Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Buku papan suis utama

134,137 views

Published on

papan utama voltan rendah

Published in: Engineering
  • Login to see the comments

Buku papan suis utama

  1. 1. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 1 1. Pengenalan. Papan Suis Utama merupakan satu rangkuman perkakas elektrik yang digunakan untuk pensuisan, perlindungan dan pengukuran untuk keseluruhan beban agihan dipasang pada punca masuk bekalan utama. Saiz PSU adalah bergantung kepada sejumlah pemasangan alat pengukuran, alat perlindungan dan jenis beban di bawah kawalannya. PAPAN SUIS UTAMA VOLTAN RENDAH (Main Switch Board) Papan Suis Utama Voltan Rendah
  2. 2. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 2 600A 100A 800A TPN MCCB SL SL GEN ‘ON’ TNB ‘ON’ F F 1000A 4 POLE CHANGEOVER CONTACTOR COMPARTMENT TPN MCCB 200A 200A 100A 100A C TPN MCCB 200A 200A C TPN MCCB C A A A V PF EF SL VS A A A V PF EF SL VS EF EF EF F F EF EF EF EF F F EF 300A 300A 400A 400A 300A 300A 400A 400A 200A 200A TPN MCCBTOOL COMPARTMENT L L TOOL COMPARTMENT 1600A 4 POLE BUSBAR COUPLER Fiber untuk menahan semua busbar utama Fiber untuk mengelak busbar daripada bergerak Main earth Kabel keluar masuk ke dalam switchboard Lubang pengudaraan PSU Rajah bahagian dalam PSU
  3. 3. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 3 Fungsi PSU (MSB) i. Menerima bekalan. ii. Mengagih bekalan. iii. Mengawal bekalan. iv. Memberi perlindungan. 2. Keselamatan. Dalam menjalankan tugas terutama mengendali Papan Suis Utama bagi sesuatu bangunan atau komplek, perkara yang penting sekali perlu diingat adalah tentang keselamatan nyawa dan harta-benda, oleh sebab itu beberapa undang-undang telah dikuatkuasa seperti ST (Suruhanjaya Tenaga), IEE dan lain-lain lagi. Kesemua undang-undang tersebut mementingkan satu perkara iaitu “ KESELAMATAN NYAWA DAN HARTABENDA ”. Beberapa perkara yang mustahak yang perlu diberikan penekanan adalah :- 2.1. Bilik Suis hendaklah terletak di tempat yang sesuai dari segi keselamatan dan kedudukkan beban-beban elektrik yang akan dipasangkan kepada Papan Suis Utama. 2.2. Saiz-saiz Papan Suis Utama dan kabel-kabel masuk dan keluar adalah mencukupi untuk membawa beban elektrik yang telah dirancang dan juga pemasangan jangka-jangka berkaitan yang disediakan untuk menunjukkan penggunaan beban, voltan dan sebagainya. 2.3. Alat-alat perlindungan tersedia untuk menjaga keselamatan pepasangan dan juga keselamatan pengendalian pepasangan semasa kerosakan. 2.4. Litar-litar akhir perlu disusun dan dibahagikan di papan-papan agihan supaya bahagian yang rosak ataupun yang memerlukan penyenggaraan, boleh diasingkan daripada sistem elektrik dengan mudah dan senang hendak disenggarakan. 2.5. Peralatan-peralatan elektrik yang digunakan adalah dari jenis yang bermutu dan telah diluluskan penggunaannya oleh Pejabat Ketua Pengarah Suruhanjaya Tenaga. Penempatan pepasangan-pepasangan elektrik perlulah dirancang dari segi keselamatan pepasangan dan pengguna dengan mengambil perhatian tentang kelegaan tempat kerja untuk menjalankan kerja-kerja penyenggaraan dengan mudah dan selamat.
  4. 4. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 4 3. Jenis-jenis Papan Suis Utama. JENIS-JENIS PAPAN SUIS UTAMA (MAIN SWITCH BOARD) Open Type Switch Board Switch Board open type mempunyai bahagian pembawa arus terdedah dibahagian hadapannya.Oleh itu ianya tidak digunakan bagi pemasangan voltan rendah,Cuma ia tertumpu bagi pepasangan voltan lampau rendah. Namun begitu ianya mestilah dipasang di bilik suis khas atau tertutup dan hanya orang yang bertanggungjawab sahaja boleh mengendalikan suis board ini. Ruang bahagian hadapan dan belakang suis board,juga lantai tidak mempunyai sebarang halangan supaya mudah dikendalikan.Semua bahagian yang hendak dikendalikan mestilah mudah dimasuki.Semua konduktor yang terdedah perlu dilindungi untuk mengelakkan kemalangan litar pintas Protected Type Switch Board Iaitu dimana semua konduktor dilindungi dengan logam atau penutup lain sama ada dari metalcubical panel atau dari rangka besi yang dipasang dengan suis gear metal clad.Lazimnya ia mengandungi suis utama,pemutus litar dan busbar atau fius untuk mengawal litar keluar,kadar fius atau pemutus litar diselaraskan untuk mengawal kabel yang disambungkan,Jika kabel sub main berkadar 100 amp,maka kadar alat pelindung lebihan arus mestilah tidak melebihi 100 amp Setiap litar mestilah dilindungi dari kuasa berlebihan dengan menggunakan alat pemutus yang sesuai atau pemutus litar automatik.ia mestilah berkeupayaan beban berlebihan pada litar automatik.ia mestilah berkeupayaan beban berlebihan pada litar dan boleh memutuskan litar berkenaan kerap kali tanpa bahaya apabila berlaku litar pintas.walaupun alat perlindung berkeupayaan memutuskan litar dengan cepat semasa berlaku litar pintas,ianya mestilah mempunyai ciri-ciri keupayaan supaya tidak berfungsi semasa berlakunya beban lebihan sementara Umumnya, ada tiga ( 3 ) jenis Papan Suis Utama yang biasa digunakan iaitu : a. Jenis Wall Mounted = untuk pemasangan yang kecil sehingga 100 A. (melekat di dinding) b. Jenis pedestal = untuk pemasangan yang sederhana ( mempunyai kaki ). c. Jenis cubicle = untuk pemasangan – pemasangan yang besar. Jenis wall mounted / melekat di dinding
  5. 5. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 5 Jenis cubic Wall mounted Pedestal Cubicle Jenis Cubicle Jenis Pedestal
  6. 6. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 6 Jenis Wall Mounted biasanya untuk pemasangan kecil.Jenis Pedestal adalah untuk main suis board bagi pepasangan beban yang sederhana manakala main suis board yang besar biasanya menggunakan cubicle. Kebanyakan jenis cubicle dibuat dalam bentuk truck yang boleh memuatkan suis gear secara disorong masuk dan mudah ditarik keluar bagi kemudahan penyelenggaraan dan pembaikan. Bahagian-bahagian suis board terdiri daripada kabel bekalan masuk dari sub pencawang atau generator,pemutus litar udara (Air Circuit Breaker),alat pelindung utama (protective device),meter- meter dan busbar kuprum atau aluminium yang dikenali sebagai MSB.Daripada MSB agihan dibuat untuk menghantar bekalan melalui suis gear atau Circuit Breaker sama ada kepada Sub Suis Board,Distribution Fius Board atau terus kepada final circuit. Pengagihan keluar daripada busbar biasanya menggunakan kabel berperisai atau armoured kabel dan ditamatkan menggunakan cable box dan cable gland dan juga menggunakan kabel pvc melalui kondiut,trunking,ducting atau kabel tray. Kabel Sub Main yang keluar dari Papan Suis Utama dengan menggunakan kabel tray dan armoured kabel KELAS MSB Terdapat 3 kelas dalam pemasangan biasa -Tiada Compartment -Tiada dinding pemisah di antara bahagian-bahagian dalam MSB -Sebahagian Compartment -Sebahagian sahaja dipisahkan daripada yang lain -Sepenuhnya compartment -Semua bahagian diasingkan dari yang lain
  7. 7. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 7 Kepingan keluli yang digunakan membuat P.S.U. mestilah berukuran tidak kurang daripada 2.6 mm (ketebalan) ianya disalut zink bagi melawan karat. Saiz Papan Suis Utama yang hendak direka biasanya mempunyai 20% simpanan untuk melakukan kerja-kerja penambahan dikemudian hari, yakni tambahan suisgear/pengasing, kabel, kapasitor bank dan peralatan lain. Papan Suis Utama juga mestilah dibumikan mengikut peraturan TNBD/IEE dengan menggunakan pita tembaga (cooper strip) berukuran 1” x 1/8” dan batang teras tembaga keluli digunakan sebagai elektrod bumi (copper rode). Rangka (frame)Rangka (Frame)
  8. 8. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 8 4. Lokasi dan keperluan Papan Suis Utama. 4.1. Lokasi Papan Suis Utama. 4.1.1. Di tempatkan dimana terdapat penggunaan beban yang tinggi, bagi mengurangkan perbelanjaan sub-mains dan penggunaan kabel. 4.1.2. Bilik Papan Suis Utama hendaklah ditempatkan di suatu tempat yang terhindar daripada berlakunya banjir. 4.1.3. Saluran-saluran yang mencukupi bagi tujuan untuk kemasukan dan juga keluaran kabel. 4.1.4. Ditempatkan di dalam kawasan khas dan mempunyai pintu yang terkunci. 4.1.5. Panjang, lebar dan tinggi Papan Suis Utama perlulah diambil-kira sebelum kerja-kerja meraka- bentuk ruang bagi Papan Suis Utama.
  9. 9. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 9 4.2. Keperluan di dalam bilik Papan Suis Utama. 4.2.1. Ruang kosong berukuran 2 ½’ di bahagian belakang dan 4 ½’ hingga 5’ di bahagian hadapan serta 2.5’ di kiri Kanan Papan Suis Utama bagi memudahkan melakukan kerja-kerja penyenggaraan tehadap Papan Suis Utama ( jenis cubicle ). 4.2.2. Bilik Papan Suis Utama memerlukan pengedaran udara yang baik. 4.2.3. Semua pintu dan lubang udara hendaklah dipasang dengan anti vermin proof nettings. 4.2.4. Tersedia lampu biasa, lampu kecemasan dan soket alir keluar yang mencukupi. 4.2.5. Tersedia dengan peralatan keselamatan seperti Alat Pemadam Api mudah-alih Co2 ( adalah lebih baik jika dipasang dengan sistem automatic alat pencegah kebakaran ), Carta Pertolongan Cemas ( CPR ), Kotak Perubatan, Tikar Getah ( diletak di bahagian hadapan Papan Suis ) dan Papan Tanda Amaran. 4.2.6. Rajah Skema (satu garisan) lengkap hendaklah dipaparkan di dalam bilik PSU. 4 ½ - 5 kaki 2 ½ kaki
  10. 10. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 10 KEPERLUAN DI BILIK PSU Tikar getah Carta pertolongan cemas Papan tanda ‘bahaya’ dan ‘dilarang masuk’ KEPERLUAN DI BILIK PSU
  11. 11. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 11 Gambarajah skematik Pemadam api jenis co2 KEPERLUAN DI BILIK PSU Gambarajah skematik diagram PSU SHOP DRAWING
  12. 12. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 12 KEPERLUAN DI BILIK PSU KWH OC / EF ACB 800A A V PF A / S V / S6A BR Y ELR100A 100A 150A 60A150A150A60A60A100A SIMPANAN S/B70KW 2XPENGIMPAL2KW 30X2KKMOTOR 8X15KKMOTOR 2X40KKMOTOR 45NOSSS/S/O 40X4X18W(F) 20X300(T) 180X250WSON 3 X 800/5A CL1 15VA 1DMT E/F SETTING : 10% T.M : 0.1 4 X 800/5A 10P10 15VA 0 - 800A 0 - 500V 4 X 63mm X 80mm PAPAN SUIS UTAMA Contoh skematik diagram PSU KEPERLUAN DI BILIK PSU
  13. 13. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 13 PERALATAN / KOMPONEN UMUM DAN ALAT YANG TERDAPAT PADA PSU KABEL BEKALAN MASUK DAN KELUAR Bekalan masuk selalunya melalui kabel bawah tanah. Kalau PSU berada ditingkat bawah, tempat dimana ianya selalu ditempatkan, kabel bawah tanah masuk melalui parit kabel (cable trench) dan ditamatkan menggunakan kotak kabel (cable box) atau cable gland. Hujung kabel dipasang telinga kabel (cable lug), melalui telinga kabel inilah kabel disambungkan menggunakan skrew dan nut kepada pemutus litar. Kabel keluar disambungkan dari palang bas melalui pemutus litar. Saiznya selalunya lebih kecil dari kabel masuk. ia keluar melalui parit kabel atau melalui trunking atau dulang kabel (cable tray), bergantung kepada kemana kabel tersebut pergi, samada ke dalam bangunan atau keluar bangunan. Cable-box termination digunakan untuk penamatan kabel jenis PILCDSTAR dan bagi penggunaan kabel dari jenis PVC/SWA/PVC adalah menggunakan penamatan jenis cable-gland. Kabel-kabel tersebut biasanya diamalkan untuk pemasangan kabel bawah tanah. Kabel yang biasa digunakan di dalam pepasangan PSU ialah dari jenis yang berikut:- a. PVC. b. PVC/PVC. c. PVC/SWA/PVC. d. PILCDSTAR. PENGASING (Isolator) Pengasing (Isolator) digunakan untuk pengasingan tempatan sahaja. Ianya tidak digunakan untuk mengawal kabel. Pengasing (Isolator) adalah berlainan daripada suis dimana ianya dikehendaki di ‘ OFF ’ apabila litar berkenaan tidak membawa arus. Tujuannya untuk memastikan bekalan tidak boleh dipulihkan sekiranya suis kawalan di ‘ ON ’ yang boleh mendatangkan bahaya sekiranya pada ketika itu pengendali tidak menyangka bahawa litar–litar kawalan dihidupkan semula atau pun pada ketika itu pengendali sedang melakukan kerja-kerja penyenggaraan mekanikal sedang dijalankan. Isolator yang terdapat di MSB
