Peruntukan Sukan/Motivasi/Kokurikulum
Peruntukan ini bertujuan membantu pelaksanaan kegiatan pelajar di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Peruntukan ini disalurkan terus ke-sekolah menengah dan rendah seluruh negara.
Peruntukan ke sekolah menengah adalah sebanyak RM 6,000.00 dan sekolah rendah gred A RM2,500.00 dan sekolah rendah gred B RM1,500.00.
Ini adalah e-book basil daripada kursus kewangan bagi pejabat negeri SMECorp. Merangkumi asas penyediaan Buku Tunai, Penyata Penyesuaian Bank dan pelbagai daftar. Contoh semua rekod juga disertakan.
Peruntukan Sukan/Motivasi/Kokurikulum
Peruntukan ini bertujuan membantu pelaksanaan kegiatan pelajar di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Peruntukan ini disalurkan terus ke-sekolah menengah dan rendah seluruh negara.
Peruntukan ke sekolah menengah adalah sebanyak RM 6,000.00 dan sekolah rendah gred A RM2,500.00 dan sekolah rendah gred B RM1,500.00.
Ini adalah e-book basil daripada kursus kewangan bagi pejabat negeri SMECorp. Merangkumi asas penyediaan Buku Tunai, Penyata Penyesuaian Bank dan pelbagai daftar. Contoh semua rekod juga disertakan.
Dokumen tersebut membahas tentang bunyi-bunyi alam dan benda seharian yang panjang atau pendek, serta mengisi tempat kosong dengan gambar yang sesuai. Dokumen ini memberikan informasi tentang pengenalan bunyi dasar dan latihan mengenalpasti sifat bunyi.
Dokumen tersebut berisi soalan-soalan tentang bunyi musik yang panjang atau pendek, mengisi lirik lagu negeri Sembilan dan lagu negeraku, serta mengisi gambar pada soalan tentang bunyi musik.
Pemerintah mengumumkan rencana untuk membangun pusat perbelanjaan baru di pusat kota untuk mendukung pertumbuhan ekonomi. Rencana ini mendapat dukungan dari kalangan bisnis tetapi ditentang oleh kelompok lingkungan karena khawatir akan mengganggu ekosistem setempat. Perdebatan masih berlanjut mengenai dampak sosial ekonomi dan lingkungan dari rencana pembangunan tersebut.
Dokumen tersebut merangkum rencana pembelajaran seni visual untuk murid selama beberapa minggu, mencakupi berbagai tema, standar pembelajaran, dan aktivitas seperti menggambar, membuat corak, membentuk arca, dan mengenal kraf tradisional batik.
1. 1.0 BAHAGIAN TINJAUAN
1.1 Penyata Kewangan
Penyata kewangan merupakan ringkasan laporan aktiviti perniagaan dari segi
kedudukan kewangan sesebuah syarikat bagi suatu tempoh tertentu. Penyata
kewangan adalah ringkasan urus niaga yang telah dijalanakn sepanjang tempoh
kewangan syarikat serta kedudukan aset, liability dan ekuiti syarikat pada akhir
tempoh yang sama. Penyata ini disediakan oleh pihak pengrusan untk dibentangkan
kepada pemilik atau pemegang saham syarikat berkenaan.
Penyata ini merupakan output kepada aktiviti perakaunan yang dijalankan
iaitu rekod bagi semua urus niaga yang berlaku sepanjang tempoh kewangan
syarikat. Sehubungan dengan itu, sisitem rekod yang baik memudahkan pihak
pengurusan untuk menyediakan penyata kewangan.
