SlideShare a Scribd company logo
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
ISI KANDUNGAN
BILANGAN MUKA SURAT
I BAHAGIAN A
1 How does formative assessment support student
performance? 1 - 3
2 Compare the assessment types used in formative
assessment. 3 - 7
I1 BAHAGIAN B 8 - 11
III BAHAGIAN C 12 – 29
BIBLIOGRAFI 30
LAMPIRAN :
SALINAN SOALAN OBJEKTIF
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
PART A:
Read the article β€œFormative Assessment Truly Informing Instruction” by the NCTE (see attached)
and answer the following questions:
1 How does formative assessment support student performance?
Istilah formatif yang menekankan perbezaan matlamat tentang maklumat yang ingin diterokai dan
bagaimana maklumat itu digunakan, telah diilhamkan oleh Michael Scriven pada tahun 1967.
Fungsi utama dalam penilaian formatif ialah maklum balas dengan memberi tumpuan pada
kandungan terperinci yang dipelajari. Bukan sekadar markah ujian, malahan menunjukkan sejauh
mana pelajar mencapai piawaian yang ditetapkan.
Penilaian formatif merupakan prosedur julat penilaian rasmi dan tidak rasmi yang digunakan
oleh para guru semasa proses pembelajaran bagi menyesuaikan aktiviti mengajar dan pembelajaran
bagi meningkatkan pencapaian murid. Cowie dan Bell mentakrif penilaian formatif sebagai "proses
yang digunakan oleh guru dan pelajar untuk mengiktiraf dan memberi maklum balas kepada
pembelajaran pelajar dalam usaha untuk meningkatkan pembelajaran itu, ketika pembelajaran".
Matlamat penilaian formatif ialah memberikan panduan kepada guru untuk mengenal pasti dan
memilih strategi berikutnya dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Sejauh manakah penilaian formatif dapat membantu pelajar?
1.1 Penilaian formatif dapat memberikan maklumat pencapaian pelajar pada akhir sesuatu
pelajaran. Ujian yang dikendalikan dapat membantu pelajar untuk menilai kelemahan mereka
dan berusaha menguasai pelajaran untuk mencapai keputusan yang lebih baik pada ujian yang
seterusnya.
1.2 Penilaian formatif dapat memperbaiki kualiti dan meramal pencapaian pelajar.
Pelajar boleh membuat perbandingan markah ujian yang telah dicapai dan
memikirkan cara untuk meningkatkan lagi prestasi akademik mereka dalam
peperiksaan akan datang.
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
1.3 Penilaian formatif dapat mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan pelajar.dalam
pelajaran di kalangan pelajar. Seseorang pelajar akan lebih bersemangat untuk memperbaiki
dan meningkatkan lagi pencapaian mereka dari semasa ke semasa, apabila menilai
markah ujian yang dicapai bersama rakan pelajar yang lain.
Di samping itu, kegunaan penilaian formatif juga bertujuan mengubah suai pengajaran
seseorang guru. Hal ini disebabkan pencapaian yang rendah dalam kalangan murid barangkali
disebabkan oleh kelemahan pengajaran guru itu sendiri. Pendekatan yang diambil oleh guru
berkenaan tidak semestinya sama dalam semua sesi pembelajaran yang dikendalikan. Begitu juga
murid yang dihadapinya terdiri daripada pelbagai peringkat kebolehan. Ada yang sederhana, lemah
dan cemerlang. Keadaan ini memerlukan pengubahsuaian dalam penyampaian guru agar
pembelajaran lebih berkesan. Berasaskan penilaian yang dijalankan guru dapat mengenal pasti
aspek atau topik yang menunjukkan kecenderungan murid masih lemah dan topik yang telah
dikuasai oleh murid. Selain mengatasi kelemahan dalam pengajaran, guru juga dapat menentukan
pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian. Misalnya, guru menggunakan pendekatan
syarahan dalam menyampaikan pengajaran. Pada akhir topik berkenaan, satu ujian formatif
dilakukan dan mendapati kebanyakan murid kurang memahami topik yang diperkatakan. Dengan
itu, guru dapat memahami bahawa pendekatan berkenaan tidak sesuai dan beliau boleh mengubah
dengan menggunakan pendekatan lain seperti perbincangan dan sebagainya.
Penilaian formatif juga bertujuan untuk memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid.
Maklumat yang diperoleh daripada siri ujian yang dijalankan dapat digunakan oleh murid untuk
mengatasi kelemahan mereka. Mereka boleh berbincang dan mendapatkan bimbingan serta khidmat
nasihat daripada guru mereka. Dengan cara itu, murid berkenaan dapat mengatasi masalah mereka
dan seterusnya meningkatkan penguasaan dari segi pembelajaran. Mereka juga akan menjadi
sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan
dan tumpuan kepada topik-topik pembelajaran.
Kesimpulannya, penilaian atau ujian formatif merupakan suatu strategi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang bermanfaat dalam membantu pelajar dan guru. Maklum balas
yang diperoleh dapat digunakan oleh guru dan murid serta-merta dalam memperbaiki kelemahan
yang wujud. Maklum balas yang diperoleh memberikan motivasi kepada guru untuk terus berusaha
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
dengan gigih bagi memastikan kecemerlangan pelajar. Sementara pada pihak murid pula, ia
memberikan harapan tinggi untuk mereka mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Kelebihan Penilaian formatif untuk Pelajar
i. Pelajar lebih berminat untuk belajar.
ii. Pelajar lebih bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka sendiri.
iii. Pelajar boleh menjadi pengguna penilaian bersama para guru.
iv. Pelajar mempelajari kemahiran sepanjang hayat yang berharga seperti tetapan penilaian
kendiri, penilaian kendiri, dan pentafsiran kendiri.
2 Compare the assessment types used in formative assessment.
Dalam penilaian formatif, penilaian dilakukan secara berterusan sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran. Ia bertujuan untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar
bagi setiap tajuk yang diajar. Melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan pelajar
setelah mereka mencapai hasil pembelajaran tentang satu bahagian pengajaran yang terhad,
Contohnya satu unit pelajaran atau satu bab dalam buku teks. Penilaian cara ini merupakan bentuk
tidak formal seperti bersoal jawab secara lisan, kuiz, memeriksa hasil kerja murid dalam kelas,
memeriksa hasil kerja rumah dan sebagainya. Keputusan yang diperoleh digunakan untuk
memperbaiki pelajaran dan bukan untuk memberikan gred atau kedudukan dalam kelas.
Penilaian formatif biasanya digunakan untuk mengesan bidang kelemahan penguasaan
kemahiran murid secara individu supaya kesalahannya dapat dibetulkan dengan serta merta. Oleh
itu, penerapan kerap dijalankan selepas sesuatu kemahiran diajar, biasanya sewaktu pengajaran
dengan menggunakan kaedah secara individu (Mak Soon Sang, 1994).
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
Terdapat empat jenis penilaian formatif yang dinyatakan dalam artikel β€œFormative Assessment
Truly Informs Instruction” by the NCTE, iaitu
i. Pemerhatian (Observation)
ii. Penilaian (Conversation)
iii. Penilaian kendiri pelajar (Student Self-Evaluations)
iv. Pembelajaran lampau (Artifacts of Learning)
Persamaan Jenis-jenis Penilaian Dalam Penilaian Formatif
Persamaan keempat-empat penilaian formatif ini ialah
1. Konsep ujian yang dibina untuk keempat-empat penilaian tersebut boleh dibentuk dan ditadbir
secara formal atau tidak formal bagi mengesan kemajuan atau penguasaan pelajar terhadap
sesuatu topik pembelajaran.
2. Penilaian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan dan kemajuan pelajar dan
seterusnya mengambil langkah susulan bagi memperbaiki kelemahan yang wujud. Contohnya
melalui penilaian pelajar dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu lemah, sederhana dan
cemerlang. Ini membantu guru untuk menyediakan bahan atau aktiviti PdP yang bersesuaian
dengan tahap dan keupayaan serta prestasi pelajar.
3. Semua penilaian formatif boleh dilaksankan sepanjang pengajaran dan pembelajaran sedang
berlangsung.
4. Penilaian secara pemerhatian, temubual, penilaian kendiri pelajar dan pembelajaran lampau
boleh dilaksanakan secara formal atau tidak formal. Penilaian ini boleh dilaksanakan secara
individu pelajar atau secara kumpulan. Contohnya guru boleh membuat pemerhatian pelajar
secara berkumpulan sama ada boleh mengendalikan alat radas semasa membuat eksperimen.
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
5. Tujuan utama penilaian adalah untuk memperbaiki kelemahan pelajar serta merta dengan
mengulangi semula topik pembelajaran. Pelajar lemah diberi aktiviti pemulihan manakala
pelajar yang telah menguasai diberikan aktitivi pengukuhan atau pengayaan.
Perbandingan jenis penilaian formatif secara pemerhatian, temubual, penilaian kendiri
pelajar dan pembelajaran lampau ialah
Pemerhatian
1 Satu senarai semak disediakan oleh guru sebelum penilaian secara pemerhatian
dimulakan.
2 Maklumat penilaian pemerhatian yang diperolehi mungkin tidak tidak tepat kerana terdapat
kemungkinan pelajar mempamerkan perubahan tingkah laku yang baik apabila mengetahui
mereka sedang dinilai.
3 Adalah mustahil bagi seorang guru membuat penilaian yang melibatkan pelajar yang
ramai kerana terdapat pelajar yang tidak dapat dinilai sepenuhnya.
4 Bilangan pelajar yang ramai memakan masa yang lama kerana penilaian secara
pemerhatian memerlukan masa yang panjang sekiranya pelajar dinilai dalam masa
yang sama.
Temubual
1 Bahan maklumat yang diambil semasa penilaian secara temubual lebih fleksibel berbanding
dengan penilaian secara pemerhatian.
2 Soalan-soalan secara terbuka dapat dikemukakan oleh guru kepada pelajar untuk
mendapatkan maklumat lebih mendalam dan menyeluruh.
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
3 Penilaian secara temubual merupakan teknik yang boleh dijalankan tanpa mengira umur dan
lokasi pelajar.
4 Penilaian secara temubual mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar kerana semasa sesi ini
guru memainkan peranan sebsgai pendengar yang baik apabila pelajar mengemukakan masalah
mereka. Guru dapat membimbing pelajar menguasai topik pembelajaran untuk meningkatkan
pencapaian mereka.
5 Soal selidik atau temubual secara individu mahupun kumpulan untuk berkongsi dan
mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai sesuatu isu pembelajaran atau pengajaran boleh
dilaksanakan oleh guru.
Penilaian kendiri pelajar
Penilai terbaik dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran ialah pelajar. Namun adakalanya berlaku
situasi di mana pelajar sendiri tidak mengetahui keupayaan mereka tanpa penilaian kendiri
membuat refleksi, pertimbangan dan penilaian. Penilaian kendiri membolehkan pelajar menilai, dan
seterusnya mengenal diri sendiri.
1 Penilaian kendiri membolehkan pelajar secara individu, mengukur dan membuat refleksi
terhadap kekuatan dan kelemahan kendiri dalam penguasaan sesuatu kemahiran atau disiplin
ilmu.
2 Penilaian kendiri memberi panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus memulakan
perancangan bagi pembelajaran seterusnya.
3 Penilaian kendiri mendorong keyakinan pelajar tentang peranannya dalam menilai
perkembangan diri dan pencapaiannya.
4 Penilaian kendiri dapat mengurangkan sikap kebergantungan pelajar pada guru dalam kelebihan
dan kekurangannya dalam sesuatu bidang atau kemahiran.
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
5 Penilaian kendiri membimbing pelajar supaya sentiasa bersikap kritis terhadap kerjanya.
6 Penilaian kendiri amat berkesan dalam penilaian rujukan kriteria melibatkan perkembangan
individu, khususnya pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan berasaskan tahap keupayaan
individu.
7 Penilaian kendiri juga boleh dijalankan dengan menggunakan senarai semak berfokus dan alat
rubrik. Dalam tugasan berportfolio, jurnal, refleksi, soal selidik, perbincangan berstruktur
contohnya, alat-alat ini biasanya digunakan.
Pembelajaran lampau
1 Pembelajaran masa lalu pelajar membolehkan guru mengkaji data mengenai
pelajar secara individu atau kumpulan pelajar untuk tujuan merancang pengalaman
pembelajaran seterusnya. Contohnya seorang guru mungkin akan mengalami
kesukaran mengajar topik mencari luas segiempat jika pelajar belum diajar topik
bentuk poligon. Ini kerana pelajar belum ada pengetahuan mengenai bentuk-bentuk
poligon.
2 Melalui penilaian secara pembelajaran lalu, maklumat bukan sahaja boleh diperolehi
daripada pelajar itu sendiri malahan daripada orang dewasa lain seperti ibu bapa.
3 Penilaian secara pembelajaran lalu berfokuskan kepada sinopsis perkembangan
pembelajaran pelajar beberapa tahun sebelum ini untuk melihat pola perkembangan
pencapaian pelajar. Penilaian begini mampu membantu guru mengenalpasti
penyelesaian atau tindakan susulan yang perlu dilaksanakan.
4 Maklumat perkembangan pembelajaran sukar dikenal pasti sekiranya pelajar
berkenaan bersekolah di sekolah lain sebelum ini.Guru hanya boleh membuat
kesimpulan secara menyeluruh tentang perkembangan pelajar secara individu,
berdasarkan markah penilaian sebelum ini.
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
Part B
The Malaysian Educational System is too Examination Oriented
Kenyataan bahawa sistem pendidikan di negara kita Malaysia lebih berorientasikan peperiksaan
memang jelas dan ketara. Keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan merupakan tiket kepada
para pelajar untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan jaminan untuk
