SlideShare a Scribd company logo
1 of 30
ZAIRUDIN BIN ALI
670610115677002
BAB I
PENDAHULUAN
LATAR BELAKANG KAJIAN
Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras yang perlu
Kementerian Pelajaran Malaysia yang mewajibkan para pelajar lulus di dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu di peringkat PMR dan SPM adalah amat baik bagi memartabatkan Bahasa
Melayu di negara kita. Ini kerana Bahasa Melayu bukan sahaja merupakan bahasa ibunda kita
malahan ia merupakan bahasa utama yang sering diguna selain daripada bahasa Inggeris.
Sehubungan itu, asas utama dalam memartabatkan Bahasa Melayu ini ialah dengan
mewajibkan pengajaran Bahasa Melayu bermula dari sekolah rendah iaitu mendedahkan pelajar
dengan perkataanperkataan yang mudah dan senang untuk difahami sesuai dengan umur dan
tahap keupayaan mereka. Selaku guru Bahasa Melayu di sekolah saya mengambil kesempatan
untuk menjalankan kajian mengenai tahap penguasaan pelajar dalam kemahiran membaca
dengan menggunakan suku kata dan gambar.
BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 1
dipelajari sama ada di Sekolah Kebangsaan mahupun di Sekolah Jenis Kebangsaan. Saranan
ZAIRUDIN BIN ALI
670610115677002
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan di dalam kelas saya, Kelas 1
Murni, didapati kebanyakan pelajar tidak pandai membaca, malah ada sesetengahnya tidak
pandai mengeja suku kata, terutamanya suku kata KV + KVK, dan KV + KVKK. Keadaan ini
menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan dengan lancar seperti yang
dirancang dan menimbulkan rasa bosan bagi pelajar yang sudah pandai dan tahu membaca ayat
mudah.
PENYATAAN MASALAH
Berdasarkan isu ini, saya telah membuat beberapa tinjauan awal. Antaranya ialah
menjalankan ujian pra bacaan kepada seramai 27 orang murid-murid di dalam kelas saya. Ujian
yang dijalankan adalah seperti membaca cerita pendek. Hasil daripada ujian tersebut, didapati 10
orang daripada mereka tidak pandai membaca cerita pendek tersebut. Ini disebabkan mereka
tidak pandai menyebut suku kata KV + KVK atau KV + KVKK yang terdapat di dalam cerita
tersebut. Keadaan ini menunjukkan tahap penguasaan mereka dalam kemahiran membaca dan
mengeja adalah sangat lemah. Ini akan mengakibatkan mereka tidak tahu apa yang terdapat di
dalam petikan dan seterusnya tidak dapat menjawab soalan diberikan. Ini mengakibatkan mereka
gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 2
ZAIRUDIN BIN ALI
670610115677002
Oleh yang demikian, fokus kajian saya ialah meningkatkan Kemahiran Membaca murid-
murid Tahun 1 dengan latih tubi menggunakan suku kata KV + KVK dan KV + KVKK serta kad
gambar.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1. Menentukan tahap kebolehbacaan di kalangan Murid-murid Tahun 1.
2. Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1 menggunakan kad
suku kata dan gambar.
3. Merancang tindakan untuk mengatasi masalah membaca.
4. Menilai keberkesanan penggunaan kad suku kata dan gambar dalam
meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dengan lancar.
BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 3
ZAIRUDIN BIN ALI
670610115677002
BAB II
SOROTAN KAJIAN
ISU-ISU DAN KEPENTINGAN KEMAHIRAN MEMBACA
Kemahiran membaca bukanlah kemahiran semulajadi. Membaca tidak sama dari segi
psikomotor tapi sebaliknya, kanak–kanak tidak boleh membaca secara semulajadi. Ini
bermakna , kemahiran ini perlu dipupuk dengan cara yang tersusun dan berkesan. Hakikatnya,
kemahiran membaca dan juga menulis, merupakan kemahiran peringkat tinggi. Pengalaman kita
sendiri jelas menyokong kenyataan bahawa kemahiran membaca dan seperkara yang mudah.
Masih ramai kanak-kanak di peringkat sekolah rendah dan juga menengah yang masih tidak
boleh membaca dan menulis dengan lancar dan baik.
i. Isu- Isu Dalam Pendidikan
BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 4
pembentukannya seperti berjalan atau berlari. Kanak-kanak secara semulajadi boleh berkembang dari
ZAIRUDIN BIN ALI
670610115677002
Pada 12 Oktober 2005, Kementerian Pelajaran menyedari wujudnya masalah murid yang
tidak tahu membaca, menulis dan mengira seperti yang dibangkitkan di Dewan Rakyat pada
masa itu. Menurut Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, usaha mengatasi masalah itu sedang
dilakukan termasuk persetujuan Kabinet supaya guru pemulihan khas segera ditambah segera ke
sekolah terbabit. Pada masa itu, lebih kurang terdapat 100,000 murid sekolah rendah dari tahun 2
hingga tahun 6 tidak tahu membaca, mengira dan menulis.terusnya menulis bukanlah satu
Namun begitu menurut beliau lagi, bilangan sebenar murid yang tidak dapat menguasai
kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) belum dapat disahkan sama ada benar 100,000
murid atau kurang daripada itu. Tetapi, jumlah ini pasti akan meningkat lagi jika langkah yang
sewajarnya tidak dipedulikan oleh semua pihak.
Selain itu, pada masa kini juga masih ramai lagi yang keciciran bukan sahaja dalam
kemahiran membaca malahan 3M juga. Pada 11 Disember 2007, kita dikejutkan dengan berita
dalam Utusan Malaysia yang mengatakan bahawa kini terdapat 3.1 juta murid sekolah lagi yang
masih belum menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira (Utusan Malaysia,
2007). Seorang ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) iaitu Fadillah Yusof (BN-Petra Jaya)
mendakwa bahawa sebanyak 3.1 juta murid di negara ini masih belum dapat menguasai
sepenuhnya kemahiran
3M. Dalam berita ini, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar memberikan respon tentang
masalah ini dengan mengatakan bahawa pihak mereka sedar bahawa masih terdapat sebanyak
BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 5
ZAIRUDIN BIN ALI
670610115677002
3.1 juta murid di negara ini yang masih belum dapat menguasai sepenuhnya kemahiran
membaca, menulis dan mengira namun beliau memberitahu juga bahawa kementerian telah
mengambil langkah untuk mengatasi masalah tersebut dengan melaksanakan Program
Bimbingan Kemahiran Asas Membaca dan Menulis yang dikenali sebagai Probim.
Menurut beliau lagi, bagi mengatasi masalah pelajar di peringkat menengah yang lemah
dalam bidang akademik, kementerian telah melaksanakan sebanyak 22 mata pelajaran
vokasional di sekolah menengah dan melalui mata pelajaran vokasional ini, para pelajar dapat
mempelajari kemahiran teknikal supaya mereka dapat berdikari atau memulakan perniagaan
Sehubungan itu, pelbagai pendapat dari mulut masyarakat tentang siapakah yang harus
dipersalahkan dalam masalah ini dan sudah pasti pihak yang disalahkan adalah pihak pendidik
yang dikatakan lemah dan cuai dalam menjalankan tugas mereka sebagai seorang guru. Menurut
Utusan Malaysia pada 20 November 2005, Guru-guru yang semakin lemah dan terhakisnya
budaya `kerja kuat' di kalangan mereka adalah punca murid-murid gagal menguasai kemahiran
3M serta mendapat gred corot dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2005.
BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 6
ZAIRUDIN BIN ALI
670610115677002
Sehubungan itu beberapa orang pakar pendidikan membidas Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang menyalahkan faktor kekurangan guru di kelas-kelas
pemulihan sebagai punca kepada masalah itu. Menurut bekas Ketua Jemaah
Nazir Sekolah, Datuk Abd. Rahim Tahir juga berkata, budaya `kerja kuat' di kalangan guru-guru
dalam membantu memulihkan murid masing-masing semakin terhakis.
ii. Kepentingan Kemahiran Membaca
Membaca sudah lama menjadi topik yang diminati dan sering dibincangkan dari semasa
ke semasa di kalangan para pendidik terutama di Malaysia. Mereka yang berminat dalam bidang
ini sentiasa mengkaji berbagai-bagai perspektif dan pendekatan tentang pengajaran membaca,
sama ada di peringkat bacaan awal, di peringkat pertengahan ataupun di peringkat bacaan luas.
Mereka sentiasa mencari jalan untuk mencuba teknik membaca yang berkesan untuk golongan
sasaran yang tertentu. Kemahiran membaca merupakan komponen yang penting dalam sesuatu
kurikulum dan menjadi kunci kepada ilmu pengetahuan.
Tanpa menguasai kemahiran membaca, seseorang itu tidak dapat meneroka buku ilmiah
ataupun buku bacaan berbentuk hiburan. Dalam sistem persekolahan di Malaysia, yang bermula
daripada peringkat sekolah tendah, kemahiran membaca sudah ditekankan dalam sukatan
BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 7
ZAIRUDIN BIN ALI
670610115677002
pelajaran bahasa dan kepentingannya telah dirakamkan dalam penyataan objektif dan matlamat
sukatan pelajaran tersebut.
Kemahiran membaca juga amat penting dalam semua aspek dan salah satunya adalah
aspek komunikasi. Membaca merupakan satu cara komunikasi di antara dua pihak iaitu pembaca
dan penulis. Penulis mempunyai objektif dalam penulisan yang mereka hasilkan iaitu
menyampaikan apa juga bentuk mesej sama ada berbentuk ilmiah ataupun hiburan semata-mata.
Sekiranya kemahiran membaca seseorang indivudu itu lemah, maka, mesej yang hendak
disampaikan oleh penulis itu, sukar difaham oleh pembaca. Selain itu, kemahiran membaca juga
penting dalam mencari dan mendapatkan pelbagai bentuk maklumat dan ilmu pengetahuan.
Sekiranya seseorang itu ingin mendapatkan maklumat berbentuk bacaan, kemahiran membaca
perlulah tinggi untuk memastikan maklumat yang dikehendaki mudah diperolehi. Menurut Prof.
DR. Henry Guntur Tarigan (1994), seseorang itu membaca untuk menemukan atau mengetahui
penemuan-penemuan yang telah dilakukan oleh penulis. Membaca seperti ini disebut membaca
untuk memperoleh perincian-perincian atau fakta-fakta (reading for details or facts).
Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama untuk membantu meningkatkan keupayaan
murid sekolah rendah bagi menguasai kemahiran membaca. Hal ini kerana terdapat banyak isu
dan masalah yang dihadapi oleh murid dalam penguasaan membaca tetapi kita tidak boleh
BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 8
ZAIRUDIN BIN ALI
670610115677002
menunding jari kepada satu-satu pihak sahaja di atas kelemahan ini. Seharusnya kita perlu
mengambil langkah segera bagi mengatasinya memandangkan kemahiran membaca mempunyai
banyak kepentingan.
IMPAK KEMAHIRAN MEMBACA TERHADAP PERSEDIAAN
GURU DI DALAM BILIK DARJAH
Kemahiran membaca merupakan salah satu komponen penting yang perlu membaca
menjadi landasan kepada sekumpulan kemahiran yang perlu untuk menguasai kemahiran belajar.
Bagi membolehkan murid membaca dengan baik, asas membaca yang kukuh perlu dibina sejak
mereka di sekolah rendah lagi. Sehubungan dengan itu, Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia
Sekolah Rendah telah menyenaraikan sebanyak 124 kemahiran membaca untuk dikuasai oleh
murid dalam tempoh enam tahun persekolahan (Asas kemahiran berbahasa KBSR, 1994). Selain
itu, kemahiran membaca yang tinggi akan menyebabkan murid menguasai pelbagai aspek bahasa
dan penyusunan idea yang bernas dan teratur. Sebaliknya, murid-murid yang kurang minat
membaca akan menjadikan pengetahuan mereka tidak luas malah akan menjadikan
BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 9
dikuasai oleh murid bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Kemahiran
ZAIRUDIN BIN ALI
670610115677002
mereka kekurangan kosa kata (Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd.
Baharin, 2007). Kemahiran membaca yang dikuasai oleh murid akan memberi impak terhadap
persediaan guru di dalam bilik darjah.
