2. MENU UTAMA
4.1 PERANAN DAN OBJEKTIF KEWANGAN
4.2 PENYATA KEWANGAN
4.3 SUMBER(PEMBIAYAAN) DAN
PENGGUNAAN DATA
4.4 PERANCANGAN KEWANGAN (BAJET)
4.5 PENGURUSAN RISIKO DAN INSURANS
3. 4.1 PERANAN DAN OBJEKTIF KEWANGAN
Suatu proses yang melibatkan perancangan ,
pengagihan dan penggunaan tenaga
manusia,modal (wang tunai) , barangan (aset)
dan perkhidmatan bagi memenuhi matlamat
sesebuah organisasi.
Satu proses melibatkan sesebuah organisasi
perlu mengikut langkah-langkah tertentu
untuk memperolehi dan seterusnya
mengagihkan sumber-sumber berdasarkan
kepada keutamaan tertentu.
4. 1. Sumber-sumber (manusia , wang , bahan-bahan dan
masa) adalah terhad.
2. Permintaan terhadap sumber-sumber tersebut tidak
terhad.
3. Terdapat alternatif dalam memperolehi dan
menggunakan sumber-sumber tersebut.
4. Pengurusan kewangan adalah nadi bagi sesuatu
organisasi.
5. Sumber-sumber ekonomi tidak dapat
digerakkan tanpa pengurusan kewangan yang teratur.
5. Membuat
perancangan
Menjadi wakil kewangan Membuat
pembayar & syarikat analisis &
penerima perancangan
bayaran kewangan
Bertanggungja
Mendapatkan
wab terhadap
PERANAN sumber
penyata
pembiayaan
kewangan PENGURU
S
Memilih Mengurus
saluran sumber dana
pelaburan secara
terbaik berkesan
Mengurus
Menentukan
kecairan &
sasaran
keberuntunga
kewangan
n syarikat
6. 1. Membuat perancangan kewangan syarikat
# Termasuk menyediakan belanjawan tahunan , melakukan
analisis kewangan mengurus data kewangan secara
sistematik dan mengawal kedudukan kewangan.
2. Membuat analisis dan perancangan kewangan
# Menganalisis data-data kewangan
# Menganalisis jangkaan tren aliran kewangan masa depan
3. Mendapatkan sumber pembiayaan
# Apabila syarikat memerlukan pembiayaan modal
#Memastikan sumber pembiayaan yang lebih
menguntungkan dan kurang memberikan kesan tidak baik
kepada syarikat termasuk kadar pinjaman yang tinggi
7. 4. Mengurus sumber dana secara berkesan
# Menilai dan memilih suber pembiayaan yang terbaik.
# Menentukan kombinasi pembiayaan yang terbaik.
5. Mengurus kecairan dan keberuntungan syarikat
# Menentukan nisbah kecairan yang sesuai
# Keperluan membuat pelaburan jangka pendek dengan
keperluan memegang tunai aset cair.
6. Menentukan sasaran kewangan
# Menentukan sasaran untung.
# Ini termasuk menentukan kadar keberuntungan syarikat
dan tahap kecairan syarikat serta kemampuan syarikat
membiayai kos pegeluaran.
8. 7. Memilih saluran pelaburan terbaik
# Keupayaan mengenal pasti pelaburan yang memberikan
pulangan yang tinggi kepada syarikat.
# Ini termasuk keupayaan mengenal pasti pelaburan yang
berisiko tinggi dan rendah.
8. Bertanggungjawab terhadap penyata
kewangan
# Ini termasuk menyediakan dan bertanggungjawab ke
atasnya , iaitu disediakan secara benar serta mampu
menggambarkan kedudukan sebenar syarikat.
9. Menjadi wakil pembayar dan menerima
bayaran
# Memastikan segala hutang pembekal dibayar mengikut
tempoh had kredit.
