Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
BAB
1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kata orang bijak pandai, “Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada
pembacaan.” Ke...
Oleh itu tindakan yang sesuai perlu diambil segera bagi mengatasi sebarang
masalah pembelajaran yang mungkin timbul dari s...
Masalah keciciran pembelajaran merupakan masalah yang sering kali
dihadapi oleh guru-guru yang mengajar di sekolah rendah ...
murid-murid yang berumur 5-9 tahun telah merosot. Tahun 1996 kadar literasi 79%
sementara 2006, merosot kepada 75% sahaja....
Selain itu, terlalu banyak perkataan di dalam bahan bacaan menjadikan
mereka keliru, buntu dan mula malas untuk mengeja da...
kelemahan tersebut supaya dapat meningkatkan kemahiran membaca di kalangan
murid-murid prasekolah
1.5 Objektif Kajian
Kaji...
menarik minat murid-murid untuk belajar Bahasa Melayu seterusnya menguasai
kemahiran membaca.
1.8 Batasan Kajian
Kajian ya...
1.9.1 Membaca.
Membaca adalah proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang
lambang-lambang bercetak atau bertuli...
berbentuk idea, pengalaman, perasaan, dan maklumat dalam bentuk tulisan untuk
berhubung dengan orang lain atau diri sendir...
merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
bersifat santai dan berhibur dengan penekanan perl...
Majzub (2003),pendidikan prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada
peringkat pendidikan selanjutnya serta menen...
BAB
2
TINJAUAN KEPUSTAKAAN
2.1 Pengenalan
Terdapat beberapa tinjauan pustakaan yang telah dilakukan oleh para
penyelidik t...
Dewasa ini kelemahan membaca dalam kalangan murid sekolah sama ada
sekolah menengah atau sekolah rendah menjadi perhatian ...
Justeru itu Noriah (1999) telah menggariskan peranan pendidikan pemulihan
sebagai langkah khusus dalam menangani masalah m...
iaitu sistem bunyi, tatabahasa, perbendaharaan kata dan cara-cara perkataan itu
disusun untuk menyampaikan maksud. Apabila...
Mengikut kajian yang dijalankan oleh Harison Othman (2005) yang
membincangkan tentang kaedah meningkatkan kemahiran membac...
Menzies (2007), dalam jurnal bertajuk “Early Intervention In Reading: From
Research To Practice” mendapati bahawa ada peni...
Kajian Durkin (1966) tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap
membaca walaupun masih di dalam kelas prasekolah mendap...
membaca akhbar setiap hari. Topik-topik berita yang paling diminati ialah kesihatan
49%, pendidikan dan perkembangan 36% d...
Menurut Westwood (2001), lebih kurang 16% kanak-kanak Australia
menghadapi masalah dalam membaca. Selain itu, 40% kanak-ka...
2.5 Peranan sekolah
Peranan pihak sekolah juga penting dalam meningkatkan kemahiran
membaca dalam kalangan murid. Bagi mur...
Trelease (1989) (dalam Lee Lai Guan, Rahman & Salihah, 2007) pula
berpendapat membaca kuat kepada anak-anak boleh mendatan...
dilakukan oleh kanak-kanak di dalam dan di luar kelas di bawah kelolaan sekolah
(Al-Tourny Al-Syaibany, 1979: Gordon and B...
Pendekatan didik-hibur atau edu-tainment approach atau pendekatan hiburan
berpendidikan adalah satu proses merancang dan m...
2.9 RUMUSAN
Kajian Pustakaan membincangkan kajian lepas yang dijalankan oleh
pengkaji-pengkaji. Kajian-kajian yang dilakuk...
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan metadologi kajian yang digunakan dalam kajian ini.
Metadologi...
Data yang dikutip adalah melalui ujian yang dijalankan oleh responden yang
dipilih. Data ini dapat dijadikan panduan bagi ...
menguasai kemahiran KVKV dan hanya mengenal abjad dan tahu akan pengkelasan
konsonon dan vokal sahaja.
3.4 Perancangan tin...
Aktiviti yang akan saya jalankan adalah membaca perkataan dengan
menggunakan melodi “kalau rasa gembira”. Sebagai contohny...
Aktiviti ini dianggap rasional kerana murid dapat mengetahui sendiri
jawapan yang disusun sama ada betul atau salah berdas...
3.5.1 Soal selidik temubual secara rawak.
Dalam tinjauan awal satu soal selidik secara temubual telah dijalankan secara
ra...
3.5.3 Ujian Pra
Untuk mendapat data bagi ujian pra, dua kaedah digunakan iaitu kaedah
secara lisan dan bertulis. Untuk kae...
Pada peringkat tinjauan, pengumpulan data dijalankan untuk mengenal pasti
masalah yang wujud. Saya telah menjalankan pemer...
3.7 Kajian Rintis.
Bagi mendapatkan keesahan dan keboleh percayaan dalam kajian ini kajian
rintis digunakan. Kajian ini mi...
dengan jelas. Dalam kajian ini data yang dikumpul diproses dalam bentuk peratusan.
Setiap pengiraan data akan dimuatkan da...
BAB 4
ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN
4.1 Pengenalan
Segala data yang diperolehi daripada soal selidik yang telah dijawab o...
kelemahan responden dapat dilihat. Hasil pemerhatian ini diperkuatkan lagi apabila
10 orang atau 50% daripada 20 orang mur...
Penilaian Bacaan Lisan Oleh Guru
Bil Nama Ujian Pra Ujian Pasca
Kenal
& sebut
huruf
Mengeja Membaca
dengan
baik.
Kenal
& s...
Kenal & Sebut Huruf 15 orang 100%
Membaca 15 orang 100%
Mengeja dengan baik 10 orang 66.7%
Jadual 2
Graf Ujian Bacaan Lisa...
Ujian pra dan pos menggunakan teks petikan yang sama untuk memudahkan
melihatkeberkesanan rawatan yang diberi. Hasil dapat...
Hari-hari Bibi _________________buku
cerita.
Mama ______________buku cerita baharu.
Analisis jawapan responden.
Bil Nama U...
Jadual 3
 Ujian Pra
Kategori Jumlah Pelajar Peratusan
Tidak Mengisi Jawapan 8 orang 53.3%
Jawapan Salah 3 orang 20.0%
Jaw...
0.00%
20.00%
40.00%
60.00%
80.00%
Tidak
mengisi
jawapan
Jawapan
salah
Jawapan
betul
Ujian
Pra
Ujian
Pos
Ujian Pra
Ujian Po...
BAB 5
RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Rumusan dapatan kajian secara keseluruhannya adalah dibuat berdasarka...
Kaedah ini juga dikesan mampu menarik minat pelajar dalam mata pelajaran
lain jika digunakan. Contohnya dalam Komponen Kog...
situasi di luar sekolah tersebut. Walaupun begitu, dapatan kajian ini boleh
dimanfaatkan jika situasi kelas itu sama denga...
pula merangkumi aktiviti menyanyi dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul di
samping melakukan gerak kreatif.Setelah ...
Pada tahap ini, guru harus bijak memilih dan menentukan jenis lagu dan
irama yang sesuai dengan murid serta sepadan dengan...
Kajian seterusnya harus dijalankan dengan lebih kreatif, praktikal dan
berkesan untuk memastikan masalah bacaan dalam kala...
RUJUKAN
Abdul Aziz Abdul Talib.(1989) Psikolinguistik dan Pengajaran Bacaan Di Sekolah-
Sekolah Rendah.Kuala Lumpur. Dewan...
Lumpur Fajar Bakti
Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abd Aziz, 1997). Pengajian Melayu III :
Komunikasi Bahasa . Kual...
Holly M Menzies (2007), bertajuk “Early Intervention In Reading: From Research
To Practice”
Kementerian Pendidikan Malaysi...
LAMPIRAN A
Teks Petikan
Ujian Pos / Ujian Lisan.
Buku
Bibi suka baca buku.
Bibi suka baca buku cerita.
Hari-hari Bibi baca...
Lengkapkan cerita di bawah dengan jawapan yang
sesuai.
Bibi suka baca ________________.
Bibi _______________baca buku ceri...
bi bi su ka
ba ca bu ku
bi bi su ka
ba ca bu ku
ce ri ta ha
ri ha ri bi
bi ba ca bu
ku ce ri ta
LAMPIRAN D
55
CONTOH KAD BACAAN CERITA PENDEK.
( aktiviti pengayaan )
KERETA BAHARU
Ayah ada kereta baharu.
