SlideShare a Scribd company logo
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA




Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

        Sukatan Pelajaran




   PENDIDIKAN
     MORAL


               2000
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA




Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

         Sukatan Pelajaran




    PENDIDIKAN
      MORAL


               2000




   PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM
RUKUN NEGARA


BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-
cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di
kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara
hidup demokratik; mencipta masyarakat         yang adil di
mana      kemakmuran negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara
yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kaya dan      berbagai-bagai     corak;   membina    satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden;


MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :-

    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA


    KELUHURAN PERLEMBAGAAN


    KEDAULATAN UNDANG-UNDANG


    KESOPANAN DAN KESUSILAAN




                             iii
FALSAFAH PENDIDIKAN
         KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi    individu     secara    menyeluruh        dan
bersepadu     untuk      melahirkan      insan     yang
seimbang     dan      harmonis    dari    segi intelek,
rohani,   emosi       dan   jasmani,      berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah        bertujuan untuk melahirkan
warganegara           Malaysia     yang          berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab            dan          berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan       terhadap         keharmonian        dan
kemakmuran         keluarga,      masyarakat        dan
negara.




                            iv
KATA PENGANTAR


Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi
menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang.
Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi
semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi
cabaran pendidikan pada abad 21.

Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan
semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab
mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk
berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana, serta dapat
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Diharapkan
kurikulum ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi
segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan.

Pendidikan Moral ialah mata pelajaran teras untuk murid bukan beragama Islam di
peringkat sekolah rendah. Mata pelajaran ini yang memberi tumpuan pada
pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia
bertujuan melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berperibadi mulia, serta rela
dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan negara. Kandungan Sukatan
Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah merangkumi
aspek diri, keluarga, masyarakat, alam sekitar dan negara.

Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran, masa dan tenaga
sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini.




                                        v
sukatan pelajaran pendidikan moral kbsr




PENDAHULUAN


Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid supaya menjadi insan
yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan
pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral.


Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk
kekuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai-
nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam
pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu murid dapat membina satu panduan hidup
yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan mereka
menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala
keputusan dan tindakan yang dilakukan.


Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan
yang menyeluruh dari segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial.


    Prinsip-prinsip itu adalah:


   n    Bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain;
   n    Berpegang teguh pada ajaran agama;
   n    Prihatin kepada alam sekitar;
   n    Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup;
   n    Bersemangat patriotik;
   n    Menghormati hak asasi manusia; dan
   n    Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.


Pemilihan prinsip-prinsip di atas dilakukan untuk merealisasikan semangat dan
hasrat yang terkandung dalam Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah
status negara maju, kita perlu membina masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan
beretika, iaitu sebuah masyarakat bersatu padu yang mempunyai nilai keagamaan
dan kerohanian yang kukuh dan bersikap toleransi.




                                           1
sukatan pelajaran pendidikan moral kbsr




Untuk membolehkan murid memahami, menghayati serta mengamalkan prinsip-
prinsip tersebut sebanyak lima bidang pembelajaran telah dikenal pasti dan nilai-nilai
moral disampaikan menerusi bidang pembelajaran tersebut.               Selain aspek
kerohanian dan kemanusiaan, bidang pembelajaran itu juga menekankan aspek
kemasyarakatan dan kebudayaan. Bidang pembelajaran tersebut adalah seperti
berikut :


       1. Nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri
       2. Nilai berkaitan dengan Diri dan Keluarga
       3. Nilai berkaitan dengan Diri dan Masyarakat
       4. Nilai berkaitan dengan Diri dan Alam Sekitar
       5. Nilai berkaitan dengan Diri dan Negara


Pendidikan Moral juga memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran-
kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran sosial.           Penguasaan
kemahiran-kemahiran ini juga akan menyediakan murid menghadapi dunia teknologi
maklumat dan komunikasi dan cabaran alaf baru dengan penuh keyakinan dan
bertanggungjawab sosial dan moral.            Penguasaan kemahiran ini juga akan
membantu pembinaan daya tahan dan kebolehan menghadapi segala tekanan dan
cabaran hidup di kalangan murid.


