SlideShare a Scribd company logo
W
KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA, KUALA LUMPUR

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
2013
SEMESTER 3

TAJUK :
PERKEMBANGAN ASPEK SOSIAL
KOD KURSUS:
PKE 3101
PENDIDIKAN KESIHATAN SEKSUALITI

SEOW KEAN SING
700904065155
NAMA PELAJAR

:

CHUA KOK KIAN
661024-01-6049
MOHAMAD ANUAR B.ZAINAL SEPRI
680423-05-5401

TARIKH SERAHAN

: 23.3.2013

NAMA PENSYARAH

:EN. HAMZAH BIN SARIMUN
Kandungan

Muka surat

1. PENDAHULUAN

2

2. IMEJ KENDIRI

3

3. TINGKAH LAKU SEKSUAL REMAJA

5

4. SEKSUAL SEMASA KANAK-KANAK DAN REMAJA

8

5. PERGAULAN DAN PERHUBUNGAN

10

6. KEHAMILAN KALANGAN REMAJA

14

7. PEMBUANGAN BAYI

21

8. RUJUKAN

34

1
Pendahuluan :
Perbincangan tentang seksualiti patut dimulakan dengan kesedaran
bahawa topik ini dianggap sensitif oleh kebanyakan orang terutamanya
bagi masyarakat timur. Informasi yang diperolehi ini telah dirujuk secara
meluas oleh jawatankuasa yang terdiri daripada pendidik, pakar kesihatan,
wakil agama dan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam
pendidikan seksualiti untuk remaja.

Definisi Seksualiti :

Seksualiti adalah aspek yang normal dalam proses perkembangan
setiap remaja. Seksualiti adalah proses sepanjang hayat bermula dari
kelahiran sehingga akhir hayat. Setiap individu adalah makhluk seksual.
Seksualiti setiap individu dibentuk oleh nilai kendiri yang dipengaruhi oleh
keluarga, rakan, media, agama, budaya, persekitaran dan undang-undang
masyarakat. Seksualiti bukan sekadar hubungan seks tetapi ia meliputi
perasaan, emosi, pemikiran, tingkah laku sebagai seorang wanita atau
lelaki, identiti seksual dan orientasi seksual. Ia juga berkaitan dengan
peranan dan identiti gender, imej diri, luahan perasaan kasih sayang dan
keintiman kepada individu yang kita pilih serta kesejahteraan kesihatan
seksual dan reproduktif yang menyeluruh.

Anda mempunyai hak seksualiti untuk :

Berasa bahawa tubuh badan anda adalah dalam kawalan anda .
Memahami dan meluahkan perasan anda . Memilih bagaimana untuk
mempamerkan seksualiti anda sambil menghormati diri sendiri dan orang
lain. Memilih untuk mengadakan hubungan dengan seseorang dan
menentukan jenis hubungan tersebut. Walau bagaimanapun, apa tindakan
2
yang remaja lakukan hendaklah tidak membinasakan diri atau orang lain.
Remaja mempunyai hak seksual yang turut merangkumi hormat dan
tanggungjawab terhadap diri sendiri dan juga orang lain (Rights, Respect
and Responsibilities).

Prinsip Tanggungjawab Seksual :


Mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga,

agama, budaya dan masyarakat.


Mendapatkan maklumat serta pendidikan seks yang jelas dan

tepat.


Melindungi diri dan pasangan daripada penderaan emosi,

mental, fizikal dan seksual. Tidak menunjuk kuasa atau mengawal
perhubungan.


Menilai kebolehan diri serta mengawal diri semasa membuat

keputusan

mengenai

aktiviti

seksual.

Menghormati

hak

dan

keselamatan pasangan anda.


Sentiasa menjadikan perhubungan yang harmoni dan saling

menghormati. Berkomunikasi dengan terang & jujur. Berkompromi
bila perlu dan mengaku salah jika sepatutnya.


Mendapatkan bantuan dari ibu bapa, guru atau pihak yang

menyediakan perkhidmatan sekiranya anda mempunyai masalah
berkaitan seksualiti.

3
IMEJ KENDIRI
PERASAAN SEMASA KITA MEMBESAR

Pengenalan

Pengeluaran hormon sebelum akil baligh bukan sahaja
menghasilkan pertumbuhan fizikal yang jelas dapat dilihat. Ianya juga
mencetuskan perkembangan emosi dan psikologikal. Semasa ini, emosi
dan cara berfikir remaja berubah. Perubahan emosi ini adalah normal dan
sihat walaupun kadang kala kelihatan tidak begitu mudah dilalui. Remaja
mula membentuk identiti dirinya sendiri. Perubahan emosi ketika akil
baligh perlu berterusan ke arah kematangan emosi orang dewasa.
Perubahan emosi remaja lelaki dan perempuan iaitu peningkatan
pengeluaran hormon mengakibatkan khayalan di kalangan kebanyakan
remaja. Terdapat kesedaran diri tentang seksual yang memuncak.
Pengeluaran air mani di kalangan remaja lelaki semasa tidur, dikenali
sebagai „nocturnal emission‟ atau „mimpi basah‟ kerap berlaku ketika ini.
Adalah juga normal jika tidak mengalaminya. Remaja lelaki dan perempuan
mengalami kebangkitan syahwat dengan hanya melihat atau berdekatan
dengan seseorang yang mereka minati. Mereka mungkin tidak memahami
pengalaman yang mereka lalui ini merupakan perasaan seksual. Fantasi
atau khayalan seksual selalu berlaku. Umumnya remaja lelaki dan
perempuan lebih meminati antara satu sama lain semasa akil baligh. Di
samping minat terhadap seks dan kerap memikirkannya, adalah juga
normal jika remaja tidak memikirkan tentang seks, terutama pada peringkat
awal akil baligh. Akil baligh merupakan masa mood berubah-ubah bagi
kebanyakan remaja. Keadaan tidak selesa dan memikirkan sangat tentang
perubahan pada tubuh dan perasaannya mungkin menyebabkan stres
(tekanan).
4
Mood cepat berubah dan tidak dapat diramal. Menangis kerana
perkara kecil kerap berlaku di kalangan remaja lelaki dan gadis dan ini
bukanlah sesuatu yang memalukan. Berkongsi perasaan dan kerisauan
dengan keluarga atau rakan-rakan dapat membantu. Mereka lega apabila
mendapati rakan-rakan mereka juga mempunyai perasaan dan kerisauan
yang sama. Peningkatan perasaan untuk bebas merupakan sebahagian
dari perkembangan normal peringkat remaja. Remaja kerap mengalami
perubahan kelakuan (dari kematangan kepada kelakuan seperti kanakkanak). Hubungan dengan ibu bapa mula berubah apabila remaja mula
menekankan keinginan untuk bebas, kadang kala menyebabkan masalah
dan konflik.

Perubahan konsep kendiri
Konsep kendiri ialah persepsi seseorang terhadap dirinya. Ini
termasuk persepsi tentang kebolehan, ciri-ciri, sikap, perangai,
penampilan, matlamat dan kebaikannya. Ianya mencerminkan suatu kuasa
yang mengarah tingkahlaku seseorang kerana setiap insan berkelakuan
selaras dengan konsep dirinya sendiri. Jika remaja merasa dirinya positif
dan berkeyakinan, dia akan bertindak secara positif. Sebaliknya jika dia
merasa tidak cekap, dia akan bertindak secara negatif, dan mengukuhkan
konsep dirinya sebagai seorang yang tidak berkebolehan. Selalunya remaja
takut hendak mencuba kerana merasakan dirinya tidak mampu untuk
melakukannya. Konsep kendiri terbentuk melalui interaksi dengan orang
lain. Dari reaksi orang lain terhadap individu dan pujian yang diberikan
terhadap usahanya, remaja membentuk konsep siapa dirinya yang sebenar
dan kebolehannya untuk mencapai matlamat. Sehubungan dengan ini,
reaksi orang penting dalam hidupnya, akan mempengaruhi pembentukan
konsep kendirinya. Konsep kendiri umum, sementara, sosial dan ideal
seseorang remaja berubah apabila dia bertambah matang.

5
Perubahan esteem diri

Esteem diri berkait rapat dengan harga diri. Ia merangkumi
pandangan sebenar terhadap diri sendiri sebagai seorang insan dan
mengetahui tempatnya dalam masyarakat, keluarga, rakan-rakan, jiran
tetangga dan lain-lain. Dalam keadaan melampau, esteem diri boleh
menimbulkan rasa megah, manakala kurang esteem diri boleh
menghasilkan rasa tidak berharga. Kuncinya ialah keseimbangan. Terlalu
memfokuskan kepada diri sendiri menyebabkan seseorang menjadi
sombong, dan menghalang untuknya berkerjasama dalam perhubungan.
Sebaliknya, harga diri yang sangat rendah, membuatkan seseorang tidak
boleh berinteraksi secara bebas dan bertanggungjawab dengan orang lain
di rumah, sekolah, tempat kerja dan dalam masyarakat.

Remaja ialah tempoh kehidupan yang mana imej diri semasa kanakkanak berkembang meliputi visi hidup ketika remaja. Pengalaman hidup
remaja berkembang, merangkumi bidang yang diminati dan
pencapaiannya. Memahami diri sendiri dalam perhubungan dengan orang
lain, pembentukan kendiri secara tepat dan positif, adalah penting. Ianya
memberi kesan terhadap kejayaan diri dalam konteks keluarga, di sekolah
dan di mana jua.

Perasaan cemas

Remaja merasa cemas terhadap perubahan tubuhnya. Soalan yang kerap
ditanya ialah:
− Adakah saya normal?
− Apa yang sedang berlaku kepada saya?
− Mengapa ianya berlaku kepada saya?
− Bagaimana saya berbanding dengan remaja lain?

6
Remaja juga merasa cemas dengan perlakuan sendiri:
− Merancap (masturbation)
− Perlakuan seksual dengan teman sama jantina
− Perlakuan seksual dengan teman berlainan jantina

Perubahan emosi semasa akil baligh .Remaja perlu memahami dan
mengatasi perubahan emosi yang mereka akan hadapi.
− Khayalan, idola, cinta
− Teman berlainan jantina
− Malu, terlalu memikirkan tentang diri sendiri
− Bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain
− Mengenali dan menangani perasaan diri dalam keadaan yang berbeza
− Pengaruh antara minda dan badan
− Aktiviti fizikal yang lasak dan rehat sebagai cara bersantai
− Mengetahui bila dan bagaimana untuk bersetuju dan sebaliknya

TINGKAH LAKU SEKSUAL REMAJA

Masalah seksual remaja dekad ini sudah menjadi satu perkara yang
amat membimbangkan. Lebih membimbangkan remaja kini terlibat dengan
salah laku seksual seawal usia 11 tahun. Justeru, artikel ini dilaksanakan
bertujuan mengenal pasti sama ada remaja perempuan cenderung
melakukan hubungan seks di atas dasar cinta atau nafsu. Pengumpulan
data melibatkan satu kajian fokus terdiri daripada lapan orang penghuni
Asrama Bahagia Kampung Pandan. Analisis kandungan tema telah
digunakan dalam mencari makna terhadap isu ini. Dapatan kajian
menunjukkan remaja perempuan cenderung melakukan hubungan seksual
untuk mendapatkan cinta dan kasih sayang daripada pasangan. Namun,
perasaan cinta tersebut mampu berubah menjadi keinginan seksual atau
nafsu apabila remaja mula aktif melakukan hubungan seksual bersama
pasangan. Pengkaji juga mendapati remaja turut cenderung mendefinisikan
7
hubungan seksual sebagai cara untuk menyatakan perasaan cinta dan
kasih kepada pasangan. Dalam masa yang sama, kajian ini turut
mencadangkan beberapa alternatif dalam usaha membendung salah laku
seksual di kalangan remaja kini.

Sexual problems of young teenagers this decade have
become a matter of great concern. More worrying youth are currently
involved with sexual misconduct at the age of 11 years. Thus, this study
was conducted for the purpose of identifying whether teenage girls tend to
have sex on the basis of love or lust. Data collection involved a focus of
study consisted of eight inmates Hostel of Asrama Bahagia Kampung
Pandan. Theme content analysis was used in the search for meaning to
this issue. The study showed that young girls tended to have sex to get
love and affection of the couple. However, the love could turn into sexual
desire or lust when youth began to become sexually active with a partner.
Researchers also found that teenagers were likely to define sexual
intercourse as a way to express feelings of love and gratitude to the couple.
At the same time, this study also suggests several alternatives in order to
curb sexual misconduct among teens today.

Trend masa kini menampakkan isu dara atau keperawanan
sudah tidak begitu relevan dengan fenomena remaja hari ini. Malah,
remaja-remaja kini juga aktif melakukan hubungan seks lebih dari seorang
pasangan. Sebagai contoh, kajian oleh Schutt-Aine dan Maddaleno (2003),
mendapati 50 peratus remaja di Amerika di bawah umur 17 tahun aktif
melakukan hubungan seksual. Selain itu, kajian terhadap masyarakat
peribumi pula oleh Wendy et al. (2006) terhadap 16 5 remaja American
Indian yang berusia lingkungan 13 hingga 18 tahun di Minnesota
mendapati bahawa 40 peratus remaja yang berusia lingkungan 13 hingga
15 tahun dan 69 peratus remaja berusia 16 hingga 19 tahun melakukan
hubungan seksual. Dalam masa yang sama, kajian ini juga melaporkan
8
remaja yang terjebak dengan aktiviti seksual di usia awal remaja terdedah
dengan tingkah laku berisiko seperti pengambilan dadah dan alkohol. Maka
tidak hairanlah jika di Malaysia juga mengalami permasalahan yang sama.
Disebabkan gejala seks bebas remaja ini semakin meningkat dari masa ke
semasa, maka isu ini telah menarik minat ramai pengkaji untuk
menjalankan kajian terhadap tingkah laku seksual remaja sebagai sumber
maklumat untuk merangka intervensi yang sesuai bagi mencegah dan
menangani permasalahan ini. Di barat, pengkaji cenderung menumpukan
kajian mereka mengenai isu kesihatan seksual remaja (penyebaran
penyakit kelamin) dan isu kehamilan diluar nikah. Kajian yang telah
dijalankan oleh Miller et al. (2000) mendapati tiada laporan menunjukkan
remaja-remaja dalam kajian mereka dijangkiti HIV. Namun, sembilan orang
remaja disahkan dijangkiti penyakit-penyakit kelamin lain (STD) seperti
genital herpes, gonorea, sifilis, genital warts dan clamydia. Mereka juga
melaporkan 33 orang remaja perempuan pernah hamil dan sembilan orang
daripadanya mempunyai lebih daripada seorang anak.

Kajian juga banyak dilakukan untuk melihat bentuk tingkah
laku seksual yang dilakukan oleh remaja-remaja seperti seks oral, seks
anal dan seks vagina, dalam melihat persepsi mereka terhadap bentukbentuk hubungan seksual tersebut. Seperi kajian yang telah dijalankan
oleh Bonnie et al. (2005), ke atas 580 pelajar perempuan lingkungan usia 14
tahun melaporkan peratusan pelajar melakukan seks oral lebih tinggi
daripada seks vaginal iaitu sebanyak 19.6 peratus. Kajian ini juga
mendapati remaja lebih cenderung melakukan seks oral berbanding seks
vaginal kerana mereka berpendapat seks oral lebih selamat dari sudut
kesihatan dan masih boleh diterima dari sudut moral serta nilai
kepercayaan mereka. Selain itu, terdapat banyak juga kajian yang
dijalankan untuk melihat hubungan di antara aktiviti seksual remaja dengan
salah laku devian seperti pengambilan dadah dan alkohol. Sebagai contoh
kajian yang dijalankan oleh Wilson et al. (2010) di empat buah sekolah
9
menengah di Nova Scotia mendapati terdapat hubungan yang signifikan di
antara depresi, aktiviti seksual dan penggunaan dadah.

Disebabkan gejala seks bebas remaja ini semakin
meningkat dari masa ke semasa, maka isu ini telah menarik minat ramai
pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap tingkah laku seksual remaja
sebagai sumber maklumat untuk merangka intervensi yang sesuai bagi
mencegah dan menangani permasalahan ini. Di barat, pengkaji cenderung
menumpukan kajian mereka mengenai isu kesihatan seksual remaja
(penyebaran penyakit kelamin) dan isu kehamilan diluar nikah. Kajian yang
telah dijalankan oleh Miller et al. (2000) mendapati tiada laporan
menunjukkan remaja-remaja dalam kajian mereka dijangkiti HIV. Namun,
sembilan orang remaja disahkan dijangkiti penyakit-penyakit kelamin lain
(STD) seperti genital herpes, gonorea, sifilis, genital warts dan clamydia.
Mereka juga melaporkan 33 orang remaja perempuan pernah hamil dan
sembilan orang daripadanya mempunyai lebih daripada seorang anak.

Kajian juga banyak dilakukan untuk melihat bentuk tingkah
laku seksual yang dilakukan oleh remaja-remaja seperti seks oral, seks
anal dan seks vagina, dalam melihat persepsi mereka terhadap bentukbentuk hubungan seksual tersebut. Seperi kajian yang telah dijalankan
oleh Bonnie et al. (2005), ke atas 580 pelajar perempuan lingkungan usia 14
tahun melaporkan peratusan pelajar melakukan seks oral lebih tinggi
daripada seks vaginal iaitu sebanyak 19.6 peratus. Kajian ini juga
mendapati remaja lebih cenderung melakukan seks oral berbanding seks
vaginal kerana mereka berpendapat seks oral lebih selamat dari sudut
kesihatan dan masih boleh diterima dari sudut moral serta nilai
kepercayaan mereka. Selain itu, terdapat banyak juga kajian yang
dijalankan untuk melihat hubungan di antara aktiviti seksual remaja dengan
salah laku devian seperti pengambilan dadah dan alkohol. Sebagai contoh
kajian yang dijalankan oleh Wilson et al. (2010) di empat buah sekolah
10
menengah di Nova Scotia mendapati terdapat hubungan yang signifikan di
antara depresi, aktiviti seksual dan penggunaan dadah.

Terdapat juga kajian-kajian yang dijalankan bagi melihat
pengaruh gaya keibubapaan ke atas salah laku seksual remaja. Sebagai
contoh kajian yang dijalankan oleh Nagamatsu et al. (2008) ke atas 1268
pelajar sekolah menengah lelaki dan perempuan di Jepun mendapati
bahawa pantauan dan perhatian daripada ibu bapa melambatkan remaja
perempuan terjebak di dalam aktivti seksual. Namun begitu, tidak banyak
kajian yang dijalankan terhadap sebab mengapa remaja terjebak di dalam
hubungan seksual sebelum nikah terutamanya di Malaysia. Sedangkan,
kajian-kajian seperti ini penting untuk mendalami keinginan dan
pertimbangan remaja pada kali pertama menyerahkan tubuh mereka
kepada pasangan. Terdapat satu kajian yang dilakukan oleh
Salamatussaadah Abd. Ghafar (2010) terhadap remaja hamil di Taman Sri
Puteri Kuala Lumpur berkenaan dengan keinginan mengadakan hubungan
intim dan kesannya kepada remaja. Hasil dapatan kajian ini mendapati
remaja hamil memberi makna mengenai hubungan intim, cinta dan seks
menurut pandangan mereka secara berbeza-beza. Manakala, motif mereka
melakukan hubungan intim adalah untuk mendapatkan kasih sayang,
perhatian, kebahagiaan, keseronokan dan keselamatan daripada pasangan.

Sejarah Perhubungan Seksual

Kesemua responden mengakui bahawa mereka mengalami
konflik perhubungan di dalam keluarga sehingga mewujudkan tekanan
yang tinggi dan menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk keluar
mencari ketenangan. Namun, ketenangan yang mereka impikan telah
menjerumuskan mereka ke dalam kancah permasalahan sosial;
...Memang boleh dikatakan setiap masa dia orang bergaduh. Yang tak
tahan bila naik kaki tangan. Saya kesian dengan mak saya. Sejak itu, saya
11
dah mula ambil dadah untuk hilangkan tension. Bagi saya, keluarga saya
banyak sangat masalah. Sebab itu, saya mula terpengaruh dengan kawankawan...
(Responden 5)

Hampir kesemua responden turut menyatakan bahawa mereka
tidak mendapat sokongan dan kasih sayang yang secukupnya daripada ibu
dan bapa serta tidak mempunyai hubungan yang mesra dengan adikberadik yang lain. Hal ini menyebabkan timbul perasaan ketidakpercayaan
di antara ahli keluarga menyebabkan responden lebih memilih untuk
mempercayai rakan-rakan berbanding keluarga.

Seksual semasa kanak-kanak dan remaja

Perubahan penting berlaku pada semua peringkat kitaran hidup
insan. Ianya bermula dari konsepsi (persenyawaan) sehingga ke akhir
hayat, namun perubahan tertentu yang penting berlaku pada peringkat
tertentu dalam hidup seseorang insan. Ini khususnya berlaku semasa
peringkat pranatal, bayi dan remaja. Kanak-kanak dan dewasa merupakan
organisma yang terus berkembang semasa hayatnya dan dengan yang
demikian, perkembangan tidaklah berhenti dengan bermulanya peringkat
dewasa.
• Pembahagian kitaran hidup
~ Permulaan Perkembangan pranatal dan kelahiran
~ Bayi Bermula dari kelahiran hingga umur 2 tahun
~ Awal kanak-kanak Umur 2 hingga 6 – 7 tahun
~ Pertengahan kanak-kanak Umur 6 – 7 hingga 11 – 12 tahun
~ Remaja Umur 11 – 12 hingga 19 – 20 tahun
~ Awal dewasa Umur 20 hingga 40 – 45 tahun
~ Pertengahan dewasa Umur 40 – 45 hingga 65 tahun
12
~ Lewat dewasa 65 tahun ke atas
~ Permulaan

Kehidupan insan bermula dari satu sel. Sel tunggal ini
membahagi berkali-kali dan membesar dengan begitu pantas sehingga
membentuk seorang bayi yang sedia untuk dilahirkan ke dunia. Pada ketika
ini, kesihatan ibu sangat penting. Ibu memerlukan
sokongan suaminya supaya ia dapat menikmati keadaan yang stabil dan
bahagia.
Mendapatkan perkhidmatan perubatan juga begitu penting.
~ Peringkat bayi Bayi tidak boleh menjaga dirinya sendiri. Mereka
bergantungsepenuhnya kepada ibu bapa mereka bagi memenuhi keperluan
asas untuk hidup. Bayi membesar dan berkembang dengan pantasnya
sehingga di akhir peringkatbayi, mereka boleh berjalan, berlari, menyuap
makanan sendiri dan boleh berkomunikasi.

