SlideShare a Scribd company logo
1 of 44
Download to read offline
PENGENALAN SISTEM KABEL BERTEBAT DIUDARA
Sistem kabel bertebat diudara yang dilaksanakan terdiri daripada satu
hingga empat pengalir aluminiam yang bersalut dan pengalir-pengalir
tersebut membelit disekeliling satu dawai pengalir penggantung yang juga
dikhususkan sebagai dawai neutral.
Dengan menggunakan sistem kabel bertebat diudara keterusan bekalan
kepada pelanggan dapat dijamin dengan lebih berkesan disebabkan
kurangnya berlaku kerosakkan (kemungkinan belakunya litar pintas tidak
mudah terjadi)
Disamping kos-kos pembinaan dan senggaraan lebih murah.
Didalam proses pembinaan talian dapat dilakukan dengan lebih cepat dan
masaalah untuk mencatas dan menebang pokok-pokok kayu dapat
dikurangkan.
Oleh kerana keseluruhan sistem pemasangan kabel ini bertebat
sepenuhnya, pemasangan sistem ini lebih selamat dan tidak
memberi satu keadaan yang merbahaya kepada pekerja dan orang
awam yang menyentuh kabel tersebut. Keterangan ringkas berikut
adalah diantara beberapa perkara yang perlu dilaksanakan didalam
pembinaan talian kabel bertebat diudara:-
Terdapat dua saiz-saiz kabel bertebat diudara yang telah
diseragamkan penggunaan nya sebagai sesalur talian utama.
3 x 185 mm² + 16 mm² + 120 mm²
3 x 95 mm² + 16 mm² + 70mm²
Pengalir 16 mm terdapat pada kedua-dua kabel tersebut untuk
kegunaan pengalir lampu awam.
Terdapat dua saiz-saiz kabel bertebat diudara yang telah
diseragamkan penggunaan nya sebagai sesalur sebis
3 x 16 mm² + 25 mm² untuk bekalan 3 fasa
1 x 16 mm² + 25 mm² untuk 1 fasa.
Semua sambungan pada pengalir kabel bertebat diudara perlu
menggunakan penyambung bersalut Piercing.
Penggunaan Perangkai Fusable (mekanikal) diperkenalkan bagi
melindungi kabel dan pelbagai pepasangan lain daripada mengalami
kerosakan sekiranya dahan atau pokok-pokok kayu yang berat
menimpa di atas talian.
Dawai bersalut PVC perlu digunakan sebagai dawai bumi bagi
memastikan keseluruhan pepasangan sistem ini bertebat sepenohnya.
Tegangan kabel dibuat sehingga kelegaan kabel ke paras tanah
sepertimana yang diperlukan didalam kehendak peraturan diperolehi
dengan cara membuat pengukuran ditapak kerja dan tidak perlu
menggunakan Dynamometer atau papan kenduran.
Walau bagaimanapun didalam pemasangan kabel bertebat diudara,
kadaran fius-fius yang dipasang perlu ditentukan pada kadar yang betul
bagi mengelak berlakunya kerosakan pada bahan penebat. Semua
sambungan sesalur serbis bagi tujuan pengimbangan beban pada
setiap fasa perlu dibuat dengan berhati-hati.
2.0 KABEL BERTEBAT DIUDARA VOLTAN RENDAH
Binaan dan Rekabentuk
Kabel ini mempunyai satu hingga empat pengalir aluminiam bertebat
dengan Polyethylene. Pengalir-pengalir ini membelit disekeliling dawai
penggantung bersalut aluminiam Alloy. Dawai penggantung ini juga
dikhususkan sebagai dawai Neutral.
Pengalir Fasa
Bahan pengalir yang digunakan adalah Aluminiam Tarik Kuat ( Hard
Drawn Aluminiam ) dikeluarkan mengikut keadaan H 68 mengikut
panduan BS 2627 : Wrought Aluminiam For Electrical Purposes.
Pengalir-pengalir ini dibentukkan didalam keadaan bulat, berlembar dan
dipadatkan bersesuaian seperti kehendak IEC 228 : Conductors Of
Insulated Cables.
Dawai Pengantung / Neutral
Dawai pengantung / Neutral diperbuat daripada bahan aluminiam alloy
didalam bentuk dawai yang ditarik daripada rod yan sentiasa melalui proses
penggolahan dan penuangan. Sambungan tidak boleh dibuat sama sekali
pada dawai pengantung / neutral kecuali pada rod asas atau dawai sebelum
proses penarikan.
Dawai pengantung / neutral perlu mempunyai ciri-ciri fizikal berikut :-
Beban Putus ( sebelum dilembarkan ) 30 hBar(Min)
Kerintangan pada suhu 20° C 0.0328 ohm mm² /m
Ketumpatan pada suhu 20° C 2.70 kg/dm³
Penebat
Semua pengalir termasuk dawai pengantung/neutral perlu disalut dengan
lapisan Polyethylene hitam penentang cuaca padatan tinggi.
Arah Pusingan Membelit Pengalir
Pengalir-pengalir membelit disekeliling dawai pengantung/neutral mengikut
arah tangan kanan susunan cara ( Z ). Semua teras-teras pengalir perlu
kemas dan rapat diantara satu sama lain.
Pengenalan Pada Teras
Semua teras-teras pada kabel perlu ditandakan dalam bentuk yang timbul
dipermukaan penebat. Untuk pengalir fasa ditanda dengan nombor 1, 2, 3 (
1-Fasa Merah, 2 – Fasa Kuning, 3 – Fasa Biru ) bagi pengalir lampu jalan
ditanda dalam huruf S/L dan disepanjang dawai penggantung / neutral
ditandakan dengan perkara-perkara berikut :-
Nama pengeluar
Kadar Voltan
Sekatan TNB
Saiz Kabel
Saiz-saiz kabel bertebat diudara voltan rendah di standardkan seperti
berikut :-
Untuk talian sesalur utama
i) 3 x 185 mm² + 16 mm² + 120 mm²
ii) 3 x 95 mm² + 16 mm² + 70 mm²
Untuk talian sesalur serbis
i) 3 x 16 mm² + 25 mm² untuk bekalan 3 fasa
ii) 1 x 16 mm² + 25 mm² untuk bekalan 1 fasa
1.DATA-DATA TEKNIKAL KABEL BERTEBAT DIUDARA
1.Ciri-ciri Fizikal Dan Ukuran Untuk Pengalir Fasa Dan Lampu Jalan.
22801500270150Berat keseluruhan
kabel ( kg/km )
0.17/1.000.33/1.991.991.99Rintangan pada 30° C
( ohm/km )
45.033.416.911.3Garispusat
keseluruhan kabel
( mm )
20.6/6.814.9/6.86.86.8Garispusat fasa /
lampu jalan ( mm )
2.2/1.051.7/1.051.051.05Tebal Penebat ( mm )
16.2/4.711.5/4.74.74.7Garispusat lembar
pengalir ( mm )
37/719/777Bilangan lembar
3 x 185 mm²
+ 16 mm²
+ 25 mm²
3 x 95 mm²
+ 16 mm²
+ 70 mm²
3 x 16 mm²
+ 25 mm²
1 x 16 mm²
+ 25 mm²
Saiz Kabel (mm² )
-6 -6 -6
1.Ciri-ciri Fizikal Dan Ukuran Untuk Dawai Pengantung/Neutral
35.920.97.4Tegangan putus ( kN )
23 x 1023 x 1023 x 10Pegembangan Pengkali suhu
( per° C )
630063006300Modulus Keanjalan ( kg/mm )
0.260.461.44Rintangan pada 30° C
( ohm/km )
16.412.98.4Garispusat dawai Pengantung
( mm )
1.71.51.25Tebal Penebat ( mm )
13.09.95.9Garispusat lembar dawai
pengantung ( mm )
19197Bilangan lembar
120 mm²70 mm²25 mm²Saiz Dawai Pengantung ( mm )
-6 -6 -6
1.Kadar Membawa Arus Dan Litar Pintas
35.69
15.96
11.29
6.52
18.33
8.20
5.80
3.35
3.08
1.38
0.98
0.56
3.08
1.38
0.98
0.56
Kadar arus litar pintas
maksima fasa ( kA )
Rintangan pada 30° C
( ohm/km )
0.1 saat
0.5 saat
1.0 saat
3.0saat
3001807080
Keupayaan membawa
arus pada suhu udara
30° C per fasa ( Amp )
3 x 185 mm²
+ 16 mm²
+ 120 mm²
3 x 95 mm²
+ 16 mm²
+ 70 mm²
3 x 16 mm²
+ 25 mm²
1 x 16 mm²
+ 25 mm²
Saiz Kabel ( mm² )
1.05 mm
1.70 mm
2.2 mm
1.25 mm
1.5 mm
1.7 mm
16 mm
95 mm
185 mm
25 mm
70 mm
120 mm
Pengalir Fasa Pengalir Neutral
Bilangan lembar 7 Bilangan lembar 7
Bilangan lembar 19 Bilangan lembar 19
Bilangan lembar 19Bilangan lembar 37
1.Rintangan Dan Aruhan Kabel Bertebat Diudara
0.0950.3090.261.401.000.200.173 x 185 + 16 +120
0.0950.5910.462.331.990.390.333 x 95 +16 +70
0.1051.651.44--2.331.993 x 16 +25
0.2851.651.44--2.331.991 x 16 +25
XLR75°
C
R30° CR75°
C
R30°
C
R75°
C
R30°
C
Aruhan
(ohm/k
m/fasa)
Neutral
(ohm/km)
Lampu Jalan
(ohm/km)
Fasa
(ohm/km)
Saiz Kabel
1.Susutan Voltan Kabel Bertebat Diudara
0.1280.1270.1270.1260.1163 x 185 mm² + 16 mm² + 120 mm²
0.2320.2280.2260.2220.2143 x 95 mm² + 16 mm² +70 mm²
1.351.301.241.181.123 x 16 mm² + 25 mm²
1.000.950.90.850.80
% Susutan Voltan Per kVA/km Untuk 3 Fasa
Pada Pelbagai Angkadar Kuasa
Saiz Kabel
