Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Minggu 3 25 sept

740 views

Published on

QJU3043-Kurikulum Dan Falsafah Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan

Published in: Sports
  • Be the first to comment

Minggu 3 25 sept

  1. 1. FALSAFAH SAINS SUKAN DAN PJPK MINGGU 3
  2. 2. HASIL PEMBELAJARAN • Pelajar dapat menjelaskan definisi falsafah dan tujuan falsafah. • Pelajar dapat menghuraikan maksud metafizik, epistemologi dan aksiologi. • Pelajar dapat membuat intepretasi tentang perlaksanaan pendidikan jasmani dan kesihatan di dalam bilik darjah berlandaskan fahaman falsafah umum. • Pelajar dapat membuat peta minda yang mengaitkan 4 falsafah umum dengan unsur kebenaran, pengetahuan, nilai, dan impilkasi ke atas pendidikan.
  3. 3. Pelajar digalakkan memahami dengan jelas terlebih dahulu akan maksud dan tujuan falsafah supaya kefahaman tersebut boleh membantu pelajar memenuhi objektif kendiri untuk mencintai ilmu pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan dengan penuh makna.
  4. 4. Falsafah penting dalam pembentukan kurikulum agar mata pelajaran tersebut dapat mencapai objektif pendidikan dan hasil modal insan yang ingin dilahirkan.
  5. 5. DEFINISI DAN TUJUAN FALSAFAH • Falsafah bermaksud kajian terhadap asas permasalahan dan permasalahan yang berkaitan dengan kehidupan, pengetahuan, nilai, sebab musabab, minda dan bahasa. • Menurut Evans dan Teichmann (1999), falsafah juga adalah kajian permasalahan yang bersifat kritikal, abstrak dan sangat umum mengenai ciri- ciri semulajadi kehidupan, pengetahuan, moraliti, sebab musabab dan tujuan hidup manusia.
  6. 6. • Secara umum, falsafah berasal dari perkataan Yunani Tua iaitu philosophia yang bermaksud cinta kepada pengetahuan atau hikmah (love of wisdom) (Quinton, 1995). • Definisi di atas menjelaskan bahawa falsafah bukan sekadar cinta terhadap hikmah atau pengetahuan tetapi juga merangkumi usaha ke arah mendapatkan hikmah dan pengetahuan tersebut.
  7. 7. PELBAGAI PANDANGAN MENGENAI PENGERTIAN DAN TUJUAN FALSAFAH
  8. 8. • Russel (1946) – memahami falsafah sebagai sesuatu di antara teologi (ilmu ketuhanan dan agama) dan sains (sains fizikal dan kemanusiaan). – Seperti teologi (tetapi tidak seperti sains), falsafah mengandungi spekulasi tentang perkara yang belum tepat atau nyata. – Seperti sains (tetapi tidak seperti teologi), falsafah menggunakan taakulan untuk membuktikan sesuatu. – Maka falsafah melibatkan spekulasi dan taakulan.
  9. 9. • Schofield (1972) menganggap falsafah sebagai proses menyoal. – Soalan yang jenis bagaimana? – Ada soalan yang dijawab menerusi ujikaji (sains) – Ada soalan yang tidak dapat dijawab melalui sains tetapi memerlukan kita duduk bertafakur, berteori untuk mendapatkan jawapan (spekulatif – teologi)
  10. 10. • Kesimpulannya, falsafah ialah sesuatu yang terletak di antara sains dan teologi, memerlukan kita bertafakur, bertaakul dan berteori untuk mendapatkan sesuatu jawapan. • Falsafah merupakan sesuatu penyiasatan yang menyeluruh dan logik mengenai pemikiran tentang semua aktiviti manusia dalam berbagai bidang seperti agama, seni, sains dan pendidikan.
  11. 11. SIAPAKAH ORANG YANG BERFALSAFAH?
  12. 12. • Ahli falsafah berbeza dengan ahli sufi. • Ahli sufi, atau “wise men” pada zaman klasik greek mendapat wang melalui aktiviti pengembangan ilmu seperti seorang guru. • Namun, ahli falsafah bukanlah seorang ahli profesional yang menjadikan aktiviti pengembangan ilmunya sebagai profesion.
  13. 13. • Ahli-ahli falsafah adalah pencinta ilmu yang mencintai hikmah dan pengetahuan, serta berusaha mendapatkannya, memusatkan perhatian terhadapnya dan mencipta sikap positif terhadapnya. • Mereka sentiasa mencari hakikat sesuatu, mengaitkan sebab dan akibat dan mentafsir pengalaman manusia.
  14. 14. • Menurut Frost (1955), setiap orang adalah ahli falsafah kerana manusia dianugerahkan otak dan fikiran dan sentiasa membuka ruang untuk berfikir, bersoal jawab dan berfalsafah.
  15. 15. • Namun terdapat perbezaan antara orang biasa yang berfalsafah dengan ahli falsafah berfalsafah. • Ahli falsafah berfalsafah dengan cara membentuk idea dengan lebih lengkap, konsisten, berpandukan logik dan kemudiannya menyebarkan idea tersebut (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1984).
  16. 16. CARA BERFALSAFAH
  17. 17. • Menggunakan kaedah logik (Van Scottes, Kraft dan Haas, 1979). • Kaedah logik dilakukan secara formal iaitu melalui proses deduktif, atau secara saintifik melalui proses induktif.
