SlideShare a Scribd company logo
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Modul
Literasi
Dan
Numerasi
Sekolah
Rendah
MATEMATIK
MODUL LINUS
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 2-6, Blok E 13
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi
kandungan modul ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada
eletronik, fotostat, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Bahagian Pendidikan Guru,Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 2-6, Blok
E 13, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Persekutuan, 62604
PUTRAJAYA
Hakcipta Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Cetakan Pertama 2009
MATEMATIK 2009 2
MODUL LINUS
PRAKATA
MATEMATIK 2009 3
MODUL LINUS
PENYELARAS
En. Romai Noor bin Rabbu
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
PANEL MODUL
Hartini binti Khamis
SK Abi, Jalan Abi Batas Paip
Perlis
Norazah Bte Ahmad
SK Duyong, KM 6 Duyong
75460 Melaka
Tuty Aryati binti Mufip
SK Putrajaya Presint 14(1)
Putrajaya
Farahain Abdullah @ Patricia Jiwel
SK Satria Jaya, 93350 Kuching
Sarawak
Isnayani binti Zulkapli
SK Serendah, Serendah
Selangor
Ratna Bt Sela,
SK Matang, KM 14 Jalan Matang
93050
Siti Rosnah bt Yusoff
SK Jalan Matang Buluh, 34300 Bagan Serai
Perak.
Zulkifle Bin Razali
SK Kampong Sireh, 15050 Kota Bharu
Kelantan
Norul Ain bt. Abdul Ghafar
SK Belimbing Dalam, 76100 Durian Tunggal
Melaka
Nooraini bt. Ahmad Hadzri
SK Seri Sitiawan, 32040 Seri Manjung
Perak
Nor Haniliza bt. Abdul Hamid
SK Sultanah Asma, 05460 Alor Setar
Kedah
Ku Jalilah bt. Ku Ibrahim
SK Hosba, 06000 Jitra
Kedah
Asnidar Binti Patawari
SK Unico Desa,91112 Lahad Datu
Sabah
Euphrasia Chong Pai Su
SK Kolombong, 88300 Kota Kinabalu
Sabah
Rozana Binti Othman
SK Jengka Batu 13, 28100 Maran
Pahang
MATEMATIK 2009 4
MODUL LINUS
PENULIS MODUL
UNIT 1 - PRANOMBOR
Zulkapli Bin Ayob
Jabatan Pelajaran Negeri
Johor
Norhayati Binti Mohd Dalil
SK Pantai
WP Labuan
Rosita Binti Ismail
SK Putrajaya Presint 16 (2)
WP Putrajaya
Sulhisham Bin Sayuti
SK Sg Binjai, Meru, Klang
Selangor
Lena Tan
SJKC Pei Chai, Kuantan
Pahang
Ramuald Muntiol
SK Surati, Papar
Sabah
Norbaizura Binti Mokelas
SK Putrajay Presint 9 (1)
WP Putrajaya
Ahmad Rahim Bin Saring
SK Sg Rawang, Sepang
Selangor
Rusrija Binti Yunus
SK Taman Seri Pagi, Seremban
Negeri Sembilan
Yang Rokiah Binti Ahmad
SK Sikamat, Seremban
Negeri Sembilan
Yusrimawati Binti Abas
Jabatan Pelajaran Negeri
Negeri Sembilan
UNIT 2 & 3 – NOMBOR 1 – 10, NOMBOR 11 - 20
Roben Ajai
Jabatan Pelajaran Negeri
Sarawak
Fadzlun Binti Jamali
SK Taman Universiti (1), Johor Bahru
Johor
Nardir Bin Latiff
SK LKTP Nitar 2, Mersing
Johor
Chia Kiat Lee
SK Taman Desa, Kuala Lumpur
WP Kuala Lumpur
Kamaruzaman Bin Naseah
SK Meru,
Selangor
Rasmin Arni Binti Alias
SK Seafield, Subang Jaya
Selangor
Hayati Binti Mohd
SK Taman Koperasi Polis, Kuala Lumpur
WP Kuala Lumpur
Fatimah Binti Ludin
SK Batu Muda, Jln Ipoh, Kuala Lumpur
WP Kuala Lumpur
Maheran Binti Jamaluddin
SK Toh Johan, Trong, Taiping
Perak
MATEMATIK 2009 5
MODUL LINUS
UNIT 4 – OPERASI TAMBAH
Rosli Bin Kamaruddin
Jabatan Pelajaran Negeri
Perlis
Mohd Azrin Bin Mohd Hanafiah
SK Kg Jawa, Klang
Selangor
Abu Bakar Bin Othman
SK Dato’ Keyaman
Perlis
Md Yusop Bin Mahmud
SK Sg Tengas, Serdang
Kedah
Roslin Francis
SK st John, Beaufort
Sabah
Kaniama A/P Kathan
SJKT Ganesa Viddyasalai, Sitiawan
Perak
Maimunah Binti Mahamud
SK Alai
Melaka
Hapizah Binti Hj Tahir
SK Sg Acheh, Nibong Tebal
Pulau Pinang
Hjh Maimunah Binti Hasan
SK Serkam Darat
Melaka
UNIT 5 – OPERASI TOLAK
Yusnita Binti Muniar
SK Periang, Enggor
Perak
Safaruan Bin Abdul Ghani
SK Menggong, Alor Gajah
Melaka
Rahayu Binti Samlan
SK Seri Sentosa, Nobong Tebal
Pulau Pinang
Rabiah Binti Saanah
SK Kubang Kerian, Kota Bahru
Kelantan
Salmiah Binti Yahaya
SK Felda Lawin Utara, Gerik
Perak
Norizan Binti Doao Hj Maulud
SK Seri Anggerik, Kuala Lumpur
WP Kuala Lupmur
Rasyeidah Binti Ahmad @ Mohd Rashid
SK Tebing Tambah, Paka
Terengganu
Wan Hassan Bin Wan Lokman
SK Pauh Sembilan, Bachok
Kelantan
Che Wan Nor Azlina Binti Che Wan Abd Hamid
SK Sura, Dungun
Terengganu
Noor Mayah Binti Kamsah
SK Toh Tan Dewa Sakti, Tapah
Perak
Daud Bin Hj Yusoff
Jabatan Pelajaran Negeri
Kelantan
Fauziyah Binti Jamaludin
SK Pendita Zaaba, Tapah Road
Perak
Giam Lee Yim
SK Kepong Baru
WP Kuala Lumpur
Salmah Binti Mohamad
SK Jalan 3, Bandar Baru Bangi
Selangor
MATEMATIK 2009 6
MODUL LINUS
UNIT 6 - WANG
Ng Seng Hon
SK Tabuan Ulu, Kuching
Sarawak
Abdullah Bin Abdul Rani
SK Tandop Besar, Kuala Nerang
Kedah
Kenneth Law Ah Kang
SK St Raymaond< Serian
Sarawak
Shukri Bin Ahmad
SK Taman Uda, Alor Setar
Kedah
Suhailawati Binti Juritah
SK Sri Laksamana
Melaka
Sulaiman Bin Darus
Jabatan Pelajaran Negeri
Kedah
Siti Hajar Binti Osman
SK Sungai Tuang
Melaka
Md Yazid Bin Kamri
SK Senai, Kulai Jaya
Johor
Lelehadri Bin Mohd Zain
SK Melati. Rompin
Pahang
Norhayati Binti Mat Zain
SK Seksyen 18, Shah Alam
Selangor
PENGURUSAN KELAS DAN TINGKAH LAKU
Maznah Binti Mohamad
SE Seri Bandi 2, Kemayan
Terengganu
Khairuddin Bin Man
Jabatan Pelajaran Negeri
Pahang
Zawiah Binti Ahmad
SK Darau, Jerteh
Terengganu
Siti Hadijah Binti Mahmud
SK bIntong, Kangar
Perlis
Azahar Shah Bin Mamat
SK Serada, Kuala Lumpur
Terengganu
Nor Inshon Binti Karim
SK Padang Besar Utara
Perlis
Rosli Bin Bashah
SK Taman Intan
Kedah
Che Harun Bin Ibrahim
Jabatan Pelajaran Negeri
Terengganu
Ab Razak Bin Ibrahim
SK Padang Kubu, Kemaman
Terengganu
Latifah Binti Ali
SK Pelabuhan, Kuantan
Pahang
MATEMATIK 2009 7
MODUL LINUS
DIAGNOSTIK
Jamilah Binti Harun
Jabatan Pelajaran Negeri
Pulau Pinang
Sarina Binti Ag Abdullah
SK Pekan II
WP Labuan
Azizah Binti Sharif
Jabatan Pelajaran Negeri
Sabah
Fazliyatun Binti Hj Berahim
SK Pantai
WP Labuan
Nor Hisham Bin Fahmi
Jabatan Pelajaran Negeri
Perak
Othman Bin Mamat
SK Pauh Sembilan, Bachok
Kelantan
Manan Bin Pendek
Jabatan Pelajaran Negeri
Selangor
Mohd Azman Bin Mohd Yusoff
SK Hamzah (1), Machang
Kelantan
FASILITATOR
Dr Masitah Binti Taib
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Ilmu Khas
56000 Cheras
Kuala Lumpur
Abd Rahim Bin Marzuki
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Darul Aman
Kedah
Alijah Binti Ujang
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Ilmu Khas
56000 Cheras
Kuala Lumpur
Aminah Binti Samsudin
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Ilmu Khas
56000 Cheras
Kuala Lumpur
PENYUNTING
Zarena Bi Binti Mohamed Sadique
SMK Tengku Aris Bendahara, Kluang
Johor
Siti Asmah binti Ismail
SMK Mersing, Mersing
Johor
Fatimah Binti Mustafa
SMK Bandar Maharani, Muar
Johor
Ganeswari A/P Karuppiah
SJK(T) Serdang, Petaling Perdana
Selangor
MATEMATIK 2009 8
MODUL LINUS
OBJEKTIF KURSUS
1. Mendedahkan para peserta kursus kepada pelbagai teknik yang menarik dan
berkesan untuk mengajar kemahiran asas numerasi.
2. Menggunakan maklumat daripada ujian diagnostik untuk merangka dan
melaksanakan program intervensi menurut masalah kemahiran asas numerasi.
3. Menguasai kemahiran mengurus bilik darjah yang berkesan untuk meningkatkan
pembelajran murid dari segi persekitaran fizikal dan iklim bilik darjah yang
kondusif.
4. Menangani masalah tingkah laku murid dengan menggunakan pelbagai teknik
pengurusan tingkah laku yang sesuai dan berkesan.
MATEMATIK 2009 9
MODUL LINUS
JADUAL KURSUS
HARI / MASA 8.30 – 10.30 PG 11.00 – 1.00 TGH 2.30 – 4.30 PTG 8.30 – 10.30 MLM
HARI PERTAMA
PENDAFTARAN TAKLIMAT LINUS
OLEH URUSETIA
HARI KEDUA
TAKLIMAT MODUL
GURU DAN MODUL
MURID OLEH BPK
TAKLIMAT MODUL
GURU DAN MODUL
MURID OLEH BPK
DIAGNOSTIK PRA NOMBOR
DAN
NOMBOR 1 - 10
HARI KETIGA NOMBOR 10 - 20 OPERASI TAMBAH OPERASI TOLAK WANG, UKURAN,
DAN MASA
HARI KEEMPAT
PENGURUSAN
BILIK DARJAH
DAN
PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
TAKLIMAT OLEH LPM PERJALANAN PULANG
MATEMATIK 2009 10
MODUL LINUS
KANDUNGAN MODUL
ITEM
1. UJIAN DIAGNOSTIK MATEMATIK 2 JAM
2. PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN 2 JAM
PENGURUSAN BILIK DARJAH
3. UNIT 1: PRANOMBOR 1 JAM
4. UNIT 2: NOMBOR 1 – 10 1 JAM
5. UNIT 3: NOMBOR 11 -20 2 JAM
6. UNIT 4: OPERASI TAMBAH 2 JAM
7. UNIT 5: OPERASI TOLAK 2 JAM
8. UNIT 6: WANG, MASA DAN WAKTU, 2 JAM
BENTUK DAN RUANG, UKURAN
MATEMATIK 2009 11
MODUL LINUS
TAJUK : DIAGNOSTIK
MASA : 1 JAM
OBJEKTIF :
ARAHAN:
MATEMATIK 2009 12
MODUL LINUS
CONTOH PENGESANAN KESILAPAN MURID DALAM UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN 1
Bil
Kumpulan
Sasaran Konstruk Analisis Guru
Aktiviti
Pemulihan Catatan
1. Nama Murid
1.
2.
3.
4.
Kebolehan mengenal
angka secara lisan dan
penulisan (0- 50)
Tidak berupaya mengeja
nombor dalam perkataan
dengan betul
Contoh :
48 = Fourty-eight
2. Kebolehan membilang
(0 - 50)
Tidak berupaya membilang
secara susunan menaik.
Contoh :
Secara lisan
22, 23, 25, 26, 27
3. Kebolehan memahami
nilai nombor ( 0- 50)
Tidak berupaya memahami nilai
tempat bagi nombor 2 digit.
Contoh :
Menulis nombor 13 sebagai
MATEMATIK 2009
25
3 1
13
MODUL LINUS
4. Kebolehan membuat
seriasi (0 - 50)
Tidak berupaya membuat seriasi
nombor dalam turutan menaik
secara bertulis.
Contoh :
Menulis seriasi gandaan 2
sebagai
20, 22 , 23, 25, 26
5. Kebolehan
mengendalikan operasi
asas: tambah dan tolak
dalam lingkungan fakta
asas (0 - 9)
Tidak berupaya menulis ayat
matematik bagi operasi tolak
berdasarkan gambar yang
diberi.
Contoh :
Murid menulis sebagai
3 – 2 = 2
3 - 2 = 2
MATEMATIK 2009 14
MODUL LINUS
6. Kebolehan mengenal
mata wang Malaysia
(hingga RM10)
Tidak berupaya menulis nilai
mata wang yang sama bagi
jumlah yang diberi dalam sen
Contoh
= ____keping
= ____keping
7. Kebolehan menyatakan
waktu (bahagian dalam
sehari)
Keliru di antara istilah ’malam’
dengan ’tengah malam’
8. Kebolehan
mengendalikan operasi
asas melibatkan mata
wang Malaysia (dalam
lingkungan RM10)
Tidak berupaya mengendalikan
operasi tambah yang melibatkan
Ringgit dan Sen .
Contoh :
80 sen + 50 sen =
RM130 sen
MATEMATIK 2009
50
sen
10
sen
5
sen
15
MODUL LINUS
9. Kebolehan mengukur
panjang objek, jisim
objek dan isipadu.
Tidak berupaya membuat
perbandingan berat di antara
dua objek.
Contoh :
Berat
tembikai A lebih berat daripada
tembikai B.
10. Kebolehan
menterjemah ayat biasa
kepada ayat matematik
dan sebaliknya.
Tidak berupaya menterjemah
ayat biasa yang melibatkan
fakta asas kepada ayat
matematik.
Contoh :
Siti mempunyai 9 biji belon.
Abangnya membelikan 7 biji
belon lagi. Berapakah jumlah
belon yang Siti ada ?
7 + 2 = 9
11. Kebolehan Tidak berupaya
MATEMATIK 2009
A B
16
MODUL LINUS
mengaplikasikan
pengetahuan dan
kemahiran dalam
kehidupan harian
terhad kepada nombor
bulat
mengaplikasikan pengetahuan
dan kemahiran dalam kehidupan
harian melibatkan operasi fakta
asas.
Contoh :
Amin mempunyai 18 biji guli.
Dia memberikan sebanyak 8 biji
guli kepada Ganesh. Berapakah
biji guli yang tinggal?
18 – 8 = 1 biji guli
12. Kebolehan
mengaplikasi
pengetahuan dan
kemahiran dalam
kehidupan harian
melibatkan mata wang,
masa dan ukuran
panjang.
Tidak berupaya
mengaplikasikan konsep operasi
fakta asas dalam kehidupan
seharian.
Contoh :
RM 5.00
Abu mempunyai wang sebanyak
RM 8.00. Dia membeli kereta
mainan di atas. Berapakah baki
wang Abu?
RM 8.00 - RM 5.00 = RM 13
MATEMATIK 2009 17
MODUL LINUS
TAJUK : PENGURUSAN TINGKAH LAKU
MASA : 1 JAM
OBJEKTIF : Aktiviti-aktiviti berikut adalah untuk:
1. membolehkan guru memahami ciri-ciri murid yang berbeza dalam kelas.
2. membolehkan guru berinteraksi dengan murid secara lebih efisyen dan selesa.
3. guru mampu mengurus kelas dan menjalankan pengajaran dan pembelajaran
dengan berkesan dan bersistematik.
AKTIVITI: PERBINCANGAN DAN PEMBENTANGAN
Bahan yang diperlukan : Laptop dan LCD.
Tempoh masa : 60 minit
ARAHAN:
1. Fasilitator membahagikan peserta kepada 5 kumpulan.
2. Fasilitator memasukkan 5 slip situasi kedalam kotak.
3. Fasilitator meminta setiap ketua kumpulan membuat cabutan untuk mendapat slip
situasi yang disediakan
4. Setiap kumpulan dikehendaki membaca slip situasi dan memahaminya.
5. Fasilitator memaklumkan setiap kumpulan diperuntukan masa selama 15 minit untuk
membuat perbincangan dan menyiapkan slaid PowerPoint.
6. Fasilitator mengingatkan setiap kumpulan dikehendaki membuat perbincangan
berdasarkan kepada perkara berikut:
- Ciri-ciri murid berdasarkan situasi .
- Kaedah mengendalikan situasi murid tersebut dalam pengajaran dan
pembelajaran.
- Contoh-contoh bahan / alatan yang diperlukan untuk mengatasi situasi
tersebut.
7. Fasilitator memberitahu setiap kumpulan diperuntukkan 5 minit untuk
membentangkan hasil perbincangan masing-masing.
8. Fasilitator meminta peserta daripada kumpulan lain untuk memberi pandangan
setiap kali pembentangan dibuat.
9. Fasilitator membuat refleksi selepas sesi pembentangan. Masa diperuntukkan
selama 10 minit.
MATEMATIK 2009 18
MODUL LINUS
Lampiran A
SITUASI
MATEMATIK 2009
SITUASI 1
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, murid Z suka bergerak dari satu
tempat ke satu tempat. Dia juga suka memanjat kerusi atau meja. Larangan guru tidak
diendahkan, malah dia semakin aktif. Perbuatannya itu mengganggu rakan-rakannya yang
lain. Bagaimanakah anda mengendalikan situasi tersebut?
SITUASI 3
Murid A adalah seorang anak yatim yang kehilangan bapa ketika dia berusia 5 tahun.
Ibunya sibuk bekerja untuk menyara keluarga sehingga tidak mempunyai masa yang cukup
untuk memberi tumpuan terhadap penjagaan anak-anaknya. Disebabkan masalah ini, A
selalu ponteng sekolah, mengasingkan diri dari guru dan rakan-rakannya dan prestasi
pelajarannya merosot . Bagaimana anda mengendalikan situasi tersebut?
SITUASI 2
Terdapat dua orang murid di dalam kelas yang sering melakukan aktiviti mereka sendiri
tanpa menghiraukan arahan guru. Seorang agak pendiam dan suka melukis manakala
seorang lagi agak agresif. Murid yang agresif ini suka menganggu murid yang pendiam
sehingga murid tersebut menangis. Apakah tindakan anda sebagai seorang guru untuk
mengatasi keadaan tersebut?
19
MODUL LINUS
CADANGAN JAWAPAN
MATEMATIK 2009
SITUASI 5
Ketika rakan-rakan belajar dalam kumpulan, terdapat seorang murid bersendirian di tempat
duduknya tanpa memberi kerjasama kepada aktiviti kumpulan. Dia hanya menongkat dagu
(termenung) dan matanya memandang kiri dan kanan. Tindakan apakah yang boleh
diambil untuk membantu murid tersebut?
SITUASI 4
Di sebuah Sekolah Kurang Murid ( SKM ) seorang guru terpaksa menghadapi karenah
murid yang berbeza tahap umurnya ( Tahun 1 dan Tahun 2). Bilangan murid dalam kelas
tersebut adalah 15 orang. Keadaan ini memaksa guru membentuk tiga kumpulanyang terdiri
daripada pelbagai kecerdasan dan umur yang berbeza. Ini menimbulkan masalah
penerimaan murid antara satu sama lain. Apa yang boleh guru tersebut lakukan untuk
membantu murid-murid berinteraksi dengan baik sesama mereka?
SITUASI 1
1. Memberi peneguhan
2. Guru memberi tanggung jawab atau rutin bilik darjah
3. Time out
4. Kaunseling
5. Motivasi
20
MODUL LINUS
MATEMATIK 2009
SITUASI 3
1. Seorang guru yang bersifat empati ( kasih sayang )
2. Rangsangan
3. Peneguhan positif dan negatif
4. Motivasi
5. Kaunseling
6. Akitviti pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan
( permainan dalaman – ( bahasa, matematik )
SITUASI 2
Pendiam Agresif
1. Aktiviti yang menarik minat 1. Time out
2. Motivasi 2. Memberi tanggung jawab
3. Rangsangan 3. Peneguhan
4. Brain breaks 4. Permainan dalaman
5. Aktiviti pembelajaran yang
menyeronokkan
21
MODUL LINUS
MATEMATIK 2009
SITUASI 5
1. Penggunaan aktiviti menarik
2. Peneguhan / rangsangan/ pujian
3. Pembelajaran luar bilik darjah
4. Motivasi
SITUASI 4
1. Mewujudkan kumpulan pelbagai kecerdasan setiap kumpulan terdiri A, B dan C.
Cara ini dapat memupuk sifat kepimpinan murid A dan rasa tanggungjawab kumpulan
terhadap murid C.
2. Adakan aktiviti yang memerlukan percambahan fikiran daripada kemahiran yang
berbeza
3. Kaedah bimbingan rakan sebaya
4. Peneguhan/ rangsangan berdasarkan pemerhatian
5. Permainan bahasa
22
MODUL LINUS
Lampiran B
CIRI-CIRI MURID BERMASALAH TINGKAH LAKU
1. Murid murung.
- bermasam muka
- pendiam
- tidak mahu melibatkan diri dalam setiap aktiviti
- selalu menyendiri
- mengigit kuku
- menghisap jari
- selalu mengelamun jauh
- tidak mahu memberi kerjasama
- lambat memberi tindak balas
2. Murid yang aktif.
- tidak duduk diam / suka bergerak
- suka kacau kawan
- banyak bercakap
- kerja tidak siap
- ponteng kelas
- membawa masuk barang yang tidak sepatutnya
- suka menarik perhatian / melakukan sesuatu
- suka menjerit
- bergaduh
3. Kurang motivasi.
- tidak mendapat perhatian dari keluarga, guru dan rakan-rakan
- pakaian tidak terurus
- sering rendah diri
- masalah kesihatan
- masalah keluarga
- tidak bersemangat untuk belajar
MATEMATIK 2009 23
MODUL LINUS
4. Murid Pasif.
- tidak suka berkomunikasi
- tidak suka berinteraksi
- suka berkhayal
- lambat memberi tindak balas terhadap sesuatu rangsangan
- tidak memahami arahan yang diberi
- tidak dapat memberi tumpuan terhadap sesuatu aktiviti
5. Ponteng sekolah.
- kurang mendapat perhatian dari keluarga
- sering memberi alasan
- tahap sosio ekonomi yang rendah
- takut pada guru dan rakan sebaya
- masalah pembelajaran
- terlibat dengan masalah sosial
MATEMATIK 2009 24
MODUL LINUS
TAJUK : PENGURUSAN BILIK DARJAH
MASA : 1 JAM
OBJEKTIF : Aktiviti-aktiviti berikut adalah untuk:
1. membantu guru mengoptimumkan masa pengajaran dan pembejaran
2. mengekalkan penglibatan murid kepada tugasan pembelajaran
3. menngetahui dan memahami bahawa pengurusan bilik darjah adalah penting
dalam menwujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran
yang lebih sistematik dan berkesan.
4. menyedari bahawa gabungan tiga suasana iaitu fizikal, sosial dan emosi
merupakan faktor yang menentukan keberkesanan pengurusan bilik darjah.
AKTIVITI: PENGURUSAN MANUSIA
Bahan Yang Diperlukan: Laptop dan LCD
Tempoh Masa : 1 Jam
ARAHAN:
1. Fasilitator mengedarkan Borang Pengesanan Iklim Bilik Darjah kepada peserta.
2. Fasilitator memberikan 5 minit untuk peserta mengisi borang tersebut.
3. Fasilitator mengumpul kembali borang yang telah lengkap dijawab.
4. Fasilitator memilih 10 borang secara rawak untuk mendapatkan maklumat
sejauh mana kefahaman peserta mengenai pengurusan bilik darjah.
5. Dengan bantuan paparan slaid power point, fasilitator memberi penerangan
pengurusan bilik darjah berdasarkan lampiran yang dikepilkan.
6. Fasilitator memulakan sesi dengan bersoal-jawab dengan peserta:
• Apakah kefahaman anda tentang pengurusan bilik darjah?
• Mengapakah pengurusan bilik darjah sangat mencabar dan penting?
• Apakah hubungan pengurusan bilik darjah dengan pengajaran dan
pembelajaran?
• Pendekatan pengurusan bilik darjah yang bagaimanakah yang akan anda
laksanakan? Mengapa?
• Bolehkah kita anggapkan bahawa pengurusan bilik darjah adalah sebahagian
daripada peranan kepimpinan guru?
MATEMATIK 2009 25
MODUL LINUS
7. Fasilitator menerangkan perkara-perkara yang berikut dengan menggunakan
PowerPoint:
1. KONSEP
Strategi / teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, kebolehan untuk
mewujudkan perasaan gembira dan ciri persekitaran pembelajaran yang kondusif,
pengurusan aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah yang baik serta struktur fizikal bilik darjah yang
kemas dan selesa akan dapat mengurangkan masalah-maaslah tingkah laku dan lain-lain
gangguan. Ia juga akan menjadikan masa yang digunakan lebih efektif.
2. ELEMEN PENGURUSAN BILIK DARJAH
• Membantu murid menggunakan lebih banyak masa untuk aktiviti belajar.
• Mencegah murid daripada menimbulkan masalah akademik dan emosi.
FAKTOR KEBERKESANAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
• PENGURUSAN SUASANA FIZIKAL MELIBATKAN::
– Bentuk dan saiz bilik darjah
– Susunan tempat duduk murid.
– Susunan perabut dan kelengkapan.
– Susunan ruang dan bahan.
MATEMATIK 2009
SUASANA FIZIKAL
SUASANA SOSIALSUASANA EMOSI
26
MODUL LINUS
• PENGURUSAN SUASANA SOSIAL MELIBATKAN:
– Penyediaan Peraturan & Prosedur Bilik Darjah.
– Interaksi Hubungan Murid (Sosiometri)
• PRINSIP PENYEDIAAN PERATURAN DAN PROSEDUR BILIK DARJAH:
– Peraturan dan rutin mestilah munasabah dan perlu.
– Jelas dan komprehensif.
– Selari dengan matlamat pengajaran dan pembelajaran.
– Selari dengan peraturan sekolah.
• PENGURUSAN SUASANA SOSIAL BILIK DARJAH YANG EFEKTIF:
– Peka kepada apa yang berlaku.
– Menangani secara berkesan situasi yang bertindih (overlapping situations)
– Menentukan P&P berjalan lancar dan berkesinambungan.
– Melibatkan murid dalam pelbagai aktiviti yang mencabar.
• JENIS - JENIS RUTIN BILIK DARJAH:
– Rutin Kelas: Cara pengurusan kelas yang tidak berkaitan dengan akademik
seperti cara memberi hormat kepada guru, peraturan bertugas murid,
kawalan kelas semasa ketiadaan guru.
– Rutin Pentadbiran: Cara merekod inventori murid seperti maklumat
kedatangan murid, prestasi akademik, kesihatan dan disiplin.
MATEMATIK 2009 27
MODUL LINUS
CIRI-CIRI GURU DALAM PENGURUSAN SOSIAL BILIK DARJAH
• PENYEDIAAN PERATURAN DAN PROSEDUR BILIK DARJAH:
– PERATURAN - Pernyataan secara spesifik mengenai standard tingkah laku
murid yang dikehendaki.
– PROSEDUR / RUTIN – Pernyataan tentang ekspektasi tingkah laku murid
dalam sesuatu aktiviti untuk mencapai sesuatu tujuan
• PRINSIP PENYEDIAAN PERATURAN DAN PROSEDUR BILIK DARJAH:
– Peraturan dan rutin mestilah munasabah dan perlu.
– Jelas dan komprehensif.
– Selari dengan matlamat pengajaran dan pembelajaran.
– Selari dengan peraturan sekolah.
–
• PENERIMAAN SOSIAL MURID DALAM KUMPULAN (SOSIOMETRI)
- Sosiometri merupakan teknik untuk mendapatkan maklumat penerimaan
sosial murid dalam kumpulan.
- Sosiogram merupakan satu diagram yang menggambarkan hubungan
sosial yang wujud dalam sesuatu kumpulan.
MATEMATIK 2009
CIRI GURU DALAM
PENGURUSAN SOSIAL
BILIK DARJAH
Membuat
Perancangan Menarik
Kecindan
Adil
Penyayang
Bertenaga
Disenangi
Aksesibel
28
MODUL LINUS
HUBUNGAN PENYAYANG DALAM BILIK DARJAH
 Perihatin kepada keperluan murid.
 Merangsang dan memberi galakan.
 Bersedia mendengar aduan murid.
 Berempati dengan masalah murid.
 Bersedia memberi sokongan dan ganjaran.
 Menjadi guru yang mudah didekati / dihubungi murid.
PENGURUSAN SUASANA EMOSI BILIK DARJAH YANG EFEKTIF :
• Suasan emosi dalam bilik darjah berkait rapat dengan stail kepimpinan guru.
• Stail kepimpinan guru:
– Autokratik
– Demokratik
– Lassez-faire
LANGKAH – LANGKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH BERKESAN
UNTUK MENCAPAI MATLAMAT KECEMERLANGAN PELAJAR
MATEMATIK 2009
MENYEDIAKAN
PERANCANGAN
PENGURUSAN
BILIK DARJAH
1
MENYEDIAKAN
PERATURAN
DAN AMALAN
BILIK DARJAH
2
MEMBENTUK
IKLIM BILIK
DARJAH
3
MENGAPLIKASI
KAN MOTIVASI
DLM
PENGURUSAN
BILIK DARJAH
6
MENYUSUN
ORGANISASI
PEMBELAJARAN
5
MENCORAKKAN
KUALITI
PENGAJARAN
4
29
MODUL LINUS
LANGKAH PERTAMA
Pelan Perancangan Pengurusan Bilik Darjah
LANGKAH KEDUA
Menyediakan Peraturan Dan Amalan Bilik Darjah
Peraturan diwujudkan bukan untuk menyekat kebebasan pelajar tetapi bagi mengawal dan
mencorak tingkah laku yang positif dan mencegah perlakuan yang tidak diingini.
CARA-CARA PELAKSANAAN
• Guru menyediakan satu peraturan kelas berpandukan pekeliling dan peraturan
sekolah.
• Intipati peraturan mencakupi amalan menepati masa, amanah, rasa
tanggungjawab, menjaga kebersihan, hormat-menghormati, bertolak ansur dan
bekerjasama.
• Murid diberi penjelasan dan dilatih mematuhi peraturan yang ditetapkan.
• Perlanggaran peraturan akan mengakibatkan pelajar diberi nasihat, amaran
dan tindakan.
MATEMATIK 2009
Menyediakan Peraturan Dan
Amalan Bilik Darjah
Membentuk Iklim Bilik Darjah
Mencorakkan Kualiti Pengajaran
Menyusun Organisasi
Pengajarab
Mengaplikasikan Motivasi Dalam
Pengurusan Bilik Darjah
Aspek fizikal Bilik Darjah
Aspek Sosial
Aspek Budaya Ilmu
Mengaplikasi Teori, Kaedah dan
Teknik Pengajaran
Mencipta Modul Pembelajaran
30
MODUL LINUS
LANGKAH KETIGA
Membentuk Iklim Bilik Darjah
Aspek Fizikal Bilik Darjah Aspek Sosial Aspek Budaya Ilmu
Penekanan dari sudut :
• Keselamatan.
• Kebersihan.
• Keselesaan.
• Keindahan.
• Susun atur meja.
• Penyediaan BBM
Penekanan dari sudut :
• Rasa hormat.
• Bertanggungjawab.
• Bekerjasama.
• Bantu membantu.
• Perasaan kekitaan.
• Bangga.
• Setia
• Pujian dan galakan.
• Penghargaan.
• Ganjaran.
• Teguran & denda.
Penekanan dari sudut :
• Wujudkan
rangsangan ingin
belajar.
• Amalan membaca.
• Amalan
perbincangan
• Amalan berdiskusi.
• Amalan papan
kenyataan
LANGKAH KEEMPAT
Mencorak Kualiti Pengajaran
Mengaplikasi Teori, Kaedah Dan Teknik Pengajaran
- Pembelajaran Kerjasama
- Pembelajaran Masteri
- Teori Kecerdasan Pelbagai
- Kajian Masa Depan
- Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu ICT
MATEMATIK 2009 31
MODUL LINUS
LANGKAH KELIMA
Mengaplikasi Motivasi Dalam Pengurusan Bilik Darjah
• Murid dibina harga diri dengan meningkatkan rasa yakin untuk berjaya.
• Pendekatan psikologi digunakan untuk menanamkan rasa diri dihargai.
• Keperluan untuk rehat juga digunakan untuk memastikan keselesaan murid.
• Mewujudkan suasana bilik darjah yang harmoni untuk menimbulkan rasa
selamat dalam kalangan murid.
• Pembelajaran kerjasama dilaksanakan untuk memenuhi keperluan sosial murid.
• Pengukuhan positif melalui pujian, ganjaran dan dorongan untuk meningkatkan
prestasi murid.
• Menyediakan satu tabung khas untuk mengiktiraf pencapaian murid dan
bantuan kebajikan murid.
RUMUSAN
MATEMATIK 2009
Menyediakan Peraturan
dan Amalan Bilik Darjah
Membentuk Iklim Bilik
Darjah
Mencorakkan Kualiti
Pengajaran
Menyusun Organisasi
Pembelajaran
Mengaplikasi Motivasi
Dalam Pengurusan Bilik
Darjah
-Disiplin terkawal. wujud suasana harmoni dalam kelas.
-Kelas ceria. Murid merasa seronok hadir ke kelas.
Gejala ponteng dapat dikurangkan
- Penglibatan murid dalam P&P amat
memberangsangkan.
- Murid lebih bersedia untuk belajar.
- Prestasi murid dapat ditingkatkan
- Berlaku suatu perubahan dan
perkembangan positif di kalangan murid.
- Murid mempunyai keyakinan diri.
- Wujud rasa hormat antara satu sama lain
32
MODUL LINUS
8. Fasilitator membuat rumusan sesi soal jawab diatas dengan menyatakan:
• Persekitaran bilik darjah memberikan impak yang besar ke atas
pembelajaran, tingkah laku dan motivasi murid.
• Guru-guru perlu memanipulasikan dua persekitaran bilik darjah dalam
meningkatkan pembelajaran murid:
i) persekitaran fizikal
ii) persekitaran psikologikal / iklim bilik darjah
MATEMATIK 2009 33
MODUL LINUS
Lampiran
BORANG SOAL SELIDIK
Skala:
1. Langsung tidak memuaskan 2. Tidak memuaskan
3. Sederhana 4. Memuaskan