BAHAN-BAHAN PEPASANGAN KABEL BERTEBAT DIUDARA
Bahan-bahan yang digunakan untuk pemasangan kabel bertebat diudara ialah:-
1. Penyangkok
2. Pencengkam gantungan
3. Penetap tamatan
4. Perangkai Fusable “ Fusable Link ”
5. Tiub pemati hujong
6. Pengikat Nylon hitam
7. Penyambung bertebat “ Piercing ”
Penyangkok ( Rajah 1 )
Penyangkok diperbuat daripada keluli yang diliputi oleh galvanis
melalui proses celup panas. Penyangkok ini digunakan untuk
menahan dan menyokong penetap tamatan dan pengcekam
gantungan.
''''''''''''''
''''''''''''''''
''
''''''''''''''
'' Bahagian
Pencekam
Bahagian
fusable link
kekuatan 6 kN
1.Pencengkam gantungan ( Rajah 2 )
Rekabentuk pencekam gantungan adalah bersesuai untuk digunakan pada
dawai penggantung/neutral. Pencekam gantungan ini dipasang pada tiang
sesalur terus dan tiang sudut sehingga 30° . Bagi tiang sudut yang melebihi
sudut ini, penetap tamatan perlu digunakan.
Pencekam gantungan di bahagikan kepada dua bahagian ia itu bahagian
pencekam dan bahagian fusable link. Bahagian pencekam digunakan untuk
mencekam pengalir dan bahagian fusable link ( Mekanikal ) direkabentuk supaya
kekuatan pecahnya didalam lingkongan 6 kN supaya talian kabel bertebat dan
segala bahan pepasangan yang lain tidak mengalami kerosakkan, sekiranya
pokok dan dahan yang berat jatuh ke atas talian tersebut yang menlebihi 6 kN.
Penetap Tamatan digunakan untuk menahan tegangan
kabel pada tiang tamatan, pembahagian dan tiang sudut
dimana sudut peralihannya yang melebihi 30 .
Penetap tamatan dipasang pada dawai penggantung/neutral
bertebat tanpa menyebabkan belakunya kerosakkan pada
salutan penebat pengali.
Terdapat tiga saiz yang dibekalkan bergantung pada saiz
dawai penggantung/neutral.
I)Penetap tamatan 25mm² .
II)Penetap tamatan 70mm² .
III)Penetap tamatan 120mm² .
o
1.Penetap Tamatan ( Rajah 3 )
1.Tiub Pemati Hujung ( Rajah 4 )
Tiub pemati hujung digunakan untuk menutup pengalir yang
terdedah pada bahagian hujungnya. Ia diperbuat daripada
bahan EPDM hitam penentang cuaca padatan tinggi.
Tiub ini dapat dipasang dengan menggunakan tangan tanpa
perlu dihangatkan atau menggunakan peralatan khas.
Saiz-saiz tiub yang terdapat adalah :-
i) Tiub pemati hujung 16-25 mm² .
ii) Tiub pemati hujung 70 mm² .
iii) Tiub pemati hujung 95 mm² .
iv) Tiub pemati hujung 120-185 mm² .
1.Pengikat Nylon Hitam ( Rajah 5 )
Pengikat nylon hitam digunakan untuk mengikat kembali teras
pengalir ke dawai pengantung/neutral disetiap tempat dimana
pengalir tersebut terombak keluar daripada gumpalan nya
apabila pemasangan bahan-bahan dibuat pada kabel.
Pengikat ini diperbuat daripada bahan plastik dengan panjang
nya lebih kurang 200 mm dan lebar 9 mm. Terdapat
kemudahan untuk mengunci ketat dan meleraikan nya disatu
hujung pengikat ini.
Penyambung Bertebat “ Piercing ” ( Rajah 6 )
Penyambung bertebat Piercing digunakan untuk mendapatkan
keterusan sambungan elektrik diantara talian utama dengan pengalir
tee-off. Pelit sesentuh bergerigi yang disediakan dapat menembusi
terus pada penebat pengalir bagi mendapatkan sambungan elektrik
yang baik tanpa perlu membuang salutan penebat.
Dengan menggunakan saiz-saiz yang bersesuaian dengan pengalir,
semua bahagian logam penyambung ditutupi sepenuhnya dalam
perumah yang dapat menehan pada sebarang keadaan cuaca dan
kalis air, serta dapat menahan voltan arus ulang alik 5 kV untuk 1 minit
setelah direndam 300mm dalam air selama 1 jam.
Bol pengetat ditebat daripada menyentuh pelit penyambung dan kepala
ricih plastik lebihan dayakilas disediakan bagi memastikan ketatan
dayakilas yang dibuat mencukupi sepertimana yang di kehendaki oleh
pengeluar tanpa memerlukan peralatan khas.
Penyambung bertebat Piercing yang digunakan untuk
menyambung pelbagai saiz pengalir fasa dan dawai
neutral/penggantung adalah seperti berikut :-
i) Penyambung Piercing 185-120 mm² / 189-70 mm² .
ii) Penyambung Piercing 185-120 mm² / 25-16 mm² .
iii) Penyambung Piercing 95-70 mm² / 95-70 mm² .
iv) Penyambung Piecing 185-120 mm² / 25-16 mm² .
v) Penyambung Piercing 25-16 mm² / 25-16 mm² .
PEPASANGAN TIANG UNTUK KABEL BERTEBAT DIUDARA
VOLTAN RENDAH
Cara Pepasangan Pada Tiang
Cara pemasangan kabel pada pelbagai kedudukan tiang
ditunjukkan didalam rajah-rajah dibawah.
i) Tiang Sesalur Terus - Rajah 7
ii) Tiang Sesalur Terus Bersudut - Rajah 8
iii) Tiang Pembahagian - Rajah 9
iv) Tiang Tamatan - Rajah 10
v) Tiang Sesalur Terus dengan Tamatan Tee - Rajah 11
vi) Tiang Sesalur Terus “ Beberapa Litar ” - Rajah 12
Tiang sesalur terus bersudut
Tiang sesalur terus
Tiang pembahagian
Tiang tamatan
Tiang pembahagian
Tiang tamatan
TIANG SESALUR TERUS DENGAN TAMATAN TEE
Tiang sesalur terus dengan
tamatan tee
Tiang sesalur terus " Beberapa Litar "
Pepasangan fius di tiang.
3.5 meter
Pepasangan sesalur bekalan diatas
Kabel bertebat
305mm
Pepasangan sesalur bekalan di atas kabel bertebat.
Pepasangan lampu jalan dan kabel bertebat.
1.Penggunaan Tiang
Tiang spun kongkrit digunakan untuk
menyokong talian kabel bertebat
diudara. Panjang tiang yang digunakan
untuk menyokong kabel dinyatakan
seperti berikut :-
3 x 16 mm² + 25 mm²
1 x 16 mm² + 25 mm²
7.5 meter
3 x 185 mm² +16 mm² + 120 mm²
dan
3 x 95 mm² + 16 mm² + 70 mm²
9 meter
Saiz Kabel BertebatPanjang Tiang
1.Panjang Span Maksima
Jarak span maksima bagi penggunaan tiang yang piawai
seperti diatas bagi saiz-saiz kabel adalah seperti jadual di
bawah.
50 meter3 x 16 mm² + 25 mm²
1 x 16 mm² + 25 mm²
40 meter3 x 95 mm² + 16 mm² + 70 mm²
35 meter3 x 185 mm² + 16 mm² + 120mm²
Panjang span
maksima
Saiz kabel
1.Bilangan Maksima Litar Setiap Tiang
Bilangan litar ( kabel ) yang digantung diatas tiang dilimitkan oleh
rekabentuk tegasan kelenturan “ Desing Bending Stress ” yang
terjadi pada tiang apabila berlakunya tiupan angin terhadap kabel
dan tiang. Tiang spun kongkrit yang digunakan sekarang
mempunyai momen kelenturan muktamad “ Ultimate Bending
Moment ” lebih kurang 3.1 ton-meter. Bilangan maksima litar yang
dapat disokong oleh setiap tiang dinyatakan seperti berikut :-
4 Litar 3 x 16 mm² + 25 mm²7.5 meter
3 Litar 3 x 95 mm² + 16 mm² + 70 mm²
1 Litar 3 x 185 mm² + 16 mm² + 120 mm²
dengan 1 Litar 3 x 95 mm² + 16 mm² + 70 mm²9 meter
Bilangan Litar Dan Saiz Kabel BertebatPanjang Tiang
Dikawasan tanah lapang misal nya dikawasan tanah sawah, yang
berkumungkinan tiupan angin akan melebihi 96 km/j/ Umbang angin
mungkin digunakan untuk mengimbangi penambahan beban yang
terjadi pada tiang.
5.5 Pembumian ditiang ( Rajah 14 )
Sistem pembumian neutral berkali-kali ( Multiple Earthed Neutral ) perlu
diamalkan. Dawai aluminiam bersalut PVC saiz 7/2.14 mm ( 7/.083 in )
digunakan sebagai dawai bumi. Cara pemasangan pembumian ini adalah
sama sepertimana pembumian pada talian tak bersalut. Untuk pemasangan
pada bahagian pangkal tiang, salutan penebat PVC perlu dikeluarkan dan
pengalir yang telah terdedah dililit disekeliling bahagian pangkal tiang untuk
memastikan sentuhan yang berkesan dengan tanah sekeliling. Pada
bahagian atas, cantuman dawai bumi dengan neutral di buat dengan
menggunakan Penyambung penebat “ Piercing ”.
KELEGAAN DAN LINTASAN KABEL BERTEBAT
