SlideShare a Scribd company logo
1 of 58
Download to read offline
i
ii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA
SURAT
BAB 1 MENGENALI KOMPONEN
KAWALAN MOTOR
1-2
BAB 2 PUNAT TEKAN /PUSH
BUTTON
3-6
BAB 3 SESENTUH/ CONTACTOR 7-14
BAB 4 GEGANTI BEBAN
LAMPAU/ THERMAL
OVERLOAD RELAY
(TOR)
15-22
BAB 5 GEGANTI LEWAT MASA /
SUIS PEMASA (TIMER)
23-29
BAB 6 LAMPU PANDU (PILOT
LAMP) / LAMPU
PENUNJUK (INDICATOR
LAMP)
30-32
BAB 7 PEMUTUS LITAR KENIT /
MINIATURE CIRCUIT
33-36
iii
BREAKER (MCB)
BAB 8 PENGUJIAN KOMPONEN 37-43
BAB 9 SOALAN PENILAIAN 44-54
RUJUKAN 55
1
BAB 1
MENGENALI KOMPONEN KAWALAN
MOTOR
KONSEP ASAS KAWALAN MOTOR
Kawalan motor adalah satu sistem yang terdiri daripada
gabungan beberapa peralatan yang bertujuan untuk
mengawal pergerakan motor sama ada 1 fasa atau 3 fasa.
Tujuan utama kawalan motor adalah untuk :
● Pemencilan (isolator)
● Perlindungan litar pintas
● Perlindungan arus beban lampau
●Perlindungan tanpa voltan
2
Berikut adalah komponen yang perlu digunakan dalam
kawalan motor:
1. Punatekan (Push Button)
2. Sesentuh (Contactor)
3. Geganti beban lampau (OverLoad Relay)
4. Geganti lewat masa (Timer Delay)
5. Lampu Penunjuk/Lampu Pandu (Indicator Lamp/ Pilot
lamp)
6. Pemutus litar (C/B)
3
BAB 2
PUNAT TEKAN / (PUSH BUTTON)
Konsep Asas Punat Tekan / Push Button
1 .Punatekan (push button) berfungsi sebagai suis untuk
memula dan memberhentikan motor dengan selamat.
Terdapat dua jenis punat tekan iaitu start (normally open)
dan stop (normally close). Kedua-duanya dikawal oleh
pegas (spring).
2. Ada beberapa jenis punatekan elektrik yang mana
digunakan untuk mengawal pengaliran arus di dalam
sesebuah litar. Kendalian sesentuh bagi punat tekan ialah:
a. Bagi menyambung, iaitu membolehkan
pengaliran arus.
b. Bagi memutus, iaitu menyekat pengaliran arus.
4
Rajah 2.1 : Punat tekan stop dan punat tekan start
Rajah 2.2 : Struktur Binaan Punat tekan start dan stop
SPRING
PENGALIR
SESENTUH
PENEKAN
SPRING
PENGALIR
SESENTUH
PENEKAN
5
Rajah 2.3 : Simbol Punat Tekan
a) Punat tekan Start
b) Punat tekan Stop
c) Punat Tekan (Stop/Start)
(a)
(b)
(c)
6
Rajah 2.4: Jenis –Jenis Punat Tekan
7
BAB 3
SESENTUH / (CONTACTOR)
Konsep Asas Sesentuh
1. Sesentuh ialah satu suis yang dikendalikan oleh satu
elektromagnet bertujuan bagi menyambung dan
memutuskan litar.
2. Elektromagnet mempunyai satu gelung di mana litarnya
dilengkapkan oleh punat tekan.
3. Arus akan mengalir ke dalam gelung, menghasilkan urat
daya magnet yang mana menarik angker supaya bergerak
dari keadaan membuka kepada menutup.
4. Sesentuh-sesentuh suis disambungkan secara mekanikal
ke angker supaya,apabila angker bergerak kepada keadaan
menutup,akan juga menutup sesentuh tersebut.
8
Terdapat 2 Jenis Sesentuh
1. Sesentuh Utama (Main Contact) sesentuh yang
disambung terus ke motor .
2. Sesentuh Tambahan (Auxillary Contact). Terbahagi
kepada dua iaitu:
a. Sesentuh Lazim Tertutup (Normally Close-NC)
b. Sesentuh Lazim Terbuka (Normally Open- NO)
Sesentuh Utama/ Main Contactor
1. Sebagai sesentuh utama atau kuasa yang membawa arus
motor.
2. Sesentuh utama berfungsi untuk menyambung dan
mematikan litar kuasa.
9
Rajah 3.1 : Sesentuh / Contactor
Rajah 3.2 : Konsep Asas Sesentuh
Daya tarikan magnet
Sesentuh bergerak
Sesentuh tetap
10
Sesentuh Tambahan/ Auxiliary Contactor
1. Ianya dibentuk hanya untuk membawa arus kawalan.
2. Ia boleh dijadikan sebagai sesentuh sedia terbuka atau
sedia tertutup dan biasanya digunakan untuk mengawal
penyentuh yang lain apabila kawalan turutan diperlukan,
contohnya untuk mengawal dua penyentuh daripada
menutup dalam satu masa yang sama.
3. Juga boleh digunakan sebagai suis untuk lampu pandu
dan isyarat.
Rajah 3.3 : Sesentuh Tambahan/ Auxiliary Contactor
11
Rajah 3.3 : Simbol Sesentuh
a) Sesentuh utama biasanya sedia buka sahaja dan
dipasang di litar utama sahaja.
b) Sesentuh tambahan sedia buka yang biasa dipasang
di litar kawalan sahaja.
c) Sesentuh tambahan sedia tutup yang biasa dipasang
di litar kawalan sahaja.
(a)
SESENTUH UTAMA
SESENTUH TAMBAHAN
SEDIA BUKA
SEDIA TUTUP
(b)
(c)
12
Rajah 3.4 : Struktur Binaan Sesentuh
PRINSIP KENDALIAN
Boleh berfungsi pada 240V atau 415V (AC dan DC)
1. Bila gelung mendapat bekalan aruhan, elektromagnet
wujud pada teras besi.
ANGKER
SESENTUH
SEDIA
TUTUP
SPRING
GELUNG
SESENTUH
SEDIA
BUKA
BESI
LEMBUT
TERAS
TETAP
TERAS BOLEH
GERAK
13
2. Teras tetap menarik teras boleh gerak dan juga
menggerakkan angker.
3. Angker mempunyai sesentuh boleh gerak dan
menggerakkan sesentuh tersebut.
4. Saiz sesentuh bergantung pada keupayaan membawa arus
sesentuh tersebut.
Rajah 3.5 : Jenis-Jenis Sesentuh
14
Faktor yang menyebabkan sesentuh tidak dapat bekerja
dengan sempurna dan mengeluarkan bunyi bising ketika
sesentuh sedang beroperasi ialah:
1. Voltan kendalian tidak menepati spesifikasi gelung
2. Gelung yang salah pemasangannya
3. Susunan antara angkir dan pasangan magnet tidak lurus
4. Kotor,karat dan lain-lain di atas permukaan magnet.Ini
menyebabkan angkir tidak dapat menutup sepenuhnya.
5. Pemasangan penyentuh tidak betul.
6. Oksidasi pada sesentuh sedia buka/ sedia tutup.
7. Jenis bekalan aruhan pada gelung tidak mengikut
spesifikasi ( AC/DC).
15
BAB 4
GEGANTI BEBAN LAMPAU/
THERMAL OVERLOAD RELAY (TOR)
Konsep Asas Geganti Beban Lampau
1. Kendalian geganti terdiri daripada dwilogam yang
dicantumkan kepada satu sesentuh sebagai alat pemutus
litar kawalan dan seterusnya memutuskan litar kuasa.
2. Jika arus yang masuk tidak melebihi jumlah yang
dihadkan,dwilogam tidak akan memberi apa-apa
kesan,tetapi apabila arus melebihi arus yang dihadkan
masuk ke litar kuasa dwilogam akan menjadi panas dan
seterusnya akan meleding dan seterusnya memutuskan litar.
3. Selain untuk perlindungan beban lebih,geganti jenis ini
juga boleh digunakan untuk perlindungan terhadap fasa
tunggal(single phasing).
16
PERLINDUNGAN BEBAN LAMPAU
1. Bagi menghalang sesebuah motor elektrik daripada
terbakar dan boleh tahan lama, maka satu pelindung beban
lampau perlu ada di dalam litar kawalan.
