SlideShare a Scribd company logo
KPT 6054 – KAJIAN DALAM TEKNOLOGI
INSTRUKSIONAL
PENSYARAH
PROF MADYA DATO DR ABD LATIF HAJI GAPOR
POLA PENYELIDIKAN ICT DALAM
PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA:
ANALISIS JURNAL
DISEDIAKAN OLEH :-
SHAM SUHAILA BINTI MOHD SALEH
M20141000675
SARJANA (PEND) PENDIDIKAN KHAS
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
POLA PENYELIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN GURU MALAYSIA:
ANALISIS JURNAL YANG DIBACA
1
1.0 PENGENALAN
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication
Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup
tajuknya sangat luas. Ia boleh berkenaan denagan segala aspek dalam pengurusan dan
pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan
perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan
mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. teknologi maklumat boleh
diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan
maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi
disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat
menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan
komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram,
PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
Perkembangan ICT menjanjikan potensi besar, terutama dalam pendidikan, iaitu
dengan mengubah cara seseorang belajar, cara memperoleh maklumat, cara menyesuaikan
setiap maklumat, dan sebagainya. Sejajar dengan perkembangan ICT dalam dunia
pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil beberapa langkah
dalam mengintegrasikan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
di semua peringkat sekolah. Proses P&P yang berlaku merupakan elemen penting dalam
meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Pendidikan khas juga tidak terkecuali dari
tempias perkembangan ICT yang mana ia banyak memberi faedah kepada proses P&P yang
berlaku di sekolah pendidikan khas.
Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Pertama teknologi
maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan
menggunakan teknologi. Contohnya, dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi
,imej dan sebagai pengesan gerakan. Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan
proses semula imej. Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana
teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada
sumber kepada penerima. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat membantu
pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan
selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Hakikatnya ICT sangat
membantu dan menolong mereka (pengurus sekolah) untuk berfungsi dengan lebih cekap,
berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik yang melibatkan maklumat,
2
proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu,
opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan
sebagainya. Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon ( 1997 ) yang menyatakan
sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang
mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan,
merancang, mengawal dan menganalis. Menurut Collis dan Jung (2003), kesan penggunaan
internet dan web sebagai alat komunikasi yang biasa digunakan dalam masyarakat mulai
pertengahan tahun 1990 telah memberi kesan yang besar terhadap sistem pendidikan guru.
2.0 METODOLOGI
Kaedah analisis kandungan telah digunakan untuk menganalisis kesemua artikel di dalam
jurnal ini. Metodologi ini digunakan kerana ia memudahkan penyelidik untuk menyemak data
yang banyak secara sistematik (Gao, 1996; seperti dinyatakan dalam Stemler, 2001) dan
membolehkan penyelidik membentuk soalan semasa menganalisis penulisan untuk
menghasilkan keputusan yang boleh dihitung (Carney, 1972). Tujuan penggunaan analisis
kandungan dalam kajian ini adalah untuk mencari dan menghuraikan fokus penyelidikan
yang telah dijalankan dalam pendidikan perguruan. Sebanyak 18 konsep kluster telah
digunakan untuk mengkategorikan konsep yang muncul dalam artikel-artikel tersebut.
Konsep kluster tersebut diubah suai daripada kluster saranan Masood (2004) berdasarkan
analisis kandungan yang beliau lakukan terhadap jurnal teknologi pendidikan tersohor iaitu
Educational Technology, Research and Development (ETR&D) yang diterbitkan antara tahun
1993 hingga 2002 (10 tahun). Jadual 1 menerangkan 18 konsep kluster tersebut. Berdasarkan
analisis, terdapat 10 artikel yang membincangkan tentang program pendidikan perguruan.
Jadual 1 : Huraian konsep yang telah digunakan (Masood, 2004)
No. Kluster Konsep Huraian Konsep
1. Teknologi pengajaran /
pendidikan
Teknologi pengajaran / pendidikan (TP) secara
menyeluruh, penyelidikan dalam TP, teori pengajaran
dan pembelajaran
2. Bidang atau disiplin lain Pelbagai disiplin lain
3. Pemboleh ubah proses
instruksi
Kawalan pengguna, interaktiviti, maklum balas
4. Elemen proses instruksi Objektif instruksi, advance organisers, capaian
Maklumat
3
5. Perspektif pengajaran dan
pembelajaran
Behaviorisme, kognitivisme, konstruktivisme, situated
cognition, pembelajaran generatif, model ARCS, chaos
theory, elaboration theory, dll.
6. Kaedah instruksi Pembelajaran kolaboratif / koperatif, aktiviti
metakognitif, pembelajaran diindividukan,
pembelajaran-berasaskan-masalah (PBL), simulasi
(main peranan), dll.
7. Sistem penyampaian /
format media
Pendidikan jarak jauh, audio visual, penyampaian
berasaskan web/Internet, sistem respon pelajar, sistem
tutoran pintar, pengajaran-berbantu-komputer (CAI),
instruksi terancang, multimedia, dll.
8. Pembangunan instruksi (ID) ID, model ID, elemen atau fasa ID, analisis, reka bentuk,
pembangunan, pelaksanaan, penilaian
9. Pemboleh ubah produksi Atribut program, 3-dimensi, reka bentuk mesej, kiu,
animasi, dll.