Kereta ayah berwarna biru
Ke...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Kajian tindakan pra sekolah

15,311 views

Published on

sdsd

Published in: Career
  • Be the first to comment

Kajian tindakan pra sekolah

  1. 1. BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Kata orang bijak pandai, “Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada pembacaan.” Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada keluarga. Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi. Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian. Contohnya perkataan “mama” dan “papa.” Kedua-dua perkataan ini boleh disebut, dibaca dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya. Kemahiran membaca bukanlah kemahiran semula jadi. Membaca tidak sama pembentukannya seperti berjalan atau berlari. Kanak-kanak secara semulajadi boleh berkembang dari segi psikomotor tapi sebaliknya, kanak-kanak tidak boleh membaca secara semulajadi. Ini bermakna, kemahiran ini perlu dipupuk dengan cara yang tersusun dan berkesan. Hakikatnya, kemahiran membaca merupakan kemahiran peringkat tinggi. Pengalaman kita sendiri jelas menyokong kenyataan bahawa kemahiran membaca bukanah satu perkara yang mudah. Masih ramai kanak-kanak di peringkat sekolah rendah dan juga menengah yang masih tidak boleh membaca dengan lancar dan baik. Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai bermula dari prasekolah. Sekiranya mereka masih belum dapat menguasai kemahiran asas membaca pada ketika ini, maka murid-murid ini akan terus tercicir dan tidak dapat bersaing dengan murid-murid yang lain di dalam kelas biasa. Kegagalan menguasai kemahiran membaca menyebabkan murid tidak dapat membaca dengan betul dan lancar malah mereka tidak akan dapat menjawab soalan yang akan dikemukakan. 1
  2. 2. Oleh itu tindakan yang sesuai perlu diambil segera bagi mengatasi sebarang masalah pembelajaran yang mungkin timbul dari semasa ke semasa. Salah satu langkah yang perlu diambil adalah dengan menjalankan ujian-ujian yang tertentu bagi membolehkan guru mendapatkan maklumat asas tentang pencapaian murid- murid. Ujian diagnostik adalah salah satu ujian yang boleh digunakan untuk menyaring murid-murid tersebut. Seterusnya kaedah bacaan secara didik hibur boleh digunakan untuk meningkatkan lagi kemahiran membaca di kalangan murid-murid prasekolah. 1.2 Latar belakang kajian. Frasa “belajar membaca” bermula pada peringkat awal kanak-kanak. Selepas tamat belajar di prasekolah, murid-murid sepatutnya telah menguasai kemahiran asas membaca (kesediaan membaca). Membaca pada peringkat ini dianggap sebagai peringkat awal bacaan atau peringkat kesediaan. Peringkat ini merupakan masa yang penting dan menjadi landasan atau asas kepada perkembangan seterusnya. Pada peringkat prasekolah, murid-murid akan membentuk persepsi kejayaan atau sebaliknya sebagai pelajar (Rohaty, 1998). Kesediaan membaca merujuk kepada kemahiran membaca pada peringkat awal kanak-kanak. Penyelidik-penyelidik dalam bidang ini menerangkan aspek kesediaan membaca melalui istilah yang berbeza seperti “kemunculan bacaan” atau emergent literacy (Sulzby, 1991), kesediaan membaca (Downing & Thackray, 1975; Fortson, L. R. & Reiff, J. C., 1995; Yeo 2004, 2006, etc.), teachable moment perihal membaca (Dechant (1991), dan kesediaan bersekolah (Kagan, 1992). Biar apa sekalipun istilahnya, kesediaan membaca pada dasarnya dikaitkan dengan kemampuan dan keupayaan membaca dalam kalangan murid-murid prasekolah, iaitu peringkat sebelum memasuki alam persekolahan. 2
  3. 3. Masalah keciciran pembelajaran merupakan masalah yang sering kali dihadapi oleh guru-guru yang mengajar di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Masalah ini juga merupakan akar umbi bagi permasalahan yang berlaku di peringkat negara di mana masalah keciciran pembelajaran ini sekiranya dijangka berterusan akan menyebabkan kepada masalah sosial yang lain. Senario semasa inilah yang melanda murid-murid dan juga remaja-remaja sekolah pada masa kini. Kita dapat perhatikan masalah disiplin murid-murid sama ada di sekolah rendah ataupun di sekolah menengah semuanya adalah terdiri daripada murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran sama ada mereka tidak berminat terhadap pelajaran tersebut kerana tidak faham atau mereka memang tidak berminat untuk ke sekolah lagi. Masalah tidak tahu membaca ini merupakan masalah yang utama bagi murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran ini. Hal ini kerana membaca merupakan kunci kejayaan bagi seseorang murid dalam proses pembelajaran. Membaca bermula daripada mengenal, mengecam, menyebut huruf dan suku kata, membatangkan dan membaca perkataan, ayat, seterusnya petikan ataupun karangan. Sebenarnya apa yang berlaku kepada murid-murid ini adalah disebabkan beberapa faktor yang mana pihak tertentu sering menyalahkan atau menuding jari kepada pihak yang lain atas kegagalan mereka ini. Pada 14 Oktober 2001, Utusan Malaysia melaporkan bahawa 100,000 murid Tahun Satu hingga Tahun Enam tidak tahu membaca, menulis dan mengira. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2002) pula melaporkan seramai 2400 orang murid Tingkatan Satu tidak boleh membaca.Menurut tinjauan yang dibuat oleh Perpustakaan Negara Malaysia tahun 2006, peratus celik huruf 3
  4. 4. murid-murid yang berumur 5-9 tahun telah merosot. Tahun 1996 kadar literasi 79% sementara 2006, merosot kepada 75% sahaja. Menyedari betapa kritikalnya masalah ini, maka pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menubuhkan satu Mesyuarat Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, pada 22 November 2005 dan satu ketetapan telah dibuat supaya masalah kegagalan membaca dan menulis dalam kalangan murid prasekolah perlu ditangani dengan segera. Bertitik-tolak dari situ, satu kesedaran mula timbul untuk menjalankan satu kajian dalam mencari kaedah terbaik untuk membantu murid prasekolah menguasai kemahiran-kemahiran membaca. Diharap dengan kaedah yang dijalankan dapat membantu murid-murid ini lulus di dalam semua mata pelajaran yang dipelajari di sekolah. Ini kerana membaca adalah kunci kejayaan seseorang individu. 1.2 Pernyataan Masalah Membaca adalah satu perkara yang penting di dalam kehidupan seharian kita.Sekiranya kita tidak boleh membaca, maka terputuslah perhubungan kita dengan dunia luar. Begitulah pentingnya kemahiran membaca untuk murid-murid prasekolah. Seawal sesi pembelajaran di prasekolah mereka telah diterapkan dengan kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira ) . Kajian awal dijalankan untuk memperolehi data awal melalui ujian pra yang di jalankan ke atas 20 orang murid prasekolah di salah sebuah sekolah rendah di daerah Gombak, Selangor. Hasil ujian pra tersebut, seramai 15 orang murid yang lemah dalam kemahiran membaca telah dikesan. Kelambatan mengeja dalam perkataan dan ayat yang panjang adalah masalah bagi murid-murid mereka. 4
  5. 5. Selain itu, terlalu banyak perkataan di dalam bahan bacaan menjadikan mereka keliru, buntu dan mula malas untuk mengeja dan membaca. Masalah membaca juga boleh mempengaruhi prestasi murid-murid dalam komponen lain selain komponen perkembangan bahasa. Bagi murid yang kurang cekap dalam membaca akan ketinggalan dalam sesi pembelajaran dan akan mempengaruhi keputusan mereka apabila masuk ke tahun satu. Justeru itu, masalah membaca harus diatasi segera. Salah satu kaedah yang boleh mencetuskan minat membaca, adalah dengan penggunaan kad bacaan dan kad ayat-ayat pendek yang mudah difahami dengan harapan ia mampu menarik minat murid untuk minat membaca. Kaedah ini sebenarnya bukanlah satu kaedah baru. Menurut Nik Safiah Karim dalam bukunya Pendekatan Pengajaran Bacaan Peringkat Sekolah Rendah (1998), kaedah ini telah mula diperkenalkan oleh Smith ( dalam Sofia Hamid, 1983 ) yang menerokai bidang penyelidikan tentang masalah membaca dalam kalangan kanak-kanak bermula dari 1891 hingga tahun 1966 di Eropah. Smith ( dalam Sofia Hamid, 1983 ) memperkenalkan kaedah ini sebagai ayat dan cerita pendek. Hasil perkembangan semasa kaedah ini mula diubah suai menjadi satu kaedah baru yang dikenali sebagai kaedah kad bacaan. Kaedah ini memerlukan guru menulis perkataan yang mudah dalam satu kad bagi memudahkan murid membaca. Seterusnya perkataan akan diganti dengan cerita pendek untuk peringkat seterusnya. 1.4 Tujuan Kajian Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kelemahan-kelemahan yang dihadapi oleh murid-murid prasekolah dalam kemahiran membaca dan menggunakan kaedah kad bacaan suku kata serta latih tubi untuk mengatasi 5
  6. 6. kelemahan tersebut supaya dapat meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid prasekolah 1.5 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap pencapaian pengetahuan dan kemahiran membaca di kalangan murid-murid prasekolah di salah sebuah sekolah rendah di dalam daerah Gombak, Selangor. Pendekatan kaedah kad bacaan suku kata dan teknik latih tubi secara didik hibur digunakan untuk meningkatkan kemahiran membaca murid-murid tersebut. 1.6 Persoalan Kajian Persoalan kajian yang dikemukakan bagi kajian ini ; 1. Adakah murid dapat membaca dengan lancar suku kata ( KVKV ) ? 2. Apakah kaedah dan cara yang sesuai untuk meningkatkan minat murid terhadap kemahiran membaca ? 1.7 Kepentingan Kajian Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran kepada kepada guru-guru prasekolah tentang tahap penguasaan kemahiran berbahasa khususnya dalam kemahiran membaca di kalangan murid-murid prasekolah. Selain itu, diharap tinjauan ini akan berguna kepada para guru untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran berbahasa murid-murid dan secara tidak langsung memberikan alternatif berkesan untuk 6
  7. 7. menarik minat murid-murid untuk belajar Bahasa Melayu seterusnya menguasai kemahiran membaca. 1.8 Batasan Kajian Kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan. Ianya bertujuan untuk mengenal pasti aspek yang perlu diambil kira sebagai kajian yang perlu diberikan perhatian yang khusus. Beberapa batasan kajian terpaksa dibuat bagi memudahkan kajian ini dijalankan. Batasan-batasan kajian yang dilakukan adalah seperti berikut: i) Pemilihan sekolah hanyalah kepada sebuah sekolah sahaja di daerah Gombak, Selangor. ii) Responden yang dipilih adalah secara rawak iaitu melibatkan seramai 15 orang murid prasekolah. iii) Sampel ini hanya menyentuh tentang aplikasi penggunaan kad bacaan secara latih tubi menggunakan teknik didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dalam kalangan responden murid prasekolah. iv) Maklumat yang diperolehi merupakan maklum balas daripada ujian pra, ujian pasca dan proses pemerhatian. Ketekalan dan kebolehpercayaan dapatan kajian ini bergantung sepenuhnya daripada kejujuran dan tindak balas yang diberikan oleh responden. 1.9 Definisi operasional. Bahagian ini akan menerangkan beberapa definisi penting tentang kemahiran membaca, menulis, latih tubi dan pengajaran dan prasekolah. 7