# Memastikan semua hutang syarikat dikutip daripada
pelanggan dalam tempoh yang ditentukan
9. Jabatan
Pengeluaran
Jabatan
Jabatan
Sumber
Pemasaran
Manusia
BIDANG
LAIN
Jabatan
Jabatan
Penyelidikan &
Pembangunan Perakaunan
10. 1. Jabatan Pengeluaran
# Hubungan perlu untuk memastikan keupayaan pembelian
input untuk proses pengeluaran.
# Maklumat daripada Jabatan Pengeluaran perlu untuk
memastikan pembelian input mengikut piawai yang
diperlukan oleh Jabatan Pengeluaran.
2. Jabatan Pemasaran
# Hubungan dengan Jabatan Pemasaran perlu untuk
mengetahui keperluan Jabatan Pemasaran terutamanya
peruntukan untuk mempromosi produk.
# Maklumat ini penting kerana promosi juga termasuk dalam
kos pengeluaran.
3. Jabatan Perakaunan
# Jabatan Kewangan perlu berhubungan dengan Jabatan
Perakaunan untuk mendapatkan maklumat tentang
kewangan syarikat terutama sekali berkaitan bajet ,
keberuntungan syarikat , dan juga analisa kewangan
syarikat.
11. 4. Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan
# Kerjasama ini perlu bagi mengetahui keperluan Jabatan
R&D kerana jabatan ini biasanya memerlukan peruntukan
kewangan yang tinggi bagi memastikan produk yang
dihasilkan memenuhi kehendak pengguna.
# Kegagalan Jabatan Kewangan menyediakan peruntukan
yang cukup untuk R&D biasanya menyebabkan produk yang
dikeluarkan oleh syarikat sukar berkembang.
5. Jabatan Sumber Manusia
# Hubungan ini perlu kerana peruntukan kewangan amat
diperlukan oleh Jabatan Sumber Manusia keran asebarang
pertambahan pengambilan pekerja baharu adalah
bergantung kepada kemampuan kewangan syarikat.
# Sebarang perlaksanaan terhadap keperluan latihan untuk
meningkatkan kemahiran dan kecekapan pekerja juga
adalah bergantung kepada keupayaan dan kemampuan
jabatan kewangan.
12. OBJEKTIF
Memaksimumkan
Memaksimumkan
Memaksimumkan
Memaksimumkan keuntungan pemegang
keuntungan pemegang
keuntungan syarikat
keuntungan syarikat saham syarikat
saham syarikat
13. MEMAKSIMUMKAN KEUNTUNGAN MEMAKSIMUMKAN KEUNTUNGAN
SYARIKAT PEMEGANG SAHAM SYARIKAT
Matlamat ini tidak menyeluruh kerana Matlamat ini bersifat menyeluruh
hanya tertumpu kepada aspek kerana mengambil kira semua aspek yg
keuntungan sahaja . berkaitan dgn perniagaan seperti
jualan , tanggungjawab sosial ,
Merupakan matlamat jangka pendek Merupakan matlamat jangka panjang
keberuntungan & produktiviti .
kerana hanya memfokuskan kpd bagi memastikan perniagaan terus
keuntungan & mengabaikan nilai berkembang & dpt membentuk imej yg
semasa wang yg sebenar . baik .
Syarikat tidak menghiraukan risiko yg Faktor risiko diambil kira secara serius
akan timbul selagi tindakannya dpt & mendalam semasa membuat
memaksimumkan keuntungan syarikat . keputusan pelaburan .
Fokus yg berlebihan terhadap aspek Jangka hayat perniagaan akan
keuntungan boleh menjejaskan jangka berterusan kerana senua aspek yg
hayat & prestasi perniagaan . berkaitan dgn perniagaan diuruskan
dgn baik .