  18. 18. • Logik deduktif ialah membuat kesimpulan daripada pernyataan am hingga ke perkara khusus. • Logik induktif ialah membuat kesimpulan daripada perkara atau kejadian yang khusus atau spesifik kepada satu pernyataan atau generalisasi yang am. • Oleh kerana generalisasi adalah bersifat am, maka ia sentiasa terdedah kepada persoalan sama ada ia betul atau salah.
  19. 19. PENDEKATAN FALSAFAH
  20. 20. Pendekatan Huraian Pendekatan Spekulatif Cara pemikiran falsafah yang sistematik, logik, munasabah, sistem idea yang memungkinkan intepretasi dibuat terhadap setiap elemen yang terkandung dalam pengalaman manusia. Ia adalah usaha untuk mencari satu kesepaduan bagi semua pemikiran dan pengalaman.
  21. 21. Pendekatan Preskriptif Cara pemikiran falsafah yang menetapkan sesuatu standard pertimbangan nilai. Ahli falsafah preskriptif berusaha mengesyorkan sesuatu prinsip untuk menentukan sesuatu standard tingkah laku sama ada berkualiti atau berfaedah. Pendekatan Huraian
  22. 22. Pendekatan Analitik Cara pemikiran falsafah yang menganalisis kenyataan spekulatif dan preskriptif dengan cara melihat kepada perkataan dan makna perkataan. Berkemungkinan makna perkataan berbeza dalam konteks yang berlainan. Ahli falsafah ini lebih bersifat berhati-hati dan berwaspada dalam membina sistem pemikiran. Pendekatan Huraian
  23. 23. CABANG FALSAFAH
  24. 24. Falsafah adalah usaha ke arah mencari hak dan kebenaran, mengetahui tentangnya dan mengenal pasti nilai. Oleh yang demikian falsafah adalah ilmu yang membahaskan tentang tiga perkara iaitu tentang kebenaran, pengetahuan dan nilai
  25. 25. METAFIZIK • Metafizik ialah asas kepada falsafah. • Metafizik mengkaji tentang sesuatu yang wujud secara reality, mutakhir, seperti alam, jiwa, roh dan kehidupan. Pokok persoalannya adalah “apakah dia...?” yang merangkumi persoalan tentang setiap benda yang wujud di alam maya sama ada yang boleh dilihat seperti alam sekeliling, atau yang tidak boleh dilihat seperti faktor kendiri, jiwa, dan perubahan.
  26. 26. • Metafizik adalah penting dalam falsafah. Tanpa penjelasan dan intepretasi tentang alam di sekeliling kita, adalah sukar bagi kita untuk mengenal pasti makna reality. • Sejauh mana manusia mempercayai pandangan metafiziknya, sejauh itulah dia berupaya memahami apa yang berlaku di sekelilingnya dan bertindak balas dengan sewajarnya. • Tanpa metafizik juga, semua ilmu pengetahuan akan terdedah dengan keraguan.
  27. 27. • Elemen utama dalam metafizik – realiti ialah sesuatu yang nyata (absolute), serta tidak boleh dipertikaikan akan kewujudannya. – Ia mempunyai ciri-ciri yang spesifik serta konsisten. – Oleh itu, pandangan metafizik seharusnya dapat memahami realiti secara tepat dan benar.
  28. 28. • Seperti dunia ini, secara fizikalnya dunia ini wujud dan setiap entiti di dalamnya mempunyai ciri-ciri semulajadi yang tersendiri. Tingkah laku setiap entiti juga berlandaskan kepada ciri-ciri yang dimiliki, dan jika setiap entiti berinteraksi antara satu sama lain, mereka bertingkah laku berdasarkan ciri-ciri semulajadi yang ditunjukkan oleh kedua-duanya.
  29. 29. • Walau bagaimanapun, metafizik sering dianggap ketinggalan zaman oleh sains kerana hasil kajian sains lebih mudah dipercayai, boleh dilihat, dibuktikan dan diukur. • Ini kerana terdapat beberapa jawapan yang diperolehi melalui metafizik tidak dapat diterangkan dengan jelas dan tidak berbentuk praktikal seperti hal ehwal kendiri, roh, jiwa dan kehidupan.
  30. 30. • Oleh itu, Auguste Comte telah mendakwa bahawa falsafah dalam dunia sains hanya berguna dalam menjelaskan teori dan konsep sains, dan walau apa jua keadaan sekalipun falsafah mesti meninggalkan cabang metafizik yang bersifat subjektif (Van Scottes, Kraft dan Haas, 1979).
  31. 31. EPISTEMOLOGI • Epistemologi ialah cabang falsafah mengenai teori pengetahuan dan perihal mengetahui. • Ia adalah kajian tentang kaedah bagaimana mendapatkan pengetahuan. • Pokok persoalannya adalah seperti “Bagaimana kita tahu tentang...?” yang merangkumi persoalan mengenai ciri-ciri konsep sesuatu perkara, pembinaan sesuatu konsep, kesahan sesuatu perasaaan, pemikiran logik, idea, memori, emosi dan proses mental.
  32. 32. • Ia berkaitan dengan bagaimana minda dikaitkan dengan realiti, dan adakah perkaitan tersebut sah atau tidak sah. • Epistemologi diperlukan bagi membolehkan kita mendapatkan pengetahuan tentang alam sekeliling, membezakan yang benar atau palsu.
