SlideShare a Scribd company logo
1 of 34
KOMATHY GOPALAN
812615
SARASWATHY PERIANAN
812789
MOHD KHALID BIN ABDUL RAHMAN 811472

U.P : Dr. KHALIZA SAIDIN


It is axiomatic that ignorance of law is not an excuse
for a person not to be tried in a court of law. Based on
the context discuss actions which could be taken to
ensure that school managers and teachers are legally
literate.


Pengurus sekolah (pengetua), guru-guru dan kakitangan lain sekolah
terdedah kepada dakwaan (litigation) atas berbagai tuduhan seperti
kegagalan melaksanakan tanggungjawab, kecuaian, penyalahgunaan kuasa
dan penyelewengan yang mungkin berlaku.



Kegagalan memenuhi “kewajipan berjaga-jaga” (duty of care), kegagalan
melaksanakan tanggungjawab, kegagalan mematuhi arahan serta peraturan
boleh mengakibatkan pihak sekolah menghadapi dakwaan sivil atau pun
jenayah.



Kejahilan terhadap undang-undang pendidikan tidak boleh dijadikan
alasan untuk mengelakkan diri seseorang tenaga pengajar daripada
didakwa.



Maka pihak sekolah perlu mengambil beberapa langkah untuk memastikan
mereka tidak didakwa atas kesalahan dan kegagalan yang dinyatakan di
atas.


Kecuaian



Penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan
Kecuaian dalam bidang pendidikan boleh dibahagikan kepada dua jenis :i) Kecuaian guru :
-

Kecuaian yang berpunca daripada konsep tanggungjawab berjaga-jaga dari segi undang-undang yang
dieprtanggungjawabkan kepada guru.

-

Biasanya kecuaian guru dikaitkan dengan kemalangan dan kecederaan fizikal yang menimpa pelajar.

ii) Kecuaian pendidikan :
Kegagalan guru mendidik pelajar.
Adalah sukar untuk membuktikan pelajar tidak dapat menerima ilmu dan menguasai kemahiran
dalam pendidikan adalah berpunca daripada guru.
Ini adalah kerana kegagalan tersebut dipengaruhi oleh faktor-faktor lain
Maka, situasi sebegini jarang ditemui guru-guru sentiasa menjalankan tugas utama mereka iaitu
mengajar.


Defenden telah tidak melakukan “kewajiban
berjaga-jaga”(failure to exercise duty of care)



Plaintif mengalami kecederaan atau kerugian
(damage has occurred) akibat dari kegagalan
defenden melakukan kewajibannya.
Semua kakitangan sekolah mempunyai “kewajipan berjaga
jaga” (duty of care)
Pengurus sekolah, guru-guru dan kakitangan sekolah perlu:
 Memastikan keselamatan struktur fizikal sekolah
 Memastikan keselamatan sewaktu kelas
 Memastikan keselamatan sewaktu kelas yang menjalankan Amali dan
ketukangan (Sains, Sains Pertanian, Teknik, Vokasional, Muzik, Sains
Rumah Tangga)
 Memastikan keselamatan kemudahan sukan dan kegiatan kokurikulum.


Memastikan keselamatan trafik di kawasan sekolah



Memastikan keselamatan kebakaran sentiasa dijaga



Memastikan keselamatan sewaktu membuat lawatan



Memastikan kebersihan makanan dan kesihatan murid dijaga



Menjalankan semua tugas yang diamanahkan mengikut bidang tugas
masing-masing.

Secara Ringkas :
PENGURUS SEKOLAH PERLU MELAKSANAKAN
POLISI SEKOLAH SELAMAT


undang-undang menghendaki tuan punya premis (bangunan dan kawasan tanah)
memastikan premisnya adalah selamat digunakan atau didiami oleh pihak yang
mempunyai hak menggunakannya.



Keadaan fizikal sekolah mestilah diselanggara dengan baik dari masa ke semasa
kerana sebarang kerosakan dan ketidakse,purnaan menyebabkan ia bukan lagi
selamat untuk digunakan.



Cth :
Tangga dan serambi bangunan mesti mempunyai pelindung yang sesuai dan kukuh
untuk memastikan tiada murid berkemungkinan terjatuh ke bawah.
Siling dan bumbung yang bocor mesti dibaiki segera supaya ia tidak jatuh.
Kipas, wayar elektrik uzur, kerusi lama dan sebagainya perlu diperiksa.
Suis dan soket yang rosak perlu diganti.
Semak-semak panjang di kawasan sekolah mesti ditebas untuk mengelak segala
bentuk bahaya seperti menjadi tempat perlindungan ular.

-


Mengikut, The Registration of Schools Ordinance, 1950.
Schools (General) Regulations sekolah dikehendaki
memastikan bilik-bilik darjah memenuhi syarat-syarat
keselamatan.



Pengetua perlu mematuhi peraturan di atas untuk mengelak
pihaknya daripada didakwa kerana kecuaian.



Mematuhi Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1988
(keselamatan diri pelajar di sekolah)


Guru mengikut undang-undang common law, dikehendaki membuat
penyeliaan membuat penyeliaan yang munasabah ke atas murid-murid di
bawah jagaanya sewaktu kelas berjalan.



Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan beliau didakwa jika
murid tercedera akibat kecuaiannya.



Kes Government of Malaysia & Ors. V. Jumat bin Mahmud & Anor.



( plaintif tercedera dan menjadi buta pada mata kanan. Mahkamah Tinggi
memutuskan bahawa pihak guru bersalah kerana cuai dalam
penyeliaannya.)


Semua makmal/bengkel kerja amali mesti mempunyai peraturan
bertulis dan ia mesti diedarkan kepada semua murid pada hari
pertama mereka menggunakan makmal/bengkel tersebut.



Kelas-kelas amali hanya boleh dikendalkan oleh guru-guru terlatih.



Jika guru sementara, pengetua mesti memastikan bahawa mereka
tidak melakukan/menyuruh pelajar melakukan percubaan-percubaan
yang berbahaya.


Guru –guru mesti memberi amaran terlebih dahulu kepada
murid-murid sebelum sebarang tunjuk cara atau percubaan
dijalankan untuk mengelakkan sebarang peristiwa yang tidak
diingini.



Guru mesti mematuhi surat pekeliling ikthisas no.1/1974.
(Keselamatan dalam makmal)



Kes mohamed Raihan bin Ibrahim & Anor. v. Government of
Malaysia & Ors.



Kes Kamarulzaman Mohd Ali v.Louis Marie Neube Rt
Ambrose J Ambrose & Anor.


Sukan dan kegiatan ko-kurikulum merupakan satu lagi punca kemalangan
mungkin berlaku.



Pengetua hendaklah memeriksa dan memastikan bahawa segala
kemudahan sukan dan permainan adalah dalam keadaan sempurna dan
selamat untuk aktiviti-aktiviti ko-kurikulum tersebut dijalankan.