10. Hasil pembelajaran Pencapaian pelajar, pembelajaran fakta, konsep, prinsip,
prosedur, kemahiran psikomotor, sikap, maklumat
verbal, kognitif, dll.
11. Pemboleh ubah pelajar Motivasi, usia/gred/tahap perkembangan, gender,
pengetahuan sedia ada, storan dan akses mental, dll.
12. Persekitaran pembelajaran Persekitaran pembelajaran
13. Penilaian Penilaian, kebolehgunaan, penilaian formatif, penilaian
sumatif, pengujian adaptif, dll.
14. Teknologi prestasi (PT) dan
Sistem sokongan prestasi
Model PT, sistem sokongan prestasi elektronik, job-aid,
video-conferencing, dll.
15. Perubahan organisasi Perubahan sistemik, penstrukturan/reformasi sekolah
16. Profesion Etika, kemahiran / kompetensi, piawaian, pensijilan
17. Budaya Budaya organisasi, institusi, bangsa, dll.
18. Pemboleh ubah guru Sokongan, gaya kognitif, sikap terhadap amalan instruksi
3.0 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
Jadual 2 menunjukkan analisis kekerapan konep yang muncul di dalam artikel yang dikaji
iaitu berkaitan penyelidikan ICT di dalam program pendidikan guru di Malaysia. Berdasarkan
kekerapan konsep yang muncul dalam artikel didapati bahawa :
1. Sistem penyampaian atau delivery system (muncul sebanyak 9 kali).
2. Persekitaran pembelajaran atau learning environment (muncul sebanyak
6 kali).
3. Hasil pembelajaran atau learner outcomes (muncul sebanyak 10 kali).
4. Kaedah instruksi atau instructional methods (muncul sebanyak 6 kali).
4
5. Pemboleh ubah proses instruksi atau instructional process variables
(muncul sebanyak 8 kali).
6. Pemboleh ubah pelajar atau learner variables (muncul sebanyak 10 kali).
7. Budaya atau culture (muncul sebanyak 3 kali).
8. Teknologi pendidikan atau teknologi pengajaran atau instructional or
educational technology (muncul sebanyak 8 kali).
9. Elemen proses instruksi atau instructional process elements, perspektif pengajaran
dan pembelajaran atau teaching and learning perspectives, penilaian atau evaluation
serta profesion atau the profession (masing- masing muncul sebanyak 5 kali).
10. Pembangunan instruksi atau Instructional Development (ID), pemboleh ubah produksi
atau production variables dan perubahan organisasi atau organisational change
(masing-masing muncul sebanyak 6 kali).
11. Bidang atau disiplin lain (muncul sebanyak 7 kali).
12. Perspektif pengajaran/ pembelajaran (muncul sebanyak 3 kali).
13. Penilaian (muncul sebanyak 8 kali).
14. Teknologi prestasi dan sistem sokongan prestasi (muncul sebanyak 2 kali).
15. Perubahan organisasi (muncul sebanyak 1 kali).
16. Profesion (muncul sebanyak 2 kali).
17. Pemboleh ubah guru (muncul sebanyak 1 kali).
Konsep hasil pembelajaran dan pemboleh ubah pelajar merupakan konsep yang
mempunyai kekerapan yang paling tinggi di dalam jurnal yang telah dibaca berkaitan ICT
di dalam program pendidikan guru di Malaysia. Konsep hasil pembelajaran (learner
outcomes) merupakan konsep yang membincangkan pencapaian pelajar, kemahiran
interpersonal serta persepsi pelajar. Ronaldi Saleh et.al (2011) telah mengkaji penggunaan
animasi di dalam instruksi khas untuk kanak-kanak disleksia. Kajian mendapati bahawa
pelajar bersetuju bahawa LO distruktur dengan baik, menarik. dan bersetuju bahawa
kandungan adalah sesuai dengan keperluan. Menurut Norazah Mohd. Nordin & Ngau
Chai Hong (2009), WebQuest menyediakan kemudahan pengaksesan e-pembelajaran.
Konsep pemboleh ubah pelajar (learner variables) seperti kebolehan pelajar turut
dikaji. Sebagai contoh, dalam kajian Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas
untuk Kanak-Kanak Disleksia mendapati kanak-kanak disleksia sangat meminati
pendekatan animasi komik interaktif, kanak-kanak disleksia didapati tidak mempunyai
5
masalah di dalam mengenal pasti huruf dan membaca perkataan yang tertera di skrin
telefon bimbit. Menurut Keates (2000), pengidap disleksia tidak pernah gagal di dalam
menggunakan alat-alat teknologi maklumat seperti komputer. Beacham (2007) juga
percaya bahawa penggunaan multimedia berpotensi untuk menggalakkan pembelajaran
kanak-kanak disleksia. Pada tahun 2010, melalui kajian kebolehgunaan Objek
Pembelajaran Multimedia Interaktif, Fadilahwati et al (2010) mendapati pelajar disleksia
berasa bermotivasi, seronok, mudah dan dibantu di dalam memahami kandungan
pelajaran dengan lebih baik.
Konsep budaya (culture) pula melibatkan perkara tentang sesebuah organisasi
tersebut. Contohnya, Zoraini Wati Abas (1995) mendapati bahawa sikap positif yang
diterapkan oleh pentadbir terhadap penggunaan komputer dalam pengurusan sekolah
merupakan laluan terhadap penggunaan komputer dalam pentadbiran sekolah di masa
akan datang. Melalui sikap positif yang ditunjukkan oleh pentadbir sekolah, ia akan
mempengaruhi sikap semua kakitangan sekolah. Menurut Abdul Rahim Razalli, Noor
Aini Ahmad dan Kamaliah Ahmad (2005), kajian menunjukkan bahawa teknologi
komputer mampu memudahkan pelajar-pelajar khas, terutamanya pelajar-pelajar
bermasalah tingkah-laku dan bermasalah pembelajaran, mempelajari kemahiran
membaca, menulis, dan mengira. Konsep sistem penyampaian (delivery system) telah
membincangkan tentang medium penyampaian pengajaran dan pembelajaran berasaskan
internet dan web serta pengajaran berasaskan komputer. Para pelajar diperkenalkan
dengan pelbagai alat pembelajaran berasaskan internet dan web seperti animasi dan
webquest.
6
KEKERAPAN KONSEP KLUSTER YANG MUNCUL DALAM JURNAL
NO KONSEP KLUSTER 1
ANIMASI
KANAK-
KANAK
DISLEKSIA
2
SOFTWAR
E FOR
AUTISM
SPECTRU
M
DISORDER
3
TMK DLM
PROGRAM
PENDIDIKAN
KHAS
ALIRAN
TEKNIK &
VOKASIONA
L
4
“SAYA
SUKA
BELAJAR”
UNTUK
BM BAGI
KANAK-
KANAK
AUTISME.
5
KEBERKESANAN
PENGGUNAAN
MULTIMEDIA
TERHADAP
PENGUASAAN
KEMAHIRAN
SUKAN BOLA
BALING
6
KEBERKESANAN
PEMBELAJARAN
BERASASKAN
FACEBOOK
7
PERBANDINGA
N PENGAJARAN
BERASASKAN
MULTIMEDIA
DAN
TRADISIONAL
8
PEMBANGUNA
N DAN
PENILAIAN
BAHAN