~ Peringkat kanak-kanak
Pada peringkat ini, kanak-kanak telah memahirkan keupayaan fizikalnya –
berjalan,
berlari, skip, melompat, menyuap makanan, memakai pakaian dan
sebagainya. Mereka
mula memasuki alam persekolahan dan di akhir peringkat kanak-kanak,
mereka telah
tamat pendidikan rendah. Di peringkat ini juga mereka mempelajari
mengenai
masyarakatnya, terlatih dalam tabii kesihatan yang bertanggungjawab
seperti kebersihan
diri dan keselamatan jalanraya.

13
~ Remaja
Seorang remaja tersepit di antara dua peringkat perkembangan, tidak lagi
dianggap kanakkanak tetapi belum lagi mencapai kedewasaan. Peringkat
ini terbahagi kepada tiga dan mungkin bertindih:

PERGAULAN DAN PERHUBUNGAN

Pergaulan bebas punca hubungan terlarang
PERNAHKAH kita terfikir atau memahami bahawa dengan menjaga
batas pergaulan seharian di pejabat, kita boleh mendapat habuan pahala
daripada Allah dan keharmonian rumah tangga kekal terpelihara
Melalui pengamatan dan pembacaan masa kini, kita dapati fenomena
perhubungan sumbang (zina) antara isteri orang dengan suami orang
sudah mula membarah dalam masyarakat Islam kita.

Kadangkala situasi yang memungkinkan berlakunya fenomena itu
wujud tanpa disedari. Kata kunci terhadap perkara ini ialah kerana kita
tidak sensitif terhadap pergaulan di pejabat. Budaya menjauhi zina tidak
lagi menjadi slogan dalam diari pergaulan kita.

Adakah kerana kesibukan dalam tugas pejabat yang memerlukan lebih
banyak masa untuk diluangkan di pejabat hingga lepas waktu kerja?
Sememangnya kadangkala keadaan itu tidak dapat dielakkan. Cuma wanita
harus lebih peka ruang yang menyebabkan timbulnya fitnah.

Kerja yang bertimbun memaksa wanita berada di pejabat lebih daripada
waktu biasa. Selalunya akan ada seorang dua rakan sejawat yang samasama terbabit dalam urusan kerja berkenaan atau ketua pun terpaksa
14
memberi tumpuan untuk menghabiskan kerja yang mendesak. Bayangkan
sekiranya rakan sejawat atau ketua itu seorang lelaki (tidak kira sudah
beristeri atau tidak). Jika sudah, maka sudah tentu akan lebih parah.
Sedikit sebanyak interaksi dan ruang lingkup kerja sebegitu, jika wanita
pula tidak berhati-hati, maka amat malang bagi wanita berkenaan.

Mula-mula mungkin keluar makan bersama atau makan nasi
bungkus saja di pejabat. Kemudian, sering berbual dan berbicara. Timbul
rasa selesa bersama, tempat luahan hati pelbagai masalah, sama ada
masalah keluarga, peribadi atau ipar duai.
Jika wanita tidak pandai menjaga diri, maka sudah tentu akan melarat
sehingga menimbulkan bibit perhubungan yang tidak diduga. Perkara dua
insan ini mungkin berlarutan dan begitu ketara sehingga menjadi bahan
gosip pejabat.

Memang tidak dapat dinafikan wanita penyumbang sumber tenaga
manusia yang besar dalam pembangunan negara.Wanita memang perlu
berganding bahu dalam melaksanakan tugas di samping tidak
mengabaikan tugas asasi di rumah.Oleh itu, wanita berkerjaya harus
mengetahui beberapa perkara sebelum ia keluar menjawat sebarang
jawatan.

Di samping itu, lelaki juga perlu memahami adab pergaulan kerana
menjaga adab pergaulan lelaki dan wanita adalah tanggungjawab
bersama.Tetapi sebagai wanita yang cerdik dan bijaksana, kita perlu
melakukannya kerana kalau bukan kita yang memulakannya, siapa lagi.
Kita boleh mengawal diri tetapi tidak boleh mengawal apa yang ada di
dalam diri orang lain. Oleh itu, kita mulakan dengan diri kita dulu.

15
Beberapa panduan berikut harus jelas difahami.
> Niat ikhlas – keredaan Allah SWT

Wanita berkerjaya haruslah mengikhlaskan niat dan meletakkan fokus
sebenar mengapa ia memegang sesuatu jawatan. Yang utamanya ialah
kerana ingin mendapat keredaan Allah SWT dengan berhubung terus
dengan masyarakat dan melaluinya boleh dijadikan contoh teladan seorang
muslimat sejati. Antara lainnya juga ialah keluarnya wanita bekerja itu agar
amanah tidak diserahkan kepada orang yang tidak layak diberikan amanah
berkenaan.

> Isteri yang dihormati

Seharusnya wanita berkerjaya harus sentiasa menjaga akhlaknya
sebagai seorang isteri yang setia dan berperibadi tinggi. Jangan sekali-kali
mengkhianati keizinan yang telah diberikan oleh suami untuk melakukan
perkara yang boleh menimbulkan fitnah.
Perlu diingat bahawa bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Kuasa
untuk mengatakan tidak berada di dalam tangan seseorang wanita itu. Jika
berlaku gejala gangguan seksual, maka banyak cara dan saluran yang
boleh dilakukan untuk mengatasinya.

> Ibu yang dimuliakan

Wanita berkerjaya yang mempunyai anak sudah tentunya tahu apa itu
perasaan kasihan belas, sifat timbang rasa, pemaaf, berhikmah apabila
berbicara. Sebaik mungkin sifat keibuan ini jelas terpancar di dalam tindak
tanduk berurusan sama ada dengan rakan setugas, orang bawahan atau
orang luar pejabat.

16
Dengan itu akan timbul rasa hormat dan jika ini berlaku, pekerja bawahan
terutama akan rasa senang untuk melakukan tugas secara suka dan rela
tanpa perlu dipaksa serta di arah-arah. Pendek kata, jadilah ibu yang boleh
dijadikan contoh (walaupun tidak mungkin dapat meraih anugerah Ibu
Mithali), yang ke hadapan dalam hal pendidikan, pembentukan akhlak dan
tempat rujukan dalam hal menangani permasalahan berkaitan anak.

> Kerjaya bukan jalan keluar mengatasi kebosanan

Amat malang sekiranya wanita berkerjaya beranggapan bahawa keluarnya
ia bekerja ialah jalan mudah untuk mengelak atau melarikan diri daripada
tugas seorang suri rumah yang dianggapnya sebagai membosankan.

> Kedudukan di sesuatu tempat kerja adalah aset

Wanita berkerjaya perlu sedar bahawa dengan dia memegang sesuatu
jawatan itu, maka dia adalah seorang yang memang boleh diharap, malah
mempunyai mutu kerja tinggi. Ini bermakna organisasi di mana ia berada
akan merasakan kehilangan seseorang yang amat berharga jika ia tiada.
Dalam lain perkataan, ia harus menjadi pekerja cemerlang, bukannya
liabiliti.

> Perlu ada suasana nasihat menasihati

Masyarakat sekeliling seharusnya memberi perhatian dan perlu
memberi kata-kata nasihat. Oleh itu, wanita perlu ada rakan wanita lain
yang ikhlas nasihat-menasihati. Surah Al-Asr seharusnya dijadikan
panduan dalam amalan.
Jagalah sepenuhnya agar tidak berada dalam suasana yang menyebabkan
17
fitnah yang menimbulkan kecurigaan. Kadangkala wanita lain agak
cemburu dan selalu suka menjatuhkan antara satu sama lain. Paling tidak,
ada yang suka melihat perkara sumbang ini berlaku dan menjadikan rakan
sebagai bahan gosip panas semata-mata. Kita seharusnya menjauhkan
wanita yang tidak boleh dibuat kawan seperti ini, tetapi ini adalah bahan
cerita lain yang mungkin boleh diteliti dalam penulisan lain.

> Wujudkan persekitaran komunikasi yang baik dalam rumah tangga

Peranan suami juga tidak kurang pentingnya. Suami memang sibuk
dengan urusannya. Adakah suami wanita berkerjaya mengambil berat,
suka mendengar luahan rasa hati isteri? Oleh itu, komunikasi rumah
tangga menjadi keutamaan.
Suami isteri harus dapat menyelami sanubari masing-masing tanpa perlu
mencurahkan pada orang lain, apatah lagi suami orang atau isteri orang.
Suami isteri kenalah semarakkan semula api cinta yang telah terbenam
dalam sekam dimamah usia perkahwinan. Jadilah teman berbicara dan
telinga yang mendengar untuk pasangan masing-masing. Sebagai
kesimpulan, sekiranya wanita dwi-kerjaya dapat menghadam beberapa
perkara yang disebutkan, maka sudah tentulah Allah akan melindungi
setiap wanita yang ikhlas menyumbang di luar rumah untuk mendapat
keredaan-Nya, membantu menegakkan agama-Nya, kerja tidak menjadi siasia malah diberi pahala dan ganjaran. Dalam masa yang sama, keluarga
akan terpelihara, sejahtera dan sentosa, amanlah masyarakat daripada
fitnah dan negara akan dapat terus maju membangun. Jika tidak, maka
persoalan harus ditanya pada diri wanita sendiri. Adakah lebih baik kita
menyumbang di dalam ruang lingkup rumah kita saja?

18
KEHAMILAN KALANGAN REMAJA

PENGENALAN

Perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara bagi tahun 2000
hingga Julai 2008 mencatatkan lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan
tanpa catatan nama bapa. Ini bermakna secara purata 2,500 kes anak luar
nikah direkodkan setiap bulan atau hampir 84 kes setiap hari. Pecahan kes
kelahiran luar nikah mengikut negeri antara tahun 2000 hingga 2008
menunjukkan 70,430 anak luar nikah didaftarkan. Selangor mencatatkan
bilangan paling tinggi iaitu 12,836 orang bayi. Ini diikuti Perak (9,788),
Kuala Lumpur (9,439), Sabah (8,435), Negeri Sembilan (4,108) berbanding
Sarawak (617) manakala Terengganu 574 orang saja. Pendaftaran mengikut
etnik pula menunjukkan Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak
paling tinggi iaitu 20,949 orang bayi, India 19,581 dan Cina 18,111. Pecahan
mengikut agama adalah 30,978 Islam, 18,085 Hindu, 17,236 Buddha dan
Kristian 3,395 orang (Portal berita UKM, Jun 2010).

Takrif hamil luar nikah ialah mengandung sebelum
berkahwin di mana kewujudan hubungan seks di antara dua pasangan
yang tidak mempunyai pertalian nikah yang sah. Remaja hamil luar nikah
tergolong umur di antara 13 hingga 18 tahun. Menurut Unicef (2008)
mendapati remaja yang tergolong dalam hamil luar nikah terdiri daripada
umur 13 hingga 19 tahun. Fenomena ini amat membimbangkan individu,
keluarga, masyarakat dan negara dalam membina negara bangsa beretika
dan rakyat yang mempunyai jati diri. Fenomena ini tidak selari dengan
cabaran keempat yang digariskan dalam mencapai Wawasan 2020 bagi
mewujudkan masyarakat bermoral, beretika, warganegara yang kukuh nilai
agama dan kejiwaan serta mempunyai etika paling tinggi (Nazri Muslim &
Nasruddin Yunus, 2006). Malaysia memerlukan rakyat yang bermoral tinggi
dan berakhlak terpuji bagi menghadapi globalisasi dan bersaing dalam
19
pasaran global. Bagi mencapai hasrat kerajaan, Kementerian Pelajaran
Malaysia mengorak langkah membawa pelajar ke arah pembentukan insan
bertanggungjawab dalam merealisasikan wawasan 2020 (Jamaludin Ahmad
& Sidek Mohd Noah, 2001). Dalam keghairahan menuju negara maju, tanpa
disedari ramai remaja yang tercicir dalam arus pendidikan. Keciciran dalam
arus pendidikan boleh menjerumuskan pelajar dalam pelbagai masalah
sosial antaranya ialah aktiviti salah laku seksual atau hamil luar nikah.
Manakala pemantauan dan penglibatan ibu bapa dalam memotivasikan
pelajar dalam pendidikan juga tidak diberi perhatian yang serius. Bahkan
keluarga juga merupakan punca remaja terlibat dalam salah laku seksual
sehingga hamil luar nikah . Kestabilan keluarga sukar dikekalkan dalam
tempoh masa yang panjang membina kesejahteraan keluarga. Modenisasi
dan kesibukan dalam menjana kewangan keluarga boleh menjejaskan
hubungan sesama ahli keluarga sehingga boleh menimbulkan pelbagai
masalah dalam keluarga sehingga keluarga itu tidak sejahtera. Ahli
keluarga merupakan elemen yang penting dalam menjaga kestabilan
keluarga tersebut. Walau bagaimanapun kestabilan keluarga ini sukar
dikekalkan dalam tempoh masa yang panjang. Ini kerana, faktor kesibukan
dan kemodenan sedikit sebanyak menjejaskan hubungan sesama ahli
dalam keluarga sehingga menjadikan keluarga itu tidak sejahtera.

20
Ahli keluarga lebih mementingkan materialistik berbanding
dengan hubungan kekeluargaan yang lebih penting dalam mencapai
objektif kehidupan sesebuah keluarga (Selvaratnam, Nor Aini & Norlaila
2010). 133 Pengaruh rakan sebaya juga merupakah salah satu faktor
penting remaja terjerumus dalam kes hamil luar nikah. Pada usia awal
remaja, mereka mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam pembinaan
keperibadian diri dan pencarian identiti diri. Malangnya, pertemuan dengan
rakan sebaya yang bermasalah dan suka melakukan aktiviti negatif
mengajak remaja melakukan perkara di luar batasan keagamaan dan norma
masyarakat. Misalnya berkunjung ke disko, pusat hiburan, pengambilan
dadah dan melalukan seks bebas. Permulaan dengan aktiviti bebas boleh
menjerumuskan remaja hamil luar nikah sehingga terpaksa membuang
bayi mereka. Menurut Hashim et al. (2008), remaja yang mengandung luar
nikah terpaksa membuang bayi kerana terdesak, rasa malu, takut bagi
mengelakkan rahsia mereka terbongkar daripada pengetahuan ibu bapa
dan masyarakat. Remaja juga takut akan diambil tindakan undang-undang
terhadap mereka menyebabkan fikiran buntu dan terus ambil langkah
mengugurkan atau membuang bayi yang dilahirkan.
Media massa juga boleh mempengaruhi remaja dalam melakukan
aktiviti salah laku seksual. Pengaruh media massa yang tiada sempadan
misalnya internet membantu remaja memudahkan mereka melayari alam
siber yang tidak sepatutnya. Perasaan ingin tahu dalam golongan remaja
menyebabkan mereka mudah terlibat dalam aktiviti hamil luar nikah kerana
tidak tahu masalah yang perlu dihadapi di masa depan. Mereka seronok
melayan cinta sehingga terlanjur melakukan seks (Rafidah, 2001). Punca
peningkatan jumlah remaja yang hamil luar nikah dan pembuangan bayi
disebabkan kecanggihan teknologi di mana bahan lucah dalam internet
boleh dicapai dan mudah untuk disebarkan (Jabatan Siasatan Jenayah
Bukit Aman, 2010). Berdasarkan statistik dan pelbagai telah membuktikan
punca remaja terjerumus dalam fenomena hamil luar nikah. Oleh demikian,
kajian ini meneroka pengalaman remaja yang melalui hamil luar nikah dan
21
sejauhmanakah perhubungan remaja dengan ibu bapa dalam menghadapi
masalah hamil luar nikah.

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka pengalaman remaja hamil
luar nikah yang tinggal dalam institusi sehingga lahir bayi mereka dan
memahami perhubungan remaja hamil luar nikah dengan ibu bapa mereka
dalam krisis penjagaan anak remaja.

KAEDAH KAJIAN

Pendekatan kualitatif dipilih untuk menjawab persoalan kajian
berlandaskan latar belakang subjek kajian, yang sukarela sedia berkongsi
pengalaman mereka, dipilih secara pemilihan bertujuan mengikut kriteria
yang ditetapkan. Tema yang menjelmakan (emergent) dalam data kajian
mempunyai banyak maklumat yang terselindung terutamanya tentang
masalah hamil luar nikah dalam kalangan remaja. Seramai 6 remaja telah
ditemu bual sesuai dengan kriteria pemilihan responden yang tergolong
dalam kalangan awal remaja terdiri daripada yang berumur antara 13 tahun
hingga 17 tahun. Lokasi kajian dijalankan di Taman Seri Puteri Cheras
dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Analisis kajian
yang digunakan adalah proses menyusun data untuk ditafsirkan.
Menyusun data bererti mengumpulkan dalam pola, tema dan kategori untuk
memahami makna sesuatu fenomena. Interpretasi data yang digunakan
untuk menggambarkan perspektif atau pandangan pengkaji,
bukan untuk mencari kebenaran. Beberapa strategi dalam kajian kualitatif
untuk kesahan dalaman data yang boleh digunakan iaitu: 134
memanjangkan masa penyelidikan, triangulasi, semakan kembali dengan
responden (member checks), pengamatan jangka masa lama dan penilaian

22
pakar. Kesemua strategi ini adalah untuk mengurangkan pengaruh atau
bias pengkaji.

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Profil Responden dan Ibu bapa

Keseluruhan responden berumur antara 13 hingga 17 tahun. Majoriti
responden berbangsa Melayu dan hanya seorang sahaja yang berbangsa
India berumur 15 tahun berpendidikan sehingga darjah lima sahaja.
Seorang responden Melayu juga mempunyai pendidikan sehingga darjah 6,
2 responden dapat menamatkan tingkatan dua dan dua orang lagi tingkatan
tiga. Responden A telah berhenti sekolah dalam usia 13 tahun,
mengandung 6 bulan ketika temu bual dijalankan dan bercadang untuk
meneruskan pengajian selepas melahirkan anak. Responden C pula
berbangsa India berumur 15 tahun tidak berminat untuk meneruskan
pendidikan. Beliau menyatakan bahawa tidak pandai membaca, jadi malas
untuk bersekolah. Reaksi responden F pula mendapati bahawa minat untuk
belajar luntur apabila keperluan untuk mencari kewangan bagi membantu
ibu menambah pendapatan keluarga menjadi keutamaan berbanding
bersekolah. Bilangan adik beradik yang ramai iaitu 10 orang ahli keluarga
di mana responden merupakan anak yang ke 6. Bilangan ahli keluarga yang
ramai juga merupakan punca remaja mencari kasih sayang di luar rumah
kerana mereka kurang mendapat perhatian dan dipinggirkan (Zarinah et al.,
2002). Perbandingan antara bandar dan luar bandar menunjukkan bahawa
responden A, C dan E tinggal di kawasan bandar seperti Shah Alam,
Ampang dan Setapak. Manakala responden B, D dan F tinggal di Maran,
Segamat dan Jelebu.

23
Latar belakang keluarga responden menunjukkan bahawa responden
B dan E tinggal bersama keluarga tiri. Responden B menyatakan bahawa
ibu kandung meninggal dunia semasa beliau berumur 10 tahun. Begitu
juga dengan responden D menceritakan bahawa beliau tinggal dengan
ayah tiri setelah kematian ayah kandung sejak umur beliau dua tahun.
Kedua-dua remaja tidak mempunyai perapatan dengan ahli keluarga
menyebabkan mereka mencari kasih sayang di luar rumah yang
menyebabkan mereka terjebak dalam salah laku seksual. Sebalik
responden F menyatakan bahawa ibu bapa beliau telah bercerai sejak tujuh
tahun yang lalu semasa berumur 11 tahun. Sejak menjadi ibu tunggal,
ibunya terpaksa bekerja keras mencari nafkah untuk adik beradik yang
ramai. Ibu beliau juga tidak dapat mengawal kesejahteraan keluarga kerana
memikul pelbagai beban penjagaan bersendirian. Responden A dan C pula
mempunyai ibu bapa tetapi sering pulang lewat malam dan kurang
memberi perhatian terhadap keluarga.

Hubungan anak dan ibu bapa yang renggang menyebabkan remaja
berani keluar dan melakukan aktiviti salah laku seksual. Keruntuhan moral
juga dipengaruhi oleh cara gaya pengawasan dalam kalangan ibu bapa
terhadap perubahan tingkah laku dalam kalangan remaja (Ummi Khaltum,
1995). Komunikasi dua arah amat berkesan dalam membendung aktiviti
salah laku seksual di mana remaja menjadi rakan kepada ibu bapa (Hashim
et al., 2008). Dalam situasi begini anak-anak lebih mempercayai ibu bapa
berbanding rakan sebaya. Remaja juga akan menjadikan ibu bapa sebagai
tempat rujukan jika berdepan dengan masalah. Luahan hati beberapa
remaja hamil luar nikah mengatakan bahawa mereka tidak mendapat
perhatian dan kasih sayang kerana ibu bapa sangat sibuk dengan tugas
harian. Ibu bapa seharusnya menjadi 135 model bagi anak-anak, malah
kesibukan dalam berkerjaya bukan halangan dalam memberikan kasih
sayang dan perhatian yang cukup bagi mengawasi dan menjaga anak-anak

24
remaja supaya tidak terjebak dalam aktiviti salah laku seksual. Responden
D meluahkan perasaannya seperti berikut:
... tak cerita pun masalah kat mak ....saya hanya menangis... kalau saya
cerita pun kat mak saudara sebab lebih rapat dengan dia....

Sebaliknya responden C dan E pula akan meluahkan segala perasaan
mereka kepada kakak berbanding dengan ibu bapa. Pada pandangan
mereka, ibu bapa kurang memberi perhatian dan sering tidak ada di rumah
menyebabkan mereka tidak rapat dengan ibu bapa. Kesibukan dalam
kerjaya ibu bapa menyebabkan mereka sering tidak berada di rumah.
Hampir semua responden menyatakan bahawa ibu bapa tidak pernah
meluangkan masa untuk membuat apa-apa aktiviti hujung minggu bersama
anak-anak. Majoriti responden lebih kerap keluar bersama kawan-kawan
berbanding keluarga sendiri.

