugasan bmm3111
Tugasan bmm3111Tugasan bmm3111
Tugasan bmm3111
 
Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diriKata ganti nama diri
Kata ganti nama diri
 
WEEK_4_-_TATABAHASA.pptx
WEEK_4_-_TATABAHASA.pptxWEEK_4_-_TATABAHASA.pptx
WEEK_4_-_TATABAHASA.pptx
 
Penggolongan kata linguistik bahasa melayu
Penggolongan kata linguistik bahasa melayuPenggolongan kata linguistik bahasa melayu
Penggolongan kata linguistik bahasa melayu
 
Bahan assg bm sept 2012
Bahan assg bm sept 2012Bahan assg bm sept 2012
Bahan assg bm sept 2012
 
BMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bmBMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bm
 
Bidang tatabahasa golongan kata
Bidang tatabahasa   golongan kataBidang tatabahasa   golongan kata
Bidang tatabahasa golongan kata
 
Konsep morfologi bahasa melayu
Konsep morfologi bahasa melayuKonsep morfologi bahasa melayu
Konsep morfologi bahasa melayu
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Semantik soalan 1
Semantik soalan 1
 
Semantik Topik 7
Semantik Topik 7Semantik Topik 7
Semantik Topik 7
 
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayuPengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
 
Sistembahasa 111211000759-phpapp02
Sistembahasa 111211000759-phpapp02Sistembahasa 111211000759-phpapp02
Sistembahasa 111211000759-phpapp02
 