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARA
N
BERASASKAN
WEB –
WEBQUEST
BAGI MATA
PELAJARAN ICT
9
PENGGUNAAN
ALAT
RANGKAIAN
SOSIAL DI
KALANGAN
PELAJAR DI
SEBUAH IPTS DI
KOTA
KINABALU,
MALAYSIA
10
EFFECT OF USING
FACEBOOK TO
ASSIST ENGLISH
FOR
BUSINESSCOMM
UNICATION
COURSE
INSTRUCTION
JUMLAH
KONSEP
MUNCUL
Teknologi
pendidikan/pengaja
ran
√ √ √ √ √ √ √ √ 8
Bidang atau disiplin
lain
√ √ √ √ √ √ √ 7
Pemboleh ubah
proses instruksi
√ √ √ √ √ √ √ √ 8
Elemen proses
instruksi
√ √ √ √ √ 5
Perspektif
pengajaran/pembel
ajaran
√ √ √ 3
Kaedah instruksi √ √ √ √ √ √ 6
Sistem
penyampaian/form
at media
√ √ √ √ √ √ √ √ √ 9
Pembangunan
Instruksi
√ √ √ √ √ √ 6
7
Pemboleh ubah
Instruksi
√ √ √ √ √ √ 6
Hasil Pembelajaran √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 10
Pemboleh ubah
Pelajar
√ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 10
Persekitaran
Pembelajaran
√ √ √ √ √ √ 6
Penilaian √ √ √ √ √ √ √ √ 8
Teknologi prestasi &
sistem sokongan
prestasi
√ √ 2
Perubahan
Organisasi
√ 1
Profesion √ √ 2
Budaya √ √ √ 3
Pemboleh ubah
Guru
√ 1
Jadual 2 : Kekerapan konsep yang muncul berdasarkan jurnal yang dibaca
8
Sementara itu, konsep elemen proses instruksi (instructional process elements) melibatkan
perbincangan secara interaktif, maklum balas dan kawalan pelajar. Sebagai contoh, Abang
Ismail bin Abang Haji Julhi (2007) telah menjalankan satu kajian terhadap Keberkesanan
Penggunaan Multimedia Terhadap Penguasaan Kemahiran Sukan Bola Baling yang telah
diaplikasikan di dalam permainan bola baling bagi mendapatkan maklum balas daripada
pemain bola baling. Responden menyatakan bahawa bahawa kaedah multimedia lebih
berkesan daripada kaedah tradisional dalam meningkatkan penguasaan kemahiran hantaran
permainan bola baling. Pada keseluruhannya, jika dibandingkan dengan kaedah tradisional
dan kaedah multimedia, ternyata kaedah multimedia lebih berkesan terhadap penguasaan
kemahiran dalam permainan bola baling berbanding kaedah tradisional yang menggunakan
modul latihan. Kaedah multimedia yang mengabungkan penggunaan alat-alat teknoogi
moden seperti komputer, LCD, dan perisian cakera padat bola baling banyak memberi
implikasi terhadap penguasaan kemahiran sukan bola baling.
4.0 KESIMPULAN
Analisis kandungan yang telah dijalankan mendapati bahawa hasil pembelajaran dan
pemboleh ubah pelajar merupakan kluster yang paling kerap muncul dalam artikel-artikel
melibatkan aplikasi ICT dalam program pendidikan di Malaysia. Ini diikuti oleh kluster
teknologi pendidikan atau teknologi pengajaran, pemboleh ubah proses instruksi, bidang atau
disiplin lain, pembangunan instruksi, kaedah instruksi, persekitaran pembelajaran serta
penilaian. Ini menunjukkan terdapat konsep-konsep tertentu yang sering menjadi fokus
penyelidikan berkaitan ICT dalam program pendidikan guru, sementara beberapa konsep lain
kurang diberi penekanan. Adalah diharapkan agar analisis kandungan dapat dijalankan ke
atas lebih banyak sumber rujukan seperti jurnal, tesis, prosiding, dan disertasi yang berkaitan.
Kesimpulannya, ICT dapat memudahkan komunikasi, meluaskan pandangan dan pengetahuan
di mana seseorang itu boleh mendapat pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber, sama
ada dari dalam atau luar Negara, memudahkan proses pendidikan, membentuk masyarakat
yang peka kepada keadaan semasa dan menyedarkan masyarakat terhadap isu-isu semasa .
9
RUJUKAN
Irfan Naufal Umar & Nurullizam Jamiat. 2011. Pola Penyelidikan Ict Dalam Pendidikan
Guru di Malaysia: Analisis Prosiding Teknologi Pendidikan Malaysia. Asia Pacific
Journal of Educators and Education, Vol. 26, No. 1, 1–14, 2011
Norazah Mohd. Nordin &Ngau Chai Hong. 2009. Pembangunan dan Penilaian Bahan
Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Web – Webquest bagi Mata Pelajaran ICT.
Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 111 – 129.
Abang Ismail & Mohd. Taib. 2007. Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap
Penguasaan Kemahiran Sukan Bola Baling. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut
Perguruan Batu Lintang Tahun 2007.
Atikan. 2011. Teknologi Komunikasi dan Maklumat dalam Program Pendidikan Khas Aliran
Teknik dan Vokasional di Malaysia.
Ronaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Nor Aziah Alias.
2011. Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas untuk Kanak-Kanak Disleksia.
Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011.
Chih-Cheng Lin, Hsien-Sheng Hsiao, Sheng-ping Tseng&Hsin-jung Chan. 2014. Learning
English Vocabulary Collaboratively In A Technology-Supported Classroom
Department of English, National Taiwan Normal. The Turkish Online Journal of
Educational Technology – January 2014, volume 13 issue 1.
Azura Ishak, Zakaria Kasa, Mohd Hasan Selamat & Bahaman Abu Samah. 2009.
Perbandingan Pengajaran Berasaskan Multimedia dan Tradisional ke Atas Pencapaian
Matematik dan Sikap Matematik di Kalangan Pelajar Berisiko. Jurnal Teknologi
Maklumat & Multimedia 5(2009): 79 -89.
Zaidatun Tasir, Jacquelin S. Linggu & Jamalludin Harun. 2011. Penggunaan Alat Rangkaian
Sosial di kalangan Pelajar di sebuah IPTS di Kota Kinabalu, Malaysia. Jurnal
Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011.
Salman Firdaus Sidek,Nur Saadah Fathil,Nur Zuhaidah Mohamed Zain & Kamaliah
Muhammad. 2014 . Pembangunan Perisian Kursus ‘Saya Suka Belajar’ Untuk
Pembelajaran Bahasa Melayu Bagi Kanak-Kanak Autisme. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 1-10
Ru-Chu Shih. 2013. Effect Of Using Facebook To Assist English For Business
Communication Course Instruction. The Turkish Online Journal of Educational
Technology – January 2013, volume 12 Issue 1.
l J. Lozano, J. Ballesta & S. Alcaraz. 2011. Software for Teaching Emotions to
Students with Autism Spectrum Disorder. Scientific Journal of Media Litreracy;
ISSN: 1134-3478; pages 139-147.
10