Murid-murid juga perlu diberitahu tentang segala peraturan dan arahan
tentang langkah-langkah menjaga keselamatan yang perlu diambil pada
setiap masa.



Penjagaan rapi diperlukan semasa aktiviti diadakan untuk mengelakkan
insiden-insiden yang serius seperti pelajar terlanggar tiang gol, terkena
lontaran peluru, terjatuh dalam lubang, dan lain-lain.
Selain daripada itu, guru juga hendaklah :


mengambil kira faktor cuaca/ musim supaya aktiviti yang dijalankan tidak
mendatangkan bahaya.



bertanggungjawab mengeluar, mengguna dan menyimpan alat-alat sukan walaupun
boleh dibantu oleh murid.



memastikan semua alat sukan dan permainan berada dalam keadaan baik dan
selamat sebelum digunakan.



Murid mesti mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga dan
pengetua untuk mengambil bahagian di dalam aktiviti kokurikulum di luar sekolah
dan mesti diiringi oleh guru.



Jika ada murid perempuan, maka guru pengiring perempuan mesti ada bersama.


Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid diberi keutamaan seperti
makanan dan minuman dan lain-lain lagi.



Murid yang cedera, lelah dan berpenyakit kronik tidak dipaksa dibenarkan/dipaksa
mengambil bahagian.



Menggalakkan pelajar mengadakan skim perlindungan insurans yang sesuai.



Kawasan dan kemudahan yang berbahaya seperti dewan gymn dan kolam renang
mesti dikawal penggunaannya dengan ketat.



Melaporkan segala kemalangan yang berlaku kepada pengetua dengan segera
untuk tindakan selanjutnya.



Mematuhi pekeliling-pekeliling berikut :
i) bil 1/1995 – keselamatan diri ketika pengajaran PJK ,KK,
Sukan di dalam dan di luar kws sek.
ii) bil 9/2000 – panduan bg 1/1995


Pelajar-pelajar sentiasa berada di kawasan sekolah dan mesti dilindungi dari kemalangan jalan
raya.



Terutamanya pada masa sebelum kelas bermula dan masa selepas kelas baru tamat setiap hari,
ramai pelajar akan berkeliaran di merata tempat sekolah.



Pengetua perlu mengadakan satu sistem pergerakan trafik yang cekap dan sistem pengawasan
yang sesuai untuk mengelakkan kemalangan berlaku.



Kawasan sekolah biasanya terhad untuk membenarkan semua kenderaan ibu bapa masuk ke
dalamnya apabila menghantar dan membawa pulang anak-anak mereka dari sekolah.



Maka adalah baik sekiranya semua kenderaan ibu bapa dan bas sekolah dilarang masuk ke
kawasan sekolah.



Mereka dikehendaki mengambil pelajar-pelajar di suatu tempat yang sesuai di luar kawasan
sekolah.


kes Headmistress, Methodist Girls School & Ors. v. Headmaster, AngloChinese Primary School & Anor.,
Sebuah bas sekolah telah melanggar seorang murid dalam kawasan
sekolah yang mana jalannya adalah sempit. Keputusan hakim mahkamah
menyalahkan pemandu bas dan pihak sekolah juga dipertanggungjawabkan bersama (vicariously liable) kerana membenarkan bas tersebut
memasuki kawasan sekolah tersebut. Ini bermakna pengetua perlu
mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memastikan bahawa
keadaan trafik di kawasan sekolahnya adalah selamat untuk semua pihak,
khasnya para pelajar.
Pekeliling Ikhtisas bil 8/1999
(Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi dan Balik sekolah)


Kebakaran sekolah boleh diakibatkan oleh litar pintas, perbuatan jenayah
(arson), kerja-kerja amali di makmal atau bengkel, kecuaian dan lain-lain
lagi.



Untuk mengelakkan dari dakwaan berhubung dengan kebakaran sekolah,
pengetua perlu mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengelakkan
berlakunya kebakaran seperti :-

-

menubuhkan Jawatankuasa Pencegahan kebakaran sekolah;
membuat pemeriksaan rapi terhadap sistem pendawaian elektrik;
mengadakan hari/minggu pencegahan kebakaran; dan
memastikan guru-guru makmal dan bengkel mematuhi prosedur
pencegahan kebakaran di makmal dan bengkel masing-masing.

-


Semua penghuni sekolah mesti tahu serta bersedia menangani masalah
apabila kes kebakaran berlaku.



Langkah-langkah persediaan menangani kebakaran termasuk memastikan
alat-alat pemadam api dan pencegahan kebakaran dalam keadaan baik dan
boleh berfungsi pada setiap masa;



mengadakan demonstrasi memadam kebakaran dan mangadakan fire
drill dengan melibatkan semua murid, guru serta kakitangan sekolah (Rule
49, Schools (General) Regulations, The Registration of Schools
Ordinance, 1950); dan,



menyediakan pelan keselamatan kebakaran di sekolah.



Selain daripada itu, pihak sekolah mesti mengawasi sekolah dengan rapi
selepas waktu sekolah untuk menghalang penceroboh masuk yang
mungkin mengakibatkan kebakaran sekolah.


Banyak kemalangan seperti terjatuh, kemalangan jalan raya dan mati lemas
telah pun terjadi semasa pelajar-pelajar mengadakan lawatan.



Dalam kes Chen Soon Lee v. Chong Voon Pin, seorang murid sekolah
telah mati lemas sewaktu rombongan murid sedang bermain bola dalam air
di tepi laut.



Oleh kerana guru besar dan guru-guru yang berada bersama mereka telah
mengambil langkah-langkah pengawasan yang rapi (beyond reasonable
care) pada masa itu, tuduhan kecuaian tersebut ditolak oleh hakim
Mahkamah Tinggi Miri.
•

Jelas dilihat bahawa Pengetua bertanggungjawab untuk memastikan guruguru tidak cuai dalam penyeliaan aktiviti-aktiviti pelajar semasa lawatan
diadakan. Segala langkah pencegahan berlakunya tradegi mesti diambil
untuk melindungi pelajar-pelajar semasa lawatan diadakan.

