SlideShare a Scribd company logo
PENAKSIRAN DAN PENILAIAN MEMBACA:
PENAKSIRAN FORMAL
1.0 Konsep
1.1 Penaksiran
Menurut Salvia & Yseldyke (1978) pentaksiran atau penaksiran adalah berasal daripada
perkataan Latin “duduk bersama” dengan pelajar. Martel & Calderon (2005) menyatakan
pada asasnya pentaksiran merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik
melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi
pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pembelajaran.
menurut Morgan & Watson (2002) melalui pentaksiran pengajaran dan pembelajaran, para
guru, pelajar dan ibu bapa, pentadbir dan perancangan pendidikan mempunyai asas yang
kukuh bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan keberkesanan
pembelajaran pelajar. Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pentaksiran dalam
bidang pendidikan ialah suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,
mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran
seseorang murid bagi tujuan tertentu.
1.2 Penaksiran Formal
Menurut Hanna Gerald S & Dettmer Peggy A (2004) penaksiran secara formal ialah
penilaian yang dilaksanakan secara formal atau rasmi yang melibatkan suatu prosedur atau
tatacara yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi semua calon. Penaksiran ini juga dirancang
atau dibina berasaskan peraturan atau tatacara yang telah ditetapkan. Setiap kurikulum yang
menjadi dasar dalam kursus akan diteliti untuk menentukan jenis, bentuk dan bagaimana
penilaian akan dilaksanakan. Penaksiran formal terbahagi kepada dua, iaitu:
1.2.1 Formatif
Menurut Abdullah Sani Yahya (2005) penilaian formatif ialah penilaian yang dijalankan
secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran contohnya ujian bulanan dan
peperiksaan penggal.
1.2.2 Sumatif
Penilaian sumatif merupakan penilaian yang dijalankan pada akhir sesuatu kursus. Tujuannya
adalah untuk memberikan gred-gred tertentu serta sijil-sijil (Abdullah Sani Yahya, 2005).
2.0 Tujuan Penaksiran Formal
2.1 Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai
Menurut Abdullah Sani Yahya (2005) pentaksiran formal ini penting untuk guru mengetahui
kelemahan dan kekuatan yang terdapat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
telah dijalankan. Keadaan ini dapat membantu guru untuk membuat perancangan dan
penambahanbaikkan mutu serta pendekatan sewaktu proses p&p di dalam bilik darjah.
Kepelbagaian aras kognitif pelajar yang wujud di dalam bilik darjah akan mempengaruhi
pencapaian yang berbeza dalam kalangan pelajar.
2.2 Mengesan kemajuan yang telah diperoleh berkenaan pencapaian hasil-
hasil dalam pembelajaran
Menurut Abdullah Sani Yahya (2005) melalui proses penilaian data-data yang diperoleh
dapat menggambarkan nilai dan prestasi semasa pelajar. Keadaan ini akan memudahkan para
guru dan ibu bapa mengetahui tahap keupayaan pelajar dalam bidang akademik secara jelas.
Prestasi yang baik akan memberi motivasi kepada pelajar untuk berusaha mencapai
kecemerlangan dalam mata pelajaran yang dipelajari seperti dalam peperiksaan SPM.
2.3 Mengesan kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh murid
Menurut Abdullah Sani Yahya (2005) ujian juga berperanan untuk mengesan punca-punca
kelemahan pelajar. Selepas menilai keputusan ujian pelajar, barulah guru dapat menggunakan
maklumat itu untuk membuat perancangan aktiviti dan bahan-bahan pengajaran pemulihan.
Kemudian, guru akan merancang isi pelajaran serta menggunakan pendekatan atau
kaedah yang sejajar dengan pengetahuan sedia ada pada pelajar.
2.4 Untuk membuat ramalan
Menurut Abdullah Sani Yahya (2005) sesetengah ujian dijalankan bertujuan untuk membuat
ramalan tentang prestasi seseorang calon itu mencapai kejayaan dalam sesuatu kursus. Ujian
seperti ini biasanya dijalankan oleh pihak-pihak berkuasa semasa memilih calon-calon bagi
sesuatu kursus latihan atau menyertai sesuatu kursus, latihan atau untuk menyertai sesuatu
pertandingan. Prestasi para pelajar dalam sesuatu ujian boleh digunakan untuk
membahagikan mereka mengikutkan kriteria kebolehan mereka.
2.5 Pemilihan
Menurut Abdullah Sani Yahya (2005) hasil-hasil ujian sentiasa digunakan oleh pihak
pentadbir untuk memilih calon-calon bagi memasuki sesuatu kursus atau jurusan. Sebagai
contoh, pelajar yang ingin memasuki Maktab Rendah Sains Mara atau sekolah berasrama
penuh perlu menduduki ujian tertentu. Selain itu, keputusan peperiksaan PMR akan
digunakan memilih pelajar untuk jurusan sastera atau sains, SPM untuk memilih pelajar bagi
kemasukan ke Maktab dan Politeknik manakala STPM pula untuk pemilihan ke universiti.
2.6 Pensijilan
Menurut Abdullah Sani Yahya (2005) pelajar di peringkat PMR, SPM dan STPM akan
menerima sijil-sijil yang berkenaan setelah lulus peperiksaan tersebut. Gred pada sijil tersebut
bergantung pada pencapaian pelajar dalam peperiksaan tersebut. Selain di sekolah, ujian juga
dijalankan di maktab, politeknik dan universiti yang mana pelajar-pelajar akan dianugerahkan
sijil diploma atau ijazah setelah lulus ujian tertentu.
3.0 Kelebihan dan kekurangan penaksiran formal
3.1 Ujian Formatif
Kelebihan Kekurangan
Boleh dilaksanakan secara formal dan tidak
formal dalam sesuatu masa yang tidak khusus
atau khusus
Perlaksanaan ujian formatif adalah tidak
selaras dalam sesebuah kelas, sekolah, daerah
dan negara (Atkin, JM, et al., 2001).
Tidak mendatangkan tekanan yang berat
kepada pelajar-pelajar, ibu bapa dan guru
(Stiggins, R., et al., 2006).
Menyukarkan guru untuk membuat penilaian
dan refleksi penilaian terhadap individu
pelajar sekiranya jumlah pelajar adalah terlalu
ramai bagi sesebuah kelas
Melahirkan pelajar yang benar-benar
memahami isi pelajaran yang dipelajari dan
menguasainya dengan baik (Stiggins, R., et al.,
2006).
Tidak berjaya mewujudkan semangat
persaingan antara pelajar untuk berusaha
mendapatkan keputusan yang terbaik kerana
pencapaian pencapaian hanya bertujuan
menguji kefahaman mereka dan tidak berlaku
perbandingan dengan kelompok atau individu
pelajar lain.
Sasaran boleh tertumpu kepada kumpulan,
individu atau secara kelas.
Menyukarkan tindakan guru untuk
membetulkan kelemahan pelajar serta merta
semasa proses pengajaran dan pembelajaran
kerana dikhuatiri mengambil masa yang lama
jika gagal diurus dengan baik
Membantu guru mengesan pelajar yang lemah
secara khusus dan terperinci berserta topik dan
sub-topik yang gagal dikuasai dengan baik
(Atkin, JM, et al., 2001).
Kelemahan pelajar adalah pelbagai dan tidak
sama antara satu sama lain. Guru sukar
memberi perhatian kepada sesuatu kelemahan
dengan tidak mengabaikan mereka yang lain.
Pelajar-pelajar dapat membuat refleksi kendiri
dan memperbaiki kelemahan dalam sesuatu
unit atau kemahiran yang telah dipelajari
sebelum meneruskan pembelajaran kepada unit
yang seterusnya dalam keadaan bersedia
Perlaksanaan ujian adalah tidak selaras antara
suatu kelas dengan kelas yang lain atau
sesebuah sekolah dengan sekolah yang lain
lantas kemampuan pelajar tidak diuji secara
sama rata terhadap sesebuah unit pelajaran
atau kemahiran.
3.2 Ujian Sumatif
Kelebihan Kekurangan
Membantu para guru dan pentadbir kurikulum
terhadap keberkesanan perlaksanaan sesuatu
kurikulum seperti KBSR dan KBSM kepada
pelajar-pelajar di seluruh negara (Stiggins, R.,
et al., 2006).
Memberi tekanan kepada pelajar ibu bapa dan