2. Beban lampau terjadi disebabkan oleh pemutaran mesin
yang melebihi keupayaan voltan talian yang rendah atau
talian terbuka dalam sistem berbagai fasa yang mana akan
menghasilkan kendalian sefasa.
3. Semasa beban lampau berlaku pada sesebuah motor, ia
akan mengambil arus yang berlebihan dan menyebabkan
belitan menjadi terlalu panas.
4. Oleh kerana kepanasan yang lampau akan menyebabkan
kerosakan penebat lilitan motor tersebut yang dengan
sendirinya merosakkan motor itu.
17
Rajah 4.1 : Geganti Beban Lampau
18
Rajah 4.2 : Terminal Geganti Beban Lampau
19
Rajah 4.3 : Simbol Geganti Beban Lampau
a) Digunakan bagi litar kuasa.
b) Digunakan bagi litar kawalan
Prinsip Operasi Kerja
1. Geganti beban lampau direka bentuk untuk dua tujuan
yang utama iaitu :
a) Digunakan secara automatik bagi memutuskan bekalan
elektrik kepada motor jika berlaku arus beban lampau.
(b)
(a)
20
b) Geganti beban lampau boleh dilaraskan mengikut
spesifikasi sesuatu motor untuk tujuan memutuskan litar.
2. Ketika berlaku beban lampau pada motor, arus beban
yang mengalir adalah melebihi dari nilai arus yang telah
disetkan pada geganti beban lampau.
3. Alat logam dua lapis akan menjadi panas dan ia akan
menolak bar kerja dan seterusnya menolak sesentuh-
sesentuh boleh gerak.
4. Dengan ini, geganti beban lampau terpelantik dan akan
memutuskan bekalan di litar kawalan dan seterusnya di litar
kuasa.
5. Bagi menghidupkan litar semula,punat reset hendaklah
ditekan dahulu untuk mengendalikan sesentuh boleh gerak
pada kedudukan asal.
21
Rajah 4.4 : Jenis-Jenis Geganti Beban Lampau
Rajah 4.5 : Plat Nama Geganti Beban Lampau
22
Rajah 4.6 : Struktur Binaan Geganti Beban Lampau
Rajah 4.7 : Binaan Geganti Beban Lampau ketika berada
dalam keadaan normal dan semasa trip.
23
BAB 5
GEGANTI LEWAT MASA / SUIS
PEMASA (TIMER)
Konsep Asas Geganti Lewat Masa
1. Digunakan untuk menghidupkan dan mematikan litar
secara automatik dan bergantung kepada masa yang
ditetapkan.
2. Boleh disetkan dalam saat, minit, jam, mingguan,
bulanan.
3. Alat ini akan beroperasi dengan bekalan arus terus dan
arus ulang alik, lazimnya digunakan untuk litar kawalan.
4. Ia adalah alat yang digunakan untuk mengira masa
seperti jam dalam saat.
24
5. Apabila bekalan dibekalkan pada gelung pemasa ia akan
mula mengira masa yang ditetap.
6. Setelah ia mengira masa semua sesentuh tambahannya
akan berkendalian iaitu daripada keadaan sentiasa terbuka
kepada keadaan sentiasa tertutup ( NC – NO ) manakala
keadaan sentiasa tertutup kepada keadaan sentiasa terbuka (
NC – NO ).
7. Apabila bekalan diputuskan ia akan berhenti beroperasi
dan sesentuh tambahannya akan menjadi seperti sediakala.
Rajah 5.1 : Simbol Geganti Lewat Masa
(a)
(b)
(c)
T
25
a) Sesentuh jejangka masa sedia buka
b) Sesentuh jejangka masa sedia tutup
c) Gelung bagi jangka masa
Rajah 5.2 : Geganti Lewat Masa / Timer
26
Rajah 5.3 : Tapak Geganti Lewat Masa / Timer Base
Rajah 5.4 : Plat Nama Geganti Lewat Masa / Timer
27
Rajah 5.5 : Pandangan Hadapan Geganti Lewat Masa /
Timer
28
Rajah 5.6 : Nombor Yang Mewakili Setiap Terminal Pada
Tapak Geganti Lewat Masa
29
Rajah 5.7 : Binaan Geganti Lewat Masa
NO
Bekalan masuk
a.c dan d.c.
NC
30
BAB 6
LAMPU PANDU (PILOT LAMP) /
LAMPU PENUNJUK (INDICATOR
LAMP)
Konsep Asas Lampu Pandu
Alat ini digunakan untuk memberi isyarat kepada pengguna
dan penyelia panel kawalan tentang operasi litar kawalan.
Warna Maksud Kod Warna
Merah Stop,Fasa Merah
Kuning Trip,Fasa kuning
Hijau On/Run
31
Rajah 6.1 : Lampu Pandu ( Pilot Lamp)
Rajah 6.2 : Simbol Lampu Pandu
32
Rajah 6.3 : Contoh Penggunaan Lampu Pandu
33
BAB 7
PEMUTUS LITAR KENIT /
MINIATURE CIRCUIT BREAKER
(MCB)
Konsep Asas Pemutus Litar Kenit
1. MCB adalah sejenis fius yang digunakan di dalam litar
kawalan motor.
2. Ia juga dipanggil sebagai isolator (pengasing) yang
berfungsi untuk mengasingkan atau memutuskan litar
bekalan dengan litar yang disambungkan kepada beban.
3. Terdapat beberapa jenis MCB yang biasa digunakan iaitu
MCB fasa tunggal, tiga fasa dan sebagainya dan ianya
mempunyai kadar arus yang berbeza-beza contohnya 6 A,
16 A, 20 A, 32A dan lain-lain.
34
4. Beroperasi secara manual untuk memutus dan
menyambungkan bekalan ke beban dan juga beroperasi
secara automatik memutuskan bekalan apabila berlakunya
litar pintas.
Mengandungi dua sesentuh iaitu:
1. Sesentuh yang bergerak
2. Sesentuh yang menanti
Rajah 7.1 : MCB Tiga Fasa
35
Rajah 7.2 : Simbol MCB Tiga Fasa
Rajah 7.3 : MCB Satu Fasa
36
Rajah 7.4 : Simbol MCB Satu Fasa
37
BAB 8
PENGUJIAN KOMPONEN
Sebelum kita membuat pendawaian sesuatu litar, kita perlu
menguji komponen-komponen yang digunakan di dalam
litar. Ini adalah bertujuan bagi mengelakkan litar pintas
daripada berlaku dan juga memastikan komponen-
komponen yang digunakan berada dalam keadaan yang
baik. Untuk menguji litar dan komponen yang digunakan,
alat yang biasa digunakan adalah multimeter.
CARA PENGUJIAN KOMPONEN
Bagi menguji komponen, alat yang perlu digunakan adalah
multimeter.
38
Laraskan multimeter pada julat R X 1Ω. Berikut adalah
cara-cara untuk menguji komponen-komponen yang
digunakan di dalam litar kawalan.
a) Miniature Circuit Breaker ( MCB )
1. Bagi menguji MCB ini, laraskan multimeter pada julat R
X 1Ω. Letakkan salah satu probe multimeter pada punca
masukan MCB dan probe satu lagi pada punca keluaran
MCB.
2. Selepas itu, tutup suis MCB. Jika jarum multimeter naik
pada bacaan 0Ω, ini bermakna MCB tersebut dalam
keadaan baik. Jika jarum multimeter tidak naik ( infiniti ),
ini bermakna MCB tersebut adalah rosak. Untuk litar
kawalan, biasanya MCB yang digunakan ialah MCB 6A.
39
b) Push Button – Punat Tekan
1. Punat tekan terbahagi kepada dua jenis penat tekan henti
dan punat tekan hidup.
2. Bagi punat tekan henti, apabila suisnya ditekan maka
jarum akan menunjukkan bacaan infiniti.
3. Bila suisnya dilepaskan, jarum akan menunjukkan bacaan
0 Ω.
4. Bagi punat tekan mula pula, apabila probe multimeter
diletakkan pada suis tersebut, jarum tidak akan
menunjukkan sebarang bacaan dan apabila suis ditekan,
jarum akan menunjukkan bacaan 0Ω.