  33. 33. • Sejauhmana manusia menggunakan epistemology dengan betul sejauh itulah kita dapat memahami realiti, dan menggunakan pengetahuan tersebut untuk meningkatkan kehidupan dan matlamat hidup.
  34. 34. • Elemen utama dalam epistemologi: – deria rasa manusia adalah sah, dan itulah caranya kita mendapatkan pengetahuan dan maklumat mengenai persekitaran kita; – berfikir adalah kaedah yang digunakan untuk mendapatkan pengetahuan dan mencapai kefahaman; – logik pula ialah kaedah untuk mengekalkan konsistensi dalam set pemikiran;
  35. 35. – objektiviti adalah cara bagaimana kita mengaitkan pengetahuan dengan realiti bagi menentukan kesahannya; – konsep adalah sesuatu yang abstrak tetapi menjadi perincian kepada sesuatu realiti; – dan epistemologi yang bagus ialah epistemologi rasional.
  36. 36. AKSIOLOGI • Aksiologi adalah cabang falsafah yang mempersoalkan tentang baik buruk sesuatu, benar atau salah, cantik atau hodoh, dan lain- lain persoalan yang melibatkan nilai. • Pokok persoalan tentang nilai sama ada nilai yang berbentuk objektif atau subjektif, personal atau tidak personal, nilai itu berubah atau tetap, dan kemungkinan wujudnya tahap bagi sesuatu nilai.
  37. 37. • Sesuatu itu menjadi bernilai apabila ada orang yang memberi nilai kepadanya. • Sesuatu nilai mungkin berguna pada hari ini, tetapi tidak pada hari esok. • Sesuatu nilai itu juga mungkin mempunyai hierarki yang tersendiri, contohnya nilai kerohanian adalah nilai yang lebih utama berbanding nilai kebendaan dalam konteks keagamaan.
  38. 38. Cabang Estetika • Etika adalah berkaitan dengan kualiti moral tingkah laku individu. • Ia adalah kajian tentang betul atau salah dalam tingkah laku manusia. • Etika sangat diperlukan dalam hidup manusia yang akan menentukan jenis tingkah laku kita. • Sejauh mana kita mengambil kira rasional sesuatu etika, sejauh itulah kita dapat mengurus matlamat dan tingkah laku dengan betul bagi mencapai kejayaan dalam hidup.
  39. 39. • Estetika pula menentukan kriteria bagi kecantikan dalam kesenian, pengalaman seseorang, alam sekeliling dan kehidupan. • Ia adalah kajian tentang seni, merangkumi apa yang terkandung dalam seni serta tujuannya. • Ia juga adalah penilaian mengenai sesuatu seni dan membenarkan sebarang tanggapan terhadap seni yang dilihat. • Estetika adalah suatu bentuk pemikiran yang unik dalam diri individu dan ia menjelaskan keupayaan individu menilai sesuatu yang abstrak.
  40. 40. FALSAFAH UMUM
  41. 41. • Mengkaji dan memahami beberapa jenis falsafah umum adalah mustahak bagi memudahkan kita mengetahui bagaimana sesuatu aliran fahaman itu dilahirkan dan hubungkaitnya dengan perkembangan kurikulum pendidikan khususnya dalam bidang pendidikan jasmani dan kesihatan.
  42. 42. • Stone dan Schneidr (1971) mengkategorikan falsafah umum kepada dua bahagian iaitu falsafah tradisional dan falsafah moden. • Idealisme dan realisme dikategorikan sebagai falsafah tradisional, manakala pragmatism dan eksistensialisme dikategorikan sebagai falsafah moden.
  43. 43. IDEALISME • Idealism ialah salah satu daripada falsafah tertua di dunia. • Ia wujud sejak zaman India purba di Timur hingga ke zaman Plato di barat. • Di antara ahli-ahli falsafah yang tergolong dalam mazhab ini ialah Plato, Rene Descartes, Baruch Spinoza, George Barkeley, Immanual Kant, George Wilhelm Friedrich Hagel, Samuel Taylor Coleridge.
  44. 44. • Walaupun terdapat percanggahan pendapat antara ahli-ahli falsafah dalam fahaman idealism, namun asas kepercayaan fahaman ini dapat dilihat pada kekuatan metafiziknya yang memberi penekanan realiti kewujudan fikiran, jiwa dan rohani.
  45. 45. Metafizik Falsafah ini percaya bahawa realiti itu adalah apa yang terkandung dalam aspek kerohanian manusia bukannya kebendaan dalam bentuk fizikal. Hanya melalui pemikiran sahaja sesuatu yang fizikal itu menjadi benar, nyata dan bermakna. Idealis percaya melalui idea atau akal dapat menyuburkan roh dan jiwa, manusia perlu melihat fizikal sebagai sesuatu yang lebih bermakna bukannya hanya sebagai mesin.
  46. 46. Epistem ologi Seseorang boleh memperoleh pengetahuan melalui cara lain selain kaedah saintifik seperti melalui keimanan (kepercayaan), keautoritarian, taakulan dan intuisi (gerak hati).