  14. 14. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 14 SESENTUH (Contactor) Sesentuh atau contactor terdiri daripada banyak jenis. Ianya selalu digunakan bersama-sama dengan alat-alat seperti suis masa (timeswitch), kapasitor bank, motor-motor dan lain-lain peralatan memandangkan sesentuh mempunyai keupayaan memutus beban tersambung. Sesentuh mempunyai relay coil yang membuka dan menutup suis. Ianya boleh didapati dalam berbagai-bagai sukatan arus bergantung kepada peralatan yang digunakan. ALATUBAH ARUS (Current Transfomer) Alatubah arus (Current Transfomer) digunakan di dalam sesuatu pemasangan adalah bagi mengelakkan penempatan ammeter, faktor kuasa meter dan geganti terus kepada talian. Pemasangan permeteran dan geganti dengan menggunakan CT adalah mempunyai kebaikan seperti berikut:- a. Terminal alatubah telah dikeluarkan daripada talian dan satu terminal lagi telah dibumikan, dengan itu Pengguna dan peralatan yang digunakan boleh dijauhkan daripada apa-apa punca bahaya. b. Nisbah 1 : K arus di dalam meter akan menjadi 1/K kali arus dan dengan pergerakan meter sebanyak 5A boleh digunakan bagi mengukur arus yang lebih besar. Sesentuh / contactor Sesentuh / contactor yang terdapat di MSB Alatubah Arus (C.T)
  15. 15. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 15 BUSBAR Palang bas merupakan kepingan pengalir yang selalunya diperbuat dari campuran tembaga dan bersalut timah. Ia mengalirkan dan mengagihkan bekalan elektrik daripada pemutus litar utama ke pemutus-pemutus litar yang lain. Ianya digunakan menggantikan kabel disebabkan mudah membuat sambungan dan kemas serta mudah melaksanakan kerja pemasangan. Kedudukan palang bas biasanya mendatar, tetapi ada yang menegak dan ada juga yang mengabungkan kedua-duanya. Palang bas hendaklah mempunyai ketumpatan arus tidak melebihi 1.5A/mm persegi. Palang bas hendaklah diasingkan dari bahagian-bahagian logam PSU menggunakan non-hygroscopic insulators untuk menahan tekanan mekanikal apabila berlaku kerosakan ditahap maksima. Busbar yang digunakan adalah dari jenis ‘ hard drawn high conductivity copper ’ yang boleh tahan dalam keadaan kerosakan maksima 31 MVA. Andaian maksima ketumpatan arus bagi busbar tembaga mestilah 155 A bagi 1 cm² atau 1000 A bagi 1 inci. Basbar hendaklah dicat dengan warna merah, kuning, biru dan hitam untuk mengenal antara fasa dengan neutral. Neutral basbar mestilah mempunyai saiz yang sama dengan saiz basbar fasa. Contoh busbar mendatar dan menegak yang digabung bersama-sama
  16. 16. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 16 Keupayaan membawa arus palang bas adalah bergantung kepada saiznya, bahan yang digunakan iaitu tembaga atau tembaga campuran. Sila rujuk jadual. JADUAL 1 SAIZ BUSBAR VOLTAN RENDAH DAN KEUPAYAAN MEMBAWA ARUS BIL SAIZ BUSBAR VOLTAN RENDAH KEUPAYAAN MEMBAWA ARUS 1 6.3 mm x 10 mm 100 amp 2 6.3 mm x 25 mm 250 amp 3 6.3 mm x 31.5 mm 300 amp 4 6.3 mm x 40 mm 400 amp 5 6.3 mm x 50 mm 500 amp 6 6.3 mm x 63 mm 600 amp 7 6.3 mm x 80 mm 800 amp 8 6.3 mm x 100 mm 1000 amp 9 6.3 mm x 125 mm 1250 amp 10 2 x 6.3 mm x 63 mm 1200 amp 11 2 x 6.3 mm x 80 mm 1600 amp 12 2 x 6.3 mm x 100 mm 2000 amp Formula Contoh : 6.3 x 10 mm x 1.6 = 100.08 amp @ 100 amp 25 mm x 25 mm = 625 mm² = 1000 amp * 1mm² = 1.6 amp
  17. 17. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 17 JADUAL 2 I Max = A (Area) X N ( Neutral )/ Phase X 1.55 ( Bagi palang busbar Kuprum ). I Max = A (Area) X N ( Neutral )/ Phase X 1.16 ( Bagi palang busbar Aluminium ). Contoh : 1 1 Palang busbar 1” X 1” yang diperbuat daripada kuprum dipasang pada fasa merah, berapakah kadaran arus maksima boleh melalui palang busbar tersebut. Jawapan : I max = A X N/Phase X 1.55 = 25.4 X( 25.4 X 1) X 1.55 = 1000 Ampiar Contoh : 2 1 Palang busbar 1” X 1” yang diperbuat daripada Aluminium dipasang pada fasa merah, berapakah kadaran arus maksima boleh melalui palang busbar tersebut. Jawapan : I max = A X N/Phase X 1.16 = 25.4 X (25.4 X 1) X 1.16 = 750 Ampiar I Max = Arus maksimum melalui palang busbar A = Keratan rentas palang busbar N / Phase = Bilangan palang busbar 1Ø ( Fasa ) 1.55 = Faktor pendarab palang busbar kuprum 1.16 = Faktor pendarab palang busbar Aluminium
  18. 18. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 18 SAIZ BASBAR DAN KADARAN ARUS Kadaran berdarsarkan : 1" X 1" = 1000A untuk tembaga 1" X 1" = 750A untuk aluminium METRIK METRIK ARUS INCI MM TEMBAGA ALUMINIUM 1" X 1/8" 25.4 X 3.175 125 94 1 X 3/16 25.4 X 4.763 188 141 1 X 1/4 25.4 X 6.36 250 187 1½ X 1/4 38.1 X 6.35 375 281 2 X 1/4 50.8 X 6.35 500 375 2 X 3/8 50.8 X 9.525 750 562 4 X 1/4 101.6 X 6.35 1000 750 2½ X 3/8 63.5 X 9.35 937.5 702 3 X 3/8 76.2 X 9.525 1125 844 4 X 3/8 101.6 X 9.525 1500 1125
  19. 19. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 19 BUS-BAR COUPLER / BUS-TIE Basbar coupler / bus - tie juga merupakan pengasing, biasanya ia digunakan untuk menyambung dua basbar dari berlainan kemasukan dengan kadaran yang sama. Untuk mengelakkan basbar coupler / bus - tie ( pengasing ) dari dua kemasukan bekalan yang berlainan di ON kan serentak, ianya mestilah dijalinkan/digunakan dengan kekunci kait-punca ( interlock ). Alat ini merupakan sebuah pengasing yang boleh menghubungkan dua kumpulan palang bas yang berasingan. Satu kumpulan palang bas mengawal sebahagian beban manakala yang satu lagi mengawal sekumpulan beban yang lain pula. Saiz palang bas kedua-dua kumpulan tersebut hendaklah sama. FRO M TNB INCO M ING 1 FRO M TNB INCO M ING 2 ACB 1 ACB 2 BUS-BAR CO UPLER KEKUNCI KAIT-PUNCA (INTERLO CK)
  20. 20. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 20 A PF V R Y B ST IDMT O/C IDMT E/F 1250A TPN ACB C/WS/TRIP & KEY LOCK T.N.B C.T 4 X 1200 / 5A 15 VA CL 10 P 10 CTS” STF 6A 3 X 1200 / 5A 15VA CL 3 CTS” A / S 0-500V 0-1200A V / SIF 3 X 6A A PF V RYB ST IDMT O/C IDMT E/F 1250A TPN ACB C/WS/TRIP & KEY LOCK T.N.B C.T 4 X 1200 / 5A 15 VA CL 10 P 10 CTS” STF 6A 3 X 1200 / 5A 15VA CL 3 CTS” A / S 0-500V 0-1200A V / S IF 3 X 6A 1200A 4-POLE ISOLATOR ( BUSBAR COUPLER ) T.N.B C.T METERING PANEL FROM T.N.B INCOMING NO : 2FROM T.N.B INCOMING NO : 1 200A TPN MCCB 200A TPN MCCB 100A TPN MCCB 100A TPN MCCB 100A TPN MCCB 200A TPN MCCB 300A TPN MCCB 100A TPN MCCB 150A TPN MCCB 200A TPN MCCB 200A TPN MCCB 300A TPN MCCB 100A TPN MCCB 100A TPN MCCB BEBAN BEBAN Penggunaan bus tie selalunya apabila terdapat dua atau lebih punca bekalan walaupun dari pihak yang sama (TNB atau sebagainya). Apabila salah satu punca bekalan terganggu, bekalan boleh disalurkan dari punca yang satu lagi melalui bus-bar coupler / bus tie tersebut. Apabila semua punca bekalan dalam keadaan normal bus-bar coupler / bus tie selalunya dalam keadaan OFF. Apabila berlaku gangguan dari mana-mana satu punca bekalan dan jika perlu baru lah bus-bar coupler / bus tie di ON kan. GAMBARAJAH ACB 4 KUTUB DIGUNAKAN SEBAGAI BUS-TIE KEDUDUKAN BUS-BAR COUPLER / BUS-TIE DIANTARA DUA PUNCA KEMASUKAN
  21. 21. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 21 Tiada komponen perlindungan diperlukan oleh bus-bar coupler / bus tie. Ia lazimnya dikendalikan secara manual. Sebagai langkah keselamatan tambahan ia selalunya dikunci dengan menggunakan kunci khas (castle key). SESENTUH TUKAR ALIH (Change Over Contactor) Sesentuh tukar alih secara asasnya adalah sejenis pengasing, mengandungi dua set sesentuh tetapi dalam satu-satu masa hanya satu sahaja boleh ditutup. Setiap sesentuh menerima bekalan dari punca yang berlainan, lazaimnya satu bekalan dari TNB dan yang satu lagi dari janakuasa tunggusedia. Pada satu-satu masa hanya satu sahaja bekalan boleh disambungkan ke palang bas PSU. Ia mempunyai ciri- ciri interlock elektrikal dan mekanikal. Sesentuh tukar alih mestilah mempunyai empat kutub, seperti yang dikehendaki oleh peraturan elektrik 1994. Ini bermakna sambungan neutral hendaklah melaluinya. Kadaran arusnya hendaklah sama dengan kadaran arus ACB, boleh mencapai beberapa ribu ampiar. Tiada apa-apa komponen perlindungan dipasang pada sesentuh tukar alih sebab ia tidak berfungsi sebagai pemutus litar. Namun begitu ia dilengkapkan dengan dua gelong kawalan untuk membuka dan menutup sesentuh secara otomatik dan sebagai electrical interlock. Terdapat juga sesentuh kecil tambahan untuk tujuan kawalan dan indication. FROM TNB FROM GENSET CHANGE OVER CONTACTOR CO C BY PASS LO CKLO CK LO CK BY PASS SW ITCHBY PASS SW ITCH ESSENTIAL LO AD 4 PO LES AUTO M ATIC CHANG E O VER CO NTACTO R FRO M TNB FRO M G ENSET
  22. 22. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 22 Change Over Contactor yang terdapat pada gambarajah skematik diagram
  23. 23. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 23 KOMPONEN-KOMPONEN UMUM UNTUK PERLINDUNGAN YANG TERDAPAT PADA PSU Suis Fius ( low current ). Suis Fius adalah sesuatu unit tunggal terdiri daripada pengasing bersiri dengan fius HRC. Ianya tidak terasing dari litar apabila suis di OFF kan, ia berbentuk SP & N dan TP & N dengan ukuran piawai 15 A, 20 A, 30 A, 45 A dan 60 A. Fius Suis (high current). Fius Suis merupakan Pengasing dan juga sebagai alat perlindungan di mana fius HRC ditumpangkan di dalam pengasing membentuk sebagai daripada jalan pengalir pengasing. Apabila di OFF kan fius terpisah dari palang basbar. Keutamaannya digunakan bagi mengawal beban yang berbentuk TP & N dengan ukuran piawai 60 A, 100 A, 160 A, 200 A, 300A, 400 A, 500 A, 600 A, 800 A dan 1200 A. FIUS SUIS SUIS FIUS
  24. 24. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 24 Fius. Fius merupakan perlindungan arus berlebihan yang paling senang digunakan. Fius – fius yang biasa digunakan adalah:- a. Fius Rewireable iaitu sejenis fius yang paling ringkas dan murah yang masih digunakan secara meluas di samping banyak keburukannya. b. Fius cartridge adalah lebih berkemajuan dimana sukatan bagi penukaran elemen fius yang telah ditetapkan oleh pihak Pengeluar. Dengan itu sukatan fius boleh diketahui dengan tepat dan elemen fius susah luntur. c. Fius H.R.C. merupakan fius yang berkebolehan menghindar arus-arus kerosakan yang berat dengan selamat. Sifat-sifatnya boleh direka untuk disesuaikan dengan keadaan beban yang digunakan. Fius-fius jenis ini biasanya digunakan bagi melindungi beban-beban industri yang besar, kabel-kabel utama dan keadaan lain dimana kerosakan-kerosakan arus yang besar berlaku. Residual Current Circuit Breaker / Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB). Residual Circuit Breaker membawa maksud perbezaan di dalam arus. Ini bermakna alat ini bergantung terus kepada keadaan dimana terdapat perbezaan di antara arus (ketidak-seimbangan) yang masuk melalui sesuatu beban dan arus yang keluar dari beban yang sama. Di dalam ertikata yang lain alat ini hanya akan bertindak apabila mengalami keadaan yang tersebut di atas. Sebelum alat dikenali dengan nama Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB) dan sekarang ianya telah dikenali dengan nama Residual Current Device (RCD). Contoh: Sekiranya kita bekalkan arus sebanyak 5 A kepada sesuatu litar elektrik yang mempunyai beban (gelung) dan didapati arus yang mengalir keluar ke bumi melalui bingkai alat (earth leakage) keadaan ini dapat dikesan (detect) dengan menggunakan satu gelung barpandukan prinsip dimana arus yang masuk ke dalam sesuatu system elektrik adalah sama dengan arus yang keluar dari sistem yang sama FIUS DAWAI SEMULA FIUS KATRIJ FIUS HRC
  25. 25. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 25 CURRENT RATING & SENSITIVITY TYPE AC W ITH SYM BO L IEC 61008-2-1 W ITH “SYM BO L” Gelung ini dinamakan gelung pengesan (search coil) dimana sekiranya arus yang masuk adalah tidak sama dengan arus yang keluar, gelung pengesan ini akan dapat mengesan arus beza (Residual Current) untuk membuka sambungan ke beban. Miniature Circuit Breaker (MCB). MCB digunakan sebagai gentian fius, bagi mengawal pemasangan domestic dan beban-beban kecil. Sifat-sifat MCB ialah:- a. Nilai terpelantik beban lebih di tetapkan oleh pihak pengeluar dan tidak boleh ditukar. b. Ia akan terpelantik bila berlaku beban lebih (overload). Tidak perlu ditukar, hanya perlu di ON kan semula. c. Litar-litar yang rosak senang dikesan. d. Bekalan boleh dipulihkan dengan cepat dan mudah. Pemutus Litar Kotak Teracu (MCCB – Moulded Case Circuit Breaker). Dengan perubahan teknologi MCCB direka untuk pengguna dengan kadaran arus sehingga 400 A, dan dimasa akan datang kemungkinan ianya mampu membawa arus yang lebih tinggi lagi. Dari segi penggunaan MCCB adalah pengganti kepada fius, mempunyai beberapa kebaikan jika dibandingkan dengan fius, seperti MCCB hanya perlu di ON kan sahaja sekiranya ia memutus. Ketiga- tiga fasa akan memutus apabila berlaku beban lebih pada salah satu fasa maka masalah single phasing tidak berlaku. MCCB boleh melindungi arus bocor ke bumi dengan disambungkan pada CT dan geganti E/F (bergantung kepada binaan sesuatu MCCB), dengan itu masa senggaraan dapat dikurangkan dan kos dapat dijimatkan.
