2. Hantaran Bahu
Cara menghantar bola yang sering digunakan oleh
pemain dalam permainan Bola Baling. Biasanya,
cara ini dilakukan semasa membuat hantaran
jauh. Kelebihan cara ini ialah persediaan hantaran
ini boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan
bersedia, pemain boleh terus mengelecek,
menjaring, menukar hala hantaran atau
memusingkan badannya.
3. Hantaran Lantun
Dilakukan apabila membuat hantaran secara
mengejut. Kelemahannya adalah bola itu dapat
disekat oleh pihak lawan yang bertindak balas
pantas. Hantaran ini biasanya dilakukan dengan
sebelah tangan.
4. Balingan Aras Dada
Berasal daripada kemahiran yang sama dalam
permainan bola keranjang. Sesuai untuk hantaran
jarak dekat di aras dada. Pergerakan bola itu
adalah hasil tolakan dari jari-jari tangan. Tangan
hendaklah ikut lajak di akhir tolakan.
5. Cara Menangkap Bola
• Dengan kedua belah tangan – bola aras muka
Apabila hendak menangkap bola setinggi aras
muka, pemain seboleh-bolehnya hendaklah
berada di belakang hala pergerakan bola itu.
Kedua-dua belah tangan dihulur secara lurus ke
hadapan untuk menangkap bola. Sebaik sahaja
ditangkap bola hendaklah dibawa dekat badan
untuk kawalan yang lebih baik.
6. Cara Menangkap Bola
• Dengan kedua belah tangan – bola rendah
Untuk menangkap bola rendah pemain perlu
merendahkan badannya dan kedua-dua belah
tangan dihulur untuk menerima bola yang
menuju kepadanya. Jari-jari menghala ke
bawah semasa menangkap bola.
7. Cara Menangkap Bola
• Menangkap Bola Tinggi
Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk
menangkap bola hantaran tinggi. Faktor yang
sangat penting dalam situasi ini adalah
lompatan hendaklah dibuat pada masa yang
tepat. Kedua-dua belah tangan dihulur ke atas
untuk menangkap bola. Sebaik sahaja
mendarat, bola hendaklah dibawa rapat ke
badan supaya dapat mengawalnya dengan
lebih kemas.