  47. 47. Aksiologi Nilai dan etika adalah mutlak dan kekal, tidak berubah walau berganti generasi. Nilai dan etika bukan ciptaan manusia tetapi sebahagian daripada tabi’i alam sejagat ciptaan Tuhan. Tuhan dianggap sumber nilai, oleh itu manusia dianggap tidak bermoral jika hidup tidak mengikut kehendak Tuhan. Pembentukan insan haruslah secara menyeluruh.
  48. 48. Implikasi dalam pendidik an Pembentukan insan yang menyeluruh menjadi objektif utama idealisme sebagaimana yang turut diaplikasikan oleh pendidikan jasmani. Individu adalah penting dan harus dipupuk dan dipelihara melalui penekanan terhadap minda dan proses pemikirannya. Oleh kerana idealisme percaya bahawa realiti adalah apa yang terkandung di dalam minda, jiwa dan rohani, maka fizikal sering diletakkan pada status yang kurang penting.
  49. 49. REALISME • Fahaman realisme turut dikenali sebagai materialisme atau naturalisme. • Fahaman ini bertentangan dengan pandangan mazhab idealism dari aspek metafizik. • Realisme percaya bahawa keseluruhan realiti adalah alam fizikal, tetapi apa sahaja yang berada di luar alam fizikal iaitu seperti apa yang terdapat dalam fikiran adalah bukan realiti. • Di antara pelopor mazhab ini ialah Aristotle, Russell, Francis Bacon, Alfred North Whitehead, dan St. Thomas Aquinas.
  50. 50. Metafizik Terdapat percanggahan pendapat ahli realisme mengenai metafizik. Ada yang menganggap realiti hanya kebendaan sahaja, ada yang menganggap realiti adalah kebendaan dan kerohanian, dan ada yang menganggap semua benda termasuk kebendaan dan kerohanian adalah realiti. Walau bagaimanapun pada asasnya mereka bersetuju bahawa alam kebendaan adalah realiti.
  51. 51. Epistemologi Realisme menolak pandangan idealisme yang menyatakan bahawa perolehan pengetahuan adalah berdasarkan kepada fikiran. Apa yang kita amati sebenarnya bukanlah sesuatu yang akan dibentuk semula oleh akal tetapi ia wujud dengan sendirinya. Realisme juga percaya bahawa fikiran manusia kosong semasa dilahirkan, dan manusia hanya akan belajar melalui pengalaman dengan menggunakan deria mereka, kemudian akan disimpan di otak. Selain itu, realsime juga percaya bahawa sesuatu kenyataan atau idea adalah benar jika ia bersesuaian dengan sifat-sifat perkara yang hendak diterangkan. Oleh yang demikian, hipotesis atau teori adalah sesuatu yang tidak benar kerana ia hanya bersifat menyokong, dan bukalah satu pengetahuan yang sebenar. Pengetahuan adalah benar jika telah disahkan berulang kali.
  52. 52. Aksiologi Pada dasarnya ahli realisme bersetuju dengan idealisme bahawa asas nilai adalah tetap dan tidak berubah-ubah. Namun terdapat percanggahan pendapat antara ahli realisme mengenai persetujuan ini. Ahli realisme klasikal percaya bahawa terdapat hokum moral sejagat yang boleh dita’akul dan yang telah menyatukan manusia sebagai makhluk yang rasional. Ahli realisme keagamaan bersetuju dengan pendapat ini tetapi menambah bahawa hukum tersebut dibentuk oleh Tuhan dan manusia diberi akal fikiran untuk berfikir mengenainya. Ahli realisme saintifik pula menafikan pandangan ahli keagamaan kerana bagi mereka kebaikan adalah sesuatu yang dapat menyesuaikan manusia dengan alam sekelilingnya, manakal kejahatan adalah sebaliknya. Oleh kerana tabi’i manusia dan tabi’i fizikal adalah tetap, maka nilai yang cuba disesuaikan antara satu sama lain adalah juga tetap.
  53. 53. Implikasi dalam pendidik an Peranan pendidikan melalui kacamata realisme adalah semata-mata untuk melatih murid mengintepretasi hal-hal yang nyata iaitu yang boleh dibuktikan melalui kaedah sains. Oleh yang demikian, pendidikan jasmani turut memberi penekanan terhadap kaedah sains dalam mendapatkan maklumat mengenai sesuatu hakikat. Kurikulum pendidikan jasmani juga harus dimuatkan dengan aktiviti dan pengalaman yang membolehkan murid memahami hukum dunia fizikal.
  54. 54. PRAGMATISME • Fahaman pragmatism dibentuk oleh ahli falsafah Amerika Syarikat seperti Charles Sanders Peirce, William James dan John Dewey. • Fahaman ini juga dikenali juga sebagai falsafah eksperimentalisme, empirisisme, instrumentalisme dan fungsionalisme. • Dengan berlandaskan kata kunci iaitu pengalaman dan penyelesaian masalah, fahaman ini percaya bahawa spekulasi mengenai realiti adalah satu aktiviti yang tidak berguna sehinggalah individu itu mengalami sendiri realiti tersebut dan membuat kesimpulan daripadanya. •
  55. 55. • Falsafah ini lahir dengan kebangkitan sains dan kaedah saintifik, melalui usaha Charles Darwin dengan teori evolusinya dan Albert Einstein dengan teori relativitinya. • Walau bagaimanapun, pragmatism memberi tumpuan yang lebih kepada cabang falsafah epistemologi dan aksiologi, dan memberi sedikit sahaja tumpuan kepada metafizik.