  8. 8. 1.9.1 Membaca. Membaca adalah proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis, Harris dan Sipay (1980). Manakala Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual iaitu lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan, menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya ( Marohaini Yusoff, 1999 ). Dua definisi yang diberikan ini sudah cukup untuk menjelaskan bahawa kemahiran membaca adalah satu proses yang kompleks. Membaca adalah satu keupayaan untuk membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jedayang betul. Penekanan adalah diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik. Melalui huraian di atas menunjukkan bahawa membaca bukanlah hanya merupakan proses mekanikal yang melibatkan tulisan dan huruf semata-mata. Membaca merupakan proses yang saling bertimba balik antara tulisan huruf dan seterusnya proses menterjemahkan penulisan serta proses permaknaan perkataan yang telah diterjemahkan tadi. Oleh itu membaca bukanlah satu proses yang mudah tetapi melibatkan satu siri proses yang kompleks ( Zulkifley Hamid , 2006 ). 1.9.2 Kemahiran menulis. Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh pelajar. Kepentingan menguasai kemahiran ini telah pun dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001). Melalui aktiviti menulis, pelajar akan dapat merakam atau menghasilkan bahan yang 8
  9. 9. berbentuk idea, pengalaman, perasaan, dan maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri ( Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abd Aziz, 1997). 1.9.3 Teknik latih tubi. Teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang- mengarang dan sebagainya. Edward M. Anthony (1990) mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Manakala mengikut Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan unruk mencapai sesuatu objektif. Teknik latih tubi adalah aktiviti peengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai tahap penguasaan kemahiran di samping menjamin kekekalannya. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu. Boleh digunakan untuk mnecapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan- perkataan serta tugasnya dalam situasi penggunaan perkataan-perkataan itu. 1.9.4 Pendekatan Teknik Didik Hibur Didik hibur bermaksud mendidik sambil berhibur.Dalam Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didk sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar. Manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati.Ringkasnya, didik hibur 9
  10. 10. merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan perlaksanaan terhadap empat komponen sastera iaitu nyanyian, lakonan, bercerita dan puisi. Oleh itu, murid- murid dapat merasai keseronokan semasa belajar secara total kerana sesi pembelajaran telah dirancang dengan sistematik. 1.9.5 Pengajaran Konsep pengajaran dijelaskan dengan pelbagai definisi ( Sharifah Alwiah, 1983; Tengku Iskandar, 1986; Yaxley, 1991 ). Sharifah Alwiah menganggap pengajaran sebagai aktiviti atau proses kerana apabila mengajar aktiviti seperti menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Sharifah Alwiah juga menganggap pengajaran sebagai suatu proses komunikasi walaupun tidak semua aktiviti pengajaran merupakan komunikasi antara guru dengan pelajar. Yaxley berpendapat pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Yaxley melihat pengajaran sebagai aktiviti intelek yang melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian. 1.9.6 Prasekolah Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003), pendidikan prasekolah didefinisikan sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan di peringkat sekolah rendah. Pengalaman prasekolah dan pembelajaran yang berkesan,bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat. Menurut Rohaty Mohd 10
  11. 11. Majzub (2003),pendidikan prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada peringkat pendidikan selanjutnya serta menentukan kejayaan hidup seseorang individu. Pendidikan prasekolah juga adalah satu program yang menyediakan pengalaman pambelajaran kepada kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Pembelajaran tadika bukan merupakan pembelajaran wajib dalam Pendidikan Malaysia. 1.10 Rumusan Bab ini menghuraikan pernyataan masalah, tujuan kajian dan objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian , batasan kajian yang dilaksanakan dan definisi operasional. Kajian ini juga melibatkan pembelajaran membaca dengan menggunakan kaedah bacaan dan teknik latih tubi bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran membaca di kalangan murid-murid prasekolah. 11
  12. 12. BAB 2 TINJAUAN KEPUSTAKAAN 2.1 Pengenalan Terdapat beberapa tinjauan pustakaan yang telah dilakukan oleh para penyelidik terdahulu mengenai masalah kelemahan murid dalam menguasai kemahiran membaca ini. Permasalahan yang telah dikaji ini oleh pengkaji ini hampir sama seperti mana yang hendak dijalankan, cuma bahan kajian sahaja dan reka bentuk kajian yang berbeza. Hubung kait antara kajian ini akan dapat membantu guru-guru serta murid-murid menangani masalah pembelajaran yang sering mereka hadapi. 2.2 Tinjauan Kepustakaan Berkaitan Kemahiran membaca. Kerajaan telah menggariskan beberapa matlamat dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ). Antaranya ialah pembangunan insan yang merujuk kepada ilmu pengetahuan. Salah satu sumber untuk memperolehi ilmu pengetahuan pula melalui membaca. Logiknya, individu tidak akan dapat membaca dan menulis sekiranya mereka tidak menguasai asas membaca dan menulis. Hal ini ditegaskan oleh Smith (dalam Sofiah Hamid, 1983) yang menyatakan bahawa murid perlu terlebih dahulu menguasai kemahiran asas membaca sebelum menguasai kemahiran membaca. 12
  13. 13. Dewasa ini kelemahan membaca dalam kalangan murid sekolah sama ada sekolah menengah atau sekolah rendah menjadi perhatian masyarakat. Mengikut statistik daripada Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1997) menunjukkan bahawa seramai 85 377 orang murid sekolah rendah seluruh Malaysia menghadapi masalah dalam membaca dan menulis iaitu tidak boleh menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Selain itu, minat membaca masih belum menggalakkan. Di dalam satu kajian, didapati hanya 42% yang telah membaca buku di dalam tempoh 6 bulan sebelum kajian tersebut dijalankan. Itupun hanya separuh ( 20 % ) yang tidak dapat menyatakan tajuk buku yang dibacanya ( Atan Long. et. al. 1984 ). Manakala dari segi bilangan muka surat yang dibaca didapati rakyat Malaysia hanya membaca secara purata satu muka surat setahun, berbanding Jepun iaitu 200 muka surat setahun dan juga Amerika Syarikat. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Harison Othman (2005) yang membincangkan tentang kaedah meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar tahun dua, menyatakan bahawa setiap kanak-kanak perlu diajar membaca dengan menggunakan kaedah yang mudah difahami serta memberi kesan yang mendalam terhadap tahap ingatan kanak-kanak supaya masalah membaca tidak membelenggu kehidupan mereka kelak. Laporan dari Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (1999) pula menyatakan bahawa tedapat seramai 24 000 dalam kelas peralihan tingkatan satu masih tidak dapat membaca, menulis dan mengira. Laporan tersebut menunjukkan bahawa masalah membaca dalam kalangan murid sekolah adalah satu perkara yang perlu diatasi segera. 13
  14. 14. Justeru itu Noriah (1999) telah menggariskan peranan pendidikan pemulihan sebagai langkah khusus dalam menangani masalah membaca, menulis dan mengira ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dikesan. 2.3 Kajian membaca dalam negara. Pada umumnya diakui bahawa kemampuan murid-murid membaca berkembang sedikit demi sedikit melalui beberapa tahap perkembangan pembacaan. Kemampuan murid untuk membaca memerlukan setiap murid menguasai beberapa kemahiran membaca. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-3, kemahiran didefinisikan sebagai kecekapan dan kepandaian yang diketahui oleh seseorang sama ada belajar, menelaah, merujuk, memahamkan, meneliti, menghafaz, mengaji, mengkaji, melafazkan, mengucapkan, mendeklamasi, menuturkan, berkata, membatang, mentafsir, meramal, menyimpulkan, menilik, meneliti, melihat dan memerhati. Menurut Yahya Othman (1988), proses membaca adalah usaha berterusan yang dilakukan oleh pembaca melalui amalan kognitifnya bagi memperoleh makna teks yang dibaca. Di samping itu, proses membaca juga melibatkan analisis yang dilakukan oleh pembaca semasa membaca bagi mendapatkan gambaran atau idea yang terdapat di dalam teks. Atan Long (1983) , kebolehan mengenal lambang- lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula kepada bunyi suara (bahasa) dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu. Abdul Aziz Talib (1989), pula memberitahu bahawa pembaca memerlukan kemahiran-kemahiran tertentu dalam proses membaca, pengetahuan dan kemahiran berkenaan bahasa yang digunakan dalam bahan yang dibacanya dan berkenaan perkataan-perkataan yang terdapat dalam bahasa itu. Sebelum kanak-kanak boleh membaca mereka memerlukan pengetahuan asas berkenaan bahasa yang digunakan, 14
  15. 15. iaitu sistem bunyi, tatabahasa, perbendaharaan kata dan cara-cara perkataan itu disusun untuk menyampaikan maksud. Apabila kanak-kanak mua belajar membaca, mereka lebih senang membaca bahan-bahan tulisan yang menggunakan bahasa yang mengikut struktur-struktur linguistik yang mereka telah biasa gunakan dalam pengalaman dan mengikut pengetahuan mereka sehari-hari. Selain itu, kemahiran membaca yang tinggi akan menyebabkan murid menguasai pelbagai aspek bahasa dan penyusunan idea yang bernas dan teratur. Sebaliknya, murid-murid yang kurang minat membaca akan menjadikan pengetahuan mereka tidak luas malah akan menjadikan mereka kekurangan kosa kata (Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd. Baharin, 2007). Menurut Mangantar Simanjuntak (1985), psikolinguistik menganggap membaca itu sebagai satu proses yang aktif dan bersungguh-sungguh untuk mencari dan menentukan erti. Pencarian dan penentuan erti ini dilakukan dengan cara mengerahkan erti yang ada dalam otaknya kepada teks yang dibacanya dengan tiga jenis sistem saran bunyi, sintaksis dan konteks. Nyatalah proses membaca merupakan proses pengintegrasian idea, di antara yang ada pada teks dengan yang ada pada pembaca. Kajian yang dijalankan oleh Azman Wan Chik (1989) dalam Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Bahasa Melayu III mengatakan bahawa masalah membaca bahasa Melayu memang wujud dalam Tahap Penguasaan Dan Kesukaran Membaca Dan Menulis Dalam Kalangan Murid KIA 2M 177 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008 kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Hasil kajiannya menunjukkan bahawa daripada 25 buah sekolah luar bandar menunjukkan 18 % ada mengalami masalah membaca. 15