14. 4.2 PENYATA KEWANGAN
Pemilik /
pemegang
saham Pelabur/
bakal
Pesaing
pelabur/
pemodal
PIHAK BER-
KEPENTINGAN
Kesatuan TERHADAP Pembekal/
PENYATA
sekerja/ vendor/ trade
KEWANGAN
pekerja/baka creditors/
l bekerja pemiutang
Agensi Pihak
kerajaan pengurusan
15. PENDAPATAN PENYATA
JUALAN
KOS
PENDAPATAN
TERTAHAN
BARANG
JUAL
PENDAPATAN
PENYATA
UNTUNG UNTUNG
BERSIH KASAR
BELANJA HASIL
OPERASI OPERASI
16. KUNCI KIRA-KIRA
PENYEDIAN
KUNCI KIRA-
KIRA
EKUITI
ASET LIABILITI
PEMILIK
17. PENYATA ALIRAN TUNAI
Satu penyata yang menunjukkan
aliran masuk & aliran keluar
kesetaraan tunai.
Memberi maklumat tentang
faktor-faktor yang menyebabkan
perubahan baki tunai syarikat dari
tempoh awal hingga tempoh akhir
sesuatu laporan kewangan.
Tiga elemen penting :
18. (a) Aliran tunai daripada aktiviti kendalian
# Merupakan aktiviti utama pengeluaran hasil
perusahaan dan aktiviti lain , selain daripada aktiviti
pelaburan dan pembiayaan.
(b) Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan
# Aliran masuk dan keluar tunai daripada
pemerolehan dan pelupusan aset jangka panjang ,
serta pelaburan lain.
(c) Aliran tunai daripada aktiviti pembiayaan
# Aliran masuk dan keluar tunai daripada aktiviti
yang menyebabkan perubahan saiz dan komposisi
modal ekuiti dan pinjaman perusahaan.
19. Nisbah semasa
NISBAH Nisbah cepat
KECAIRAN Tempoh purata masa kutipan
Pusing ganti masa kutipan
Nisbah hutang
NISBAH
PENGGEARAN Nisbah liputan belanja faedah
NISBAH Pusing ganti jumlah aset
KECEKAPAN Pusing ganti aset tetap
NISBAH Margin bersih atas jualan
KEUNTUNGAN Pulangan atas jumlah aset
Pulangan atas ekuiti
NISBAH Nisbah harga atas keuntungan
PASARAN Pendapatan sesaham
20. NISBAH KECAIRAN
1. Nisbah kecairan mengukur
kemampuan jangka pendek sesebuah
syarikat untuk membayar hutang atau
obligasi-obligasi mereka yang sudah
cukup tempoh dan untuk memenuhi
keperluan tunai yang tidak dijangka.
2. Dua jenis nisbah yang digunakan
dalam analisis nisbah kecairan adalah :
21. (a) Nisbah cepat
# Nisbah ini menunjukkan kemampuan syarikat untuk
membayar hutang jangka pendeknya dengan cepat atau
serta merta.
# Formula :
Nisbah Cepat = Aset semasa - Inventori
Liabiliti Semasa
(b) Nisbah semasa
# Nisbah semasa menunjukkan hubungan antara aset
semasa dengan liabiliti semasa.
# Juga disebut nisbah modal kerja
# Nisbah ini digunakan untuk menilai kecairan syarikat atau
kemampuan syarikat untuk membayar hutang jangka
pendek.
# Nisbah semasa yang tinggi menunjukkan kemampuan
syarikat membayar hutang jangka pendeknya dalam
tempoh kurang daripada 12 bulan.
# Formula :
Nisbah Semasa = Aset Semasa
Liabiliti Semasa
22. NISBAH PENGGEARAN
1. Nisbah yang mengukur peratusan modal yang digunakan
serta dibiayai oleh hutang dan pembiayaan jangka
panjang.
2. Jika nisbah penggeran adalah tinggi , semakin tinggi
pergantungan kepada pinjaman dan pembiayaan jangka
panjang.
3. Sementara itu,semakin rendah nisbahpinjaman , semakin
tinggi pergantungan kepada pembiayaan ekuiti.
4. Secara tradisinya , semakin tinggi tahap penggearan ,
semakin tinggi tahap risiko kewangan yang disebabkan
oleh ketidakstabilan dalam keberuntungan.
