SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
DEFINISI DAN SEJARAH LONTAR PELURU

      Lontar peluru adalah salah satu acara olahraga, iaitu acara padang yang
melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat
sejauh yang boleh.

Sejarah :

      Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan
dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti
melontar    batu     telah   dijadikan   pertandingan   bermula   pada abad    ke-19.
Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta
acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan
ketika itu. Walau bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai
acara sukan di kedua-dua buah negara ini.

      Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat
sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang
mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan
sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang
dipertandingkan.

      Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini,
peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan
dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi
empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah
diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk
dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896.

      Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada
tahun 1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk
bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan
lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan
lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap
berhubung teknik melontar peluru.
Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlit lontar peluru telah menonjol dalam
acara ini. Beliau ialah Perry O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta
teknik lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal
sehingga ke hari ini.

       Atlit lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan
gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik
bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik. Namun begitu,
acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum,
semasa, dan selepas melakukan aktiviti.

       Persediaan seseorang atlit dari segi kekuatan tubuh badan dan anggota lain
terutamanya tangan, pinggang, dan kaki memainkan peranan utama. Hal ini bermakna
persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin
keselamatan diri atlit itu sendiri.

       Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu
sebelum, semasa, dan selepas. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi
pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau
mencipta sesuatu kejayaan.

       Antara tokoh atlit lontar peluru ialah Yanina Korolcik dari Belarus yang telah
memenangi pingat emas selepas melakukan lontaran 20.56 meter dalam acara lontar
peluru wanita di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000. Malang sekali bagi beliau apabila
pada bulan Jun 2003 dalam suatu pertandingan di Jerman, beliau didapati positif
dengan dadah jenis clenbuterol, dan akibatnya telah digantung selama dua tahun. Oleh
kerana itu, beliau terlepas Sukan Olimpik pada tahun 2004.
PERALATAN

    1. Peluru

            Peluru hendaklah diperbuat daripada besi, tembaga atau bahan lain yang tidak
            boleh lembut daripada tembaga yang padu, atau kelonsong diperbuat daripada
            bahan-bahan tadi yang dipadatkan dengan plumbum atau bahan lain.
            Ia hendaklah berbentuk sfera yang berpermukaan rata dan licin.
            Ia hendaklah mematuhi spesifikasi-spesifikasi berikut :




   Peluru                  Wanita                  Lelaki              Lelaki      Lelaki

                   Remaja/Junior/Senior           Remaja              Junior       Senior

    Berat minimum untuk diterima dalam pertandingan dan penerimaan mencipta rekod

                          4.000 kg                5.000 kg            6.000 kg    7.260 kg

  Maklumat
 pengeluar :

Beraneka jenis
                          4.005 kg                5.005 kg            6.005 kg    7.265 kg
  alat yang
 dikeluarkan              4.025 kg                5.025 kg            6.025 kg    7.285 kg
    untuk
pertandingan

 Garis pusat               95 mm                  100 mm              105 mm      110 mm
  minimum

 Garis pusat               110 mm                 120 mm              120 mm      130 mm
 maksimum
Berat peluru :




           1.     DEWASA                      7. 265 kg

           2.     WANITA                      4. 005 kg

           3.     REMAJA                      4. 000 kg




Contoh peluru :




Cara memegang peluru :

1. Peserta meletak peluru pada tapak tangan yang akan melakukan lontaran. Peserta
bolehlah   cuba    mengawal    atau   mendapatkan     berat   peluru   dengan   cara
memindahkannya dan satu tangan ke satu tangan lain beberapa kali.

2. Untuk membuat lontaran, peluru hendaklah dipegang pada jari dan bukan tapak
tangan, iaitu pada dasar tiga jari tengah, manakala ibujari dan jari kelengkeng atau
menggunakan lima jari bertindak sebagai penyokong.

3.Tangan kanan yang memegang peluru ditempatkan di bawah dagu atau pun
ditekapkan di rusuk leher.Tangan bebasnya pula akan diangkat ke atas melebihi paras
kepalanya.Kepalanya tegak memandang ke depan.

4. Apabila peluru berada pada kedudukan sebenar, jari kelengkeng boleh dibengkokkan
atau diluruskan berhampiran dengan tiga jari tengah tadi. Kini kedudukan peluru sudah
bersedia untuk dilontarkan.
2. Papan penahan

      Papan tersebut hendaklah berwarna putih, diperbuat daripada kayu atau bahan
      lain yang sesuai berbentuk lengkok supaya sisi sebelah dalamnya sepadan
      dengan bahagian dalam lengkok bulatan.
      Ia diletakkan di tengah di tengah-tengah antara kedua-dua garisan sektor dan
      dibuat supaya terletak dengan kukuh.