•

Selain dari itu, pengetua harus memastikan guru-guru dan murid-murid
sekolahnya mematuhi segala undang-undang dan peraturan (Schools (Tours)
Regulations, 1957; Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000; Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil.1/1995) berhubung dengan lawatan untuk mengelakkan daripada
dakwaan dan melindungi pihak sekolah sekiranya tuduhan dibawa juga ke
mahkamah sekiranya sesuatu kemalangan berlaku.
Di antara langkah-langkah pencegahan dakwaan yang boleh diambil:
Kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga dan pengetua untuk
mengambil bahagian di dalam aktiviti lawatan mesti diperolehi sebelum ianya
diadakan.
Jika lawatan itu diadakan di luar negeri asal sekolah, maka kebenaran dari
Pendaftar mesti diperolehi sebelum lawatan tersebut diadakan.
Semua lawatan pelajar mesti diiringi oleh guru. Jika ada murid perempuan yang
menyertai lawatan tersebut, maka rombongan tersebut mesti menpunyai guru
pengiring perempuan. Pengawasan oleh guru yang munasabah perlu dibuat
sepanjang masa lawatan diadakan.
Maklumat dan arahan-arahan bertulis yang diedarkan kepada pelajar dan ibu-bapa
harus teliti dan jelas. Terutamanya risiko yang terlibat mesti jelas dinyatakan.
Pelajar-pelajar membuat persetujuan bertulis untuk berdisiplin baik sewaktu
lawatan diadakan.
Pelajar-pelajar diberitahu bahawa mereka perlu bawa keperluan persendirian
yang mencukupi seperti minuman, makanan, alat perlindungan dari cahaya
matahari, dan lain-lain.
Memberi taklimat kepada pelajar dan ibu-bapa tentang lawatan yang akan
diadakan.
Memastikan pelajar dan ibu bapa telah memberi segala maklumat yang penting
(misalnya keadaan kesihatan pelajar) kepada sekolah sebelum lawatan
diadakan. Pihak sekolah mesti meminta maklumat tersebut daripada setiap ibu
bapa pelajar secara bertulis.
Jika perjalanan melibatkan penggunaan kenderaan, pelajar pelajar mesti diarah untuk memasangkan tali pinggang keledar
pada setiap masa.
Pihak sekolah mesti bersedia untuk mengatasi segala kemalangan
yang mungkin berlaku.


Peraturan Schools (General) Regulations, The Registration of Schools
Ordinance, 1950 menghendaki pihak sekolah mementingkan aspek
kebersihan, keceriaan dan kesihatan guru-guru, murid-murid dan
kemudahan-kemudahan fizikal sekolah.



Makanan dan minuman yang disediakan atau dibekalkan di kawasan
sekolah, sama ada di kantin, di dapur sekolah atau pun makanan yang
dibekalkan dalam Rancangan Makanan Tambahan dan Program Susu
Sekolah, mesti bersih dan sesuai bagi menjaga kesihatan semua pihak.


Pengetua sekolah perlu memastikan makanan di sekolah selamat
digunakan oleh semua pihak supaya tidak medatangkan masalah kesihatan
seperti keracunan makanan.



Pelajar-pelajar perlu dinasihatkan tentang amalan kebersihan yang perlu
untuk menjaga kesihatan diri sendiri.



Pekerja dan pembekal makanan juga perlu mengamalkan kebersihan diri,
alat-alat dan perkakasan makanan, bangunan dan kemudahan yang
digunakan untuk menyediakan makanan.



Kecuaian pengetua sekolah memastikan langkah-langkah kebersihan
diambil boleh mengakibatkan dakwaan yang tidak diingini.



14 Pekeliling berkaitan kesihatan (rujuk m/s 43-44 buku undang-undang
untuk pengetua dan guru besar)


Menjaga disiplin dan mengenakan tindakan disiplin terhadap pelajar mengikut peraturan.



Menjaga dan mengawal disiplin pelajar merupakan tanggungjawab pihak sekolah yang
penting. Jika pelajar-pelajar berdisiplin baik, maka suasana selamat dan kondusif dapat
diwujudkan untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.



Sebaliknya disiplin yang teruk, keganasan yang berleluasa dan ancaman berbagai rupa akan
menghasilkan sekolah yang tidak selamat.



Apabila melaksanakan tugas mengawal disiplin dan mengenakan tindakan disiplin terhadap
salah laku pelajar, pengetua mesti memastikan bahawa tindakan-tindakan yang diambil
tersebut adalah berdasarkan kuasa dan peraturan-peraturan yang diperuntukkan dalam
dalam :



Akta Pendidikan 1996(Perkara 3, 7, 8); Education (School Discipline) Regulations, 1959,
Education Ordinance, 1957; Surat-surat Pekeliling Bil. 1/1972, Bil. 9/1975, Bil. 8/1983, Bil.
8/1988, Bil. 4/1991, Bil. 3/1993, dan Bil. 4/1996.


Sekolah dikehendaki mengadakan peraturan-peraturan disiplin sendiri tetapi
peraturan-peraturan tersebut tidak boleh bercanggah dengan bidang kuasa dan
peraturan-peraturan yang diberikan dalam Akta, Ordinans dan Surat-surat
Pekeliling Ikhtisas yang sedia ada.



Semua pelajar hendaklah diberikan dan dijelaskan segala peraturan disiplin bertulis
yang berkuatkuasa di sekolah.



Apabila mengambil tindakan Corporal Punishment dan membuang pelajar dari
sekolah kerana salah laku pelajar, tatacara yang diberikan dalam Education (School
Discipline) Regulations, 1959, Education Ordinance, 1957, Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 1/1972 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983 hendaklah diikuti oleh
pihak sekolah.
26 pekelilng berkaitan dengan disiplin (rujuk m/s 85 ,Undang-undang untuk
pengetua dan guru besar )


Dalam kes Mahadevan N v. Anandarajan & Others (1973) pula,
Mahadevan (plaintif) telah dibuang sekolah oleh pengetua kerana salah
laku yang serius dan setelah pertimbangan yang wajar. Hakim-hakim Privy
Council memutuskan bahawa pengetua tersebut telah pun bertindak
mengikut undang-undang yang berkuatkuasa pada masa itu. Yang penting
di sini adalah pengetua berkenaan dapat dilindungi, walaupun didakwa,
kerana bertindak mengikut prosedur yang tepat.



Dalam kes Meor Atiqul Rahman Ishak & Ors. v. Fatimah Sihi & Ors, tiga
orang murid telah dikenakan tindakan buang sekolah kerana tidak
mematuhi arahan pengetua dan terus memakai serban ke sekolah walaupun
telah banyak kali ditegur. Tetapi Hakim mahkamah telah memutuskan
bahawa pengetua telah bertindak luar dari peraturan yang ada. Oleh itu,
pengetua dan kerajaan Malaysia dipersalahkan dan dikehendaki membayar
ganti rugi kerana telah dua tahun tiga pelajar tersebut tidak dibenarkan ke
sekolah semasa menunggu keputusan mahkamah.






Ringkasnya, semasa mengambil tindakan disiplin dan untuk melindungi pihak
sekolah daripada didakwa, pengetua perlu memastikan
i) Prinsip Natural Justice,
ii) prosedur tindakan yang tepat dan direkodkan dan,
iii) jenis hukuman yang berpatutuan dan bersifat pendidikan (Ingraham v.
Wright,) sahaja boleh dikenakan.