5. Formula :
jumlah hutang
nisbah hutang = ------------------------------
jumlah aset
23. NISBAH KECEKAPAN
1. Pusing Ganti Inventori
# Nisbah ini mengukur secara puratanya berapa kali inventori
dijual dalam satu tempoh tertentu (biasanya 12 bulan
satu tempoh perakaunan).
# Nisbah pusing ganti yang tinggi menunjukkan kekerapan
syarikat membeli inventori baharu dan ini bermakna jualan
adalah baik.
# Ini juga menunjukkan kecukupan inventori dan kecekapan
pengurusannya.Jika jumlah inventori yang disimpan adalah
kecil , pengurusan dianggap baik.
# Formula :
Pusing Ganti Inventori (stok)
= Kos Jualan
Stok Purata
*Stok purata = stok awal + stok akhir
2
24. 2. Pusing Ganti Belum Terima
# Nisbah ini mengukur berapa kali secara puratanya
penghutang boleh dikutip dalam satu-satu tempoh.
# Menunjukkan cepatnya aset semasa ditukarkan kepada
tunai.Ini juga menunjukkan kecekapan syarikat dalam aktiviti
pemberian kredit dan pengutipan hutang.
# Semakin tinggi nisbah pusing ganti Akaun Belum Terima
maka semakin cekap syarikat dalam mengendalikan
penghutangnya.
# Formula :
Pusing Ganti Akaun Belum Terima
= Jualan Bersih – Jualan Tunai
Purata Baki Penghutang Bersih
25. 3. Purata Tempoh Kutipan
# Menunjukkan purata bilangan hari untuk mengutip
hutang.Tujuannya untuk menilai keberkesanan polisi
kredit dan polisi pengutipan yang diamalkan oleh syarikat.
# Formula :
Purata Tempoh Kutipan
= _________365hari_______
Pusing Ganti Akaun Belum Terima
# Polisi pengutipan dianggap berkesan jika purata tempoh
kutipan sama atau hampir sama panjang masanya yang
dibenarkan dalam syarat jualan kredit.
26. NISBAH KEBERUNTUNGAN
1. Nisbah keberuntungan digunakan untuk mengukur hasil
atau keupayaan operasi sesebuah perniagaan bagi suatu
tempoh tertentu.
2. Nisbah yang berkaitan dengan keberuntungan adalah :
(a) Margin Untung
# Digunakan untuk mengukur peratusan setiap ringgit hasil
bersih daripada jualan bersih bagi suatu tempoh.
# Formula :
pendapatan bersih
margin untung = --------------------------------
jualan
27. (b) Pusing Ganti Aset
# Digunakan untuk mengukur keberkesanan / keefisienan
perniagaan menggunakan asetnya untuk menjana
jualan.
# Formula :
jualan
pulangan atas ekuiti = --------------------------------
aset tetap bersih
(c) Pulangan Atas Aset
# Mengukur keberuntungan syarikat secara keseluruhan
# Formula :
pendapatan bersih
pulangan atas jumlah aset = --------------------------------
jumlah aset
28. (d) Pulangan Atas Ekuiti Pemegang Saham
# Mengukur keberuntungan syarikat secara keseluruhan
# Formula :
pendapatan bersih
pulangan atas ekuiti = --------------------------------
jumlah ekuiti
(e) Perolehan Sesaham
# Mengukur amaun pendapatan bersih yang diperoleh oleh
syarikat bagi setiap saham biasa yang diterbitkan.
# Formula :
pendapatan bersih
pendapatan sesaham = -----------------------------------
jumlah saham biasa
29. (f) Nisbah Harga Perolehan
# Mengukur harga pasaran setiap saham biasa berbanding dengan
perolehan sesaham syarikat.
# Ini menggambarkan penilaian pelabur terhadap perolehan
syarikat pada masa akan datang.
# Formula :
Nisbah Harga Perolehan
= Harga Pasaran Saham Biasa
Perolehan Sesaham
(g) Nisbah Bayar Keluar (Kadar Hasil Dividen)
# Mengukur peratusan perolehan syarikat yang diagihkan dalam
bentuk dividen tunai.