Antara impak kemahiran membaca terhadap persediaan guru di dalam bilik darjah adalah
guru perlu menganalisis ciri-ciri murid. Hal ini bertujuan untuk mengetahui sama ada murid itu
sudah menguasai kemahiran membaca atau belum menguasai. Mengikut model ASSURE oleh
Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino (1996), guru perlu menganalisis ciri-ciri murid sebelum
merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Jika terdapat murid yang
belum menguasai kemahiran membaca dengan baik, ia akan memberi kesan terhadap persediaan
guru di dalam bilik darjah. Misalnya, guru tidak boleh mengubah pembelajaran dari satu unit ke
unit pembelajaran yang lain jika terdapat ramai murid yang belum menguasai sesuatu unit itu.
Penguasaan unit pembelajaran oleh murid terhadap sesuatu unit pembelajaran akan
bertambah rumit jika kemahiran membaca mereka adalah lemah. Sebaliknya mereka akan mudah
menguasai sesuatu unit pembelajaran jika mereka dapat menguasai kemahiran membaca. Guru
juga mesti mempelbagaikan kaedah pengajajran mereka agar potensi murid dapat
diperkembangkan semaksimum yang mungkin (Shukri Zain, 2007). Hal ini kerana, di dalam
sesuatu kelas terdapat pelbagai tahap kemahiran membaca oleh murid. Oleh yang demikian, guru
BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 10
ZAIRUDIN BIN ALI
670610115677002
perlu merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dan berkesan bagi
membolehkan semua murid dapat menguasai perkara yang diajar. Keadaan ini akan menjadikan
murid yang lemah dapat menguasai pembelajaran dengan baik dan murid yang mahir tidak akan
bosan dengan pengajaran yang dilakukan oleh guru.
Antara aktiviti yang mesti dibuat oleh guru seperti aktiviti yang dapat memberi peluang
sepenuhnya kepada murid untuk mempraktikkan kecekapan berbahasa yang boleh menunjukkan
bakat dan mencabar pemikiran. Selain itu, guru juga hendaklah menyediakan aktiviti yang boleh
menyeronokkan murid supaya mereka tidak merasa bosan terhadap pengajaran dan pembelajaran
bahasa seperti berlakon, simulasi dan main peranan (Asas Perkaedahan Mengajar Bahasa, 1992).
Selain itu, impak kemahiran membaca murid juga memastikan guru untuk melakukan aktiviti
pengayaan.
Aktiviti pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas yang dijalankan
sama ada sekolah ataupun di luar waktu sekolah, daerah, negeri atau kebangsaaan. Aktiviti ini
hendaklah dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran bahasa
yang telah dan sedang dipelajari. Melalui aktivti ini murid mendapat peluang tambahan untuk
mengembangkan minat, daya kreativiti, perasaan ingin tahu, sikap berdikari dan bakat
kepimpinannya. Aktiviti pengayaan ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu pilihan murid atau
BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 11
ZAIRUDIN BIN ALI
670610115677002
pilihan guru. Dalam aktiviti pengayaan pilihan murid, mereka bebas memilih dan menjalankan
sendiri sesuatu aktiviti mengikut minat dan kebolehan masing-masing. Guru boleh menyediakan
beberapa pukal bahasa yang boleh dipilih sendiri oleh murid. Manakala bagi pilihan guru pula
aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tertentu. Aktiviti ini dikendali secara
formal mengikut arahan, penentuan atau rancangan guru (Asas Perkaedahan Mengajar Bahasa,
1992).
Impak kemahiran membaca juga memerlukan guru untuk melakukan aktiviti pemulihan
bagi murid yang mengalami masalah. Pemulihan mengikut Kamus Dewan bermaksud perbuatan
memulihkan, pengembalian kepada yang semula dan pemulangan atau pengembalian. Murid
yang lemah dalam kemahiran membaca boleh menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran
terganggu. Misalnya mereka membuat bising atau menganggu kawan lain yang hendak belajar.
Keadaan ini akan menyebabkan pengajaran guru tidak berkesan.
Oleh yang demikian, aktiviti pemulihan diperlukan bagi membantu murid yang
bermasalah ini. Aktiviti pemulihan merupakan langkah khas untuk membantu murid-murid
menghadapi masalah pembelajaran dan dijalankan dalam waktu yang pendek. Goleman (1995)
mengatakan bahawa seseorang yang mempunyai kecerdasan emosional yang tinggi mampu
mengenal emosi sendiri (self-awareness), menguruskan emosi (self-management), memotivasi
BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 12
ZAIRUDIN BIN ALI
670610115677002
diri (motivation), memahami emosi dalam orang lain (empathy) dan dapat menjalin hubungan
dengan manusia (sosial skills). Sekiranya seseorang murid itu dapat mengenal pasti emosinya
sendiri, dia akan menyedari kelemahan dan kekuatannya dan membuat sesuatu keputusan dengan
bijak (Shukri Zain, 2007).
Hal ini menunjukkan bahawa guru hendaklah memainkan peranan dalam meningkatkan
tahap kecerdasan emosi murid bagi membolehkan mereka bersemangat untuk belajar membaca
dan lebih mahir. Kesimpulannya, kejayaan pengajaran guru-guru bahasa tidak hanya bergantung
kepada latihan mengenai cara-cara pengajaran, tetapi juga pengetahuan yang secukupnya tentang
bahasa yang menjadi bahan pengajaran mereka. Tetapi dengan penguasaan bahasa yang tinggi
serta dibekalkan dengan kaedah pengajaran yang baik, belum tentu guru itu akan berjaya tanpa
disokong oleh sikap dedikasi, usaha dan inisiatif yang perlu dilakukan oleh guru itu (Azman
Wan Chik, 1986). Oleh itu, kemahiran membaca dalam kalangan murid sekolah rendah dapat
dipertingkatkan.
BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 13
ZAIRUDIN BIN ALI
670610115677002
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MEMBACA
Kemahiran membaca merupakan kemahiran peringkat tinggi, kemahiran ini
pembacaan. Ramai pelajar sama ada di peringkat sekolah rendah atau peringkat menengah masih
lagi tidak boleh membaca dengan lancar (Dr. Syukri Abdullah, 2007). Kemahiran membaca itu
bukanlah kemahiran semulajadi. Membaca tidak sama pembentukannya seperti berjalan atau
berlari. Ini bermakna , kemahiran ini perlu dipupuk dengan cara yang tersusun dan berkesan.
Pelbagai kaedah telah digunakan untuk meningkatkan kemahiran membaca (Noor Fazrina
Kamal, 2007). Antara langkah yang boleh dijalankan untuk meningkatkan kemahiran membaca
ialah:
i. Peranan guru
Guru memainkan peranan yang amat penting bagi meningkatkan kemahiran membaca
dalam kalangan murid sekolah rendah. Kita boleh perhatikan bahawa masih ada murid sekolah
rendah yang belum dapat menguasai kemahiran membaca dengan lancar. Bagi mengatasi
permasalahan ini, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk meningkatkan kemahiran
membaca. Menurut Azwan Wan Chik (1986), terdapat empat kaedah mengajar membaca Bahasa
BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 14
merupakan bukan satu perkara yang mudah untuk dikuasai terutamanya pada peringkat awal
ZAIRUDIN BIN ALI
670610115677002
Melayu yang biasa dilaksanakan dalam bilik darjah iaitu kaedah abjad, kaedah seluruh perkataan,
kaedah fonik dan kaedah eklektik. Setiap kaedah mempunyai cara penyampaian yang berbeza
dan guru boleh menggunakan kaedah-kaedah tersebut dalam proses pengajaran membaca kepada
murid.
Namun begitu, kaedah eklektik adalah paling sesuai digunakan untuk mengajar membaca
kerana ia menggabungkan terus kaedah fonik dan kaedah seluruh perkataan dan ayat dalam satu
pelajaran membaca. Selain penggunaan teknik yang betul dalam pengajaran membaca, alat
bantu mengajar (ABM) juga memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu termasuk mengajar membaca. Setiap pengajaran yang telah dirancang oleh guru
bermula dari ‘set induksi’ sehinggalah ke penutupnya, seharusnya guru menyediakan ABM atau
media yang paling berkesan supaya objektif pengajaran tercapai (Syarifah Alwiah Alsagoff,
1984: 349 dalam Marzukhi Nyak Abdullah, 1994). Penggunaan ABM dapat memudahkan
murid-murid memahami atau membantu mereka ke arah pembentukan konsep yang betul.
Contohnya, penggunaan gambar dalam pengajaran membaca dapat membantu dan merangsang
minda murid untuk menyebut dan membacanya. Selain itu, untuk menjadi seorang pembaca
yang berkesan, murid juga perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca.
Oleh itu guru perlu membimbing murid untuk menguasai teknik-teknik tersebut dari
peringkat sekolah rendah lagi. Dalam konteks sekolah, murid membaca untuk tujuan-tujuan
BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 15
ZAIRUDIN BIN ALI
670610115677002
seperti untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara,
untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkara, untuk memahami
sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang sesuatu konsep dan untuk mengumpul
pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu persoalan. Secara umumnya, seseorang murid perlu
menguasai dua teknik membaca, iaitu membaca pantas dan membaca kritis.
ii. Peranan murid
Kejayaan murid dalam bidang pelajaran terletak di tangan mereka sendiri. Murid perlu
rajin dan berusaha untuk memantapkan diri bagi mengatasi kelemahan yang dimiliki. Bagi
meningkatkan kemahiran membaca, murid perlu memperuntukkan masa yang sesuai untuk
membaca. Kebanyakan individu memberi alasan tidak membaca kerana kesuntukan masa.
Memang tidak dinafikan bahawa terdapat banyak alasan terhadap waktu, tetapi jika murid
berminat pada kemajuan diri dalam kemahiran membaca, maka mereka perlu mengatur masa dan
memperuntukan sedikt masa untuk membaca dengan baik. Prof. DR. Henry Guntur Tarigan
(1994) mengatakan bahawa masa untuk membaca tidak perlu lebih dari 15 hingga 30 minit,
tetapi kesetiaan murid terhadap pembacaan akan meningkatkan kemahiran membaca mereka.
Katanya lagi, orang yang tidak ingin maju sahajalah yang tidak menyediakan masa untuk
membaca dalam hidupnya.
BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 16
ZAIRUDIN BIN ALI
670610115677002
Usaha yang paling efisyen untuk mengetahui segala kejadian pening di dunia moden
sekarang ini adalah dengan membaca. Selain itu, menyediakan masa untuk membaca
berhubungan rapat dengan salah satu aspek yang paling penting dalam membaca kritis iaitu
mengetahui apa yang baik dan bermanfaat untuk dibaca. Memang tidak mungkin muurid akan
membaca tentang semua perkara, oleh itu setiap murid perlu mengadakan prinsip-prinsip sendiri
yang dapat membimbing mereka terhadap apa yang harus dibaca dan tidak perlu dibaca. Dalam
buku Azman Wan Chik (1986) ada diselitkan pesanan Sandra Loch kepada Encik Simkins yang
dinukilankan dalam buku Personalized Reading Instruction oleh Walter R. Barbe de Jerry L.
Abbott, terjemahannya lebih kurang begini:
”Saya suka waktu yang tuan tentukan untuk bacaan kerana saya boleh membaca apa-
apa buku yang saya suka dan saya tidak dipaksa membaca buku yang saya tidak suka,
saya juga suka kerana saya diberi masa untuk membaca. Saya suka menyatakan bahawa
sesungguhnya saya seronok membaca dan saya fikir anda akan belajar bagaimana
membaca dengan baik apabila anda membaca buku-buku yang anda suka, ini akan
menarik minat anda ingin membaca. Saya tulis suatu catatan berkenaan dengan buku-
buku yang saya sudah baca, dengan itu saya boleh memberitahu kepada semua orang
BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 17
ZAIRUDIN BIN ALI
670610115677002
bahawa tidak ada sebuah buku yang baik tentang sebuah buku yang saya sudah baca, ini
menjadikan mereka akan berminat membaca buku-buku. Percayalah saya suka
membaca.”
Daripada pesanan di atas ternyata setiap murid boleh dipupuk minat membacanya
dengan memimpin mereka memilih buku-buku yang disukainya dan menentukan masa untu