More Related Content

What's hot

KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauanidahazira
 
Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Teknologi Dalam Pengajaran dan PembelajaranTeknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Alif Akram
 
ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN
Maryam Fadil
 
123 jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3
123   jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3123   jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3
123 jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3Ena Ros
 
Penggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PPenggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&P
Shah Awang
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahHusniyah Rashid
 
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pHome
 
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaranDIHYAUDDIN SAAD
 
Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentation
Nor Aminah
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnpwmzuri
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan  3 kajian tinjauanTugasan  3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanHidayu Jamali
 
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
faiza mohdzuki
 
Trend hanan
Trend hananTrend hanan
Trend hanan
zahjannanti
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11greenfrog88
 
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukiePenggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Mohd Dasuki
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikelsharilzal
 
Penggunaan e learning
Penggunaan e learning Penggunaan e learning
Penggunaan e learning
Azizul84
 

What's hot (17)

KPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian TinjauanKPT6044 - Kajian Tinjauan
KPT6044 - Kajian Tinjauan
 
Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Teknologi Dalam Pengajaran dan PembelajaranTeknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
 
ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN
ICT DALAM PENDIDIKAN
 
123 jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3
123   jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3123   jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3
123 jtpm v1 n2 - 2011 - ronaldi - 3
 
Penggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&PPenggunaan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam P&P
 
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor HusniyahKaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
Kaji selidik kpt6044_Nor Husniyah
 
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&pPenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( ict ) dalam p&p
 
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Slide presentation
Slide presentationSlide presentation
Slide presentation
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnp
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan  3 kajian tinjauanTugasan  3 kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
 
Trend hanan
Trend hananTrend hanan
Trend hanan
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukiePenggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran dan Pembalajaran By sukie
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
 
Penggunaan e learning
Penggunaan e learning Penggunaan e learning
Penggunaan e learning
 

Viewers also liked

Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
SYAKHIRA HUSNA ILLIAS
 
10 Herramientas TIC
10 Herramientas TIC10 Herramientas TIC
10 Herramientas TIC
KevinKno14
 
LAFinalDraftJoshuaTrack
LAFinalDraftJoshuaTrackLAFinalDraftJoshuaTrack
LAFinalDraftJoshuaTrack
Joshua Track
 
Ashim_linkedin
Ashim_linkedinAshim_linkedin
Ashim_linkedin
Ashim Saha Roy
 
BlackstoneSession11Salad
BlackstoneSession11SaladBlackstoneSession11Salad
BlackstoneSession11Salad
Kiraleah Page Fendell
 
KPT 6044
KPT 6044KPT 6044
KPT 6044
shamsuhaila85
 
Finanziamenti agevolati Veneto Sviluppo Spa
Finanziamenti agevolati Veneto Sviluppo SpaFinanziamenti agevolati Veneto Sviluppo Spa
Finanziamenti agevolati Veneto Sviluppo Spa
LEOPOLDO NOVENTA
 
7 minute workout
7 minute workout7 minute workout
7 minute workout
Furniture Wholesalers
 
портфоліо
портфоліопортфоліо
портфоліо
Dima12345678980
 
Arqiva RNLI Case Study
Arqiva RNLI Case StudyArqiva RNLI Case Study
Arqiva RNLI Case Study
Gary Littledyke
 
Graham Winsor Resume July 2015
Graham Winsor Resume July 2015Graham Winsor Resume July 2015
Graham Winsor Resume July 2015
Graham Winsor
 
Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalshamsuhaila85
 
NEURO PAPER
NEURO PAPERNEURO PAPER
NEURO PAPER
Julia Harris
 
Finned Tubes and Pipes Heat Exchangers
Finned Tubes and Pipes Heat ExchangersFinned Tubes and Pipes Heat Exchangers
Finned Tubes and Pipes Heat Exchangers
JoshAhmed
 

Viewers also liked (16)

Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
 
10 Herramientas TIC
10 Herramientas TIC10 Herramientas TIC
10 Herramientas TIC
 
LAFinalDraftJoshuaTrack
LAFinalDraftJoshuaTrackLAFinalDraftJoshuaTrack
LAFinalDraftJoshuaTrack
 