Para murid juga digalakkan mencari dan memperoleh sumber-sumber maklumat
melalui teknologi maklumat dan komunikasi seperti Internet, CD-Rom, e-mail dan
sidang telekomunikasi. Aktiviti seperti ini dapat berfungsi sebagai perangsang dan
pemangkin kepada kewujudan masyarakat Malaysia yang celek teknologi.




                                          2
sukatan pelajaran pendidikan moral kbsr

MATLAMAT


Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan
negara serta masyarakat global.



OBJEKTIF


Kurikulum Pendidikan Moral membolehkan murid:


1. Memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia;
2. Meningkatkan amalan budi pekerti mulia;
3. Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi
   mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga,
   masyarakat, negara serta alam sekitar; dan
4. Mengembangkan pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral dalam
   membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai
   murni masyarakat Malaysia.



ORGANISASI KURIKULUM


Kurikulum   Pendidikan     Moral   sekolah     rendah    mengandungi   lima   Bidang
Pembelajaran yang menjadi wahana untuk menyampaikan nilai-nilai murni di
kalangan murid. Bagi membolehkan nilai-nilai murni dipupuk secara berterusan ke
dalam diri murid, bidang pembelajaran dan nilai yang sama diajar di setiap tahun
iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Walaupun bidang pembelajaran dan nilai itu
sama, skop dan penekanan isi pelajaran adalah berbeza kerana isu-isu moral yang
dikemukakan semakin kompleks dan mendalam selaras dengan tahap keperluan
dan kematangan murid.




                                           3
sukatan pelajaran pendidikan moral kbsr

KANDUNGAN

BIDANG PEMBELAJARAN 1
NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI


Pembentukan dan pengukuhan peribadi mulia berlandaskan nilai-nilai moral dan
kerohanian, selaras dengan norma masyarakat Malaysia ke arah memperkukuh
kesedaran hati nurani seseorang insan.


1.1    Kepercayaan kepada Tuhan


       Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala
       suruhan Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan
       prinsip Rukun Negara.


1.2    Kebersihan Fizikal dan Mental


       Kebersihan dan kesihatan diri serta pemikiran yang sihat dan positif dalam
       setiap perlakuan.


1.3    Harga Diri


       Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah
       diri dalam kehidupan.


1.4    Kerajinan


       Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan,
       kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.


1.5    Hemah Tinggi


       Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.


1.6    Kasih Sayang


       Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir
       daripada hati yang ikhlas.



                                            4
sukatan pelajaran pendidikan moral kbsr


1.7    Kesederhanaan

       Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama
       ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan
       kepentingan diri dan orang lain.


1.8    Kejujuran


       Kewajipan bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap
       perlakuan.


1.9    Baik Hati


       Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain
       dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas.


1.10   Berterima Kasih


       Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan
       terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.



BIDANG PEMBELAJARAN 2
NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN KELUARGA


Kewajipan dan tanggungjawab diri dalam menghormati dan menjaga maruah setiap
anggota keluarga demi kebahagiaan dan keharmonian hidup bersama.


2.1    Kasih Sayang terhadap Keluarga


       Perasaan cinta dan sayang yang mendalam serta berkekalan terhadap
       keluarga demi melahirkan keluarga bahagia.


2.2    Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga


       Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi
       layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.




                                           5
sukatan pelajaran pendidikan moral kbsr

2.3   Tanggungjawab terhadap Keluarga


      Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga
      untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah
      keluarga.


BIDANG PEMBELAJARAN 3
NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN MASYARAKAT


Peranan dan tanggungjawab diri sebagai angota masyarakat yang menghayati
kepentingan hidup bersama bagi mengekalkan keharmonian dalam masyarakat.


3.1   Tanggungjawab terhadap Masyarakat


      Kesanggupan memikul serta melaksanakan tugas dan kewajipan dengan
      sempurna sebagai anggota masyarakat.