Ukuran :

      Ukuran papan tersebut ialah 11.2sm hingga 30 sm lebar, 1.15 (+- 1sm) panjang,
      dan 10 sm (+-2mm ) tinggi daripada paras dalam bulatan.
SEKTOR LONTAR PELURU




      Kawasan melontar peluru hendaklah mengandungi serbuk abu atau rumput atau
bahan yang sesuai yang boleh meninggalkan bekas atau tanda peluru yang mendarat.
Kebenaran curaman ke maksimum ke bawah, kearah lontaran bagi kawasan mendarat
adaklah tidak melebihi 1 : 1000. Kawasan mendarat atau lontaran hendaklah ditanda
dengan dua garisan putih 50 mm lebar. Dua garisan lurus ini jika diteruskan akan
bertemu betul-betul di pusat bulatan lontaran dan bersudut 40°.

      Bendera atau penanda mungkin disediakan untuk meneada lontaran terbaik bagi
peserta an ini akan diletakkan disepanjang dan diluar garisan sektor. Bendera atau
piring penanda istimewa digunakan untuk menenda jarak rekod.

      Untuk menentukan jarak lontaran dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik
selepas sesuatu lontaran dibuat, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga
kebahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapu, bacaan jarak hanya dikira setakat
bahagian papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling
jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.
Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru
menetapkan iaitu setiap atlit yang mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan
hendaklah berpakaian sesuai dan tidak menjolok mata bagi peserta wanita. Begitu juga
dengan   kasut   yang    sesuai   mengikut   keselesaan     peserta   dan   tidak   pula
mengganggunya ketika melakukan lontaran.

      Ukuran garis pusat sebelah dalam bulatan ialah 2.13 m (± 5mm). Gelong besi
bulatan mestilah sekurang-kurangnya 6 mm tebal dan dicat putih.

      Satu garisan lurus selebar 50 mm hendaklah dicat dengan warna putih melalui di
0.75 m di luar bulatan. Garisan lurus ini boleh dicatkan dengan warna putih atau
diperbuat katu atau pun dari sebarang bahan yang sesuai. Secara teori, pinggir
belakang garisan putih ini betul-betul nelintasi bahagian tengah bulatan bersudut tepat
dengan garisan tengah kawasan lontaran.

      Pembentukan papan penahan yang bercat putih diperbuat daripada kayu atau
bahan-bahan yang sesuai, dibentuk melengkung supaya bahagian tepi dalamnya
sesuai dengan bahagian dalam tepi bulatan dan dibuat kukuh. Papan penahan ini
diletakkan ditengah-tengah diantara dua garisan lontaran.

      Ukuran papan penahan ini adalah diantara 112 mm dan 300 mm lebar, 1.21 m
sehingga 1.23 m panjang disebelah dalamnya dan 98 mm sehingga 102 mm tinggi
berdasarkan kepada paras bahagian dalam bulatan.


UKURAN

Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap atlit acara ini
melakukan lontaran dengan selesa. Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh
garisan sekeliling setebal 5mm. Saiz bulatan ini ialah 2.135m pada diameternnya yang
diukur dari sebelah luar garisan seperti gambarajah dibawah. Pada bahagian hadapan
bulatan lontaran dipasang penahan untuk menentukan kaki atlit menyentuk atau
melepasi papan penahan yang mengakibatkan lontaran dibatalkan.
TEKNIK DALAM ACARA LONTAR PELURU




1. Teknik berdiri

Untuk mendapatkan pergerakan tangan dan bahu yang betul, bolehlah melakukan
teknik berdiri sebagai satu latihan. Caranya adalah seperti berikut :

   1. Berdiri dengan mengangkang kedua-dua belah kaki seluas lebih kurang 30 cm,
       tangan memegang peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan
       tengkuk. Diku tangan yang memegang peluru haruslah keluar dan mendatar.
   2. Pusingkan sedikit arah ke kanan dan bawakan tangan kiri menyilang ke kanan.
   3. Bawakan kembali tangan kiri dengan cepat ke arah kiri, manakal kaki diluruskan
       dan peluru ditolak keluar.
   4. Tangan diluruskan mengikut arah lontaran peluru, manakla tangan kiri
       membantu mengimbang tangan.
2. Teknik Lontaran sisi

   1. Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengah
      bulatan lontaran. Tentukan kedudukan peluru adalah selesa dan kemudian kaki
      kiri diangkat.
   2. Letakkan kaki kiri pada tanah dan pusingkan sedikit bahu ke hadapan.
   3. Luruskan kaki kiri dan bersedialah untuk membuat lontaran.
   4. Pusingkan tapak kaki kanan dan angkatlah tumit dan tolakkan peluru keluar.
3. Teknik membelakangi kawasan lontaran

Teknik ini merupakan peringkat yang lebih maju. Walaupun atlit yang baru terlibat
dalam acara ini tidak digalakkan menggunakan teknik ini, namun ia menjadi suatu
kelebihan jika dapat dipelajari dan diaplikasikan. Langkah-langkahnya adalah seperti
berikut :

