SlideShare a Scribd company logo
1 of 63
SEJARAH PERKEMBANGAN SAINS
SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI
MINGGU 4
• Tujuan pelajar didedahkan dengan sejarah ini
supaya pelajar dapat memahami bagaimana
konsep sukan dan pendidikan jasmani itu
berkembang dari sekadar fahaman mengenai
kepentingan aspek minda, fizikal dan tubuh
badan sehinggalah peranannya dalam
membentuk etika dan profesional.
Tahap Kategori Masyarakat Masa
1 Tamadun purba Sumeria 3000 hingga
1500
Sebelum
Masihi
Mesir
China
2 Greek 1000 hingga 0
Sebelum
Masihi
Rom 500 Sebelum
Masihi hingga
500 Selepas
masihi
3 Zaman Pertengahan berlaku
Perubahan Konsep Tubuh
Badan
Barat 900 -1400
Selepas
Masihi
4 Zaman Kebangkitan
Perkembangan Konsep Sains,
Perubatan dan Kesihatan
Barat 1885 - 1930
5 Ke Arah Reformasi dalam
Pendidikan Jasmani
Seluruh dunia 1900-1939
PENDIDIKAN JASMANI DAN
KESIHATAN DALAM TAMADUN
KUNO
• Keupayaan atletik, kecergasan fizikal,
pertandingan dan persaingan, serta permainan
adalah sebahagian daripada komponen budaya
yang telah diamalkan semenjak zaman
kebangkitan tamadun purba.
• Kepentingan aspek fizikal terserlah dalam aktiviti
permainan, tarian, sukan, rekreasi dan juga
sebagai satu kaedah mempertahankan diri.
• Amalan sukan, kesihatan dan pendidikan jasmani
sebenarnya berlaku secara tidak langsung dan
tidak tersusun secara sistematik.
• Apabila menyebut tentang aspek
mempertahankan diri, penglibatan fizikal adalah
ketara.
• Sejak zaman pra sejarah lagi, masyarakat
purbakala hidup dengan berlandaskan kekuatan
fizikal untuk perjuangan hidup seharian.
• Manusia memburu untuk mencari makanan,
berjuang mempertahankan diri dari serangan
musuh dan binatang buas, dan penyelenggaran
dalam kehidupan seharian, semuanya
berlandaskan keupayaan fizikal.
• Semasa zaman prasejarah, manusia diberi
penghormatan atas keberanian dan
kemahiran fizikal yang dimiliki.
• Setiap masa mereka berjuang untuk hidup,
untuk mendapatkan kejayaan dan
penghormatan sebagai symbol kemegahan
kaumnya, sama ada melalui permainan, sukan
atau peperangan dan pertandingan
mempertahankan diri.
• Pada zaman kuno, peperangan adalah salah
satu daripada pembabitan aspek fizikal dan
tubuh badan.
• Kekuatan fizikal dijadikan sebagai kaedah
untuk menunjukkan kekuasaan, untuk
menguasai yang lemah dan mendapatkan
pengaruh politik dan ekonomi.
• Tidak dinafikan, hal ini juga berlaku berlarutan
sehinggalah zaman sekarang.
• Angkatan peperangan dibina, dan latihan
fizikal ditingkatkan untuk memupuk kekuatan
fizikal hingga ke tahap optimum.
Sumeria, Mesir dan China
• Pada asalnya masyarakat Sumeria percaya bahawa
Tuhan mencipta manusia sebagai hamba yang akan
menyembahnya.
• Manusia adalah dibawah kerahmatan Tuhan dan satu-
satunya tujuan manusia hidup di muka bumi ini adalah
untuk mentaati perintah Tuhan.
• Kepercayaan ini menyebabkan masyarakat Sumerian
dilihat sebagai memiliki falsafah yang negatif terhadap
keupayaan tubuh badan kerana jika manusia biasa
dianggap tidak bernilai melainkan Tuhan, maka begitu
juga dengan konsep tubuh badan manusia (Mechikoff
dan Estes, 2006).
• Namun, kepentingan tubuh badan dapat dilihat
dari aspek kebersihan yang diamalkan oleh
masyarakat Sumeria.
• Melalui peninggalan artifak tamadun
Mesopotamia, dapat dilihat bagaimana
masyarakat Sumeria menjalankan aktiviti
seharian seperti membasuh tangan, membasuh
pakaian dan mandi.
• Ini menunjukkan bahawa masyarakat Sumeria
pada ketika itu sudah mula memberi keutamaan
pada masalah yang dualami oleh tubuh badan.
• Selain daripada itu, Sumeria juga di kelilingi oleh
kawasan perkampungan dan dipengaruhi oleh
faktor ekonomi dan politik.
• Perniagaan, perdagangan dan hiburan menjadi
rutin utama masyarakat Sumeria begitu juga
dengan peperangan.
• Oleh yang demikian, tidak dinafikan bahawa
keupayaan dan kecergasan fizikal sangat
diperlukan oleh masyarakat Sumeria dalam
aktiviti kehidupan seharian.
• Di kalangan masyarakat Mesir (2000 hingga 30
sebelum masihi) purba pula, Touny (1984)
berpendapat bahawa sukar untuk memikirkan tentang
sukan di kalangan masyarakat kerana mereka tidak
mempraktikkannya.
• Walaupun masyarakat Mesir tidak menunjukkan
objektif pendidikan jasmani atau objekttif kesihatan
yang jelas.
• Namun mereka menunjukkan minat yang mendalam
terhadap aktiviti yang berbentuk vokasional, rekreasi
dan keagamaan seperti latihan ketenteraan, memburu,
bergusti, berenang, bermain bola, menari dan upacara
keagamaan.
• Sejarah kebudayaan China bermula semenjak 2500
hingga 1200 sebelum masihi, dan mempelopori
tamaduan yang paling berpengaruh di rantau asia
timur dari aspek kebudayaan dan seni kehidupan.
• Ahli arkeologi mendapati bahawa permainan dan
sukan mula wujud di China sejak sebelum masihi lagi
(Knuttgen, Qiwei dan Zhongyuan, 1990).
• China purba mempunyai ciri-ciri sistem politik yang
bersifat feudal menyebabkan ia terbahagi kepada
kolono-koloni yang sering bergaduh di antara satu
sama lain.
• Oleh yang demikian, latihan ketenteraan
sangat dititikberatkan di China seperti taktik
peperangan, kemahiran berkuda, penggunaan
senjata dan seni mempertahankan diri.
• Ciri-ciri sukan dan pendidikan jasmani yang
lain terserlah di kalangan masyarakat China
purba berdasarkan artifak yang ditemui iaitu
lakaran gambar mengenai aktiviti harian
seperti tarian dan aktiviti berkuda.
• Sumeria, Mesir dan China melibatkan diri
dalam aktiviti fizikal secara tidak langsung
atau secara informal melalui aktiviti dan rutin
harian sehinggalah ketamadunan Greek
mengambil tempat yang membuka peluang
kepada perkembangan sukan dan pendidikan
jasmani secara lebih sistematik.
GREEK
• Greek secara umumnya terkenal dengan
perkembangan warisan seni, drama, sejarah,
ilmu matematik, seni pidato,syair dan puisi,
sains dan seni arca.
• Namun, kebangkitan Greek sebagai tamadun
yang memperkenalkan aktiviti sukan dan
fizikal sememangnya tidak boleh dinafikan.
• Masyarakat Greek sangat berminat terhadap
proses mendidik individu secara menyeluruh.
• Asas bagi sejarah pendidikan jasmani dan
sukan di zaman Greek bermula dengan
wujudnya permainan funeral game.
• Selepas kematian seorang pahlawan bernama
Patroclus upacara permainan diadakan
semasa pengkebumian dijalankan seperti
perlumbaan kereta kuda, memanah, bergusti
dan bertarung.
• Selain itu, terdapat beberapa jenis sukan yang
dijalankan pada zaman greek seperti berikut:
• Sukan Olimpik:
Berlangsung di suatu tempat bernama Olympia
sempena penghormatan terhadap tuhan Zeus.
Rekod pertama sukan olimpik ialah pada 776
sebelum masihi. Dalam sukan tersebut,
pemenang akan dianugerahkan dengan kalungan
yang diperbuat daripada pohon zaitun.
• Sukan Pythian
Sukan Pythian berlansung di suatu tempat bernama
Delphi. Dalam sukan tersbut, pemenang akan
dianugerahkan kalungan yang diperbuat daripada
pohon laurel sebagai tanda penghormatan. Sukan ini
adalah sukan kedua berprestij selepas sukan olimpik.
• Sukan Isthmian
Sukan Isthmian berlangsung di Corinth sempena
penghormatan terhadap Poseidon iaitu tuhan laut.
• Sukan Nemean
Sukan Nemean pula berlangsung di Nemea
dalam tempoh 2 tahun seklai sebagai tanda
penghormatan terhadap tuhan Zeus.
• Athens dan Sparta pula ialah dua buah bandar
yang terkenal di Greek.
• Athens ialah bandar kebudayaan dan tempat
lahirnya cendekiawan falsafah seperti