Kelegaan Talian Kebumi
Kelegaan minima kabel diatas paras tanah adalah seperti berikut :-
a) Merentangi Jalan Raya 5.49 meter
b) Merentangi Kawasang Tanah Lapang 5.18 meter
c) Merentangi Kawasan Dimana Kenderaan 4.57 meter.
Tidak Mungkin Boleh Masuk
Kelegaan Dengan Bangunan
Oleh kerana kesemua pengalir termasuk dawai pengantung/neutral adalah bersalut,
kabel ini dapat ditempatkan dibangunan dan dilarikan disepanjang bangunan sama
seperti dawai PVC.
Penempatan Kabel Dibangunan
Apabila kabel bertebat diudara direntang diperantara tiang ke bangunan, kabel
tersebut hendaklah ditempatkan pada bangunan dengan ketinggian tidak kurang
dari 2.7 meter daripada paras tanah.
Kelegaan Daripada Dahan Pokok dan Pokok-Pokok.
Semua dahan pokok dan pokok-pokok yang berada dalam lingkongan 305 mm
hendaklah ditebang atau dicantas. Sekiranya terdapat Pokok-pokok yang merbahaya
terhadap talian ( Pokok-pokok yang condong ke talian ) yang berada luar daripada
jarak ini juga perlu ditebang.
2.7 meter
Jarak diantara dahan pokok atau pokok – pokok adalah
305 mm
Talian
Telikom
Talian
TNB
30
0
610 mm
1.Melintasi Talian Talikom
Keadaan-keadaan berikut perlu dipatuhi apabila
kabel bertebat diudara melintasi talian telikom :-
a)Sudut minima yang perlu dibuat diantara talian
pengalir dengan talian talikom ditempat
pelintasan tidak boleh kurang daripada 30°.
b)Jarak minima diantara kabel dengan talian
telikom adalah 610 mm.
Melintasi Talian Atas Voltan Tinggi.
Apabila talian voltan rendah perlu melintasi talian voltan tinggi, talian tersebut
akan disambung dengan menggunakan kabel bawah tanah. Cara ini merupakan
cara yang selalu diamalkan oleh pihak TNB.
Melintasi Rel Keretapi.
Kebenaran mestilah terlebih dahulu diperolihi daripada pihak berkuasa daripada
Jabatan Keretapi Tanah Melayu. Kelegaan minima daripada tanah perlu diperolihi
sama seperti kelegaan talian melintasi jalan raya dan kelegaan dengan talian
telikominkasi direntang disepanjang rel keretapi tersebut.
7.0 PEPASANGAN UMBANG
Cara Pemasangan umbang sama seperti mana diamalkan didalam
pembinaan talian tak bersalut.
Penggunaan Dawai Umbang
Dawai keluli galvanis berlembar grade 700 bersaiz 7/3.25 mm
digunakan sebagai dawai umbang.
1.Pemilihan Bilangan Umbang Yang Perlu Dipasang
Panduan mengenai pemilihan umbang yang perlu dipasang mengikut
penggunaan pelbagai saiz-saiz kabel bertebat diberi didalam jadual
dibawah. Bagi menyesuaikan dengan beban kerja umbang/ keadaan tanah
mestilah kukuh dan sekiranya didirikan dikawasan tanah yang lembut,
penambahan bilangan umbang perlu dibuat.
11111.Litar
3 x 16 mm² + 25 mm²
22221.Litar
3 x 95 mm² + 16 mm² + 70 mm²
dengan
1 Litar 3 x 185 mm² + 16 mm² + 120 mm²
atau
3 Litar
3 x 95 mm² + 16 mm² + 70 mm²
22223 Litar
3 x 95 mm² + 16 mm² + 70 mm²
11111 Litar
3 x 95 mm² + 16 mm² + 70 mm²
22221.Litar
3 x 185 mm² + 16 mm² + 120 mm²
60° - 90°30° - 60°0° - 30°
Tiang Sudut Dengan Sudut PeralihanTiang
Tamatan
Bil. Umbang Yang DigunakanBilangan Litar Dan Saiz Kabel
8.0 KERJA MERETANG KABEL BERTEBAT
Cara merentang kabel adalah sama seperti merentang talian
pengalir tak bersalut. Semasa kerja merentang dilakukan, kabel
bertebat ini akan dilalukan didalam takal yang digantung pada
setiap tiang. Perhatian perlu diambil supaya kabel tidak
bergesel pada permukaan bumi atau sebarang objek yang
kasar atau keras bagi menjamin penebatan pada kabel tidak
dirosaki.
9.0 TEGANGAN DAN KENDURAN KABEL
Kehendak minima kelegaan kabel dengan tanah yang
diperlukan mengikut peraturan perlu dipastikan dengan
membuat pengukuran kelegaan tersebut ditapak kerja. Semasa
membuat kerja-kerja menegang kabel, kabel ini perlu
ditegangkan sehingga kenduran kabel tersebut memenuhi
sekurang-kurang nya 305 mm melebihi kelegaan minima yang
dinyatakan dalam 6.1. Lebihan kelegaan ini dibuat bagi
membolehkan pemanjangan pengalir yang akan terjadi
disebabkan kesan kerayapan pengalir dan beban elektrik.
Oleh sebab pembesaran kenduran berkadar terus dengan punca ganda
dua panjang span, pemilihan span untuk pengukuran kelegaan ke bumi
ini perlu dibuat pada span yang panjang bagi sesuatu bahagian
pembinaan talian. Sekiranya talian tersebut membabitkan lintasan
dikawasan jalan raya, pengukuran yang berasingan perlu dibuat bagi
memastikan kelegaan tersebut dipenuhi.
Semasa kerja-kerja menegang ini, tegangan bunuh tidak perlu dilakukan
pada dawai pengangtung/neutral.
5.49 meter
+
305mm
5. 18 meter
+
305mm
10.0 PEPASANGAN LAMPU JALAN
Pepasangan peralatan lampu jalan dapat dibuat pada
tiang dan sambungan dawai dibuat dengan
menggunakan Penyambung Bertebat Peircing ke pengalir
lampu jalan kabel bertebat diudara.
11.0 FIUS DITIANG DAN KADAR FIUS
Penebat Polyethylene akan mengalami kerosakan yang
berkekalan sekiranya pengalir kabel dibenarkan membawa
arus yang tinggi melebihi daripada kadar maksima
arus kabel.Dalam kes-kes yang tertentu kehangatan haba
yang terjadi disepanjang kabel tersebut boleh
mengakibatkan berlakunya kebakaran. Bagi memastikan
penebat tidak akan mengalami kerosakan oleh
penghasilan haba yang keterlaluan disebabkan lebihan
beban, fius-fius yang dipilih akan terputus sebelum
arus melebihi kadar keterusan maksima sesuatu kabel.
Untuk melindungi kabel-kabel ini, hanya fius-fius HRC yang
mempunyai ciri-ciri kelakuran fius pengeluar berpandukan
spesifikasi B.S 88 part 5. perlu digunakan. Kadar Fius maksima
untuk pelbagai saiz kabel adalah seperti berikut:-
755016 mm²
18812595 mm²
300200185 mm²
Arus Fius
Sebenar
( Faktor Fius 1.5
Kali )
Kadar Fius
Maksima (
Amp )
Saiz
Pengalir
Fasa
Untuk melindungi talian kabel bertebat terhadap beban lampau serta untuk
mendapatkan kemudahan pengasingan bahagian talian utama kabel bertebat
diudara, L.V. outdoor fuse switch 400 amps dengan kadar fius maksima 200 amp
dan 125 amp perlu digunakan berpandukan kepada penggunaan saiz kabel seperti
dijadual diatas.
Cara pemasangan fius ditiang sepertimana yang diamalkan sekarang pada talian
atas voltan rendah dan sesalur serbis perlu diikuti.
12.0 TAMATAN DI PENCAWANG DAN ATAS TIANG
Seberapa praktikal yang boleh, kabel bertebat
diudara hendaklah ditamatkan terus pada unit
punca bekalan keluar fius di papan
pembahagian voltan rendah atau peti pembekal.
Dalam kes dimana kabel bawah digunakan,
kabel bertebat diudara perlu disambung secara
terus ke teras-teras kabel yang berkaitan
dengan menggunakan jenis “ ferrule ” yang
boleh disambung secara pemampatan.
Sambungan ini hendaklah dilindungi
sepenuhnya dengan tiub atau pita penebat yang
dapat mengekalkan kekuatan penebatan sistem
tersebut.
SENGGARAAN TALIAN KABEL BERTEBAT VOLTAN
RENDAH.
Senggaraan Berkala
Talian perlu dibuat rondaan sekurang-kurang nya
setahun sekali. Semasa rondaan talian dilaksanakan,
perkara-perkara berikut perlu diberi keutamaan :-
Kesan pemotongan atau kebakaran pada penebat kabel.
Sebarang tanda lampau panas pada penyambung atau
penamatan.
Dahan atau lain-lain objek yang tersangkut pada kabel.
Pokok-pokok yang merbahaya terhadap talian.
Membaiki Salutan Penebat
Penebat polyethylene dapat dibaiki dengan membalut
bahagian penebat yang cacat atau rosak dengan pita
penebat plastik berkualiti tinggi.