3.2   Toleransi dalam Masyarakat


      Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan
      berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan
      hidup.


3.3   Semangat Bermasyarakat


      Kesediaan melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan untuk kepentingan
      bersama demi keharmonian hidup bermasyarakat.


3.4   Peka terhadap Isu-isu Sosial


      Bertanggungjawab dan prihatin terhadap masalah dan isu semasa yang
      berlaku dalam masyarakat dan berusaha menyelesaikannya.




                                       6
sukatan pelajaran pendidikan moral kbsr


BIDANG PEMBELAJARAN 4
NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN ALAM SEKITAR


Peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar serta melibatkan diri secara positif
dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.


4.1    Kebersihan dan Keindahan Persekitaran


       Pemeliharaan dan pemuliharaan persekitaran agar sentiasa bersih dan ceria
       demi kesejahteraan hidup.


4.2    Menyayangi Alam Sekitar


       Mencintai dan menghargai alam sekitar demi mengekalkan keharmonian
       hidup.


4.3    Peka terhadap Isu Alam Sekitar


       Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekitar dan
       berusaha menyelesaikannya.



BIDANG PEMBELAJARAN 5
NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN NEGARA


Peranan dan tanggungjawab setiap warganegara mentaati, mematuhi dan setia
kepada negara serta patuh kepada peraturan dan undang-undang untuk
kesejahteraan dan keharmonian negara berdasarkan prinsip Rukun Negara.


5.1    Hormat dan Setia kepada Pemimpin, Raja dan Negara


       Hormat dan kepatuhan yang berkekalan kepada pemimpin dan raja serta
       setia kepada negara.




                                          7
sukatan pelajaran pendidikan moral kbsr


5.2   Patuh kepada Peraturan dan Undang-Undang


      Menerima     dan     mematuhi      peraturan     dan    undang-undang    yang
      dikuatkuasakan sebagai amalan hidup.


5.3   Cinta akan Negara


      Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan
      negara melebihi kepentingan diri.


5.4   Keamanan dan Keharmonian


      Kedamaian dan perpaduan yang berkekalan dan berterusan di kalangan
      rakyat Malaysia serta masyarakat global.


Dalam merancang dan melaksanakan kurikulum ini, tumpuan perlu diberi kepada
pengembangan dan penguasaan kemahiran berfikir dan kemahiran belajar bagi
membolehkan murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara
rasional dalam   menghadapi        cabaran     hidup     yang      semakin kompleks.
Kepelbagaian kecerdasan murid perlu diambil kira bagi memperkukuh dan
memperkaya pengalaman pembelajaran mereka dalam usaha membentuk manusia
yang peka kepada isu atau permasalahan yang berlaku dan mampu membuat
ramalan,   menjangka akibat serta mengendalikannya ke arah keharmonian dan
kecemerlangan hidup. Di samping itu, kemahiran menggunakan teknologi maklumat
dan komunikasi perlu dikuasai oleh murid supaya mereka menjadi generasi yang
celik teknologi serta dapat memanfaatkannya dengan penuh tanggungjawab demi
kesejahteraan hidup bersama.




                                          8

More Related Content

What's hot

Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
shafidaosman
 
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaimplikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Dhashink
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikan
Vince Here
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Norliza Ahmad
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
SALWANIERAZLI
 
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Noorezayu Mohd Said
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
Rafiza Diy
 
Jenis jenis kurikulum
Jenis jenis kurikulumJenis jenis kurikulum
Jenis jenis kurikulum
IPG Kampus KENT, Tuaran
 
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
KatherineSaw3
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Kalai Shan
 
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
FaFai S.
 