Socrates, Plato, Aristotle dan Aristophanes,
manakala Sparta ialah bandar yang
dimonopoli oleh kuasa ketenteraan.
• Pendidikan jasmani dan sukan mendapat
tempat yang utama di Athens dan Sparta.
• Di Sparta, monopoli kuasa ketenteraan menyebabkan
latihan fizikal menjadi aspek pendidikan jasmani yang
paling utama.
• Latihan fizikal dalam konteks Sparta melibatkan aktiviti
latihan ketenteraan yang sangat berat.
• Remaja Sparta contohnya diajar berenang, berlari,
bertarung, selain kemahiran bermain bola,
menunggang kuda dan memamanah.
• Disiplin ketenteraan diterapkan semenjak kanak-kanak
lagi supaya mereka menjadi gagah, kuat, tahan sakit
dan obses terhadap matlamat mencapai kemenangan.
• Konsep pengukuran dan penilaian sudah lama wujud di
Sparta yang digunakan bertujuan untuk memilih
tentera yang paling bagus dan cemerlang.
• Di Athens pula, fokus pendidikan jasmani lebih
kepada pendidikan minda dan tubuh badan
berbanding di Sparta yang lebih menekankan
pendidikan tubuh badan fizikal sahaja.
• Gimnasium dibina untuk latihan fizikal, sebagai
pusat perkembangan intelektual dan tempat
bermain alat muzik.
• Selain itu, terdapat juga pusat kemudahan
latihan sukan untuk orang awam dan
persendirian dibina di Athens untuk kegunaan
golongan masyarakat tertentu.
ROM
• Pada zaman kebangkitan Rom, telah menjadi budaya
orang Rom untuk bermain permainan yang berasaskan
bola seperti aktiviti membaling dan menangkap bola
dalam permainan bola baling.
• Masyarakat Rom gemarkan aktiviti fizikal yang bersifat
sederhana.
• Aktiviti bermandi air panas juga sangat popular ketika
itu.
• Mereka melakukan aktiviti fizikal bagi mengeluarkan
peluh sebelum masuk ke tempat yang disediakan khas
untuk bermandi air panas.
• Pada zaman Rom juga, konsep gimnastik
untuk kesihatan sudah mula diperkenalkan
kerana mereka manganggap bahawa
mengekalkan kesihatan adalah tujuan asal
kehidupan.
• Ini menunjukkan bahawa masyarakat Rom
sudah mula memanfaatkan aktiviti dan latihan
fizikal yang bertujuan untuk menjaga dan
mengekalkan kesihatan.
• Konsep latihan ketenteraan juga dititiberatkan di
kalangan masyarakat Rom dengan tujuan untuk
melahirkan tentera yang taat setia, berdisiplin
dan bersedia untuk menjadi pahlawan yang
digeruni.
• Remaja dilatih dengan kemahiran fizikal seperti
berlari, melompat, berenang, menunggang kuda,
memanah dan bertarung dengan tujuan untuk
mendapatkan kemahiran asas ketenteraan dan
mendafat manfaat kesihatan tubuh badan hasil
daripada latihan yang dijalankan.
• Claudius Galen (130-200 S.M) adalah ahli fizik
Rom pertama yang menyatukan ilmu perubatan
dan biomekanik dengan sains latihan fizikal.
• Galen menitikberatkan hubungan antara minda
dan tubuh badan dalam setiap aktiviti fizikal dan
menganggap bahawa atlet yang handal bukan
semata-mata mempunyai kekuatan dari aspek
kemahiran fizikal, tetapi juga harus sihat tubuh
badan dan minda.
• Sebagai contoh, menggunakan bola dalam aktiviti
gimnastik bukan sahaja melibatkan pergerakan
fizikal tubuh badan, tetapi juga melibatkan
proses kognitif bagi mendapatkan kestabilan dan
keharmonian dalam pergerakan.
PERUBAHAN DALAM KONSEP
PENDIDIKAN JASMANI DAN
KESIHATAN
ZAMAN RENAISSANCE DAN ZAMAN
REFORMASI
• Zaman renaissance berasal dari bahasa
Perancis yang bermaksud pemulihan atau
menghidupkan semula aspek kebudayaan
dengan memberi penekanan terhadap
pemulihan budaya meliputi aspek ilmu
pengetahuan seperti sains, sastera dan seni
klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai
pusat peradaban dunia pada ketika itu.
• Zaman Renaissance berlangsung selama dua
abad dari pertengahan abad ke 14 sehingga
pertengahan abad ke 16.
• Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak
ke seluruh Eropah melalui perkembangan
intelektual dan pemikiran manusia.
• Ia dianggap sebagai Zaman kebangkitan atau
kelahiran semula dan pemulihan budaya
masyarakat Eropah.
Ciri-ciri zaman Renaissance
1. Kemunculan aliran pemikiran yang
mementingkan kebebasan akal seperti aliran
baru Eropah hingga abad ke 18 seperti
humanisme, rasionalisme, nasionalisme dan
absolutism. Aliran fahaman baru tersebut berani
mempersoalkan kepercayaan dan cara
pemikiran lama yang diamalkan selama ini.
2. Itali menjadi pusat ilmu yang terkenal di Eropah
pada abad ke 15.
3. Renaissance telah membentuk masyarakat
perdagangan yang berdaya maju.
4. Lahirnya tokoh-tokoh pemikir seperti Leonardo de
Vinci yang terkenal sebagi pelukis, pemuzik dan ahli
falsafah serta jurutera; Michelangelo iaitu tokoh seni,
arkitek, jurutera, penyair dan ahli anotomi; ahli-ahli
sains terkenal seperti Copernicus dan Galileo; ahli
matematik seperti Tartaglia dan Cardan; tokoh
perubatan di Eropah seperti William Harvey yang
telah memberi sumbangan dalam kajian peredaran
darah; dan kesimpulannya zaman renaissance telah
melahirkan masyarakat yang lebih progresif dan
wujud semangat inkuiri sehingga membawa kepada
aktiviti penjelajahan dan penerokaan.
• Pada masa renaissance mengambil alih
perubahan dalam zaman di Eropah, turut
berlaku reformasi aitu gerakan yang
melaksanakan perubahan dan pembaharuan
terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu
yang lebih baik.
• Gerakan reformasi berlaku akibat konflik yang
wujud antara fahaman teologi dan sains.
• Kesan ke atas pendidikan jasmani dan sukan
dilihat apabila kepentingan minda dan tubuh
badan diberi fokus sama rata dalam aliran
falsafah renaissance yang baru dan ini menjadi
asas kepada perlaksanaan kurikulum
pendidikan jasmani dan sukan di negara barat.
ZAMAN PERKEMBANGAN SAINS
• Zaman perkembangan sains yang juga disebut
sebagai zaman pencerahan Eropah (zaman
enlightment) berlaku semasa era Revolusi
Saintifik iaitu ketika munculnya penemuan-
penemuan Newton, Galileo,dan Copernicus pada
abad ke-18.
• Asas pemikiran pada zaman enlightment adalah
kepercayaan bahawa fenomena sosial dan
hakikat kewujudan alam boleh dikaji dan
difahami melalui prinsip sejagat yang mekanistik
dan saintifik.
• Pada zaman ini, pemikiran manusia mula disinari oleh
penemuan ilmu-ilmu baru hasil daripada kajian
saintifik, dan menyebabkan perubahan kehidupan
sosial mula dari doktrin keagamaan kepada pemikiran
bercorak rasional dan kepada prinsip sebab musabab.
• Kesan terhadap pendidikan jasmani ialah kepentingan
pergerakan manusia sebagai alat untuk mewujudkan
individu dan masyarakat yang ideal, serta peranan
persekitaran (naturalisme) dalam perkembangan
individu secara menyeluruh.
• Naturalisme
Kepercayaan bahawa hukum saintifik alam
semulajadi menentukan kehidupan, manakala
matlamat individu adalah lebih penting
berbanding matlamat masyarakat, dan
semuanya bergantung kepada hukum alam
semulajadi.
• Pada zaman kebangkitan ini, John Locke ada
menyebut bahawa remaja kelas atasan
memerlukan minda yang sihat yang dapat
dibentuk melalui moral dan disiplin fizikal.
• Jean-Jacque Rousseau ada mengatakan bahawa
cara paling ideal dalam membentuk remaja ialah
melalui proses naturalisme iaitu belajar melalui
interaksi terhadap persekitaran yang melibatkan
penerokaan melalui aktiviti fizikal dan cetusan
idea intelektual.
• Ini memberikan asas kesedaran pada zaman
enligthment untuk melaksanakan program
gimnastik di Eropah dalam proses untuk
mendidik kanak-kanak pada ketika itu.
• Selain itu terdapat ramai lagi tokoh
pendidikan yang lahir pada zaman ini bersama
