Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

130,017 views

Published on

PERKONGSIAN ILMU

Published in: Education
  • Login to see the comments

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN SATU FASA

  1. 1. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 0 KOLEJ KOMUNITI TAWAU KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI ASAS PEMASANGAN SATU FASA DISUSUN OLEH MUHAMMAD ARID BIN ABDULAHIM Dip.Elect/Bsce.Elect/Med.Tech (UTM) PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK “LEARNING MADE SIMPLE, TRAINING MADE EASY”
  2. 2. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 1 PENGENALAN  Sistem pendawaian elektrik terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:  Sistem pendawaian 1 fasa – biasa di kawasan kediaman (residential area) kecil dan sederhana.  Sistem pendawaian 3 fasa – kawasan industri dan komersial (industrial dan commercial area).
  3. 3. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 2 SISTEM PENDAWAIAN Bekalan ke Rumah  Bekalan elektrik yang diterima di rumah kediaman (kecil/sederhana) biasanya ialah AC 1-fasa 240 V, 50 Hz.  Bekalan ini diperolehi daripada sambungan antara talian (sama ada R, Y atau B) dan neutral dari sistem 3 fasa 4 dawai (sambungan Y).  Sumber 3 fasa adalah dari pencawang (substation) yang berhampiran. Litar Pengguna  Kabel atau talian yang masuk ke bangunan terus disambung ke satu papan penyambung (pangkalan perkhidmatan).  Di papan ini terdapat fius perkhidmatan dan talian neutral. Dua alat ini milik TNB dan menjadi tanggungjawabnya.  Selepas pangkalan perkhidmatan, bekalan elektrik akan disambung ke meter kilowatt jam (Watt hour meter).  Litar pengguna bermula dengan papan suis utama (main switch board (msb)) atau pengasing berkadar 60, 80 dan 100A.  Seterusnya ialah pemutus litar ke bumi (ELCB – earth leakage circuit breaker atau RCCB - residual current circuit breaker).  Diikuti dengan papan fius agihan atau papan agihan.  Di papan fius agihan ini terdapat 3 busbar penyambungan iaitu wayar hidup (live), neutral dan bumi (earth).  Fius – fius (pemutus litar miniatur @ miniature circuit breaker (MCB)) yang berkadaran sama ada 5, 15, 30, 45 A atau 6, 16 dan 32 A ini akan disambung daripada busbar live ke litar akhir yang bersesuaian.  Bar neutral dan busbar bumi akan disambung terus pada litar akhir – tidak perlu melalui MCB lagi.  Litar akhir akan mempunyai 3 dawai iaitu live, neutral dan bumi.
  4. 4. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 3 Sumber Bekalan Pihak Pembekal (SESB/TNB) Neutral Link Fius Perkhidmatan Pemutus Litar Arus Baki (RCCB) KWJ Meter kilo Watt Jam Fius Utama Kotak Agihan MCB
  5. 5. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 4 Mengenalpasti Peranti Perlindungan Suis Utama (Main Suis) Pengasing litar / Main switch / Molded Case Circuit Breaker (MCCB) http://www.ck-supplies.com Berfungsi sebagai alat yang boleh memutuskan bekalan agihan kepada pengguna dengan membuka sambungan dawai hidup dan neutral secara serentak jika salah satu kutub bekalan itu tidak dibumikan dengan menggunakan suis dua kutub berangkai. Tujuan mengadakan pengasing ialah untuk melindungi pengguna daripada mendapat renjatan elektrik yang berterusan. Oleh itu pengasing hendaklah dipasang pada permulaan litar pendawaian bagi setiap pemasangan sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan elektrik. Mengnenalpasti Kadaran Dan Perincian Aksesori o Terdapat dalam 2 versi iaitu 2 pole dan 4 Pole dengan kadaan arus antara 43A -100A o Kadaran voltan ialah 415V