Prinsip Natural Justice memerlukan pihak sekolah memastikan bahawa apabila
membuat pertimbangan untuk mengenakan tindakan disiplin ke atas pelajar, maka a)
pelajar mesti diberi peluang untuk membela diri dan,
b) tindakan disiplin mesti dikenakan tanpa bias atau pilih kasih (no bias/ prejudice).



Prosedur hukuman yang dikenakan harus tepat dan jenis hukuman hendaklah adil,
setimpal, dan bersifat pendidikan.



Kes-kes disiplin yang serius dan berbentuk jenayah mesti dilaporkan kepada pihak
polis.


Dalam kes Tan Tek Seng v. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan &
Anor., appellant adalah seorang guru penolong kanan sebuah sekolah rendah dan
beliau telah ditugaskan untuk menyerahkan duit gaji sebanyak RM3,179.00 kepada
seorang tukang kebun yang telah tidak hadir bekerja selama beberapa bulan.



Tetapi, beliau telah menyimpan duit tersebut sendiri, iaitu, tidak diserahkan kepada
penerima yang sah.



Beliau kemudiannya didakwa ke mahkamah atas tuduhan pecah amanah (criminal
breach of trust).



Akhirnya beliau didapati bersalah dan dibuang kerja.



Daripada kes ini, jelas bahawa akibat yang perlu ditanggung oleh sesorang pegawai
yang menyeleweng adalah sangat serius.


Untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang boleh
mengakibatkan dakwaan sivil dalam pengurusan kewangan sekolah, pengetua
hendaklah mewujudkan suatu sistem pengurusan kewangan yang lengkah, teratur,
dan mampu mengelakkan segala kemungkinan penyelewengan berlaku untuk
diguna pakai oleh sekolah.



Sistem tersebut perlu didokumentasikan dan difahami oelh semua pihak yang
berkenaan. Pengetua juga perlu memastikan bahawa semua prosedur dan peraturan
dalam Arahan Perbendaharaan dipatuhi.



Sistem kutipan wang daripada pelajar hendaklah jelas diketahui oleh semua guru
dan kakitangan kewangan lain. Prosedur pembelian, pembayaran, penyimpanan
stok, perakaunan dan pengauditan hendaklah sistematik. Pematuhan prosedurprosedur adalah untuk mengelakkan sebarang jenis penyelewengan yang mungkin
berlaku.



Pengetua mesti mengamalkan sikap tegas, jujur dan amanah supaya dapat
melindungi sendiri dan kakitangan berkaitan dengan urusan kewangan dari
dakwaan jenayah.


Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persaingan
global dalam bidang pendidikan yang semakin sengit, kita
tidak boleh lalai.



Guru harus berusaha meningkatkan tahap profesionalisme
mereka dalam semua aspek termasuk undang-undang dalam
pendidikan.



Maka, sebagai pendidik guru perlu mengetahui dan mematuhi
segala peraturan yang termaktub supaya tidak didakwa atas
apa-apa kesalahan dan kecuaian kerja.

More Related Content

Viewers also liked

Lecture 1 sgdu 6043 - legal aspects in educational management
Lecture 1   sgdu 6043 - legal aspects in educational managementLecture 1   sgdu 6043 - legal aspects in educational management
Lecture 1 sgdu 6043 - legal aspects in educational managementSelvam Latha
 
Pbl present inspiring 2013
Pbl present inspiring 2013Pbl present inspiring 2013
Pbl present inspiring 2013Mat Yus
 
Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996hazrinimam
 
Art 12 rights to education
Art 12  rights to educationArt 12  rights to education
Art 12 rights to educationHafizul Mukhlis
 
Perlaksanaan kuasa disiplin dan hukuman
Perlaksanaan kuasa disiplin dan hukumanPerlaksanaan kuasa disiplin dan hukuman
Perlaksanaan kuasa disiplin dan hukumanilla2008z
 
Ajk pelaksana bulan disiplin
Ajk pelaksana bulan disiplinAjk pelaksana bulan disiplin
Ajk pelaksana bulan disiplinNor Hisham Yusoff
 
Article 11 freedom of religion
Article 11  freedom of religionArticle 11  freedom of religion
Article 11 freedom of religionHafizul Mukhlis
 
Manual pengurusan sekolah 2014
Manual pengurusan sekolah 2014 Manual pengurusan sekolah 2014
Manual pengurusan sekolah 2014 Ja'far Ahman
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnAzyyati Amin
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Sara Zaleha
 

Viewers also liked (15)

Tort
TortTort
Tort
 
Lecture 1 sgdu 6043 - legal aspects in educational management
Lecture 1   sgdu 6043 - legal aspects in educational managementLecture 1   sgdu 6043 - legal aspects in educational management
Lecture 1 sgdu 6043 - legal aspects in educational management
 
Akta Pendidikan
Akta PendidikanAkta Pendidikan
Akta Pendidikan
 
Pbl present inspiring 2013
Pbl present inspiring 2013Pbl present inspiring 2013
Pbl present inspiring 2013
 
Marzano's Taksonomi
Marzano's TaksonomiMarzano's Taksonomi
Marzano's Taksonomi
 
Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996
 
Art 12 rights to education
Art 12  rights to educationArt 12  rights to education
Art 12 rights to education
 
Perlaksanaan kuasa disiplin dan hukuman
Perlaksanaan kuasa disiplin dan hukumanPerlaksanaan kuasa disiplin dan hukuman
Perlaksanaan kuasa disiplin dan hukuman
 
Ajk pelaksana bulan disiplin
Ajk pelaksana bulan disiplinAjk pelaksana bulan disiplin
Ajk pelaksana bulan disiplin
 
Article 11 freedom of religion
Article 11  freedom of religionArticle 11  freedom of religion
Article 11 freedom of religion
 
ULASAN ARTIKEL 1
ULASAN ARTIKEL 1 ULASAN ARTIKEL 1
ULASAN ARTIKEL 1
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
Manual pengurusan sekolah 2014
Manual pengurusan sekolah 2014 Manual pengurusan sekolah 2014
Manual pengurusan sekolah 2014
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
 

Similar to Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)FernyelizaStephen
 
Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan
Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatanTanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan
Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatanEdmond Manogaran
 
Program sekolah selamat
Program sekolah selamatProgram sekolah selamat
Program sekolah selamatismailzaini
 
SLOT 2 PERANAN HEM DAN UNIT DISIPLIN.pptx
SLOT 2 PERANAN HEM DAN UNIT DISIPLIN.pptxSLOT 2 PERANAN HEM DAN UNIT DISIPLIN.pptx
SLOT 2 PERANAN HEM DAN UNIT DISIPLIN.pptxmandina
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamaterielatio
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamatPutry Lily
 
Buku polisi keselamatankokurikulum skkts
Buku polisi keselamatankokurikulum skktsBuku polisi keselamatankokurikulum skkts
Buku polisi keselamatankokurikulum skktsAlima Rahman
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamatrajnand
 