Bab 3 Golongan kata
Bab 3 Golongan kataBab 3 Golongan kata
Bab 3 Golongan kata
 
Bab 3 golongan kata
Bab 3 golongan kataBab 3 golongan kata
Bab 3 golongan kata
 
Golongan kata
Golongan kataGolongan kata
Golongan kata
 

Bml3053 halim kata nama

  • 1. BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU Perbandingan golongan kata nama dalam Tatabahasa Dewan Bahasa dengan buku Tatabahasa lain. HALIM BIN SHAHARI @ ABDULLAH (D20112055469) KUMPULAN : UPSI 03 (A131 PJJ) AT34J : PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEK. REN.KOHORT 3 SEMESTER 1, SESI 2013/2014 PENSYARAH TN HJ AHMAD KHAIR BIN HJ MOHD NOR FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI 1
  • 2. ISI KANDUNGAN BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1 Pengenalan 3 2 Konsep 3 3 Jenis/Bentuk/Golongan Kata Ganti Nama 4 4 Perbandingan • Persamaan Kata Ganti Nama antara Tatabahasa Dewan dengan buku Tatabahasa lain • Perbezaan Kata Ganti Nama antara Tatabahasa Dewan dengan buku Tatabahasa lain 9 10 5 Kesalahan bahasa 16 6 Kesimpulan 19 7 Rujukan 20 PENGENALAN Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam Bahasa Melayu. Struktur bahasa yang dimaksudkan ialah susunan bentuk bunyi 2
  • 3. ujaran atau lambing (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentukkata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, penmajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata adalah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Golongan kata ganti nama merupakan golongan kata yang berfungsi menggantikan kata nama. KONSEP Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, karya Nik Safiah Karim et al (2008:101), konsep kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Oleh itu, kata ganti nama adalah kata yang berfungsi untuk menggantikan tempat kata nama atau kata sebagai pengganti kepada sesuatu kata nama. Menurut Prof. Abdullah Hassan dalam buku beliau bertajuk Tatabahasa Bahasa Melayu, Morfologi dan Sintaksis untuk Guru dan Pelajar (2004:117), kata ganti nama ialah perkataan lain yang menggantikan nama sebenar orang atau benda. Manakala dalam buku Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu karya Pak Asraf atau Hj. Mohd Asraf bin Hj. Abdul Wahab (2012:7) , kata ganti nama ialah kata yang mengambil tempat kata nama sebagai pengganti. Berdasarkan pandangan Arbak Othman (1985) dalam buku yang bertajuk Mengajar Tatabahasa, kata ganti nama mempunyai lima jenis iaitu kata ganti nama orang atau diri, kata ganti nama pertanyaan, kata ganti nama umum, kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama hubungan. Kata ganti nama orang atau diri merupakan perkataan yang bertugas sebagai pengganti nama orang. Kehidupan seharian manusia banyak menuntut agar manusia untuk berkomunikasi sesama sendiri. Oleh sebab itu, dengan adanya kata ganti nama diri akan membolehkan manusia berkomunikasi dengan lebih berkesan dan lancar. Menurut pandangan Ahmad Khair Mohd Nor (2006), dalam buku yang bertajuk Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu, kata ganti nama merupakan bentuk perkataan yang tugasnya adalah untuk menjadi pengganti kata nama. Kata nama banyak digunakan bagi merujuk kepada kata nama lain atau perkataan yang tergolong dalam golongan kata 3
  • 4. nama. Kata ganti nama juga merupakan perkataan salah satu daripada golongan kata nama. Menurut beliau lagi, kata ganti nama diri merupakan perkataan atau kata yang dapat menggantikan kata nama manusia. Dalam erti kata lain, kata ganti nama diri ialah kata ganti nama yang merujuk kepada diri sendiri atau orang lain. Kata ganti nama diri banyak digunakan dalam perbualan masyarakat Melayu. Penggunaan kata ganti nama diri membolehkan masyarakat berkomunikasi dengan baik tanpa mewujudkan kecelaruan atau pertindihan makna. Penggunaan kata ganti nama diri juga dapat membolehkan masyarakat membezakan panggilan-panggilan tertentu yang merujuk kepada makna-makna tertentu. Contohnya panggilan beta hanya digunakan oleh raja yang merujuk kepada dirinya sahaja dan rakyat biasa tidak boleh menggunakan kata ganti nama diri tersebut. JENIS / BENTUK/ GOLONGAN KATA GANTI NAMA Tatahasa Dewan Menurut Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, karya Nik Safiah Karim et al (2008:101), kata ganti nama terbahagi kepada dua golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama tunjuk terbahagi kepada kata ganti nama tunjuk umum dan kata ganti nama tunjuk tempat. Kata ganti nama tunjuk umum ialah yang merujuk pada perkara atau benda. Manakala kata tunjuk tempat ialah yang menunjuk kepada tempat. Kata ganti nama tunjuk umum terbahagi kepada dua, iaitu ini (menunjuk pada yang dekat) dan itu (menunjuk pada yang jauh). Kata ganti nama tunjuk tempat pula terdiri daripada sini (menunjuk pada yang dekat), situ (arah agak jauh) dan sana (arah jauh). Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya. Kata ganti nama diri orang pula terdiri daripada kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua dan kata kata ganti nama diri orang ketiga. Contoh kata ganti nama diri orang pertama ialah saya, aku, beta, patik, kami, kita. Kata ganti nama diri orang kedua ialah anda, saudara, engkau, awak, kamu. Kata ganti nama diri orang ketiga ialah ia, dia, beliau, mereka, -nya. Kata ganti nama diri tanya terdiri daripada tiga jenis, iaitu apa (merujuk benda atau perkara), siapa (merujuk orang), dan mana ( merujuk benda atau orang). 4