More Related Content

What's hot

Pengenalan Kepada Pendawaian Satu Fasa.pdf
Pengenalan Kepada Pendawaian Satu Fasa.pdfPengenalan Kepada Pendawaian Satu Fasa.pdf
Pengenalan Kepada Pendawaian Satu Fasa.pdfMohd Shahril
 
LOW VOLTAGE OVERHEAD SYSTEM INSTALLATION&MAINTENANCE
LOW VOLTAGE OVERHEAD SYSTEM INSTALLATION&MAINTENANCELOW VOLTAGE OVERHEAD SYSTEM INSTALLATION&MAINTENANCE
LOW VOLTAGE OVERHEAD SYSTEM INSTALLATION&MAINTENANCEAkilan36
 
LOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM INSTALLATION & MAINTENANCE
LOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM  INSTALLATION & MAINTENANCELOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM  INSTALLATION & MAINTENANCE
LOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM INSTALLATION & MAINTENANCEAkilan36
 
126515918 kabel-bawah-tanah
126515918 kabel-bawah-tanah126515918 kabel-bawah-tanah
126515918 kabel-bawah-tanahPok Nik
 
Ujian Rintangan Penebatan
Ujian Rintangan PenebatanUjian Rintangan Penebatan
Ujian Rintangan Penebatanshrim shaharin
 
Electrical maintenance
Electrical maintenanceElectrical maintenance
Electrical maintenancemuhdhazim404
 
Papan suis utama
Papan suis utamaPapan suis utama
Papan suis utamaEzuan Atok
 
PENYELENGGARAAN PEMASANGAN SATU FASA copy
PENYELENGGARAAN PEMASANGAN SATU FASA   copyPENYELENGGARAAN PEMASANGAN SATU FASA   copy
PENYELENGGARAAN PEMASANGAN SATU FASA copyAridsuria2002
 
kabel dan sistem pendawaian elektrik
kabel dan sistem pendawaian elektrikkabel dan sistem pendawaian elektrik
kabel dan sistem pendawaian elektrikAry HuzAirie
 
Papan suis utama ( msb )
Papan suis utama ( msb  )Papan suis utama ( msb  )
Papan suis utama ( msb )diego hez
 
Jenis-jenis Papan Suis Utama ( Main Switch Board)
Jenis-jenis  Papan Suis Utama ( Main Switch Board) Jenis-jenis  Papan Suis Utama ( Main Switch Board)
Jenis-jenis Papan Suis Utama ( Main Switch Board) Akilan36
 
PEMASANGAN DB FASA TUNGGAL
PEMASANGAN DB FASA TUNGGALPEMASANGAN DB FASA TUNGGAL
PEMASANGAN DB FASA TUNGGALAridsuria2002
 
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASAASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASAAridsuria2002
 
AKTA BEKALAN ELEKTRIK
AKTA BEKALAN ELEKTRIKAKTA BEKALAN ELEKTRIK
AKTA BEKALAN ELEKTRIKChe'gu Jijan
 
MOTOR ELEKTRIK AT & AU FASA TUNGGAL
MOTOR ELEKTRIK AT & AU FASA TUNGGALMOTOR ELEKTRIK AT & AU FASA TUNGGAL
MOTOR ELEKTRIK AT & AU FASA TUNGGALMUQRI MUQRI
 
LOW VOLTAGE GENERATOR INSTALLATION AND MAINTENANCE
LOW VOLTAGE GENERATOR INSTALLATION AND MAINTENANCE LOW VOLTAGE GENERATOR INSTALLATION AND MAINTENANCE
LOW VOLTAGE GENERATOR INSTALLATION AND MAINTENANCE Akilan36
 
Alat-alat pengujian asas elektrik
Alat-alat pengujian asas elektrikAlat-alat pengujian asas elektrik
Alat-alat pengujian asas elektrikYuseri Bujang
 

What's hot (20)

Pengenalan Kepada Pendawaian Satu Fasa.pdf
Pengenalan Kepada Pendawaian Satu Fasa.pdfPengenalan Kepada Pendawaian Satu Fasa.pdf
Pengenalan Kepada Pendawaian Satu Fasa.pdf
 
Bab 4 litar akhir
Bab 4 litar akhirBab 4 litar akhir
Bab 4 litar akhir
 
LOW VOLTAGE OVERHEAD SYSTEM INSTALLATION&MAINTENANCE
LOW VOLTAGE OVERHEAD SYSTEM INSTALLATION&MAINTENANCELOW VOLTAGE OVERHEAD SYSTEM INSTALLATION&MAINTENANCE
LOW VOLTAGE OVERHEAD SYSTEM INSTALLATION&MAINTENANCE
 
LOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM INSTALLATION & MAINTENANCE
LOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM  INSTALLATION & MAINTENANCELOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM  INSTALLATION & MAINTENANCE
LOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM INSTALLATION & MAINTENANCE
 
126515918 kabel-bawah-tanah
126515918 kabel-bawah-tanah126515918 kabel-bawah-tanah
126515918 kabel-bawah-tanah
 
Ujian Rintangan Penebatan
Ujian Rintangan PenebatanUjian Rintangan Penebatan
Ujian Rintangan Penebatan
 
Penyentuh dan geganti
Penyentuh dan gegantiPenyentuh dan geganti
Penyentuh dan geganti
 
Electrical maintenance
Electrical maintenanceElectrical maintenance
Electrical maintenance
 
Papan suis utama
Papan suis utamaPapan suis utama
Papan suis utama
 
PENYELENGGARAAN PEMASANGAN SATU FASA copy
PENYELENGGARAAN PEMASANGAN SATU FASA   copyPENYELENGGARAAN PEMASANGAN SATU FASA   copy
PENYELENGGARAAN PEMASANGAN SATU FASA copy
 
kabel dan sistem pendawaian elektrik
kabel dan sistem pendawaian elektrikkabel dan sistem pendawaian elektrik
kabel dan sistem pendawaian elektrik
 
Papan suis utama ( msb )
Papan suis utama ( msb  )Papan suis utama ( msb  )
Papan suis utama ( msb )
 
Jenis-jenis Papan Suis Utama ( Main Switch Board)
Jenis-jenis  Papan Suis Utama ( Main Switch Board) Jenis-jenis  Papan Suis Utama ( Main Switch Board)
Jenis-jenis Papan Suis Utama ( Main Switch Board)
 
PEMASANGAN DB FASA TUNGGAL
PEMASANGAN DB FASA TUNGGALPEMASANGAN DB FASA TUNGGAL
PEMASANGAN DB FASA TUNGGAL
 
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASAASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA
 