  56. 56. Metafizik Idea manusia mengenai alam ini adalah neutral. Realiti adalah interaksi di antara manusia dengan alam sekelilingnya. Alam ini dikatakan benar apabila manusia memberi makna kepadanya. Perubahan yang berlaku akibat interkasi manusia dan alam sekeliling juga adalah sesuatu yang dianggap realiti.
  57. 57. Epistemologi Manusia mendapat pengetahuan hanya melalui pengalaman. Pengalaman wujud akibat hasil interaksi antara individu dengan alam sekelilingnya. Maka pengalaman yang terhasil itu adalah pengetahuan yang diperoleh, dan kebenaran yang didapati hasil daripada interaksi tersebut adalah sumber pengetahuan. Idea hanya berkamna akibat daripada pengalaman, manakala pengalaman sebenarnya adalah bersifat sosial, oleh itu manusia mencari apa yang diharapkan dalam hidup melalui eksperimen. Selain itu, kaedah kepintaran adalah cara yang unggul untuk mendapatkan pengetahuan. Apabila berhadapan dengan sesuatu masalah, individu akan mencadangkan beberapa hipotesis dan teori bagi menrangkan fakta masalah tersebut dan seterusnya membuat eksperimen bagi mendapatkan sesuatu kebenaran atau pengetahuan.
  58. 58. Aksiologi Nilai berubah berdasarkan persetujuan masyarakat akibat perubahan semasa. Nilai juga berbeza mengikut budaya sesuatu masyarakat. Nilai tidak tetap dalam sesuatu keadaan. Apa yang dikatakan berguna pada hari ini, mungkin tidak berguna pada esoknya. Nilai timbul dari kehendak etika dan estetika yang dianggap penting oleh masyarakat dan individu Nilai mempunyai kesan ke atas masyarakat dan individu. Nilai tidak bersifat universal kerana masyarakat berbeza antara satu dengan yang lain. Dalam estetika, citarasa umum adalah berbeza mengikut budaya.
  59. 59. Implikasi dalam pendidikan Perubahan selalu berlaku, oleh itu cara dan matlamat pendidikan haruslah sentiasa fleksibel dan terbuka untuk dikaji semula. Murid harus selalu belajar mengenai alam dan perubahan di sekelilingnya supaya ia dapat memberi makna kepada kehidupannya melalui tafsiran pengalaman. Guru perlu mempelbagaikan situasi pengajaran yang berkaitan dengan masalah tertentu supaya murid lebih memahami tentang alam sosial dan fizikal di sekeliling mereka. Ini kerana murid sifatnya ingin mengetahu pelbagai perkara. Murid juga sepatutnya diberi kebebasan dalam menentukan prinsip tingkah laku moralnya supaya dapat diterima oleh orang lain dan tidak hanya mengikut prinsip moral yang telah ditetapkan.
  60. 60. EKSISTENSIALISME • Fahaman eksistensialisme adalah fahaman baru yang muncul di Eropah selepas Perang Dunia ke Pertama. • Pelopornya ialah Soren Kierkegaard, seorang ahli falsafah Denmark. • Falsafah ini terlalu bersifat individualisitik, terlalu bergantung kepada perkara subjektif seperti intuisi, merenung ke dalam diri, penghayatan emosi dan perasaan keseorangan. • Fokus eksistensialisme adalah terhadap individualisme dan kebebasan individu.
  61. 61. Metafizik Realiti didefinisikan oleh individu. Manusia menyedari akan kewujudan dirinya, dan dia bebas menentukan arah tujuannya sendiri, serta bertanggungjawab atas pilihan yang dibuatnya.
  62. 62. Epistemol ogi Manusia mengetahui hanya melalui pengalaman. Tahap pengalaman yang tinggi sekali ialah kesedaran tentang kewujudan benda dan manusia itu sendiri. Apa yang diamati secara terus atau sedar akan diberi makna oleh seseorang berlandaskan kepada pemahamannya sendiri yang boleh jadi betul atau salah. Kebenaran sentiasa relatif mengikut pertimbangan seseorang. Kebenaran mutlak tidak wujud. Untuk mendapatkan kebenaran seseorang itu mestilah tidak berhubung dengan orang lain dan tidak dipengaruhi oleh masyarakat.
  63. 63. Aksiologi Kewujudan seseorang itu adalah asas nilai baginya. Manusia sendiri yang bertanggungjawab terhadap sistem nilainya sendiri. Namun, tanggungjawab tersebut mungkin akan mengganggu orang lain, oleh itu pemilihan nilai oleh seseorang mestilah mengambil kira tanggungjawabnya terhadap orang lain juga.
  64. 64. Implikasi dalam pendidik an Guru yang bersifat eksistensialisme menilai dan menghargai kebebasan dirinya dan orang lain termasuk murid dan rakan sejawat. Dalam kurikulum berkemungkinan murid bebas memilih aktiviti pembelajaran berdasarkan minat dan kecenderungan, dan ini secara tidak langsung membina kreativiti, kesedaran diri, tanggungjawab dan pengharagaan kendiri individu.