membaca.
iii. Peranan sekolah
Peranan pihak sekolah juga penting dalam meningkatkan kemahiran membaca dalam
kalangan murid. Bagi murid yang dikesan mempunyai kelemahan dalam kemahiran membaca,
mereka perlu diberi kelas pemulihan yang khusus untuk memahirkan mereka dalam bacaan.
Kelas pemulihan ini pula memerlukan guru- guru yang mahir untuk mengajar mereka supaya
mahir membaca. Di samping itu, persekitaran sekolah juga penting untuk memotivasikan murid
agar gemar membaca. Bernard (1965) berpendapat motivasi ialah penggerak yang melibatkan
proses membangkit, mengekal dan mengawal minat (Ramlah Jantan dan Mahani Razali, 2004).
Contohnya, pada dinding-dinding sekolah atau tugu perlu diletakkan motto atau renungan yang
berkaitan dengan kelebihan dan kebaikan amalan membaca.
BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 18
ZAIRUDIN BIN ALI
670610115677002
Keadaan ini secara tidak langsung akan memberi kesedaran kepada murid untuk cuba
menghayati dan mengubah diri mereka ke arah suka membaca. Selain itu, sudut bacaan juga
perlu diwujudkan di dalam bilik darjah. Sudut ini perlu disediakan dengan buku-buku yang
sesuai dibaca oleh murid dan sudut ini juga perlulah senyap dan selesa supaya murid dapat
menumpukan perhatian mereka semasa mereka membaca (Nordin Mamat, 2005).
iv. Peranan ibu bapa
Terdapat hubungan yang rapat antara peranan ibu bapa dan persekitaran rumah dalam
pemerolehan kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak. Kajian Durkin (1966) tentang
kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca walaupun masih di dalam kelas-kelas tadika
mendapati bahawa faktor utama yang mendorong mereka cepat dan lancar membaca ialah
jumlah bahan bacaan yang mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa. Trelease (1989) (dalam
Lee Lai Guan, Rahman & Salihah, 2007) pula berpendapat membaca kuat kepada anak-anak
boleh mendatangkan banyak faedah. Ibu bapa yang membaca kuat kepada anak bukan sahaja
dapat meningkatkan kemahiran membaca anak tetapi kemahiran-kemahiran lain yang berkaitan
dengan kemahiran membaca. Antara lain, ibu bapa dapat meningkatkan daya mental anak-anak
mereka dengan meluaskan konsep, perbendaharaan kata serta meluaskan alam pengetahuan dan
pemikiran.
BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 19
ZAIRUDIN BIN ALI
670610115677002
Dalam kajiannya, Hansen (1969) telah menggabungkan 4 faktor yang berkaitan dengan
persekitaran rumah. Faktor-faktor itu ialah terdapat atau tidak bahan bacaan yang sesuai di
rumah, masa yang diperuntukkan bagi membaca kepada kanak-kanak, masa yang diperuntukkan
bagi membimbing dan menggalakkan kanak-kanak membaca dan sama ada ibu bapa menjadi
contoh atau model yang baik kepada kanak-kanak. Keempat-empat faktor itu secara bergabung
didapati lebih mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca daripada secara berasingan.
Ibu bapa juga perlu menunjukkan sikap suka membaca kepada anak-anak. Perkara ini
disokong oleh Rohani Rustam dan Jamiah A.Bakar (1995) menyatakan contoh melalui teladan
penting dan benar kerana sudah menjadi tabii anak-anak suka meniru. Apa yang dibuat oleh ibu
bapa atau orang-orang dewasa yang sentiasa berada dengannya, maka itulah yang akan cuba
ditirunya. Walaupun mereka bukan pembaca yang serius, namun perbuatan ibu bapa membaca
bahan-bahan itu menjadi contoh kepada anak-anak. Sebagai kesimpulan, faktor peranan ibu
bapa dan persekitaran rumah merupakan faktor utama dalam mempengaruhi sikap kanak-kanak
membaca. Ia merupakan faktor penentu sama ada seseorang kanak-kanak akan menjadi pembaca
yang berjaya atau sebaliknya.
BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 20
ZAIRUDIN BIN ALI
670610115677002
BAB III
METODOLOGI
REKABENTUK KAJIAN
KUMPULAN SASARAN
Responden kajian saya terdiri daripada 10 orang murid iaitu 2 orang murid tahap
pencapaian mereka adalah sederhana dan amat lemah. Kumpulan ini dipilih melalui ujian
membaca dengan lancar yang telah diadakan pada 2 - 3 Februari 2010. Semasa ujian tersebut
diadakan terdapat seorang murid yang langsung tidak boleh membaca. Ini kerana murid tersebut
agak buta huruf dan mudah lupa apa yang telah dipelajari atau perkataaan yang telah disebut.
Keadaan ini betul-betul menuntut kesabaran dan komitmen yang tinggi dari pihak saya.
INSTRUMEN KAJIAN
BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 21
perempuan dan 8 orang murid lelaki Tahun 1 Murni dalam lingkungan umur 7 tahun, di mana
ZAIRUDIN BIN ALI
670610115677002
Instrumen yang saya gunakan dalam kajian ini ialah Ujian pra dan ujian pasca bacaan.
Instrumen ini dipilih berdasarkan perbincangan dengan rakan sejawat yang lain dan dilakukan
pada 2 – 3 Februari 2010. Bagi menilai instrumen ini, satu markah akan diberikan kepada setiap
murid yang boleh membaca setiap satu perkataan (sila rujuk Lampiran A ).
TATACARA KAJIAN
Langkah-Langkah Tindakan
Setiap kali masuk kelas selama tiga minggu berturut-turut, saya telah menjalankan
aktiviti berikut:
Minggu pertama ( 6 – 10 Februari 2010 )
1. Ujian mengeja suku kata KV
2. Ujian mengeja 2 suku kata KV + KV
3. Ujian mengeja 3 suku kata KV + KVK + KV, KV K + KV + KV
BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 22
ZAIRUDIN BIN ALI
670610115677002
• Guru menunjukkan gambar dan minta murid menamakan gambar. Guru
mengedarkan kad huruf dan meminta murid munyusun huruf supaya menjadi
perkataan yang bermakna.
• Minta murid membaca perkataan yang telah disusun (sila lihat Lampiran B)
Minggu Kedua ( 13 - 17 Februari 2010 )
1. Pelajar diminta meneliti semula gambar yang diberi kemudian diminta mengeja
perkataan berpandukan gambar.
2. Latih-tubi mengeja perkataan berpandukan gambar.
3. Mengenalkan perkataan-perkataan baru.
4. Murid diminta mengeja perkataan sambil menutup mata (sila rujuk lampiran C)
Minggu Ketiga ( 20 – 24 Februari 2010 )
BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 23
ZAIRUDIN BIN ALI
670610115677002
1. Mengenalkan kepada murid beberapa ayat mudah daripada perkataan yang telah
dipelajari.
2. Bimbing murid membaca ayat mudah.
3. Latih-tubi murid membaca ayat mudah yang di beri.
4. Ujian membaca ayat mudah.
• Aktiviti ini diteruskan kepada pelajar yang masih belum menguasai kemahiran
mengeja, membatang suku kata dan membaca dengan lancar. Manakala pelajar
yang telah menguasai kemahiran membaca akan diberika ayat pendek yang lain
(sila rujuk lampiran D).
BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 24
ZAIRUDIN BIN ALI
670610115677002
PENGUMPULAN DATA
Kajian ini menggunakan instrumen-instrumen berikut:
i. Ujian Pra
Tarikh : 22 – 23 Mac 2010
Masa diberi : 10 minit setiap orang
Jumlah suku kata : 10 suku kata
ii. Ujian Pasca
Tarikh : 29 – 30 Mac 2010
Masa diberi : 10 minit seorang
Jumlah suku kata : 10 suku kata
Soalan Pra dan Pasca adalah berbeza tetapi masih menggunakan kaedah mengeja suku
kata yang sama. Ini bertujuan untuk mengetahui sama ada murid dapat atau belum menguasai
kemahiran mengeja, membatang suku kata dan seterusnya membaca ayat pendek.
BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 25
ZAIRUDIN BIN ALI
670610115677002
PENGANALISISAN DATA ( KEPUTUSAN )
Jadual 1 menunjukkan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca yang telah dibuat pada 22 – 23
Mac 2010 dan 29 – 30 Mac 2010 yang lalu. Berdasarkan ujian pra dan ujian pasca yang telah
dibuat, jelas menunjukkan perbezaan keputusan yang diperolehi. Dalam ujian pra yang telah
dibuat, markah yang diperolehi bagi 1 suku kata ialah 26, 2 suku kata ialah 17 dan 3 suku kata
ialah 9. Ini menjadikan jumlah keseluruhannya ialah 52.
Ujian pasca dilakukan selepas ujian pra. Berikut adalah hasil pencapaian yang telah
didapati yang mana bagi ujian 1 suku kata, markahnya ialah 36, 2 suku kata 31 dan 3 suku kata,
markahnya 17. Jumlah keseluruhan markah yang didapati ialah 84.
Dari keputusan di atas, didapati ada keberkesanan dan peningkatan dalam mengeja
perkataan yang mengandungi suku kata dan perkataan yang telah diberikan. Ini dapat dilihat
pada peratusan markah pada Jadual 2. Dalam ujian pra, peratusan yang diperolehi bagi 1 suku
kata ialah 50%, dua suku kata 20% dan tiga suku kata 0%. Manakala dalam ujian pasca pula,
peratusan bagi ujian satu suku kata telah meningkat kepada 90%, dua suku kata 60% dan tiga
suku kata 20%. Ini menunjukkan peningkatan yang agak memberangsangkan.
BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 26
ZAIRUDIN BIN ALI
670610115677002
Jadual 1 : Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca
Bilangan
Nama Murid
Sebelum Tindakan Selepas Tindakan
1
Suku
Kata
2
Suku
Kata
3
Suku
Kata
Jum
1
Suku
Kata
2
Suku
Kata
3
Suku
Kata
Jum
1 Alieysa Balqis 2 1 1 4 3 2 2 7
2 Ali Daniel 4 3 2 8 5 4 3 12
3 Bibi Syahirah 3 2 2 7 4 4 3 11
4 Mohd Amzar 2 2 0 4 3 3 1 7
5 Mohd Zuhairy 3 2 1 6 4 4 2 10
6 Muhd Syafiq Nazwan 3 1 1 5 4 4 2 10
7 Sharifah Nur Azla 4 3 2 8 5 5 2 12
8 Syarifah Adawiyah Putri 2 1 0 3 3 2 1 6
9 Syed Mohd Ariffin 2 1 0 3 3 2 1 6
10 Yasmin Adilah Safwah 1 1 0 2 2 1 0 3
26 17 9 52 36 31 17 84
Jadual 2 : Analisis Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca
Gred
Ujian Pra Ujian Pasca
1
Suku
Kata
2
Suku
Kata
3
Suku
Kata
1
Suku
Kata
2
Suku
Kata
3
Suku
Kata
BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 27
ZAIRUDIN BIN ALI
670610115677002
Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
Cemerlang ( 5 ) 0 0 0 0 0 0 2 20 1 10 0 0
Baik ( 4 ) 2 20 0 0 0 0 3 30 4 40 0 0
Sederhana ( 3 ) 3 30 2 20 0 0 4 40 1 10 2 20
Lemah (1 & 2 ) 5 50 8 80 10 100 1 10 4 40 8 80
Jumlah 10 50 10 20 10 0 10 90 10 60 10 20
BAB IV
PENUTUP
REFLEKSI TINDAKAN
Melalui kajian tindakan yang telah dijalankan saya dapati ada menampakkan
membaca dengan menggunakan kad suku kata dan gambar telah dapat ditingkatkan.
BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 28
hasil yang agak membanggakan. Pencapaian dan penguasaan pelajar terhadap kemahiran
ZAIRUDIN BIN ALI
670610115677002
Ketika saya menjalankan kajian ini terdapat pelbagai rintangan yang terpaksa dihadapi.
Antara masalah yang saya hadapi ialah kekangan masa. Seperti mana yang diketahui, masa
sangatlah penting dan ianya merupakan satu perkara yang amat terbatas dalam menjayakan
program kajian ini. Saya terpaksa membahagikan masa untuk pengajaran dan pembelajaran di
kelas biasa, kursus-kursus dan kajian tindakan ini.
Pada peringkat awal juga, tiada kerjasama daripada rakan sejawat dan murid-murid yang
terlibat bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Terdapat pelajar yang buta huruf, tidak
boleh membatang perkataan, mudah lupa apa yang telah dibaca dan tidak memberi tumpuan
terhadap aktiviti yang dijalankan. Namun segala rintangan itu dapat diatasi dan saya amat
gembira dan berbangga kerana kajian tindakan yang dijalankan telah menampakkan hasil yang
agak memberangsangkan.
RUMUSAN
BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 29
ZAIRUDIN BIN ALI
670610115677002
Dalam melaksanakan kajian tindakan ini, banyak pengalaman yang dapat dikutip.
Antaranya ialah kesabaran dan komitmen guru yang tinggi yang bertindak sebagai pengkaji
sangatlah diharapkan. Selain itu, kerjasama dari semua pihak sangat diperlukan terutamanya
daripada pihak sekolah, rakan sejawat dan yang paling penting dari murid-murid itu
sendiri.Perkara yang paling penting sekali ialah dapat membantu murid meningkatkan kemahiran
membaca dengan lancar.
BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 30

