Kesan Penggunaan Laman Sosial ke atas Kaedah Perbincangan di dalam Pengajaran

                        dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah

             Rossafri Mohamad & Shabariah binti Mohamad Shariff (2011)

                             Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia

                                    Jilid 1, No. 1, Mac 2011




                                    ULASAN JURNAL



Pengenalan

Dalam kajian ini yang diterbitkan pada 2011, para pengkaji ingin melihat bagaimana untuk

memperkenalkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan laman sosial untuk

meningkatkan teknik perbincangan secara berkumpulan untuk mata pelajaran Sejarah supaya

kefahaman pelajar dapat ditingkatkan. Di samping itu, pengkaji juga ingin memotivasikan

pelajar dan mengatasi masalah prestasi kurang memuaskan yang dihadapi oleh mata pelajaran

Sejarah. Ia merupakan satu cabaran kerana mata pelajaran ini kurang diminati oleh pelajar

walaupun ia merupakan mata pelajaran teras dalam SPM. Melalui kaedah perbincangan

menggunakan laman sosial, suasana pembelajaran akan menjadi lebih menarik, mencabar,

seronok dan juga meningkatkan motivasi pelajar.



Objektif Kajian

Objektif-objektif kajian yang telah dikenalpasti oleh pengkaji adalah:

  i.   mengenalpasti    samada    pengajaran     dan    pembelajaran     menggunakan   kaedah

       perbincangan dengan laman sosial dapat meningkatkan motivasi pelajar terhadap

       mata pelajaran Sejarah

 ii.   meningkatkan teknik dan gaya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah



                                                                                            1
iii.     meningkatkan kefahaman pelajar mengenai topik yang dipelajari dan mengatasi

          masalah atau kekangan masa dalam pengajaran Sejarah

 iv.      meningkatkan kefahaman pelajar mengenai topik yang dipelajari



Metodologi Kajian

Pengkaji telah menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan soal-selidik skala Likert

5 peringkat yang mengandungi empat konstruk. Pembolehubah bersandar ialah motivasi dan

kefahaman dan pembolehubah moderator ialah jantina, aliran dan kemahiran. Sampel telah

dipilih daripada 60 pelajar Tingkatan 4 sebuah sekolah menengah harian biasa yang terletak

di kawasan luar bandar di Pulau Pinang.



Dapatan Kajian

Dapatan kajian menunjukkan bahawa sampel bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan

pembelajaran secara perbincangan dalam mata pelajaran Sejarah dengan menggunakan laman

sosial mampu dapat meningkatkan motivasi, teknik dan gaya pembelajaran, serta kefahaman

pelajar kerana aras aras nilai min berada pada tahap tinggi iaitu lebih daripada 3.66. Hal ini

menggambarkan bahawa kaedah perbincangan dengan penggunaan aplikasi laman sosial

dapat meningkatkan kefahaman pelajar berkenaan topik Tamadun Yunani dan Tamadun

Rom. Melalui pendekatan interaksi dua hala, kerjasama dan pembelajaran kendiri kefahaman

dan penguasaan pelajar terhadap topik yang berkaitan akan meningkatkan. Guru perlu

memainkan peranan sebagai pembimbing untuk menggalakkan penglibatan individu dalam

proses kolaboratif dan perbincangan. Dengan cara ini, hubungan interaksi antara pelajar dapat

dibina supaya kemahiran berfikir para pelajar dan pemahaman tentang sesuatu konsep dapat

dibina.




                                                                                            2
Untuk persoalan yang terakhiriaitu iaitu samada kaedah perbincangan dengan penggunaan

aplikasi laman sosial dapat mengatasi masalah atau halangan dalam pengajaran dan

pembelajaran Sejarah, data menunjukkan purata min keseluruhan berada pada tahap yang

sederhana. Ini bermaksud bahawa sampel mempunyai pendapat yang berlainan terhadap

masalah yang mungkin berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ada pelajar

yang merasakan bahawa pembaziran masa akan berlaku jika pengajaran dan pembelajaran

menggunakan laman sosial dilaksanakan.



Kesimpulan

Kajian ini merumuskan bahawa teknik perbincangan menggunakan laman sosial dapat

meningkatkan motivasi dan juga kefahaman pelajar. Kaedah ini adalah berpusatkan kepada

pelajar dan membolehkan mereka untuk mengambil bahagian secara aktif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, ia akan memberi peluang kepada pelajar

untuk bebas bertanya mengenai sesuatu topik yang tidak difahami dengan lebih bebas. Secara

tidak langsung, motivasi pelajar akan lebih tinggi apabila mereka seronok dengan proses

pembelajaran dan juga memahami apa yang sedang dipelajari. Dengan ini, pencapaian pelajar

dalam mata pelajaran Sejarah juga akan meningkat.