guru untuk memastikan pelajar-pelajar
mendapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan untuk meningkatkan gred
pencapaian sekolah.
Tindakan pensijilan pelajar- pelajar yang
dilaksanakan selepas peperiksaan memberi
motivasi dan semangat untuk pelajar-pelajar
yang mendapat gred yang baik untuk
meneruskan pelajaran ke tahap yang lebih
tinggi (Atkin, JM, et al., 2001).
Melahirkan pelajar-pelajar yang
berorientasikan peperiksaan dengan
menghafaz isi pelajaran tertentu dan bukan
memahaminya secara mutlak.
Memberi motivasi kepada pelajar-pelajar untuk
belajar dan mendapat keputusan terbaik dalam
peperiksaan (Stiggins, R., et al., 2006).
Menimbulkan rasa rendah diri dalam
kalangan pelajar yang mendapat gred
pencapaian yang rendah kerana keputusannya
kelak akan dibandingkan dengan pencapaian
pelajar- pelajar lain.
Mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan
pelajar dan sekolah untuk meningkatkan
pencapaian individu pelajar dan sekolah
masing-masing melalui keputusan yang
cemerlang (Stiggins, R., et al., 2006).
Gred pencapaian yang diperoleh kadangkala
berasaskan nasib dan tuah, bukannya usaha
pelajar tersebut. Pelajar yang cemerlang tetapi
kebetulan menghadapi masalah lain seperti
kesihatan pada ketika menduduki peperiksaan
tidak dapat menunjukkan prestasi yang
terbaik dan tidak dapat menduduki
peperiksaan seperti asal.
Pembahagian pelajar kepada kelas dan
kumpulan mengikut gred pencapaian ujian atau
peperiksaan memudahkan guru mengenal pasti
pelajar yang lemah dan pelajar yang bijak
sekali gus melakukan kepelbagaian dalam
kaedah mengajar secara khusus sesuai dengan
tahap pelajar.
Penyediaan soalan yang meliputi kesemua
topik pembelajaran yang telah diajar sukar
untuk diseimbangkan dengan baik kerana
topik yang banyak dan jumlah soalan yang
terhad. (Atkin, JM, et al., 2001).
4.0 Sistem Penilaian di Malaysia
Sistem penilaian yang dijalankan di Malaysia terbahagi kepada 2 peringkat, iaitu:
a. Penilaian kemajuan berasaskan sekolah (PKBS)
b. Penilaian berpusat
4.1 Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS)
PKBS merupakan sistem penilaian yang dijalankan pada peringkat sekolah yang bersifat
berterusan (Abdullah Sani Yahya, 2005). PKBS ialah juga satu proses untuk memonitor
pertubuhan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian murid secara keseluruhan berdasarkan
objektif kokurikulum baru yang bersepadu dan juga falsafah pendidikan negara sama ada
berbentuk formal ataupun tidak formal. Terdapat 2 pelaksanaan PKBS dalam kalangan guru
di sekolah, iaitu:
i) PKBS dilaksanakan oleh guru-guru tanpa kawalan oleh pihak Kementerian Pendidikan.
ii) PKBS yang dilaksanakan berdasarkan arahan-arahan standard daripada Kementerian
Pendidikan contohnya PEKA, sains, kerja kursus kemahiran hidup dan sejarah. KPM
mengedarkan peraturan melaksana dan pentaksiran termasuk skema pemarkahan.
Alat penilaian dibina dan dikawal oleh guru, ditadbir dan diselaraskan dengan proses
pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Kaedah yang disarankan oleh PKBS ialah:
4.1.1 Ujian Pencapaian
ujian ini bagi menguji aspek pengetahuan dan kefahaman bagi mata pelajaran bahasa,
matematik dan sains.
4.1.2 Ujian Prestasi
ujian ini dilakukan untuk menilai kebolehan murid dalam aspek lisan, bacaan, kegiatan amali,
Pendidikan jasmani, muzik, kokurikulum dan kemahiran manipulatif.
4.1.3 Ujian Situasi
ujian ini pula dijalankan bagi mengenal pasti sikap dan nilai bagi agama Islam dan
pendidikan moral melalui situasi tertentu.
4.1.4 Pemerhatian
pemerhatian dijalankan bagi mengenal pasti dan mencatat perkembangan murid mengenai
ciri-ciri afektif seperti dalam agama Islam, pendidikan moral dan kokurikulum.
4.1.5 Pentaksiran
Pentaksiran ialah hasil kerja yang dijalankan bagi menentukan mutu, hasil kerja yang dicapai
dalam pendidikan seni dan kemahiran manipulatif.
4.1.6 Penilaian Berpusat
Penilaian Berpusat dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan
Malaysia dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu satu peringkat dinilai di peringkat sekolah
rendah dan satu peringkat lagi dinilai di sekolah menengah. Ia terdiri daripada UPSR (Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah), PMR (Penilaian Menengah Rendah), SPM/STPM (Penilaian
Menengah Atas).
4.2 Jenis-Jenis Peperiksaan
4.2.1 Peperiksaan Penggal
Peperiksaan penggal merangkumi penilaian berbentuk formatif dan sumatif. Kebanyakannya
diadakan dalam bentuk formal pada penghujung penggal. Ia diuruskan oleh AJK Peperiksaan
sekolah dan semua soalan akan dibuat mengikut Jadual Penentuan Ujian (JPU), diselia dan
diselaraskan bagi setiap kelas adalah mengikut Panitia masing-masing. Menerusi peperiksaan
ini prestasi dan pencapaian pelajar dapat ditentukan dalam setiap mata pelajaran yang diambil
dan pihak sekolah boleh mengetahui kekuatan dan kelemahan. Kemudian pihak sekolah
boleh merancang strategi dan tindakan susulan yang sesuai bagi mengatasi sebarang
kelemahan yang wujud (Tierney Robert J. & Readence John E., 2000)
4.2.2 Peperiksaan Percubaan
Peperiksaan percubaan berbentuk formatif dan meliputi semua topik yang telah dipelajari.
Melalui peperiksaan ini ramalan dan jangkaan mengenai prestasi dan pencapaian setiap
pelajar bagi setiap mata pelajaran dapat dilihat. Justeru itu, keputusan yang dicapai oleh pihak
sekolah boleh merencanakan sebarang pengubahsuaian sebelum peperiksaan sebenar
bermula. Peperiksaan ini adalah latihan yang menghampiri situasi peperiksaan sebenar
(Tierney Robert J. & Readence John E., 2000).
4.2.3 Peperiksaan Akhir
Peperiksaan akhir merupakan penilaian yang dijalankan pada akhir tahun, bertujuan untuk
menentukan dan memberi gred. Penilaian ini berbentuk sumatif yang mana skop yang diuji
lebih luas, mencakupi semua aspek yang hendak diuji berdasarkan apa-apa yang telah
dipelajari. Peperiksaan ini menentukan standard dan menjadi kayu ukur kejayaan sekolah dan
pelajar selain membekalkan data-data yang berguna untuk menilai keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran (Tierney Robert J. & Readence John E., 2000).
5.0 Aktiviti Penaksiran Formal
Tajuk: Folio Geografi Tingkatan 2: Komposisi Penduduk di Taman Tasik Kesuma,
Beranang Selangor.
a. Tempoh masa: 4o minit
b. 2 Cemerlang (38 Orang)
Aktiviti: Langkah1 Guru menyediakan rubrik yang diperlukan untuk folio.
a. Peta lokasi
b. Surat kebenaran ibu bapa
c. Surat pengenalan diri pelajar
d. Surat kebenaran untuk melawat /menemuramah dan mendapat
bahan sumber.
e. Skema pemarkahan
f. Isi kandungan folio
g. Tarikh penyerahan folio
Langkah 2 Guru memanggil beberapa orang pelajar sebagai wakil untuk
membahagikan bahan-bahan yang telah guru sediakan.
Langkah 3 Guru menjelaskan setiap item yang perlu ada dalam kerja
kursus tersebut.
a. Penghargaan
b. Pendahuluan
c. Objektif kajian
d. Kawasan kajian
e. Kaedah kajian
f. Komposisi penduduk
g. Jenis pekerjaan penduduk mengikut kaum
h. Faktor perkaitan penduduk dengan pekerjaan
i. Cadangan meningkatkan pendapatan penduduk
j. Rumusan
k. Rujukan
l. Lampiran
Langkah 4 Guru memberikan masa untuk pelajar bertanya sekiranya
mempunyai kemusykilan tentang kerja kursus yang diberikan.
Langkah 5 Guru menunjukkan beberapa contoh folio terbaik daripada
pelajar tingkatan dua tahun lepas untuk dijadikan sebagai
rujukan.