PENGURUSAN PADANG SEKOLAH BAGI MENJAMIN KESEJAHTERAAN MURID.pptx
PENGURUSAN PADANG SEKOLAH BAGI MENJAMIN KESEJAHTERAAN MURID.pptxPENGURUSAN PADANG SEKOLAH BAGI MENJAMIN KESEJAHTERAAN MURID.pptx
PENGURUSAN PADANG SEKOLAH BAGI MENJAMIN KESEJAHTERAAN MURID.pptxJebatKelana
 
Peraturan sekolah
Peraturan sekolahPeraturan sekolah
Peraturan sekolahjamaiena
 
Bidang bencana alam
Bidang bencana alamBidang bencana alam
Bidang bencana alamMuhammad Isa
 
BUKU PANDUAN MURID SJKC FOREST HEIGHTS SEREMBAN
BUKU PANDUAN MURID SJKC FOREST HEIGHTS SEREMBANBUKU PANDUAN MURID SJKC FOREST HEIGHTS SEREMBAN
BUKU PANDUAN MURID SJKC FOREST HEIGHTS SEREMBANTe Frendy
 
BUKU PANDUAN MURID SJKC FOREST HEIGHTSSEREMBAN
BUKU PANDUAN MURID SJKC FOREST HEIGHTSSEREMBANBUKU PANDUAN MURID SJKC FOREST HEIGHTSSEREMBAN
BUKU PANDUAN MURID SJKC FOREST HEIGHTSSEREMBANTe Frendy
 

Similar to Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11 (20)

Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
 
Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan
Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatanTanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan
Tanggungjawab persekitaran-dan-keselamatan
 
Kertas
KertasKertas
Kertas
 
Mantap disiplin
Mantap disiplinMantap disiplin
Mantap disiplin
 
Program sekolah selamat
Program sekolah selamatProgram sekolah selamat
Program sekolah selamat
 
SLOT 2 PERANAN HEM DAN UNIT DISIPLIN.pptx
SLOT 2 PERANAN HEM DAN UNIT DISIPLIN.pptxSLOT 2 PERANAN HEM DAN UNIT DISIPLIN.pptx
SLOT 2 PERANAN HEM DAN UNIT DISIPLIN.pptx
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamat
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamat
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamat
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamat
 
Assignmebt hbhe 3203 final
Assignmebt hbhe 3203 finalAssignmebt hbhe 3203 final
Assignmebt hbhe 3203 final
 
Buku polisi keselamatankokurikulum skkts
Buku polisi keselamatankokurikulum skktsBuku polisi keselamatankokurikulum skkts
Buku polisi keselamatankokurikulum skkts
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamat
 
hukuman rotan
hukuman rotanhukuman rotan
hukuman rotan
 
PENGURUSAN PADANG SEKOLAH BAGI MENJAMIN KESEJAHTERAAN MURID.pptx
PENGURUSAN PADANG SEKOLAH BAGI MENJAMIN KESEJAHTERAAN MURID.pptxPENGURUSAN PADANG SEKOLAH BAGI MENJAMIN KESEJAHTERAAN MURID.pptx
PENGURUSAN PADANG SEKOLAH BAGI MENJAMIN KESEJAHTERAAN MURID.pptx
 
Peraturan sekolah
Peraturan sekolahPeraturan sekolah
Peraturan sekolah
 
Present
PresentPresent
Present
 
Bidang bencana alam
Bidang bencana alamBidang bencana alam
Bidang bencana alam
 
BUKU PANDUAN MURID SJKC FOREST HEIGHTS SEREMBAN
BUKU PANDUAN MURID SJKC FOREST HEIGHTS SEREMBANBUKU PANDUAN MURID SJKC FOREST HEIGHTS SEREMBAN
BUKU PANDUAN MURID SJKC FOREST HEIGHTS SEREMBAN
 
BUKU PANDUAN MURID SJKC FOREST HEIGHTSSEREMBAN
BUKU PANDUAN MURID SJKC FOREST HEIGHTSSEREMBANBUKU PANDUAN MURID SJKC FOREST HEIGHTSSEREMBAN
BUKU PANDUAN MURID SJKC FOREST HEIGHTSSEREMBAN
 

Recently uploaded

Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANWawaRusli
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 

Recently uploaded (15)

Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 

Sgdu 6043 legal aspects in educational management.11

  • 1. KOMATHY GOPALAN 812615 SARASWATHY PERIANAN 812789 MOHD KHALID BIN ABDUL RAHMAN 811472 U.P : Dr. KHALIZA SAIDIN
  • 2.  It is axiomatic that ignorance of law is not an excuse for a person not to be tried in a court of law. Based on the context discuss actions which could be taken to ensure that school managers and teachers are legally literate.
  • 3.  Pengurus sekolah (pengetua), guru-guru dan kakitangan lain sekolah terdedah kepada dakwaan (litigation) atas berbagai tuduhan seperti kegagalan melaksanakan tanggungjawab, kecuaian, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang mungkin berlaku.  Kegagalan memenuhi “kewajipan berjaga-jaga” (duty of care), kegagalan melaksanakan tanggungjawab, kegagalan mematuhi arahan serta peraturan boleh mengakibatkan pihak sekolah menghadapi dakwaan sivil atau pun jenayah.  Kejahilan terhadap undang-undang pendidikan tidak boleh dijadikan alasan untuk mengelakkan diri seseorang tenaga pengajar daripada didakwa.  Maka pihak sekolah perlu mengambil beberapa langkah untuk memastikan mereka tidak didakwa atas kesalahan dan kegagalan yang dinyatakan di atas.
  • 5. Kecuaian dalam bidang pendidikan boleh dibahagikan kepada dua jenis :i) Kecuaian guru : - Kecuaian yang berpunca daripada konsep tanggungjawab berjaga-jaga dari segi undang-undang yang dieprtanggungjawabkan kepada guru. - Biasanya kecuaian guru dikaitkan dengan kemalangan dan kecederaan fizikal yang menimpa pelajar. ii) Kecuaian pendidikan : Kegagalan guru mendidik pelajar. Adalah sukar untuk membuktikan pelajar tidak dapat menerima ilmu dan menguasai kemahiran dalam pendidikan adalah berpunca daripada guru. Ini adalah kerana kegagalan tersebut dipengaruhi oleh faktor-faktor lain Maka, situasi sebegini jarang ditemui guru-guru sentiasa menjalankan tugas utama mereka iaitu mengajar.
  • 6.  Defenden telah tidak melakukan “kewajiban berjaga-jaga”(failure to exercise duty of care)  Plaintif mengalami kecederaan atau kerugian (damage has occurred) akibat dari kegagalan defenden melakukan kewajibannya.
  • 7. Semua kakitangan sekolah mempunyai “kewajipan berjaga jaga” (duty of care) Pengurus sekolah, guru-guru dan kakitangan sekolah perlu:  Memastikan keselamatan struktur fizikal sekolah  Memastikan keselamatan sewaktu kelas  Memastikan keselamatan sewaktu kelas yang menjalankan Amali dan ketukangan (Sains, Sains Pertanian, Teknik, Vokasional, Muzik, Sains Rumah Tangga)  Memastikan keselamatan kemudahan sukan dan kegiatan kokurikulum.
  • 8.  Memastikan keselamatan trafik di kawasan sekolah  Memastikan keselamatan kebakaran sentiasa dijaga  Memastikan keselamatan sewaktu membuat lawatan  Memastikan kebersihan makanan dan kesihatan murid dijaga  Menjalankan semua tugas yang diamanahkan mengikut bidang tugas masing-masing. Secara Ringkas : PENGURUS SEKOLAH PERLU MELAKSANAKAN POLISI SEKOLAH SELAMAT
  • 9.  undang-undang menghendaki tuan punya premis (bangunan dan kawasan tanah) memastikan premisnya adalah selamat digunakan atau didiami oleh pihak yang mempunyai hak menggunakannya.  Keadaan fizikal sekolah mestilah diselanggara dengan baik dari masa ke semasa kerana sebarang kerosakan dan ketidakse,purnaan menyebabkan ia bukan lagi selamat untuk digunakan.  Cth : Tangga dan serambi bangunan mesti mempunyai pelindung yang sesuai dan kukuh untuk memastikan tiada murid berkemungkinan terjatuh ke bawah. Siling dan bumbung yang bocor mesti dibaiki segera supaya ia tidak jatuh. Kipas, wayar elektrik uzur, kerusi lama dan sebagainya perlu diperiksa. Suis dan soket yang rosak perlu diganti. Semak-semak panjang di kawasan sekolah mesti ditebas untuk mengelak segala bentuk bahaya seperti menjadi tempat perlindungan ular. -
  • 10.  Mengikut, The Registration of Schools Ordinance, 1950. Schools (General) Regulations sekolah dikehendaki memastikan bilik-bilik darjah memenuhi syarat-syarat keselamatan.  Pengetua perlu mematuhi peraturan di atas untuk mengelak pihaknya daripada didakwa kerana kecuaian.  Mematuhi Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1988 (keselamatan diri pelajar di sekolah)
  • 11.  Guru mengikut undang-undang common law, dikehendaki membuat penyeliaan membuat penyeliaan yang munasabah ke atas murid-murid di bawah jagaanya sewaktu kelas berjalan.  Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan beliau didakwa jika murid tercedera akibat kecuaiannya.  Kes Government of Malaysia & Ors. V. Jumat bin Mahmud & Anor.  ( plaintif tercedera dan menjadi buta pada mata kanan. Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa pihak guru bersalah kerana cuai dalam penyeliaannya.)
  • 12.  Semua makmal/bengkel kerja amali mesti mempunyai peraturan bertulis dan ia mesti diedarkan kepada semua murid pada hari pertama mereka menggunakan makmal/bengkel tersebut.  Kelas-kelas amali hanya boleh dikendalkan oleh guru-guru terlatih.  Jika guru sementara, pengetua mesti memastikan bahawa mereka tidak melakukan/menyuruh pelajar melakukan percubaan-percubaan yang berbahaya.
  • 13.  Guru –guru mesti memberi amaran terlebih dahulu kepada murid-murid sebelum sebarang tunjuk cara atau percubaan dijalankan untuk mengelakkan sebarang peristiwa yang tidak diingini.  Guru mesti mematuhi surat pekeliling ikthisas no.1/1974. (Keselamatan dalam makmal)  Kes mohamed Raihan bin Ibrahim & Anor. v. Government of Malaysia & Ors.  Kes Kamarulzaman Mohd Ali v.Louis Marie Neube Rt Ambrose J Ambrose & Anor.
  • 14.  Sukan dan kegiatan ko-kurikulum merupakan satu lagi punca kemalangan mungkin berlaku.  Pengetua hendaklah memeriksa dan memastikan bahawa segala kemudahan sukan dan permainan adalah dalam keadaan sempurna dan selamat untuk aktiviti-aktiviti ko-kurikulum tersebut dijalankan.  Murid-murid juga perlu diberitahu tentang segala peraturan dan arahan tentang langkah-langkah menjaga keselamatan yang perlu diambil pada setiap masa.  Penjagaan rapi diperlukan semasa aktiviti diadakan untuk mengelakkan insiden-insiden yang serius seperti pelajar terlanggar tiang gol, terkena lontaran peluru, terjatuh dalam lubang, dan lain-lain.
  • 15. Selain daripada itu, guru juga hendaklah :  mengambil kira faktor cuaca/ musim supaya aktiviti yang dijalankan tidak mendatangkan bahaya.  bertanggungjawab mengeluar, mengguna dan menyimpan alat-alat sukan walaupun boleh dibantu oleh murid.  memastikan semua alat sukan dan permainan berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan.  Murid mesti mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga dan pengetua untuk mengambil bahagian di dalam aktiviti kokurikulum di luar sekolah dan mesti diiringi oleh guru.  Jika ada murid perempuan, maka guru pengiring perempuan mesti ada bersama.