Pembinaan jsu
Pembinaan jsuPembinaan jsu
Pembinaan jsu
Yanz Zaini
 
falsafah pendidikan barat moden
falsafah pendidikan barat modenfalsafah pendidikan barat moden
falsafah pendidikan barat moden
Rasikha Hansi
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Sara Zaleha
 
Motivasi dan Pembelajaran EDUP 2023
Motivasi dan Pembelajaran EDUP 2023Motivasi dan Pembelajaran EDUP 2023
Motivasi dan Pembelajaran EDUP 2023
marcellacla
 
Nota Minggu 1.pdf
Nota Minggu 1.pdfNota Minggu 1.pdf
Nota Minggu 1.pdf
PJMS1082022MuhamadNa
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridImplikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Izzat Najmi
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Fauzan Zain
 

What's hot (20)

Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
 
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaimplikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikan
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
 
Teori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorismeTeori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorisme
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
 
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
 
Jenis jenis kurikulum
Jenis jenis kurikulumJenis jenis kurikulum
Jenis jenis kurikulum
 
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
 
Pembinaan jsu
Pembinaan jsuPembinaan jsu
Pembinaan jsu
 
falsafah pendidikan barat moden
falsafah pendidikan barat modenfalsafah pendidikan barat moden
falsafah pendidikan barat moden
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
 
Motivasi dan Pembelajaran EDUP 2023
Motivasi dan Pembelajaran EDUP 2023Motivasi dan Pembelajaran EDUP 2023
Motivasi dan Pembelajaran EDUP 2023
 
Nota Minggu 1.pdf
Nota Minggu 1.pdfNota Minggu 1.pdf
Nota Minggu 1.pdf
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridImplikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 

Viewers also liked

Dskp tahun 4 pendidikan moral
Dskp tahun 4 pendidikan moralDskp tahun 4 pendidikan moral
Dskp tahun 4 pendidikan moral
osnamek62
 
KBSR (kurikulum bersepadu sekolah rendah)
KBSR (kurikulum bersepadu sekolah rendah)KBSR (kurikulum bersepadu sekolah rendah)
KBSR (kurikulum bersepadu sekolah rendah)
Khairunnisa' Mohammad
 
Kurikulum di USA
Kurikulum di USAKurikulum di USA
Kurikulum di USA
Nailul Hasibuan
 
Pengenalan kepada konsep asas pendidikan moral
Pengenalan kepada konsep asas pendidikan moralPengenalan kepada konsep asas pendidikan moral
Pengenalan kepada konsep asas pendidikan moral
Nor Amalina Che ZamZan
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
azirah azizul
 
Peranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moralPeranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moral
Norazah Mohamad
 
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAPERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
Wan Nor Faezah
 
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
Pentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendahPentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendah
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
Badriyatun Kamar
 

Viewers also liked (11)

Dskp tahun 4 pendidikan moral
Dskp tahun 4 pendidikan moralDskp tahun 4 pendidikan moral
Dskp tahun 4 pendidikan moral
 
Moral Kbsr
Moral KbsrMoral Kbsr
Moral Kbsr
 
KBSR (kurikulum bersepadu sekolah rendah)
KBSR (kurikulum bersepadu sekolah rendah)KBSR (kurikulum bersepadu sekolah rendah)
KBSR (kurikulum bersepadu sekolah rendah)
 
Kurikulum di USA
Kurikulum di USAKurikulum di USA
Kurikulum di USA
 
Hsp Moral Tahun Empat
Hsp Moral Tahun EmpatHsp Moral Tahun Empat
Hsp Moral Tahun Empat
 
Kbsr kssr
Kbsr kssrKbsr kssr
Kbsr kssr
 
Pengenalan kepada konsep asas pendidikan moral
Pengenalan kepada konsep asas pendidikan moralPengenalan kepada konsep asas pendidikan moral
Pengenalan kepada konsep asas pendidikan moral
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
 
Peranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moralPeranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moral
 
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAPERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
 
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
Pentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendahPentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendah
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
 

Similar to Sukatan Moral Kbsr

Hsp moral y3
Hsp moral y3Hsp moral y3
Hsp moral y3
Onie Gi
 
Hsp moral y2
Hsp moral y2Hsp moral y2
Hsp moral y2
Onie Gi
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
Marwan Mansor
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
Rainny Hoh
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
Onie Gi
 