Langkah 6 Guru juga meminta pelajar merujuk buku teks pada halaman
155 sehingga 158 untuk melihat cara-cara penyediaan kerja
kursus dilaksanakan.
Langkah 7 Pada masa yang sama, guru meminta pelajar melakarkan peta
daerah Hulu Langat dan peta Taman Bandar Tasik Kesuma
dengan menggunakan kertas surih.
Langkah 8 Guru meminta pelajar menyiapkan kerja kursus ini mengikut
masa yang telah ditetapkan
Penutup Guru memanggil seorang pelajar sebagai wakil untuk menyimpulkan tentang
aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari itu.
6.0 Kesimpulan
Penaksiran formal merupakan salah satu kaedah dalam pengukuran penilaian pelajar dan
dijalankan dengan cara yang sistematik. Penaksiran ini melibatkan dua jenis penaksiran iaitu,
penaksiran formatif dan penaksiran sumatif dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
Rujukan
Abdullah Sani Yahya (2005). Mengurus sekolah. Pahang: PTS Profesional.
Atkin, JM, Hitam, P., & Coffey, J. (2001) penilaian. Kelas dan piawaian
sains negara. Washington, DC: National Academies Press.
Chappuis, S. (2005). Adakah penilaian formatif kehilangan maknanya? Minggu
Pendidikan, 24(44), 38.
Dettmer Peggy A. & Hanna, Gerald S. (2004). Assessment for effective teaching:
using context-adaptive planning / Gerald S. Hanna,. Boston: Pearson A and B.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000). Kementerian Pelajaran Malaysia.
Martell, K, & Calderon, T. (2005). Assessment of students learning in bisness schools:
What it is, where we are, and where we need to go next. Vol 1. No. 1 pp 1-22.
Tallahasee, Florida: Association for Institutional research.
Morgan, C. & Watson, A. (2002). The interpretative nature of teachers’ assessment
of students’ Mathematics: Issues for equity. Journal for research in
Mathematics Educations, 33(2), 78-110.
Salvia J. & Yseldyke, J. (1978). Assessment in Special and remedial education.
Boston: Houghton Mifflin.
Stiggins, R., Arter, J., Chappuis, J., & Chappuis, S. (2006). Penilaian Kelas bagi
pelajar pembelajaran: Melakukan dengan betul-menggunakan dengan baik. Portland,
atau: Perkhidmatan Ujian Pendidikan.
Tabatha Rayment (2011). 101 Senarai penting tentang pentaksiran. Kuala Lumpur:
Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Tierney Robert J. & Readence John E. (2000). Reading strategies & practices (fifth
edition). Amerika: Library of congres cataloguing-in-publications data.
3.2 Masalah Penilaian Pendidikan Moral di Sekolah.
Setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah harus diuji atau dinilai sama ada dalam bentuk
formal atau tidak formal. Disebabkan Pendidikan Moral amat menitikberatkan domain afektif
iaitu berhubung dengan pembentukan sikap, nilai, dan emosi maka penilaian terhadapnya
sering menghadapi masalah.
Masalah 1: Penilaian moral susah dinilai secara afektif
Bagaimana kita hendak menilai sikap dan tabiat selepas satu waktu pengajaran?
Situasi: Cikgu Ahmad mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral Tahun 4. Tajuk yang
disampaikannya pada hari itu ialah ‘nilai kebersihan’. Murid-murid didapati menyimpan kuku
yang pendek dan bersih pada hari yang kedua.
Bolehkah kita menganggap guru tersebut berjaya kerana pelajar-pelajar telah memotong dan
membersihkan kuku mereka?
Masalah 2: Proses penilaian memerlukan masa yang panjang
Penilaian moral biasanya dilakukan melalui penilaian formal seperti mengadakan ujian
aneka pilihan, jawapan pendek, melengkapkan cerita dan memadan gambar dan kenyataan.
Penilaian juga dibuat melalui penilaian tidak formal seperti senarai semak, skala
pemeringkatan serta rekod peristiwa (rekod anekdot).
Masalah 3: Penilaian Pendidikan Moral adalah subjektif
Sesetengah alat yang digunakan dalam penilaian Pendidikan Moral banyak dipengaruhi
oleh perasaan penilai atau penguji. Penilaian jenis ini tidak tepat dan diragui
Masalah 4: Penilaian Pendidikan Moral membawa banyak implikasi
Domain afektif yang yang meliputi sikap, nilai, minat dan perasaan merupakan domain yang
amat sukar dinilai
Situasi: Seorang pemandu kereta berhenti apabila lampu isyarat berwarna merah. Ini
menunjukkan pemandu itu mematuhi undang-undang. Tetapi adakah pemandu ini seorang
yang bermoral atau pun kerana beliau takut didenda RM300.00?
Latihan 3.2 :
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut
Dalam lapan kali pemerhatian Ramlan didapati dua kali tidak mematuhi peraturan asrama di
sebuah sekolah. Pada pandangan anda bolehkah kita mentafsirkan tingkah laku Ramlan ini
pada tahap memuaskan atau sederhana? Berikan justifikasi penilaian anda.
Rumusan
Penilaian Pendidikan Moral di sekolah yang menitikberatkan domain afektif iaitu berhubung
dengan pembentukan nilai dan sikap menghadapi pelbagai masalah. Antaranya penilaian
cara ini susah untuk dinilai. Proses penilaian memerlukan masa yang panjang dan
membawa banyak implikasi. Kesimpulannya, oleh sebab Pendidikan Moral banyak
menyentuh tentang nilai dan sikap, maka mata pelajaran ini mengalami banyak masalah
apabila proses penilaian dibuat.
Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau
pusat sumber yang berdekatan untuk membantu pemahaman anda.
Bacaan Asas:
Ee Ah Meng (1994) Pendidikan Moral (Elektif) Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Koo Kee Peng & Tang Chee Yee. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Rujukan:
Abd.Rahman Md. Aroff(1999) Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral. Universiti
Putra Malaysia, Serdang.
Pusat Perkembangan Kurikulum.(2003). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
Pendidikan Moral. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia
Tahniah! Anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini.
Soalan Tutorial
1. Banding bezakan Penilaian formatif dan sumatif dalam bentuk pengurusan grafik (1jam)
2. Senaraikan Kelebihan dan Kelemahan item-item dalam Ujian Formal (2 jam)
3. Buat refleksi penilaian berdasarkan satu contoh ujian bulanan di sekolah and
(2 jam)
Rujukan
Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan moral teori etika dan amalan Moral,
Serdang: Penerbit UPM.
Bahagian Pendidikan Guru (2003). Education studies professional
knowledge and skills Modules 1/3 . Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Carter, M. (2002). Professional ethics in teaching: the training and development
challenge. Retrived on 23-6-04 from
http://www. Schools.nsw.edu.au/edu_leadership/prof_read/ethics/carter.php
Central Michigan University. (2004).Teacher education CLEAR conceptual
framework. Retrived on 20-5-04 from
http://www.tepd.cmich.edu/Clear/TotalClear.pdf.
Driggers, J. (1999). Life management skills: taking charge of your future.
Albany:
Delmar Publishers. p 214.
Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia
Sdn. Bhd.
Hinman, L.M. (2000). Contemporary moral issues: diversityand consensus.
(2nd. Ed.) New Jersey: Prentice Hall.
Kurtins, W. M. and Gewirtz, J.L. (1995). Moral development: an
introduction. US: Allyn and Bacon.
Mackinnon, P. (1995). Ethics: theory and contemporary issues. USA:
Wadsworth Publishing Company.
Pojman, L. P. (1998). Ethics Discovering right and wrong (3 ed). USA: Wadsworth
Publishing Company.
Ryan, K. & Bohlin, K.E. (1999). Building character in schools. CA: Jossey-Bass.
Thiroux, J.P. (2001). Ethics: theory and practice. (7th. ed). New Jersey: Prentice
Hall.