mendapatkan pekerjaan yang baik pada masa akan datang. Persepsi sebegini telah lama terpahat di
minda kita sebagai rakyat Malaysia. Kecemerlangan akademik menjadi syarat utama, tetapi adakah
ia memadai jika tidak disokong dengan kemahiran selain akademik untuk menghadapi cabaran
dunia global masa kini?
Sistem pendidikan di Malaysia yang terlalu mementingkan peperiksaan tidak lagi relevan
pada masa kini kerana tidak begitu menguji kemampuan sebenar pelajar, malahan lebih banyak
membebankan pelajar dan guru dengan dasar-dasar pendidikan baru, yang bukan diambil dari
kalangan pendidik. Campurtangan politik dalam mengubah dasar-dasar pendidikan tanpa
mengambil kira sepenuhnya idea, cadangan dan pengalaman warga pendidik telah menjadi isu
utama yang hangat diperkatakan oleh rakyat melalui media elektronik dan media cetak.
Masyarakat pula khasnya ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah masih
beranggapan bahawa hanya mereka yang memperoleh pangkat A dalam setiap pelajaran sahaja
pelajar yang cemerlang, sementara pelajar yang gagal dalam peperiksaan dianggap gagal dalam
segala-galanya. Hal ini telah menyebabkan para pelajar tertekan untuk memperoleh keputusan yang
baik sehingga hilang keseronokan belajar. Kini segala-galanya terpulang kepada warga pendidik,
pemimpin negara dan para pemikir di peringkat tertinggi untuk mengenal pasti sistem pendidikan
baru yang sesuai diamalkan. Sistem pendidikan di Malaysia yang lebih berorientasikan peperiksaan
perlu dikaji semula dengan mengambil kira idea dan pengalaman warga pendidik, bukannya idea
luar negara yang dibawa oleh pemimpin politik untuk diamalkan secara drastik tanpa dikaji terlebih
dahulu.
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
Masyarakat Malaysia perlu mengikis sikap taksub dengan keputusan peperiksaan yang
cemerlang, sebaliknya perlu akur bahawa pelajar juga perlukan keseimbangan dari segi jasmani,
emosi dan rohani dalam mengharungi sistem pendidikan negara yang sering kali diubah dasar-dasar
yang sedia ada. Status pendidikan cemerlang tidak lagi mampu menjamin masa depan generasi baru
tanpa kemahiran lain seperti bidang automotif, elektronik dan lain-lain lagi.
Implikasi daripada sistem pendidikan yang menjurus kepada kecemerlangan dalam
peperiksaan sebenarnya banyak memberi tekanan kepada warga pelajar di negara kita.
Para pelajar lebih banyak ditekankan tentang aspek pengetahuan ilmiah, dengan mengabaikan aspek
kemahiran kendiri dan bakat pelajar. Tidak seperti negara-negara luar yang lain. Contohnya melalui
pembacaan lepas, saya dapat membuat kesimpulan bahawa untuk mengatasi masalah pengangguran
disebabkan ekonomi negara tidak begitu memberansangkan, maka negara Filipina telah
mengamalkan sistem pendidikan yang jauh berbeza berbanding negara kita. Pada sebelah pagi
pelajar di Filipina belajar tentang pengetahuan ilmiah. Sebaliknya pada sebelah petang mereka
didedahkan dengan pendidikan kemahiran seperti pertukangan rumah, kimpalan dan automotif.
Pelajarnya diberi kebebasan memilih bidang yang mereka ingin ceburi mengikut kebolehan dan
minat masing-masing. Sebab itu tidak hairanlah, sejak dahulu lagi kebanyakan rakyat Filipina
berhijrah ke negara lain untuk mencari pekerjaan dengan kemahiran yang telah mereka pelajari
sejak di bangku sekolah lagi.
Masalah sistem pendidikan di Malaysia yang terlalu berorientasikan peperiksaan sebenarnya
banyak memberi tekanan kepada pelajarkdari sudut persepsi masyarakat, hasilnya adalah penunjuk
tunggal menentukan prestasi anda di sekolah. Bagi kebanyakan pelajar yang tidak begitu cemerlang
di Malaysia, pendidikan bermakna menjaringkan kertas ujian, memperoleh lebih banyak
pengetahuan untuk peperiksaan, yang bertujuan untuk mencapai keputusan yang cemerlang.
Terdapat salah faham bahawa markah yang lebih tinggi menunjukkan orang itu lebih bijak. Pelajar
seolah-olah dibentuk melalui β€˜mesin kurikulum’. Kaedah pembelajaran ini menjadikan pelajar
sebagai produk yang dibentuk dan pembelajaran akan berlaku secara terpaksa. Maka, ia tidak akan
membantu pelajar dalam membentuk keyakinan diri. Kelemahan lain yang ingin saya nyatakan di
sini ialah, penekanan pembelajaran yang lebih tertumpu kepada buku sebagai bahan rujukan kedua
selepas guru. Pelajar akan menumpukan kepada konsep-konsep yang dipelajari dan terhad untuk
mengatasi masalah tertentu sahaja. Kaedah ini menjadikan pembelajaran tidak disepadukan dengan
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
dunia luar dan tidak mempedulikan isu-isu semasa. Dengan ini, pelajar akan menggunakan kaedah
latih tubi dan hafalan, contohnya dalam menguasai kaedah matematik dan kemahiran proses sains
untuk cemerlang dalam peperiksaan.
Sejak kebelangan ini Kementerian Pendidikan sebenarnya telahpun berusaha untuk mencari
pendekatan baru bagi mengurangkan sistem ujian dan peperiksaan yang kini dianggap tidak
praktikal. Pemantauan yang dilakukan juga mendapati sistem berorientasikan peperiksaan tidak lagi
sesuai kerana tidak menguji kemampuan sebenar pelajar, sekaligus membebankan pelajar dan guru.
Kurikulum Standard Sekolah rendah (KSSR) yang telah diperkenalkan secara berperingkat kini
sedang dikaji keberkesanannya, kemudian akan ditentukan sama ada akan diteruskan atau
sebaliknya.
Proses penambahbaikan terhadap mana-mana kecacatan akibat daripada pelaksanaan sistem
pendidikan yang berubah dilaksanakan dari semasa ke semasa. Sistem pendidikan juga memerlukan
perubahan kurikulum, buku teks dan lain-lain. Apa yang paling ketara pada masa kini, kebanyakan
guru bimbang untuk menggunakan kaedah lain kerana takut terkeluar daripada ketetapan
Kementerian Pendidikan. Akibatnya, motivasi pelajar merosot kerana dipaksa belajar mengikut
jadual waktu, bukannya mengikut minat mereka.
Hakikatnya, kita menyedari kesan nyata daripada kepincangan sistem pendidikan negara
memang jelas pada masa kini, di mana wujudnya fenomena pengangguran di kalangan siswazah
akibat tidak tahu memanfaatkan ilmu yang diperoleh, tidak mempunyai kemahiran sampingan dan
masih menganggap diri mereka hanya layak diberi jawatan mengikut kelulusan. Masalah ini juga
berlaku kerana wujudnya sistem pendidikan yang dikekangi dan dikongkong oleh birokrasi
sehingga sukar berubah.
Jelaslah sistem pendidikan yang ada sekarang, melahirkan pelajar yang hanya tahu
menjawab soalan tetapi tidak boleh berfikiran lebih jauh (mengikut arus perubahan masa kini).
Implikasinya, para pelajar berlumba-lumba ke kelas tuisyen dan mengabaikankan aktiviti
keagamaan, kekeluargaan dan kemasyarakatan.
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
Apapun situasi yang berlaku dalam sistem pendidikan negara, kita sebagai rakyat Malaysia
perlu akur dengan kehendak pemimpin kita di peringkat atasan. Telah beberapa kali berlaku di
mana seseorang individu yang mengutarakan idea atau komen kepada pihak kerajaan (dengan niat
baik atau sebaliknya) diambil tindakan seperti dipindahkan kerja ke kawasan pedalaman,
diberhentikan kerja dan malah dikenakan tindakan undang-undang. Persoalan yang dibincangkan
dalam artikel ini tidak bermaksud untuk menentang mana-mana pihak, hanya sekadar memberi
pendapat yang mungkin boleh difikirkan bersama atau dimanfaatkan oleh pihak yang berkenaan.
Kita sebagai rakyat Malaysia yang bernaung di bawah sistem pemerintahan ’demokrasi,’
adakalanya perlu menapis idea yang ingin diutarakan. Walaupun sebenarnya kritikan dan idea-idea
yang membina itulah yang mampu mengubah sistem pendidikan di negara kita, selari dengan arus
perkembangan dunia global masa kini.
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
PART C
Construct 10 multiple-choice questions (MCQ) in any subject area of your choice The test could be
for learners in a primary or secondary school, learners in a college or university or participants in
a training programme.
PENGENALAN
Pembinaan soalan untuk menguji tahap pencapaian murid merupakan salah satu kemahiran
yang perlu ada sebagai seorang guru. Bagi menjawab soalan bahagian C dalam tugasan ini, satu
ujian telah ditadbir kepada murid tahun 6 bagi mata pelajaran Sains.
Ujian sumatif ini mengandungi 10 soalan aneka pilihan dan mengambil masa lima belas
minit sahaja. Ujian ini dibina mengikut aras kesukaran Taksonomi Bloom. Soalan yang dibina telah
ditadbirkan kepada 16 orang murid Tahun 6 Saga SK Pekan Telupid, Sabah.
Berdasarkan jawapan murid, laporan ini akan mengira min, median dan sisihan piawai.
Laporan ini juga akan membincangkan nilai indeks kesukaran dan nilai indeks diskriminasi. Selain
itu, pengganggu akan ditentukan sama ada berfungsi atau tidak serta menenentukan sama ada soalan
yang dibina boleh disimpan dalam bank soalan, perlu diperbaiki atau dibuang.
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
TABURAN SKOR UJIAN
Jadual 1 : Senarai Markah Ujian Sumatif Bulan Mac 2016 : Tahun 6 Saga
NAMA
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 JM
(10)D C C D D C B B D D
ANDREA ELYANA EDWARD D B C D D C A B D D 8
AMIRUDDIN B. SUFIAN D C C D D D D A D B 6
BRANDON PIUS A A C D D B B D A D 5
CHARMINE VELALIN A C C D D B A C D D 6
CLAIRE LIDIS D A C D D A B D D D 7
ESMOND IAN WILSON D D C D D C A C D D 7
ELLYIASIANI JESYHINTA JAMES A A C B D B A A B D 3
GABBRIEANNE NICOLE NICHOLAS C A C D D A B A D D 6
IKA NUR DINI MOHD IKHLAS B B C D D C B B D B 7
MOHAMAD IKRAM B. KIMIN C C C B D B B B C D 6
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
MOHAMAD HAMID B. KAHAR D C B D A C A B D D 7
MOHD CASMIR AMAR MOHD ALI A C C D D C A C D D 7
NICOLE JOSEPHINE SYVERINUS D C B B D B C B B D 5
NOAMI MELINDA JEFFERY D C B D D B C B D D 7
SYAMEZA ABDUL KADIR B B C D D A B B D D 7
WINDDY PEARL GIBSON C D C D D B B A C D 5
ANALISIS UKURAN KECENDERUNGAN MEMUSAT
Mengira min
Nilai yang diperolehi daripada hasil bahagi jumlah semua nilai dengan bilangan keseluruhan kes.
Ianya bukan suatu angka mutlak tetapi anggaran semata-mata. Rumus min boleh dinyatakan seperti
berikut :
Berdasarkan Jadual 2, rumus mengira min ialah
dimana
Ξ£ ialah jumlah markah semua pelajar
ialan bilangan pelajar yang mengambil ujian
Jadual 2 : Taburan markah setiap pelajar yang mengambil ujian sains
BIL
NAMA MURID Markah
1 ANDREA ELAYNA EDWARD 8
2 AMIRUDDIN SUFIAN 6
3 BRANDON PIUS 5
4 CLARE LIDIS 7
5 CHARMINE VELALIN 6
6 ELLYSIANI JESYHINTA JAMES 3
7 ESMOND IAN WILSON 7
8 GABBRIEANNE NICOL NICHOLAS 6
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
9 IKA NUR DINI MOHD IKHLAS 7
10 MOHAMMAD HAMID KAHAR 7
11 MOHAMMAD IKRAM KIMIN 6
12 MOHAMMAD CASMIR AMAR BIN MOHAMMAD ALI 7
13 NICOLE JOSEPHINE SYVERINUS 5
14 NOAMI MELINDA JEFFERY 7
15 SYAMEZA ABDUL KADIR 7
16 WINDDY PEARL GIBSON 5
Jumlah skor 98
Min 6.125
Berdasarkan jadual 2, min markah bagi 16 orang pelajar ialah
Min markah ,
Mengira median
Median ialah nilai cerapan yang paling tengah dalam sesuatu set data yang telah disusun nilainya
daripada nilai yang paling rendah hingga ke nilai yang paling tinggi. Median membahagikan
sesuatu set data kepada dua bahagian secara sama rata. Bagi set data yang mempunyai bilanga
cerapan yang ganjil, median ialah nilai yang ke (n + 1) Γ· 2. Bagi set data yang mempunyai bilangan
cerapan yang genap, median ditentukan dengan menjumlahkan dua nilai tengah dan dibahagikan
dengan dua.
Jadual 3 : Taburan markah dan kekerapan longgokan setiap murid
BIL
NAMA MURID MARKAH KEKERAPAN
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
LONGGOKAN
1 ELLYSIANI JESYHINTA JAMES 2 2
2 BRANDON PIUS 5 7
3 NICOLE JOSEPHINE SYVERINUS 5 12
4 WINDDY PEARL GIBSON 5 17
5 AMIRUDDIN SUFIAN 6 23
6 CHARMINE VELALIN 6 29
7 GABBRIEANNE NICOL NICHOLAS 6 35
8 MOHAMMAD IKRAM KIMIN 6 41
9 CLARE LIDIS 7 48
10 ESMOND IAN WILSON 7 55
11 IKA NUR DINI MOHD IKHLAS 7 62
12 MOHAMMAD HAMID KAHAR 7 69
13 MOHD CASMIR AMAR B MOHD ALI 7 76
14 NOAMI MELINDA JEFFERY 7 83
15 SYAMEZA ABDUL KADIR 7 90
16 ANDREA ELAYNA EDWARD 8 98
Berdasarkan jadual 3 , nilai bilangan cerapan adalah genap iaitu 98.
Rumus median = cerapan ke (98 + 1) Γ· 2 = 49.5
Maka median terletak di data ke 49 dan data ke 50.
Pada jadual di atas, data ke 49 ialah 7 dan data ke 50 ialah 7
Maka median bagi item tersebut ialah (7 + 7) Γ· 2 = 7
Mengira sisihan piawai
Selain daripada mengetahui tentang ukuran kecenderungan memusat, kita perlu juga mengetahui
sejauh mana skor-skor itu tersebar iaitu dipanggil sisihan piawai.
Rumus mengira sisihan piawai bagi data tak terkumpul ialah
Di mana ialah markah, ialah min markah dan ialah bilangan keseluruhan pelajar
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
Jadual 4 : Taburan untuk mengira sisihan piawai
min markah = 6. 125
BIL
NAMA MURID Markah, x (x - min) (x - min)2
1 ELLYSIANI JESYHINTA JAMES 2 -4.125 17.02
2 BRANDON PIUS 5 -1.125 1.27
3 NICOLE JOSEPHINE SYVERINUS 5 -1.125 1.27
4 WINDDY PEARL GIBSON 5 -1.125 1.27
5 AMIRUDDIN SUFIAN 6 -0.125 0.02
6 CHARMINE VELALIN 6 -0.125 0.02
7 GABBRIEANNE NICOL NICHOLAS 6 -0.125 0.02
8 MOHAMMAD IKRAM KIMIN 6 -0.125 0.02
9 CLARE LIDIS 7 0.875 0.77
10 ESMOND IAN WILSON 7 0.875 0.77
11 IKA NUR DINI MOHD IKHLAS 7 0.875 0.77
12 MOHAMMAD HAMID KAHAR 7 0.875 0.77
13
MOHAMMAD CASMIR AMAR BIN
MOHAMMAD ALI
7 0.875 0.77
14 NOAMI MELINDA JEFFERY 7 0.875 0.77