Pengaruh rakan sebaya dan Internet

Masa terluang remaja lebih banyak bersama kawan-kawan
menyebabkan mereka banyak terpengaruh dengan salah laku seksual
dalam kalangan remaja. Pertemuan rakan-rakan yang mempunyai latar
belakang masalah keluarga yang sama menyebabkan mereka cuba mencari
kelainan dalam aktiviti harian. Hampir kesemua responden mendapat
pengetahuan seks melalui rakan sebaya semasa melangkah ke tingkatan
satu. Responden E menyatakan bahawa:
... saya mengetahui mengenai seks masa form 1 la ...sebelum tu tak
lagi ...masuk sekolah menengah startlah...
Sebaliknya responden A pula menyatakan bahawa rakan sebaya juga
sering bercerita dan bertukar pandangan mengenai aktiviti seks yang
menyebabkan responden ingin tahu perkara tersebut. Manakala bagi
responden B dan responden C pula adalah seperti berikut:

25
... ada juga kadang main tukar CD dengan kawan ... kawan beli CD seks dan
tukar-tukar dengan saya.
Sejak umur 12 tahun, saya mula kenal kawan-kawan... keluar bersama ...
mereka ajak tengok video semua...mula masuk menengah lah ... duduk
asrama ... ramai kawan bercerita benda tu lah.

Sebahagian responden juga menggunakan laman sesawang untuk
akses gambar porno dan lain-lain bahan lucah. Kebanyakan remaja leka
bersembang (chatting) di laman facebook, twiter, myspace dan sebagainya
mengenai hubungan seksual dan bahan lucah. Menurut responden B
bahawa:
... dapat dari internet ... akak buka kedai komputer...lepas tu saya selalu
pergi dan search benda tu lah. Sikap remaja yang menginginkan
keseronokan dan kurang pengawasan dalam aktiviti mereka menyebabkan
remaja lebih bebas dalam mengakses laman sesawang lucah dan
sebagainya. Kematangan remaja juga masih kurang untuk menilai baik dan
buruk sesuatu perkara menyebabkan mereka lebih terdedah kepada
masalah salah laku seksual. Sternberg dan Barnes (1988) mencadangkan
teori psikologi cinta. Keberahian adalah komponen motivasi dan
rangsangan dalam hubungan. Dalam hubungan seksual ia melibatkan
keinginan romantis, tarikan fizikal dan hubungan kelamin. Cinta remaja
akan berakhir diperingkat pertama dan kedua iaitu berahi dan hubungan
intim kerana peringkat ketiga adalah mengambil tanggungjawab dalam
menjaga hubungan. Remaja tidak boleh mencapai ke peringkat seterusnya
kerana belum boleh menjalankan komitmen penjagaan terhadap orang lain.

UNFPA Resource Kit: World Population Day 2008 mendapati bahawa
punca hamil luar nikah dalam kalangan remaja di negara membangun
antaranya adalah kurang pendidikan seks, perilaku seks remaja yang
terpengaruh dengan dadah atau alkohol, tekanan rakan sebaya yang
26
menceburi aktiviti seks bebas, penggunaan salah kontrasepsi, kemiskinan,
rasa kendiri yang rendah, perselisihan faham dalam rumah atau keluarga,
cita-cita pendidikan yang rendah dan sebagainya. Kajian Siti Salwani (2009)
mendapati bahawa salah laku seksual yang dilakukan oleh 105 responden
daripada 124 responden adalah disebabkan terpengaruh dengan pornografi.
Selain itu, perasaan ingin tahu, paksaan atas dasar cinta terhadap
pasangan, pelbagai bahan lucah dan sebagainya mendorong remaja
terlibat aktiviti salah laku seksual. Manakala Mohammad dan Suria (2005)
menyatakan bahawa remaja kurang maklumat mengenai risiko seks dan
sering mencuba tanpa memikirkan impak kesihatan serta masa depan diri
mereka.

Penekanan Agama dan Nilai Moral Keluarga

Pegangan agama dan nilai moral merupakan kompas kehidupan
seseorang individu tua atau muda. Seseorang yang berpegang kepada
agama akan memastikan baik dan buruk sesuatu perkara sebelum
bertindak untuk melakukannya. Sebaliknya dalam kajian ini mendapati
bahawa hampir semua responden tidak berpegang kepada agama sebagai
landasan hidup. Majoriti responden yang ditemu bual mengabaikan solat,
walaupun pesanan dan nasihat telah diberikan kepada ibu bapa bagi
menjalani kehidupan harian. Apa yang lebih membimbangkan adalah ibu
bapa tidak menghukum atau mengambil tindakan jika anak-anak tidak
mahu mengerjakan sholat. Responden dan E menyatakan seperti berikut:
... mak ayah memang tegur bab agama... mereka jaga ... mereka marah lah
kalau tak solat... tapi kalau tak buat... mak ayah tak marah, diam je... tak
cakap apa pun.
... mak marah juga kalau tak solat, tapi banyak kali cakap... saya tak
dengar... jadi mak tak ambil kisah pun.
Hubungan silaturahim antara ibu bapa dan remaja tidak berjalan
dengan lancar menyebabkan arahan ibu bapa tidak diambil kira oleh remaja.
27
Remaja tidak menghormati pandangan dan nasihat ibu bapa yang
menyebabkan komunikasi tidak berkesan dalam kalangan remaja yang
melakukan salah laku seksual. Sebaliknya komunikasi berkesan antara ibu
bapa dan remaja akan menghasilkan tahap keyakinan diri yang tinggi,
peningkatan pencapaian, afektif dan kesihatan mental yang baik dalam
kalangan remaja. Dalam suasana begini, remaja boleh menerima
pandangan positif dan negatif dalam kalangan ibu bapa serta remaja juga
boleh menyesuaikan diri dengan lebih mudah. Ibu bapa tidak boleh
membiarkan awal remaja untuk menentukan jalan hidup mereka,
seharusnya mereka dibimbing dan dipantau dengan penuh kasih sayang
bagi mengelakkan diri remaja terlibat dengan aktiviti bercorak seksual
sebelum remaja berkahwin.

Ibu bapa atau penjaga perlu berwibawa dan peka kepada perubahan
tingkah laku dalam kalangan remaja. Mereka perlu diberi galakan,
rangsangan dan bimbingan melalui pendekatan disiplin yang asertif dan
tidak kasar. Ibu bapa juga perlu berinteraksi secara positif dan menyemai
emosi yang bersesuaian bagi membantu remaja mengawal diri mengikut
peraturan keluarga dan komuniti. Hart dan Hilton (1988) menyatakan
bahawa kekurangan kasih sayang dan ikatan emosi dalam kalangan
keluarga boleh meningkatkan kemungkinan kehamilan dalam kalangan
remaja.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Keseluruhan responden mempunyai masalah perhubungan dengan
ibu bapa di mana remaja lebih banyak bergaul dan menghabiskan masa
bersama kawan-kawan berbanding ibu bapa. Lingkungan umur remaja
ialah 13 hingga 17 tahun terlibat dalam hamil luar nikah. Pengaruh rakan
sebaya yang menyebabkan mereka terlibat dalam hamil luar nikah. Rakan
28
sebaya juga dijadikan tempat mengadu dan menghilangkan tekanan
menggantikan ibu bapa. Persekitaran tempat tinggal remaja juga
menyebabkan mereka mudah terjebak dalam aktiviti salah laku seksual.
Hampir semua responden tinggal di kawasan flat perumahan PPR. Dari
aspek gaya keibubapaan mendapati bahawa kurang pengawasan, kurang
kawalan, aktiviti harian anak-anak amat bebas dan kurang mendidik anak
dalam aspek keagamaan. Bahkan kesibukan ibu bapa dalam mengejar
harta dunia, kurang komunikasi dengan anak-anak dan jarang berada di
rumah serta kurang sokongan sosial merupakan antara punca kehamilan
luar nikah.

Beberapa cadangan dapat dikemukakan melalui kajian ini untuk
membantu pihak yang berkepentingan bagi menangani masalah hamil luar
nikah semakin berleluasa dalam kalangan remaja adalah seperti berikut:

i. Peranan ibu bapa - ibu bapa adalah tulang belakang dalam pembinaan
keluarga yang sejahtera. Maka komunikasi adalah salah satu alat yang
penting dalam memperbaiki hubungan yang renggang dalam keluarga.
Pemantauan bagi setiap aktiviti remaja di mana ibu bapa mengambil tahu
pergerakan anak-anak supaya dapat kenal pasti rakan sebaya mereka. Ibu
bapa juga perlu mendidik anak daripada aspek keagamaan supaya mereka
kenal baik buruk sesuatu perilaku, memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada
anak-anak. Ibu bapa juga perlu meluangkan masa bersama anak-anak,
keluar bersiar-siar atau berkelah sekurang-kurangnya sekali dalam tiga
bulan bagi merapatkan hubungan silaturahim dengan anak-anak.
ii. Peranan remaja – pengaruh rakan sebaya merupakan faktor penting
punca remaja terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat. Bagi generasi remaja
kini, rakan sebaya merupakan rujukan utama dalam pembinaan sahsiah
dan tingkah laku mereka. Remaja kini lebih banyak berbincang mengenai
permasalahan harian bersama rakan sebaya bukan dengan ibu bapa.
29
Bahkan mereka menghadapi masalah untuk berkongsi masalah harian
bersama ibu bapa kerana lompang generasi. Peruntukan masa kualiti
bersama keluarga juga amat kurang kerana remaja kini lebih banyak
menghabiskan masa dengan rakan sebaya berbanding dengan ibu bapa.
Remaja perempuan sering merujuk rakan sebaya untuk mendapatkan
pandangan dan bimbingan bagi penyelesaian masalah. Kesilapan dalam
pemilihan rakan sebaya ini boleh membawa mereka ke arah perkaraperkara negatif misalnya ponteng sekolah, mencuri, merokok, melepak di
pusat membeli belah sehingga boleh merosakkan sahsiah remaja tersebut.
Maka pendedahan awal mengenai pemilihan rakan sebaya yang baik dan
pemantauan ibu bapa mengenai rakan sebaya remaja adalah amat penting
bagi mencegah remaja terdedah kepada aktiviti salah laku seksual.

iii. Peranan komuniti - pergaulan bebas perlu ada pengawasan komuniti
setempat. Komuniti tradisional Malaysia perlu diamalkan kembali di mana
“ambil tahu” mengenai anak jiran adalah amat penting dalam
meningkatkan sokongan sosial dalam membina generasi remaja yang sihat
dan sejahtera. Konsep “ambil tahu” anak jiran bukan semata-mata menjaga
tepi kain orang tetapi masing-masing komuniti setempat perlu mengawasi
anak-anak supaya tidak terlibat dalam aktiviti salah laku seksual. Jika
komuniti bandar dan luar bandar dapat mengamalkan konsep “ambil tahu
anak jiran dalam aspek positif” , maka pelbagai masalah sosial dapat
dikurangkan dan dicegah lebih awal. Komuniti setempat perlu mereka
program kejiranan remaja yang selamat terutama dalam masyarakat bandar
dan pinggir bandar.

iv. Peranan Guru - guru kaunselor sekolah perlu mengambil tindakan
segera berkaitan masalah salah laku seksual dalam kalangan remaja.
Kementerian kesihatan dalam memberi penerangan tentang impak hamil
luar nikah dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah, bagaimana
boleh mengelak daripada terjebak dalam aktiviti salah laku seks. Kerjasama
30
dengan JAKIM boleh memberi penerangan daripada aspek agama dan
sebagainya.

v. Peranan Kementerian - JKMM perlu mengkaji semula Taman Seri Puteri
Cheras agar perancangan program mengikut kesesuaian zaman dan
perkembangan remaja masa kini. Program keusahawanan dan pendidikan
kemahiran perlu diterapkan bagi membantu remaja yang telah tamat
tempoh dapat menjalani kehidupan lebih bermakna.

vi. Peranan Media - lebih banyak drama dan kuliah motivasi bagi ibu bapa
dan remaja dalam menangani masalah krisis remaja dengan cara yang
lebih berkesan. Dalam masyarakat yang sederhana status sosioekonomi,
media massa elektronik atau cetak memainkan peranan penting dalam
memberi kesedaran kepada masyarakat. Kempen yang berterusan dalam
media ini dapat memberi pendedahan holistik kepada kalangan remaja dan
ibu bapa mereka.

PEMBUANGAN BAYI

Isu Pembuangan bayi yang semakin hari semakin banyak dilaporkan
di dada akhbar dan paling menyayat hati terdapat bayi yang tidak berdosa
bukan saja dibuang, malah dibakar. Menurut pandangan Anitayahya (2007),
pengguguran dan pembuangan bayi membawa maksud penamatan proses
kehamilan sebelum cukup bulan (sembilan bulan untuk manusia) yang
mengakibatkan kemusnahan janin. Pandangan yang diberikan oleh saudari
Anitayahya ini membuktikan bahawa pembuangan bayi ini merupakan satu
jenayah yang boleh dianggap sebagai jenayah berat dan teruk. Selain itu,
definisi dari saudari Anitayahya turut memaparkan kesan negatif kepada
ibu sekiranya proses kelahiran dalam melahirkan anak tidak mengikut
kaedah yang betul.
31
Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman 208, perkataan buang
bermaksud

mencampakkan,

melemparkan,

menghapuskan,

dan

menghilangkan. Perkataan bayi bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan
oleh si ibu. Manakala, makna pembuangan bayi pula adalah perbuatan
mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa ke
merata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan. Definisi yang
ditakrifkan dalam kamus Dewan ini menjurus ke arah menerangkan makna
pembuangan bayi yang lebih jelas. Maksud yang diberikan ini mampu
memberi lebih kefahaman kepada pembaca untuk mengetahui lebih
mendalam tentang masalah pembuangan bayi ini.
Akta yang terlibat didalam kes pembuangan bayi ialah Di bawah Akta
Kanak-kanak 2001 (Child Act) Bab 3 Kesalahan Berhubung Dengan
Kesihatan Dan Kebajikan Kanak –Kanak. Seksyen 31 iaitu penganiayaan,
pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak. Di Malaysia, kes
pembuangan bayi dilihat berlaku semakin menjadi-jadi. Dianggarkan bagi
tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan
di Malaysia, manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun 2010 hingga
12/8/2010. Malah masalah ini dari hari ke hari semakin bertambah di negara
tersebut.

Berikutan

itu,

Kabinet

Malaysia

telah

memutuskan

kes

pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh
bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima
hukuman berat. Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati,
manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama
membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Sebelum ini, semua kes
pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001
yang boleh dihukum denda maksimum RM 20,000 atau penjara 10 tahun
atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

32
2.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBUANGAN BAYI

Pada zaman abad ke 21 ini, Malaysia merupakan sebuah negara yang
pesat membangun dan bersedia dalam menongkah arus pemodenan dan
globalisasi. Kini, nama Malaysia begitu terkenal di mata dunia. Namun
begitu, di sebalik kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masih dihantui
satu penyakit sosial yang sudah lama bersarang dalam kalangan
masyarakat Malaysia, iaitu masalah pembuangan bayi. Biasanya, golongan
remaja yang sering terlibat dalam kes pembuangan bayi di Malaysia. Di
bawah ada beberapa faktor pembuangan bayi :

2.1 Kurang Didikan dan Kefahaman Agama
Faktor utama berlakunya permasalahan ini ialah kurangnya didikan
dan kefahaman agama. Kekurangan didikan agama yang merupakan
panduan dan pedoman hidup remaja telah menyebabkan mereka hilang
haluan dalam kehidupan dan seterusnya terlibat dalam gejala-gejala negatif
seperti pergaulan bebas dan sebagainya. Remaja yang melibatkan diri
dalam gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sudah
semestinya menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini telah menyebabkan
remaja perempuan mengandung sebelum ada ikatan yang sah. Dalam
situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama tidak teragak-agak
untuk membuang dan meninggalkan anak mereka selepas dilahirkan. Lebih
teruk lagi, ada segelintir remaja membunuh dan membakar bayi yang
mereka lahirkan semata-mata mahu menghilangkan bukti hasil hubungan
sulit mereka. Sikap negatif mereka ini telah menimbulkan seribu tanda
tanya kepada masyarakat tentang kewibawaan mereka dalam memacu
Malaysia ke arah pemodenan pada masa hadapan.

33
2.2 Pengaruh Rakan Sebaya
Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes
pembuangan bayi dalam kalangan remaja berlaku. Rakan-rakan yang
negatif tidak teragak-agak mengajak remaja untuk melakukan perkaraperkara di luar batasan agama dan norma masyarakat seperti pergi ke
tempat hiburan, menghisap dadah, melepak, melakukan pergaulan bebas
antara lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Remaja yang terjerumus
dalam kancah-kancah negatif tersebut, tanpa segan silu melakukan
hubungan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila
mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak,
mereka terpaksa membuang bayi mereka demi mengelakkan maruah diri
dan keluarga tercemar.

2.3 Sikap Masyarakat
Di samping itu, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan
menghukum turut menyebabkan masalah pembuangan bayi ini berlaku.
Apabila seseorang remaja perempuan melahirkan anak luar nikah, sudah
pastinya masyarakat setempat menghina dan memandang serong padanya.
Secara tidak langsung, remaja perempuan itu juga pastinya dianggap
menjatuhkan maruah keluarganya. Remaja perempuan berasa tertekan
dengan bebanan yang ditanggung seorang diri tanpa sokongan daripada
pelbagai pihak. Demi menjaga imej sendiri dan juga keluarga, remaja
tersebut mengambil jalan mudah dengan membuang bayinya ekoran
bimbang dipandang jijik dan hina oleh masyarakat. Jalan mudah yang
diambil mereka membuktikan bahawa mereka memerlukan bimbingan dan
sokongan daripada masyarakat untuk menyelesaikan masalah yang
mereka alami.

34
2.4 Sikap Ingin Tahu Remaja
Faktor yang terakhir adalah sikap remaja yang ingin mencari sesuatu
yang baru atau sikap ingin tahu. Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang
wujud dalam diri remaja. Biasanya, mereka gemar mencuba sesuatu yang
baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diterokai oleh mereka.
Remaja berfikiran bahawa mereka menjadi lebih matang sekiranya
mencuba benda yang jarang dilakukan oleh orang lain, lebih-lebih lagi seks
rambang. Mereka juga beranggapan bahawa diwaktu usia remajalah
mereka patut berseronok dan bergembira sehingga melakukan perkara
seperti seks bebas ini. Sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu ini
sebenarnya tidak mengetahui baik dan buruknya serta akibat yang bakal
diterima mereka. Sebagi remaja yang matang, mereka mestilah berfikiran
rasional dan bijak dalam menilai sesuatu perkara supaya tidak menyesal
dikemudian hari. Bak kata pepatah, “sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tiada gunanya”.

3.0 KESAN MASALAH PEMBUANGAN BAYI
Pembuangan bayi pada hari ini telah memberi kesan dan impak yang
begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama dan
penting negara pada masa hadapan, memainkan peranan yng besar dalam
pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti
berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu cara terbaik untuk
membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Kesan-kesan pembuangan
bayi boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian seperti kesan
kepada bayi, ibu yang melahirkan, keluarga remaja perempuan yang
terlibat dalam pembuangan bayi, kesan kepada masyarakat dan juga kesan
kepada negara itu sendiri.

35
3.1 Kesan kepada Bayi
Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga kepada
pasangan suami isteri tetapi, bayi juga menjadi bebanan kepada pasanganpasangan kekasih yang telah terlanjur dan tidak bersedia untuk memikul
tanggungjawab di usia yang masih mentah, yakni usia remaja. Akibat
daripada hilangnya sifat kemanusiaan dalam diri, bayi-bayi telah menjadi
mangsa dan kesannya, semua bayi ini hidup tidak mengenali dan
mendapat kasih sayang daripada ibu bapa kandung mereka. Bayi-bayi ini
juga terpaksa memikul gelaran anak luar nikah sepanjang hidup mereka
walaupun mereka menjadi mangsa keadaan dalam masalah ini. Tambahan
lagi, bayi-bayi ini masih kecil lagi dan tidak mengerti apa yang sedang
berlaku kepada mereka. Apa yang lebih teruk lagi, mereka dibuang tempattempat yang terpencil dan jauh daripada pandangan masyarakat sehingga
menyebabkan bayi-bayi yang tidak berdosa ini meninggal dunia.
Sebagai contoh, baru-baru ini di Melaka, seorang bayi lelaki dijumpai
mati dalam keadaan yang sungguh menyayat hati. Mengikut sumber dari
pengarang utusan Malaysia, Rizanizam Abdul Hamid (2010), mayat bayi itu
ditanam berhampiran Sungai Melaka selepas dikatakan meninggal dunia di
Taman Melaka Baru, Batu Berendam. Apa yang lebih mengejutkan lagi,
bayi tersebut adalah anak kepada pasangan remaja yang baru berusia 15
dan 19 tahun. Siasatan polis mendapati bayi lelaki yang cukup sifat itu
masih hidup ketika dilahirkan selain terdapat beberapa kesan lebam di
bahagian kepala. Kejadian seperti ini cukup jelas membuktikan betapa
kejamnya insan yang bergelar remaja yang tidak tahu menghargai
pemberian dari Tuhan.

36
3.3 Kesan kepada Ibu Bayi
Kesan yang kedua pula adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan
atau lebih tepat lagi pesalah. Hal ini kerana, sewaktu pesalah melahirkan
anak, mereka tidak berada dalam keadaan dan situasi yang selesa dan
mengizinkan. Tanpa persediaan yang rapi, pesalah ini pastinya mengalami
jangkitan kuman yang serius, kecederaan semasa melahirkan anak, dan
juga kehilangan darah yang banyak. Majoritinya, mereka melahirkan anak
dengan menggunakan kudrat sendiri tanpa pertolongan daripada pihak
hospital dan pihak lain. Selain itu, pesalah juga sudah semestinya
mengalami pelbagai masalah dalam diri seperti kemurungan, hilang
keyakinan diri, dan juga masalah emosi. Hal ini akibat daripada perbuatan
mereka sendiri yang sememangnya salah dari segi undang-undang, agama,
dan negara.