   1. Mulakan dengan membelakangi arah membuat lontaran. Bengkokkan badan dan
       lutut kanan serta luruskan kaki kiri di belakang.
   2. Angkat kaki kiri sedikit.
   3. Turunkan kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan lontaran.
   4. Pusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran.
   5. Tolak peluru keluar sekuat mungkin.
4. Teknik Pemindahan (0’Brien)

Teknik ini merupakan teknik yang digunakan oleh pelontar-pelontar peluru peringkat
tinggi yang mempunyai kemahiran tinggi serta berpengalaman. Cara melakukan teknik
ini adalah seperti berikut:

   1. Peserta hendaklah berdiri dengan memblekangi arah lontaran dan kaki kanan
       bersentuh dengan garisan belakang.
   2. Bongkokkan badan dan angkat kaki serta rapatkan dengan kaki kanan.
   3. Mulakan langkah dengan kaki kanan.
   4. Bengkokkan lutut kaki kanan dan ayunkan tangan kiri keluar.
   5. Pusingkan bahu dan pinggang, dan tolak serta lepaskan peluru sekuat yang
       boleh.
   6. Lakukan lajakan ayunan dengan membawa berat badan ke hadapan dan
       diimbangi dengan tangan kiri.
Terdapat empat fasa lontaran dalam acara lontar peluru mengikut gaya Parry O’Brien,
iaitu :

    1. Fasa persediaan
    2. Fasa gelungsuran
    3. Fasa lontaran
    4. Fasa pemulihan



1) Fasa persediaan

    •     Ambil tempat dalam bulatan hampir-hampir di sebelah belakangnya dan berdiri
          membelakang ke kawasan membaling.

    •     Berdiri sisi dan kepala memandang sudut 45 dan buka kaki seluas bahu.

    •     Tangan yang memegang peluru ditempatkan di bawah dagu atau pun ditekapkan
          di rusuk leher.

    •     Tangan yang bebas pula akan diangkat ke atas melebihi paras kepalanya.

    •     Kepalanya tegak memandang ke depan.

    •     Bahu menghadap arah lontaran.

    •     Gerakkan kaki ke kayu penghadang.

    •     Bengkokkan badan serendah mungkin.

    •     Kaki di hadapan diluruskan manakaka kaki belakang dibengkokkan.

2) Fasa Gelungsuran

    •     Gelungsurkan      kaki kiri cepat ke belakang ke arah lontaran, serentak
          gelongsorkan kaki ke kanan ketengah bulatan.

    •     Letakkan kaki kiri dekat kayu penghadang dengan tidak mengubah bahagian
          atas badan.
•   Luruskan dengan cepat serta badan diangkat dan diputarkan sedikit.

  •   Kaki kanan mengerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan.

  •   Bahu menghadap arah lontaran.

3) Fasa Lontaran

  •   Ayun lengan kiri ke balakang semasa memutar pinggang dan bahu ke hadapan.

  •   Luruskan siku serta tangan di angkat tinggi ke atas.

  •   Kaki kiri masih menyentuh bulatan.

  •   Peluru dilepaskan.

4) Fasa Pemulihan

  •   Lompat dan mendarat dengan kaki kanan.

  •   Pindah berat badan daripada kaki kiri ke kaki kanan.

  •   Ikut lajak. (bengkokkan badan atau duduk untuk merendahkan titik graviti)

PERKARA BATAL

      Pelontar dikira batal apabila menyentuh kawasan luar bulatan atau memijak
      bahagian atas kayu penghadang berukuran 10cm tinggi itu semasa dan selepas
      peluru dilepaskan.
      Melontar di luar bulatan.
      Pelontar keluar dari bahagian depan bulatan lontaran selepas peluru mendarat.
      Semasa melontar,peluru dipegang jauh dari tempat yang sepatutnya.
UNDANG-UNDANG DALAM ACARA LONTAR PELURU

   Lontaran dibuat dalam bulatan bergaris pusat 2.13m.
   Pelontar masuk dan keluar dari bahagian belakang bulatan.
   Peluru mesti mendarat dalam sector 40°.
   Peluru hendaklah dilontar dari bahu dengan sebelah tangan sahaja.
   Pada masa peserta mula berdiri dalam bulatan untuk memulakan lontaran,
     peluru mesti menyentuh atau rapat dengan leher atau pipi dan tangan pula tidak
     boleh direndahkan daripada paras ini semasa hendak melontar.
   Peluru tidak boleh dibawa ke belakang garisan bahu.
KESALAHAN-KESALAHAN TEKNIK PADA SETIAP FASA

1. Kegagalan untuk membuat fasa persediaan yang betul. Kesalahan yang biasanya
berlaku pada fasa persediaan ialah kegagalan atlit berada dalam keadaan yang baik
dan tenang sebelum membuat gelungsuran. Apa yang biasanya berlaku ialah atlit akan
tunduk rnenyebabkan dagu menghampiri dada dan ini akan meletakan peluru keparas
yang rendah. Kesalahan ini akan mernbawa kepada kegagalan mernbuat fasa-fasa
yang berikutnya.