# Syarikat yang mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi akan
mencatatkan nisbah bayar keluar yang rendah kerana sebahagian
besar daripada pendapatan bersih syarikat akan dilabur semula.
# Formula :
Nisbah Bayar Keluar
= Dividen Tunai
Pendapatan Bersih
30. NISBAH PASARAN
1. Nisbah ini menggambarkan tanggapan para pelabur dan
orang awam terhadap keupayaan pengurusan syarikat
semasa.
2. Nisbah yang berkaitan dengan pasaran adalah :
(a) Nisbah Harga / Perolehan (Price /Earnings)
# Nisbah ini menunjukkan amaun ringgit yang sanggup
dibayar oleh pelabur untuk setiap ringgit keuntungan yang
dijanakan oleh syarikat.
# Lebih tinggi nisbah ini , lebih menarik saham biasa pada
pandangan pelabur.
# Formula :
Nisbah Harga / Perolehan (P / E)
= ____Harga Saham___
Perolehan Sesaham
31. (b) Nisbah Pasaran/ Buku
# Nisbah ini memberi gambaran tentang persepsi pelabur
terhadap saham syarikat.
# Nisbah yang tinggi menunjukkan pelabur sanggup
membayar lebih bagi setiap ringgit nilai buku saham
tersebut.
# Nilai buku merupakan jumlah ekuiti pemilik yang
tercatat dalam Kunci Kira-kira.
# Nilai buku sesaham dikira dengan membahagikan
jumlah ekuiti pemilik dengan bilangan saham.
# Formula :
Nisbah Pasaran/ Buku
= ___Harga Saham___
Nilai Buku Sesaham
32. 4.3 SUMBER (PEMBIAYAAN) DAN
PENGGUNAAN DANA
sumber dana
Mengikut Mengikut
tuntutan jangka masa
Hutang Huatang
Ekuiti
jangka panjang jangka pendek
kredit dagangan
overdraf
pinjaman tetap surat kredit
terbitan saham biasa
pendapatan tertahan
bon pinjaman jangka pendek
pemfaktoran
saham keutamaan penerimaan jurubank
33. 1. Bon
# Merujuk instrumen / kemudahan pinjaman iaitu peminjam
menerbitkan sekuriti hutang iaitu bon.Penerbit bon berjanji
membayar bunga / kupon sepanjang tempoh bon tersebut
dan juga membayar pokok pada tarikh matang.
2. Saham Biasa
# Syarikat menerbitkan sekuriti / syer yang diterbitkan dijual
pada pelabur dan mencerminkan hak pemilihan syarikat.
3. Saham Keutamaan
# Saham yang menggabungkan sebahagian ciri-ciri saham biasa dan
sebahagian ciri-ciri bon.
# Seksyen 4 Akta Syarikat definisikan saham keutamaan sebagai
“saham dengan apa-apa pun namanya dipanggil.yang tidak
memberikan hak kepada pemegangnya kepada hak untuk
mengundi di mesyuarat agung atau kepada apa-apa hak untuk
menyertai melebihi amaun yang ditetapkan dalam apa-apa
pembahagian sama ada secara dividen atau ke atas penebusan ,
dalam sesuatu penggulungan atau selainnya”.
34. 4. Ekuiti
# Pelaburan ekuiti merujuk aktiviti pembelian , pemegangan dan
penjualan syer syarikat-syarikat awam yang tersenarai atau akan
disenaraikan di Bursa Malaysia.
# Aktiviti ini dikawal selia oleh Akta Pasaran Modal dan
Perkhidmatan 2007 , Akta KWAP 2007 dan Polisi Panduan
Pelaburan KWAP (IPG).
5. Pinjaman jangka panjang
# Kemudahan pinjaman yang diberikan oleh pihak institusi
kewangan kepada pelanggan / syarikat dan pinjaman ini
dibayar balik dalam jangka panjang (melebihi
setahun).Bayaran berkala bunga dan pokok.