AKTA BEKALAN ELEKTRIK
AKTA BEKALAN ELEKTRIKAKTA BEKALAN ELEKTRIK
AKTA BEKALAN ELEKTRIK
 
MOTOR ELEKTRIK AT & AU FASA TUNGGAL
MOTOR ELEKTRIK AT & AU FASA TUNGGALMOTOR ELEKTRIK AT & AU FASA TUNGGAL
MOTOR ELEKTRIK AT & AU FASA TUNGGAL
 
LOW VOLTAGE GENERATOR INSTALLATION AND MAINTENANCE
LOW VOLTAGE GENERATOR INSTALLATION AND MAINTENANCE LOW VOLTAGE GENERATOR INSTALLATION AND MAINTENANCE
LOW VOLTAGE GENERATOR INSTALLATION AND MAINTENANCE
 
KOMPONEN KAWALAN MOTOR
KOMPONEN KAWALAN MOTORKOMPONEN KAWALAN MOTOR
KOMPONEN KAWALAN MOTOR
 
Alat-alat pengujian asas elektrik
Alat-alat pengujian asas elektrikAlat-alat pengujian asas elektrik
Alat-alat pengujian asas elektrik
 

Similar to Nota abc kabel 1

Similar to Nota abc kabel 1 (20)

86652384 aerial-bundle-cable
86652384 aerial-bundle-cable86652384 aerial-bundle-cable
86652384 aerial-bundle-cable
 
Antena wifi biquad 11
Antena wifi biquad 11Antena wifi biquad 11
Antena wifi biquad 11
 
Program Personel Binaan - BWI
Program Personel Binaan - BWIProgram Personel Binaan - BWI
Program Personel Binaan - BWI
 
A PPT ASAS PEMASANGAN FASA TUNGGAL
A PPT ASAS PEMASANGAN FASA TUNGGALA PPT ASAS PEMASANGAN FASA TUNGGAL
A PPT ASAS PEMASANGAN FASA TUNGGAL
 
SALURAN TEGANGAN RENDAH 380/220 VOLT
SALURAN  TEGANGAN RENDAH 380/220 VOLTSALURAN  TEGANGAN RENDAH 380/220 VOLT
SALURAN TEGANGAN RENDAH 380/220 VOLT
 
Bab 3 : Penamatan kabel Rangkaian
Bab 3 : Penamatan kabel RangkaianBab 3 : Penamatan kabel Rangkaian
Bab 3 : Penamatan kabel Rangkaian
 
JARINGAN TEGANGAN RENDAH
JARINGAN TEGANGAN RENDAHJARINGAN TEGANGAN RENDAH
JARINGAN TEGANGAN RENDAH
 
fdokumen.com_instalasi-penerangan-5685e91a60cff.pptx
fdokumen.com_instalasi-penerangan-5685e91a60cff.pptxfdokumen.com_instalasi-penerangan-5685e91a60cff.pptx
fdokumen.com_instalasi-penerangan-5685e91a60cff.pptx
 
PENGALIR TALIAN AERIAL PENGALIR TALIAN AERIAL
PENGALIR TALIAN AERIAL PENGALIR TALIAN AERIALPENGALIR TALIAN AERIAL PENGALIR TALIAN AERIAL
PENGALIR TALIAN AERIAL PENGALIR TALIAN AERIAL
 
Jbptunikompp gdl-ferifirdia-21037-7-babivp-r
Jbptunikompp gdl-ferifirdia-21037-7-babivp-rJbptunikompp gdl-ferifirdia-21037-7-babivp-r
Jbptunikompp gdl-ferifirdia-21037-7-babivp-r
 
Pemasangan kotak agihantiga fasa
Pemasangan kotak agihantiga fasaPemasangan kotak agihantiga fasa
Pemasangan kotak agihantiga fasa
 
Pendawaian industri
Pendawaian industriPendawaian industri
Pendawaian industri
 
Wiring
WiringWiring
Wiring
 
Wiring
WiringWiring
Wiring
 
Jaringan Tegangan Menengah
Jaringan Tegangan Menengah Jaringan Tegangan Menengah
Jaringan Tegangan Menengah
 
iee-ke-16.ppt
iee-ke-16.pptiee-ke-16.ppt
iee-ke-16.ppt
 
Jaringan tegangan rendah
Jaringan tegangan rendahJaringan tegangan rendah
Jaringan tegangan rendah
 
JARINGAN DISTRIBUSI PRIMER
JARINGAN DISTRIBUSI PRIMERJARINGAN DISTRIBUSI PRIMER
JARINGAN DISTRIBUSI PRIMER
 
KOMPONEN GARDU INDUK
KOMPONEN GARDU INDUKKOMPONEN GARDU INDUK
KOMPONEN GARDU INDUK
 
Makalah tali baja
Makalah tali bajaMakalah tali baja
Makalah tali baja
 

More from Ahmad Amir

SLIDE SHOW FYP SKM LEVEL 4 (DKM)
SLIDE SHOW FYP SKM LEVEL 4 (DKM)SLIDE SHOW FYP SKM LEVEL 4 (DKM)
SLIDE SHOW FYP SKM LEVEL 4 (DKM)Ahmad Amir
 
ISI KANDUNGAN PROJEK
ISI KANDUNGAN PROJEKISI KANDUNGAN PROJEK
ISI KANDUNGAN PROJEKAhmad Amir
 
Sistem bekalan elektrik
Sistem bekalan elektrikSistem bekalan elektrik
Sistem bekalan elektrikAhmad Amir
 
Motor dc dan labelnya
Motor dc dan labelnyaMotor dc dan labelnya
Motor dc dan labelnyaAhmad Amir
 
Nota eek104 m01 emf
Nota eek104 m01 emfNota eek104 m01 emf
Nota eek104 m01 emfAhmad Amir
 

More from Ahmad Amir (8)

SLIDE SHOW FYP SKM LEVEL 4 (DKM)
SLIDE SHOW FYP SKM LEVEL 4 (DKM)SLIDE SHOW FYP SKM LEVEL 4 (DKM)
SLIDE SHOW FYP SKM LEVEL 4 (DKM)
 
ISI KANDUNGAN PROJEK
ISI KANDUNGAN PROJEKISI KANDUNGAN PROJEK
ISI KANDUNGAN PROJEK
 
PERHARGAAN
PERHARGAANPERHARGAAN
PERHARGAAN
 
MUKA DEPAN
MUKA DEPANMUKA DEPAN
MUKA DEPAN
 
B14 kabel
B14 kabelB14 kabel
B14 kabel
 
Sistem bekalan elektrik
Sistem bekalan elektrikSistem bekalan elektrik
Sistem bekalan elektrik
 
Motor dc dan labelnya
Motor dc dan labelnyaMotor dc dan labelnya
Motor dc dan labelnya
 
Nota eek104 m01 emf
Nota eek104 m01 emfNota eek104 m01 emf
Nota eek104 m01 emf
 

Recently uploaded

Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 

Recently uploaded (20)

Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 

Nota abc kabel 1

  • 1. PENGENALAN SISTEM KABEL BERTEBAT DIUDARA Sistem kabel bertebat diudara yang dilaksanakan terdiri daripada satu hingga empat pengalir aluminiam yang bersalut dan pengalir-pengalir tersebut membelit disekeliling satu dawai pengalir penggantung yang juga dikhususkan sebagai dawai neutral. Dengan menggunakan sistem kabel bertebat diudara keterusan bekalan kepada pelanggan dapat dijamin dengan lebih berkesan disebabkan kurangnya berlaku kerosakkan (kemungkinan belakunya litar pintas tidak mudah terjadi) Disamping kos-kos pembinaan dan senggaraan lebih murah. Didalam proses pembinaan talian dapat dilakukan dengan lebih cepat dan masaalah untuk mencatas dan menebang pokok-pokok kayu dapat dikurangkan.
  • 2. Oleh kerana keseluruhan sistem pemasangan kabel ini bertebat sepenuhnya, pemasangan sistem ini lebih selamat dan tidak memberi satu keadaan yang merbahaya kepada pekerja dan orang awam yang menyentuh kabel tersebut. Keterangan ringkas berikut adalah diantara beberapa perkara yang perlu dilaksanakan didalam pembinaan talian kabel bertebat diudara:- Terdapat dua saiz-saiz kabel bertebat diudara yang telah diseragamkan penggunaan nya sebagai sesalur talian utama. 3 x 185 mm² + 16 mm² + 120 mm² 3 x 95 mm² + 16 mm² + 70mm² Pengalir 16 mm terdapat pada kedua-dua kabel tersebut untuk kegunaan pengalir lampu awam. Terdapat dua saiz-saiz kabel bertebat diudara yang telah diseragamkan penggunaan nya sebagai sesalur sebis 3 x 16 mm² + 25 mm² untuk bekalan 3 fasa 1 x 16 mm² + 25 mm² untuk 1 fasa.
  • 3. Semua sambungan pada pengalir kabel bertebat diudara perlu menggunakan penyambung bersalut Piercing. Penggunaan Perangkai Fusable (mekanikal) diperkenalkan bagi melindungi kabel dan pelbagai pepasangan lain daripada mengalami kerosakan sekiranya dahan atau pokok-pokok kayu yang berat menimpa di atas talian. Dawai bersalut PVC perlu digunakan sebagai dawai bumi bagi memastikan keseluruhan pepasangan sistem ini bertebat sepenohnya. Tegangan kabel dibuat sehingga kelegaan kabel ke paras tanah sepertimana yang diperlukan didalam kehendak peraturan diperolehi dengan cara membuat pengukuran ditapak kerja dan tidak perlu menggunakan Dynamometer atau papan kenduran. Walau bagaimanapun didalam pemasangan kabel bertebat diudara, kadaran fius-fius yang dipasang perlu ditentukan pada kadar yang betul bagi mengelak berlakunya kerosakan pada bahan penebat. Semua sambungan sesalur serbis bagi tujuan pengimbangan beban pada setiap fasa perlu dibuat dengan berhati-hati.
  • 4. 2.0 KABEL BERTEBAT DIUDARA VOLTAN RENDAH Binaan dan Rekabentuk Kabel ini mempunyai satu hingga empat pengalir aluminiam bertebat dengan Polyethylene. Pengalir-pengalir ini membelit disekeliling dawai penggantung bersalut aluminiam Alloy. Dawai penggantung ini juga dikhususkan sebagai dawai Neutral. Pengalir Fasa Bahan pengalir yang digunakan adalah Aluminiam Tarik Kuat ( Hard Drawn Aluminiam ) dikeluarkan mengikut keadaan H 68 mengikut panduan BS 2627 : Wrought Aluminiam For Electrical Purposes. Pengalir-pengalir ini dibentukkan didalam keadaan bulat, berlembar dan dipadatkan bersesuaian seperti kehendak IEC 228 : Conductors Of Insulated Cables.
  • 5. Dawai Pengantung / Neutral Dawai pengantung / Neutral diperbuat daripada bahan aluminiam alloy didalam bentuk dawai yang ditarik daripada rod yan sentiasa melalui proses penggolahan dan penuangan. Sambungan tidak boleh dibuat sama sekali pada dawai pengantung / neutral kecuali pada rod asas atau dawai sebelum proses penarikan. Dawai pengantung / neutral perlu mempunyai ciri-ciri fizikal berikut :- Beban Putus ( sebelum dilembarkan ) 30 hBar(Min) Kerintangan pada suhu 20° C 0.0328 ohm mm² /m Ketumpatan pada suhu 20° C 2.70 kg/dm³ Penebat Semua pengalir termasuk dawai pengantung/neutral perlu disalut dengan lapisan Polyethylene hitam penentang cuaca padatan tinggi.
  • 6. Arah Pusingan Membelit Pengalir Pengalir-pengalir membelit disekeliling dawai pengantung/neutral mengikut arah tangan kanan susunan cara ( Z ). Semua teras-teras pengalir perlu kemas dan rapat diantara satu sama lain. Pengenalan Pada Teras Semua teras-teras pada kabel perlu ditandakan dalam bentuk yang timbul dipermukaan penebat. Untuk pengalir fasa ditanda dengan nombor 1, 2, 3 ( 1-Fasa Merah, 2 – Fasa Kuning, 3 – Fasa Biru ) bagi pengalir lampu jalan ditanda dalam huruf S/L dan disepanjang dawai penggantung / neutral ditandakan dengan perkara-perkara berikut :- Nama pengeluar Kadar Voltan Sekatan TNB
  • 7. Saiz Kabel Saiz-saiz kabel bertebat diudara voltan rendah di standardkan seperti berikut :- Untuk talian sesalur utama i) 3 x 185 mm² + 16 mm² + 120 mm² ii) 3 x 95 mm² + 16 mm² + 70 mm² Untuk talian sesalur serbis i) 3 x 16 mm² + 25 mm² untuk bekalan 3 fasa ii) 1 x 16 mm² + 25 mm² untuk bekalan 1 fasa
  • 8. 1.DATA-DATA TEKNIKAL KABEL BERTEBAT DIUDARA 1.Ciri-ciri Fizikal Dan Ukuran Untuk Pengalir Fasa Dan Lampu Jalan. 22801500270150Berat keseluruhan kabel ( kg/km ) 0.17/1.000.33/1.991.991.99Rintangan pada 30° C ( ohm/km ) 45.033.416.911.3Garispusat keseluruhan kabel ( mm ) 20.6/6.814.9/6.86.86.8Garispusat fasa / lampu jalan ( mm ) 2.2/1.051.7/1.051.051.05Tebal Penebat ( mm ) 16.2/4.711.5/4.74.74.7Garispusat lembar pengalir ( mm ) 37/719/777Bilangan lembar 3 x 185 mm² + 16 mm² + 25 mm² 3 x 95 mm² + 16 mm² + 70 mm² 3 x 16 mm² + 25 mm² 1 x 16 mm² + 25 mm² Saiz Kabel (mm² )
  • 9. -6 -6 -6 1.Ciri-ciri Fizikal Dan Ukuran Untuk Dawai Pengantung/Neutral 35.920.97.4Tegangan putus ( kN ) 23 x 1023 x 1023 x 10Pegembangan Pengkali suhu ( per° C ) 630063006300Modulus Keanjalan ( kg/mm ) 0.260.461.44Rintangan pada 30° C ( ohm/km ) 16.412.98.4Garispusat dawai Pengantung ( mm ) 1.71.51.25Tebal Penebat ( mm ) 13.09.95.9Garispusat lembar dawai pengantung ( mm ) 19197Bilangan lembar 120 mm²70 mm²25 mm²Saiz Dawai Pengantung ( mm )
  • 10. -6 -6 -6 1.Kadar Membawa Arus Dan Litar Pintas 35.69 15.96 11.29 6.52 18.33 8.20 5.80 3.35 3.08 1.38 0.98 0.56 3.08 1.38 0.98 0.56 Kadar arus litar pintas maksima fasa ( kA ) Rintangan pada 30° C ( ohm/km ) 0.1 saat 0.5 saat 1.0 saat 3.0saat 3001807080 Keupayaan membawa arus pada suhu udara 30° C per fasa ( Amp ) 3 x 185 mm² + 16 mm² + 120 mm² 3 x 95 mm² + 16 mm² + 70 mm² 3 x 16 mm² + 25 mm² 1 x 16 mm² + 25 mm² Saiz Kabel ( mm² )
  • 11. 1.05 mm 1.70 mm 2.2 mm 1.25 mm 1.5 mm 1.7 mm 16 mm 95 mm 185 mm 25 mm 70 mm 120 mm Pengalir Fasa Pengalir Neutral Bilangan lembar 7 Bilangan lembar 7 Bilangan lembar 19 Bilangan lembar 19 Bilangan lembar 19Bilangan lembar 37
  • 12. 1.Rintangan Dan Aruhan Kabel Bertebat Diudara 0.0950.3090.261.401.000.200.173 x 185 + 16 +120 0.0950.5910.462.331.990.390.333 x 95 +16 +70 0.1051.651.44--2.331.993 x 16 +25 0.2851.651.44--2.331.991 x 16 +25 XLR75° C R30° CR75° C R30° C R75° C R30° C Aruhan (ohm/k m/fasa) Neutral (ohm/km) Lampu Jalan (ohm/km) Fasa (ohm/km) Saiz Kabel
  • 13. 1.Susutan Voltan Kabel Bertebat Diudara 0.1280.1270.1270.1260.1163 x 185 mm² + 16 mm² + 120 mm² 0.2320.2280.2260.2220.2143 x 95 mm² + 16 mm² +70 mm² 1.351.301.241.181.123 x 16 mm² + 25 mm² 1.000.950.90.850.80 % Susutan Voltan Per kVA/km Untuk 3 Fasa Pada Pelbagai Angkadar Kuasa Saiz Kabel