2. Kedudukan siku tangan melontar yang tidak betul. Sepatutnya siku tangan melontar
hendaklah berada tinggi untuk memudahkan peluru ditolak keluar. Kedudukan siku
yang rendah akan menyukarkan peluru ditolak dan akan menghasilkan jarak yang
kurang rnemuaskan

3. Kesilapan kaki kiri yang membantu gelungsuran kaki kanan. Biasanya lutut kaki kiri
seharusnya bengkok dan dirapatkan dengan lutut kaki kanan dan seterusnya
menendang kebelakang untuk membuat gelungsuran. Pergerakan yang salah ialah atlit
meluruskan kaki kiri sebelum membuat gelungsuran yang menyukarkan pengheretan
kaki kanan untuk melakukan gelungsuran.

4. Kegagalan membuka pinggang mengarah arah lontaran. Selepas fasa gelungsuran
pinggang rnestilah di buka dan diangkat kearah lontaran untuk mendapatkan kuasa
yang sepenuhnya dari kaki. Pergerakan ini berlaku pantas bersambungan dengan fasa
gelungsuran. Jika pergerakan ini gagal dilakukan dengan betul maka keadaan badan
akan rendah dan kuasa tidak dapat dialihkan ketangan.

5. Kegagalan melakukan pusingan badan yang betul. Sebelum melepaskan peluru iaitu
selepas fasa gelungsuran, badan dipusingkan kearah lontaran dan kesalahan yang
biasa berlaku ialah“over pulled” atau “Thnder pulled”. Ini berpunca dari tangan kiri yang
tidak dikunci sikunya. ‘Over pulled’ bermakna pusingan yang terlebih dan ‘Under
pulled’ pusingan yang tak sampai maka akan menyebabkan peluru tidak menuju kearah
lontaran.
6.   Kegagalan membuat fasa pemulihan yang baik. Selepas lontar pergerakan
pemulihan merupakan fasa mengimbangkan badan agar tidak terlajak keluar ke
hadapan. Biasanya atlit tidak dapat mengimbangi pergerakan. Sepatutnya kaki kanan
yang turut berpusing selepas lontaran mestilah rnengantikan kedudukan kaki kiri,
manakala kaki kiri mestilah dilojakkan ke belakang.

7. Lontaran yang tidak mengikut sudut 450° Biasanya peluru yang menghasilkan jarak
yang baik ialah peluru yang dilontar bersudut 450° Ianya bergantung kepada fasa
selepas gelungsuran dan berpunca dan kesalahan melakukan fasa lontaran yang baik.
Peluru tidak seharusnya dilontar terlalu tinggi atau terlalu rendah.
TEKNIK MENGUKUR JARAK

      Pengukuran bagi tiap-tiap lontaran mestilah dilakukan terus-menerus daripada
tanda yang hampir sekali yang dibuat oleh jatuhan peluru ke bahagian dalam relung
bulatan melalui satu garisan dan tanda yang dibuat oleh peluru kepada pusat bulatan.

      Untuk menentukan jarak lontaran yang dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik
selepas sesuatu lontaran, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga ke bahagian
tengah bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian
dalam papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh
menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.
RUJUKAN

British Athletic Federation. (1994). Olahraga Padang. London : Penerbitan Pan Earth
Sdn. Bhd.

Mohd Sofian Omar Fauzee. (2009). Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani Dril Acara
Padang. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd

Teng Boon Tong. (1989). Panduan Pengajaran Olahraga. Selangor : Longman
Malaysia Sdn. Bhd.

Teng Boon Tong. (2001). Panduan Pengajaran Olahraga. Selangor Darul Ehsan :
Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Yanina_Korolcik

http://ms.wikipedia.org/wiki/Lontar_peluru

http://notakuliahpismp.blogspot.com/2010/04/lontar-peluru.html

More Related Content

What's hot

Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranNota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranAhmad Fahmi
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruRENU PRIYA
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaKanageswary Karunamoothei
 
Kaedah komunikatif
Kaedah  komunikatifKaedah  komunikatif
Kaedah komunikatifmohamadawang
 
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysiaAkashah Meera Hussain
 
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)naassyura
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasaKumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasapikaosman
 
Lari berpagar
Lari berpagarLari berpagar
Lari berpagardila teen
 
Lompat jauh (long jump) new
Lompat jauh (long jump) newLompat jauh (long jump) new
Lompat jauh (long jump) newG-Jie Bax
 
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaPemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaIka Patrict
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFNURLIDYAWATI JASMIN
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...FaFai S.
 