  26. 26. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 26 Kebanyakkan MCCB menggunakan prinsip medan magnet pada sebuah gelung. Gelung ini bersiri serta sebahagian dari litar utama. Medan magnet akan bertambah kuat apabila arus masuk pada MCCB sehingga melebihi had yang tertentu dan menyebabkan MCCB trip. MCCB juga menggunakan kaedah bimetal strip yang akan membengkok apabila panas berlebihan disebabkan arus lebih yang masuk ke MCCB. Kaedah ini adalah untuk perlindungan beban lebih dimana tindakannya agak perlahan dan terkandung unsur lewat masa. Namun begitu ada juga MCCB yang menggunakan prinsip tekanan arcing gas. Tekanan yang berlebihan akan menyebabkan mekanisma tertentu bergerak dan menyebabkan MCCB terpelantik. Keadaan sebegitu sesuai untuk perlindungan arus lebih. Bahagian Bingkai MCCB diperbuat dari bahan bukan logam (polyester resin) dan ia dipasang tetap serta tidak boleh ditarik keluar dengan mudah seperti ACB. Bahagian – bahagian MCCB 1. Terminal – Untuk sambungan masuk dan keluar. 2. Cover Case – Bahagian badan dan penutup MCCB. Diperbuat dari polyester resin. Mempunyai kekuatan mekanikal dan rintangan kepada arka yang tinggi. 3. Arc Quencer – Untuk menyerap dan melepaskan gas dan arka. Diperbuat daripada bahan penyerap haba dan metal gridplate. 4. Sesentuh – Diperbuat daripada special alloy dan dibentukkan supaya mempunyai kehausan sesentuh yang rendah. Ia mempunyai rintangan yang baik terhadap sticking dan welding. MCCB MCB Contoh MCCB dan MCB yang dipasang di MSB
  27. 27. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 27 5. Mekanisma Pensuisan ( switching mechanism) – Ia merupakan mekanikal lingkage dan spring untuk tujuan menutup dan membuka sesentuh yang berada di bawah tekanan spring. 6. Operating Handle – Tiga kegunaan, atas ON, bawah OFF, dan tengah TRIP. Jika trip handle hendaklah dioffkan (resetting) dahulu sebelum diONkan. 7. Commom trip bar – semua kutup berkendali serrentak bila berlaku beban lebih atau litar pintas walaupun masalah berpunca dari satu fasa;. 8. Current Setting Dial – Untuk meninggikan atau merendahkan setting arus yang perlu dibawa oleh MCCB. 9. Thermal Trip Mechanism – Akan melenkung apabila arus yang melebihi had melaluinya dengan menggunakan prinsip bimetal. 10. Trip Button – Butang kecil ini apabila di tekan akan menyebabkan MCCB terpelantik dan memutuskan bekalan. 11. Gelung Shunt Trip / Undervoltage Coil – mengelakkan peralatan elektrik dihidupkan apabila bekalan diputuskan. Perlu di set semula. Bahagian – Bahagian MCCB Terminal Case Cover Arc quancher Contect Switching Mechanism Operating handle Common trip bar Current setting dial Thermal trio Mechanism Magnetic trip Mechanism Trip button
  28. 28. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 28 Ciri-Ciri Pelantikan Dua jenis pelantikan ialah pelantikan jangka masa lama dan pelantikan jangka masa sertamerta. Piawaian British menghendaki MCCB dari jenis B.S 4725 seharusnya tidak berkendali ketika membawa arus kadarannya secara berterusan. Bagi MCCB yang mempunyai arus kadaran tidak melebihi 63A seharusnya tidak terpelantik dalam masa 1 jam (masa lazim) bila membawa arus 1.05 kali arus kadaran, tetapi mesti terpelantik dalam tempoh jam berikutnya, jika arus meningkat ke 1.35 kali ganda arus kadarannya. Bagi arus kadaran yang melebihi 63A, masa lazimnya menjadi 2 jam. Shunt Trip coil Salah satu dari beberapa assessori pilihan yang boleh dipasang didalam MCCB ialah shunt trip coil untuk tujuan perlindungan rosak ke bumi dan juga untuk pelantikan kawalan jauh (remote tripping). Untuk pelantikan rosak ke bumi, shunt trip coil hendaklah disambungkan kepada sesentuh pelantikan (tripping contact) sebuah geganti bocor ke bumi (earth leackage relay (ELR) atau Earth Fault Relay (E/F). Mekanisma Pensuisan, Kendalian (ON, OFF, RESET): Kendalian ON dan OFF boleh dilakukan dengan tangan. Bila pemutus litar telah terpelantik, asingkan kerosakan daripada litar, kemudian alihkan pemegang (handle) ke arah OFF untuk menempatkan semula (to reset) pemutus litar tersebut. Selepas kendalian RESET pemutus litar sekarang sudah bersedia untuk disuiskan ON. Rujuk rajah dibawah. Penunjuk Terpelantik (Trip Indication) Sekiranya pemutus litar terpelantik secara otomatik, pemegang akan berada ditengah-tengah antara kedudukan ON dan OFF TRIP ON OFF
  29. 29. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 29 Perbandingan MCCB dengan Fius Suis Butiran MCCB Fius Suis Keselamatan Terdapat ruang pemadam arka (arc chamber) Tiada ruang pemadam arka Perlindungan fasa tak seimbang (single phasing) Kesemua fasa terputus walaupun arus lampau berlaku didalam satu fasa sahaja, kerana itu kemungkinan motor tiga fasa berkendali pada dua fasa tidak ujud Arus lampau yang berlaku didalam satu fasa menyebabkan fius yang melindungi fasa-fasa tertentu terputus, kerana itu, ujud kemungkinan motor tiga fasa berkendali pada dua fasa Penggantian selepas setiap kerosakan berlaku Tidak perlu Fius terbakar perlu diganti baru Pemberian semula bekalan selepas setiap kerosakan berlaku Senang diberikan semula bekalan, dengan membuat RESET Penggantian fius terlalu rumit (troublesome) dan memakan masa Alat-alat tambahan Pelantikan dibawah kadaran voltan yang dikawal secara jauh, pelantikan pirau, sesentuh tambahan boleh diperolehi Tiada Ujian pada MCCB 1. Ujian Operasi – ON dan OFF MCCB bagi mempastikan ia boleh dikendalikan dengan sempurna. Sekiranya under voltage coil ia perlu mempunyai bekalan yang mencukupi sebelum ianya boleh dikendalikan. Ini merupakan ujian mekanikal sahaja. 2. Ujian Suntikan secondary – untuk memastikan ianya terpelantik apabila berlakunya kerosakan tahap yang ditentukan atau tercatat pada alat itu sendiri. 3. Ujian Penebatan – untuk menetukan penebatan di antara fasa dengan fasa dan diantara fasa dengan bumi adalah baik. ( tidak kurang dari 1 Mega – Ohm ) 4. Ujian sesentuh – untuk menentukan nilai rintangan sesentuh tidak melebihi dari yang disyorkan oleh pihak pembuat. Senggaran Pada MCCB MCCB tidak perlu di senggara, sekiranya rosak ianya perlu diganti baru.
  30. 30. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 30 CAPASITOR BANK (Simpanan Kapasitor) Capasitor bank adalah satu alat yang boleh membaiki faktor kuasa bagi satu Pengulang Alik.Ia amat penting bagi Sistem janakuasa kerana tugas Capasitor ini adalah menyimpan Reaktif Power (Power yang tidak aktif) yang dihasilkan bila Janakuasa disambung pada beban. Seperti mana yang kita tahu Reaktif Power ini wujud bila kita memasang beban Induktif seperti coil yang terdapat pada motor-motor,choke dan janakuasa itu sendiri.Jika berlakunya Reaktif Power yang tinggi dan tidak dikawal,ini akan mengakibatkan Faktor Kuasa menjadi Rendah,kita mengalami kerugian dari segi menjanakan kuasa,maksudnya kita terpaksa menjanakan kuasa yang tinggi tetapi kuasa yang diperlukan adalah rendah.Semakin rendah faktor kuasa maka semakin tinggi kuasa yang kita janakan.Ini akan mengakibatkan kerugian. Akibat lain yang wujud dari Faktor Kuasa rendah ialah arus yang tinggi diperlukan untuk Sistem Pepasangan maka Voltej Drop dalam kabel adalah tinggi ACB juga akan mendapat kesan daripada penurunan Faktor Kuasa,akan mengakibatkan ACB trip bila arus tinggi.Winding janakuasa juga akan panas dan rosak akibat Over Heat. Capasitor bentuk silinder Capasitor bentuk segiempatCapasitor bentuk segiempat Power factor Regulator Lampu penunjuk
  31. 31. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 31 Pemutus Litar Udara (ACB). Sekiranya Pemutus Litar Udara digunakan bersendirian tidak boleh memberi apa-apa perlindungan kerana pemutus litar akan berfungsi sebagai pengasing sahaja. Ia hendaklah dilengkapkan dengan geganti beban lampau (O/C) dan geganti kerosakan bumi (E/F) dan dibantu oleh alatubah arus (Current Transfomer (C.T). Saiz Pemutus Litar Udara yang paling kecil adalah berkadar 630 A., biarpun saiznya 630 A tetapi ia boleh ditatah untuk 300 A asalkan alatubah arus ( C.T ) yang digunakan ialah 300/5 A atau penatahan dilakukan pada geganti beban lampau. Pemutus Litar Udara hendaklah berfungsi apabila berlakunya arus lebih seperti yang telah ditetapkan seperti berikut:- 100 % terus menerus. (to carry ). 120 % Selama lima (5) minit. ( to trip with in 5 minit ) 150 % terpelantik serta merta. (to trip in 1 second ). Ujian menentukan penatahan ini dikendalikan oleh TNBD Bahagian Perlindungan atau Jurutera Perkhidmatan yang diiktiraf. Ujian dibuat pada tiga peringkat:- a.Alatubah arus (C.T) di uji nisbah-nisbahnya. b. Primary Injection. c.Secondary Injection. Kerosakkan ke bumi dikesan oleh relay dengan menggunakan turutan kosong/zero. Peraturan tatah kebocoran ke bumi boleh dipilih dari 10%, 20% hinggalah 100%. Kebiasaannya tatah kebocoran ke bumi ditatah pada 10 %. Jika semasa pemasangan itu bebannya terdiri dari motor-motor maka tatah kebocoran ditetapkan pada 20% atau 30%.