HSP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
HSP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6HSP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
HSP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
ordinary teacher
 
Hsp moral y4
Hsp moral y4Hsp moral y4
Hsp moral y4
Onie Gi
 
Hsp moral y4
Hsp moral y4Hsp moral y4
Hsp moral y4
Rainny Hoh
 
Hsp moral f2
Hsp moral f2Hsp moral f2
Hsp moral f2
Saif Anan
 
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 5
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 5Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 5
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 5
Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)
 
Hsp moral f5
Hsp moral f5Hsp moral f5
Hsp moral y1
Hsp moral y1Hsp moral y1
Hsp moral y1
Onie Gi
 
Pm thn 1-sk
Pm thn 1-skPm thn 1-sk
Pm thn 1-sk
ahmadmohd2786
 
Dsk moral thn 1
Dsk moral thn 1Dsk moral thn 1
Dsk moral thn 1
Marwan Mansor
 

Similar to Sukatan Moral Kbsr (20)

Sp moral kbsm
Sp moral kbsmSp moral kbsm
Sp moral kbsm
 
Sp moral kbsr
Sp moral kbsrSp moral kbsr
Sp moral kbsr
 
Hsp moral y3
Hsp moral y3Hsp moral y3
Hsp moral y3
 
Hsp moral y2
Hsp moral y2Hsp moral y2
Hsp moral y2
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
 
HSP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
HSP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6HSP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
HSP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
 
Hsp moral ting 1
Hsp moral ting 1Hsp moral ting 1
Hsp moral ting 1
 
Hsp moral y4
Hsp moral y4Hsp moral y4
Hsp moral y4
 
Hsp moral y4
Hsp moral y4Hsp moral y4
Hsp moral y4
 
Hsp moral y4
Hsp moral y4Hsp moral y4
Hsp moral y4
 
Hsp moral f2
Hsp moral f2Hsp moral f2
Hsp moral f2
 
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 5
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 5Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 5
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 5
 
Hsp moral f5
Hsp moral f5Hsp moral f5
Hsp moral f5
 
Hsp moral y1
Hsp moral y1Hsp moral y1
Hsp moral y1
 
Pm thn 1-sk
Pm thn 1-skPm thn 1-sk
Pm thn 1-sk
 
Dsk moral thn 1
Dsk moral thn 1Dsk moral thn 1
Dsk moral thn 1
 
Dsk moral thn 1
Dsk moral thn 1Dsk moral thn 1
Dsk moral thn 1
 
Hsp moral y6
Hsp moral y6Hsp moral y6
Hsp moral y6
 

More from ipgm kampus tengku ampuan afzan

bm imbuhan awalan
bm imbuhan awalanbm imbuhan awalan
ALATAN PETI KECEMASAN
ALATAN PETI KECEMASANALATAN PETI KECEMASAN
ALATAN PETI KECEMASAN
ipgm kampus tengku ampuan afzan
 
Rpt Pjpk Tahun Satu
Rpt Pjpk Tahun SatuRpt Pjpk Tahun Satu
Rpt Pjpk Tahun Satu
ipgm kampus tengku ampuan afzan
 
Rpt Pjpk Tahun Empat
Rpt Pjpk Tahun EmpatRpt Pjpk Tahun Empat
Rpt Pjpk Tahun Empat
ipgm kampus tengku ampuan afzan
 
Rpt Pjpk Tahun Dua
Rpt Pjpk Tahun DuaRpt Pjpk Tahun Dua
Hsp Pend Jasmani Tahun Satu
Hsp Pend Jasmani Tahun SatuHsp Pend Jasmani Tahun Satu
Hsp Pend Jasmani Tahun Satu
ipgm kampus tengku ampuan afzan
 
Rpt Moral Tahun Satu
Rpt Moral Tahun SatuRpt Moral Tahun Satu
Rpt Moral Tahun Satu
ipgm kampus tengku ampuan afzan
 