Penyata kewangan bagi sesuatu tempoh biasanya disertakan bersama
dengan penyata kewangan bagi tempoh sebelumnya untuk perbandingan. Penyata
kewangan sesebuah syarikat mengandungi tiga penyata utama iatu penyata
pendapatan, kunci kira-kira dan penyata aliran dana. Sebagai contoh, berikut adalah
penerangan ringkas mengenai penyata-penyata bagi Syarikat Majubumi:
1.1.1 Penyata Pendapatan
Penyata ini juga disebut sebagai penyata untung dan rugi. Penyata
pendapatan adalah ringkasan operasi syarikat bagi sesuatu tempoh kewangan
tertentu yang menunjukkan hasil daripada operasi serta belanja-belanja yang terlibat
dalam menjalankan operasi tersebut. Perbezaan antara kedua-dua hasil dan belanja
merupakan keuntungan atau kerugian yang diperolehi syarikat dalam tempoh
tersebut. Jadual dibawah menunjukkan contoh penyata pendapatan Syarikat
Majubumi.
2. Penyata pendapatan syarikat Majubumi
SYARIKAT MAJUBUMI
Penyata Pendapatan
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2003
2003 2002
(RM) (RM)
Jualan 30120 28680
Tolak: Kos barang dijual 20400 20000
Untung Kasar 9720 8680
Belanja am dan pentadbiran 2000 2000
Belanja pemasaran 1200 1200
Belanja pelbagai 800 800
Belanja susut nilai 200 200
Jumlah belanja operasi 4200 4200
Pendapatan sebelum faedah dan cukai 5520 4480
Tolak: Belanja Faedah 520 480
Pendapatan sebelum cukai 5000 4000
Tolak: Cukai (30%) 1500 1200
Untung bersih 3500 2800
3. 1.1.2 Kunci kira-kira
Penyata ini juga dikenali sebagai lembaran imbangan yang merupakan satu
penyata yang menyenaraikan asset, liability, dan ekuiti syarikat pada satu tarikh
tertentu. Kunci kira-kira member gambaran kasar mengenai pelaburan syarikat ke
atas asset-aset serta sumber kewangan yang digunakan bagi membiayai asset-aset
tersebut. Ringkasnya, kunci kira-kira menunjukkan kedudukan kewangan syarikat
pada hari terakhir tempoh kewangan. Jadual dibawah menunjukkan contoh kunci
kira-kira:
Kunci Kira-kira Syarikat Majubumi
SYARIKAT MAJUBUMI
Kunci Kira-kira
Pada 31 Disember 2003
2003 2004
ASET (RM) (RM)
Aset Semasa:
Tunai 1640 1840
Akaun penghutang 5900 4800
Inventori 5300 4000
Jumlah aset semasa 12840 10640
Aset tetap:
Aset tetap 21000 19600
Tolak: susut nilai terkumpul 6740 6540
Jumlah aset tetap 14260 13060
Jumlah Aset 27100 23700
4. LIABILITI DAN EKUITI PEMILIK (RM) (RM)
Liabiliti semasa:
Akaun pemiutang 2000 1600
Pinjaman jangka pendek 2000 1800
Belanja terakru 2500 1900
Jumlah liability semasa 6500 5300
Hutang jangka panjang 7600 6600
Jumlah liabiliti 14100 11900
Ekuiti pemilik:
Saham biasa 2000 2000
Premium saham 5800 5800
Pendapatan tertahan 5200 4000
Jumlah ekuiti pemilik 13000 11800
Jumlah Liabiliti dan Ekuiti 27100 23700
1.1.3 Penyata aliran dana
Penyata ini melaporkan punca perolehan dan penggunaan dana bagi suatu
tempoh kewangan. Dana boleh ditakrifkan sebagai kumpulan wang tunai. Daripada
penyata ini, pihak pengurusan dapat mengetahui aliran keluar dan masuk dana
dalam perniagaan. Jadual dibawah menunjukkan contoh penyata aliran perdana.