c) Geganti Beban Lampau – Thermal Overload Relay
(TOR)
1. Apabila probe multimeter diletakkan pada punca 7 dan 8
komponen TOR, jarum multimeter akan menunjukkan
bacaan 0Ω manakala punca 8 dan 9 pula tiada bacaan
( infiniti ).
40
2. Apabila suis TOR di energized secara manual, semasa
probe multimeter diletakkan pada punca 8 dan 7, jarum
tidak menunjukkan bacaan (infiniti) manakala pada punca 8
dan 9, jarum menunjukkan bacaan 0Ω.
3. Ini bermakna, komponen TOR berada dalam keadaan
baik. Jika keputusan yang diperolehi adalah sebaliknya, ini
bermakna TOR tersebut kemungkinan rosak dan tidak boleh
digunakan.
d) Sesentuh – Contactor
1. Di dalam sesebuah komponen sesentuh, terdapat dua
bahagian yang utama iaitu gelung ( coil ) dan sesentuh itu
sendiri ( sesentuh lazim tertutup (NC) dan sesentuh lazim
terbuka(NO)).
2. Apabila menguji gelung dengan menggunakan
multimeter, jarum akan menunjukkan bacaan 2Ω hingga
5Ω.
41
3. Sekiranya jarum tidak menunjukkan sebarang bacaan
( infiniti ) ini bermakna gelung tersebut telah rosak.
4. Bagi sesentuh lazim tertutup (NC), apabila sesendal
ditekan ke dalam jarum multimeter akan menunjukkan
bacaan infiniti. Jika bacaan adalah 0Ω, ini bermakna
sesentuh tersebut mungkin rosak.
4. Bagi bahagian sesentuh lazim terbuka(NO), apabila
sesendal ditekan ke dalam, jarum multimeter akan
menunjukkan bacaan 0Ω. Jika bacaan adalah infiniti, ini
bermakna sesentuh tersebut mungkin rosak.
e) Geganti Lewat masa -Timer Delay Relay (TDR)
1.Cara untuk menguji komponen TDR ini adalah lebih
kurang sama dengan
cara untuk menguji sesentuh.
2. Gelung TDR boleh diuji dengan meletakkan probe
multimeter pada pin 2 dan pin 7.
42
3. Jika jarum multimeter tidak menunjukkan bacaan
(infiniti), ini bermakna gelung tersebut putus dan komponen
tersebut adalah rosak.
4.Bagi penyentuh pula, pin 8 – pin 6 tidak akan
menunjukkan bacaan manakala pin 8 – pin 5, jarum akan
menunjukkan bacaan 0Ω.
f) Sesentuh tambahan – Auxiliary contactor
1. Fungsi dan cara untuk menguji komponen sesentuh
tambahan ini adalah lebih kurang sama dengan sesentuh dan
TDR.
2. Apa yang berbeza bagi sesentuh tambahan ini ialah, ianya
tidak menggunakan gelung(coil). Sesentuh tambahan ini
biasanya dipasang bersama-sama dengan unit sesentuh.
Sesendal sesentuh tambahan ini akan dilekatkan
( menggunakan klip ) pada sesendal sesentuh dan apabila
coil contactor energized, sesendal sesentuh akan ditarik ke
dalam.
43
3. Pada masa yang sama, sesendal sesentuh tambahan juga
akan di tarik ke dalam. Bagi menguji sesentuh lazim buka
(NO) dan sesentuh lazim tutup (NC) kita boleh
menggunakan multimeter.
4. Biasanya, sesentuh tambahan ini mempunyai 2 sesentuh
lazim buka ( NO) dan 2 sesentuh lazim tutup (NC).
5. Apabila sesendal sesentuh tambahan ditarik ke dalam,
sesentuh lazim buka akan menjadi lazim tutup manakala
sesentuh lazim tutup pula akan menjadi lazim buka.
6. Bagi memastikan sesentuh tambahan ini berfungsi
dengan baik, pastikan klip yang berada pada bahagian tepi
serta sesendalnya tidak patah. Sekiranya patah, ianya tidak
boleh digunakan lagi.
44
BAB 9
SOALAN PENILAIAN
BAHAGIAN A ( OBJEKTIF)
1. Punatekan henti merupakan sebuah komponen yang
mempunyai sesentuh
A. Lazim tertutup
B. Lewat masa
C. Lazim terbuka
D. Magnetik
2. Di antara berikut, yang manakah komponen yang
berfungsi memberikan perlindungan kepada litar pintas?
A. Penyentuh magnet ( contactor)
45
B. Lampu pandu ( Pilot Lamp)
C. Pemutus litar ( MCB)
D. Geganti lewat masa ( Timer)
3 .Komponen kawalan yang digunakan untuk memberi
tempoh tertentu dalam kendalian kawalan motor adalah :
A. Overload Relay
B. Time Delay Relay
C. Contactor
D. Miniture Circuit Breaker
4. Apakah komponen kawalan motor yang digunakan untuk
menghidupkan dan mematikan litar secara automatik dan
bergantung kepada masa yang ditetapkan.
A. Pengasing
B. Punat tekan
46
C. Penyentuh
D. Pemas
Rajah 1
5. Namakan simbol komponen kawalan motor dalam rajah
di atas.
A. Punat tekan henti
B. Punat tekan hidup
C. Geganti beban lampau
D. Sesentuh
47
6 . Berikut adalah komponen kawalan motor kecuali……..
A. Punat tekan
B. Penyentuh
C. Pemegun
D. Pemasa
7. Namakan alat kawalan yang digunakan untuk memberi
isyarat kepada pengguna dan penyelia panel kawalan
tentang operasi sesuatu litar kawalan
A. Punat tekan
B. Penyentuh
C. Lampu penunjuk
D. Pemasa
48
BAHAGIAN B (SUBJEKTIF)
Isikan data-data yang berkaitan bagi komponen kawalan di
bawah:
1.
a) Nama Komponen :
_______________________________
b) Fungsi :
__________________________________
c) Simbol:
i)_______________________
49
ii)_______________________
iii)______________________
2.
a) Nama komponen:
____________________________
b) Fungsi:
______________________________________
c) Simbol : i) _________________
ii) _________________
iii) _________________
50
3.
a) Nama komponen:
___________________________
b) Fungsi:
________________________________
c) Simbol : _________________________
51
4.
a) Nama komponen :
____________________________
b) Fungsi:
_____________________________
c) Simbol : ____________________
52
5.
a) Nama komponen:
_____________________________
b) Fungsi:
______________________________
c) Simbol : ______________________
53
6.
a) Nama komponen :
___________________________
b) Fungsi:
___________________________
c) Simbol :
_____________________
54
7.
a) Nama komponen :
____________________________
b) Fungsi:
_____________________________________
c) Simbol : i) ______________
ii) ______________
55
RUJUKAN
1. Hj Yahya Bin Emat(2007), “Kawalan Motor Elektrik”
IBS Buku Sdn Bhd.
2. Abd Samad Bin Hj Hanif(1995), Mohd Nazi Bin Hj
Mustafa,” Teknologi Elektrik Tingkatan 4” Pustaka Sistem
Pelajaran Sdn Bhd.
3. Abd Samad Bin Hj Hanif (1995), Mohd Nazi Bin Hj
Mustafa, “Teknologi Elektrik Tingkatan 5” Pustaka Sistem
Pelajaran Sdn Bhd.
4.https://notaelektrikkolejvokasional.blogspot.com/2018/04/
skema-kawalan-motor-elektrik-satu-fasa.html
5. Suhailae (2011), “Jenis Kawalan Motor”,
http://www.scribd.com/doc/59019483/Jenis-KawalanMotor,
30 Jun 2011