  32. 32. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 32 ALAT UKUR (METERING) MSB Alat ukur di Papan suis utama yang dimaksudkan adalah alat untuk mengukur arus, voltan, faktor kuasa dan KWH meter. Ianya adalah berguna dalam kerja-kerja penyenggaraan. Semua yang dinyatakan adalah panduan dalam kerja-kerja seharian. LAMPU PENUNJUK (INDICATOR LAMP) Pemasangan lampu penunjuk digunakan untuk memudahkan bagi mengetahui terdapatnya bekalan bagi setiap fasa.Ia biasanya disambung bersama fius kawalan / MCB dan volt meter 0 - 500 V V/S 6A R Y B Indicator lamp / Lampu Penunjuk
  33. 33. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 33 JANGKA VOLTAN (VOLT METER) Penting untuk mengetahui sama ada bekalan ada atau tidak.Volt meter yang biasa boleh memberi bacaan sehingga 500 volt dan disambung terus dengan menggunakan fius kawalan atau MCB 6 amp kepada busbar.Untuk mengurangkan kos, satu volt meter dipasang ditambah dengan ‘volt meter selector suis’ untuk mengetahui bacaan pada setiap fasa ke neutral dan di antara fasa ke fasa. Penyambungan secara terus biasanya bagi voltan sehingga 620 volt.Untuk voltan yang lebih tinggi transformer digunakan dimana bahagian secondary transformer tersebut 100 volt R Y B N 1200 ACB 50 KA 0 - 500 V V/S 6A  Bersambung terus pada bus bar melalui suis pemilih ( V/S/S )  Fius yang digunakan berkadar 6 A bagi mengawal arus yang masuk pada meter.  Memberi bacaan sehingga 500 V.  Lampu penunjuk Fasa (Merah,kuning dan biru) dipasang selari dengan meter voltan. Gambarajah 4 garisan Pemasangan 1 volt meter beserta volt selector switch dan MCB Incoming Supply
  34. 34. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 34 0 - 500 V V/S6A Incoming Supply Bacaan 1 Fasa i) Fasa Red dan neutral = 230 volt ii) Fasa Yellow dan neutral = 230 volt iii) Fasa Blue dan neutral = 230 volt Bacaan 3 fasa i) Fasa Red dan Yellow = 400 volt ii) Fasa Red dan Blue = 400 volt iii) Fasa Yellow dan Blue = 400 volt Gambarajah 1 garisan Pemasangan 1 volt meter beserta volt selector switch dan MCB Selector Volt boleh dilaraskan untuk bacaan voltan
  35. 35. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 35 JANGKA AMP (AMP METER) Sambungan ampere meter adalah secara siri dengan beban. Pemasangan tersebut adalah untuk mengetahui arus semasa yang mengalir dalam pepasangan.Untuk sambungan terus meter sehingga 60 amp digunakan.Untuk arus yang lebih tinggi dari 60 amp, meter tidak boleh disambung terus ke busbar kerana gelung dalam meter adalah kecil dan hanya boleh menerima arus 5 amp maksima.Alat ubah arus (Current Transformer @ CT) jenis pengukuran (measurement) dengan kadar yang sesuai mesti digunakan.Contoh sekiranya busbar bersaiz 500 amp maka nisbah CT 500/5 amp hendaklah digunakan,Arus secondary adalah standard 5 amp walaupun arus primary berbeza-beza.Untuk menjimatkan kos hanya satu amp meter digunakan beserta’Amp Selector’ untuk mengetahui arus pada tiap-tiap fasa. 0 - 800 A R Y B N 3 X 800/5A CT Kelas 3 15VA 800 ACB 50 KA Gambarajah 3 meter ampere yang terdapat dipepasangan
  36. 36. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 36 R Y B N 3 X 1200/5A CT Kelas 3 15VA 1200 ACB 50 KA 0 - 1200 A A/S  Mengukur penggunaan arus di PSU.  Untuk arus yang besar C.T akan digunakan bagi menukar nilai arus,  Kalau palang busbar bersaiz 500A maka alatubah arus 500/5A perlu digunakan.  Suis pemilih (A/S/S) digunakan bagi mengurangkan penggunaan meter. Gambarajah diagram 1 meter ampere bersama selector switch
  37. 37. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 37 METER FAKTOR KUASA (POWER FACTOR METER) Ia terdiri dari gelung arus dan gelung voltan. Pemasangan ini bertujuan mengetahui nilai faktor kuasa dalam pepasangan pengguna.Jika pepasangan pengguna mengalami faktor kuasa lebih rendah dari 0.85 mengekor (lagging) iaitu pada beban induktif, pihak pemegang lesen (TNB) akan mengenakan denda (penalty) dengan jumlah tertentu.Semakin rendah nilai faktor kuasa,semakin tinggi dikenakan denda.Oleh itu faktor kuasa tersebut hendaklah dinaikkan ke nilai melebihi 0.85 mengekor hingga ke nilai unity dengan memasang capasitor bank dengan nilai kVar yang tertentu beserta alat kawalannya (Power Factor Regulator) R Y B N 800 ACB 50 KA 6A Power Factor Meter 1 X 800/5A CT Kelas 1 15 VA Incoming supply  Menunjukkan f.k untuk beban semasa.  Biasanya penyambungan dibuat satu fasa diambil pada arus dan dua fasa lagi diambil dari voltan.  Kuasa ketara (VA) dan kuasa sebenar (Watt). Nisbah Watt (W) kepada volt- Ampere (VA) dikenali sebagai Faktur kuasa Cos Ø
  38. 38. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 38 METER KUASA (Watt Meter) DAN METER TENAGA WATT /KWH METER Watt meter dan watt hour meter adalah gabungan dari current coil dan voltage coil.Kedua-dua meter ini dipasang bagi tujuan mengetahui jumlah kuasa yang sedang digunakan serta tenaga yang telah digunakan di sesuatu bahagian atau beban.Watt dan watt hour meter ini boleh disambung secara siri dan beserta dengan ampere meter.Bagi nilai arus yang melebihi 100 amp,Current Transformer diperlukan bagi tujuan pepasangan meter tersebut R Y B N Circuit Breaker 6A 1 2 3 4 5 6 7 8 9 N 8O I B Incoming supply Kilowatt Hour Meter Watt Meter Single line diagram pemasangan KiloWatt meter yang disambungkan SESIRI dengan Watt meter Dipasang dengan tujuan untuk mengukur/menyukat jumlah tenaga/kuasa yang digunakan oleh pengguna
  39. 39. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 39 Meter KVARH. Dipasangkan dengan tujuan untuk mengukur dan mendapatkan nilai purata faktor kuasa, nilai KHW diperlukan bersama bagi tujuan ini.
  40. 40. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 40 ALAT PELANTIK (TRIPPING DEVICES MSB) Bahagian Tripping Mechanism bagi semua jenis pemutus litar adalah alat mekanikal yang boleh digunakan untuk memutuskan litar dengan menekan push button yang dipasang di bahagian hadapan panel.Untuk tripping secara kawalan jauh atau secara automatik dengan menggunakan geganti mestilah berfungsi secara elektrik. Alat pelantik yang biasa digunakan adalah 1) Gelung Shunt Trip Coil (Gelung Pirau) / (ST). 2) Under Voltage (U/V) atau No Volt Coil (N/V). SPRING CORE COIL PLUNGER GELUNG SHUNT / PIRAU (SHUNT TRIP COIL) Shunt trip coil dibina dari satu gegelung yang dililit pada teras besi.Apabila sesentuh relay tertutup arus dialirkan ke gegelung,gelung akan menghasilkan elektro magnet dan dalam masa yang sama menarik plunger.Pergerakan ini akan menolak tripping mechanism pada pemutus litar dan akan menyebabkan pemutus litar tersebut trip.Shunt trip coil ini biasanya dipasang di dalam pemutus litar. Shunt trip coil bagi pemutus litar voltan rendah (400 V) biasanya berkadaran 240 volt Arus Ulang Alik (AU) tetapi ada juga yang 110 volt Arus Ulang Alik (AU) atau 30 volt Arus Terus (A.T) untuk meng energize kannya.Bekalan untuk litar kawalan shunt trip coil boleh diambil dari sistem bekalan pemasangan itu (bekalan biasanya di ambil dari fasa merah dan neutral). Pepasangan shunt trip coil ini biasanya beserta dengan Over Current Relay,Earth Fault Relay atau Earth Leackage Relay.
  41. 41. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 41 6A OCR OCR OCR EFR STACB SHUNT TRIP COIL R Y B N Maklumat Ringkasan: - ACB / Circuit Breaker boleh di “ON”kan selagi ST tidak bertenaga. - Sekiranya ST bertenaga, ia akan memutuskan bekalan. - Semua penyentuh (auxillary contact) pada geganti perlindungan dalam sentiasa terbuka (Normally Open) dan disambungkan secara SELARI dengan ST coil. Single line diagram pemasangan litar kawalan Earth Fault Relay dan Over Current Relay dengan Shunt Trip Coil
  42. 42. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 42 GELUNG TANPA VOLTAN (NO VOLT COIL/UNDER VOLTAGE COIL) Pemasangan Under Voltage coil sama seperti shunt trip coil.Ia juga dipasang bersama litar kawalan over current relay,Earth Fault Relay atau earth leakage relay.Perbezaan Pemasangan Under Voltage Relay ini, ia sentiasa memerlukan bekalan untuk tujuan beroperasi.Oleh itu bekalan mestilah di ambil dari punca bekalan masuk (incoming supply).Apabila under voltage coil tiada bekalan,pemutus litar tidak dapat di ONkan Incoming supply 6A OCR OCR OCR EFR UVACB R Y B N Maklumat Ringkas: - ACB / Pemutus Litar tidak boleh di “ON”kan selagi U/V atau N/V tidak bertenaga dimana handle berkeadaan free. - Apabila ACB / Pemutus Litar didalam keadaan “ON” sekiranya U/V atau N/V diputuskan bekalannya dan ia tidak bertenaga, ia akan melepaskan handle ACB / Pemutus Litar dan memutuskan litar utama. - Bekalan untuk U/V atau N/V pada sesuatu pepasangan hendaklah diambil sebelum “incoming”. - Semua penyentuh (auxillary contact) pada geganti perlindungan dalam keadaan normally close (tertutup) dan sambungan BERSIRI dengan gegelung U/V atau N/V. Single line diagram pemasangan litar kawalan Earth Fault Relay dan Over Current Relay dengan Under Voltage
  43. 43. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 43 GEGANTI (RELAY) Geganti adalah satu komponen perlindungan yang tugasnya menentukan pada tahap kerosakan bagaimana yang memerlukan pemutus litar bertindak memutuskan litar. Kerosakan yang kecil mungkin tidak merbahayakan dan boleh diabaikan seketika, oleh itu geganti tidak perlu memberi signal kepada gelong shunt trip untuk bertindak. JENIS-JENIS GEGANTI  Time lag fuse  Oil dash pot  Instantenous overcurrent  Instantenous earth fault  IDMT overcurrent  IDMT earth fault  Solid state (Elektronic Relay)  ELR (earth leakage relay) PRINSIP GEGANTI  Haba (Fius dan thermal overload relay)  Magnetik (MCB, MCCB, RCB)  Haba dan magnetic (MCCB jenis tertentu) Geganti yang selalu digunakan terdiri dari pelbagai jenis dan tugas. Secara amnya geganti yang terdapat pada PSU adalah untuk perlindungan arus lebih, beban lebih dan rosak ke bumi. Prinsip kerja geganti adalah menggunakan kesan medan magnet (electromagnet) dan juga haba. Oil dash pot, induction disc dan induction cub adalah jenis-jenis geganti electromagnet, manakala thermal overload relay menggunakan kesan haba kepada bi-metal strip. Terdapat dua (2) jenis geganti utama dalam PSU. Instantaneous (sertamerta) O/C dan E/F. Memutuskan bekalan sebaik sahaja nilai kerosakkan mencapai tahap yang ditentukan (set value). Oleh itu ia tiada penatah masa. Geganti Lewat Masa (IDMT) O/C dan E/F. Mempunyai penatah masa oleh itu walaupun nilai kerosakkan telah mencapai tahap tertentu (set value) ia masih boleh berada dalam keadaan yang tidak memutuskan litar dalam beberapa jangka masa yang tertentu.
  44. 44. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 44 Namun begitu ada geganti yang boleh memberikan kedua-dua ciri di atas. Geganti tersebut adalah Geganti Bocor Ke bumi (Earth Leakage Relay). ELR memberikan perlindungan kepada bocor ke bumi untuk nilai yang kecil (maksima 300 miliampiar) dan lewat masa yang terhad (0.1 saat) dan digunakan pada Papan Suis kecil (Sub-Switchboard) atau Papan Suis Utama bersaiz kecil (sehingga 300 A) Coil ELR ST SHUNT TRIP COIL N 5A Z CT Sesentuh ELR
  45. 45. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 45 TIME LAG FUSE Time lag fuse boleh di kata digunakan diperingkat awal sebelum terciptanya geganti-geganti yang lain (Geganti generasi pertama). Sejenis fius yang tertentu kadarannya dipasang selari dengan gelong pelantikan (trip coil). Didalam keadaan normal arus dari c.t akan mengalir melalui fius kerana gelong pelantikan mempunyai galangan yang tinggi. Apabila kerosakan berlaku dan arus sekunder c.t melebihi hadnya fius akan lebur. Oleh itu arus tadi tiada pilihan terpaksa melalui gelong dan seterusnya menyebabkan trip contact menutup (close) dan membekalkan gelong shunt trip. Terdapat satu dail untuk membuat tatahan arus dari 2.5A hingga 10A yang akan menyebabkan trip contact menutup (close contact). Lazimnya tatahan ditentukan pada 3.75A (75% arus beban penuh). Fius yang boleh digunakan adalah seperti berikut: SWG 29 2.5A SWG 22 5A SWG 21 7.5A S1 SWG 22 FUSE TRIP COIL ST SHUNT TRIP COIL N S2 TRIP CONTACT S2 Single line diagram Time Lag Fuse
  46. 46. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 46 F T F FT T E/F R Y B F = Time Lage Fuse T = Tripping Coil TRIP COIL Gambarajah Diagram 3 TIME LAG FUSE TIME LAG FUSE
  47. 47. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 47 GEGANTI OIL DASH POT Geganti arus lebih/beban lebih oil dash pot boleh dikatakan binaan geganti “generasi kedua” selepas time lag fuse. Menggunakan minyak silicon sebagai damper untuk mendapatkan stability. Geganti oil dash pot banyak digunakan untuk perlindungan O/C dan O/L pada papan suis utama voltan rendah. Harganya murah, bersaiz kecil, boleh dipercayai, stabil tetapi tidak begitu tepat dan tatahannya agak rumit dan mengambil masa. Sesuai untuk papan suis utama dan papan suis kecil dimana ketepatan bukanlah perkara kritikal. TO SHUNT TRIP COILLIVE DARI CT S1 S2 TRIP COIL LUBANG PLUNGER SILICONE OIL Plunger akan menolak trip contact menutup jika trip coil menerima isyarat beban lebih dari alatubah arus. Piring tetap (fixed disc) di bahagian bawah plunger akan ikut menaik keatas tetapi cuba dihalang oleh minyak. Pergerakan piring tetap itu juga akan mengujudkan keadaan hampagas dibahagian bawah dash pot. Dalam masa yang sama minyak akan mengalir kebahagian bawah melalui lubang yang terdapat pada disc tetap dan disc tambahan. Tindakan ini akan memberikan ciri-ciri lewat masa dan kesetabilan kepada geganti ini supaya ia tidak terpelantik jika keadaan tidak betul-betul memerlukannya. Tatah arus pelantikan dibuat dengan meninggi atau merendahkan kedudukan pot yang mengandungi minyak tadi. Plat penunjuk dibahagian hadapan geganti akan memberitahu nilai arus tatahan selaras dengan kedudukan pot tadi.
  48. 48. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 48 Minyak dalam dashpot ialah dari jenis Mineral Oil SAE 30 bertujuan untuk melewatkan masa ‘tripping’ Tatah Perlindungan Arus Beban Lampau (Over Current) Jenis Magnetik Oil Dashpot. Biasanya digunakan 110% da 150% “setting” 110% - ‘trip’ dalam masa 5 minit “setting” 150% - ‘trip’ dalam masa 1 saat Contoh : Arus beban penuh yang dibawa ialah 800A Arus trip dalam masa 5 minit = 800A x 100% = 800A x 1.1 = 880A Arus trip dalam masa 1 saat = 800A x 150% = 800A x 1.5 = 1200A “SETTING RANGE” untuk geganti Arus Lampau Jenis Magnetic Oil Dashpot = 3.5A hingga……5.5A 3 phase Magnetic OIL DASHPOT BINAAN OIL DASHPOT
  49. 49. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 49 Jenis Sertamerta (Instantaneous) O/C (Over Current) atau O/L (Over Load) Antara jenis geganti sertamerta ialah:  Hinged armature type  Magnetic overload with Plunger (Oil Dash Pot)  Attracted armature (Instantenous O/C & E/F – CAG 12, CAG 12C) Geganti jenis sertamerta adalah geganti “generasi ketiga” selepas oil dash pot. Geganti jenis ini terdapat plug setting bridge untuk memilih tatahan arus, trip coil, trip contact dan indicator flag. Hanya tatahan arus sahaja perlu dibuat pada geganti jenis sertamerta ini kerana lebih tepat dan mudah untuk ditatah. Tidak perlukan minyak tetapi harganya lebih mahal dan selalunya jenis attracted armature & plunger. Geganti ini akan menyebabkan pemutus litar terpelantik sertamerta sebaik sahaja nilai kerosakan yang telah ditentukan (set value) mencapai tahapnya tanpa sebarang kelewatan. Geganti jenis ini selalunya menggunakan prinsip electromagnetic. Bahagian-bahagian geganti sertamerta:  Die cast frame  Plug setting bridge (plugboard)  Trip coil  Mechanical operation indicator (trip indicator flag)  Trip contact (normally open)  Auxillary contact (alarm)  Safety switch / trip switch  Automatic c.t terminal short switch  Reset push knob INSTANTENOUS E/F Jenis yang sama dengan geganti instantenous o/c tetapi ia disambungkan kepada alatubah arus yang dipasang pada neutral busbar untuk mengesan earth fault/earth leakage. Tatahan hanya pada 10% atau 0.5A dan hanya satu sahaja diperlukan untuk pemasangan suis board. Jenis yang selalu digunakan adalah jenis attracted armature.