5. Penyata Aliran Dana Syarikat Majubumi
SYARIKAT MAJUBUMI
Penyata Aliran Dana
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2003
Sumber-sumber dana: (RM)
Dari operasi:
Untung bersih 3500
Campur semula susut tunai 200
3700
Dari sumber lain:
Hutang jangka panjang 1000
4700
Penggunaan dana:
Belian aset tetap 1400
Pembayaran dividen 2300
Pertambahan modal kerja 1000
4700
Pertambahan modal kerja:
Pengurangan tunai (200)
Peningkatan akaun penghutang 1100
Peningkatan inventori 1300
Peningkatan akaun pemiutang (400)
Peningkatan belanja terakru (600)
Peningkatan pinjaman jangka pendek (200)
1000
6. Kekerapan penyediaan penyata kewangan bergantung kepada keperluan.
Biasanya, penyata kewangan disediakan secara tahunan untuk penelitian pemegang
saham, pelabur-pelabur dan juga pihak-pihak berkepentingan. Pihak pengurusan
syarikat biasanya menyediakan penyata kewangan yang lebih kerap sebagai alat
kawalan serta untuk menilai kemajuan dan hala tuju syarikat.
Terdapat berbagai golongan yang berminat terhadap penyata kewangan
sesebuah syarikat dengan tujuan yang berlainan. Jadual dibawah menunjukkan
kategori pengguna penyata kewangan dan kegunaannya:
Pengguna kegunaannya
Pemilik/
pemegang
saham
Penyata kewangan pada asasnya disediakan untuk pemilik
atau pemegang saham bagi memastikan pelaburan mereka
digunakan sebaik mungkin oleh pihak pengurusan dalam
perniagaan.
Pelabur/
bakal pelabur
Pelabur-pelabur berminat untuk mengetahui pencapaian
syarikat kerana kedudukan kewangan mempengaruhi harga
saham syarikat berkenaan. Pelabur akan mengekalkan
pegangan saham syarikat yang berprestasi baik manakala
bakal pelabur pula cuba untuk mendapatkan saham syarikat
berkenaan.
Pihak
pengurusan
Penyata kewangan boleh digunakan untuk menilai prestasi
pihak penguerusan dalam menjalankan tanggungjawab
mereka. Selain itu, belanjawan boleh digunakan sebagai asas
perbandingan dalam sisitem kawalan syarikat.
7. Pemiutang/bank/
pembekal
Pemberi kredit membuat penilaian ke atas syarikat sebelum
memberi atau memperbaharui kemudahan kredit.
Agensi kerajaan Syarikat diwajibkan menyerahkan penyata kewangan kepada
Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada setiap tahun. Lembaga
Hasil dalam Negeri bertanggungjawab ke atas pungutan cukai
dan penyata kewangan syarikat akan menjadi asas pengiraan
cukai. Agensi lain yang mungkin memerlukan penyata
kewangan syarikat termasuklah Jabatan Statistik dan
Kementerian Pembangunan Usahawan.
Kesatuan sekerja Goolongan ini berminat untuk mengetahui kedudukan syarikat
kerana prestasi syarikat biasanya menjadi asas kepada
tuntutan kesatuan sekerja untuk mendapatkan bonus, kenaikan
gaji dan sebagainya.
8. 1.2 PENYATA KEWANGAN
Maksud aset, liabiliti, nilai bersih dan analisis nisbah
1.2.1 ASET
Aset Semasa dan Aset Tetap
Aset – aset boleh digunakan dalam perniagaan dengan dua cara. Pertama,
aset boleh dijual untuk mencipta tunai, atau ia boleh digunakan untuk mengeluarkan
barangan yang boleh dijual bagi menghasilkan pendapatan tunai pada masa
hadapan. Barangan yang dihasilkan seperti bijirin padi dan ternakan kambing boleh
dijual dengan cepat tanpa mengganggu aktiviti pengeluaran masa hadapan
dipanggil aset cair. Jentera, baka kambing Boer dan tanah pula digunakan untuk
menghasilkan pendapatan masa hadapan dipanggil aset tetap.
