SlideShare a Scribd company logo
1 of 25
KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 
KEBERKESANAN PROGRAM NILAM DI SEKOLAH: 
KAJIAN KES DI SEKOLAH KEBANGSAAN PAWANG NONG, ULU CHEKA, 
JERANTUT, PAHANG. 
BAB 1 
PERMASALAHAN KAJIAN 
1.0 PENDAHULUAN 
Pengetahuan amat penting dalam mengharungi kehidupan terutama pada 
zaman globalisasi kini. Kita semua sedia maklum bahawa salah satu daripada usaha 
bagi mendapatkan ilmu adalah menerusi pembacaan. Membaca turut dikaitkan dengan 
proses pembangunan masyarakat berfikir dan bernilai tinggi. Malah jelas terbukti dalam 
masyarakat hari ini bahawa individu yang berterusan membaca mempunyai personaliti 
yang dihormati dan berkualiti serta kaya dengan maklumat. Lebih tinggi nilai ilmu yang 
dimiliki seseorang, lebih tinggi penghormatan dan tanggapan masyarakat terhadapnya. 
Ilmu yang dimiliki boleh dimanfaatkan dalam proses pembangunan masyarakat 
dan negara. Senario inilah yang menjadi pencetus kepada lahirnya Program NILAM di 
sekolah. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Namun 
keberkesanan program ini di sekolah adalah bergantung kepada daya kepimpinan guru 
NILAM dan aspek pengurusan program NILAM itu sendiri. Oleh yang demikian, kajian ini 
dijalankan di sebuah sekolah yang terletak di dalam sebuah kampong tradisi di negeri 
Pahang bagi mengkaji kepimpinan guru NILAM dan pengurusan program NILAM dan 
kaitannya dengan tahap pencapaian pelajar. 
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN 
Kaedah pembacaan yang tidak bersesuaian tentunya boleh menyebabkan murid 
merasa cepat bosan, kurang minat dan kemungkinan cepat mengantuk ketika membaca 
(Shamsiah & Yahya, 2008). Justeru itu, Program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan 
Membaca mula diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 1999 hasil 
keputusan mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca peringkat 
Kementerian Pendidikan pada tahun 1998. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 13/1998 
AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 1
KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 
mewajibkan semua sekolah melaksanakan program ini. Program ini bertujuan 
mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dikalangan rakyat Malaysia. Selaku 
payung kepada pelbagai aktiviti galakan membaca di sekolah, program ini dilaksanakan 
bermula dengan Tahun 1 bagi sekolah rendah dan Tingkatan 1 bagi sekolah menengah. 
Rekod pembacaan murid-murid ini yang dicatatkan di dalam buku-buku khas mengikut 
tahap dan bahasa diteruskan sehingga mereka tamat persekolahan. 
Justeru itu, daya kepimpinan guru-guru yang terlibat dengan Program NILAM 
dan cara pengurusan program ini merupakan nadi pengerak program ini di sekolah. Bagi 
mengerakkan program ini, murid-murid dibekalkan dengan buku NILAM bagi 
menyimpan rekod bacaan dan untuk tujuan penilaian guru. Buku ini mengandungi 
maklumat ringkas berkaitan dengan buku yang dibaca seperti tajuk buku yang dibaca, 
pengarang, bilangan muka surat, jenis bacaan buku serta ulasan ringkas buku yang 
dibaca berdasarkan pandangan murid itu sendiri. Program NILAM ini dibahagikan 
kepada dua peringkat iaitu Tahap 1 bagi murid Tahun 1, 2 dan 3 manakala Tahap 2 bagi 
murid Tahun 4, 5 dan 6. 
Semasa melaksanakan pembacaan NILAM ini, murid akan melalui dua tahap 
penilaian dan penganugerah. Tahap pertama ialah Jauhari. Ia adalah penganugerahan 
berdasarkan jumlah bacaan buku. Bagi tahap yang kedua iaitu Rakan Pembaca, ia 
diberikan kepada murid yang telah membaca 100 buah buku ke atas serta mempunyai 
daya kepimpinan yang tinggi untuk menarik rakan lain untuk terlibat di dalam aktiviti 
membaca NILAM. Anugerah-anugerah ini diberi dari masa ke semasa. Oleh itu Guru 
NILAM dan guru-guru matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang terlibat 
perlu memainkan peranan penting bagi menjalankan program ini mengikut matlamat 
yang telah ditetapkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTNP). 
Peringkat pertama dipantau oleh guru mata pelajaran di bawah seliaan Guru 
NILAM manakala peringkat kedua dibawah seliaan Guru NILAM sepenuhya. Oleh itu 
amat jelas betapa besarnya tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh guru-guru 
matapelajaran dan Guru NILAM bagi memastikan keberkesanan Program NILAM ini di 
sekolah. Disamping itu, kajian ini akan menilai tahap kepimpinan dan pengurusan guru-guru 
tersebut ketika melaksanakan program ini di sekolah. Pencapaian murid 
berdasarkan peperiksaan sekolah turut diambil bagi membuat perbandingan dengan 
tahap pencapaian NILAM bagi menjawab persoalan kajian. 
AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 2
KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 
1.2 PERNYATAAN MASALAH 
Dalam era globalisasi masa kini, kejayaan sesebuah negara bergantung pada 
pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyatnya. Maka tidak 
menghairankan sekiranya sesebuah negara yang mempunyai rakyat berpendidikan 
tinggi mampu menjana ekonomi dengan pesat demi kemakmuran negara. 
Bagi mencapai matlamat menjadi sebuah negara yang mempunyai rakyat 
berpendidikan tinggi, murid harus didedahkan dengan ilmu pengetahuan dan kaedah 
yang paling mudah adalah melalui pembacaan. Ini bersesuaian dengan salah satu 
matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2013 - 2025, iaitu mengurus 
sumber dengan lebih berkesan untuk menjamin keberkesanan dalam pendidikan 
negara. Untuk itu, murid perlu menggunakan sumber bahan bacaan yang dibekalkan di 
sekolah secara lebih berkualiti bagi menzahirkan hasrat negara ini. 
Namun bagaimana untuk merealisasikan matlamat kerajaan ini jika tabiat 
membaca dikalangan murid masih berada ditahap yang rendah berbanding dengan 
negara maju yang lain. Tidak dapat dinafikan murid di negara kita membaca agak 
kurang berbanding dengan kanak-kanak sebaya mereka di negara luar. Ini kerana kajian 
menunjukkan hanya segelintir rakyat Malaysia yang gemar membaca. 
Berdasarkan kajian oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (2008), pelbagai alasan 
diberi oleh murid sekolah rendah apabila dikaitkan dengan minat membaca. Sejumlah 
72.25% daripada mereka menyatakan ketiadaan masa sebagai alasan untuk tidak 
membaca, diikuti dengan 24.75% memberikan alasan mereka lebih suka bermain 
daripada membaca. Dan selebihnya memberikan pelbagai alasan yang berbeza apabila 
dikaitkan dengan minat membaca. Ditambah pula dengan pelbagai teknologi canggih 
zaman ini, murid-murid lebih gemar bermain permainan video interaktif berbanding 
membaca. 
Bagi mengatasi masalah ini, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan 
kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah melaksanakan pelbagai program 
galakkan membaca di sekolah-sekolah. Namun program yang dilaksanakan masih 
belum mencapai tahap yang dikehendaki terutama bagi sekolah kawasan Luar Bandar. 
Program NILAM telah diwujudkan sebagai satu usaha Kementerian Pendidikan 
Malaysia membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan 
AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 3
KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 
di Kementerian Pendidikan ditugaskan untuk menyelaras program ini. Program ini telah 
mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau 
Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling 
Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat 
Membaca bertarikh 22 Mei 1998. Setiap sekolah di Malaysia wajib menjalankan 
Program NILAM di sekolah bagi memperkasa minat membaca dikalangan murid. 
Seterusnya pada 12 Mei 2005 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/2005 dikeluarkan bagi 
memperkukuhkan perlaksanaan Program NILAM ini disekolah. 
Surat edaran Ikhtisas yang dikeluarkan ini menunjukkan betapa pentingnya 
program ini dilaksanakan di sekolah kerana ianya mampu memberi impak yang besar 
jika program yang dirangka oleh Kementerian Pendidikan ini dapat dijalankan 
sepenuhnya. 
Namun berdasarkan kutipan data NILAM yang dibuat oleh pihak Bahagian 
Teknologi Pendidikan (2008), hanya 84.43 % sahaja murid yang terlibat di dalam 
Program NILAM di seluruh sekolah di Malaysia. Manakala purata bacaan yang 
dicatatkan adalah empat buah buku bagi setiap murid di dalam setahun. Manakala 
daripada 10,310 buah buku yang dibaca, hanya 1,273 buah buku sahaja yang 
dikategorikan sebagai bahan berbentuk ilmiah. Ini menunjukkan minat membaca 
dikalangan murid sekolah rendah amat rendah jika dibandingan dengan negara-negara 
luar. Contohnya, Negara China menduduki ranking tertinggi bacaan dengan melibatkan 
180,000 naskah setahun diikuti dengan United Kingdom sebanyak 116 000 buah buku 
setahun. Mungkin jika dibandingkan Negara China yang mempunyai bilangan penduduk 
yang tinggi, agak mustahil untuk Negara kita menandinginya namun bagi Negara India 
sendiri menunjukkan bacaan yang lebih tinggi berbanding Malaysia apabila melebihi 
34,690 buah buku. 
Oleh yang demikian, daya kepimpinan dan kecekapan bidang pengurusan bagi 
guru-guru yang terlibat amat diperlukan bagi memastikan kejayaan Program NILAM di 
peringkat dasarnya. Dengan pelbagai sumber yang ada serta bekalan koleksi buku-buku 
ke Pusat Sumber Sekolah ditambah pada setiap tahun berdasarkan grant perkapita 
bantuan kerajaan, seharusnya program ini tidak disia-siakan. 
Oleh itu, kejayaan Program NILAM sangat bergantung kepada daya kepimpinan 
dan kecekapan pengurusan guru untuk dilaksanakan dengan lebih berkesan di sekolah 
AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 4
KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 
seperti yang dinyatakan oleh Rosenblum (1979) dalam penulisannya berkaitan 
kepimpinan. Oleh yang demikian, guru-guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa 
Inggeris yang terlibat dengan Program NILAM ini perlu menunjukkan daya kepimpinan 
dan kecekapan pengurusan mereka bagi memastikan setiap wang yang mengalir keluar 
tidak dibazirkan. Ini bersesuaian dengan agenda di dalam PIPP 2013 - 2025 bagi 
mengurus sumber dengan berkesan berdasarkan sumber yang diberi. 
1.3 KERANGKA KONSEPTUAL 
Salah satu matlamat Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan juga Kurikulum 
Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah untuk memastikan setiap murid mampu 
membaca petikan dan juga bahan bacaan santai untuk tujuan mendapatkan maklumat 
dan berhibur. 
Untuk itu, daya kepimpinan dan kecekapan pengurusan guru-guru terlibat dalam 
Program NILAM di sekolah amat diperlukan bagi memastikan salah satu program utama 
kerajaan bagi mengalakkan tabiat membaca dikalangan murid mampu dilaksanakan 
dengan jayanya di sekolah. 
Sehubungan itu, kerangka kajian di bawah menunjukkan kaitan diantara 
Kepimpinan dan kecekapan pengurusan oleh Guru NILAM dan guru-guru matapelajaran 
BM dan BI dalam memupuk tabiat membaca murid disekolah dan kesannya kepada 
pencapaian murid di dalam kelas. 
Kepimpinan & 
Kecekapan 
Pengurusan 
Guru NILAM 
Prestasi murid 
Rajah 1 : Kerangka konsep 
+ 
Guru MP 
Tabiat 
membaca 
murid 
AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 5
KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 
1.4 OBJEKTIF KAJIAN 
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji daya kepimpinan guru dan kecekapan pengurusan 
Program NILAM dan kesan serta impaknya kepada prestasi murid. Untuk itu, objektif 
bagi kajian ini adalah: 
1.4.1 Mengenal pasti tahap kepimpinan dan kecekapan guru di dalam 
pengurusan Program NILAM di sekolah. 
1.4.2 Mengenal pasti ciri-ciri kepimpinan guru yang sesuai bagi menjayakan 
Program NILAM di sekolah. 
1.4.3 Mengenal pasti hubungan keberhasilan Program NILAM dengan prestasi 
murid. 
1.5 SOALAN KAJIAN 
Fokus kajian ini adalah bagi menjawab persoalan kajian yang berikut: 
1.5.1 Apakah tahap kepimpinan dan kecekapan guru di di dalam pengurusan 
Program NILAM di sekolah? 
1.5.2 Apakah ciri-ciri kepimpinan guru yang sesuai bagi menjayakan Program 
NILAM di sekolah? 
1.5.3 Apakah hubungan kejayaan Program NILAM menyumbang kepada 
peningkatan prestasi murid? 
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN 
Gerakan untuk mencapai 100% penglibatan pelajar dalam Program NILAM giat 
dijalankan oleh rangkaian Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) di peringkat Negeri, 
Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian serta Pusat Kegiatan Guru. BTP juga turut 
mendapat kerjasama erat daripada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat 
Pelajaran Daerah dalam merangka dan melaksanakan aktiviti sokongan pemantapan 
Program NILAM seperti Pertandingan Jejak Maklumat, Pertandingan Resensi buku dan 
AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 6
KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 
Pameran buku. Ini kerana menurut Zamri & Yahya, (2008) keberkesanan dalam 
membaca juga merupakan satu perkara penting yang perlu diambil berat oleh murid 
ketika membaca. 
Malah Jemaah Nazir juga mengambil kira elemen pelaksanaan program NILAM 
ketika membuat pemantauan ke sekolah-sekolah. Asas kejayaan pelaksanaan Program 
NILAM ini haruslah bermula di sekolah. Untuk itu kajian ini dibuat bagi mengkaji kaitan 
daya kepimpinan dan kecekapan guru di dalam melaksanakan Program NILAM di dalam 
memastikan perlaksanaan program ini dapat direalisasikan sepenuhnya di peringkat 
sekolah. Ini kerana secara asasnya apabila murid berminat untuk membaca, ia akan 
membantu mereka di dalam penguasaan mata pelajaran di dalam kelas. Menurut 
Hamilton (2006) aktiviti membaca sepatutnya menyeronokkan dan memberikan 
kepuasan buat pelajar dan bukannya menjadi beban. Sehubungan itu, kajian ini akan 
turut menunjukkan kaitan keberkesanan Program NILAM dalam meningkatkan prestasi 