3.4 Kesan kepada Institusi Kekeluargaan
Di samping itu, akibat daripada pembuangan bayi juga, berlakunya
keruntuhan institusi kekeluargaan. Apabila institusi sesebuah keluarga itu
runtuh, keharmoniaan dalam kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya.
Hal ini disebabkan, ibu bapa berasa malu mempunyai anak yang sebegitu
rupa tingkah lakunya. Mereka menganggap anak seperti ini telah
menconteng arang ke muka mereka. Apa yang mereka bimbangkan adalah
jiran sekeliling mereka yang pastinya memandang serong dan negatif
dengan keluarga mereka. Disebabkan masalah pembuangan bayi juga,
masalah penceraian berlaku. Ibu bapa remaja yang terlibat dengan
perbuatan yang tidak bermoral ini bergaduh dan menyalahkan sesama
sendiri kerana tidak pandai mendidik dan memelihara anak sehingga anakanak yang lain terpaksa menanggung akibatnya. Sebagai ibu bapa,
janganlah terus menyalahkan anak-anak mereka tetapi membantu dengan
memberi sokongan dan panduan untuk meneruskan hidup.

37
3.5 Kesan kepada Masyarakat
Kesan

yang

seterusnya

adalah

kepada

masyarakat.

Kes

pembuangan bayi yang berlaku telah menjejaskan imej masyarakat
sekeliling. Mereka pastinya berasa malu dan kecewa dengan apa yang
berlaku. Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam kes ini kerana
biasanya, remaja merupakan golongan terbesar melibatkan diri dalam
kegiatan ini. “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Peribahasa ini
bertepatan sekali dengan situasi yang berlaku ini. Masyarakat telah
menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral ini dan secara
tidak langsung telah menimbulkan persepsi orang luar tentang kredibiliti
masyarakat setempat dalam membendung kes-kes seperti daripada
berlaku.

4.0 CADANGAN DAN LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
Perbuatan membuang bayi di merata-rata tempat adalah satu
jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan.
Malah haiwan lebih baik daripada itu kerana mengasihani dan memelihara
anak dan sanggup mati demi keselamatan dan nyawa anak-anak. Inilah
kesannya apabila rohani seseorang tidak diisi dengan ajaran agama.
Langkah yang lebih berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk
membendung gejala sosial itu agar tidak ada lagi anak-anak luar nikah
yang dilahirkan terbiar dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya.

4.1

Peranan Ibu Bapa
Bagi mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan, para ibu bapa

seharusnya
memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan yang penuh kepada anakanak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Manusia perlu
memenuhi keperluan peringkat asas atau keperluan hayat atau fisiologi
terlebih dahulu sebelum timbul keperluan peringkat berikutnya iaitu
keperluan keselamatan. Seterusnya, keperluan kasih sayang dan diikuti
38
pada peringkat berikutnya, keperluan peringkat kendiri. Peringkat yang
terakhir adalah sempurna kendiri. Berdasarkan teori ini kasih sayang
diletakkan pada peringkat ketiga di mana memberi gambaran bahawa
penghargaan dan kasih sayang sangat penting kepada manusia lebih-lebih
lagi diperingkat remaja. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi
kasih sayang yang secukupnya maka anak-anak akan mencari kasih
sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya. Oleh itu, ibu bapa
mestilah memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah diri
anak-anak mereka supaya tidak terjerumus ke lembah maksiat seperti seks
rambang, pergaulan bebas, dan sebagainya.

4.2

Peranan Sekolah
Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan dalam mencorak

sahsiah peribadi remaja daripada terjebak dengan gejala ini. Menurut
pandangan Karen Yong (2006), dalam penulisannya yang bertajuk „masalah
sosial tiada penghujungnya‟, pihak pentadbiran sekolah perlu mewujudkan
Sekolah Bebas Gejala Sosial dengan mengadakan pendidikan secara
komprehensif

melalui

kurikulum

dan

ko-kurikulum

di

sekolah/IPT,

intervensi, latihan guru dan penglibatan ibubapa. Pendidikan ini adalah
elemen penting dalam strategi pencegahan dan sekolah merupakan
institusi penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari
gejala sosial. Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi
mengenalpasti, merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti
tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial di
peringkat sekolah, Institusi Latihan Guru dan IPT untuk mewujudkan
pemikiran generasi muda supaya menjauhi gejala sosial, menyediakan
alternatif-alternatif berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat
dengan gejala sosial dan mewujudkan suasana sekitar yang menjadikan
masalah sosial itu dibenci dan jijik (Khoo Kay Kim dan Alias Mohammed
1937).

39
4.3

Pencegahan sebelum berlaku
Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan

mencegah seseorang daripada terlibat dengan gejala yang tidak sihat
seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Walaupun
gejala ini bermula dengan masalah individu tetapi jika tidak dibendung
ianya

akan

memberi

kesan

yang

mendalam

kepada

keseluruhan

masyarakat sekitarnya. Masalah pembuangan bayi boleh diklasifikasikan
sebagai salah satu jenayah yang paling kritikal di Malaysia. Sehubungan
dengan itu, semua pihak mestilah bekerjasama dalam mewujudkan
kesedaran tentang kesan dan bahaya pembuangan bayi.
Di samping itu, mereka juga perlu merangsang penglibatan seluruh
masyarakat setempat dalam usaha memerangi masalah pembuangan bayi
yang semakin meruncing ini. Setiap individu, keluarga dan masyarakat di
satu-satu kawasan perlu bekerjasama dan mempunyai peranan dalam
pencegahan gejala ini dan memastikan kawasan mereka bersih daripada
gejala sosial ini. Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat juga perlu
tampil ke hadapan bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan programprogram seperti pencegahan pergaulan bebas di kawasan mereka. Strategi
jangka panjang ini juga untuk mewujudkan kesedaran kepada semua
lapisan masyarakat bahawa pergaulan bebas membawa mudarat kepada
diri, keluarga dan masyarakat.

4.4

Bantuan kepada ibu-ibu yang hamil luar nikah
Akhir sekali, anak-anak remaja yang hamil luar nikah mestilah

dibantu bagi menjalani pemulihan yang bukan sahaja menyediakan
bantuan menjaga ketika mereka hamil tetapi yang paling utama ialah
membina kekuatan dalaman serta rohaniah. Hal ini penting bagi menjamin
kesihatan si ibu dan juga anak yang bakal dilahirkan. Sekiranya penjagaan
rapi dibuat, gejala pembuangan bayi mungkin dapat dikurangkan walaupun
tidak sepenuhnya. Semua pihak digesa agar turut serta dalam memberi

40
bimbingan dan bantuan kepada kaum lelaki dalam usaha mendidik
golongan tersebut untuk tidak mengambil kesempatan terhadap wanita.

5.0 STATISTIK PEMBUANGAN BAYI
Statistik pembungan bayi juga menunjukkan peningkatan yang
ketara dari tahun ke tahun dan bukanlah sesuatu yang boleh di banggakan
bagi Malaysia sebagai sebuah negara islam. Statistik dari Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati purata tiga bayi dibuang setiap dua
minggu di negara ini sepanjang 2007 hingga April lalu, membabitkan 312
kes. Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Mohamed Fadzil Che Din,
berkata perangkaan itu mungkin lebih tinggi kerana ia yang disenaraikan
itu hanyalah kes yang dilaporkan kepada JKM.
Kemudian, Statistik kes pembuangan bayi dikeluarkan Polis Diraja
Malaysia (PDRM) pula menunjukkan 396 kes dicatatkan dari 2005 hingga
tahun lalu. Ia menunjukkan trend peningkatan walaupun ada penurunan
pada 2007. Sebanyak 67 kes dilaporkan pada 2005, 83 kes (2006) yang
menurun kepada 65 kes pada 2007, 102 kes (2008) dan 79 kes (2009).
Sebilangan besar individu yang terbabit dalam kes pembuangan bayi
berusia antara 18 hingga 25 tahun, 20 kes membabitkan individu berusia
bawah 18 tahun, 33 dilakukan individu 25 tahun ke atas, manakala 403
individu lagi gagal dikesan peringkat umur mereka. Daripada jumlah 396
kes itu, 137 kes membabitkan pembuangan bayi lelaki, 102 bayi perempuan
dan selebihnya tidak diketahui jantina.
Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi 2000
hingga 2008 pula, 257,000 kanak-kanak didaftarkan tidak mempunyai nama
bapa. Lebih menyedihkan bagi tempoh 1999 hingga 2003 saja, 44 peratus
anak yang tidak mempunyai nama bapa adalah anak orang Islam iaitu
30,978

daripada

70,430

kanak-kanak

yang

didaftarkan.

Dalam

perkembangan berkaitan Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dan
41
Pakar Runding Kanan HKL, Datuk Dr J Ravindran, berkata kes wanita
melahirkan anak luar nikah di hospital terbabit mencatatkan peningkatan
pada tahun ini berbanding tahun lalu. “Tahun lalu 392 wanita melahirkan
anak luar nikah. Daripada itu, 62 adalah berumur bawah 18 tahun. Pada
tahun ini terdapat penambahan kes iaitu sehingga bulan Julai, terdapat 301
kes termasuk 34 kes bawah umur 18 tahun,”.

6.0 KESIMPULAN

Setelah meneliti dan mengkaji tentang permasalahan pembuangan
bayi, terdapat banyak aspek yang boleh dikaitkan dengan masalah ini
seperti punca-punca

masalah,

kesan-kesan daripada

masalah,

dan

langkah-langkah mengatasi. Antara punca-punca masalah pembuangan
bayi adalah kurangnya didikan agama dalam diri, terpengaruh dengan
rakan sebaya yang mempunyai moral yang negatif, sikap masyarakat yang
suka mengkritik dan menghukum individu yang terlibat tanpa usul periksa,
dan sikap remaja yang suka mencuba sesuatu yang baru. Semua punca ini
membuktikan betapa ampuhnya jati diri seseorang dalam meneruskan
kehidupan yang penuh cabaran ini.
Selain itu, kesan-kesan daripada permasalahan ini juga patut
dititikberatkan.

Hal

ini

kerana,

melihat

kepada

kesan-kesan

yang

diperhatikan, pastinya negara Malaysia tidak mampu untuk terus bersaing
dengan negara lain disebabkan golongan remaja terus hanyut dengan
masalah sosial ini. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti berlaku
sekiranya remaja pada hari ini tidak tahu cara untuk membentuk dan
memuliakan akhlak mereka sendiri. Antara kesan-kesan pembuangan bayi
adalah seperti kesan kepada bayi yang dibuang, kesan kepada ibu yang
melahirkan, kesan kepada institusi kekeluargaan, dan juga kesan kepada
masyarakat.
42
Akta yang terlibat juga sudah menerangkan bahawasanya telah
diperuntukkan di bawah akta yang terlibat didalam kes pembuangan bayi
ialah Di bawah Akta Kanak-kanak 2001 (Child Act) - Akta 611 seksyen 31.
Berikutan itu, Kabinet Malaysia telah memutuskan kes pembuangan bayi
disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan
perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat. Kes
bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang
membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan
membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman
penjara maksimum 20 tahun. Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi
disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum
denda maksimum RM 20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya
sekali jika sabit kesalahan.
Kesimpulan yang dapat dibuat mengenai kes pembuangan bayi ini
ialah semua pihak haruslah bekerjasama untuk menangani masalah ini.
Jika salah satu pihak tidak mengambil tahu, masalah pembuangan bayi ini
akan terus menjadi semakin serius.

43
LAMPIRAN

JADUAL PEMBUANGAN BAYI DI SELURUH MALAYSIA

44
LAMPIRAN GAMBAR-GAMBAR BAYI YANG TELAH DIBUANG

45
RUJUKAN
BUKU
Kamus Dewan Edisi 4. 2005. Edisi baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Khoo Kay Kim dan Alias Mohammed. 1937. Masalah Sosial Dan Politik Di
Malaysia.
Kuala Lumpur: Gateway.
Karen Yong (2006), dalam penulisannya yang bertajuk MASALAH SOSIAL
TIADA PENGHUJUNGNYA
Hart, B. & Hilton, I. 1988. Dimensions of personality organization as
predictors of teenage pregnancy risk. Journal of Personality Assessment,
52(1), 116-132.

Hashim, K. Mohd Fahmi Mohd Syed & Syed Mohamed Syafeq Syed Mansor,
2008. Keruntuhan Ahlak dan Gejal Sosial dalam Keluarga: Isu dan Cabaran.
Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor.

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2001. Laporan Banci Penduduk dan
Perumahan 2000. Jabatan Perangkaan Malaysia, Kuala Lumpur.

Jamaludin Ahmad & Sidek Mohd Noah 2001. Pendekatan Alternatif
Menentukan Kesahan dan Kebolehpercayaan Modul Program Maju Diri,
Jabatan Pendidikan Selangor. Jurnal PERKAMA, . 9(22).

Laporan Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia, 2010.
Mohammad Yaacob & Zuria Mahmud. 2005. Tingkah laku seks di kalangan
remaja Melayu di Lembah Klang, Seminar Seksual Kebangsaan, Fakulti
Pendidikan Universiti Malaya
46
INTERNET
Wikipedia (2011). Hukuman mati di Malaysia. Diperoleh daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hukuman_mati_di_Malaysia.
Berita Harian (2010). Tangani kes pembuangan bayi. Diperoleh daripada
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tanganikesbuangbayi/Ar
ticle
Rohaniza Idris dan Umi Nadirah Abdul Rahman (2010). Empat lagi kes
buang bayi. Diperoleh

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Empatlagikesbuangbayi/Article
Anitayahya.

2007.

Pengguguran

dan

Pembuangan

Bayi:

Definisi

pembuangan bayi.
Diperoleh daripada http://pengguguranbayi.blogspot.com/
Abdul Halim Abdullah. 2010. Koleksi Berita Buang Bayi: Remaja Tanam
Bayi. Diperoleh
daripada

http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-

ditemui/

SURAT KHABAR

Rizanizam Abdul Hamid. 2010. Remaja Tanam Bayi. Utusan Malaysia, 17
Mei: 17.

47
48

More Related Content

What's hot

Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert HavighurstTeori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Santa Barbara
 
faktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendiri
faktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendirifaktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendiri
faktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendiri
@f!Q@H @F!N@
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
Rafiza Diy
 
GWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda WacanaGWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda Wacana
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
faizzuddinz
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengarRickson JD
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Suhaiza Shuib
 
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdfEDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
PISMPBM20622AinNajwa
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan
Yunkz Dion
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertutur
Nsha Shari
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
fitri norlida
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasaxiaomei1029
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
amira nurfahmida
 
04 kemahiran membaca
04   kemahiran membaca 04   kemahiran membaca
04 kemahiran membaca
Nsha Shari
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullprincess Sakura
 

What's hot (20)

Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert HavighurstTeori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
 
faktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendiri
faktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendirifaktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendiri
faktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendiri
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
 
GWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda WacanaGWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda Wacana
 
Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa
 
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengar
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi
 
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdfEDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
 
Konsep 5p
Konsep 5pKonsep 5p
Konsep 5p
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertutur
 
Tajuk 1 prabacaan
Tajuk 1  prabacaanTajuk 1  prabacaan
Tajuk 1 prabacaan
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
TEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISMETEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISME
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
 
Sahsiah guru
Sahsiah guruSahsiah guru
Sahsiah guru
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
04 kemahiran membaca
04   kemahiran membaca 04   kemahiran membaca
04 kemahiran membaca
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide full
 

Viewers also liked

SEKSUALITI DAN SAYA : KEMAHIRAN KESELAMATAN DIRI
SEKSUALITI DAN SAYA : KEMAHIRAN KESELAMATAN DIRISEKSUALITI DAN SAYA : KEMAHIRAN KESELAMATAN DIRI
SEKSUALITI DAN SAYA : KEMAHIRAN KESELAMATAN DIRI
Rafiza Diy
 
Seksualiti semasa kanak kanak dan remaja
Seksualiti semasa kanak kanak dan remajaSeksualiti semasa kanak kanak dan remaja
Seksualiti semasa kanak kanak dan remaja
Sofea Hanie Sibau Abdullah
 
Seksualiti k.kursus 3.3
Seksualiti k.kursus 3.3Seksualiti k.kursus 3.3
Seksualiti k.kursus 3.3bambee255
 
Seksualiti semasa kanak kanak dan remaja
Seksualiti semasa kanak kanak dan remajaSeksualiti semasa kanak kanak dan remaja
Seksualiti semasa kanak kanak dan remajaNoraishah Rapani
 
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan BadanKebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan BadanAdada Eric
 
Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya
Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis MengatasinyaMasalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya
Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya
Fara Megat
 
Elm3104 edisi-kemaskini
Elm3104 edisi-kemaskiniElm3104 edisi-kemaskini
Elm3104 edisi-kemaskiniRizal Abdullah
 
Kajian Mini Tentang Tanda Tingkah Laku Bermasalah dan Penyebab dan Cara Melua...
Kajian Mini Tentang Tanda Tingkah Laku Bermasalah dan Penyebab dan Cara Melua...Kajian Mini Tentang Tanda Tingkah Laku Bermasalah dan Penyebab dan Cara Melua...
Kajian Mini Tentang Tanda Tingkah Laku Bermasalah dan Penyebab dan Cara Melua...Nurulhuda Ismail
 
Ppt.problem di dalam_keluarga
Ppt.problem di dalam_keluargaPpt.problem di dalam_keluarga
Ppt.problem di dalam_keluargamayaleztary581
 
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
vleadminaba2059
 
Masalah moral dalam kalangan pelajar
Masalah moral dalam kalangan pelajarMasalah moral dalam kalangan pelajar
Masalah moral dalam kalangan pelajarShila Melisha
 
Isi isi penting masalah pembuangan bayi
Isi isi penting masalah pembuangan bayiIsi isi penting masalah pembuangan bayi
Isi isi penting masalah pembuangan bayiHafiziGhazali
 
Supermarkets
SupermarketsSupermarkets
Supermarkets
josemiguelmc
 
A project on business plan
A project on business planA project on business plan
A project on business planSumit Patel
 
Power point presentation (grocery store)
Power point presentation (grocery store)Power point presentation (grocery store)
Power point presentation (grocery store)Alina Hacopian
 
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6 2015 (1)
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6  2015 (1)Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6  2015 (1)
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6 2015 (1)
nzaheira80
 
Human Sexuality
Human SexualityHuman Sexuality
Human Sexuality
PaulVMcDowell
 

Viewers also liked (20)

SEKSUALITI DAN SAYA : KEMAHIRAN KESELAMATAN DIRI
SEKSUALITI DAN SAYA : KEMAHIRAN KESELAMATAN DIRISEKSUALITI DAN SAYA : KEMAHIRAN KESELAMATAN DIRI
SEKSUALITI DAN SAYA : KEMAHIRAN KESELAMATAN DIRI
 
Seksualiti semasa kanak kanak dan remaja
Seksualiti semasa kanak kanak dan remajaSeksualiti semasa kanak kanak dan remaja
Seksualiti semasa kanak kanak dan remaja
 
Seksualiti k.kursus 3.3
Seksualiti k.kursus 3.3Seksualiti k.kursus 3.3
Seksualiti k.kursus 3.3
 
Seksualiti semasa kanak kanak dan remaja
Seksualiti semasa kanak kanak dan remajaSeksualiti semasa kanak kanak dan remaja
Seksualiti semasa kanak kanak dan remaja
 
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan BadanKebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
 
Psk
PskPsk
Psk
 
Resep bubur
Resep buburResep bubur
Resep bubur
 
Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya
Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis MengatasinyaMasalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya
Masalah Gangguan Seksual dalam Pengurusan dan Kaedah Analisis Mengatasinya
 
Elm3104 edisi-kemaskini
Elm3104 edisi-kemaskiniElm3104 edisi-kemaskini
Elm3104 edisi-kemaskini
 
Kajian Mini Tentang Tanda Tingkah Laku Bermasalah dan Penyebab dan Cara Melua...
Kajian Mini Tentang Tanda Tingkah Laku Bermasalah dan Penyebab dan Cara Melua...Kajian Mini Tentang Tanda Tingkah Laku Bermasalah dan Penyebab dan Cara Melua...
Kajian Mini Tentang Tanda Tingkah Laku Bermasalah dan Penyebab dan Cara Melua...
 