Tugasan 1 kpt 6044
Tugasan 1 kpt 6044Tugasan 1 kpt 6044
Tugasan 1 kpt 6044
 
Ashim_linkedin
Ashim_linkedinAshim_linkedin
Ashim_linkedin
 
Tugasan 1 web
Tugasan 1 webTugasan 1 web
Tugasan 1 web
 
BlackstoneSession11Salad
BlackstoneSession11SaladBlackstoneSession11Salad
BlackstoneSession11Salad
 
KPT 6044
KPT 6044KPT 6044
KPT 6044
 
Finanziamenti agevolati Veneto Sviluppo Spa
Finanziamenti agevolati Veneto Sviluppo SpaFinanziamenti agevolati Veneto Sviluppo Spa
Finanziamenti agevolati Veneto Sviluppo Spa
 
7 minute workout
7 minute workout7 minute workout
7 minute workout
 
портфоліо
портфоліопортфоліо
портфоліо
 
Arqiva RNLI Case Study
Arqiva RNLI Case StudyArqiva RNLI Case Study
Arqiva RNLI Case Study
 
Graham Winsor Resume July 2015
Graham Winsor Resume July 2015Graham Winsor Resume July 2015
Graham Winsor Resume July 2015
 
Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksional
 
NEURO PAPER
NEURO PAPERNEURO PAPER
NEURO PAPER
 
Finned Tubes and Pipes Heat Exchangers
Finned Tubes and Pipes Heat ExchangersFinned Tubes and Pipes Heat Exchangers
Finned Tubes and Pipes Heat Exchangers
 

Similar to Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia

Tugasan 2 kpt 6054
Tugasan 2 kpt 6054Tugasan 2 kpt 6054
Tugasan 2 kpt 6054
hanyjamal
 
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPkumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPIzawati Saat
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanMohammad Nusi
 
Bab 1 pengenalan kpd teknologi pendidikan
Bab 1 pengenalan kpd teknologi pendidikanBab 1 pengenalan kpd teknologi pendidikan
Bab 1 pengenalan kpd teknologi pendidikan
Haniza Sahudi
 
Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1
imtiaz78
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...SYAKHIRA HUSNA ILLIAS
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningsalwa76
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauanhidadaus
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaranisuict12
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)juelieyza
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauanKhairi Jumaiah
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Tugasan 1 KPT 6044
Tugasan 1 KPT 6044Tugasan 1 KPT 6044
Tugasan 1 KPT 6044
Ety Sue
 
Teknologi Maklumat Untuk P&P
Teknologi Maklumat Untuk P&PTeknologi Maklumat Untuk P&P
Teknologi Maklumat Untuk P&P
Norhisham Mohamad Nordin
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
Tee Teh
 

Similar to Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia (20)

Tugasan 2 kpt 6054
Tugasan 2 kpt 6054Tugasan 2 kpt 6054
Tugasan 2 kpt 6054
 
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdPkumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
kumpulan 15 : Penggunaan Teknologi Dalam PdP
 
Tugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauanTugasan3 ict tinjauan
Tugasan3 ict tinjauan
 
Bab 1 pengenalan kpd teknologi pendidikan
Bab 1 pengenalan kpd teknologi pendidikanBab 1 pengenalan kpd teknologi pendidikan
Bab 1 pengenalan kpd teknologi pendidikan
 
Dr rusmini
Dr rusminiDr rusmini
Dr rusmini
 
Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1
 
Jawapan minggu 7
Jawapan minggu 7Jawapan minggu 7
Jawapan minggu 7
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
 
Dapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learningDapatan kajian e learning
Dapatan kajian e learning
 
Teknologi maklumat-untuk-pp-29185
Teknologi maklumat-untuk-pp-29185Teknologi maklumat-untuk-pp-29185
Teknologi maklumat-untuk-pp-29185
 
Tmk untuk p&p
Tmk untuk p&pTmk untuk p&p
Tmk untuk p&p
 
tugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauantugasan 3 kajian tinjauan
tugasan 3 kajian tinjauan
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
 
Tugasan 3 kajian tinjauan
Tugasan 3  kajian tinjauanTugasan 3  kajian tinjauan
Tugasan 3 kajian tinjauan
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Ict 3
 
Tugasan 1 KPT 6044
Tugasan 1 KPT 6044Tugasan 1 KPT 6044
Tugasan 1 KPT 6044
 
Teknologi Maklumat Untuk P&P
Teknologi Maklumat Untuk P&PTeknologi Maklumat Untuk P&P
Teknologi Maklumat Untuk P&P
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 

More from shamsuhaila85

Penilaian kendiri
Penilaian kendiriPenilaian kendiri
Penilaian kendiri
shamsuhaila85
 
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054
shamsuhaila85
 
Tahap penggunaan ict di kalangan pelajar
Tahap penggunaan ict di kalangan pelajarTahap penggunaan ict di kalangan pelajar
Tahap penggunaan ict di kalangan pelajarshamsuhaila85
 
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 InstruksionalTugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksionalshamsuhaila85
 
KPT 6044
KPT 6044 KPT 6044
KPT 6044
shamsuhaila85
 

More from shamsuhaila85 (6)

Penilaian kendiri
Penilaian kendiriPenilaian kendiri
Penilaian kendiri
 
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia kpt 6054
 
Tahap penggunaan ict di kalangan pelajar
Tahap penggunaan ict di kalangan pelajarTahap penggunaan ict di kalangan pelajar
Tahap penggunaan ict di kalangan pelajar
 
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 InstruksionalTugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
 