  65. 65. PERKEMBANGAN FALSAFAH SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI
  66. 66. • Perbincangan mengenai perkembangan falsafah sukan dan pendidikan jasmani dibuat dalam dua cara iaitu: – mengenal pasti perubahan sikap dan budaya masyarakat terhadap sukan dan pendidikan jasmani berdasarkan peredaran kemajuan mengiku zaman; – atau dengan mengenal pasti perubahan pemikiran falsafah berdasarkan perkembangan falsafah tradisional dan moden.
  67. 67. PERUBAHAN MENGIKUT KEMAJUAN ZAMAN
  68. 68. FAKTOR MODERNISASI • Modenisasi merujuk kepada perubahan budaya dari yang bersifat tradisional atau premoden kepada yang bersifat moden. • Ciri-ciri budaya tradisional adalah stabil, bersifat setempat, dipengaruhi oleh individu keluarga atau budaya politik setempat, metos dan upacara keagamaan. •
  69. 69. • Budaya moden pula dibentuk oleh ciri-ciri dinamik, bersifat cosmopolitan, meritokrasi, bergantung kepada teknologi dan idea yang rasional. • Sukan dan pendidikan jasmani juga adalah sebahagian daripada budaya yang turut dipengaruhi perubahan akibat proses modernisasi.
  70. 70. • Ahli sejarah Melvin Adelman mengatakan bahawa sukan bergerak daripada konteks premoden ke moden antara tahun 1820 dan 1870 (Mechikoff & Estes, 2006). • Modernisasi sangat berguna dalam menjelaskan tingkah laku manusia terhadap sukan dan pendidikan jasmani
  71. 71. Ciri-ciri ideal jenis sukan pada zaman premoden dan moden Ciri-ciri Premoden Moden Organisasi Wujud secara informal, pertandingan diuruskan oleh orang perseorangan secara informal. Wujud secara formal diperingkat kawasan setempat, wilayah, dan kebangsaan. Peraturan Peraturan mudah, tidak bertulis, berdasarkan budaya dan tradisi setempat, namun terdapat perbezaan variasi peraturan dari satu tempat ke tempat yang lain. Peraturan formal, standard dan bertulis, mempunyai rasional dan mendapar kelulusan oleh organisasi yang terlibat. Pertandingan Pertandingan diadakan di kawasan setempat sahaja, pertandingan bukan untuk mendapatkan reputasi. Pertandingan berkembang ke peringkat yang lebih tinggi seperti kebangsaan dan antarabangsa, dan ke arah mendapatkan reputasi
  72. 72. Ciri-ciri Premoden Moden Perbezaan peranan Tidak dianggap penting oleh pemain, peranan pemain dan penonton adalah kurang. Sangat penting, berlaku kebangkitan profesional dalam bidang sukan, terdapat perbezaan yang ketara antara peranan pemain dan penyokong. Maklumat awam Maklumat sukan adalah terhad di kawasan setempat, lebih menurus kepada maklumat lisan. Maklumat dipaparkan melalui media massa, kebangkitan majalah dan buku mengenai sukan. Rekod dan statistik Tidak wujud usaha merekod aktiviti sukan Rekod dan statistik sukan disimpan dan di terbitkan, dijadikan panduan dalam ukuran kejayaan.
  73. 73. URBANISASI DAN INDUSTRIALISASI • Urbanisasi - budaya sukan dan pendidikan jasmani bergerak berdasarkan budaya setempat dan faktor persekitaran. • Industrialisasi - perubahan dilihat berdasarkan kecenderungan individu bergantung terhadap kekuatan fizikal kepada pergantungan terhadap mesin dan jentera.
  74. 74. • Urbanisasi dan industrialisasi mengambil tempat dalam era perubahan sukan dan pendidikan jasmani sekitara kurun ke 19.
  75. 75. • Sebelum menjelangnya kurun ke 19, kebanyakan masyarakat di dunia lebih menjurus kepada kehidupan bersifat kampung. • Petani, peladang, penternak, pelombong dan sebagainya menjadikan kekuatan fizikal sebagai asas dalam perlaksanaan tugas seharian.
  76. 76. • Namun kemunculan era sains dan teknologi telah merubah corak pertanian, perladangan, penternakan, perlombongan dan sebagainya hingga wujud sektor industri yang lebih besar dan bersifat mekanikal. • Populasi kampung telah bergerak ke arah urbanisasi, dan menjadikan revolusi industri sains dan teknologi sebagai budaya dalam bidang tugas seharian, sekaligus telah mengubah tatacara kerja secara lebih radikal.
  77. 77. • Perubahan tatacara telah mempengaruhi corak sukan dan pendidikan jasmani yang diamalkan oleh masyarakat. • Sebagai contoh, aktiviti sukan dan riadah boleh dibuat pada waktu malam dengan adanya teknologi lampu, manakala petani mampu menguruskan pertandingan sukan kerana mereka tidak lagi melakukan aktiviti pertanian di kawasan pedalaman yang menyukarkan mereka untuk berhubung dengan masyarakat.
  78. 78. • Semua perubahan yang berlaku dalam konteks sukan dan pendidikan jasmani akibat faktor modernisasi, urbanisasi dan industrialisasi boleh dijelaskan dalam pelbagai intepretasi yang mengambil kira kebaikan dan keburukan akibat perubahan besar yang dialami oleh masyarakat tersebut.