More Related Content

What's hot (20)

Motor 3 fasa
Motor 3 fasaMotor 3 fasa
Motor 3 fasa
 
UJIAN KEKUTUBAN
UJIAN KEKUTUBANUJIAN KEKUTUBAN
UJIAN KEKUTUBAN
 
8.1 multimeter
8.1 multimeter8.1 multimeter
8.1 multimeter
 
Lab 4 forward reverse
Lab 4 forward reverseLab 4 forward reverse
Lab 4 forward reverse
 
sistem pendawaian
sistem pendawaiansistem pendawaian
sistem pendawaian
 
Jenis2 pghidup
Jenis2 pghidupJenis2 pghidup
Jenis2 pghidup
 
Relay dan contactor
Relay dan contactorRelay dan contactor
Relay dan contactor
 
Pengalir Dan Kabel
Pengalir Dan KabelPengalir Dan Kabel
Pengalir Dan Kabel
 
Bab 2 fungsi kawalan motor
Bab 2 fungsi kawalan motorBab 2 fungsi kawalan motor
Bab 2 fungsi kawalan motor
 
Transformer
TransformerTransformer
Transformer
 
TACHOMETER DAN PENA UJIAN
TACHOMETER DAN PENA UJIANTACHOMETER DAN PENA UJIAN
TACHOMETER DAN PENA UJIAN
 
UJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMI
UJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMIUJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMI
UJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMI
 
Jenis-jenis Papan Suis Utama ( Main Switch Board)
Jenis-jenis  Papan Suis Utama ( Main Switch Board) Jenis-jenis  Papan Suis Utama ( Main Switch Board)
Jenis-jenis Papan Suis Utama ( Main Switch Board)
 
Ujian Rintangan Penebatan
Ujian Rintangan PenebatanUjian Rintangan Penebatan
Ujian Rintangan Penebatan
 
Perintang
PerintangPerintang
Perintang
 
Bab 4 litar akhir
Bab 4 litar akhirBab 4 litar akhir
Bab 4 litar akhir
 
Jenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis PenyelenggaraanJenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis Penyelenggaraan
 
SISTEM PEMBUMIAN
SISTEM PEMBUMIANSISTEM PEMBUMIAN
SISTEM PEMBUMIAN
 
Laporan elektrik
Laporan elektrikLaporan elektrik
Laporan elektrik
 
126515918 kabel-bawah-tanah
126515918 kabel-bawah-tanah126515918 kabel-bawah-tanah
126515918 kabel-bawah-tanah
 

Similar to KOMPONEN KAWALAN MOTOR

Kertas penerangan k1 motor arus terus
Kertas penerangan k1 motor arus terusKertas penerangan k1 motor arus terus
Kertas penerangan k1 motor arus terusSaidin Dahalan
 
BAB 2 fungsi kawalan motor.ppt
BAB 2 fungsi kawalan motor.pptBAB 2 fungsi kawalan motor.ppt
BAB 2 fungsi kawalan motor.pptAisyawatiIsa
 
Sistem elektronik kenderaan
Sistem elektronik kenderaanSistem elektronik kenderaan
Sistem elektronik kenderaanameramin
 
NEW COCU 4 TAHAP 2 MENYEDIAKAN KAWALAN PEMASANGAN MOTOR AU SATU FASA.pdf
NEW COCU 4 TAHAP 2 MENYEDIAKAN KAWALAN PEMASANGAN MOTOR AU SATU FASA.pdfNEW COCU 4 TAHAP 2 MENYEDIAKAN KAWALAN PEMASANGAN MOTOR AU SATU FASA.pdf
NEW COCU 4 TAHAP 2 MENYEDIAKAN KAWALAN PEMASANGAN MOTOR AU SATU FASA.pdfNurnashahumaira
 
Ting 3 elektrik 2 khb
Ting 3 elektrik 2 khbTing 3 elektrik 2 khb
Ting 3 elektrik 2 khbHamimanis
 
asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdf
asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdfasas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdf
asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdfTs Norazah Abdullah
 
PEMASANGAN DB TIGA FASA
PEMASANGAN DB TIGA FASAPEMASANGAN DB TIGA FASA
PEMASANGAN DB TIGA FASAAridsuria2002
 
02 pemasangandbtigafasa-150416202456-conversion-gate01
02 pemasangandbtigafasa-150416202456-conversion-gate0102 pemasangandbtigafasa-150416202456-conversion-gate01
02 pemasangandbtigafasa-150416202456-conversion-gate01Nor Idayu
 
LOW VOLTAGE GENERATOR INSTALLATION AND MAINTENANCE
LOW VOLTAGE GENERATOR INSTALLATION AND MAINTENANCE LOW VOLTAGE GENERATOR INSTALLATION AND MAINTENANCE
LOW VOLTAGE GENERATOR INSTALLATION AND MAINTENANCE Akilan36
 