5. Sangat memuaskan
Bulatkan pilihan anda
BAHAGIAN A: KEADAAN FIZIKAL
1. Aspek Kebersihan
a. bilik darjah 1 2 3 4 5
b. tandas 1 2 3 4 5
c. kantin 1 2 3 4 5
d. kawasan sekolah 1 2 3 4 5
e. pakaian murid 1 2 3 4 5
2. Aspek Keselamatan
a. mematuhi peraturan lalu lintas 1 2 3 4 5
b. latihan keselamatan 1 2 3 4 5
c. tugas guru keselamatan 1 2 3 4 5
d. peti kecemasan 1 2 3 4 5
3. alat pemadam api 1 2 3 4 5
3. Aspek Penggunaan Kemudahan
a. alat pandang dengan 1 2 3 4 5
b. air 1 2 3 4 5
c. lampu dan kipas 1 2 3 4 5
4. Aspek Keselesaan
a. keadaan kerusi maja muid 1 2 3 4 5
b. kesesuaian kerusi meja murid 1 2 3 4 5
c. ruang bilik darjah 1 2 3 4 5
d. cahaya 1 2 3 4 5
e. pengedaran udara 1 2 3 4 5
f. ketenterman persekitaran 1 2 3 4 5
5. Aspek Keindahan / Keceriaan
a. pepohon dan pokok bunga 1 2 3 4 5
b. perhiasan (seperti mural, kata hikmat) 1 2 3 4 5
BAHAGIAN B: KEADAAN SOSIAL
1.Hormat-Menghormati
MATEMATIK 2009 34
MODUL LINUS
a. Mengucapkan terima kasih, selamat dan
meminta maaf
1 2 3 4 5
b. mendengar dan menimbang pendapat
orang lain
1 2 3 4 5
c. menghormati hak orang lain 1 2 3 4 5
d. mematuhi peraturan 1 2 3 4 5
2. Bekerjasama
a. bantu mambantu dan sedia berkongsi
secara sukarela
1 2 3 4 5
2. Bertanggungjawab
a. menitikberatkan tugas yang dijalankan 1 2 3 4 5
b. menjaga kebersihan dan kekemasan alam
sekitar
1 2 3 4 5
c. boleh berdikari dan yakin 1 2 3 4 5
3. Perpaduan, Kekitaan, Kebanggaan dan Kesetiaan
a. murid pelbagai kaum bercampur gaul 1 2 3 4 5
b. kakitangan pelbagai kaum 1 2 3 4 5
c. kakitangan dan murid pelbagai kaum
bercampur gaul
1 2 3 4 5
d. cinta akan sekolah (memakai lencana
sekolah, memberi sokongan kepada
pasukan sekolah)
1 2 3 4 5
4. Kemesraan
a. beramah tamah 1 2 3 4 5
5. Keadilan
a. Adil dalam pemberian pujian, tugasan
dan sebagainya
1 2 3 4 5
BAHAGIAN C: BUDAYA ILMU
Semangat Mahu Belajar
a. rajin belajar (membaca dan menggunakan
perpustakaan)
1 2 3 4 5
b. mahu berfikir (selalu bertanya dan
memberi pendapat)
1 2 3 4 5
c. bersikap kreatif ( dalam seni muzik, drama
dan lain-lain)
1 2 3 4 5
2. Rangsangan Daripada Sekolah
a. Kepelbagaian kaedah dan media
pengajaran dan pembelajaran
1 2 3 4 5
b. Bilik darjah merangsang pembelajaran 1 2 3 4 5
c. Bimbingan san kaunseling untuk murid
bercampur gaul
1 2 3 4 5
BAHAGIAN D: PENGGUNAAN BAHASA
a. Bahasa Melayu digunakan dengan baik 1 2 3 4 5
MATEMATIK 2009 35
MODUL LINUS
jitu, betul dan indah )
b. Bahasa kedua digunakan dengan baik
dan dalam keadaan yang sesuai
1 2 3 4 5
Unit 1
PRA NOMBOR
MATEMATIK 2009 36
MODUL LINUS
UNIT 1 : PRA NOMBOR
MASA : 1 JAM
OBJEKTIF : Aktiviti-aktiviti berikut adalah untuk mendedahkan guru kepada strategi:
1. menama dan mengklasifikasikan objek mengikut warna, bentuk dan saiz.
2. menentukan kumpulan objek dengan membuat perbandingan mengikut
warna, bentuk dan saiz.
3. membandingkan kumpulan objek sama banyak, kurang atau lebih
daripada.
KEMAHIRAN :
1. Mengkategorikan objek mengikut warna, bentuk dan saiz.
2. Membanding bezakan objek mengikut warna, bentuk dan saiz.
3. Membandingkan kuantiti sekumpulan objek dari segi banyak atau sedikit,
sama banyak, lebih atau kurang daripada
AKTIVITI 1: TEMAN SEJATI
MATEMATIK 2009 37
MODUL LINUS
Bahan Yang Diperlukan : Kertas pelekat pelbagai warna (hijau, biru, merah dan kuning),
bentuk (bulat, segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga),
saiz (besar dan kecil) dan sampul surat.
Tempoh Masa :10 minit
ARAHAN:
1. Fasilitator mengedarkan sekeping sampul surat kepada semua peserta.
2. Sampul surat tersebut berisi sekeping kertas pelekat yang warna, bentuk dan
saiznya sama dengan kertas pelekat yang ditampal pada bahagian luar sampul
tersebut. (Rujuk Lampiran 1)
3. Fasilitator mengarahkan peserta berkumpul mengikut warna yang terdapat pada
sampul surat masing-masing.
4. Fasilitator mengajukan beberapa soalan yang berkaitan dengan warna, bentuk dan
saiz kepada peserta .
Contoh : a) Warna apakah yang paling ramai ahlinya?
b) Warna apakah yang paling sedikit ahlinya?
5. Fasilitator menerangkan bahawa aktiviti ini adalah untuk memperkenalkan konsep
warna, bentuk, saiz dan membuat perbandingan.
MATEMATIK 2009 38
MODUL LINUS
AKTIVITI 2: SIAPA SAYA?
Bahan Yang Diperlukan: CD “Siapa Saya”, kertas mahjong dan pen marker.
Tempoh Masa : 10 minit
ARAHAN:
1. Fasilitator membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan.
2. Fasilitator meminta peserta menonton tayangan slaid / CD “Siapa Saya?”.
3. Fasilitator mengajukan soalan kepada peserta tentang tayangan slaid / CD
tersebut.
Contoh: a) Namakan satu benda yang kamu dapat lihat pada slaid tadi?
b) Apakah bentuk benda tersebut?
4. Fasilitator mengedarkan sehelai kertas mahjong yang telah dilipat empat dan pen
marker kepada setiap kumpulan.
5. Fasilitator meminta setiap kumpulan untuk menyenaraikan nama benda-benda
tersebut mengikut kategori bentuk pada kertas mahjong kumpulan masing-masing.
(rujuk Rajah 2.1)
6. Fasilitator meminta setiap kumpulan untuk mempamerkan hasil kerja mereka.
7. Fasilitator membuat rumusan mengenai hasil kerja yang dipamerkan.
MATEMATIK 2009 39
MODUL LINUS
Rajah 2.1 :
1. Epal
2.
3.
4
1. Meja
2.
3.
4.
1. Almari
2.
3.
4.
1. Ais-krim
2.
3.
4.
Lampiran 2
MATEMATIK 2009 40
MODUL LINUS
AKTIVITI 3: RUMAH IDAMANKU
Bahan Yang Diperlukan: Sekeping kad manila berwarna putih, empat keping kertas
pelbagai warna berpelekat yang telah dicetak dengan pelbagai
bentuk dan saiz (bulat, segiempat sama, segiempat tepat dan
segitiga), gunting dan pen marker (hitam / biru).
Tempoh Masa : 20 minit
ARAHAN:
1. Fasilitator membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan.
2. Fasilitator memberikan sekeping kad manila, empat keping kertas pelbagai warna
berpelekat, gunting dan pen marker kepada setiap kumpulan. (Rujuk Lampiran 3)
3. Fasilitator meminta setiap kumpulan untuk menghasilkan satu pelan rekaan dalaman
”Rumah Idamanku”. (Rujuk Rajah 3.1)
4. Fasilitator menyuruh setiap kumpulan untuk mempamerkan hasil kerja kumpulan
masing-masing.
5. Fasilitator mengadakan sesi soal jawab berkenaan dengan perbandingan bilangan
(banyak / sedikit, lebih / kurang) tentang bentuk, warna dan saiz yang digunakan.
MATEMATIK 2009 41
MODUL LINUS
Contoh : Bentuk apakah yang paling banyak digunakan?
Warna apakah yang paling sedikit digunakan?
Rajah 3.1:
MATEMATIK 2009
Lampiran 3
42
MODUL LINUS
AKTIVITI 4: JUARA KONSEP
Bahan Yang Diperlukan: Komputer riba
Tempoh Masa : 20 minit
ARAHAN:
1. Fasilitator membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan.
2. Fasilitator meminta setiap kumpulan mencipta satu bahan pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah yang melibatkan
salah satu konsep pra nombor berikut :
a. Menyatakan sama banyak
b. Menyatakan tidak sama banyak
c. Menyatakan kurang daripada
d. Menyatakan lebih daripada
Contoh :
Menyatakan sama banyak
MATEMATIK 2009 43
MODUL LINUS
3. Fasilitator meminta setiap kumpulan membentangkan hasil kerja masing-masing.
Unit 2
NOMBOR DALAM
LINGKUNGAN
MATEMATIK 2009 44
MODUL LINUS
1 HINGGA 9
UNIT 2 : NOMBOR DALAM LINGKUNGAN 1 HINGGA 9
MASA : 1 JAM
OBJEKTIF : Aktiviti-aktiviti berikut adalah untuk mendedahkan guru kepada strategi :
1. Mengenal dan menyebut nombor 1 – 9.
2. Menguasai teknik menulis angka 1 - 9.
3. Memahami nilai nombor.
KEMAHIRAN :
1. Mengenal, menyebut dan menulis nombor.
2. Nilai nombor.
AKTIVITI 1: SYOKNYA KIRA
Bahan Yang Diperlukan: Lilin, plastesin, pemetik api, kad angka dan lirik lagu
Tempoh Masa : 15 minit.
ARAHAN:
1. Fasilitator meletakkan sebatang lilin di atas model kek yang dibuat daripada
plastesin. * (bergantung kepada kesesuaian tempat)
MATEMATIK 2009 45
MODUL LINUS
2. Fasilitator meminta peserta menyebut nombor secara membilang.
3. Fasilitator meletakkan sebatang lagi lilin di atas kek.
4. Fasilitator meminta peserta membilang satu demi satu hingga nombor dua.
5. Fasilitator mengulangi aktiviti di atas mengikut turutan nombor tiga hingga sembilan.
6. Fasilitator menyalakan lilin dan meminta peserta menyebut secara membilang satu
demi satu.
7. Setelah semua lilin dinyalakan, fasilitator meminta seorang peserta meniup lilin
tersebut sehingga padam.
8. Fasilitator mencabut sebatang lilin dan menunjuk kad angka sambil menyebut
nombornya.
9. Fasilitator mengambil dua batang lilin dan menunjuk kad angka 2 sambil menyebut
nombornya.
10. Fasilitator mengulangi aktiviti di atas dari nombor 3 hingga nombor 9.
11. Fasilitator menunjuk kad angka secara rawak dan meminta peserta menyebutnya
sambil menunjukkan bilangan jari yang betul.
12. Fasilitator meminta peserta menyanyi lagu ’Seronok Mengira’ ( berdasarkan irama
lagu madu tiga )
SERONOK MENGIRA
1 , 2 dan 3
Marilah kira.
Marilah kira bersama-sama.
4 , 5 dan 6
Kiralah lagi
Janganlah adik berasa jemu
Nombornya 7 , 8 dan 9
MATEMATIK 2009
1
46
MODUL LINUS
Cubalah bilang sekali lagi
Hai cepatlah adik
Marilah kita membilang
Bersama adik bersama abang
Hoi .............
a. (Irama lagu ketipang payung)
Lampiran
MATEMATIK 2009 47
MODUL LINUS
AKTIVITI 2: LOMPAT KETINGTING
Bahan Yang Diperlukan: 2 Kotak berisi 2 set kad angka 1-9, ”masking tape”, 2 set
pembilang yang diikat mengikut bilangan 1-9, 2 gelung rotan, 9
keping kad bertanda A dan 9 keping kad bertanda B..
Tempoh Masa : 15 minit.
ARAHAN:
1. Fasilitator menyediakan 2 set petak ketingting bersama pembilang dan kad angka
(rujuk rajah 1) Kad angka diselerakkan secara terbalik di atas lantai
2. Fasilitator mengedarkan kad A dan B kepada peserta.Peserta berbaris mengikut
kumpulan A dan B.
3. Apabila wisel dibunyikan peserta pertama diminta mengambil satu ikatan pembilang
yang ada di dalam kotak dan mengiranya.
4. Peserta diminta mencari kad angka yang sepadan dengan bilangan pembilang tadi.
5. Peserta yang mengambil kad angka yang salah diminta meletakkan kembali di
tempat asal dalam keadaan terbalik dan mencari kad angka yang betul.
6. Peserta melompat ketingting ke petak mengikut kad angka yang diperolehi.
7. Peserta meletakkan kad angka dan pembilang di dalam petak yang betul.
MATEMATIK 2009 48
MODUL LINUS
8. Sekiranya kad angka dan pembilang diletak pada petak yang salah, peserta
hendaklah mengulang semula lompatan sehingga betul (boleh dibantu oleh rakan
sepasukan ).
9. Kumpulan yang terlebih dahulu dapat meletakkan kesemua kad angka dengan
turutan yang betul pada petak ketingting adalah dikira sebagai pemenang.
10. Fasilitator mengumpul semula semua kad angka dan pembilang dari petak ketingting
.
11. Peserta diminta berkumpul semula mengikut kumpulan tadi. Fasilitator meletakkan
kad angka ke dalam gelung rotan dalam keadaan terbalik.
12. Apabila wisel dibunyikan setiap peserta akan mengambil sekeping kad angka dari
gelung rotan (serentak).
13. Semua peserta bergerak dan berdiri di dalam petak berdasarkan kad angka masing-
masing.
14. Kumpulan yang terlebih dahulu berdiri dalam turutan nombor 1-9 adalah dikira
sebagai pemenang.
15. Fasilitator meminta peserta menyebut dengan kuat nombor 1 – 9 dan sebaliknya.
Rajah 1
RAJAH KETINGTING
MATEMATIK 2009 49
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
A A
Kotak
B
Kotak
B
MODUL LINUS
Garis permulaan
Kumpulan 1 Kumpulan 2
Kotak A - Kad angka dan gelung rotan
Kotak B - pembilang yang diikat mengiku bilangan 1-9
Lampiran
Gambar 1
Gambar 2
MATEMATIK 2009 50
MODUL LINUS
AKTIVITI 3: TIRU DAKU
Bahan Yang Diperlukan: Buku catatan, carta nombor dan pensel
Tempoh Masa : 15 minit.
ARAHAN:
1. Fasilitator menerangkan teknik menulis angka bermula dari angka yang bergarisan
(1,7 dan 4), diikuti dengan angka berbentuk separa bulat (3), bulat (6 dan 8) dan
gabungan garisan lurus dan bulat (2,9 dan 5).
2. Fasilitator menerangkan cara menulis angka 1-9 (seperti dalam lampiran).
3. Peserta membuat latihan menulis angka 1 hingga 9 di atas meja dan di udara.
4. .Peserta menulis angka di tapak tangan rakan dan meminta rakan meneka angka
yang ditulis.
5. Peserta diminta ke tempat letak kereta dengan membawa bersama buku catatan
dan pensel.
6. Peserta diminta mengkelaskan kereta mengikut warna dan mencatatkan bilangan
kereta.
Contoh : merah - 2 buah
hitam - 4 buah.
MATEMATIK 2009 51
MODUL LINUS
7. Peserta diminta mencari sebuah kereta idaman masing-masing dan mencatat
nombor plat kereta tersebut.
8. Fasilitator meminta peserta berkumpul semula.
9. Fasilitator meminta peserta membandingkan jawapan bilangan kereta mengikut
warna.
10. Fasilitator meminta peserta menyebut nombor pendaftaran kereta idaman masing-
masing.
11. Peserta lain mencatat sekurang-kurangnya tiga daripada nombor pendaftaran kereta
yang disebutkan.
KERETA IDAMANKU
MATEMATIK 2009
Warna kereta Bilangan
putih
merah
52
MODUL LINUS
MATEMATIK 2009
Bil Nombor Pendaftaran Kereta
1
2
3
53
MODUL LINUS
AKTIVITI 4: CIPTA-CIPTA REKA
Bahan Yang Diperlukan: Tiada
Tempoh Masa : 15 minit.
ARAHAN:
1. Peserta dibahagi kepada beberapa kumpulan. (Mengikut kesesuaian antara 5 – 10
orang)
2. Setiap kumpulan diminta mencipta satu aktiviti atau lagu yang sesuai untuk
pengajaran dan pembelajaran tajuk nombor 1 – 9 .
MATEMATIK 2009 54
MODUL LINUS
AKTIVITI 5: KOSONG SIFAR
Bahan Yang Diperlukan: gula-gula, gelas, pensel, kad angka, sampul surat, puzzle
Tempoh Masa : 10 minit
NOMBOR ’0’ DAN ’10’
OBJEKTIF : Aktiviti-aktiviti berikut adalah untuk mendedahkan guru kepada
strategi :
1. Mengenal dan menyebut nombor ’0’ dan ’10’.
2. Memahami nilai angka ’0’ dan ’10’.
3. Menguasai teknik menulis angka ’0’ dan ’10’
KEMAHIRAN :
MATEMATIK 2009 55
MODUL LINUS
1. Mengenal, menyebut dan menulis nombor.
2. Nilai nombor.
ARAHAN:
1. Fasilitator meletakkan beberapa biji gula-gula ke dalam gelas.
2. Fasilitator meminta peserta mengeluarkan kesemua gula-gula dari gelas.tersebut
3. Fasilitator kaitkan gelas kosong dengan konsep sifar ’0’
4. Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan.
5. Setiap kumpulan diberi satu sampul surat yang mengandungi ’puzzle’.
6. Peserta diminta melengkapkan ’puzzle’.
7. Fasilitator memperkenalkan angka sifar ’0’ berdasarkan ’puzzle’.
8. Fasilitator meletakkan tiga biji gelas di atas meja.
- Gelas A mengandungi lima biji gula-gula.
- Gelas B tiada gula-gula.
- Gelas C mengandungi 2 biji gula-gula
CONTOH BAHAN
MATEMATIK 2009 56
MODUL LINUS
9. Peserta diberi tiga keping kad angka dan diminta meletakkan kad angka pada
gelas yang betul.
10. Fasilitator mengulangi aktiviti diatas menggunakan kad bergambar.
11. Fasilitator menerangkan kedudukan sifar’0’ dalam turutan nombor iaitu
sebelum nombor satu.
12. Fasilitator menunjukkan cara menulis sifar ’0’ yang betul
AKTIVITI 6: LOT 10
Bahan Yang Diperlukan: Gelas, gula-gula, kad gambar sorong tarik, turutan nombor, beg
plastik kecil, 6 balang berisi pelbagai jenis kacang.
Tempoh Masa : 15 minit
ARAHAN:
1. Fasilitator menyediakan sebiji gelas berisi 10 biji gula-gula.
2. Fasilitator mengeluarkan gula-gula satu demi satu sambil membilang sehingga 10.
3. Fasilitator memperkenalkan angka 10 dengan menunjukkan kad angka.
4. Fasilitator menunjukkan kad gambar sorong tarik seperti di bawah.
MATEMATIK 2009
2 3 4 5 6 7 8 910
5 2 0
10
57
MODUL LINUS
a. Fasilitator meminta peserta membilang objek yang terdapat pada kad
gambar sorong tarik seperti di atas.
b. Fasilitator menjelaskan 5 dan 5 jumlahnya 10.
c. Fasilitator meminta peserta membilang objek yang terdapat pada kad
gambar sorong tarik seperti di atas.
d. Fasilitator menjelaskan bahawa 2 , 2 , 2 , 2 dan 2 jumlahnya 10
5. Fasilitator menunjukkan cara menulis angka 10 yang betul
6. Peserta diminta melengkapkan turutan nombor yang diberi.
7. Fasilitator membahagikan peserta kepada 6 kumpulan.
8. Setiap kumpulan akan diberi satu balang yang berisi pelbagai jenis kacang dan 10
beg plastik.
9. Peserta diminta mengisi setiap beg plastik dengan 10 biji kacang yang sama jenis.
10. Wisel akan ditiup selepas satu minit. Kumpulan yang mendapat jumlah kacang yang
paling banyak adalah dikira sebagai pemenang.
MATEMATIK 2009
2 3 4 5 6 7 8 91
58
MODUL LINUS
Gambar 1
Gambar 2
AKTIVITI 7: LESLAN
Bahan Yang Diperlukan: Tiada
Tempoh Masa : 20 minit
ARAHAN :
1. Peserta dibahagi kepada beberapa kumpulan. (Mengikut kesesuaian antara 5 – 10
orang)
2. Setiap kumpulan diminta menyediakan satu rancangan pelajaran harian bagi
pengajaran dan pembelajaran konsep ‘0’ atau ‘10’
MATEMATIK 2009 59
MODUL LINUS
Unit 3
MATEMATIK 2009 60
MODUL LINUS
NOMBOR
DALAM
LINGKUNGAN
11 – 20
UNIT 3 : NOMBOR DALAM LINGKUNGAN 11 HINGGA 20
MASA : 1 JAM 15 MINIT
OBJEKTIF : Aktiviti-aktiviti berikut adalah untuk mendedahkan guru kepada strategi
untuk mengajar murid untuk mengenal, menyebut, mengira dan menulis
nombor 11 hingga 20.
KEMAHIRAN : Mengenal, menyebut dan menulis nombor 11 hingga 20
AKTIVITI 1: MN1120
MATEMATIK 2009 61
MODUL LINUS
Bahan Yang Diperlukan : Bola ping pong . (10 biji oren dan 10 biji putih), bekas telur, kad
gambar dan kad angka.
Tempoh masa : 15 minit.
ARAHAN :
1. Fasilitator meminta peserta mengambil 10 biji bola ping pong warna oren dan
masukkan ke dalam bekas telur satu demi satu sambil membilang 1 – 10
2. Fasilitator meletakkan sebiji bola pingpong berwarna putih ke dalam bekas telur
yang satu lagi dan bilang satu demi satu sehingga sebelas
3. Fasilitator menerangkan bahawa sepuluh dan satu sama dengan sebelas sambil
menunjukkan kad angka
4. Fasilitator meletak sebiji lagi bola pingpong putih ke dalam bekas telur dan
membilang satu demi satu hingga dua belas.
5. Fasilitator menerangkan bahawa sepuluh dan dua sama dengan 12 sambil
menunjukkan kad angka 12
MATEMATIK 2009
12
11
62
MODUL LINUS
6. Langkah 5 diulang sehingga ke nombor 20.
7. Fasilitator menunjukkan kad secara rawak dan peserta diminta menyebut nombor
dengan jelas.
8. Peserta diminta suaikan kad gambar dengan kad angka.
Contoh :
CONTOH BAHAN
AKTIVITI 2: BOWLING
Bahan Yang Diperlukan: Tin kosong, kad angka 11-20, kotak dan bola tenis.
Tempoh Masa : 15 minit.
ARAHAN :
1. Fasilitator menyusun tin mengikut susunan piramid.
2. Fasilitator edarkan kad kepada peserta.
3. Peserta yang mendapat kad tampil ke hadapan dan berbaris mengikut turutan
nombor pada kad (1-8).
4. Setiap peserta diberi peluang untuk membuat 2 balingan.
MATEMATIK 2009
12
63
MODUL LINUS
5. Selepas balingan kedua, peserta diminta membilang tin yang jatuh satu demi satu
dan menyatakan jumlahnya.
6. Fasilitator memastikan peserta membilang dengan betul dan meminta peserta
mencatatkan jumlah dalam borang yang disediakan.
7. Peserta menyusun semula tin yang berselerak.’
8. Aktiviti ini diulang oleh peserta seterusnya.
9. Peserta yang menjatuhkan tin yang terbanyak dikira paling cekap.
Susunan tin
Garis balingan
Borang Peserta
Nama Bilangan Tin Yang Jatuh
MATEMATIK 2009 64
MODUL LINUS
10. Peserta diminta mengambil 10 tin.
11. Peserta diminta menampal nombor pada setiap tin dan masukkan tin-tin ke dalam
kotak.
12. Peserta diminta menyusun tin-tin tersebut mengikut turutan angka 11 hingga 20
secara menaik dan menurun.
13. Fasilitator mengeluarkan beberapa tin dan meminta peserta meletakkan semula tin
mengikut turutan nombor 11-20.
Lampiran
Gambar 1
MATEMATIK 2009
11 12 171613 14 15 18 19 20
11 13 1614 17 20
65
MODUL LINUS
Gambar 2
AKTIVITI 3: MENCARI JODOH
Bahan Yang Diperlukan: Kad Nombor Gantung, Kad Gambar ( mengikut bilangan nombor)
Tempoh Masa : 15 minit.
MATEMATIK 2009 66
MODUL LINUS
ARAHAN :
1. Fasilitator membahagikan peserta kepada kumpulan A dan B Setiap kumpulan
terdiri daripada 10 peserta.
2. Fasilitator membahagikan kad gambar kepada peserta kumpulan A dan kad angka
kepada peserta kumpulan B.
3. Fasilitator mengarahkan peserta kumpulan A menggantung kad gambar di bahagian
belakang badan dan menghadap garisan penamat.
4. Fasilitator mengarahkan peserta kumpulan B menggantung kad angka di bahagian
depan dan berdiri di garisan permulaan.
5. Apabila wisel dibunyikan, peserta daripada kumpulan B akan bergerak mencari
pasangannya yang berada dalam kumpulan A dan berlari terus ke garisan tamat.
6. Pasangan yang sampai ke garisan penamat dahulu adalah dikira sebagai
pemenang.
7. Fasilitator meminta peserta kumpulan B berdiri mengikut turutan nombor 11 – 20.
8. Peserta diminta menyebut nombor masing-masing dengan kuat.
MATEMATIK 2009
11
11 12 15
13
14 16 17 18 2019
67
MODUL LINUS
Garis Penamat
Kumpulan A
*kad ini mengandungi gambar mengikut jumlah 11 hingga 20
Kumpulan B
Garis Permulaan
MATEMATIK 2009
18 1213201516 1417 19 11
68
MODUL LINUS
AKTIVITI 4: BBM 1120
Bahan Yang Diperlukan: Tiada
Tempoh Masa : 30 minit.
ARAHAN:
1. Peserta dibahagi kepada beberapa kumpulan. (Mengikut kesesuaian antara 5 – 10
orang)
2. Setiap kumpulan diminta merancang dan menyediakan satu set alat bantu mengajar
yang sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran nombor 11 – 20.
MATEMATIK 2009 69
MODUL LINUS
UNIT 4
OPERASI
TAMBAH DALAM
LINGKUNGAN 18
MATEMATIK 2009 70
MODUL LINUS
UNIT 4 : OPERASI TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 18
MASA : 2 JAM
OBJEKTIF : Aktiviti-aktiviti berikut adalah untuk mendedahkan guru kepada strategi:
1. memperkenalkan konsep penambahan objek dua kumpulan atau
lebih.
2. mengira jumlah.
3. menggandakan dan menggenapkan nilai kepada 10.
4. mengira secara turutan menaik daripada suatu nombor.
KEMAHIRAN :
1. menyatu atau mengumpul 2 set objek dan mengira jumlah.
2. menunjuk, menyebut dan menulis ayat matematik yang melibatkan
penambahan.
AKTIVITI 1: JUTAWAN FAKIR
Bahan Yang Diperlukan: Sampul surat, 6 jenis gambar objek, kad simbol ( + , = ), kad
nombor ( 0 hingga 9), span hijau
Tempoh Masa : 10 minit
ARAHAN:
1. Fasilitator membahagikan peserta kepada 6 kumpulan dan melantik seorang ketua.
2. Fasilitator menyediakan 6 sampul surat yang berisi objek seperti pen, pensel,
pembaris atau pemadam.
3. Fasilitator mengedarkan satu sampul surat kepada setiap kumpulan.
4. Fasilitator meminta ketua kumpulan membuka sampul surat.
5. Fasilitator meminta ketua kumpulan mencari dua objek berdasarkan pada gambar
yang terdapat dalam sampul surat itu.
MATEMATIK 2009 71
MODUL LINUS
6. Fasilitator meminta setiap kumpulan mencari lagi objek yang sama dengan diiringi
muzik latar.
7. Fasilitator mengarahkan peserta berhenti mencari objek apabila muzik
diberhentikan. (5 saat )
8. Fasilitator meminta seorang wakil daripada setiap kumpulan tampil ke hadapan
dengan membawa kesemua objek yang dikumpul.
9. Fasilitator mengajukan soalan-soalan berikut kepada wakil kumpulan:
i) Berapakah bilangan objek yang anda ada pada mulanya?
ii) Berapakah bilangan objek yang dapat di tambah sekarang?
iii) Berapakah jumlah objek yang ada sekarang?
10. Fasilitator meminta ketua kumpulan menyebut ayat matematik. (2 dan 3 jadi 5)
11. Fasilitator menerangkan kepada peserta bahawa konsep penambahan adalah
proses pengumpulan atau penyatuan objek dan aktiviti yang telah dijalankan adalah
satu cara untuk memperkenalkan konsep ini kepada pelajar.
12. Fasilitator memperkenalkan simbol tambah dengan menggunakan kad simbol.
13. Fasilitator mengedarkan satu kad simbol kepada setiap kumpulan.
14. Fasilitator meminta semua ahli kumpulan menyentuh kad simbol tersebut.
15. Setiap ahli kumpulan menyusun kad nombor dan kad simbol berdasarkan objek
yang telah dikumpul.
16. Wakil kumpulan akan menulis ayat matematik di papan tulis.
17. Fasilitator mengumumkan pemenang berdasarkan jumlah objek yang terkumpul.
MATEMATIK 2009 72
MODUL LINUS
MATEMATIK 2009 73
MODUL LINUS
AKTIVITI 2: JOM MENGIRA
Bahan Yang Diperlukan : Kad dot (Lampiran 1), Lembaran kerja (Lampiran 2),
Tempoh Masa : 15 minit
ARAHAN:
1. Fasilitator menyediakan 1 set kad dot dan Lembaran kerja.
2. Fasilitator mengedarkan Lembaran kerja kepada setiap peserta.
3. Fasilitator menunjukkan kad dot pertama kepada peserta dan meminta peserta
membilang titik-titik yang terdapat pada kad tersebut.
4. Fasilitator meminta peserta menulis dan melukis bilangan titik tersebut di atas Jadual
A.
Contoh:
5. Fasilitator mengulangi langkah 3 dengan kad kedua.
6. Fasilitator meminta peserta membilang dan menulis jawapan pada Lembaran kerja.
7. Fasilitator mengulangi Langkah 3 hingga Langkah 6 dengan menggunakan kad-kad
dot yang lain.
8. Fasilitator menerangkan bahawa strategi ini adalah untuk mengajar tajuk
penambahan dan peserta boleh menambah bilangan kad dot mengikut keperluan
kelas.
MATEMATIK 2009 74
MODUL LINUS
Lampiran 1
MATEMATIK 2009 75
MODUL LINUS
MATEMATIK 2009 76
MODUL LINUS
MATEMATIK 2009 77
MODUL LINUS
MATEMATIK 2009 78
MODUL LINUS
Lampiran 2
LEMBARAN KERJA
BIL TULIS LUKIS
1.
Contoh:
3 + 4 = 7
2.
3.
4.
5.
MATEMATIK 2009 79
MODUL LINUS
CADANGAN JAWAPAN
LEMBARAN KERJA
BIL SEBUT TULIS LUKIS
1. Tiga tambah empat
sama dengan tujuh
Contoh:
3 + 4 = 7
2. Satu tambah lima sama
dengan enam
1 + 5 = 6
3.
Tujuh tambah dua sama
dengan sembilan
7 + 2 = 9
4. Sifar tambah empat
sama dengan empat
0 + 4 = 4
5. Tiga tambah tiga sama
dengan enam
3 + 3 = 6
MATEMATIK 2009 80
MODUL LINUS
AKTIVITI 3: PEMBILANG INTERAKTIF
Bahan Yang Diperlukan : Pembilang Interaktif,
Tempoh Masa : 15 minit
ARAHAN:
1. Fasilitator menyediakan Pembilang Interaktif untuk setiap kumpulan.
2. Fasilitator menulis ayat matematik berikut di papan tulis:
3. Fasilitator menerangkan cara penggunaan pembilang interaktif kepada peserta.
( i ) sebutkan ayat matematik 8 + 5 = ?
( ii ) tangan kiri pegang hujung pembilang seperti gambar dibawah .
( iii ) tolak manik dari hujung satu persatu sehingga 8 biji. Minta peserta
sebut nombor sambil menolak manik
MATEMATIK 2009
8 + 5 =
81
MODUL LINUS
( iv ) tolak lagi lima biji manik
( v ) minta peserta mengira semua manik yang ditolak itu.
( vi ) sebut semula ayat matematik yang lengkap
4. Fasilitator memberikan peserta soalan operasi tambah.
Contoh :
a. 7 + 4 = ___________
b. 6 + 8 =. ___________
c. 7 + 7 = ___________
5. Fasilitator mengulangi langkah 3 untuk soalan yang berikutnya.
MATEMATIK 2009
8 + 5 = 13
82
MODUL LINUS
AKTIVITI 4: SAHAM NAIK!
Bahan Yang Diperlukan : Kerusi ( 20 ) , Kad Nombor, Garis Nombor dan bendera,
pencungkil gigi (Lampiran 3), Lembaran kerja (lampiran 4),
Tempoh Masa : 10 minit
ARAHAN:
1. Fasilitator menulis ayat matematik berikut di papan tulis:
2. Fasilitator menyusun kerusi secara memanjang. Dan melabelkan setiap kerusi
dengan kad nombor mengikut urutan 1 hingga 20
3. Fasilitator meminta seorang peserta duduk di kerusi nombor 8.
4. Fasilitator meminta peserta tersebut bergerak dari satu kerusi ke satu kerusi , 5
kerusi ke kanan sambil menyebut 1, 2, 3, 4, 5. Nombor yang terakhir adalah
jawapannya.
5. Fasilitator meminta peserta menulis ayat matematik.