  • 5. Kata ganti nama tunjuk Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang ditunjuk itu. Ada dua kata ganti tunjuk, iaitu ini untuk menunjuk pada yang dekat dan itu untuk menunjukkan pada yang jauh. Kata ganti nama diri Kata ganti nama jenis ini terbahagi pula kepada dua golongan, iaitu: a. Kata ganti nama diri tanya Kata ganti nama jenis ini ialah perkataan yang merujuk benda atau orang dalam bentuk tanya. Ada tiga kata ganti nama diri tanya, iatu : Apa - yang merujuk benda atau perkara Siapa - yang merujuk orang Mana - yang merujuk benda atau orang Kadang-kadang kata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau penegasan. Misalnya : Apa - apa-apa Mana - mana-mana Siapa - siapa-siapa (sesiapa) b. Kata ganti nama diri orang Kata ganti nama jenis ini mengandungi perkataan yang merujuk diri orang tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga, seperti yang ditunjukkan di bawah ini: i. Kata ganti nama diri orang pertama : saya , aku, beta, patik, kami, dan kita ii. Kata ganti nama diri orang kedua : anda, engkau, awak, dan kamu iii. Kata ganti nama diri orang ketiga : ia, dia,mereka, dan –nya Kata ganti nama orang ketiga –nya boleh juga berfungsi sebagai penekan dan pembenda. Buku Tatabahasa Lain 5
  • 6. Menurut pandangan Ahmad Khair Mohd Nor (2007) bukunya yang bertajuk ‘ Pengantar Sintaksis Bahasa Melayu (Tatabahasa : Ayat), kata ganti nama diri dapat dibahagikan kepada tiga golongan kata iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nma diri orang kedua dan kata ganti nama diri orang ketiga. Kata ganti nama diri orang pertama merujuk kepada orang yang sedang bercakap atau bertutur dan dalam bentuk penulisan pula kata ganti nama diri pertama merujuk kepada penulis itu sendiri. Antara kata ganti nama diri pertama ialah saya, aku, beta, hamba, patik, kami, kita, kami semua dan kita semua. Manakala kata ganti nama diri kedua pula merujuk kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang diajak bercakap. Dalam erti kata lain, kata ganti nama kedua merujuk kepada pendengar dalam sesuatu peristiwa ataupun pembaca dalam bidang penulisan. Contoh perkataan kata ganti nama kedua ialah anda, awak, engkau, dikau, kamu, kalian, kau dan mu. Golongan terakhir bagi kata ganti nama diri ialah kata ganti nama diri ketiga. Kata ganti nama diri ketiga merujuk kepada orang yang diperkatakan. Orang yang sedang diperkatakan itu boleh hadir ataupun tidak hadir dalam lingkungan peritiwa tersebut. Contoh perkataan kata ganti nama diri ketiga ialah ia, dia, beliau, mereka dan –nya. Bil Golongan Kata Ganti Nama Diri Golongan Perkataan Tunggal Jamak 1. Kata Ganti Nama Diri Pertama Saya, aku, beta, hamba, patik, daku dan ku Kami, kita, kami semua dan kita semua 2. Kata Ganti Nama Diri Kedua Anda, awak, engkau, dikau, mu Kamu dan kalian 3. Kata Ganti Nama Diri Ketiga Dia, beliau, ia dan – nya Mereka Menurut Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu, karya Pak Asraf (2012:7 ), kata ganti nama terbahagi kepada lima iaitu, kata ganti diri, kata ganti tanya, kata ganti tempat, kata ganti tunjuk dan kata ganti tak tentu. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga, iaitu kata ganti diri pertama, kata ganti diri kedua dan kata ganti diri ketiga. Contoh kata ganti diri pertama ialah aku, beta, daku, hamba, kami, kita, patik, dan saya. Contoh kata ganti diri kedua ialah anda, awak, dikau, engkau, kalian, kamu dan tuanku. Contoh 6
  • 7. kata ganti diri ketiga ialah baginda, beliau, dia, ia, dan mereka. Kata ganti tanya terbahagi kepada tiga jenis, iaitu apa, mana, dan siapa. Kata ganti tempat pula terbahagi kepada tiga, iaitu sana, sini, dan situ. Kata ganti tunjuk terdiri daripada dua sahaja, iaitu ini dan itu. Manakala contoh kata ganti tak tentu pula ialah apa-apa, mana-mana, siapa- siapa atau sesiapa. Manakala dalam buku Tatabahasa bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk Guru dan Pelajar karya Prof. Abdullah Hassan (2004:117), kata ganti nama dibahagikan kepada 4 jenis iaitu, kata ganti nama diri, kata ganti nama umum, kata ganti nama tanya dan kata tunjuk. Terdapat tiga jenis kata ganti nama diri, iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua dan kata ganti nama diri orang ketiga. Contoh kata ganti nama diri orang pertama ialah saya, aku, beta, kita, kami,ku. Kata ganti nama diri orang kedua ialah awak, kamu, anda, engkau, kau, kalian. Kata ganti