murid. 
Diharapkan dapatan kajian ini dapat membantu pihak Kementerian dan badan-badan 
yang bertanggungjawab di dalam Program ini bagi mengerakkan kepimpinan 
guru untuk melaksanakan program ini secara lebih berkesan di sekolah. Ini kerana 
kejayaan kepimpinan dan kecekapan guru melaksanakan Program NILAM ini mampu 
mewujudkan sikap minat membaca di dalam murid yang mana ianya boleh memberi 
impak yang sangat besar buat murid, sekolah dan Negara umumnya. 
Disamping itu juga, semoga hasil kajian ini dapat memberi nilai tambah kepada 
kajian literatur serta boleh dibuat sebagai bahan rujukan yang berguna. 
1.7 HIPOTESIS KAJIAN 
Kaji selidik ini telah menggariskan satu hipotesis sebagai fokus penyelidikan iaitu: 
1.7.1 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan guru berkesan di 
dalam pengurusan Program NILAM dalam memberi impak terhadap peningkatan 
prestasi pelajar. 
AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 7
KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 
1.8 BATASAN KAJIAN 
Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di Pahang. Sekolah terbabit hanya mempunyai 
pelajar berbangsa Melayu sahaja. Pelajar yang dipilih pula adalah terdiri daripada murid 
Tahap 2 kerana mereka telah berhadapan dengan Program NILAM selama empat tahun 
dan dapatan kajian agak meluas berbanding murid Tahap 1 yang masih diperingkat 
awal perlaksaan program NILAM. Justeru itu, dapatan kajian adalah agak terhad dengan 
jumlah murid yang diambil sebagai sampel kajian dari sekolah ini adalah terhad dengan 
tahap keupayaan mereka yang berbeza. Bilangan guru yang terlibat bagi perlaksanaan 
Program NILAM hanyalah tertumpu pada guru yang mengajar Bahasa Melayu dan 
Bahasa Inggeris Tahap 2. 
1.9 PENERANGAN TERMINOLOGI 
Kepimpinan 
Himpunan kemahiran memimpin berkesan serta mampu membawa ahli yang dipimpin 
kearah visi yang ingin dicapai. 
Pengurusan 
Satu himpunan kaedah bagi menjalankan aktiviti yang dirancang secara sistematik dan 
berkesan. 
Program NILAM 
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan 
semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi 
pengiktirafan yang sesuai. 
Cemerlang 
Merupakan pencapaian yang tinggi serta sesuatu kejayaan yang boleh dibanggakan. 
Pelajar 
Murid-murid yang masih bersekolah. Di dalam kajian ini pelajar yang dimaksudkan 
adalah murid-murid Tahun 4 dan 5 SK Pawang Nong di negeri Pahang. 
AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 8
KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 
Berprestasi tinggi 
Satu kejayaan yang boleh dibanggakan serta memenuhi kriteria-kriteria pemilihan bagi 
sekolah yang menunjukkan pencapaian yang baik dan cemerlang dalam semua bidang. 
1.10 RUMUSAN 
Kejayaan Program NILAM sangat bergantung kepada kepimpinan dan kecekapan guru 
menguruskannya di sekolah. Seperti yang dinyatakan oleh Rosenblum (1979) dalam 
tulisan-tulisannya, kepimpinan guru mampu memainkan peranan besar dalam 
mempengaruhi aktiviti yang dijalankan di sekolah. 
Guru berkepimpinan dan cekap perlu memainkan peranan penting dalam 
menggerak dan menjayakan program NILAM. Pemahaman yang mendalam dan disertai 
dengan misi yang terancang membolehkan program NILAM berjalan lancar. 
Sehubungan itu, pengurusan Program NILAM yang berjaya sudah pasti mampu 
menjana kecemerlangan pelajar dan meningkatkan prestasi sekolah. 
BAB 2 
TINJAUAN LITERATUR 
2.0 PENDAHULUAN 
Biarpun masyarakat kita mengalami arus perubahan dalam dunia globalisasi, 
bergelumang dengan dunia teknologi maklumat dan perkomputeran namun hakikat 
kepentingan membaca tidak boleh diabaikan (Mohamad Sofee, 2007). 
Dalam tinjauan literatur yang dibuat bagi kajian ini, terdapat pelbagai persepsi 
dalam menyediakan aktiviti membaca di dalam kelas. Ini kerana kemahiran membaca 
menjadi agenda penting dalam tunjang pendidikan negara. Di dalam sukatan Kurikulum 
Standard Sekolah Rendah yang baru, kemahiran membaca merupakan satu kemahiran 
penting yang perlu dikuasai oleh murid. 
AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 9
KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 
Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab guru bagi memastikan 
kemahiran ini mampu dikuasai sepenuhnya oleh pelajar. Di sini, daya kepimpinan dan 
kecekapan guru mengurus perlu diaplikasi secara bijak bagi menanggani masalah yang 
timbul dalam kemahiran membaca pelajar. Ini kerana kurangnya minat membaca pelajar 
menyebabkan mereka kekurangan idea dan maklumat semasa menjawab soalan 
berbentuk karangan. 
Menurut Mahzan (2003) dan Yahya (2008), kajian berkaitan proses membaca 
penting dilakukan untuk membantu pelajar menambahkan khazanah ilmu. Penyelidikan 
berkaitan dengan aspek membaca mencerminkan wujudnya kesedaran untuk 
menjadikan amalan membaca sebagai budaya ilmu yang perlu dikekalkan. 
Dalam pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia, penekanan terhadap proses 
membaca telah diberikan perhatian, terutama melalui penetapan kemahiran bahasa 
yang perlu dicapai seperti yang terkandung dalam pengajaran dan pembelajaran 
Bahasa Melayu sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah 
(Kementerian Pendidikan Malaysia 2000). 
2.1 TEORI DAN KONSEP BERKAITAN 
Menurut (Field, 2004) beliau menyatakan peranan guru sama dengan peranan 
kapten sebuah kapal yang mana bilik darjah disamakan dengan sebuah kapal. 
Manakala guru memainkan peranan sebagai pengemudi yang memimpin pelajar yang 
pelbagai untuk menuju kearah matlamat yang ditetapkan. 
Dapatan ini turut disokong oleh (Ciulla, 2004) yang mana konsep kepimpinan 
mampu mengerakkan orang lain melakukan tindakan seterusnya memotivasikan orang 
lain untuk menuju kearah menyempurnakan visi dan misi yang ditetapkan seperti yang 
dikaitkan dengan persepsi kemudi yang diangkat sebagai pemimpin. 
Konsep ini diperluaskan lagi dengan definisi kepimpinan yang merujuk kepada 
kebolehan untuk mempengaruhi ahli-ahli kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat 
(Robbins, 2003). Dapatan ini turut disokong oleh (Cleland, 2004), yang mana beliau 
menghuraikan kepimpinan guru akan membantu guru-guru lain untuk bergerak aktif 
dalam meningkatkan prestasi sekolah. Kepimpinan guru di lihat sebagai seseorang yang 
AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 10
KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 
mempunyai sifat dalam diri mereka yang berupaya untuk memimpin orang lain supaya 
menjadikan orang lain lebih bermotivasi. 
Namun berlainan dengan dapatan yang diperolehi daripada (Danielson, 2006). 
Beliau mengaitkan kepimpinan guru sebagai kemahiran lain yang ada pada seseorang 
guru selain daripada mengajar dan mempunyai kuasa untuk memujuk yang tinggi 
samada di dalam atau di luar bilik darjah. Dapatan ini turut dipersetujui oleh (Durrant & 
Holden, 2006) beliau menjelaskan ciri-ciri kepimpinan mampu melahirkan orang yang 
boleh mengerakkan orang lain untuk menjadi pemimpin. Konsep mengerakkan ini boleh 
disamakan dengan konsep memujuk yang mana mendorong individu lain untuk 
mencapai matlamat yang ditetapkan. 
Justeru itu, semakin ramai orang yang berkepimpinan mampu dilahirnya jika konsep 
kepimpinan ini mampu dipraktikan dengan baik. Sudah tentu konsep kepimpian guru 
yang berjaya mampu melahirkan pelajar yang cemerlang seterusnya meningkatkan 
prestasi sekolah itu sendiri. Konsep ini diperkukuhkan lagi oleh (Saeeda, 2004) yang 
mana beliau menjelaskan kepimpinan yang baik mampu menyebarkan ilmu dan 
kebaikkan untuk semua. Bertepatan dengan konsep kepimpinan yang baik mampu 
melahirkan pemimpin baru yang boleh menyebarkan kebaikkan untuk semua. 
Namun agak berlainan dengan (Thomas, 2005) yang mana lebih menekankan 
kepimpinan sebagai memberi motivasi kepada orang dibawahnya untuk mencapai misi 
yang ditetapkan. Dan dapatan ini turut disokong oleh (Busher & Haris, 2005) yang mana 
menjelaskan kepimpinan mampu memotivasikan rakan sejawat untuk membuat 
pembelajaran yang lebih berinovatif bagi menjana keputusan yang cemerlang. 
Secara kesimpulannya, walaupun terdapat pelbagai tarifan dan definisi kepimpinan 
guru yang dibuat, rata-rata dapatan yang diperolehi pasti akan mengaitkan kepimpinan 
sebagai satu konsep menarik individu lain untuk berada dibawah kawalan orang yang 
memimpin. Golongan pemimpin ini akan bertindak sebagai seorang yang menerajui 
kumpulan terbabit dan mendorong kumpulannya menuju ke arah matlamat yang 
ditetapkan. 
Dengan pelbagai huraian dan takrifan kepimpinan guru yang diperolehi, jelas 
menunjukkan guru mempunyai pengikut tersendiri yang terdiri daripada kalangan murid- 
AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 11
KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 
murid sekolah. Oleh yang demikian, sudah tentu keberkesanan Program NILAM dapat 
dipertingkatkan jika guru-guru mampu menjalankan dan menggerakkan serta mengurus 
aktiviti yang dipertanggungjawabkan dengan lebih berkesan. 
2.3 KAJIAN-KAJIAN LEPAS 
Kajian menunjukkan keseronokkan membaca adalah lebih penting diterapkan ke dalam 
diri pelajar-pelajar sejak kecil. Apabila keseronokkan membaca dapat dipupuk, ianya 
akan menjadi tabiat dan pelajar akan berasa seronok apabila dapat membaca. Ini 
penting kerana tabiat membaca pelajar akan menjadikan diri mereka lebih berilmu, 
berkeyakinan dan mampu menjauhkan diri pelajar dari terlibat dengan aktiviti-aktiviti 
yang tidak berfaedah. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa 
sudut pandangan daripada kajian lampau untuk dijadikan panduan penyelidik. 
2.3.1 PANDANGAN MENGENAI MEMBACA DALAM SITUASI BILIK DARJAH 
Harrison (1992) berpandangan membaca bukanlah satu rantaian kemahiran yang 
diskret. Membaca memerlukan proses berturutan dimana seseorang individu perlu 
belajar dari satu tahap ketahap yang lain sehingga kemahiran membaca ini dapat 
dikuasai sepenuhnya. 
Bagi pelajar-pelajar yang sudah mempunyai kemahiran membaca di peringkat 
sekolah tadika atau Pra-sekolah mereka mudah didedahkan dengan sebarang 
maklumat pendidikan namun bagi murid yang masih berada di peringkat pemulihan 
mereka perlu dilatih menguasai kemahiran membaca ini sepenuhnya bagi mengelakkan 
masalah keciciran pembelajaran. 
Selari dengan dapatan daripada Waterland (1995) bahawa pelajar perlu terlebih 
dahulu menguasai bahagian yang paling mudah dalam kemahiran membaca sebelum 
berganjak ke bahagian yang lebih kompleks. Seperti peringkat mengenal huruf, 
membunyikan suku kata dan seterusnya menyebut perkataan. Setiap langkah penting 
dikuasai sebelum pelajar mampu menguasai kemahiran membaca sepenuhnya. Guru 
harus peka dengan tahap perkembangan membaca murid sebelum didedahkan dengan 
kaedah membaca pantas. 
AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 12
KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 
Disini kemahiran kepimpinan guru dalam kaedah mengajar pelajar untuk 
mambaca perlu dipraktikan secara berkesan bagi memastikan penguasaan mereka 
dalam kemahiran ini mampu dikuasai sepenuhnya. 
2.3.2 PANDANGAN MENGENAI PENGLIBATAN MURID DALAM AKTIVITI 
MEMBACA NILAM 
Lee Rutledge (2009) berpendapat bahawa model pengajaran perlu diguna pakai 
sebagai panduan bagi membantu guru dalam melibatkan semua murid didalam aktiviti 
membaca yang dijalankan. Ini kerana tahap kecerdasan murid yang pelbagai 
memerlukan guru untuk pandai mengadaptasi kepimpinan mereka ketika menjalankan 
aktiviti membaca di dalam atau di luar bilik darjah. 
Aktiviti membaca yang biasa dijalankan adalah guru membaca dan murid 
mendengar. Namun selari dengan perkembangan dunia pendidikan terdapat banyak 
kaedah yang boleh dijalankan bagi memastikan penglibatan pelajar secara menyeluruh 
dan menyeronokkan di dalam aktiviti membaca. 
Seperti yang diusahakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan 
kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Program ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu 
Amalan Membaca yang diperkenalkan perlaksanaannya diperingkat sekolah sejak 
Tahun 1999 lagi berdasarkan Model Program NILAM (Rujuk Lampiran 1). Namun 
perlaksanaan program ini masih tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Di mana 
silapnya? Berdasarkan dapatan kajian yang dikeluarkan oleh pihak Bahagian Teknologi 
Pendidikan, terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada keberkesanan Program 
NILAM. 
Gaya kepimpinan guru ketika mengendalikan program ini turut menjadi persoalan. 
Namun, jika program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya di peringkat sekolah, sudah 
tentu penglibatan pelajar mampu dipertingkatkan serta memberi impak yang sangat 
besar buat prestasi murid khasnya. 
AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 13
KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 
2.3.3 PANDANGAN MENGENAI PENDIDIKAN DI MALAYSIA 
Malaysia merupakan sebuah Negara yang mementingkan pendidikan. Ini terbukti 
apabila setiap kali belanjawan Negara yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri 
dibentangkan, bidang Pendidikan pasti menerima peruntukkan kedua tertinggi. 
Pelbagai kemudahan pendidikan diberikan secara percuma berbanding 
sesetengah negara luar yang mengenakan bayaran buat pendidikan yang diterima. 
Pendidikan percuma ini diberikan buat rakyat Malaysia bagi memastikan setiap 
penduduk menerima pendidikan asas daripada umur 6 tahun sehingga 17 tahun. Namun 
pada masa sekarang ada selintir ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk 
menerima pendidikan seawal usia 4 tahun. Ini terbukti dengan penubuhan Program 
Permata yang diasaskan Oleh YAB Datin Sri Rosmah Mansor yang merupakan isteri 
kepada Perdana Menteri Malaysia sendiri. 
Dalam dunia pendidikan di Malaysia, Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa 