6. Fasilitator meminta peserta menyebut ”lapan tambah lima sama dengan tiga belas
belas”.
7. Fasilitator menulis ayat matematik berikut di papan tulis:
8. Fasilitator mengedarkan Lampiran 3 kepada setiap kumpulan.
9. Fasilitator meminta peserta menggunting gambar bendera kecil dan melekatkan
bendera tersebut pada pencungkil gigi kemudian meletakkan pada kedudukan
nombor 5.
10. Fasilitator meminta peserta menggerakkan bendera sebanyak 9 langkah ke kanan
sambil menyebut menyebut 1, 2, 3, 4, 5, 6,7, 8 , 9. Nombor yang terakhir adalah
jawapannya.
11. Fasilitator meminta peserta menulis ayat matematik.
MATEMATIK 2009
8 + 5 = 13
5 + 9 = 14
83
MODUL LINUS
12. Fasilitator meminta peserta menyebut ”lima tambah sembilan sama dengan
empat belas”.
13. Fasilitator meminta peserta untuk melengkapkan Lembaran kerja.
14. Fasilitator menerangkan kepada peserta bahawa strategi ini dapat membantu pelajar
menguasai proses penambahan dengan mengira secara menaik daripada suatu
nombor.
Cadangan Bahan Bantu
Nama Bahan Bantu : Kereta Api LINUS PERMAI
Bahan Yang Diperlukan : Bekas telur, manik, nombor 1 – 20, Polistrin, gam air,
gam UHU
MATEMATIK 2009 84
MODUL LINUS
Lampiran 3
MATEMATIK 2009 85
MODUL LINUS
Lampiran 4
LEMBARAN KERJA
BIL SOALAN LUKIS
1.
Contoh:
5 + 6 = 11
2. 3 + 9 =
3. 8 + 6 =
4. 9 + 9 =
5. 6 + 9 =
CADANGAN JAWAPAN
LEMBARAN KERJA
MATEMATIK 2009
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 14 1512 13
86
MODUL LINUS
BIL SOALAN LUKIS
1.
Contoh:
5 + 6 = 11
2. 3 + 9 = 12
3. 8 + 6 = 14
4. 9 + 9 = 18
5. 6 + 9 = 15
AKTIVITI 5: CERITAKU CERITAMU
Bahan Yang Diperlukan : Gambar pemandangan (Lampiran 5a,5b,5c), gambar objek
(Lampiran 6)
Tempoh Masa : 10 minit
MATEMATIK 2009
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
7 8 9 10 11 12 13 14
8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18
5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
87
Dalam sebuah taman, terdapat 3 batang pokok bunga matahari
dan 2 batang pokok bunga mawar. Jumlah pokok bunga yang
terdapat di taman ialah 5 batang pokok bunga kesemuanya.
MODUL LINUS
ARAHAN:
1. Fasilitator menyediakan gambar pemandangan dan gambar objek.
2. Fasilitator mengedarkan satu salinan Lampiran 5a, Lampiran 5b, Lampiran 5c dan
Lampiran 6 kepada setiap kumpulan.
3. Fasilitator meminta setiap kumpulan menghiaskan gambar pemandangan
menggunakan keratan-keratan gambar objek.
4. Fasilitator meminta setiap kumpulan menghasilkan satu cerita menggunakan ayat
matematik berdasarkan gambar yang telah mereka hasilkan dalam Langkah 3.
Contoh:
5. Fasilitator meminta setiap kumpulan membaca salah satu cerita yang telah dihasilkan.
6. Fasilitator berbincang dengan peserta bagaimana strategi ini boleh dilaksanakan di
kelas.
MATEMATIK 2009
Lampiran 5a
88
MODUL LINUS
MATEMATIK 2009 89
MODUL LINUS
Lampiran 5b
MATEMATIK 2009 90
MODUL LINUS
Lampiran 5c
MATEMATIK 2009 91
MODUL LINUS
Gunting dan tampalkan di lampiran 5a, 5b dan 5c .
AKTIVITI 6: TUGAS SAYA TUGAS ANDA
Bahagian A : Bina pembilang Interaktif
MATEMATIK 2009 92
MODUL LINUS
Bahan Yang Diperlukan : 20 set pembilang asal, 100 jejari basikal
Tempoh Masa : 20 minit
ARAHAN:
1. Fasilitator membahagikan peserta kepada 6 kumpulan.
2. Fasilitator memberi setiap peserta 1 batang jejari basikal dan 20 biji manik
( contoh : 10 biji warna hijau dan 10 biji warna merah )
3. Fasilitator menerangkan cara membuat Pembilang Interaktif.
( i ) Masukkan 10 biji manik sama warna ke dalam jejari basikal
( ii ) Masukkan lagi 10 biji manik warna lain
( iii ) Ketatkan skru hujung jejari basikal supaya manik tidak terburai.
Bahagian B :Meneroka CD perisian matematik dan latihan matematik
berasaskan ”interaktif web” .
MATEMATIK 2009 93
MODUL LINUS
Bahan Yang Diperlukan : CD perisian, Laptop, sambungan internet.
Tempoh Masa : 40 minit
ARAHAN :
1. Fasilitator membekalkan CD perisian kepada setiap kumpulan.
2. Fasilitator membantu peserta memasang perisian dan memulakan penerokaan.
3. Kandungan CD
( 3.1 ) Setup Bowling
( 3.2 ) Setup Counting Frame
( 3.3 ) Setup addition
( 3.4 ) Setup math draw
( 3.5 ) Setup sebran ( 1 + 2 Rain )
( 3.6 ) Worksheet Generator
( 3.7 ) Latihan Interaktif tambah lingkungan 10
( 3.8 ) Matematik Interaktif web based ( http://www.uluskum.net/remedial)
MATEMATIK 2009 94
MODUL LINUS
UNIT 5
OPERASI TOLAK
(DALAM
LINGKUNGAN 10)
UNIT 5 : OPERASI TOLAK (DALAM LINGKUNGAN 10)
MASA : 2 JAM
MATEMATIK 2009 95
MODUL LINUS
OBJEKTIF : Aktiviti-aktiviti berikut adalah untuk mendedahkan guru kepada strategi :
1. mendedahkan guru kepada strategi pengenalan konsep kepada murid.
2. memperkenalkan simbol ’tolak’ kepada murid.
3. mengajar konsep tolak secara pengurangan, pengasingan, dan
perbandingan kepada murid dengan berkesan.
KEMAHIRAN : Konsep Penolakan
AKTIVITI 1: TOLAK DIA!
Bahan Yang Diperlukan: 10 kotak hadiah mengandungi arahan aksi bernombor 1 hingga 10,
70 sampul surat, kad nombor 1 hingga 10, 70 salinan lirik lagu
Sepuluh Budak Hitam, 1 komputer riba (atau pilihan: radio kaset /
CD lagu)
Tempoh Masa : 15 Minit
ARAHAN:
1. Fasilitator mempamerkan sepuluh kotak hadiah bernombor 1 hingga 10 di atas meja
di hadapan peserta.
2. Fasilitator mengedarkan satu sampul surat kepada setiap peserta.
3. Fasilitator meminta peserta membuka sampul surat masing-masing.
4. Fasilitator meminta peserta yang mendapat sampul surat yang mempunyai kad
nombor 1 hingga 10 untuk tampil ke hadapan.
5. Fasilitator mengarahkan peserta-peserta yang mempunyai kad nombor 1 hingga 10
untuk membuka kotak hadiah masing-masing dan membaca arahan aksi.
6. Fasilitator memperdengarkan lagu Sepuluh Budak Hitam kepada semua peserta.
7. Fasilitator meminta semua peserta menyanyi bersama-sama berdasarkan lirik lagu
yang disertakan di dalam sampul surat.
8. Fasilitator meminta peserta nombor 10 untuk melakukan aksi pertama dan diikuti
peserta seterusnya mengikut lirik lagu.
9. Fasilitator mengarahkan setiap peserta yang telah melakukan aksi untuk bergerak
balik ke tempat masing-masing.
10. Di akhir lakonan dan nyanyian, peserta diberi penegasan: 10 budak hitam akan
berkurangan seorang demi seorang sehingga tiada yang tinggal lagi.
MATEMATIK 2009 96
MODUL LINUS
CONTOH BAHAN
CONTOH LAGU
MATEMATIK 2009 97
MODUL LINUS
Sepuluh Budak Hitam
A. Romzi
Sepuluh budak hitam
Main tepi jalan
Satu kena langgar
Yang tinggal sembilan
Sembilan budak hitam
Main di atas papan
Satu sudah jatuh
Yang tinggallah lapan
( korus 1 )
Lapan budak hitam
Makan sangat gelojoh
Satu senak perut
Yang tinggallah tujuh
Tujuh budak hitam
Main tanam-tanam
Satu sudah lemas
Yang tinggallah enam
Enam budak hitam
Makan buah kurma
Satu tercekik biji
Yang tinggallah lima
Lima budak hitam
Main lompat-lompat
Satu patah kaki
Yang tinggallah empat
( roll )
Empat budak hitam
Main tepi telaga
Satu jatuh dalam
Yang tinggallah tiga
Tiga budak hitam
Usik lembu tua
Satu kena tanduk
Yang tinggallah dua
( korus 2 )
Dua budak hitam
Main pula baling batu
Satu kena kepala
Yang tinggallah satu
Satu budak hitam
Sangat susah hati
Dia tak makan
Sehinggalah mati
AKTIVITI 2: TOLAK BANDINGAN
Bahan Yang Diperlukan: 2 buah sarang telur, 20 biji bola ping pong (boleh digantikan
MATEMATIK 2009 98
MODUL LINUS
dengan bahan lain seperti pelekat berwarna dan kad manila.)
Tempoh Masa : 10 Minit
ARAHAN:
1. Fasilitator membahagikan peserta kepada 7 kumpulan.
2. Fasilitator memberi satu set bahan sarang telur dan bola ping pong kepada setiap
kumpulan
3. Fasilitator meminta setiap kumpulan menyatakan bilangan bola ping pong yang ada
dalam sarang telur A dan sarang telur B.
4. Fasilitator meminta setiap kumpulan untuk membandingkan bilangan bola ping pong
di dalam sarang telur A dan sarang telur B.
”Bandingkan bola ping pong di dalam sarang telur A dengan sarang telur B.
Nyatakan perbezaannya.”
5. Fasilitator menerangkan bahawa selain pengurangan, penolakan juga boleh
dilakukan dengan perbandingan.
6. Fasilitator mengulangi langkah ketiga dengan menggantikan bilangan bola ping pong
yang lain.
Contoh:
Kumpulan A mempunyai 6 biji bola ping pong
Kumpulan B mempunyai 4 biji bola ping pong.
CONTOH BAHAN
MATEMATIK 2009
A
B
99
MODUL LINUS
AKTIVITI 3: ORANG ASING
MATEMATIK 2009 100
MODUL LINUS
(PERMAINAN MENGASINGKAN OBJEK)
Bahan Yang Diperlukan : Bentuk : 10 bulat, 10 segiempat sama
Saiz : 10 biji bola getah besar, 10 biji bola getah kecil
Warna : 10 biji epal merah, 10 biji epal hijau
Jenis : 10 buah kereta mainan, 10 buah lori mainan
Bakul / kotak lutsinar
Tempoh Masa : 15 minit
ARAHAN:
1. Fasilitator menyediakan peralatan untuk 4 stesen :
Stesen A : Mengasing mengikut saiz
Stesen B : Mengasing mengikut bentuk
Stesen C : Mengasing mengikut warna
Stesen D : Mengasing mengikut jenis
2. Fasilitator membahagikan peserta kepada 4 kumpulan.
3. Fasilitator mengingatkan setiap kumpulan supaya bergerak mengikut jadual.
Contoh: Kumpulan I : A B C D
Kumpulan II : B C D A
Kumpulan III : C D A B
Kumpulan IV : D A B C
4. Fasilitator menerangkan kepada setiap kumpulan aktiviti pengasingan di setiap
stesen.
Contoh: Dalam stesen C terdapat 10 biji epal. 7 epal merah dan 3 epal hijau.
Epal merah lebih empat daripada epal hijau
atau
Epal hijau kurang empat daripada epal merah.
5. Fasilitator meminta setiap kumpulan bergerak mengikut jadual sehingga habis.
6. Fasilitator menjemput setiap kumpulan untuk menerangkan proses pengasingan
yang dilakukan semasa di setiap stesen.
7. Fasilitator menjemput setiap kumpulan untuk menerangkan proses pengasingan
yang dilakukan semasa di setiap stesen.
AKTIVITI 4: SIMBOL DAN SIMPUL
MATEMATIK 2009 101
MODUL LINUS
Bahan Yang Diperlukan: kad-kad pelbagai simbol, lembaran kertas simbol tolak dalam
pelbagai kedudukan, gunting, gam, kad manila.
Tempoh Masa : 5 minit
ARAHAN:
1. Fasilitator melekatkan pelbagai kad simbol di papan putih.
2. Fasilitator meminta peserta memilih kad simbol tolak yang betul.
3. Fasilitator membahagikan peserta kepada 10 kumpulan.
4. Fasilitator mengedarkan lembaran kertas simbol tolak dalam pelbagai kedudukan
kepada setiap kumpulan.
5. Fasilitator mengarahkan setiap kumpulan untuk menggunting dan menampalkan
gambar simbol-simbol tolak mengikut kedudukan simbol tolak yang betul pada kad
manila.
Contoh:Lembaran Kertas Simbol Tolak Pelbagai Kedudukan.
6. Fasilitator menjemput wakil daripada setiap kumpulan mempamerkan hasil kerja
mereka di hadapan dan menerangkannya.
AKTIVITI 5: PENULIS MATEMATIK
MATEMATIK 2009 102
MODUL LINUS
Bahan Yang Diperlukan: Set bahan cerita ( satu keping gambar taman – lampiran 5.5a), 10
keping gambar haiwan (lampiran 5.5b), 1 kad cerita berpandu
(lampiran 5.5c), 1 kad ayat matematik (lampiran – 5.5d), 1 kad
nombor garis (lampiran 5.5e)
Tempoh Masa : 15 minit
ARAHAN:
1. Fasilitator membantu peserta membayangkan situasi di taman.
Bayangkan anda berada di sebuah taman yang cantik. Terdapat pokok-pokok hijau,
bunga-bunga dan sebuah kolam yang jernih airnya. Keluarkan makanan dan panggil
kucing-kucing yang berada di taman itu.10 ekor kucing telah datang dan diberi
makan. Selepas makan kucing-kucing itu menuju ke kolam untuk minum air. Tiba-tiba
tiga ekor kucing telah tergelincir dan jatuh ke dalam kolam.Sekarang tinggallah tujuh
ekor kucing sahaja.
2. Fasilitator meminta setiap kumpulan melengkapkan kad cerita berpandukan gambar
yang diberi.
3. Fasilitator meminta setiap kumpulan membaca cerita yang telah dlengkapkan.
4. Fasilitator mengarahkan setiap kumpulan melengkapkan kad ayat matematik
berdasarkan kepada gambar dan cerita yang telah dibuat.
5. Peserta menyemak semula jawapan secara menambah bilangan kucing yang jatuh
ke dalam kolam dengan bilangan kucing yang masih tinggal.
6. Fasilitator membahagikan peserta kepada tujuh kumpulan. Setiap kumpulan
mempunyai sepuluh orang ahli.
7. Fasilitator mengedarkan set bahan cerita kepada setiap kumpulan.
8. Peserta diminta mengarang cerita sendiri dan mengulang aktiviti seperti yang
ditunjukkan dari aktiviti 2 hingga 5.
9. Hanya satu kumpulan akan dipilih untuk membuat pembentangan selama 2 minit.
Pemilihan dibuat secara mencabut undi. Peserta yang lain diminta memberi respon.
Lampiran 5.5a Kad Gambar Taman
MATEMATIK 2009 103
MODUL LINUS
Lampiran 5.5b : Gambar Haiwan
Lampiran 5.4c : Kad Cerita
KAD CERITA
Di sebuah taman ada___________ ekor kucing. Tiba-tiba _____________ekor
kucing terjatuh ke dalam kolam. Tinggal ________________ ekor kucing di taman
itu.
Lampiran 5.4d : Kad Ayat Matematik
MATEMATIK 2009 104
MODUL LINUS
Kad Ayat Matematik (tambah)
Lampiran 5.4e : Kad Garis Nombor
AKTIVITI 6: HASIL KERJAKU
MATEMATIK 2009
KAD AYAT MATEMATIK
KAD AYAT MATEMATIK
KAD AYAT MATEMATIK
KAD AYAT MATEMATIK
0 8 9 104 5 6 71 2 3
105
MODUL LINUS
Bahan yang diperlukan: (Berdasarkan aktiviti yang dirancang)
Tempoh Masa : 1 jam
ARAHAN:
1. Fasilitator membahagikan peserta kepada tujuh kumpulan. Setiap kumpulan terdiri
daripada sepuluh orang ahli.
2. Fasilitator meminta setiap kumpulan merancang satu aktiviti yang melibatkan
pengajaran konsep penolakan.
3. Setiap kumpulan diberikan masa selama 20 minit untuk menyiapkannya.
4. Fasilitator memperuntukkan 5 minit untuk setiap kumpulan membentangkan hasil
kerja mereka.
CADANGAN AKTIVITI:
Berikut adalah beberapa cadangan aktiviti yang boleh digunakan untuk mengajar konsep
penolakan.
1. Permainan Boling
2. Bola Beracun
3. Kerusi Muzik
4. Permainan video ICT
5. Kotak Beracun
6. Ayam dan musang
7. Membaling gelung getah ke dalam skitel
8. Pertandingan garis nombor
9. Abakus
10. Persembahan PowerPoint.
MATEMATIK 2009 106
MODUL LINUS
UNIT 6
WANG
UKURA
N MASA
UNIT 6 : WANG, MASA DAN WAKTU, BENTUK DAN RUANG, UKURAN
MATEMATIK 2009 107
MODUL LINUS
MASA : 2 JAM
OBJEKTIF : Aktiviti-aktiviti berikut adalah untuk mendedahkan guru kepada strategi :
1. memperkenalkan mata wang Malaysia.
2. merekodkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan pada waktu yang
ditetapkan dalam tempoh seminggu.
3. membanding dan mengukur beberapa objek.
4. mengenal bentuk-bentuk 2-D dan 3-D.
KEMAHIRAN :
1. mengenal ciri-ciri keselamatan wang Malaysia.
2. merekod aktiviti dalam seminggu.
3. membezakan ukuran bagi dua objek atau lebih menggunakan
perkataan ’lebih daripada’ ’kurang daripada’ atau ’sama dengan’
4. Membina dan menamakan bentuk-bentuk 2-D dan 3-D
AKTIVITI 1: WANG OH WANG
MATEMATIK 2009 108
MODUL LINUS
Bahan Yang Diperlukan: LCD, slaid power point , wang kertas dan wang syiling sebenar
Tempoh Masa : 15 minit
ARAHAN:
1. Fasilitator memaparkan slaid wang kertas dan duit syiling yang berbeza nilainya.
(Paparan slaid adalah wang kertas yang tidak lengkap dan permukaan duit syiling
yang pudar.)
2. Fasilitator meminta peserta untuk mengenalpasti nilai wang berdasarkan ciri-ciri
yang terdapat pada keratan wang yang dipaparkan dan menulis nilainya pada
Lampiran Aktiviti 1(a).
3. Fasilitator berbincang jawapan dengan peserta.
( RM5, RM1, RM50 , RM10, syiling 20 sen, 1 sen, 50 sen, 5 sen dan 10 sen )
4. Fasilitator meminta peserta mengeluarkan wang RM10 dan menyatakan ciri-ciri
keselamatan yang ada pada wang tersebut.
5. Fasilitator meminta peserta mencatat ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada wang
kertas RM10 ke dalam Lampiran Aktiviti 1(b).
LAMPIRAN AKTIVITI 1 (a)
MATEMATIK 2009 109
MODUL LINUS
Tuliskan nilai wang berdasarkan slaid yang telah dipaparkan.
1. ________________ 2. ________________
3. ________________ 4. ________________
5. ________________ 6. ________________
7. ________________ 8. ________________
9. ________________
CADANGAN JAWAPAN
1. RM5 2. RM1 3. RM50
4. RM10 5. 20 sen 6. 1 sen
7. 50 sen 8. 5 sen 9. 10 sen
LAMPIRAN AKTIVITI 1 (b)
MATEMATIK 2009 110
MODUL LINUS
Ciri-ciri keselamatan wang kertas RM10.
1._________________________________________________________________
__________________________________________________________________
___________________________________________________________________
2._________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
3._________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
4._________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
5._________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
6._________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
CADANGAN JAWAPAN
(NOTA FASILITATOR)
MATEMATIK 2009 111
MODUL LINUS
MATEMATIK 2009
1
5
2
4
36
1
5
5
5
Pandangan hadapan
Pandangan belakang
112
MODUL LINUS
1. Potret Tanda Bayang Imej samar-samar Potret Yang di-Pertuan Agong Pertama
boleh dilihat pada petak kosong di sebelah kiri wang kertas, sekiranya ditatap pada
cahaya. Imej daripada cahaya ini bercorak 3 dimensi dengan alunan warna gelap
dan terang yang berbeza-beza dalam keadaan lembut dan berbayang, tanpa garisan
luar yang nyata. Di bahagian bawah potret tanda bayang ini terdapat angka
berkaitan.Sebagai contoh, angka 10 dipaparkan untuk denominasi RM10.
2. Benang Keselamatan Benang keselamatan ini ditenun di permukaan sebelah
belakang wang kertas. Apabila dilihat pada cahaya,benang ini kelihatan seperti satu
garisan lurus yang kehitaman dengan huruf dan nombor yang berkaitan dicetak
berulang kali. Sebagai contoh, “BNM RM10” dicetak berulang kali pada wang kertas
denominasi RM10.
3. Ciri-ciri LEAD di sebelah kanan wang kertas RM10, terdapat jalur hologram yang
berkilau. Jalur hologram ini mengandungi 3 perkara,iaitu:– Imej yang sama dengan
yang terdapat di sebelah kanan potret Yang di-Pertuan Agong Pertama
– Imej yang menunjukkan angka denominasi (contoh RM10)
– Imej huruf-huruf “BNM”
4. Ciri-ciri PEAK ini terdapat di bahagian tengah wang kertas. Apabila dilihat dari sudut
yang berlainan pula, angka denominasi boleh dilihat di pertengahan kotak. Sebagai
contohnya, angka 10 dicetak untuk wang kertas denominasi RM10.
5. Tanda Pandang Telus Bunga raya di bahagian atas dan bawah wang kertas adalah
serupa di kedua-dua belah permukaan (depan dan belakang) wang kertas.
6. Cetakan Intaglio Potret Yang di-Pertuan Agong Pertama,nombor denominasi corak
dan perkataan‘BANK NEGARA MALAYSIA’ adalah dicetak dengan beberapa lapisan
dakwat halus untuk menghasilkan kesan timbul.
CIRI-CIRI KESELAMATAN DUIT SYILING
MATEMATIK 2009 113
MODUL LINUS
Ciri-ciri keselamatan yang diterapkan pada duit syiling ialah terdapatnya ukiran timbul pada
reka bentuk, kelilingnya yang bergerigi dengan nombor dan karektor pada muka hadapan
dan belakang. Jika duit syiling dijatuhkan pada permukaan yang keras, maka bunyi
berdering akan kedengaran. Anda juga boleh memeriksa warna duit syiling tersebut untuk
memastikan warnanya sama dan serata.
(Rujukan : http://www.bnm.gov.my)
AKTIVITI 2: CUTI-CUTI MALAYSIA
Bahagian A
Bahan Yang Diperlukan: kertas mahjong, marker pen.
Tempoh Masa : 15 minit
ARAHAN:
1. Fasilitator membahagikan peserta kepada kumpulan yang terdiri daripada 6 hingga 8
orang dan melantik seorang ketua.
2. Fasilitator meminta peserta mencatatkan aktiviti-aktiviti berpandukan situasi yang
diberi dalam Lampiran Aktiviti 2 pada kertas mahjong.
3. Fasilitator memperuntukkan 7 minit untuk setiap kumpulan melengkapkan aktiviti
dan selepas itu membentangkan hasil tugasan masing-masing.
4. Fasilitator bersoal jawab dengan peserta tentang waktu dalam sehari dan hari
dalam seminggu berdasarkan hasil pembentangan.
MATEMATIK 2009 114
MODUL LINUS
LAMPIRAN AKTIVITI 2
Situasi
Anda dan keluarga telah melancong ke satu tempat yang menarik selama seminggu.
Catatkan segala aktiviti berdasarkan hari dan waktu yang dinyatakan.
Melancong ke ………………………………………………………………………………
MATEMATIK 2009
WAKTU
HARI
PAGI TENGAHARI PETANG MALAM
AHAD
ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
SABTU
115
MODUL LINUS
Bahagian B
Bahan Yang Diperlukan: Kad situasi.
Tempoh Masa : 10 minit
ARAHAN:
1. Fasilitator membahagikan peserta kepada kumpulan yang terdiri daripada 6 hingga 8
orang dan melantik seorang ketua.
2. Fasilitator mengedarkan satu kad situasi kepada setiap kumpulan.
3. Fasilitator meminta setiap kumpulan untuk membina dialog berdasarkan kad situasi
tersebut.
4. Fasilitator memperuntukkan 3 minit kepada setiap kumpulan untuk menyiapkan
tugasan ini.
5. Fasilitator mengingatkan bahawa dialog yang dibina mestilah menyatakan tarikh,
hari dan waktu.
6. Fasiltator meminta wakil setiap kumpulan untuk melakonkan dialog tersebut.
MATEMATIK 2009 116
MODUL LINUS
Situasi.
AKTIVITI 3 (a): TINGGI RENDAH
MATEMATIK 2009
Di kaunter tiket terminal Lapangan Terbang
Tempahan tiket bas di kaunter
Membuat laporan kemalangan jalan raya di balai polis
Tempahan tempat penginapan di hotel
Membuat temujanji rawatan hospital
Perbualan telefon untuk membuat temujanji
117
MODUL LINUS
Bahan Yang Diperlukan: Tiada
Tempoh Masa : 10 minit
ARAHAN:
1. Fasilitator membahagikan peserta kepada kumpulan yang terdiri daripada 6 hingga 8
orang dan melantik seorang ketua.
2. Fasilitator meminta peserta berbaris dalam satu barisan mengikut kumpulan.
3. Fasilitator mengarahkan peserta yang tinggi ke kiri dan yang rendah ke kanan.
4. Fasilitator meminta ketua kumpulan merekodkan nama guru mengikut ketinggian
paling tinggi dan paling rendah ke dalam Lampiran Aktiviti 3.
5. Fasilitator mengulangi arahan (2) di atas mengikut timbangan berat dan membuat
catatan ke dalam jadual.
6. Fasilitator meminta ketua kumpulan untuk membuat rumusan dan pembentangan
hasil keputusan jadual kumpulan masing-masing.
LAMPIRAN AKTIVITI 3 ( TINGGI RENDAH )
MATEMATIK 2009 118
MODUL LINUS
Nama Kumpulan : _____________________________________________
Nama Pencatat : _____________________________________________
Arahan : Lengkapkan jadual berikut.
Bil. Kategori Nama Peserta Ukuran / Timbangan
1. Ukuran paling tinggi
2. Ukuran paling rendah
3. Paling berat
4. Paling kurang berat
AKTIVITI 3(b): JOM MINUM
MATEMATIK 2009 119
MODUL LINUS
Bahan Yang Diperlukan: 4 botol berisi air minuman dan gelas (mengikut bilangan peserta
dalam kumpulan).
Tempoh Masa : 15 minit
ARAHAN:
1. Fasilitator membahagikan peserta kepada empat kumpulan dan melantik seorang
ketua.
2. Fasilitator menyediakan satu botol berisi air minuman kepada setiap kumpulan.
3. Fasilitator memberikan arahan kepada 2 kumpulan untuk menuangkan air daripada
botol berisi air minuman dengan memenuhkan gelas tersebut.
Manakala 2 kumpulan lagi menuangkan air daripada botol berisi air minuman
dengan membahagikan sama rata sukatan air kepada semua ahli kumpulan.
4. Fasilitator meminta wakil daripada setiap kumpulan untuk menunjukkan hasil
sukatan air yang diperolehinya.
5. Fasilitator mempamerkan hasil sukatan air yang diperolehi dengan melihat
persamaan dan perbezaan kuantiti air daripada setiap kumpulan.
6. Fasilitator meminta ketua kumpulan yang membahagikan sukatan air sama rata
menyukat isipadu air dalam setiap gelas menggunakan silinder penyukat dan
dapatkan bacaannya.
7. Fasilitator membuat ulasan berdasarkan hasil aktiviti tersebut.
AKTIVITI 4: KENALI DAKU
MATEMATIK 2009 120
MODUL LINUS
Bahan Yang Diperlukan : Doh
Tempoh Masa : 15 minit
ARAHAN:
1. Fasilitator membahagikan peserta kepada kumpulan yang terdiri daripada 6 hingga 8
orang dan melantik seorang ketua.
2. Fasilitator mengedarkan doh kepada setiap kumpulan.
3. Fasilitator meminta setiap kumpulan membina bentuk-bentuk 3-D menggunakan doh
selama 7 minit dan menamakan bentuk-bentuk doh tersebut.
4. Fasilitator meminta wakil peserta daripada setiap kumpulan untuk menunjukkan
bentuk bentuk yang disebutkan oleh fasilitator.
5. Fasilitator meminta peserta melengkapkan jadual Lampiran Aktiviti 4(a) yang
disertakan dan merekodkan bilangan satah dan bucu yang terdapat pada bentuk-
bentuk berikut:
- kubus
- kuboid
- kon
- piramid
- silinder
- sfera
6. Fasilitator membincangkan jawapan bersama peserta.
7. Seterusnya, fasilitator meminta peserta melukis permukaan 2-D berdasarkan bentuk
3-D tadi, pada Lampiran Aktiviti 4(b) yang disediakan.
8. Fasilitator membincangkan jawapan bersama-sama peserta.
LAMPIRAN AKTIVITI 4(a)
MATEMATIK 2009 121
MODUL LINUS
Nama kumpulan : ___________________________________________________
Nama pencatat : ___________________________________________________
Arahan : Lengkapkan jadual berikut.
Bil. Bentuk 3-D Bilangan
Satah Bucu
1. Kubus
2. Kuboid
3. Kon
4. Piramid
5. Silinder
6. Sfera
MATEMATIK 2009 122
MODUL LINUS
CADANGAN JAWAPAN AKTIVITI 4(a)
Bil. Bentuk 3-D
Bilangan
Satah Bucu
1. Kubus 6 8
2. Kuboid 6 8
3. Kon 1 1
4. Piramid 5 5
5. Silinder 2 0
6. Sfera 0 0
MATEMATIK 2009 123
MODUL LINUS
LAMPIRAN : GAMBAR DOH
RESIPI MEMBUAT DOH.
Bahan Yang Diperlukan:
1 kg tepung gandum
1 cawan garam halus
1 cawan minyak masak
3 cawan air
Pewarna Buncho
Cara-Cara Membuat Doh:
1. Gaulkan tepung gandum dengan garam.
2. Masukkan minyak dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan 2 cawan air dan uli sehingga menjadi doh.
4. Sekiranya doh masih keras, tambahkan air daripada cawan yang ketiga sedikit
demi sedikit.
5. Warnakan doh ikut citarasa.(simpan dalam bekas bertutup) - tahan 6 bulan.
MATEMATIK 2009 124
MODUL LINUS
LAMPIRAN AKTIVITI 4 ( B )
Arahan : Lukiskan bentuk 2-D yang terdapat pada bentuk 3-D berikut.
kubus kon
kuboid
piramid
MATEMATIK 2009 125
MODUL LINUS
CADANGAN JAWAPAN
kubus kon
kuboid
piramid
MATEMATIK 2009 126
MODUL LINUS
AKTIVITI 5: JANGAN ! JANGAN TIDUR LAGI!
Bahan Yang Diperlukan : Manila kad, “marker pen”, kertas A4 dan bahan maujud
(disediakan oleh peserta mengikut kesesuaian)
Tempoh Masa : 40 minit
ARAHAN:
1. Fasilitator membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada
6 hingga 8 orang. Setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang ketua.
2. Fasilitator memberi tugasan kepada ketua kumpulan mengikut tajuk dan kemahiran
yang ditetapkan berpandukan aktiviti yang telah dilaksanakan iaitu:
Kumpulan 1 dan 5 : Wang
Kumpulan 2 dan 6 : Masa dan Waktu
Kumpulan 3 dan 7 : Bentuk dan Ruang
Kumpulan 4 dan 8 : Ukuran
3. Fasilitator mengagihkan manila kad, “marker pen” dan kertas A4 kepada setiap
kumpulan.
4. Fasilitator meminta setiap kumpulan untuk merancangkan satu aktiviti P&P yang
dapat dilakukan dalam bilik darjah berdasarkan tajuk-tajuk yang telah dibincangkan
dalam kursus ini.
5. Fasilitator memperuntukkan 15 minit untuk peserta-peserta berbincang dan 5 minit
untuk beberapa kumpulan membentangkan hasil tugasan.
6. Semasa pembentangan kumpulan peserta-peserta dari kumpulan lain digalakkan
untuk memberi teguran dan penambahbaikan terhadap aktiviti yang telah
dicadangkan.
MATEMATIK 2009 127
MODUL LINUS
BIBLIOGRAFI
1. http://www.bnm.gov.my
MATEMATIK 2009 128