J4012 pneumatik dan hidraulik unit6
J4012 pneumatik dan hidraulik unit6J4012 pneumatik dan hidraulik unit6
J4012 pneumatik dan hidraulik unit6Asraf Malik
 
17057912-Bab-4-Power-Supply-Bekalan-kuasa.pdf
17057912-Bab-4-Power-Supply-Bekalan-kuasa.pdf17057912-Bab-4-Power-Supply-Bekalan-kuasa.pdf
17057912-Bab-4-Power-Supply-Bekalan-kuasa.pdfMOHAMEDLOTFIBINARIFI
 

Similar to KOMPONEN KAWALAN MOTOR (20)

Kertas penerangan k1 motor arus terus
Kertas penerangan k1 motor arus terusKertas penerangan k1 motor arus terus
Kertas penerangan k1 motor arus terus
 
4. relay
4. relay4. relay
4. relay
 
3. switch
3. switch3. switch
3. switch
 
BAB 2 fungsi kawalan motor.ppt
BAB 2 fungsi kawalan motor.pptBAB 2 fungsi kawalan motor.ppt
BAB 2 fungsi kawalan motor.ppt
 
Motor Arus Terus (AT)
Motor Arus Terus (AT)Motor Arus Terus (AT)
Motor Arus Terus (AT)
 
Maintopik6
Maintopik6Maintopik6
Maintopik6
 
Sistem elektronik kenderaan
Sistem elektronik kenderaanSistem elektronik kenderaan
Sistem elektronik kenderaan
 
Pendawaian industri
Pendawaian industriPendawaian industri
Pendawaian industri
 
Motor dc
Motor dcMotor dc
Motor dc
 
NEW COCU 4 TAHAP 2 MENYEDIAKAN KAWALAN PEMASANGAN MOTOR AU SATU FASA.pdf
NEW COCU 4 TAHAP 2 MENYEDIAKAN KAWALAN PEMASANGAN MOTOR AU SATU FASA.pdfNEW COCU 4 TAHAP 2 MENYEDIAKAN KAWALAN PEMASANGAN MOTOR AU SATU FASA.pdf
NEW COCU 4 TAHAP 2 MENYEDIAKAN KAWALAN PEMASANGAN MOTOR AU SATU FASA.pdf
 
Ting 3 elektrik 2 khb
Ting 3 elektrik 2 khbTing 3 elektrik 2 khb
Ting 3 elektrik 2 khb
 
Slide pnp 3 phase motor
Slide pnp 3 phase motorSlide pnp 3 phase motor
Slide pnp 3 phase motor
 
asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdf
asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdfasas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdf
asas pendawaian elektrik fasa tunggal.pdf
 
PEMASANGAN DB TIGA FASA
PEMASANGAN DB TIGA FASAPEMASANGAN DB TIGA FASA
PEMASANGAN DB TIGA FASA
 
02 pemasangandbtigafasa-150416202456-conversion-gate01
02 pemasangandbtigafasa-150416202456-conversion-gate0102 pemasangandbtigafasa-150416202456-conversion-gate01
02 pemasangandbtigafasa-150416202456-conversion-gate01
 
motor dc
motor dcmotor dc
motor dc
 
LOW VOLTAGE GENERATOR INSTALLATION AND MAINTENANCE
LOW VOLTAGE GENERATOR INSTALLATION AND MAINTENANCE LOW VOLTAGE GENERATOR INSTALLATION AND MAINTENANCE
LOW VOLTAGE GENERATOR INSTALLATION AND MAINTENANCE
 
J4012 pneumatik dan hidraulik unit6
J4012 pneumatik dan hidraulik unit6J4012 pneumatik dan hidraulik unit6
J4012 pneumatik dan hidraulik unit6
 
8. test instrument
8. test instrument8. test instrument
8. test instrument
 
17057912-Bab-4-Power-Supply-Bekalan-kuasa.pdf
17057912-Bab-4-Power-Supply-Bekalan-kuasa.pdf17057912-Bab-4-Power-Supply-Bekalan-kuasa.pdf
17057912-Bab-4-Power-Supply-Bekalan-kuasa.pdf
 

More from MAZLINI MASTURA YUSOF (10)