nama diri orang ketiga pula ialah dia, ia, beliau, mereka, nya, baginda. Kata ganti nama umum terdiri daripada apa, anu, mana, siapa, bila, bagaimana, ia, nya. Kata ganti nama tanya ialah apa, siapa, bila, bagaimana, mana, berapa, kenapa, mengapa, dari mana, ke mana. Kata ganti nama tunjuk terdiri daripada dua jenis, iaitu itu dan ini. Arbak Othman (1985) dan Abdullah Hassan (2006), telah menyenaraikan kata ganti nama diri orang kepada tiga kumpulan utama iatu ganti nama diri pertama, ganti nama diri kedua dan ganti nama diri ketiga. Setiap kata ganti nama diri ini mempunyai peranan dan fungsi yang berbeza dan fungsi kata ganti nama ini mempunyai persamaan dengan yang telah diperkatakan oleh Ahmad Khair Mohd Nor. Berdasarkan kepada rujukan yang telah dilakukan, dapat disimpulkan di sini bahawa kata ganti nama diri telah banyak ditafsirkan dan mempunyai pandangan yang berbeza antara ahli Tatabahasa. Terdapat ahli Tatabahasa yang mengatakan bahawa kata ganti nama diri mempunyai dua kategori yang utama iaitu kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama diri orang. Namun demikian, Ahmad Khair Mohd Nor hanya mengkelaskan kata ganti nama diri yang merujuk terus kepada manusia dan binatang. Beliau hanya mengatakan bahawa kata ganti nama diri terdiri daripada tiga golongan kata iaitu kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga. 7
  • 8. Walaupun terdapat perbezaan antara kelas golongan yang diberikan namun konteks penggunaan kata masih lagi sama. Rumusannya ialah kata ganti nama diri pertama pada kebiasaannya digunakan bagi menggantikan diri kita yang sedang bercakap. Kata ganti nama diri kedua pula digunakan bagi panggilan orang yang sedang dilawan bercakap dan kata ganti nama diri ketiga digunakan untuk panggilan yang merujuk kepada seseorang yang ingin kita perkatakan. PERBANDINGAN GOLONGAN KATA GANTI NAMA Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga karya Nik Safiah Karim et al (2008:101), kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Menurut Prof. Abdullah Hassan dalam buku beliau bertajuk Tatabahasa Bahasa Melayu, Morfologi dan Sintaksis untuk Guru dan Pelajar (2004:117), kata ganti nama ialah perkataan lain yang menggantikan nama sebenar orang atau benda. Manakala dalam buku Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu karya Pak Asraf atau Hj. Mohd Asraf bin Hj. Abdul Wahab (2012:7) , kata ganti nama ialah kata yang mengambil tempat kata nama sebagai pengganti Oleh itu, kata ganti nama adalah kata yang berfungsi untuk menggantikan tempat kata nama atau kata sebagai pengganti kepada sesuatu kata nama.. Namun, terdapat pelbagai pendapat tentang pembahagian golongan atau jenis-jenis kata ganti nama. Menurut Asmah Hj Omar (1986), kata ganti nama boleh dibahagikan kepada tiga subgolongan iaitu ganti nama diri, kata ganti nama umum, kata ganti nama petunjuk, dan kata ganti nama hubungan. PERSAMAAN KATA GANTI NAMA ANTARA TATABAHASA DEWAN DENGAN BUKU TATABAHASA LAIN. Ulasan atau pendapat ahli Tatabahasa di dalam buku-buku Tatabahasa mengenai kata ganti nama kadang-kadang mempunyai ciri-ciri persamaan. Terdapat persamaan antara Tatabahasa Dewan dengan Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu 8
  • 9. dan Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk Guru dan Pelajar dari segi jenis kata ganti nama diri. Jenis kata ganti nama diri dalam ketiga-tiga jenis buku ini terdiri daripada kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga. Persamaan yang lain ialah dari segi jenis kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama tempat. Dalam ketiga-tiga buah buku tatabahasa ini, jenis kata ganti nama tunjuk terdiri daripada dua jenis, iaitu itu (menunjuk pada yang jauh) dan ini (menunjuk pada yang dekat). Kata ganti tempat pula terdiri daripada tiga jenis, iaitu sini (menunjuk pada arah yang dekat), situ (menunjuk arah yang agak jauh) dan sana ( menunjuk arah yang jauh). Selain daripada itu juga, penggunaan kata ganti nama diri mempunyai ciri-ciri kesantunannya yang tersendiri. Hal ini adalah kerana, penggunaan perkataan saya melambangkan penggunan kata yang formal dan mempunyai tanda hormat yang tinggi dalam perbualan yang melibatkan perbezaan umur, pangkat, penulisan dan majlis-majlis yang formal. Manakala panggunaan perkataan aku juga banyak digunakan ketika berdoa dan pembicaraan batin seperti ungkapan “ampunilah segala dosa ku/aku”. Disamping itu juga, perkatan aku boleh mengalami singkatan kata daripada perkataan aku kepada perkataan ku dan selalunya digunakan di belakang perkataan. Menurut ahli-ahli Tatabahasa lagi, perkataan kami dan kita dalam kata ganti nama diri orang yang pertama mempunyai konteks penggunaan kata yang berbeza. Hal ini adalah kerana, perkataan kami menyisihkan orang kedua sedangkan kita memasukkan orang kedua. Secara ringkasnya, kami tidak memasukkan orang kedua atau pendengar dipihak penutur manakalam