More Related Content

What's hot

rekod-keluar-masuk-alatan-sukan
rekod-keluar-masuk-alatan-sukanrekod-keluar-masuk-alatan-sukan
rekod-keluar-masuk-alatan-sukanJosue Ting
 
Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan MalaysiaAnjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Muhammad Affrini Azim Zahari
 
Kertas kerja menaiktaraf infrastruktur sekolah
Kertas kerja menaiktaraf infrastruktur sekolahKertas kerja menaiktaraf infrastruktur sekolah
Kertas kerja menaiktaraf infrastruktur sekolah
NORILYANABINTIMDARIF
 
Soal selidik minat sejarah
Soal selidik minat sejarahSoal selidik minat sejarah
Soal selidik minat sejarah
Johari Ibrahim
 
A4 cara menggunakan aplikasi jadual waktu asc timetable
A4 cara menggunakan aplikasi jadual waktu asc timetableA4 cara menggunakan aplikasi jadual waktu asc timetable
A4 cara menggunakan aplikasi jadual waktu asc timetable
tamanmidah
 
PROGRAM KEM MEMBACA
PROGRAM KEM MEMBACAPROGRAM KEM MEMBACA
PROGRAM KEM MEMBACA
Mesri Sanip
 
My portfolio arfandi
My portfolio arfandiMy portfolio arfandi
My portfolio arfandi
Norlisa Ndilies
 
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docxBORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
nsmm
 
Penetapan Peranan Idme - all.pdf
Penetapan Peranan Idme - all.pdfPenetapan Peranan Idme - all.pdf
Penetapan Peranan Idme - all.pdf
AHMADJUANDABINSAKARI
 
Program intervensi obesiti RAZI 2012
Program intervensi obesiti RAZI 2012Program intervensi obesiti RAZI 2012
Program intervensi obesiti RAZI 2012manrazi1980
 
Peraturan pendidikan dan hari cuti di sekolah termasuk cuti peritiwa
Peraturan pendidikan dan hari cuti di sekolah termasuk cuti peritiwaPeraturan pendidikan dan hari cuti di sekolah termasuk cuti peritiwa
Peraturan pendidikan dan hari cuti di sekolah termasuk cuti peritiwaOneNita Zuriah
 
Kertas kerja tandas prasekolah
Kertas kerja tandas prasekolahKertas kerja tandas prasekolah
Kertas kerja tandas prasekolah
Hafiz Ibnu
 
KBAT dalam PdP
KBAT dalam PdPKBAT dalam PdP
KBAT dalam PdP
Catharina Stephen
 
8 ponteng sekolah surat-surat amaran
8 ponteng sekolah   surat-surat amaran8 ponteng sekolah   surat-surat amaran
8 ponteng sekolah surat-surat amaran
Hairil Anuar Mason
 
FORMAT MINIT MESYUARAT TS25.docx
FORMAT MINIT MESYUARAT TS25.docxFORMAT MINIT MESYUARAT TS25.docx
FORMAT MINIT MESYUARAT TS25.docx
NASIDAHBINTINASAHAMo
 
Masalah pentaksiran
Masalah pentaksiranMasalah pentaksiran
Masalah pentaksiran
Rasimah Imah
 
Borang sarana Learning Walk
Borang sarana Learning WalkBorang sarana Learning Walk
Borang sarana Learning Walk
Mokhzani Fadir
 
SIP DAN SISC PLUS
SIP DAN SISC PLUSSIP DAN SISC PLUS
SIP DAN SISC PLUSlieytech
 
Contoh Laporan PBD
Contoh Laporan PBDContoh Laporan PBD
Contoh Laporan PBD
Stephanie Unsil
 
Rancangan tahunan persekutuan pengakap kanak-kanak 2019
Rancangan tahunan persekutuan pengakap kanak-kanak 2019Rancangan tahunan persekutuan pengakap kanak-kanak 2019
Rancangan tahunan persekutuan pengakap kanak-kanak 2019
Braderjay Md Dawi
 

What's hot (20)

rekod-keluar-masuk-alatan-sukan
rekod-keluar-masuk-alatan-sukanrekod-keluar-masuk-alatan-sukan
rekod-keluar-masuk-alatan-sukan
 
Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan MalaysiaAnjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
 
Kertas kerja menaiktaraf infrastruktur sekolah
Kertas kerja menaiktaraf infrastruktur sekolahKertas kerja menaiktaraf infrastruktur sekolah
Kertas kerja menaiktaraf infrastruktur sekolah
 
Soal selidik minat sejarah
Soal selidik minat sejarahSoal selidik minat sejarah
Soal selidik minat sejarah
 
A4 cara menggunakan aplikasi jadual waktu asc timetable
A4 cara menggunakan aplikasi jadual waktu asc timetableA4 cara menggunakan aplikasi jadual waktu asc timetable
A4 cara menggunakan aplikasi jadual waktu asc timetable
 
PROGRAM KEM MEMBACA
PROGRAM KEM MEMBACAPROGRAM KEM MEMBACA
PROGRAM KEM MEMBACA
 
My portfolio arfandi
My portfolio arfandiMy portfolio arfandi
My portfolio arfandi
 
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docxBORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
 
Penetapan Peranan Idme - all.pdf
Penetapan Peranan Idme - all.pdfPenetapan Peranan Idme - all.pdf
Penetapan Peranan Idme - all.pdf
 
Program intervensi obesiti RAZI 2012
Program intervensi obesiti RAZI 2012Program intervensi obesiti RAZI 2012
Program intervensi obesiti RAZI 2012
 
Peraturan pendidikan dan hari cuti di sekolah termasuk cuti peritiwa
Peraturan pendidikan dan hari cuti di sekolah termasuk cuti peritiwaPeraturan pendidikan dan hari cuti di sekolah termasuk cuti peritiwa
Peraturan pendidikan dan hari cuti di sekolah termasuk cuti peritiwa
 
Kertas kerja tandas prasekolah
Kertas kerja tandas prasekolahKertas kerja tandas prasekolah
Kertas kerja tandas prasekolah
 
KBAT dalam PdP
KBAT dalam PdPKBAT dalam PdP
KBAT dalam PdP
 
8 ponteng sekolah surat-surat amaran
8 ponteng sekolah   surat-surat amaran8 ponteng sekolah   surat-surat amaran
8 ponteng sekolah surat-surat amaran
 
FORMAT MINIT MESYUARAT TS25.docx
FORMAT MINIT MESYUARAT TS25.docxFORMAT MINIT MESYUARAT TS25.docx
FORMAT MINIT MESYUARAT TS25.docx
 
Masalah pentaksiran
Masalah pentaksiranMasalah pentaksiran
Masalah pentaksiran
 
Borang sarana Learning Walk
Borang sarana Learning WalkBorang sarana Learning Walk
Borang sarana Learning Walk
 
SIP DAN SISC PLUS
SIP DAN SISC PLUSSIP DAN SISC PLUS
SIP DAN SISC PLUS
 
Contoh Laporan PBD
Contoh Laporan PBDContoh Laporan PBD
Contoh Laporan PBD
 
Rancangan tahunan persekutuan pengakap kanak-kanak 2019
Rancangan tahunan persekutuan pengakap kanak-kanak 2019Rancangan tahunan persekutuan pengakap kanak-kanak 2019
Rancangan tahunan persekutuan pengakap kanak-kanak 2019
 

Viewers also liked

LINUS Numerasi
LINUS NumerasiLINUS Numerasi
LINUS Numerasi
Laieela De Matematicer
 
Ppt matematik linus tahun 1
Ppt matematik linus tahun 1Ppt matematik linus tahun 1
Ppt matematik linus tahun 1loorouni
 
Borang soal selidik pak21 pk1
Borang soal selidik pak21 pk1Borang soal selidik pak21 pk1
Borang soal selidik pak21 pk1
Kamahabzanizam Abd Kadir
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
Baju Bundle
 
Pengurusan murid dalam bilik darjah
Pengurusan murid dalam bilik darjahPengurusan murid dalam bilik darjah
Pengurusan murid dalam bilik darjah
Muhammad Ilyas
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianniakpt6043
 
Modul literasi asas 1 murid jilid 2
Modul literasi  asas 1 murid jilid 2Modul literasi  asas 1 murid jilid 2
Modul literasi asas 1 murid jilid 2
Yusmaiwati Abdul Razab
 
Krl3043
Krl3043Krl3043
Krl3043
Dee Hamid
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikNoor Abidin
 
Modul KSSR Matematik Tahun 1 (Versi B.Malaysia)
Modul KSSR Matematik Tahun 1 (Versi B.Malaysia)Modul KSSR Matematik Tahun 1 (Versi B.Malaysia)
Modul KSSR Matematik Tahun 1 (Versi B.Malaysia)Ariel Lee
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikZainal Mohd
 
Matematik tahun 1 nombor bulat hingga 20
Matematik tahun 1 nombor bulat hingga 20Matematik tahun 1 nombor bulat hingga 20
Matematik tahun 1 nombor bulat hingga 20
Norazlin Mohd Rusdin
 

Viewers also liked (14)

LINUS Numerasi
LINUS NumerasiLINUS Numerasi
LINUS Numerasi
 
Ppt matematik linus tahun 1
Ppt matematik linus tahun 1Ppt matematik linus tahun 1
Ppt matematik linus tahun 1
 