  • 16.  Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid diberi keutamaan seperti makanan dan minuman dan lain-lain lagi.  Murid yang cedera, lelah dan berpenyakit kronik tidak dipaksa dibenarkan/dipaksa mengambil bahagian.  Menggalakkan pelajar mengadakan skim perlindungan insurans yang sesuai.  Kawasan dan kemudahan yang berbahaya seperti dewan gymn dan kolam renang mesti dikawal penggunaannya dengan ketat.  Melaporkan segala kemalangan yang berlaku kepada pengetua dengan segera untuk tindakan selanjutnya.  Mematuhi pekeliling-pekeliling berikut : i) bil 1/1995 – keselamatan diri ketika pengajaran PJK ,KK, Sukan di dalam dan di luar kws sek. ii) bil 9/2000 – panduan bg 1/1995
  • 17.  Pelajar-pelajar sentiasa berada di kawasan sekolah dan mesti dilindungi dari kemalangan jalan raya.  Terutamanya pada masa sebelum kelas bermula dan masa selepas kelas baru tamat setiap hari, ramai pelajar akan berkeliaran di merata tempat sekolah.  Pengetua perlu mengadakan satu sistem pergerakan trafik yang cekap dan sistem pengawasan yang sesuai untuk mengelakkan kemalangan berlaku.  Kawasan sekolah biasanya terhad untuk membenarkan semua kenderaan ibu bapa masuk ke dalamnya apabila menghantar dan membawa pulang anak-anak mereka dari sekolah.  Maka adalah baik sekiranya semua kenderaan ibu bapa dan bas sekolah dilarang masuk ke kawasan sekolah.  Mereka dikehendaki mengambil pelajar-pelajar di suatu tempat yang sesuai di luar kawasan sekolah.
  • 18.  kes Headmistress, Methodist Girls School & Ors. v. Headmaster, AngloChinese Primary School & Anor., Sebuah bas sekolah telah melanggar seorang murid dalam kawasan sekolah yang mana jalannya adalah sempit. Keputusan hakim mahkamah menyalahkan pemandu bas dan pihak sekolah juga dipertanggungjawabkan bersama (vicariously liable) kerana membenarkan bas tersebut memasuki kawasan sekolah tersebut. Ini bermakna pengetua perlu mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memastikan bahawa keadaan trafik di kawasan sekolahnya adalah selamat untuk semua pihak, khasnya para pelajar. Pekeliling Ikhtisas bil 8/1999 (Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi dan Balik sekolah)
  • 19.  Kebakaran sekolah boleh diakibatkan oleh litar pintas, perbuatan jenayah (arson), kerja-kerja amali di makmal atau bengkel, kecuaian dan lain-lain lagi.  Untuk mengelakkan dari dakwaan berhubung dengan kebakaran sekolah, pengetua perlu mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengelakkan berlakunya kebakaran seperti :- - menubuhkan Jawatankuasa Pencegahan kebakaran sekolah; membuat pemeriksaan rapi terhadap sistem pendawaian elektrik; mengadakan hari/minggu pencegahan kebakaran; dan memastikan guru-guru makmal dan bengkel mematuhi prosedur pencegahan kebakaran di makmal dan bengkel masing-masing. -
  • 20.  Semua penghuni sekolah mesti tahu serta bersedia menangani masalah apabila kes kebakaran berlaku.  Langkah-langkah persediaan menangani kebakaran termasuk memastikan alat-alat pemadam api dan pencegahan kebakaran dalam keadaan baik dan boleh berfungsi pada setiap masa;  mengadakan demonstrasi memadam kebakaran dan mangadakan fire drill dengan melibatkan semua murid, guru serta kakitangan sekolah (Rule 49, Schools (General) Regulations, The Registration of Schools Ordinance, 1950); dan,  menyediakan pelan keselamatan kebakaran di sekolah.  Selain daripada itu, pihak sekolah mesti mengawasi sekolah dengan rapi selepas waktu sekolah untuk menghalang penceroboh masuk yang mungkin mengakibatkan kebakaran sekolah.
  • 21.  Banyak kemalangan seperti terjatuh, kemalangan jalan raya dan mati lemas telah pun terjadi semasa pelajar-pelajar mengadakan lawatan.  Dalam kes Chen Soon Lee v. Chong Voon Pin, seorang murid sekolah telah mati lemas sewaktu rombongan murid sedang bermain bola dalam air di tepi laut.  Oleh kerana guru besar dan guru-guru yang berada bersama mereka telah mengambil langkah-langkah pengawasan yang rapi (beyond reasonable care) pada masa itu, tuduhan kecuaian tersebut ditolak oleh hakim Mahkamah Tinggi Miri.
  • 22. • Jelas dilihat bahawa Pengetua bertanggungjawab untuk memastikan guruguru tidak cuai dalam penyeliaan aktiviti-aktiviti pelajar semasa lawatan diadakan. Segala langkah pencegahan berlakunya tradegi mesti diambil untuk melindungi pelajar-pelajar semasa lawatan diadakan. • Selain dari itu, pengetua harus memastikan guru-guru dan murid-murid sekolahnya mematuhi segala undang-undang dan peraturan (Schools (Tours) Regulations, 1957; Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000; Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1995) berhubung dengan lawatan untuk mengelakkan daripada dakwaan dan melindungi pihak sekolah sekiranya tuduhan dibawa juga ke mahkamah sekiranya sesuatu kemalangan berlaku.
  • 23. Di antara langkah-langkah pencegahan dakwaan yang boleh diambil: Kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga dan pengetua untuk mengambil bahagian di dalam aktiviti lawatan mesti diperolehi sebelum ianya diadakan. Jika lawatan itu diadakan di luar negeri asal sekolah, maka kebenaran dari Pendaftar mesti diperolehi sebelum lawatan tersebut diadakan. Semua lawatan pelajar mesti diiringi oleh guru. Jika ada murid perempuan yang menyertai lawatan tersebut, maka rombongan tersebut mesti menpunyai guru pengiring perempuan. Pengawasan oleh guru yang munasabah perlu dibuat sepanjang masa lawatan diadakan.
  • 24. Maklumat dan arahan-arahan bertulis yang diedarkan kepada pelajar dan ibu-bapa harus teliti dan jelas. Terutamanya risiko yang terlibat mesti jelas dinyatakan. Pelajar-pelajar membuat persetujuan bertulis untuk berdisiplin baik sewaktu lawatan diadakan. Pelajar-pelajar diberitahu bahawa mereka perlu bawa keperluan persendirian yang mencukupi seperti minuman, makanan, alat perlindungan dari cahaya matahari, dan lain-lain. Memberi taklimat kepada pelajar dan ibu-bapa tentang lawatan yang akan diadakan. Memastikan pelajar dan ibu bapa telah memberi segala maklumat yang penting (misalnya keadaan kesihatan pelajar) kepada sekolah sebelum lawatan diadakan. Pihak sekolah mesti meminta maklumat tersebut daripada setiap ibu bapa pelajar secara bertulis.
  • 25. Jika perjalanan melibatkan penggunaan kenderaan, pelajar pelajar mesti diarah untuk memasangkan tali pinggang keledar pada setiap masa. Pihak sekolah mesti bersedia untuk mengatasi segala kemalangan yang mungkin berlaku.