idea mengenai program pendidikan jadmani
dan kesihatan.
•
Tokoh Falsafah Fokus Pendekatan dalam
Program Pendidikan
Jasmani
Vittorino da
Feltre
Humanism Melahirkan remaja
yang cergas fizikal
serta berintelektual
Permainan bola,
menunggang kuda,
berlari, berlari sambil
melompat pagar,
menari
Francois
Rabelais
Verbal
realism
Menyediakan
individu untuk
berperang
Kemahiran
menunggang kuda,
bermain pedang dan
berenang
Michel de
Montaigne
Social
humanism
Membentuk individu
yang bersifat
autokratik
Berlari, bertarung,
menari, memburu dan
menunggang kuda
John
Comenius
Sense
realism
Melihat permainan
sebagai proses
pembelajaran
Permainan kanak-
kanak, bermain dengan
alat permainan
Tokoh Falsafah Fokus Pendekatan dalam
Program
Pendidikan
Jasmani
John Locke Educational
disciplinariani
sm
Melahirkan minda yang
cerdas dalam tubuh
badan yang cergas
Berenang, menari,
menunggang kuda,
berlari melompat
pagar
Jean-
Jacque
Rousseau
Educational
naturalism
Segalanya tentang
pendidikan adalah
bergantung kepada
alam semulajadi
Melompat,
memanjat, bermain
bola
Johann
Pestalozzi
Educational
development
alism
Kanak-kanak perlu
belajar secara
progresif dalam
keadaan minda dan
tubuh badan adalah
harmoni
Pertandingan,
gimnastik, aktiviti
luar
Friedrich
Froebel
Educational
development
alism
Mengaitkan minat
dalam pembelajaran
dengan keseronokan
Permainan di
kawasan terbuka
PERKEMBANGAN DI EROPAH
• Pada tahun 1774, Johann Basedow seorang
guru di sekolah lelaki Philanthropinum telah
mengaplikasikan teori pendidikan Jean-Jacque
Rousseau iaitu mengenai fahaman
naturalisme dalam pendidikan yang
menekankan tentang proses memenuhi
keperluan murid dan kepentingan kesediaan
murid untuk belajar.
• Beliau telah memperuntukkan masa selama
tiga jam sehari dalam sistem pendidikan di
sekolahnya untuk aktiviti rekreasi, gimnastik,
sukan dan permainan seperti kemahiran yang
melibatkan pergerakan melompat, menari,
menunggang kuda atau basikal, manakala dua
jam lagi diperuntukan untuk latihan
kemahiran hidup.
• Selain itu, di sekolah itu juga gimnastik Greek
turut diperkenalkan oleh Johann Simon yang
mengandungi aktiviti melompat, berlari,
melontar dan bergusti.
• Latar latihan diubahsuai bagi menyediakan
kemudahan palang imbangan, galah lompat
tinggi, parit untuk melompat dan buaian.
• Ini diikuti dengan Johann Du Toit, pewaris
Johann Simon yang kemudiannya
memperkenalkan aktivti memanah, meluncur,
berenang, berkawad, berkebun dan bertukang
ke dalam kurikulum yang diperkenalkan oleh
Basedow.
• Pada tahun 1785, Christian Salzmann mereka bentuk
program Pendidikan Jasmani di Institut Pendidikan
Schnepfenthal.
• Salah seorang tenaga pengajarnya iaitu Johann Guts
Muths mengendalikan program pendidikan jasmani
selama empat jam sehari yang mengandungi aktiviti
semulajadi (melompat dan berlari), gimnastik Greek
(melontar dan bergusti), latihan ketenteraan
(melompat pagar dan berkawad), aktiviti berkuda
(melompat dan memanjat), dan aktiviti kemahiran
hidup (bercucuk tanam dan bertukang). Semenjak dari
itu, gimnastik mula berkembang di Eropah.
• Pada tahun 1800, Friedrich Jahn, seorang pendidik
Jerman meminjam beberapa konsep pendidikan
jasmani yang dilaksanakan di Schnepfenthal, tetapi
beliau lebih cenderung memilih fahaman nasionalisme
dalam sistem pendidikan berbanding naturalisme.
• Bagi beliau, kekuatan dan kecergasan fizikal bukan
semata-mata untuk kepentingan kesihatan diri tetapi
untuk tujuan penyatuan rakyat Jerman
keseluruhannya.
• Konsep nasionalisme diterapkan dalam pendidikan
jasmani dan aktiviti gimnastik yang dijalankan.
• Turner – individu yang menjalani latihan di
turnplatz
• Turnplatz – latihan gimnastik di kawasan luar
yang direka oleh Friedrich Jahn, mengandungi
prasarana seperti balance beam, parallel bars,
pole-vaulting standards, broad-jumping pits,
vaulting horses, a figure-eight-shaped track,
and a wrestling ring.
• Perkembangan gimnastik Turner gimnastik
kebangsaan oleh Friedrich Jahn yang dikenali sebagai
Father of German Gymnastics, melihat
perkembangan fizikal rakyat German seiring dengan
kekuatan fizikal dan nasionalism.
• Berlaku perkembangan sekolah gimnastik di German,
Denmark, Sweden yang telah dipelopori oleh Franz
Nachtegall, Adolph Spiess dan Hjalmar Ling.
• Berlaku perkembangan sukan moden di England an
turut memberi kesan kepada sukan di United States.
• Berlaku kebangkitan gentleman amateur
approach to games-playing seperti permainan
Eton dan Rugby di sekolah awam Inggeris dan
sekolah serta kolej di U.S.
• Berlaku perkembangan Sukan Olimpik Moden.
Pendidikan Jasmani dan Sukan di
United States (1700s-1800s)
• Masyarakat melaksanakan ikhtiar hidup
melalui aktiviti memburu, menangkap ikan
dan rekreasi sambil berkerja.
• Masyarakat Dutch yang tinggal di Virginia
gemarkan sukan bowling dan lumba kuda.
• Warisan sukan orang British turut wujud di U.S
seperti rounders, kriket, boxing dan olahraga.
• Sistem Calisthenic diperkenalkan oleh
Catharine Beecher. Beliau menulis tentang
manual Fisiologi dan Calisthenics untuk
sekolah dan keluarga termasuklah senaman
harian remaja wanita.
• Sistem Calisthenics ialah satu program PJ yang
mengandungi 26 topik fisiologi dan 2 kursus
senaman ringan calisthenics.
• Dioclesian Lewis pula telah mempopularkan
gimnastik ringan di Normal Institute for
Physical Education, iaitu sebuah tempat
latihan perguruan.
• Pengenalan tentang gimnastik German di U.S
menjadi sebahagian kurikulum PJ yang
signifikan semenjal 1880s hingga ke 1920s.
• Wujud sistem Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan Hitchcock di Amherst College, dan
juga program Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan oleh Dudley Sargent di Cambridge.
• Ramai pemimpin dalam profesion PJ ini
memiliki ijazah perubatan dan menunjukkan
ketaatan terhadap kesihatan dan aktiviti
fizikal.
• Berlaku pelbagai konflik, percanggahan dan
perdebatan antara sistem Pendidikan Jasmani
dan kesihatan yang diperkenalkan ketika ini.
Pendidikan Jasmani dan Sukan di
United States (1900s)
• Penubuhan dan perkembangan American
Alliance for Health, Physical Education,
Recreation and Dance. Sembilan daripada 10
presidennya ialah doktor perubatan.
• Penubuhan organisasi profesional seperti
College of Sports Medicine, the National
Athletic Trainers’ Association dan the National
Strength and Conditioning Association.
• Wujudnya The Public Schools Athletic League
• Perkembangan sukan amatur bermula
• Bermulanya sejarah Pendidikan Jasmani untuk
wanita, permulaan kepada sukan kompetetif.
• Perkembangan perundangan persekutuan
mengenai hak pendidikan sama rata di
kalangan pelajar.
Pendidikan Jasmani dan Sukan di
United States (2000s hingga
sekarang)
• Wujud pemimpin berkaliber seperti Luther
Gulick, Thomas Wood, Clark Hetherington, Jay
Nash and Jesse Williams yang memberi
penekanan terhadap hubungkait permainan,
rekreasi, hasil pendidikan dengan pendidikan
jasmani.
• Charles McCloy pelopor kepada the education
of the physical
• Peringkat transisi dan bermulanya legasi
pergerakan kecergasan termasuklah
penubuhan President's Council on Youth
Fitness, the AAHPER Youth Fitness Test, the
AAHPERD Health-Related Physical Fitness Test
dan juga kerjasama antara Physical Best
dengan Fitnessgram
• Perkembangan terhadap sukan dan peluang
pendidikan jasmani di kalangan orang kurang
upaya.