What's hot (20)

Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &
 
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranNota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
 
Lompat tinggi 1
Lompat tinggi 1Lompat tinggi 1
Lompat tinggi 1
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
Kaedah komunikatif
Kaedah  komunikatifKaedah  komunikatif
Kaedah komunikatif
 
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
 
Periodisasi Latihan
Periodisasi LatihanPeriodisasi Latihan
Periodisasi Latihan
 
Lontar peluru
Lontar peluruLontar peluru
Lontar peluru
 
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
98773911 periodisasi-latihan
98773911 periodisasi-latihan98773911 periodisasi-latihan
98773911 periodisasi-latihan
 
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasaKumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
 
Lari berpagar
Lari berpagarLari berpagar
Lari berpagar
 
Modul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppgModul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppg
 
Lompat jauh (long jump) new
Lompat jauh (long jump) newLompat jauh (long jump) new
Lompat jauh (long jump) new
 
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaPemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
 

Similar to lontar peluru

Similar to lontar peluru (9)

Pengenalan lontar peluru
Pengenalan lontar peluruPengenalan lontar peluru
Pengenalan lontar peluru
 
Lontar peluru
Lontar peluruLontar peluru
Lontar peluru
 
Introtohockey
IntrotohockeyIntrotohockey
Introtohockey
 
Merejam lembing
Merejam lembingMerejam lembing
Merejam lembing
 
Olahraga
OlahragaOlahraga
Olahraga
 
Panduan pd p pendidikan jasmani thn 5 bhg 4
Panduan pd p pendidikan jasmani thn 5 bhg 4Panduan pd p pendidikan jasmani thn 5 bhg 4
Panduan pd p pendidikan jasmani thn 5 bhg 4
 
