Dokumen tersebut membahas tentang ketaatan malaikat kepada Allah dan kederhakaan Iblis. Malaikat selalu patuh kepada perintah Allah untuk menunduk kepada Nabi Adam, berbeda dengan Iblis yang sombong dan enggan taat. Dokumen juga menjelaskan cara Iblis menyesatkan manusia dan syarat-syarat bertobat kepada Allah.
2. OBJEKTIF PELAJARAN
Menyatakan maksud ayat dengan ringkas
Menerangkan ketaatan malaikat dan kederhakaan iblis berdasarkan ayat
Menerangkan cara iblis memperdaya-kan manusia
Menyenaraikan cara menghindari tipu daya syaitan
Menerangkan dosa-dosa yang diampunkan oleh Allah dan sebaliknya
Menyatakan syarat taubat
Menjelaskan ciri-ciri orang yang taat perintah Allah
Menerangkan pengajaran ayat
3. Ketaatan Malaikat & Kederhakaan Iblis
Dalam surah Al Baqarah : ayat 34 Allah menjelaskan tentang ketaatan malaikat
& keingkaran iblis
Ketaatan Malaikat Kederhakaan Iblis
• Apabila Allah
memerintahkan mereka
tunduk kepada Adam ,
mereka segera mentaati
perintah tersebut
• Apabila Allah memerintahkan
mereka tunduk kepada Adam,
mereka dengan rasa angkuh
dan takbur (sombong) enggan
mematuhi perintah tersebut,
kerana merasakan dirinya
lebih mulia daripada Nabi
Adam iaitu dicipta daripada
api, berbanding Nabi Adam
daripada tanah
4. CIRI - CIRI MALAIKAT
Daripada cahaya, tidak berjisim, tidak makan
dan minum dan tidak berjantina
Sentiasa beribadat kepada Allah dan
melakukan segala suruhan-Nya
Sentiasa patuh dan taat pada perintah
Allah
Tidak pernah cuai dalam melaksanakan
segala tugasnya
5. CARA-CARA GODAAN SYAITAN
• Membisikkan khayalan dan dan angan-angan yang indah
kepada manusia
• Memperdayakan manusia dengan janji-janji kosong
• Menghasut manusia supaya melakukan kejahatan
• Memperdayakan manusia supaya tidak mengerjakan
ibadah kepada Allah
• Menyesatkan manusia supaya melakukan perkara-
perkara yang boleh merosakkan iman
• Mencampakkan ke dalam hati manusia perasaan waswas
6. CARA MENGHINDARI GODAAN
IBLIS
Memperbanyakkan membaca
al-Quran dan berzikir
Bersifat dengan sifat
mahmudah
Sentiasa mengerjakan ibadah
Sentiasa mengamalkan amar
makruf dan nahi mungkar
Mengerjakan segala perintah
Allah dengan ikhlas
Menjauhkan diri dari perkara
mungkar dan maksiat
Menghadiri kelas-kelas
pengajian agama
7. PENGERTIAN TAUBAT
Kembali kepada Allah dengan menyesali dan berhenti daripada
melakukan maksiat serta berazam tidak akan mengulanginya lagi
Syarat Taubat
• Benar-benar menyesal dengan kesalahan yang dilakukan
• Berhenti daripada melakukan dosa atau maksiat dengan segera
• Berazam tidak mengulangi dosa yang telah dilakukan
• Hendaklah meminta maaf dan memulangkan hak jika melakukan
kesalahan dengan manusia
8. CARA-CARA BERTAUBAT
Mengerjakan solat taubat nasuha
Berazam tidak akan mengulangi perbuatan dosa
Menyesal dan berhenti melakukan dosa
Melakukan kebaikan dan kebajikan
Mempertingkatkan amal ibadah
Memohon maaf serta mengembalikan harta kepada tuanya ,
sekiranya kesalahan melibatkan orang lain
Beristighfar kepada Allah
Memohon keampunan dengan penuh ikhlas
9. CIRI-CIRI ORANG YANG TAAT
DENGAN PERINTAH ALLAH
• Memelihara daripada perkara yang boleh
merosakkan aqidah
• Mematuhi perintah Allah
• Menghayati sifat-sifat mahmudah
• Sentiasa bertaubat
• Membaca al-Quran dan berzikir
• Menambahkan ilmu pengetahuan
• Memelihara maruah diri dan keluarga
10. PENGAJARAN AYAT
Malaikat merupakan makhluk
yang taat dan patuh segala
perintah Allah
Semua kesalahan dan dosa
diampun oleh Allah kecuali
perbuatan syirik
Kita hendaklah sentiasa
memohon keampunan kepada
Allah
Kita hendaklah sentiasa
berusaha menjauhkan diri dari
perkara maksiat
Musuh utama manusia ialah
iblis dan syaitan
11. Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat:
"Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka
sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan
takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir. Dan kami
berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam
syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja
kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu
menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-
orang yang zalim".
Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga
itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka
telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu!
Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain
dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta
mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". Kemudian Nabi
Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata
pengakuan taubat yang diamalkan-nya), lalu Allah menerima
taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun
(Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.
12. SEKIAN TERIMA KASIH
* Kami berharap ilmu yang
dibentangkan sebentar tadi dapat
dimanfaatkan bersama *
Puan Nor'Aini