  50. 50. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 50 STATIC OVER CURRENT RELAY STATIC EARTH FAULT RELAY STATIC O/C & E/F RELAY
  51. 51. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 51 INST. RELAY TYPE CAG BINAAN DALAM INST. RELAY TYPE CAG
  52. 52. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 52 Geganti Lewat Masa IDMT (Inverse Definite Minimum Time) Geganti jenis IDMT ini pula digunakan apabila nilai arus beban lebih boleh dibenarkan berlaku untuk beberapa ketika. Jika keadaan tersebut berlaku untuk jangkamasa yang pendek dan bersifat sementara dan tidak memudaratkan pemasangan, maka tidak perlulah pemutus litar terpelantik. Contohnya arus permulaan untuk motor adalah tinggi, tetapi ia tidak memudaratkan pemasangan, oleh itu tidak perlulah pemutus litar memutuskan bekalan. Jangka masa beban lebih yang dibenarkan berlaku boleh jadi beberapa saat atau beberapa minit. Ia bergantung kepada magnitude beban lebih tersebut. Lebih tinggi beban lebih tersebut maka semakin cepatlah geganti akan bertindak, begitulah sebaliknya. Ciri masa ini juga penting untuk mengujudkan diskriminasi dalam pemasangan. Geganti jenis ini ada yang menggunakan prinsip haba, seperti thermal overload relay, dan ada yang menggunakan prinsip electromagnetic. Jenis electromagnetic perlukan alat tambahan iaitu induction disc untuk melewatkan trip contact menutup (closing). Terdapat juga geganti yang boleh memberikan kedua-dua ciri tersebut. Relay pick-up time / creep time selalunya melebihi 105% dari arus tatahan tetapi hendaklah tidak melebihi 130%. Jenis-jenis geganti IDMT: a. Long time delay standby (GDG 12) b. Inverse time O/C & E/F (CDG 11) c. Very Inverse GDG 13 d. Definite Minimum Time e. Inverse Definite Minimum Time (IDMT) Bahagian-Bahagian Geganti IDMT jenis Induction Disc Relay. Time multiplier (TMS) Spindle Die cast frame Operating electromagnet Moving contact Mechanical operation indicator (trip indicator flag) Helical control spring Fixed contact Damping magnet Safety switch / trip switch Plug setting bridge Automatic c.t terminal short switch Disc Reset push knob
  53. 53. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 53 Induction disc akan membawa bersama-samanya moving contact. Moving contact akan bersentuh dengan fixed contact untuk menutup trip contact. Kedudukan jauh atau dekat moving contact dengan fixed contact adalah bergantung kepada setting pada TMS. TMS mempunyai kedudukan dari 0 hinggalah 1. Jika TMS berada pada kedudukan 1, ini bermakna moving contact berada pada kedudukan paling jauh dengan fixed contact, oleh itu masa pergerakan (traveling time) yang diperlukan untuk trip contact menutup adalah paling lama. Jika TMS berada pada kedudukan 0.1, ini bermakna moving contact berada pada kedudukan paling hampir dengan fixed contact, oleh itu masa yang diperlukan untuk trip contact menutup adalah paling pendek. Oleh itu pengiraan perlu dibuat untuk menentukan kedudukan setting untuk TMS. Pergerakan induction disc adalah dikawal oleh helical control spring yang dipasang pada hujung bahagian atas induction disc spindle. Salah satu ciri-ciri geganti ini ialah pada 20 kali ganda plug setting dan lebih geganti akan beroperasi pada definite minimum time 2.2 saat pada TMS bersamaan 1. Jika TMS di tatah pada 0.1 maka definite minimum time dikurangkan kepada 0.22 saat, iaitu satu persepuluh dari nilai nominal. Operating electromagnet winding pada magnet utama mempunyai tapping yang disambung kepada Plug setting multiplier/bridge (PSM). Tapping-tapping ditandakan sebagai peratus atau arus operasi (operating current). LITAR IDMT RELAY TIM E M ULTIPLIER HELICAL SPRING M OVING CONTACT SPINDLE DAM PER M AGNET FIXED CONTACT OPERATING M AGNET PLUG BRIDGE DISC C.T TRIP CONTACT TRIP ALARM TRIP COIL
  54. 54. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 54 Plug setting untuk geganti arus lebih (O/C) 50% 75% 100% 125% 150% 175% 200% 2.5A 3.75A 5.0A 6.25A 7.5A 8.75A 10.0A Plug setting untuk geganti rosak ke bumi (E/F) 10% 15% 20% 25% 30% 35% 40% 0.5A 0.75A 1.0A 1.25A 1.5A 1.75A 2.0A Damping magnet berfungsi sebagai satu brek untuk mengawal pergerakan induction disc supaya stabil dan tidak terlalu laju sehingga mengakibatkan overshoot yang berlebihan. Apabila geganti dikeluarkan dari housing box, automatic c.t terminal switch akan menutup dan melitar - pintaskan terminal S1 dan S2 secara sendirinya. ACB ST SHUNT TRIP COIL N 2.5 TRIP CONTACT S1 S2 3.75 5 6.25 7.5 8.75 10 CT
  55. 55. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 55 12345678910 1 - 2 (TRIP CIRCUIT) 3 - 4 (TRIP CIRCUIT DENGAN ISOLATING SWITCH) 5 - 6 (KOSONG) 7 - 8 (KOSONG) 9 - 10 (DARI ALATUBAH ARUS NEUTRAL) EFR 12345678910 1 - 2 (TRIP CIRCUIT) 3 - 4 (TRIP CIRCUIT DENGAN ISOLATING SWITCH) 5 - 6 (KOSONG) 7 - 8 (KOSONG) 9 - 10 (DARI ALATUBAH ARUS S1 & S2) OCR Pandangan belakang EFR Pandangan belakang OCR REDYELLOWBLUE
  56. 56. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 56 1 A HINGED ARMATURE RELAY WITH 3 WINDINGS TRIP CIRCUIT ISOLATING SWITCH TURNING CAPASITOR SETTING POTENTIOMETER AUXILIARY C.T CENTER TAP MAIN C.T SHORTING SWITCH I 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 B N 2N n n Time Multiplier Control Spring Mechanical Operation Indicator Operation Electro Magnet Disc Plug Setting Bridge Damping Magnet Die Case Frame Moving Contact Fixed Contact Diagram IDMT Relay Binaan IDMT Relay
  57. 57. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 57 R Y B N 4 X 1000/5A CT Kelas 10P10 15VA 1000 ACB 50 KA Incoming supply OCR OCR OCR OC/OL IDMT Relay
  58. 58. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 58 R Y B N 4 X 800/5A CT Kelas 10P10 15VA 800 ACB 50 KA Incoming supply EFR EF IDMT Relay
  59. 59. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 59 RYBN Incoming supply ST S2 S1 S1 S1 S1 S2 S2 S2 C1 C2 C3 C4 B RYGEGANTI EARTH E11 E10 TRIP CONTACT 5A EF SHUNT TRIP COIL NEUTRAL CIRCUIT BREAKER 3 OC/OL IDMT
  60. 60. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 60 PANDUAN ASAS PEMUTUS LITAR UDARA (ACB) Pemutus litar udara ialah sebuah pemutus litar yang bertindak memutus dan menyambungkan litar dengan sesentuh utamanya berada didalam udara biasa, tidak didalam medium pemutus jenis lain seperti minyak, hampagas atau SF6. Ianya hendaklah jenis metalclad flush mounted. Pemutus litar yang asas adalah satu alat untuk memutus atau menyambungkan bekalan atau disebut juga sebagai pengasing sahaja. Namun begitu apabila ianya dilengkapkan dengan komponen perlindungan seperti alatubah arus, geganti dan shunt trip coil, ianya dapat memberi perlindungan yang diperlukan secara automatik. Perlindungan yang diperlukan ialah arus lebih, beban lebih dan rosak ke bumi. Rupabentuk Pemasangan (Mounting Configuration) Umumnya pemutus litar udara ada 2 jenis rupabentuk iaitu:  Jenis dipasang tetap  Jenis boleh ditarik keluar Jenis dipasang tetap Pemutus litar yang dipasang secara tetap (fixed type) iaitu tidak boleh dibawa keluar (not withdrawable) kecuali dengan membuka sekeru dan nat. Jenis ini kurang terdapat di pepasangan pengguna kerana ianya rumit. Contohnya apabila hendak membuat kerja-kerja senggara. Jenis boleh ditarik keluar Pemutus litar jenis boleh ditarik keluar berbeza daripada jenis dipasang tetap, kerana jenis ini mempunyai satu mekanisma boleh di tarik keluar (Drawout type) untuk tujuan pemeriksaan dan penyenggaraan yang mudah. Mekanisma boleh ditarik keluar tersebut membenarkan pemutus litar mengambil sebarang dari kedudukan tersebut iaitu BERSAMBUNG (Connected), UJIAN (Test Isolated) dan MENGASING (disconnected). ACB ACB ACB Bersambung (CONNECTED) Kedua-dua litar kawalan dan litar utama disambungkan Ujian (TEST ISOLATED) Litar utama diputuskan,tetapi litar kawalan masih tetap tersambung bagi membolehkan ujian dilakukan Mengasing (DISCONNECTED) Kedua-dua litar utama dan litar kawalan diputuskan
  61. 61. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 61 Pemutus litar yang biasa digunakan ialah Pemutus Litar Udara (ACB), tetapi pada masa ini Pemutus Litar Teracu (Moulded Case Circuit Breaker / MCCB) semakin banyak digunakan. Penggunaan samada ACB atau MCCB bergantung kepada kadaran arus sesuatu pemasangan elektrik. Untuk pemasangan yang melebihi 400A selalunya ACB digunakan walaupun MCCB ada juga digunakan. ACB ditentukan didalam B.S 4752 dimana voltan nominalnya tidak melebihi 660V AC dengan ulangan 50Hz atau 60Hz. Kadaran arusnya tidak melebihi 8000A dan kapasiti pemutusan litar pintas berkadar tidak melebihi 200KA. Minimum rupturing capacity ialah 31MVA pada 415V. Saiz ACB terkecil yang terdapat dipasaran pada masa ini ialah 600A. Dengan penatahan (setting) kepada alat perlindungan dan bersesuaian dengan kadaran arus pemasangan ianya boleh ditatah kepada kadaran arus kurang daripada 600A, contohnya 200A, 400A dan sebagainya. Saiz ACB yang besar pula ada yang mencapai 6300A. CONTOH ACB RATINGS  640A * 2000A  800A * 2500A  1000A * 3500A  1250A * 4500A  1600A * 6300A Dalam kes-kes tertentu terdapat lebih dari satu ACB di dalam sesebuah PSU samada mempunyai kadaran arus yang sama atau dengan kadaran yang berlainan. Dengan itu rangka PSU mestilah mempunyai kekuatan mekanikal yang mencukupi untuk menampung berat komponen-komponen tersebut. PSU yang mempunyai lebih daripada satu ACB
  62. 62. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 62 Nilai arus kerosakan (fault level) ACB ialah 45KA untuk 3 saat. Ini bermakna dengan arus sebanyak 45KA ACB ini boleh bertindak dengan selamat tanpa ianya mengalami kerosakan. Kegunaan lain ACB selain dari sebagai pengasing dan pemutus litar ialah sebagai bus tie atau bus coupler atau sesentuh tukar alih, tetapi hendaklah dari jenis empat kutub. ACB hendaklah diuji dan diperakui mengikut standard ASTA atau KEMA. 4 kutub ACB digunakan sebagai Bus-Tie / Busbar Coupler
  63. 63. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 63 ** NOTA INI HANYA MEMBINCANGKAN PEMUTUS LITAR (ACB) JENIS BOLEH DITARIK KELUAR SAHAJA ** PERHATIAN: WALAUPUN RUPABENTUK DAN JENAMA BERLAINAN TETAPI PEMUTUS LITAR UDARA (ACB) JENIS BOLEH DITARIK KELUAR KEBANYAKKAN ADALAH BANYAK PERSAMAAN DARI SEGI KENDALIAN DAN BINAAN MEKANIKAL CONTOHNYA MEMPUNYAI SHUNT TRIP COIL, ARCHUT, SESENTUH UTAMA , SESENTUH ARKA, LITAR UTAMA , LITAR KAWALAN, KENDALIAN MEKANISMA ( Bersambung, Ujian, Mengasing) DAN SEBAGAINYA. Antara Rekabentuk dan jenama ACB yang terdapat dipasaran