pengantar. Manakala pelajar turut diwajibkan mempelajari Bahasa Inggeris sebagai 
bahasa kedua. Berdasarkan perancangan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 
(PIPP) 2013 - 2025 yang baru, pelajar turut digalakkan mempelajari bahasa ketiga bagi 
meningkatkan taraf pendidikan Malaysia di mata dunia. 
2.3.4 PANDANGAN MENGENAI TABIAT MEMBACA PELAJAR 
Pelajar-pelajar di Malaysia mempunyai tanggapan yang berbeza mengenai tabiat 
membaca. Tidak ramai dikalangan pelajar sekolah rendah yang berminat untuk 
menjadikan membaca sebagai hobi. 
Berdasarkan kajian menyeluruh ke atas rakyat Malaysia yang dijalankan oleh 
Professor Atan Long dan rakan-rakan pada Tahun 1984, hasil penemuan menunjukkan 
hanya 20% daripada responden memilih membaca sebagai aktiviti utama pada masa 
lapang. 
Sikap membaca yang agak rendah dikalangan pelajar di Malaysia 
mengakibatkan mereka gagal untuk mendapatkan ilmu pengetahuan sampingan melalui 
buku-buku ilmiah yang terdapat di pasaran. 
AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 14
KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 
Disamping itu juga, penduduk di kawasan yang terlalu terpencil juga tidak dapat 
membaca walaupun mempunyai kebolehan disebabkan oleh bahan yang tidak 
mencukupi. Malah, menurut kajian yang dijalankan oleh Safiah Osman di bawah tajaan 
UNESCO, bahan-bahan yang menarik minat pelajar untuk membaca perlu ditambah 
nilai. Ini kerana bahan ilmiah yang bermutu serta menarik mampu menjana pemikiran 
pelajar ke tahap yang lebih tinggi. 
Seterusnya, kajian daripada pensyarah UITM mendapati pelajar perempuan 
lebih ramai yang berminat untuk membaca jika dibandingkan dengan pelajar lelaki. 
2.4 RUMUSAN 
Sikap membaca dikalangan pelajar adalah kunci kepada kejayaan. Ini kerana secara 
tidak langsung ilmu pengetahuan yang berguna akan diserap masuk melalui 
pembacaan. Namun tabiat membaca seharusnya ditanam sejak dari awal lagi terutama 
di rumah. 
Untuk itu, ibu bapa seharusnya memainkan peranan mereka bagi meningkatkan 
kesedaran membaca dari rumah. Menurut Hamilton (2006), tabiat membaca sepatutnya 
bermula dari rumah dan sepatutnya dijadikan sebahagian daripada aktiviti untuk 
mengeratkan hubungan kekeluargaan. 
Ketika sesi persekolahan, pelajar akan dibimbing oleh guru-guru bagi 
meneruskan aktiviti pembacaan mereka. Tambahan pula dengan pelbagai inisiatif 
kerajaan bagi menggalakkan program membaca di sekolah, sudah pasti pelajar akan 
lebih terdedah dengan tabiat membaca. Namun begitu, Program NILAM yang dirangka 
masih belum mencapai sasaran yang ditetapkan. Untuk itu, guru-guru perlu memainkan 
peranan mereka bagi memastikan keberkesanan program ini mampu dirasai oleh pelajar 
demi meningkatkan prestasi pembelajaran mereka. 
AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 15
KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 
BAB 3 
METODOLOGI KAJIAN 
3.0 PENDAHULUAN 
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif (Soal selidik dan Temu 
bual langsung) bagi mengumpulkan semua data primer yang dikehendaki. Soalan 
adalah berkaitan dengan tanggapan guru terhadap kepimpinan di dalam menjalankan 
program NILAM, data bacaan semasa NILAM bagi murid Tahun 4 dan Tahun 5 serta 
kutipan markah pelajar bagi tujuan perbandingan dapatan. 
3.2 REKA BENTUK KAJIAN 
Seperti yang telah dinyatakan di bahagian pengenalan, kajian ini melibatkan rekabentuk 
kajian kuantitatif dan kualitatif dan menjurus kepada rekabentuk kajian tindakan. 
Bagi data kuantitatif, kajian akan dijalankan berdasarkan rekabentuk tinjauan. 
Menurut David etl. (2010) Kajian berbentuk tinjauan biasanya dijalankan di sekolah 
kerana data yang diperolehi mampu menghuraikan sesuatu trend dan mengenalpasti 
ciri-ciri amalan tertentu dengan lebih tepat untuk dikaji. Di sini, kajian menggunakan 
rekabentuk tinjauan cross-sectional untuk mengkaji ciri-ciri kepimpinan guru bagi 
melaksanakan Program NILAM di sekolah dengan lebih berkesan. 
Manakala bagi data kualitatif berbentuk etnografi dipilih bagi kajian ini kerana 
persampelan diambil berdasarkan kumpulan murid-murid sekolah rendah Tahun 4 dan 5 
untuk tujuan pensampelan. 
3.3 PERSAMPELAN 
Menurut Gay & Airasian (2003) mendefinisikan populasi sebagai kumpulan sasaran 
pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan. Manakala 
sampel kajian merujuk kepada responden-responden kajian yang dipilih untuk mewakili 
sesuatu populasi. 
AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 16
KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 
Bagi kajian ini, kumpulan sasaran adalah terdiri daripada murid Tahun 4 dan 5 di 
SK Pawang Nong di Pahang. Daripada jumlah pelajar setiap kelas 50% sampel kajian 
akan dipilih. 
Persampelan Rawak Berstrata dipilih bagi memastikan hasil kajian dapat 
menjawab objektif kajian secara telus. Ini akan dibuat berdasarkan jumlah bacaan murid 
mengikut data NILAM, 50% sampel adalah berdasarkan bacaan NILAM tertinggi 
manakala 50% lagi berdasarkan bacaan nilai terendah NILAM dan dikaitkan dengan 
markah peperiksaan bagi setiap sampel yang terpilih. Bagi persampelan guru pula, guru 
Bahasa Inggeris dan guru Bahasa Melayu bagi Tahun 4 dan 5 dipilih bagi perbandingan 
kepimpinan dalam pengurusan NILAM. 
3.4 INSTRUMEN KAJIAN 
Wallen & Fraenkel (2000) menyatakan soalan soal selidik membolehkan tindak balas 
yang konsisten dan boleh dipertingkatkan. Oleh demikian, set kajian yang disediakan 
merangkumi dua bahagian iaitu: 
Bahagian A : Soalan yang perlu dijawab oleh murid berkaiatan dengan Program NILAM 
dan Kepimpinan guru yang disukai semasa menjalankan program ini. 
Bahagian B :Soalan yang perlu dijawab oleh guru bagi mengenal pasti Sikap guru 
terhadap pengurusan Program Nilam serta ciri-ciri kepimpinan NILAM 
berkesan. 
Sehubungan itu, dua set soalan berdasarkan rujukan yang telah dibuat di dalam kajian 
literatur telah disediakan bagi membantu kajian yang dibuat. Set soalan yang dipilih 
mampu menghuraikan ciri-ciri kepimpinan guru untuk dikaitkan dengan keberkesanan 
perlaksanaan NILAM di sekolah. 
Selain daripada soalan soal selidik, kajian juga dibuat berdasarkan maklumat 
yang diperolehi daripada sistem pengoperasian NILAM dan Sistem Analisa Peperiksaan 
Sekolah (SAPS) untuk dibandingkan dengan data daripada kaedah triangulasi yang 
dibuat. 
AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 17
KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 
3.4.1 TEKNIK PENGUTIPAN DATA 
Satu set soalan telah dibuat bagi menjawab persoalan kajian. Kesemua responden yang 
dipilih akan menjawab soalan kajian serta ditemubual dan dibuat pemerhatian bagi 
mendapatkan kesahan maklumat kajian. 
Penggunaan teknik Triangulasi ini mampu memberi keesahan yang tinggi 
kepada dapatan data yang diperolehi (Dr. David etl., 2001). 
Seterusnya, data NILAM responden akan dibawa keluar daripada sistem 
pengoperasian NILAM. Data ini dimasukkan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu 
dan Bahasa Inggeris pada setiap bulan berdasarkan jumlah bacaan murid semasa. 
Jumlah bacaan murid akan diberi pengiktirafan berdasarkan jumlah bacaan tertentu 
(Rujuk Lampiran 2). Kepimpinan guru mampu dilihat di sini secara terus jika dapatan 
data tidak dikemas kini. 
Manakala bagi markah peperiksaan murid, data akan diambil terus dari Sistem 
Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS). 
Prestasi murid akan digred seperti yang berikut; 
MARKAH GRED 
0 - 19 E 
20 - 39 D 
40 - 59 C 
60 - 79 B 
80 - 100 A 
AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 18
KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 
Markah peperiksaan diambil semasa Peperiksaan Semester, untuk itu soalan kajian 
adalah berdasarkan piawaian yang telah ditetapkan oleh lembaga peperiksaan bagi 
menilai tahap kefahaman murid. 
3.5 ANALISIS DATA 
Data kualitatif dan data kuantitatif perlu dianalisis secara berbeza mengikut kesesuaian 
data yang diperolehi (Dr. David etl.,2010). Namun bagi data yang dikutip daripada 
soalan soal selidik akan dianalisa mengunakan Sistem SPPSS version 17. 
Set soal selidik ini akan dijawab oleh guru. Temu bual dan juga pemerhatian 
langsung akan dijalankan bagi meningkatkan lagi keesahan dapatan kajian. 
Seterusnya, data NILAM responden yang terdiri daripada murid Tahun 4 dan 5 
akan diambil daripada sistem pengoperasian NILAM. Data ini akan dibandingkan 
dengan keputusan peperiksaan murid yang diperolehi daripada Sistem Analisa 
Peperiksaan Sekolah (SAPS). Setelah kesemua data diperolehi, proses mengukur 
variabel kajian akan dilakukan secara terperinci bagi meningkatkan keesahan dapatan 
kajian. 
3.5 RUMUSAN 
Pelaksanaan Program NILAM yang berkesan perlu perancangan yang teliti dan 
mempunyai sasaran untuk dicapai. Dalam hal ini, pelaksanaan NILAM perlulah bersifat 
spesifik dan mempunyai petunjuk prestasi (KPI) yang boleh diukur. 
Sehubungan dengan itu, kajian ini perlu menggunakan kaedah yang sesuai 
untuk membuat hubungkait berkaitan dengan kepimpinan guru dalam pengurusan 
NILAM dan kesannya terhadap prestasi murid. 
AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 19
KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 
SUMBER RUJUKAN 
Bogdan, R. C., & Biklen, S. K. (2003). Qualitative research for education. An 
introduction to theories and methods. Boston: Allyn & Bacon. 
Busher, H. & Hariss, A.with Wise,C (2000). Subject leadership and school Improvement. 
London: Paul Chapman Publishing Ltd. 
Cleland, D.I. (2004). Field Guide To Project Management. 2nd Ed. New Jersey: 
John Wiley 
Ciulla,J.B. (2004). Ethics and leadership effectiveness. Dalam J. Antonakis,A.T. 
Cianciolo & R.J. Sternberg, The nature of leadership. Thousand Oaks,CA: Sage 
Creswell, J. W. (1998). Qualitative inquiry and research design: Choosing among 
five traditions. Thousand Oaks, CA: Sage Publications. 
Danielson,C. (2006). Teacher Leadership That Strengthens Professional Practice. 
Alexandria, VA : Association for Supervision and Curriculum Development. 
Durrant, J. & Holden, G. (2006). Teachers leading change. (Alma Harris, Ed.) 
London,UK : Paul Chapman 
Dr.David Lim Chong Lim etl.(2010) HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan 
( 6th ed) Meteor Doc. Sdn. Bhd: Universiti Terbuka Malaysia. 
Dr.Salbiah Ismail etl. (2008) Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian 
Pelajaran Malaysia.Program pembacaan NILAM. Diperolehi pada 25 Oktober 2013 
daripada: 
http://www.slideshare.net/rosminilobah880997/slide-show-program-nilam 
Field, (2004) Foster the quality of teacher leadership: Ten steps to Egulty in Education , 
DECD Publishing 
Gray & Airasian (2003).Leadership refined: An evocative context for teacher leadership. 
AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 20
KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 
School leadership and management, 23(4), 421-430 
Hamilton (2006).Interview with Fullan: Change agent.Journal os staff 
Development,24(1).Dimuat turun pada 26 Oktober 2013 daripada: 
www.queensu.ca/idc/trainerslhandleaderlhtml. 
Kementerian Pelajaran Malaysia, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Bil.13/1998: Program 
Membina Tabiat Membaca 
Kementerian Pelajaran Malaysia, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2005 Perlaksanaan 
Program NILAM 
Lee Rutledge (2009) Teacher Leadership and School Improvement: A case study of 
teacher participating in the teacher leadership with a Regional Education Service 
Center.Diperolehi pada 24 Oktober 2013 daripada 
file:///C:/Documents%20and%20Settings/malim/Desktop/upsi/kepimpinan/te 
acher%20leadership%20kepimpinan.pdf 
Robbins,(2003) Organizational Behaviour.Prentice Hall PTR 
Saeeda.(2006).Educational leadership : An islamic perspective. British Educational 
Research Journal, 32(30,363-385 
Thomas, N. (ed.) (2005). Adair on Leadership. New Delhi: Viva Books Pte.Ltd. 
Wallen & Fraenkel (2000) "Reading Habit Style: A Classroom-level Study", Journal of 
Educational Administration, Vol. 32 Iss: 3, pp.54 – 71 
AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 21
KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 
LAMPIRAN 1 
MODEL PROGRAM NILAM 
AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 22
KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 
LAMPIRAN 2 
PENGANUGERAHAN TAHAP JAUHARI DI SEKOLAH RENDAH 
PENGIKTIRAFAN RAKAN PEMBACA (RP) 
TAHAP PEMBACAAN BERASASKAN BILANGAN BUKU 
DI SEKOLAH RENDAH 
AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 23
KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 
LAMPIRAN 3 
CONTOH SOALAN KAJI SELIDIK 
NAME : ……………………………………………………….. 
CLASS : ……………………………………………………….. 
SCHOOL : ……………………………………………………….. 
QUESTIONNAIRE 
A) Learners’ perception of the reading material provided in the school library. 
QUESTIONS VERY AGREE AGREE DISAGREE 
VERY 
DISAGREE 
a. The library has a lot of 
reading material that suit 
to NILAM Programme. 
b. The books are interesting 
to read. 
c. There are good facilities 
in the school library . 
d. The school library is 
convenient. 
e. The book provided can 
gain new knowledge. 
f. Students enjoy at the 
library doing the NILAM 
Programmme. 
AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 24
KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 
B) Learners’ perception of synopsis or summary writing based on the reading 
materials used in the NILAM Programme. 
QUESTIONS AGREE DISAGREE 
1. Can promote interest 
among the students. 
2. Increase learner’s 
mastery of grammar in 
the language learnt. 
3. Can increase learner’s 
writing skill. 
4. Can increase learner’s 
reading skill. 
5. Learners can complete 
the task within the time. 
AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 25