  6. 6. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 5 o Suis utama, RCCB dan MCB mempunyai kadara frekuensi yang sama iaitu 50Hz o Tidak mempunyai arus pelantik jika lebihan arus berlaku kemungkinan aksesori ini akan terbakar. Pemutus Litar Arus baki (RCCB/RCB) Juga dikenali sebagai Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB) atau Residual Case Circuit Breaker (RCCB). Berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus ke bumi dan pengasing litar. Pemutus litar dibuat dalam berbagai bentuk dan jenis kendalian di antaranya ialah jenis isian minyak, jenis hembusan gas, jenis hembusan udara (angin), jenis vakum dan jenis miniatur. Mengnenalpasti Kadaran Dan Perincian Aksesori o RCCB boleh didapati dalam 2 versi iaitu 2 Pole dan 4 Pole dengan Kadaaran arus ialah 25A, 40A, 63A and 80A. o Kepekaan litar lampu adalah 100mA, litar soket adalah 30mA dan kawasan yang berkemungkinan lantainya basah adalah 10mA. o Kadaran Voltan ialah 240V / 415V o Suis utama, RCCB dan MCB mempunyai kadara frekuensi yang sama iaitu 50Hz o Kadaran arus pelantik bagi RCCB biasanya tercatat pada bahagian permukaan suis iaitu untuk sistem satu fasa 10mA, 30mA dan 100mA
  7. 7. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 6 Pemutus Litar Kenit (MCB) / Pemutus Litar Jenis Miniatur Juga dikenali sebagai Miniature Circuit Breaker (MCB). Berfungsi sama dengan MCCB tetapi pada kadaran yang lebih kecil. Tahan lama dan ia tidak dipengaruhi oleh suhu sekitaran untuk beroperasi dan kadar perlindungan yang diberikannya adalah dalam kelas halus. Mengnenalpasti Kadaran Dan Perincian Aksesori o Kadaran arus terdapat dari 2-63A bergantung kepada penggunaan. Untuk litar soket adalah 20A atau 32A manakala litar lampu/kipas adalah 6A. o Kadaran Voltan ialah 240V / 415V o Kadaran arus pelantiknya tidak ada, fius akan melebur bergantung kepada keupayaan. Seperti yang tercatat pada sesuatu MCB.
  8. 8. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 7 Berikut adalah kadaran MCB dan saiz kabel yang biasa digunakan bagi beberapa jenis litar dan beban yang dikawal. Kabel Dan Pengalir Kabel merupakan media yang penting dalam pemasangan elektrik. Ia menjadi perantara sambungan bagi membekalkan tenaga elektrik kepada peralatan elektrik. Oleh sebab kadaran arus, kadaran voltan, keadaan alatan dan tempat berbeza-beza, kabel-kabel dibuat berbagai-bagai jenis dan saiz bagi menyesusaikannya dengan keperluan tersebut. Oleh itu pengguna haruslah bijak ketika membuat pilihan supaya pilihan yang dibuat itu betul dan sesuai sebelum kerja-kerja pemasangan dilakukan. Sesuautu kabel itu dianggap sempurna apabila mempunyai tiga bahagian atau sekurang-kurangnya dua bahagian . bahagian-bahagian itu dikenali sebagai penalir, penebat dan perlindungan mekanikal. Terdapat banyak jenis kabel dan pengalir yang biasa digunakan dalam pemasangan elektrik. Berikut beberapa jenis kabel yang kerap kali digunakan dalam pendawaian elektrik satu fasa. Jenis Litar Unit Saiz Kabel (mm²) Nilai MCB (Ampere) Litar Lampu/Kipas 13 1.5 6 Penghawa Dingin Dgn Suis DK 1 4 20 Pemanas Air Dengan Suis DK 1 4 20 Soket Alir Keluar 13A (Jejari) 2 2.5 20 Soket Alir Keluar 13A (Jejari) 4 4 32 Soket Alir Keluar 13A (Gelang) 6 2.5/4 32
  9. 9. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 8 Kabel Satu Teras Kabel satuterastiga pengalirbiasanyasaizkabel ini berukurlilit1.25mm/1.5mmpvc biasanyadigunakanuntukpemasanganlitarlampudankuasaam Kabel satuterassatu pengalirbiasanyasaizkabel ini berukurlilit1.0mmpvc biasanyadigunakanuntuk pemasanganlitarkawalanmotor Kabel satuterastujuhpengalirbiasanyasaizkabel ini berukurlilit2.5mm/4.0mmpvc biasanyadigunakanuntukpemasanganlitarkuasa,motorelektrik&penghawa dingin
  10. 10. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 9 Kabel Dua Teras Kabel Tiga Teras Kabel duateras banyakpengalirbiasanyakebel jenisdigunakanpadaperalatanatau perkakasanelektrikuntuk sambunganbekalankuasa. Kabel tigaterasbanyakpengalirbiasanyakebeljenisdigunakanpadaperalatanatau perkakasanelektrikuntuksambunganbekalankuasa.Kabel jenisinibanyak digunakanuntukmembuatpenyambungan kabelbagi soketalirkeluarmudahalih.