  • 26.  Peraturan Schools (General) Regulations, The Registration of Schools Ordinance, 1950 menghendaki pihak sekolah mementingkan aspek kebersihan, keceriaan dan kesihatan guru-guru, murid-murid dan kemudahan-kemudahan fizikal sekolah.  Makanan dan minuman yang disediakan atau dibekalkan di kawasan sekolah, sama ada di kantin, di dapur sekolah atau pun makanan yang dibekalkan dalam Rancangan Makanan Tambahan dan Program Susu Sekolah, mesti bersih dan sesuai bagi menjaga kesihatan semua pihak.
  • 27.  Pengetua sekolah perlu memastikan makanan di sekolah selamat digunakan oleh semua pihak supaya tidak medatangkan masalah kesihatan seperti keracunan makanan.  Pelajar-pelajar perlu dinasihatkan tentang amalan kebersihan yang perlu untuk menjaga kesihatan diri sendiri.  Pekerja dan pembekal makanan juga perlu mengamalkan kebersihan diri, alat-alat dan perkakasan makanan, bangunan dan kemudahan yang digunakan untuk menyediakan makanan.  Kecuaian pengetua sekolah memastikan langkah-langkah kebersihan diambil boleh mengakibatkan dakwaan yang tidak diingini.  14 Pekeliling berkaitan kesihatan (rujuk m/s 43-44 buku undang-undang untuk pengetua dan guru besar)
  • 28.  Menjaga disiplin dan mengenakan tindakan disiplin terhadap pelajar mengikut peraturan.  Menjaga dan mengawal disiplin pelajar merupakan tanggungjawab pihak sekolah yang penting. Jika pelajar-pelajar berdisiplin baik, maka suasana selamat dan kondusif dapat diwujudkan untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.  Sebaliknya disiplin yang teruk, keganasan yang berleluasa dan ancaman berbagai rupa akan menghasilkan sekolah yang tidak selamat.  Apabila melaksanakan tugas mengawal disiplin dan mengenakan tindakan disiplin terhadap salah laku pelajar, pengetua mesti memastikan bahawa tindakan-tindakan yang diambil tersebut adalah berdasarkan kuasa dan peraturan-peraturan yang diperuntukkan dalam dalam :  Akta Pendidikan 1996(Perkara 3, 7, 8); Education (School Discipline) Regulations, 1959, Education Ordinance, 1957; Surat-surat Pekeliling Bil. 1/1972, Bil. 9/1975, Bil. 8/1983, Bil. 8/1988, Bil. 4/1991, Bil. 3/1993, dan Bil. 4/1996.
  • 29.  Sekolah dikehendaki mengadakan peraturan-peraturan disiplin sendiri tetapi peraturan-peraturan tersebut tidak boleh bercanggah dengan bidang kuasa dan peraturan-peraturan yang diberikan dalam Akta, Ordinans dan Surat-surat Pekeliling Ikhtisas yang sedia ada.  Semua pelajar hendaklah diberikan dan dijelaskan segala peraturan disiplin bertulis yang berkuatkuasa di sekolah.  Apabila mengambil tindakan Corporal Punishment dan membuang pelajar dari sekolah kerana salah laku pelajar, tatacara yang diberikan dalam Education (School Discipline) Regulations, 1959, Education Ordinance, 1957, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1972 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983 hendaklah diikuti oleh pihak sekolah. 26 pekelilng berkaitan dengan disiplin (rujuk m/s 85 ,Undang-undang untuk pengetua dan guru besar )
  • 30.  Dalam kes Mahadevan N v. Anandarajan & Others (1973) pula, Mahadevan (plaintif) telah dibuang sekolah oleh pengetua kerana salah laku yang serius dan setelah pertimbangan yang wajar. Hakim-hakim Privy Council memutuskan bahawa pengetua tersebut telah pun bertindak mengikut undang-undang yang berkuatkuasa pada masa itu. Yang penting di sini adalah pengetua berkenaan dapat dilindungi, walaupun didakwa, kerana bertindak mengikut prosedur yang tepat.  Dalam kes Meor Atiqul Rahman Ishak & Ors. v. Fatimah Sihi & Ors, tiga orang murid telah dikenakan tindakan buang sekolah kerana tidak mematuhi arahan pengetua dan terus memakai serban ke sekolah walaupun telah banyak kali ditegur. Tetapi Hakim mahkamah telah memutuskan bahawa pengetua telah bertindak luar dari peraturan yang ada. Oleh itu, pengetua dan kerajaan Malaysia dipersalahkan dan dikehendaki membayar ganti rugi kerana telah dua tahun tiga pelajar tersebut tidak dibenarkan ke sekolah semasa menunggu keputusan mahkamah.
  • 31.     Ringkasnya, semasa mengambil tindakan disiplin dan untuk melindungi pihak sekolah daripada didakwa, pengetua perlu memastikan i) Prinsip Natural Justice, ii) prosedur tindakan yang tepat dan direkodkan dan, iii) jenis hukuman yang berpatutuan dan bersifat pendidikan (Ingraham v. Wright,) sahaja boleh dikenakan.  Prinsip Natural Justice memerlukan pihak sekolah memastikan bahawa apabila membuat pertimbangan untuk mengenakan tindakan disiplin ke atas pelajar, maka a) pelajar mesti diberi peluang untuk membela diri dan, b) tindakan disiplin mesti dikenakan tanpa bias atau pilih kasih (no bias/ prejudice).  Prosedur hukuman yang dikenakan harus tepat dan jenis hukuman hendaklah adil, setimpal, dan bersifat pendidikan.  Kes-kes disiplin yang serius dan berbentuk jenayah mesti dilaporkan kepada pihak polis.
  • 32.  Dalam kes Tan Tek Seng v. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan & Anor., appellant adalah seorang guru penolong kanan sebuah sekolah rendah dan beliau telah ditugaskan untuk menyerahkan duit gaji sebanyak RM3,179.00 kepada seorang tukang kebun yang telah tidak hadir bekerja selama beberapa bulan.  Tetapi, beliau telah menyimpan duit tersebut sendiri, iaitu, tidak diserahkan kepada penerima yang sah.  Beliau kemudiannya didakwa ke mahkamah atas tuduhan pecah amanah (criminal breach of trust).  Akhirnya beliau didapati bersalah dan dibuang kerja.  Daripada kes ini, jelas bahawa akibat yang perlu ditanggung oleh sesorang pegawai yang menyeleweng adalah sangat serius.
  • 33.  Untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang boleh mengakibatkan dakwaan sivil dalam pengurusan kewangan sekolah, pengetua hendaklah mewujudkan suatu sistem pengurusan kewangan yang lengkah, teratur, dan mampu mengelakkan segala kemungkinan penyelewengan berlaku untuk diguna pakai oleh sekolah.  Sistem tersebut perlu didokumentasikan dan difahami oelh semua pihak yang berkenaan. Pengetua juga perlu memastikan bahawa semua prosedur dan peraturan dalam Arahan Perbendaharaan dipatuhi.  Sistem kutipan wang daripada pelajar hendaklah jelas diketahui oleh semua guru dan kakitangan kewangan lain. Prosedur pembelian, pembayaran, penyimpanan stok, perakaunan dan pengauditan hendaklah sistematik. Pematuhan prosedurprosedur adalah untuk mengelakkan sebarang jenis penyelewengan yang mungkin berlaku.  Pengetua mesti mengamalkan sikap tegas, jujur dan amanah supaya dapat melindungi sendiri dan kakitangan berkaitan dengan urusan kewangan dari dakwaan jenayah.
  • 34.  Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persaingan global dalam bidang pendidikan yang semakin sengit, kita tidak boleh lalai.  Guru harus berusaha meningkatkan tahap profesionalisme mereka dalam semua aspek termasuk undang-undang dalam pendidikan.  Maka, sebagai pendidik guru perlu mengetahui dan mematuhi segala peraturan yang termaktub supaya tidak didakwa atas apa-apa kesalahan dan kecuaian kerja.