More Related Content

What's hot

Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Bazrol
 
Ejournal 9 peran dinas pendidikan untuk meningkatkan kualitas pendidikan_agus...
Ejournal 9 peran dinas pendidikan untuk meningkatkan kualitas pendidikan_agus...Ejournal 9 peran dinas pendidikan untuk meningkatkan kualitas pendidikan_agus...
Ejournal 9 peran dinas pendidikan untuk meningkatkan kualitas pendidikan_agus...
AGUS SETIYONO
 
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
Jenry Saiparudin
 
Nota guru dan cabaran semasa
Nota guru dan cabaran semasaNota guru dan cabaran semasa
Nota guru dan cabaran semasa
Nurul Asha'ari
 
Hsp bm f4
Hsp bm f4Hsp bm f4
Hsp bm f4
Eli Za
 
Contoh karya ilmiah tentang pendidikan
Contoh karya ilmiah tentang pendidikanContoh karya ilmiah tentang pendidikan
Contoh karya ilmiah tentang pendidikan
tappulak
 
Apakah dia nilam
Apakah dia nilamApakah dia nilam
Apakah dia nilam
HUSNA85
 
Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_ini
Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_iniApakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_ini
Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_ini
Rainne Lee
 

What's hot (17)

Isu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
Isu penambahbaikan sistem pendidikan IslamIsu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
Isu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
 
Edu 3093 (1)
Edu 3093 (1) Edu 3093 (1)
Edu 3093 (1)
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
 
Ejournal 9 peran dinas pendidikan untuk meningkatkan kualitas pendidikan_agus...
Ejournal 9 peran dinas pendidikan untuk meningkatkan kualitas pendidikan_agus...Ejournal 9 peran dinas pendidikan untuk meningkatkan kualitas pendidikan_agus...
Ejournal 9 peran dinas pendidikan untuk meningkatkan kualitas pendidikan_agus...
 