Borang soal selidik pak21 pk1
Borang soal selidik pak21 pk1Borang soal selidik pak21 pk1
Borang soal selidik pak21 pk1
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Pengurusan murid dalam bilik darjah
Pengurusan murid dalam bilik darjahPengurusan murid dalam bilik darjah
Pengurusan murid dalam bilik darjah
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harian
 
Modul literasi asas 1 murid jilid 2
Modul literasi  asas 1 murid jilid 2Modul literasi  asas 1 murid jilid 2
Modul literasi asas 1 murid jilid 2
 
Program linus
Program linusProgram linus
Program linus
 
Krl3043
Krl3043Krl3043
Krl3043
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Modul KSSR Matematik Tahun 1 (Versi B.Malaysia)
Modul KSSR Matematik Tahun 1 (Versi B.Malaysia)Modul KSSR Matematik Tahun 1 (Versi B.Malaysia)
Modul KSSR Matematik Tahun 1 (Versi B.Malaysia)
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Matematik tahun 1 nombor bulat hingga 20
Matematik tahun 1 nombor bulat hingga 20Matematik tahun 1 nombor bulat hingga 20
Matematik tahun 1 nombor bulat hingga 20
 

Similar to Modul linus matematik

Profil PKG
Profil PKGProfil PKG
Profil PKG
99minul
 
TAKLIMAT PELAKSANAAN SUMUR DAERAH KUALA MUDA YAN 2023
TAKLIMAT PELAKSANAAN SUMUR DAERAH KUALA MUDA YAN 2023TAKLIMAT PELAKSANAAN SUMUR DAERAH KUALA MUDA YAN 2023
TAKLIMAT PELAKSANAAN SUMUR DAERAH KUALA MUDA YAN 2023
RedhaSyahirah
 
calon sekolah kluster-skuj
calon sekolah kluster-skujcalon sekolah kluster-skuj
calon sekolah kluster-skuj
jebatmelaka65
 
Perancangan strategik sesta
Perancangan strategik sestaPerancangan strategik sesta
Perancangan strategik sestaarazmi
 
Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3
Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3
Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3Azzam Yusof
 
Kertas Kerja Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 SK Skarok (2018)
Kertas Kerja Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 SK Skarok (2018)Kertas Kerja Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 SK Skarok (2018)
Kertas Kerja Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 SK Skarok (2018)
Stephanie Unsil
 
Fail meja-gpk-tingkatan-6
Fail meja-gpk-tingkatan-6Fail meja-gpk-tingkatan-6
Fail meja-gpk-tingkatan-6Mahani Mahmud
 
Science discovery
Science discoveryScience discovery
Science discovery
Siti Rahayu
 
Kertas kerja bimbingan sisc+ ke sekolah update 26 mac
Kertas kerja bimbingan sisc+ ke sekolah update 26 macKertas kerja bimbingan sisc+ ke sekolah update 26 mac
Kertas kerja bimbingan sisc+ ke sekolah update 26 macHalina
 
04 kssr-pj-tahun4 -panduan pengajaran
04   kssr-pj-tahun4 -panduan pengajaran04   kssr-pj-tahun4 -panduan pengajaran
04 kssr-pj-tahun4 -panduan pengajaranJimmy Siow
 
Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 4
Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 4Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 4
Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 4Atikah Azmidi
 
Kertas kerja karnival bestari
Kertas kerja karnival bestari Kertas kerja karnival bestari
Kertas kerja karnival bestari
Azlan Azmi
 
PROFIL TERKINI
PROFIL TERKINIPROFIL TERKINI
PROFIL TERKINI
nuraznee
 
Bm.profile.smkmn.set 1.2011
Bm.profile.smkmn.set 1.2011Bm.profile.smkmn.set 1.2011
Bm.profile.smkmn.set 1.2011
SMK Malim Nawar, Perak
 
[2016] modul matematik upsr perak excellent [ ppd perak]
[2016] modul matematik upsr  perak excellent [ ppd perak][2016] modul matematik upsr  perak excellent [ ppd perak]
[2016] modul matematik upsr perak excellent [ ppd perak]
selvarani nalliah
 
[2016] modul matematik upsr perak excellent [ ppd perak]
[2016] modul matematik upsr  perak excellent [ ppd perak][2016] modul matematik upsr  perak excellent [ ppd perak]
[2016] modul matematik upsr perak excellent [ ppd perak]
Jerry Saribun
 
[2016] modul matematik upsr perak excellent [ ppd perak]
[2016] modul matematik upsr  perak excellent [ ppd perak][2016] modul matematik upsr  perak excellent [ ppd perak]
[2016] modul matematik upsr perak excellent [ ppd perak]
Tamilaarasi Jagan
 

Similar to Modul linus matematik (20)

Profil PKG
Profil PKGProfil PKG
Profil PKG
 
TAKLIMAT PELAKSANAAN SUMUR DAERAH KUALA MUDA YAN 2023
TAKLIMAT PELAKSANAAN SUMUR DAERAH KUALA MUDA YAN 2023TAKLIMAT PELAKSANAAN SUMUR DAERAH KUALA MUDA YAN 2023
TAKLIMAT PELAKSANAAN SUMUR DAERAH KUALA MUDA YAN 2023
 
calon sekolah kluster-skuj
calon sekolah kluster-skujcalon sekolah kluster-skuj
calon sekolah kluster-skuj
 
Perancangan strategik sesta
Perancangan strategik sestaPerancangan strategik sesta
Perancangan strategik sesta
 
Bahagian ii skt 2014
Bahagian ii skt 2014Bahagian ii skt 2014
Bahagian ii skt 2014
 
Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3
Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3
Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3
 
Kertas Kerja Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 SK Skarok (2018)
Kertas Kerja Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 SK Skarok (2018)Kertas Kerja Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 SK Skarok (2018)
Kertas Kerja Lawatan Sambil Belajar Tahun 6 SK Skarok (2018)
 
Fail meja-gpk-tingkatan-6
Fail meja-gpk-tingkatan-6Fail meja-gpk-tingkatan-6
Fail meja-gpk-tingkatan-6
 
Science discovery
Science discoveryScience discovery
Science discovery
 
Kertas kerja bimbingan sisc+ ke sekolah update 26 mac
Kertas kerja bimbingan sisc+ ke sekolah update 26 macKertas kerja bimbingan sisc+ ke sekolah update 26 mac
Kertas kerja bimbingan sisc+ ke sekolah update 26 mac
 
Hebahan b aucer
Hebahan b aucerHebahan b aucer
Hebahan b aucer
 
Panduan pj tahun4 ju2013
Panduan pj tahun4 ju2013Panduan pj tahun4 ju2013
Panduan pj tahun4 ju2013
 
04 kssr-pj-tahun4 -panduan pengajaran
04   kssr-pj-tahun4 -panduan pengajaran04   kssr-pj-tahun4 -panduan pengajaran
04 kssr-pj-tahun4 -panduan pengajaran
 
Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 4
Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 4Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 4
Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani KSSR Tahun 4
 
Kertas kerja karnival bestari
Kertas kerja karnival bestari Kertas kerja karnival bestari
Kertas kerja karnival bestari
 
PROFIL TERKINI
PROFIL TERKINIPROFIL TERKINI
PROFIL TERKINI
 
Bm.profile.smkmn.set 1.2011
Bm.profile.smkmn.set 1.2011Bm.profile.smkmn.set 1.2011
Bm.profile.smkmn.set 1.2011
 
[2016] modul matematik upsr perak excellent [ ppd perak]
[2016] modul matematik upsr  perak excellent [ ppd perak][2016] modul matematik upsr  perak excellent [ ppd perak]
[2016] modul matematik upsr perak excellent [ ppd perak]
 
[2016] modul matematik upsr perak excellent [ ppd perak]
[2016] modul matematik upsr  perak excellent [ ppd perak][2016] modul matematik upsr  perak excellent [ ppd perak]
[2016] modul matematik upsr perak excellent [ ppd perak]
 
[2016] modul matematik upsr perak excellent [ ppd perak]
[2016] modul matematik upsr  perak excellent [ ppd perak][2016] modul matematik upsr  perak excellent [ ppd perak]
[2016] modul matematik upsr perak excellent [ ppd perak]
 

More from cepuah

MODUL BM TAHUN 6baru1.pdf
MODUL BM TAHUN 6baru1.pdfMODUL BM TAHUN 6baru1.pdf
MODUL BM TAHUN 6baru1.pdf
cepuah
 
Tulisan Berangkai.pptx
Tulisan Berangkai.pptxTulisan Berangkai.pptx
Tulisan Berangkai.pptx
cepuah
 
LATIHAN BM IMBUHAN.docx
LATIHAN BM IMBUHAN.docxLATIHAN BM IMBUHAN.docx
LATIHAN BM IMBUHAN.docx
cepuah
 
KATA GANDA BERENTAK.docx
KATA GANDA BERENTAK.docxKATA GANDA BERENTAK.docx
KATA GANDA BERENTAK.docx
cepuah
 
Aspirasi 5 - Latihan Ulangkaji.docx
Aspirasi 5 - Latihan Ulangkaji.docxAspirasi 5 - Latihan Ulangkaji.docx
Aspirasi 5 - Latihan Ulangkaji.docx
cepuah
 
Contoh karangan BM t5.docx
Contoh karangan BM t5.docxContoh karangan BM t5.docx
Contoh karangan BM t5.docx
cepuah
 
Naskhah Lengkap BM Penulisan.docx
Naskhah Lengkap BM Penulisan.docxNaskhah Lengkap BM Penulisan.docx
Naskhah Lengkap BM Penulisan.docx
cepuah
 
Penulisan thn 5.pdf
Penulisan thn 5.pdfPenulisan thn 5.pdf
Penulisan thn 5.pdf
cepuah
 
Modul Gilap.doc
Modul Gilap.docModul Gilap.doc
Modul Gilap.doc
cepuah
 
Bina cerita.pptx
Bina cerita.pptxBina cerita.pptx
Bina cerita.pptx
cepuah
 
NOTA KERIS EMAS 2021.doc
NOTA KERIS EMAS 2021.docNOTA KERIS EMAS 2021.doc
NOTA KERIS EMAS 2021.doc
cepuah
 
Gambar bina ayat
Gambar bina ayatGambar bina ayat
Gambar bina ayat
cepuah
 
Perkataan kvkvkv Ikut Abjad
Perkataan kvkvkv Ikut AbjadPerkataan kvkvkv Ikut Abjad
Perkataan kvkvkv Ikut Abjadcepuah
 

More from cepuah (13)

MODUL BM TAHUN 6baru1.pdf
MODUL BM TAHUN 6baru1.pdfMODUL BM TAHUN 6baru1.pdf
MODUL BM TAHUN 6baru1.pdf
 
Tulisan Berangkai.pptx
Tulisan Berangkai.pptxTulisan Berangkai.pptx
Tulisan Berangkai.pptx
 
LATIHAN BM IMBUHAN.docx
LATIHAN BM IMBUHAN.docxLATIHAN BM IMBUHAN.docx
LATIHAN BM IMBUHAN.docx
 
KATA GANDA BERENTAK.docx
KATA GANDA BERENTAK.docxKATA GANDA BERENTAK.docx
KATA GANDA BERENTAK.docx
 
Aspirasi 5 - Latihan Ulangkaji.docx
Aspirasi 5 - Latihan Ulangkaji.docxAspirasi 5 - Latihan Ulangkaji.docx
Aspirasi 5 - Latihan Ulangkaji.docx
 
Contoh karangan BM t5.docx
Contoh karangan BM t5.docxContoh karangan BM t5.docx
Contoh karangan BM t5.docx
 
Naskhah Lengkap BM Penulisan.docx
Naskhah Lengkap BM Penulisan.docxNaskhah Lengkap BM Penulisan.docx
Naskhah Lengkap BM Penulisan.docx
 
Penulisan thn 5.pdf
Penulisan thn 5.pdfPenulisan thn 5.pdf
Penulisan thn 5.pdf
 
Modul Gilap.doc
Modul Gilap.docModul Gilap.doc
Modul Gilap.doc
 
Bina cerita.pptx
Bina cerita.pptxBina cerita.pptx
Bina cerita.pptx
 
NOTA KERIS EMAS 2021.doc
NOTA KERIS EMAS 2021.docNOTA KERIS EMAS 2021.doc
NOTA KERIS EMAS 2021.doc
 
Gambar bina ayat
Gambar bina ayatGambar bina ayat
Gambar bina ayat
 
Perkataan kvkvkv Ikut Abjad
Perkataan kvkvkv Ikut AbjadPerkataan kvkvkv Ikut Abjad
Perkataan kvkvkv Ikut Abjad
 

Recently uploaded

PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
VNITTIYAAPRVEERASING
 
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
PusatKokurikulumTere
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 
OBSERVASI KEPALA SEKOLAH VISI DAN MISI .pptx
OBSERVASI KEPALA SEKOLAH VISI DAN MISI .pptxOBSERVASI KEPALA SEKOLAH VISI DAN MISI .pptx
OBSERVASI KEPALA SEKOLAH VISI DAN MISI .pptx
SLBPGRIPUNCU
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
MARINIDARWISHAHBINTI
 

Recently uploaded (7)

PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
 
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 
OBSERVASI KEPALA SEKOLAH VISI DAN MISI .pptx
OBSERVASI KEPALA SEKOLAH VISI DAN MISI .pptxOBSERVASI KEPALA SEKOLAH VISI DAN MISI .pptx
OBSERVASI KEPALA SEKOLAH VISI DAN MISI .pptx
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
 