15 SYAMEZA ABDUL KADIR 7 0.875 0.77
16 ANDREA ELAYNA EDWARD 8 1.875 3.52
Berdasarkan data pada jadual 4, sisihan piawai adalah seperti berikut
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
ANALISIS ITEM
Indeks kesukaran
Indeks kesukaran ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa item ataupun soalan sama ada
soalan tersebut terlalu sukar, pada tahap sederhana dan terlalu mudah bagi murid. Berikut
merupakan cara yang digunakan bagi mengira indeks kesukaran.
Indeks kesukaran =
Hasil analisis dari pengiraan indeks kesukaran, jadual di bawah merupakan tafsiran indeks
kesukaran sesuatu item.
Indeks Kesukaran (IK) Pentafsiran item Keputusan
IK < 0.3 Terlalu Sukar Ubahsuai item
0.3 IK 0.8 Sederhana Item sesuai dan boleh diterima
IK > 0.8 Terlalu Mudah Ubahsuai item
Jadual 5 : Taburan indeks kesukaran setiap item
BIL
NAMA MURID
MARKAH
ANALISIS SOALAN
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
D C C D D C B B D D
1 ANDREA ELAYNA EDWARD 8 √ X √ √ √ √ X √ √ √
2 AMIRUDDIN SUFIAN 6 √ √ √ √ √ X X X √ X
3 BRANDON PIUS 5 X X √ √ √ X √ X X √
4 CLARE LIDIS 7 √ X √ √ √ X √ X √ √
5 CHARMINE VELALIN 6 X X √ X √ X X X X √
6
ELLYSIANI JESYHINTA
JAMES
3 √ X √ √ √ √ X X √ √
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
7 ESMOND IAN WILSON 7 X X √ √ √ X √ X √ √
8
GABBRIEANNE NICOL
NICHOLAS
6 X X √ √ √ X √ X √ √
9
IKA NUR DINI MOHD
IKHLAS
7 X X √ √ √ √ √ √ √ X
10 MOHAMMAD HAMID KAHAR 7 √ √ X √ X √ X √ √ √
11 MOHAMMAD IKRAM KIMIN 6 X √ √ X √ X √ √ X √
12
MOHAMMAD CASMIR AMAR
BIN MOHAMMAD ALI
7 X √ √ √ √ √ X X √ √
13
NICOLE JOSEPHINE
SYVERINUS
5 √ √ X X √ X X √ X √
14 NOAMI MELINDA JEFFERY 7 √ √ X √ √ X X √ √ √
15 SYAMEZA ABDUL KADIR 7 X X √ √ √ X √ √ √ √
16 WINDDY PEARL GIBSON 5 X X √ √ √ X √ X X √
BILANGAN MURID JAWAB BETUL 7 6 13 10 15 5 8 7 11 14
INDEKS KESUKARAN
0.4
4
0.38
0.8
1
0.6
3
0.9
4
0.3
1
0.5
0
0.4
4
0.6
9
0.8
8
Analisis tafsiran indeks kesukaran setiap item
Item Indeks kesukaran Pentafsiran Keputusan
1 0.44 Sederhana Item sesuai dan boleh diterima
2 0.38 Sederhana Item sesuai dan boleh diterima
3 0.81 Terlalu Mudah Ubahsuai item
4 0.63 Sederhana Item sesuai dan boleh diterima
5 0.94 Terlalu Mudah Ubahsuai item
6 0.31 Sederhana Item sesuai dan boleh diterima
7 0.50 Sederhana Item sesuai dan boleh diterima
8 0.44 Sederhana Item sesuai dan boleh diterima
9 0.69 Sederhana Item sesuai dan boleh diterima
10 0.88 Terlalu Mudah Ubahsuai item
Indeks Diskriminasi
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
Pengiraan Indeks Diskriminasi dilakukan untuk membezakan calon-calon dari kumpulan pada aras
tinggi dan kumpulan pada aras rendah. Rumus yang digunakan untuk mengira indeks diskriminasi
ini adalah seperti berikut:
Daripada hasil pengiraan yang telah dilakukan untuk mendapatkan nilai indeks diskriminasi ini,
kesesuaian item untuk digunakan dan dapat dikategorikan kepada item yang amat sesuai, harus
diubahsuai atau dibuang terus.
Indeks Diskriminasi,
ID
Pentaksiran item Keputusan
ID > 0.4 Diskriminasi positif yang tinggi.
Item amat sesuai diterima.
0.2 ID 0.4
Diskriminasi positif yang
sederhana.
Item perlu diubahsuai dan
perlu dicuba sekali lagi.
0 ID 0.2 Diskriminasi positif yang rendah. Item perlu diubahsuai dan
perlu dicuba sekali lagi.
ID < 0
Diskriminasi negatif, prestasi
kumpulan murid prestasi rendah
lebih baik daripada kumpulan
murid prestasi tinggi.
Item perlu dibuang.
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
Analisis tafsiran indeks kesukaran setiap item
Item Indeks
diskriminasi
Pentafsiran Keputusan
1 0.80 Diskriminasi positif yang tinggi Item amat sesuai diterima
2 0.20
Diskriminasi positif yang
rendah
Item perlu diubahsuai dan
perlu diuji sekali lagi
3 0.00
Diskriminasi positif yang
sederhana
Item perlu diubahsuai dan
perlu diuji sekali lagi
4 0.00 Diskriminasi positif yang Item perlu diubahsuai dan
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
sederhana perlu diuji sekali lagi
5 - 0.20
Diskriminasi negative, murid
prestasi rendah lebih baik
daripada murid prestasi tinggi
Item perlu dibuang
6 0.40
Diskriminasi positif yang
sederhana
Item perlu diubahsuai dan
perlu diuji sekali lagi
7 - 0.40
Diskriminasi negative, murid
prestasi rendah lebih baik
daripada murid prestasi tinggi
Item perlu dibuang
8 0.00
Diskriminasi positif yang
sederhana
Item perlu diubahsuai dan
perlu diuji sekali lagi
9 0.80 Diskriminasi positif yang tinggi Item amat sesuai diterima
10 0.00
Diskriminasi positif yang
sederhana
Item perlu diubahsuai dan
perlu diuji sekali lagi
ANALISIS HASIL PENGIRAAN
1. Analisis Indeks kesukaran dan indeks diskriminasi
Indeks kesukaran
Berdasarkan kepada item-item yang telah dianalisis melalui indeks kesukaran, item-item
tersebut boleh ditafsir seperti berikut:
i) Terlalu sukar
Tidak ada item yang terlalu sukar.
ii) Sederhana
Soalan nombor 1, 2, 4, 6, 7, 8, 9
iii) Terlalu mudah
Soalan nombor 3, 5, 10
Oleh itu, berdasarkan indeks kesukaran yang dikira, terdapat 3 soalan yang perlu diubahsuai
dan diuji semula kepada murid. Hal ini demikian kerana dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan
norma, penggubal soalan perlu ingat bahawa soalan yang terlalu mudah atau yang terlalu suakan
tidak akan dapat memberi maklumat psikometrik yang berkesan.
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
Hal ini disebabkan soalan yang terlalu mudah akan hampir-hampir dapat dijawab oleh
kesemua murid, manakala soalan yang sukar pula tidak akan dijawab oleh semua pelajar. Justeru,
soalan-soalan ini tidak dapat membezakan murid prestasi rendan dengan murid prestasi tinggi.
Selain daripada itu, indeks kesukaran ini dapat mengenalpasti konsep yang perlu diajar
semula, iaitu apabila guru mendapati ramai murid tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan
baik maka guru boleh mengambil langkah yang seterusnya dalam memastikan tumpuan diberikan
kepada soalan jenis yang sedemikian.
Indeks Diskriminasi
Melalui pengiraan daripada indeks diskriminasi pula, apa yang boleh diperhatikan melalui
pentafsiran item adalah seperti berikut:
i) Diskriminasi positif yang tinggi
Soalan nombor : 1, 9
ii) Diskriminasi positif yang sederhana
Soalan nombor 3, 4, 3 6, 8, 10
Iii) Diskriminasi positif yang rendah
Soalan nombor : 2
iv) Diskriminasi negatif, prestasi kumpulan rendah lebih baik daripada kumpulan tinggi
Soalan nombor : 5, 7
Oleh itu berdasarkan hasil pengiraan indeks diskriminasi, keputusan yang diperolehi hanya 2
soalan sahaja sesuai diterima, 5 soalan perlu diubahsuai dan diuji sekali lagi, 1 soalan perlu ditulis
semula dan 2 soalan yang terdapat dalam kertas ujian perlu dibuang.
Melalui pengiraan tedapat 2 soalan sahaja yang indeks diskriminasinya menghampiri nilai
1.00. Ini bermaksud soalan tersebuat adalah baik unti Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia
dapat membezakan pelajar yang prestasi tinggi dengan pelajar prestasi lemah. Manakala 6 soalan
mempunyai indeks diskriminasi positif menghampiri atau sama dengan 0.00 di mana soalan-soalan
ini tidak sesuai untuk PRN kerana ia tidak dapat membezakan murid presasi tinggi dengan murid
prestasi rendah.
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
Seterusnya 2 soalan yang mempunyai indeks diskriminasi negatif yang menghampiri atau
sama dengan – 0.40. Soalan ini dikatakan tidak baik untuk PRN kerana ia secara songsang
membezakan murid prestasi tinggi daripada murid prestasi rendah, iaitu lebih ramai murid prestasi
rendah dapat menjawab sialan-soalan ini dengan betul berbanding dengan murid prestasi rendah.
Melalui indeks diskriminasi, kita dapat mengenalpasti konsep yang perlu diajar semua,
mengenalpasti serta menlaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum yang
tertentu, memberi maklumbalas kepada pelajar pandai tentang kelemahan mereka bagi setiap tajuk
pengajaran yang diuji, mengenalpasti soalan yang biasa kepada sesuatu kandungan dan
mengenalpasti murid prestasi tinggi untuk melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang yang
diminati.
ANALISIS RESPONS PENGGANGGU
Pengganggu perlu dianggap sebagai bahagian yang penting bagi setiap item aneka pilihan. Kualiti
pengganggu akan mempengaruhi pencapaian calon dalam ujian (Shamsina, 2013).
No soalan Kumpulan
Pilihan
Catatan
A B C D
1
Tinggi 0 0 0 5 Jawapan :
D
Rendah 2 1 1 1
Pengganggu bagi item 1 ialan A, B dan C. Respons A, B dan C patut dikekalkan kerana
bilangan murid prestasi rendah memilih respons respon A, B dan C berbanding dengan
bilagan murid prestasi tinggi.
No soalan Kumpulan
Pilihan
Catatan
A B C D
2
Tinggi 1 1 2 1 Jawapan :
C
Rendah 2 1 1 1
Pengganggu item 2 ialah A, B dan D. Respons A perlu dikekalkan kerana 2 orang murid
prestasi rendah memilih respons A berbanding dengan hanya 1 orang murid prestasi tinggi.
Respons B dan C perlu diubahsuai kerana bilangan murid memilih respons ini adalah sama
iaitu seorang.
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
No soalan Kumpulan
Pilihan
Catatan
A B C D
3
Tinggi 0 1 4 0 Jawapan :
C
Rendah 0 1 4 0
Pengganggu item 3 ialah A, B dan D. Respons A dan D perlu dibuang kerana tidak ada sama
ada murid prestasi rendah atau tinggi memilih respons ini. Respons item B perlu diubahsuai
kerana bilangan murid prestasi rendah dan prestasi tinggi yang memilih respons B adalah
sama
No soalan Kumpulan
Pilihan
Catatan
A B C D
4
Tinggi 0 0 0 5 Jawapan :
D
Rendah 0 2 0 3
Pengganggu item 4 ialah A, B dan C. Respons A dan C perlu dibuang kerana tidak ada sama
ada murid prestasi rendah atau tinggi memilih respons ini. Respons item B perlu dikekalkan
kerana ramai murid prestasi rendah yang memilih respons B.
No soalan Kumpulan
Pilihan
Catatan
A B C D
5
Tinggi 1 0 0 4 Jawapan :
D
Rendah 0 0 0 5
Pengganggu item 5 ialah A, B dan C. Respons B dan C perlu dibuang kerana tidak ada sama
ada murid prestasi rendah atau tinggi memilih respons ini. Respons item A perlu diubahsuai
kerana bilangan murid prestasi rendah yang memilih respons A kurang berbanding dengan
murid prestasi tinggi
No soalan Kumpulan
Pilihan
Catatan
A B C D
6
Tinggi 1 0 3 1 Jawapan :
C
Rendah 0 4 1 0
Pengganggu item 6 ialah A, B dan D. Respons B perlu dikekalkan kerana bilangan murid
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
prestasi rendah memilih respons B lebih ramai berbanding murid prestasi tinggi. Respons
item A dan D perlu diubahsuai kerana bilangan murid prestasi rendah yang memilih respons
A dan D kurang berbanding dengan murid prestasi tinggi
No soalan Kumpulan
Pilihan
Catatan
A B C D
7
Tinggi 3 1 0 1 Jawapan :
B
Rendah 1 3 1 0
Pengganggu item 7 ialah A, C dan D. Respons item A dan D perlu diubahsuai kerana
bilangan murid prestasi rendah yang memilih respons A dan D kurang berbanding dengan
murid prestasi tinggi. Respons C patut dikekalkan kerana murid prestasi rendah yang memilih
respons C lebih ramai berbanding dengan murid prestasi tinggi.
No soalan Kumpulan
Pilihan
Catatan
A B C D
8
Tinggi 1 2 1 1 Jawapan :
B
Rendah 2 2 0 1
Pengganggu item 8 ialah A, C dan D. Respons A perlu dikekalkan kerana bilagan murid
prestasi rendah yang memilih respons A lebih tinggi berbanding murid prestasi tinggi.
Respons item C dan D perlu diubahsuai kerana bilangan murid prestasi rendah yang memilih
respons C dan D kurang atau sama berbanding dengan murid prestasi tinggi
No soalan Kumpulan
Pilihan
Catatan
A B C D
9
Tinggi 0 0 0 5 Jawapan :
D
Rendah 1 2 1 1
Pengganggu item 9 ialah A, B dan C. Respons A, B dan C perlu dikekalkan kerana bilagan
murid prestasi rendah yang memilih respons A lebih tinggi berbanding murid prestasi tinggi.
No soalan Kumpulan
Pilihan
Catatan
A B C D
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
10
Tinggi 0 1 0 4 Jawapan :
D
Rendah 0 1 0 4
Pengganggu item 10 ialah A, B dan C. Respons A dan C perlu dibuang kerana tidak ada
murid prestasi rendah yang memilih respons dan murid prestasi tinggi yang memilih respons
A dan C. Respons B perlu diubahsuai kerana bilangan murid prestasi rendah dan murid
prestasi tinggi yang memilih respons B adalah sama.
PENUTUP
Kemahiran analisi item yang dibina adalah sangat berguna untuk guru menentukan sama ada item
yang dibina boleh diguna, diperbaiki atau dibuang. Penentuan item perlu dibuat berdasarkan
indeks kesukaran dan indeks diskriminasi. Kebolehpercayaan item perlu dikira supaya dapat
menentukan set ujian tersebut boleh digunakan atau tidak.
Secara keseluruhanya, item-item yang dibina adalah tidak memuaskan kerana terdapat
terlalu banyak item yang mempunyai indeks kesukaran yang sangat mudah serta indeks
diskriminasi yang rendah. Selain itu, pengganggu tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya.
Banyak item perlu dibuang dan diperbaiki
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
Bibliografi
From an Online Journal
1 fmipa.ipb.ac.id/~sains1/?wpdmact=process&did...
From a Webpage
1 http://syadidhabib.blogspot.my/2010/05/ujian-formatif.html
From a Book
1 Dr Abu Bakar Nordin (1987):
Siri Maktab Perguruan. Asas Penilaian Pendidikan
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
2 Mok Soon Sang (2003), Pendidikan Di Malaysia, Kuala Lumpur.
Kumpulan Budiman Sdn Bhd
LAMPIRAN :
10 SOALAN OBJEKTIF
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT
EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT

More Related Content

What's hot

english test-year-3-paper-2
 english test-year-3-paper-2 english test-year-3-paper-2
english test-year-3-paper-2imamys
Β 
Metode pengajaran langsung
Metode pengajaran langsungMetode pengajaran langsung
Metode pengajaran langsung
Sunawan Sunawan
Β 
Mastery learning
Mastery learningMastery learning
Mastery learning
TCE, Univ of Pune,India
Β 
model pengembangan media belajar nilai kepemimpinan anak usia dini
model pengembangan media belajar nilai kepemimpinan anak usia dinimodel pengembangan media belajar nilai kepemimpinan anak usia dini
model pengembangan media belajar nilai kepemimpinan anak usia dini
Rahma Rahmawinasa
Β 
Pedagogy vs Andragogy
Pedagogy vs Andragogy Pedagogy vs Andragogy
Pedagogy vs Andragogy Laura Collins
Β 
Different approaches & methods introduction
Different approaches & methods introductionDifferent approaches & methods introduction
Different approaches & methods introductionMhelane Herebesi
Β 
Inquiry method
Inquiry methodInquiry method
Inquiry method
madihanaushad
Β 
Perangkat Pembelajaran 2013 Sebelum revisi
Perangkat Pembelajaran 2013 Sebelum revisi Perangkat Pembelajaran 2013 Sebelum revisi
Perangkat Pembelajaran 2013 Sebelum revisi
gini_alawiyah96
Β 

What's hot (8)

english test-year-3-paper-2
 english test-year-3-paper-2 english test-year-3-paper-2
english test-year-3-paper-2
Β 
Metode pengajaran langsung
Metode pengajaran langsungMetode pengajaran langsung
Metode pengajaran langsung
Β 
Mastery learning
Mastery learningMastery learning
Mastery learning
Β 
model pengembangan media belajar nilai kepemimpinan anak usia dini
model pengembangan media belajar nilai kepemimpinan anak usia dinimodel pengembangan media belajar nilai kepemimpinan anak usia dini
model pengembangan media belajar nilai kepemimpinan anak usia dini
Β 
Pedagogy vs Andragogy
Pedagogy vs Andragogy Pedagogy vs Andragogy
Pedagogy vs Andragogy
Β 
Different approaches & methods introduction
Different approaches & methods introductionDifferent approaches & methods introduction
Different approaches & methods introduction
Β 
Inquiry method
Inquiry methodInquiry method
Inquiry method
Β 
Perangkat Pembelajaran 2013 Sebelum revisi
Perangkat Pembelajaran 2013 Sebelum revisi Perangkat Pembelajaran 2013 Sebelum revisi
Perangkat Pembelajaran 2013 Sebelum revisi
Β 

Similar to Eea622 educational assessment

Mengembangkan Penilaian Hasil Belajar PKn
Mengembangkan Penilaian Hasil Belajar PKnMengembangkan Penilaian Hasil Belajar PKn
Mengembangkan Penilaian Hasil Belajar PKn
Hadi Wahyono
Β 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianKPM
Β 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianKPM
Β 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
rielsyah90
Β 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
KPM
Β 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
KPM
Β 
penilaian untuk pembelajaran
penilaian untuk pembelajaranpenilaian untuk pembelajaran
penilaian untuk pembelajaran
Mohamed Naim Daipi
Β 
MODUL PSV3111
MODUL PSV3111 MODUL PSV3111
MODUL PSV3111
Yen Lee Lew
Β 
Tujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & PenilaianTujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & Penilaian
zaidillah zainuddin
Β 
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSVPengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSVNoor Syazwanni
Β 
09. tajuk 1
09. tajuk 109. tajuk 1
09. tajuk 1
Ahmad Norsarihan
Β 
Pengujian, pengukuran dan penilaian.
Pengujian, pengukuran dan penilaian.Pengujian, pengukuran dan penilaian.
Pengujian, pengukuran dan penilaian.
Anis Asneh
Β 
Format dan scoring rubric penilaian
Format dan scoring rubric penilaianFormat dan scoring rubric penilaian
Format dan scoring rubric penilaianRia Dwi Pratiwi
Β 
Evaluasi pembelajaran
Evaluasi pembelajaranEvaluasi pembelajaran
Evaluasi pembelajaran
Rozak Sains'synister
Β 
Mengenal Asesmen
Mengenal AsesmenMengenal Asesmen
Mengenal Asesmen
Made Rai Adnyana
Β 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiransaffa919
Β 
Evaluasi Belajar 12.pptx
Evaluasi Belajar 12.pptxEvaluasi Belajar 12.pptx
Evaluasi Belajar 12.pptx
RomyAryadinata
Β 
Model behaviour
Model behaviourModel behaviour
Model behaviour
Evian Teoh
Β 
STAD strategi belajar mengajar
STAD strategi belajar mengajarSTAD strategi belajar mengajar
STAD strategi belajar mengajarRysa Ilmiana
Β 
Slide analisis butir tes dan nontes
Slide analisis butir tes dan nontesSlide analisis butir tes dan nontes
Slide analisis butir tes dan nontes
Smansabihu Aeknabara
Β 

Similar to Eea622 educational assessment (20)

Mengembangkan Penilaian Hasil Belajar PKn
Mengembangkan Penilaian Hasil Belajar PKnMengembangkan Penilaian Hasil Belajar PKn
Mengembangkan Penilaian Hasil Belajar PKn
Β 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Β 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Β 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Β 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Β 
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaianPmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Pmbntngn konsep pengujian, pntksiran, pnilaian
Β 
penilaian untuk pembelajaran
penilaian untuk pembelajaranpenilaian untuk pembelajaran
penilaian untuk pembelajaran
Β 
MODUL PSV3111
MODUL PSV3111 MODUL PSV3111
MODUL PSV3111
Β 
Tujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & PenilaianTujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & Penilaian
Β 
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSVPengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Pengujian, pengukuran, penilaian dalam Pentaksiran PSV
Β 
09. tajuk 1
09. tajuk 109. tajuk 1
09. tajuk 1
Β 
Pengujian, pengukuran dan penilaian.
Pengujian, pengukuran dan penilaian.Pengujian, pengukuran dan penilaian.
Pengujian, pengukuran dan penilaian.
Β 
Format dan scoring rubric penilaian
Format dan scoring rubric penilaianFormat dan scoring rubric penilaian
Format dan scoring rubric penilaian
Β 
Evaluasi pembelajaran
Evaluasi pembelajaranEvaluasi pembelajaran
Evaluasi pembelajaran
Β 
Mengenal Asesmen
Mengenal AsesmenMengenal Asesmen
Mengenal Asesmen
Β 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
Β 
Evaluasi Belajar 12.pptx
Evaluasi Belajar 12.pptxEvaluasi Belajar 12.pptx
Evaluasi Belajar 12.pptx
Β 
Model behaviour
Model behaviourModel behaviour
Model behaviour
Β 
STAD strategi belajar mengajar
STAD strategi belajar mengajarSTAD strategi belajar mengajar
STAD strategi belajar mengajar
Β 
Slide analisis butir tes dan nontes
Slide analisis butir tes dan nontesSlide analisis butir tes dan nontes
Slide analisis butir tes dan nontes
Β 