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
 
telaah SLTP
telaah SLTPtelaah SLTP
telaah SLTP
 
Cabaran guru 12
Cabaran guru 12Cabaran guru 12
Cabaran guru 12
 
Nota guru dan cabaran semasa
Nota guru dan cabaran semasaNota guru dan cabaran semasa
Nota guru dan cabaran semasa
 
Hsp bm f4
Hsp bm f4Hsp bm f4
Hsp bm f4
 
Contoh karya ilmiah tentang pendidikan
Contoh karya ilmiah tentang pendidikanContoh karya ilmiah tentang pendidikan
Contoh karya ilmiah tentang pendidikan
 
Apakah dia nilam
Apakah dia nilamApakah dia nilam
Apakah dia nilam
 
CONTOH KERTAS CADANGAN
CONTOH KERTAS CADANGANCONTOH KERTAS CADANGAN
CONTOH KERTAS CADANGAN
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaIsu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_ini
Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_iniApakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_ini
Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_ini
 
4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuiti4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuiti
 
Naskah simposium gtk 2016 sumarso
Naskah simposium gtk 2016 sumarsoNaskah simposium gtk 2016 sumarso
Naskah simposium gtk 2016 sumarso
 

Similar to Penulisan peringkatpertamadrafbab123

Apakah dia nilam
Apakah dia nilamApakah dia nilam
Apakah dia nilam
HUSNA85
 
Kajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolahKajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolah
Ahmad NazRi
 
Laporan hasil observasi pengembangan kurikulum
Laporan hasil observasi pengembangan kurikulumLaporan hasil observasi pengembangan kurikulum
Laporan hasil observasi pengembangan kurikulum
Jati Jakmania
 
Laporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalLaporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnal
Nur Kareena
 
Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)
Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)
Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)
NorZie Ali
 
Analsis landasan satuan pendidikan sekolah menengah pertama negeri di daerah ...
Analsis landasan satuan pendidikan sekolah menengah pertama negeri di daerah ...Analsis landasan satuan pendidikan sekolah menengah pertama negeri di daerah ...
Analsis landasan satuan pendidikan sekolah menengah pertama negeri di daerah ...
Angga Debby Frayudha
 

Similar to Penulisan peringkatpertamadrafbab123 (20)

Apakah dia nilam
Apakah dia nilamApakah dia nilam
Apakah dia nilam
 
Assign kajian
Assign kajianAssign kajian
Assign kajian
 
Pedoman s1 kkt upi
Pedoman s1 kkt upiPedoman s1 kkt upi
Pedoman s1 kkt upi
 
Kajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolahKajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolah
 
Laporan hasil observasi pengembangan kurikulum
Laporan hasil observasi pengembangan kurikulumLaporan hasil observasi pengembangan kurikulum
Laporan hasil observasi pengembangan kurikulum
 
Pelan strategik,taktikal dan operasi nilam 2018 2022
Pelan strategik,taktikal dan operasi nilam 2018 2022Pelan strategik,taktikal dan operasi nilam 2018 2022
Pelan strategik,taktikal dan operasi nilam 2018 2022
 
Laporan akhir daniele tegar
Laporan akhir daniele tegarLaporan akhir daniele tegar
Laporan akhir daniele tegar
 
Laporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalLaporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnal
 
PENULISAN AKADEMIK.pptx
PENULISAN AKADEMIK.pptxPENULISAN AKADEMIK.pptx
PENULISAN AKADEMIK.pptx
 
Tugas UAS perencanaan pembelajaran Andrio N.pptx
Tugas UAS perencanaan pembelajaran Andrio N.pptxTugas UAS perencanaan pembelajaran Andrio N.pptx
Tugas UAS perencanaan pembelajaran Andrio N.pptx
 
Ejournal 9 peran dinas pendidikan untuk meningkatkan kualitas pendidikan_agus...
Ejournal 9 peran dinas pendidikan untuk meningkatkan kualitas pendidikan_agus...Ejournal 9 peran dinas pendidikan untuk meningkatkan kualitas pendidikan_agus...
Ejournal 9 peran dinas pendidikan untuk meningkatkan kualitas pendidikan_agus...
 
Ejournal 9 peran dinas pendidikan untuk meningkatkan kualitas pendidikan_agus...
Ejournal 9 peran dinas pendidikan untuk meningkatkan kualitas pendidikan_agus...Ejournal 9 peran dinas pendidikan untuk meningkatkan kualitas pendidikan_agus...
Ejournal 9 peran dinas pendidikan untuk meningkatkan kualitas pendidikan_agus...
 
Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)
Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)
Ulasan dapatan jurnalkrp6044 norziah binti md ali(m20141000701)
 
Laporan Perantisan NPQEL Bandar Instek Nilai
Laporan Perantisan NPQEL Bandar Instek NilaiLaporan Perantisan NPQEL Bandar Instek Nilai
Laporan Perantisan NPQEL Bandar Instek Nilai
 
Modul 3.3 Pengelolaan Program yg berpihak pada murid Tugas Rukol II .pptx
Modul 3.3 Pengelolaan Program yg berpihak pada murid Tugas Rukol II .pptxModul 3.3 Pengelolaan Program yg berpihak pada murid Tugas Rukol II .pptx
Modul 3.3 Pengelolaan Program yg berpihak pada murid Tugas Rukol II .pptx
 
PARADIGMA BARU KURIKULUM
PARADIGMA BARU KURIKULUMPARADIGMA BARU KURIKULUM
PARADIGMA BARU KURIKULUM
 
laporan akhir kampus mengajar 3.pdf
laporan akhir kampus mengajar 3.pdflaporan akhir kampus mengajar 3.pdf
laporan akhir kampus mengajar 3.pdf
 
Artikel Eti Setiawati-kab sukabumi
Artikel Eti Setiawati-kab sukabumiArtikel Eti Setiawati-kab sukabumi
Artikel Eti Setiawati-kab sukabumi
 
Materi Pengenalan Kurikulum Merdeka - Rosi KB Arvardia .pptx
Materi Pengenalan Kurikulum Merdeka - Rosi KB Arvardia .pptxMateri Pengenalan Kurikulum Merdeka - Rosi KB Arvardia .pptx
Materi Pengenalan Kurikulum Merdeka - Rosi KB Arvardia .pptx
 
Analsis landasan satuan pendidikan sekolah menengah pertama negeri di daerah ...
Analsis landasan satuan pendidikan sekolah menengah pertama negeri di daerah ...Analsis landasan satuan pendidikan sekolah menengah pertama negeri di daerah ...
Analsis landasan satuan pendidikan sekolah menengah pertama negeri di daerah ...
 

Recently uploaded

Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdfSurat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
EirinELS
 
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docxLaporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Jajang Sulaeman
 
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdfAksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
subki124
 
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
furqanridha
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
DessyArliani
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
MaskuratulMunawaroh
 

Recently uploaded (20)

AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdfSurat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docxLaporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
 
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxcontoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
 
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdfAksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
 
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptxLokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
 
Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945
Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945
Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945
 
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdfWebinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 