Rpt Moral Tahun Enam
Rpt Moral Tahun EnamRpt Moral Tahun Enam
Rpt Moral Tahun Enam
ipgm kampus tengku ampuan afzan
 

More from ipgm kampus tengku ampuan afzan (20)

Kata ganda
Kata gandaKata ganda
Kata ganda
 
Imbuhan
ImbuhanImbuhan
Imbuhan
 
bm imbuhan awalan
bm imbuhan awalanbm imbuhan awalan
bm imbuhan awalan
 
ALATAN PETI KECEMASAN
ALATAN PETI KECEMASANALATAN PETI KECEMASAN
ALATAN PETI KECEMASAN
 
Rpt Pjpk Tahun Tiga
Rpt Pjpk Tahun TigaRpt Pjpk Tahun Tiga
Rpt Pjpk Tahun Tiga
 
Rpt Pjpk Tahun Satu
Rpt Pjpk Tahun SatuRpt Pjpk Tahun Satu
Rpt Pjpk Tahun Satu
 
Rpt Pjpk Tahun Lima
Rpt Pjpk Tahun LimaRpt Pjpk Tahun Lima
Rpt Pjpk Tahun Lima
 
Rpt Pjpk Tahun Empat
Rpt Pjpk Tahun EmpatRpt Pjpk Tahun Empat
Rpt Pjpk Tahun Empat
 
Rpt Pjpk Tahun Dua
Rpt Pjpk Tahun DuaRpt Pjpk Tahun Dua
Rpt Pjpk Tahun Dua
 
Hsp Pend Jasmani Tahun Tiga
Hsp Pend Jasmani Tahun TigaHsp Pend Jasmani Tahun Tiga
Hsp Pend Jasmani Tahun Tiga
 
Hsp Pend Jasmani Tahun Satu
Hsp Pend Jasmani Tahun SatuHsp Pend Jasmani Tahun Satu
Hsp Pend Jasmani Tahun Satu
 
Hsp Pend Jasmani Tahun Lima
Hsp Pend Jasmani Tahun LimaHsp Pend Jasmani Tahun Lima
Hsp Pend Jasmani Tahun Lima
 
Hsp Pend Jasmani Tahun Enam
Hsp Pend Jasmani Tahun EnamHsp Pend Jasmani Tahun Enam
Hsp Pend Jasmani Tahun Enam
 
Hsp Pend Jasmani Tahun Empat
Hsp Pend Jasmani Tahun EmpatHsp Pend Jasmani Tahun Empat
Hsp Pend Jasmani Tahun Empat
 
Hsp Pend Jasmani Tahun Dua
Hsp Pend Jasmani Tahun DuaHsp Pend Jasmani Tahun Dua
Hsp Pend Jasmani Tahun Dua
 
Hsp Pendidikan Jasmani Kbsr
Hsp Pendidikan Jasmani KbsrHsp Pendidikan Jasmani Kbsr
Hsp Pendidikan Jasmani Kbsr
 
Rpt Moral Tahun Tiga
Rpt Moral Tahun TigaRpt Moral Tahun Tiga
Rpt Moral Tahun Tiga
 
Rpt Moral Tahun Satu
Rpt Moral Tahun SatuRpt Moral Tahun Satu
Rpt Moral Tahun Satu
 
Rpt Moral Tahun Lima
Rpt Moral Tahun LimaRpt Moral Tahun Lima
Rpt Moral Tahun Lima
 
Rpt Moral Tahun Enam
Rpt Moral Tahun EnamRpt Moral Tahun Enam
Rpt Moral Tahun Enam
 