More Related Content

Similar to SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI

pendidikan-jasmani-zaman-purba
pendidikan-jasmani-zaman-purbapendidikan-jasmani-zaman-purba
pendidikan-jasmani-zaman-purbayati89
 
Perkembangan penjas dan OR di indonesia.pptx
Perkembangan penjas dan OR di indonesia.pptxPerkembangan penjas dan OR di indonesia.pptx
Perkembangan penjas dan OR di indonesia.pptxARIFWIBOWO167243
 
Pertemuan 4 dan 5 tentang filsafat olah raga.pptx
Pertemuan 4 dan 5 tentang filsafat olah raga.pptxPertemuan 4 dan 5 tentang filsafat olah raga.pptx
Pertemuan 4 dan 5 tentang filsafat olah raga.pptxrezarahmadi8
 
Pendidikan Jasmani Zaman Purba
Pendidikan Jasmani Zaman PurbaPendidikan Jasmani Zaman Purba
Pendidikan Jasmani Zaman Purbakaloky
 
78036611 nota-pjm-3110
78036611 nota-pjm-311078036611 nota-pjm-3110
78036611 nota-pjm-3110Chekgu Veevi
 
Sejarah dan perkembangan pendidikan jasmani zaman purba
Sejarah dan perkembangan pendidikan jasmani zaman purba Sejarah dan perkembangan pendidikan jasmani zaman purba
Sejarah dan perkembangan pendidikan jasmani zaman purba Caeser Rio
 
Seni Bela Diri (Tamadun Cina - TITAS) Universiti Malaya 2016
Seni Bela Diri (Tamadun Cina - TITAS) Universiti Malaya 2016Seni Bela Diri (Tamadun Cina - TITAS) Universiti Malaya 2016
Seni Bela Diri (Tamadun Cina - TITAS) Universiti Malaya 2016Thanushah Soniyasee
 
pertemuan 4 (Lyra dc).pptx
pertemuan 4 (Lyra dc).pptxpertemuan 4 (Lyra dc).pptx
pertemuan 4 (Lyra dc).pptxTaffyAndiraK
 
503419841-MAKALAH-ATLETIK.docx
503419841-MAKALAH-ATLETIK.docx503419841-MAKALAH-ATLETIK.docx
503419841-MAKALAH-ATLETIK.docxRitaSusiana1
 

Similar to SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI (20)

Filsafat olahraga
Filsafat olahragaFilsafat olahraga
Filsafat olahraga
 
Tajuk 1 & 2
Tajuk 1 & 2Tajuk 1 & 2
Tajuk 1 & 2
 
Nota pjm 3110
Nota pjm 3110Nota pjm 3110
Nota pjm 3110
 
pendidikan-jasmani-zaman-purba
pendidikan-jasmani-zaman-purbapendidikan-jasmani-zaman-purba
pendidikan-jasmani-zaman-purba
 
Perkembangan penjas dan OR di indonesia.pptx
Perkembangan penjas dan OR di indonesia.pptxPerkembangan penjas dan OR di indonesia.pptx
Perkembangan penjas dan OR di indonesia.pptx
 
Pertemuan 4 dan 5 tentang filsafat olah raga.pptx
Pertemuan 4 dan 5 tentang filsafat olah raga.pptxPertemuan 4 dan 5 tentang filsafat olah raga.pptx
Pertemuan 4 dan 5 tentang filsafat olah raga.pptx
 
Pendidikan Jasmani Zaman Purba
Pendidikan Jasmani Zaman PurbaPendidikan Jasmani Zaman Purba
Pendidikan Jasmani Zaman Purba
 
78036611 nota-pjm-3110
78036611 nota-pjm-311078036611 nota-pjm-3110
78036611 nota-pjm-3110
 