  64. 64. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 64 F E D C B A I H G J Pengenalan bahagian hadapan pemutus litar udara jenama ABB Penunjuk: A. Isyarat penunjuk buka ( 'O' ) dan tutup ( 'I' ). B. Castel key/ Kunci kait punca. C. Punat Tekan untuk membuka '0' (opening / OFF) secara manual. D. Punat tekan kendalian ( Pull Before Operating / P.B.O ) * Perlu ditekan untuk kerja senggara memasuk dan mengeluarkan ACB ( recking-in dan racking-out. E. Punca memasukkan pemutar. F. Penunjuk kedudukkan posisi ACB ( Connected / Test isolated / Disconnected ). G. Punat Tekan untuk menutup ' I ' (closing / ON) secara manual. H. Peranti penunjuk (kuning - bercas dan putih - nyahcas). I. Palang Pengecas Spring / pegas secara manual J. Lebel pengenalan ACB, ( No siri / Arus kendalian / Model ) Rajah pandangan hadapan bahagian ACB
  65. 65. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 65 Istilah-Istilah Mengenai Kadaran a. Kadaran Arus Thermal (rated thermal current) Had arus dimana pemutus litar boleh membawanya secara berterusan tanpa kenaikan suhu yang melebihi nilai tertentu pada suatu keadaan tertentu. b. Kadaran Keupayaan Tutup-Balik Litar Pintas (rated short circuit making capacity) Ini adalah had arus dimana sebuah pemutus litar berupaya menyambung atau menutup balik pada keadaan tertentu. c. Kadaran Keupayaan Putus Litar Pintas (rated short circuit breaking capacity) Ini adalah had arus dimana sebuah pemutus litar berupaya memutuskan litar pada tahap kerosakan tertentu dengan selamat dan tanpa ianya mengalami kerosakan. Kadarannya adalah dalam kiloampiar (KA). d. Kadaran Arus Menahan Pada Masa-Pendek (rated short-time withstand current) Ini adalah arus yang boleh dibawa oleh sebuah pemutus litar dalam masa 1 saat tanpa sebarang keadaan luar biasa pada keadaan yang tertentu Plat pengenalan pemutus litar udara. IEC 947-2 CEI 17-5 F1B In = 1250 A Ue = 660 V Icw = 40 kA x 1 s Ue v 660 500 380 415 220 250 Icu kA 35 40 40 40 40 50-60 Hz cos Ø 0.25 0.25 0.25 0.25 ______ T=15m m Ics = 100% Icu Rajah menunjukkan kedudukkan nama plate ACB dipasang 8 6 7 4 5 2 1 3
  66. 66. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 66 Name plate ACB 1. Simbul lengkap dengan piawaian 4. Kadaran Voltan 2. Jenis / siri pemutus litar ABB 5. Memutus muatan maksimum berpandu pada voltan ( dalam A.C / D.C ) dan pada faktor kuasa ( dalam A.C ) atau pada ketetapan masa ( dalam D.C ) 3. Kadaran arus 7. Khidmat muatan memutus 6. Ketahanan arus dalam masa singkat 8. Kesesuaian untuk penebat Gelong Shunt Trip (Shunt Trip Coil) Gelong shunt trip ialah sebuah gelung yang dipasang didalam ACB untuk tujuan pelantikan secara otomatik. Apabila diberikan bekalan yang sesuai dengan gelong, ia akan bertenaga dan menarik plunger dan seterusnya menyebabkan ACB terpelantik. Gelong ini biasanya berkadaran 240V AC tetapi untuk pemutus litar tertentu ada juga yang kerkadaran 110V AC ataupun 30V DC. Bekalan ini selalunya diterima dari satu punca (palang bas atau bateri) melalui fius, geganti atau butang tekan. Satu suis tambahan mestilah digunakan untuk membuka litar ke gelong tadi supaya ianya tidak terbakar jika bekalan tidak diputuskan untuk jangka masa yang lama. Gelong Voltan Kurang (Under Voltage Coil) Gelong ini akan menyebabkan ACB terpelantik apabila voltan bekalan jatuh kepada suatu nilai tertentu. Jika tiada bekalan ACB tidak boleh di ON kan. SPRING CORE COIL PLUNGER SHUNT TRIP
  67. 67. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 67 PANDANGAN SISI PANDANGAN BELAKANG PANDANGAN DEPAN PEMECAH ARKA / ARCHUT BAHAGIAN SESENTUH SESENTUH UTAMA DAN SESENTUH ARKA LITAR UTAMA / BUSBAR UTAMA KENDALIAN MEKANISMA LITAR KAWALAN PINCHER PEMBUMIAN PALANG PENGECAS SPRING TERLETAK DIBAWAH ARCHUT PEMUTUS LITAR (ACB) JENAMA LARSEN TURBO LIMITED
  68. 68. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 68 PEMECAH ARKA / ARCHUT TERLETAK DIBAWAH ARCHUT BAHAGIAN SESENTUH LITAR KAWALAN SESENTUH UTAMA DAN SESENTUH ARKA LITAR UTAMA / BUSBAR UTAMA PALANG PENGECAS SPRING KENDALIAN MEKANISMA PANDANGAN BELAKANG PANDANGAN DEPAN PINCHER PEMBUMIAN PANDANGAN SISI PEMUTUS LITAR (ACB) JENAMA TERASAKI
  69. 69. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 69 PEMECAH ARKA / ARCHUT TERLETAK DIBAWAH ARCHUT BAHAGIAN SESENTUH SESENTUH UTAMA DAN SESENTUH ARKA LITAR UTAMA / BUSBAR UTAMA LITAR KAWALAN PINCHER PEMBUMIAN PANDANGAN BELAKANG PANDANGAN SISI PANDANGAN DEPAN PALANG PENGECAS SPRINGKENDALIAN MEKANISMA PEMUTUS LITAR (ACB) JENAMA ABB
  70. 70. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 70 BAHAGIAN-BAHAGIAN ACB NAMA BAHAGIAN FUNGSI / KETERANGAN / MAKLUMAT BAHAGIAN SESENTUH Kebanyakan ACB mempunyai tiga kutub walaupun ada yang mempunyai empat kutub. Oleh itu terdapat tiga sesentuh tetap dan tiga sesentuh bergerak. Bila dalam keadaan ON sesentuh tetap dan sesentuh bergerak akan tertutup dan bila dalam keadaan OFF atau terpelantik (trip) ianya akan terbuka. Semua sesentuh diperbuat dari bahan logam yang kuat dari segi mekanikal dan keupayaan membawa arus menutup (making current), arus membuka (breaking current) dan arus litar pintas (short circuit current). Contoh logam yang digunakan ialah silver alloy. Terdapat dua jenis sesentuh iaitu sesentuh utama yang membawa arus beban dan sesentuh arka yang tidak membawa arus beban. Sesentuh utama termasuk didalam litar utama bagi sebuah pemutus litar. Sesentuh arka terbuka bila pemutus litar berada didalam kedudukan tertutup. Sesentuh arka tertutup sebelum dan terbuka selepas sesentuh utama. Ini bagi menggantikan sesentuh utama daripada cepat rosak disebabkan oleh arka. Sesentuh arka adalah sesentuh tambahan yang gunanya ialah untuk membenarkan arka berlaku di sini dan tidak disesentuh utama. Dengan ini sesentuh utama tidak dibebankan dengan arka setiap kali ACB di ON dan OFF kan. Oleh itu sesentuh utama akan tahan lebih lama. Sesentuh Tetap Sesentuh Bergerak Sesentuh Terbuka Sesentuh Tertutup Sesentuh Arka Sesentuh Utama Pandangan atas Bahagian bergerak Bahagian tetap BAHAGIAN – BAHAGIAN ACB
  71. 71. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 71 PEMECAH / PERANGKAP ARKA Arc chute ialah sebuah kekotak yang diletakkan diatas sesentuh utama dan sesentuh tambahan yang tujuannya ialah untuk menyerap percikan dan asap dari arka yang terjadi supaya ia tidak merebak ke bahagian-bahagian lain. Arka, satu aspek gangguan arus yang pasti berlaku, dipadamkan oleh plet-plet pemisah arka (arc splitter plates). Plet-plet pemisah arka terkandung didalam “arc chute” LITAR UTAMA / BUSBAR UTAMA Litar utama atau busbar utama adalah tempat dimana bekalan disambungkan. “Incoming” atau “Outgoing”sesuatu Papan Suis itu adalah bergantung dari mana bekalan dari pihak pembekal itu datang samaada kabel trend atau laluan trungking LITAR KAWALAN /AUXALARY CONTACT Pendawaian yang penting ialah pendawaian diantara geganti ke gelong shunt trip, yang lain ialah pendawaian untuk gelong tanpa voltan dan untuk sesentuh tambahan. Oleh sebab ACB boleh dibawa keluar maka penyambungan pendawaian ini perlulah melalui satu penyambungan yang sesuai seperti litar kawalan dan mempunyai sliding contact.
  72. 72. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 72 PINCHERS PEMBUMIAN Selain pembumian papan suis pada keseluruhan panjang dan tinggi papan suis, pemutus litar juga mempunyai tempat pembumiannya sendiri. Ia memudahkan apabila hendak membuat pengujian penebatan pada pemutus litar udara tersebut. Ianya juga memberi keselamatan daripada arus bocor ataupun peralatan rosak kebumi. Himpunan Mekanisma Pengatup (Closing Mechanism Assembly) Kesemua tenaga yang diperlukan untuk mengatup ACB dicas dan disimpan didalam mekanisma tenaga tersimpan (stored energy mechanism). Operasi mengecas boleh dilakukan dengan tangan atau secara elektrik, dengan menggunakan motor elektrik. Pada pemutus litar yang dikendali dengan tangan, mekanisma tersebut dicas oleh satu daya tetap menggunakan sebuah tuil pengecas manual (manual charging lever). Pada pemutus litar yang dikendali secara elektrik, mekanismanya dicas oleh sebuah motor elektrik. - Charging Handle Satu handle untuk charge spring supaya menyimpan tenaga. - Butang Buka (OFF button) Butang tekan untuk OFF ACB - Butang Tutup (ON button) Butang tekan untuk ON ACB - Penunjuk Open-Close Satu penunjuk samada ACB itu buka (open) atau tutup (close) - Penunjuk Charging Penunjuk samada spring dalam keadaan charge atau discharge - Penunjuk Kedudukan (Position Indicator) Menunjukkan kedudukan ACB samada CONNECTED, TEST atau DISCONNECTED. - Kemudahan Kunci atau Padlock Untuk mengunci ACB supaya tidak diganggu oleh orang yang tidak berkenaan. - Sesentuh Tambahan Untuk litar amaran dan petunjuk (indicator) PINCHERS PEMBUMIAN
  73. 73. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 73 PANDUAN ASAS PROSEDUR HENTI-TUGAS (MEMUTUS BEKALAN PSU) TENTUKAN JENIS SENGGARAAN SENGGARAAN ACB, KAPASITOR BANK, BUSBAR COUPLER DAN SEBAGAINYAR DAPATKAN PERMIT (PTW) DARIPADA PIHAK PENGURUSAN, JURUTERA ATAU ORANG KOMPETAN. KELUARKAN MEMO / NOTIS BERTULIS 72 JAM SEBELUM MEMULAKAN KERJA TENTUKAN TARIKH, MASA, TEMPAT KELENGKAPAN PERALATAN KERJA DAN PEMBANTU PELATAN KERJA MENCUKUPI. BEKERJA SECARA BERKUMPULAN TANDA AMARAN BAHAYA DAN PERSEDIAAN AWAL - PASANG TANDA AMARAN DIPINTU BILIK. - BUKA PINTU UNTUK PENGUDARAAN. - PASTIKAN KELENGKAPAN DALAM BILIK SUIS. TIKAR GETAH PAPAN TANDA BAHAYA SISTEM PEMADAM API CARTA PERTOLONGAN CEMAS PETI PERTOLONGAN CEMAS RAJAH SKEMATIK DIAGRAM BUKU LOG PAPAN SUIS POTONG BEKALAN - BERITAHU PENGGUNA YANG BEKALAN AKAN DIPOTONG SEBENTAR LAGI. - TENTUKAN SISTEM PEMADAM API DI MANUALKAN / OFF REKOD BACAAN JANGKA / PERKAKAS SUIS REKODKAN BACAAN SEMUA JANGKA DALAM SERVIS SHEET. TENTUKAN KEDUDUKAN PERKAKAS (ON / OFF) POTONG BEKALAN BEBAN SECARA BERGILIR - TENTUKAN KITA BERADA DI ATAS TIKAR GETAH UNTUK KESELAMATAN. - KEDUDUKAN SISI SEMASA OPERASI OFF. - POTONG BEKALAN SECARA BERGILIR POTONG BEKALAN ACB OFF KAN BEKALAN ACB DAN TENTUKAN BEKALAN BETUL-BETUL TELAH TIADA
  74. 74. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 74 PANDUAN ASAS PROSEDUR MULA-TUGAS (MENGHIDUPKAN BEKALAN PSU) LANGKAH PENYEMAKKAN - PASTIKAN TIADA LAGI ORANG BEKERJA. - TIADA PERALATAN TERTINGGAL. LANGKAH KESELAMATAN - RESET GEGANTI PERLINDUNGAN. - PERIKSA FIUS. - PERIKSA SEMULA PERKAKAS SUIS KE BEBAN DALAM KEADAAN OFF. MENGHIDUPKAN ACB (ON) - BERITAHU PENGGUNA / PIHAK PENGURUSAN. - PASTIKAN BEKALAN BETUL-BETUL TELAH ADA. - HIDUPKAN PERKAKAS SUIS DARI SAIZ BESAR KE KECIL SEMAK DAN CATIT BACAAN METER REKODKAN BACAAN SEMUA JANGKA DALAM SERVIS SHEET. TENTUKAN KEDUDUKAN PERKAKAS (ON / OFF). BANDINGKAN SEBELUM DAN SELEPAS SERVIS. MEMASTIKAN TIADA BERLAKU PERLANTIKAN TUNGGU BEBERAPA WAKTU (5 HINGGA 10 MINIT) TIADA BEBAN LAMPAU ATAU TRIP. REKOD DALAM BUKU SELENGGARA (BUKU LOG) CATITKAN BUTIR-BUTIR KERJA YANG TELAH DIJALANKAN DALAM BUKU SELENGGARA (BUKU LOG) KEMAS PERALATAN DAN BATAL PERMIT (PTW) - AUTO KAN SEMULA SISTEM PEMADAM API (JIKA ADA). - PASTIKAN KEADAAN BILIK SEBELUM MENINGGALKAN DALAM KEADAAN BERSIH. - BATALKAN PERMIT KERJA.