Tugasan 1 kpt 6044
Tugasan 1 kpt 6044Tugasan 1 kpt 6044
Tugasan 1 kpt 6044
 
KPT 6044
KPT 6044 KPT 6044
KPT 6044
 

Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru malaysia

  • 1. KPT 6054 – KAJIAN DALAM TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL PENSYARAH PROF MADYA DATO DR ABD LATIF HAJI GAPOR POLA PENYELIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA: ANALISIS JURNAL DISEDIAKAN OLEH :- SHAM SUHAILA BINTI MOHD SALEH M20141000675 SARJANA (PEND) PENDIDIKAN KHAS FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA POLA PENYELIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN GURU MALAYSIA: ANALISIS JURNAL YANG DIBACA 1
  • 2. 1.0 PENGENALAN Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas. Ia boleh berkenaan denagan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima. Perkembangan ICT menjanjikan potensi besar, terutama dalam pendidikan, iaitu dengan mengubah cara seseorang belajar, cara memperoleh maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat, dan sebagainya. Sejajar dengan perkembangan ICT dalam dunia pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil beberapa langkah dalam mengintegrasikan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di semua peringkat sekolah. Proses P&P yang berlaku merupakan elemen penting dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Pendidikan khas juga tidak terkecuali dari tempias perkembangan ICT yang mana ia banyak memberi faedah kepada proses P&P yang berlaku di sekolah pendidikan khas. Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contohnya, dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi ,imej dan sebagai pengesan gerakan. Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej. Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Hakikatnya ICT sangat membantu dan menolong mereka (pengurus sekolah) untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik yang melibatkan maklumat, 2
  • 3. proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon ( 1997 ) yang menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalis. Menurut Collis dan Jung (2003), kesan penggunaan internet dan web sebagai alat komunikasi yang biasa digunakan dalam masyarakat mulai pertengahan tahun 1990 telah memberi kesan yang besar terhadap sistem pendidikan guru. 2.0 METODOLOGI Kaedah analisis kandungan telah digunakan untuk menganalisis kesemua artikel di dalam jurnal ini. Metodologi ini digunakan kerana ia memudahkan penyelidik untuk menyemak data yang banyak secara sistematik (Gao, 1996; seperti dinyatakan dalam Stemler, 2001) dan membolehkan penyelidik membentuk soalan semasa menganalisis penulisan untuk menghasilkan keputusan yang boleh dihitung (Carney, 1972). Tujuan penggunaan analisis kandungan dalam kajian ini adalah untuk mencari dan menghuraikan fokus penyelidikan yang telah dijalankan dalam pendidikan perguruan. Sebanyak 18 konsep kluster telah digunakan untuk mengkategorikan konsep yang muncul dalam artikel-artikel tersebut. Konsep kluster tersebut diubah suai daripada kluster saranan Masood (2004) berdasarkan analisis kandungan yang beliau lakukan terhadap jurnal teknologi pendidikan tersohor iaitu Educational Technology, Research and Development (ETR&D) yang diterbitkan antara tahun 1993 hingga 2002 (10 tahun). Jadual 1 menerangkan 18 konsep kluster tersebut. Berdasarkan analisis, terdapat 10 artikel yang membincangkan tentang program pendidikan perguruan. Jadual 1 : Huraian konsep yang telah digunakan (Masood, 2004) No. Kluster Konsep Huraian Konsep 1. Teknologi pengajaran / pendidikan Teknologi pengajaran / pendidikan (TP) secara menyeluruh, penyelidikan dalam TP, teori pengajaran dan pembelajaran 2. Bidang atau disiplin lain Pelbagai disiplin lain 3. Pemboleh ubah proses instruksi Kawalan pengguna, interaktiviti, maklum balas 4. Elemen proses instruksi Objektif instruksi, advance organisers, capaian Maklumat 3
  • 4. 5. Perspektif pengajaran dan pembelajaran Behaviorisme, kognitivisme, konstruktivisme, situated cognition, pembelajaran generatif, model ARCS, chaos theory, elaboration theory, dll. 6. Kaedah instruksi Pembelajaran kolaboratif / koperatif, aktiviti metakognitif, pembelajaran diindividukan, pembelajaran-berasaskan-masalah (PBL), simulasi (main peranan), dll. 7. Sistem penyampaian / format media Pendidikan jarak jauh, audio visual, penyampaian berasaskan web/Internet, sistem respon pelajar, sistem tutoran pintar, pengajaran-berbantu-komputer (CAI), instruksi terancang, multimedia, dll. 8. Pembangunan instruksi (ID) ID, model ID, elemen atau fasa ID, analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan, penilaian 9. Pemboleh ubah produksi Atribut program, 3-dimensi, reka bentuk mesej, kiu, animasi, dll. 10. Hasil pembelajaran Pencapaian pelajar, pembelajaran fakta, konsep, prinsip, prosedur, kemahiran psikomotor, sikap, maklumat verbal, kognitif, dll. 11. Pemboleh ubah pelajar Motivasi, usia/gred/tahap perkembangan, gender, pengetahuan sedia ada, storan dan akses mental, dll. 12. Persekitaran pembelajaran Persekitaran pembelajaran 13. Penilaian Penilaian, kebolehgunaan, penilaian formatif, penilaian sumatif, pengujian adaptif, dll. 14. Teknologi prestasi (PT) dan Sistem sokongan prestasi Model PT, sistem sokongan prestasi elektronik, job-aid, video-conferencing, dll. 15. Perubahan organisasi Perubahan sistemik, penstrukturan/reformasi sekolah 16. Profesion Etika, kemahiran / kompetensi, piawaian, pensijilan 17. Budaya Budaya organisasi, institusi, bangsa, dll. 18. Pemboleh ubah guru Sokongan, gaya kognitif, sikap terhadap amalan instruksi 3.0 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN Jadual 2 menunjukkan analisis kekerapan konep yang muncul di dalam artikel yang dikaji iaitu berkaitan penyelidikan ICT di dalam program pendidikan guru di Malaysia. Berdasarkan kekerapan konsep yang muncul dalam artikel didapati bahawa : 1. Sistem penyampaian atau delivery system (muncul sebanyak 9 kali). 2. Persekitaran pembelajaran atau learning environment (muncul sebanyak 6 kali). 3. Hasil pembelajaran atau learner outcomes (muncul sebanyak 10 kali). 4. Kaedah instruksi atau instructional methods (muncul sebanyak 6 kali). 4