Kelajuan
KelajuanKelajuan
Kelajuan
 
Accessories
AccessoriesAccessories
Accessories
 
Starter
Starter Starter
Starter
 
Motor 3 fasa
Motor 3 fasaMotor 3 fasa
Motor 3 fasa
 
Upload5
Upload5Upload5
Upload5
 
Upload4
Upload4Upload4
Upload4
 
Upload3
Upload3Upload3
Upload3
 
Upload2
Upload2Upload2
Upload2
 
Upload1
Upload1Upload1
Upload1
 
Motor 3 fasa
Motor 3 fasaMotor 3 fasa
Motor 3 fasa
 

KOMPONEN KAWALAN MOTOR

  • 1. i
  • 2. ii ISI KANDUNGAN BAB TAJUK MUKA SURAT BAB 1 MENGENALI KOMPONEN KAWALAN MOTOR 1-2 BAB 2 PUNAT TEKAN /PUSH BUTTON 3-6 BAB 3 SESENTUH/ CONTACTOR 7-14 BAB 4 GEGANTI BEBAN LAMPAU/ THERMAL OVERLOAD RELAY (TOR) 15-22 BAB 5 GEGANTI LEWAT MASA / SUIS PEMASA (TIMER) 23-29 BAB 6 LAMPU PANDU (PILOT LAMP) / LAMPU PENUNJUK (INDICATOR LAMP) 30-32 BAB 7 PEMUTUS LITAR KENIT / MINIATURE CIRCUIT 33-36
  • 3. iii BREAKER (MCB) BAB 8 PENGUJIAN KOMPONEN 37-43 BAB 9 SOALAN PENILAIAN 44-54 RUJUKAN 55
  • 4. 1 BAB 1 MENGENALI KOMPONEN KAWALAN MOTOR KONSEP ASAS KAWALAN MOTOR Kawalan motor adalah satu sistem yang terdiri daripada gabungan beberapa peralatan yang bertujuan untuk mengawal pergerakan motor sama ada 1 fasa atau 3 fasa. Tujuan utama kawalan motor adalah untuk : ● Pemencilan (isolator) ● Perlindungan litar pintas ● Perlindungan arus beban lampau ●Perlindungan tanpa voltan
  • 5. 2 Berikut adalah komponen yang perlu digunakan dalam kawalan motor: 1. Punatekan (Push Button) 2. Sesentuh (Contactor) 3. Geganti beban lampau (OverLoad Relay) 4. Geganti lewat masa (Timer Delay) 5. Lampu Penunjuk/Lampu Pandu (Indicator Lamp/ Pilot lamp) 6. Pemutus litar (C/B)
  • 6. 3 BAB 2 PUNAT TEKAN / (PUSH BUTTON) Konsep Asas Punat Tekan / Push Button 1 .Punatekan (push button) berfungsi sebagai suis untuk memula dan memberhentikan motor dengan selamat. Terdapat dua jenis punat tekan iaitu start (normally open) dan stop (normally close). Kedua-duanya dikawal oleh pegas (spring). 2. Ada beberapa jenis punatekan elektrik yang mana digunakan untuk mengawal pengaliran arus di dalam sesebuah litar. Kendalian sesentuh bagi punat tekan ialah: a. Bagi menyambung, iaitu membolehkan pengaliran arus. b. Bagi memutus, iaitu menyekat pengaliran arus.
  • 7. 4 Rajah 2.1 : Punat tekan stop dan punat tekan start Rajah 2.2 : Struktur Binaan Punat tekan start dan stop SPRING PENGALIR SESENTUH PENEKAN SPRING PENGALIR SESENTUH PENEKAN
  • 8. 5 Rajah 2.3 : Simbol Punat Tekan a) Punat tekan Start b) Punat tekan Stop c) Punat Tekan (Stop/Start) (a) (b) (c)
  • 9. 6 Rajah 2.4: Jenis –Jenis Punat Tekan
  • 10. 7 BAB 3 SESENTUH / (CONTACTOR) Konsep Asas Sesentuh 1. Sesentuh ialah satu suis yang dikendalikan oleh satu elektromagnet bertujuan bagi menyambung dan memutuskan litar. 2. Elektromagnet mempunyai satu gelung di mana litarnya dilengkapkan oleh punat tekan. 3. Arus akan mengalir ke dalam gelung, menghasilkan urat daya magnet yang mana menarik angker supaya bergerak dari keadaan membuka kepada menutup. 4. Sesentuh-sesentuh suis disambungkan secara mekanikal ke angker supaya,apabila angker bergerak kepada keadaan menutup,akan juga menutup sesentuh tersebut.
  • 11. 8 Terdapat 2 Jenis Sesentuh 1. Sesentuh Utama (Main Contact) sesentuh yang disambung terus ke motor . 2. Sesentuh Tambahan (Auxillary Contact). Terbahagi kepada dua iaitu: a. Sesentuh Lazim Tertutup (Normally Close-NC) b. Sesentuh Lazim Terbuka (Normally Open- NO) Sesentuh Utama/ Main Contactor 1. Sebagai sesentuh utama atau kuasa yang membawa arus motor. 2. Sesentuh utama berfungsi untuk menyambung dan mematikan litar kuasa.
  • 12. 9 Rajah 3.1 : Sesentuh / Contactor Rajah 3.2 : Konsep Asas Sesentuh Daya tarikan magnet Sesentuh bergerak Sesentuh tetap
  • 13. 10 Sesentuh Tambahan/ Auxiliary Contactor 1. Ianya dibentuk hanya untuk membawa arus kawalan. 2. Ia boleh dijadikan sebagai sesentuh sedia terbuka atau sedia tertutup dan biasanya digunakan untuk mengawal penyentuh yang lain apabila kawalan turutan diperlukan, contohnya untuk mengawal dua penyentuh daripada menutup dalam satu masa yang sama. 3. Juga boleh digunakan sebagai suis untuk lampu pandu dan isyarat. Rajah 3.3 : Sesentuh Tambahan/ Auxiliary Contactor
  • 14. 11 Rajah 3.3 : Simbol Sesentuh a) Sesentuh utama biasanya sedia buka sahaja dan dipasang di litar utama sahaja. b) Sesentuh tambahan sedia buka yang biasa dipasang di litar kawalan sahaja. c) Sesentuh tambahan sedia tutup yang biasa dipasang di litar kawalan sahaja. (a) SESENTUH UTAMA SESENTUH TAMBAHAN SEDIA BUKA SEDIA TUTUP (b) (c)
  • 15. 12 Rajah 3.4 : Struktur Binaan Sesentuh PRINSIP KENDALIAN Boleh berfungsi pada 240V atau 415V (AC dan DC) 1. Bila gelung mendapat bekalan aruhan, elektromagnet wujud pada teras besi. ANGKER SESENTUH SEDIA TUTUP SPRING GELUNG SESENTUH SEDIA BUKA BESI LEMBUT TERAS TETAP TERAS BOLEH GERAK
  • 16. 13 2. Teras tetap menarik teras boleh gerak dan juga menggerakkan angker. 3. Angker mempunyai sesentuh boleh gerak dan menggerakkan sesentuh tersebut. 4. Saiz sesentuh bergantung pada keupayaan membawa arus sesentuh tersebut. Rajah 3.5 : Jenis-Jenis Sesentuh
  • 17. 14 Faktor yang menyebabkan sesentuh tidak dapat bekerja dengan sempurna dan mengeluarkan bunyi bising ketika sesentuh sedang beroperasi ialah: 1. Voltan kendalian tidak menepati spesifikasi gelung 2. Gelung yang salah pemasangannya 3. Susunan antara angkir dan pasangan magnet tidak lurus 4. Kotor,karat dan lain-lain di atas permukaan magnet.Ini menyebabkan angkir tidak dapat menutup sepenuhnya. 5. Pemasangan penyentuh tidak betul. 6. Oksidasi pada sesentuh sedia buka/ sedia tutup. 7. Jenis bekalan aruhan pada gelung tidak mengikut spesifikasi ( AC/DC).
  • 18. 15 BAB 4 GEGANTI BEBAN LAMPAU/ THERMAL OVERLOAD RELAY (TOR) Konsep Asas Geganti Beban Lampau 1. Kendalian geganti terdiri daripada dwilogam yang dicantumkan kepada satu sesentuh sebagai alat pemutus litar kawalan dan seterusnya memutuskan litar kuasa. 2. Jika arus yang masuk tidak melebihi jumlah yang dihadkan,dwilogam tidak akan memberi apa-apa kesan,tetapi apabila arus melebihi arus yang dihadkan masuk ke litar kuasa dwilogam akan menjadi panas dan seterusnya akan meleding dan seterusnya memutuskan litar. 3. Selain untuk perlindungan beban lebih,geganti jenis ini juga boleh digunakan untuk perlindungan terhadap fasa tunggal(single phasing).