More Related Content

What's hot

Makalah Problematik Pendidikan di Indonesia
Makalah Problematik Pendidikan di IndonesiaMakalah Problematik Pendidikan di Indonesia
Makalah Problematik Pendidikan di IndonesiaCalvin Talakua
 
Tugas mandiri bahasa indonesia
Tugas mandiri bahasa indonesiaTugas mandiri bahasa indonesia
Tugas mandiri bahasa indonesiaAsep Jaenudin
 
Kurangnya pemerataan pendidikan di indonesia
Kurangnya pemerataan pendidikan di indonesiaKurangnya pemerataan pendidikan di indonesia
Kurangnya pemerataan pendidikan di indonesiaripto atmaja
 
SME 6044 - Bahasa Pengantar
SME 6044 - Bahasa PengantarSME 6044 - Bahasa Pengantar
SME 6044 - Bahasa Pengantardewiatiqah
 
Munaqasah laila rahmah
Munaqasah laila rahmahMunaqasah laila rahmah
Munaqasah laila rahmahMuhammad Ropia
 
Refleksi pembelajaran mikropengajaran
Refleksi pembelajaran mikropengajaranRefleksi pembelajaran mikropengajaran
Refleksi pembelajaran mikropengajaranPermata_An-Nur
 
Bahasa melayu tahun_1_sjkc_
Bahasa melayu tahun_1_sjkc_Bahasa melayu tahun_1_sjkc_
Bahasa melayu tahun_1_sjkc_Ping Ping Peng
 
02_Pengaruh bahasa dalam pendidikan karakter bangsa
02_Pengaruh bahasa dalam pendidikan karakter bangsa02_Pengaruh bahasa dalam pendidikan karakter bangsa
02_Pengaruh bahasa dalam pendidikan karakter bangsaHamida ID
 
Pemerataan dan Profesionalisme Guru di Indonesia
Pemerataan dan Profesionalisme Guru di IndonesiaPemerataan dan Profesionalisme Guru di Indonesia
Pemerataan dan Profesionalisme Guru di Indonesiaputeriaprilianti
 
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikanMohd Shahrul Ibrahim
 
Fakta Guru di Indonesia
Fakta Guru di IndonesiaFakta Guru di Indonesia
Fakta Guru di IndonesiaLutfi Koto
 
Pendidikan agama islam_i_kelas_1_muhammad_imron_taufiq_hidayatullah_dan_zamro...
Pendidikan agama islam_i_kelas_1_muhammad_imron_taufiq_hidayatullah_dan_zamro...Pendidikan agama islam_i_kelas_1_muhammad_imron_taufiq_hidayatullah_dan_zamro...
Pendidikan agama islam_i_kelas_1_muhammad_imron_taufiq_hidayatullah_dan_zamro...anik_m
 

What's hot (15)

Makalah Problematik Pendidikan di Indonesia
Makalah Problematik Pendidikan di IndonesiaMakalah Problematik Pendidikan di Indonesia
Makalah Problematik Pendidikan di Indonesia
 
Tugas mandiri bahasa indonesia
Tugas mandiri bahasa indonesiaTugas mandiri bahasa indonesia
Tugas mandiri bahasa indonesia
 
Kurangnya pemerataan pendidikan di indonesia
Kurangnya pemerataan pendidikan di indonesiaKurangnya pemerataan pendidikan di indonesia
Kurangnya pemerataan pendidikan di indonesia
 
SME 6044 - Bahasa Pengantar
SME 6044 - Bahasa PengantarSME 6044 - Bahasa Pengantar
SME 6044 - Bahasa Pengantar
 