Penulisan peringkatpertamadrafbab123

  • 1. KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 KEBERKESANAN PROGRAM NILAM DI SEKOLAH: KAJIAN KES DI SEKOLAH KEBANGSAAN PAWANG NONG, ULU CHEKA, JERANTUT, PAHANG. BAB 1 PERMASALAHAN KAJIAN 1.0 PENDAHULUAN Pengetahuan amat penting dalam mengharungi kehidupan terutama pada zaman globalisasi kini. Kita semua sedia maklum bahawa salah satu daripada usaha bagi mendapatkan ilmu adalah menerusi pembacaan. Membaca turut dikaitkan dengan proses pembangunan masyarakat berfikir dan bernilai tinggi. Malah jelas terbukti dalam masyarakat hari ini bahawa individu yang berterusan membaca mempunyai personaliti yang dihormati dan berkualiti serta kaya dengan maklumat. Lebih tinggi nilai ilmu yang dimiliki seseorang, lebih tinggi penghormatan dan tanggapan masyarakat terhadapnya. Ilmu yang dimiliki boleh dimanfaatkan dalam proses pembangunan masyarakat dan negara. Senario inilah yang menjadi pencetus kepada lahirnya Program NILAM di sekolah. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Namun keberkesanan program ini di sekolah adalah bergantung kepada daya kepimpinan guru NILAM dan aspek pengurusan program NILAM itu sendiri. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan di sebuah sekolah yang terletak di dalam sebuah kampong tradisi di negeri Pahang bagi mengkaji kepimpinan guru NILAM dan pengurusan program NILAM dan kaitannya dengan tahap pencapaian pelajar. 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN Kaedah pembacaan yang tidak bersesuaian tentunya boleh menyebabkan murid merasa cepat bosan, kurang minat dan kemungkinan cepat mengantuk ketika membaca (Shamsiah & Yahya, 2008). Justeru itu, Program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca mula diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 1999 hasil keputusan mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pendidikan pada tahun 1998. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 13/1998 AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 1
  • 2. KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 mewajibkan semua sekolah melaksanakan program ini. Program ini bertujuan mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dikalangan rakyat Malaysia. Selaku payung kepada pelbagai aktiviti galakan membaca di sekolah, program ini dilaksanakan bermula dengan Tahun 1 bagi sekolah rendah dan Tingkatan 1 bagi sekolah menengah. Rekod pembacaan murid-murid ini yang dicatatkan di dalam buku-buku khas mengikut tahap dan bahasa diteruskan sehingga mereka tamat persekolahan. Justeru itu, daya kepimpinan guru-guru yang terlibat dengan Program NILAM dan cara pengurusan program ini merupakan nadi pengerak program ini di sekolah. Bagi mengerakkan program ini, murid-murid dibekalkan dengan buku NILAM bagi menyimpan rekod bacaan dan untuk tujuan penilaian guru. Buku ini mengandungi maklumat ringkas berkaitan dengan buku yang dibaca seperti tajuk buku yang dibaca, pengarang, bilangan muka surat, jenis bacaan buku serta ulasan ringkas buku yang dibaca berdasarkan pandangan murid itu sendiri. Program NILAM ini dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Tahap 1 bagi murid Tahun 1, 2 dan 3 manakala Tahap 2 bagi murid Tahun 4, 5 dan 6. Semasa melaksanakan pembacaan NILAM ini, murid akan melalui dua tahap penilaian dan penganugerah. Tahap pertama ialah Jauhari. Ia adalah penganugerahan berdasarkan jumlah bacaan buku. Bagi tahap yang kedua iaitu Rakan Pembaca, ia diberikan kepada murid yang telah membaca 100 buah buku ke atas serta mempunyai daya kepimpinan yang tinggi untuk menarik rakan lain untuk terlibat di dalam aktiviti membaca NILAM. Anugerah-anugerah ini diberi dari masa ke semasa. Oleh itu Guru NILAM dan guru-guru matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang terlibat perlu memainkan peranan penting bagi menjalankan program ini mengikut matlamat yang telah ditetapkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTNP). Peringkat pertama dipantau oleh guru mata pelajaran di bawah seliaan Guru NILAM manakala peringkat kedua dibawah seliaan Guru NILAM sepenuhya. Oleh itu amat jelas betapa besarnya tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh guru-guru matapelajaran dan Guru NILAM bagi memastikan keberkesanan Program NILAM ini di sekolah. Disamping itu, kajian ini akan menilai tahap kepimpinan dan pengurusan guru-guru tersebut ketika melaksanakan program ini di sekolah. Pencapaian murid berdasarkan peperiksaan sekolah turut diambil bagi membuat perbandingan dengan tahap pencapaian NILAM bagi menjawab persoalan kajian. AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 2
  • 3. KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 1.2 PERNYATAAN MASALAH Dalam era globalisasi masa kini, kejayaan sesebuah negara bergantung pada pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyatnya. Maka tidak menghairankan sekiranya sesebuah negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi mampu menjana ekonomi dengan pesat demi kemakmuran negara. Bagi mencapai matlamat menjadi sebuah negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi, murid harus didedahkan dengan ilmu pengetahuan dan kaedah yang paling mudah adalah melalui pembacaan. Ini bersesuaian dengan salah satu matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2013 - 2025, iaitu mengurus sumber dengan lebih berkesan untuk menjamin keberkesanan dalam pendidikan negara. Untuk itu, murid perlu menggunakan sumber bahan bacaan yang dibekalkan di sekolah secara lebih berkualiti bagi menzahirkan hasrat negara ini. Namun bagaimana untuk merealisasikan matlamat kerajaan ini jika tabiat membaca dikalangan murid masih berada ditahap yang rendah berbanding dengan negara maju yang lain. Tidak dapat dinafikan murid di negara kita membaca agak kurang berbanding dengan kanak-kanak sebaya mereka di negara luar. Ini kerana kajian menunjukkan hanya segelintir rakyat Malaysia yang gemar membaca. Berdasarkan kajian oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (2008), pelbagai alasan diberi oleh murid sekolah rendah apabila dikaitkan dengan minat membaca. Sejumlah 72.25% daripada mereka menyatakan ketiadaan masa sebagai alasan untuk tidak membaca, diikuti dengan 24.75% memberikan alasan mereka lebih suka bermain daripada membaca. Dan selebihnya memberikan pelbagai alasan yang berbeza apabila dikaitkan dengan minat membaca. Ditambah pula dengan pelbagai teknologi canggih zaman ini, murid-murid lebih gemar bermain permainan video interaktif berbanding membaca. Bagi mengatasi masalah ini, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah melaksanakan pelbagai program galakkan membaca di sekolah-sekolah. Namun program yang dilaksanakan masih belum mencapai tahap yang dikehendaki terutama bagi sekolah kawasan Luar Bandar. Program NILAM telah diwujudkan sebagai satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 3
  • 4. KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 di Kementerian Pendidikan ditugaskan untuk menyelaras program ini. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998. Setiap sekolah di Malaysia wajib menjalankan Program NILAM di sekolah bagi memperkasa minat membaca dikalangan murid. Seterusnya pada 12 Mei 2005 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/2005 dikeluarkan bagi memperkukuhkan perlaksanaan Program NILAM ini disekolah. Surat edaran Ikhtisas yang dikeluarkan ini menunjukkan betapa pentingnya program ini dilaksanakan di sekolah kerana ianya mampu memberi impak yang besar jika program yang dirangka oleh Kementerian Pendidikan ini dapat dijalankan sepenuhnya. Namun berdasarkan kutipan data NILAM yang dibuat oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (2008), hanya 84.43 % sahaja murid yang terlibat di dalam Program NILAM di seluruh sekolah di Malaysia. Manakala purata bacaan yang dicatatkan adalah empat buah buku bagi setiap murid di dalam setahun. Manakala daripada 10,310 buah buku yang dibaca, hanya 1,273 buah buku sahaja yang dikategorikan sebagai bahan berbentuk ilmiah. Ini menunjukkan minat membaca dikalangan murid sekolah rendah amat rendah jika dibandingan dengan negara-negara luar. Contohnya, Negara China menduduki ranking tertinggi bacaan dengan melibatkan 180,000 naskah setahun diikuti dengan United Kingdom sebanyak 116 000 buah buku setahun. Mungkin jika dibandingkan Negara China yang mempunyai bilangan penduduk yang tinggi, agak mustahil untuk Negara kita menandinginya namun bagi Negara India sendiri menunjukkan bacaan yang lebih tinggi berbanding Malaysia apabila melebihi 34,690 buah buku. Oleh yang demikian, daya kepimpinan dan kecekapan bidang pengurusan bagi guru-guru yang terlibat amat diperlukan bagi memastikan kejayaan Program NILAM di peringkat dasarnya. Dengan pelbagai sumber yang ada serta bekalan koleksi buku-buku ke Pusat Sumber Sekolah ditambah pada setiap tahun berdasarkan grant perkapita bantuan kerajaan, seharusnya program ini tidak disia-siakan. Oleh itu, kejayaan Program NILAM sangat bergantung kepada daya kepimpinan dan kecekapan pengurusan guru untuk dilaksanakan dengan lebih berkesan di sekolah AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 4
  • 5. KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 seperti yang dinyatakan oleh Rosenblum (1979) dalam penulisannya berkaitan kepimpinan. Oleh yang demikian, guru-guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang terlibat dengan Program NILAM ini perlu menunjukkan daya kepimpinan dan kecekapan pengurusan mereka bagi memastikan setiap wang yang mengalir keluar tidak dibazirkan. Ini bersesuaian dengan agenda di dalam PIPP 2013 - 2025 bagi mengurus sumber dengan berkesan berdasarkan sumber yang diberi. 1.3 KERANGKA KONSEPTUAL Salah satu matlamat Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan juga Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah untuk memastikan setiap murid mampu membaca petikan dan juga bahan bacaan santai untuk tujuan mendapatkan maklumat dan berhibur. Untuk itu, daya kepimpinan dan kecekapan pengurusan guru-guru terlibat dalam Program NILAM di sekolah amat diperlukan bagi memastikan salah satu program utama kerajaan bagi mengalakkan tabiat membaca dikalangan murid mampu dilaksanakan dengan jayanya di sekolah. Sehubungan itu, kerangka kajian di bawah menunjukkan kaitan diantara Kepimpinan dan kecekapan pengurusan oleh Guru NILAM dan guru-guru matapelajaran BM dan BI dalam memupuk tabiat membaca murid disekolah dan kesannya kepada pencapaian murid di dalam kelas. Kepimpinan & Kecekapan Pengurusan Guru NILAM Prestasi murid Rajah 1 : Kerangka konsep + Guru MP Tabiat membaca murid AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 5
  • 6. KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 1.4 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan bagi mengkaji daya kepimpinan guru dan kecekapan pengurusan Program NILAM dan kesan serta impaknya kepada prestasi murid. Untuk itu, objektif bagi kajian ini adalah: 1.4.1 Mengenal pasti tahap kepimpinan dan kecekapan guru di dalam pengurusan Program NILAM di sekolah. 1.4.2 Mengenal pasti ciri-ciri kepimpinan guru yang sesuai bagi menjayakan Program NILAM di sekolah. 1.4.3 Mengenal pasti hubungan keberhasilan Program NILAM dengan prestasi murid. 1.5 SOALAN KAJIAN Fokus kajian ini adalah bagi menjawab persoalan kajian yang berikut: 1.5.1 Apakah tahap kepimpinan dan kecekapan guru di di dalam pengurusan Program NILAM di sekolah? 1.5.2 Apakah ciri-ciri kepimpinan guru yang sesuai bagi menjayakan Program NILAM di sekolah? 1.5.3 Apakah hubungan kejayaan Program NILAM menyumbang kepada peningkatan prestasi murid? 1.6 KEPENTINGAN KAJIAN Gerakan untuk mencapai 100% penglibatan pelajar dalam Program NILAM giat dijalankan oleh rangkaian Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) di peringkat Negeri, Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian serta Pusat Kegiatan Guru. BTP juga turut mendapat kerjasama erat daripada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah dalam merangka dan melaksanakan aktiviti sokongan pemantapan Program NILAM seperti Pertandingan Jejak Maklumat, Pertandingan Resensi buku dan AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 6
  • 7. KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 Pameran buku. Ini kerana menurut Zamri & Yahya, (2008) keberkesanan dalam membaca juga merupakan satu perkara penting yang perlu diambil berat oleh murid ketika membaca. Malah Jemaah Nazir juga mengambil kira elemen pelaksanaan program NILAM ketika membuat pemantauan ke sekolah-sekolah. Asas kejayaan pelaksanaan Program NILAM ini haruslah bermula di sekolah. Untuk itu kajian ini dibuat bagi mengkaji kaitan daya kepimpinan dan kecekapan guru di dalam melaksanakan Program NILAM di dalam memastikan perlaksanaan program ini dapat direalisasikan sepenuhnya di peringkat sekolah. Ini kerana secara asasnya apabila murid berminat untuk membaca, ia akan membantu mereka di dalam penguasaan mata pelajaran di dalam kelas. Menurut Hamilton (2006) aktiviti membaca sepatutnya menyeronokkan dan memberikan kepuasan buat pelajar dan bukannya menjadi beban. Sehubungan itu, kajian ini akan turut menunjukkan kaitan keberkesanan Program NILAM dalam meningkatkan prestasi murid. Diharapkan dapatan kajian ini dapat membantu pihak Kementerian dan badan-badan yang bertanggungjawab di dalam Program ini bagi mengerakkan kepimpinan guru untuk melaksanakan program ini secara lebih berkesan di sekolah. Ini kerana kejayaan kepimpinan dan kecekapan guru melaksanakan Program NILAM ini mampu mewujudkan sikap minat membaca di dalam murid yang mana ianya boleh memberi impak yang sangat besar buat murid, sekolah dan Negara umumnya. Disamping itu juga, semoga hasil kajian ini dapat memberi nilai tambah kepada kajian literatur serta boleh dibuat sebagai bahan rujukan yang berguna. 1.7 HIPOTESIS KAJIAN Kaji selidik ini telah menggariskan satu hipotesis sebagai fokus penyelidikan iaitu: 1.7.1 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan guru berkesan di dalam pengurusan Program NILAM dalam memberi impak terhadap peningkatan prestasi pelajar. AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 7