Aset merupakan harta yang dimiliki oelh individu atau organisasi yang mana
ia berfungsi sebagai pegangan semasa dan masa depan. aset dibahagikan kepada
aset semasa, aset pertengahan, dan aset tetap. aset semasa adalah termasuk
barang jualan, pegangan tunai, baki akaun simpanan,saham dan lain-lain. aset
semasa merupakan aset yang mempunyai nilai kecairan yang sangat tinggi. bagi
aset pertengahan, ia mempunyai nilai kecairan yang sederhana.dari segi tempoh
hayat, ia mempunyai tempoh hayat penggunaan antara 7 hingga 10 tahun. contoh
aset ini adalah jentera, baka ternakan, dan lain-lain. secara relatifnya, aset ini tidak
digunakan untuk dijual tetapi kebiasaannya ia digunakan untuk menghasilkan
barangan lain. contoh aset pertengahan adalah jentera. bagi aset tetap, aset ini
melibatkan nilaimkecairan yang sangat rendah, dan mempunyai tempoh hayat yang
sangat panjang iaitu melebihi 10 tahun.contoh aset ini adalah tanah dan bangunan.
Dari segi liabiliti,ia merupakan satu tanggungan atau hutang yang dibuat oleh
perniagaan daripada orang lain. liabiliti adalah termasuk liabiliti semasa (dibayar
dalam tempoh satu tahun dari tarikh kunci kira-kira), liabiliti pertengahan (dibayar
dalam tempoh dua tahun, kadang-kadang mencapai 7 hingga 10 tahun) dan liabiliti
jangka panjang (dibayar dalam tempoh melebihi 10 tahun).
9. perubahan aset dan liabiliti mungkin tidak melibatkan perubahan nilai bersih.
Bagi analisis nisbah, ia digunakan untuk mengkaji kedudukan dan kekukuhan
kewangan sesuatu perniagaan. nisbah semasa adalah bagi menentukan kecairan
perniagaan dan menunjukkan hubungan aset semasa dengan liabiliti semasa.
nisbah modal bersih pula untuk menentukan kemampubayaran syarikat. dan nisbah
hutang-ekuiti untuk menunjukkan hubungan modal dipinjam dengan modal yang
dimiliki.
Sebagai contoh, laporan Kunci Kira-kira Peladang JBA sepertimana yang
ditunjukkan dalam Jadual di bawah.
Kunci Kira-kira Peladang JBA
pada 31 hb. Disember 2008
(dalam RM)
Aset Semasa
Wang tunai ditangan 2,073,692
Penghutang perniagaan/Akaun belum terima (account receivable) 1,218,525
Pelbagai pembayaran pendahuluan (prepaid expenses) 1,787,877
Lain-lain Aset 733,007
Inventori 66,668
Jumlah Aset Semasa 5,879,769
Aset Tetap
Tanah 1,261,365
Peralatan 202,616
(Tolak: Susut nilai Peralatan 1,000) 201,616
Bangunan 500,000
(Tolak: Susut nilai Bangunan 5,087) 494,913
Aset dalam Perlaksanaan 468,000
Pinjaman Nelayan 494,913
Jumlah Aset Tetap 1,957,894
JUMLAH ASET RM 7,837,663
10. Liabiliti Semasa
Pemiutang perniagaan 1,533,623
Pelbagai pemiutang/Akaun belum bayar 307,279
Peruntukan cukai/dividen 56,540
Jumlah Liabiliti Semasa 1,897,442
Liabiliti Jangka Panjang
Gadaian 0
Jumlah Liabiliti 1,897,442
Nilai Bersih 5,940,221
Dibiayai oleh (Dipanggil juga Ekuiti Pemilik):
Modal Saham Ahli 64,460
Modal Geran Pelancaran 135,375
Keuntungan Terkumpul 2,412,483
Kumpulan Wang Simpanan 2,065,602
Pinjaman LKIM 643,662
Kumpulan Wang Kebajikan Am 599,237
Pelbagai Tabung Kebajikan 19,400
Jumlah Ekuiti Pemilik 5,940,221
JUMLAH LIABILITI DAN EKUITI PEMILIK RM 7,837,663
1.2.2 Aset Semasa
Ia termasuk tunai di tangan dan baki akaun simpanan. Aset semasa yang lain
ialah akaun belum terima (yang tempoh matangnya kurang dari setahun), inventori,
pelbagai pembayaran pendahuluan (prepaid expenses), dan lain-lain aset seperti
hasil tanaman atau ternakan yang akan dijual, bekalan ladang. Dalam Jadual di
atas, dilaporkan jumlah tunai di tangan ialah RM2,073,692 pada 31 Disember.