  • 5. 5. Pemboleh ubah proses instruksi atau instructional process variables (muncul sebanyak 8 kali). 6. Pemboleh ubah pelajar atau learner variables (muncul sebanyak 10 kali). 7. Budaya atau culture (muncul sebanyak 3 kali). 8. Teknologi pendidikan atau teknologi pengajaran atau instructional or educational technology (muncul sebanyak 8 kali). 9. Elemen proses instruksi atau instructional process elements, perspektif pengajaran dan pembelajaran atau teaching and learning perspectives, penilaian atau evaluation serta profesion atau the profession (masing- masing muncul sebanyak 5 kali). 10. Pembangunan instruksi atau Instructional Development (ID), pemboleh ubah produksi atau production variables dan perubahan organisasi atau organisational change (masing-masing muncul sebanyak 6 kali). 11. Bidang atau disiplin lain (muncul sebanyak 7 kali). 12. Perspektif pengajaran/ pembelajaran (muncul sebanyak 3 kali). 13. Penilaian (muncul sebanyak 8 kali). 14. Teknologi prestasi dan sistem sokongan prestasi (muncul sebanyak 2 kali). 15. Perubahan organisasi (muncul sebanyak 1 kali). 16. Profesion (muncul sebanyak 2 kali). 17. Pemboleh ubah guru (muncul sebanyak 1 kali). Konsep hasil pembelajaran dan pemboleh ubah pelajar merupakan konsep yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi di dalam jurnal yang telah dibaca berkaitan ICT di dalam program pendidikan guru di Malaysia. Konsep hasil pembelajaran (learner outcomes) merupakan konsep yang membincangkan pencapaian pelajar, kemahiran interpersonal serta persepsi pelajar. Ronaldi Saleh et.al (2011) telah mengkaji penggunaan animasi di dalam instruksi khas untuk kanak-kanak disleksia. Kajian mendapati bahawa pelajar bersetuju bahawa LO distruktur dengan baik, menarik. dan bersetuju bahawa kandungan adalah sesuai dengan keperluan. Menurut Norazah Mohd. Nordin & Ngau Chai Hong (2009), WebQuest menyediakan kemudahan pengaksesan e-pembelajaran. Konsep pemboleh ubah pelajar (learner variables) seperti kebolehan pelajar turut dikaji. Sebagai contoh, dalam kajian Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas untuk Kanak-Kanak Disleksia mendapati kanak-kanak disleksia sangat meminati pendekatan animasi komik interaktif, kanak-kanak disleksia didapati tidak mempunyai 5
  • 6. masalah di dalam mengenal pasti huruf dan membaca perkataan yang tertera di skrin telefon bimbit. Menurut Keates (2000), pengidap disleksia tidak pernah gagal di dalam menggunakan alat-alat teknologi maklumat seperti komputer. Beacham (2007) juga percaya bahawa penggunaan multimedia berpotensi untuk menggalakkan pembelajaran kanak-kanak disleksia. Pada tahun 2010, melalui kajian kebolehgunaan Objek Pembelajaran Multimedia Interaktif, Fadilahwati et al (2010) mendapati pelajar disleksia berasa bermotivasi, seronok, mudah dan dibantu di dalam memahami kandungan pelajaran dengan lebih baik. Konsep budaya (culture) pula melibatkan perkara tentang sesebuah organisasi tersebut. Contohnya, Zoraini Wati Abas (1995) mendapati bahawa sikap positif yang diterapkan oleh pentadbir terhadap penggunaan komputer dalam pengurusan sekolah merupakan laluan terhadap penggunaan komputer dalam pentadbiran sekolah di masa akan datang. Melalui sikap positif yang ditunjukkan oleh pentadbir sekolah, ia akan mempengaruhi sikap semua kakitangan sekolah. Menurut Abdul Rahim Razalli, Noor Aini Ahmad dan Kamaliah Ahmad (2005), kajian menunjukkan bahawa teknologi komputer mampu memudahkan pelajar-pelajar khas, terutamanya pelajar-pelajar bermasalah tingkah-laku dan bermasalah pembelajaran, mempelajari kemahiran membaca, menulis, dan mengira. Konsep sistem penyampaian (delivery system) telah membincangkan tentang medium penyampaian pengajaran dan pembelajaran berasaskan internet dan web serta pengajaran berasaskan komputer. Para pelajar diperkenalkan dengan pelbagai alat pembelajaran berasaskan internet dan web seperti animasi dan webquest. 6
  • 7. KEKERAPAN KONSEP KLUSTER YANG MUNCUL DALAM JURNAL NO KONSEP KLUSTER 1 ANIMASI KANAK- KANAK DISLEKSIA 2 SOFTWAR E FOR AUTISM SPECTRU M DISORDER 3 TMK DLM PROGRAM PENDIDIKAN KHAS ALIRAN TEKNIK & VOKASIONA L 4 “SAYA SUKA BELAJAR” UNTUK BM BAGI KANAK- KANAK AUTISME. 5 KEBERKESANAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA TERHADAP PENGUASAAN KEMAHIRAN SUKAN BOLA BALING 6 KEBERKESANAN PEMBELAJARAN BERASASKAN FACEBOOK 7 PERBANDINGA N PENGAJARAN BERASASKAN MULTIMEDIA DAN TRADISIONAL 8 PEMBANGUNA N DAN PENILAIAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARA N BERASASKAN WEB – WEBQUEST BAGI MATA PELAJARAN ICT 9 PENGGUNAAN ALAT RANGKAIAN SOSIAL DI KALANGAN PELAJAR DI SEBUAH IPTS DI KOTA KINABALU, MALAYSIA 10 EFFECT OF USING FACEBOOK TO ASSIST ENGLISH FOR BUSINESSCOMM UNICATION COURSE INSTRUCTION JUMLAH KONSEP MUNCUL Teknologi pendidikan/pengaja ran √ √ √ √ √ √ √ √ 8 Bidang atau disiplin lain √ √ √ √ √ √ √ 7 Pemboleh ubah proses instruksi √ √ √ √ √ √ √ √ 8 Elemen proses instruksi √ √ √ √ √ 5 Perspektif pengajaran/pembel ajaran √ √ √ 3 Kaedah instruksi √ √ √ √ √ √ 6 Sistem penyampaian/form at media √ √ √ √ √ √ √ √ √ 9 Pembangunan Instruksi √ √ √ √ √ √ 6 7