Munaqasah laila rahmah
Munaqasah laila rahmahMunaqasah laila rahmah
Munaqasah laila rahmah
 
Refleksi pembelajaran mikropengajaran
Refleksi pembelajaran mikropengajaranRefleksi pembelajaran mikropengajaran
Refleksi pembelajaran mikropengajaran
 
Bahasa melayu tahun_1_sjkc_
Bahasa melayu tahun_1_sjkc_Bahasa melayu tahun_1_sjkc_
Bahasa melayu tahun_1_sjkc_
 
02_Pengaruh bahasa dalam pendidikan karakter bangsa
02_Pengaruh bahasa dalam pendidikan karakter bangsa02_Pengaruh bahasa dalam pendidikan karakter bangsa
02_Pengaruh bahasa dalam pendidikan karakter bangsa
 
Pemerataan dan Profesionalisme Guru di Indonesia
Pemerataan dan Profesionalisme Guru di IndonesiaPemerataan dan Profesionalisme Guru di Indonesia
Pemerataan dan Profesionalisme Guru di Indonesia
 
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
3038649 penulisan-karangan-spmisu-pendidikan
 
Fakta Guru di Indonesia
Fakta Guru di IndonesiaFakta Guru di Indonesia
Fakta Guru di Indonesia
 
Pendidikan agama islam_i_kelas_1_muhammad_imron_taufiq_hidayatullah_dan_zamro...
Pendidikan agama islam_i_kelas_1_muhammad_imron_taufiq_hidayatullah_dan_zamro...Pendidikan agama islam_i_kelas_1_muhammad_imron_taufiq_hidayatullah_dan_zamro...
Pendidikan agama islam_i_kelas_1_muhammad_imron_taufiq_hidayatullah_dan_zamro...
 
topik 5
topik 5topik 5
topik 5
 
Document2
Document2Document2
Document2
 
Sample trial exam bm 2020 (pp)
Sample trial exam bm 2020 (pp)Sample trial exam bm 2020 (pp)
Sample trial exam bm 2020 (pp)
 

Similar to MEMBANGUNKAN KEMAHIRAN MEMBACA

Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasamuhammad
 
1 12 rasid-upm
1 12 rasid-upm1 12 rasid-upm
1 12 rasid-upmCvem Cool
 
Proposal kajian tindakan linus
Proposal kajian tindakan linusProposal kajian tindakan linus
Proposal kajian tindakan linusAhmad NazRi
 
Kajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolahKajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolahAhmad NazRi
 
Proposal bab 1 baru
Proposal bab 1  baruProposal bab 1  baru
Proposal bab 1 baruAyieda Eryna
 
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR  BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR  BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...SDN 1 JUGLANGAN
 
Penulisan peringkatpertamadrafbab123
Penulisan peringkatpertamadrafbab123Penulisan peringkatpertamadrafbab123
Penulisan peringkatpertamadrafbab123AZRUL ASWAD ABU BAKAR
 
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)Zuraini Mat Zin
 
Laporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalLaporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalNur Kareena
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cik BaCo
 
Tugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individuTugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individuSYAZWANI IBRAHIM
 
Proposal bahasa indonesia
Proposal bahasa indonesiaProposal bahasa indonesia
Proposal bahasa indonesiabcirohil
 

Similar to MEMBANGUNKAN KEMAHIRAN MEMBACA (20)

Kemahiran mnembaca artikel 1
Kemahiran mnembaca artikel 1Kemahiran mnembaca artikel 1
Kemahiran mnembaca artikel 1
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
 
Proposal bab 2
Proposal bab 2Proposal bab 2
Proposal bab 2
 
1
11
1
 
1 12 rasid-upm
1 12 rasid-upm1 12 rasid-upm
1 12 rasid-upm
 
prof rashid.pdf
prof rashid.pdfprof rashid.pdf
prof rashid.pdf
 
Proposal kajian tindakan linus
Proposal kajian tindakan linusProposal kajian tindakan linus
Proposal kajian tindakan linus
 
Kajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolahKajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolah
 
Proposal bab 1 baru
Proposal bab 1  baruProposal bab 1  baru
Proposal bab 1 baru
 
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR  BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR  BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
PENINGKATAN MOTIVASI DAN HASIL BELAJAR BAHASA INDONESIA SISWA KELAS VI SDN 1...
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i gani
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i gani
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i gani
 
Penulisan peringkatpertamadrafbab123
Penulisan peringkatpertamadrafbab123Penulisan peringkatpertamadrafbab123
Penulisan peringkatpertamadrafbab123
 
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
 
Laporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalLaporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnal
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
 
MBMMBI
MBMMBIMBMMBI
MBMMBI
 
Tugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individuTugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individu
 
Proposal bahasa indonesia
Proposal bahasa indonesiaProposal bahasa indonesia
Proposal bahasa indonesia
 

Recently uploaded

Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anakbekamalayniasinta
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptYanseBetnaArte
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 

Recently uploaded (20)

Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 

MEMBANGUNKAN KEMAHIRAN MEMBACA

  • 1. ZAIRUDIN BIN ALI 670610115677002 BAB I PENDAHULUAN LATAR BELAKANG KAJIAN Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras yang perlu Kementerian Pelajaran Malaysia yang mewajibkan para pelajar lulus di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat PMR dan SPM adalah amat baik bagi memartabatkan Bahasa Melayu di negara kita. Ini kerana Bahasa Melayu bukan sahaja merupakan bahasa ibunda kita malahan ia merupakan bahasa utama yang sering diguna selain daripada bahasa Inggeris. Sehubungan itu, asas utama dalam memartabatkan Bahasa Melayu ini ialah dengan mewajibkan pengajaran Bahasa Melayu bermula dari sekolah rendah iaitu mendedahkan pelajar dengan perkataanperkataan yang mudah dan senang untuk difahami sesuai dengan umur dan tahap keupayaan mereka. Selaku guru Bahasa Melayu di sekolah saya mengambil kesempatan untuk menjalankan kajian mengenai tahap penguasaan pelajar dalam kemahiran membaca dengan menggunakan suku kata dan gambar. BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 1 dipelajari sama ada di Sekolah Kebangsaan mahupun di Sekolah Jenis Kebangsaan. Saranan
  • 2. ZAIRUDIN BIN ALI 670610115677002 Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan di dalam kelas saya, Kelas 1 Murni, didapati kebanyakan pelajar tidak pandai membaca, malah ada sesetengahnya tidak pandai mengeja suku kata, terutamanya suku kata KV + KVK, dan KV + KVKK. Keadaan ini menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan menimbulkan rasa bosan bagi pelajar yang sudah pandai dan tahu membaca ayat mudah. PENYATAAN MASALAH Berdasarkan isu ini, saya telah membuat beberapa tinjauan awal. Antaranya ialah menjalankan ujian pra bacaan kepada seramai 27 orang murid-murid di dalam kelas saya. Ujian yang dijalankan adalah seperti membaca cerita pendek. Hasil daripada ujian tersebut, didapati 10 orang daripada mereka tidak pandai membaca cerita pendek tersebut. Ini disebabkan mereka tidak pandai menyebut suku kata KV + KVK atau KV + KVKK yang terdapat di dalam cerita tersebut. Keadaan ini menunjukkan tahap penguasaan mereka dalam kemahiran membaca dan mengeja adalah sangat lemah. Ini akan mengakibatkan mereka tidak tahu apa yang terdapat di dalam petikan dan seterusnya tidak dapat menjawab soalan diberikan. Ini mengakibatkan mereka gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 2
  • 3. ZAIRUDIN BIN ALI 670610115677002 Oleh yang demikian, fokus kajian saya ialah meningkatkan Kemahiran Membaca murid- murid Tahun 1 dengan latih tubi menggunakan suku kata KV + KVK dan KV + KVKK serta kad gambar. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah seperti berikut: 1. Menentukan tahap kebolehbacaan di kalangan Murid-murid Tahun 1. 2. Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1 menggunakan kad suku kata dan gambar. 3. Merancang tindakan untuk mengatasi masalah membaca. 4. Menilai keberkesanan penggunaan kad suku kata dan gambar dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dengan lancar. BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 3
  • 4. ZAIRUDIN BIN ALI 670610115677002 BAB II SOROTAN KAJIAN ISU-ISU DAN KEPENTINGAN KEMAHIRAN MEMBACA Kemahiran membaca bukanlah kemahiran semulajadi. Membaca tidak sama dari segi psikomotor tapi sebaliknya, kanak–kanak tidak boleh membaca secara semulajadi. Ini bermakna , kemahiran ini perlu dipupuk dengan cara yang tersusun dan berkesan. Hakikatnya, kemahiran membaca dan juga menulis, merupakan kemahiran peringkat tinggi. Pengalaman kita sendiri jelas menyokong kenyataan bahawa kemahiran membaca dan seperkara yang mudah. Masih ramai kanak-kanak di peringkat sekolah rendah dan juga menengah yang masih tidak boleh membaca dan menulis dengan lancar dan baik. i. Isu- Isu Dalam Pendidikan BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 4 pembentukannya seperti berjalan atau berlari. Kanak-kanak secara semulajadi boleh berkembang dari
  • 5. ZAIRUDIN BIN ALI 670610115677002 Pada 12 Oktober 2005, Kementerian Pelajaran menyedari wujudnya masalah murid yang tidak tahu membaca, menulis dan mengira seperti yang dibangkitkan di Dewan Rakyat pada masa itu. Menurut Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, usaha mengatasi masalah itu sedang dilakukan termasuk persetujuan Kabinet supaya guru pemulihan khas segera ditambah segera ke sekolah terbabit. Pada masa itu, lebih kurang terdapat 100,000 murid sekolah rendah dari tahun 2 hingga tahun 6 tidak tahu membaca, mengira dan menulis.terusnya menulis bukanlah satu Namun begitu menurut beliau lagi, bilangan sebenar murid yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) belum dapat disahkan sama ada benar 100,000 murid atau kurang daripada itu. Tetapi, jumlah ini pasti akan meningkat lagi jika langkah yang sewajarnya tidak dipedulikan oleh semua pihak. Selain itu, pada masa kini juga masih ramai lagi yang keciciran bukan sahaja dalam kemahiran membaca malahan 3M juga. Pada 11 Disember 2007, kita dikejutkan dengan berita dalam Utusan Malaysia yang mengatakan bahawa kini terdapat 3.1 juta murid sekolah lagi yang masih belum menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira (Utusan Malaysia, 2007). Seorang ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) iaitu Fadillah Yusof (BN-Petra Jaya) mendakwa bahawa sebanyak 3.1 juta murid di negara ini masih belum dapat menguasai sepenuhnya kemahiran 3M. Dalam berita ini, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar memberikan respon tentang masalah ini dengan mengatakan bahawa pihak mereka sedar bahawa masih terdapat sebanyak BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 5
  • 6. ZAIRUDIN BIN ALI 670610115677002 3.1 juta murid di negara ini yang masih belum dapat menguasai sepenuhnya kemahiran membaca, menulis dan mengira namun beliau memberitahu juga bahawa kementerian telah mengambil langkah untuk mengatasi masalah tersebut dengan melaksanakan Program Bimbingan Kemahiran Asas Membaca dan Menulis yang dikenali sebagai Probim. Menurut beliau lagi, bagi mengatasi masalah pelajar di peringkat menengah yang lemah dalam bidang akademik, kementerian telah melaksanakan sebanyak 22 mata pelajaran vokasional di sekolah menengah dan melalui mata pelajaran vokasional ini, para pelajar dapat mempelajari kemahiran teknikal supaya mereka dapat berdikari atau memulakan perniagaan Sehubungan itu, pelbagai pendapat dari mulut masyarakat tentang siapakah yang harus dipersalahkan dalam masalah ini dan sudah pasti pihak yang disalahkan adalah pihak pendidik yang dikatakan lemah dan cuai dalam menjalankan tugas mereka sebagai seorang guru. Menurut Utusan Malaysia pada 20 November 2005, Guru-guru yang semakin lemah dan terhakisnya budaya `kerja kuat' di kalangan mereka adalah punca murid-murid gagal menguasai kemahiran 3M serta mendapat gred corot dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2005. BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 6
  • 7. ZAIRUDIN BIN ALI 670610115677002 Sehubungan itu beberapa orang pakar pendidikan membidas Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang menyalahkan faktor kekurangan guru di kelas-kelas pemulihan sebagai punca kepada masalah itu. Menurut bekas Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Datuk Abd. Rahim Tahir juga berkata, budaya `kerja kuat' di kalangan guru-guru dalam membantu memulihkan murid masing-masing semakin terhakis. ii. Kepentingan Kemahiran Membaca Membaca sudah lama menjadi topik yang diminati dan sering dibincangkan dari semasa ke semasa di kalangan para pendidik terutama di Malaysia. Mereka yang berminat dalam bidang ini sentiasa mengkaji berbagai-bagai perspektif dan pendekatan tentang pengajaran membaca, sama ada di peringkat bacaan awal, di peringkat pertengahan ataupun di peringkat bacaan luas. Mereka sentiasa mencari jalan untuk mencuba teknik membaca yang berkesan untuk golongan sasaran yang tertentu. Kemahiran membaca merupakan komponen yang penting dalam sesuatu kurikulum dan menjadi kunci kepada ilmu pengetahuan. Tanpa menguasai kemahiran membaca, seseorang itu tidak dapat meneroka buku ilmiah ataupun buku bacaan berbentuk hiburan. Dalam sistem persekolahan di Malaysia, yang bermula daripada peringkat sekolah tendah, kemahiran membaca sudah ditekankan dalam sukatan BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 7
  • 8. ZAIRUDIN BIN ALI 670610115677002 pelajaran bahasa dan kepentingannya telah dirakamkan dalam penyataan objektif dan matlamat sukatan pelajaran tersebut. Kemahiran membaca juga amat penting dalam semua aspek dan salah satunya adalah aspek komunikasi. Membaca merupakan satu cara komunikasi di antara dua pihak iaitu pembaca dan penulis. Penulis mempunyai objektif dalam penulisan yang mereka hasilkan iaitu menyampaikan apa juga bentuk mesej sama ada berbentuk ilmiah ataupun hiburan semata-mata. Sekiranya kemahiran membaca seseorang indivudu itu lemah, maka, mesej yang hendak disampaikan oleh penulis itu, sukar difaham oleh pembaca. Selain itu, kemahiran membaca juga penting dalam mencari dan mendapatkan pelbagai bentuk maklumat dan ilmu pengetahuan. Sekiranya seseorang itu ingin mendapatkan maklumat berbentuk bacaan, kemahiran membaca perlulah tinggi untuk memastikan maklumat yang dikehendaki mudah diperolehi. Menurut Prof. DR. Henry Guntur Tarigan (1994), seseorang itu membaca untuk menemukan atau mengetahui penemuan-penemuan yang telah dilakukan oleh penulis. Membaca seperti ini disebut membaca untuk memperoleh perincian-perincian atau fakta-fakta (reading for details or facts). Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama untuk membantu meningkatkan keupayaan murid sekolah rendah bagi menguasai kemahiran membaca. Hal ini kerana terdapat banyak isu dan masalah yang dihadapi oleh murid dalam penguasaan membaca tetapi kita tidak boleh BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 8
  • 9. ZAIRUDIN BIN ALI 670610115677002 menunding jari kepada satu-satu pihak sahaja di atas kelemahan ini. Seharusnya kita perlu mengambil langkah segera bagi mengatasinya memandangkan kemahiran membaca mempunyai banyak kepentingan. IMPAK KEMAHIRAN MEMBACA TERHADAP PERSEDIAAN GURU DI DALAM BILIK DARJAH Kemahiran membaca merupakan salah satu komponen penting yang perlu membaca menjadi landasan kepada sekumpulan kemahiran yang perlu untuk menguasai kemahiran belajar. Bagi membolehkan murid membaca dengan baik, asas membaca yang kukuh perlu dibina sejak mereka di sekolah rendah lagi. Sehubungan dengan itu, Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah telah menyenaraikan sebanyak 124 kemahiran membaca untuk dikuasai oleh murid dalam tempoh enam tahun persekolahan (Asas kemahiran berbahasa KBSR, 1994). Selain itu, kemahiran membaca yang tinggi akan menyebabkan murid menguasai pelbagai aspek bahasa dan penyusunan idea yang bernas dan teratur. Sebaliknya, murid-murid yang kurang minat membaca akan menjadikan pengetahuan mereka tidak luas malah akan menjadikan BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 9 dikuasai oleh murid bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Kemahiran