  75. 75. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 75 PANDUAN SENGGARAAN BERJADUAL PEMUTUS LITAR UDARA (ACB) Pemeriksaan am pada pencawang dan Bilik Suis mestilah di buat terutama kepada kebersihan, pengalihan udara dan perkara-perkara lain yang berkaitan. Perkara-perkara luar biasa seperti kebocoran minyak compound atau sebarang bau yang disebabkan lampau panas, kebisingan yang dikeluarkan oleh bolt & nut yang longgar atau sebarang pengkaratan hendaklah diperbaiki. Kekerapan senggara ACB adalah bergantung kepada jenis litar yang dikawalnya, keadaan kawasan sekeliling dan kekerapan memutus. Pemeriksaan dan rombak-rawat, pengantian alat hendaklah dilakukan seperti yang disenaraikan oleh pihak pembuat. Bukan semua bahagian boleh di buka / ganti. Perancangan senggaraan (Jadual 1 & Jadual 2) OPERASI SENGGARAAN TEMPOH PEMASANGAN KAWASAN BIASA PEMASANGAN KAWASAN BERABUK ATAU TERCEMAR Pemeriksaan am lihat jadual 2 1 tahun 6 bulan Pemeriksaan bhg Luar dan dalam litar kuasa 1 tahun 6 bulan Pemeriksaan Ruang Arka lihat jadual 2 Setiap kali trip , selepas berlaku litar pintas Minyakkan bhg Gelincir Lihat rajah 1 1 tahun 6 bulan Sesudah melakukan Prosuder Henti-Tugas, maka kerja-kerja mengeluarkan / Rack-Out ACB bolehlah dilakukan. Sedia maklum, ACB yang boleh ditarik keluar walaupun dari jenama berlainan, mempunyai satu persamaan iaitu kendalian mekanisma boleh di tarik keluar untuk tujuan pemeriksaan dan senggaraan iaitu pada kedudukan Connector (Bersambung), Ujian (Test Isolated), Mengasing (Disconnector). Dari segi arah putaran pula samada semasa hendak mengeluar / Rack-Out atau memasuk / Rack-In ACB adalah sama sahaja bagi ACB jenis boleh ditarik keluar iaitu putara lawan jam (rack-out) dan putaran arah jam (rack-in). JADUAL 1
  76. 76. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 76 PULL BEFORE OPERATING CONNECT DISCONNECT CONNECTED TEST ISOLATED DISCONNECTED ONOFF PULL BEFORE OPERATING CONNECT DISCONNECT CONNECTED TEST ISOLATED DISCONNECTED > Tekan P.B.O kebawah > Pusingkan pemutar hingga bunyi klic” > Pastikan posisi Connec telah bertukar kepada kedudukkan test isolated ACB ACB ACB Bersambung (CONNECTED) Kedua-dua litar kawalan dan litar utama disambungkan Ujian (TEST ISOLATED) Litar utama diputuskan,tetapi litar kawalan masih tetap tersambung bagi membolehkan ujian dilakukan Mengasing (DISCONNECTED) Kedua-dua litar utama dan litar kawalan diputuskan * Panduan ini adalah penerangan bagi Pemutus Litar Udara (ACB) jenama ABB* Connected : Kedudukan tersambung (connector / service) - Bahagian 'roller contact' Pemutus Litar Udara ke 'busbar' dalam keadaan bersambung. Begitu juga dengan 'auxiliary sliding contact' " masih tersambung. Test isolated : Kedudukan Ujian (test isolated) - Sambungan 'roller contact' dengan 'busbar' telah terpisah tetapi 'auxiliary sliding contact' masih tersambung. Pusing pemutar ikut arah lawan jam
  77. 77. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 77 PULL BEFORE OPERATING CONNECT DISCONNECT CONNECTED TEST ISOLATED DISCONNECTED ONOFF PULL BEFORE OPERATING CONNECT DISCONNECT CONNECTED TEST ISOLATED DISCONNECTED > Tekan P.B.O kebawah > Pusingkan pemutar hingga bunyi klic” > Pastikan kedudukkan test isolated telah bertukar kepada kedudukkan disconnect Disconnected : Kedudukan Mengasing (Disconnect) -. Sambungan 'roller contact .dengan 'busbar' dan 'sliding auxiliary contact' telah terpisah. ACB telah sedia ditarik keluar Tarik Pemutus Litar keluar perlahan-lahan sehingga rasa tersangkut, lihat gambar dibawah . Pemutus litar hendaklah diangkat sedikit untuk melepasi cangkuk ”X” (lihat gambar disebelah) sebelum boleh dibawa keluar. Kedudukan ACB setelah ditarik keluar dan dalam keadaan selamat (save position). P / S : Ini adalah keterangan bagi ACB jenama ABB sahaja. Sebarang kedudukan ”save position” bertanda ’X’ tidaklah sama dengan jenama lain dan perlulah merujuk kepada pihak pembuat / pembekal serta rujuk kepada manual sesuatu jenama itu. Pusing pemutar ikut arah lawan jam Peringatan : ACB perlu diangkat sedikit semasa kerja menarik keluar dilakukan. Lihat rajah yang bertanda X
  78. 78. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 78 Setelah ACB dikeluarkan, kuncikan shutter bersama “Papan Tanda Amaran Bahaya” kemudian tutup pintu perumah ACB dan gantungkan lagi “Papan Tanda” pada pintunya. Bersihkan ACB daripada habuk dan debu dengan menggunakan blower / vacum. Kemudian ketatkan bolt dan nat. Bersih ACB dengan menggunakan Kain bersih / blower Ketatkan bolt dan nat mana yang longgar. Papan Tanda diluar PSU Papan Tanda didalam perumah ACB
  79. 79. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 79 Sebelum kerja-kerja senggaraan dilakukan, ujian ‘Insulation Resistence Test’ (IR Test) mestilah dilakukan terlebih dahulu dan catitkan didalam buku log. a. Ujian Keterusan Litar Utama (menggunakan AVO Meter / Multimeter). b. Ujian Rintangan Penebatan. (dilakukan diantara Pengasing litar utama (incoming) dan (out going) serta Fasa dengan bumi (pincher pembumian). (menggunakan Insulation Tester 1000V/2000MΩ) c. Ujian rintangan gegelong pirau (shunt trip). (AVO Meter / Multimeter / bekalan 230V) INCOMING OUTGOING FASA MERAH FASA KUNING FASA BIRU UJIAN KETERUSAN * Gunakan multimeter pelbagai. * ACB dalam keadaan ‘ON’ * Ambil bacaan antara ‘incoming’ dan ‘outgoing’ setiap fasa. * Catitkan bacaan dalam manual sheet atau buku log. ACB MULTIMETER PERKARA YANG DIUJIBIL R & R …………... Y & Y …………... B & B …………... CONTOH: 1
  80. 80. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 80 UJIAN PENEBATAN * Gunakan insulation tester (1000V / 2000 M ) * ACB dalam keadaan ‘ON’ * Ambil bacaan antara fasa & fasa, fasa & bumi. * Catitkan bacaan dalam manual sheet atau buku log. PERKARA YANG DIUJIBIL Y & B …………...M INSULATION TESTER INSULATION TESTER PUNCA BUMI R & Y …………...M R & E …………...M B & R …………...M B & E …………...MY & E …………...M 1 2 Antara fasa & fasa Antara fasa & bumi
  81. 81. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 81 UJI GELONG PIRAUBIL …..…………...1 2 UJIAN RINTANGAN GEGELONG PIRAU / SHUNT TRIP Uji mengguna Multimeter Uji mengguna punca bekalan 230V Sambung punca multimeter ke terminal gegelong shunt trip. Bacaan hendaklah diantara 230 - 280 Sambung punca bekalan satu fasa ke terminal gegelong shunt trip. ACB akan terpelantik menandakan ianya baik MULTIMETER ACB dalam keadaan “ON” MULTIMETER BEKALAN 1 FASA NILAI UJIAN ACB TRIP / TIDAK TRIP KEPUTUSAN BAIK / ROSAK BAIK / ROSAK CONTOH: 'auxiliary sliding contact
  82. 82. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 82 Setelah Ujian IR Test dilakukan maka kerja-kerja senggaraan boleh dilakukan mengikut perancangan / manual pembuat hendaklah dirujuk. PANDUAN SENGGARAAN. BHG YG PERLU DIPERIKSA PEKARA NEGETIVE YANG MUNGKIN UJUD PENYELESAIAN Kendalian Mekanikal - Kekotoran bhg dalam - Pergas yg teroksid / melekat - Sekeru / nut longgar - Dawai pengalir tertanggal - cuci dgn berus atau kain kering - Gantikan dengan yg baru - Ketatkan Sekeru / nut - Ikatkan semula dan ketatkan. Sesentuh - Wujud kekotoran di bahagian penebat. - Cuci dengan kain kering. Sesentuh Arka Rajah 1 - Jarak sesentuh (A) yang Sesuai ialah l.2 mm hingga 1.5 mm. - Kehausan yang ketara pada Sesentuhnya. - Periksa sesentuh dan laraskan jaraknya - Cuci dgn kain abrasive atau gantikan sesentuh dan laraskan jaraknya. A B D C A A = JARAK SESENTUH A = SESENTUH ARKA B = SESENTUH UTAMA TANDUK ARKA TETAPTANDUK ARKA BERGERAK SESENTUH UTAMA SESENTUH ARKA RAJAH 1 RAJAH 2 JADUAL 2
  83. 83. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 83 BHG YG PERLU DIPERIKSA PEKARA NEGETIVE YANG MUNGKIN UJUD PENYELESAIAN Sesentuh utama - Kehausan ketara atau ujud tompok kesan arka pada permukaannya. - Sekeru pemegang sesentuh(C) longar - cuci dengan kain abrasive’ atau jika kerosakan ketara tukar baru. - Ketatkan skru “C”. Tanduk arka / Arkshut’ - Ujud kesan habuk dan asap. - Ujud keretakan di ruang arka. - Terdapat perbezaan kehausan di dalam bilah-bilah ruang pemecah arka. - Bersihkan dengan udara Mapan dan beruskan. - Ganti baru. - Cuci dengan contact cleaner atau Vaselin an sapukan Neutral gris / heavy duty gris. Pengasing litar bus-bar utama D - Nut dan sekeru longar. - Keretakan bahagian penebat. - Sesentuh pengasing teroksid. - Cuci dengan contact cleaner dan sapukan dengan Neutral grease / Vaselin. - Ketatkan bahagian yang perlu. - Ganti baru. Pinchars Pembumian - Ujud pegosidaan. - Sekeru longgar. - Cuci dengan contact cleaner’ dan sapukan Neutral Geres. - ketatkan sekeru. Gegelung shunt trip - Periksa gegelung trip, tolakkan terasnya pastikan ianya bergerak - Uji rintangannya. Suntikkan gegelung trip dengan bekalan voltan mengikut kadarannya. NOTA : Selepas membuat pemeriksaan keatas sesentuh arka dan utama, lakukan ujian KESERATAAN.(Ujian keserataan / stamping test dibuat dengan menggunakan kertas putih dan kertas karbon)
  84. 84. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 84 UJIAN KESERATAAN / STAMPING TEST Cas dahulu spring pergas pengecas Masukkan kertas putih bersama kertas karbon dalam ketiga-tiga ruangan sesentuh PERKARA YANG DIUJIBIL R……………..%1 2 SESENTUH ARKA SESENTUH UTAMA NILAI UJIAN CONTOH: ON kan ACB sekejap dan OFF kan semula. Lihat keserataan permukaan sesentuh arka dan utama. Luas keserataan yang bertanda hitam mestilah minimum 80% keseluruhan. Gosok dengan kertas pasir jika perlu. R……………..% Y……………..% Y……………..% B……………..% B……………..%
  85. 85. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 85 Disamping JADUAL 1 & JADUAL 2, jadual dibawah perlu dilakukan semasa senggaraan. ALAT YG PERLU DIPERIKSA CARA-CARA TINDAKAN Mekanisma Kendalian manual - Lakukan kendalian ON dan OFF sekali. - Kendalian pergas pengecas bergerak licin tanpa halangan. Gelung Trip. Periksa jenisnya. a. Shunt Trip (ST) b. Under Voltage Coil (UV). - Semasa pemutus berada dalam keadaan tutup (ON), masukkan bekalan mengikut kadaran gelung. - Semasa pemutus berada dalam keadaan buka (OFF), masukkan voltan gelong, pemutus dapat ditutup(ON)kan - Pemutus akan trip sebaik sahaja gelung shunt trip menerima voltan. - Pemutus tidak boleh ditutup (ON) jika voltan tidak dibekalkan pada gelung UV. Pemutus akan trip apabila gelung UV tidak menerima voltan. Sesentuh tambahan - Periksa sambungan dengan multimeter. Kendalikan ON dan OFF pemutus litar - Sambungan akan dapat di tentukan oleh meter tersebut. Alat kait-punca (interlock) - Kenal pasti alat kait-punca di pemutus litar, sama ada menggunakan Caster Key atau menggunakan kunci - Pemutus litar tidak dapat di tutup (ON) jika Caster Key dikeluarkan. PERHATIAN: * SESUDAH SELESAI KERJA-KERJA SENGGARAAN DILAKUKAN PADA ACB, UJIAN ” IR TEST ” MESTILAH DILAKUKAN SEMULA. TUJUAN UJIAN IR TEST DILAKUKAN SEBELUM SENGGARAAN DAN SELEPAS SENGGARAAN ADALAH UNTUK PERBANDINGAN. Sila rujuk semula manual bagaimana ujian ”IR Test” dilakukan*
  86. 86. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 86 Selain daripada itu, senggaraan Perumah ACB perlulah dilakukan. Periksa bahagian-bahagian yang bergerak (landasan ACB) bersih dari habuk menggunakan blower / vacum dan dari kekotoran minyak. Sapukan neutral gris / vaselin mana tempat yang perlu dan bersih menggunakan kain bersih. Periksa bolt dan nat mana yang longgar dan ketatkan. Periksa shutter dalam keadaan baik iaitu boleh terbuka dan terkatup dan sesentuh tambahan dalam keadaan baik sambungannya. Sesudah selesai kesemua kerja-kerja senggara, maka barulah anda boleh melakukan Prosuder Mula- Tugas. Sila rujuk semula manual prosuder mula-tugas yang telah diberi. MAKLUMAT TAMBAHAN Senggaraan Pada Masa Tertentu. Senggaran pada masa tertentu ialah kerja-kerja pemeriksaan dan senggaraan yang sistematik ke atas pepasangan bagi mengelakkan kerosakan. Senggaraan Pencegah. Senggaraan pencegah adalah pemeriksaan dan senggaraan bagi menentukan tanda-tanda yang akan menimbulkan kerosakan kelak. Ia boleh dikesan dengan menjalankan ujian-ujian tertentu keatas pepasangan berkenaan. Keadaan yang boleh menyebabkan Pemutus Litar Udara (ACB) terpelantik.  Arus tinggi (High Current)  Litar Pintas (Short Circuit)  Voltan Rendah (Under Voltage)  Beban Tidak Seimbang (Unbalance Load)  Arus Balikan (Reverse Current)
  87. 87. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 87 RINGKASAN PROSUDER SENGGARAAN PAPAN SUIS UTAMA Kerja-kerja sebelum memulakan senggaraan. 1. Tentukan jenis senggaraan yang hendak dilakukan. seperti senggaraan ACB, Kapasitor Bank, Busbar Coupler dan sebagainya. 2. Kenal pasti senggaraan dan jenisnya. Seperti senggaraan Pemutus Litar Udara (ACB). Kebiasaannya senggaraan ACB dibuat jadual. Bergantung kepada keadaan tempat. 3. Dapatkan permit kerja dari pihak pengurusan (PTW). 4. Keluarkan MEMO / NOTIS maklumkan kepada pihak pengurusan / pengguna. a. Tarikh dan masa senggaraan. b. Tempat dan masa yang diambil. Untuk memulakan senggaraan ACB. 5. kenal pasti bahan-bahan, perkakas-perkakas dan lain-lain keperluan untuk penyelenggaraan Pemutus Litar Udara (ACB) dibawa. 6. Sebelum masuk bilik papan suis, buka pintu dan biarkan dalam beberapa saat untuk meneutralkan pengudaraan didalamnya. 7. Apabila memasuki bilik papan suis, pastikan jenis sistem kawalan pemadam api. Jika ajenis kawalan Automatik hendaklah dimanualkan / di OFF kan terlebih dahulu. 8. Tentukan tersedia peralatan keselamatan seperti berikut. a. Alat pemadam api e. Danger Board. b. Tikar Getah. f. Skematik diagram c. Carta Pertolongan Cemas g. Kotak pertolongan cemas. d. Buku catitan (Buku Log) 9. Sebelum ACB di off kan maklumkan kembali secara lisan kepada pihak pengurusan. 10. Rekodkan Bacaan – Ammeter, Voltmeter, Power Factor meter. ini sebagai panduan untuk perbandingan selepas kerja senggaraan dibuat. 11. Matikan Out feeder (MCCB) terlebih dahulu untuk mengelakkan percikan arka yang kuat pada ACB. 12. Memutuskan bekalan (OFF) ACB – tekan butang merah – isyarat ’O’ pada ACB. Keluarkan (hanya orang yang memegang perakuan kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik sahaja yang boleh memutuskan bekalan di ACB). Selain orang kompeten hendaklah berada 3 meter dari papan suis tersebut. 13. Pastikan bekalan betul-betul dimatikan dengan melarakan Volt Meter, Amp selector dan perhatikan indicator lamp. 14. Kerja-kerja Rack Out / In pemutus litar boleh dilakukan. Buka pintu perumah ACB terlebih dahulu. Mengeluarkan ACB (rack-out) a. Tukarkan kedudukan ”Connected” kepada ’Test Isolated’ masukkan pemutar dan tekan lever ’PBO’ kebawah dan pusing pemutar arah lawan jam hingga bunyi ’klik’. b. Tukarkan kedudukan ’Test Isolated’ kepada ’Disconnected’ masukkan pemutar dan tekan lever ‘PBO’ dan pusing arah lawan jam hingga bunyi ‘klik’. c. Tarik pemutus litar dan keluarkan perlahan-lahan hingga tersangkut. d. Pemutus litar hendaklah diangkat sedikit untuk melepasi cangkuk (lock) sebelum diangkat keluar. e. Letakkan pemutus litar di tempat yang khas untuk diselenggara.