  • 14. BAHAN-BAHAN PEPASANGAN KABEL BERTEBAT DIUDARA Bahan-bahan yang digunakan untuk pemasangan kabel bertebat diudara ialah:- 1. Penyangkok 2. Pencengkam gantungan 3. Penetap tamatan 4. Perangkai Fusable “ Fusable Link ” 5. Tiub pemati hujong 6. Pengikat Nylon hitam 7. Penyambung bertebat “ Piercing ”
  • 15. Penyangkok ( Rajah 1 ) Penyangkok diperbuat daripada keluli yang diliputi oleh galvanis melalui proses celup panas. Penyangkok ini digunakan untuk menahan dan menyokong penetap tamatan dan pengcekam gantungan.
  • 16. '''''''''''''' '''''''''''''''' '' '''''''''''''' '' Bahagian Pencekam Bahagian fusable link kekuatan 6 kN 1.Pencengkam gantungan ( Rajah 2 ) Rekabentuk pencekam gantungan adalah bersesuai untuk digunakan pada dawai penggantung/neutral. Pencekam gantungan ini dipasang pada tiang sesalur terus dan tiang sudut sehingga 30° . Bagi tiang sudut yang melebihi sudut ini, penetap tamatan perlu digunakan. Pencekam gantungan di bahagikan kepada dua bahagian ia itu bahagian pencekam dan bahagian fusable link. Bahagian pencekam digunakan untuk mencekam pengalir dan bahagian fusable link ( Mekanikal ) direkabentuk supaya kekuatan pecahnya didalam lingkongan 6 kN supaya talian kabel bertebat dan segala bahan pepasangan yang lain tidak mengalami kerosakkan, sekiranya pokok dan dahan yang berat jatuh ke atas talian tersebut yang menlebihi 6 kN.
  • 17. Penetap Tamatan digunakan untuk menahan tegangan kabel pada tiang tamatan, pembahagian dan tiang sudut dimana sudut peralihannya yang melebihi 30 . Penetap tamatan dipasang pada dawai penggantung/neutral bertebat tanpa menyebabkan belakunya kerosakkan pada salutan penebat pengali. Terdapat tiga saiz yang dibekalkan bergantung pada saiz dawai penggantung/neutral. I)Penetap tamatan 25mm² . II)Penetap tamatan 70mm² . III)Penetap tamatan 120mm² . o 1.Penetap Tamatan ( Rajah 3 )
  • 18. 1.Tiub Pemati Hujung ( Rajah 4 ) Tiub pemati hujung digunakan untuk menutup pengalir yang terdedah pada bahagian hujungnya. Ia diperbuat daripada bahan EPDM hitam penentang cuaca padatan tinggi. Tiub ini dapat dipasang dengan menggunakan tangan tanpa perlu dihangatkan atau menggunakan peralatan khas. Saiz-saiz tiub yang terdapat adalah :- i) Tiub pemati hujung 16-25 mm² . ii) Tiub pemati hujung 70 mm² . iii) Tiub pemati hujung 95 mm² . iv) Tiub pemati hujung 120-185 mm² .
  • 19. 1.Pengikat Nylon Hitam ( Rajah 5 ) Pengikat nylon hitam digunakan untuk mengikat kembali teras pengalir ke dawai pengantung/neutral disetiap tempat dimana pengalir tersebut terombak keluar daripada gumpalan nya apabila pemasangan bahan-bahan dibuat pada kabel. Pengikat ini diperbuat daripada bahan plastik dengan panjang nya lebih kurang 200 mm dan lebar 9 mm. Terdapat kemudahan untuk mengunci ketat dan meleraikan nya disatu hujung pengikat ini.
  • 20. Penyambung Bertebat “ Piercing ” ( Rajah 6 ) Penyambung bertebat Piercing digunakan untuk mendapatkan keterusan sambungan elektrik diantara talian utama dengan pengalir tee-off. Pelit sesentuh bergerigi yang disediakan dapat menembusi terus pada penebat pengalir bagi mendapatkan sambungan elektrik yang baik tanpa perlu membuang salutan penebat. Dengan menggunakan saiz-saiz yang bersesuaian dengan pengalir, semua bahagian logam penyambung ditutupi sepenuhnya dalam perumah yang dapat menehan pada sebarang keadaan cuaca dan kalis air, serta dapat menahan voltan arus ulang alik 5 kV untuk 1 minit setelah direndam 300mm dalam air selama 1 jam. Bol pengetat ditebat daripada menyentuh pelit penyambung dan kepala ricih plastik lebihan dayakilas disediakan bagi memastikan ketatan dayakilas yang dibuat mencukupi sepertimana yang di kehendaki oleh pengeluar tanpa memerlukan peralatan khas.
  • 21. Penyambung bertebat Piercing yang digunakan untuk menyambung pelbagai saiz pengalir fasa dan dawai neutral/penggantung adalah seperti berikut :- i) Penyambung Piercing 185-120 mm² / 189-70 mm² . ii) Penyambung Piercing 185-120 mm² / 25-16 mm² . iii) Penyambung Piercing 95-70 mm² / 95-70 mm² . iv) Penyambung Piecing 185-120 mm² / 25-16 mm² . v) Penyambung Piercing 25-16 mm² / 25-16 mm² .
  • 22. PEPASANGAN TIANG UNTUK KABEL BERTEBAT DIUDARA VOLTAN RENDAH Cara Pepasangan Pada Tiang Cara pemasangan kabel pada pelbagai kedudukan tiang ditunjukkan didalam rajah-rajah dibawah. i) Tiang Sesalur Terus - Rajah 7 ii) Tiang Sesalur Terus Bersudut - Rajah 8 iii) Tiang Pembahagian - Rajah 9 iv) Tiang Tamatan - Rajah 10 v) Tiang Sesalur Terus dengan Tamatan Tee - Rajah 11 vi) Tiang Sesalur Terus “ Beberapa Litar ” - Rajah 12
  • 23. Tiang sesalur terus bersudut Tiang sesalur terus
  • 26. TIANG SESALUR TERUS DENGAN TAMATAN TEE Tiang sesalur terus dengan tamatan tee Tiang sesalur terus " Beberapa Litar "
  • 27. Pepasangan fius di tiang. 3.5 meter Pepasangan sesalur bekalan diatas Kabel bertebat
  • 28. 305mm Pepasangan sesalur bekalan di atas kabel bertebat. Pepasangan lampu jalan dan kabel bertebat.
  • 29. 1.Penggunaan Tiang Tiang spun kongkrit digunakan untuk menyokong talian kabel bertebat diudara. Panjang tiang yang digunakan untuk menyokong kabel dinyatakan seperti berikut :- 3 x 16 mm² + 25 mm² 1 x 16 mm² + 25 mm² 7.5 meter 3 x 185 mm² +16 mm² + 120 mm² dan 3 x 95 mm² + 16 mm² + 70 mm² 9 meter Saiz Kabel BertebatPanjang Tiang
  • 30. 1.Panjang Span Maksima Jarak span maksima bagi penggunaan tiang yang piawai seperti diatas bagi saiz-saiz kabel adalah seperti jadual di bawah. 50 meter3 x 16 mm² + 25 mm² 1 x 16 mm² + 25 mm² 40 meter3 x 95 mm² + 16 mm² + 70 mm² 35 meter3 x 185 mm² + 16 mm² + 120mm² Panjang span maksima Saiz kabel
  • 31. 1.Bilangan Maksima Litar Setiap Tiang Bilangan litar ( kabel ) yang digantung diatas tiang dilimitkan oleh rekabentuk tegasan kelenturan “ Desing Bending Stress ” yang terjadi pada tiang apabila berlakunya tiupan angin terhadap kabel dan tiang. Tiang spun kongkrit yang digunakan sekarang mempunyai momen kelenturan muktamad “ Ultimate Bending Moment ” lebih kurang 3.1 ton-meter. Bilangan maksima litar yang dapat disokong oleh setiap tiang dinyatakan seperti berikut :- 4 Litar 3 x 16 mm² + 25 mm²7.5 meter 3 Litar 3 x 95 mm² + 16 mm² + 70 mm² 1 Litar 3 x 185 mm² + 16 mm² + 120 mm² dengan 1 Litar 3 x 95 mm² + 16 mm² + 70 mm²9 meter Bilangan Litar Dan Saiz Kabel BertebatPanjang Tiang Dikawasan tanah lapang misal nya dikawasan tanah sawah, yang berkumungkinan tiupan angin akan melebihi 96 km/j/ Umbang angin mungkin digunakan untuk mengimbangi penambahan beban yang terjadi pada tiang.
  • 32. 5.5 Pembumian ditiang ( Rajah 14 )
  • 33. Sistem pembumian neutral berkali-kali ( Multiple Earthed Neutral ) perlu diamalkan. Dawai aluminiam bersalut PVC saiz 7/2.14 mm ( 7/.083 in ) digunakan sebagai dawai bumi. Cara pemasangan pembumian ini adalah sama sepertimana pembumian pada talian tak bersalut. Untuk pemasangan pada bahagian pangkal tiang, salutan penebat PVC perlu dikeluarkan dan pengalir yang telah terdedah dililit disekeliling bahagian pangkal tiang untuk memastikan sentuhan yang berkesan dengan tanah sekeliling. Pada bahagian atas, cantuman dawai bumi dengan neutral di buat dengan menggunakan Penyambung penebat “ Piercing ”. KELEGAAN DAN LINTASAN KABEL BERTEBAT Kelegaan Talian Kebumi Kelegaan minima kabel diatas paras tanah adalah seperti berikut :- a) Merentangi Jalan Raya 5.49 meter b) Merentangi Kawasang Tanah Lapang 5.18 meter c) Merentangi Kawasan Dimana Kenderaan 4.57 meter. Tidak Mungkin Boleh Masuk