  • 10. ZAIRUDIN BIN ALI 670610115677002 mereka kekurangan kosa kata (Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd. Baharin, 2007). Kemahiran membaca yang dikuasai oleh murid akan memberi impak terhadap persediaan guru di dalam bilik darjah. Antara impak kemahiran membaca terhadap persediaan guru di dalam bilik darjah adalah guru perlu menganalisis ciri-ciri murid. Hal ini bertujuan untuk mengetahui sama ada murid itu sudah menguasai kemahiran membaca atau belum menguasai. Mengikut model ASSURE oleh Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino (1996), guru perlu menganalisis ciri-ciri murid sebelum merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Jika terdapat murid yang belum menguasai kemahiran membaca dengan baik, ia akan memberi kesan terhadap persediaan guru di dalam bilik darjah. Misalnya, guru tidak boleh mengubah pembelajaran dari satu unit ke unit pembelajaran yang lain jika terdapat ramai murid yang belum menguasai sesuatu unit itu. Penguasaan unit pembelajaran oleh murid terhadap sesuatu unit pembelajaran akan bertambah rumit jika kemahiran membaca mereka adalah lemah. Sebaliknya mereka akan mudah menguasai sesuatu unit pembelajaran jika mereka dapat menguasai kemahiran membaca. Guru juga mesti mempelbagaikan kaedah pengajajran mereka agar potensi murid dapat diperkembangkan semaksimum yang mungkin (Shukri Zain, 2007). Hal ini kerana, di dalam sesuatu kelas terdapat pelbagai tahap kemahiran membaca oleh murid. Oleh yang demikian, guru BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 10
  • 11. ZAIRUDIN BIN ALI 670610115677002 perlu merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dan berkesan bagi membolehkan semua murid dapat menguasai perkara yang diajar. Keadaan ini akan menjadikan murid yang lemah dapat menguasai pembelajaran dengan baik dan murid yang mahir tidak akan bosan dengan pengajaran yang dilakukan oleh guru. Antara aktiviti yang mesti dibuat oleh guru seperti aktiviti yang dapat memberi peluang sepenuhnya kepada murid untuk mempraktikkan kecekapan berbahasa yang boleh menunjukkan bakat dan mencabar pemikiran. Selain itu, guru juga hendaklah menyediakan aktiviti yang boleh menyeronokkan murid supaya mereka tidak merasa bosan terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa seperti berlakon, simulasi dan main peranan (Asas Perkaedahan Mengajar Bahasa, 1992). Selain itu, impak kemahiran membaca murid juga memastikan guru untuk melakukan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas yang dijalankan sama ada sekolah ataupun di luar waktu sekolah, daerah, negeri atau kebangsaaan. Aktiviti ini hendaklah dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran bahasa yang telah dan sedang dipelajari. Melalui aktivti ini murid mendapat peluang tambahan untuk mengembangkan minat, daya kreativiti, perasaan ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinannya. Aktiviti pengayaan ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu pilihan murid atau BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 11
  • 12. ZAIRUDIN BIN ALI 670610115677002 pilihan guru. Dalam aktiviti pengayaan pilihan murid, mereka bebas memilih dan menjalankan sendiri sesuatu aktiviti mengikut minat dan kebolehan masing-masing. Guru boleh menyediakan beberapa pukal bahasa yang boleh dipilih sendiri oleh murid. Manakala bagi pilihan guru pula aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tertentu. Aktiviti ini dikendali secara formal mengikut arahan, penentuan atau rancangan guru (Asas Perkaedahan Mengajar Bahasa, 1992). Impak kemahiran membaca juga memerlukan guru untuk melakukan aktiviti pemulihan bagi murid yang mengalami masalah. Pemulihan mengikut Kamus Dewan bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada yang semula dan pemulangan atau pengembalian. Murid yang lemah dalam kemahiran membaca boleh menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu. Misalnya mereka membuat bising atau menganggu kawan lain yang hendak belajar. Keadaan ini akan menyebabkan pengajaran guru tidak berkesan. Oleh yang demikian, aktiviti pemulihan diperlukan bagi membantu murid yang bermasalah ini. Aktiviti pemulihan merupakan langkah khas untuk membantu murid-murid menghadapi masalah pembelajaran dan dijalankan dalam waktu yang pendek. Goleman (1995) mengatakan bahawa seseorang yang mempunyai kecerdasan emosional yang tinggi mampu mengenal emosi sendiri (self-awareness), menguruskan emosi (self-management), memotivasi BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 12
  • 13. ZAIRUDIN BIN ALI 670610115677002 diri (motivation), memahami emosi dalam orang lain (empathy) dan dapat menjalin hubungan dengan manusia (sosial skills). Sekiranya seseorang murid itu dapat mengenal pasti emosinya sendiri, dia akan menyedari kelemahan dan kekuatannya dan membuat sesuatu keputusan dengan bijak (Shukri Zain, 2007). Hal ini menunjukkan bahawa guru hendaklah memainkan peranan dalam meningkatkan tahap kecerdasan emosi murid bagi membolehkan mereka bersemangat untuk belajar membaca dan lebih mahir. Kesimpulannya, kejayaan pengajaran guru-guru bahasa tidak hanya bergantung kepada latihan mengenai cara-cara pengajaran, tetapi juga pengetahuan yang secukupnya tentang bahasa yang menjadi bahan pengajaran mereka. Tetapi dengan penguasaan bahasa yang tinggi serta dibekalkan dengan kaedah pengajaran yang baik, belum tentu guru itu akan berjaya tanpa disokong oleh sikap dedikasi, usaha dan inisiatif yang perlu dilakukan oleh guru itu (Azman Wan Chik, 1986). Oleh itu, kemahiran membaca dalam kalangan murid sekolah rendah dapat dipertingkatkan. BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 13
  • 14. ZAIRUDIN BIN ALI 670610115677002 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA Kemahiran membaca merupakan kemahiran peringkat tinggi, kemahiran ini pembacaan. Ramai pelajar sama ada di peringkat sekolah rendah atau peringkat menengah masih lagi tidak boleh membaca dengan lancar (Dr. Syukri Abdullah, 2007). Kemahiran membaca itu bukanlah kemahiran semulajadi. Membaca tidak sama pembentukannya seperti berjalan atau berlari. Ini bermakna , kemahiran ini perlu dipupuk dengan cara yang tersusun dan berkesan. Pelbagai kaedah telah digunakan untuk meningkatkan kemahiran membaca (Noor Fazrina Kamal, 2007). Antara langkah yang boleh dijalankan untuk meningkatkan kemahiran membaca ialah: i. Peranan guru Guru memainkan peranan yang amat penting bagi meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid sekolah rendah. Kita boleh perhatikan bahawa masih ada murid sekolah rendah yang belum dapat menguasai kemahiran membaca dengan lancar. Bagi mengatasi permasalahan ini, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk meningkatkan kemahiran membaca. Menurut Azwan Wan Chik (1986), terdapat empat kaedah mengajar membaca Bahasa BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 14 merupakan bukan satu perkara yang mudah untuk dikuasai terutamanya pada peringkat awal
  • 15. ZAIRUDIN BIN ALI 670610115677002 Melayu yang biasa dilaksanakan dalam bilik darjah iaitu kaedah abjad, kaedah seluruh perkataan, kaedah fonik dan kaedah eklektik. Setiap kaedah mempunyai cara penyampaian yang berbeza dan guru boleh menggunakan kaedah-kaedah tersebut dalam proses pengajaran membaca kepada murid. Namun begitu, kaedah eklektik adalah paling sesuai digunakan untuk mengajar membaca kerana ia menggabungkan terus kaedah fonik dan kaedah seluruh perkataan dan ayat dalam satu pelajaran membaca. Selain penggunaan teknik yang betul dalam pengajaran membaca, alat bantu mengajar (ABM) juga memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu termasuk mengajar membaca. Setiap pengajaran yang telah dirancang oleh guru bermula dari ‘set induksi’ sehinggalah ke penutupnya, seharusnya guru menyediakan ABM atau media yang paling berkesan supaya objektif pengajaran tercapai (Syarifah Alwiah Alsagoff, 1984: 349 dalam Marzukhi Nyak Abdullah, 1994). Penggunaan ABM dapat memudahkan murid-murid memahami atau membantu mereka ke arah pembentukan konsep yang betul. Contohnya, penggunaan gambar dalam pengajaran membaca dapat membantu dan merangsang minda murid untuk menyebut dan membacanya. Selain itu, untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, murid juga perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh itu guru perlu membimbing murid untuk menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah rendah lagi. Dalam konteks sekolah, murid membaca untuk tujuan-tujuan BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 15
  • 16. ZAIRUDIN BIN ALI 670610115677002 seperti untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara, untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkara, untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang sesuatu konsep dan untuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu persoalan. Secara umumnya, seseorang murid perlu menguasai dua teknik membaca, iaitu membaca pantas dan membaca kritis. ii. Peranan murid Kejayaan murid dalam bidang pelajaran terletak di tangan mereka sendiri. Murid perlu rajin dan berusaha untuk memantapkan diri bagi mengatasi kelemahan yang dimiliki. Bagi meningkatkan kemahiran membaca, murid perlu memperuntukkan masa yang sesuai untuk membaca. Kebanyakan individu memberi alasan tidak membaca kerana kesuntukan masa. Memang tidak dinafikan bahawa terdapat banyak alasan terhadap waktu, tetapi jika murid berminat pada kemajuan diri dalam kemahiran membaca, maka mereka perlu mengatur masa dan memperuntukan sedikt masa untuk membaca dengan baik. Prof. DR. Henry Guntur Tarigan (1994) mengatakan bahawa masa untuk membaca tidak perlu lebih dari 15 hingga 30 minit, tetapi kesetiaan murid terhadap pembacaan akan meningkatkan kemahiran membaca mereka. Katanya lagi, orang yang tidak ingin maju sahajalah yang tidak menyediakan masa untuk membaca dalam hidupnya. BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 16
  • 17. ZAIRUDIN BIN ALI 670610115677002 Usaha yang paling efisyen untuk mengetahui segala kejadian pening di dunia moden sekarang ini adalah dengan membaca. Selain itu, menyediakan masa untuk membaca berhubungan rapat dengan salah satu aspek yang paling penting dalam membaca kritis iaitu mengetahui apa yang baik dan bermanfaat untuk dibaca. Memang tidak mungkin muurid akan membaca tentang semua perkara, oleh itu setiap murid perlu mengadakan prinsip-prinsip sendiri yang dapat membimbing mereka terhadap apa yang harus dibaca dan tidak perlu dibaca. Dalam buku Azman Wan Chik (1986) ada diselitkan pesanan Sandra Loch kepada Encik Simkins yang dinukilankan dalam buku Personalized Reading Instruction oleh Walter R. Barbe de Jerry L. Abbott, terjemahannya lebih kurang begini: ”Saya suka waktu yang tuan tentukan untuk bacaan kerana saya boleh membaca apa- apa buku yang saya suka dan saya tidak dipaksa membaca buku yang saya tidak suka, saya juga suka kerana saya diberi masa untuk membaca. Saya suka menyatakan bahawa sesungguhnya saya seronok membaca dan saya fikir anda akan belajar bagaimana membaca dengan baik apabila anda membaca buku-buku yang anda suka, ini akan menarik minat anda ingin membaca. Saya tulis suatu catatan berkenaan dengan buku- buku yang saya sudah baca, dengan itu saya boleh memberitahu kepada semua orang BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 17