  11. 11. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 10 Alat Tambah Jenis-Jenis Litar Satu Fasa Ros Siling Ros siling ialah tempat penyambungan penamat pendawaian tetap. Dari sisni disambungkan kord atau kabel boleh lentur untuk sambungan ke beban seperti lampu, kipas dan sebagainya. Terdapat tiga jenis ros siling iaitu mempunyai 2 plat, 3 plat dan 4 plat. Ros siling biasanya dipasang untuk bekalan 250V Pemegagan Lampu Ialah alat tambah yang digunakan untuk memegang lampu dan ia dapat memudahkan sambungan lampu kebekalan. Terdapat empat jenis pemegang lampu iaitu jenis pangkal kilas, skru Edison, skru goliath dan pin. Jenis Skru Jenis Skru
  12. 12. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 11 Suis Suis ialah alat tambah yang boleh memutuskan dan menyambung litar elektrik secara mekanik (kawalan tangan) sama ada secara terus atau melalui perantaraan tali ayau tombol pemetik atau tangkai pada arus normal litar itu. Suis juga hendaklah mampu menahan keadaan tertentu misalnya arus lebih akibat beban yang berlebihan atau litar pintas. Terdapat berbagai jenis suis antaranya suis satu hala, dua hala, perantaraan, dua kutub, pilihan, suis dua hala dan suis tiga kutub. Jenis Pangkal Kilas Suis Satu Hala
  13. 13. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 12 Soket alur Keluar Soket alur keluar ialah punca sambungan (sentuhan) betina yang dipasang ke pemasangan tetap. Soket alur keluar bolrh menerima satu palam untuk menyambungkan bekalan ke alat-alat mudah alih. Terdapat berbagai saiz, bentuk dan jenis soket alur keluar di pasaran. Soket Alur Keluar 13A LN E LN E
  14. 14. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 13 PENDAWAIAN PERMUKAAN ( SURFACE WIRING ) Terdapat beberapa jenis pendawaian domestik bergantung kepada kesesuaian premis dan kehendak pengguna Iaitu :- i. Sistem pendawaian permukaan ii. Sistem pendawaian pembuluh  PVC  Logam iii. Sistem pendawaian tersembunyi iv. Sistem pendawaian salur v. Sistem pendawaian sesalur  PVC  Logam Jenis sistem pendawaian ini bergantung kepada cara bagaimana kabel pendawaian itu dilakukan. Dalam perbincangan ini kita akan menekankan hanya pendawaian permukaan sahaja. Sistem Pendawaian Permukaan Sistem pendawaian permukaan boleh dipasang secara terus ke dinding dan siling kayu atau di atas lapik kayu bagi dinding konkrit Kabel yang digunakan mestilah dari jenis yang mempunyai tebatan berlapis ( PVK/PVK ).- kerana terdedah kepada kerosakkan mekanikal Kebaikan dan kelemahan Pendawaian Permukaan Kebaikan: 1. Kemas & elok dipandang. 2. Sesuai untuk pemasangan kecil ( rumah kediaman ) 3. Pemasangan mudah dan cepat disiapkan. 4. Kerja menyelenggara / tambahan mudah dilakukan dan tidak menjejaskan pendawaian sedia ada. 5. Kos pendawaian yang paling murah.
  15. 15. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 14 Kelemahan: 1. Terdedah kepada kerosakkan mekanikal (terdedah). 2. Tidak Tahan suhu panas dan lembab. 3. Sesuai hanya di tempat tertentu sahaja. 4. Tempoh ketahanan tidak lama. Ciri-ciri pemilihan Pendawaian permukaan a). Bangunan dibuat daripada - kayu / batu. b). Voltan rendah – fasa tunggal. c). Bilangan litar akhir – sedikit d). Kabel yang dipasang – tidak begitu banyak. e). Kurang risiko berlakunya kerosakkan mekanikal. f). Kerja pemasangan – dibuat cepat. g). Beban kuasa yang digunakan – kecil. h). Kos pemasangan – ekonomi / murah.