  16. 16. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Harison Othman (2005) yang membincangkan tentang kaedah meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar tahun dua, menyatakan bahawa setiap kanak-kanak perlu diajar membaca dengan menggunakan kaedah yang mudah difahami serta memberi kesan yang mendalam terhadap tahap ingatan kanak-kanak supaya masalah membaca tidak membelenggu kehidupan mereka kelak. Laporan dari Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (1999) pula menyatakan bahawa tedapat seramai 24 000 dalam kelas peralihan tingkatan satu masih tidak dapat membaca, menulis dan mengira. Laporan tersebut menunjukkan bahawa masalah membaca dalam kalangan murid sekolah adalah satu perkara yang perlu diatasi segera. Justeru itu Noriah (1999) telah menggariskan peranan pendidikan pemulihan sebagai langkah khusus dalam menangani masalah membaca, menulis dan mengira ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dikesan. Masalah kegagalan murid menguasai kemahiran membaca juga dikaji oleh Charlotte J Bolling (2008), dalam artikelnya yang bertajuk “Reading Success In The Intervension Classroom”. Menurut Yahya Othman (2005) , semasa membaca dan sekiranya andaian kita sudah dapat dipastikan, teks itu akan menjadi lebih bermakna. Sekiranya pengetahuan pembaca tentang sesuatu bahasa mencukupi dan boleh mengaitkan maklumat dalam teks kepada apa yang sedia ketahui, pembaca sebenarnya sudah memiliki situasi bacaan yang dianggap sempurna . Dalam artikel tersebut beliau menyatakan masalah kegagalan membaca menjadi semakin serius jika tiada langkah sistematik dilakukan. Kajiannya mendapati bahawa masalah membaca memang timbul pada murid lemah. Mereka memerlukan lebih tumpuan daripada gurunya. Kajian yang dibuat oleh Holly M 16
  17. 17. Menzies (2007), dalam jurnal bertajuk “Early Intervention In Reading: From Research To Practice” mendapati bahawa ada peningkatan sebanyak 75% murid semakin boleh membaca jika mereka diberikan kaedah “rawatan” yang betul. Banyak kajian yang telah menunjukkan wujudnya pengaruh taraf status sosioekonomi keluarga terhadap pencapaian dan kebolehan kanak-kanak dalam bacaan ( Juriah Long,1975; Asiah Abu Samah, 1977). Murid daripada keluarga status ekonomi lebih tinggi didapati memperolehi pencapaian yang lebih baik berbanding murid berbanding dengan pelajar . Pada umumnya murid-murid di bandar menunjukkan kadar pembacaan yang lebih tinggi daripada murid-murid luar bandar. Di Malaysia satu kajian telah dijalankan oleh Kibat (1978), ke atas penduduk-penduduk Melayu di luar bandar di Negeri Selangor. Kajian yang dilakukan secara temuramah di dua puluh lima kawasan pendalaman itu menunjukkan bahawa 75.1% daripada penduduk luar bandar di Selangor membaca akhbar, 14.4% membaca majalah dan 7.1% membaca buku . 2.4 Kajian membaca luar begara. Banyak kajian mengenai minat membaca yang telah dijalankan sebelum ini kerana masalah minat membaca bukanlah satu masalah yang baru. Jones (1986) membuat kajian di New York ke atas murid-murid Tahun Tiga, Empat dan Lima untuk mengetahui jenis pembacaan sebagai hiburan. Seramai 901 orang murid telah dipilih yang terdiri daripada 343 orang murid darjah tiga, 309 orang murid darjah empat dan 249 orang murid darjah lima yang dikehendaki memilih pelbagai jenis buku iaitu fiksyen, sains dan teknologi, misteri, sukan, cerita fantasi, jenaka, puisi, riwayat hidup seseorang, sejarah dan maklumat. Beliau mendapati kebanyakan buku yang dipilih ialah jenis misteri dan sains serta teknologi. 17
  18. 18. Kajian Durkin (1966) tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca walaupun masih di dalam kelas prasekolah mendapati bahawa faktor utama yang mendorong mereka cepat dan lancar membaca ialah jumlah bahan bacaan yang mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa.Menurut Liew Phaik Guat Selina (1998), membaca bermaksud satu bentuk aktiviti mentafsir simbol atau huruf ke dalam bentuk perkataan dan ayat yang memberi makna kepada seseorang individu. Selain itu, See Bee Ean (2008) menyatakan bahawa membaca ialah keupayaan pelajar mentafsir simbol dan perkataan dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Berdasarkan makna tersebut jelaslah bahawa betapa pentingnya kemahiran membaca kerana setiap yang dilihat boleh ditafsirkan maknanya apabila seseorang itu boleh membaca. Bolt (1992) yang menjalankan kajian di Canada ke atas 530 orang murid darjah empat, enam dan lapan untuk menunjukkan hubungan pencapaian membaca dengan persekitaran. Beliau mendapati kualiti persekitaran pembacaan dan cara interaksi di rumah memberi kesan yang positif ke atas pembacaan murid-murid. Tahap pendidikan ibu bapa juga menunjukkan hubungan yang signifikan tetapi minat membaca di kalangan ibu bapa menunjukkan korelasi yang rendah ke atas pembacaan murid-murid. Kajian Fitgerald (1992) yang ditaja oleh kerajaan Perancis, ke atas murid- murid remaja di Perancis mendapati bahawa kadar pembacaan akhbar adalah lebih tinggi daripada ibu bapa mereka. Golongan remaja itu juga mempunyai minat yang tinggi dalam peristiwa semasa dan selalu membincangkannya di dalam bilik darjah. Mereka juga lebih mempercayai berita daripada televisyen berbanding dengan akhbar. Namun begitu satu daripada empat murid-murid sekolah tinggi didapati 18
  19. 19. membaca akhbar setiap hari. Topik-topik berita yang paling diminati ialah kesihatan 49%, pendidikan dan perkembangan 36% dan persekitaran 27%. Prof. DR. Henry Guntur Tarigan (1994) mengatakan bahawa masa untuk membaca tidak perlu lebih dari 15 hingga 30 minit, tetapi kesetiaan murid terhadap pembacaan akan meningkatkan kemahiran membaca mereka. Schorp (1986) yang menjalankan kajian di Pennsylvania, ke atas 361 orang murid darjah empat mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara murid lelaki dan perempuan dalam kecenderungan membaca. Kecenderungan membaca juga bergantung kepada kemudahan mendapatkan buku, taraf pendidikan bapa, pekerjaan bapa dan persekitaran di rumah. Baker (1989), menjalankan kajian ke atas 96 orang kanak-kanak tadika berumur 4 hingga 5 tahun di San Diego mendapati tiga faktor yang mempengaruhi bacaan kanak-kanak tadika iaitu bahan bacaan yang bersesuaian dengan umur, kekerapan menggunakan perpustakaan dan taraf pendidikan ibu bapa. Moore (1992) menjalankan kajian ke atas kanak-kanak tadika di Amerika, mendapati bahawa cara kanak-kanak berinteraksi sesama teman sekelas dan guru mempunyai hubungan yang signifikan dengan perkembangan bacaan kanak-kanak tersebut. Manakala Bonacci (1993), telah membuat kajian ke atas kanak-kanak darjah enam yang berkemahiran membaca dan tidak berkemahiran membaca. Seramai enam puluh lima kanak-kanak telah disuruh membaca lapan petikan sains pendek dan kemudian diuji perbendaharaan kata serta daya mengingat. Beliau mendapati bahawa kanak-kanak yang berkemahiran membaca menunjukkan pencapaian yang lebih baik berbanding dengan kanak-kanak yang tidak berkemahiran membaca dari segi perbendaharaan kata dan daya mengingat. 19
  20. 20. Menurut Westwood (2001), lebih kurang 16% kanak-kanak Australia menghadapi masalah dalam membaca. Selain itu, 40% kanak-kanak yang berumur sembilan tahun di Amerika Syarikat berada di bawah purata tahap kebolehan membaca ( U.S. Department of Education, 1998 ). Seramai lapan hingga 12% kanak-kanak prasekolah dan 12% kanak-kanak tahun satu menghadapi masalah penguasaan bahasa iaitu lemah dalam kemahiran mendengar dan membaca di Amerika Syarikat dan Kanada ( J amieson, 2007 ). Kelemahan dalam penguasaan bahasa dan kemahiran membaca di peringkat prasekolah akan berlanjut dari peringkat kanak-kanak ke peringkat dewasa dan seterusnya ( Catts, Fey, Tomblin, & Zhang, 2002; Lewis & Freebairn, 1992; Roth, Speece, & Cooper, 2002; Snowling, Bisjop, & Stothard, 2000 dan Law, Boyle, Harris, Harkness & Nye, 1998 ). Riechorf (1997) menilai amalan pengajaran pemahaman membaca dengan mengaitkan model membaca psikologi kognitif. Kajian ini bertujuan menilai pengajaran membaca kefahaman yang diamalkan bersesuaian dengan model Dolores Durkin yang dijalankan pada tahun 1978. Kajian itu bertujuan mengenal pasti perubahan dan trend yang memberikan impak dalam pengajaran pemahaman membaca. Menurut kajian Coleman (1995), penggunaan strategi menggunakan peta semantik dapat memberikan kesan kepada tahap pemahaman pelajar. Pelajar lebih memahami teks yang dibaca dan dapat mengekalkan pemahaman. Ini menunjukkan penggunaan strategi membacaseperti menggunakan alat berfikir yang sesuai dapat meningkatkankemahiran membaca . 20
  21. 21. 2.5 Peranan sekolah Peranan pihak sekolah juga penting dalam meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid. Bagi murid yang dikesan mempunyai kelemahan dalam kemahiran membaca, mereka perlu diberi kelas pemulihan yang khusus untuk memahirkan mereka dalam bacaan. Kelas pemulihan ini pula memerlukan guru- guru yang mahir untuk mengajar mereka supaya mahir membaca. Di samping itu, persekitaran sekolah juga penting untuk memotivasikan murid agar gemar membaca. Bernard (1965) berpendapat motivasi ialah penggerak yang melibatkan proses membangkit, mengekal dan mengawal minat (Ramlah Jantan dan Mahani Razali, 2004). Contohnya pada dinding-dinding sekolah atau tugu perlu diletakkan motto atau renungan yang berkaitan dengan kelebihan dan kebaikan amalan membaca . Keadaan ini secara tidak langsung akan memberi kesedaran kepada murid untuk cuba menghayati dan mengubah diri mereka ke arah suka membaca. Selain itu, sudut bacaan juga perlu diwujudkan di dalam bilik darjah. Sudut ini perlu disediakan dengan buku-buku yang sesuai dibaca oleh murid dan sudut ini juga perlulah senyap dan selesa supaya murid dapat menumpukan perhatian mereka semasa mereka membaca (Nordin Mamat, 2005) 2.6 Peranan ibu bapa. Terdapat hubungan yang rapat antara peranan ibu bapa dan persekitaran rumah dalam pemerolehan kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak. Kajian Durkin (1966) tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca walaupun masih di dalam kelas-kelas tadika mendapati bahawa faktor utama yang mendorong mereka mereka cepat dan lancar membaca ialah jumlah bahan bacaan yang mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa. 21