More Related Content

What's hot

Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Ahmad NazRi
 
MODEL-MODEL PENGAJARAN
MODEL-MODEL PENGAJARANMODEL-MODEL PENGAJARAN
MODEL-MODEL PENGAJARAN
Noor Hafizah Abd. Rahim
 
JENIS PENTAKSIRAN copy.pptx
JENIS PENTAKSIRAN copy.pptxJENIS PENTAKSIRAN copy.pptx
JENIS PENTAKSIRAN copy.pptx
mohdhadzril2
 
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURUPENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU
Ameer Chann
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifFauzan Zain
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
nurul syifaa'
 
Modul 6.1_PdP-KmR.pdf
Modul 6.1_PdP-KmR.pdfModul 6.1_PdP-KmR.pdf
Modul 6.1_PdP-KmR.pdf
ssuser3f4b32
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksirantbb7177
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Mialen Eja
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaEmiey Mieysagie
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
Ppg Pathma Nathan
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksirancikgusuepkhas
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
shafidaosman
 
Soalan 3
Soalan 3Soalan 3
Soalan 3
LuqmanZaaba
 
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
Pentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendahPentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendah
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
Badriyatun Kamar
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Ahmad Fahmi
 
Model sosial
Model sosialModel sosial
Model sosial
王 世策
 
Elemen KBAT Dalam Instrumen Pentaksiran
Elemen KBAT Dalam Instrumen PentaksiranElemen KBAT Dalam Instrumen Pentaksiran
Elemen KBAT Dalam Instrumen Pentaksiran
Mokhzani Fadir
 
Tajuk 6 kepemimpinan-guru
Tajuk 6 kepemimpinan-guruTajuk 6 kepemimpinan-guru
Tajuk 6 kepemimpinan-guru
dewaperangmop
 

What's hot (20)

Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
 
MODEL-MODEL PENGAJARAN
MODEL-MODEL PENGAJARANMODEL-MODEL PENGAJARAN
MODEL-MODEL PENGAJARAN
 
JENIS PENTAKSIRAN copy.pptx
JENIS PENTAKSIRAN copy.pptxJENIS PENTAKSIRAN copy.pptx
JENIS PENTAKSIRAN copy.pptx
 
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURUPENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN ISI KANDUNGAN PEDAGOGI (PCK) DALAM KALANGAN GURU
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
Modul 6.1_PdP-KmR.pdf
Modul 6.1_PdP-KmR.pdfModul 6.1_PdP-KmR.pdf
Modul 6.1_PdP-KmR.pdf
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
 
Soalan 3
Soalan 3Soalan 3
Soalan 3
 
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
Pentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendahPentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendah
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Model sosial
Model sosialModel sosial
Model sosial
 
Elemen KBAT Dalam Instrumen Pentaksiran
Elemen KBAT Dalam Instrumen PentaksiranElemen KBAT Dalam Instrumen Pentaksiran
Elemen KBAT Dalam Instrumen Pentaksiran
 
Tajuk 6 kepemimpinan-guru
Tajuk 6 kepemimpinan-guruTajuk 6 kepemimpinan-guru
Tajuk 6 kepemimpinan-guru
 

Viewers also liked

Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Sara Zaleha
 
penilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatifpenilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatifFerraleny Doline
 
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan MoralUnit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan MoralKioshi Reizo
 
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Dyg Khairunnisa
 
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)nurul syuhaida rahim
 
Transformasi Kurikulum Sekolah Menengah KSSM
Transformasi Kurikulum Sekolah Menengah KSSMTransformasi Kurikulum Sekolah Menengah KSSM
Transformasi Kurikulum Sekolah Menengah KSSM
SMK TAMAN INDAH, TAMPIN, NS
 
3 permasalahan pm
3 permasalahan pm3 permasalahan pm
3 permasalahan pm
Roslan Suraji
 
Tujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & PenilaianTujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & Penilaian
zaidillah zainuddin
 
Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal
Meningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkalMeningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkal
Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkalMat mohd
 
Kpf 4013 kuliah 6
Kpf 4013   kuliah 6Kpf 4013   kuliah 6
Kpf 4013 kuliah 6zuramole
 
Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11
Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11
Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11
Komathy Gopalan
 
Kertas Kerja Minggu Kecergasan
Kertas Kerja Minggu KecergasanKertas Kerja Minggu Kecergasan
Kertas Kerja Minggu KecergasanUmmu Faqihah
 
RPT LITERASI ASAS 2
RPT LITERASI ASAS 2RPT LITERASI ASAS 2
RPT LITERASI ASAS 2
Salamatul Wahab
 
Unit 8 penterjemahan kurikulum
Unit 8 penterjemahan kurikulumUnit 8 penterjemahan kurikulum
Unit 8 penterjemahan kurikulumamranmj
 
Tugasan p.moral
Tugasan p.moralTugasan p.moral
Tugasan p.moral
Ahmad NazRi
 
Marzano's Taksonomi
Marzano's TaksonomiMarzano's Taksonomi
Marzano's Taksonomi
Siti Rizki Nurannisa
 
Kumpulan 1 pengenalan sukatan dan huraian sukatan pebelajaran pendidikan mor...
Kumpulan 1  pengenalan sukatan dan huraian sukatan pebelajaran pendidikan mor...Kumpulan 1  pengenalan sukatan dan huraian sukatan pebelajaran pendidikan mor...
Kumpulan 1 pengenalan sukatan dan huraian sukatan pebelajaran pendidikan mor...zuralma Jaani
 
KBSR (kurikulum bersepadu sekolah rendah)
KBSR (kurikulum bersepadu sekolah rendah)KBSR (kurikulum bersepadu sekolah rendah)
KBSR (kurikulum bersepadu sekolah rendah)Khairunnisa' Mohammad
 

Viewers also liked (20)

Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
 
penilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatifpenilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatif
 
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan MoralUnit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
 