Lempar cakera
Lempar cakeraLempar cakera
Lempar cakera
 
Gelanggang hoki
Gelanggang hokiGelanggang hoki
Gelanggang hoki
 
Lontar peluru
Lontar peluruLontar peluru
Lontar peluru
 

lontar peluru

  • 1. DEFINISI DAN SEJARAH LONTAR PELURU Lontar peluru adalah salah satu acara olahraga, iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh. Sejarah : Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Walau bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini. Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan. Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896. Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru.
  • 2. Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlit lontar peluru telah menonjol dalam acara ini. Beliau ialah Perry O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga ke hari ini. Atlit lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik. Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum, semasa, dan selepas melakukan aktiviti. Persediaan seseorang atlit dari segi kekuatan tubuh badan dan anggota lain terutamanya tangan, pinggang, dan kaki memainkan peranan utama. Hal ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlit itu sendiri. Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum, semasa, dan selepas. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan. Antara tokoh atlit lontar peluru ialah Yanina Korolcik dari Belarus yang telah memenangi pingat emas selepas melakukan lontaran 20.56 meter dalam acara lontar peluru wanita di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000. Malang sekali bagi beliau apabila pada bulan Jun 2003 dalam suatu pertandingan di Jerman, beliau didapati positif dengan dadah jenis clenbuterol, dan akibatnya telah digantung selama dua tahun. Oleh kerana itu, beliau terlepas Sukan Olimpik pada tahun 2004.
  • 3. PERALATAN 1. Peluru Peluru hendaklah diperbuat daripada besi, tembaga atau bahan lain yang tidak boleh lembut daripada tembaga yang padu, atau kelonsong diperbuat daripada bahan-bahan tadi yang dipadatkan dengan plumbum atau bahan lain. Ia hendaklah berbentuk sfera yang berpermukaan rata dan licin. Ia hendaklah mematuhi spesifikasi-spesifikasi berikut : Peluru Wanita Lelaki Lelaki Lelaki Remaja/Junior/Senior Remaja Junior Senior Berat minimum untuk diterima dalam pertandingan dan penerimaan mencipta rekod 4.000 kg 5.000 kg 6.000 kg 7.260 kg Maklumat pengeluar : Beraneka jenis 4.005 kg 5.005 kg 6.005 kg 7.265 kg alat yang dikeluarkan 4.025 kg 5.025 kg 6.025 kg 7.285 kg untuk pertandingan Garis pusat 95 mm 100 mm 105 mm 110 mm minimum Garis pusat 110 mm 120 mm 120 mm 130 mm maksimum
  • 4. Berat peluru : 1. DEWASA 7. 265 kg 2. WANITA 4. 005 kg 3. REMAJA 4. 000 kg Contoh peluru : Cara memegang peluru : 1. Peserta meletak peluru pada tapak tangan yang akan melakukan lontaran. Peserta bolehlah cuba mengawal atau mendapatkan berat peluru dengan cara memindahkannya dan satu tangan ke satu tangan lain beberapa kali. 2. Untuk membuat lontaran, peluru hendaklah dipegang pada jari dan bukan tapak tangan, iaitu pada dasar tiga jari tengah, manakala ibujari dan jari kelengkeng atau menggunakan lima jari bertindak sebagai penyokong. 3.Tangan kanan yang memegang peluru ditempatkan di bawah dagu atau pun ditekapkan di rusuk leher.Tangan bebasnya pula akan diangkat ke atas melebihi paras kepalanya.Kepalanya tegak memandang ke depan. 4. Apabila peluru berada pada kedudukan sebenar, jari kelengkeng boleh dibengkokkan atau diluruskan berhampiran dengan tiga jari tengah tadi. Kini kedudukan peluru sudah bersedia untuk dilontarkan.
  • 5. 2. Papan penahan Papan tersebut hendaklah berwarna putih, diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang sesuai berbentuk lengkok supaya sisi sebelah dalamnya sepadan dengan bahagian dalam lengkok bulatan. Ia diletakkan di tengah di tengah-tengah antara kedua-dua garisan sektor dan dibuat supaya terletak dengan kukuh. Ukuran : Ukuran papan tersebut ialah 11.2sm hingga 30 sm lebar, 1.15 (+- 1sm) panjang, dan 10 sm (+-2mm ) tinggi daripada paras dalam bulatan.
  • 6. SEKTOR LONTAR PELURU Kawasan melontar peluru hendaklah mengandungi serbuk abu atau rumput atau bahan yang sesuai yang boleh meninggalkan bekas atau tanda peluru yang mendarat. Kebenaran curaman ke maksimum ke bawah, kearah lontaran bagi kawasan mendarat adaklah tidak melebihi 1 : 1000. Kawasan mendarat atau lontaran hendaklah ditanda dengan dua garisan putih 50 mm lebar. Dua garisan lurus ini jika diteruskan akan bertemu betul-betul di pusat bulatan lontaran dan bersudut 40°. Bendera atau penanda mungkin disediakan untuk meneada lontaran terbaik bagi peserta an ini akan diletakkan disepanjang dan diluar garisan sektor. Bendera atau piring penanda istimewa digunakan untuk menenda jarak rekod. Untuk menentukan jarak lontaran dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik selepas sesuatu lontaran dibuat, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga kebahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapu, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.