  22. 22. Trelease (1989) (dalam Lee Lai Guan, Rahman & Salihah, 2007) pula berpendapat membaca kuat kepada anak-anak boleh mendatangkan banyak faedah. Ibu bapa yang membaca kuat kepada anak bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran membaca anak tetapi kemahiran-kemahiran lain yang berkaitan dengan kemahiran membaca. Antara lain, ibu bapa dapat meningkatkan daya mental anak-anak mereka dengan meluaskan konsep, perbendaharaan kata serta meluaskan alam pengetahuan dan pemikiran. Dalam kajiannya, Hansen (1969) telah menggabungkan 4 faktor yang berkaitan dengan persekitaran rumah. Faktor-faktor itu ialah terdapat atau tidak bahan bacaan yang sesuai di rumah, masa yang diperuntukkan bagi membaca kepada kanak-kanak, masa yang diperuntukkan bagi membimbing dan menggalakkan kanak-kanak membaca dan sama ada ibu bapa menjadi contoh atau model yang baik kepada kanak-kanak. Keempat-empat faktor itu secara bergabung didapati lebih mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca daripada secara berasingan. Ibu bapa juga perlu menunjukkan sikap suka membaca kepada anak-anak. Perkara ini disokong oleh Rohani Rustam dan Jamiah A.Bakar (1995) menyatakan contoh melalui teladan penting dan benar kerana sudah menjadi tabii anak-anak suka meniru. 2.7 Kurikulum prasekolah kebangsaan. Pendidikan prasekolah telah pun mempunyai kurikulum yang sesuai serta strategi pengajaran dan pembelajaran yang secocok dengan perkembangan kognitif, afektif, fizikal dan sosial kanak-kanak. Kurikulum bukan sahaja meliputi mata- pelajaran dan pengalaman terancang yang berlaku dalam kelas tetapi meliputi juga semua kegiatan kebudayaan, kesenian, permainan dan interaksi sosial yang 22
  23. 23. dilakukan oleh kanak-kanak di dalam dan di luar kelas di bawah kelolaan sekolah (Al-Tourny Al-Syaibany, 1979: Gordon and Brown, 1989).Ling Chu Poh (1990) menyatakan kurikulum prasekolah perlu menitikberatkan pengalaman melalui aktiviti terutama yang berbentuk permainan. Sebahagian daripada contoh permainan itu ialah aktiviti permainan berbentuk projektif, imaginatif dan fantasi,main peranan, tiruan, tematik dan interaktif. Penggubalan kurikulum yang bersesuaian perlu melalui suatu pendekatan yang bersepadu dan mengambil kira perkembangan kanak-kanak di semua bidang: fizikal, emosi,sosial dan kognitif . Dalam merancang kurikulum, penekanan perlu diberi kepada pembelajaran sebagai suatu proses interaktif. Guru perlu menyediakan persekitaran untuk kanak-kanak belajar melalui penerokaan yang aktif, interaksi yang bermakna dengan orang dewasa, kanak-kanak lain dan dengan bahan- bahan ( Fein, 1979; Biber, 1984; Fromberg, 1986; Goffin & Tull, 1985; Kamii, 1985; Lay-Dopyera & Dopyera,1986). 2.8 Falsafah Pendekatan Didik-Hibur Salah satu pendekatan dalam aktiviti komunikasi pembangunan ialah menyalurkan maklumat bagi tujuan menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat dan untuk menggerakkan masyarakat melalui media massa. Dalam bidang penyiaran (radio dan televisyen), pendekatan didik-hibur adalah satu strategi yang sering digunakan bagi merealisasikan matlamat tersebut. Bermula dengan gagasan Model Penyerapan Inovasi oleh Rogers dalam tahun 1967, model ini terus berkembang menjadi pendekatan-pendekatan yang lebih relevan seperti pendekatan didik hibur dan Teori Pemasaran Sosial (Morris, 2002). 23
  24. 24. Pendekatan didik-hibur atau edu-tainment approach atau pendekatan hiburan berpendidikan adalah satu proses merancang dan melaksanakan mesej media massa bagi tujuan mendidik dan menghibur; dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan audien tentang isu-isu yang penting dalam masyarakat; menyemai sikap yang positif; mengubah kepercayaan dan nilai-nilai sosial yang kolot, karut, dan merugikan; serta mengubah tingkahlaku tampak (overt behaviour) (Singhal dan Rogers, 1999; dan 2002). Pendekatan ini bukanlah satu teori dalam bidang komunikasi, sebaliknya ia adalah satu strategi atau pendekatan bagi tujuan memperoleh perubahan tingkahlaku dan perubahan sosial. Bagaimanapun, beberapa teori komunikasi seperti Teori Kognitif Sosial, Teori Penentuan Agenda, Teori Penerimaan, Teori Penghakiman Sosial, Teori Penggunaan dan Pemuasan Media dan beberapa lagi teori didapati turut menyokong pendekatan ini (Singhal dan Rogers, 2004). Pendekatan didik-hibur menggunakan genre hiburan seperti drama radio, drama televisyen, rancangan kartun, muzik, lagu, rancangan bual bicara atau sembangsembang (talk show), komedi situasi dan juga iklan-iklan kemasyarakatan dalam usaha mencetus perubahan sosial (Singhal dan Rogers, 2004). Dalam erti kata lain, pendekatan ini menggunakan genre-genre media massa yang secara sepintas lalu dilihat sebagai genre hiburan. Ini penting kerana genre hiburan mampu menarik perhatian audien yang ramai, manakala mesej-mesej pendidikan disalurkan secara yang tidak disedari oleh audien. Bagaimanapun, pendekatan ini tidak pula mempersoalkan tentang dichotomi atau garis pemisahan, dan perbezaan kadar antara unsur-unsur hiburan dan pendidikan di dalam sesebuah genre hiburan bagi maksud tersebut. 24
  25. 25. 2.9 RUMUSAN Kajian Pustakaan membincangkan kajian lepas yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji. Kajian-kajian yang dilakukan oleh mereka dapat mengenalpasti kelemahan-kelemahan ataupun penyebab kurangnya minat membaca. Ini secara tidak langsung dapat dijadikan panduan untuk menanam minat membaca dalam kalangan murid-murid prasekolah. Faktor-faktor yang dinyatakan oleh pengkaji- pengkaji melalui kajian mereka dapat dijadikan panduan untuk memahami aliran minat membaca murid seterusnya dapat membimbing murid untuk meneruskan minat membaca. Semua pihak perlu bekerjasama untuk membantu meningkatkan keupayaan murid prasekolah bagi menguasai kemahiran membaca. Hal ini kerana terdapat banyak isu dan masalah yang dihadapi oleh murid dalam penguasaan membaca tetapi kita tidak boleh menuding jari kepada satu-satu pihak sahaja di atas kelemahan ini. Seharusnya kita perlu mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah ini. 25
  26. 26. BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan Bab ini membincangkan metadologi kajian yang digunakan dalam kajian ini. Metadologi kajian merupakan cara atau kaedah yang digunakan oleh seseorang pengkaji untuk menganalisis dapatan yang diperoleh. Menurut Amir Hassan Dawi (20002:123), kaedah merupakan cara atau jalan yang menyelesaikan permasalahan penyelidikan. Kaedah yang digunakan ini dapat membantu pengkaji dalam mengumpul maklumat dan data yang diperlukan secara sistematik dan berfokuskan kepada keupayaan kemahiran membaca murid prasekolah melalui teknik latih tubi secara didik hibur dengan menggunakan kad bacaan suku kata. 3.2 Reka bentuk kajian. Kerlinger (1973), menyatakan reka bentuk kajian sebagai garis panduan kepada penyelidik di dalam proses pengumpulan dan penganalisaan data. Ia juga membolehkan pengkaji membuat soalan yang mempunyai kesahihan, menepati objektif dan sesuai untuk sesuatu kajian. Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian secara kuantitatif dan kaedah kutipan pengumpulan data yang tertentu bagi mandapatkan maklumat berhubung dengan kajian yang dikaji. Maklumat ini akan diguna pakai bagi menjelaskan akan hubung kait antara program yang dijalankan dapat meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid prasekolah. 26
  27. 27. Data yang dikutip adalah melalui ujian yang dijalankan oleh responden yang dipilih. Data ini dapat dijadikan panduan bagi menyediakan ujian yang menyusul kepada responden nanti. Kerjasama serta kolaborasi guru prasekolah ini akan dapat membantu pengkaji dalam kajian ini. Guru prasekolah mempunyai kemahiran serta kepakaran dalam bidang pemulihan di mana saranan serta pengetahuan dapat digunakan untuk menolong responden-responden ini. Sebelum proses dijalankan, ujian pra akan diberikan terlebih dahulu oleh pengkaji untuk melihat tahap penguasaan responden atau murid-murid dalam kemahiran membaca yang dipelajari. Daripada ujian pra ini kita akan dapat mengetahui pengetahuan sedia ada responden serta setakat mana pencapaian mereka dalam membaca suku kata atau pun ayat pendek. Kemudian barulah pengkaji akan menggunakan ujian pos ataupun ujian penapisan kepada murid atau responden untuk menilai semula akan keberkesanan program latih tubi yang dijalankan selepas ujian pra tadi. 3.3 Populasi dan sample kajian. Responden kajian ini adalah dalam kalangan murid-murid prasekolah di sebuah sekolah di Gombak, Selangor. Daripada 20 orang murid, seramai 15 orang responden yang terlibat dan perlu dipulihkan. Responden terdiri daripada 8 orang pelajar lelaki dan 7 orang pelajar perempuan. Kesemua responden berumur 6 tahun dan sedang belajar di dalam kelas yang sama. Kesemua responden mempunyai tahap pencapaian yang berbeza dari segi minat, bakat dan gaya belajar. Ini mengakibatkan golongan mereka lebih lambat atau terkebelakang menguasai sesuatu kemahiran berbanding yang lain. Kesemua responden adalah penduduk sekitar kawasan daerah Gombak, Selangor. Murid-murid ini adalah murid yang tidak boleh 27
  28. 28. menguasai kemahiran KVKV dan hanya mengenal abjad dan tahu akan pengkelasan konsonon dan vokal sahaja. 3.4 Perancangan tindakan. Hasil daripada tinjauan awal kajian yang telah ditetapkan, beberapa langkah untuk memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti melalui pemerhatian pada sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas telah dirangka. Bagi membantu murid- murid saya yang mengalami masalah dalam membaca perkataan dua suku kata terbuka KV + KV, saya merancang untuk menggunakan teknik didik hibur bagi membantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi. Saya akan menjalankan satu ujian pra sebelum saya menggunakan kaedah didik hibur. Setelah itu, saya akan menjalankan beberapalangkah dalam memperkenalkan kaedah ini. Antara langkah- langkah yang akan saya jalankanadalah seperti berikut: Langkah 1: Saya akan mengajar murid membaca perkataan dua suku kata terbuka KV+ KV dengan teknik latih tubi menggunakan slaid perkataan ‘angry bird’ seperti rajah 1 melalui aktiviti nyanyian dan tepukan . Rajah 1 28