Ppt.problem di dalam_keluarga
Ppt.problem di dalam_keluargaPpt.problem di dalam_keluarga
Ppt.problem di dalam_keluarga
 
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
 
Masalah moral dalam kalangan pelajar
Masalah moral dalam kalangan pelajarMasalah moral dalam kalangan pelajar
Masalah moral dalam kalangan pelajar
 
Assigment etika wati
Assigment etika watiAssigment etika wati
Assigment etika wati
 
Isi isi penting masalah pembuangan bayi
Isi isi penting masalah pembuangan bayiIsi isi penting masalah pembuangan bayi
Isi isi penting masalah pembuangan bayi
 
Supermarkets
SupermarketsSupermarkets
Supermarkets
 
A project on business plan
A project on business planA project on business plan
A project on business plan
 
Power point presentation (grocery store)
Power point presentation (grocery store)Power point presentation (grocery store)
Power point presentation (grocery store)
 
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6 2015 (1)
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6  2015 (1)Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6  2015 (1)
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6 2015 (1)
 
Human Sexuality
Human SexualityHuman Sexuality
Human Sexuality
 

Similar to Seksualiti k.kursus

Perkembangan seksual remaja
Perkembangan seksual remajaPerkembangan seksual remaja
Perkembangan seksual remaja
fannyariza1
 
Remaja dan masalahnya
Remaja dan masalahnyaRemaja dan masalahnya
Remaja dan masalahnyahaqiemisme
 
Memahami peran remaja dalam keluarga
Memahami peran remaja dalam keluargaMemahami peran remaja dalam keluarga
Memahami peran remaja dalam keluargaBadrus Baedowi Majid
 
106464226 2010 d
106464226 2010 d106464226 2010 d
106464226 2010 d
TiTo Saint
 
Makalah aulia 1
Makalah aulia 1Makalah aulia 1
Makalah aulia 1elfachruz
 
kls 12.ppt
kls 12.pptkls 12.ppt
kls 12.ppt
ToniPenuam
 
bergaul-yang-efektif.docx
bergaul-yang-efektif.docxbergaul-yang-efektif.docx
bergaul-yang-efektif.docx
mirzahmaradoni1
 
Pertumbuhan dan Perkembangan Remaja
Pertumbuhan dan Perkembangan RemajaPertumbuhan dan Perkembangan Remaja
Pertumbuhan dan Perkembangan Remaja
wahyusrisayekti
 
KESIAPAN PENINGKATAN PERKEMBANGAN USIA REMAJA
KESIAPAN PENINGKATAN PERKEMBANGAN USIA REMAJAKESIAPAN PENINGKATAN PERKEMBANGAN USIA REMAJA
KESIAPAN PENINGKATAN PERKEMBANGAN USIA REMAJA
Jek Amidos Pardede
 
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN II (perkembangan seksual pada remaja)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN II (perkembangan seksual pada remaja)PSIKOLOGI PERKEMBANGAN II (perkembangan seksual pada remaja)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN II (perkembangan seksual pada remaja)
Firdasari6
 
Ppt ppd
Ppt ppdPpt ppd
Ppt ppd
aininazakiya
 
Ppt ppd
Ppt ppdPpt ppd
Ppt ppd
aininarahma
 
Ppt ppd
Ppt ppdPpt ppd
Ppt ppd
aininazakiya
 
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yemPerkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yemmasriyah91
 
Masa puber, remaja dan gadis remaja
Masa puber, remaja dan gadis remajaMasa puber, remaja dan gadis remaja
Masa puber, remaja dan gadis remajaNova Ci Necis
 
3. Perkembangan masa remaja.pptx
3. Perkembangan masa remaja.pptx3. Perkembangan masa remaja.pptx
3. Perkembangan masa remaja.pptx
OktaPutra9
 
Periode Perkembangan Masa Remaja Awal
Periode Perkembangan Masa Remaja AwalPeriode Perkembangan Masa Remaja Awal
Periode Perkembangan Masa Remaja Awal
wahyuhidayat330
 

Similar to Seksualiti k.kursus (20)

Perkembangan seksual remaja
Perkembangan seksual remajaPerkembangan seksual remaja
Perkembangan seksual remaja
 
Remaja dan masalahnya
Remaja dan masalahnyaRemaja dan masalahnya
Remaja dan masalahnya
 
Memahami peran remaja dalam keluarga
Memahami peran remaja dalam keluargaMemahami peran remaja dalam keluarga
Memahami peran remaja dalam keluarga
 
106464226 2010 d
106464226 2010 d106464226 2010 d
106464226 2010 d
 
Masa remaja
Masa remajaMasa remaja
Masa remaja
 
Makalah aulia 1
Makalah aulia 1Makalah aulia 1
Makalah aulia 1
 
kls 12.ppt
kls 12.pptkls 12.ppt
kls 12.ppt
 
bergaul-yang-efektif.docx
bergaul-yang-efektif.docxbergaul-yang-efektif.docx
bergaul-yang-efektif.docx
 
Pertumbuhan dan Perkembangan Remaja
Pertumbuhan dan Perkembangan RemajaPertumbuhan dan Perkembangan Remaja
Pertumbuhan dan Perkembangan Remaja
 
KESIAPAN PENINGKATAN PERKEMBANGAN USIA REMAJA
KESIAPAN PENINGKATAN PERKEMBANGAN USIA REMAJAKESIAPAN PENINGKATAN PERKEMBANGAN USIA REMAJA
KESIAPAN PENINGKATAN PERKEMBANGAN USIA REMAJA
 
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN II (perkembangan seksual pada remaja)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN II (perkembangan seksual pada remaja)PSIKOLOGI PERKEMBANGAN II (perkembangan seksual pada remaja)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN II (perkembangan seksual pada remaja)
 
Ppt ppd
Ppt ppdPpt ppd
Ppt ppd
 
Ppt ppd
Ppt ppdPpt ppd
Ppt ppd
 
Ppt ppd
Ppt ppdPpt ppd
Ppt ppd
 
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yemPerkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
 
Masa puber, remaja dan gadis remaja
Masa puber, remaja dan gadis remajaMasa puber, remaja dan gadis remaja
Masa puber, remaja dan gadis remaja
 
Bahan ajar kls x 2013
Bahan ajar kls x 2013Bahan ajar kls x 2013
Bahan ajar kls x 2013
 
3. Perkembangan masa remaja.pptx
3. Perkembangan masa remaja.pptx3. Perkembangan masa remaja.pptx
3. Perkembangan masa remaja.pptx
 
Periode Perkembangan Masa Remaja Awal
Periode Perkembangan Masa Remaja AwalPeriode Perkembangan Masa Remaja Awal
Periode Perkembangan Masa Remaja Awal
 
Askep remaja new
Askep remaja newAskep remaja new
Askep remaja new
 

More from Anuar Zainal Sepri

Aktiviti Panitia Bahasa Melayu takwim.docx
Aktiviti Panitia Bahasa Melayu takwim.docxAktiviti Panitia Bahasa Melayu takwim.docx
Aktiviti Panitia Bahasa Melayu takwim.docx
Anuar Zainal Sepri
 
AJK KOAKADEMIK.docx
AJK  KOAKADEMIK.docxAJK  KOAKADEMIK.docx
AJK KOAKADEMIK.docx
Anuar Zainal Sepri
 
424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc
424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc
424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc
Anuar Zainal Sepri
 
424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc
424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc
424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc
Anuar Zainal Sepri
 
FAIZ NADZMI.docx
FAIZ NADZMI.docxFAIZ NADZMI.docx
FAIZ NADZMI.docx
Anuar Zainal Sepri
 
Muhammad nur ikmal hafis
Muhammad nur ikmal hafisMuhammad nur ikmal hafis
Muhammad nur ikmal hafis
Anuar Zainal Sepri
 
Jadual pengajaran dan pembelajaran jun julai 2021
Jadual pengajaran dan pembelajaran jun julai 2021Jadual pengajaran dan pembelajaran jun julai 2021
Jadual pengajaran dan pembelajaran jun julai 2021
Anuar Zainal Sepri
 
Jadual pdpr 2021 september
Jadual pdpr 2021  septemberJadual pdpr 2021  september
Jadual pdpr 2021 september
Anuar Zainal Sepri
 
Rpt 2020 bahasa melayu tahun 3 kssr semakan sumberpendidikan
Rpt 2020 bahasa melayu tahun 3 kssr semakan sumberpendidikanRpt 2020 bahasa melayu tahun 3 kssr semakan sumberpendidikan
Rpt 2020 bahasa melayu tahun 3 kssr semakan sumberpendidikan
Anuar Zainal Sepri
 
Ac fr ogdbdfqfnqnjsjpg434ibe9u4yl5ct0m9dy6qzomgruwecciqir1z1q8qyahufvhxmobxgw...
Ac fr ogdbdfqfnqnjsjpg434ibe9u4yl5ct0m9dy6qzomgruwecciqir1z1q8qyahufvhxmobxgw...Ac fr ogdbdfqfnqnjsjpg434ibe9u4yl5ct0m9dy6qzomgruwecciqir1z1q8qyahufvhxmobxgw...
Ac fr ogdbdfqfnqnjsjpg434ibe9u4yl5ct0m9dy6qzomgruwecciqir1z1q8qyahufvhxmobxgw...
Anuar Zainal Sepri
 
Kulit myportfolio gab rendah
Kulit myportfolio gab rendahKulit myportfolio gab rendah
Kulit myportfolio gab rendah
Anuar Zainal Sepri
 
38217158 borang-penilaian-kebersihan-dan-keceriaan-kelas
38217158 borang-penilaian-kebersihan-dan-keceriaan-kelas38217158 borang-penilaian-kebersihan-dan-keceriaan-kelas
38217158 borang-penilaian-kebersihan-dan-keceriaan-kelas
Anuar Zainal Sepri
 
314381644 borang-keberhasilan-2016
314381644 borang-keberhasilan-2016314381644 borang-keberhasilan-2016
314381644 borang-keberhasilan-2016
Anuar Zainal Sepri
 
Kertaskerjagotongroyong big
Kertaskerjagotongroyong  bigKertaskerjagotongroyong  big
Kertaskerjagotongroyong big
Anuar Zainal Sepri
 

More from Anuar Zainal Sepri (20)

Aktiviti Panitia Bahasa Melayu takwim.docx
Aktiviti Panitia Bahasa Melayu takwim.docxAktiviti Panitia Bahasa Melayu takwim.docx
Aktiviti Panitia Bahasa Melayu takwim.docx
 
AJK KOAKADEMIK.docx
AJK  KOAKADEMIK.docxAJK  KOAKADEMIK.docx
AJK KOAKADEMIK.docx
 
424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc
424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc
424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc
 
424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc
424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc
424711903-CONTOH-CONTOH-SSDM.doc
 
FAIZ NADZMI.docx
FAIZ NADZMI.docxFAIZ NADZMI.docx
FAIZ NADZMI.docx
 
Muhammad nur ikmal hafis
Muhammad nur ikmal hafisMuhammad nur ikmal hafis
Muhammad nur ikmal hafis
 
Sijil 3
Sijil 3Sijil 3
Sijil 3
 
Sijil 2
Sijil 2Sijil 2
Sijil 2
 
Nama johan
Nama johanNama johan
Nama johan
 
Jadual pengajaran dan pembelajaran jun julai 2021
Jadual pengajaran dan pembelajaran jun julai 2021Jadual pengajaran dan pembelajaran jun julai 2021
Jadual pengajaran dan pembelajaran jun julai 2021
 
Jadual pdpr 2021 september
Jadual pdpr 2021  septemberJadual pdpr 2021  september
Jadual pdpr 2021 september
 
1.2017 minggu 7 (feb)
1.2017 minggu 7 (feb)1.2017 minggu 7 (feb)
1.2017 minggu 7 (feb)
 
Rpt 2020 bahasa melayu tahun 3 kssr semakan sumberpendidikan
Rpt 2020 bahasa melayu tahun 3 kssr semakan sumberpendidikanRpt 2020 bahasa melayu tahun 3 kssr semakan sumberpendidikan
Rpt 2020 bahasa melayu tahun 3 kssr semakan sumberpendidikan
 
27.9.2020
27.9.202027.9.2020
27.9.2020
 
Ac fr ogdbdfqfnqnjsjpg434ibe9u4yl5ct0m9dy6qzomgruwecciqir1z1q8qyahufvhxmobxgw...
Ac fr ogdbdfqfnqnjsjpg434ibe9u4yl5ct0m9dy6qzomgruwecciqir1z1q8qyahufvhxmobxgw...Ac fr ogdbdfqfnqnjsjpg434ibe9u4yl5ct0m9dy6qzomgruwecciqir1z1q8qyahufvhxmobxgw...
Ac fr ogdbdfqfnqnjsjpg434ibe9u4yl5ct0m9dy6qzomgruwecciqir1z1q8qyahufvhxmobxgw...
 
Kulit myportfolio gab rendah
Kulit myportfolio gab rendahKulit myportfolio gab rendah
Kulit myportfolio gab rendah
 
38217158 borang-penilaian-kebersihan-dan-keceriaan-kelas
38217158 borang-penilaian-kebersihan-dan-keceriaan-kelas38217158 borang-penilaian-kebersihan-dan-keceriaan-kelas
38217158 borang-penilaian-kebersihan-dan-keceriaan-kelas
 
314381644 borang-keberhasilan-2016
314381644 borang-keberhasilan-2016314381644 borang-keberhasilan-2016
314381644 borang-keberhasilan-2016
 
Kertaskerjagotongroyong big
Kertaskerjagotongroyong  bigKertaskerjagotongroyong  big
Kertaskerjagotongroyong big
 
Panduan pembentang
Panduan pembentangPanduan pembentang
Panduan pembentang
 

Recently uploaded

Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
agusmulyadi08
 
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
suprihatin1885
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
ssuser289c2f1
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
astridamalia20
 
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
haryonospdsd011
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           xKoneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
johan199969
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
d2spdpnd9185
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
nawasenamerta
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
gloriosaesy
 
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogortugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
WILDANREYkun
 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
kinayaptr30
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
SurosoSuroso19
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
ferrydmn1999
 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
bobobodo693
 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
setiatinambunan
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
erlita3
 
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
AgusRahmat39
 
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptxPRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
muhammadyudiyanto55
 
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
MirnasariMutmainna1
 

Recently uploaded (20)

Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
 
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
 
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           xKoneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
 
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogortugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
 
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
 
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptxPRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
 