  • 18. ZAIRUDIN BIN ALI 670610115677002 bahawa tidak ada sebuah buku yang baik tentang sebuah buku yang saya sudah baca, ini menjadikan mereka akan berminat membaca buku-buku. Percayalah saya suka membaca.” Daripada pesanan di atas ternyata setiap murid boleh dipupuk minat membacanya dengan memimpin mereka memilih buku-buku yang disukainya dan menentukan masa untu membaca. iii. Peranan sekolah Peranan pihak sekolah juga penting dalam meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid. Bagi murid yang dikesan mempunyai kelemahan dalam kemahiran membaca, mereka perlu diberi kelas pemulihan yang khusus untuk memahirkan mereka dalam bacaan. Kelas pemulihan ini pula memerlukan guru- guru yang mahir untuk mengajar mereka supaya mahir membaca. Di samping itu, persekitaran sekolah juga penting untuk memotivasikan murid agar gemar membaca. Bernard (1965) berpendapat motivasi ialah penggerak yang melibatkan proses membangkit, mengekal dan mengawal minat (Ramlah Jantan dan Mahani Razali, 2004). Contohnya, pada dinding-dinding sekolah atau tugu perlu diletakkan motto atau renungan yang berkaitan dengan kelebihan dan kebaikan amalan membaca. BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 18
  • 19. ZAIRUDIN BIN ALI 670610115677002 Keadaan ini secara tidak langsung akan memberi kesedaran kepada murid untuk cuba menghayati dan mengubah diri mereka ke arah suka membaca. Selain itu, sudut bacaan juga perlu diwujudkan di dalam bilik darjah. Sudut ini perlu disediakan dengan buku-buku yang sesuai dibaca oleh murid dan sudut ini juga perlulah senyap dan selesa supaya murid dapat menumpukan perhatian mereka semasa mereka membaca (Nordin Mamat, 2005). iv. Peranan ibu bapa Terdapat hubungan yang rapat antara peranan ibu bapa dan persekitaran rumah dalam pemerolehan kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak. Kajian Durkin (1966) tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca walaupun masih di dalam kelas-kelas tadika mendapati bahawa faktor utama yang mendorong mereka cepat dan lancar membaca ialah jumlah bahan bacaan yang mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa. Trelease (1989) (dalam Lee Lai Guan, Rahman & Salihah, 2007) pula berpendapat membaca kuat kepada anak-anak boleh mendatangkan banyak faedah. Ibu bapa yang membaca kuat kepada anak bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran membaca anak tetapi kemahiran-kemahiran lain yang berkaitan dengan kemahiran membaca. Antara lain, ibu bapa dapat meningkatkan daya mental anak-anak mereka dengan meluaskan konsep, perbendaharaan kata serta meluaskan alam pengetahuan dan pemikiran. BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 19
  • 20. ZAIRUDIN BIN ALI 670610115677002 Dalam kajiannya, Hansen (1969) telah menggabungkan 4 faktor yang berkaitan dengan persekitaran rumah. Faktor-faktor itu ialah terdapat atau tidak bahan bacaan yang sesuai di rumah, masa yang diperuntukkan bagi membaca kepada kanak-kanak, masa yang diperuntukkan bagi membimbing dan menggalakkan kanak-kanak membaca dan sama ada ibu bapa menjadi contoh atau model yang baik kepada kanak-kanak. Keempat-empat faktor itu secara bergabung didapati lebih mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca daripada secara berasingan. Ibu bapa juga perlu menunjukkan sikap suka membaca kepada anak-anak. Perkara ini disokong oleh Rohani Rustam dan Jamiah A.Bakar (1995) menyatakan contoh melalui teladan penting dan benar kerana sudah menjadi tabii anak-anak suka meniru. Apa yang dibuat oleh ibu bapa atau orang-orang dewasa yang sentiasa berada dengannya, maka itulah yang akan cuba ditirunya. Walaupun mereka bukan pembaca yang serius, namun perbuatan ibu bapa membaca bahan-bahan itu menjadi contoh kepada anak-anak. Sebagai kesimpulan, faktor peranan ibu bapa dan persekitaran rumah merupakan faktor utama dalam mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca. Ia merupakan faktor penentu sama ada seseorang kanak-kanak akan menjadi pembaca yang berjaya atau sebaliknya. BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 20
  • 21. ZAIRUDIN BIN ALI 670610115677002 BAB III METODOLOGI REKABENTUK KAJIAN KUMPULAN SASARAN Responden kajian saya terdiri daripada 10 orang murid iaitu 2 orang murid tahap pencapaian mereka adalah sederhana dan amat lemah. Kumpulan ini dipilih melalui ujian membaca dengan lancar yang telah diadakan pada 2 - 3 Februari 2010. Semasa ujian tersebut diadakan terdapat seorang murid yang langsung tidak boleh membaca. Ini kerana murid tersebut agak buta huruf dan mudah lupa apa yang telah dipelajari atau perkataaan yang telah disebut. Keadaan ini betul-betul menuntut kesabaran dan komitmen yang tinggi dari pihak saya. INSTRUMEN KAJIAN BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 21 perempuan dan 8 orang murid lelaki Tahun 1 Murni dalam lingkungan umur 7 tahun, di mana
  • 22. ZAIRUDIN BIN ALI 670610115677002 Instrumen yang saya gunakan dalam kajian ini ialah Ujian pra dan ujian pasca bacaan. Instrumen ini dipilih berdasarkan perbincangan dengan rakan sejawat yang lain dan dilakukan pada 2 – 3 Februari 2010. Bagi menilai instrumen ini, satu markah akan diberikan kepada setiap murid yang boleh membaca setiap satu perkataan (sila rujuk Lampiran A ). TATACARA KAJIAN Langkah-Langkah Tindakan Setiap kali masuk kelas selama tiga minggu berturut-turut, saya telah menjalankan aktiviti berikut: Minggu pertama ( 6 – 10 Februari 2010 ) 1. Ujian mengeja suku kata KV 2. Ujian mengeja 2 suku kata KV + KV 3. Ujian mengeja 3 suku kata KV + KVK + KV, KV K + KV + KV BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 22
  • 23. ZAIRUDIN BIN ALI 670610115677002 • Guru menunjukkan gambar dan minta murid menamakan gambar. Guru mengedarkan kad huruf dan meminta murid munyusun huruf supaya menjadi perkataan yang bermakna. • Minta murid membaca perkataan yang telah disusun (sila lihat Lampiran B) Minggu Kedua ( 13 - 17 Februari 2010 ) 1. Pelajar diminta meneliti semula gambar yang diberi kemudian diminta mengeja perkataan berpandukan gambar. 2. Latih-tubi mengeja perkataan berpandukan gambar. 3. Mengenalkan perkataan-perkataan baru. 4. Murid diminta mengeja perkataan sambil menutup mata (sila rujuk lampiran C) Minggu Ketiga ( 20 – 24 Februari 2010 ) BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 23
  • 24. ZAIRUDIN BIN ALI 670610115677002 1. Mengenalkan kepada murid beberapa ayat mudah daripada perkataan yang telah dipelajari. 2. Bimbing murid membaca ayat mudah. 3. Latih-tubi murid membaca ayat mudah yang di beri. 4. Ujian membaca ayat mudah. • Aktiviti ini diteruskan kepada pelajar yang masih belum menguasai kemahiran mengeja, membatang suku kata dan membaca dengan lancar. Manakala pelajar yang telah menguasai kemahiran membaca akan diberika ayat pendek yang lain (sila rujuk lampiran D). BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 24
  • 25. ZAIRUDIN BIN ALI 670610115677002 PENGUMPULAN DATA Kajian ini menggunakan instrumen-instrumen berikut: i. Ujian Pra Tarikh : 22 – 23 Mac 2010 Masa diberi : 10 minit setiap orang Jumlah suku kata : 10 suku kata ii. Ujian Pasca Tarikh : 29 – 30 Mac 2010 Masa diberi : 10 minit seorang Jumlah suku kata : 10 suku kata Soalan Pra dan Pasca adalah berbeza tetapi masih menggunakan kaedah mengeja suku kata yang sama. Ini bertujuan untuk mengetahui sama ada murid dapat atau belum menguasai kemahiran mengeja, membatang suku kata dan seterusnya membaca ayat pendek. BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 25
  • 26. ZAIRUDIN BIN ALI 670610115677002 PENGANALISISAN DATA ( KEPUTUSAN ) Jadual 1 menunjukkan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca yang telah dibuat pada 22 – 23 Mac 2010 dan 29 – 30 Mac 2010 yang lalu. Berdasarkan ujian pra dan ujian pasca yang telah dibuat, jelas menunjukkan perbezaan keputusan yang diperolehi. Dalam ujian pra yang telah dibuat, markah yang diperolehi bagi 1 suku kata ialah 26, 2 suku kata ialah 17 dan 3 suku kata ialah 9. Ini menjadikan jumlah keseluruhannya ialah 52. Ujian pasca dilakukan selepas ujian pra. Berikut adalah hasil pencapaian yang telah didapati yang mana bagi ujian 1 suku kata, markahnya ialah 36, 2 suku kata 31 dan 3 suku kata, markahnya 17. Jumlah keseluruhan markah yang didapati ialah 84. Dari keputusan di atas, didapati ada keberkesanan dan peningkatan dalam mengeja perkataan yang mengandungi suku kata dan perkataan yang telah diberikan. Ini dapat dilihat pada peratusan markah pada Jadual 2. Dalam ujian pra, peratusan yang diperolehi bagi 1 suku kata ialah 50%, dua suku kata 20% dan tiga suku kata 0%. Manakala dalam ujian pasca pula, peratusan bagi ujian satu suku kata telah meningkat kepada 90%, dua suku kata 60% dan tiga suku kata 20%. Ini menunjukkan peningkatan yang agak memberangsangkan. BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 26
  • 27. ZAIRUDIN BIN ALI 670610115677002 Jadual 1 : Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca Bilangan Nama Murid Sebelum Tindakan Selepas Tindakan 1 Suku Kata 2 Suku Kata 3 Suku Kata Jum 1 Suku Kata 2 Suku Kata 3 Suku Kata Jum 1 Alieysa Balqis 2 1 1 4 3 2 2 7 2 Ali Daniel 4 3 2 8 5 4 3 12 3 Bibi Syahirah 3 2 2 7 4 4 3 11 4 Mohd Amzar 2 2 0 4 3 3 1 7 5 Mohd Zuhairy 3 2 1 6 4 4 2 10 6 Muhd Syafiq Nazwan 3 1 1 5 4 4 2 10 7 Sharifah Nur Azla 4 3 2 8 5 5 2 12 8 Syarifah Adawiyah Putri 2 1 0 3 3 2 1 6 9 Syed Mohd Ariffin 2 1 0 3 3 2 1 6 10 Yasmin Adilah Safwah 1 1 0 2 2 1 0 3 26 17 9 52 36 31 17 84 Jadual 2 : Analisis Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca Gred Ujian Pra Ujian Pasca 1 Suku Kata 2 Suku Kata 3 Suku Kata 1 Suku Kata 2 Suku Kata 3 Suku Kata BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 27
  • 28. ZAIRUDIN BIN ALI 670610115677002 Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Cemerlang ( 5 ) 0 0 0 0 0 0 2 20 1 10 0 0 Baik ( 4 ) 2 20 0 0 0 0 3 30 4 40 0 0 Sederhana ( 3 ) 3 30 2 20 0 0 4 40 1 10 2 20 Lemah (1 & 2 ) 5 50 8 80 10 100 1 10 4 40 8 80 Jumlah 10 50 10 20 10 0 10 90 10 60 10 20 BAB IV PENUTUP REFLEKSI TINDAKAN Melalui kajian tindakan yang telah dijalankan saya dapati ada menampakkan membaca dengan menggunakan kad suku kata dan gambar telah dapat ditingkatkan. BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 28 hasil yang agak membanggakan. Pencapaian dan penguasaan pelajar terhadap kemahiran
  • 29. ZAIRUDIN BIN ALI 670610115677002 Ketika saya menjalankan kajian ini terdapat pelbagai rintangan yang terpaksa dihadapi. Antara masalah yang saya hadapi ialah kekangan masa. Seperti mana yang diketahui, masa sangatlah penting dan ianya merupakan satu perkara yang amat terbatas dalam menjayakan program kajian ini. Saya terpaksa membahagikan masa untuk pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa, kursus-kursus dan kajian tindakan ini. Pada peringkat awal juga, tiada kerjasama daripada rakan sejawat dan murid-murid yang terlibat bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Terdapat pelajar yang buta huruf, tidak boleh membatang perkataan, mudah lupa apa yang telah dibaca dan tidak memberi tumpuan terhadap aktiviti yang dijalankan. Namun segala rintangan itu dapat diatasi dan saya amat gembira dan berbangga kerana kajian tindakan yang dijalankan telah menampakkan hasil yang agak memberangsangkan. RUMUSAN BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 29
  • 30. ZAIRUDIN BIN ALI 670610115677002 Dalam melaksanakan kajian tindakan ini, banyak pengalaman yang dapat dikutip. Antaranya ialah kesabaran dan komitmen guru yang tinggi yang bertindak sebagai pengkaji sangatlah diharapkan. Selain itu, kerjasama dari semua pihak sangat diperlukan terutamanya daripada pihak sekolah, rakan sejawat dan yang paling penting dari murid-murid itu sendiri.Perkara yang paling penting sekali ialah dapat membantu murid meningkatkan kemahiran membaca dengan lancar. BBM3413 KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU 30