  29. 29. Aktiviti yang akan saya jalankan adalah membaca perkataan dengan menggunakan melodi “kalau rasa gembira”. Sebagai contohnya murid akan bertepuk tangan sambil mengeja b..o.. bo..l..a...la sebanyak 3 kali dan menepuk peha bagi menyebut perkataan bola…bola…bola….mengikut irama yang diperdengarkan. Sambil mengeja mereka akan bertepuk. Murid akan menyanyikan semua perkataan yang dipelajari pada hari tersebut. Tiong Leh Ling & Zaidatun Tasir (2008) dalam kajiannya menyatakan kajian Tindakan memainkan muzik dan lagu memotivasikan murid untuk menghadiri dan menumpu perhatian didalam bilik darjah (Tan & Shi, 2005). Aktiviti seperti ini amat disukai oleh murid kerana yang begitu cenderung terhadapmuzik dan kinestatik. Manakala penggunaan gambar ‘angry bird’ adalah disebabkan murid-murid ini begitu gemar mengumpulkan gambar dan alat tulis yang bercorak gambar tersebut. Langkah 2: Apabila murid-murid telah dapat membaca perkataan suku kata terbuka dengan betul dan lancar, langkah seterusnya yang akan saya jalankan adalah menjalankan aktivitirekreasi melalui permainan domino sebagai pengukuhan dengan iringan muzik. Murid dikehendaki membaca perkataan dengan iringan muzik tempo laju. Pada tempo perlahan murid perlu mencari kad perkataan domino berdasarkan gambar pada kad domino sebelumnya. Saya akan mengadakan pertandingan di antara responden-responden ini. Murid yang dapat menyusun kad domino dengan betul dan terpantas dikira pemenang. 29
  30. 30. Aktiviti ini dianggap rasional kerana murid dapat mengetahui sendiri jawapan yang disusun sama ada betul atau salah berdasarkan kad yang disusun. Murid perlu membaca dengan betul baharulah mereka akan dapat mencari gambar yang betul untuk disusun. Aktiviti ini akan memberi kepuasan sekiranya murid dapat menyusun dengan betul dan pantas. Setelah menjalankan beberapa langkah di atas, saya akan menjalankan satu ujian pos dengan menggunakan soalan yang sama dengan soalan ujian pra dan lima soalan tambahan bagi melihat sejauh mana keupayaan responden dapat membaca perkataan suku kata terbuka kv + kv.Selepas itu, saya akan menjalankan satu sesi temubual terhadap responden yang terlibat tentang perasaan mereka setelah menggunakan teknik didik hibur yang telah dijalankan. 3.5 Perancangan cara mengumpul data Dalam kajian ini, saya akan mengumpul data awal berasaskan beberapa sumber. Antaranya adalah seperti melalui temubual, pemerhatian, hasil ujian pra dan latihan bacaan yang dijalankan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya laksanakan. Selain itu, sayaakan menjalankan ujian pra terhadap responden-responden tersebut. Data-data akan direkodkan dalam borang rekod ujian bacaan dan borang pelaporan penguasaan individu yang disediakan. Bagi melihat keberkesanan kaedah yang saya jalankan ini, saya akan menjalankan satu ujian pos atau pasca untuk melihat perkembangan dan kemajuan responden dalam kajian tindakan yang saya jalankan. Saya juga akan menjalankan pemerhatian ke atas responden setelah saya memperkenalkan teknik didik hibur dalam kemahiran membaca perkataan dua suku kata terbuka.Instrumen yang dipilih ini akan dijalankan selama lima minggu. 30
  31. 31. 3.5.1 Soal selidik temubual secara rawak. Dalam tinjauan awal satu soal selidik secara temubual telah dijalankan secara rawak. Persoalan yang dikemukakan adalah ; “ Mengapakah murid-murid tidak suka membaca ?” Jawapan murid ; Malas hendak mengeja, lambat mengeja , ayat terlalu panjang, tidak tahu membunyi suku kata dan pelbagai alasan lagi. Hakikatnya, mereka lambat mengeja sehingga menyebabkan mereka tidak faham apa yang mereka baca sebelumnya. Oleh yang demikian kelambatan ini menjadi punca mereka terlupa sukukata lain sehingga mengganggu kemahiran membaca mereka. Justeru itu, penggunaan kaedah teknik didik hibur seperti yang diterangkan di atas diharap dapat membantu murid prasekolah meningkatkan kemahiran membaca. 3.5.2 Pemerhatian Semasa tinjauan awal dibuat, kelemahan murid-murid telah dapat dilihat dengan jelas di mana murid-murid tersebut tidak dapat membaca dengan lancar. Kelemahan yang lebih ketara dapat dilihat apabila ujian pra dijalankan. Didapati kesemua responden yang dipilih tidak dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Mereka tidak dapat membaca dan mengeja walaupun perkataan yang diberikan adalah mudah. Oleh yang demikian, satu kajian tindakan perlu dilakukan demi membantu murid-murid ini meningkatkan kemahiran membaca mereka. 31
  32. 32. 3.5.3 Ujian Pra Untuk mendapat data bagi ujian pra, dua kaedah digunakan iaitu kaedah secara lisan dan bertulis. Untuk kaedah lisan murid diminta membaca kuat satu petikan di hadapan guru ( rujuk lampiran : Petikan Pendek Ujian Pra ). Guru membuat penilaian terhadap bacaan murid . Untuk kaedah bertulis pula, satu petikan pendek yang tidak lengkap diberikan kepada murid untuk dilengkapkan. Hasil ujian pra yang pertama kali diadakan telah menunjukkan satu keputusan yang tidak memberangsangkan, apabila 10 orang murid ini tidak boleh membaca, 5 orang membaca dengan pelbagai kesalahan sebutan, dan hanya 5 orang sahaja yang dapat membaca daripada 20 orang pelajar berkenaan. Jadi 15 orang pelajar berkenaan adalah responden yang perlu diberi rawatan. 3.5.4 Ujian Pos Dalam masa lima minggu rawatan diberikan, guru membuat sekali lagi ujian bacaan lisan kepada murid. Didapati murid dapat membaca dengan lebih baik. 10 dari 15 orang pelajar berkenaan telah dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Guru telah boleh menyerap mereka kembali menyertai kelas biasa untuk menerima sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. 3.6 Reka bentuk kajian. Satu kerangka teoris harus dipilih dan ditetapkan.Justeru itu saya memilih model Laid Law (1992) sebagai reka bentuk kajian. Model ini mengandungi panduan dalam menjalankan kajian. Kerangka konsep model ini mengandungi empat peringkat iaitu peringkat tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi. 32
  33. 33. Pada peringkat tinjauan, pengumpulan data dijalankan untuk mengenal pasti masalah yang wujud. Saya telah menjalankan pemerhatian di dalam bilik darjah, menemubual responden dan guru kelas serta menyemak dan meneliti hasil ujian pra yang telah dijalankan .Ujian pra tersebut juga dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar masalah yang dihadapi responden. Pada peringkat kedua ialah perancangan. Saya telah merancang pelan tindakan untuk mengatasi masalah itu. Pada peringkat ketiga ialah pelaksanaan di mana saya akan mengatasi masalah pelan tindakan yang telah dirancang. Ujian pos akan dijalankan terhadap responden. Ujian ini bertujuan melihat perbezaan prestasi yang berlaku kepada responden. Pada peringkat keempat iaitu peringkat refleksi, saya akan menilai keberkesanan tindakan yang dijalankan. Gelungan kedua perlu dilaksanakan jika tindakan yang pertama tidak berhasil. Kerangka konsep ini membantu saya menjalankan kajian. Berikut merupakan kerangka konsep yang digunakan. 33
  34. 34. 3.7 Kajian Rintis. Bagi mendapatkan keesahan dan keboleh percayaan dalam kajian ini kajian rintis digunakan. Kajian ini mirip kepada kajian sebenar tetapi jumlah responden tidaklah mengikut responden-responden yang sebenar. Menurut “Cohen”, “Manion” dan “Morrison” (2000), menyemak kejelasan dari segi aspek-aspek, arahan dan susun atur soal selidik tersebut. Ia juga bagi mendapat maklum balas tentang keesahan dan keboleh percayaan terhadap aspek-aspek soal selidik. Bagi menjalankan kajian rintis ini saya telah memilih seramai 10 orang responden dari kelas Tahun 1 dan instrumen kajian yang sama digunakan. 3.8 Prosedur pengumpulan data. Prosedur pengumpulan data bermula dari ujian pra yang telah diberikan kepada kepada 15 orang murid prasekolah yang dikenalpasti lemah dalam kemahiran membaca. Setelah selesai menjalani ujian pra , kumpulan rawatan yang terdiri daripada 15 orang murid telah didedahkan dengan pendekatan didik hibur. Sesi pengajaran dan pembelajaran ini telah mengambil masa selama lima minggu . Ujian Pos telah dijalankan di akhir pembelajaran iaitu pada minggu terakhir kajian . 3.9 Prosedur menganalisis data. Data yang dikumpul akan dianalisis oleh pengkaji supaya memberi makna kepada keadaan yang sedang dikaji. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menganalisis data. Antara cara yang mudah adalah mengkelompokkan data daripada sumber mengikut skor ujian yang dilakukan. Dengan cara membandingkan data-data daripada ujian pra dan ujian pos itu, perkaitan antara data dapat dilihat 34
  35. 35. dengan jelas. Dalam kajian ini data yang dikumpul diproses dalam bentuk peratusan. Setiap pengiraan data akan dimuatkan dalam bentuk jadual yang memudahkan analisis. Pengkaji akan membuat olahan dan analisis sendiri berdasarkan data dalam hasil kajian tersebut. Huraian lebih lanjut tentang penganalisisan data akan dibincangkan dalam bab seterusnya. 3.10 Rumusan Kesimpulannya, metodologi kajian dan prosedur kajian penting dalam menghasilkan data-data yang diperlukan supaya hasilnya dapat dikumpulkan secara sistematik. Prosedur kajian yang betul mampu membantu melancarkan proses kajian serta menyusun data dengan betul dan tepat. Hasil yang diperoleh akan membantu pengkaji membuat rumusan tentang kajian yang dijalankan. Dalam bab seterusnya akan dibincangkan dapatan kajian dan proses analisis data yang telah dikumpulkan dalam kertas ujian yang diedarkan. Hasil daripada penganalisisan data dalam bab seterusnya akan menghasilkan data-data yang berguna kepada kajian ini. 35
  36. 36. BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN 4.1 Pengenalan Segala data yang diperolehi daripada soal selidik yang telah dijawab oleh responden yang terdiri daripada murid-murid prasekolah yang berumur 6 tahun di sebuah kelas prasekolah akan dianalisis dan dibincangkan. Data yang telah diproses dipersembahkan dalam bentuk jadual bagi memudahkan pentafsiran para pembaca. Setiap jadual disertakan dengan penerangan dan perbincangan yang ringkas untuk menambahkan pemahaman para pembaca. 4.2 Dapatan Kajian Analisa data kuantitatif adalah berdasarkan data mentah yang diperolehi dari kumpulan rawatan yang mengandungi 15 orang pelajar. Kumpulan rawatan ini menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran penggunaan kad bacaan melalui teknik didik hibur. Empat kaedah digunakan untuk mencungkil masalah daripada responden iaitu soal selidik temu bual , pemerhatian, ujian pra dan ujian pos. 4.2.1 Analisis Pemerhatian Pemerhatian dilakukan sepanjang seminggu semasa proses pengajaran dan pembelajaran , Komponen Bahasa dan Komunikasi. Hasil bantuan guru kelas ini 36