Sukatan Moral Kbsr

  • 1. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran PENDIDIKAN MORAL 2000
  • 2. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran PENDIDIKAN MORAL 2000 PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM
  • 3. RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita- cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN iii
  • 4. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. iv
  • 5. KATA PENGANTAR Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21. Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan. Pendidikan Moral ialah mata pelajaran teras untuk murid bukan beragama Islam di peringkat sekolah rendah. Mata pelajaran ini yang memberi tumpuan pada pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia bertujuan melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berperibadi mulia, serta rela dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan negara. Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah merangkumi aspek diri, keluarga, masyarakat, alam sekitar dan negara. Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini. v
  • 6. sukatan pelajaran pendidikan moral kbsr PENDAHULUAN Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai- nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu murid dapat membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan. Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial. Prinsip-prinsip itu adalah: n Bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain; n Berpegang teguh pada ajaran agama; n Prihatin kepada alam sekitar; n Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup; n Bersemangat patriotik; n Menghormati hak asasi manusia; dan n Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan. Pemilihan prinsip-prinsip di atas dilakukan untuk merealisasikan semangat dan hasrat yang terkandung dalam Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, kita perlu membina masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, iaitu sebuah masyarakat bersatu padu yang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang kukuh dan bersikap toleransi. 1
  • 7. sukatan pelajaran pendidikan moral kbsr Untuk membolehkan murid memahami, menghayati serta mengamalkan prinsip- prinsip tersebut sebanyak lima bidang pembelajaran telah dikenal pasti dan nilai-nilai moral disampaikan menerusi bidang pembelajaran tersebut. Selain aspek kerohanian dan kemanusiaan, bidang pembelajaran itu juga menekankan aspek kemasyarakatan dan kebudayaan. Bidang pembelajaran tersebut adalah seperti berikut : 1. Nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri 2. Nilai berkaitan dengan Diri dan Keluarga 3. Nilai berkaitan dengan Diri dan Masyarakat 4. Nilai berkaitan dengan Diri dan Alam Sekitar 5. Nilai berkaitan dengan Diri dan Negara Pendidikan Moral juga memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran- kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini juga akan menyediakan murid menghadapi dunia teknologi maklumat dan komunikasi dan cabaran alaf baru dengan penuh keyakinan dan bertanggungjawab sosial dan moral. Penguasaan kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya tahan dan kebolehan menghadapi segala tekanan dan cabaran hidup di kalangan murid. Para murid juga digalakkan mencari dan memperoleh sumber-sumber maklumat melalui teknologi maklumat dan komunikasi seperti Internet, CD-Rom, e-mail dan sidang telekomunikasi. Aktiviti seperti ini dapat berfungsi sebagai perangsang dan pemangkin kepada kewujudan masyarakat Malaysia yang celek teknologi. 2
  • 8. sukatan pelajaran pendidikan moral kbsr MATLAMAT Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. OBJEKTIF Kurikulum Pendidikan Moral membolehkan murid: 1. Memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia; 2. Meningkatkan amalan budi pekerti mulia; 3. Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat, negara serta alam sekitar; dan 4. Mengembangkan pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral dalam membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. ORGANISASI KURIKULUM Kurikulum Pendidikan Moral sekolah rendah mengandungi lima Bidang Pembelajaran yang menjadi wahana untuk menyampaikan nilai-nilai murni di kalangan murid. Bagi membolehkan nilai-nilai murni dipupuk secara berterusan ke dalam diri murid, bidang pembelajaran dan nilai yang sama diajar di setiap tahun iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Walaupun bidang pembelajaran dan nilai itu sama, skop dan penekanan isi pelajaran adalah berbeza kerana isu-isu moral yang dikemukakan semakin kompleks dan mendalam selaras dengan tahap keperluan dan kematangan murid. 3