More from Sayshare

Buku panduan kecemasan
Buku panduan kecemasanBuku panduan kecemasan
Buku panduan kecemasan
Sayshare
Β 
STIHL MS 290, 310, 390
STIHL MS 290, 310, 390STIHL MS 290, 310, 390
STIHL MS 290, 310, 390
Sayshare
Β 
Panjang - Matematik Tahun 4
Panjang - Matematik Tahun 4Panjang - Matematik Tahun 4
Panjang - Matematik Tahun 4
Sayshare
Β 
Jisim - Matematik Tahun 4
Jisim - Matematik Tahun 4Jisim - Matematik Tahun 4
Jisim - Matematik Tahun 4
Sayshare
Β 
Isi Padu Cecair - Matematik Tahun 4
Isi Padu Cecair - Matematik Tahun 4Isi Padu Cecair - Matematik Tahun 4
Isi Padu Cecair - Matematik Tahun 4
Sayshare
Β 
100 resepi masakan kuih muih malaysia
100 resepi masakan kuih muih malaysia100 resepi masakan kuih muih malaysia
100 resepi masakan kuih muih malaysia
Sayshare
Β 
Nota penolakan pecahan
Nota penolakan pecahanNota penolakan pecahan
Nota penolakan pecahan
Sayshare
Β 
Lembaran kerja 2: Penolakan Pecahan
Lembaran kerja 2:  Penolakan PecahanLembaran kerja 2:  Penolakan Pecahan
Lembaran kerja 2: Penolakan Pecahan
Sayshare
Β 
Lembaran kerja 1: Penolakan Pecahan Tahun 4
Lembaran kerja 1: Penolakan Pecahan Tahun 4Lembaran kerja 1: Penolakan Pecahan Tahun 4
Lembaran kerja 1: Penolakan Pecahan Tahun 4
Sayshare
Β 
NOTA PENOLAKAN PECAHAN TAHUN 4 2021
NOTA PENOLAKAN PECAHAN TAHUN 4 2021NOTA PENOLAKAN PECAHAN TAHUN 4 2021
NOTA PENOLAKAN PECAHAN TAHUN 4 2021
Sayshare
Β 
Metodologi KT Kualitatif
Metodologi KT KualitatifMetodologi KT Kualitatif
Metodologi KT Kualitatif
Sayshare
Β 
MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4
MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4
MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4
Sayshare
Β 
Modul PdPR M3 - 01-07 FEB 2021
Modul PdPR M3 - 01-07 FEB 2021Modul PdPR M3 - 01-07 FEB 2021
Modul PdPR M3 - 01-07 FEB 2021
Sayshare
Β 
MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4
MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4
MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4
Sayshare
Β 
MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4 M44
MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4 M44MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4 M44
MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4 M44
Sayshare
Β 
PdPR MATEMATIK T4-NISBAH
PdPR MATEMATIK T4-NISBAHPdPR MATEMATIK T4-NISBAH
PdPR MATEMATIK T4-NISBAH
Sayshare
Β 
Pengurusan Risiko - IAB
Pengurusan Risiko - IABPengurusan Risiko - IAB
Pengurusan Risiko - IAB
Sayshare
Β 
MASA & WAKTU
MASA & WAKTU MASA & WAKTU
MASA & WAKTU
Sayshare
Β 
MASA & WAKTU TAHUN 4
MASA & WAKTU TAHUN 4MASA & WAKTU TAHUN 4
MASA & WAKTU TAHUN 4
Sayshare
Β 
FIZIK - NOTA BERFOKUS
FIZIK - NOTA BERFOKUSFIZIK - NOTA BERFOKUS
FIZIK - NOTA BERFOKUS
Sayshare
Β 

More from Sayshare (20)

Buku panduan kecemasan
Buku panduan kecemasanBuku panduan kecemasan
Buku panduan kecemasan
Β 
STIHL MS 290, 310, 390
STIHL MS 290, 310, 390STIHL MS 290, 310, 390
STIHL MS 290, 310, 390
Β 
Panjang - Matematik Tahun 4
Panjang - Matematik Tahun 4Panjang - Matematik Tahun 4
Panjang - Matematik Tahun 4
Β 
Jisim - Matematik Tahun 4
Jisim - Matematik Tahun 4Jisim - Matematik Tahun 4
Jisim - Matematik Tahun 4
Β 
Isi Padu Cecair - Matematik Tahun 4
Isi Padu Cecair - Matematik Tahun 4Isi Padu Cecair - Matematik Tahun 4
Isi Padu Cecair - Matematik Tahun 4
Β 
100 resepi masakan kuih muih malaysia
100 resepi masakan kuih muih malaysia100 resepi masakan kuih muih malaysia
100 resepi masakan kuih muih malaysia
Β 
Nota penolakan pecahan
Nota penolakan pecahanNota penolakan pecahan
Nota penolakan pecahan
Β 
Lembaran kerja 2: Penolakan Pecahan
Lembaran kerja 2:  Penolakan PecahanLembaran kerja 2:  Penolakan Pecahan
Lembaran kerja 2: Penolakan Pecahan
Β 
Lembaran kerja 1: Penolakan Pecahan Tahun 4
Lembaran kerja 1: Penolakan Pecahan Tahun 4Lembaran kerja 1: Penolakan Pecahan Tahun 4
Lembaran kerja 1: Penolakan Pecahan Tahun 4
Β 
NOTA PENOLAKAN PECAHAN TAHUN 4 2021
NOTA PENOLAKAN PECAHAN TAHUN 4 2021NOTA PENOLAKAN PECAHAN TAHUN 4 2021
NOTA PENOLAKAN PECAHAN TAHUN 4 2021
Β 
Metodologi KT Kualitatif
Metodologi KT KualitatifMetodologi KT Kualitatif
Metodologi KT Kualitatif
Β 
MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4
MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4
MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4
Β 
Modul PdPR M3 - 01-07 FEB 2021
Modul PdPR M3 - 01-07 FEB 2021Modul PdPR M3 - 01-07 FEB 2021
Modul PdPR M3 - 01-07 FEB 2021
Β 
MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4
MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4
MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4
Β 
MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4 M44
MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4 M44MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4 M44
MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4 M44
Β 
PdPR MATEMATIK T4-NISBAH
PdPR MATEMATIK T4-NISBAHPdPR MATEMATIK T4-NISBAH
PdPR MATEMATIK T4-NISBAH
Β 
Pengurusan Risiko - IAB
Pengurusan Risiko - IABPengurusan Risiko - IAB
Pengurusan Risiko - IAB
Β 
MASA & WAKTU
MASA & WAKTU MASA & WAKTU
MASA & WAKTU
Β 
MASA & WAKTU TAHUN 4
MASA & WAKTU TAHUN 4MASA & WAKTU TAHUN 4
MASA & WAKTU TAHUN 4
Β 
FIZIK - NOTA BERFOKUS
FIZIK - NOTA BERFOKUSFIZIK - NOTA BERFOKUS
FIZIK - NOTA BERFOKUS
Β 

Recently uploaded

SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
MuhammadBagusAprilia1
Β 
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptxDiseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
LucyKristinaS
Β 
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik Dosen
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik DosenUNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik Dosen
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik Dosen
AdrianAgoes9
Β 
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptxJuknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
mattaja008
Β 
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrinPatofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
rohman85
Β 
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdfTugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
muhammadRifai732845
Β 
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaanPermainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
DEVI390643
Β 
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
ozijaya
Β 
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdfppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
Nur afiyah
Β 
penjelasan tentang tugas dan wewenang pkd
penjelasan tentang tugas dan wewenang pkdpenjelasan tentang tugas dan wewenang pkd
penjelasan tentang tugas dan wewenang pkd
jaya35ml2
Β 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
Dedi Dwitagama
Β 
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawasuntuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
TEDYHARTO1
Β 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
UmyHasna1
Β 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
ssuser289c2f1
Β 
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya PositifKoneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Rima98947
Β 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
SEMUELSAMBOKARAENG
Β 
Tabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdf
Tabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdfTabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdf
Tabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdf
ppgpriyosetiawan43
Β 
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdfppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
setiatinambunan
Β 
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdfPENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
smp4prg
Β 
EVIDENCE BASED DALAM PELAYANAN KB DAN KONTRASEPSI.pdf
EVIDENCE BASED DALAM PELAYANAN KB DAN KONTRASEPSI.pdfEVIDENCE BASED DALAM PELAYANAN KB DAN KONTRASEPSI.pdf
EVIDENCE BASED DALAM PELAYANAN KB DAN KONTRASEPSI.pdf
Rismawati408268
Β 

Recently uploaded (20)

SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
Β 
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptxDiseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Β 
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik Dosen
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik DosenUNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik Dosen
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik Dosen
Β 
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptxJuknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Β 
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrinPatofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Β 
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdfTugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Β 
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaanPermainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Β 
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
Β 
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdfppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
Β 
penjelasan tentang tugas dan wewenang pkd
penjelasan tentang tugas dan wewenang pkdpenjelasan tentang tugas dan wewenang pkd
penjelasan tentang tugas dan wewenang pkd
Β 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
Β 
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawasuntuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
Β 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Β 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
Β 
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya PositifKoneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Β 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Β 
Tabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdf
Tabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdfTabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdf
Tabel 1. 7 Ruang Lingkup Terintegrasi dalam Mata Pelajaran dalam CASEL PSE.pdf
Β 
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdfppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
Β 
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdfPENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
Β 
EVIDENCE BASED DALAM PELAYANAN KB DAN KONTRASEPSI.pdf
EVIDENCE BASED DALAM PELAYANAN KB DAN KONTRASEPSI.pdfEVIDENCE BASED DALAM PELAYANAN KB DAN KONTRASEPSI.pdf
EVIDENCE BASED DALAM PELAYANAN KB DAN KONTRASEPSI.pdf
Β 