6. Debentur
# Kemudahan pinjaman jangka panjang dan tidak bercagar.
35. 1. Overdraf
# Kemudahan kepada palanggan mengeluarkan wang lebih
daripada baki akaun semasa.
2. Pinjaman berkala
# Satu kemudahan iaitu pelanggan / peminjam boleh membayar
balik pinjaman dan faedah secara beransur dan jumlah
bayarannya sama rata dalam kala tempoh ditetapkan.
3. Pemfaktoran / memfaktor akaun belum terima
# Satu kemudahan iaitu pelanggan mendiskaunkan (menjual) invois
kepada bank / syarikat pemfaktoran.
4. Nota janji
# Satu kemudahan jangka pendek iaitu jumlah bayaran adalah
sekali gus pada satu tarikh matang yang dipersetujui oleh kedua-
dua pihak peminjam dan pemberi pinjaman
36. 5. Kredit dagangan
# Kemudahan kredit yang diberikan oleh pihak penjual kepada
pembeli.
6. Kredit pusingan
# Satu perjanjian antara pihak bank dengan pihak perniagaan
yang boleh meminjam wang pada bila-bila masa sahaja.
7. Surat kredit
# Kemudahan jangka pendek yang diberi kepada syarikat yang
menjalankan urus niaga antarabangsa ; merupakan jaminan
bank bahawa amaun terhutang akan dijelaskan.
8. Penerimaan Jurubank (BA)
# Draf (Bil Pertukaran) yang dikeluarkan oleh pelanggan
mengikut perintah yang perlu dibayar pada tarikh tertentu
pada masa hadapan dan diterima oleh institusi kewangan
bagi tujuan pembiayaan perdagangan bone fide.
37. 9. Trust Receipt
# Satu kemudahan pembiayaan yang membolehkan
pelanggan menerima hantaran pembelian tempatan atau
luar negara sebelum pembayaran bil tampak dibuat.
# Membolehkan pelanggan membayar penjual dengan serta-
merta.
# Membolehkan pelanggan menerima hantaran barangan
tanpa perlu membuat pembayaran serta-merta.
10. Pinjaman Berjangka
# Pinjaman yang diberi untuk jangka masa yang
dipratentukan (tempoh) , dengan pembayaran balik secara
ansuran.
38. 1. Penggunaan dana jangka pendek
# Melibatkan perbelanjaan hasil dan digunakan berulang-
ulang kali.
Contohnya belanja gaji tak langsung sewabangunan dan
belanja promosi.
2. Penggunaan dana jangka panjang
# Melibatkan perbelanjaan modal.
Contohnya belanja membaiki dan menggantikan bangunan
atau jentera yang rosak dan belanja memasang mesin atau
jentera.
40. 1. Suatu perancangan kewangan yang menganggarkan
penerima tunai dan pembayaran tunai bagi beberapa
tempoh yang telah ditetapkan.
2. Contoh : Penerimaan seperti hasil jualan tunai , sumbangan
modal (tunai dan lain-lain) dan pembayaran seperti gaji ,
pembelian bahan atau aset secara tunai dan lain-lain.Jika
penerimaan tunai melebihi pembayaran tunai , baki tunai
adalah positif dan sebaliknya.
3. Langkah-langkah Penyediaan Bajet Tunai :
• Membuat ramalan jualan.
• Membuat anggaran penerimaan tunai.
• Membuat anggaran pembayaran tunai.
• Tentukan bajet tunai bersih.
• Tentukan lebihan (kurangan) tunai.
41. Format Bajet Tunai
BUTIR JUN JULAI OGOS
RM RM RM
Baki b/b / Baki Awal / Baki - yyy xyx
Penerimaan : Modal xxx xxx xxx
Jualan / Jualan tunai xxx xxx xxx
Penghutang / Kutipan dari penghutang xxx
xxx
Jumlah penerimaan xxxx xxxx xxxx
Pembayaran : Perabot xxx xxx xxx
Belian / Belian tunai xxx xxx xxx
Pemiutang / Bayaran kepada pemiutang xxx xxx xxx
Sewa / Sewa kedai xx xx xx
Belanja pelbagai xx xx xx
Jumlah pembayaran xxxx xxxx xxxx
Lebihan (Kurangan xxx xxx xxx
**Baki h/b / Baki Akhir /Baki yyy xyx zzz
42. 1. Peniaga dapat mengukur keupayaan
untuk berniaga.