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023
 
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
 
Transformasi Kurikulum Sekolah Menengah KSSM
Transformasi Kurikulum Sekolah Menengah KSSMTransformasi Kurikulum Sekolah Menengah KSSM
Transformasi Kurikulum Sekolah Menengah KSSM
 
3 permasalahan pm
3 permasalahan pm3 permasalahan pm
3 permasalahan pm
 
Tujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & PenilaianTujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & Penilaian
 
Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal
Meningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkalMeningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkal
Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal
 
Kpf 4013 kuliah 6
Kpf 4013   kuliah 6Kpf 4013   kuliah 6
Kpf 4013 kuliah 6
 
Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11
Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11
Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11
 
Bahan rujukan
Bahan rujukanBahan rujukan
Bahan rujukan
 
Kertas Kerja Minggu Kecergasan
Kertas Kerja Minggu KecergasanKertas Kerja Minggu Kecergasan
Kertas Kerja Minggu Kecergasan
 
RPT LITERASI ASAS 2
RPT LITERASI ASAS 2RPT LITERASI ASAS 2
RPT LITERASI ASAS 2
 
Modul 4
Modul 4Modul 4
Modul 4
 
Unit 8 penterjemahan kurikulum
Unit 8 penterjemahan kurikulumUnit 8 penterjemahan kurikulum
Unit 8 penterjemahan kurikulum
 
Tugasan p.moral
Tugasan p.moralTugasan p.moral
Tugasan p.moral
 
Marzano's Taksonomi
Marzano's TaksonomiMarzano's Taksonomi
Marzano's Taksonomi
 
Kumpulan 1 pengenalan sukatan dan huraian sukatan pebelajaran pendidikan mor...
Kumpulan 1  pengenalan sukatan dan huraian sukatan pebelajaran pendidikan mor...Kumpulan 1  pengenalan sukatan dan huraian sukatan pebelajaran pendidikan mor...
Kumpulan 1 pengenalan sukatan dan huraian sukatan pebelajaran pendidikan mor...
 
KBSR (kurikulum bersepadu sekolah rendah)
KBSR (kurikulum bersepadu sekolah rendah)KBSR (kurikulum bersepadu sekolah rendah)
KBSR (kurikulum bersepadu sekolah rendah)
 

Similar to Pentaksiran

Pentaksiranpendidikanmoraldisekolahrendah 111103035447-phpapp02
Pentaksiranpendidikanmoraldisekolahrendah 111103035447-phpapp02Pentaksiranpendidikanmoraldisekolahrendah 111103035447-phpapp02
Pentaksiranpendidikanmoraldisekolahrendah 111103035447-phpapp02
Moon Hameed
 
Eea622 educational assessment
Eea622 educational assessmentEea622 educational assessment
Eea622 educational assessment
Sayshare
 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianKPM
 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianKPM
 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
rielsyah90
 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
KPM
 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
KPM
 
15.vina serevina solihan
15.vina serevina solihan15.vina serevina solihan
15.vina serevina solihanvinaserevina
 
Pengujian, pengukuran dan penilaian.
Pengujian, pengukuran dan penilaian.Pengujian, pengukuran dan penilaian.
Pengujian, pengukuran dan penilaian.
Anis Asneh
 
Sumatif formatif
Sumatif  formatifSumatif  formatif
Sumatif formatifAtykah Aura
 
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSVPengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSVNoor Syazwanni
 
MODUL PSV3111
MODUL PSV3111 MODUL PSV3111
MODUL PSV3111
Yen Lee Lew
 
1.vina serevina ahmad rampiki
1.vina serevina ahmad rampiki1.vina serevina ahmad rampiki
1.vina serevina ahmad rampikivinaserevina
 
09. tajuk 1
09. tajuk 109. tajuk 1
09. tajuk 1
Ahmad Norsarihan
 
Laporan Evaluasi Pembelajaran Biologi di SMA Islam Sultan Agung Semarang
Laporan Evaluasi Pembelajaran Biologi di SMA Islam Sultan Agung SemarangLaporan Evaluasi Pembelajaran Biologi di SMA Islam Sultan Agung Semarang
Laporan Evaluasi Pembelajaran Biologi di SMA Islam Sultan Agung Semarang
dewisetiyana52
 
Penilaian pembelajaran ktsp
Penilaian pembelajaran ktspPenilaian pembelajaran ktsp
Penilaian pembelajaran ktsp
Khusnul Huda
 
Mengembangkan Penilaian Hasil Belajar PKn
Mengembangkan Penilaian Hasil Belajar PKnMengembangkan Penilaian Hasil Belajar PKn
Mengembangkan Penilaian Hasil Belajar PKn
Hadi Wahyono
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiransaffa919
 
PPT MODUL 6.pptx
PPT MODUL 6.pptxPPT MODUL 6.pptx
PPT MODUL 6.pptx
MelaHanifa
 

Similar to Pentaksiran (20)

Pentaksiranpendidikanmoraldisekolahrendah 111103035447-phpapp02
Pentaksiranpendidikanmoraldisekolahrendah 111103035447-phpapp02Pentaksiranpendidikanmoraldisekolahrendah 111103035447-phpapp02
Pentaksiranpendidikanmoraldisekolahrendah 111103035447-phpapp02
 
Eea622 educational assessment
Eea622 educational assessmentEea622 educational assessment
Eea622 educational assessment
 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
 
15.vina serevina solihan
15.vina serevina solihan15.vina serevina solihan
15.vina serevina solihan
 
Pengujian, pengukuran dan penilaian.
Pengujian, pengukuran dan penilaian.Pengujian, pengukuran dan penilaian.
Pengujian, pengukuran dan penilaian.
 
Sumatif formatif
Sumatif  formatifSumatif  formatif
Sumatif formatif
 
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSVPengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
 
MODUL PSV3111
MODUL PSV3111 MODUL PSV3111
MODUL PSV3111
 
Tik 2
Tik 2Tik 2
Tik 2
 
1.vina serevina ahmad rampiki
1.vina serevina ahmad rampiki1.vina serevina ahmad rampiki
1.vina serevina ahmad rampiki
 
09. tajuk 1
09. tajuk 109. tajuk 1
09. tajuk 1
 
Laporan Evaluasi Pembelajaran Biologi di SMA Islam Sultan Agung Semarang
Laporan Evaluasi Pembelajaran Biologi di SMA Islam Sultan Agung SemarangLaporan Evaluasi Pembelajaran Biologi di SMA Islam Sultan Agung Semarang
Laporan Evaluasi Pembelajaran Biologi di SMA Islam Sultan Agung Semarang
 
Penilaian pembelajaran ktsp
Penilaian pembelajaran ktspPenilaian pembelajaran ktsp
Penilaian pembelajaran ktsp
 
Mengembangkan Penilaian Hasil Belajar PKn
Mengembangkan Penilaian Hasil Belajar PKnMengembangkan Penilaian Hasil Belajar PKn
Mengembangkan Penilaian Hasil Belajar PKn
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
PPT MODUL 6.pptx
PPT MODUL 6.pptxPPT MODUL 6.pptx
PPT MODUL 6.pptx
 