kita melibatkan kita melibatkan semua pihak sama ada sebagai pendengar, penutur atau pihak lain. Perakataan kita dipakai jika orang kedua yang ditujukan percakapannya itu meliputi orang yang sedang bercakap manakala perkataan kami digunakan jika tidak meliputi orang kedua yang dilawan bercakap itu. Contohnya ialah “kami tidak makan daging kambing” dan “kita tidak makan daging kambing”. Berdasarkan kepada contoh ayat di atas dapat disimpulkan bahawa perkataan kami itu melambangkan orang kedua saja yang tidak makan daging kambing manakala kita memberi makna orang kedua juga tidak makan daging kambing. Disamping itu juga, dalam penggunaan kata ganti nama diri orang ini boleh wujudnya singkatan perkataan. Contohnya, perkataan engkau akan mengalami 9
  • 10. singkatan kepada kau. Penyingkatan kata ganti nama diri orang ini tidak akan menukarkan jenis kata ganti nama orang ini daripada jenis kata ganti nama diri pertama kepada kata ganti nama kedua walaupun mengalami penyingkatan kata. Penyingkatan ini juga tidak akan mengubah fungsi perkataan dalam penggunaan ayat. Contohnya, “engkau/kau hendak ke mana?. Kata ganti nama tanya dalam Tatabahasa Dewan mempunyai persamaan dengan Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Kata ganti nama tanya terbahagi kepada tiga, iaitu mana, siapa, dan apa. Akan tetapi, terdapat perbezaan kata ganti nama tanya dalam Tatabahasa Dewan dengan Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk Guru dan Pelajar. Dalam Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk Guru dan Pelajar, kata ganti nama tanya terdiri daripada apa, siapa, bila, bagaimana, mana, berapa, kenapa, mengapa, dari mana dan ke mana. PERBEZAAN KATA GANTI NAMA DIRI ANTARA TATABAHASA DEWAN DENGAN BUKU TATABAHASA LAIN Terdapat beberapa perbezaan pendapat antara ahli Tatabahasa mengenai kata ganti nama diri. Mengikut pandangan Ahmad Khair Mohd Nor (2007), Abdullah Hassan (2006) dan arbak Othman (1985) di dalam buku Tatabahasa hasil penulisan mereka, kata ganti nama diri hanya tergolong dalam tiga jenis bentuk kata ganti nama diri sahaja iaitu kata ganti diri pertama, kata ganti nama kedua dan kata ganti nama ketiga. Kegunaan dan fungsi kata ganti nama diri adalah berbeza mengikut orang atau apa yang cuba diperkatakan. Contonnya, kata ganti nama digunakan oleh penutur atau penulis bagi menggantikan gelaran bagidirinya manakala kata ganti nama diri kedua digunakan bagi merujuk kepada orang yang dilawan bercakap atau yang sedang membaca. Kata ganti nama diri ketiga merupakan kata ganti nama yang merujuk kepada orang yang sedang diperkatakan. Namun demikian, penggolongan kata ganti nama diri mengikut Tatabahasa Dewan (2008), mempunyai dua golongan yang utama iaitu kata ganti nana diri tanya dan kata ganti diri orang. Kata ganti diri tanya banyak digunakan dalam bentuk pertanyaan. Contohnya ialah penggunaan kata ganti nama diri siapa merujuk kepada pertanyaan yang melibatkan elemen manusia manakala pertanyaan kata apapula merujuk kepada sesuatu benda dan penggunaan kata mana merujuk kepada tempat. Penggunaan kata ganti nama diri orang yang elah dikemukan 10
  • 11. oleh Tatabahasa Dewan tidk banyak perbezaan yang ketara dengan pendapat yang telah dikemukan oleh ahmad Khair Mohd Nor, Abdullah Hassan dan Arbak Othman. Mengikut pendapat yang telah dikemukan oleh Kamus tatabahasa Dewan, kata ganti nama diri tanya mempunyai unsur-unsur penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau unsur penegasan. Contohnya penggunaan perkataan apa boleh mengalami unsur penggandaan seperti “ bawalah apa-apa yang ada”. Ayat tersebut membawa maksud apa sahaja yang kita ada , kita boleh membawanya. Manakala perkataan mana apabila digandakan akan memberikan maksud rujukan kepada benda atau perkara yang diperkatakan. Contohnya “ambillah mana-mana yang kamu suka”. Proses penggandaan bagi perkataan siapa akan membawa maksud dan rujukan kepada manusia. Contoh ayat ialah “siapa-siapa pun boleh bersuara”. Proses penggandaan kata ganti nama diri tanya ini hanya terdapat dalan Tatabahasa Dewan sahaja. Proses penggolongan kata ganti nama orang juga boleh digolongkan dalam bentuk kata ganti nama tunggal dan kata ganti nama jamak. Ahmad Khair Mohd Nor telah mengkategorikan bentuk kata ganti nama diri orang kepada bentuk tunggal dan jamak. Menurut beliau lagi kata ganti nama diri pertama mempunyai dua kategori iaitu tunggal dan jamak. Contoh kata ganti nama diri pertama yang tergolong dalam golongan tunggal ialah seperti perkataan saya, aku, beta, patik,daku, dan ku. Manakala bagi perkataan jamak pula ialah kami, kita, kami semua dan kita semua. Kata ganti nama diri kedua ialah anda , awak, engkau, dikau, kamu, kalian, kau dan mu. Manakala mengikut Tatabahasa Dewan, penggolongan bagi kata ganti nama diri dalam bentuk tunggal atau jamak tidak dikemukakan pendapat. Tatabahasa Dewan hanya menyatakan jenis kata ganti nama diri sahaja