Eea622 educational assessment

  • 1. EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT ISI KANDUNGAN BILANGAN MUKA SURAT I BAHAGIAN A 1 How does formative assessment support student performance? 1 - 3 2 Compare the assessment types used in formative assessment. 3 - 7 I1 BAHAGIAN B 8 - 11 III BAHAGIAN C 12 – 29 BIBLIOGRAFI 30 LAMPIRAN : SALINAN SOALAN OBJEKTIF
  • 2. EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT PART A: Read the article β€œFormative Assessment Truly Informing Instruction” by the NCTE (see attached) and answer the following questions: 1 How does formative assessment support student performance? Istilah formatif yang menekankan perbezaan matlamat tentang maklumat yang ingin diterokai dan bagaimana maklumat itu digunakan, telah diilhamkan oleh Michael Scriven pada tahun 1967. Fungsi utama dalam penilaian formatif ialah maklum balas dengan memberi tumpuan pada kandungan terperinci yang dipelajari. Bukan sekadar markah ujian, malahan menunjukkan sejauh mana pelajar mencapai piawaian yang ditetapkan. Penilaian formatif merupakan prosedur julat penilaian rasmi dan tidak rasmi yang digunakan oleh para guru semasa proses pembelajaran bagi menyesuaikan aktiviti mengajar dan pembelajaran bagi meningkatkan pencapaian murid. Cowie dan Bell mentakrif penilaian formatif sebagai "proses yang digunakan oleh guru dan pelajar untuk mengiktiraf dan memberi maklum balas kepada pembelajaran pelajar dalam usaha untuk meningkatkan pembelajaran itu, ketika pembelajaran". Matlamat penilaian formatif ialah memberikan panduan kepada guru untuk mengenal pasti dan memilih strategi berikutnya dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Sejauh manakah penilaian formatif dapat membantu pelajar? 1.1 Penilaian formatif dapat memberikan maklumat pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran. Ujian yang dikendalikan dapat membantu pelajar untuk menilai kelemahan mereka dan berusaha menguasai pelajaran untuk mencapai keputusan yang lebih baik pada ujian yang seterusnya. 1.2 Penilaian formatif dapat memperbaiki kualiti dan meramal pencapaian pelajar. Pelajar boleh membuat perbandingan markah ujian yang telah dicapai dan memikirkan cara untuk meningkatkan lagi prestasi akademik mereka dalam peperiksaan akan datang.
  • 3. EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT 1.3 Penilaian formatif dapat mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan pelajar.dalam pelajaran di kalangan pelajar. Seseorang pelajar akan lebih bersemangat untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi pencapaian mereka dari semasa ke semasa, apabila menilai markah ujian yang dicapai bersama rakan pelajar yang lain. Di samping itu, kegunaan penilaian formatif juga bertujuan mengubah suai pengajaran seseorang guru. Hal ini disebabkan pencapaian yang rendah dalam kalangan murid barangkali disebabkan oleh kelemahan pengajaran guru itu sendiri. Pendekatan yang diambil oleh guru berkenaan tidak semestinya sama dalam semua sesi pembelajaran yang dikendalikan. Begitu juga murid yang dihadapinya terdiri daripada pelbagai peringkat kebolehan. Ada yang sederhana, lemah dan cemerlang. Keadaan ini memerlukan pengubahsuaian dalam penyampaian guru agar pembelajaran lebih berkesan. Berasaskan penilaian yang dijalankan guru dapat mengenal pasti aspek atau topik yang menunjukkan kecenderungan murid masih lemah dan topik yang telah dikuasai oleh murid. Selain mengatasi kelemahan dalam pengajaran, guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian. Misalnya, guru menggunakan pendekatan syarahan dalam menyampaikan pengajaran. Pada akhir topik berkenaan, satu ujian formatif dilakukan dan mendapati kebanyakan murid kurang memahami topik yang diperkatakan. Dengan itu, guru dapat memahami bahawa pendekatan berkenaan tidak sesuai dan beliau boleh mengubah dengan menggunakan pendekatan lain seperti perbincangan dan sebagainya. Penilaian formatif juga bertujuan untuk memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid. Maklumat yang diperoleh daripada siri ujian yang dijalankan dapat digunakan oleh murid untuk mengatasi kelemahan mereka. Mereka boleh berbincang dan mendapatkan bimbingan serta khidmat nasihat daripada guru mereka. Dengan cara itu, murid berkenaan dapat mengatasi masalah mereka dan seterusnya meningkatkan penguasaan dari segi pembelajaran. Mereka juga akan menjadi sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada topik-topik pembelajaran. Kesimpulannya, penilaian atau ujian formatif merupakan suatu strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bermanfaat dalam membantu pelajar dan guru. Maklum balas yang diperoleh dapat digunakan oleh guru dan murid serta-merta dalam memperbaiki kelemahan yang wujud. Maklum balas yang diperoleh memberikan motivasi kepada guru untuk terus berusaha
  • 4. EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT dengan gigih bagi memastikan kecemerlangan pelajar. Sementara pada pihak murid pula, ia memberikan harapan tinggi untuk mereka mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Kelebihan Penilaian formatif untuk Pelajar i. Pelajar lebih berminat untuk belajar. ii. Pelajar lebih bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka sendiri. iii. Pelajar boleh menjadi pengguna penilaian bersama para guru. iv. Pelajar mempelajari kemahiran sepanjang hayat yang berharga seperti tetapan penilaian kendiri, penilaian kendiri, dan pentafsiran kendiri. 2 Compare the assessment types used in formative assessment. Dalam penilaian formatif, penilaian dilakukan secara berterusan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Ia bertujuan untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan pelajar setelah mereka mencapai hasil pembelajaran tentang satu bahagian pengajaran yang terhad, Contohnya satu unit pelajaran atau satu bab dalam buku teks. Penilaian cara ini merupakan bentuk tidak formal seperti bersoal jawab secara lisan, kuiz, memeriksa hasil kerja murid dalam kelas, memeriksa hasil kerja rumah dan sebagainya. Keputusan yang diperoleh digunakan untuk memperbaiki pelajaran dan bukan untuk memberikan gred atau kedudukan dalam kelas. Penilaian formatif biasanya digunakan untuk mengesan bidang kelemahan penguasaan kemahiran murid secara individu supaya kesalahannya dapat dibetulkan dengan serta merta. Oleh itu, penerapan kerap dijalankan selepas sesuatu kemahiran diajar, biasanya sewaktu pengajaran dengan menggunakan kaedah secara individu (Mak Soon Sang, 1994).
  • 5. EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT Terdapat empat jenis penilaian formatif yang dinyatakan dalam artikel β€œFormative Assessment Truly Informs Instruction” by the NCTE, iaitu i. Pemerhatian (Observation) ii. Penilaian (Conversation) iii. Penilaian kendiri pelajar (Student Self-Evaluations) iv. Pembelajaran lampau (Artifacts of Learning) Persamaan Jenis-jenis Penilaian Dalam Penilaian Formatif Persamaan keempat-empat penilaian formatif ini ialah 1. Konsep ujian yang dibina untuk keempat-empat penilaian tersebut boleh dibentuk dan ditadbir secara formal atau tidak formal bagi mengesan kemajuan atau penguasaan pelajar terhadap sesuatu topik pembelajaran. 2. Penilaian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan dan kemajuan pelajar dan seterusnya mengambil langkah susulan bagi memperbaiki kelemahan yang wujud. Contohnya melalui penilaian pelajar dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu lemah, sederhana dan cemerlang. Ini membantu guru untuk menyediakan bahan atau aktiviti PdP yang bersesuaian dengan tahap dan keupayaan serta prestasi pelajar. 3. Semua penilaian formatif boleh dilaksankan sepanjang pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. 4. Penilaian secara pemerhatian, temubual, penilaian kendiri pelajar dan pembelajaran lampau boleh dilaksanakan secara formal atau tidak formal. Penilaian ini boleh dilaksanakan secara individu pelajar atau secara kumpulan. Contohnya guru boleh membuat pemerhatian pelajar secara berkumpulan sama ada boleh mengendalikan alat radas semasa membuat eksperimen.
  • 6. EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT 5. Tujuan utama penilaian adalah untuk memperbaiki kelemahan pelajar serta merta dengan mengulangi semula topik pembelajaran. Pelajar lemah diberi aktiviti pemulihan manakala pelajar yang telah menguasai diberikan aktitivi pengukuhan atau pengayaan. Perbandingan jenis penilaian formatif secara pemerhatian, temubual, penilaian kendiri pelajar dan pembelajaran lampau ialah Pemerhatian 1 Satu senarai semak disediakan oleh guru sebelum penilaian secara pemerhatian dimulakan. 2 Maklumat penilaian pemerhatian yang diperolehi mungkin tidak tidak tepat kerana terdapat kemungkinan pelajar mempamerkan perubahan tingkah laku yang baik apabila mengetahui mereka sedang dinilai. 3 Adalah mustahil bagi seorang guru membuat penilaian yang melibatkan pelajar yang ramai kerana terdapat pelajar yang tidak dapat dinilai sepenuhnya. 4 Bilangan pelajar yang ramai memakan masa yang lama kerana penilaian secara pemerhatian memerlukan masa yang panjang sekiranya pelajar dinilai dalam masa yang sama. Temubual 1 Bahan maklumat yang diambil semasa penilaian secara temubual lebih fleksibel berbanding dengan penilaian secara pemerhatian. 2 Soalan-soalan secara terbuka dapat dikemukakan oleh guru kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat lebih mendalam dan menyeluruh.
  • 7. EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT 3 Penilaian secara temubual merupakan teknik yang boleh dijalankan tanpa mengira umur dan lokasi pelajar. 4 Penilaian secara temubual mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar kerana semasa sesi ini guru memainkan peranan sebsgai pendengar yang baik apabila pelajar mengemukakan masalah mereka. Guru dapat membimbing pelajar menguasai topik pembelajaran untuk meningkatkan pencapaian mereka. 5 Soal selidik atau temubual secara individu mahupun kumpulan untuk berkongsi dan mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai sesuatu isu pembelajaran atau pengajaran boleh dilaksanakan oleh guru. Penilaian kendiri pelajar Penilai terbaik dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran ialah pelajar. Namun adakalanya berlaku situasi di mana pelajar sendiri tidak mengetahui keupayaan mereka tanpa penilaian kendiri membuat refleksi, pertimbangan dan penilaian. Penilaian kendiri membolehkan pelajar menilai, dan seterusnya mengenal diri sendiri. 1 Penilaian kendiri membolehkan pelajar secara individu, mengukur dan membuat refleksi terhadap kekuatan dan kelemahan kendiri dalam penguasaan sesuatu kemahiran atau disiplin ilmu. 2 Penilaian kendiri memberi panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus memulakan perancangan bagi pembelajaran seterusnya. 3 Penilaian kendiri mendorong keyakinan pelajar tentang peranannya dalam menilai perkembangan diri dan pencapaiannya. 4 Penilaian kendiri dapat mengurangkan sikap kebergantungan pelajar pada guru dalam kelebihan dan kekurangannya dalam sesuatu bidang atau kemahiran.
  • 8. EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT 5 Penilaian kendiri membimbing pelajar supaya sentiasa bersikap kritis terhadap kerjanya. 6 Penilaian kendiri amat berkesan dalam penilaian rujukan kriteria melibatkan perkembangan individu, khususnya pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan berasaskan tahap keupayaan individu. 7 Penilaian kendiri juga boleh dijalankan dengan menggunakan senarai semak berfokus dan alat rubrik. Dalam tugasan berportfolio, jurnal, refleksi, soal selidik, perbincangan berstruktur contohnya, alat-alat ini biasanya digunakan. Pembelajaran lampau 1 Pembelajaran masa lalu pelajar membolehkan guru mengkaji data mengenai pelajar secara individu atau kumpulan pelajar untuk tujuan merancang pengalaman pembelajaran seterusnya. Contohnya seorang guru mungkin akan mengalami kesukaran mengajar topik mencari luas segiempat jika pelajar belum diajar topik bentuk poligon. Ini kerana pelajar belum ada pengetahuan mengenai bentuk-bentuk poligon. 2 Melalui penilaian secara pembelajaran lalu, maklumat bukan sahaja boleh diperolehi daripada pelajar itu sendiri malahan daripada orang dewasa lain seperti ibu bapa. 3 Penilaian secara pembelajaran lalu berfokuskan kepada sinopsis perkembangan pembelajaran pelajar beberapa tahun sebelum ini untuk melihat pola perkembangan pencapaian pelajar. Penilaian begini mampu membantu guru mengenalpasti penyelesaian atau tindakan susulan yang perlu dilaksanakan. 4 Maklumat perkembangan pembelajaran sukar dikenal pasti sekiranya pelajar berkenaan bersekolah di sekolah lain sebelum ini.Guru hanya boleh membuat kesimpulan secara menyeluruh tentang perkembangan pelajar secara individu, berdasarkan markah penilaian sebelum ini.