  • 7. Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru menetapkan iaitu setiap atlit yang mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan hendaklah berpakaian sesuai dan tidak menjolok mata bagi peserta wanita. Begitu juga dengan kasut yang sesuai mengikut keselesaan peserta dan tidak pula mengganggunya ketika melakukan lontaran. Ukuran garis pusat sebelah dalam bulatan ialah 2.13 m (± 5mm). Gelong besi bulatan mestilah sekurang-kurangnya 6 mm tebal dan dicat putih. Satu garisan lurus selebar 50 mm hendaklah dicat dengan warna putih melalui di 0.75 m di luar bulatan. Garisan lurus ini boleh dicatkan dengan warna putih atau diperbuat katu atau pun dari sebarang bahan yang sesuai. Secara teori, pinggir belakang garisan putih ini betul-betul nelintasi bahagian tengah bulatan bersudut tepat dengan garisan tengah kawasan lontaran. Pembentukan papan penahan yang bercat putih diperbuat daripada kayu atau bahan-bahan yang sesuai, dibentuk melengkung supaya bahagian tepi dalamnya sesuai dengan bahagian dalam tepi bulatan dan dibuat kukuh. Papan penahan ini diletakkan ditengah-tengah diantara dua garisan lontaran. Ukuran papan penahan ini adalah diantara 112 mm dan 300 mm lebar, 1.21 m sehingga 1.23 m panjang disebelah dalamnya dan 98 mm sehingga 102 mm tinggi berdasarkan kepada paras bahagian dalam bulatan. UKURAN Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap atlit acara ini melakukan lontaran dengan selesa. Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh garisan sekeliling setebal 5mm. Saiz bulatan ini ialah 2.135m pada diameternnya yang diukur dari sebelah luar garisan seperti gambarajah dibawah. Pada bahagian hadapan bulatan lontaran dipasang penahan untuk menentukan kaki atlit menyentuk atau melepasi papan penahan yang mengakibatkan lontaran dibatalkan.
  • 8. TEKNIK DALAM ACARA LONTAR PELURU 1. Teknik berdiri Untuk mendapatkan pergerakan tangan dan bahu yang betul, bolehlah melakukan teknik berdiri sebagai satu latihan. Caranya adalah seperti berikut : 1. Berdiri dengan mengangkang kedua-dua belah kaki seluas lebih kurang 30 cm, tangan memegang peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan tengkuk. Diku tangan yang memegang peluru haruslah keluar dan mendatar. 2. Pusingkan sedikit arah ke kanan dan bawakan tangan kiri menyilang ke kanan. 3. Bawakan kembali tangan kiri dengan cepat ke arah kiri, manakal kaki diluruskan dan peluru ditolak keluar. 4. Tangan diluruskan mengikut arah lontaran peluru, manakla tangan kiri membantu mengimbang tangan.
  • 9. 2. Teknik Lontaran sisi 1. Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengah bulatan lontaran. Tentukan kedudukan peluru adalah selesa dan kemudian kaki kiri diangkat. 2. Letakkan kaki kiri pada tanah dan pusingkan sedikit bahu ke hadapan. 3. Luruskan kaki kiri dan bersedialah untuk membuat lontaran. 4. Pusingkan tapak kaki kanan dan angkatlah tumit dan tolakkan peluru keluar.
  • 10. 3. Teknik membelakangi kawasan lontaran Teknik ini merupakan peringkat yang lebih maju. Walaupun atlit yang baru terlibat dalam acara ini tidak digalakkan menggunakan teknik ini, namun ia menjadi suatu kelebihan jika dapat dipelajari dan diaplikasikan. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut : 1. Mulakan dengan membelakangi arah membuat lontaran. Bengkokkan badan dan lutut kanan serta luruskan kaki kiri di belakang. 2. Angkat kaki kiri sedikit. 3. Turunkan kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan lontaran. 4. Pusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran. 5. Tolak peluru keluar sekuat mungkin.
  • 11. 4. Teknik Pemindahan (0’Brien) Teknik ini merupakan teknik yang digunakan oleh pelontar-pelontar peluru peringkat tinggi yang mempunyai kemahiran tinggi serta berpengalaman. Cara melakukan teknik ini adalah seperti berikut: 1. Peserta hendaklah berdiri dengan memblekangi arah lontaran dan kaki kanan bersentuh dengan garisan belakang. 2. Bongkokkan badan dan angkat kaki serta rapatkan dengan kaki kanan. 3. Mulakan langkah dengan kaki kanan. 4. Bengkokkan lutut kaki kanan dan ayunkan tangan kiri keluar. 5. Pusingkan bahu dan pinggang, dan tolak serta lepaskan peluru sekuat yang boleh. 6. Lakukan lajakan ayunan dengan membawa berat badan ke hadapan dan diimbangi dengan tangan kiri.
  • 12. Terdapat empat fasa lontaran dalam acara lontar peluru mengikut gaya Parry O’Brien, iaitu : 1. Fasa persediaan 2. Fasa gelungsuran 3. Fasa lontaran 4. Fasa pemulihan 1) Fasa persediaan • Ambil tempat dalam bulatan hampir-hampir di sebelah belakangnya dan berdiri membelakang ke kawasan membaling. • Berdiri sisi dan kepala memandang sudut 45 dan buka kaki seluas bahu. • Tangan yang memegang peluru ditempatkan di bawah dagu atau pun ditekapkan di rusuk leher. • Tangan yang bebas pula akan diangkat ke atas melebihi paras kepalanya. • Kepalanya tegak memandang ke depan. • Bahu menghadap arah lontaran. • Gerakkan kaki ke kayu penghadang. • Bengkokkan badan serendah mungkin. • Kaki di hadapan diluruskan manakaka kaki belakang dibengkokkan. 2) Fasa Gelungsuran • Gelungsurkan kaki kiri cepat ke belakang ke arah lontaran, serentak gelongsorkan kaki ke kanan ketengah bulatan. • Letakkan kaki kiri dekat kayu penghadang dengan tidak mengubah bahagian atas badan.