yang tergolong kepada tiga jenis iaitu pertama, kedua dan ketiga. Penggunaan kata –nya dalam penerangan oleh ahli Tatabahasa agak berbeza. Hal ini adalah kerana, Ahmad Khair Mohd Nor telah menyatakan bahawa penggunaan – nya boleh digunakan dalam menggantikan ganti nama diri dia atau ia dan diletakkan di akhir kata seolah-olah menjadi akhiran. Contohnya ayat ialah “ surat itu ditulis oleh dia”. Apabila perkataan dia digantikan dengan perkataan –nya maka ayatnya adalah seperti berikut “ surat itu ditulis olehnya”. Perkataan –nya boleh berfungsi sebagai pemilik seperti ayat tersebut “rumahnya di Kampung Bahagia”. Perkataan –nya juga boelh merujk kepada objek. Contohnya ialah “dia menulisnya dengan cepat”. Ahmad Khair Mohd Nor tidak menyatakan fungsi penggunaan perkataan –nya secara lebih terperinci 11
  • 12. ntuk yang menjadikan sesuatu perkataan berbanding dengan Tatabahasa Dewan. Hal ini ketara, Tatabahasa Dewan telah menyatakan bahawa perkataan –nya merupakan kata Pascakata. Kata Pascakata merupakan bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Perkataan –nya boleh berfungsi sebagai penekan atau pembenda. Kata penekan ialahkata yang memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh dalam ayat ialah “pokok rambutan itu nampaknya akan mati”. Manakala kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama. Contohnya ialah lajunya, sakitnya, lantangnya, manisnya dan banyak lagi. Perbezaan yang terdapat dalam Tatabahasa Dewan dengan Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu dan Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk Guru dan Pelajar ialah panduan penggunaan kata ganti nama diri. Dalam Tatabahasa Dewan, tidak dinyatakan secara terperinci panduan penggunaan kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga. Dalam Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk Guru dan Pelajar, hanya ditunjukkan secara ringkas panduan penggunaannya. Namun, dalam Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu, ada diberikan panduan penggunaan kata ganti nama diri secara terperinci. Berikut ialah panduan penggunaan kata ganti diri pertama, kata ganti diri kedua dan kata ganti diri ketiga. Panduan Menggunakan Kata Ganti Diri Pertama 12
  • 13. Panduan Menggunakan Kata Ganti Diri Kedua Panduan Menggunakan Kata Ganti Diri Ketiga 13 Kata Ganti Diri Pertama Penggunaannya aku Merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan yang sangat rapat atau mesra dan dengan Tuhan. beta Digunakan oleh raja, sultan, atau kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat. daku Digunakan dalam tulisan atau nyanyian sebagai objek kepada kata sendi atau kata kerja transitif yang diakhiri huruf n. hamba Merujuk kepada diri sendiri pada zaman dahulu. kita Merujuk kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua. kami Merujuk kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua. patik Digunakan oleh rakyat untuk merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan raja, sultan, atau kerabat diraja. saya Merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang yang baru dikenali atau orang lain pada umumnya. Kata Ganti Diri Kedua Penggunaannya anda Digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita, misalnya dalam surat-menyurat, atau dengan orang yang sebaya. awak Digunakan untuk diri orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita dikau Digunakan dalam tulisan atau nyanyian sebagai objek kepada kata sendi atau kata kerja transitif yang diakhiri huruf n. engkau Digunakan untuk diri orang kedua yang amat rapat hubungannya dengan kita, misalnya dengan rakan sebaya dan dengan Tuhan. kalian Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap. kamu Digunakan untuk diri orang kedua yang amat rapat hubungannya dengan kita, misalnya dengan rakan sebaya, dan oleh orang dewasa kepada yang lebih muda umurnya. tuanku Digunakan ketika bercakap dengan sultan, raja, atau kerabat diraja.
  • 14. baginda Digunakan untuk raja, sultan, atau kerabat diraja. beliau Digunakan untuk diri orang ketiga yang kita hormati seperti ibu bapa, guru, menteri, dan sebagainya. dia Digunakan untuk diri orang ketiga yang umum seperti rakan sebaya dan orang-orang biasa. ia Digunakan dalam tulisan untuk diri orang ketiga seperti kata ganti dia juga. mereka Digunakan untuk diri orang ketiga yang bilangannya lebih daripada seorang. Rumusan mengenai kata nama Kata ganti nama mempunyai persamaan dan perbezaan dalam ulasan setiap pendapat yang dikemukan dalam buku Tatabahasa. Namun demikian, konsep dan fungsi yang diketengahkan dalam kata ganti diri memepunyai pendapat yang sama. Konsep yang diketengahkan ialah yang berkaitan dengan panggilan ganti nama diri yang diberikan kepada manusia bagi menggantikan penggunaan panggilan nama. Fungsi kata ganti nama diri yang berkaitan dengan kesantunan dalam setiap perkataan kata panggilan yang digunakan itu dan bersesuaian dengan konteks masa. 14