Sekiranya Peladang JBA perlu membayar pembelian secara tunai dengan banyak,
maka ia perlu membuat pembelian jangka pendek untuk menampung pembeliannya.
11. 1.2.3 Akaun Belum Terima
Mewakili jumlah hutang yang masih belum dibayar oleh pelanggan-pelangan
Peladang JBA dari pembelian yang lalu. Ianya terhasil kerana pelanggan telah diberi
kemudahan pembelian secara kredit. Sesetengah perniagaan barang makanan
sangat bergantung kepada penjualan secara kredit, kerana petani hanya membuat
pembayaran selepas hasil pertanian mereka dikutip dan dijual. Dalam Jadual di atas,
pada bulan Disember, pelanggan Peladang JBA masih berhutang sebanyak
RM1,218,528 dari penjualan tahun lepas atau beberapa tahun yang lalu. Peladang
JBA boleh membuat penjualan secara kredit, tetapi pada masa yang sama perlu
berhati-hati dengan polisi jualan secara kredit ini, agar tidak terlalu banyak
jumlahnya. Langkah berhati-hati ini perlu dibuat untuk mengelakkan Peladang JBA
menghadapi kesukaran dalam aliran tunai pada masa hadapan.
1.2.4 Inventori
Ialah merupakan stok barangan yang akan dijual, atau stok barangan modal
yang akan digunakan untuk proses pengeluaran pada masa hadapan. Peladang
JBA mempunyai inventori sebanyak RM66,688 pada 31 Disember. Peladang
mungkin membuat inventori untuk memenuhi permintaan pada waktu permintaan
tinggi seperti pada waktu musim perayaan. Sekiranya peladang JBA boleh
merancang untuk memenuhi permintaan pengguna pada waktu yang diperlukan,
maka peladang tidak perlu menyimpan terlalu banyak inventori.
1.2.5 Pelbagai Pembayaran Pendahuluan (prepaid expenses)
Merupakan bayaran yang telah dibuat terlebih dahulu terhadap barangan atau
perkhidmatan yang digunakan oleh peladang. Barangan atau perkhidmatan tersebut
belum digunakan lagi tetapi pembayaran telah dibuat, seperti bayran pendahuluan
terhadap sewa bangunan, mesin atau insurans.
12. 1.2.6 Lain-lain aset
Termasuklah hasil ternakan atau ladang yang akan dijual, pelaburan seperti
pembelian saham dan bon syarikat lain. Aset-aset ini pula mudah dijual dan ditukar
kepada tunai dengan mudah.
1.2.7 Aset tetap
Contohnya tanah, bangunan kekal, dan peralatan. Aset ini kurang cair dan tempoh
hayatnya lebih dari 10 tahun. Jika dijual, aset ini akan memberi kesan kepada masa
hadapan perniagaan. Aset ini digunakan untuk mengeluarkan barangan dan
perkhidmatan. Umumnya semua aset tetap kecuali tanah mengalami susutnilai dan
perlu dicatatkan perbelanjaan susutnilai. Contohnya mesin pengisar padi (dicatat
sebagai peralatan) kepunyaan Peladang JBA bernilai RM50,000 sahaja selepas 3
tahun digunakan, walau pun pada awalnya dibeli pada kos RM80,000. Catatan nilai
aset tetap perlu dibuat pada nilai semasa aset tersebut. Contohnya mesin pengisar
dicatat nilai aset dicatatkan RM50,000 walaupun nilai sebenar masa dijual mungkin
lebih tinggi atau rendah dari nilai dicatatkan kerana harga sebenar semasa jualan
berlaku dipengaruhi oleh kuasa tawar menawar.