  16. 16. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 15 Pemasangan Lampu Dan Soket Alur Keluar Cataan: 1.Carapemasangan 2.SambungkankabelhidupdariDBke suispunca(C). 3.Sambungkankabellampudarisuis punca(L)kepemeganglampubertanda (L)/kepuncabahagiantengah. 4.SambungkankabelNeutraldariDBke puncapemeganglampu(N). 5.Sekiranyaandainginmenambahlampu keduaandahanyaperlusambungkan kabel-kabelmengikutpuncayangtelah dipasangpadapemeganglampu pertama. MemasangDuaLampuSecaraSiri
  17. 17. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 16 Cataan: 1.Carapemasangan. 2.SambungkankabelhidupdariDBkesuis punca(C)bagisuis01dansuis02. 3.Sambungkankabellampudarisuispunca (L)kepemeganglampubertanda(L)/ke puncabahagiantengahsetiaplampu01 dan02. 4.SambungkankabelNeutraldariDBke puncapemeganglampu(N)bagilampu01 dan02. MemasagLampuSecaraSiriGunaDuaSuis
  18. 18. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 17 MemasangDuaLampuDuaSuis
  19. 19. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 18 Cataan: 1.Carapemasangan. 2.SambungkankabelhidupdariDBke soketpunca(L). 3.SambungkankabelNeutraldariDBke soketpunca(N). 4.SambungkankabelBumidariDBke soketpunca(E). 5.Sekiranyaandainginmenambahsoket keduasecarajejari/siriandahanyaperlu membuatsambungandarisoketpertama kesoketkeduadengan“point”yang sama. MemasagDuaSoketSecaraJejari/Siri
  20. 20. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 19 MemasangDuaSoketBerasingan
  21. 21. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 20 MemasangLitarLampuDanSoket
  22. 22. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 21 Pengujian Pemasangan Terdapat beberapa jenis pengujian bagi sesuatu pemasangan elektrik sama ada pemasangan baharu atau tambahan. Dalam nota ini kita akan sentuh tiga jenis pengujian. Pengujian yang kita akan pelajari ialah pengujian kekutuban, pengujian penebatan dan ujian peranti arus baki. Ujian Kekutuban. Tujuan utama ujian ini dilakukan bagi memastikan semua alat kawalan satu kutub seperti fius, suis satu hala-satu kutub, thermostat dan sebagainya berada pada pengalir hidup. Ujian ini juga untuk memastikan sambungan tepi pemegagan lampu Edison, bahagian kiri soket alir keluar dan palam pada pengalir neutral. Ringkasnya ujian ini ialah untuk memastikan sambungan kekutuban pada setiap alat tambah dan alat elektrik berada pada tempat yang betul. Ujian Penebatan. Tujuan ujian ini dilakukan untuk memastikan ketahanan penebatan antara pengalir dan ketahanan penebat antara pengalir dengan bumi tidak berlaku kebocoran atau litar pintas. Dengan itu pemasangan akan selamat jika membawa arus sebenar. Ujian Peranti Arus Baki (RCCB). Tujuan ujian ini dilakukan untuk memastikan sama ada RCCB boleh terpelantik ketika berlakunya litar pintas atau kebocoran arus dalam sesuatu pemasangan. Ujian ini dilakukan dengan memberikan beakalan pada pemasangan yang telah siap dan kemudian tekan punat tekan uji pada RCCB. Sekiranya operator pada RCCB terpelantik ini menunjukkan ianya berada dalam keadaan biak dan pemasagan selamat untuk digunakan. Berikut adalah contoh pengujian kekutuban dan penebatan pada pemasagan soket alir keluar.
  23. 23. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 22 UjianKekutuban Cataan: 1.Caramenjalankanujian. 2.Sambungkan“probe”ke keluaranMCBlitarkuasa dansatulagi“probe” kepunca-puncasoketalir keluarpadalitarhidup. 3.Lakukanjugaterhadap sambungannetral. 4.Pastikanbacaan menghampirikosong/<1 ohm.