Modul pjm-3110
Modul pjm-3110Modul pjm-3110
Modul pjm-3110
 
pengenalan sosiologi sukan
pengenalan sosiologi sukan pengenalan sosiologi sukan
pengenalan sosiologi sukan
 
Pj; zaman purba
Pj; zaman purbaPj; zaman purba
Pj; zaman purba
 
Sejarah dan perkembangan pendidikan jasmani zaman purba
Sejarah dan perkembangan pendidikan jasmani zaman purba Sejarah dan perkembangan pendidikan jasmani zaman purba
Sejarah dan perkembangan pendidikan jasmani zaman purba
 
Review Jurnal
Review JurnalReview Jurnal
Review Jurnal
 
Sejarah olahraga
Sejarah olahragaSejarah olahraga
Sejarah olahraga
 
Konstruksi Tubuh dan Kebudayaan
Konstruksi Tubuh dan KebudayaanKonstruksi Tubuh dan Kebudayaan
Konstruksi Tubuh dan Kebudayaan
 
Seni Bela Diri (Tamadun Cina - TITAS) Universiti Malaya 2016
Seni Bela Diri (Tamadun Cina - TITAS) Universiti Malaya 2016Seni Bela Diri (Tamadun Cina - TITAS) Universiti Malaya 2016
Seni Bela Diri (Tamadun Cina - TITAS) Universiti Malaya 2016
 
pertemuan 4 (Lyra dc).pptx
pertemuan 4 (Lyra dc).pptxpertemuan 4 (Lyra dc).pptx
pertemuan 4 (Lyra dc).pptx
 
503419841-MAKALAH-ATLETIK.docx
503419841-MAKALAH-ATLETIK.docx503419841-MAKALAH-ATLETIK.docx
503419841-MAKALAH-ATLETIK.docx
 
Sejarah olahraga
Sejarah olahragaSejarah olahraga
Sejarah olahraga
 
Makalah atletik
Makalah atletikMakalah atletik
Makalah atletik
 

More from colleges

Minggu 3 25 sept
Minggu 3 25 septMinggu 3 25 sept
Minggu 3 25 septcolleges
 
Minggu 2 18 sept
Minggu 2 18 septMinggu 2 18 sept
Minggu 2 18 septcolleges
 
Minggu 1 11 sept
Minggu 1 11 septMinggu 1 11 sept
Minggu 1 11 septcolleges
 
Faktor2 perjanjian inggeris belanda
Faktor2 perjanjian inggeris belandaFaktor2 perjanjian inggeris belanda
Faktor2 perjanjian inggeris belandacolleges
 
Faktor2 perjanjian inggeris belanda
Faktor2 perjanjian inggeris belandaFaktor2 perjanjian inggeris belanda
Faktor2 perjanjian inggeris belandacolleges
 
Thai complete
Thai completeThai complete
Thai completecolleges
 
Desentralisasi
DesentralisasiDesentralisasi
Desentralisasicolleges
 
Kesan jepun
Kesan jepunKesan jepun
Kesan jepuncolleges
 
Getah f2 new new
Getah f2 new newGetah f2 new new
Getah f2 new newcolleges
 

More from colleges (18)

Minggu 6
Minggu 6Minggu 6
Minggu 6
 
Minggu 5
Minggu 5Minggu 5
Minggu 5
 
Minggu 7
Minggu 7Minggu 7
Minggu 7
 
Minggu 8
Minggu 8Minggu 8
Minggu 8
 
Minggu 3 25 sept
Minggu 3 25 septMinggu 3 25 sept
Minggu 3 25 sept
 
Minggu 9
Minggu 9Minggu 9
Minggu 9
 
Minggu 2 18 sept
Minggu 2 18 septMinggu 2 18 sept
Minggu 2 18 sept
 
Minggu 10
Minggu 10Minggu 10
Minggu 10
 
Minggu 1 11 sept
Minggu 1 11 septMinggu 1 11 sept
Minggu 1 11 sept
 
Faktor2 perjanjian inggeris belanda
Faktor2 perjanjian inggeris belandaFaktor2 perjanjian inggeris belanda
Faktor2 perjanjian inggeris belanda
 
Faktor2 perjanjian inggeris belanda
Faktor2 perjanjian inggeris belandaFaktor2 perjanjian inggeris belanda
Faktor2 perjanjian inggeris belanda
 
Darurat
DaruratDarurat
Darurat
 
Thai complete
Thai completeThai complete
Thai complete
 
Mmp 0001
Mmp 0001Mmp 0001
Mmp 0001
 
Desentralisasi
DesentralisasiDesentralisasi
Desentralisasi
 
Kesan jepun
Kesan jepunKesan jepun
Kesan jepun
 
Getah f2 new new
Getah f2 new newGetah f2 new new
Getah f2 new new
 
Asradian
AsradianAsradian
Asradian
 

Recently uploaded

Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 

Recently uploaded (20)

Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 

SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI

  • 1. SEJARAH PERKEMBANGAN SAINS SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANI MINGGU 4
  • 2. • Tujuan pelajar didedahkan dengan sejarah ini supaya pelajar dapat memahami bagaimana konsep sukan dan pendidikan jasmani itu berkembang dari sekadar fahaman mengenai kepentingan aspek minda, fizikal dan tubuh badan sehinggalah peranannya dalam membentuk etika dan profesional.
  • 3. Tahap Kategori Masyarakat Masa 1 Tamadun purba Sumeria 3000 hingga 1500 Sebelum Masihi Mesir China 2 Greek 1000 hingga 0 Sebelum Masihi Rom 500 Sebelum Masihi hingga 500 Selepas masihi 3 Zaman Pertengahan berlaku Perubahan Konsep Tubuh Badan Barat 900 -1400 Selepas Masihi 4 Zaman Kebangkitan Perkembangan Konsep Sains, Perubatan dan Kesihatan Barat 1885 - 1930 5 Ke Arah Reformasi dalam Pendidikan Jasmani Seluruh dunia 1900-1939
  • 4. PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN DALAM TAMADUN KUNO
  • 5. • Keupayaan atletik, kecergasan fizikal, pertandingan dan persaingan, serta permainan adalah sebahagian daripada komponen budaya yang telah diamalkan semenjak zaman kebangkitan tamadun purba. • Kepentingan aspek fizikal terserlah dalam aktiviti permainan, tarian, sukan, rekreasi dan juga sebagai satu kaedah mempertahankan diri. • Amalan sukan, kesihatan dan pendidikan jasmani sebenarnya berlaku secara tidak langsung dan tidak tersusun secara sistematik.
  • 6. • Apabila menyebut tentang aspek mempertahankan diri, penglibatan fizikal adalah ketara. • Sejak zaman pra sejarah lagi, masyarakat purbakala hidup dengan berlandaskan kekuatan fizikal untuk perjuangan hidup seharian. • Manusia memburu untuk mencari makanan, berjuang mempertahankan diri dari serangan musuh dan binatang buas, dan penyelenggaran dalam kehidupan seharian, semuanya berlandaskan keupayaan fizikal.
  • 7. • Semasa zaman prasejarah, manusia diberi penghormatan atas keberanian dan kemahiran fizikal yang dimiliki. • Setiap masa mereka berjuang untuk hidup, untuk mendapatkan kejayaan dan penghormatan sebagai symbol kemegahan kaumnya, sama ada melalui permainan, sukan atau peperangan dan pertandingan mempertahankan diri.
  • 8. • Pada zaman kuno, peperangan adalah salah satu daripada pembabitan aspek fizikal dan tubuh badan. • Kekuatan fizikal dijadikan sebagai kaedah untuk menunjukkan kekuasaan, untuk menguasai yang lemah dan mendapatkan pengaruh politik dan ekonomi.
  • 9. • Tidak dinafikan, hal ini juga berlaku berlarutan sehinggalah zaman sekarang. • Angkatan peperangan dibina, dan latihan fizikal ditingkatkan untuk memupuk kekuatan fizikal hingga ke tahap optimum.
  • 10. Sumeria, Mesir dan China • Pada asalnya masyarakat Sumeria percaya bahawa Tuhan mencipta manusia sebagai hamba yang akan menyembahnya. • Manusia adalah dibawah kerahmatan Tuhan dan satu- satunya tujuan manusia hidup di muka bumi ini adalah untuk mentaati perintah Tuhan. • Kepercayaan ini menyebabkan masyarakat Sumerian dilihat sebagai memiliki falsafah yang negatif terhadap keupayaan tubuh badan kerana jika manusia biasa dianggap tidak bernilai melainkan Tuhan, maka begitu juga dengan konsep tubuh badan manusia (Mechikoff dan Estes, 2006).
  • 11. • Namun, kepentingan tubuh badan dapat dilihat dari aspek kebersihan yang diamalkan oleh masyarakat Sumeria. • Melalui peninggalan artifak tamadun Mesopotamia, dapat dilihat bagaimana masyarakat Sumeria menjalankan aktiviti seharian seperti membasuh tangan, membasuh pakaian dan mandi. • Ini menunjukkan bahawa masyarakat Sumeria pada ketika itu sudah mula memberi keutamaan pada masalah yang dualami oleh tubuh badan.
  • 12. • Selain daripada itu, Sumeria juga di kelilingi oleh kawasan perkampungan dan dipengaruhi oleh faktor ekonomi dan politik. • Perniagaan, perdagangan dan hiburan menjadi rutin utama masyarakat Sumeria begitu juga dengan peperangan. • Oleh yang demikian, tidak dinafikan bahawa keupayaan dan kecergasan fizikal sangat diperlukan oleh masyarakat Sumeria dalam aktiviti kehidupan seharian.
  • 13. • Di kalangan masyarakat Mesir (2000 hingga 30 sebelum masihi) purba pula, Touny (1984) berpendapat bahawa sukar untuk memikirkan tentang sukan di kalangan masyarakat kerana mereka tidak mempraktikkannya. • Walaupun masyarakat Mesir tidak menunjukkan objektif pendidikan jasmani atau objekttif kesihatan yang jelas. • Namun mereka menunjukkan minat yang mendalam terhadap aktiviti yang berbentuk vokasional, rekreasi dan keagamaan seperti latihan ketenteraan, memburu, bergusti, berenang, bermain bola, menari dan upacara keagamaan.
  • 14. • Sejarah kebudayaan China bermula semenjak 2500 hingga 1200 sebelum masihi, dan mempelopori tamaduan yang paling berpengaruh di rantau asia timur dari aspek kebudayaan dan seni kehidupan. • Ahli arkeologi mendapati bahawa permainan dan sukan mula wujud di China sejak sebelum masihi lagi (Knuttgen, Qiwei dan Zhongyuan, 1990). • China purba mempunyai ciri-ciri sistem politik yang bersifat feudal menyebabkan ia terbahagi kepada kolono-koloni yang sering bergaduh di antara satu sama lain.
  • 15. • Oleh yang demikian, latihan ketenteraan sangat dititikberatkan di China seperti taktik peperangan, kemahiran berkuda, penggunaan senjata dan seni mempertahankan diri. • Ciri-ciri sukan dan pendidikan jasmani yang lain terserlah di kalangan masyarakat China purba berdasarkan artifak yang ditemui iaitu lakaran gambar mengenai aktiviti harian seperti tarian dan aktiviti berkuda.
  • 16. • Sumeria, Mesir dan China melibatkan diri dalam aktiviti fizikal secara tidak langsung atau secara informal melalui aktiviti dan rutin harian sehinggalah ketamadunan Greek mengambil tempat yang membuka peluang kepada perkembangan sukan dan pendidikan jasmani secara lebih sistematik.
  • 17. GREEK • Greek secara umumnya terkenal dengan perkembangan warisan seni, drama, sejarah, ilmu matematik, seni pidato,syair dan puisi, sains dan seni arca. • Namun, kebangkitan Greek sebagai tamadun yang memperkenalkan aktiviti sukan dan fizikal sememangnya tidak boleh dinafikan. • Masyarakat Greek sangat berminat terhadap proses mendidik individu secara menyeluruh.
  • 18. • Asas bagi sejarah pendidikan jasmani dan sukan di zaman Greek bermula dengan wujudnya permainan funeral game. • Selepas kematian seorang pahlawan bernama Patroclus upacara permainan diadakan semasa pengkebumian dijalankan seperti perlumbaan kereta kuda, memanah, bergusti dan bertarung.
  • 19. • Selain itu, terdapat beberapa jenis sukan yang dijalankan pada zaman greek seperti berikut: • Sukan Olimpik: Berlangsung di suatu tempat bernama Olympia sempena penghormatan terhadap tuhan Zeus. Rekod pertama sukan olimpik ialah pada 776 sebelum masihi. Dalam sukan tersebut, pemenang akan dianugerahkan dengan kalungan yang diperbuat daripada pohon zaitun.
  • 20. • Sukan Pythian Sukan Pythian berlansung di suatu tempat bernama Delphi. Dalam sukan tersbut, pemenang akan dianugerahkan kalungan yang diperbuat daripada pohon laurel sebagai tanda penghormatan. Sukan ini adalah sukan kedua berprestij selepas sukan olimpik. • Sukan Isthmian Sukan Isthmian berlangsung di Corinth sempena penghormatan terhadap Poseidon iaitu tuhan laut.
  • 21. • Sukan Nemean Sukan Nemean pula berlangsung di Nemea dalam tempoh 2 tahun seklai sebagai tanda penghormatan terhadap tuhan Zeus.