Modul linus matematik

  • 1. BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Modul Literasi Dan Numerasi Sekolah Rendah MATEMATIK
  • 2. MODUL LINUS Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 2-6, Blok E 13 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Persekutuan 62604 PUTRAJAYA Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan modul ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada eletronik, fotostat, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Bahagian Pendidikan Guru,Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 2-6, Blok E 13, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA Hakcipta Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Cetakan Pertama 2009 MATEMATIK 2009 2
  • 4. MODUL LINUS PENYELARAS En. Romai Noor bin Rabbu Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia PANEL MODUL Hartini binti Khamis SK Abi, Jalan Abi Batas Paip Perlis Norazah Bte Ahmad SK Duyong, KM 6 Duyong 75460 Melaka Tuty Aryati binti Mufip SK Putrajaya Presint 14(1) Putrajaya Farahain Abdullah @ Patricia Jiwel SK Satria Jaya, 93350 Kuching Sarawak Isnayani binti Zulkapli SK Serendah, Serendah Selangor Ratna Bt Sela, SK Matang, KM 14 Jalan Matang 93050 Siti Rosnah bt Yusoff SK Jalan Matang Buluh, 34300 Bagan Serai Perak. Zulkifle Bin Razali SK Kampong Sireh, 15050 Kota Bharu Kelantan Norul Ain bt. Abdul Ghafar SK Belimbing Dalam, 76100 Durian Tunggal Melaka Nooraini bt. Ahmad Hadzri SK Seri Sitiawan, 32040 Seri Manjung Perak Nor Haniliza bt. Abdul Hamid SK Sultanah Asma, 05460 Alor Setar Kedah Ku Jalilah bt. Ku Ibrahim SK Hosba, 06000 Jitra Kedah Asnidar Binti Patawari SK Unico Desa,91112 Lahad Datu Sabah Euphrasia Chong Pai Su SK Kolombong, 88300 Kota Kinabalu Sabah Rozana Binti Othman SK Jengka Batu 13, 28100 Maran Pahang MATEMATIK 2009 4
  • 5. MODUL LINUS PENULIS MODUL UNIT 1 - PRANOMBOR Zulkapli Bin Ayob Jabatan Pelajaran Negeri Johor Norhayati Binti Mohd Dalil SK Pantai WP Labuan Rosita Binti Ismail SK Putrajaya Presint 16 (2) WP Putrajaya Sulhisham Bin Sayuti SK Sg Binjai, Meru, Klang Selangor Lena Tan SJKC Pei Chai, Kuantan Pahang Ramuald Muntiol SK Surati, Papar Sabah Norbaizura Binti Mokelas SK Putrajay Presint 9 (1) WP Putrajaya Ahmad Rahim Bin Saring SK Sg Rawang, Sepang Selangor Rusrija Binti Yunus SK Taman Seri Pagi, Seremban Negeri Sembilan Yang Rokiah Binti Ahmad SK Sikamat, Seremban Negeri Sembilan Yusrimawati Binti Abas Jabatan Pelajaran Negeri Negeri Sembilan UNIT 2 & 3 – NOMBOR 1 – 10, NOMBOR 11 - 20 Roben Ajai Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak Fadzlun Binti Jamali SK Taman Universiti (1), Johor Bahru Johor Nardir Bin Latiff SK LKTP Nitar 2, Mersing Johor Chia Kiat Lee SK Taman Desa, Kuala Lumpur WP Kuala Lumpur Kamaruzaman Bin Naseah SK Meru, Selangor Rasmin Arni Binti Alias SK Seafield, Subang Jaya Selangor Hayati Binti Mohd SK Taman Koperasi Polis, Kuala Lumpur WP Kuala Lumpur Fatimah Binti Ludin SK Batu Muda, Jln Ipoh, Kuala Lumpur WP Kuala Lumpur Maheran Binti Jamaluddin SK Toh Johan, Trong, Taiping Perak MATEMATIK 2009 5
  • 6. MODUL LINUS UNIT 4 – OPERASI TAMBAH Rosli Bin Kamaruddin Jabatan Pelajaran Negeri Perlis Mohd Azrin Bin Mohd Hanafiah SK Kg Jawa, Klang Selangor Abu Bakar Bin Othman SK Dato’ Keyaman Perlis Md Yusop Bin Mahmud SK Sg Tengas, Serdang Kedah Roslin Francis SK st John, Beaufort Sabah Kaniama A/P Kathan SJKT Ganesa Viddyasalai, Sitiawan Perak Maimunah Binti Mahamud SK Alai Melaka Hapizah Binti Hj Tahir SK Sg Acheh, Nibong Tebal Pulau Pinang Hjh Maimunah Binti Hasan SK Serkam Darat Melaka UNIT 5 – OPERASI TOLAK Yusnita Binti Muniar SK Periang, Enggor Perak Safaruan Bin Abdul Ghani SK Menggong, Alor Gajah Melaka Rahayu Binti Samlan SK Seri Sentosa, Nobong Tebal Pulau Pinang Rabiah Binti Saanah SK Kubang Kerian, Kota Bahru Kelantan Salmiah Binti Yahaya SK Felda Lawin Utara, Gerik Perak Norizan Binti Doao Hj Maulud SK Seri Anggerik, Kuala Lumpur WP Kuala Lupmur Rasyeidah Binti Ahmad @ Mohd Rashid SK Tebing Tambah, Paka Terengganu Wan Hassan Bin Wan Lokman SK Pauh Sembilan, Bachok Kelantan Che Wan Nor Azlina Binti Che Wan Abd Hamid SK Sura, Dungun Terengganu Noor Mayah Binti Kamsah SK Toh Tan Dewa Sakti, Tapah Perak Daud Bin Hj Yusoff Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan Fauziyah Binti Jamaludin SK Pendita Zaaba, Tapah Road Perak Giam Lee Yim SK Kepong Baru WP Kuala Lumpur Salmah Binti Mohamad SK Jalan 3, Bandar Baru Bangi Selangor MATEMATIK 2009 6
  • 7. MODUL LINUS UNIT 6 - WANG Ng Seng Hon SK Tabuan Ulu, Kuching Sarawak Abdullah Bin Abdul Rani SK Tandop Besar, Kuala Nerang Kedah Kenneth Law Ah Kang SK St Raymaond< Serian Sarawak Shukri Bin Ahmad SK Taman Uda, Alor Setar Kedah Suhailawati Binti Juritah SK Sri Laksamana Melaka Sulaiman Bin Darus Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Siti Hajar Binti Osman SK Sungai Tuang Melaka Md Yazid Bin Kamri SK Senai, Kulai Jaya Johor Lelehadri Bin Mohd Zain SK Melati. Rompin Pahang Norhayati Binti Mat Zain SK Seksyen 18, Shah Alam Selangor PENGURUSAN KELAS DAN TINGKAH LAKU Maznah Binti Mohamad SE Seri Bandi 2, Kemayan Terengganu Khairuddin Bin Man Jabatan Pelajaran Negeri Pahang Zawiah Binti Ahmad SK Darau, Jerteh Terengganu Siti Hadijah Binti Mahmud SK bIntong, Kangar Perlis Azahar Shah Bin Mamat SK Serada, Kuala Lumpur Terengganu Nor Inshon Binti Karim SK Padang Besar Utara Perlis Rosli Bin Bashah SK Taman Intan Kedah Che Harun Bin Ibrahim Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu Ab Razak Bin Ibrahim SK Padang Kubu, Kemaman Terengganu Latifah Binti Ali SK Pelabuhan, Kuantan Pahang MATEMATIK 2009 7
  • 8. MODUL LINUS DIAGNOSTIK Jamilah Binti Harun Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Sarina Binti Ag Abdullah SK Pekan II WP Labuan Azizah Binti Sharif Jabatan Pelajaran Negeri Sabah Fazliyatun Binti Hj Berahim SK Pantai WP Labuan Nor Hisham Bin Fahmi Jabatan Pelajaran Negeri Perak Othman Bin Mamat SK Pauh Sembilan, Bachok Kelantan Manan Bin Pendek Jabatan Pelajaran Negeri Selangor Mohd Azman Bin Mohd Yusoff SK Hamzah (1), Machang Kelantan FASILITATOR Dr Masitah Binti Taib Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas 56000 Cheras Kuala Lumpur Abd Rahim Bin Marzuki Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Darul Aman Kedah Alijah Binti Ujang Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas 56000 Cheras Kuala Lumpur Aminah Binti Samsudin Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas 56000 Cheras Kuala Lumpur PENYUNTING Zarena Bi Binti Mohamed Sadique SMK Tengku Aris Bendahara, Kluang Johor Siti Asmah binti Ismail SMK Mersing, Mersing Johor Fatimah Binti Mustafa SMK Bandar Maharani, Muar Johor Ganeswari A/P Karuppiah SJK(T) Serdang, Petaling Perdana Selangor MATEMATIK 2009 8
  • 9. MODUL LINUS OBJEKTIF KURSUS 1. Mendedahkan para peserta kursus kepada pelbagai teknik yang menarik dan berkesan untuk mengajar kemahiran asas numerasi. 2. Menggunakan maklumat daripada ujian diagnostik untuk merangka dan melaksanakan program intervensi menurut masalah kemahiran asas numerasi. 3. Menguasai kemahiran mengurus bilik darjah yang berkesan untuk meningkatkan pembelajran murid dari segi persekitaran fizikal dan iklim bilik darjah yang kondusif. 4. Menangani masalah tingkah laku murid dengan menggunakan pelbagai teknik pengurusan tingkah laku yang sesuai dan berkesan. MATEMATIK 2009 9
  • 10. MODUL LINUS JADUAL KURSUS HARI / MASA 8.30 – 10.30 PG 11.00 – 1.00 TGH 2.30 – 4.30 PTG 8.30 – 10.30 MLM HARI PERTAMA PENDAFTARAN TAKLIMAT LINUS OLEH URUSETIA HARI KEDUA TAKLIMAT MODUL GURU DAN MODUL MURID OLEH BPK TAKLIMAT MODUL GURU DAN MODUL MURID OLEH BPK DIAGNOSTIK PRA NOMBOR DAN NOMBOR 1 - 10 HARI KETIGA NOMBOR 10 - 20 OPERASI TAMBAH OPERASI TOLAK WANG, UKURAN, DAN MASA HARI KEEMPAT PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU TAKLIMAT OLEH LPM PERJALANAN PULANG MATEMATIK 2009 10
  • 11. MODUL LINUS KANDUNGAN MODUL ITEM 1. UJIAN DIAGNOSTIK MATEMATIK 2 JAM 2. PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN 2 JAM PENGURUSAN BILIK DARJAH 3. UNIT 1: PRANOMBOR 1 JAM 4. UNIT 2: NOMBOR 1 – 10 1 JAM 5. UNIT 3: NOMBOR 11 -20 2 JAM 6. UNIT 4: OPERASI TAMBAH 2 JAM 7. UNIT 5: OPERASI TOLAK 2 JAM 8. UNIT 6: WANG, MASA DAN WAKTU, 2 JAM BENTUK DAN RUANG, UKURAN MATEMATIK 2009 11
  • 12. MODUL LINUS TAJUK : DIAGNOSTIK MASA : 1 JAM OBJEKTIF : ARAHAN: MATEMATIK 2009 12
  • 13. MODUL LINUS CONTOH PENGESANAN KESILAPAN MURID DALAM UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN 1 Bil Kumpulan Sasaran Konstruk Analisis Guru Aktiviti Pemulihan Catatan 1. Nama Murid 1. 2. 3. 4. Kebolehan mengenal angka secara lisan dan penulisan (0- 50) Tidak berupaya mengeja nombor dalam perkataan dengan betul Contoh : 48 = Fourty-eight 2. Kebolehan membilang (0 - 50) Tidak berupaya membilang secara susunan menaik. Contoh : Secara lisan 22, 23, 25, 26, 27 3. Kebolehan memahami nilai nombor ( 0- 50) Tidak berupaya memahami nilai tempat bagi nombor 2 digit. Contoh : Menulis nombor 13 sebagai MATEMATIK 2009 25 3 1 13
  • 14. MODUL LINUS 4. Kebolehan membuat seriasi (0 - 50) Tidak berupaya membuat seriasi nombor dalam turutan menaik secara bertulis. Contoh : Menulis seriasi gandaan 2 sebagai 20, 22 , 23, 25, 26 5. Kebolehan mengendalikan operasi asas: tambah dan tolak dalam lingkungan fakta asas (0 - 9) Tidak berupaya menulis ayat matematik bagi operasi tolak berdasarkan gambar yang diberi. Contoh : Murid menulis sebagai 3 – 2 = 2 3 - 2 = 2 MATEMATIK 2009 14
  • 15. MODUL LINUS 6. Kebolehan mengenal mata wang Malaysia (hingga RM10) Tidak berupaya menulis nilai mata wang yang sama bagi jumlah yang diberi dalam sen Contoh = ____keping = ____keping 7. Kebolehan menyatakan waktu (bahagian dalam sehari) Keliru di antara istilah ’malam’ dengan ’tengah malam’ 8. Kebolehan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia (dalam lingkungan RM10) Tidak berupaya mengendalikan operasi tambah yang melibatkan Ringgit dan Sen . Contoh : 80 sen + 50 sen = RM130 sen MATEMATIK 2009 50 sen 10 sen 5 sen 15
  • 16. MODUL LINUS 9. Kebolehan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu. Tidak berupaya membuat perbandingan berat di antara dua objek. Contoh : Berat tembikai A lebih berat daripada tembikai B. 10. Kebolehan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya. Tidak berupaya menterjemah ayat biasa yang melibatkan fakta asas kepada ayat matematik. Contoh : Siti mempunyai 9 biji belon. Abangnya membelikan 7 biji belon lagi. Berapakah jumlah belon yang Siti ada ? 7 + 2 = 9 11. Kebolehan Tidak berupaya MATEMATIK 2009 A B 16
  • 17. MODUL LINUS mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan operasi fakta asas. Contoh : Amin mempunyai 18 biji guli. Dia memberikan sebanyak 8 biji guli kepada Ganesh. Berapakah biji guli yang tinggal? 18 – 8 = 1 biji guli 12. Kebolehan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang. Tidak berupaya mengaplikasikan konsep operasi fakta asas dalam kehidupan seharian. Contoh : RM 5.00 Abu mempunyai wang sebanyak RM 8.00. Dia membeli kereta mainan di atas. Berapakah baki wang Abu? RM 8.00 - RM 5.00 = RM 13 MATEMATIK 2009 17
  • 18. MODUL LINUS TAJUK : PENGURUSAN TINGKAH LAKU MASA : 1 JAM OBJEKTIF : Aktiviti-aktiviti berikut adalah untuk: 1. membolehkan guru memahami ciri-ciri murid yang berbeza dalam kelas. 2. membolehkan guru berinteraksi dengan murid secara lebih efisyen dan selesa. 3. guru mampu mengurus kelas dan menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dan bersistematik. AKTIVITI: PERBINCANGAN DAN PEMBENTANGAN Bahan yang diperlukan : Laptop dan LCD. Tempoh masa : 60 minit ARAHAN: 1. Fasilitator membahagikan peserta kepada 5 kumpulan. 2. Fasilitator memasukkan 5 slip situasi kedalam kotak. 3. Fasilitator meminta setiap ketua kumpulan membuat cabutan untuk mendapat slip situasi yang disediakan 4. Setiap kumpulan dikehendaki membaca slip situasi dan memahaminya. 5. Fasilitator memaklumkan setiap kumpulan diperuntukan masa selama 15 minit untuk membuat perbincangan dan menyiapkan slaid PowerPoint. 6. Fasilitator mengingatkan setiap kumpulan dikehendaki membuat perbincangan berdasarkan kepada perkara berikut: - Ciri-ciri murid berdasarkan situasi . - Kaedah mengendalikan situasi murid tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. - Contoh-contoh bahan / alatan yang diperlukan untuk mengatasi situasi tersebut. 7. Fasilitator memberitahu setiap kumpulan diperuntukkan 5 minit untuk membentangkan hasil perbincangan masing-masing. 8. Fasilitator meminta peserta daripada kumpulan lain untuk memberi pandangan setiap kali pembentangan dibuat. 9. Fasilitator membuat refleksi selepas sesi pembentangan. Masa diperuntukkan selama 10 minit. MATEMATIK 2009 18
  • 19. MODUL LINUS Lampiran A SITUASI MATEMATIK 2009 SITUASI 1 Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, murid Z suka bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Dia juga suka memanjat kerusi atau meja. Larangan guru tidak diendahkan, malah dia semakin aktif. Perbuatannya itu mengganggu rakan-rakannya yang lain. Bagaimanakah anda mengendalikan situasi tersebut? SITUASI 3 Murid A adalah seorang anak yatim yang kehilangan bapa ketika dia berusia 5 tahun. Ibunya sibuk bekerja untuk menyara keluarga sehingga tidak mempunyai masa yang cukup untuk memberi tumpuan terhadap penjagaan anak-anaknya. Disebabkan masalah ini, A selalu ponteng sekolah, mengasingkan diri dari guru dan rakan-rakannya dan prestasi pelajarannya merosot . Bagaimana anda mengendalikan situasi tersebut? SITUASI 2 Terdapat dua orang murid di dalam kelas yang sering melakukan aktiviti mereka sendiri tanpa menghiraukan arahan guru. Seorang agak pendiam dan suka melukis manakala seorang lagi agak agresif. Murid yang agresif ini suka menganggu murid yang pendiam sehingga murid tersebut menangis. Apakah tindakan anda sebagai seorang guru untuk mengatasi keadaan tersebut? 19
  • 20. MODUL LINUS CADANGAN JAWAPAN MATEMATIK 2009 SITUASI 5 Ketika rakan-rakan belajar dalam kumpulan, terdapat seorang murid bersendirian di tempat duduknya tanpa memberi kerjasama kepada aktiviti kumpulan. Dia hanya menongkat dagu (termenung) dan matanya memandang kiri dan kanan. Tindakan apakah yang boleh diambil untuk membantu murid tersebut? SITUASI 4 Di sebuah Sekolah Kurang Murid ( SKM ) seorang guru terpaksa menghadapi karenah murid yang berbeza tahap umurnya ( Tahun 1 dan Tahun 2). Bilangan murid dalam kelas tersebut adalah 15 orang. Keadaan ini memaksa guru membentuk tiga kumpulanyang terdiri daripada pelbagai kecerdasan dan umur yang berbeza. Ini menimbulkan masalah penerimaan murid antara satu sama lain. Apa yang boleh guru tersebut lakukan untuk membantu murid-murid berinteraksi dengan baik sesama mereka? SITUASI 1 1. Memberi peneguhan 2. Guru memberi tanggung jawab atau rutin bilik darjah 3. Time out 4. Kaunseling 5. Motivasi 20
  • 21. MODUL LINUS MATEMATIK 2009 SITUASI 3 1. Seorang guru yang bersifat empati ( kasih sayang ) 2. Rangsangan 3. Peneguhan positif dan negatif 4. Motivasi 5. Kaunseling 6. Akitviti pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan ( permainan dalaman – ( bahasa, matematik ) SITUASI 2 Pendiam Agresif 1. Aktiviti yang menarik minat 1. Time out 2. Motivasi 2. Memberi tanggung jawab 3. Rangsangan 3. Peneguhan 4. Brain breaks 4. Permainan dalaman 5. Aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan 21
  • 22. MODUL LINUS MATEMATIK 2009 SITUASI 5 1. Penggunaan aktiviti menarik 2. Peneguhan / rangsangan/ pujian 3. Pembelajaran luar bilik darjah 4. Motivasi SITUASI 4 1. Mewujudkan kumpulan pelbagai kecerdasan setiap kumpulan terdiri A, B dan C. Cara ini dapat memupuk sifat kepimpinan murid A dan rasa tanggungjawab kumpulan terhadap murid C. 2. Adakan aktiviti yang memerlukan percambahan fikiran daripada kemahiran yang berbeza 3. Kaedah bimbingan rakan sebaya 4. Peneguhan/ rangsangan berdasarkan pemerhatian 5. Permainan bahasa 22
  • 23. MODUL LINUS Lampiran B CIRI-CIRI MURID BERMASALAH TINGKAH LAKU 1. Murid murung. - bermasam muka - pendiam - tidak mahu melibatkan diri dalam setiap aktiviti - selalu menyendiri - mengigit kuku - menghisap jari - selalu mengelamun jauh - tidak mahu memberi kerjasama - lambat memberi tindak balas 2. Murid yang aktif. - tidak duduk diam / suka bergerak - suka kacau kawan - banyak bercakap - kerja tidak siap - ponteng kelas - membawa masuk barang yang tidak sepatutnya - suka menarik perhatian / melakukan sesuatu - suka menjerit - bergaduh 3. Kurang motivasi. - tidak mendapat perhatian dari keluarga, guru dan rakan-rakan - pakaian tidak terurus - sering rendah diri - masalah kesihatan - masalah keluarga - tidak bersemangat untuk belajar MATEMATIK 2009 23
  • 24. MODUL LINUS 4. Murid Pasif. - tidak suka berkomunikasi - tidak suka berinteraksi - suka berkhayal - lambat memberi tindak balas terhadap sesuatu rangsangan - tidak memahami arahan yang diberi - tidak dapat memberi tumpuan terhadap sesuatu aktiviti 5. Ponteng sekolah. - kurang mendapat perhatian dari keluarga - sering memberi alasan - tahap sosio ekonomi yang rendah - takut pada guru dan rakan sebaya - masalah pembelajaran - terlibat dengan masalah sosial MATEMATIK 2009 24
  • 25. MODUL LINUS TAJUK : PENGURUSAN BILIK DARJAH MASA : 1 JAM OBJEKTIF : Aktiviti-aktiviti berikut adalah untuk: 1. membantu guru mengoptimumkan masa pengajaran dan pembejaran 2. mengekalkan penglibatan murid kepada tugasan pembelajaran 3. menngetahui dan memahami bahawa pengurusan bilik darjah adalah penting dalam menwujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih sistematik dan berkesan. 4. menyedari bahawa gabungan tiga suasana iaitu fizikal, sosial dan emosi merupakan faktor yang menentukan keberkesanan pengurusan bilik darjah. AKTIVITI: PENGURUSAN MANUSIA Bahan Yang Diperlukan: Laptop dan LCD Tempoh Masa : 1 Jam ARAHAN: 1. Fasilitator mengedarkan Borang Pengesanan Iklim Bilik Darjah kepada peserta. 2. Fasilitator memberikan 5 minit untuk peserta mengisi borang tersebut. 3. Fasilitator mengumpul kembali borang yang telah lengkap dijawab. 4. Fasilitator memilih 10 borang secara rawak untuk mendapatkan maklumat sejauh mana kefahaman peserta mengenai pengurusan bilik darjah. 5. Dengan bantuan paparan slaid power point, fasilitator memberi penerangan pengurusan bilik darjah berdasarkan lampiran yang dikepilkan. 6. Fasilitator memulakan sesi dengan bersoal-jawab dengan peserta: • Apakah kefahaman anda tentang pengurusan bilik darjah? • Mengapakah pengurusan bilik darjah sangat mencabar dan penting? • Apakah hubungan pengurusan bilik darjah dengan pengajaran dan pembelajaran? • Pendekatan pengurusan bilik darjah yang bagaimanakah yang akan anda laksanakan? Mengapa? • Bolehkah kita anggapkan bahawa pengurusan bilik darjah adalah sebahagian daripada peranan kepimpinan guru? MATEMATIK 2009 25
  • 26. MODUL LINUS 7. Fasilitator menerangkan perkara-perkara yang berikut dengan menggunakan PowerPoint: 1. KONSEP Strategi / teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, kebolehan untuk mewujudkan perasaan gembira dan ciri persekitaran pembelajaran yang kondusif, pengurusan aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah yang baik serta struktur fizikal bilik darjah yang kemas dan selesa akan dapat mengurangkan masalah-maaslah tingkah laku dan lain-lain gangguan. Ia juga akan menjadikan masa yang digunakan lebih efektif. 2. ELEMEN PENGURUSAN BILIK DARJAH • Membantu murid menggunakan lebih banyak masa untuk aktiviti belajar. • Mencegah murid daripada menimbulkan masalah akademik dan emosi. FAKTOR KEBERKESANAN PENGURUSAN BILIK DARJAH • PENGURUSAN SUASANA FIZIKAL MELIBATKAN:: – Bentuk dan saiz bilik darjah – Susunan tempat duduk murid. – Susunan perabut dan kelengkapan. – Susunan ruang dan bahan. MATEMATIK 2009 SUASANA FIZIKAL SUASANA SOSIALSUASANA EMOSI 26
  • 27. MODUL LINUS • PENGURUSAN SUASANA SOSIAL MELIBATKAN: – Penyediaan Peraturan & Prosedur Bilik Darjah. – Interaksi Hubungan Murid (Sosiometri) • PRINSIP PENYEDIAAN PERATURAN DAN PROSEDUR BILIK DARJAH: – Peraturan dan rutin mestilah munasabah dan perlu. – Jelas dan komprehensif. – Selari dengan matlamat pengajaran dan pembelajaran. – Selari dengan peraturan sekolah. • PENGURUSAN SUASANA SOSIAL BILIK DARJAH YANG EFEKTIF: – Peka kepada apa yang berlaku. – Menangani secara berkesan situasi yang bertindih (overlapping situations) – Menentukan P&P berjalan lancar dan berkesinambungan. – Melibatkan murid dalam pelbagai aktiviti yang mencabar. • JENIS - JENIS RUTIN BILIK DARJAH: – Rutin Kelas: Cara pengurusan kelas yang tidak berkaitan dengan akademik seperti cara memberi hormat kepada guru, peraturan bertugas murid, kawalan kelas semasa ketiadaan guru. – Rutin Pentadbiran: Cara merekod inventori murid seperti maklumat kedatangan murid, prestasi akademik, kesihatan dan disiplin. MATEMATIK 2009 27
  • 28. MODUL LINUS CIRI-CIRI GURU DALAM PENGURUSAN SOSIAL BILIK DARJAH • PENYEDIAAN PERATURAN DAN PROSEDUR BILIK DARJAH: – PERATURAN - Pernyataan secara spesifik mengenai standard tingkah laku murid yang dikehendaki. – PROSEDUR / RUTIN – Pernyataan tentang ekspektasi tingkah laku murid dalam sesuatu aktiviti untuk mencapai sesuatu tujuan • PRINSIP PENYEDIAAN PERATURAN DAN PROSEDUR BILIK DARJAH: – Peraturan dan rutin mestilah munasabah dan perlu. – Jelas dan komprehensif. – Selari dengan matlamat pengajaran dan pembelajaran. – Selari dengan peraturan sekolah. – • PENERIMAAN SOSIAL MURID DALAM KUMPULAN (SOSIOMETRI) - Sosiometri merupakan teknik untuk mendapatkan maklumat penerimaan sosial murid dalam kumpulan. - Sosiogram merupakan satu diagram yang menggambarkan hubungan sosial yang wujud dalam sesuatu kumpulan. MATEMATIK 2009 CIRI GURU DALAM PENGURUSAN SOSIAL BILIK DARJAH Membuat Perancangan Menarik Kecindan Adil Penyayang Bertenaga Disenangi Aksesibel 28
  • 29. MODUL LINUS HUBUNGAN PENYAYANG DALAM BILIK DARJAH  Perihatin kepada keperluan murid.  Merangsang dan memberi galakan.  Bersedia mendengar aduan murid.  Berempati dengan masalah murid.  Bersedia memberi sokongan dan ganjaran.  Menjadi guru yang mudah didekati / dihubungi murid. PENGURUSAN SUASANA EMOSI BILIK DARJAH YANG EFEKTIF : • Suasan emosi dalam bilik darjah berkait rapat dengan stail kepimpinan guru. • Stail kepimpinan guru: – Autokratik – Demokratik – Lassez-faire LANGKAH – LANGKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH BERKESAN UNTUK MENCAPAI MATLAMAT KECEMERLANGAN PELAJAR MATEMATIK 2009 MENYEDIAKAN PERANCANGAN PENGURUSAN BILIK DARJAH 1 MENYEDIAKAN PERATURAN DAN AMALAN BILIK DARJAH 2 MEMBENTUK IKLIM BILIK DARJAH 3 MENGAPLIKASI KAN MOTIVASI DLM PENGURUSAN BILIK DARJAH 6 MENYUSUN ORGANISASI PEMBELAJARAN 5 MENCORAKKAN KUALITI PENGAJARAN 4 29
  • 30. MODUL LINUS LANGKAH PERTAMA Pelan Perancangan Pengurusan Bilik Darjah LANGKAH KEDUA Menyediakan Peraturan Dan Amalan Bilik Darjah Peraturan diwujudkan bukan untuk menyekat kebebasan pelajar tetapi bagi mengawal dan mencorak tingkah laku yang positif dan mencegah perlakuan yang tidak diingini. CARA-CARA PELAKSANAAN • Guru menyediakan satu peraturan kelas berpandukan pekeliling dan peraturan sekolah. • Intipati peraturan mencakupi amalan menepati masa, amanah, rasa tanggungjawab, menjaga kebersihan, hormat-menghormati, bertolak ansur dan bekerjasama. • Murid diberi penjelasan dan dilatih mematuhi peraturan yang ditetapkan. • Perlanggaran peraturan akan mengakibatkan pelajar diberi nasihat, amaran dan tindakan. MATEMATIK 2009 Menyediakan Peraturan Dan Amalan Bilik Darjah Membentuk Iklim Bilik Darjah Mencorakkan Kualiti Pengajaran Menyusun Organisasi Pengajarab Mengaplikasikan Motivasi Dalam Pengurusan Bilik Darjah Aspek fizikal Bilik Darjah Aspek Sosial Aspek Budaya Ilmu Mengaplikasi Teori, Kaedah dan Teknik Pengajaran Mencipta Modul Pembelajaran 30
  • 31. MODUL LINUS LANGKAH KETIGA Membentuk Iklim Bilik Darjah Aspek Fizikal Bilik Darjah Aspek Sosial Aspek Budaya Ilmu Penekanan dari sudut : • Keselamatan. • Kebersihan. • Keselesaan. • Keindahan. • Susun atur meja. • Penyediaan BBM Penekanan dari sudut : • Rasa hormat. • Bertanggungjawab. • Bekerjasama. • Bantu membantu. • Perasaan kekitaan. • Bangga. • Setia • Pujian dan galakan. • Penghargaan. • Ganjaran. • Teguran & denda. Penekanan dari sudut : • Wujudkan rangsangan ingin belajar. • Amalan membaca. • Amalan perbincangan • Amalan berdiskusi. • Amalan papan kenyataan LANGKAH KEEMPAT Mencorak Kualiti Pengajaran Mengaplikasi Teori, Kaedah Dan Teknik Pengajaran - Pembelajaran Kerjasama - Pembelajaran Masteri - Teori Kecerdasan Pelbagai - Kajian Masa Depan - Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu ICT MATEMATIK 2009 31
  • 32. MODUL LINUS LANGKAH KELIMA Mengaplikasi Motivasi Dalam Pengurusan Bilik Darjah • Murid dibina harga diri dengan meningkatkan rasa yakin untuk berjaya. • Pendekatan psikologi digunakan untuk menanamkan rasa diri dihargai. • Keperluan untuk rehat juga digunakan untuk memastikan keselesaan murid. • Mewujudkan suasana bilik darjah yang harmoni untuk menimbulkan rasa selamat dalam kalangan murid. • Pembelajaran kerjasama dilaksanakan untuk memenuhi keperluan sosial murid. • Pengukuhan positif melalui pujian, ganjaran dan dorongan untuk meningkatkan prestasi murid. • Menyediakan satu tabung khas untuk mengiktiraf pencapaian murid dan bantuan kebajikan murid. RUMUSAN MATEMATIK 2009 Menyediakan Peraturan dan Amalan Bilik Darjah Membentuk Iklim Bilik Darjah Mencorakkan Kualiti Pengajaran Menyusun Organisasi Pembelajaran Mengaplikasi Motivasi Dalam Pengurusan Bilik Darjah -Disiplin terkawal. wujud suasana harmoni dalam kelas. -Kelas ceria. Murid merasa seronok hadir ke kelas. Gejala ponteng dapat dikurangkan - Penglibatan murid dalam P&P amat memberangsangkan. - Murid lebih bersedia untuk belajar. - Prestasi murid dapat ditingkatkan - Berlaku suatu perubahan dan perkembangan positif di kalangan murid. - Murid mempunyai keyakinan diri. - Wujud rasa hormat antara satu sama lain 32
  • 33. MODUL LINUS 8. Fasilitator membuat rumusan sesi soal jawab diatas dengan menyatakan: • Persekitaran bilik darjah memberikan impak yang besar ke atas pembelajaran, tingkah laku dan motivasi murid. • Guru-guru perlu memanipulasikan dua persekitaran bilik darjah dalam meningkatkan pembelajaran murid: i) persekitaran fizikal ii) persekitaran psikologikal / iklim bilik darjah MATEMATIK 2009 33