                                                                                        3

Ulasan Jurnal

  • 1.
    Kesan Penggunaan LamanSosial ke atas Kaedah Perbincangan di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Rossafri Mohamad & Shabariah binti Mohamad Shariff (2011) Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, No. 1, Mac 2011 ULASAN JURNAL Pengenalan Dalam kajian ini yang diterbitkan pada 2011, para pengkaji ingin melihat bagaimana untuk memperkenalkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan laman sosial untuk meningkatkan teknik perbincangan secara berkumpulan untuk mata pelajaran Sejarah supaya kefahaman pelajar dapat ditingkatkan. Di samping itu, pengkaji juga ingin memotivasikan pelajar dan mengatasi masalah prestasi kurang memuaskan yang dihadapi oleh mata pelajaran Sejarah. Ia merupakan satu cabaran kerana mata pelajaran ini kurang diminati oleh pelajar walaupun ia merupakan mata pelajaran teras dalam SPM. Melalui kaedah perbincangan menggunakan laman sosial, suasana pembelajaran akan menjadi lebih menarik, mencabar, seronok dan juga meningkatkan motivasi pelajar. Objektif Kajian Objektif-objektif kajian yang telah dikenalpasti oleh pengkaji adalah: i. mengenalpasti samada pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah perbincangan dengan laman sosial dapat meningkatkan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah ii. meningkatkan teknik dan gaya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah 1
  • 2.
    iii. meningkatkan kefahaman pelajar mengenai topik yang dipelajari dan mengatasi masalah atau kekangan masa dalam pengajaran Sejarah iv. meningkatkan kefahaman pelajar mengenai topik yang dipelajari Metodologi Kajian Pengkaji telah menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan soal-selidik skala Likert 5 peringkat yang mengandungi empat konstruk. Pembolehubah bersandar ialah motivasi dan kefahaman dan pembolehubah moderator ialah jantina, aliran dan kemahiran. Sampel telah dipilih daripada 60 pelajar Tingkatan 4 sebuah sekolah menengah harian biasa yang terletak di kawasan luar bandar di Pulau Pinang. Dapatan Kajian Dapatan kajian menunjukkan bahawa sampel bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran secara perbincangan dalam mata pelajaran Sejarah dengan menggunakan laman sosial mampu dapat meningkatkan motivasi, teknik dan gaya pembelajaran, serta kefahaman pelajar kerana aras aras nilai min berada pada tahap tinggi iaitu lebih daripada 3.66. Hal ini menggambarkan bahawa kaedah perbincangan dengan penggunaan aplikasi laman sosial dapat meningkatkan kefahaman pelajar berkenaan topik Tamadun Yunani dan Tamadun Rom. Melalui pendekatan interaksi dua hala, kerjasama dan pembelajaran kendiri kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap topik yang berkaitan akan meningkatkan. Guru perlu memainkan peranan sebagai pembimbing untuk menggalakkan penglibatan individu dalam proses kolaboratif dan perbincangan. Dengan cara ini, hubungan interaksi antara pelajar dapat dibina supaya kemahiran berfikir para pelajar dan pemahaman tentang sesuatu konsep dapat dibina. 2
  • 3.
    Untuk persoalan yangterakhiriaitu iaitu samada kaedah perbincangan dengan penggunaan aplikasi laman sosial dapat mengatasi masalah atau halangan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah, data menunjukkan purata min keseluruhan berada pada tahap yang sederhana. Ini bermaksud bahawa sampel mempunyai pendapat yang berlainan terhadap masalah yang mungkin berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ada pelajar yang merasakan bahawa pembaziran masa akan berlaku jika pengajaran dan pembelajaran menggunakan laman sosial dilaksanakan. Kesimpulan Kajian ini merumuskan bahawa teknik perbincangan menggunakan laman sosial dapat meningkatkan motivasi dan juga kefahaman pelajar. Kaedah ini adalah berpusatkan kepada pelajar dan membolehkan mereka untuk mengambil bahagian secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, ia akan memberi peluang kepada pelajar untuk bebas bertanya mengenai sesuatu topik yang tidak difahami dengan lebih bebas. Secara tidak langsung, motivasi pelajar akan lebih tinggi apabila mereka seronok dengan proses pembelajaran dan juga memahami apa yang sedang dipelajari. Dengan ini, pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah juga akan meningkat. 3