  24. 24. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 23 Cataan: 1.Caramenjalankanujian. 2.Matikansuisutama. 3.MatikanRCCBlitarkuasa. 4.MatikanMCByangmengawal soket. 5.Sambungkan“probe”kekeluaran MCBlitarKuasadankepunca Neutralsele[asitukepuncaBumi 6.Pastikanbacaanmenghampiri infiniti/>1Megaohm. UjianPenebatan
  25. 25. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 24 Peralatan Tangan Untuk melakukan sesuatu anda perlu mangetahui peralatan dan bahan diperlukan mengikut jenis pendawai yang hendak dilaksanakan. Secara asasnya bagi melakukan sesebuah pendawaian anda perlu mempunyai peralatan-peralatan asas pendawaian seperti, tukul, pemotong kabel, playar gabungan, pemutar skru dan pena uji. Berikut adalah contoh peralatan tangan asas yang perlu disediakan dalam melakukan pemasangan elektrik. Tukul Pendawaian www.dlsweb.rmit.edu.au Pemotong Kabel www.digikey.com : www.irwin.com Alat yang direka khas untuk memaku klip atau timah bagi mencengkam pendawaian. Mempunyai kepala yang berbeza. Sebelah berbentuk bulat dan sebelah berbentuk leper melintang. Terdapat pelbagai jenis pemotong kabel dipasaran berikut adalah contoh pemotong kabel yang biasa digunakan dalam kerja- kerja pendawaian. Ia digunakan bagi memotong kabel dan juga menanggalkan pembalut PVC pada sesebuah kabel.
  26. 26. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 25 Player Gabungan www.stanleytool.co.uk Pemutar Skru www.samensshed.org Pena Ujian www.chinaouci.com Terdapat pelbagai jenis player gabungan dipasaran berikut adalah contoh player gabungan kabel yang biasa digunakan dalam kerja-kerja pendawaian. Ia digunakan bagi memegang, mencengkam, memotong, membengkok dan membentuk kabel. Terdapat pelbagai jenis pemutar skru. Ia digunakan untuk memasang dan menanggalkan skru. Penggunaan pemutar skru yang betul sama ada kepala Philip atau plat bergantung kepada bentuk kepala skru Untuk mengesan kebocoran arus elektrik atau kabel hidup. Selain itu ia juga boleh digunakan untuk kerja ringan seperti mengetat skru kecil. Pena ujian ini sesuai dan selamat digunakan untuk mengesan voltan 50 ~ 500V.
  27. 27. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 26 AMALI
  28. 28. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 27 AMALI 01 PEMASANGAN SUIS SATU HALA DAN LAMPU
  29. 29. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 28 LukisanBlok:PemasanganSuisSatuHalaDanLampu KFA S L 20mm 30mm 45mm 35mm 25mm
  30. 30. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 29 PemasanganSuisSatuHalaDanLampu
  31. 31. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 30 AMALI 02 PEMASANGAN SOKET SECARA JEJARI
  32. 32. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 31 LukisanBlok:PemasanganSoketJejari KFA 20mm 35mm 25mm 45mm
  33. 33. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 32 PemasanganSoketSecaraJejari
  34. 34. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 33 AMALI 03 PEMASANGAN LAMPU DAN SKOET
  35. 35. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 34 LukisanBlok:PemasanganLampuDanSoket L KFA S 20mm 30mm 35mm 45mm 35mm 45mm 25mm
  36. 36. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 35 PemasanganLampuDanSoket
  37. 37. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 36 AMALI 04 PEMASANGAN 2 LAMPU DAN 2 SKOET
  38. 38. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 37 LukisanBlok:Pemasangan2LampuDan2Soket L1L2 S2S1 KFA 35mm 20mm 30mm 45mm 35mm 25mm 35mm 45mm 20mm
  39. 39. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 38 Pemasangan2LampuDan2Soket NE C L Suis1 LNE Ros Siling Pemegang Lampu& Lampu Soket NL E L Soket NL E L LNE Ros Siling Pemegang Lampu& Lampu C L Suis2 L1L2
  40. 40. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 39
  41. 41. ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 40 Rujukkan :  Garis Panduan Pendawaian Elektrik Di Bangunan Kediaman, Suruhanjaya Tenaga Malaysia, Edisi 2008.  Pepasangan Dan Penyelenggaraan Elektrik, Abd. Samad B. Hj. Hanif, Dewan Bahasa Dan Pustaka,Cetakan Kedua,2000  Teknologi Elektrik, Abd Samad Bin Hj. Hanif, Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd., 2002

×