  • 9. EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT Part B The Malaysian Educational System is too Examination Oriented Kenyataan bahawa sistem pendidikan di negara kita Malaysia lebih berorientasikan peperiksaan memang jelas dan ketara. Keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan merupakan tiket kepada para pelajar untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan jaminan untuk mendapatkan pekerjaan yang baik pada masa akan datang. Persepsi sebegini telah lama terpahat di minda kita sebagai rakyat Malaysia. Kecemerlangan akademik menjadi syarat utama, tetapi adakah ia memadai jika tidak disokong dengan kemahiran selain akademik untuk menghadapi cabaran dunia global masa kini? Sistem pendidikan di Malaysia yang terlalu mementingkan peperiksaan tidak lagi relevan pada masa kini kerana tidak begitu menguji kemampuan sebenar pelajar, malahan lebih banyak membebankan pelajar dan guru dengan dasar-dasar pendidikan baru, yang bukan diambil dari kalangan pendidik. Campurtangan politik dalam mengubah dasar-dasar pendidikan tanpa mengambil kira sepenuhnya idea, cadangan dan pengalaman warga pendidik telah menjadi isu utama yang hangat diperkatakan oleh rakyat melalui media elektronik dan media cetak. Masyarakat pula khasnya ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah masih beranggapan bahawa hanya mereka yang memperoleh pangkat A dalam setiap pelajaran sahaja pelajar yang cemerlang, sementara pelajar yang gagal dalam peperiksaan dianggap gagal dalam segala-galanya. Hal ini telah menyebabkan para pelajar tertekan untuk memperoleh keputusan yang baik sehingga hilang keseronokan belajar. Kini segala-galanya terpulang kepada warga pendidik, pemimpin negara dan para pemikir di peringkat tertinggi untuk mengenal pasti sistem pendidikan baru yang sesuai diamalkan. Sistem pendidikan di Malaysia yang lebih berorientasikan peperiksaan perlu dikaji semula dengan mengambil kira idea dan pengalaman warga pendidik, bukannya idea luar negara yang dibawa oleh pemimpin politik untuk diamalkan secara drastik tanpa dikaji terlebih dahulu.
  • 10. EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT Masyarakat Malaysia perlu mengikis sikap taksub dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang, sebaliknya perlu akur bahawa pelajar juga perlukan keseimbangan dari segi jasmani, emosi dan rohani dalam mengharungi sistem pendidikan negara yang sering kali diubah dasar-dasar yang sedia ada. Status pendidikan cemerlang tidak lagi mampu menjamin masa depan generasi baru tanpa kemahiran lain seperti bidang automotif, elektronik dan lain-lain lagi. Implikasi daripada sistem pendidikan yang menjurus kepada kecemerlangan dalam peperiksaan sebenarnya banyak memberi tekanan kepada warga pelajar di negara kita. Para pelajar lebih banyak ditekankan tentang aspek pengetahuan ilmiah, dengan mengabaikan aspek kemahiran kendiri dan bakat pelajar. Tidak seperti negara-negara luar yang lain. Contohnya melalui pembacaan lepas, saya dapat membuat kesimpulan bahawa untuk mengatasi masalah pengangguran disebabkan ekonomi negara tidak begitu memberansangkan, maka negara Filipina telah mengamalkan sistem pendidikan yang jauh berbeza berbanding negara kita. Pada sebelah pagi pelajar di Filipina belajar tentang pengetahuan ilmiah. Sebaliknya pada sebelah petang mereka didedahkan dengan pendidikan kemahiran seperti pertukangan rumah, kimpalan dan automotif. Pelajarnya diberi kebebasan memilih bidang yang mereka ingin ceburi mengikut kebolehan dan minat masing-masing. Sebab itu tidak hairanlah, sejak dahulu lagi kebanyakan rakyat Filipina berhijrah ke negara lain untuk mencari pekerjaan dengan kemahiran yang telah mereka pelajari sejak di bangku sekolah lagi. Masalah sistem pendidikan di Malaysia yang terlalu berorientasikan peperiksaan sebenarnya banyak memberi tekanan kepada pelajarkdari sudut persepsi masyarakat, hasilnya adalah penunjuk tunggal menentukan prestasi anda di sekolah. Bagi kebanyakan pelajar yang tidak begitu cemerlang di Malaysia, pendidikan bermakna menjaringkan kertas ujian, memperoleh lebih banyak pengetahuan untuk peperiksaan, yang bertujuan untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Terdapat salah faham bahawa markah yang lebih tinggi menunjukkan orang itu lebih bijak. Pelajar seolah-olah dibentuk melalui β€˜mesin kurikulum’. Kaedah pembelajaran ini menjadikan pelajar sebagai produk yang dibentuk dan pembelajaran akan berlaku secara terpaksa. Maka, ia tidak akan membantu pelajar dalam membentuk keyakinan diri. Kelemahan lain yang ingin saya nyatakan di sini ialah, penekanan pembelajaran yang lebih tertumpu kepada buku sebagai bahan rujukan kedua selepas guru. Pelajar akan menumpukan kepada konsep-konsep yang dipelajari dan terhad untuk mengatasi masalah tertentu sahaja. Kaedah ini menjadikan pembelajaran tidak disepadukan dengan
  • 11. EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT dunia luar dan tidak mempedulikan isu-isu semasa. Dengan ini, pelajar akan menggunakan kaedah latih tubi dan hafalan, contohnya dalam menguasai kaedah matematik dan kemahiran proses sains untuk cemerlang dalam peperiksaan. Sejak kebelangan ini Kementerian Pendidikan sebenarnya telahpun berusaha untuk mencari pendekatan baru bagi mengurangkan sistem ujian dan peperiksaan yang kini dianggap tidak praktikal. Pemantauan yang dilakukan juga mendapati sistem berorientasikan peperiksaan tidak lagi sesuai kerana tidak menguji kemampuan sebenar pelajar, sekaligus membebankan pelajar dan guru. Kurikulum Standard Sekolah rendah (KSSR) yang telah diperkenalkan secara berperingkat kini sedang dikaji keberkesanannya, kemudian akan ditentukan sama ada akan diteruskan atau sebaliknya. Proses penambahbaikan terhadap mana-mana kecacatan akibat daripada pelaksanaan sistem pendidikan yang berubah dilaksanakan dari semasa ke semasa. Sistem pendidikan juga memerlukan perubahan kurikulum, buku teks dan lain-lain. Apa yang paling ketara pada masa kini, kebanyakan guru bimbang untuk menggunakan kaedah lain kerana takut terkeluar daripada ketetapan Kementerian Pendidikan. Akibatnya, motivasi pelajar merosot kerana dipaksa belajar mengikut jadual waktu, bukannya mengikut minat mereka. Hakikatnya, kita menyedari kesan nyata daripada kepincangan sistem pendidikan negara memang jelas pada masa kini, di mana wujudnya fenomena pengangguran di kalangan siswazah akibat tidak tahu memanfaatkan ilmu yang diperoleh, tidak mempunyai kemahiran sampingan dan masih menganggap diri mereka hanya layak diberi jawatan mengikut kelulusan. Masalah ini juga berlaku kerana wujudnya sistem pendidikan yang dikekangi dan dikongkong oleh birokrasi sehingga sukar berubah. Jelaslah sistem pendidikan yang ada sekarang, melahirkan pelajar yang hanya tahu menjawab soalan tetapi tidak boleh berfikiran lebih jauh (mengikut arus perubahan masa kini). Implikasinya, para pelajar berlumba-lumba ke kelas tuisyen dan mengabaikankan aktiviti keagamaan, kekeluargaan dan kemasyarakatan.
  • 12. EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT Apapun situasi yang berlaku dalam sistem pendidikan negara, kita sebagai rakyat Malaysia perlu akur dengan kehendak pemimpin kita di peringkat atasan. Telah beberapa kali berlaku di mana seseorang individu yang mengutarakan idea atau komen kepada pihak kerajaan (dengan niat baik atau sebaliknya) diambil tindakan seperti dipindahkan kerja ke kawasan pedalaman, diberhentikan kerja dan malah dikenakan tindakan undang-undang. Persoalan yang dibincangkan dalam artikel ini tidak bermaksud untuk menentang mana-mana pihak, hanya sekadar memberi pendapat yang mungkin boleh difikirkan bersama atau dimanfaatkan oleh pihak yang berkenaan. Kita sebagai rakyat Malaysia yang bernaung di bawah sistem pemerintahan ’demokrasi,’ adakalanya perlu menapis idea yang ingin diutarakan. Walaupun sebenarnya kritikan dan idea-idea yang membina itulah yang mampu mengubah sistem pendidikan di negara kita, selari dengan arus perkembangan dunia global masa kini.
  • 13. EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT PART C Construct 10 multiple-choice questions (MCQ) in any subject area of your choice The test could be for learners in a primary or secondary school, learners in a college or university or participants in a training programme. PENGENALAN Pembinaan soalan untuk menguji tahap pencapaian murid merupakan salah satu kemahiran yang perlu ada sebagai seorang guru. Bagi menjawab soalan bahagian C dalam tugasan ini, satu ujian telah ditadbir kepada murid tahun 6 bagi mata pelajaran Sains. Ujian sumatif ini mengandungi 10 soalan aneka pilihan dan mengambil masa lima belas minit sahaja. Ujian ini dibina mengikut aras kesukaran Taksonomi Bloom. Soalan yang dibina telah ditadbirkan kepada 16 orang murid Tahun 6 Saga SK Pekan Telupid, Sabah. Berdasarkan jawapan murid, laporan ini akan mengira min, median dan sisihan piawai. Laporan ini juga akan membincangkan nilai indeks kesukaran dan nilai indeks diskriminasi. Selain itu, pengganggu akan ditentukan sama ada berfungsi atau tidak serta menenentukan sama ada soalan yang dibina boleh disimpan dalam bank soalan, perlu diperbaiki atau dibuang.
  • 14. EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT TABURAN SKOR UJIAN Jadual 1 : Senarai Markah Ujian Sumatif Bulan Mac 2016 : Tahun 6 Saga NAMA S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 JM (10)D C C D D C B B D D ANDREA ELYANA EDWARD D B C D D C A B D D 8 AMIRUDDIN B. SUFIAN D C C D D D D A D B 6 BRANDON PIUS A A C D D B B D A D 5 CHARMINE VELALIN A C C D D B A C D D 6 CLAIRE LIDIS D A C D D A B D D D 7 ESMOND IAN WILSON D D C D D C A C D D 7 ELLYIASIANI JESYHINTA JAMES A A C B D B A A B D 3 GABBRIEANNE NICOLE NICHOLAS C A C D D A B A D D 6 IKA NUR DINI MOHD IKHLAS B B C D D C B B D B 7 MOHAMAD IKRAM B. KIMIN C C C B D B B B C D 6
  • 15. EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT MOHAMAD HAMID B. KAHAR D C B D A C A B D D 7 MOHD CASMIR AMAR MOHD ALI A C C D D C A C D D 7 NICOLE JOSEPHINE SYVERINUS D C B B D B C B B D 5 NOAMI MELINDA JEFFERY D C B D D B C B D D 7 SYAMEZA ABDUL KADIR B B C D D A B B D D 7 WINDDY PEARL GIBSON C D C D D B B A C D 5 ANALISIS UKURAN KECENDERUNGAN MEMUSAT Mengira min Nilai yang diperolehi daripada hasil bahagi jumlah semua nilai dengan bilangan keseluruhan kes. Ianya bukan suatu angka mutlak tetapi anggaran semata-mata. Rumus min boleh dinyatakan seperti berikut : Berdasarkan Jadual 2, rumus mengira min ialah dimana Ξ£ ialah jumlah markah semua pelajar ialan bilangan pelajar yang mengambil ujian Jadual 2 : Taburan markah setiap pelajar yang mengambil ujian sains BIL NAMA MURID Markah 1 ANDREA ELAYNA EDWARD 8 2 AMIRUDDIN SUFIAN 6 3 BRANDON PIUS 5 4 CLARE LIDIS 7 5 CHARMINE VELALIN 6 6 ELLYSIANI JESYHINTA JAMES 3 7 ESMOND IAN WILSON 7 8 GABBRIEANNE NICOL NICHOLAS 6
  • 16. EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT 9 IKA NUR DINI MOHD IKHLAS 7 10 MOHAMMAD HAMID KAHAR 7 11 MOHAMMAD IKRAM KIMIN 6 12 MOHAMMAD CASMIR AMAR BIN MOHAMMAD ALI 7 13 NICOLE JOSEPHINE SYVERINUS 5 14 NOAMI MELINDA JEFFERY 7 15 SYAMEZA ABDUL KADIR 7 16 WINDDY PEARL GIBSON 5 Jumlah skor 98 Min 6.125 Berdasarkan jadual 2, min markah bagi 16 orang pelajar ialah Min markah , Mengira median Median ialah nilai cerapan yang paling tengah dalam sesuatu set data yang telah disusun nilainya daripada nilai yang paling rendah hingga ke nilai yang paling tinggi. Median membahagikan sesuatu set data kepada dua bahagian secara sama rata. Bagi set data yang mempunyai bilanga cerapan yang ganjil, median ialah nilai yang ke (n + 1) Γ· 2. Bagi set data yang mempunyai bilangan cerapan yang genap, median ditentukan dengan menjumlahkan dua nilai tengah dan dibahagikan dengan dua. Jadual 3 : Taburan markah dan kekerapan longgokan setiap murid BIL NAMA MURID MARKAH KEKERAPAN
  • 17. EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT LONGGOKAN 1 ELLYSIANI JESYHINTA JAMES 2 2 2 BRANDON PIUS 5 7 3 NICOLE JOSEPHINE SYVERINUS 5 12 4 WINDDY PEARL GIBSON 5 17 5 AMIRUDDIN SUFIAN 6 23 6 CHARMINE VELALIN 6 29 7 GABBRIEANNE NICOL NICHOLAS 6 35 8 MOHAMMAD IKRAM KIMIN 6 41 9 CLARE LIDIS 7 48 10 ESMOND IAN WILSON 7 55 11 IKA NUR DINI MOHD IKHLAS 7 62 12 MOHAMMAD HAMID KAHAR 7 69 13 MOHD CASMIR AMAR B MOHD ALI 7 76 14 NOAMI MELINDA JEFFERY 7 83 15 SYAMEZA ABDUL KADIR 7 90 16 ANDREA ELAYNA EDWARD 8 98 Berdasarkan jadual 3 , nilai bilangan cerapan adalah genap iaitu 98. Rumus median = cerapan ke (98 + 1) Γ· 2 = 49.5 Maka median terletak di data ke 49 dan data ke 50. Pada jadual di atas, data ke 49 ialah 7 dan data ke 50 ialah 7 Maka median bagi item tersebut ialah (7 + 7) Γ· 2 = 7 Mengira sisihan piawai Selain daripada mengetahui tentang ukuran kecenderungan memusat, kita perlu juga mengetahui sejauh mana skor-skor itu tersebar iaitu dipanggil sisihan piawai. Rumus mengira sisihan piawai bagi data tak terkumpul ialah Di mana ialah markah, ialah min markah dan ialah bilangan keseluruhan pelajar
  • 18. EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT Jadual 4 : Taburan untuk mengira sisihan piawai min markah = 6. 125 BIL NAMA MURID Markah, x (x - min) (x - min)2 1 ELLYSIANI JESYHINTA JAMES 2 -4.125 17.02 2 BRANDON PIUS 5 -1.125 1.27 3 NICOLE JOSEPHINE SYVERINUS 5 -1.125 1.27 4 WINDDY PEARL GIBSON 5 -1.125 1.27 5 AMIRUDDIN SUFIAN 6 -0.125 0.02 6 CHARMINE VELALIN 6 -0.125 0.02 7 GABBRIEANNE NICOL NICHOLAS 6 -0.125 0.02 8 MOHAMMAD IKRAM KIMIN 6 -0.125 0.02 9 CLARE LIDIS 7 0.875 0.77 10 ESMOND IAN WILSON 7 0.875 0.77 11 IKA NUR DINI MOHD IKHLAS 7 0.875 0.77 12 MOHAMMAD HAMID KAHAR 7 0.875 0.77 13 MOHAMMAD CASMIR AMAR BIN MOHAMMAD ALI 7 0.875 0.77 14 NOAMI MELINDA JEFFERY 7 0.875 0.77 15 SYAMEZA ABDUL KADIR 7 0.875 0.77 16 ANDREA ELAYNA EDWARD 8 1.875 3.52 Berdasarkan data pada jadual 4, sisihan piawai adalah seperti berikut