  • 8. KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 1.8 BATASAN KAJIAN Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di Pahang. Sekolah terbabit hanya mempunyai pelajar berbangsa Melayu sahaja. Pelajar yang dipilih pula adalah terdiri daripada murid Tahap 2 kerana mereka telah berhadapan dengan Program NILAM selama empat tahun dan dapatan kajian agak meluas berbanding murid Tahap 1 yang masih diperingkat awal perlaksaan program NILAM. Justeru itu, dapatan kajian adalah agak terhad dengan jumlah murid yang diambil sebagai sampel kajian dari sekolah ini adalah terhad dengan tahap keupayaan mereka yang berbeza. Bilangan guru yang terlibat bagi perlaksanaan Program NILAM hanyalah tertumpu pada guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tahap 2. 1.9 PENERANGAN TERMINOLOGI Kepimpinan Himpunan kemahiran memimpin berkesan serta mampu membawa ahli yang dipimpin kearah visi yang ingin dicapai. Pengurusan Satu himpunan kaedah bagi menjalankan aktiviti yang dirancang secara sistematik dan berkesan. Program NILAM ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Cemerlang Merupakan pencapaian yang tinggi serta sesuatu kejayaan yang boleh dibanggakan. Pelajar Murid-murid yang masih bersekolah. Di dalam kajian ini pelajar yang dimaksudkan adalah murid-murid Tahun 4 dan 5 SK Pawang Nong di negeri Pahang. AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 8
  • 9. KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 Berprestasi tinggi Satu kejayaan yang boleh dibanggakan serta memenuhi kriteria-kriteria pemilihan bagi sekolah yang menunjukkan pencapaian yang baik dan cemerlang dalam semua bidang. 1.10 RUMUSAN Kejayaan Program NILAM sangat bergantung kepada kepimpinan dan kecekapan guru menguruskannya di sekolah. Seperti yang dinyatakan oleh Rosenblum (1979) dalam tulisan-tulisannya, kepimpinan guru mampu memainkan peranan besar dalam mempengaruhi aktiviti yang dijalankan di sekolah. Guru berkepimpinan dan cekap perlu memainkan peranan penting dalam menggerak dan menjayakan program NILAM. Pemahaman yang mendalam dan disertai dengan misi yang terancang membolehkan program NILAM berjalan lancar. Sehubungan itu, pengurusan Program NILAM yang berjaya sudah pasti mampu menjana kecemerlangan pelajar dan meningkatkan prestasi sekolah. BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.0 PENDAHULUAN Biarpun masyarakat kita mengalami arus perubahan dalam dunia globalisasi, bergelumang dengan dunia teknologi maklumat dan perkomputeran namun hakikat kepentingan membaca tidak boleh diabaikan (Mohamad Sofee, 2007). Dalam tinjauan literatur yang dibuat bagi kajian ini, terdapat pelbagai persepsi dalam menyediakan aktiviti membaca di dalam kelas. Ini kerana kemahiran membaca menjadi agenda penting dalam tunjang pendidikan negara. Di dalam sukatan Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang baru, kemahiran membaca merupakan satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid. AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 9
  • 10. KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab guru bagi memastikan kemahiran ini mampu dikuasai sepenuhnya oleh pelajar. Di sini, daya kepimpinan dan kecekapan guru mengurus perlu diaplikasi secara bijak bagi menanggani masalah yang timbul dalam kemahiran membaca pelajar. Ini kerana kurangnya minat membaca pelajar menyebabkan mereka kekurangan idea dan maklumat semasa menjawab soalan berbentuk karangan. Menurut Mahzan (2003) dan Yahya (2008), kajian berkaitan proses membaca penting dilakukan untuk membantu pelajar menambahkan khazanah ilmu. Penyelidikan berkaitan dengan aspek membaca mencerminkan wujudnya kesedaran untuk menjadikan amalan membaca sebagai budaya ilmu yang perlu dikekalkan. Dalam pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia, penekanan terhadap proses membaca telah diberikan perhatian, terutama melalui penetapan kemahiran bahasa yang perlu dicapai seperti yang terkandung dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah (Kementerian Pendidikan Malaysia 2000). 2.1 TEORI DAN KONSEP BERKAITAN Menurut (Field, 2004) beliau menyatakan peranan guru sama dengan peranan kapten sebuah kapal yang mana bilik darjah disamakan dengan sebuah kapal. Manakala guru memainkan peranan sebagai pengemudi yang memimpin pelajar yang pelbagai untuk menuju kearah matlamat yang ditetapkan. Dapatan ini turut disokong oleh (Ciulla, 2004) yang mana konsep kepimpinan mampu mengerakkan orang lain melakukan tindakan seterusnya memotivasikan orang lain untuk menuju kearah menyempurnakan visi dan misi yang ditetapkan seperti yang dikaitkan dengan persepsi kemudi yang diangkat sebagai pemimpin. Konsep ini diperluaskan lagi dengan definisi kepimpinan yang merujuk kepada kebolehan untuk mempengaruhi ahli-ahli kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat (Robbins, 2003). Dapatan ini turut disokong oleh (Cleland, 2004), yang mana beliau menghuraikan kepimpinan guru akan membantu guru-guru lain untuk bergerak aktif dalam meningkatkan prestasi sekolah. Kepimpinan guru di lihat sebagai seseorang yang AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 10
  • 11. KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 mempunyai sifat dalam diri mereka yang berupaya untuk memimpin orang lain supaya menjadikan orang lain lebih bermotivasi. Namun berlainan dengan dapatan yang diperolehi daripada (Danielson, 2006). Beliau mengaitkan kepimpinan guru sebagai kemahiran lain yang ada pada seseorang guru selain daripada mengajar dan mempunyai kuasa untuk memujuk yang tinggi samada di dalam atau di luar bilik darjah. Dapatan ini turut dipersetujui oleh (Durrant & Holden, 2006) beliau menjelaskan ciri-ciri kepimpinan mampu melahirkan orang yang boleh mengerakkan orang lain untuk menjadi pemimpin. Konsep mengerakkan ini boleh disamakan dengan konsep memujuk yang mana mendorong individu lain untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Justeru itu, semakin ramai orang yang berkepimpinan mampu dilahirnya jika konsep kepimpinan ini mampu dipraktikan dengan baik. Sudah tentu konsep kepimpian guru yang berjaya mampu melahirkan pelajar yang cemerlang seterusnya meningkatkan prestasi sekolah itu sendiri. Konsep ini diperkukuhkan lagi oleh (Saeeda, 2004) yang mana beliau menjelaskan kepimpinan yang baik mampu menyebarkan ilmu dan kebaikkan untuk semua. Bertepatan dengan konsep kepimpinan yang baik mampu melahirkan pemimpin baru yang boleh menyebarkan kebaikkan untuk semua. Namun agak berlainan dengan (Thomas, 2005) yang mana lebih menekankan kepimpinan sebagai memberi motivasi kepada orang dibawahnya untuk mencapai misi yang ditetapkan. Dan dapatan ini turut disokong oleh (Busher & Haris, 2005) yang mana menjelaskan kepimpinan mampu memotivasikan rakan sejawat untuk membuat pembelajaran yang lebih berinovatif bagi menjana keputusan yang cemerlang. Secara kesimpulannya, walaupun terdapat pelbagai tarifan dan definisi kepimpinan guru yang dibuat, rata-rata dapatan yang diperolehi pasti akan mengaitkan kepimpinan sebagai satu konsep menarik individu lain untuk berada dibawah kawalan orang yang memimpin. Golongan pemimpin ini akan bertindak sebagai seorang yang menerajui kumpulan terbabit dan mendorong kumpulannya menuju ke arah matlamat yang ditetapkan. Dengan pelbagai huraian dan takrifan kepimpinan guru yang diperolehi, jelas menunjukkan guru mempunyai pengikut tersendiri yang terdiri daripada kalangan murid- AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 11
  • 12. KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 murid sekolah. Oleh yang demikian, sudah tentu keberkesanan Program NILAM dapat dipertingkatkan jika guru-guru mampu menjalankan dan menggerakkan serta mengurus aktiviti yang dipertanggungjawabkan dengan lebih berkesan. 2.3 KAJIAN-KAJIAN LEPAS Kajian menunjukkan keseronokkan membaca adalah lebih penting diterapkan ke dalam diri pelajar-pelajar sejak kecil. Apabila keseronokkan membaca dapat dipupuk, ianya akan menjadi tabiat dan pelajar akan berasa seronok apabila dapat membaca. Ini penting kerana tabiat membaca pelajar akan menjadikan diri mereka lebih berilmu, berkeyakinan dan mampu menjauhkan diri pelajar dari terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa sudut pandangan daripada kajian lampau untuk dijadikan panduan penyelidik. 2.3.1 PANDANGAN MENGENAI MEMBACA DALAM SITUASI BILIK DARJAH Harrison (1992) berpandangan membaca bukanlah satu rantaian kemahiran yang diskret. Membaca memerlukan proses berturutan dimana seseorang individu perlu belajar dari satu tahap ketahap yang lain sehingga kemahiran membaca ini dapat dikuasai sepenuhnya. Bagi pelajar-pelajar yang sudah mempunyai kemahiran membaca di peringkat sekolah tadika atau Pra-sekolah mereka mudah didedahkan dengan sebarang maklumat pendidikan namun bagi murid yang masih berada di peringkat pemulihan mereka perlu dilatih menguasai kemahiran membaca ini sepenuhnya bagi mengelakkan masalah keciciran pembelajaran. Selari dengan dapatan daripada Waterland (1995) bahawa pelajar perlu terlebih dahulu menguasai bahagian yang paling mudah dalam kemahiran membaca sebelum berganjak ke bahagian yang lebih kompleks. Seperti peringkat mengenal huruf, membunyikan suku kata dan seterusnya menyebut perkataan. Setiap langkah penting dikuasai sebelum pelajar mampu menguasai kemahiran membaca sepenuhnya. Guru harus peka dengan tahap perkembangan membaca murid sebelum didedahkan dengan kaedah membaca pantas. AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 12
  • 13. KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 Disini kemahiran kepimpinan guru dalam kaedah mengajar pelajar untuk mambaca perlu dipraktikan secara berkesan bagi memastikan penguasaan mereka dalam kemahiran ini mampu dikuasai sepenuhnya. 2.3.2 PANDANGAN MENGENAI PENGLIBATAN MURID DALAM AKTIVITI MEMBACA NILAM Lee Rutledge (2009) berpendapat bahawa model pengajaran perlu diguna pakai sebagai panduan bagi membantu guru dalam melibatkan semua murid didalam aktiviti membaca yang dijalankan. Ini kerana tahap kecerdasan murid yang pelbagai memerlukan guru untuk pandai mengadaptasi kepimpinan mereka ketika menjalankan aktiviti membaca di dalam atau di luar bilik darjah. Aktiviti membaca yang biasa dijalankan adalah guru membaca dan murid mendengar. Namun selari dengan perkembangan dunia pendidikan terdapat banyak kaedah yang boleh dijalankan bagi memastikan penglibatan pelajar secara menyeluruh dan menyeronokkan di dalam aktiviti membaca. Seperti yang diusahakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Program ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca yang diperkenalkan perlaksanaannya diperingkat sekolah sejak Tahun 1999 lagi berdasarkan Model Program NILAM (Rujuk Lampiran 1). Namun perlaksanaan program ini masih tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Di mana silapnya? Berdasarkan dapatan kajian yang dikeluarkan oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan, terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada keberkesanan Program NILAM. Gaya kepimpinan guru ketika mengendalikan program ini turut menjadi persoalan. Namun, jika program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya di peringkat sekolah, sudah tentu penglibatan pelajar mampu dipertingkatkan serta memberi impak yang sangat besar buat prestasi murid khasnya. AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 13
  • 14. KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 2.3.3 PANDANGAN MENGENAI PENDIDIKAN DI MALAYSIA Malaysia merupakan sebuah Negara yang mementingkan pendidikan. Ini terbukti apabila setiap kali belanjawan Negara yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dibentangkan, bidang Pendidikan pasti menerima peruntukkan kedua tertinggi. Pelbagai kemudahan pendidikan diberikan secara percuma berbanding sesetengah negara luar yang mengenakan bayaran buat pendidikan yang diterima. Pendidikan percuma ini diberikan buat rakyat Malaysia bagi memastikan setiap penduduk menerima pendidikan asas daripada umur 6 tahun sehingga 17 tahun. Namun pada masa sekarang ada selintir ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk menerima pendidikan seawal usia 4 tahun. Ini terbukti dengan penubuhan Program Permata yang diasaskan Oleh YAB Datin Sri Rosmah Mansor yang merupakan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia sendiri. Dalam dunia pendidikan di Malaysia, Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa pengantar. Manakala pelajar turut diwajibkan mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Berdasarkan perancangan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2013 - 2025 yang baru, pelajar turut digalakkan mempelajari bahasa ketiga bagi meningkatkan taraf pendidikan Malaysia di mata dunia. 2.3.4 PANDANGAN MENGENAI TABIAT MEMBACA PELAJAR Pelajar-pelajar di Malaysia mempunyai tanggapan yang berbeza mengenai tabiat membaca. Tidak ramai dikalangan pelajar sekolah rendah yang berminat untuk menjadikan membaca sebagai hobi. Berdasarkan kajian menyeluruh ke atas rakyat Malaysia yang dijalankan oleh Professor Atan Long dan rakan-rakan pada Tahun 1984, hasil penemuan menunjukkan hanya 20% daripada responden memilih membaca sebagai aktiviti utama pada masa lapang. Sikap membaca yang agak rendah dikalangan pelajar di Malaysia mengakibatkan mereka gagal untuk mendapatkan ilmu pengetahuan sampingan melalui buku-buku ilmiah yang terdapat di pasaran. AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 14