  • 22. • Athens dan Sparta pula ialah dua buah bandar yang terkenal di Greek. • Athens ialah bandar kebudayaan dan tempat lahirnya cendekiawan falsafah seperti Socrates, Plato, Aristotle dan Aristophanes, manakala Sparta ialah bandar yang dimonopoli oleh kuasa ketenteraan. • Pendidikan jasmani dan sukan mendapat tempat yang utama di Athens dan Sparta.
  • 23. • Di Sparta, monopoli kuasa ketenteraan menyebabkan latihan fizikal menjadi aspek pendidikan jasmani yang paling utama. • Latihan fizikal dalam konteks Sparta melibatkan aktiviti latihan ketenteraan yang sangat berat. • Remaja Sparta contohnya diajar berenang, berlari, bertarung, selain kemahiran bermain bola, menunggang kuda dan memamanah. • Disiplin ketenteraan diterapkan semenjak kanak-kanak lagi supaya mereka menjadi gagah, kuat, tahan sakit dan obses terhadap matlamat mencapai kemenangan. • Konsep pengukuran dan penilaian sudah lama wujud di Sparta yang digunakan bertujuan untuk memilih tentera yang paling bagus dan cemerlang.
  • 24. • Di Athens pula, fokus pendidikan jasmani lebih kepada pendidikan minda dan tubuh badan berbanding di Sparta yang lebih menekankan pendidikan tubuh badan fizikal sahaja. • Gimnasium dibina untuk latihan fizikal, sebagai pusat perkembangan intelektual dan tempat bermain alat muzik. • Selain itu, terdapat juga pusat kemudahan latihan sukan untuk orang awam dan persendirian dibina di Athens untuk kegunaan golongan masyarakat tertentu.
  • 25. ROM • Pada zaman kebangkitan Rom, telah menjadi budaya orang Rom untuk bermain permainan yang berasaskan bola seperti aktiviti membaling dan menangkap bola dalam permainan bola baling. • Masyarakat Rom gemarkan aktiviti fizikal yang bersifat sederhana. • Aktiviti bermandi air panas juga sangat popular ketika itu. • Mereka melakukan aktiviti fizikal bagi mengeluarkan peluh sebelum masuk ke tempat yang disediakan khas untuk bermandi air panas.
  • 26. • Pada zaman Rom juga, konsep gimnastik untuk kesihatan sudah mula diperkenalkan kerana mereka manganggap bahawa mengekalkan kesihatan adalah tujuan asal kehidupan. • Ini menunjukkan bahawa masyarakat Rom sudah mula memanfaatkan aktiviti dan latihan fizikal yang bertujuan untuk menjaga dan mengekalkan kesihatan.
  • 27. • Konsep latihan ketenteraan juga dititiberatkan di kalangan masyarakat Rom dengan tujuan untuk melahirkan tentera yang taat setia, berdisiplin dan bersedia untuk menjadi pahlawan yang digeruni. • Remaja dilatih dengan kemahiran fizikal seperti berlari, melompat, berenang, menunggang kuda, memanah dan bertarung dengan tujuan untuk mendapatkan kemahiran asas ketenteraan dan mendafat manfaat kesihatan tubuh badan hasil daripada latihan yang dijalankan.
  • 28. • Claudius Galen (130-200 S.M) adalah ahli fizik Rom pertama yang menyatukan ilmu perubatan dan biomekanik dengan sains latihan fizikal. • Galen menitikberatkan hubungan antara minda dan tubuh badan dalam setiap aktiviti fizikal dan menganggap bahawa atlet yang handal bukan semata-mata mempunyai kekuatan dari aspek kemahiran fizikal, tetapi juga harus sihat tubuh badan dan minda. • Sebagai contoh, menggunakan bola dalam aktiviti gimnastik bukan sahaja melibatkan pergerakan fizikal tubuh badan, tetapi juga melibatkan proses kognitif bagi mendapatkan kestabilan dan keharmonian dalam pergerakan.
  • 29. PERUBAHAN DALAM KONSEP PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
  • 30. ZAMAN RENAISSANCE DAN ZAMAN REFORMASI • Zaman renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan atau menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains, sastera dan seni klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat peradaban dunia pada ketika itu.
  • 31. • Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad dari pertengahan abad ke 14 sehingga pertengahan abad ke 16. • Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak ke seluruh Eropah melalui perkembangan intelektual dan pemikiran manusia. • Ia dianggap sebagai Zaman kebangkitan atau kelahiran semula dan pemulihan budaya masyarakat Eropah.
  • 32. Ciri-ciri zaman Renaissance 1. Kemunculan aliran pemikiran yang mementingkan kebebasan akal seperti aliran baru Eropah hingga abad ke 18 seperti humanisme, rasionalisme, nasionalisme dan absolutism. Aliran fahaman baru tersebut berani mempersoalkan kepercayaan dan cara pemikiran lama yang diamalkan selama ini. 2. Itali menjadi pusat ilmu yang terkenal di Eropah pada abad ke 15. 3. Renaissance telah membentuk masyarakat perdagangan yang berdaya maju.
  • 33. 4. Lahirnya tokoh-tokoh pemikir seperti Leonardo de Vinci yang terkenal sebagi pelukis, pemuzik dan ahli falsafah serta jurutera; Michelangelo iaitu tokoh seni, arkitek, jurutera, penyair dan ahli anotomi; ahli-ahli sains terkenal seperti Copernicus dan Galileo; ahli matematik seperti Tartaglia dan Cardan; tokoh perubatan di Eropah seperti William Harvey yang telah memberi sumbangan dalam kajian peredaran darah; dan kesimpulannya zaman renaissance telah melahirkan masyarakat yang lebih progresif dan wujud semangat inkuiri sehingga membawa kepada aktiviti penjelajahan dan penerokaan.
  • 34. • Pada masa renaissance mengambil alih perubahan dalam zaman di Eropah, turut berlaku reformasi aitu gerakan yang melaksanakan perubahan dan pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik.
  • 35. • Gerakan reformasi berlaku akibat konflik yang wujud antara fahaman teologi dan sains. • Kesan ke atas pendidikan jasmani dan sukan dilihat apabila kepentingan minda dan tubuh badan diberi fokus sama rata dalam aliran falsafah renaissance yang baru dan ini menjadi asas kepada perlaksanaan kurikulum pendidikan jasmani dan sukan di negara barat.
  • 37. • Zaman perkembangan sains yang juga disebut sebagai zaman pencerahan Eropah (zaman enlightment) berlaku semasa era Revolusi Saintifik iaitu ketika munculnya penemuan- penemuan Newton, Galileo,dan Copernicus pada abad ke-18. • Asas pemikiran pada zaman enlightment adalah kepercayaan bahawa fenomena sosial dan hakikat kewujudan alam boleh dikaji dan difahami melalui prinsip sejagat yang mekanistik dan saintifik.
  • 38. • Pada zaman ini, pemikiran manusia mula disinari oleh penemuan ilmu-ilmu baru hasil daripada kajian saintifik, dan menyebabkan perubahan kehidupan sosial mula dari doktrin keagamaan kepada pemikiran bercorak rasional dan kepada prinsip sebab musabab. • Kesan terhadap pendidikan jasmani ialah kepentingan pergerakan manusia sebagai alat untuk mewujudkan individu dan masyarakat yang ideal, serta peranan persekitaran (naturalisme) dalam perkembangan individu secara menyeluruh.
  • 39. • Naturalisme Kepercayaan bahawa hukum saintifik alam semulajadi menentukan kehidupan, manakala matlamat individu adalah lebih penting berbanding matlamat masyarakat, dan semuanya bergantung kepada hukum alam semulajadi.
  • 40. • Pada zaman kebangkitan ini, John Locke ada menyebut bahawa remaja kelas atasan memerlukan minda yang sihat yang dapat dibentuk melalui moral dan disiplin fizikal. • Jean-Jacque Rousseau ada mengatakan bahawa cara paling ideal dalam membentuk remaja ialah melalui proses naturalisme iaitu belajar melalui interaksi terhadap persekitaran yang melibatkan penerokaan melalui aktiviti fizikal dan cetusan idea intelektual.
  • 41. • Ini memberikan asas kesedaran pada zaman enligthment untuk melaksanakan program gimnastik di Eropah dalam proses untuk mendidik kanak-kanak pada ketika itu. • Selain itu terdapat ramai lagi tokoh pendidikan yang lahir pada zaman ini bersama idea mengenai program pendidikan jadmani dan kesihatan. •