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
 

Seksualiti k.kursus

  • 1. W KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA, KUALA LUMPUR PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 2013 SEMESTER 3 TAJUK : PERKEMBANGAN ASPEK SOSIAL KOD KURSUS: PKE 3101 PENDIDIKAN KESIHATAN SEKSUALITI SEOW KEAN SING 700904065155 NAMA PELAJAR : CHUA KOK KIAN 661024-01-6049 MOHAMAD ANUAR B.ZAINAL SEPRI 680423-05-5401 TARIKH SERAHAN : 23.3.2013 NAMA PENSYARAH :EN. HAMZAH BIN SARIMUN
  • 2. Kandungan Muka surat 1. PENDAHULUAN 2 2. IMEJ KENDIRI 3 3. TINGKAH LAKU SEKSUAL REMAJA 5 4. SEKSUAL SEMASA KANAK-KANAK DAN REMAJA 8 5. PERGAULAN DAN PERHUBUNGAN 10 6. KEHAMILAN KALANGAN REMAJA 14 7. PEMBUANGAN BAYI 21 8. RUJUKAN 34 1
  • 3. Pendahuluan : Perbincangan tentang seksualiti patut dimulakan dengan kesedaran bahawa topik ini dianggap sensitif oleh kebanyakan orang terutamanya bagi masyarakat timur. Informasi yang diperolehi ini telah dirujuk secara meluas oleh jawatankuasa yang terdiri daripada pendidik, pakar kesihatan, wakil agama dan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam pendidikan seksualiti untuk remaja. Definisi Seksualiti : Seksualiti adalah aspek yang normal dalam proses perkembangan setiap remaja. Seksualiti adalah proses sepanjang hayat bermula dari kelahiran sehingga akhir hayat. Setiap individu adalah makhluk seksual. Seksualiti setiap individu dibentuk oleh nilai kendiri yang dipengaruhi oleh keluarga, rakan, media, agama, budaya, persekitaran dan undang-undang masyarakat. Seksualiti bukan sekadar hubungan seks tetapi ia meliputi perasaan, emosi, pemikiran, tingkah laku sebagai seorang wanita atau lelaki, identiti seksual dan orientasi seksual. Ia juga berkaitan dengan peranan dan identiti gender, imej diri, luahan perasaan kasih sayang dan keintiman kepada individu yang kita pilih serta kesejahteraan kesihatan seksual dan reproduktif yang menyeluruh. Anda mempunyai hak seksualiti untuk : Berasa bahawa tubuh badan anda adalah dalam kawalan anda . Memahami dan meluahkan perasan anda . Memilih bagaimana untuk mempamerkan seksualiti anda sambil menghormati diri sendiri dan orang lain. Memilih untuk mengadakan hubungan dengan seseorang dan menentukan jenis hubungan tersebut. Walau bagaimanapun, apa tindakan 2
  • 4. yang remaja lakukan hendaklah tidak membinasakan diri atau orang lain. Remaja mempunyai hak seksual yang turut merangkumi hormat dan tanggungjawab terhadap diri sendiri dan juga orang lain (Rights, Respect and Responsibilities). Prinsip Tanggungjawab Seksual :  Mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, agama, budaya dan masyarakat.  Mendapatkan maklumat serta pendidikan seks yang jelas dan tepat.  Melindungi diri dan pasangan daripada penderaan emosi, mental, fizikal dan seksual. Tidak menunjuk kuasa atau mengawal perhubungan.  Menilai kebolehan diri serta mengawal diri semasa membuat keputusan mengenai aktiviti seksual. Menghormati hak dan keselamatan pasangan anda.  Sentiasa menjadikan perhubungan yang harmoni dan saling menghormati. Berkomunikasi dengan terang & jujur. Berkompromi bila perlu dan mengaku salah jika sepatutnya.  Mendapatkan bantuan dari ibu bapa, guru atau pihak yang menyediakan perkhidmatan sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan seksualiti. 3
  • 5. IMEJ KENDIRI PERASAAN SEMASA KITA MEMBESAR Pengenalan Pengeluaran hormon sebelum akil baligh bukan sahaja menghasilkan pertumbuhan fizikal yang jelas dapat dilihat. Ianya juga mencetuskan perkembangan emosi dan psikologikal. Semasa ini, emosi dan cara berfikir remaja berubah. Perubahan emosi ini adalah normal dan sihat walaupun kadang kala kelihatan tidak begitu mudah dilalui. Remaja mula membentuk identiti dirinya sendiri. Perubahan emosi ketika akil baligh perlu berterusan ke arah kematangan emosi orang dewasa. Perubahan emosi remaja lelaki dan perempuan iaitu peningkatan pengeluaran hormon mengakibatkan khayalan di kalangan kebanyakan remaja. Terdapat kesedaran diri tentang seksual yang memuncak. Pengeluaran air mani di kalangan remaja lelaki semasa tidur, dikenali sebagai „nocturnal emission‟ atau „mimpi basah‟ kerap berlaku ketika ini. Adalah juga normal jika tidak mengalaminya. Remaja lelaki dan perempuan mengalami kebangkitan syahwat dengan hanya melihat atau berdekatan dengan seseorang yang mereka minati. Mereka mungkin tidak memahami pengalaman yang mereka lalui ini merupakan perasaan seksual. Fantasi atau khayalan seksual selalu berlaku. Umumnya remaja lelaki dan perempuan lebih meminati antara satu sama lain semasa akil baligh. Di samping minat terhadap seks dan kerap memikirkannya, adalah juga normal jika remaja tidak memikirkan tentang seks, terutama pada peringkat awal akil baligh. Akil baligh merupakan masa mood berubah-ubah bagi kebanyakan remaja. Keadaan tidak selesa dan memikirkan sangat tentang perubahan pada tubuh dan perasaannya mungkin menyebabkan stres (tekanan). 4
  • 6. Mood cepat berubah dan tidak dapat diramal. Menangis kerana perkara kecil kerap berlaku di kalangan remaja lelaki dan gadis dan ini bukanlah sesuatu yang memalukan. Berkongsi perasaan dan kerisauan dengan keluarga atau rakan-rakan dapat membantu. Mereka lega apabila mendapati rakan-rakan mereka juga mempunyai perasaan dan kerisauan yang sama. Peningkatan perasaan untuk bebas merupakan sebahagian dari perkembangan normal peringkat remaja. Remaja kerap mengalami perubahan kelakuan (dari kematangan kepada kelakuan seperti kanakkanak). Hubungan dengan ibu bapa mula berubah apabila remaja mula menekankan keinginan untuk bebas, kadang kala menyebabkan masalah dan konflik. Perubahan konsep kendiri Konsep kendiri ialah persepsi seseorang terhadap dirinya. Ini termasuk persepsi tentang kebolehan, ciri-ciri, sikap, perangai, penampilan, matlamat dan kebaikannya. Ianya mencerminkan suatu kuasa yang mengarah tingkahlaku seseorang kerana setiap insan berkelakuan selaras dengan konsep dirinya sendiri. Jika remaja merasa dirinya positif dan berkeyakinan, dia akan bertindak secara positif. Sebaliknya jika dia merasa tidak cekap, dia akan bertindak secara negatif, dan mengukuhkan konsep dirinya sebagai seorang yang tidak berkebolehan. Selalunya remaja takut hendak mencuba kerana merasakan dirinya tidak mampu untuk melakukannya. Konsep kendiri terbentuk melalui interaksi dengan orang lain. Dari reaksi orang lain terhadap individu dan pujian yang diberikan terhadap usahanya, remaja membentuk konsep siapa dirinya yang sebenar dan kebolehannya untuk mencapai matlamat. Sehubungan dengan ini, reaksi orang penting dalam hidupnya, akan mempengaruhi pembentukan konsep kendirinya. Konsep kendiri umum, sementara, sosial dan ideal seseorang remaja berubah apabila dia bertambah matang. 5
  • 7. Perubahan esteem diri Esteem diri berkait rapat dengan harga diri. Ia merangkumi pandangan sebenar terhadap diri sendiri sebagai seorang insan dan mengetahui tempatnya dalam masyarakat, keluarga, rakan-rakan, jiran tetangga dan lain-lain. Dalam keadaan melampau, esteem diri boleh menimbulkan rasa megah, manakala kurang esteem diri boleh menghasilkan rasa tidak berharga. Kuncinya ialah keseimbangan. Terlalu memfokuskan kepada diri sendiri menyebabkan seseorang menjadi sombong, dan menghalang untuknya berkerjasama dalam perhubungan. Sebaliknya, harga diri yang sangat rendah, membuatkan seseorang tidak boleh berinteraksi secara bebas dan bertanggungjawab dengan orang lain di rumah, sekolah, tempat kerja dan dalam masyarakat. Remaja ialah tempoh kehidupan yang mana imej diri semasa kanakkanak berkembang meliputi visi hidup ketika remaja. Pengalaman hidup remaja berkembang, merangkumi bidang yang diminati dan pencapaiannya. Memahami diri sendiri dalam perhubungan dengan orang lain, pembentukan kendiri secara tepat dan positif, adalah penting. Ianya memberi kesan terhadap kejayaan diri dalam konteks keluarga, di sekolah dan di mana jua. Perasaan cemas Remaja merasa cemas terhadap perubahan tubuhnya. Soalan yang kerap ditanya ialah: − Adakah saya normal? − Apa yang sedang berlaku kepada saya? − Mengapa ianya berlaku kepada saya? − Bagaimana saya berbanding dengan remaja lain? 6
  • 8. Remaja juga merasa cemas dengan perlakuan sendiri: − Merancap (masturbation) − Perlakuan seksual dengan teman sama jantina − Perlakuan seksual dengan teman berlainan jantina Perubahan emosi semasa akil baligh .Remaja perlu memahami dan mengatasi perubahan emosi yang mereka akan hadapi. − Khayalan, idola, cinta − Teman berlainan jantina − Malu, terlalu memikirkan tentang diri sendiri − Bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain − Mengenali dan menangani perasaan diri dalam keadaan yang berbeza − Pengaruh antara minda dan badan − Aktiviti fizikal yang lasak dan rehat sebagai cara bersantai − Mengetahui bila dan bagaimana untuk bersetuju dan sebaliknya TINGKAH LAKU SEKSUAL REMAJA Masalah seksual remaja dekad ini sudah menjadi satu perkara yang amat membimbangkan. Lebih membimbangkan remaja kini terlibat dengan salah laku seksual seawal usia 11 tahun. Justeru, artikel ini dilaksanakan bertujuan mengenal pasti sama ada remaja perempuan cenderung melakukan hubungan seks di atas dasar cinta atau nafsu. Pengumpulan data melibatkan satu kajian fokus terdiri daripada lapan orang penghuni Asrama Bahagia Kampung Pandan. Analisis kandungan tema telah digunakan dalam mencari makna terhadap isu ini. Dapatan kajian menunjukkan remaja perempuan cenderung melakukan hubungan seksual untuk mendapatkan cinta dan kasih sayang daripada pasangan. Namun, perasaan cinta tersebut mampu berubah menjadi keinginan seksual atau nafsu apabila remaja mula aktif melakukan hubungan seksual bersama pasangan. Pengkaji juga mendapati remaja turut cenderung mendefinisikan 7
  • 9. hubungan seksual sebagai cara untuk menyatakan perasaan cinta dan kasih kepada pasangan. Dalam masa yang sama, kajian ini turut mencadangkan beberapa alternatif dalam usaha membendung salah laku seksual di kalangan remaja kini. Sexual problems of young teenagers this decade have become a matter of great concern. More worrying youth are currently involved with sexual misconduct at the age of 11 years. Thus, this study was conducted for the purpose of identifying whether teenage girls tend to have sex on the basis of love or lust. Data collection involved a focus of study consisted of eight inmates Hostel of Asrama Bahagia Kampung Pandan. Theme content analysis was used in the search for meaning to this issue. The study showed that young girls tended to have sex to get love and affection of the couple. However, the love could turn into sexual desire or lust when youth began to become sexually active with a partner. Researchers also found that teenagers were likely to define sexual intercourse as a way to express feelings of love and gratitude to the couple. At the same time, this study also suggests several alternatives in order to curb sexual misconduct among teens today. Trend masa kini menampakkan isu dara atau keperawanan sudah tidak begitu relevan dengan fenomena remaja hari ini. Malah, remaja-remaja kini juga aktif melakukan hubungan seks lebih dari seorang pasangan. Sebagai contoh, kajian oleh Schutt-Aine dan Maddaleno (2003), mendapati 50 peratus remaja di Amerika di bawah umur 17 tahun aktif melakukan hubungan seksual. Selain itu, kajian terhadap masyarakat peribumi pula oleh Wendy et al. (2006) terhadap 16 5 remaja American Indian yang berusia lingkungan 13 hingga 18 tahun di Minnesota mendapati bahawa 40 peratus remaja yang berusia lingkungan 13 hingga 15 tahun dan 69 peratus remaja berusia 16 hingga 19 tahun melakukan hubungan seksual. Dalam masa yang sama, kajian ini juga melaporkan 8
  • 10. remaja yang terjebak dengan aktiviti seksual di usia awal remaja terdedah dengan tingkah laku berisiko seperti pengambilan dadah dan alkohol. Maka tidak hairanlah jika di Malaysia juga mengalami permasalahan yang sama. Disebabkan gejala seks bebas remaja ini semakin meningkat dari masa ke semasa, maka isu ini telah menarik minat ramai pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap tingkah laku seksual remaja sebagai sumber maklumat untuk merangka intervensi yang sesuai bagi mencegah dan menangani permasalahan ini. Di barat, pengkaji cenderung menumpukan kajian mereka mengenai isu kesihatan seksual remaja (penyebaran penyakit kelamin) dan isu kehamilan diluar nikah. Kajian yang telah dijalankan oleh Miller et al. (2000) mendapati tiada laporan menunjukkan remaja-remaja dalam kajian mereka dijangkiti HIV. Namun, sembilan orang remaja disahkan dijangkiti penyakit-penyakit kelamin lain (STD) seperti genital herpes, gonorea, sifilis, genital warts dan clamydia. Mereka juga melaporkan 33 orang remaja perempuan pernah hamil dan sembilan orang daripadanya mempunyai lebih daripada seorang anak. Kajian juga banyak dilakukan untuk melihat bentuk tingkah laku seksual yang dilakukan oleh remaja-remaja seperti seks oral, seks anal dan seks vagina, dalam melihat persepsi mereka terhadap bentukbentuk hubungan seksual tersebut. Seperi kajian yang telah dijalankan oleh Bonnie et al. (2005), ke atas 580 pelajar perempuan lingkungan usia 14 tahun melaporkan peratusan pelajar melakukan seks oral lebih tinggi daripada seks vaginal iaitu sebanyak 19.6 peratus. Kajian ini juga mendapati remaja lebih cenderung melakukan seks oral berbanding seks vaginal kerana mereka berpendapat seks oral lebih selamat dari sudut kesihatan dan masih boleh diterima dari sudut moral serta nilai kepercayaan mereka. Selain itu, terdapat banyak juga kajian yang dijalankan untuk melihat hubungan di antara aktiviti seksual remaja dengan salah laku devian seperti pengambilan dadah dan alkohol. Sebagai contoh kajian yang dijalankan oleh Wilson et al. (2010) di empat buah sekolah 9
  • 11. menengah di Nova Scotia mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara depresi, aktiviti seksual dan penggunaan dadah. Disebabkan gejala seks bebas remaja ini semakin meningkat dari masa ke semasa, maka isu ini telah menarik minat ramai pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap tingkah laku seksual remaja sebagai sumber maklumat untuk merangka intervensi yang sesuai bagi mencegah dan menangani permasalahan ini. Di barat, pengkaji cenderung menumpukan kajian mereka mengenai isu kesihatan seksual remaja (penyebaran penyakit kelamin) dan isu kehamilan diluar nikah. Kajian yang telah dijalankan oleh Miller et al. (2000) mendapati tiada laporan menunjukkan remaja-remaja dalam kajian mereka dijangkiti HIV. Namun, sembilan orang remaja disahkan dijangkiti penyakit-penyakit kelamin lain (STD) seperti genital herpes, gonorea, sifilis, genital warts dan clamydia. Mereka juga melaporkan 33 orang remaja perempuan pernah hamil dan sembilan orang daripadanya mempunyai lebih daripada seorang anak. Kajian juga banyak dilakukan untuk melihat bentuk tingkah laku seksual yang dilakukan oleh remaja-remaja seperti seks oral, seks anal dan seks vagina, dalam melihat persepsi mereka terhadap bentukbentuk hubungan seksual tersebut. Seperi kajian yang telah dijalankan oleh Bonnie et al. (2005), ke atas 580 pelajar perempuan lingkungan usia 14 tahun melaporkan peratusan pelajar melakukan seks oral lebih tinggi daripada seks vaginal iaitu sebanyak 19.6 peratus. Kajian ini juga mendapati remaja lebih cenderung melakukan seks oral berbanding seks vaginal kerana mereka berpendapat seks oral lebih selamat dari sudut kesihatan dan masih boleh diterima dari sudut moral serta nilai kepercayaan mereka. Selain itu, terdapat banyak juga kajian yang dijalankan untuk melihat hubungan di antara aktiviti seksual remaja dengan salah laku devian seperti pengambilan dadah dan alkohol. Sebagai contoh kajian yang dijalankan oleh Wilson et al. (2010) di empat buah sekolah 10
  • 12. menengah di Nova Scotia mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara depresi, aktiviti seksual dan penggunaan dadah. Terdapat juga kajian-kajian yang dijalankan bagi melihat pengaruh gaya keibubapaan ke atas salah laku seksual remaja. Sebagai contoh kajian yang dijalankan oleh Nagamatsu et al. (2008) ke atas 1268 pelajar sekolah menengah lelaki dan perempuan di Jepun mendapati bahawa pantauan dan perhatian daripada ibu bapa melambatkan remaja perempuan terjebak di dalam aktivti seksual. Namun begitu, tidak banyak kajian yang dijalankan terhadap sebab mengapa remaja terjebak di dalam hubungan seksual sebelum nikah terutamanya di Malaysia. Sedangkan, kajian-kajian seperti ini penting untuk mendalami keinginan dan pertimbangan remaja pada kali pertama menyerahkan tubuh mereka kepada pasangan. Terdapat satu kajian yang dilakukan oleh Salamatussaadah Abd. Ghafar (2010) terhadap remaja hamil di Taman Sri Puteri Kuala Lumpur berkenaan dengan keinginan mengadakan hubungan intim dan kesannya kepada remaja. Hasil dapatan kajian ini mendapati remaja hamil memberi makna mengenai hubungan intim, cinta dan seks menurut pandangan mereka secara berbeza-beza. Manakala, motif mereka melakukan hubungan intim adalah untuk mendapatkan kasih sayang, perhatian, kebahagiaan, keseronokan dan keselamatan daripada pasangan. Sejarah Perhubungan Seksual Kesemua responden mengakui bahawa mereka mengalami konflik perhubungan di dalam keluarga sehingga mewujudkan tekanan yang tinggi dan menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk keluar mencari ketenangan. Namun, ketenangan yang mereka impikan telah menjerumuskan mereka ke dalam kancah permasalahan sosial; ...Memang boleh dikatakan setiap masa dia orang bergaduh. Yang tak tahan bila naik kaki tangan. Saya kesian dengan mak saya. Sejak itu, saya 11
  • 13. dah mula ambil dadah untuk hilangkan tension. Bagi saya, keluarga saya banyak sangat masalah. Sebab itu, saya mula terpengaruh dengan kawankawan... (Responden 5) Hampir kesemua responden turut menyatakan bahawa mereka tidak mendapat sokongan dan kasih sayang yang secukupnya daripada ibu dan bapa serta tidak mempunyai hubungan yang mesra dengan adikberadik yang lain. Hal ini menyebabkan timbul perasaan ketidakpercayaan di antara ahli keluarga menyebabkan responden lebih memilih untuk mempercayai rakan-rakan berbanding keluarga. Seksual semasa kanak-kanak dan remaja Perubahan penting berlaku pada semua peringkat kitaran hidup insan. Ianya bermula dari konsepsi (persenyawaan) sehingga ke akhir hayat, namun perubahan tertentu yang penting berlaku pada peringkat tertentu dalam hidup seseorang insan. Ini khususnya berlaku semasa peringkat pranatal, bayi dan remaja. Kanak-kanak dan dewasa merupakan organisma yang terus berkembang semasa hayatnya dan dengan yang demikian, perkembangan tidaklah berhenti dengan bermulanya peringkat dewasa. • Pembahagian kitaran hidup ~ Permulaan Perkembangan pranatal dan kelahiran ~ Bayi Bermula dari kelahiran hingga umur 2 tahun ~ Awal kanak-kanak Umur 2 hingga 6 – 7 tahun ~ Pertengahan kanak-kanak Umur 6 – 7 hingga 11 – 12 tahun ~ Remaja Umur 11 – 12 hingga 19 – 20 tahun ~ Awal dewasa Umur 20 hingga 40 – 45 tahun ~ Pertengahan dewasa Umur 40 – 45 hingga 65 tahun 12
  • 14. ~ Lewat dewasa 65 tahun ke atas ~ Permulaan Kehidupan insan bermula dari satu sel. Sel tunggal ini membahagi berkali-kali dan membesar dengan begitu pantas sehingga membentuk seorang bayi yang sedia untuk dilahirkan ke dunia. Pada ketika ini, kesihatan ibu sangat penting. Ibu memerlukan sokongan suaminya supaya ia dapat menikmati keadaan yang stabil dan bahagia. Mendapatkan perkhidmatan perubatan juga begitu penting. ~ Peringkat bayi Bayi tidak boleh menjaga dirinya sendiri. Mereka bergantungsepenuhnya kepada ibu bapa mereka bagi memenuhi keperluan asas untuk hidup. Bayi membesar dan berkembang dengan pantasnya sehingga di akhir peringkatbayi, mereka boleh berjalan, berlari, menyuap makanan sendiri dan boleh berkomunikasi. ~ Peringkat kanak-kanak Pada peringkat ini, kanak-kanak telah memahirkan keupayaan fizikalnya – berjalan, berlari, skip, melompat, menyuap makanan, memakai pakaian dan sebagainya. Mereka mula memasuki alam persekolahan dan di akhir peringkat kanak-kanak, mereka telah tamat pendidikan rendah. Di peringkat ini juga mereka mempelajari mengenai masyarakatnya, terlatih dalam tabii kesihatan yang bertanggungjawab seperti kebersihan diri dan keselamatan jalanraya. 13
  • 15. ~ Remaja Seorang remaja tersepit di antara dua peringkat perkembangan, tidak lagi dianggap kanakkanak tetapi belum lagi mencapai kedewasaan. Peringkat ini terbahagi kepada tiga dan mungkin bertindih: PERGAULAN DAN PERHUBUNGAN Pergaulan bebas punca hubungan terlarang PERNAHKAH kita terfikir atau memahami bahawa dengan menjaga batas pergaulan seharian di pejabat, kita boleh mendapat habuan pahala daripada Allah dan keharmonian rumah tangga kekal terpelihara Melalui pengamatan dan pembacaan masa kini, kita dapati fenomena perhubungan sumbang (zina) antara isteri orang dengan suami orang sudah mula membarah dalam masyarakat Islam kita. Kadangkala situasi yang memungkinkan berlakunya fenomena itu wujud tanpa disedari. Kata kunci terhadap perkara ini ialah kerana kita tidak sensitif terhadap pergaulan di pejabat. Budaya menjauhi zina tidak lagi menjadi slogan dalam diari pergaulan kita. Adakah kerana kesibukan dalam tugas pejabat yang memerlukan lebih banyak masa untuk diluangkan di pejabat hingga lepas waktu kerja? Sememangnya kadangkala keadaan itu tidak dapat dielakkan. Cuma wanita harus lebih peka ruang yang menyebabkan timbulnya fitnah. Kerja yang bertimbun memaksa wanita berada di pejabat lebih daripada waktu biasa. Selalunya akan ada seorang dua rakan sejawat yang samasama terbabit dalam urusan kerja berkenaan atau ketua pun terpaksa 14
  • 16. memberi tumpuan untuk menghabiskan kerja yang mendesak. Bayangkan sekiranya rakan sejawat atau ketua itu seorang lelaki (tidak kira sudah beristeri atau tidak). Jika sudah, maka sudah tentu akan lebih parah. Sedikit sebanyak interaksi dan ruang lingkup kerja sebegitu, jika wanita pula tidak berhati-hati, maka amat malang bagi wanita berkenaan. Mula-mula mungkin keluar makan bersama atau makan nasi bungkus saja di pejabat. Kemudian, sering berbual dan berbicara. Timbul rasa selesa bersama, tempat luahan hati pelbagai masalah, sama ada masalah keluarga, peribadi atau ipar duai. Jika wanita tidak pandai menjaga diri, maka sudah tentu akan melarat sehingga menimbulkan bibit perhubungan yang tidak diduga. Perkara dua insan ini mungkin berlarutan dan begitu ketara sehingga menjadi bahan gosip pejabat. Memang tidak dapat dinafikan wanita penyumbang sumber tenaga manusia yang besar dalam pembangunan negara.Wanita memang perlu berganding bahu dalam melaksanakan tugas di samping tidak mengabaikan tugas asasi di rumah.Oleh itu, wanita berkerjaya harus mengetahui beberapa perkara sebelum ia keluar menjawat sebarang jawatan. Di samping itu, lelaki juga perlu memahami adab pergaulan kerana menjaga adab pergaulan lelaki dan wanita adalah tanggungjawab bersama.Tetapi sebagai wanita yang cerdik dan bijaksana, kita perlu melakukannya kerana kalau bukan kita yang memulakannya, siapa lagi. Kita boleh mengawal diri tetapi tidak boleh mengawal apa yang ada di dalam diri orang lain. Oleh itu, kita mulakan dengan diri kita dulu. 15
  • 17. Beberapa panduan berikut harus jelas difahami. > Niat ikhlas – keredaan Allah SWT Wanita berkerjaya haruslah mengikhlaskan niat dan meletakkan fokus sebenar mengapa ia memegang sesuatu jawatan. Yang utamanya ialah kerana ingin mendapat keredaan Allah SWT dengan berhubung terus dengan masyarakat dan melaluinya boleh dijadikan contoh teladan seorang muslimat sejati. Antara lainnya juga ialah keluarnya wanita bekerja itu agar amanah tidak diserahkan kepada orang yang tidak layak diberikan amanah berkenaan. > Isteri yang dihormati Seharusnya wanita berkerjaya harus sentiasa menjaga akhlaknya sebagai seorang isteri yang setia dan berperibadi tinggi. Jangan sekali-kali mengkhianati keizinan yang telah diberikan oleh suami untuk melakukan perkara yang boleh menimbulkan fitnah. Perlu diingat bahawa bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Kuasa untuk mengatakan tidak berada di dalam tangan seseorang wanita itu. Jika berlaku gejala gangguan seksual, maka banyak cara dan saluran yang boleh dilakukan untuk mengatasinya. > Ibu yang dimuliakan Wanita berkerjaya yang mempunyai anak sudah tentunya tahu apa itu perasaan kasihan belas, sifat timbang rasa, pemaaf, berhikmah apabila berbicara. Sebaik mungkin sifat keibuan ini jelas terpancar di dalam tindak tanduk berurusan sama ada dengan rakan setugas, orang bawahan atau orang luar pejabat. 16