2. Penerimaan wang tunai perniagaan dapat
dianggarkan.
3. Peniaga dapat merancang pelaburan
secara teratur sekiranya terdapat lebihan
wang tunai.
4. Sebagai panduan untuk perbelanjaan
sebenar.
43. 4.5 PENGURUSAN RISIKO DAN INSURANS
1. Risiko di definisikan sebagai kemungkinan kerugian ,
kemalangan , kelemahan dan keruntuhan.
Pengurusan Risiko didefinisikan sebagai pengurusan
menyeluruh yang proaktif dalam aktiviti bagi sesuatu
program dan kemungkinan menerima kegagalan dalam
program berkenaan (Simmons , 1998).
2. Pengurusan Risiko ialah proses menggunakan analisis
risiko untuk membuat keputusan bagi mencapai objektif
bagi sesuatu objek dengan menerima sebahagia daripada
risiko (Powell dan Klien , 1996).
44. KEPENTINGAN PENGURUSAN RISIKO
1. Mengawal pembaziran.
2. Mengurangkan kos.
3. Mengelakkan kerugian.
JENIS RISIKO
1. Risiko yang boleh diinsuranskan.
# Mempunyai kekerapan kejadian yang dapat dijangka dan
diramal secara statistik
# Berpandukan statistik , penginsurans dapat mengira dan
menetapkan premium bersesuaian bagi perlindungan
terhadap risiko.
# Contoh : kebakaran dan kecurian.
45. 2. Risiko yang tak boleh diinsuranskan
# Kekerapan kejadian yang tidak dapat
dijangka secara
statistik.
# Penginsurans tidak mempunyai statistik
untuk meramal
kemungkinan risiko itu berlaku dan tak dapat
menetapkan
premiun.
# Contoh : peperangan , gempa bumi
pencemaran.
46. 1. Prinsip ganti rugi
# Ganti rugi dibayar adalah untuk memulihkankedudukan si
diinsuranskan kepada keadaan asal dan bukan untuk
mendapatkan keuntungan.
# Contoh : ganti rugi berbentuk tunai , gantian barangan rosak atau
hilang pembaikan ,kerosakan dan pembinaan semula bangunan
yang terbakar dalam insurans kebakaran.
(a) Subrogasi - si diiinsurans menrima pampasan , penginsurans
mengambil semua hak yang ada padanya untuk menuntut
kerugian kepada pihak lain.
(b) Caruman - sekiranya berlaku risiko , penginsurans akan
membayar bahagian masing-masing untuk menyediakan ganti
rugi si diinsurans bagi rugi yang dialami sahaja.
(c) Insurans limpah - nilai lindungan sesuatu harta yang
diinsuranskan melebihi nilai sebenarnya harta tersebut.
47. 2. Prinsip doktrin punca terdekat
# Ganti rugi hanya dibayar kepada si diinsurans apabila kemalangan
atau bencana itu berpunca daripada risiko yang diinsuranskan.
3. Prinsip kepentingan yang boleh diinsuranskan
# Si diinsurans mesti mempunyai kepentingan terhadap harta atau
nyawa yang diinsuranskan.
# Jika kemalangan atau kerosakan berlaku . Si diinsurans akan
mengalami kerugian.
4. Prinsip penuh percaya mutlak
# Sikap kejujuran antara kedua-dua pihak dalam mendedahkan
maklumat berkaitan dengan polisi insurans.
# Si diinsuranskan mesti memberikan maklumat-maklumat yang
benar mengenai risiko yang hendak diinsuranskan tanpa
menyembunyikan sebarang maklumat yang penting apabila
mengisi Borang Cadangan.