  • 9. sukatan pelajaran pendidikan moral kbsr KANDUNGAN BIDANG PEMBELAJARAN 1 NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI Pembentukan dan pengukuhan peribadi mulia berlandaskan nilai-nilai moral dan kerohanian, selaras dengan norma masyarakat Malaysia ke arah memperkukuh kesedaran hati nurani seseorang insan. 1.1 Kepercayaan kepada Tuhan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. 1.2 Kebersihan Fizikal dan Mental Kebersihan dan kesihatan diri serta pemikiran yang sihat dan positif dalam setiap perlakuan. 1.3 Harga Diri Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan. 1.4 Kerajinan Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara. 1.5 Hemah Tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian. 1.6 Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. 4
  • 10. sukatan pelajaran pendidikan moral kbsr 1.7 Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. 1.8 Kejujuran Kewajipan bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan. 1.9 Baik Hati Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas. 1.10 Berterima Kasih Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian. BIDANG PEMBELAJARAN 2 NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN KELUARGA Kewajipan dan tanggungjawab diri dalam menghormati dan menjaga maruah setiap anggota keluarga demi kebahagiaan dan keharmonian hidup bersama. 2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga Perasaan cinta dan sayang yang mendalam serta berkekalan terhadap keluarga demi melahirkan keluarga bahagia. 2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni. 5
  • 11. sukatan pelajaran pendidikan moral kbsr 2.3 Tanggungjawab terhadap Keluarga Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga. BIDANG PEMBELAJARAN 3 NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN MASYARAKAT Peranan dan tanggungjawab diri sebagai angota masyarakat yang menghayati kepentingan hidup bersama bagi mengekalkan keharmonian dalam masyarakat. 3.1 Tanggungjawab terhadap Masyarakat Kesanggupan memikul serta melaksanakan tugas dan kewajipan dengan sempurna sebagai anggota masyarakat. 3.2 Toleransi dalam Masyarakat Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup. 3.3 Semangat Bermasyarakat Kesediaan melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan untuk kepentingan bersama demi keharmonian hidup bermasyarakat. 3.4 Peka terhadap Isu-isu Sosial Bertanggungjawab dan prihatin terhadap masalah dan isu semasa yang berlaku dalam masyarakat dan berusaha menyelesaikannya. 6
  • 12. sukatan pelajaran pendidikan moral kbsr BIDANG PEMBELAJARAN 4 NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN ALAM SEKITAR Peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar serta melibatkan diri secara positif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. 4.1 Kebersihan dan Keindahan Persekitaran Pemeliharaan dan pemuliharaan persekitaran agar sentiasa bersih dan ceria demi kesejahteraan hidup. 4.2 Menyayangi Alam Sekitar Mencintai dan menghargai alam sekitar demi mengekalkan keharmonian hidup. 4.3 Peka terhadap Isu Alam Sekitar Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekitar dan berusaha menyelesaikannya. BIDANG PEMBELAJARAN 5 NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN NEGARA Peranan dan tanggungjawab setiap warganegara mentaati, mematuhi dan setia kepada negara serta patuh kepada peraturan dan undang-undang untuk kesejahteraan dan keharmonian negara berdasarkan prinsip Rukun Negara. 5.1 Hormat dan Setia kepada Pemimpin, Raja dan Negara Hormat dan kepatuhan yang berkekalan kepada pemimpin dan raja serta setia kepada negara. 7
  • 13. sukatan pelajaran pendidikan moral kbsr 5.2 Patuh kepada Peraturan dan Undang-Undang Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan sebagai amalan hidup. 5.3 Cinta akan Negara Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri. 5.4 Keamanan dan Keharmonian Kedamaian dan perpaduan yang berkekalan dan berterusan di kalangan rakyat Malaysia serta masyarakat global. Dalam merancang dan melaksanakan kurikulum ini, tumpuan perlu diberi kepada pengembangan dan penguasaan kemahiran berfikir dan kemahiran belajar bagi membolehkan murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara rasional dalam menghadapi cabaran hidup yang semakin kompleks. Kepelbagaian kecerdasan murid perlu diambil kira bagi memperkukuh dan memperkaya pengalaman pembelajaran mereka dalam usaha membentuk manusia yang peka kepada isu atau permasalahan yang berlaku dan mampu membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikannya ke arah keharmonian dan kecemerlangan hidup. Di samping itu, kemahiran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi perlu dikuasai oleh murid supaya mereka menjadi generasi yang celik teknologi serta dapat memanfaatkannya dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan hidup bersama. 8