  • 13. Luruskan dengan cepat serta badan diangkat dan diputarkan sedikit. • Kaki kanan mengerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan. • Bahu menghadap arah lontaran. 3) Fasa Lontaran • Ayun lengan kiri ke balakang semasa memutar pinggang dan bahu ke hadapan. • Luruskan siku serta tangan di angkat tinggi ke atas. • Kaki kiri masih menyentuh bulatan. • Peluru dilepaskan. 4) Fasa Pemulihan • Lompat dan mendarat dengan kaki kanan. • Pindah berat badan daripada kaki kiri ke kaki kanan. • Ikut lajak. (bengkokkan badan atau duduk untuk merendahkan titik graviti) PERKARA BATAL Pelontar dikira batal apabila menyentuh kawasan luar bulatan atau memijak bahagian atas kayu penghadang berukuran 10cm tinggi itu semasa dan selepas peluru dilepaskan. Melontar di luar bulatan. Pelontar keluar dari bahagian depan bulatan lontaran selepas peluru mendarat. Semasa melontar,peluru dipegang jauh dari tempat yang sepatutnya.
  • 14. UNDANG-UNDANG DALAM ACARA LONTAR PELURU  Lontaran dibuat dalam bulatan bergaris pusat 2.13m.  Pelontar masuk dan keluar dari bahagian belakang bulatan.  Peluru mesti mendarat dalam sector 40°.  Peluru hendaklah dilontar dari bahu dengan sebelah tangan sahaja.  Pada masa peserta mula berdiri dalam bulatan untuk memulakan lontaran, peluru mesti menyentuh atau rapat dengan leher atau pipi dan tangan pula tidak boleh direndahkan daripada paras ini semasa hendak melontar.  Peluru tidak boleh dibawa ke belakang garisan bahu.
  • 15. KESALAHAN-KESALAHAN TEKNIK PADA SETIAP FASA 1. Kegagalan untuk membuat fasa persediaan yang betul. Kesalahan yang biasanya berlaku pada fasa persediaan ialah kegagalan atlit berada dalam keadaan yang baik dan tenang sebelum membuat gelungsuran. Apa yang biasanya berlaku ialah atlit akan tunduk rnenyebabkan dagu menghampiri dada dan ini akan meletakan peluru keparas yang rendah. Kesalahan ini akan mernbawa kepada kegagalan mernbuat fasa-fasa yang berikutnya. 2. Kedudukan siku tangan melontar yang tidak betul. Sepatutnya siku tangan melontar hendaklah berada tinggi untuk memudahkan peluru ditolak keluar. Kedudukan siku yang rendah akan menyukarkan peluru ditolak dan akan menghasilkan jarak yang kurang rnemuaskan 3. Kesilapan kaki kiri yang membantu gelungsuran kaki kanan. Biasanya lutut kaki kiri seharusnya bengkok dan dirapatkan dengan lutut kaki kanan dan seterusnya menendang kebelakang untuk membuat gelungsuran. Pergerakan yang salah ialah atlit meluruskan kaki kiri sebelum membuat gelungsuran yang menyukarkan pengheretan kaki kanan untuk melakukan gelungsuran. 4. Kegagalan membuka pinggang mengarah arah lontaran. Selepas fasa gelungsuran pinggang rnestilah di buka dan diangkat kearah lontaran untuk mendapatkan kuasa yang sepenuhnya dari kaki. Pergerakan ini berlaku pantas bersambungan dengan fasa gelungsuran. Jika pergerakan ini gagal dilakukan dengan betul maka keadaan badan akan rendah dan kuasa tidak dapat dialihkan ketangan. 5. Kegagalan melakukan pusingan badan yang betul. Sebelum melepaskan peluru iaitu selepas fasa gelungsuran, badan dipusingkan kearah lontaran dan kesalahan yang biasa berlaku ialah“over pulled” atau “Thnder pulled”. Ini berpunca dari tangan kiri yang tidak dikunci sikunya. ‘Over pulled’ bermakna pusingan yang terlebih dan ‘Under pulled’ pusingan yang tak sampai maka akan menyebabkan peluru tidak menuju kearah lontaran.
  • 16. 6. Kegagalan membuat fasa pemulihan yang baik. Selepas lontar pergerakan pemulihan merupakan fasa mengimbangkan badan agar tidak terlajak keluar ke hadapan. Biasanya atlit tidak dapat mengimbangi pergerakan. Sepatutnya kaki kanan yang turut berpusing selepas lontaran mestilah rnengantikan kedudukan kaki kiri, manakala kaki kiri mestilah dilojakkan ke belakang. 7. Lontaran yang tidak mengikut sudut 450° Biasanya peluru yang menghasilkan jarak yang baik ialah peluru yang dilontar bersudut 450° Ianya bergantung kepada fasa selepas gelungsuran dan berpunca dan kesalahan melakukan fasa lontaran yang baik. Peluru tidak seharusnya dilontar terlalu tinggi atau terlalu rendah.
  • 17. TEKNIK MENGUKUR JARAK Pengukuran bagi tiap-tiap lontaran mestilah dilakukan terus-menerus daripada tanda yang hampir sekali yang dibuat oleh jatuhan peluru ke bahagian dalam relung bulatan melalui satu garisan dan tanda yang dibuat oleh peluru kepada pusat bulatan. Untuk menentukan jarak lontaran yang dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik selepas sesuatu lontaran, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga ke bahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian dalam papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.
  • 18. RUJUKAN British Athletic Federation. (1994). Olahraga Padang. London : Penerbitan Pan Earth Sdn. Bhd. Mohd Sofian Omar Fauzee. (2009). Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani Dril Acara Padang. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd Teng Boon Tong. (1989). Panduan Pengajaran Olahraga. Selangor : Longman Malaysia Sdn. Bhd. Teng Boon Tong. (2001). Panduan Pengajaran Olahraga. Selangor Darul Ehsan : Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. http://ms.wikipedia.org/wiki/Yanina_Korolcik http://ms.wikipedia.org/wiki/Lontar_peluru http://notakuliahpismp.blogspot.com/2010/04/lontar-peluru.html