  79. 79. Dalam kumpulan, bincangkan implikasi faktor modernisasi, urbanisasi dan industrialisasi ke atas perubahan gaya hidup masyarakat.
  80. 80. FAKTOR METAFIZIK TERHADAP PERANAN MINDA DAN TUBUH BADAN • Adakah minda dan tubuh badan itu suatu yang realiti? • Atau, yang manakah lebih realistik, minda atau tubuh badan? • Melalui aspek metafizik kita dapat mengetahui sejauhmana perkembangan persepsi dan sikap individu terhadap peranan minda dan tubuh badan dalam menentukan peri pentingnya sukan dan pendidikan jasmani.
  81. 81. • Terdapat pelbagai percanggahan mazhab mengenai realiti minda dan tubuh badan. • Tetapi kenapa kita perlu mengetahui percanggahan tersebut?
  82. 82. • Ini adalah kerana, jika kita hanya berpegang pada falsafah realisme bahawa realiti adalah berkenaan apa yang wujud di alam sekeliling termasuk tubuh badan manusia, maka manusia hanya dianggap sebuah mesin biologi, dan pendidikan pula adalah program yang akan membentuk tingkah laku tubuh badan yang sebenar.
  83. 83. • Tetapi, jika kita berpegang teguh pada fahaman idealisme yang mengatakan bahawa realiti adalah apa yang terkandung dalam minda, fikiran, roh dan jiwa, maka kita akan menjadikan manusia sebagai insan yang berguna hanya dengan berdasarkan keupayaan intelektual dan rohani semata- mata, manakala pendidikan pula adalah proses memperkembangkan keupayaan intelektual tersebut.
  84. 84. • Persoalannya, adakah dua bentuk sikap terhadap minda dan tubuh badan ini masih lagi menjadi amalan dalam sistem pendidikan sekarang? • Manakah yang lebih mustahak, minda atau tubuh badan?
  85. 85. • Sebagai contoh pada zaman Rom kuno, mereka percaya bahawa tubuh badan dan deria adalah kaedah untuk mengetahui dan memahami akan realiti. • Masyarakat Monks pada abad pertengahan dahulu lebih mepercayai akan jiwa dalaman berbanding tubuh badan. • Ini memberi kesan kepada penghargaan terhadap kepentingan tubuh badan berbanding apa yang dipercayai oleh masyarakat Rom kuno dahulu dan sekaligus memberi kesan terhadap sukan dan pendidikan jasmani.
  86. 86. FAKTOR EPISTEMOLOGI TERHADAP PERANAN MINDA DAN TUBUH BADAN • Terdapat hubungkait antara metafizik dan epistemologi. • Jika kita berpegang pada metafizik yang menyatakan bahawa minda adalah realiti berbanding tubuh badan, maka penekanan diberi terhadap keupayaan intelektual atau unsur epistemologi. • Tetapi jika tubuh badan dan deria dianggap kaedah utama dalam mendapatkan pengetahuan, maka ini juga menjurus ke arah pendekatan dalam epistemologi.
  87. 87. • Dalam konteks pendidikan, hubungkait antara metafizik dan epistemologi semakin nyata. • Persoalannya, adakah lebih mudah untuk mengetahui sesuatu berdasarkan keupayaan minda, atau melalui keupayaan tubuh badan dan deria semulajadi?
  88. 88. • Dalam sukan dan pendidikan jasmani, persoalan ini menjadi satu cabaran terhadap perkembangan objektif sukan dan pendidikan jasmani itu sendiri. • Ini bermakna jika guru melihat bahawa pengetahuan hanya boleh dicapai melalui keupayaan minda, maka peranan fizikal atau tubuh badan secara tidak langsung diketepikan sebagai medium yang boleh membantu untuk mendapatkan pengetahuan.
  89. 89. Falsafah Dualisme dan Monisme Dalam Sukan dan Pendidikan Jasmani • Dualism adalah satu fahaman yang mempercayai bahawa terdapat dua jenis realiti yang terpisah di antara satu sama lain iaitu minda dan tubuh badan. • Minda adalah merujuk kepada komponen bukan fizikal yang tidak dapat dilihat seperti fikiran, jiwa dan kendiri, manakala tubuh badan merujuk kepada ciri-ciri yang boleh dilihat dan diukur seperti saiz, warna, berat, lokasi dan sebagainya.
  90. 90. • Plato (428–348 B.C.E.) dianggap sebagai ahli falsafah pertama yang menyatakan perbezaan bebas antara minda dan tubuh badan. • Beliau merujuk bahawa tubuh badan hanyalah sebagai sangkar yang menyimpan minda, jiwa dan roh, dan apabila manusia mati, tubuh badan akan mereput ke dalam elemen asalnya iaitu tanah, tetapi minda dan jiwa tidak mereput kerana tidak dibuat dari material yang sama.
  91. 91. • Mereka yang menafikan bahawa minda dan tubuh badan adalah entiti yang terpisah secara bebas disebut sebagai monist. • Monism mempercayai bahawa hanya terdapat satu kewujudan yang mutlak yang mencantumkan minda dan tubuh badan ke dalam satu entiti yang sama.
  92. 92. • Beberapa falsafah moden yang lahir daripada kepercayaan monism adalah seperti falsafah pragmatism, eksistensialism dan fenomenologikal. • Pencantuman antara minda dan tubuh badan dalam falsafah moden ini memberi implikasi yang besar terhadap perkembangan sukan dan pendidikan jasmani kerana ia memberi penekanan terhadap peranan tubuh badan dan fizikal dalam mencapai pengetahuan.