  • 8. Pemboleh ubah Instruksi √ √ √ √ √ √ 6 Hasil Pembelajaran √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 10 Pemboleh ubah Pelajar √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 10 Persekitaran Pembelajaran √ √ √ √ √ √ 6 Penilaian √ √ √ √ √ √ √ √ 8 Teknologi prestasi & sistem sokongan prestasi √ √ 2 Perubahan Organisasi √ 1 Profesion √ √ 2 Budaya √ √ √ 3 Pemboleh ubah Guru √ 1 Jadual 2 : Kekerapan konsep yang muncul berdasarkan jurnal yang dibaca 8
  • 9. Sementara itu, konsep elemen proses instruksi (instructional process elements) melibatkan perbincangan secara interaktif, maklum balas dan kawalan pelajar. Sebagai contoh, Abang Ismail bin Abang Haji Julhi (2007) telah menjalankan satu kajian terhadap Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Penguasaan Kemahiran Sukan Bola Baling yang telah diaplikasikan di dalam permainan bola baling bagi mendapatkan maklum balas daripada pemain bola baling. Responden menyatakan bahawa bahawa kaedah multimedia lebih berkesan daripada kaedah tradisional dalam meningkatkan penguasaan kemahiran hantaran permainan bola baling. Pada keseluruhannya, jika dibandingkan dengan kaedah tradisional dan kaedah multimedia, ternyata kaedah multimedia lebih berkesan terhadap penguasaan kemahiran dalam permainan bola baling berbanding kaedah tradisional yang menggunakan modul latihan. Kaedah multimedia yang mengabungkan penggunaan alat-alat teknoogi moden seperti komputer, LCD, dan perisian cakera padat bola baling banyak memberi implikasi terhadap penguasaan kemahiran sukan bola baling. 4.0 KESIMPULAN Analisis kandungan yang telah dijalankan mendapati bahawa hasil pembelajaran dan pemboleh ubah pelajar merupakan kluster yang paling kerap muncul dalam artikel-artikel melibatkan aplikasi ICT dalam program pendidikan di Malaysia. Ini diikuti oleh kluster teknologi pendidikan atau teknologi pengajaran, pemboleh ubah proses instruksi, bidang atau disiplin lain, pembangunan instruksi, kaedah instruksi, persekitaran pembelajaran serta penilaian. Ini menunjukkan terdapat konsep-konsep tertentu yang sering menjadi fokus penyelidikan berkaitan ICT dalam program pendidikan guru, sementara beberapa konsep lain kurang diberi penekanan. Adalah diharapkan agar analisis kandungan dapat dijalankan ke atas lebih banyak sumber rujukan seperti jurnal, tesis, prosiding, dan disertasi yang berkaitan. Kesimpulannya, ICT dapat memudahkan komunikasi, meluaskan pandangan dan pengetahuan di mana seseorang itu boleh mendapat pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber, sama ada dari dalam atau luar Negara, memudahkan proses pendidikan, membentuk masyarakat yang peka kepada keadaan semasa dan menyedarkan masyarakat terhadap isu-isu semasa . 9
  • 10. RUJUKAN Irfan Naufal Umar & Nurullizam Jamiat. 2011. Pola Penyelidikan Ict Dalam Pendidikan Guru di Malaysia: Analisis Prosiding Teknologi Pendidikan Malaysia. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 26, No. 1, 1–14, 2011 Norazah Mohd. Nordin &Ngau Chai Hong. 2009. Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Web – Webquest bagi Mata Pelajaran ICT. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 111 – 129. Abang Ismail & Mohd. Taib. 2007. Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Penguasaan Kemahiran Sukan Bola Baling. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007. Atikan. 2011. Teknologi Komunikasi dan Maklumat dalam Program Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional di Malaysia. Ronaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Nor Aziah Alias. 2011. Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas untuk Kanak-Kanak Disleksia. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011. Chih-Cheng Lin, Hsien-Sheng Hsiao, Sheng-ping Tseng&Hsin-jung Chan. 2014. Learning English Vocabulary Collaboratively In A Technology-Supported Classroom Department of English, National Taiwan Normal. The Turkish Online Journal of Educational Technology – January 2014, volume 13 issue 1. Azura Ishak, Zakaria Kasa, Mohd Hasan Selamat & Bahaman Abu Samah. 2009. Perbandingan Pengajaran Berasaskan Multimedia dan Tradisional ke Atas Pencapaian Matematik dan Sikap Matematik di Kalangan Pelajar Berisiko. Jurnal Teknologi Maklumat & Multimedia 5(2009): 79 -89. Zaidatun Tasir, Jacquelin S. Linggu & Jamalludin Harun. 2011. Penggunaan Alat Rangkaian Sosial di kalangan Pelajar di sebuah IPTS di Kota Kinabalu, Malaysia. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011. Salman Firdaus Sidek,Nur Saadah Fathil,Nur Zuhaidah Mohamed Zain & Kamaliah Muhammad. 2014 . Pembangunan Perisian Kursus ‘Saya Suka Belajar’ Untuk Pembelajaran Bahasa Melayu Bagi Kanak-Kanak Autisme. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 1-10 Ru-Chu Shih. 2013. Effect Of Using Facebook To Assist English For Business Communication Course Instruction. The Turkish Online Journal of Educational Technology – January 2013, volume 12 Issue 1. l J. Lozano, J. Ballesta & S. Alcaraz. 2011. Software for Teaching Emotions to Students with Autism Spectrum Disorder. Scientific Journal of Media Litreracy; ISSN: 1134-3478; pages 139-147. 10