  • 42. Tokoh Falsafah Fokus Pendekatan dalam Program Pendidikan Jasmani Vittorino da Feltre Humanism Melahirkan remaja yang cergas fizikal serta berintelektual Permainan bola, menunggang kuda, berlari, berlari sambil melompat pagar, menari Francois Rabelais Verbal realism Menyediakan individu untuk berperang Kemahiran menunggang kuda, bermain pedang dan berenang Michel de Montaigne Social humanism Membentuk individu yang bersifat autokratik Berlari, bertarung, menari, memburu dan menunggang kuda John Comenius Sense realism Melihat permainan sebagai proses pembelajaran Permainan kanak- kanak, bermain dengan alat permainan
  • 43. Tokoh Falsafah Fokus Pendekatan dalam Program Pendidikan Jasmani John Locke Educational disciplinariani sm Melahirkan minda yang cerdas dalam tubuh badan yang cergas Berenang, menari, menunggang kuda, berlari melompat pagar Jean- Jacque Rousseau Educational naturalism Segalanya tentang pendidikan adalah bergantung kepada alam semulajadi Melompat, memanjat, bermain bola Johann Pestalozzi Educational development alism Kanak-kanak perlu belajar secara progresif dalam keadaan minda dan tubuh badan adalah harmoni Pertandingan, gimnastik, aktiviti luar Friedrich Froebel Educational development alism Mengaitkan minat dalam pembelajaran dengan keseronokan Permainan di kawasan terbuka
  • 44. PERKEMBANGAN DI EROPAH • Pada tahun 1774, Johann Basedow seorang guru di sekolah lelaki Philanthropinum telah mengaplikasikan teori pendidikan Jean-Jacque Rousseau iaitu mengenai fahaman naturalisme dalam pendidikan yang menekankan tentang proses memenuhi keperluan murid dan kepentingan kesediaan murid untuk belajar.
  • 45. • Beliau telah memperuntukkan masa selama tiga jam sehari dalam sistem pendidikan di sekolahnya untuk aktiviti rekreasi, gimnastik, sukan dan permainan seperti kemahiran yang melibatkan pergerakan melompat, menari, menunggang kuda atau basikal, manakala dua jam lagi diperuntukan untuk latihan kemahiran hidup.
  • 46. • Selain itu, di sekolah itu juga gimnastik Greek turut diperkenalkan oleh Johann Simon yang mengandungi aktiviti melompat, berlari, melontar dan bergusti. • Latar latihan diubahsuai bagi menyediakan kemudahan palang imbangan, galah lompat tinggi, parit untuk melompat dan buaian.
  • 47. • Ini diikuti dengan Johann Du Toit, pewaris Johann Simon yang kemudiannya memperkenalkan aktivti memanah, meluncur, berenang, berkawad, berkebun dan bertukang ke dalam kurikulum yang diperkenalkan oleh Basedow.
  • 48. • Pada tahun 1785, Christian Salzmann mereka bentuk program Pendidikan Jasmani di Institut Pendidikan Schnepfenthal. • Salah seorang tenaga pengajarnya iaitu Johann Guts Muths mengendalikan program pendidikan jasmani selama empat jam sehari yang mengandungi aktiviti semulajadi (melompat dan berlari), gimnastik Greek (melontar dan bergusti), latihan ketenteraan (melompat pagar dan berkawad), aktiviti berkuda (melompat dan memanjat), dan aktiviti kemahiran hidup (bercucuk tanam dan bertukang). Semenjak dari itu, gimnastik mula berkembang di Eropah.
  • 49. • Pada tahun 1800, Friedrich Jahn, seorang pendidik Jerman meminjam beberapa konsep pendidikan jasmani yang dilaksanakan di Schnepfenthal, tetapi beliau lebih cenderung memilih fahaman nasionalisme dalam sistem pendidikan berbanding naturalisme. • Bagi beliau, kekuatan dan kecergasan fizikal bukan semata-mata untuk kepentingan kesihatan diri tetapi untuk tujuan penyatuan rakyat Jerman keseluruhannya. • Konsep nasionalisme diterapkan dalam pendidikan jasmani dan aktiviti gimnastik yang dijalankan.
  • 50. • Turner – individu yang menjalani latihan di turnplatz • Turnplatz – latihan gimnastik di kawasan luar yang direka oleh Friedrich Jahn, mengandungi prasarana seperti balance beam, parallel bars, pole-vaulting standards, broad-jumping pits, vaulting horses, a figure-eight-shaped track, and a wrestling ring.
  • 51. • Perkembangan gimnastik Turner gimnastik kebangsaan oleh Friedrich Jahn yang dikenali sebagai Father of German Gymnastics, melihat perkembangan fizikal rakyat German seiring dengan kekuatan fizikal dan nasionalism. • Berlaku perkembangan sekolah gimnastik di German, Denmark, Sweden yang telah dipelopori oleh Franz Nachtegall, Adolph Spiess dan Hjalmar Ling. • Berlaku perkembangan sukan moden di England an turut memberi kesan kepada sukan di United States.
  • 52. • Berlaku kebangkitan gentleman amateur approach to games-playing seperti permainan Eton dan Rugby di sekolah awam Inggeris dan sekolah serta kolej di U.S. • Berlaku perkembangan Sukan Olimpik Moden.
  • 53. Pendidikan Jasmani dan Sukan di United States (1700s-1800s)
  • 54. • Masyarakat melaksanakan ikhtiar hidup melalui aktiviti memburu, menangkap ikan dan rekreasi sambil berkerja. • Masyarakat Dutch yang tinggal di Virginia gemarkan sukan bowling dan lumba kuda. • Warisan sukan orang British turut wujud di U.S seperti rounders, kriket, boxing dan olahraga.
  • 55. • Sistem Calisthenic diperkenalkan oleh Catharine Beecher. Beliau menulis tentang manual Fisiologi dan Calisthenics untuk sekolah dan keluarga termasuklah senaman harian remaja wanita. • Sistem Calisthenics ialah satu program PJ yang mengandungi 26 topik fisiologi dan 2 kursus senaman ringan calisthenics.
  • 56. • Dioclesian Lewis pula telah mempopularkan gimnastik ringan di Normal Institute for Physical Education, iaitu sebuah tempat latihan perguruan. • Pengenalan tentang gimnastik German di U.S menjadi sebahagian kurikulum PJ yang signifikan semenjal 1880s hingga ke 1920s.
  • 57. • Wujud sistem Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hitchcock di Amherst College, dan juga program Pendidikan Jasmani dan Kesihatan oleh Dudley Sargent di Cambridge. • Ramai pemimpin dalam profesion PJ ini memiliki ijazah perubatan dan menunjukkan ketaatan terhadap kesihatan dan aktiviti fizikal. • Berlaku pelbagai konflik, percanggahan dan perdebatan antara sistem Pendidikan Jasmani dan kesihatan yang diperkenalkan ketika ini.
  • 58. Pendidikan Jasmani dan Sukan di United States (1900s)
  • 59. • Penubuhan dan perkembangan American Alliance for Health, Physical Education, Recreation and Dance. Sembilan daripada 10 presidennya ialah doktor perubatan. • Penubuhan organisasi profesional seperti College of Sports Medicine, the National Athletic Trainers’ Association dan the National Strength and Conditioning Association.
  • 60. • Wujudnya The Public Schools Athletic League • Perkembangan sukan amatur bermula • Bermulanya sejarah Pendidikan Jasmani untuk wanita, permulaan kepada sukan kompetetif. • Perkembangan perundangan persekutuan mengenai hak pendidikan sama rata di kalangan pelajar.
  • 61. Pendidikan Jasmani dan Sukan di United States (2000s hingga sekarang)
  • 62. • Wujud pemimpin berkaliber seperti Luther Gulick, Thomas Wood, Clark Hetherington, Jay Nash and Jesse Williams yang memberi penekanan terhadap hubungkait permainan, rekreasi, hasil pendidikan dengan pendidikan jasmani. • Charles McCloy pelopor kepada the education of the physical
  • 63. • Peringkat transisi dan bermulanya legasi pergerakan kecergasan termasuklah penubuhan President's Council on Youth Fitness, the AAHPER Youth Fitness Test, the AAHPERD Health-Related Physical Fitness Test dan juga kerjasama antara Physical Best dengan Fitnessgram • Perkembangan terhadap sukan dan peluang pendidikan jasmani di kalangan orang kurang upaya.