  • 15. KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 Disamping itu juga, penduduk di kawasan yang terlalu terpencil juga tidak dapat membaca walaupun mempunyai kebolehan disebabkan oleh bahan yang tidak mencukupi. Malah, menurut kajian yang dijalankan oleh Safiah Osman di bawah tajaan UNESCO, bahan-bahan yang menarik minat pelajar untuk membaca perlu ditambah nilai. Ini kerana bahan ilmiah yang bermutu serta menarik mampu menjana pemikiran pelajar ke tahap yang lebih tinggi. Seterusnya, kajian daripada pensyarah UITM mendapati pelajar perempuan lebih ramai yang berminat untuk membaca jika dibandingkan dengan pelajar lelaki. 2.4 RUMUSAN Sikap membaca dikalangan pelajar adalah kunci kepada kejayaan. Ini kerana secara tidak langsung ilmu pengetahuan yang berguna akan diserap masuk melalui pembacaan. Namun tabiat membaca seharusnya ditanam sejak dari awal lagi terutama di rumah. Untuk itu, ibu bapa seharusnya memainkan peranan mereka bagi meningkatkan kesedaran membaca dari rumah. Menurut Hamilton (2006), tabiat membaca sepatutnya bermula dari rumah dan sepatutnya dijadikan sebahagian daripada aktiviti untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Ketika sesi persekolahan, pelajar akan dibimbing oleh guru-guru bagi meneruskan aktiviti pembacaan mereka. Tambahan pula dengan pelbagai inisiatif kerajaan bagi menggalakkan program membaca di sekolah, sudah pasti pelajar akan lebih terdedah dengan tabiat membaca. Namun begitu, Program NILAM yang dirangka masih belum mencapai sasaran yang ditetapkan. Untuk itu, guru-guru perlu memainkan peranan mereka bagi memastikan keberkesanan program ini mampu dirasai oleh pelajar demi meningkatkan prestasi pembelajaran mereka. AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 15
  • 16. KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.0 PENDAHULUAN Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif (Soal selidik dan Temu bual langsung) bagi mengumpulkan semua data primer yang dikehendaki. Soalan adalah berkaitan dengan tanggapan guru terhadap kepimpinan di dalam menjalankan program NILAM, data bacaan semasa NILAM bagi murid Tahun 4 dan Tahun 5 serta kutipan markah pelajar bagi tujuan perbandingan dapatan. 3.2 REKA BENTUK KAJIAN Seperti yang telah dinyatakan di bahagian pengenalan, kajian ini melibatkan rekabentuk kajian kuantitatif dan kualitatif dan menjurus kepada rekabentuk kajian tindakan. Bagi data kuantitatif, kajian akan dijalankan berdasarkan rekabentuk tinjauan. Menurut David etl. (2010) Kajian berbentuk tinjauan biasanya dijalankan di sekolah kerana data yang diperolehi mampu menghuraikan sesuatu trend dan mengenalpasti ciri-ciri amalan tertentu dengan lebih tepat untuk dikaji. Di sini, kajian menggunakan rekabentuk tinjauan cross-sectional untuk mengkaji ciri-ciri kepimpinan guru bagi melaksanakan Program NILAM di sekolah dengan lebih berkesan. Manakala bagi data kualitatif berbentuk etnografi dipilih bagi kajian ini kerana persampelan diambil berdasarkan kumpulan murid-murid sekolah rendah Tahun 4 dan 5 untuk tujuan pensampelan. 3.3 PERSAMPELAN Menurut Gay & Airasian (2003) mendefinisikan populasi sebagai kumpulan sasaran pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan. Manakala sampel kajian merujuk kepada responden-responden kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu populasi. AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 16
  • 17. KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 Bagi kajian ini, kumpulan sasaran adalah terdiri daripada murid Tahun 4 dan 5 di SK Pawang Nong di Pahang. Daripada jumlah pelajar setiap kelas 50% sampel kajian akan dipilih. Persampelan Rawak Berstrata dipilih bagi memastikan hasil kajian dapat menjawab objektif kajian secara telus. Ini akan dibuat berdasarkan jumlah bacaan murid mengikut data NILAM, 50% sampel adalah berdasarkan bacaan NILAM tertinggi manakala 50% lagi berdasarkan bacaan nilai terendah NILAM dan dikaitkan dengan markah peperiksaan bagi setiap sampel yang terpilih. Bagi persampelan guru pula, guru Bahasa Inggeris dan guru Bahasa Melayu bagi Tahun 4 dan 5 dipilih bagi perbandingan kepimpinan dalam pengurusan NILAM. 3.4 INSTRUMEN KAJIAN Wallen & Fraenkel (2000) menyatakan soalan soal selidik membolehkan tindak balas yang konsisten dan boleh dipertingkatkan. Oleh demikian, set kajian yang disediakan merangkumi dua bahagian iaitu: Bahagian A : Soalan yang perlu dijawab oleh murid berkaiatan dengan Program NILAM dan Kepimpinan guru yang disukai semasa menjalankan program ini. Bahagian B :Soalan yang perlu dijawab oleh guru bagi mengenal pasti Sikap guru terhadap pengurusan Program Nilam serta ciri-ciri kepimpinan NILAM berkesan. Sehubungan itu, dua set soalan berdasarkan rujukan yang telah dibuat di dalam kajian literatur telah disediakan bagi membantu kajian yang dibuat. Set soalan yang dipilih mampu menghuraikan ciri-ciri kepimpinan guru untuk dikaitkan dengan keberkesanan perlaksanaan NILAM di sekolah. Selain daripada soalan soal selidik, kajian juga dibuat berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada sistem pengoperasian NILAM dan Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk dibandingkan dengan data daripada kaedah triangulasi yang dibuat. AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 17
  • 18. KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 3.4.1 TEKNIK PENGUTIPAN DATA Satu set soalan telah dibuat bagi menjawab persoalan kajian. Kesemua responden yang dipilih akan menjawab soalan kajian serta ditemubual dan dibuat pemerhatian bagi mendapatkan kesahan maklumat kajian. Penggunaan teknik Triangulasi ini mampu memberi keesahan yang tinggi kepada dapatan data yang diperolehi (Dr. David etl., 2001). Seterusnya, data NILAM responden akan dibawa keluar daripada sistem pengoperasian NILAM. Data ini dimasukkan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada setiap bulan berdasarkan jumlah bacaan murid semasa. Jumlah bacaan murid akan diberi pengiktirafan berdasarkan jumlah bacaan tertentu (Rujuk Lampiran 2). Kepimpinan guru mampu dilihat di sini secara terus jika dapatan data tidak dikemas kini. Manakala bagi markah peperiksaan murid, data akan diambil terus dari Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS). Prestasi murid akan digred seperti yang berikut; MARKAH GRED 0 - 19 E 20 - 39 D 40 - 59 C 60 - 79 B 80 - 100 A AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 18
  • 19. KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 Markah peperiksaan diambil semasa Peperiksaan Semester, untuk itu soalan kajian adalah berdasarkan piawaian yang telah ditetapkan oleh lembaga peperiksaan bagi menilai tahap kefahaman murid. 3.5 ANALISIS DATA Data kualitatif dan data kuantitatif perlu dianalisis secara berbeza mengikut kesesuaian data yang diperolehi (Dr. David etl.,2010). Namun bagi data yang dikutip daripada soalan soal selidik akan dianalisa mengunakan Sistem SPPSS version 17. Set soal selidik ini akan dijawab oleh guru. Temu bual dan juga pemerhatian langsung akan dijalankan bagi meningkatkan lagi keesahan dapatan kajian. Seterusnya, data NILAM responden yang terdiri daripada murid Tahun 4 dan 5 akan diambil daripada sistem pengoperasian NILAM. Data ini akan dibandingkan dengan keputusan peperiksaan murid yang diperolehi daripada Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS). Setelah kesemua data diperolehi, proses mengukur variabel kajian akan dilakukan secara terperinci bagi meningkatkan keesahan dapatan kajian. 3.5 RUMUSAN Pelaksanaan Program NILAM yang berkesan perlu perancangan yang teliti dan mempunyai sasaran untuk dicapai. Dalam hal ini, pelaksanaan NILAM perlulah bersifat spesifik dan mempunyai petunjuk prestasi (KPI) yang boleh diukur. Sehubungan dengan itu, kajian ini perlu menggunakan kaedah yang sesuai untuk membuat hubungkait berkaitan dengan kepimpinan guru dalam pengurusan NILAM dan kesannya terhadap prestasi murid. AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 19
  • 20. KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 SUMBER RUJUKAN Bogdan, R. C., & Biklen, S. K. (2003). Qualitative research for education. An introduction to theories and methods. Boston: Allyn & Bacon. Busher, H. & Hariss, A.with Wise,C (2000). Subject leadership and school Improvement. London: Paul Chapman Publishing Ltd. Cleland, D.I. (2004). Field Guide To Project Management. 2nd Ed. New Jersey: John Wiley Ciulla,J.B. (2004). Ethics and leadership effectiveness. Dalam J. Antonakis,A.T. Cianciolo & R.J. Sternberg, The nature of leadership. Thousand Oaks,CA: Sage Creswell, J. W. (1998). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five traditions. Thousand Oaks, CA: Sage Publications. Danielson,C. (2006). Teacher Leadership That Strengthens Professional Practice. Alexandria, VA : Association for Supervision and Curriculum Development. Durrant, J. & Holden, G. (2006). Teachers leading change. (Alma Harris, Ed.) London,UK : Paul Chapman Dr.David Lim Chong Lim etl.(2010) HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan ( 6th ed) Meteor Doc. Sdn. Bhd: Universiti Terbuka Malaysia. Dr.Salbiah Ismail etl. (2008) Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pelajaran Malaysia.Program pembacaan NILAM. Diperolehi pada 25 Oktober 2013 daripada: http://www.slideshare.net/rosminilobah880997/slide-show-program-nilam Field, (2004) Foster the quality of teacher leadership: Ten steps to Egulty in Education , DECD Publishing Gray & Airasian (2003).Leadership refined: An evocative context for teacher leadership. AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 20
  • 21. KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 School leadership and management, 23(4), 421-430 Hamilton (2006).Interview with Fullan: Change agent.Journal os staff Development,24(1).Dimuat turun pada 26 Oktober 2013 daripada: www.queensu.ca/idc/trainerslhandleaderlhtml. Kementerian Pelajaran Malaysia, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca Kementerian Pelajaran Malaysia, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2005 Perlaksanaan Program NILAM Lee Rutledge (2009) Teacher Leadership and School Improvement: A case study of teacher participating in the teacher leadership with a Regional Education Service Center.Diperolehi pada 24 Oktober 2013 daripada file:///C:/Documents%20and%20Settings/malim/Desktop/upsi/kepimpinan/te acher%20leadership%20kepimpinan.pdf Robbins,(2003) Organizational Behaviour.Prentice Hall PTR Saeeda.(2006).Educational leadership : An islamic perspective. British Educational Research Journal, 32(30,363-385 Thomas, N. (ed.) (2005). Adair on Leadership. New Delhi: Viva Books Pte.Ltd. Wallen & Fraenkel (2000) "Reading Habit Style: A Classroom-level Study", Journal of Educational Administration, Vol. 32 Iss: 3, pp.54 – 71 AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 21
  • 22. KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 LAMPIRAN 1 MODEL PROGRAM NILAM AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 22
  • 23. KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 LAMPIRAN 2 PENGANUGERAHAN TAHAP JAUHARI DI SEKOLAH RENDAH PENGIKTIRAFAN RAKAN PEMBACA (RP) TAHAP PEMBACAAN BERASASKAN BILANGAN BUKU DI SEKOLAH RENDAH AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 23
  • 24. KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 LAMPIRAN 3 CONTOH SOALAN KAJI SELIDIK NAME : ……………………………………………………….. CLASS : ……………………………………………………….. SCHOOL : ……………………………………………………….. QUESTIONNAIRE A) Learners’ perception of the reading material provided in the school library. QUESTIONS VERY AGREE AGREE DISAGREE VERY DISAGREE a. The library has a lot of reading material that suit to NILAM Programme. b. The books are interesting to read. c. There are good facilities in the school library . d. The school library is convenient. e. The book provided can gain new knowledge. f. Students enjoy at the library doing the NILAM Programmme. AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 24
  • 25. KRL 3034 - LATIHAN ILMIAH: Penulisan Peringkat Pertama – Draf Bab 1 + Bab 2 + Bab 3 B) Learners’ perception of synopsis or summary writing based on the reading materials used in the NILAM Programme. QUESTIONS AGREE DISAGREE 1. Can promote interest among the students. 2. Increase learner’s mastery of grammar in the language learnt. 3. Can increase learner’s writing skill. 4. Can increase learner’s reading skill. 5. Learners can complete the task within the time. AZRUL ASWAD BIN ABU BAKAR - PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI Page 25