  93. 93. Falsafah Moden Dalam Konteks Sukan Dan Pendidikan Jasmani
  94. 94. Pragmatisme • Pragmatisme adalah falsafah umum pertama yang menolak fahaman dualism mengenai minda dan tubuh badan. • Falsafah ini percaya bahawa minda adalah sebahagian dariapada tubuh badan yang bersatu, oleh yang demikian, manusia memperoleh pengetahuan melalui pengalaman fizikal yang dilalui.
  95. 95. • Tujuan pragmatism adalah mewujudkan kaedah praktikal untuk berhadapan dengan perubahan sosial yang berlaku di persekitaran masyarakat kurun ke 19 pada ketika itu khususnya di Amerika Syarikat. • Fahaman ini lahir hasil daripada evolusi teknologi dan perkembangan falsafah sains genetic Charles Darwin.
  96. 96. • Walaupun dalam konteks pendidikan jasmani dan sukan tidak begitu berkaitan dengan usaha yang dilakukan oleh Charles Darwin, namun terdapat pendapat mengatakan bahawa usaha beliau mempengaruhi sejarah perkembangan minda moden.
  97. 97. • Darwin berpandangan bahawa sistem biologi dalam tubuh badan sebenarnya adalah tindak balas terhadap perubahan persekitaran begitu juga dengan pergerakan tubuh badan yang dihasilkan.
  98. 98. • Dalam konteks sukan dan pendidikan jasmani, pragmatisme memungkinkan keupayaan individu untuk membina pengetahuan melalui kaedah tubuh badan seperti melalui eksperimen tentang kondisi tubuh badan yang di bawah pengaruh stres fisiologi, tenaga fizikal yang membentuk tubuh badan dan kawalan pergerakan.
  99. 99. Eksistensialisme • Fahaman eksistensialisme mempercayai akan konsep individualisme dalam segenap aspek kehidupan. • Individu berkuasa untuk mengatur dan mempengaruhi persekitaran, bebas membuat pilihan dan melibatkan diri dalam apa jua pengalaman. • Kebebasan dalam pengalaman dan membuat pilihan ini adalah bukti kewujudan individu.
  100. 100. • Seseorang individu akan memilih pengalamannya berdasarkan minat dan nilai yang diletakkan ke atas aktiviti tersebut. • Sekiranya dia melihat sukan sebagai aktiviti yang sangat bernilai, maka dia memilih sukan sebagai sebahagian pengalaman hidupnya. • Oleh itu untuk menjiwai sukan dan pendidikan jasmani itu juga bergantung kepada pilihan individu.
  101. 101. • Namun, pragmatisme menegaskan bahawa individu bertanggungjawab terhadap setiap pilihannya. • Kebebasan individu yang dimiliki bukanlah tiket untuk lari daripada tanggugjawab tersebut. • Apa sahaja pilihannya, dia turut bertanggungjawab sekiranya pilihannya memberi kemudaratan ke atas diri orang lain.
  102. 102. • Fokus individualisme dalam fahaman eksistensialisme sebenarnya adalah terhadap faktor ketulenan seseorang individu itu. • Manusia adalah individu yang tulen, tidak memerlukan pengiktirafan dari pihak lain dan juga tidak perlu akur atas ketetapan yang dibuat oleh pihak lain. • Walau bagaimanapun, faktor individualistik ini menjadikan matlamat hidup individu sangat kabur.
  103. 103. • Menurut Kaplan (1961), manusia sentiasa membuat pilihan dalam hidupnya, dan sentiasa terdedah dengan kemungkinan kejayaan dan kegagalan dalam membuat pilihan.
  104. 104. • Dalam konteks sukan dan pendidikan jasmani, individualisme akan lebih terserlah jika aktiviti yang dijalankan mengandungi nilai etika dan estetika yang tinggi agar dapat mencetuskan konflik antara emosi, perasaan dan persepsi individu dengan persekitaran. • Melalui sukan dan pendidikan jasmani, individu dapat mengembangkan potensi diri dengan cara mereka sendiri, selain dapat memupuk kemahiran berfikir secara reflektif untuk menilai keupayaan dan disiplin diri.
  105. 105. Fenomenologi • Fenomenologi adalah fahaman yang wujud pada abad ke 20 yang bertujuan untuk menyiasat dan menjelaskan fenomena alam melalui pengalaman sedar manusia, tanpa terikat dengan teori dan konsep. • Pengasas fahaman ini ialah Edmund Husserl (1859-1938) yang prihatin terhadap refleksi sistematik serta analisis struktur kesedaran minda manusia terhadap fenomena persekitaran.
  106. 106. • Bagi fenomenologi, individu bebas untuk melalui pelbagai pengalaman dan menikmati pengalaman tesebut. • Namun apa yang dirasa, difikirkan dan dilalui oleh setiap invidu adalah berbeza antara satu sama lain. • Bagi atlet atau invidu yang melalukan aktiviti fizikal, pengalaman yang diperolehi melalui aktiviti fizikal sangat bernilai dari aspek epistemologinya. Kerana tubuh badan adalah sumber pengetahuan dan perkembangan individu.

×