  • 18. Dengan itu akan timbul rasa hormat dan jika ini berlaku, pekerja bawahan terutama akan rasa senang untuk melakukan tugas secara suka dan rela tanpa perlu dipaksa serta di arah-arah. Pendek kata, jadilah ibu yang boleh dijadikan contoh (walaupun tidak mungkin dapat meraih anugerah Ibu Mithali), yang ke hadapan dalam hal pendidikan, pembentukan akhlak dan tempat rujukan dalam hal menangani permasalahan berkaitan anak. > Kerjaya bukan jalan keluar mengatasi kebosanan Amat malang sekiranya wanita berkerjaya beranggapan bahawa keluarnya ia bekerja ialah jalan mudah untuk mengelak atau melarikan diri daripada tugas seorang suri rumah yang dianggapnya sebagai membosankan. > Kedudukan di sesuatu tempat kerja adalah aset Wanita berkerjaya perlu sedar bahawa dengan dia memegang sesuatu jawatan itu, maka dia adalah seorang yang memang boleh diharap, malah mempunyai mutu kerja tinggi. Ini bermakna organisasi di mana ia berada akan merasakan kehilangan seseorang yang amat berharga jika ia tiada. Dalam lain perkataan, ia harus menjadi pekerja cemerlang, bukannya liabiliti. > Perlu ada suasana nasihat menasihati Masyarakat sekeliling seharusnya memberi perhatian dan perlu memberi kata-kata nasihat. Oleh itu, wanita perlu ada rakan wanita lain yang ikhlas nasihat-menasihati. Surah Al-Asr seharusnya dijadikan panduan dalam amalan. Jagalah sepenuhnya agar tidak berada dalam suasana yang menyebabkan 17
  • 19. fitnah yang menimbulkan kecurigaan. Kadangkala wanita lain agak cemburu dan selalu suka menjatuhkan antara satu sama lain. Paling tidak, ada yang suka melihat perkara sumbang ini berlaku dan menjadikan rakan sebagai bahan gosip panas semata-mata. Kita seharusnya menjauhkan wanita yang tidak boleh dibuat kawan seperti ini, tetapi ini adalah bahan cerita lain yang mungkin boleh diteliti dalam penulisan lain. > Wujudkan persekitaran komunikasi yang baik dalam rumah tangga Peranan suami juga tidak kurang pentingnya. Suami memang sibuk dengan urusannya. Adakah suami wanita berkerjaya mengambil berat, suka mendengar luahan rasa hati isteri? Oleh itu, komunikasi rumah tangga menjadi keutamaan. Suami isteri harus dapat menyelami sanubari masing-masing tanpa perlu mencurahkan pada orang lain, apatah lagi suami orang atau isteri orang. Suami isteri kenalah semarakkan semula api cinta yang telah terbenam dalam sekam dimamah usia perkahwinan. Jadilah teman berbicara dan telinga yang mendengar untuk pasangan masing-masing. Sebagai kesimpulan, sekiranya wanita dwi-kerjaya dapat menghadam beberapa perkara yang disebutkan, maka sudah tentulah Allah akan melindungi setiap wanita yang ikhlas menyumbang di luar rumah untuk mendapat keredaan-Nya, membantu menegakkan agama-Nya, kerja tidak menjadi siasia malah diberi pahala dan ganjaran. Dalam masa yang sama, keluarga akan terpelihara, sejahtera dan sentosa, amanlah masyarakat daripada fitnah dan negara akan dapat terus maju membangun. Jika tidak, maka persoalan harus ditanya pada diri wanita sendiri. Adakah lebih baik kita menyumbang di dalam ruang lingkup rumah kita saja? 18
  • 20. KEHAMILAN KALANGAN REMAJA PENGENALAN Perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara bagi tahun 2000 hingga Julai 2008 mencatatkan lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa. Ini bermakna secara purata 2,500 kes anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau hampir 84 kes setiap hari. Pecahan kes kelahiran luar nikah mengikut negeri antara tahun 2000 hingga 2008 menunjukkan 70,430 anak luar nikah didaftarkan. Selangor mencatatkan bilangan paling tinggi iaitu 12,836 orang bayi. Ini diikuti Perak (9,788), Kuala Lumpur (9,439), Sabah (8,435), Negeri Sembilan (4,108) berbanding Sarawak (617) manakala Terengganu 574 orang saja. Pendaftaran mengikut etnik pula menunjukkan Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak paling tinggi iaitu 20,949 orang bayi, India 19,581 dan Cina 18,111. Pecahan mengikut agama adalah 30,978 Islam, 18,085 Hindu, 17,236 Buddha dan Kristian 3,395 orang (Portal berita UKM, Jun 2010). Takrif hamil luar nikah ialah mengandung sebelum berkahwin di mana kewujudan hubungan seks di antara dua pasangan yang tidak mempunyai pertalian nikah yang sah. Remaja hamil luar nikah tergolong umur di antara 13 hingga 18 tahun. Menurut Unicef (2008) mendapati remaja yang tergolong dalam hamil luar nikah terdiri daripada umur 13 hingga 19 tahun. Fenomena ini amat membimbangkan individu, keluarga, masyarakat dan negara dalam membina negara bangsa beretika dan rakyat yang mempunyai jati diri. Fenomena ini tidak selari dengan cabaran keempat yang digariskan dalam mencapai Wawasan 2020 bagi mewujudkan masyarakat bermoral, beretika, warganegara yang kukuh nilai agama dan kejiwaan serta mempunyai etika paling tinggi (Nazri Muslim & Nasruddin Yunus, 2006). Malaysia memerlukan rakyat yang bermoral tinggi dan berakhlak terpuji bagi menghadapi globalisasi dan bersaing dalam 19
  • 21. pasaran global. Bagi mencapai hasrat kerajaan, Kementerian Pelajaran Malaysia mengorak langkah membawa pelajar ke arah pembentukan insan bertanggungjawab dalam merealisasikan wawasan 2020 (Jamaludin Ahmad & Sidek Mohd Noah, 2001). Dalam keghairahan menuju negara maju, tanpa disedari ramai remaja yang tercicir dalam arus pendidikan. Keciciran dalam arus pendidikan boleh menjerumuskan pelajar dalam pelbagai masalah sosial antaranya ialah aktiviti salah laku seksual atau hamil luar nikah. Manakala pemantauan dan penglibatan ibu bapa dalam memotivasikan pelajar dalam pendidikan juga tidak diberi perhatian yang serius. Bahkan keluarga juga merupakan punca remaja terlibat dalam salah laku seksual sehingga hamil luar nikah . Kestabilan keluarga sukar dikekalkan dalam tempoh masa yang panjang membina kesejahteraan keluarga. Modenisasi dan kesibukan dalam menjana kewangan keluarga boleh menjejaskan hubungan sesama ahli keluarga sehingga boleh menimbulkan pelbagai masalah dalam keluarga sehingga keluarga itu tidak sejahtera. Ahli keluarga merupakan elemen yang penting dalam menjaga kestabilan keluarga tersebut. Walau bagaimanapun kestabilan keluarga ini sukar dikekalkan dalam tempoh masa yang panjang. Ini kerana, faktor kesibukan dan kemodenan sedikit sebanyak menjejaskan hubungan sesama ahli dalam keluarga sehingga menjadikan keluarga itu tidak sejahtera. 20
  • 22. Ahli keluarga lebih mementingkan materialistik berbanding dengan hubungan kekeluargaan yang lebih penting dalam mencapai objektif kehidupan sesebuah keluarga (Selvaratnam, Nor Aini & Norlaila 2010). 133 Pengaruh rakan sebaya juga merupakah salah satu faktor penting remaja terjerumus dalam kes hamil luar nikah. Pada usia awal remaja, mereka mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam pembinaan keperibadian diri dan pencarian identiti diri. Malangnya, pertemuan dengan rakan sebaya yang bermasalah dan suka melakukan aktiviti negatif mengajak remaja melakukan perkara di luar batasan keagamaan dan norma masyarakat. Misalnya berkunjung ke disko, pusat hiburan, pengambilan dadah dan melalukan seks bebas. Permulaan dengan aktiviti bebas boleh menjerumuskan remaja hamil luar nikah sehingga terpaksa membuang bayi mereka. Menurut Hashim et al. (2008), remaja yang mengandung luar nikah terpaksa membuang bayi kerana terdesak, rasa malu, takut bagi mengelakkan rahsia mereka terbongkar daripada pengetahuan ibu bapa dan masyarakat. Remaja juga takut akan diambil tindakan undang-undang terhadap mereka menyebabkan fikiran buntu dan terus ambil langkah mengugurkan atau membuang bayi yang dilahirkan. Media massa juga boleh mempengaruhi remaja dalam melakukan aktiviti salah laku seksual. Pengaruh media massa yang tiada sempadan misalnya internet membantu remaja memudahkan mereka melayari alam siber yang tidak sepatutnya. Perasaan ingin tahu dalam golongan remaja menyebabkan mereka mudah terlibat dalam aktiviti hamil luar nikah kerana tidak tahu masalah yang perlu dihadapi di masa depan. Mereka seronok melayan cinta sehingga terlanjur melakukan seks (Rafidah, 2001). Punca peningkatan jumlah remaja yang hamil luar nikah dan pembuangan bayi disebabkan kecanggihan teknologi di mana bahan lucah dalam internet boleh dicapai dan mudah untuk disebarkan (Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, 2010). Berdasarkan statistik dan pelbagai telah membuktikan punca remaja terjerumus dalam fenomena hamil luar nikah. Oleh demikian, kajian ini meneroka pengalaman remaja yang melalui hamil luar nikah dan 21
  • 23. sejauhmanakah perhubungan remaja dengan ibu bapa dalam menghadapi masalah hamil luar nikah. OBJEKTIF KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka pengalaman remaja hamil luar nikah yang tinggal dalam institusi sehingga lahir bayi mereka dan memahami perhubungan remaja hamil luar nikah dengan ibu bapa mereka dalam krisis penjagaan anak remaja. KAEDAH KAJIAN Pendekatan kualitatif dipilih untuk menjawab persoalan kajian berlandaskan latar belakang subjek kajian, yang sukarela sedia berkongsi pengalaman mereka, dipilih secara pemilihan bertujuan mengikut kriteria yang ditetapkan. Tema yang menjelmakan (emergent) dalam data kajian mempunyai banyak maklumat yang terselindung terutamanya tentang masalah hamil luar nikah dalam kalangan remaja. Seramai 6 remaja telah ditemu bual sesuai dengan kriteria pemilihan responden yang tergolong dalam kalangan awal remaja terdiri daripada yang berumur antara 13 tahun hingga 17 tahun. Lokasi kajian dijalankan di Taman Seri Puteri Cheras dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Analisis kajian yang digunakan adalah proses menyusun data untuk ditafsirkan. Menyusun data bererti mengumpulkan dalam pola, tema dan kategori untuk memahami makna sesuatu fenomena. Interpretasi data yang digunakan untuk menggambarkan perspektif atau pandangan pengkaji, bukan untuk mencari kebenaran. Beberapa strategi dalam kajian kualitatif untuk kesahan dalaman data yang boleh digunakan iaitu: 134 memanjangkan masa penyelidikan, triangulasi, semakan kembali dengan responden (member checks), pengamatan jangka masa lama dan penilaian 22
  • 24. pakar. Kesemua strategi ini adalah untuk mengurangkan pengaruh atau bias pengkaji. HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN Profil Responden dan Ibu bapa Keseluruhan responden berumur antara 13 hingga 17 tahun. Majoriti responden berbangsa Melayu dan hanya seorang sahaja yang berbangsa India berumur 15 tahun berpendidikan sehingga darjah lima sahaja. Seorang responden Melayu juga mempunyai pendidikan sehingga darjah 6, 2 responden dapat menamatkan tingkatan dua dan dua orang lagi tingkatan tiga. Responden A telah berhenti sekolah dalam usia 13 tahun, mengandung 6 bulan ketika temu bual dijalankan dan bercadang untuk meneruskan pengajian selepas melahirkan anak. Responden C pula berbangsa India berumur 15 tahun tidak berminat untuk meneruskan pendidikan. Beliau menyatakan bahawa tidak pandai membaca, jadi malas untuk bersekolah. Reaksi responden F pula mendapati bahawa minat untuk belajar luntur apabila keperluan untuk mencari kewangan bagi membantu ibu menambah pendapatan keluarga menjadi keutamaan berbanding bersekolah. Bilangan adik beradik yang ramai iaitu 10 orang ahli keluarga di mana responden merupakan anak yang ke 6. Bilangan ahli keluarga yang ramai juga merupakan punca remaja mencari kasih sayang di luar rumah kerana mereka kurang mendapat perhatian dan dipinggirkan (Zarinah et al., 2002). Perbandingan antara bandar dan luar bandar menunjukkan bahawa responden A, C dan E tinggal di kawasan bandar seperti Shah Alam, Ampang dan Setapak. Manakala responden B, D dan F tinggal di Maran, Segamat dan Jelebu. 23
  • 25. Latar belakang keluarga responden menunjukkan bahawa responden B dan E tinggal bersama keluarga tiri. Responden B menyatakan bahawa ibu kandung meninggal dunia semasa beliau berumur 10 tahun. Begitu juga dengan responden D menceritakan bahawa beliau tinggal dengan ayah tiri setelah kematian ayah kandung sejak umur beliau dua tahun. Kedua-dua remaja tidak mempunyai perapatan dengan ahli keluarga menyebabkan mereka mencari kasih sayang di luar rumah yang menyebabkan mereka terjebak dalam salah laku seksual. Sebalik responden F menyatakan bahawa ibu bapa beliau telah bercerai sejak tujuh tahun yang lalu semasa berumur 11 tahun. Sejak menjadi ibu tunggal, ibunya terpaksa bekerja keras mencari nafkah untuk adik beradik yang ramai. Ibu beliau juga tidak dapat mengawal kesejahteraan keluarga kerana memikul pelbagai beban penjagaan bersendirian. Responden A dan C pula mempunyai ibu bapa tetapi sering pulang lewat malam dan kurang memberi perhatian terhadap keluarga. Hubungan anak dan ibu bapa yang renggang menyebabkan remaja berani keluar dan melakukan aktiviti salah laku seksual. Keruntuhan moral juga dipengaruhi oleh cara gaya pengawasan dalam kalangan ibu bapa terhadap perubahan tingkah laku dalam kalangan remaja (Ummi Khaltum, 1995). Komunikasi dua arah amat berkesan dalam membendung aktiviti salah laku seksual di mana remaja menjadi rakan kepada ibu bapa (Hashim et al., 2008). Dalam situasi begini anak-anak lebih mempercayai ibu bapa berbanding rakan sebaya. Remaja juga akan menjadikan ibu bapa sebagai tempat rujukan jika berdepan dengan masalah. Luahan hati beberapa remaja hamil luar nikah mengatakan bahawa mereka tidak mendapat perhatian dan kasih sayang kerana ibu bapa sangat sibuk dengan tugas harian. Ibu bapa seharusnya menjadi 135 model bagi anak-anak, malah kesibukan dalam berkerjaya bukan halangan dalam memberikan kasih sayang dan perhatian yang cukup bagi mengawasi dan menjaga anak-anak 24
  • 26. remaja supaya tidak terjebak dalam aktiviti salah laku seksual. Responden D meluahkan perasaannya seperti berikut: ... tak cerita pun masalah kat mak ....saya hanya menangis... kalau saya cerita pun kat mak saudara sebab lebih rapat dengan dia.... Sebaliknya responden C dan E pula akan meluahkan segala perasaan mereka kepada kakak berbanding dengan ibu bapa. Pada pandangan mereka, ibu bapa kurang memberi perhatian dan sering tidak ada di rumah menyebabkan mereka tidak rapat dengan ibu bapa. Kesibukan dalam kerjaya ibu bapa menyebabkan mereka sering tidak berada di rumah. Hampir semua responden menyatakan bahawa ibu bapa tidak pernah meluangkan masa untuk membuat apa-apa aktiviti hujung minggu bersama anak-anak. Majoriti responden lebih kerap keluar bersama kawan-kawan berbanding keluarga sendiri. Pengaruh rakan sebaya dan Internet Masa terluang remaja lebih banyak bersama kawan-kawan menyebabkan mereka banyak terpengaruh dengan salah laku seksual dalam kalangan remaja. Pertemuan rakan-rakan yang mempunyai latar belakang masalah keluarga yang sama menyebabkan mereka cuba mencari kelainan dalam aktiviti harian. Hampir kesemua responden mendapat pengetahuan seks melalui rakan sebaya semasa melangkah ke tingkatan satu. Responden E menyatakan bahawa: ... saya mengetahui mengenai seks masa form 1 la ...sebelum tu tak lagi ...masuk sekolah menengah startlah... Sebaliknya responden A pula menyatakan bahawa rakan sebaya juga sering bercerita dan bertukar pandangan mengenai aktiviti seks yang menyebabkan responden ingin tahu perkara tersebut. Manakala bagi responden B dan responden C pula adalah seperti berikut: 25
  • 27. ... ada juga kadang main tukar CD dengan kawan ... kawan beli CD seks dan tukar-tukar dengan saya. Sejak umur 12 tahun, saya mula kenal kawan-kawan... keluar bersama ... mereka ajak tengok video semua...mula masuk menengah lah ... duduk asrama ... ramai kawan bercerita benda tu lah. Sebahagian responden juga menggunakan laman sesawang untuk akses gambar porno dan lain-lain bahan lucah. Kebanyakan remaja leka bersembang (chatting) di laman facebook, twiter, myspace dan sebagainya mengenai hubungan seksual dan bahan lucah. Menurut responden B bahawa: ... dapat dari internet ... akak buka kedai komputer...lepas tu saya selalu pergi dan search benda tu lah. Sikap remaja yang menginginkan keseronokan dan kurang pengawasan dalam aktiviti mereka menyebabkan remaja lebih bebas dalam mengakses laman sesawang lucah dan sebagainya. Kematangan remaja juga masih kurang untuk menilai baik dan buruk sesuatu perkara menyebabkan mereka lebih terdedah kepada masalah salah laku seksual. Sternberg dan Barnes (1988) mencadangkan teori psikologi cinta. Keberahian adalah komponen motivasi dan rangsangan dalam hubungan. Dalam hubungan seksual ia melibatkan keinginan romantis, tarikan fizikal dan hubungan kelamin. Cinta remaja akan berakhir diperingkat pertama dan kedua iaitu berahi dan hubungan intim kerana peringkat ketiga adalah mengambil tanggungjawab dalam menjaga hubungan. Remaja tidak boleh mencapai ke peringkat seterusnya kerana belum boleh menjalankan komitmen penjagaan terhadap orang lain. UNFPA Resource Kit: World Population Day 2008 mendapati bahawa punca hamil luar nikah dalam kalangan remaja di negara membangun antaranya adalah kurang pendidikan seks, perilaku seks remaja yang terpengaruh dengan dadah atau alkohol, tekanan rakan sebaya yang 26
  • 28. menceburi aktiviti seks bebas, penggunaan salah kontrasepsi, kemiskinan, rasa kendiri yang rendah, perselisihan faham dalam rumah atau keluarga, cita-cita pendidikan yang rendah dan sebagainya. Kajian Siti Salwani (2009) mendapati bahawa salah laku seksual yang dilakukan oleh 105 responden daripada 124 responden adalah disebabkan terpengaruh dengan pornografi. Selain itu, perasaan ingin tahu, paksaan atas dasar cinta terhadap pasangan, pelbagai bahan lucah dan sebagainya mendorong remaja terlibat aktiviti salah laku seksual. Manakala Mohammad dan Suria (2005) menyatakan bahawa remaja kurang maklumat mengenai risiko seks dan sering mencuba tanpa memikirkan impak kesihatan serta masa depan diri mereka. Penekanan Agama dan Nilai Moral Keluarga Pegangan agama dan nilai moral merupakan kompas kehidupan seseorang individu tua atau muda. Seseorang yang berpegang kepada agama akan memastikan baik dan buruk sesuatu perkara sebelum bertindak untuk melakukannya. Sebaliknya dalam kajian ini mendapati bahawa hampir semua responden tidak berpegang kepada agama sebagai landasan hidup. Majoriti responden yang ditemu bual mengabaikan solat, walaupun pesanan dan nasihat telah diberikan kepada ibu bapa bagi menjalani kehidupan harian. Apa yang lebih membimbangkan adalah ibu bapa tidak menghukum atau mengambil tindakan jika anak-anak tidak mahu mengerjakan sholat. Responden dan E menyatakan seperti berikut: ... mak ayah memang tegur bab agama... mereka jaga ... mereka marah lah kalau tak solat... tapi kalau tak buat... mak ayah tak marah, diam je... tak cakap apa pun. ... mak marah juga kalau tak solat, tapi banyak kali cakap... saya tak dengar... jadi mak tak ambil kisah pun. Hubungan silaturahim antara ibu bapa dan remaja tidak berjalan dengan lancar menyebabkan arahan ibu bapa tidak diambil kira oleh remaja. 27
  • 29. Remaja tidak menghormati pandangan dan nasihat ibu bapa yang menyebabkan komunikasi tidak berkesan dalam kalangan remaja yang melakukan salah laku seksual. Sebaliknya komunikasi berkesan antara ibu bapa dan remaja akan menghasilkan tahap keyakinan diri yang tinggi, peningkatan pencapaian, afektif dan kesihatan mental yang baik dalam kalangan remaja. Dalam suasana begini, remaja boleh menerima pandangan positif dan negatif dalam kalangan ibu bapa serta remaja juga boleh menyesuaikan diri dengan lebih mudah. Ibu bapa tidak boleh membiarkan awal remaja untuk menentukan jalan hidup mereka, seharusnya mereka dibimbing dan dipantau dengan penuh kasih sayang bagi mengelakkan diri remaja terlibat dengan aktiviti bercorak seksual sebelum remaja berkahwin. Ibu bapa atau penjaga perlu berwibawa dan peka kepada perubahan tingkah laku dalam kalangan remaja. Mereka perlu diberi galakan, rangsangan dan bimbingan melalui pendekatan disiplin yang asertif dan tidak kasar. Ibu bapa juga perlu berinteraksi secara positif dan menyemai emosi yang bersesuaian bagi membantu remaja mengawal diri mengikut peraturan keluarga dan komuniti. Hart dan Hilton (1988) menyatakan bahawa kekurangan kasih sayang dan ikatan emosi dalam kalangan keluarga boleh meningkatkan kemungkinan kehamilan dalam kalangan remaja. KESIMPULAN DAN CADANGAN Keseluruhan responden mempunyai masalah perhubungan dengan ibu bapa di mana remaja lebih banyak bergaul dan menghabiskan masa bersama kawan-kawan berbanding ibu bapa. Lingkungan umur remaja ialah 13 hingga 17 tahun terlibat dalam hamil luar nikah. Pengaruh rakan sebaya yang menyebabkan mereka terlibat dalam hamil luar nikah. Rakan 28
  • 30. sebaya juga dijadikan tempat mengadu dan menghilangkan tekanan menggantikan ibu bapa. Persekitaran tempat tinggal remaja juga menyebabkan mereka mudah terjebak dalam aktiviti salah laku seksual. Hampir semua responden tinggal di kawasan flat perumahan PPR. Dari aspek gaya keibubapaan mendapati bahawa kurang pengawasan, kurang kawalan, aktiviti harian anak-anak amat bebas dan kurang mendidik anak dalam aspek keagamaan. Bahkan kesibukan ibu bapa dalam mengejar harta dunia, kurang komunikasi dengan anak-anak dan jarang berada di rumah serta kurang sokongan sosial merupakan antara punca kehamilan luar nikah. Beberapa cadangan dapat dikemukakan melalui kajian ini untuk membantu pihak yang berkepentingan bagi menangani masalah hamil luar nikah semakin berleluasa dalam kalangan remaja adalah seperti berikut: i. Peranan ibu bapa - ibu bapa adalah tulang belakang dalam pembinaan keluarga yang sejahtera. Maka komunikasi adalah salah satu alat yang penting dalam memperbaiki hubungan yang renggang dalam keluarga. Pemantauan bagi setiap aktiviti remaja di mana ibu bapa mengambil tahu pergerakan anak-anak supaya dapat kenal pasti rakan sebaya mereka. Ibu bapa juga perlu mendidik anak daripada aspek keagamaan supaya mereka kenal baik buruk sesuatu perilaku, memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada anak-anak. Ibu bapa juga perlu meluangkan masa bersama anak-anak, keluar bersiar-siar atau berkelah sekurang-kurangnya sekali dalam tiga bulan bagi merapatkan hubungan silaturahim dengan anak-anak. ii. Peranan remaja – pengaruh rakan sebaya merupakan faktor penting punca remaja terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat. Bagi generasi remaja kini, rakan sebaya merupakan rujukan utama dalam pembinaan sahsiah dan tingkah laku mereka. Remaja kini lebih banyak berbincang mengenai permasalahan harian bersama rakan sebaya bukan dengan ibu bapa. 29