  37. 37. kelemahan responden dapat dilihat. Hasil pemerhatian ini diperkuatkan lagi apabila 10 orang atau 50% daripada 20 orang murid kelas ini adalah murid yang telah dipilih mengikuti kelas pemulihan khas yang diwujudkan di sekolah ini. 4.2.2 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian pra dijalankan sebelum rawatan diberikan untuk melihat tahap bacaan murid.Manakala ujian pos pula dijalankan selepas rawatan diberikan untuk melihat tahapkeberkesanan kaedah dalam kajian tindakan yang dijalankan. Oleh yang demikian,penggunaan bahan yang sama adalah lebih mudah bagi melihat perbezaan antarasebelum rawatan dan selepas rawatan diberikan. Dua kaedah digunakan untuk menguji responden, iaitu kaedah lisan dan kaedah bertulis.Bagi kaedah lisan responden diminta membaca satu teks petikan pendek di hadapanguru. Guru akan menilai bacaan murid. Teks Petikan Ujian Pos / Ujian Lisan. Buku Bibi suka baca buku. Bibi suka baca buku cerita. Hari-hari Bibi baca buku cerita. Mama beli buku cerita baharu. 37
  38. 38. Penilaian Bacaan Lisan Oleh Guru Bil Nama Ujian Pra Ujian Pasca Kenal & sebut huruf Mengeja Membaca dengan baik. Kenal & sebut huruf. Mengeja Membaca dengan baik. 1 R1 / / / / / 2 R2 / / 3 R3 / / / / / 4 R4 / / / / 5 R5 / / / / / 6 R6 / / / / / 7 R7 / / 8 R8 / / / / / 9 R9 / / 10 R10 / / / / / 11 R11 / / / / 12 R12 / / 13 R13 / / / / 14 R14 / / 15 R15 / / / / Jadual 1 Analisis Bacaan Lisan  Ujian Pra Kategori Jumlah pelajar Peratusan Kenal & Sebut Huruf 10 orang 66.7% Membaca 8 orang 53.3% Mengeja dengan baik 0 0%  Ujian Pos Kategori Jumlah Pelajar Peratusan 38
  39. 39. Kenal & Sebut Huruf 15 orang 100% Membaca 15 orang 100% Mengeja dengan baik 10 orang 66.7% Jadual 2 Graf Ujian Bacaan Lisan Pra dan Pos Kemahiran Membaca Prasekolah 0.00% 20.00% 40.00% 60.00% 80.00% 100.00% Ujian Pra Ujian Pos Kenal & sebut huruf Mengeja Membaca dengan baik Rajah 2 39
  40. 40. Ujian pra dan pos menggunakan teks petikan yang sama untuk memudahkan melihatkeberkesanan rawatan yang diberi. Hasil dapatan graf diatas menunjukan berlakupeningkatan yang ketaraan dari ujian pra kepada ujian pos. Dalam ujian pra hanya 10 orang dapat mengenal dan menyebut huruf, setelah rawatan dilakukan peningkatan dalam ujian pos di mana semua 15 orang responden telah boleh mengenal dan menyebut huruf. Dari segi mengeja pula, semasa ujian pra hanya 8 orang boleh mengeja tetapidalam ujian pos semua responden telah boleh mengeja. Peningkatan yang mendadak berlaku di mana semasa ujian pra tiada responden yang dapat membaca dengan baik tetapi selepas rawatan diberikan 10 orang responden telah dapat membaca dengan baik. Ujian Pra / Pos ( Ujian bertulis ) Lengkapkan cerita di bawah dengan jawapan yang sesuai. Bibi suka baca ________________. Bibi _______________baca buku cerita. 40
  41. 41. Hari-hari Bibi _________________buku cerita. Mama ______________buku cerita baharu. Analisis jawapan responden. Bil Nama Ujian Pra Ujian Pasca Tidak mengisi jawapan Jawapan salah Jawapan betul Tidak mengisi jawapan Jawapan salah Jawapan betul. 1 R1 / / / 2 R2 / / 3 R3 / / / 4 R4 / / 5 R5 / 6 R6 / / 7 R7 / / 8 R8 / / 9 R9 / / 10 R10 / / 11 R11 / / 12 R12 / / 13 R13 / / 14 R14 / / 15 R15 / / 41
  42. 42. Jadual 3  Ujian Pra Kategori Jumlah Pelajar Peratusan Tidak Mengisi Jawapan 8 orang 53.3% Jawapan Salah 3 orang 20.0% Jawapan Betul 5 orang 33.3%  Ujian Pos Kategori Jumlah Pelajar Peratusan Tidak Mengisi Jawapan 0 orang 0% Jawapan Salah 5 orang 33.3% Jawapan Betul 10 orang 66.7% Jadual 4 Analisa Jawapan Responden Ujian Bertulis Ujian Pra dan Pos 42
  43. 43. 0.00% 20.00% 40.00% 60.00% 80.00% Tidak mengisi jawapan Jawapan salah Jawapan betul Ujian Pra Ujian Pos Ujian Pra Ujian Pos Rajah 3 Graf Ujian Menulis Pra dan Pos Berdasarkan carta di atas , jelas menunjukkan perbezaan yang berlaku dalam ujian pra dan ujian pos. Telah berlaku peningkatan yang mendadak kepada bilangan responden yang dapat mengisi tempat kosong dengan betul pada teks petikan yang diberi dalam ujian pra dan pos. Peningkatan berlaku 100% di mana sebelum tindakan hanya 5 orang dapat mengisi tempat kosong dengan betul tetapi selepas rawatan diberikan 10 orang dapat mengisi tempat kosong dengan betul. Perubahan ini jelas menunjukan keberkesanan rawatan yang diberikan kepada responden.Berdasarkan semua dapatan daripada instrumen yang digunakan didapati peningkatan berlaku antara ujian pra dan pos yang telah dijalankan. 80 % responden dapat menjawab setiap item yang diberikan secara keseluruhannya. 43
  44. 44. BAB 5 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan Rumusan dapatan kajian secara keseluruhannya adalah dibuat berdasarkan kepada objektif kajian yang diutarakan dalam Bab 1. Selain itu, implikasi kajian dan beberapa cadangan yang difikirkan sesuai dikemukakan bagi mempertingkatkan tahap persepsi pelajar mengenai kemahiran membaca dan keberkesanan penggunaan teknik didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran. 5.2 Rumusan Kajian Hasil daripada dapatan kajian tindakan yang dijalankan, secara keseluruhanya didapati bahawa tindakan yang dilaksanakan dalam kajian ini telah berjaya meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid prasekolah di sebuah sekolah di dalam daerah Gombak, Selangor. Perubahan positif yang terjadi hasil dari kajian ini membantu menguatkan semangat untuk meneruskan lagi kajian ini pada masa akan datang. Pemilihan fokus kajian ini amat bertepatan memandangkan responden yang berada di dalam prasekolah sememangnya bermasalah dalam pembacaan. Ini membenarkan lagi andaian bahawa Kaedah Kad bacaan suku kata melalui pendekatan teknik didik hibur yang dicetuskan pada asasnya oleh Smith dan diubah suai oleh beberapa pengkaji terdahulu ini amat bersesuaian dengan responden yang dipilih. 44
  45. 45. Kaedah ini juga dikesan mampu menarik minat pelajar dalam mata pelajaran lain jika digunakan. Contohnya dalam Komponen Kognitif, guru boleh menulis perkataan yang ingin diajar di dalam kad-kad bacaan suku kata yang mudah dilihat, difahami dan menarik minat pelajar untuk membaca perkataan berkenaan.Walau bagaimanapun , pemerhatian terhadap responden perlu dilakukan dalam kajian kedua untuk memastikan lima orang pelajar yang masih kurang mahir membaca tersebut dapat membaca dengan baik seterusnya dapat memantapkan lagi kemahiran membaca pelajar lain. Pemerhatian terhadap kajian kedua juga boleh memantapkan lagi kaedah pengumpulan data yang dibuat. Pemerhatian yang dijalankan oleh rakan penyelidik terhadap tingkah laku guru mengukuhkan lagi tindakan yang dibuat semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pemerhatian ini bertujuan memastikan setiap yang dirancang dilaksanakan dengan berkesan.Pada kajian pertama, kaedah pemerhatian terhadap tingkah laku pelajar tidak dilaksanakan kerana pada masa itu pengkaji masih kabur dan ragu-ragu tentang cara yang harus digunakan untuk membuat membuat pemerhatian tersebut. Pengkaji kabur dalam memilih aspek apakah yang perlu diperhatikan dan dinilai sepanjang proses perlaksanaan tindakan dijalankan. Pada kajian kedua kelak, pengkaji akan membuat pemerhatian terhadap penglibatan responden dalam sesi pengajaran dengan menggunakan senarai semak tingkah laku pelajar atau rakaman video. Ini adalah untuk memudahkan lagi pengkaji membuat analisis data secara menyeluruh, berkesan serta bahan bukti kajian yang kukuh.Namun begitu dapatan kajian ujian pos, pemantauan tingkahlaku guru, dan temubual hanya terbatas kepada kumpulan responden yang dikaji sahaja dan tidak boleh digeneralisasikan kepada 45
  46. 46. situasi di luar sekolah tersebut. Walaupun begitu, dapatan kajian ini boleh dimanfaatkan jika situasi kelas itu sama dengan situasi kelas yang terlibat dalam kajian ini. 5.3 Implikasi Kajian Responden cukup berminat dengan aktiviti nyanyian. Mereka menyanyi dengan penuh minat dan situasi ini menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjaya dan menarik. Elemen muzik yang diterapkan dalam nyanyian menjadikan mereka begitu aktif dan telah memberikan penglibatan sepenuhnya. Ini terbukti dengan pendapat Zulkifli Yaakob (2007) yang menyatakan muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang tidak dapat dipisahkan. Murid sentiasa memberi respon kepada muzik dan akan merasa senang hati apabila dapat melakukan ekspresi diri apabila mendengar muzik. Diperteguhkan lagi oleh pendapat Raven (1977), yang menyatakan bahawa elemen muzik dapat mengatasi masalah pelajar yang tidak berminat dengan subjek dan dapat menarik mereka berminat untuk belajar. Murid-murid dapat menyebut dan mengingati perkataan melalui aktiviti nyanyian. Nyanyian diulang beberapa kali mengikut prosedur perancangan yang ditetapkan. Hal ini ada persamaan dengan kajian BBC British Council Teaching yang menyatakan penguasaan bahasa kanak-kanak perlu menghafal perkataan tersebut beberapa kali melalui aktiviti nyanyian. Kajian ini akan melihat dan mengenal pasti aspek lisan, kosa kata dan penglibatan murid-murid di dalam bilik darjah. Aspek lisan merangkumi kemahiran mendengar dan bertutur. Bagi aspek kosa kata pula merangkumi perkataan, istilah dan ayat yang dapat dibaca, difahami dan ditulis. Manakala aspek penglibatan murid 46
  47. 47. pula merangkumi aktiviti menyanyi dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul di samping melakukan gerak kreatif.Setelah dijalankan kajian, adalah diharapkan agar keputusan kajian ini dapat memberikan manfaat kepada pihak yang berkaitan. Hasil kajian juga mendapati murid-murid yang lambat atau lemah dalam pelajaran berubah menjadi aktif melalui kerjasama dalam aktiviti nyanyian. Mereka dapat bekerjasama dan berkeyakinan dalam aktiviti berkumpulan. Ini ada persamaan dengan pendapat Ward (1976) yang menyatakan bahawa muzik boleh memberikan sumbangan yang baik di mana muzik yang sesuai boleh dijadikan bahan didikan kepada murid lambat melalui semangat berpasukan, bekerjasama, dan mendirikan keyakinan diri. Selari dengan Teori Behaviour oleh B.F Skiner yang menyatakan bahawa sesuatu perkara yang dilakukan mestilah berulang-ulang untuk memastikan kita mendapat hasil yang diharapkan. Oleh itu, untuk memastikan keberkesanan kajian ini , kajian kedua dan seterusnya harus dijalankan supaya masalah murid yang lemah dalam bacaan semakin berkurangan.Selepas kajian pertama, pengkaji bercadang akan melanjutkan kajian ini ke kajian kedua dengan menggunakan fokus kajian yang sama, memandangkan tindakan yang dilaksanakan dalam kajian pertama ini boleh ditambahbaikan dengan menggunakan elemen muzik dan permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran guru.Melalui sesi pengajaran dalam kajian pertama pengalaman melaksanakan kajian, didapati bahawa pencapaian responden dalam sesuatu bidang kemahiran itu bergantung kepada amalan dan gaya pengajaran guru di samping bahan bantu mengajar serta scenario pengajaran dan pembelajaran yang diwujudkan. 47