  • 19. 16 PERLINDUNGAN BEBAN LAMPAU 1. Bagi menghalang sesebuah motor elektrik daripada terbakar dan boleh tahan lama, maka satu pelindung beban lampau perlu ada di dalam litar kawalan. 2. Beban lampau terjadi disebabkan oleh pemutaran mesin yang melebihi keupayaan voltan talian yang rendah atau talian terbuka dalam sistem berbagai fasa yang mana akan menghasilkan kendalian sefasa. 3. Semasa beban lampau berlaku pada sesebuah motor, ia akan mengambil arus yang berlebihan dan menyebabkan belitan menjadi terlalu panas. 4. Oleh kerana kepanasan yang lampau akan menyebabkan kerosakan penebat lilitan motor tersebut yang dengan sendirinya merosakkan motor itu.
  • 20. 17 Rajah 4.1 : Geganti Beban Lampau
  • 21. 18 Rajah 4.2 : Terminal Geganti Beban Lampau
  • 22. 19 Rajah 4.3 : Simbol Geganti Beban Lampau a) Digunakan bagi litar kuasa. b) Digunakan bagi litar kawalan Prinsip Operasi Kerja 1. Geganti beban lampau direka bentuk untuk dua tujuan yang utama iaitu : a) Digunakan secara automatik bagi memutuskan bekalan elektrik kepada motor jika berlaku arus beban lampau. (b) (a)
  • 23. 20 b) Geganti beban lampau boleh dilaraskan mengikut spesifikasi sesuatu motor untuk tujuan memutuskan litar. 2. Ketika berlaku beban lampau pada motor, arus beban yang mengalir adalah melebihi dari nilai arus yang telah disetkan pada geganti beban lampau. 3. Alat logam dua lapis akan menjadi panas dan ia akan menolak bar kerja dan seterusnya menolak sesentuh- sesentuh boleh gerak. 4. Dengan ini, geganti beban lampau terpelantik dan akan memutuskan bekalan di litar kawalan dan seterusnya di litar kuasa. 5. Bagi menghidupkan litar semula,punat reset hendaklah ditekan dahulu untuk mengendalikan sesentuh boleh gerak pada kedudukan asal.
  • 24. 21 Rajah 4.4 : Jenis-Jenis Geganti Beban Lampau Rajah 4.5 : Plat Nama Geganti Beban Lampau
  • 25. 22 Rajah 4.6 : Struktur Binaan Geganti Beban Lampau Rajah 4.7 : Binaan Geganti Beban Lampau ketika berada dalam keadaan normal dan semasa trip.
  • 26. 23 BAB 5 GEGANTI LEWAT MASA / SUIS PEMASA (TIMER) Konsep Asas Geganti Lewat Masa 1. Digunakan untuk menghidupkan dan mematikan litar secara automatik dan bergantung kepada masa yang ditetapkan. 2. Boleh disetkan dalam saat, minit, jam, mingguan, bulanan. 3. Alat ini akan beroperasi dengan bekalan arus terus dan arus ulang alik, lazimnya digunakan untuk litar kawalan. 4. Ia adalah alat yang digunakan untuk mengira masa seperti jam dalam saat.
  • 27. 24 5. Apabila bekalan dibekalkan pada gelung pemasa ia akan mula mengira masa yang ditetap. 6. Setelah ia mengira masa semua sesentuh tambahannya akan berkendalian iaitu daripada keadaan sentiasa terbuka kepada keadaan sentiasa tertutup ( NC – NO ) manakala keadaan sentiasa tertutup kepada keadaan sentiasa terbuka ( NC – NO ). 7. Apabila bekalan diputuskan ia akan berhenti beroperasi dan sesentuh tambahannya akan menjadi seperti sediakala. Rajah 5.1 : Simbol Geganti Lewat Masa (a) (b) (c) T
  • 28. 25 a) Sesentuh jejangka masa sedia buka b) Sesentuh jejangka masa sedia tutup c) Gelung bagi jangka masa Rajah 5.2 : Geganti Lewat Masa / Timer
  • 29. 26 Rajah 5.3 : Tapak Geganti Lewat Masa / Timer Base Rajah 5.4 : Plat Nama Geganti Lewat Masa / Timer
  • 30. 27 Rajah 5.5 : Pandangan Hadapan Geganti Lewat Masa / Timer
  • 31. 28 Rajah 5.6 : Nombor Yang Mewakili Setiap Terminal Pada Tapak Geganti Lewat Masa
  • 32. 29 Rajah 5.7 : Binaan Geganti Lewat Masa NO Bekalan masuk a.c dan d.c. NC
  • 33. 30 BAB 6 LAMPU PANDU (PILOT LAMP) / LAMPU PENUNJUK (INDICATOR LAMP) Konsep Asas Lampu Pandu Alat ini digunakan untuk memberi isyarat kepada pengguna dan penyelia panel kawalan tentang operasi litar kawalan. Warna Maksud Kod Warna Merah Stop,Fasa Merah Kuning Trip,Fasa kuning Hijau On/Run
  • 34. 31 Rajah 6.1 : Lampu Pandu ( Pilot Lamp) Rajah 6.2 : Simbol Lampu Pandu
  • 35. 32 Rajah 6.3 : Contoh Penggunaan Lampu Pandu
  • 36. 33 BAB 7 PEMUTUS LITAR KENIT / MINIATURE CIRCUIT BREAKER (MCB) Konsep Asas Pemutus Litar Kenit 1. MCB adalah sejenis fius yang digunakan di dalam litar kawalan motor. 2. Ia juga dipanggil sebagai isolator (pengasing) yang berfungsi untuk mengasingkan atau memutuskan litar bekalan dengan litar yang disambungkan kepada beban. 3. Terdapat beberapa jenis MCB yang biasa digunakan iaitu MCB fasa tunggal, tiga fasa dan sebagainya dan ianya mempunyai kadar arus yang berbeza-beza contohnya 6 A, 16 A, 20 A, 32A dan lain-lain.
  • 37. 34 4. Beroperasi secara manual untuk memutus dan menyambungkan bekalan ke beban dan juga beroperasi secara automatik memutuskan bekalan apabila berlakunya litar pintas. Mengandungi dua sesentuh iaitu: 1. Sesentuh yang bergerak 2. Sesentuh yang menanti Rajah 7.1 : MCB Tiga Fasa
  • 38. 35 Rajah 7.2 : Simbol MCB Tiga Fasa Rajah 7.3 : MCB Satu Fasa
  • 39. 36 Rajah 7.4 : Simbol MCB Satu Fasa
  • 40. 37 BAB 8 PENGUJIAN KOMPONEN Sebelum kita membuat pendawaian sesuatu litar, kita perlu menguji komponen-komponen yang digunakan di dalam litar. Ini adalah bertujuan bagi mengelakkan litar pintas daripada berlaku dan juga memastikan komponen- komponen yang digunakan berada dalam keadaan yang baik. Untuk menguji litar dan komponen yang digunakan, alat yang biasa digunakan adalah multimeter. CARA PENGUJIAN KOMPONEN Bagi menguji komponen, alat yang perlu digunakan adalah multimeter.
  • 41. 38 Laraskan multimeter pada julat R X 1Ω. Berikut adalah cara-cara untuk menguji komponen-komponen yang digunakan di dalam litar kawalan. a) Miniature Circuit Breaker ( MCB ) 1. Bagi menguji MCB ini, laraskan multimeter pada julat R X 1Ω. Letakkan salah satu probe multimeter pada punca masukan MCB dan probe satu lagi pada punca keluaran MCB. 2. Selepas itu, tutup suis MCB. Jika jarum multimeter naik pada bacaan 0Ω, ini bermakna MCB tersebut dalam keadaan baik. Jika jarum multimeter tidak naik ( infiniti ), ini bermakna MCB tersebut adalah rosak. Untuk litar kawalan, biasanya MCB yang digunakan ialah MCB 6A.