  88. 88. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 88 15. Setelah ACB dikeluarkan, kuncikan shutter bersama papan tanda amaran bahaya, kemudian pintu perumah ACB ditutup dan gantungkan lagi papan tanda amaran di pintunya. 16. pemutus ltar yang dikeluarkan tadi hendaklah dibersihkan daripada habuk dan debu dengan Blower / Vacum agar senang melakukan kerja-kerja senggaraan. 17. Sebelum kerja-kerja senggaraan dilakukan, ujian ’Insulation Resistance Test’ mesti dilakukan terlebih dahulu dan catitkan bacaannya dalam manual sheet / Buku Log. Lakukan kerja-kerja selenggaraan mengikut perancangan / manual pembuat dan hendaklah dirujuk. Bahagian yang perlu diperiksa. BAHAGIAN YANG PERLU DIPERIKSA. PERKARA NEGATIV YANG MUNGKIN UJUD PENYELESAIAN Kendalian Mekanikal - Kekotoran bahagian dalam - Pergas yang terosid / melekat - Skrew / nat longgar - Dawai pengalir tertanggal - Cuci dgn berus atau kain kering - Gantikan dengan yang baru - Ketatkan skrew / nat - Ikatkan semula dan ketatkan. Sesentuh - Wujud kekotoran dibahagian penebat - Cucui dengan kain kering Sesentuh Arka - Jarak sesentuh yang sesuai ialah 1.2mm hingga 1.5mm - Kehausan yang ketara pada sesentuh - Periksa sesentuhnya dan laras jaraknya. - Cuci dengan kain abrasive atau gantikan sesentuh dan laraskan jaraknya Sesentuh Utama - Kehausan ketara atau ujud tompok kesan arka pada permukaannya - Skrew pemegang sesentuh longgar - Cuci dengan kain abrasive atau kerosakkan ketara tukar baru. - Ketatkan skrew pemegang sesentuh Tanduk Arka - Wujud kesan habuk dan asap - Wujud keretakkan diruang arka - Terdapat kehausan ketara didalam bilah-bilah ruang arka pemecah arka - Bersihkan dengan udara mampan dan beruskan. - Ganti baru. - Cuci dengan contact cleaner atau Vaselin dan sapukan Neutral gris / Heavy duty gris. Pengasing litar busbar utama / Roller Contect - Nat dan skrew longgar. - Keretakkan di bahagian penebat. - Sesentuh pengasing terosid. - Ketatkan mana yang perlu. - Ganti baru. - Cuci dengan contact cleaner atau vaselin dan sapukan neutral gris / heavy duty gris. Pinchers Pembumian - Wujud pengoksidaan. - Skrew longgar. - Cuci dengan contact cleaner atau vaselin dan sapukan neutral gris / heavy duty gris. - Ketatkan skrew. Gegelung Shunt Trip - Periksa gegelung shunt trip, tolakkan terasnya pastikan ia bergerak bebas. - Uji rintangannya. Suntikkan gegelung trip dengan bekalan voltan mengikut kadarannya. NOTA : selepas membuat pemeriksaan keatas sesntuh arka dan utama, lakukan ujian Keserataan. (ujian keserataan dibuat dengan menggunakan kertas putih dan kertas karbon)
  89. 89. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 89 Setelah selesai senggaraan ACB dilakukan 18. Lakukan ujian IR Test sekali lagi untuk memastikan senggaraan ACB betul-betul dalam keadaan baiksekiranya bacaan selepas ujian tidak memuakan, ACB perlu diselenggara sekali lagi. 19. Selepas selesai semua senggaraan pastikan tiada peralatan yang tertinggal dalam ACB. 20. Tanggalkan papan tanda amaran di pintu perumah ACB dan buka pintu perumah ACB. 21. Keluarkan papan tanda bahaya yang dikunci bersama shuttlenya tadi dan pastikan ia dapat bebas bergerak dan griskan landasannya. Periksa perumah (housing) ACB. 22. Masukkan ACB (rack in) a. Masukkan pemutus litar ke housing ACB dan tolak pemutus litar perlahan-lahan sehingga ianya rapat. b. Tukarkan kedudukkan ’Disconnected’ kepada ’Test Isolated’. Masukkan pemutar dan tekan lever ‘PBO’ kebawah, pusing pemutar mengikut arah jam perlahan-lahan sehingga bunyi ‘klik’. c. Tukarkan kedudukkan ‘Test Isolated’ kepada ‘Connected’. Masukkan pemutar dan tekan level ‘PBO’ kebawah, pusingkan pemutar mengikut arah jam perlahan-lahan sehingga bunyi ‘klik’. 23. Tutup pintu perumah ACB kemudian buat cas pada ACB dengan menggunakan palang pengecas. 24. Sebelum ACB hendak di ON kan beritahu pihak pengurusan secara lisan bagi mengelakkan sebarang kemalangan. 25. Semasa ACB hendak di ON kan pastikan tiada rakan sekerja berdekatan. Sekiranya ada, pastikan jaraknya 3 meter daripada papan suis. 26. Pastikan bekalan elektrik tersambung. Ambil bacaan pada meter seperti yang diambil sebelum kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan. 27. kemaskan peralatan dan perkakas, simpan ditempat asal. 28. Sebelum meninggalkan bilik papan suis, sistem kawalan pemadam api (jika ada) di di manualkan / OFFkan, di Auto kan semula. 29. Batalkan permit kerja (PTW).
  90. 90. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 90 BIL Kumpulan / Tugas Tindakan Tali pengadang (danger tape) diletakkan dikawasan bilik papan suis . Papan tanda DILARANG MASUK dan KERJA KERJA PENYELENGGARAAN SEDANG DIJALANKAN hendaklah diletakkan. Memasang tali pengadang dan memasang papan tanda1. Membuka pintu bilik papan suis dan biarkan beberapa minit (5 minit) untuk memastikan udara bilik bersih dan tidak terdapat benda yang mencurigakan. Mengesan benda / gas bahaya dalam bilik PSU 2. Memastikan alat pemadam api jenis CO2 berada pada tempatnya dan dalam keadaan baik Memeriksa fire extinguser3. Memastikan terdapat lukisan gambarajah skematik di dinding bilik PSU dalam keadaan baik Memastikan terdapat carta pertolongan cemas seperti carta Holgen Neilson, Silvester atau CPR Memastikan terdapat tikar getah di depan Papan Suis Utama berukuran 5mm x 450mm x 300mm Memastikan lampu biasa masih berfungsi dan lampu kecemasan didalam bilik PSU untuk tujuan kerja dan penyelenggaraan 4. 5. 6. 7. Gambarajah skematik PSU Carta Pertolongan cemas Tikar getah Lampu biasa dan kecemasan 8. Terdapat alat perkakas untuk selenggara mengeluarkan ACB Memastikan terdapat alat pengeluar ACB berada ditempatnya Sebelum kerja Shut Down, pastikan kedudukan perkakas suis MCCB / Fius Suis / Suis Fius yang tersambung ON dan OFF untuk keselamatan semasa menyambung bekalan Penyemakkan kedudukan perkakas suis9. Mencatit bacaan meter seperti arus, Max demand, Voltan Bekalan, faktor kuasa dan KW 10. Mencatit bacaan meter PSU Menyemak laporan perkara kerja terdahulu dan alat ganti yang telah dibaiki atau diganti. Menyemak tatacara mengeluarkan ACB di buku manual Memeriksa laporan buku selenggaraan (buku log) dan manual PSU11. Memastikan kelengkapan alat perkakas, alat ujian dan bahan penyelenggaraan tersedia dalam keadaan baik untuk mengelak kerja berulang / tergendala 12. Kelengkapan alat perkakas, alat ujian dan bahan penyelenggaraan TUGASAN A : Langkah keselamatan persediaan awal tatacara menyelenggara dibilik Papan Suis Utama Berdasarkan maklumat penerangan dan kerja yang dilakukan oleh calon-calon semasa membuat amali penyelenggaraan PANDUAN PEPERIKSAAN AMALI Selenggara Pemutus litar Udara (ACB) di bilik Papan Suis Utama 12 perkara patut diberitahu
  91. 91. Disediakan oleh AFZAMIZAN Bengkel Penjaga Jentera Elektrik A1 91 Memastikan kerja-kerja pemeriksaan dan pembersihan telah dibuat dibahagian luar-dalam ACB. Kerja mengetat skrew, bolt nat yg didapati longgar dan tiada kerosakan BIL Kumpulan / Tugas Tindakan Pemeriksaan dan Pembersihan bahagian luar dan dalam. Ketatkan skrew, bolt nat dan lain-lain Memasukkan kerja pemeriksaan dan pembersihan alat perangkap arka dalam keadaan baik Pemeriksaan dan pembersihan Arc chute Memastikan pemeriksaan dan servis bahagian mekanikal. Roller di minyakkan Pemeriksaan dan letakkan minyak gris di roller utama Memastikan pemeriksaan dan servis di bahagian alat pengsuisan dalam keadaan baik dan diletakkan gris di bahagian mekanikal Pemeriksaan dan servis di bahagian kendalian mekanikal Memastikan pemeriksaan keserataan sesentuh tersambung dengan kemas dengan menggunakan kertas karbon / kertas putih dan servis dibahagian permukaan sesentuh digosok dengan fire glass paper / di lap dengan kain bersih dan diletakkan dengan Vaselin / petroleum jelly Pemeriksaan keserataan sesentuh, pembersihan dibahagian kutub ( sesentuh tetap dan bergerak) dan letakkan bahan vaselin / petroleum jelly dipermukaan sesentuh 1. 2. 3. 4. 5. TUGASAN C : Kerja senggaraan Pemutus Litar Udara (ACB) BIL Kumpulan / Tugas Tindakan Memastkan surat arahan penyelenggaraan telah dikeluarkan oleh penyelia / jurutera yang berkenaan sebelum kerja penyelenggaraan dijalankan Dapatkan PTW (surat arahan kerja) daripada jurutera berkenaan 1. Memastikan pengguna bekalan telah diberitahu tarikh dan masa bekalan akan dipotong Notis/beritahu penguna-pengguna dimana bekalan akan dipotong 2. Pastikan sambungan ke beban telah di OFF kan sebelum ACB ditripkan untuk mengelak kesan arka yang tinggi didalam ACB OFF kan perkakas suis ke beban (periksa bacaan arus sebelum dan sesudah di OFF) 3. Memastikan ACB telah OFF dengan tanda penunjuk yang betul seperti ‘O’ atau OFF kod warna hijau. Tiada bekalan didapati melalui bacaan jangka volt/lampu pandu telah padam Memastikan tatacara mengeluar ACB dengan betul menggunakan alat pengeluar/membuka kekunci Memastikan ada penunjuk menerangkan ACB tersambung (connected). Dimana roller contact ke bus-bar dalam keadaan bersambung dan auxiliary sliding contact bersambung ke litar geganti. Memastikan langkah kedua ACB dikeluarkan dalam kedudukan Ujian (test). Dimana roller contact kepada bus- bar terpisah dan auxiliary sliding contact masih dalam keadaan tersambung. 4. 5. Tripkan ACB. Periksa tiada bacaan voltan dan lampu penunjuk padam Langkah-langkah dan cara mengeluarkan ACB (rack-out) a) ACB dalam kedudukan tersambung (Connected) b) ACB dalam kedudukan Ujian (Test Isolated) Memastikan langkah ketiga ACB dikeluarkan dalam kedudukan berasingan (disconnected). Dimana roller contact dan auxiliary sliding contact telah terpisah Memastikan pintu ACB telah ditutup dengan kemas dan digantung papan tanda untuk keselamatan AWAS dan BAHAYA / PSU SEDANG DIBAIK PULIH c) ACB dalam kedudukan terasing (Disconnected) Memastikan ACB diturunkan dalam keadaan baik dengan cara yang betul diletakkan diatas tikar getah d) ACB dikeluarkan dan diletakkan diatas tikar getah Notis papan tanda AWAS, BAHAYA di pintu ACB (di gantungkan) 6. TUGASAN B : Memutuskan bekalan (Shut Down) 10 perkara patut diberitahu 5 perkara patut diberitahu

×