# Jika prinsip ini dilanggar oleh mana-mana pihak , polisi insurans
akan menjadi tidak sah dan dapat dibatalkan.Pampasan juga tidak
akan dibayar dan premium dikembalikan kepada si diinsuranskan.
# Prinsip ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya penipuan.
48. 1. Satu skim insurans berlandaskan prinsip Islam iaitu
saling menjamin , apabila sekumpulan peserta bersetuju
untuk saling menjamin sesama mereka terhadap
kerugian tertentu.
2. Sekiranya seseorang individu menyertai skim takaful ,
individu tersebut bersetuju menderma sebahagian
daripada caruman ke dalam kumpulan wang takaful
bagi membantu mana-mana peserta kumpulan yang
mengalami mana-mana kerugian tertentu.
Prinsip Takaful
1. Saling bertanggungjawab
2. Saling bekerjasama
3. Saling melindungi daripadaa sebarang kesusahan
49. 1. Perbezaan istilah takaful dan insurans :
# Takaful - wujudnya akad ,adanya jual beli
# Insurans - kontrak sebagai akad jual beli
2. Jual beli memang diharuskan oleh Islam tetapi mesti
memenuhi rukun jual beli engikut Muamalah Islam.
3. Dalam jual beli mesti ada penjual , pembeli , akad
(persetujuan jual beli) dan barang yang dibeli.
4. Perkara yang tidak dibenarkan dalam Islam :
(a) Riba’
# Apabila pertukaran wang berlaku antara wang caruman
peserta yang sedikit diganti dengan wang manfaat yang
dibayar oleh syarikat dengan nilai lebih tinggi.
# Wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan
insurans yang akan digunakan dalam pembayaran
pampasan kepada pemegang polisi.
50. (b) Maisar (judi)
# Wujud dalam kontrak insurans apabila :
- Peserta membayar premium yang kecil dengan
mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
- Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin
dilindungi (the insured event) tidak berlaku.
- Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan
yang melebihi jumlah premium yang diterima.
(c) Gharar (tak pasti)
# Kontrak insurans mengandungi unsur gharar kerana
apabila tidak berlaku tuntutan , satu pihak (syarikat
insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium)
sementara satu pihak lagi (peserta) tidak mendapat
sebarang keuntungan.
51. Konsep dan Prinsip Takaful : Pematuhan Syariah
1. Al-Mudharabah
# Bermaksud perkongsian keuntungan.Dalam takaful keuntungan
dikongsi mengikut nisbah yang dipersetukui barsama antara
peserta dan pengendali takaful / syarikat.
# Sumbangan peserta (tabarru’) akan dibuat pelaburan.Pelaburan
yang dilakukan adalah berlandaskan syara’ dan dilakukan
dengan amanah dan syarikat tidak wajib jika tidak memberitahu
dimana pelaburan dibuat.
# Nisbah pembahagian untung antara peserta dan syarikat
berlandaskan persetujuan bersama dan mesti dinyatakan dalam
borang perjanjian.
# Dalam mudharabah hanya nisbah ditentukan ndan bukan nilai ;
bergantung kepada keuntungan.
# Faedah daripada konsep mudharabah ialah pembahagian
keuntungan yang lebih adil dan mudharabah menjadi pengganti
kepada dividen atau bunga / faedah.
# Pengiraan mudharabah bermula dari sumbangan dibuat dan
dibayar terus kepada peserta.
52. 2. Tabarru’
# Bermaksud menderma , mencaru , atau memberi
sedekah.
# Prinsip tabarru’ merupakan teras kepada sistem
takaful.
# Dalam sistem ini peserta-peserta yang mengambil
bahagian akan membuat bayaran kepada dua jenis
bayaran iaitu kepada dirinya sendiri dan bayaran
derma atau sumbangan yang akan membantu
peserta-peserta lain yang ditimpa kesusahan dan
bencana.
# Oleh itu , wang derma inilah yang akan digunakan
oleh syarikat takaful ketika membayar kepada ahli
yang ditimpa musibah tersebut.