  • 42. 39 b) Push Button – Punat Tekan 1. Punat tekan terbahagi kepada dua jenis penat tekan henti dan punat tekan hidup. 2. Bagi punat tekan henti, apabila suisnya ditekan maka jarum akan menunjukkan bacaan infiniti. 3. Bila suisnya dilepaskan, jarum akan menunjukkan bacaan 0 Ω. 4. Bagi punat tekan mula pula, apabila probe multimeter diletakkan pada suis tersebut, jarum tidak akan menunjukkan sebarang bacaan dan apabila suis ditekan, jarum akan menunjukkan bacaan 0Ω. c) Geganti Beban Lampau – Thermal Overload Relay (TOR) 1. Apabila probe multimeter diletakkan pada punca 7 dan 8 komponen TOR, jarum multimeter akan menunjukkan bacaan 0Ω manakala punca 8 dan 9 pula tiada bacaan ( infiniti ).
  • 43. 40 2. Apabila suis TOR di energized secara manual, semasa probe multimeter diletakkan pada punca 8 dan 7, jarum tidak menunjukkan bacaan (infiniti) manakala pada punca 8 dan 9, jarum menunjukkan bacaan 0Ω. 3. Ini bermakna, komponen TOR berada dalam keadaan baik. Jika keputusan yang diperolehi adalah sebaliknya, ini bermakna TOR tersebut kemungkinan rosak dan tidak boleh digunakan. d) Sesentuh – Contactor 1. Di dalam sesebuah komponen sesentuh, terdapat dua bahagian yang utama iaitu gelung ( coil ) dan sesentuh itu sendiri ( sesentuh lazim tertutup (NC) dan sesentuh lazim terbuka(NO)). 2. Apabila menguji gelung dengan menggunakan multimeter, jarum akan menunjukkan bacaan 2Ω hingga 5Ω.
  • 44. 41 3. Sekiranya jarum tidak menunjukkan sebarang bacaan ( infiniti ) ini bermakna gelung tersebut telah rosak. 4. Bagi sesentuh lazim tertutup (NC), apabila sesendal ditekan ke dalam jarum multimeter akan menunjukkan bacaan infiniti. Jika bacaan adalah 0Ω, ini bermakna sesentuh tersebut mungkin rosak. 4. Bagi bahagian sesentuh lazim terbuka(NO), apabila sesendal ditekan ke dalam, jarum multimeter akan menunjukkan bacaan 0Ω. Jika bacaan adalah infiniti, ini bermakna sesentuh tersebut mungkin rosak. e) Geganti Lewat masa -Timer Delay Relay (TDR) 1.Cara untuk menguji komponen TDR ini adalah lebih kurang sama dengan cara untuk menguji sesentuh. 2. Gelung TDR boleh diuji dengan meletakkan probe multimeter pada pin 2 dan pin 7.
  • 45. 42 3. Jika jarum multimeter tidak menunjukkan bacaan (infiniti), ini bermakna gelung tersebut putus dan komponen tersebut adalah rosak. 4.Bagi penyentuh pula, pin 8 – pin 6 tidak akan menunjukkan bacaan manakala pin 8 – pin 5, jarum akan menunjukkan bacaan 0Ω. f) Sesentuh tambahan – Auxiliary contactor 1. Fungsi dan cara untuk menguji komponen sesentuh tambahan ini adalah lebih kurang sama dengan sesentuh dan TDR. 2. Apa yang berbeza bagi sesentuh tambahan ini ialah, ianya tidak menggunakan gelung(coil). Sesentuh tambahan ini biasanya dipasang bersama-sama dengan unit sesentuh. Sesendal sesentuh tambahan ini akan dilekatkan ( menggunakan klip ) pada sesendal sesentuh dan apabila coil contactor energized, sesendal sesentuh akan ditarik ke dalam.
  • 46. 43 3. Pada masa yang sama, sesendal sesentuh tambahan juga akan di tarik ke dalam. Bagi menguji sesentuh lazim buka (NO) dan sesentuh lazim tutup (NC) kita boleh menggunakan multimeter. 4. Biasanya, sesentuh tambahan ini mempunyai 2 sesentuh lazim buka ( NO) dan 2 sesentuh lazim tutup (NC). 5. Apabila sesendal sesentuh tambahan ditarik ke dalam, sesentuh lazim buka akan menjadi lazim tutup manakala sesentuh lazim tutup pula akan menjadi lazim buka. 6. Bagi memastikan sesentuh tambahan ini berfungsi dengan baik, pastikan klip yang berada pada bahagian tepi serta sesendalnya tidak patah. Sekiranya patah, ianya tidak boleh digunakan lagi.
  • 47. 44 BAB 9 SOALAN PENILAIAN BAHAGIAN A ( OBJEKTIF) 1. Punatekan henti merupakan sebuah komponen yang mempunyai sesentuh A. Lazim tertutup B. Lewat masa C. Lazim terbuka D. Magnetik 2. Di antara berikut, yang manakah komponen yang berfungsi memberikan perlindungan kepada litar pintas? A. Penyentuh magnet ( contactor)
  • 48. 45 B. Lampu pandu ( Pilot Lamp) C. Pemutus litar ( MCB) D. Geganti lewat masa ( Timer) 3 .Komponen kawalan yang digunakan untuk memberi tempoh tertentu dalam kendalian kawalan motor adalah : A. Overload Relay B. Time Delay Relay C. Contactor D. Miniture Circuit Breaker 4. Apakah komponen kawalan motor yang digunakan untuk menghidupkan dan mematikan litar secara automatik dan bergantung kepada masa yang ditetapkan. A. Pengasing B. Punat tekan
  • 49. 46 C. Penyentuh D. Pemas Rajah 1 5. Namakan simbol komponen kawalan motor dalam rajah di atas. A. Punat tekan henti B. Punat tekan hidup C. Geganti beban lampau D. Sesentuh
  • 50. 47 6 . Berikut adalah komponen kawalan motor kecuali…….. A. Punat tekan B. Penyentuh C. Pemegun D. Pemasa 7. Namakan alat kawalan yang digunakan untuk memberi isyarat kepada pengguna dan penyelia panel kawalan tentang operasi sesuatu litar kawalan A. Punat tekan B. Penyentuh C. Lampu penunjuk D. Pemasa
  • 51. 48 BAHAGIAN B (SUBJEKTIF) Isikan data-data yang berkaitan bagi komponen kawalan di bawah: 1. a) Nama Komponen : _______________________________ b) Fungsi : __________________________________ c) Simbol: i)_______________________
  • 52. 49 ii)_______________________ iii)______________________ 2. a) Nama komponen: ____________________________ b) Fungsi: ______________________________________ c) Simbol : i) _________________ ii) _________________ iii) _________________
  • 53. 50 3. a) Nama komponen: ___________________________ b) Fungsi: ________________________________ c) Simbol : _________________________
  • 54. 51 4. a) Nama komponen : ____________________________ b) Fungsi: _____________________________ c) Simbol : ____________________
  • 55. 52 5. a) Nama komponen: _____________________________ b) Fungsi: ______________________________ c) Simbol : ______________________
  • 56. 53 6. a) Nama komponen : ___________________________ b) Fungsi: ___________________________ c) Simbol : _____________________
  • 57. 54 7. a) Nama komponen : ____________________________ b) Fungsi: _____________________________________ c) Simbol : i) ______________ ii) ______________
  • 58. 55 RUJUKAN 1. Hj Yahya Bin Emat(2007), “Kawalan Motor Elektrik” IBS Buku Sdn Bhd. 2. Abd Samad Bin Hj Hanif(1995), Mohd Nazi Bin Hj Mustafa,” Teknologi Elektrik Tingkatan 4” Pustaka Sistem Pelajaran Sdn Bhd. 3. Abd Samad Bin Hj Hanif (1995), Mohd Nazi Bin Hj Mustafa, “Teknologi Elektrik Tingkatan 5” Pustaka Sistem Pelajaran Sdn Bhd. 4.https://notaelektrikkolejvokasional.blogspot.com/2018/04/ skema-kawalan-motor-elektrik-satu-fasa.html 5. Suhailae (2011), “Jenis Kawalan Motor”, http://www.scribd.com/doc/59019483/Jenis-KawalanMotor, 30 Jun 2011