1.3 LIABILITI
Dua Jenis Liabiliti
Liabiliti ialah satu tanggungan atau hutang yang dibuat oleh perniagaan daripada
orang lain. Ia menunjukkan tuntutan seseorang atau sesuatu perniagaan luar
terhadap satu atau lebih aset perniagaan. Liabiliti boleh dibahagiakan kepada dua
kategori bergantung kepada tempoh hutang atau pinjaman itu dibuat.
a) Liabiliti Semasa (current liabilities)
Liabiliti semasa merupakan tanggungan kewangan yang akan matang atau
yang akan dibayar dalam tempoh satu tahun daripada tarikh kunci kira-kira itu
dibuat. Contoh liabiliti semasa ialah Akaun Belum Bayar (account payable) bagi
barangan atau perkhidmatan yang dibeli secara kredit, dan jumlah penuh pokok bagi
mana-mana pinjaman jangka pendek. Di antara bayaran yang termasuk dalam
kategori ini ialah inventori, bekalan (supplies), dan peralatan yang dibeli secara
13. kredit dan bayaran perlu dibuat dalam tempoh kurang dari setahun. Dalam
perniagaantani, di mana corak perniagaannya adalah bermusim, pinjaman
jangkapendek untuk membiayai inventori adalah penting kepada pengusaha.
Nota Perlu Bayar (notes payable)
ialah pinjaman jangka pendek yang memerlukan pembayaran secara
bulanan. Pembayaran pokok bagi pinjaman akan disenaraikan sebagai liabiliti
semasa kerana ia menunjukkan tanggungan tunai yang akan dijelaskan.
Nota Terakru (acrued notes)
merupakan akaun individu yang perlu ditanggung oleh firma perniagaan. Ianya dikira
secara agregat seperti upah (wages payable) dan cukai (taxes payable).
b) Liabiliti Jangka Panjang (Long Term Liabilities)
Pinjaman untuk membeli tanah atau apabila tanah digunakan sebagai
cagaran untuk mendapatkan pinjaman membeli tanah atau membina bangunan
akan disenaraikan sebagai liabiliti jangka panjang. Tempoh pembayaran balik
biasanya melebihi 10 tahun. Pembayaran pokok untuk tahun tersebut dan bunga
yang terakru akan disenaraikan sebagai liabiliti semasa, dan baki pinjamannya
dimasukkan ke dalam liabiliti jangka panjang. Ada juga juga liabiliti yangka panjang
yang tempoh pembayaran balik cuma di antara 7 hingga 10 tahun. Kebanyakan
liabiliti jenis ini digunakan untuk membeli jentera dan baka ternakan. Lain-lain contoh
liabiliti jangka panjang ialah gadaian (morgages) rumah, dan lain-lain pinjaman
jangka panjang dari individu, bank, dan lain-lain institusi kewangan.
1.4 Nilai Bersih
Nilai bersih menunjukkan baki jumlah wang yang dimiliki oleh pemilik
perniagaan sekiranya semua aset dijual dan semua liabiliti dibayar pada tarikh kunci
kira-kira. Nilai bersih diperolehi dengan “jumlah aset tolak jumlah liabiliti”.
Maksudnya, nilai bersih ialah wang sendiri yang dilaburkan oleh pemilik dalam
perniagaan tersebut, dan nilai itu dicatatkan sebagai liabiliti kerana ia merupakan
14. tuntutan pemilik terhadap perniagaan tersebut. Nilai bersih juga dinamakan ekuiti
pemilik.
Nilai bersih berubah jika terdapat perubahan pada nilai aset, penerimaan
harta pusaka, atau aset yang dijual pada nilai lebih rendah dari nilai bukunya dalam
kunci kira-kira. Peningkatan nilai bersih biasanya disebabkan oleh penggunaan aset
untuk mengeluarkan tanaman dan ternakan, dan keuntungan daripada pengeluaran
ini digunakan untuk membeli aset-aset baru atau mengurangkan liabiliti. Walau
bagaimanapun proses penambahan nialai aset dalam sector pertanian mengambil
masa yang panjang, dan salah satu sebab mengapa kita membandingkan kunci kira-
kira pada awal dan akhir tahun ialah untuk mengkaji kesan pengeluaran tahunan
terhadap nilai bersih, nilai aset dan nilai liabiliti.