  • 34. Kelegaan Dengan Bangunan Oleh kerana kesemua pengalir termasuk dawai pengantung/neutral adalah bersalut, kabel ini dapat ditempatkan dibangunan dan dilarikan disepanjang bangunan sama seperti dawai PVC. Penempatan Kabel Dibangunan Apabila kabel bertebat diudara direntang diperantara tiang ke bangunan, kabel tersebut hendaklah ditempatkan pada bangunan dengan ketinggian tidak kurang dari 2.7 meter daripada paras tanah. Kelegaan Daripada Dahan Pokok dan Pokok-Pokok. Semua dahan pokok dan pokok-pokok yang berada dalam lingkongan 305 mm hendaklah ditebang atau dicantas. Sekiranya terdapat Pokok-pokok yang merbahaya terhadap talian ( Pokok-pokok yang condong ke talian ) yang berada luar daripada jarak ini juga perlu ditebang.
  • 35. 2.7 meter Jarak diantara dahan pokok atau pokok – pokok adalah 305 mm
  • 36. Talian Telikom Talian TNB 30 0 610 mm 1.Melintasi Talian Talikom Keadaan-keadaan berikut perlu dipatuhi apabila kabel bertebat diudara melintasi talian telikom :- a)Sudut minima yang perlu dibuat diantara talian pengalir dengan talian talikom ditempat pelintasan tidak boleh kurang daripada 30°. b)Jarak minima diantara kabel dengan talian telikom adalah 610 mm.
  • 37. Melintasi Talian Atas Voltan Tinggi. Apabila talian voltan rendah perlu melintasi talian voltan tinggi, talian tersebut akan disambung dengan menggunakan kabel bawah tanah. Cara ini merupakan cara yang selalu diamalkan oleh pihak TNB. Melintasi Rel Keretapi. Kebenaran mestilah terlebih dahulu diperolihi daripada pihak berkuasa daripada Jabatan Keretapi Tanah Melayu. Kelegaan minima daripada tanah perlu diperolihi sama seperti kelegaan talian melintasi jalan raya dan kelegaan dengan talian telikominkasi direntang disepanjang rel keretapi tersebut. 7.0 PEPASANGAN UMBANG Cara Pemasangan umbang sama seperti mana diamalkan didalam pembinaan talian tak bersalut. Penggunaan Dawai Umbang Dawai keluli galvanis berlembar grade 700 bersaiz 7/3.25 mm digunakan sebagai dawai umbang.
  • 38. 1.Pemilihan Bilangan Umbang Yang Perlu Dipasang Panduan mengenai pemilihan umbang yang perlu dipasang mengikut penggunaan pelbagai saiz-saiz kabel bertebat diberi didalam jadual dibawah. Bagi menyesuaikan dengan beban kerja umbang/ keadaan tanah mestilah kukuh dan sekiranya didirikan dikawasan tanah yang lembut, penambahan bilangan umbang perlu dibuat. 11111.Litar 3 x 16 mm² + 25 mm² 22221.Litar 3 x 95 mm² + 16 mm² + 70 mm² dengan 1 Litar 3 x 185 mm² + 16 mm² + 120 mm² atau 3 Litar 3 x 95 mm² + 16 mm² + 70 mm² 22223 Litar 3 x 95 mm² + 16 mm² + 70 mm² 11111 Litar 3 x 95 mm² + 16 mm² + 70 mm² 22221.Litar 3 x 185 mm² + 16 mm² + 120 mm² 60° - 90°30° - 60°0° - 30° Tiang Sudut Dengan Sudut PeralihanTiang Tamatan Bil. Umbang Yang DigunakanBilangan Litar Dan Saiz Kabel
  • 39. 8.0 KERJA MERETANG KABEL BERTEBAT Cara merentang kabel adalah sama seperti merentang talian pengalir tak bersalut. Semasa kerja merentang dilakukan, kabel bertebat ini akan dilalukan didalam takal yang digantung pada setiap tiang. Perhatian perlu diambil supaya kabel tidak bergesel pada permukaan bumi atau sebarang objek yang kasar atau keras bagi menjamin penebatan pada kabel tidak dirosaki. 9.0 TEGANGAN DAN KENDURAN KABEL Kehendak minima kelegaan kabel dengan tanah yang diperlukan mengikut peraturan perlu dipastikan dengan membuat pengukuran kelegaan tersebut ditapak kerja. Semasa membuat kerja-kerja menegang kabel, kabel ini perlu ditegangkan sehingga kenduran kabel tersebut memenuhi sekurang-kurang nya 305 mm melebihi kelegaan minima yang dinyatakan dalam 6.1. Lebihan kelegaan ini dibuat bagi membolehkan pemanjangan pengalir yang akan terjadi disebabkan kesan kerayapan pengalir dan beban elektrik.
  • 40. Oleh sebab pembesaran kenduran berkadar terus dengan punca ganda dua panjang span, pemilihan span untuk pengukuran kelegaan ke bumi ini perlu dibuat pada span yang panjang bagi sesuatu bahagian pembinaan talian. Sekiranya talian tersebut membabitkan lintasan dikawasan jalan raya, pengukuran yang berasingan perlu dibuat bagi memastikan kelegaan tersebut dipenuhi. Semasa kerja-kerja menegang ini, tegangan bunuh tidak perlu dilakukan pada dawai pengangtung/neutral. 5.49 meter + 305mm 5. 18 meter + 305mm
  • 41. 10.0 PEPASANGAN LAMPU JALAN Pepasangan peralatan lampu jalan dapat dibuat pada tiang dan sambungan dawai dibuat dengan menggunakan Penyambung Bertebat Peircing ke pengalir lampu jalan kabel bertebat diudara. 11.0 FIUS DITIANG DAN KADAR FIUS Penebat Polyethylene akan mengalami kerosakan yang berkekalan sekiranya pengalir kabel dibenarkan membawa arus yang tinggi melebihi daripada kadar maksima arus kabel.Dalam kes-kes yang tertentu kehangatan haba yang terjadi disepanjang kabel tersebut boleh mengakibatkan berlakunya kebakaran. Bagi memastikan penebat tidak akan mengalami kerosakan oleh penghasilan haba yang keterlaluan disebabkan lebihan beban, fius-fius yang dipilih akan terputus sebelum arus melebihi kadar keterusan maksima sesuatu kabel.
  • 42. Untuk melindungi kabel-kabel ini, hanya fius-fius HRC yang mempunyai ciri-ciri kelakuran fius pengeluar berpandukan spesifikasi B.S 88 part 5. perlu digunakan. Kadar Fius maksima untuk pelbagai saiz kabel adalah seperti berikut:- 755016 mm² 18812595 mm² 300200185 mm² Arus Fius Sebenar ( Faktor Fius 1.5 Kali ) Kadar Fius Maksima ( Amp ) Saiz Pengalir Fasa Untuk melindungi talian kabel bertebat terhadap beban lampau serta untuk mendapatkan kemudahan pengasingan bahagian talian utama kabel bertebat diudara, L.V. outdoor fuse switch 400 amps dengan kadar fius maksima 200 amp dan 125 amp perlu digunakan berpandukan kepada penggunaan saiz kabel seperti dijadual diatas. Cara pemasangan fius ditiang sepertimana yang diamalkan sekarang pada talian atas voltan rendah dan sesalur serbis perlu diikuti.
  • 43. 12.0 TAMATAN DI PENCAWANG DAN ATAS TIANG Seberapa praktikal yang boleh, kabel bertebat diudara hendaklah ditamatkan terus pada unit punca bekalan keluar fius di papan pembahagian voltan rendah atau peti pembekal. Dalam kes dimana kabel bawah digunakan, kabel bertebat diudara perlu disambung secara terus ke teras-teras kabel yang berkaitan dengan menggunakan jenis “ ferrule ” yang boleh disambung secara pemampatan. Sambungan ini hendaklah dilindungi sepenuhnya dengan tiub atau pita penebat yang dapat mengekalkan kekuatan penebatan sistem tersebut.
  • 44. SENGGARAAN TALIAN KABEL BERTEBAT VOLTAN RENDAH. Senggaraan Berkala Talian perlu dibuat rondaan sekurang-kurang nya setahun sekali. Semasa rondaan talian dilaksanakan, perkara-perkara berikut perlu diberi keutamaan :- Kesan pemotongan atau kebakaran pada penebat kabel. Sebarang tanda lampau panas pada penyambung atau penamatan. Dahan atau lain-lain objek yang tersangkut pada kabel. Pokok-pokok yang merbahaya terhadap talian. Membaiki Salutan Penebat Penebat polyethylene dapat dibaiki dengan membalut bahagian penebat yang cacat atau rosak dengan pita penebat plastik berkualiti tinggi.