Pentaksiran

  • 1. PENAKSIRAN DAN PENILAIAN MEMBACA: PENAKSIRAN FORMAL 1.0 Konsep 1.1 Penaksiran Menurut Salvia & Yseldyke (1978) pentaksiran atau penaksiran adalah berasal daripada perkataan Latin “duduk bersama” dengan pelajar. Martel & Calderon (2005) menyatakan pada asasnya pentaksiran merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pembelajaran. menurut Morgan & Watson (2002) melalui pentaksiran pengajaran dan pembelajaran, para guru, pelajar dan ibu bapa, pentadbir dan perancangan pendidikan mempunyai asas yang kukuh bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan keberkesanan pembelajaran pelajar. Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pentaksiran dalam bidang pendidikan ialah suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi tujuan tertentu. 1.2 Penaksiran Formal Menurut Hanna Gerald S & Dettmer Peggy A (2004) penaksiran secara formal ialah penilaian yang dilaksanakan secara formal atau rasmi yang melibatkan suatu prosedur atau tatacara yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi semua calon. Penaksiran ini juga dirancang atau dibina berasaskan peraturan atau tatacara yang telah ditetapkan. Setiap kurikulum yang menjadi dasar dalam kursus akan diteliti untuk menentukan jenis, bentuk dan bagaimana penilaian akan dilaksanakan. Penaksiran formal terbahagi kepada dua, iaitu: 1.2.1 Formatif Menurut Abdullah Sani Yahya (2005) penilaian formatif ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran contohnya ujian bulanan dan peperiksaan penggal. 1.2.2 Sumatif Penilaian sumatif merupakan penilaian yang dijalankan pada akhir sesuatu kursus. Tujuannya adalah untuk memberikan gred-gred tertentu serta sijil-sijil (Abdullah Sani Yahya, 2005).
  • 2. 2.0 Tujuan Penaksiran Formal 2.1 Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai Menurut Abdullah Sani Yahya (2005) pentaksiran formal ini penting untuk guru mengetahui kelemahan dan kekuatan yang terdapat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Keadaan ini dapat membantu guru untuk membuat perancangan dan penambahanbaikkan mutu serta pendekatan sewaktu proses p&p di dalam bilik darjah. Kepelbagaian aras kognitif pelajar yang wujud di dalam bilik darjah akan mempengaruhi pencapaian yang berbeza dalam kalangan pelajar. 2.2 Mengesan kemajuan yang telah diperoleh berkenaan pencapaian hasil- hasil dalam pembelajaran Menurut Abdullah Sani Yahya (2005) melalui proses penilaian data-data yang diperoleh dapat menggambarkan nilai dan prestasi semasa pelajar. Keadaan ini akan memudahkan para guru dan ibu bapa mengetahui tahap keupayaan pelajar dalam bidang akademik secara jelas. Prestasi yang baik akan memberi motivasi kepada pelajar untuk berusaha mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran yang dipelajari seperti dalam peperiksaan SPM. 2.3 Mengesan kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh murid Menurut Abdullah Sani Yahya (2005) ujian juga berperanan untuk mengesan punca-punca kelemahan pelajar. Selepas menilai keputusan ujian pelajar, barulah guru dapat menggunakan maklumat itu untuk membuat perancangan aktiviti dan bahan-bahan pengajaran pemulihan. Kemudian, guru akan merancang isi pelajaran serta menggunakan pendekatan atau kaedah yang sejajar dengan pengetahuan sedia ada pada pelajar. 2.4 Untuk membuat ramalan Menurut Abdullah Sani Yahya (2005) sesetengah ujian dijalankan bertujuan untuk membuat ramalan tentang prestasi seseorang calon itu mencapai kejayaan dalam sesuatu kursus. Ujian seperti ini biasanya dijalankan oleh pihak-pihak berkuasa semasa memilih calon-calon bagi sesuatu kursus latihan atau menyertai sesuatu kursus, latihan atau untuk menyertai sesuatu pertandingan. Prestasi para pelajar dalam sesuatu ujian boleh digunakan untuk membahagikan mereka mengikutkan kriteria kebolehan mereka.
  • 3. 2.5 Pemilihan Menurut Abdullah Sani Yahya (2005) hasil-hasil ujian sentiasa digunakan oleh pihak pentadbir untuk memilih calon-calon bagi memasuki sesuatu kursus atau jurusan. Sebagai contoh, pelajar yang ingin memasuki Maktab Rendah Sains Mara atau sekolah berasrama penuh perlu menduduki ujian tertentu. Selain itu, keputusan peperiksaan PMR akan digunakan memilih pelajar untuk jurusan sastera atau sains, SPM untuk memilih pelajar bagi kemasukan ke Maktab dan Politeknik manakala STPM pula untuk pemilihan ke universiti. 2.6 Pensijilan Menurut Abdullah Sani Yahya (2005) pelajar di peringkat PMR, SPM dan STPM akan menerima sijil-sijil yang berkenaan setelah lulus peperiksaan tersebut. Gred pada sijil tersebut bergantung pada pencapaian pelajar dalam peperiksaan tersebut. Selain di sekolah, ujian juga dijalankan di maktab, politeknik dan universiti yang mana pelajar-pelajar akan dianugerahkan sijil diploma atau ijazah setelah lulus ujian tertentu. 3.0 Kelebihan dan kekurangan penaksiran formal 3.1 Ujian Formatif Kelebihan Kekurangan Boleh dilaksanakan secara formal dan tidak formal dalam sesuatu masa yang tidak khusus atau khusus Perlaksanaan ujian formatif adalah tidak selaras dalam sesebuah kelas, sekolah, daerah dan negara (Atkin, JM, et al., 2001). Tidak mendatangkan tekanan yang berat kepada pelajar-pelajar, ibu bapa dan guru (Stiggins, R., et al., 2006). Menyukarkan guru untuk membuat penilaian dan refleksi penilaian terhadap individu pelajar sekiranya jumlah pelajar adalah terlalu ramai bagi sesebuah kelas Melahirkan pelajar yang benar-benar memahami isi pelajaran yang dipelajari dan menguasainya dengan baik (Stiggins, R., et al., 2006). Tidak berjaya mewujudkan semangat persaingan antara pelajar untuk berusaha mendapatkan keputusan yang terbaik kerana pencapaian pencapaian hanya bertujuan menguji kefahaman mereka dan tidak berlaku perbandingan dengan kelompok atau individu pelajar lain. Sasaran boleh tertumpu kepada kumpulan, individu atau secara kelas. Menyukarkan tindakan guru untuk membetulkan kelemahan pelajar serta merta
  • 4. semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana dikhuatiri mengambil masa yang lama jika gagal diurus dengan baik Membantu guru mengesan pelajar yang lemah secara khusus dan terperinci berserta topik dan sub-topik yang gagal dikuasai dengan baik (Atkin, JM, et al., 2001). Kelemahan pelajar adalah pelbagai dan tidak sama antara satu sama lain. Guru sukar memberi perhatian kepada sesuatu kelemahan dengan tidak mengabaikan mereka yang lain. Pelajar-pelajar dapat membuat refleksi kendiri dan memperbaiki kelemahan dalam sesuatu unit atau kemahiran yang telah dipelajari sebelum meneruskan pembelajaran kepada unit yang seterusnya dalam keadaan bersedia Perlaksanaan ujian adalah tidak selaras antara suatu kelas dengan kelas yang lain atau sesebuah sekolah dengan sekolah yang lain lantas kemampuan pelajar tidak diuji secara sama rata terhadap sesebuah unit pelajaran atau kemahiran.