  • 15. Terdapat sesetengah buku Tatabahasa yang berpendapat bahawa kata ganti nama diri boleh digolongkan dalam kategori tunggal dan jamak. Melaui pengelasan yang dibuat ini akan memudahkan lagi masyarakat membezakan jenis perkataan panggilan yang sesuai untuk mereka gunakan. Contohnya, bagi menggantikan kata panggilan yang merangkumi ramai orang, perkataan kita dan kami boleh digunakan. Manakala jika hanya melibatkan seorang penutur sahaja perkataan saya atau aku lebih sesuai digunakan bergantung kepada konteks dan masa perkataan itu digunakan. Di samping itu juga, daripada segi kesantunan bahasa, kata ganti nama diri mempunyai kasantunan bahasanya yang tersendiri. Hal ini adalah kerana perkataan saya itu lebih menggambarkan kesantunan yang tinggi berbanding dengan perkataan aku. Pada kebiasaannya masyarakat akan menggunakan bahasa yang lebih santun apabila berurusan dengan orang yang lebih tua atau mempunyai pangkat dan kedudukan yang tinggi. Berdasarkan kepada pemahaman yang tinggi mengenai kata ganti nama diriini dapat mengelakkan masyarakat daripada salah menggunakan kata panggilan bagi mengelakkan kekeliruan yang akan berlaku. Setiap lapisan masyarakat telahdidedahkan dengan penggunaan yang betul mengenai kata ganti nama diri. Namun demikian , melalui perbandingan antara beberapa buah buku Tatabahasa dapat memperkukuhkan lagi pemahaman dan penggunaan mengenai kata ganti nama diri. KESALAHAN BAHASA Kesalahan yang paling ketara dalam kata ganti nama adalah dalam penggunakan kata ganti nama diri pertama dan kedua. Dalam kata ganti nama diri pertama, ku sering dieja secara tidak betul dalam penulisan. Sebagai contoh, Buku itu ku beli tadi. Ku sepatutnya dieja secara bercantum seperti Buku itu kubeli tadi. Selain itu, kami dan kita juga digunakan tidak mengikut tempatnya. Misalnya, kami akan bersahabat selamanya dan kami jangan putuskan ikatan sahabat ini. Penggunaan kami dalam ayat di atas adalah salah kerana kami digunakan apabila orang yang dilawan bercakap hadir bersama-sama dan tidak memasukkan orang kedua dalam perbualan sedangkan dalam ayat di atas memasukkan 15
  • 16. orang ke dua. Kami perlu diganti dengan kita iaitu, kita akan bersahabat selamanya dan kita jangan putuskan ikatan sahabat ini. Selain itu, penggunaan awak juga digunakan pada bukan tempatnya tetapi tidak nampak ketara. Sebagai contoh, Awak hendak ke mana? Tanya Ali kepada mak cik yang melintas jalan. Penggunaan awak dalam penggunaan ayat di atas tidak sesuai kerana dianggap kasar. Awak digunakan untuk bercakap dengan kawan karib dan orang yang baru dikenali. Dalam kata ganti nama diri ketiga, beliau sering digunakan sewenang-wenangnya. Beliau dibunakan pada tempat yang tidak sepatutnya iaitu pada orang yang tidak dihormati. Contohnya, Penjenayah itu dibicarakan dan beliau dijatuhi hukuman mati. Beliau tidak boleh digunakan untuk orang yang tidak dihormati dan haiwan. Dalam ayat di atas, penjenayah bukanlah orang yang dihormati. Oleh itu, beliau tidak boleh digunakan dan sepatutnya digantikan dengan dia atau ia menjadikan Penjenayah itu dibicarakan dan dia/ ia dijatuhi hukuman mati. Kata ganti nama ia digunakan untuk perkara atau benda dan haiwan adalah salah dan tidak boleh digunakan. Misalnya, Rumah itu rumah panjang. Ia terkenal di Sarawak. Penggunaan ia dalam ayat adalah salah kerana ia digunakan untuk merujuk kepada benda atau perkara yang diperkatakan sebelumnya iaitu rumah. Perkataan rumah perlu digantikan dengan rumah iaitu, Rumah itu rumah panjang. Rumah itu rumah panjang. Rumah itu terkenal di Sarawak. Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu (Asraf), terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Bagi penggunaan kata ganti diri pertama aku, elakkan penggunaan kata aku apabila bercakap dengan seseorang yang belum mesra dengan anda, seseorang yang lebih tua umurnya dan seseorang yang perlu dihormati. Penggunaan kata daku tidak seharusnya digunakan sesudah kata yang tidak diakhiri huruf n. Contohnya, *Dia menyuruh daku datang (salah). Sepatutnya penggunaan ayat yang betul ialah Dia menyuruh aku datang (betul). Selain itu kata ganti nama daku tidak boleh digunakan sebagai subjek atau predikat ayat. Contohnya, *Daku terkenang akan dia (salah). Sepatutnya ayat yang betul ialah Aku terkenang akan dia (betul). Contoh lain yang salah ialah *Dakulah yang berkuasa di sini (salah). Ayat yang betul ialah Akulah yang berkuasa di sini (betul). 16