  48. 48. Pada tahap ini, guru harus bijak memilih dan menentukan jenis lagu dan irama yang sesuai dengan murid serta sepadan dengan objektif pengajaran. Pertama tentukan tahap kesusahannya, panjang pendek bahan, kekerapan mengulang perkataan aspek bahasa yang hendak ditekankan, apakah tindakan susulan, bahan bantu mengajar yang diperlukan dan sebagainya. Jika perlu, guru perlu mengubah suai atau menulis semula seni kata lagu, tersebut mengikut kesesuaian. Guru boleh memilih untuk menggunakan kad imbasan perkataan dengan meminta murid-murid mencari maksud atau membina ayat mudah daripada perkataan berkenaan. Seterusnya guru mengedarkan seni kata lagu yang hendak disampaikan dan meminta murid-murid membaca dan mengenal pasti beberapa perkataan yang susah. Dalam masayang sama, guru boleh memainkan CD lagu berkenaan dan memperdengarkannya kepada murid-murid. Buat latihan nyanyian lagu tersebut mengikut baris ke baris, sehingga seluruh perenggan itu diingat. Guru perlu memberi perhatian kepada sebutan murid-murid.Pastikan setiap perkataan di dalam lagu tersebut disebut dengan betul. Setelah menyanyi beberapa kali, guru bolehlah mengajar pula aspek bahasa yang hendak dipelajari. Terang dan latih mereka untuk menguasai ayat atau strukturnya. Gunakan gambar untuk memperjelaskan maksud atau gunakan bahasa badan untuk menggambarkan makna secara jelas.Bagi aktiviti penutup , guru menyanyikan lagu bersama-sama murid. Bagi tujuan pengukuhan, guru boleh menguji murid-murid secara bertulis tentang aspek bahasa yang hendak diajar sebelumnya. Umpamanya murid-murid diminta menghasilkan sebuah dialog ringkas atau cerita pendek menggunakan kreativiti sendiri berdasarkan beberapa perkataan yang telah dikenal pasti dalam seni kata lagu berkenaan. Guru juga boleh meminta murid untuk melukiskan gambar dalam lagu di atas sehelai kertas A4 menggunakan lakaran yang tidak berwarna.. 48
  49. 49. Kajian seterusnya harus dijalankan dengan lebih kreatif, praktikal dan berkesan untuk memastikan masalah bacaan dalam kalangan murid bukanlah satu isu besar lagi kerana jalan penyelesaiannya telah jelas. Situasi ini haruslah dijadikan pengajaran supaya kita sebagai guru dapat mempertingkatkan lagi usaha agar murid- murid yang lemah dalam bacaan tidak lagi terus dibelenggu masalah yang sama sepanjang hayat. 5.6 Penutup Pada kesimpulannya, aktiviti nyanyian dalam didik hibur banyak membantu dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah orang asli. Aktiviti sebegini boleh ditingkatkan lagi dengan memberi pendedahan kepada para guru menguasai komponen didik hibur terutamanya aktiviti nyanyian. Kepelbagaian kaedah dan teknik guru harus dipertingkatkan dan ini berssesuaian dengan pendapat Abdullah Hassan (1980) menjelaskan bahawa mengajar bahasa kedua kepada pelajar bukan penutur jati memerlukan perhatian yang lebih teliti,dirancang dan dilaksanakan secara semula jadi dan tidak terlalu formal. Oleh itu, pengajaran guru sewajarnya menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang bersesuaian dalam menyampaikan pengajaran. Harapan pada masa hadapan , kaedah seperti ini akan terus dikaji dan digunakan sebagaisatu cara menyelesaikan masalah murid lemah membaca. Jika perlukan perubahan,biarlah perubahan itu yang positif supaya memudahkan individu lain yang ingin menggunakan kaedah ini terhadap responden mereka. 49
  50. 50. RUJUKAN Abdul Aziz Abdul Talib.(1989) Psikolinguistik dan Pengajaran Bacaan Di Sekolah- Sekolah Rendah.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.. Asplaila Ramli, Maslinda Mahmud. (2002). Meningkatkan Kemahiran Murid Membaca Ayat-ayat yang mengandungi Perkataan Gabungan Dua Suku Kata Terbuka Dan Tertutup KV + KVK.SK Sawah Dato’. Johor Atan Long et. al. (1984).A Survey on the Reading Habits and Interests of Malaysian people. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka. Azman Wan Chik (1989), “Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Bahasa Melayu III” Jabatan Bahasa. Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Baker (1989), How to reach and teach ADD/ADHD children. West Nyack, NY: The Center for Applied Research in Education Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2010).“Aspek Seni Bahasa”. Kementerian PendidikanMalaysia, hlm. 21 Bolt (1992),Kajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran Membaca Dengan Menggunakan Kaedah Kad Bacaan. Institut Perguruan Perlis Bonacci (1993), Read me first for a user’s guide to qualitative methods. Thousand Oaks: Sage Pub. Charlotte J Bolling (2008), “Reading Success In The Intervension Classroom”. Coleman (1995), Strategies For Improving Visuals Learning : A Handbook For Effective Selestion, Design And Use Of Visualized Materials. Pannsylvania: Learning Service,State College. Durkin (1966). A Survey on the Reading Habits and Interests of Malaysian people . Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka Englewood Cliffs, New Jersey: Educational Technology Publications Edward M. Anthony (1990). Beginning to read. Cambridge: MIT Press. Harison Bt Othman(2005)Kajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran Membaca Dengan Menggunakan Kaedah Kad Bacaan.Perlis. Institut Perguruan Perlis Jones (1986), How to reach and teach ADD/ADHD children. West Nyack, NY: The Center for Applied Research in Education . Juriah Long, et.al. (1992), Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala 50
  51. 51. Lumpur Fajar Bakti Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abd Aziz, 1997). Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa . Kuala Lumpur : Longman Malaysia Sdn. Bhd Kamus Dewan (2000), Kamus Dewan Edisi kedua.Kuala Lumpue : Dewan Bahasa dan Pustaka. Liew Phaik Guat Selina (1998).The Effects of a Reading Program in Preschool Education on the Reading Attitude among Children in Later Years. Jabatan Pendidikan. Maktab Perguruan Sandakan.Mashitah Marohaini Yusoff, 1999.Membina Budaya Membaca di Kalangan Guru-guru Pelatih Maktab Perguruan Tuanku Bainun. Jabatan Ilmu Pendidikan. Pulau Pinang. Mangantar Simanjuntak (1985), Prinsip Dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd. Moore (1992), Research design: Quantitative and qualitative. California:Sage Pub. Morris, 2002, Reading instruction that works: The case for balanced teaching. (ed. ke-2). New York: The Guilford Press. Nordin Mamat, 2005 , Mengajar membaca: Teori dan aplikasi. Bentong, Pahang: PTS Publications Sdn. Bhd. Noriah (1999), Panduan Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu KBSR & KBSM .Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd Sharifah Alwiah, 1983; Tengku Iskandar, 1986; Yaxley, 1991. Pengajaran Pembelajaran Prasekolah. Masalah Pendidikan 19, 11-25 Downing & Thackray, 1975; Fortson, L. R. & Reiff, J. C., 1995; Yeo 2004, 2006, etc. fine early readers solving problems : a case study. Reading. 29: 30 33. Dechant (1991. The psychology of reading. Cambridge: MIT Press. Halimah Abdul Rahman. 1994. Pengajaran Bertema di Pusat Prasekolah. Kuala Lumpur.Fajar Bakti Sdn. Bhd. Harris dan Sipay (1980). Memahami Proses Bacaan Daripada Perspektif Psikolinguistik . Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka.30,(6) : 402-407. DR. Henry Guntur Tarigan(1994) , Introduction to Instructional Technology, Instructional Technology for Teaching and Learning Englewood Cliffs, New Jersey: Educational Technology Publications. 51
  52. 52. Holly M Menzies (2007), bertajuk “Early Intervention In Reading: From Research To Practice” Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003.Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Dewan Bahasa dan Pustaka Fitgerald (1992). Panduan kurikulum prasekolah. Kuala Lumpur : Cergas (M) Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum (1994). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan : Secara menyeluruh Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. (Ramlah Jantan dan Mahani Razali, 2004), Membina Budaya Membaca di Kalangan Guru-guru Pelatih Maktab Perguruan Tuanku Bainun. Jabatan Ilm Pendidikan. Pulau Pinang. Riechorf (1997), Changing the rules: Education for creative thinking. Journal of Creative Behavior, Rohaty1998.Beberapa dimensi pendidikan prasekolah menjelang abad ke- 21 dan selepasnya’. Aliran dan awalan pendidikan menjelang abad ke-21. Kuala Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaysia. Rosner, J. 1990. Pediatric Optometry. United States: Butterworth-Heinamann. FatimahRosner, J. 1990. Pediatric Optometry. United States: Butterworth- .Fatimah See Bee Ean (2008). ajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran Membaca Dengan Menggunakan Kaedah Kad Bacaan.Perlis. Institut Perguruan Perlis. Sulzby, 1991. KurikulumPendidikan Awal : Ke Arah Pendidikan Holistik. Pendidik dan Pendidikan 12, 33-44 Sofiah Hamid, 1983.Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar . Jurnal Pendidikan Bahasa MelayuISSN: 2180-4842, Vol. 1, Bil. 1 (Mei 2011): 1-12 Trelease (1989), Reading and writing relations and their development. Educational Psychologists, 35, 39–50. Westwood (2001), Student - centered Educational Beliefs &Teacher Education. Jurnal Penyelidikan : MPBL Yahya Othman (1988), Mengajar membaca: Teori dan aplikasi. Bentong, Pahang: PTS Publications Sdn. Bhd. Zulkifley Hamid , 2006. Kajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran Membaca Ayat 52
  53. 53. LAMPIRAN A Teks Petikan Ujian Pos / Ujian Lisan. Buku Bibi suka baca buku. Bibi suka baca buku cerita. Hari-hari Bibi baca buku cerita. Mama beli buku cerita baharu. LAMPIRAN B Ujian Pra / Pos ( Ujian bertulis ) 53
  54. 54. Lengkapkan cerita di bawah dengan jawapan yang sesuai. Bibi suka baca ________________. Bibi _______________baca buku cerita. Hari-hari Bibi _________________buku cerita. Mama ______________buku cerita baharu. LAMPIRAN C CONTOH KAD BACAAN SUKU KATA 54
  55. 55. bi bi su ka ba ca bu ku bi bi su ka ba ca bu ku ce ri ta ha ri ha ri bi bi ba ca bu ku ce ri ta LAMPIRAN D 55
  56. 56. CONTOH KAD BACAAN CERITA PENDEK. ( aktiviti pengayaan ) KERETA BAHARU Ayah ada kereta baharu. Kereta ayah berwarna biru Kereta ayah besar. Kereta ayah cantik. 56

×