  • 5. 3.2 Ujian Sumatif Kelebihan Kekurangan Membantu para guru dan pentadbir kurikulum terhadap keberkesanan perlaksanaan sesuatu kurikulum seperti KBSR dan KBSM kepada pelajar-pelajar di seluruh negara (Stiggins, R., et al., 2006). Memberi tekanan kepada pelajar ibu bapa dan guru untuk memastikan pelajar-pelajar mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan untuk meningkatkan gred pencapaian sekolah. Tindakan pensijilan pelajar- pelajar yang dilaksanakan selepas peperiksaan memberi motivasi dan semangat untuk pelajar-pelajar yang mendapat gred yang baik untuk meneruskan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi (Atkin, JM, et al., 2001). Melahirkan pelajar-pelajar yang berorientasikan peperiksaan dengan menghafaz isi pelajaran tertentu dan bukan memahaminya secara mutlak. Memberi motivasi kepada pelajar-pelajar untuk belajar dan mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan (Stiggins, R., et al., 2006). Menimbulkan rasa rendah diri dalam kalangan pelajar yang mendapat gred pencapaian yang rendah kerana keputusannya kelak akan dibandingkan dengan pencapaian pelajar- pelajar lain. Mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan pelajar dan sekolah untuk meningkatkan pencapaian individu pelajar dan sekolah masing-masing melalui keputusan yang cemerlang (Stiggins, R., et al., 2006). Gred pencapaian yang diperoleh kadangkala berasaskan nasib dan tuah, bukannya usaha pelajar tersebut. Pelajar yang cemerlang tetapi kebetulan menghadapi masalah lain seperti kesihatan pada ketika menduduki peperiksaan tidak dapat menunjukkan prestasi yang terbaik dan tidak dapat menduduki peperiksaan seperti asal. Pembahagian pelajar kepada kelas dan kumpulan mengikut gred pencapaian ujian atau peperiksaan memudahkan guru mengenal pasti pelajar yang lemah dan pelajar yang bijak sekali gus melakukan kepelbagaian dalam kaedah mengajar secara khusus sesuai dengan tahap pelajar. Penyediaan soalan yang meliputi kesemua topik pembelajaran yang telah diajar sukar untuk diseimbangkan dengan baik kerana topik yang banyak dan jumlah soalan yang terhad. (Atkin, JM, et al., 2001). 4.0 Sistem Penilaian di Malaysia Sistem penilaian yang dijalankan di Malaysia terbahagi kepada 2 peringkat, iaitu: a. Penilaian kemajuan berasaskan sekolah (PKBS) b. Penilaian berpusat
  • 6. 4.1 Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS) PKBS merupakan sistem penilaian yang dijalankan pada peringkat sekolah yang bersifat berterusan (Abdullah Sani Yahya, 2005). PKBS ialah juga satu proses untuk memonitor pertubuhan, kebolehan, kemajuan, dan pencapaian murid secara keseluruhan berdasarkan objektif kokurikulum baru yang bersepadu dan juga falsafah pendidikan negara sama ada berbentuk formal ataupun tidak formal. Terdapat 2 pelaksanaan PKBS dalam kalangan guru di sekolah, iaitu: i) PKBS dilaksanakan oleh guru-guru tanpa kawalan oleh pihak Kementerian Pendidikan. ii) PKBS yang dilaksanakan berdasarkan arahan-arahan standard daripada Kementerian Pendidikan contohnya PEKA, sains, kerja kursus kemahiran hidup dan sejarah. KPM mengedarkan peraturan melaksana dan pentaksiran termasuk skema pemarkahan. Alat penilaian dibina dan dikawal oleh guru, ditadbir dan diselaraskan dengan proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Kaedah yang disarankan oleh PKBS ialah: 4.1.1 Ujian Pencapaian ujian ini bagi menguji aspek pengetahuan dan kefahaman bagi mata pelajaran bahasa, matematik dan sains. 4.1.2 Ujian Prestasi ujian ini dilakukan untuk menilai kebolehan murid dalam aspek lisan, bacaan, kegiatan amali, Pendidikan jasmani, muzik, kokurikulum dan kemahiran manipulatif. 4.1.3 Ujian Situasi ujian ini pula dijalankan bagi mengenal pasti sikap dan nilai bagi agama Islam dan pendidikan moral melalui situasi tertentu. 4.1.4 Pemerhatian pemerhatian dijalankan bagi mengenal pasti dan mencatat perkembangan murid mengenai ciri-ciri afektif seperti dalam agama Islam, pendidikan moral dan kokurikulum. 4.1.5 Pentaksiran
  • 7. Pentaksiran ialah hasil kerja yang dijalankan bagi menentukan mutu, hasil kerja yang dicapai dalam pendidikan seni dan kemahiran manipulatif. 4.1.6 Penilaian Berpusat Penilaian Berpusat dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu satu peringkat dinilai di peringkat sekolah rendah dan satu peringkat lagi dinilai di sekolah menengah. Ia terdiri daripada UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah), PMR (Penilaian Menengah Rendah), SPM/STPM (Penilaian Menengah Atas). 4.2 Jenis-Jenis Peperiksaan 4.2.1 Peperiksaan Penggal Peperiksaan penggal merangkumi penilaian berbentuk formatif dan sumatif. Kebanyakannya diadakan dalam bentuk formal pada penghujung penggal. Ia diuruskan oleh AJK Peperiksaan sekolah dan semua soalan akan dibuat mengikut Jadual Penentuan Ujian (JPU), diselia dan diselaraskan bagi setiap kelas adalah mengikut Panitia masing-masing. Menerusi peperiksaan ini prestasi dan pencapaian pelajar dapat ditentukan dalam setiap mata pelajaran yang diambil dan pihak sekolah boleh mengetahui kekuatan dan kelemahan. Kemudian pihak sekolah boleh merancang strategi dan tindakan susulan yang sesuai bagi mengatasi sebarang kelemahan yang wujud (Tierney Robert J. & Readence John E., 2000) 4.2.2 Peperiksaan Percubaan Peperiksaan percubaan berbentuk formatif dan meliputi semua topik yang telah dipelajari. Melalui peperiksaan ini ramalan dan jangkaan mengenai prestasi dan pencapaian setiap pelajar bagi setiap mata pelajaran dapat dilihat. Justeru itu, keputusan yang dicapai oleh pihak sekolah boleh merencanakan sebarang pengubahsuaian sebelum peperiksaan sebenar bermula. Peperiksaan ini adalah latihan yang menghampiri situasi peperiksaan sebenar (Tierney Robert J. & Readence John E., 2000). 4.2.3 Peperiksaan Akhir Peperiksaan akhir merupakan penilaian yang dijalankan pada akhir tahun, bertujuan untuk menentukan dan memberi gred. Penilaian ini berbentuk sumatif yang mana skop yang diuji lebih luas, mencakupi semua aspek yang hendak diuji berdasarkan apa-apa yang telah dipelajari. Peperiksaan ini menentukan standard dan menjadi kayu ukur kejayaan sekolah dan
  • 8. pelajar selain membekalkan data-data yang berguna untuk menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (Tierney Robert J. & Readence John E., 2000). 5.0 Aktiviti Penaksiran Formal Tajuk: Folio Geografi Tingkatan 2: Komposisi Penduduk di Taman Tasik Kesuma, Beranang Selangor. a. Tempoh masa: 4o minit b. 2 Cemerlang (38 Orang) Aktiviti: Langkah1 Guru menyediakan rubrik yang diperlukan untuk folio. a. Peta lokasi b. Surat kebenaran ibu bapa c. Surat pengenalan diri pelajar d. Surat kebenaran untuk melawat /menemuramah dan mendapat bahan sumber. e. Skema pemarkahan f. Isi kandungan folio g. Tarikh penyerahan folio Langkah 2 Guru memanggil beberapa orang pelajar sebagai wakil untuk membahagikan bahan-bahan yang telah guru sediakan. Langkah 3 Guru menjelaskan setiap item yang perlu ada dalam kerja kursus tersebut. a. Penghargaan b. Pendahuluan c. Objektif kajian d. Kawasan kajian e. Kaedah kajian f. Komposisi penduduk g. Jenis pekerjaan penduduk mengikut kaum h. Faktor perkaitan penduduk dengan pekerjaan i. Cadangan meningkatkan pendapatan penduduk j. Rumusan