Walau bagaimanapun, perubahan aset dan liabiliti mungkin tidak
menyebabkan perubahan nilai bersih. Contohnya jika tunai RM100 ribu digunakan
untuk membeli traktor baru, nilai bersih tidak akan berubah. Aset semasa akan
berkurangan sebanyak RM100 ribu, manakala aset jangka panajang akan
meningkat sebanyak RM100 ribu. Meminjam sebanyak RM200 ribu untuk membeli
tanah juga tidak akan merubah nilai bersih, kerana kedua-duanya, iaitu jumlah aset
dan jumlah liabiliti akan meningkat sebanyak RM200 ribu.
Contoh ini menerangkan suatu konsep penting. Nilai bersih perniagaan hanya
berubah jika pemilik menambah modalnya sendiri dalam perniagaannya (menambah
nilai bersih), atau mengeluarkan modal untuk memenuhi perbelanjaan untuk sara
hidup keluarga (mengurangkan nilai bersih), atau jika perniagaan mengalami
kerugian (mengurangkan nilai bersih). Kebanyakan urus niaga perniagaan hanya
merubah kandungan aset dan liabiliti tetapi tidak nilai bersihnya.
15. Dalam perakaunan:
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik
1.5 ANALISIS NISBAH
Kunci kira-kira kerap dianalisis dengan menggunakan analisis nisbah untuk
mengkaji kedudukan dan kekukuhan kewangan sesuatu perniagaan. Kebanyakan
institusi kewangan akan menggunakan analisis nisbah daripada kunci kira-kira untuk
menentukan kekukuhan kedudukan kewangan pelanggannya.
1.5.1 Nisbah Semasa
Nisbah semasa digunakan bagi menentukan kecairan perniagaan dan
menunjukkan perkaitan di antara aset semasa dengan liabiliti semasa.
Nisbah Semasa = Aset Semasa/Liabiliti Semasa
= RM5,879,769/RM1,897,442
= 3.1
Berdasarkan pengiraan, didapati nisbah semasa ialah 3.1, bermakna syarikat
mempunyai aset semasa berbanding dengan liabiliti semasa sebnyak 3.1 kali ganda.
Syarikat berkemampuan untuk mendapatkan tunai bagi membayar segala hutang
semasa.
1.5.2 Nisbah modal bersih
Nisbah modal bersih digunakan untuk mementukan kemampubayaran
syarikat. Ketidakmampubayaran berlaku jika nisbah modal bersih kurang daripada
satu, kerana jika perniagaan dibubarkan, hasil yang diperolehi daripada jualan aset
tidak cukup untuk membayar semua liabiliti. Sebenarnya nisbah modal bersih
sesuatu perniagaan ialah satu. Penurunan yang sedikit dalam jumlah aset boleh
menjadikan perniagaan tersebut, secara teknikal, tidak mampu membayar segala
hutangnya. Nisbah modal bersih yang meningkat dari tahun ke tahun menunjukkan
kekukuhan perniagaan syarikat tersebut.
16. Nisbah modal bersih = jumlah Aset/Jumlah Liabiliti
= RM7,837,663/RM1,897,442
= 4.13
1.5.3 Nisbah Hutang-Ekuiti
Nisbah hutang-ekuiti atau nisbah leveraj menunjukkan perkaitan di antara
modal yang dipinjam dengan modal yang dimiliki. Nisbah ini dikira dengan
menggunakan persamaan berikut:
Nisbah hutang-ekuiti = Jumlah Liabiliti/Nilai bersi
= RM RM1,897,442/RM5,879,769
= 0.322
Semakin kecil nilai nisbah hutang-ekuiti berserti semakin kukuh kedudukan
kewangan syarikat, kerana semakin besar jumlah ekuiti berbanding dengan jumlah
liabiliti. Sekiranya nisbah hutang-ekuiti bersamaan satu, bererti pemilik perniagaan
menyumbangkan 50% daripada modal perniagaan, manakala 50% lagi dipinjam.