  • 17. Penggunaan kata ganti diri kedua pula, kata dikau tidak seharusnya digunakan sesudah kata yang tidak diakhiri huruf n. Contohnyanya, *Kuucapkan selamat kepada dikau (salah). Ayat yang betul ialah Kuucapkan selamat kepadamu (betul). Kata dikau tidak boleh digunakan sebagai subjek ayat. Contohnya, *Dikau harus berjanji kepadaku (salah). Sepatutnya, Engkau harus berjanji kepadaku (betul). Kata dikau juga tidak boleh digunakan sebagai predikat ayat. Contohnya, *Dikaulah yang bersalah (salah). Ayat yang betul ialah Engkaulah yang bersalah (betul). Bagi penggunaan kata ganti diri ketiga pula, kata beliau tidak boleh digunakan secara sembarangan saja, contohnya untuk orang yang tidak tidak dihormati dan untuk binatang. Contohnya, Perompak itu telah dibicarakan di mahkamah. *Beliau dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun (salah). Ayat yang betul ialah Ia (atau ia) dijatuhi hukuman hukuman penjara selama lima tahun (betul). Kata dia, ia, dan mereka tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Contohnya : Alat perkakas itu mahal. *Ia diimport dari Itali (salah). Alat perkakas itu mahal. Alat perkakas itu diimport dari Itali (betul). Contoh yang lain, Kucing itu sakit. *Dia (atau ia)dibawa ke klinik haiwan (salah). Kucing itu sakit, maka dibawa ke klinik haiwan (betul). Kata ia tidak boleh bertugas sebagai penerang kata nama. Contohnya, *Ayah ia sudah meninggal (salah). Ayahnya sudah meninggal(betul). Kata ia tidak boleh bertugas sebagai pelaku dalam ayat pasif diri ketiga. Contohnya, *Buku itu belum dibaca ia. (salah). Buku itu belum dibacanya (betul). Oleh sebab kata mereka bermakna jamak atau lebih daripada seorang, maka kata mereka tidak perlu digandakan atau diulang menjadi *mereka-mereka. Contohnya, *Mereka-mereka itu kawan saya (salah). Mereka itu kawan- kawan saya (betul). Kata ganti tanya apa tidak boleh digunakan untuk menanyakan nama manusia. Contohnya, *Nama saudara apa? (salah). Nama saudara siapa? (betul). Kata siapa tidak boleh digunakan untuk menanyakan nama binatang. Contohnya, *Nama anjing itu siapa? (salah). Nama anjing itu apa? (betul). kata ganti tunjuk ini dan itu sebagai penentu tidak boleh diletakkan di hadapan kata nama. Contohnya, *Ini pisau sangat tajam (salah). Pisau ini sangat tajam (betul). Kata ganti tak tentu apa-apa, mana-mana, dan siapa-siapa tidak boleh disamakan dengan kata ganti tanya apa, mana, dan siapa. Contohnya, *Apa yang diceritakannya itu tidak benar (salah). Ayat yang sepatutnya ialah Apa-apa yang diceritakannya itu tidak benar (betul). 17
  • 18. KESIMPULAN Kata ganti nama adalah kata yang berfungsi untuk menggantikan tempat kata nama atau kata sebagai pengganti kepada sesuatu kata nama. Kata ganti nama dibahagikan kepada empat jenis. Berdasarkan apa yang dihuraikan di atas, terdapat perbezaan dan persamaan antara Tatabahasa Dewan dengan Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu dan Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk Guru dan Pelajar. Antara ketiga-tiga buku tatabahasa ini, Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu dihuraikan dengan agak terperinci berbanding dengan Tatabahasa Dewan dan Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk Guru dan Pelajar. 18
  • 19. Kata ganti nama adalah kata yang berfungsi untuk menggantikan tempat kata nama atau kata sebagai pengganti kepada sesuatu kata nama. Kata ganti nama dibahagikan kepada empat jenis iaitu kata ganti nama diri orang, kata ganti nama diri tanya, kata ganti nama tunjuk, dan kata ganti nama tak tentu. Kata ganti nama diri orang pertama merupakan kata ganti bagi orang yang bercakap iaitu, saya, aku, hamba, patik, beta, ku, daku, kami, dan kita Kata ganti nama diri orang kedua merupakan kata ganti bagi orang yang berlawan bercakap iaitu awak, anda, engkau, kau,dikau, kamu, mu, dan kalian. Bagi kata ganti nama tunjuk pula adalah kata ganti nama yang digunakan atau yang berfungsi untuk menggantikan benda atau tempat yang ditunjuk iaitu ini ( menunjuk pada yang dekat), itu (menunjuk kepada yang jauh), sini ( menunjuk tempat yang dekat ), situ ( menunjuk tempat yang agak jauh ), dan sana ( menunjuk tempat yang jauh ). Kata ganti nama tanya ialah perkataan-perkataan yang digunakan untuk menggantikan kata nama untuk pertanyaan dalam ayat tanya iaitu apa, siapa, berapa, mana, di mana, ke mana, dari mana, bagaimana, mengapa, dan bila. Kata ganti tanya sering dilekatkan partikel –kah seperti siapakah, apakah, dan manakah. Kata ganti nama tak tentu merupakan kata ganti yang merujuk kepada sesuatu benda atau perkara dan juga seseorang dengan tidak tentu iaitu apa-apa, siapa-siapa, apa-apa, mana-mana, dan sesuatu. RUJUKAN 1. Abdullah Hassan. (2004). Tatabahasa Bahasa Melayu (Morfologi dan Sintaksis untuk Guru dan Pelajar). Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2. Arbak bin Othman (1985), Mengajar Tatabahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka 3. Asmah Hj. Omar. (1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Asraf Abdul Wahab . (2012). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Penerbitan Sasbadi Sdn. Bhd. 19
  • 20. 5. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Sulaiman Masri, Ahmad Khair Mohd Nor. (2008). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna Edisi Baharu. Selangor : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 20