  • 9. k. Rujukan l. Lampiran Langkah 4 Guru memberikan masa untuk pelajar bertanya sekiranya mempunyai kemusykilan tentang kerja kursus yang diberikan. Langkah 5 Guru menunjukkan beberapa contoh folio terbaik daripada pelajar tingkatan dua tahun lepas untuk dijadikan sebagai rujukan. Langkah 6 Guru juga meminta pelajar merujuk buku teks pada halaman 155 sehingga 158 untuk melihat cara-cara penyediaan kerja kursus dilaksanakan. Langkah 7 Pada masa yang sama, guru meminta pelajar melakarkan peta daerah Hulu Langat dan peta Taman Bandar Tasik Kesuma dengan menggunakan kertas surih. Langkah 8 Guru meminta pelajar menyiapkan kerja kursus ini mengikut masa yang telah ditetapkan Penutup Guru memanggil seorang pelajar sebagai wakil untuk menyimpulkan tentang aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. 6.0 Kesimpulan Penaksiran formal merupakan salah satu kaedah dalam pengukuran penilaian pelajar dan dijalankan dengan cara yang sistematik. Penaksiran ini melibatkan dua jenis penaksiran iaitu, penaksiran formatif dan penaksiran sumatif dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Rujukan Abdullah Sani Yahya (2005). Mengurus sekolah. Pahang: PTS Profesional. Atkin, JM, Hitam, P., & Coffey, J. (2001) penilaian. Kelas dan piawaian sains negara. Washington, DC: National Academies Press. Chappuis, S. (2005). Adakah penilaian formatif kehilangan maknanya? Minggu Pendidikan, 24(44), 38.
  • 10. Dettmer Peggy A. & Hanna, Gerald S. (2004). Assessment for effective teaching: using context-adaptive planning / Gerald S. Hanna,. Boston: Pearson A and B. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000). Kementerian Pelajaran Malaysia. Martell, K, & Calderon, T. (2005). Assessment of students learning in bisness schools: What it is, where we are, and where we need to go next. Vol 1. No. 1 pp 1-22. Tallahasee, Florida: Association for Institutional research. Morgan, C. & Watson, A. (2002). The interpretative nature of teachers’ assessment of students’ Mathematics: Issues for equity. Journal for research in Mathematics Educations, 33(2), 78-110. Salvia J. & Yseldyke, J. (1978). Assessment in Special and remedial education. Boston: Houghton Mifflin. Stiggins, R., Arter, J., Chappuis, J., & Chappuis, S. (2006). Penilaian Kelas bagi pelajar pembelajaran: Melakukan dengan betul-menggunakan dengan baik. Portland, atau: Perkhidmatan Ujian Pendidikan. Tabatha Rayment (2011). 101 Senarai penting tentang pentaksiran. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Tierney Robert J. & Readence John E. (2000). Reading strategies & practices (fifth edition). Amerika: Library of congres cataloguing-in-publications data.
  • 11. 3.2 Masalah Penilaian Pendidikan Moral di Sekolah. Setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah harus diuji atau dinilai sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Disebabkan Pendidikan Moral amat menitikberatkan domain afektif iaitu berhubung dengan pembentukan sikap, nilai, dan emosi maka penilaian terhadapnya sering menghadapi masalah. Masalah 1: Penilaian moral susah dinilai secara afektif Bagaimana kita hendak menilai sikap dan tabiat selepas satu waktu pengajaran? Situasi: Cikgu Ahmad mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral Tahun 4. Tajuk yang disampaikannya pada hari itu ialah ‘nilai kebersihan’. Murid-murid didapati menyimpan kuku yang pendek dan bersih pada hari yang kedua. Bolehkah kita menganggap guru tersebut berjaya kerana pelajar-pelajar telah memotong dan membersihkan kuku mereka? Masalah 2: Proses penilaian memerlukan masa yang panjang Penilaian moral biasanya dilakukan melalui penilaian formal seperti mengadakan ujian aneka pilihan, jawapan pendek, melengkapkan cerita dan memadan gambar dan kenyataan. Penilaian juga dibuat melalui penilaian tidak formal seperti senarai semak, skala pemeringkatan serta rekod peristiwa (rekod anekdot). Masalah 3: Penilaian Pendidikan Moral adalah subjektif Sesetengah alat yang digunakan dalam penilaian Pendidikan Moral banyak dipengaruhi oleh perasaan penilai atau penguji. Penilaian jenis ini tidak tepat dan diragui Masalah 4: Penilaian Pendidikan Moral membawa banyak implikasi
  • 12. Domain afektif yang yang meliputi sikap, nilai, minat dan perasaan merupakan domain yang amat sukar dinilai Situasi: Seorang pemandu kereta berhenti apabila lampu isyarat berwarna merah. Ini menunjukkan pemandu itu mematuhi undang-undang. Tetapi adakah pemandu ini seorang yang bermoral atau pun kerana beliau takut didenda RM300.00? Latihan 3.2 : Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut Dalam lapan kali pemerhatian Ramlan didapati dua kali tidak mematuhi peraturan asrama di sebuah sekolah. Pada pandangan anda bolehkah kita mentafsirkan tingkah laku Ramlan ini pada tahap memuaskan atau sederhana? Berikan justifikasi penilaian anda. Rumusan Penilaian Pendidikan Moral di sekolah yang menitikberatkan domain afektif iaitu berhubung dengan pembentukan nilai dan sikap menghadapi pelbagai masalah. Antaranya penilaian cara ini susah untuk dinilai. Proses penilaian memerlukan masa yang panjang dan membawa banyak implikasi. Kesimpulannya, oleh sebab Pendidikan Moral banyak menyentuh tentang nilai dan sikap, maka mata pelajaran ini mengalami banyak masalah apabila proses penilaian dibuat. Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan untuk membantu pemahaman anda. Bacaan Asas: Ee Ah Meng (1994) Pendidikan Moral (Elektif) Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
  • 13. Koo Kee Peng & Tang Chee Yee. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Rujukan: Abd.Rahman Md. Aroff(1999) Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral. Universiti Putra Malaysia, Serdang. Pusat Perkembangan Kurikulum.(2003). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Pendidikan Moral. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia Tahniah! Anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini. Soalan Tutorial 1. Banding bezakan Penilaian formatif dan sumatif dalam bentuk pengurusan grafik (1jam) 2. Senaraikan Kelebihan dan Kelemahan item-item dalam Ujian Formal (2 jam) 3. Buat refleksi penilaian berdasarkan satu contoh ujian bulanan di sekolah and (2 jam)
  • 14. Rujukan Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan moral teori etika dan amalan Moral, Serdang: Penerbit UPM. Bahagian Pendidikan Guru (2003). Education studies professional knowledge and skills Modules 1/3 . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Carter, M. (2002). Professional ethics in teaching: the training and development challenge. Retrived on 23-6-04 from http://www. Schools.nsw.edu.au/edu_leadership/prof_read/ethics/carter.php Central Michigan University. (2004).Teacher education CLEAR conceptual framework. Retrived on 20-5-04 from http://www.tepd.cmich.edu/Clear/TotalClear.pdf. Driggers, J. (1999). Life management skills: taking charge of your future. Albany: Delmar Publishers. p 214.
  • 15. Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. Hinman, L.M. (2000). Contemporary moral issues: diversityand consensus. (2nd. Ed.) New Jersey: Prentice Hall. Kurtins, W. M. and Gewirtz, J.L. (1995). Moral development: an introduction. US: Allyn and Bacon. Mackinnon, P. (1995). Ethics: theory and contemporary issues. USA: Wadsworth Publishing Company. Pojman, L. P. (1998). Ethics Discovering right and wrong (3 ed). USA: Wadsworth Publishing Company. Ryan, K. & Bohlin, K.E. (1999). Building character in schools. CA: Jossey-Bass. Thiroux, J.P. (2001). Ethics: theory and practice. (7th. ed). New Jersey: Prentice Hall.