Dokumen ini menjelaskan adab dan tatacara makan secara beradat mengikut adat generasi zaman dahulu. Terdapat beberapa peringatan seperti hanya makan tiga suap nasi sebelum membasuh tangan, gunakan tangan kanan untuk menyuap, dan minum selepas selesai makan. Dokumen ini menekankan pentingnya bersikap sopan dan beradab ketika makan.
2. Maksud Rangkap 1:
Santap beradat, santap istiadat,
Santap raja di majlis kebesaran,
Santap merai, hormat-menghormati;
Bukan santap hendakkan kenyang,
Santap santun dengan aturan.
Maksud:
Santap beradat merupakan istiadat
santap raja dalam majlis kebesaran.
Istiadat ini bertujuan menghormati
dan meraikan tetamu. Majlis ini
juga mengajar tetamu yang hadir
makan secara beradab dan bukanlah
sekadar untuk mengenyangkan
perut.
Glosari:
Istiadat - peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan
3. Maksud Rangkap 2:
Nasi disuap di tangan kanan,
Lauk dibinjat sopan siuman,
Sampai ke mulut mamah perlahan,
Tanda tidak gelojoh makan.
Selesai santap nasi -
Diiringkan seteguk minuman,
Isyarat menghormat, mulia-memuliakan
Maksud:
Berdasarkan adab dan tertib semasa
makan , menyuap nasi mestilah
menggunakan tangan kanan dan ambillah
lauk dengan sopan. Makanan hendaklah
dikunyah perlahan-lahan. Selesai makan
nasi, barulah minum air.
Glosari:
Dibinjat: diambil, diangkat
4. Maksud Rangkap 3:
Santap nasi suap pertama,
Berturut dengan suap kedua;
Dua suap, ketiga sudah,
Keempatnya basuh tangan;
Kelima halwa juadah,
Keenam mengiring buah-buahan.
Maksud:
Pengarang memberikan peringatan agar
makan nasi sekadar tiga suapan sebelum
membasuh tangan. Kemudian, makanlah
kuih-muih dan buah-buahan.
Glosari:
Halwa: Penganan yang manis
5. Maksud Rangkap 4:
Ketujuh berkumur-kumur,
Ke delapan makan sirih;
Kelat jatuh ke rengkungan,
Seri naik ke peroman.
Maksud:
Selepas makan hendaklah berkumur-
kumur. Kemudian, makanlah sirih
agar wajah kelihatan berseri-seri.
Glosari:
Rengkungan - kerongkong
Peroman - rupa paras, Bentuk rupa
6. Maksud Rangkap 5:
Itulah santap beradat kebesaran
Di dalam riwayat zaman yang silam.
Maksud:
Pengarang menjelaskan bahawa
adab dan tatacara makan secara
beradat dalam sesuatu majlis
telah diamalkan sejak zaman
dahulu.
8. Persoalan, Nilai dan Pengajaran
PERSOALAN NILAI PENGAJARAN
Persoalan adab sopan
ketika makan
Sopan -santun Kita hendaklah bersikap sopan
dan beradab ketika sedang makan.
Persoalaan keutamaan
tatacara dan tertib
semasa menjamu selera
Kepatuhan Tetamu yang hadir hendaklah
patuh dengan tatacara dan adab
ketika makan
Persoalan
kesederhanaan ketika
menjamu selera
kesederhanaan Kita mestilah bersederhana ketika
makan dengan tidak mengambil
makanan secara berlebihan atau
hawa nafsu.
9. Gaya bahasa
GAYA BAHASA CONTOH
ANAFORA Santap beradat,
santap istiadat,
Santap raja di majlis kebesaran,
Santap merai, hormat-menghormat;
REPETISI Santap beradat,santap istiadat,
BAHASA ISTANA SANTAP
INVERSI Bukan santap hendakkan kenyang,
Sepatutnya: santap bukan hendakkan kenyang
METAFORA Di dalam riwayat zaman yang silam.