  • 34. MODUL LINUS Lampiran BORANG SOAL SELIDIK Skala: 1. Langsung tidak memuaskan 2. Tidak memuaskan 3. Sederhana 4. Memuaskan 5. Sangat memuaskan Bulatkan pilihan anda BAHAGIAN A: KEADAAN FIZIKAL 1. Aspek Kebersihan a. bilik darjah 1 2 3 4 5 b. tandas 1 2 3 4 5 c. kantin 1 2 3 4 5 d. kawasan sekolah 1 2 3 4 5 e. pakaian murid 1 2 3 4 5 2. Aspek Keselamatan a. mematuhi peraturan lalu lintas 1 2 3 4 5 b. latihan keselamatan 1 2 3 4 5 c. tugas guru keselamatan 1 2 3 4 5 d. peti kecemasan 1 2 3 4 5 3. alat pemadam api 1 2 3 4 5 3. Aspek Penggunaan Kemudahan a. alat pandang dengan 1 2 3 4 5 b. air 1 2 3 4 5 c. lampu dan kipas 1 2 3 4 5 4. Aspek Keselesaan a. keadaan kerusi maja muid 1 2 3 4 5 b. kesesuaian kerusi meja murid 1 2 3 4 5 c. ruang bilik darjah 1 2 3 4 5 d. cahaya 1 2 3 4 5 e. pengedaran udara 1 2 3 4 5 f. ketenterman persekitaran 1 2 3 4 5 5. Aspek Keindahan / Keceriaan a. pepohon dan pokok bunga 1 2 3 4 5 b. perhiasan (seperti mural, kata hikmat) 1 2 3 4 5 BAHAGIAN B: KEADAAN SOSIAL 1.Hormat-Menghormati MATEMATIK 2009 34
  • 35. MODUL LINUS a. Mengucapkan terima kasih, selamat dan meminta maaf 1 2 3 4 5 b. mendengar dan menimbang pendapat orang lain 1 2 3 4 5 c. menghormati hak orang lain 1 2 3 4 5 d. mematuhi peraturan 1 2 3 4 5 2. Bekerjasama a. bantu mambantu dan sedia berkongsi secara sukarela 1 2 3 4 5 2. Bertanggungjawab a. menitikberatkan tugas yang dijalankan 1 2 3 4 5 b. menjaga kebersihan dan kekemasan alam sekitar 1 2 3 4 5 c. boleh berdikari dan yakin 1 2 3 4 5 3. Perpaduan, Kekitaan, Kebanggaan dan Kesetiaan a. murid pelbagai kaum bercampur gaul 1 2 3 4 5 b. kakitangan pelbagai kaum 1 2 3 4 5 c. kakitangan dan murid pelbagai kaum bercampur gaul 1 2 3 4 5 d. cinta akan sekolah (memakai lencana sekolah, memberi sokongan kepada pasukan sekolah) 1 2 3 4 5 4. Kemesraan a. beramah tamah 1 2 3 4 5 5. Keadilan a. Adil dalam pemberian pujian, tugasan dan sebagainya 1 2 3 4 5 BAHAGIAN C: BUDAYA ILMU Semangat Mahu Belajar a. rajin belajar (membaca dan menggunakan perpustakaan) 1 2 3 4 5 b. mahu berfikir (selalu bertanya dan memberi pendapat) 1 2 3 4 5 c. bersikap kreatif ( dalam seni muzik, drama dan lain-lain) 1 2 3 4 5 2. Rangsangan Daripada Sekolah a. Kepelbagaian kaedah dan media pengajaran dan pembelajaran 1 2 3 4 5 b. Bilik darjah merangsang pembelajaran 1 2 3 4 5 c. Bimbingan san kaunseling untuk murid bercampur gaul 1 2 3 4 5 BAHAGIAN D: PENGGUNAAN BAHASA a. Bahasa Melayu digunakan dengan baik 1 2 3 4 5 MATEMATIK 2009 35
  • 36. MODUL LINUS jitu, betul dan indah ) b. Bahasa kedua digunakan dengan baik dan dalam keadaan yang sesuai 1 2 3 4 5 Unit 1 PRA NOMBOR MATEMATIK 2009 36
  • 37. MODUL LINUS UNIT 1 : PRA NOMBOR MASA : 1 JAM OBJEKTIF : Aktiviti-aktiviti berikut adalah untuk mendedahkan guru kepada strategi: 1. menama dan mengklasifikasikan objek mengikut warna, bentuk dan saiz. 2. menentukan kumpulan objek dengan membuat perbandingan mengikut warna, bentuk dan saiz. 3. membandingkan kumpulan objek sama banyak, kurang atau lebih daripada. KEMAHIRAN : 1. Mengkategorikan objek mengikut warna, bentuk dan saiz. 2. Membanding bezakan objek mengikut warna, bentuk dan saiz. 3. Membandingkan kuantiti sekumpulan objek dari segi banyak atau sedikit, sama banyak, lebih atau kurang daripada AKTIVITI 1: TEMAN SEJATI MATEMATIK 2009 37
  • 38. MODUL LINUS Bahan Yang Diperlukan : Kertas pelekat pelbagai warna (hijau, biru, merah dan kuning), bentuk (bulat, segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga), saiz (besar dan kecil) dan sampul surat. Tempoh Masa :10 minit ARAHAN: 1. Fasilitator mengedarkan sekeping sampul surat kepada semua peserta. 2. Sampul surat tersebut berisi sekeping kertas pelekat yang warna, bentuk dan saiznya sama dengan kertas pelekat yang ditampal pada bahagian luar sampul tersebut. (Rujuk Lampiran 1) 3. Fasilitator mengarahkan peserta berkumpul mengikut warna yang terdapat pada sampul surat masing-masing. 4. Fasilitator mengajukan beberapa soalan yang berkaitan dengan warna, bentuk dan saiz kepada peserta . Contoh : a) Warna apakah yang paling ramai ahlinya? b) Warna apakah yang paling sedikit ahlinya? 5. Fasilitator menerangkan bahawa aktiviti ini adalah untuk memperkenalkan konsep warna, bentuk, saiz dan membuat perbandingan. MATEMATIK 2009 38
  • 39. MODUL LINUS AKTIVITI 2: SIAPA SAYA? Bahan Yang Diperlukan: CD “Siapa Saya”, kertas mahjong dan pen marker. Tempoh Masa : 10 minit ARAHAN: 1. Fasilitator membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan. 2. Fasilitator meminta peserta menonton tayangan slaid / CD “Siapa Saya?”. 3. Fasilitator mengajukan soalan kepada peserta tentang tayangan slaid / CD tersebut. Contoh: a) Namakan satu benda yang kamu dapat lihat pada slaid tadi? b) Apakah bentuk benda tersebut? 4. Fasilitator mengedarkan sehelai kertas mahjong yang telah dilipat empat dan pen marker kepada setiap kumpulan. 5. Fasilitator meminta setiap kumpulan untuk menyenaraikan nama benda-benda tersebut mengikut kategori bentuk pada kertas mahjong kumpulan masing-masing. (rujuk Rajah 2.1) 6. Fasilitator meminta setiap kumpulan untuk mempamerkan hasil kerja mereka. 7. Fasilitator membuat rumusan mengenai hasil kerja yang dipamerkan. MATEMATIK 2009 39
  • 40. MODUL LINUS Rajah 2.1 : 1. Epal 2. 3. 4 1. Meja 2. 3. 4. 1. Almari 2. 3. 4. 1. Ais-krim 2. 3. 4. Lampiran 2 MATEMATIK 2009 40
  • 41. MODUL LINUS AKTIVITI 3: RUMAH IDAMANKU Bahan Yang Diperlukan: Sekeping kad manila berwarna putih, empat keping kertas pelbagai warna berpelekat yang telah dicetak dengan pelbagai bentuk dan saiz (bulat, segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga), gunting dan pen marker (hitam / biru). Tempoh Masa : 20 minit ARAHAN: 1. Fasilitator membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan. 2. Fasilitator memberikan sekeping kad manila, empat keping kertas pelbagai warna berpelekat, gunting dan pen marker kepada setiap kumpulan. (Rujuk Lampiran 3) 3. Fasilitator meminta setiap kumpulan untuk menghasilkan satu pelan rekaan dalaman ”Rumah Idamanku”. (Rujuk Rajah 3.1) 4. Fasilitator menyuruh setiap kumpulan untuk mempamerkan hasil kerja kumpulan masing-masing. 5. Fasilitator mengadakan sesi soal jawab berkenaan dengan perbandingan bilangan (banyak / sedikit, lebih / kurang) tentang bentuk, warna dan saiz yang digunakan. MATEMATIK 2009 41
  • 42. MODUL LINUS Contoh : Bentuk apakah yang paling banyak digunakan? Warna apakah yang paling sedikit digunakan? Rajah 3.1: MATEMATIK 2009 Lampiran 3 42
  • 43. MODUL LINUS AKTIVITI 4: JUARA KONSEP Bahan Yang Diperlukan: Komputer riba Tempoh Masa : 20 minit ARAHAN: 1. Fasilitator membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan. 2. Fasilitator meminta setiap kumpulan mencipta satu bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah yang melibatkan salah satu konsep pra nombor berikut : a. Menyatakan sama banyak b. Menyatakan tidak sama banyak c. Menyatakan kurang daripada d. Menyatakan lebih daripada Contoh : Menyatakan sama banyak MATEMATIK 2009 43
  • 44. MODUL LINUS 3. Fasilitator meminta setiap kumpulan membentangkan hasil kerja masing-masing. Unit 2 NOMBOR DALAM LINGKUNGAN MATEMATIK 2009 44
  • 45. MODUL LINUS 1 HINGGA 9 UNIT 2 : NOMBOR DALAM LINGKUNGAN 1 HINGGA 9 MASA : 1 JAM OBJEKTIF : Aktiviti-aktiviti berikut adalah untuk mendedahkan guru kepada strategi : 1. Mengenal dan menyebut nombor 1 – 9. 2. Menguasai teknik menulis angka 1 - 9. 3. Memahami nilai nombor. KEMAHIRAN : 1. Mengenal, menyebut dan menulis nombor. 2. Nilai nombor. AKTIVITI 1: SYOKNYA KIRA Bahan Yang Diperlukan: Lilin, plastesin, pemetik api, kad angka dan lirik lagu Tempoh Masa : 15 minit. ARAHAN: 1. Fasilitator meletakkan sebatang lilin di atas model kek yang dibuat daripada plastesin. * (bergantung kepada kesesuaian tempat) MATEMATIK 2009 45
  • 46. MODUL LINUS 2. Fasilitator meminta peserta menyebut nombor secara membilang. 3. Fasilitator meletakkan sebatang lagi lilin di atas kek. 4. Fasilitator meminta peserta membilang satu demi satu hingga nombor dua. 5. Fasilitator mengulangi aktiviti di atas mengikut turutan nombor tiga hingga sembilan. 6. Fasilitator menyalakan lilin dan meminta peserta menyebut secara membilang satu demi satu. 7. Setelah semua lilin dinyalakan, fasilitator meminta seorang peserta meniup lilin tersebut sehingga padam. 8. Fasilitator mencabut sebatang lilin dan menunjuk kad angka sambil menyebut nombornya. 9. Fasilitator mengambil dua batang lilin dan menunjuk kad angka 2 sambil menyebut nombornya. 10. Fasilitator mengulangi aktiviti di atas dari nombor 3 hingga nombor 9. 11. Fasilitator menunjuk kad angka secara rawak dan meminta peserta menyebutnya sambil menunjukkan bilangan jari yang betul. 12. Fasilitator meminta peserta menyanyi lagu ’Seronok Mengira’ ( berdasarkan irama lagu madu tiga ) SERONOK MENGIRA 1 , 2 dan 3 Marilah kira. Marilah kira bersama-sama. 4 , 5 dan 6 Kiralah lagi Janganlah adik berasa jemu Nombornya 7 , 8 dan 9 MATEMATIK 2009 1 46
  • 47. MODUL LINUS Cubalah bilang sekali lagi Hai cepatlah adik Marilah kita membilang Bersama adik bersama abang Hoi ............. a. (Irama lagu ketipang payung) Lampiran MATEMATIK 2009 47
  • 48. MODUL LINUS AKTIVITI 2: LOMPAT KETINGTING Bahan Yang Diperlukan: 2 Kotak berisi 2 set kad angka 1-9, ”masking tape”, 2 set pembilang yang diikat mengikut bilangan 1-9, 2 gelung rotan, 9 keping kad bertanda A dan 9 keping kad bertanda B.. Tempoh Masa : 15 minit. ARAHAN: 1. Fasilitator menyediakan 2 set petak ketingting bersama pembilang dan kad angka (rujuk rajah 1) Kad angka diselerakkan secara terbalik di atas lantai 2. Fasilitator mengedarkan kad A dan B kepada peserta.Peserta berbaris mengikut kumpulan A dan B. 3. Apabila wisel dibunyikan peserta pertama diminta mengambil satu ikatan pembilang yang ada di dalam kotak dan mengiranya. 4. Peserta diminta mencari kad angka yang sepadan dengan bilangan pembilang tadi. 5. Peserta yang mengambil kad angka yang salah diminta meletakkan kembali di tempat asal dalam keadaan terbalik dan mencari kad angka yang betul. 6. Peserta melompat ketingting ke petak mengikut kad angka yang diperolehi. 7. Peserta meletakkan kad angka dan pembilang di dalam petak yang betul. MATEMATIK 2009 48
  • 49. MODUL LINUS 8. Sekiranya kad angka dan pembilang diletak pada petak yang salah, peserta hendaklah mengulang semula lompatan sehingga betul (boleh dibantu oleh rakan sepasukan ). 9. Kumpulan yang terlebih dahulu dapat meletakkan kesemua kad angka dengan turutan yang betul pada petak ketingting adalah dikira sebagai pemenang. 10. Fasilitator mengumpul semula semua kad angka dan pembilang dari petak ketingting . 11. Peserta diminta berkumpul semula mengikut kumpulan tadi. Fasilitator meletakkan kad angka ke dalam gelung rotan dalam keadaan terbalik. 12. Apabila wisel dibunyikan setiap peserta akan mengambil sekeping kad angka dari gelung rotan (serentak). 13. Semua peserta bergerak dan berdiri di dalam petak berdasarkan kad angka masing- masing. 14. Kumpulan yang terlebih dahulu berdiri dalam turutan nombor 1-9 adalah dikira sebagai pemenang. 15. Fasilitator meminta peserta menyebut dengan kuat nombor 1 – 9 dan sebaliknya. Rajah 1 RAJAH KETINGTING MATEMATIK 2009 49
  • 50. X X X X X X X X X X X X X X X X X X A A Kotak B Kotak B MODUL LINUS Garis permulaan Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kotak A - Kad angka dan gelung rotan Kotak B - pembilang yang diikat mengiku bilangan 1-9 Lampiran Gambar 1 Gambar 2 MATEMATIK 2009 50
  • 51. MODUL LINUS AKTIVITI 3: TIRU DAKU Bahan Yang Diperlukan: Buku catatan, carta nombor dan pensel Tempoh Masa : 15 minit. ARAHAN: 1. Fasilitator menerangkan teknik menulis angka bermula dari angka yang bergarisan (1,7 dan 4), diikuti dengan angka berbentuk separa bulat (3), bulat (6 dan 8) dan gabungan garisan lurus dan bulat (2,9 dan 5). 2. Fasilitator menerangkan cara menulis angka 1-9 (seperti dalam lampiran). 3. Peserta membuat latihan menulis angka 1 hingga 9 di atas meja dan di udara. 4. .Peserta menulis angka di tapak tangan rakan dan meminta rakan meneka angka yang ditulis. 5. Peserta diminta ke tempat letak kereta dengan membawa bersama buku catatan dan pensel. 6. Peserta diminta mengkelaskan kereta mengikut warna dan mencatatkan bilangan kereta. Contoh : merah - 2 buah hitam - 4 buah. MATEMATIK 2009 51
  • 52. MODUL LINUS 7. Peserta diminta mencari sebuah kereta idaman masing-masing dan mencatat nombor plat kereta tersebut. 8. Fasilitator meminta peserta berkumpul semula. 9. Fasilitator meminta peserta membandingkan jawapan bilangan kereta mengikut warna. 10. Fasilitator meminta peserta menyebut nombor pendaftaran kereta idaman masing- masing. 11. Peserta lain mencatat sekurang-kurangnya tiga daripada nombor pendaftaran kereta yang disebutkan. KERETA IDAMANKU MATEMATIK 2009 Warna kereta Bilangan putih merah 52
  • 53. MODUL LINUS MATEMATIK 2009 Bil Nombor Pendaftaran Kereta 1 2 3 53
  • 54. MODUL LINUS AKTIVITI 4: CIPTA-CIPTA REKA Bahan Yang Diperlukan: Tiada Tempoh Masa : 15 minit. ARAHAN: 1. Peserta dibahagi kepada beberapa kumpulan. (Mengikut kesesuaian antara 5 – 10 orang) 2. Setiap kumpulan diminta mencipta satu aktiviti atau lagu yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran tajuk nombor 1 – 9 . MATEMATIK 2009 54
  • 55. MODUL LINUS AKTIVITI 5: KOSONG SIFAR Bahan Yang Diperlukan: gula-gula, gelas, pensel, kad angka, sampul surat, puzzle Tempoh Masa : 10 minit NOMBOR ’0’ DAN ’10’ OBJEKTIF : Aktiviti-aktiviti berikut adalah untuk mendedahkan guru kepada strategi : 1. Mengenal dan menyebut nombor ’0’ dan ’10’. 2. Memahami nilai angka ’0’ dan ’10’. 3. Menguasai teknik menulis angka ’0’ dan ’10’ KEMAHIRAN : MATEMATIK 2009 55
  • 56. MODUL LINUS 1. Mengenal, menyebut dan menulis nombor. 2. Nilai nombor. ARAHAN: 1. Fasilitator meletakkan beberapa biji gula-gula ke dalam gelas. 2. Fasilitator meminta peserta mengeluarkan kesemua gula-gula dari gelas.tersebut 3. Fasilitator kaitkan gelas kosong dengan konsep sifar ’0’ 4. Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan. 5. Setiap kumpulan diberi satu sampul surat yang mengandungi ’puzzle’. 6. Peserta diminta melengkapkan ’puzzle’. 7. Fasilitator memperkenalkan angka sifar ’0’ berdasarkan ’puzzle’. 8. Fasilitator meletakkan tiga biji gelas di atas meja. - Gelas A mengandungi lima biji gula-gula. - Gelas B tiada gula-gula. - Gelas C mengandungi 2 biji gula-gula CONTOH BAHAN MATEMATIK 2009 56
  • 57. MODUL LINUS 9. Peserta diberi tiga keping kad angka dan diminta meletakkan kad angka pada gelas yang betul. 10. Fasilitator mengulangi aktiviti diatas menggunakan kad bergambar. 11. Fasilitator menerangkan kedudukan sifar’0’ dalam turutan nombor iaitu sebelum nombor satu. 12. Fasilitator menunjukkan cara menulis sifar ’0’ yang betul AKTIVITI 6: LOT 10 Bahan Yang Diperlukan: Gelas, gula-gula, kad gambar sorong tarik, turutan nombor, beg plastik kecil, 6 balang berisi pelbagai jenis kacang. Tempoh Masa : 15 minit ARAHAN: 1. Fasilitator menyediakan sebiji gelas berisi 10 biji gula-gula. 2. Fasilitator mengeluarkan gula-gula satu demi satu sambil membilang sehingga 10. 3. Fasilitator memperkenalkan angka 10 dengan menunjukkan kad angka. 4. Fasilitator menunjukkan kad gambar sorong tarik seperti di bawah. MATEMATIK 2009 2 3 4 5 6 7 8 910 5 2 0 10 57
  • 58. MODUL LINUS a. Fasilitator meminta peserta membilang objek yang terdapat pada kad gambar sorong tarik seperti di atas. b. Fasilitator menjelaskan 5 dan 5 jumlahnya 10. c. Fasilitator meminta peserta membilang objek yang terdapat pada kad gambar sorong tarik seperti di atas. d. Fasilitator menjelaskan bahawa 2 , 2 , 2 , 2 dan 2 jumlahnya 10 5. Fasilitator menunjukkan cara menulis angka 10 yang betul 6. Peserta diminta melengkapkan turutan nombor yang diberi. 7. Fasilitator membahagikan peserta kepada 6 kumpulan. 8. Setiap kumpulan akan diberi satu balang yang berisi pelbagai jenis kacang dan 10 beg plastik. 9. Peserta diminta mengisi setiap beg plastik dengan 10 biji kacang yang sama jenis. 10. Wisel akan ditiup selepas satu minit. Kumpulan yang mendapat jumlah kacang yang paling banyak adalah dikira sebagai pemenang. MATEMATIK 2009 2 3 4 5 6 7 8 91 58
  • 59. MODUL LINUS Gambar 1 Gambar 2 AKTIVITI 7: LESLAN Bahan Yang Diperlukan: Tiada Tempoh Masa : 20 minit ARAHAN : 1. Peserta dibahagi kepada beberapa kumpulan. (Mengikut kesesuaian antara 5 – 10 orang) 2. Setiap kumpulan diminta menyediakan satu rancangan pelajaran harian bagi pengajaran dan pembelajaran konsep ‘0’ atau ‘10’ MATEMATIK 2009 59
  • 61. MODUL LINUS NOMBOR DALAM LINGKUNGAN 11 – 20 UNIT 3 : NOMBOR DALAM LINGKUNGAN 11 HINGGA 20 MASA : 1 JAM 15 MINIT OBJEKTIF : Aktiviti-aktiviti berikut adalah untuk mendedahkan guru kepada strategi untuk mengajar murid untuk mengenal, menyebut, mengira dan menulis nombor 11 hingga 20. KEMAHIRAN : Mengenal, menyebut dan menulis nombor 11 hingga 20 AKTIVITI 1: MN1120 MATEMATIK 2009 61
  • 62. MODUL LINUS Bahan Yang Diperlukan : Bola ping pong . (10 biji oren dan 10 biji putih), bekas telur, kad gambar dan kad angka. Tempoh masa : 15 minit. ARAHAN : 1. Fasilitator meminta peserta mengambil 10 biji bola ping pong warna oren dan masukkan ke dalam bekas telur satu demi satu sambil membilang 1 – 10 2. Fasilitator meletakkan sebiji bola pingpong berwarna putih ke dalam bekas telur yang satu lagi dan bilang satu demi satu sehingga sebelas 3. Fasilitator menerangkan bahawa sepuluh dan satu sama dengan sebelas sambil menunjukkan kad angka 4. Fasilitator meletak sebiji lagi bola pingpong putih ke dalam bekas telur dan membilang satu demi satu hingga dua belas. 5. Fasilitator menerangkan bahawa sepuluh dan dua sama dengan 12 sambil menunjukkan kad angka 12 MATEMATIK 2009 12 11 62
  • 63. MODUL LINUS 6. Langkah 5 diulang sehingga ke nombor 20. 7. Fasilitator menunjukkan kad secara rawak dan peserta diminta menyebut nombor dengan jelas. 8. Peserta diminta suaikan kad gambar dengan kad angka. Contoh : CONTOH BAHAN AKTIVITI 2: BOWLING Bahan Yang Diperlukan: Tin kosong, kad angka 11-20, kotak dan bola tenis. Tempoh Masa : 15 minit. ARAHAN : 1. Fasilitator menyusun tin mengikut susunan piramid. 2. Fasilitator edarkan kad kepada peserta. 3. Peserta yang mendapat kad tampil ke hadapan dan berbaris mengikut turutan nombor pada kad (1-8). 4. Setiap peserta diberi peluang untuk membuat 2 balingan. MATEMATIK 2009 12 63
  • 64. MODUL LINUS 5. Selepas balingan kedua, peserta diminta membilang tin yang jatuh satu demi satu dan menyatakan jumlahnya. 6. Fasilitator memastikan peserta membilang dengan betul dan meminta peserta mencatatkan jumlah dalam borang yang disediakan. 7. Peserta menyusun semula tin yang berselerak.’ 8. Aktiviti ini diulang oleh peserta seterusnya. 9. Peserta yang menjatuhkan tin yang terbanyak dikira paling cekap. Susunan tin Garis balingan Borang Peserta Nama Bilangan Tin Yang Jatuh MATEMATIK 2009 64
  • 65. MODUL LINUS 10. Peserta diminta mengambil 10 tin. 11. Peserta diminta menampal nombor pada setiap tin dan masukkan tin-tin ke dalam kotak. 12. Peserta diminta menyusun tin-tin tersebut mengikut turutan angka 11 hingga 20 secara menaik dan menurun. 13. Fasilitator mengeluarkan beberapa tin dan meminta peserta meletakkan semula tin mengikut turutan nombor 11-20. Lampiran Gambar 1 MATEMATIK 2009 11 12 171613 14 15 18 19 20 11 13 1614 17 20 65
  • 66. MODUL LINUS Gambar 2 AKTIVITI 3: MENCARI JODOH Bahan Yang Diperlukan: Kad Nombor Gantung, Kad Gambar ( mengikut bilangan nombor) Tempoh Masa : 15 minit. MATEMATIK 2009 66
  • 67. MODUL LINUS ARAHAN : 1. Fasilitator membahagikan peserta kepada kumpulan A dan B Setiap kumpulan terdiri daripada 10 peserta. 2. Fasilitator membahagikan kad gambar kepada peserta kumpulan A dan kad angka kepada peserta kumpulan B. 3. Fasilitator mengarahkan peserta kumpulan A menggantung kad gambar di bahagian belakang badan dan menghadap garisan penamat. 4. Fasilitator mengarahkan peserta kumpulan B menggantung kad angka di bahagian depan dan berdiri di garisan permulaan. 5. Apabila wisel dibunyikan, peserta daripada kumpulan B akan bergerak mencari pasangannya yang berada dalam kumpulan A dan berlari terus ke garisan tamat. 6. Pasangan yang sampai ke garisan penamat dahulu adalah dikira sebagai pemenang. 7. Fasilitator meminta peserta kumpulan B berdiri mengikut turutan nombor 11 – 20. 8. Peserta diminta menyebut nombor masing-masing dengan kuat. MATEMATIK 2009 11 11 12 15 13 14 16 17 18 2019 67
  • 68. MODUL LINUS Garis Penamat Kumpulan A *kad ini mengandungi gambar mengikut jumlah 11 hingga 20 Kumpulan B Garis Permulaan MATEMATIK 2009 18 1213201516 1417 19 11 68
  • 69. MODUL LINUS AKTIVITI 4: BBM 1120 Bahan Yang Diperlukan: Tiada Tempoh Masa : 30 minit. ARAHAN: 1. Peserta dibahagi kepada beberapa kumpulan. (Mengikut kesesuaian antara 5 – 10 orang) 2. Setiap kumpulan diminta merancang dan menyediakan satu set alat bantu mengajar yang sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran nombor 11 – 20. MATEMATIK 2009 69
  • 70. MODUL LINUS UNIT 4 OPERASI TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 18 MATEMATIK 2009 70
  • 71. MODUL LINUS UNIT 4 : OPERASI TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 18 MASA : 2 JAM OBJEKTIF : Aktiviti-aktiviti berikut adalah untuk mendedahkan guru kepada strategi: 1. memperkenalkan konsep penambahan objek dua kumpulan atau lebih. 2. mengira jumlah. 3. menggandakan dan menggenapkan nilai kepada 10. 4. mengira secara turutan menaik daripada suatu nombor. KEMAHIRAN : 1. menyatu atau mengumpul 2 set objek dan mengira jumlah. 2. menunjuk, menyebut dan menulis ayat matematik yang melibatkan penambahan. AKTIVITI 1: JUTAWAN FAKIR Bahan Yang Diperlukan: Sampul surat, 6 jenis gambar objek, kad simbol ( + , = ), kad nombor ( 0 hingga 9), span hijau Tempoh Masa : 10 minit ARAHAN: 1. Fasilitator membahagikan peserta kepada 6 kumpulan dan melantik seorang ketua. 2. Fasilitator menyediakan 6 sampul surat yang berisi objek seperti pen, pensel, pembaris atau pemadam. 3. Fasilitator mengedarkan satu sampul surat kepada setiap kumpulan. 4. Fasilitator meminta ketua kumpulan membuka sampul surat. 5. Fasilitator meminta ketua kumpulan mencari dua objek berdasarkan pada gambar yang terdapat dalam sampul surat itu. MATEMATIK 2009 71
  • 72. MODUL LINUS 6. Fasilitator meminta setiap kumpulan mencari lagi objek yang sama dengan diiringi muzik latar. 7. Fasilitator mengarahkan peserta berhenti mencari objek apabila muzik diberhentikan. (5 saat ) 8. Fasilitator meminta seorang wakil daripada setiap kumpulan tampil ke hadapan dengan membawa kesemua objek yang dikumpul. 9. Fasilitator mengajukan soalan-soalan berikut kepada wakil kumpulan: i) Berapakah bilangan objek yang anda ada pada mulanya? ii) Berapakah bilangan objek yang dapat di tambah sekarang? iii) Berapakah jumlah objek yang ada sekarang? 10. Fasilitator meminta ketua kumpulan menyebut ayat matematik. (2 dan 3 jadi 5) 11. Fasilitator menerangkan kepada peserta bahawa konsep penambahan adalah proses pengumpulan atau penyatuan objek dan aktiviti yang telah dijalankan adalah satu cara untuk memperkenalkan konsep ini kepada pelajar. 12. Fasilitator memperkenalkan simbol tambah dengan menggunakan kad simbol. 13. Fasilitator mengedarkan satu kad simbol kepada setiap kumpulan. 14. Fasilitator meminta semua ahli kumpulan menyentuh kad simbol tersebut. 15. Setiap ahli kumpulan menyusun kad nombor dan kad simbol berdasarkan objek yang telah dikumpul. 16. Wakil kumpulan akan menulis ayat matematik di papan tulis. 17. Fasilitator mengumumkan pemenang berdasarkan jumlah objek yang terkumpul. MATEMATIK 2009 72
  • 74. MODUL LINUS AKTIVITI 2: JOM MENGIRA Bahan Yang Diperlukan : Kad dot (Lampiran 1), Lembaran kerja (Lampiran 2), Tempoh Masa : 15 minit ARAHAN: 1. Fasilitator menyediakan 1 set kad dot dan Lembaran kerja. 2. Fasilitator mengedarkan Lembaran kerja kepada setiap peserta. 3. Fasilitator menunjukkan kad dot pertama kepada peserta dan meminta peserta membilang titik-titik yang terdapat pada kad tersebut. 4. Fasilitator meminta peserta menulis dan melukis bilangan titik tersebut di atas Jadual A. Contoh: 5. Fasilitator mengulangi langkah 3 dengan kad kedua. 6. Fasilitator meminta peserta membilang dan menulis jawapan pada Lembaran kerja. 7. Fasilitator mengulangi Langkah 3 hingga Langkah 6 dengan menggunakan kad-kad dot yang lain. 8. Fasilitator menerangkan bahawa strategi ini adalah untuk mengajar tajuk penambahan dan peserta boleh menambah bilangan kad dot mengikut keperluan kelas. MATEMATIK 2009 74
  • 79. MODUL LINUS Lampiran 2 LEMBARAN KERJA BIL TULIS LUKIS 1. Contoh: 3 + 4 = 7 2. 3. 4. 5. MATEMATIK 2009 79
  • 80. MODUL LINUS CADANGAN JAWAPAN LEMBARAN KERJA BIL SEBUT TULIS LUKIS 1. Tiga tambah empat sama dengan tujuh Contoh: 3 + 4 = 7 2. Satu tambah lima sama dengan enam 1 + 5 = 6 3. Tujuh tambah dua sama dengan sembilan 7 + 2 = 9 4. Sifar tambah empat sama dengan empat 0 + 4 = 4 5. Tiga tambah tiga sama dengan enam 3 + 3 = 6 MATEMATIK 2009 80
  • 81. MODUL LINUS AKTIVITI 3: PEMBILANG INTERAKTIF Bahan Yang Diperlukan : Pembilang Interaktif, Tempoh Masa : 15 minit ARAHAN: 1. Fasilitator menyediakan Pembilang Interaktif untuk setiap kumpulan. 2. Fasilitator menulis ayat matematik berikut di papan tulis: 3. Fasilitator menerangkan cara penggunaan pembilang interaktif kepada peserta. ( i ) sebutkan ayat matematik 8 + 5 = ? ( ii ) tangan kiri pegang hujung pembilang seperti gambar dibawah . ( iii ) tolak manik dari hujung satu persatu sehingga 8 biji. Minta peserta sebut nombor sambil menolak manik MATEMATIK 2009 8 + 5 = 81
  • 82. MODUL LINUS ( iv ) tolak lagi lima biji manik ( v ) minta peserta mengira semua manik yang ditolak itu. ( vi ) sebut semula ayat matematik yang lengkap 4. Fasilitator memberikan peserta soalan operasi tambah. Contoh : a. 7 + 4 = ___________ b. 6 + 8 =. ___________ c. 7 + 7 = ___________ 5. Fasilitator mengulangi langkah 3 untuk soalan yang berikutnya. MATEMATIK 2009 8 + 5 = 13 82