  • 19. EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT ANALISIS ITEM Indeks kesukaran Indeks kesukaran ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa item ataupun soalan sama ada soalan tersebut terlalu sukar, pada tahap sederhana dan terlalu mudah bagi murid. Berikut merupakan cara yang digunakan bagi mengira indeks kesukaran. Indeks kesukaran = Hasil analisis dari pengiraan indeks kesukaran, jadual di bawah merupakan tafsiran indeks kesukaran sesuatu item. Indeks Kesukaran (IK) Pentafsiran item Keputusan IK < 0.3 Terlalu Sukar Ubahsuai item 0.3 IK 0.8 Sederhana Item sesuai dan boleh diterima IK > 0.8 Terlalu Mudah Ubahsuai item Jadual 5 : Taburan indeks kesukaran setiap item BIL NAMA MURID MARKAH ANALISIS SOALAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 D C C D D C B B D D 1 ANDREA ELAYNA EDWARD 8 √ X √ √ √ √ X √ √ √ 2 AMIRUDDIN SUFIAN 6 √ √ √ √ √ X X X √ X 3 BRANDON PIUS 5 X X √ √ √ X √ X X √ 4 CLARE LIDIS 7 √ X √ √ √ X √ X √ √ 5 CHARMINE VELALIN 6 X X √ X √ X X X X √ 6 ELLYSIANI JESYHINTA JAMES 3 √ X √ √ √ √ X X √ √
  • 20. EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT 7 ESMOND IAN WILSON 7 X X √ √ √ X √ X √ √ 8 GABBRIEANNE NICOL NICHOLAS 6 X X √ √ √ X √ X √ √ 9 IKA NUR DINI MOHD IKHLAS 7 X X √ √ √ √ √ √ √ X 10 MOHAMMAD HAMID KAHAR 7 √ √ X √ X √ X √ √ √ 11 MOHAMMAD IKRAM KIMIN 6 X √ √ X √ X √ √ X √ 12 MOHAMMAD CASMIR AMAR BIN MOHAMMAD ALI 7 X √ √ √ √ √ X X √ √ 13 NICOLE JOSEPHINE SYVERINUS 5 √ √ X X √ X X √ X √ 14 NOAMI MELINDA JEFFERY 7 √ √ X √ √ X X √ √ √ 15 SYAMEZA ABDUL KADIR 7 X X √ √ √ X √ √ √ √ 16 WINDDY PEARL GIBSON 5 X X √ √ √ X √ X X √ BILANGAN MURID JAWAB BETUL 7 6 13 10 15 5 8 7 11 14 INDEKS KESUKARAN 0.4 4 0.38 0.8 1 0.6 3 0.9 4 0.3 1 0.5 0 0.4 4 0.6 9 0.8 8 Analisis tafsiran indeks kesukaran setiap item Item Indeks kesukaran Pentafsiran Keputusan 1 0.44 Sederhana Item sesuai dan boleh diterima 2 0.38 Sederhana Item sesuai dan boleh diterima 3 0.81 Terlalu Mudah Ubahsuai item 4 0.63 Sederhana Item sesuai dan boleh diterima 5 0.94 Terlalu Mudah Ubahsuai item 6 0.31 Sederhana Item sesuai dan boleh diterima 7 0.50 Sederhana Item sesuai dan boleh diterima 8 0.44 Sederhana Item sesuai dan boleh diterima 9 0.69 Sederhana Item sesuai dan boleh diterima 10 0.88 Terlalu Mudah Ubahsuai item Indeks Diskriminasi
  • 21. EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT Pengiraan Indeks Diskriminasi dilakukan untuk membezakan calon-calon dari kumpulan pada aras tinggi dan kumpulan pada aras rendah. Rumus yang digunakan untuk mengira indeks diskriminasi ini adalah seperti berikut: Daripada hasil pengiraan yang telah dilakukan untuk mendapatkan nilai indeks diskriminasi ini, kesesuaian item untuk digunakan dan dapat dikategorikan kepada item yang amat sesuai, harus diubahsuai atau dibuang terus. Indeks Diskriminasi, ID Pentaksiran item Keputusan ID > 0.4 Diskriminasi positif yang tinggi. Item amat sesuai diterima. 0.2 ID 0.4 Diskriminasi positif yang sederhana. Item perlu diubahsuai dan perlu dicuba sekali lagi. 0 ID 0.2 Diskriminasi positif yang rendah. Item perlu diubahsuai dan perlu dicuba sekali lagi. ID < 0 Diskriminasi negatif, prestasi kumpulan murid prestasi rendah lebih baik daripada kumpulan murid prestasi tinggi. Item perlu dibuang.
  • 22. EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT Analisis tafsiran indeks kesukaran setiap item Item Indeks diskriminasi Pentafsiran Keputusan 1 0.80 Diskriminasi positif yang tinggi Item amat sesuai diterima 2 0.20 Diskriminasi positif yang rendah Item perlu diubahsuai dan perlu diuji sekali lagi 3 0.00 Diskriminasi positif yang sederhana Item perlu diubahsuai dan perlu diuji sekali lagi 4 0.00 Diskriminasi positif yang Item perlu diubahsuai dan
  • 23. EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT sederhana perlu diuji sekali lagi 5 - 0.20 Diskriminasi negative, murid prestasi rendah lebih baik daripada murid prestasi tinggi Item perlu dibuang 6 0.40 Diskriminasi positif yang sederhana Item perlu diubahsuai dan perlu diuji sekali lagi 7 - 0.40 Diskriminasi negative, murid prestasi rendah lebih baik daripada murid prestasi tinggi Item perlu dibuang 8 0.00 Diskriminasi positif yang sederhana Item perlu diubahsuai dan perlu diuji sekali lagi 9 0.80 Diskriminasi positif yang tinggi Item amat sesuai diterima 10 0.00 Diskriminasi positif yang sederhana Item perlu diubahsuai dan perlu diuji sekali lagi ANALISIS HASIL PENGIRAAN 1. Analisis Indeks kesukaran dan indeks diskriminasi Indeks kesukaran Berdasarkan kepada item-item yang telah dianalisis melalui indeks kesukaran, item-item tersebut boleh ditafsir seperti berikut: i) Terlalu sukar Tidak ada item yang terlalu sukar. ii) Sederhana Soalan nombor 1, 2, 4, 6, 7, 8, 9 iii) Terlalu mudah Soalan nombor 3, 5, 10 Oleh itu, berdasarkan indeks kesukaran yang dikira, terdapat 3 soalan yang perlu diubahsuai dan diuji semula kepada murid. Hal ini demikian kerana dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma, penggubal soalan perlu ingat bahawa soalan yang terlalu mudah atau yang terlalu suakan tidak akan dapat memberi maklumat psikometrik yang berkesan.
  • 24. EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT Hal ini disebabkan soalan yang terlalu mudah akan hampir-hampir dapat dijawab oleh kesemua murid, manakala soalan yang sukar pula tidak akan dijawab oleh semua pelajar. Justeru, soalan-soalan ini tidak dapat membezakan murid prestasi rendan dengan murid prestasi tinggi. Selain daripada itu, indeks kesukaran ini dapat mengenalpasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati ramai murid tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan baik maka guru boleh mengambil langkah yang seterusnya dalam memastikan tumpuan diberikan kepada soalan jenis yang sedemikian. Indeks Diskriminasi Melalui pengiraan daripada indeks diskriminasi pula, apa yang boleh diperhatikan melalui pentafsiran item adalah seperti berikut: i) Diskriminasi positif yang tinggi Soalan nombor : 1, 9 ii) Diskriminasi positif yang sederhana Soalan nombor 3, 4, 3 6, 8, 10 Iii) Diskriminasi positif yang rendah Soalan nombor : 2 iv) Diskriminasi negatif, prestasi kumpulan rendah lebih baik daripada kumpulan tinggi Soalan nombor : 5, 7 Oleh itu berdasarkan hasil pengiraan indeks diskriminasi, keputusan yang diperolehi hanya 2 soalan sahaja sesuai diterima, 5 soalan perlu diubahsuai dan diuji sekali lagi, 1 soalan perlu ditulis semula dan 2 soalan yang terdapat dalam kertas ujian perlu dibuang. Melalui pengiraan tedapat 2 soalan sahaja yang indeks diskriminasinya menghampiri nilai 1.00. Ini bermaksud soalan tersebuat adalah baik unti Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan pelajar yang prestasi tinggi dengan pelajar prestasi lemah. Manakala 6 soalan mempunyai indeks diskriminasi positif menghampiri atau sama dengan 0.00 di mana soalan-soalan ini tidak sesuai untuk PRN kerana ia tidak dapat membezakan murid presasi tinggi dengan murid prestasi rendah.
  • 25. EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT Seterusnya 2 soalan yang mempunyai indeks diskriminasi negatif yang menghampiri atau sama dengan – 0.40. Soalan ini dikatakan tidak baik untuk PRN kerana ia secara songsang membezakan murid prestasi tinggi daripada murid prestasi rendah, iaitu lebih ramai murid prestasi rendah dapat menjawab sialan-soalan ini dengan betul berbanding dengan murid prestasi rendah. Melalui indeks diskriminasi, kita dapat mengenalpasti konsep yang perlu diajar semua, mengenalpasti serta menlaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum yang tertentu, memberi maklumbalas kepada pelajar pandai tentang kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji, mengenalpasti soalan yang biasa kepada sesuatu kandungan dan mengenalpasti murid prestasi tinggi untuk melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang yang diminati. ANALISIS RESPONS PENGGANGGU Pengganggu perlu dianggap sebagai bahagian yang penting bagi setiap item aneka pilihan. Kualiti pengganggu akan mempengaruhi pencapaian calon dalam ujian (Shamsina, 2013). No soalan Kumpulan Pilihan Catatan A B C D 1 Tinggi 0 0 0 5 Jawapan : D Rendah 2 1 1 1 Pengganggu bagi item 1 ialan A, B dan C. Respons A, B dan C patut dikekalkan kerana bilangan murid prestasi rendah memilih respons respon A, B dan C berbanding dengan bilagan murid prestasi tinggi. No soalan Kumpulan Pilihan Catatan A B C D 2 Tinggi 1 1 2 1 Jawapan : C Rendah 2 1 1 1 Pengganggu item 2 ialah A, B dan D. Respons A perlu dikekalkan kerana 2 orang murid prestasi rendah memilih respons A berbanding dengan hanya 1 orang murid prestasi tinggi. Respons B dan C perlu diubahsuai kerana bilangan murid memilih respons ini adalah sama iaitu seorang.
  • 26. EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT No soalan Kumpulan Pilihan Catatan A B C D 3 Tinggi 0 1 4 0 Jawapan : C Rendah 0 1 4 0 Pengganggu item 3 ialah A, B dan D. Respons A dan D perlu dibuang kerana tidak ada sama ada murid prestasi rendah atau tinggi memilih respons ini. Respons item B perlu diubahsuai kerana bilangan murid prestasi rendah dan prestasi tinggi yang memilih respons B adalah sama No soalan Kumpulan Pilihan Catatan A B C D 4 Tinggi 0 0 0 5 Jawapan : D Rendah 0 2 0 3 Pengganggu item 4 ialah A, B dan C. Respons A dan C perlu dibuang kerana tidak ada sama ada murid prestasi rendah atau tinggi memilih respons ini. Respons item B perlu dikekalkan kerana ramai murid prestasi rendah yang memilih respons B. No soalan Kumpulan Pilihan Catatan A B C D 5 Tinggi 1 0 0 4 Jawapan : D Rendah 0 0 0 5 Pengganggu item 5 ialah A, B dan C. Respons B dan C perlu dibuang kerana tidak ada sama ada murid prestasi rendah atau tinggi memilih respons ini. Respons item A perlu diubahsuai kerana bilangan murid prestasi rendah yang memilih respons A kurang berbanding dengan murid prestasi tinggi No soalan Kumpulan Pilihan Catatan A B C D 6 Tinggi 1 0 3 1 Jawapan : C Rendah 0 4 1 0 Pengganggu item 6 ialah A, B dan D. Respons B perlu dikekalkan kerana bilangan murid
  • 27. EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT prestasi rendah memilih respons B lebih ramai berbanding murid prestasi tinggi. Respons item A dan D perlu diubahsuai kerana bilangan murid prestasi rendah yang memilih respons A dan D kurang berbanding dengan murid prestasi tinggi No soalan Kumpulan Pilihan Catatan A B C D 7 Tinggi 3 1 0 1 Jawapan : B Rendah 1 3 1 0 Pengganggu item 7 ialah A, C dan D. Respons item A dan D perlu diubahsuai kerana bilangan murid prestasi rendah yang memilih respons A dan D kurang berbanding dengan murid prestasi tinggi. Respons C patut dikekalkan kerana murid prestasi rendah yang memilih respons C lebih ramai berbanding dengan murid prestasi tinggi. No soalan Kumpulan Pilihan Catatan A B C D 8 Tinggi 1 2 1 1 Jawapan : B Rendah 2 2 0 1 Pengganggu item 8 ialah A, C dan D. Respons A perlu dikekalkan kerana bilagan murid prestasi rendah yang memilih respons A lebih tinggi berbanding murid prestasi tinggi. Respons item C dan D perlu diubahsuai kerana bilangan murid prestasi rendah yang memilih respons C dan D kurang atau sama berbanding dengan murid prestasi tinggi No soalan Kumpulan Pilihan Catatan A B C D 9 Tinggi 0 0 0 5 Jawapan : D Rendah 1 2 1 1 Pengganggu item 9 ialah A, B dan C. Respons A, B dan C perlu dikekalkan kerana bilagan murid prestasi rendah yang memilih respons A lebih tinggi berbanding murid prestasi tinggi. No soalan Kumpulan Pilihan Catatan A B C D
  • 28. EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT 10 Tinggi 0 1 0 4 Jawapan : D Rendah 0 1 0 4 Pengganggu item 10 ialah A, B dan C. Respons A dan C perlu dibuang kerana tidak ada murid prestasi rendah yang memilih respons dan murid prestasi tinggi yang memilih respons A dan C. Respons B perlu diubahsuai kerana bilangan murid prestasi rendah dan murid prestasi tinggi yang memilih respons B adalah sama. PENUTUP Kemahiran analisi item yang dibina adalah sangat berguna untuk guru menentukan sama ada item yang dibina boleh diguna, diperbaiki atau dibuang. Penentuan item perlu dibuat berdasarkan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi. Kebolehpercayaan item perlu dikira supaya dapat menentukan set ujian tersebut boleh digunakan atau tidak. Secara keseluruhanya, item-item yang dibina adalah tidak memuaskan kerana terdapat terlalu banyak item yang mempunyai indeks kesukaran yang sangat mudah serta indeks diskriminasi yang rendah. Selain itu, pengganggu tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya. Banyak item perlu dibuang dan diperbaiki
  • 29. EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT Bibliografi From an Online Journal 1 fmipa.ipb.ac.id/~sains1/?wpdmact=process&did... From a Webpage 1 http://syadidhabib.blogspot.my/2010/05/ujian-formatif.html From a Book 1 Dr Abu Bakar Nordin (1987): Siri Maktab Perguruan. Asas Penilaian Pendidikan
  • 30. EEA622 EDUCATIONAL ASSESSMENT 2 Mok Soon Sang (2003), Pendidikan Di Malaysia, Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn Bhd LAMPIRAN : 10 SOALAN OBJEKTIF