  • 31. Bahkan mereka menghadapi masalah untuk berkongsi masalah harian bersama ibu bapa kerana lompang generasi. Peruntukan masa kualiti bersama keluarga juga amat kurang kerana remaja kini lebih banyak menghabiskan masa dengan rakan sebaya berbanding dengan ibu bapa. Remaja perempuan sering merujuk rakan sebaya untuk mendapatkan pandangan dan bimbingan bagi penyelesaian masalah. Kesilapan dalam pemilihan rakan sebaya ini boleh membawa mereka ke arah perkaraperkara negatif misalnya ponteng sekolah, mencuri, merokok, melepak di pusat membeli belah sehingga boleh merosakkan sahsiah remaja tersebut. Maka pendedahan awal mengenai pemilihan rakan sebaya yang baik dan pemantauan ibu bapa mengenai rakan sebaya remaja adalah amat penting bagi mencegah remaja terdedah kepada aktiviti salah laku seksual. iii. Peranan komuniti - pergaulan bebas perlu ada pengawasan komuniti setempat. Komuniti tradisional Malaysia perlu diamalkan kembali di mana “ambil tahu” mengenai anak jiran adalah amat penting dalam meningkatkan sokongan sosial dalam membina generasi remaja yang sihat dan sejahtera. Konsep “ambil tahu” anak jiran bukan semata-mata menjaga tepi kain orang tetapi masing-masing komuniti setempat perlu mengawasi anak-anak supaya tidak terlibat dalam aktiviti salah laku seksual. Jika komuniti bandar dan luar bandar dapat mengamalkan konsep “ambil tahu anak jiran dalam aspek positif” , maka pelbagai masalah sosial dapat dikurangkan dan dicegah lebih awal. Komuniti setempat perlu mereka program kejiranan remaja yang selamat terutama dalam masyarakat bandar dan pinggir bandar. iv. Peranan Guru - guru kaunselor sekolah perlu mengambil tindakan segera berkaitan masalah salah laku seksual dalam kalangan remaja. Kementerian kesihatan dalam memberi penerangan tentang impak hamil luar nikah dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah, bagaimana boleh mengelak daripada terjebak dalam aktiviti salah laku seks. Kerjasama 30
  • 32. dengan JAKIM boleh memberi penerangan daripada aspek agama dan sebagainya. v. Peranan Kementerian - JKMM perlu mengkaji semula Taman Seri Puteri Cheras agar perancangan program mengikut kesesuaian zaman dan perkembangan remaja masa kini. Program keusahawanan dan pendidikan kemahiran perlu diterapkan bagi membantu remaja yang telah tamat tempoh dapat menjalani kehidupan lebih bermakna. vi. Peranan Media - lebih banyak drama dan kuliah motivasi bagi ibu bapa dan remaja dalam menangani masalah krisis remaja dengan cara yang lebih berkesan. Dalam masyarakat yang sederhana status sosioekonomi, media massa elektronik atau cetak memainkan peranan penting dalam memberi kesedaran kepada masyarakat. Kempen yang berterusan dalam media ini dapat memberi pendedahan holistik kepada kalangan remaja dan ibu bapa mereka. PEMBUANGAN BAYI Isu Pembuangan bayi yang semakin hari semakin banyak dilaporkan di dada akhbar dan paling menyayat hati terdapat bayi yang tidak berdosa bukan saja dibuang, malah dibakar. Menurut pandangan Anitayahya (2007), pengguguran dan pembuangan bayi membawa maksud penamatan proses kehamilan sebelum cukup bulan (sembilan bulan untuk manusia) yang mengakibatkan kemusnahan janin. Pandangan yang diberikan oleh saudari Anitayahya ini membuktikan bahawa pembuangan bayi ini merupakan satu jenayah yang boleh dianggap sebagai jenayah berat dan teruk. Selain itu, definisi dari saudari Anitayahya turut memaparkan kesan negatif kepada ibu sekiranya proses kelahiran dalam melahirkan anak tidak mengikut kaedah yang betul. 31
  • 33. Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman 208, perkataan buang bermaksud mencampakkan, melemparkan, menghapuskan, dan menghilangkan. Perkataan bayi bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh si ibu. Manakala, makna pembuangan bayi pula adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan. Definisi yang ditakrifkan dalam kamus Dewan ini menjurus ke arah menerangkan makna pembuangan bayi yang lebih jelas. Maksud yang diberikan ini mampu memberi lebih kefahaman kepada pembaca untuk mengetahui lebih mendalam tentang masalah pembuangan bayi ini. Akta yang terlibat didalam kes pembuangan bayi ialah Di bawah Akta Kanak-kanak 2001 (Child Act) Bab 3 Kesalahan Berhubung Dengan Kesihatan Dan Kebajikan Kanak –Kanak. Seksyen 31 iaitu penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak. Di Malaysia, kes pembuangan bayi dilihat berlaku semakin menjadi-jadi. Dianggarkan bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan di Malaysia, manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun 2010 hingga 12/8/2010. Malah masalah ini dari hari ke hari semakin bertambah di negara tersebut. Berikutan itu, Kabinet Malaysia telah memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat. Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum denda maksimum RM 20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 32
  • 34. 2.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBUANGAN BAYI Pada zaman abad ke 21 ini, Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dan bersedia dalam menongkah arus pemodenan dan globalisasi. Kini, nama Malaysia begitu terkenal di mata dunia. Namun begitu, di sebalik kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat Malaysia, iaitu masalah pembuangan bayi. Biasanya, golongan remaja yang sering terlibat dalam kes pembuangan bayi di Malaysia. Di bawah ada beberapa faktor pembuangan bayi : 2.1 Kurang Didikan dan Kefahaman Agama Faktor utama berlakunya permasalahan ini ialah kurangnya didikan dan kefahaman agama. Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan pedoman hidup remaja telah menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan dan seterusnya terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti pergaulan bebas dan sebagainya. Remaja yang melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sudah semestinya menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini telah menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum ada ikatan yang sah. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama tidak teragak-agak untuk membuang dan meninggalkan anak mereka selepas dilahirkan. Lebih teruk lagi, ada segelintir remaja membunuh dan membakar bayi yang mereka lahirkan semata-mata mahu menghilangkan bukti hasil hubungan sulit mereka. Sikap negatif mereka ini telah menimbulkan seribu tanda tanya kepada masyarakat tentang kewibawaan mereka dalam memacu Malaysia ke arah pemodenan pada masa hadapan. 33
  • 35. 2.2 Pengaruh Rakan Sebaya Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan bayi dalam kalangan remaja berlaku. Rakan-rakan yang negatif tidak teragak-agak mengajak remaja untuk melakukan perkaraperkara di luar batasan agama dan norma masyarakat seperti pergi ke tempat hiburan, menghisap dadah, melepak, melakukan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Remaja yang terjerumus dalam kancah-kancah negatif tersebut, tanpa segan silu melakukan hubungan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa membuang bayi mereka demi mengelakkan maruah diri dan keluarga tercemar. 2.3 Sikap Masyarakat Di samping itu, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turut menyebabkan masalah pembuangan bayi ini berlaku. Apabila seseorang remaja perempuan melahirkan anak luar nikah, sudah pastinya masyarakat setempat menghina dan memandang serong padanya. Secara tidak langsung, remaja perempuan itu juga pastinya dianggap menjatuhkan maruah keluarganya. Remaja perempuan berasa tertekan dengan bebanan yang ditanggung seorang diri tanpa sokongan daripada pelbagai pihak. Demi menjaga imej sendiri dan juga keluarga, remaja tersebut mengambil jalan mudah dengan membuang bayinya ekoran bimbang dipandang jijik dan hina oleh masyarakat. Jalan mudah yang diambil mereka membuktikan bahawa mereka memerlukan bimbingan dan sokongan daripada masyarakat untuk menyelesaikan masalah yang mereka alami. 34
  • 36. 2.4 Sikap Ingin Tahu Remaja Faktor yang terakhir adalah sikap remaja yang ingin mencari sesuatu yang baru atau sikap ingin tahu. Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang wujud dalam diri remaja. Biasanya, mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diterokai oleh mereka. Remaja berfikiran bahawa mereka menjadi lebih matang sekiranya mencuba benda yang jarang dilakukan oleh orang lain, lebih-lebih lagi seks rambang. Mereka juga beranggapan bahawa diwaktu usia remajalah mereka patut berseronok dan bergembira sehingga melakukan perkara seperti seks bebas ini. Sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu ini sebenarnya tidak mengetahui baik dan buruknya serta akibat yang bakal diterima mereka. Sebagi remaja yang matang, mereka mestilah berfikiran rasional dan bijak dalam menilai sesuatu perkara supaya tidak menyesal dikemudian hari. Bak kata pepatah, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”. 3.0 KESAN MASALAH PEMBUANGAN BAYI Pembuangan bayi pada hari ini telah memberi kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama dan penting negara pada masa hadapan, memainkan peranan yng besar dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu cara terbaik untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Kesan-kesan pembuangan bayi boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian seperti kesan kepada bayi, ibu yang melahirkan, keluarga remaja perempuan yang terlibat dalam pembuangan bayi, kesan kepada masyarakat dan juga kesan kepada negara itu sendiri. 35
  • 37. 3.1 Kesan kepada Bayi Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga kepada pasangan suami isteri tetapi, bayi juga menjadi bebanan kepada pasanganpasangan kekasih yang telah terlanjur dan tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab di usia yang masih mentah, yakni usia remaja. Akibat daripada hilangnya sifat kemanusiaan dalam diri, bayi-bayi telah menjadi mangsa dan kesannya, semua bayi ini hidup tidak mengenali dan mendapat kasih sayang daripada ibu bapa kandung mereka. Bayi-bayi ini juga terpaksa memikul gelaran anak luar nikah sepanjang hidup mereka walaupun mereka menjadi mangsa keadaan dalam masalah ini. Tambahan lagi, bayi-bayi ini masih kecil lagi dan tidak mengerti apa yang sedang berlaku kepada mereka. Apa yang lebih teruk lagi, mereka dibuang tempattempat yang terpencil dan jauh daripada pandangan masyarakat sehingga menyebabkan bayi-bayi yang tidak berdosa ini meninggal dunia. Sebagai contoh, baru-baru ini di Melaka, seorang bayi lelaki dijumpai mati dalam keadaan yang sungguh menyayat hati. Mengikut sumber dari pengarang utusan Malaysia, Rizanizam Abdul Hamid (2010), mayat bayi itu ditanam berhampiran Sungai Melaka selepas dikatakan meninggal dunia di Taman Melaka Baru, Batu Berendam. Apa yang lebih mengejutkan lagi, bayi tersebut adalah anak kepada pasangan remaja yang baru berusia 15 dan 19 tahun. Siasatan polis mendapati bayi lelaki yang cukup sifat itu masih hidup ketika dilahirkan selain terdapat beberapa kesan lebam di bahagian kepala. Kejadian seperti ini cukup jelas membuktikan betapa kejamnya insan yang bergelar remaja yang tidak tahu menghargai pemberian dari Tuhan. 36
  • 38. 3.3 Kesan kepada Ibu Bayi Kesan yang kedua pula adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan atau lebih tepat lagi pesalah. Hal ini kerana, sewaktu pesalah melahirkan anak, mereka tidak berada dalam keadaan dan situasi yang selesa dan mengizinkan. Tanpa persediaan yang rapi, pesalah ini pastinya mengalami jangkitan kuman yang serius, kecederaan semasa melahirkan anak, dan juga kehilangan darah yang banyak. Majoritinya, mereka melahirkan anak dengan menggunakan kudrat sendiri tanpa pertolongan daripada pihak hospital dan pihak lain. Selain itu, pesalah juga sudah semestinya mengalami pelbagai masalah dalam diri seperti kemurungan, hilang keyakinan diri, dan juga masalah emosi. Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang sememangnya salah dari segi undang-undang, agama, dan negara. 3.4 Kesan kepada Institusi Kekeluargaan Di samping itu, akibat daripada pembuangan bayi juga, berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan. Apabila institusi sesebuah keluarga itu runtuh, keharmoniaan dalam kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya. Hal ini disebabkan, ibu bapa berasa malu mempunyai anak yang sebegitu rupa tingkah lakunya. Mereka menganggap anak seperti ini telah menconteng arang ke muka mereka. Apa yang mereka bimbangkan adalah jiran sekeliling mereka yang pastinya memandang serong dan negatif dengan keluarga mereka. Disebabkan masalah pembuangan bayi juga, masalah penceraian berlaku. Ibu bapa remaja yang terlibat dengan perbuatan yang tidak bermoral ini bergaduh dan menyalahkan sesama sendiri kerana tidak pandai mendidik dan memelihara anak sehingga anakanak yang lain terpaksa menanggung akibatnya. Sebagai ibu bapa, janganlah terus menyalahkan anak-anak mereka tetapi membantu dengan memberi sokongan dan panduan untuk meneruskan hidup. 37
  • 39. 3.5 Kesan kepada Masyarakat Kesan yang seterusnya adalah kepada masyarakat. Kes pembuangan bayi yang berlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa malu dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam kes ini kerana biasanya, remaja merupakan golongan terbesar melibatkan diri dalam kegiatan ini. “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Peribahasa ini bertepatan sekali dengan situasi yang berlaku ini. Masyarakat telah menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral ini dan secara tidak langsung telah menimbulkan persepsi orang luar tentang kredibiliti masyarakat setempat dalam membendung kes-kes seperti daripada berlaku. 4.0 CADANGAN DAN LANGKAH-LANGKAH MENGATASI Perbuatan membuang bayi di merata-rata tempat adalah satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Malah haiwan lebih baik daripada itu kerana mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan dan nyawa anak-anak. Inilah kesannya apabila rohani seseorang tidak diisi dengan ajaran agama. Langkah yang lebih berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk membendung gejala sosial itu agar tidak ada lagi anak-anak luar nikah yang dilahirkan terbiar dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya. 4.1 Peranan Ibu Bapa Bagi mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan, para ibu bapa seharusnya memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan yang penuh kepada anakanak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Manusia perlu memenuhi keperluan peringkat asas atau keperluan hayat atau fisiologi terlebih dahulu sebelum timbul keperluan peringkat berikutnya iaitu keperluan keselamatan. Seterusnya, keperluan kasih sayang dan diikuti 38
  • 40. pada peringkat berikutnya, keperluan peringkat kendiri. Peringkat yang terakhir adalah sempurna kendiri. Berdasarkan teori ini kasih sayang diletakkan pada peringkat ketiga di mana memberi gambaran bahawa penghargaan dan kasih sayang sangat penting kepada manusia lebih-lebih lagi diperingkat remaja. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang yang secukupnya maka anak-anak akan mencari kasih sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya. Oleh itu, ibu bapa mestilah memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah diri anak-anak mereka supaya tidak terjerumus ke lembah maksiat seperti seks rambang, pergaulan bebas, dan sebagainya. 4.2 Peranan Sekolah Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan dalam mencorak sahsiah peribadi remaja daripada terjebak dengan gejala ini. Menurut pandangan Karen Yong (2006), dalam penulisannya yang bertajuk „masalah sosial tiada penghujungnya‟, pihak pentadbiran sekolah perlu mewujudkan Sekolah Bebas Gejala Sosial dengan mengadakan pendidikan secara komprehensif melalui kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah/IPT, intervensi, latihan guru dan penglibatan ibubapa. Pendidikan ini adalah elemen penting dalam strategi pencegahan dan sekolah merupakan institusi penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari gejala sosial. Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenalpasti, merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial di peringkat sekolah, Institusi Latihan Guru dan IPT untuk mewujudkan pemikiran generasi muda supaya menjauhi gejala sosial, menyediakan alternatif-alternatif berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan gejala sosial dan mewujudkan suasana sekitar yang menjadikan masalah sosial itu dibenci dan jijik (Khoo Kay Kim dan Alias Mohammed 1937). 39
  • 41. 4.3 Pencegahan sebelum berlaku Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan mencegah seseorang daripada terlibat dengan gejala yang tidak sihat seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Walaupun gejala ini bermula dengan masalah individu tetapi jika tidak dibendung ianya akan memberi kesan yang mendalam kepada keseluruhan masyarakat sekitarnya. Masalah pembuangan bayi boleh diklasifikasikan sebagai salah satu jenayah yang paling kritikal di Malaysia. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah bekerjasama dalam mewujudkan kesedaran tentang kesan dan bahaya pembuangan bayi. Di samping itu, mereka juga perlu merangsang penglibatan seluruh masyarakat setempat dalam usaha memerangi masalah pembuangan bayi yang semakin meruncing ini. Setiap individu, keluarga dan masyarakat di satu-satu kawasan perlu bekerjasama dan mempunyai peranan dalam pencegahan gejala ini dan memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala sosial ini. Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat juga perlu tampil ke hadapan bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan programprogram seperti pencegahan pergaulan bebas di kawasan mereka. Strategi jangka panjang ini juga untuk mewujudkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat bahawa pergaulan bebas membawa mudarat kepada diri, keluarga dan masyarakat. 4.4 Bantuan kepada ibu-ibu yang hamil luar nikah Akhir sekali, anak-anak remaja yang hamil luar nikah mestilah dibantu bagi menjalani pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika mereka hamil tetapi yang paling utama ialah membina kekuatan dalaman serta rohaniah. Hal ini penting bagi menjamin kesihatan si ibu dan juga anak yang bakal dilahirkan. Sekiranya penjagaan rapi dibuat, gejala pembuangan bayi mungkin dapat dikurangkan walaupun tidak sepenuhnya. Semua pihak digesa agar turut serta dalam memberi 40
  • 42. bimbingan dan bantuan kepada kaum lelaki dalam usaha mendidik golongan tersebut untuk tidak mengambil kesempatan terhadap wanita. 5.0 STATISTIK PEMBUANGAN BAYI Statistik pembungan bayi juga menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan bukanlah sesuatu yang boleh di banggakan bagi Malaysia sebagai sebuah negara islam. Statistik dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati purata tiga bayi dibuang setiap dua minggu di negara ini sepanjang 2007 hingga April lalu, membabitkan 312 kes. Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Mohamed Fadzil Che Din, berkata perangkaan itu mungkin lebih tinggi kerana ia yang disenaraikan itu hanyalah kes yang dilaporkan kepada JKM. Kemudian, Statistik kes pembuangan bayi dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menunjukkan 396 kes dicatatkan dari 2005 hingga tahun lalu. Ia menunjukkan trend peningkatan walaupun ada penurunan pada 2007. Sebanyak 67 kes dilaporkan pada 2005, 83 kes (2006) yang menurun kepada 65 kes pada 2007, 102 kes (2008) dan 79 kes (2009). Sebilangan besar individu yang terbabit dalam kes pembuangan bayi berusia antara 18 hingga 25 tahun, 20 kes membabitkan individu berusia bawah 18 tahun, 33 dilakukan individu 25 tahun ke atas, manakala 403 individu lagi gagal dikesan peringkat umur mereka. Daripada jumlah 396 kes itu, 137 kes membabitkan pembuangan bayi lelaki, 102 bayi perempuan dan selebihnya tidak diketahui jantina. Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi 2000 hingga 2008 pula, 257,000 kanak-kanak didaftarkan tidak mempunyai nama bapa. Lebih menyedihkan bagi tempoh 1999 hingga 2003 saja, 44 peratus anak yang tidak mempunyai nama bapa adalah anak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang didaftarkan. Dalam perkembangan berkaitan Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dan 41
  • 43. Pakar Runding Kanan HKL, Datuk Dr J Ravindran, berkata kes wanita melahirkan anak luar nikah di hospital terbabit mencatatkan peningkatan pada tahun ini berbanding tahun lalu. “Tahun lalu 392 wanita melahirkan anak luar nikah. Daripada itu, 62 adalah berumur bawah 18 tahun. Pada tahun ini terdapat penambahan kes iaitu sehingga bulan Julai, terdapat 301 kes termasuk 34 kes bawah umur 18 tahun,”. 6.0 KESIMPULAN Setelah meneliti dan mengkaji tentang permasalahan pembuangan bayi, terdapat banyak aspek yang boleh dikaitkan dengan masalah ini seperti punca-punca masalah, kesan-kesan daripada masalah, dan langkah-langkah mengatasi. Antara punca-punca masalah pembuangan bayi adalah kurangnya didikan agama dalam diri, terpengaruh dengan rakan sebaya yang mempunyai moral yang negatif, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum individu yang terlibat tanpa usul periksa, dan sikap remaja yang suka mencuba sesuatu yang baru. Semua punca ini membuktikan betapa ampuhnya jati diri seseorang dalam meneruskan kehidupan yang penuh cabaran ini. Selain itu, kesan-kesan daripada permasalahan ini juga patut dititikberatkan. Hal ini kerana, melihat kepada kesan-kesan yang diperhatikan, pastinya negara Malaysia tidak mampu untuk terus bersaing dengan negara lain disebabkan golongan remaja terus hanyut dengan masalah sosial ini. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti berlaku sekiranya remaja pada hari ini tidak tahu cara untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka sendiri. Antara kesan-kesan pembuangan bayi adalah seperti kesan kepada bayi yang dibuang, kesan kepada ibu yang melahirkan, kesan kepada institusi kekeluargaan, dan juga kesan kepada masyarakat. 42
  • 44. Akta yang terlibat juga sudah menerangkan bahawasanya telah diperuntukkan di bawah akta yang terlibat didalam kes pembuangan bayi ialah Di bawah Akta Kanak-kanak 2001 (Child Act) - Akta 611 seksyen 31. Berikutan itu, Kabinet Malaysia telah memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat. Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum denda maksimum RM 20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Kesimpulan yang dapat dibuat mengenai kes pembuangan bayi ini ialah semua pihak haruslah bekerjasama untuk menangani masalah ini. Jika salah satu pihak tidak mengambil tahu, masalah pembuangan bayi ini akan terus menjadi semakin serius. 43
  • 45. LAMPIRAN JADUAL PEMBUANGAN BAYI DI SELURUH MALAYSIA 44
  • 46. LAMPIRAN GAMBAR-GAMBAR BAYI YANG TELAH DIBUANG 45
  • 47. RUJUKAN BUKU Kamus Dewan Edisi 4. 2005. Edisi baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Khoo Kay Kim dan Alias Mohammed. 1937. Masalah Sosial Dan Politik Di Malaysia. Kuala Lumpur: Gateway. Karen Yong (2006), dalam penulisannya yang bertajuk MASALAH SOSIAL TIADA PENGHUJUNGNYA Hart, B. & Hilton, I. 1988. Dimensions of personality organization as predictors of teenage pregnancy risk. Journal of Personality Assessment, 52(1), 116-132. Hashim, K. Mohd Fahmi Mohd Syed & Syed Mohamed Syafeq Syed Mansor, 2008. Keruntuhan Ahlak dan Gejal Sosial dalam Keluarga: Isu dan Cabaran. Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor. Jabatan Perangkaan Malaysia. 2001. Laporan Banci Penduduk dan Perumahan 2000. Jabatan Perangkaan Malaysia, Kuala Lumpur. Jamaludin Ahmad & Sidek Mohd Noah 2001. Pendekatan Alternatif Menentukan Kesahan dan Kebolehpercayaan Modul Program Maju Diri, Jabatan Pendidikan Selangor. Jurnal PERKAMA, . 9(22). Laporan Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia, 2010. Mohammad Yaacob & Zuria Mahmud. 2005. Tingkah laku seks di kalangan remaja Melayu di Lembah Klang, Seminar Seksual Kebangsaan, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya 46
  • 48. INTERNET Wikipedia (2011). Hukuman mati di Malaysia. Diperoleh daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Hukuman_mati_di_Malaysia. Berita Harian (2010). Tangani kes pembuangan bayi. Diperoleh daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tanganikesbuangbayi/Ar ticle Rohaniza Idris dan Umi Nadirah Abdul Rahman (2010). Empat lagi kes buang bayi. Diperoleh http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Empatlagikesbuangbayi/Article Anitayahya. 2007. Pengguguran dan Pembuangan Bayi: Definisi pembuangan bayi. Diperoleh daripada http://pengguguranbayi.blogspot.com/ Abdul Halim Abdullah. 2010. Koleksi Berita Buang Bayi: Remaja Tanam Bayi. Diperoleh daripada http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi- ditemui/ SURAT KHABAR Rizanizam Abdul Hamid. 2010. Remaja Tanam Bayi. Utusan Malaysia, 17 Mei: 17. 47
  • 49. 48