  • 83. MODUL LINUS AKTIVITI 4: SAHAM NAIK! Bahan Yang Diperlukan : Kerusi ( 20 ) , Kad Nombor, Garis Nombor dan bendera, pencungkil gigi (Lampiran 3), Lembaran kerja (lampiran 4), Tempoh Masa : 10 minit ARAHAN: 1. Fasilitator menulis ayat matematik berikut di papan tulis: 2. Fasilitator menyusun kerusi secara memanjang. Dan melabelkan setiap kerusi dengan kad nombor mengikut urutan 1 hingga 20 3. Fasilitator meminta seorang peserta duduk di kerusi nombor 8. 4. Fasilitator meminta peserta tersebut bergerak dari satu kerusi ke satu kerusi , 5 kerusi ke kanan sambil menyebut 1, 2, 3, 4, 5. Nombor yang terakhir adalah jawapannya. 5. Fasilitator meminta peserta menulis ayat matematik. 6. Fasilitator meminta peserta menyebut ”lapan tambah lima sama dengan tiga belas belas”. 7. Fasilitator menulis ayat matematik berikut di papan tulis: 8. Fasilitator mengedarkan Lampiran 3 kepada setiap kumpulan. 9. Fasilitator meminta peserta menggunting gambar bendera kecil dan melekatkan bendera tersebut pada pencungkil gigi kemudian meletakkan pada kedudukan nombor 5. 10. Fasilitator meminta peserta menggerakkan bendera sebanyak 9 langkah ke kanan sambil menyebut menyebut 1, 2, 3, 4, 5, 6,7, 8 , 9. Nombor yang terakhir adalah jawapannya. 11. Fasilitator meminta peserta menulis ayat matematik. MATEMATIK 2009 8 + 5 = 13 5 + 9 = 14 83
  • 84. MODUL LINUS 12. Fasilitator meminta peserta menyebut ”lima tambah sembilan sama dengan empat belas”. 13. Fasilitator meminta peserta untuk melengkapkan Lembaran kerja. 14. Fasilitator menerangkan kepada peserta bahawa strategi ini dapat membantu pelajar menguasai proses penambahan dengan mengira secara menaik daripada suatu nombor. Cadangan Bahan Bantu Nama Bahan Bantu : Kereta Api LINUS PERMAI Bahan Yang Diperlukan : Bekas telur, manik, nombor 1 – 20, Polistrin, gam air, gam UHU MATEMATIK 2009 84
  • 86. MODUL LINUS Lampiran 4 LEMBARAN KERJA BIL SOALAN LUKIS 1. Contoh: 5 + 6 = 11 2. 3 + 9 = 3. 8 + 6 = 4. 9 + 9 = 5. 6 + 9 = CADANGAN JAWAPAN LEMBARAN KERJA MATEMATIK 2009 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 14 1512 13 86
  • 87. MODUL LINUS BIL SOALAN LUKIS 1. Contoh: 5 + 6 = 11 2. 3 + 9 = 12 3. 8 + 6 = 14 4. 9 + 9 = 18 5. 6 + 9 = 15 AKTIVITI 5: CERITAKU CERITAMU Bahan Yang Diperlukan : Gambar pemandangan (Lampiran 5a,5b,5c), gambar objek (Lampiran 6) Tempoh Masa : 10 minit MATEMATIK 2009 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 7 8 9 10 11 12 13 14 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 87
  • 88. Dalam sebuah taman, terdapat 3 batang pokok bunga matahari dan 2 batang pokok bunga mawar. Jumlah pokok bunga yang terdapat di taman ialah 5 batang pokok bunga kesemuanya. MODUL LINUS ARAHAN: 1. Fasilitator menyediakan gambar pemandangan dan gambar objek. 2. Fasilitator mengedarkan satu salinan Lampiran 5a, Lampiran 5b, Lampiran 5c dan Lampiran 6 kepada setiap kumpulan. 3. Fasilitator meminta setiap kumpulan menghiaskan gambar pemandangan menggunakan keratan-keratan gambar objek. 4. Fasilitator meminta setiap kumpulan menghasilkan satu cerita menggunakan ayat matematik berdasarkan gambar yang telah mereka hasilkan dalam Langkah 3. Contoh: 5. Fasilitator meminta setiap kumpulan membaca salah satu cerita yang telah dihasilkan. 6. Fasilitator berbincang dengan peserta bagaimana strategi ini boleh dilaksanakan di kelas. MATEMATIK 2009 Lampiran 5a 88
  • 92. MODUL LINUS Gunting dan tampalkan di lampiran 5a, 5b dan 5c . AKTIVITI 6: TUGAS SAYA TUGAS ANDA Bahagian A : Bina pembilang Interaktif MATEMATIK 2009 92
  • 93. MODUL LINUS Bahan Yang Diperlukan : 20 set pembilang asal, 100 jejari basikal Tempoh Masa : 20 minit ARAHAN: 1. Fasilitator membahagikan peserta kepada 6 kumpulan. 2. Fasilitator memberi setiap peserta 1 batang jejari basikal dan 20 biji manik ( contoh : 10 biji warna hijau dan 10 biji warna merah ) 3. Fasilitator menerangkan cara membuat Pembilang Interaktif. ( i ) Masukkan 10 biji manik sama warna ke dalam jejari basikal ( ii ) Masukkan lagi 10 biji manik warna lain ( iii ) Ketatkan skru hujung jejari basikal supaya manik tidak terburai. Bahagian B :Meneroka CD perisian matematik dan latihan matematik berasaskan ”interaktif web” . MATEMATIK 2009 93
  • 94. MODUL LINUS Bahan Yang Diperlukan : CD perisian, Laptop, sambungan internet. Tempoh Masa : 40 minit ARAHAN : 1. Fasilitator membekalkan CD perisian kepada setiap kumpulan. 2. Fasilitator membantu peserta memasang perisian dan memulakan penerokaan. 3. Kandungan CD ( 3.1 ) Setup Bowling ( 3.2 ) Setup Counting Frame ( 3.3 ) Setup addition ( 3.4 ) Setup math draw ( 3.5 ) Setup sebran ( 1 + 2 Rain ) ( 3.6 ) Worksheet Generator ( 3.7 ) Latihan Interaktif tambah lingkungan 10 ( 3.8 ) Matematik Interaktif web based ( http://www.uluskum.net/remedial) MATEMATIK 2009 94
  • 95. MODUL LINUS UNIT 5 OPERASI TOLAK (DALAM LINGKUNGAN 10) UNIT 5 : OPERASI TOLAK (DALAM LINGKUNGAN 10) MASA : 2 JAM MATEMATIK 2009 95
  • 96. MODUL LINUS OBJEKTIF : Aktiviti-aktiviti berikut adalah untuk mendedahkan guru kepada strategi : 1. mendedahkan guru kepada strategi pengenalan konsep kepada murid. 2. memperkenalkan simbol ’tolak’ kepada murid. 3. mengajar konsep tolak secara pengurangan, pengasingan, dan perbandingan kepada murid dengan berkesan. KEMAHIRAN : Konsep Penolakan AKTIVITI 1: TOLAK DIA! Bahan Yang Diperlukan: 10 kotak hadiah mengandungi arahan aksi bernombor 1 hingga 10, 70 sampul surat, kad nombor 1 hingga 10, 70 salinan lirik lagu Sepuluh Budak Hitam, 1 komputer riba (atau pilihan: radio kaset / CD lagu) Tempoh Masa : 15 Minit ARAHAN: 1. Fasilitator mempamerkan sepuluh kotak hadiah bernombor 1 hingga 10 di atas meja di hadapan peserta. 2. Fasilitator mengedarkan satu sampul surat kepada setiap peserta. 3. Fasilitator meminta peserta membuka sampul surat masing-masing. 4. Fasilitator meminta peserta yang mendapat sampul surat yang mempunyai kad nombor 1 hingga 10 untuk tampil ke hadapan. 5. Fasilitator mengarahkan peserta-peserta yang mempunyai kad nombor 1 hingga 10 untuk membuka kotak hadiah masing-masing dan membaca arahan aksi. 6. Fasilitator memperdengarkan lagu Sepuluh Budak Hitam kepada semua peserta. 7. Fasilitator meminta semua peserta menyanyi bersama-sama berdasarkan lirik lagu yang disertakan di dalam sampul surat. 8. Fasilitator meminta peserta nombor 10 untuk melakukan aksi pertama dan diikuti peserta seterusnya mengikut lirik lagu. 9. Fasilitator mengarahkan setiap peserta yang telah melakukan aksi untuk bergerak balik ke tempat masing-masing. 10. Di akhir lakonan dan nyanyian, peserta diberi penegasan: 10 budak hitam akan berkurangan seorang demi seorang sehingga tiada yang tinggal lagi. MATEMATIK 2009 96
  • 97. MODUL LINUS CONTOH BAHAN CONTOH LAGU MATEMATIK 2009 97
  • 98. MODUL LINUS Sepuluh Budak Hitam A. Romzi Sepuluh budak hitam Main tepi jalan Satu kena langgar Yang tinggal sembilan Sembilan budak hitam Main di atas papan Satu sudah jatuh Yang tinggallah lapan ( korus 1 ) Lapan budak hitam Makan sangat gelojoh Satu senak perut Yang tinggallah tujuh Tujuh budak hitam Main tanam-tanam Satu sudah lemas Yang tinggallah enam Enam budak hitam Makan buah kurma Satu tercekik biji Yang tinggallah lima Lima budak hitam Main lompat-lompat Satu patah kaki Yang tinggallah empat ( roll ) Empat budak hitam Main tepi telaga Satu jatuh dalam Yang tinggallah tiga Tiga budak hitam Usik lembu tua Satu kena tanduk Yang tinggallah dua ( korus 2 ) Dua budak hitam Main pula baling batu Satu kena kepala Yang tinggallah satu Satu budak hitam Sangat susah hati Dia tak makan Sehinggalah mati AKTIVITI 2: TOLAK BANDINGAN Bahan Yang Diperlukan: 2 buah sarang telur, 20 biji bola ping pong (boleh digantikan MATEMATIK 2009 98
  • 99. MODUL LINUS dengan bahan lain seperti pelekat berwarna dan kad manila.) Tempoh Masa : 10 Minit ARAHAN: 1. Fasilitator membahagikan peserta kepada 7 kumpulan. 2. Fasilitator memberi satu set bahan sarang telur dan bola ping pong kepada setiap kumpulan 3. Fasilitator meminta setiap kumpulan menyatakan bilangan bola ping pong yang ada dalam sarang telur A dan sarang telur B. 4. Fasilitator meminta setiap kumpulan untuk membandingkan bilangan bola ping pong di dalam sarang telur A dan sarang telur B. ”Bandingkan bola ping pong di dalam sarang telur A dengan sarang telur B. Nyatakan perbezaannya.” 5. Fasilitator menerangkan bahawa selain pengurangan, penolakan juga boleh dilakukan dengan perbandingan. 6. Fasilitator mengulangi langkah ketiga dengan menggantikan bilangan bola ping pong yang lain. Contoh: Kumpulan A mempunyai 6 biji bola ping pong Kumpulan B mempunyai 4 biji bola ping pong. CONTOH BAHAN MATEMATIK 2009 A B 99
  • 100. MODUL LINUS AKTIVITI 3: ORANG ASING MATEMATIK 2009 100
  • 101. MODUL LINUS (PERMAINAN MENGASINGKAN OBJEK) Bahan Yang Diperlukan : Bentuk : 10 bulat, 10 segiempat sama Saiz : 10 biji bola getah besar, 10 biji bola getah kecil Warna : 10 biji epal merah, 10 biji epal hijau Jenis : 10 buah kereta mainan, 10 buah lori mainan Bakul / kotak lutsinar Tempoh Masa : 15 minit ARAHAN: 1. Fasilitator menyediakan peralatan untuk 4 stesen : Stesen A : Mengasing mengikut saiz Stesen B : Mengasing mengikut bentuk Stesen C : Mengasing mengikut warna Stesen D : Mengasing mengikut jenis 2. Fasilitator membahagikan peserta kepada 4 kumpulan. 3. Fasilitator mengingatkan setiap kumpulan supaya bergerak mengikut jadual. Contoh: Kumpulan I : A B C D Kumpulan II : B C D A Kumpulan III : C D A B Kumpulan IV : D A B C 4. Fasilitator menerangkan kepada setiap kumpulan aktiviti pengasingan di setiap stesen. Contoh: Dalam stesen C terdapat 10 biji epal. 7 epal merah dan 3 epal hijau. Epal merah lebih empat daripada epal hijau atau Epal hijau kurang empat daripada epal merah. 5. Fasilitator meminta setiap kumpulan bergerak mengikut jadual sehingga habis. 6. Fasilitator menjemput setiap kumpulan untuk menerangkan proses pengasingan yang dilakukan semasa di setiap stesen. 7. Fasilitator menjemput setiap kumpulan untuk menerangkan proses pengasingan yang dilakukan semasa di setiap stesen. AKTIVITI 4: SIMBOL DAN SIMPUL MATEMATIK 2009 101
  • 102. MODUL LINUS Bahan Yang Diperlukan: kad-kad pelbagai simbol, lembaran kertas simbol tolak dalam pelbagai kedudukan, gunting, gam, kad manila. Tempoh Masa : 5 minit ARAHAN: 1. Fasilitator melekatkan pelbagai kad simbol di papan putih. 2. Fasilitator meminta peserta memilih kad simbol tolak yang betul. 3. Fasilitator membahagikan peserta kepada 10 kumpulan. 4. Fasilitator mengedarkan lembaran kertas simbol tolak dalam pelbagai kedudukan kepada setiap kumpulan. 5. Fasilitator mengarahkan setiap kumpulan untuk menggunting dan menampalkan gambar simbol-simbol tolak mengikut kedudukan simbol tolak yang betul pada kad manila. Contoh:Lembaran Kertas Simbol Tolak Pelbagai Kedudukan. 6. Fasilitator menjemput wakil daripada setiap kumpulan mempamerkan hasil kerja mereka di hadapan dan menerangkannya. AKTIVITI 5: PENULIS MATEMATIK MATEMATIK 2009 102
  • 103. MODUL LINUS Bahan Yang Diperlukan: Set bahan cerita ( satu keping gambar taman – lampiran 5.5a), 10 keping gambar haiwan (lampiran 5.5b), 1 kad cerita berpandu (lampiran 5.5c), 1 kad ayat matematik (lampiran – 5.5d), 1 kad nombor garis (lampiran 5.5e) Tempoh Masa : 15 minit ARAHAN: 1. Fasilitator membantu peserta membayangkan situasi di taman. Bayangkan anda berada di sebuah taman yang cantik. Terdapat pokok-pokok hijau, bunga-bunga dan sebuah kolam yang jernih airnya. Keluarkan makanan dan panggil kucing-kucing yang berada di taman itu.10 ekor kucing telah datang dan diberi makan. Selepas makan kucing-kucing itu menuju ke kolam untuk minum air. Tiba-tiba tiga ekor kucing telah tergelincir dan jatuh ke dalam kolam.Sekarang tinggallah tujuh ekor kucing sahaja. 2. Fasilitator meminta setiap kumpulan melengkapkan kad cerita berpandukan gambar yang diberi. 3. Fasilitator meminta setiap kumpulan membaca cerita yang telah dlengkapkan. 4. Fasilitator mengarahkan setiap kumpulan melengkapkan kad ayat matematik berdasarkan kepada gambar dan cerita yang telah dibuat. 5. Peserta menyemak semula jawapan secara menambah bilangan kucing yang jatuh ke dalam kolam dengan bilangan kucing yang masih tinggal. 6. Fasilitator membahagikan peserta kepada tujuh kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai sepuluh orang ahli. 7. Fasilitator mengedarkan set bahan cerita kepada setiap kumpulan. 8. Peserta diminta mengarang cerita sendiri dan mengulang aktiviti seperti yang ditunjukkan dari aktiviti 2 hingga 5. 9. Hanya satu kumpulan akan dipilih untuk membuat pembentangan selama 2 minit. Pemilihan dibuat secara mencabut undi. Peserta yang lain diminta memberi respon. Lampiran 5.5a Kad Gambar Taman MATEMATIK 2009 103
  • 104. MODUL LINUS Lampiran 5.5b : Gambar Haiwan Lampiran 5.4c : Kad Cerita KAD CERITA Di sebuah taman ada___________ ekor kucing. Tiba-tiba _____________ekor kucing terjatuh ke dalam kolam. Tinggal ________________ ekor kucing di taman itu. Lampiran 5.4d : Kad Ayat Matematik MATEMATIK 2009 104
  • 105. MODUL LINUS Kad Ayat Matematik (tambah) Lampiran 5.4e : Kad Garis Nombor AKTIVITI 6: HASIL KERJAKU MATEMATIK 2009 KAD AYAT MATEMATIK KAD AYAT MATEMATIK KAD AYAT MATEMATIK KAD AYAT MATEMATIK 0 8 9 104 5 6 71 2 3 105
  • 106. MODUL LINUS Bahan yang diperlukan: (Berdasarkan aktiviti yang dirancang) Tempoh Masa : 1 jam ARAHAN: 1. Fasilitator membahagikan peserta kepada tujuh kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada sepuluh orang ahli. 2. Fasilitator meminta setiap kumpulan merancang satu aktiviti yang melibatkan pengajaran konsep penolakan. 3. Setiap kumpulan diberikan masa selama 20 minit untuk menyiapkannya. 4. Fasilitator memperuntukkan 5 minit untuk setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka. CADANGAN AKTIVITI: Berikut adalah beberapa cadangan aktiviti yang boleh digunakan untuk mengajar konsep penolakan. 1. Permainan Boling 2. Bola Beracun 3. Kerusi Muzik 4. Permainan video ICT 5. Kotak Beracun 6. Ayam dan musang 7. Membaling gelung getah ke dalam skitel 8. Pertandingan garis nombor 9. Abakus 10. Persembahan PowerPoint. MATEMATIK 2009 106
  • 107. MODUL LINUS UNIT 6 WANG UKURA N MASA UNIT 6 : WANG, MASA DAN WAKTU, BENTUK DAN RUANG, UKURAN MATEMATIK 2009 107
  • 108. MODUL LINUS MASA : 2 JAM OBJEKTIF : Aktiviti-aktiviti berikut adalah untuk mendedahkan guru kepada strategi : 1. memperkenalkan mata wang Malaysia. 2. merekodkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan pada waktu yang ditetapkan dalam tempoh seminggu. 3. membanding dan mengukur beberapa objek. 4. mengenal bentuk-bentuk 2-D dan 3-D. KEMAHIRAN : 1. mengenal ciri-ciri keselamatan wang Malaysia. 2. merekod aktiviti dalam seminggu. 3. membezakan ukuran bagi dua objek atau lebih menggunakan perkataan ’lebih daripada’ ’kurang daripada’ atau ’sama dengan’ 4. Membina dan menamakan bentuk-bentuk 2-D dan 3-D AKTIVITI 1: WANG OH WANG MATEMATIK 2009 108
  • 109. MODUL LINUS Bahan Yang Diperlukan: LCD, slaid power point , wang kertas dan wang syiling sebenar Tempoh Masa : 15 minit ARAHAN: 1. Fasilitator memaparkan slaid wang kertas dan duit syiling yang berbeza nilainya. (Paparan slaid adalah wang kertas yang tidak lengkap dan permukaan duit syiling yang pudar.) 2. Fasilitator meminta peserta untuk mengenalpasti nilai wang berdasarkan ciri-ciri yang terdapat pada keratan wang yang dipaparkan dan menulis nilainya pada Lampiran Aktiviti 1(a). 3. Fasilitator berbincang jawapan dengan peserta. ( RM5, RM1, RM50 , RM10, syiling 20 sen, 1 sen, 50 sen, 5 sen dan 10 sen ) 4. Fasilitator meminta peserta mengeluarkan wang RM10 dan menyatakan ciri-ciri keselamatan yang ada pada wang tersebut. 5. Fasilitator meminta peserta mencatat ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada wang kertas RM10 ke dalam Lampiran Aktiviti 1(b). LAMPIRAN AKTIVITI 1 (a) MATEMATIK 2009 109
  • 110. MODUL LINUS Tuliskan nilai wang berdasarkan slaid yang telah dipaparkan. 1. ________________ 2. ________________ 3. ________________ 4. ________________ 5. ________________ 6. ________________ 7. ________________ 8. ________________ 9. ________________ CADANGAN JAWAPAN 1. RM5 2. RM1 3. RM50 4. RM10 5. 20 sen 6. 1 sen 7. 50 sen 8. 5 sen 9. 10 sen LAMPIRAN AKTIVITI 1 (b) MATEMATIK 2009 110
  • 111. MODUL LINUS Ciri-ciri keselamatan wang kertas RM10. 1._________________________________________________________________ __________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ 2._________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ 3._________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ 4._________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ 5._________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ 6._________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ CADANGAN JAWAPAN (NOTA FASILITATOR) MATEMATIK 2009 111
  • 113. MODUL LINUS 1. Potret Tanda Bayang Imej samar-samar Potret Yang di-Pertuan Agong Pertama boleh dilihat pada petak kosong di sebelah kiri wang kertas, sekiranya ditatap pada cahaya. Imej daripada cahaya ini bercorak 3 dimensi dengan alunan warna gelap dan terang yang berbeza-beza dalam keadaan lembut dan berbayang, tanpa garisan luar yang nyata. Di bahagian bawah potret tanda bayang ini terdapat angka berkaitan.Sebagai contoh, angka 10 dipaparkan untuk denominasi RM10. 2. Benang Keselamatan Benang keselamatan ini ditenun di permukaan sebelah belakang wang kertas. Apabila dilihat pada cahaya,benang ini kelihatan seperti satu garisan lurus yang kehitaman dengan huruf dan nombor yang berkaitan dicetak berulang kali. Sebagai contoh, “BNM RM10” dicetak berulang kali pada wang kertas denominasi RM10. 3. Ciri-ciri LEAD di sebelah kanan wang kertas RM10, terdapat jalur hologram yang berkilau. Jalur hologram ini mengandungi 3 perkara,iaitu:– Imej yang sama dengan yang terdapat di sebelah kanan potret Yang di-Pertuan Agong Pertama – Imej yang menunjukkan angka denominasi (contoh RM10) – Imej huruf-huruf “BNM” 4. Ciri-ciri PEAK ini terdapat di bahagian tengah wang kertas. Apabila dilihat dari sudut yang berlainan pula, angka denominasi boleh dilihat di pertengahan kotak. Sebagai contohnya, angka 10 dicetak untuk wang kertas denominasi RM10. 5. Tanda Pandang Telus Bunga raya di bahagian atas dan bawah wang kertas adalah serupa di kedua-dua belah permukaan (depan dan belakang) wang kertas. 6. Cetakan Intaglio Potret Yang di-Pertuan Agong Pertama,nombor denominasi corak dan perkataan‘BANK NEGARA MALAYSIA’ adalah dicetak dengan beberapa lapisan dakwat halus untuk menghasilkan kesan timbul. CIRI-CIRI KESELAMATAN DUIT SYILING MATEMATIK 2009 113
  • 114. MODUL LINUS Ciri-ciri keselamatan yang diterapkan pada duit syiling ialah terdapatnya ukiran timbul pada reka bentuk, kelilingnya yang bergerigi dengan nombor dan karektor pada muka hadapan dan belakang. Jika duit syiling dijatuhkan pada permukaan yang keras, maka bunyi berdering akan kedengaran. Anda juga boleh memeriksa warna duit syiling tersebut untuk memastikan warnanya sama dan serata. (Rujukan : http://www.bnm.gov.my) AKTIVITI 2: CUTI-CUTI MALAYSIA Bahagian A Bahan Yang Diperlukan: kertas mahjong, marker pen. Tempoh Masa : 15 minit ARAHAN: 1. Fasilitator membahagikan peserta kepada kumpulan yang terdiri daripada 6 hingga 8 orang dan melantik seorang ketua. 2. Fasilitator meminta peserta mencatatkan aktiviti-aktiviti berpandukan situasi yang diberi dalam Lampiran Aktiviti 2 pada kertas mahjong. 3. Fasilitator memperuntukkan 7 minit untuk setiap kumpulan melengkapkan aktiviti dan selepas itu membentangkan hasil tugasan masing-masing. 4. Fasilitator bersoal jawab dengan peserta tentang waktu dalam sehari dan hari dalam seminggu berdasarkan hasil pembentangan. MATEMATIK 2009 114
  • 115. MODUL LINUS LAMPIRAN AKTIVITI 2 Situasi Anda dan keluarga telah melancong ke satu tempat yang menarik selama seminggu. Catatkan segala aktiviti berdasarkan hari dan waktu yang dinyatakan. Melancong ke ……………………………………………………………………………… MATEMATIK 2009 WAKTU HARI PAGI TENGAHARI PETANG MALAM AHAD ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU 115
  • 116. MODUL LINUS Bahagian B Bahan Yang Diperlukan: Kad situasi. Tempoh Masa : 10 minit ARAHAN: 1. Fasilitator membahagikan peserta kepada kumpulan yang terdiri daripada 6 hingga 8 orang dan melantik seorang ketua. 2. Fasilitator mengedarkan satu kad situasi kepada setiap kumpulan. 3. Fasilitator meminta setiap kumpulan untuk membina dialog berdasarkan kad situasi tersebut. 4. Fasilitator memperuntukkan 3 minit kepada setiap kumpulan untuk menyiapkan tugasan ini. 5. Fasilitator mengingatkan bahawa dialog yang dibina mestilah menyatakan tarikh, hari dan waktu. 6. Fasiltator meminta wakil setiap kumpulan untuk melakonkan dialog tersebut. MATEMATIK 2009 116
  • 117. MODUL LINUS Situasi. AKTIVITI 3 (a): TINGGI RENDAH MATEMATIK 2009 Di kaunter tiket terminal Lapangan Terbang Tempahan tiket bas di kaunter Membuat laporan kemalangan jalan raya di balai polis Tempahan tempat penginapan di hotel Membuat temujanji rawatan hospital Perbualan telefon untuk membuat temujanji 117
  • 118. MODUL LINUS Bahan Yang Diperlukan: Tiada Tempoh Masa : 10 minit ARAHAN: 1. Fasilitator membahagikan peserta kepada kumpulan yang terdiri daripada 6 hingga 8 orang dan melantik seorang ketua. 2. Fasilitator meminta peserta berbaris dalam satu barisan mengikut kumpulan. 3. Fasilitator mengarahkan peserta yang tinggi ke kiri dan yang rendah ke kanan. 4. Fasilitator meminta ketua kumpulan merekodkan nama guru mengikut ketinggian paling tinggi dan paling rendah ke dalam Lampiran Aktiviti 3. 5. Fasilitator mengulangi arahan (2) di atas mengikut timbangan berat dan membuat catatan ke dalam jadual. 6. Fasilitator meminta ketua kumpulan untuk membuat rumusan dan pembentangan hasil keputusan jadual kumpulan masing-masing. LAMPIRAN AKTIVITI 3 ( TINGGI RENDAH ) MATEMATIK 2009 118
  • 119. MODUL LINUS Nama Kumpulan : _____________________________________________ Nama Pencatat : _____________________________________________ Arahan : Lengkapkan jadual berikut. Bil. Kategori Nama Peserta Ukuran / Timbangan 1. Ukuran paling tinggi 2. Ukuran paling rendah 3. Paling berat 4. Paling kurang berat AKTIVITI 3(b): JOM MINUM MATEMATIK 2009 119
  • 120. MODUL LINUS Bahan Yang Diperlukan: 4 botol berisi air minuman dan gelas (mengikut bilangan peserta dalam kumpulan). Tempoh Masa : 15 minit ARAHAN: 1. Fasilitator membahagikan peserta kepada empat kumpulan dan melantik seorang ketua. 2. Fasilitator menyediakan satu botol berisi air minuman kepada setiap kumpulan. 3. Fasilitator memberikan arahan kepada 2 kumpulan untuk menuangkan air daripada botol berisi air minuman dengan memenuhkan gelas tersebut. Manakala 2 kumpulan lagi menuangkan air daripada botol berisi air minuman dengan membahagikan sama rata sukatan air kepada semua ahli kumpulan. 4. Fasilitator meminta wakil daripada setiap kumpulan untuk menunjukkan hasil sukatan air yang diperolehinya. 5. Fasilitator mempamerkan hasil sukatan air yang diperolehi dengan melihat persamaan dan perbezaan kuantiti air daripada setiap kumpulan. 6. Fasilitator meminta ketua kumpulan yang membahagikan sukatan air sama rata menyukat isipadu air dalam setiap gelas menggunakan silinder penyukat dan dapatkan bacaannya. 7. Fasilitator membuat ulasan berdasarkan hasil aktiviti tersebut. AKTIVITI 4: KENALI DAKU MATEMATIK 2009 120
  • 121. MODUL LINUS Bahan Yang Diperlukan : Doh Tempoh Masa : 15 minit ARAHAN: 1. Fasilitator membahagikan peserta kepada kumpulan yang terdiri daripada 6 hingga 8 orang dan melantik seorang ketua. 2. Fasilitator mengedarkan doh kepada setiap kumpulan. 3. Fasilitator meminta setiap kumpulan membina bentuk-bentuk 3-D menggunakan doh selama 7 minit dan menamakan bentuk-bentuk doh tersebut. 4. Fasilitator meminta wakil peserta daripada setiap kumpulan untuk menunjukkan bentuk bentuk yang disebutkan oleh fasilitator. 5. Fasilitator meminta peserta melengkapkan jadual Lampiran Aktiviti 4(a) yang disertakan dan merekodkan bilangan satah dan bucu yang terdapat pada bentuk- bentuk berikut: - kubus - kuboid - kon - piramid - silinder - sfera 6. Fasilitator membincangkan jawapan bersama peserta. 7. Seterusnya, fasilitator meminta peserta melukis permukaan 2-D berdasarkan bentuk 3-D tadi, pada Lampiran Aktiviti 4(b) yang disediakan. 8. Fasilitator membincangkan jawapan bersama-sama peserta. LAMPIRAN AKTIVITI 4(a) MATEMATIK 2009 121
  • 122. MODUL LINUS Nama kumpulan : ___________________________________________________ Nama pencatat : ___________________________________________________ Arahan : Lengkapkan jadual berikut. Bil. Bentuk 3-D Bilangan Satah Bucu 1. Kubus 2. Kuboid 3. Kon 4. Piramid 5. Silinder 6. Sfera MATEMATIK 2009 122
  • 123. MODUL LINUS CADANGAN JAWAPAN AKTIVITI 4(a) Bil. Bentuk 3-D Bilangan Satah Bucu 1. Kubus 6 8 2. Kuboid 6 8 3. Kon 1 1 4. Piramid 5 5 5. Silinder 2 0 6. Sfera 0 0 MATEMATIK 2009 123
  • 124. MODUL LINUS LAMPIRAN : GAMBAR DOH RESIPI MEMBUAT DOH. Bahan Yang Diperlukan: 1 kg tepung gandum 1 cawan garam halus 1 cawan minyak masak 3 cawan air Pewarna Buncho Cara-Cara Membuat Doh: 1. Gaulkan tepung gandum dengan garam. 2. Masukkan minyak dan gaul hingga sebati. 3. Masukkan 2 cawan air dan uli sehingga menjadi doh. 4. Sekiranya doh masih keras, tambahkan air daripada cawan yang ketiga sedikit demi sedikit. 5. Warnakan doh ikut citarasa.(simpan dalam bekas bertutup) - tahan 6 bulan. MATEMATIK 2009 124
  • 125. MODUL LINUS LAMPIRAN AKTIVITI 4 ( B ) Arahan : Lukiskan bentuk 2-D yang terdapat pada bentuk 3-D berikut. kubus kon kuboid piramid MATEMATIK 2009 125
  • 126. MODUL LINUS CADANGAN JAWAPAN kubus kon kuboid piramid MATEMATIK 2009 126
  • 127. MODUL LINUS AKTIVITI 5: JANGAN ! JANGAN TIDUR LAGI! Bahan Yang Diperlukan : Manila kad, “marker pen”, kertas A4 dan bahan maujud (disediakan oleh peserta mengikut kesesuaian) Tempoh Masa : 40 minit ARAHAN: 1. Fasilitator membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 6 hingga 8 orang. Setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang ketua. 2. Fasilitator memberi tugasan kepada ketua kumpulan mengikut tajuk dan kemahiran yang ditetapkan berpandukan aktiviti yang telah dilaksanakan iaitu: Kumpulan 1 dan 5 : Wang Kumpulan 2 dan 6 : Masa dan Waktu Kumpulan 3 dan 7 : Bentuk dan Ruang Kumpulan 4 dan 8 : Ukuran 3. Fasilitator mengagihkan manila kad, “marker pen” dan kertas A4 kepada setiap kumpulan. 4. Fasilitator meminta setiap kumpulan untuk merancangkan satu aktiviti P&P yang dapat dilakukan dalam bilik darjah berdasarkan tajuk-tajuk yang telah dibincangkan dalam kursus ini. 5. Fasilitator memperuntukkan 15 minit untuk peserta-peserta berbincang dan 5 minit untuk beberapa kumpulan membentangkan hasil tugasan. 6. Semasa pembentangan kumpulan peserta-peserta dari kumpulan lain digalakkan untuk memberi teguran dan penambahbaikan terhadap aktiviti yang telah dicadangkan. MATEMATIK 2009 127