http://bolajaringpjk5.blogspot.it/2012/10/kemahiran-dalam-bola-jaring.html

Thursday, October 18, 2012

Kemahiran Dalam Bola jaring
Pada asasnya, permainan bola jaring memerlukan kemahiran melakukan hantaran dan
menerima bola. Namun begitu, seseorang pemain perlu menguasai kemahiran yang
lain seperti mengelak, menghadang, menjaring dan gerak kaki.
a) Melakukan Hantaran
Pelbagai jenis hantaran boleh dilakukan sama ada menggunakan sebelah tangan atau
kedua-dua belah tangan. Cara melakukan hantaran bergantung kepada kedudukan
rakan yang akan menerima bola. Jenis hantaran yang biasa dilakukan ialah hantaran
aras dada, hantaran aras bahu, hantaran atas kepala, hantaran sisi dan hantaran lantun.
i) Hantaran Aras Dada
Hantaran aras dada dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Tujuan
melakukan hantaran aras dada adalah untuk membuat hantaran cepat dan tepat pada
jarak yang dekat.
Teknik melakukan hantaran aras dada
Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan hampir ke dada, jaring menghala
ke atas dan kedua-dua ibu jari di belakang bola.
Kaki belakang melangkah ke arah hantaran. Sambil itu luruskan tangan dan tolak
bola dengan pergelangan tangan dan ibu jari ke sasaran pada aras dada.
Ikut lajak.
ii) Hantaran Aras Bahu
Hantaran aras bahu dilakukan dengan sebelah tangan. Hantaran ini bertujuan untuk
membuat hantaran laju dan tepat pada jarak jauh.
Teknik melakukan hantaran aras bahu
Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
Pegang bola pada aras bahu dengan sebelah tangan.
Badan mengiring ke sisi, bawa bola ke belakang.
Angkat tumit kaki belakang.
Tolak bola ke hadapan dengan bantuan bahu, siku, pergelangan tangan dan jarijari.
Ikut lajak.
iii) Hantaran Atas Kepala
Hantaran atas kepala dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan.
Hantaran ini digunakan untuk melambungkan bola tanpa dapat dicapai oleh
pemain lawan.
Teknik melakukan hantaran atas kepala.
Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan
Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan tinggi di atas kepala.
Ledingkan badan ke belakang sedikit.
Bengkokkan siku dan bawa bola ke hadapan kepala. Sambil itu tolak bola ke
hadapan dengan meluruskan tangan.
Ikut lajak.
iv) Hantaran Sisi
Hantaran sisi dilakukan untuk membuat hantaran cepat menggunakan sebelah tangan
atau kedua-dua belah tangan.
Teknik melakukan hantaran sisi menggunakan kedua-dua belah tangan
Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
Bengkokkan sedikit lutut hadapan, bawa bola dengan kedua-dua belah tangan
ke belakang.
Luruskan kaki hadapan dan bengkokkan lutut belakang. Sambil itu ayunkan
tangan ke hadapan dan tolak bola ke sasaran.
Ikut lajak.
v) Hantaran Lantun
hantaran lantun digunakan apabila pemain lawan terlalu hampir atau terlalu ramai
permain berhampiran.
Teknik melakukan hantaran lantun
Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
Pegang bola dengan kedua-dua tangan dan bawa bola ke aras pinggang.
Pindahkan berat badan ke kaki hadapan.
Luruskan tangan dan tolak bola rendah dengan kuat.
Ikut lajak.
b) Menerima Bola
Kemahiran menerima bola memerlukan koordinasi mata dan tangan yang baik.
Teknik menerima bola
Mata sentiasa memandang ke arah bola datang.
Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan.
Hulurkan tangan ke hadapan dengan jari dan kedu-dua tapak tangan
menghadap satu sama lain.
Terima bola dengan ibu jari sentiasa di belakang bola.
Semasa bola menyentuh jari, bengkokkan siku, bawa bola ke badan.
Semasa menerima bola, pindahkan berat badan ke kaki belakang.
c) Mengelak
Mengelak ialah kemahiran yang membolehkan seseorang pemain bebas daripada
kawalan pemain lawan dan berpeluang untuk melakukan tindakan selanjutnya. Cara
mengelak seharusnya tidak melanggar undang-undang permain. Terdapat beberapa
asas mengelak, iaitu
i)
ii)
iii)
iv)

Berlari ke arah yang sesuai
Berlari laju dan berhenti dengan mengejut.
Berlari perlahan-lahan dan tukar kepada berlari laju.
Mengacah dan bergerak ke suatu arah (mengelak acan).
Teknik mengelak acan
Berada dalam kedudukan bersedia.
Bongkokkan badan ke satu arah untuk mengelirukan pemain lawan, kemudian
bergerak ke arah bertentangan.
d) Menghadang

i)
ii)
iii)
iv)

Menghadang adalah asas bertahan. Kemahiran ini bertujuan untuk menghalang pemain
lawan daripada menerima bola, melakukan hantaran dan menjaring gol. Bagaimanapun,
pemain tertakluk kepada undang-undang dan peraturan. Terdapat empat posisi asas
menghadang iaitu;
Berdiri menghadap permain lawan.
Berdiri membelakangkan pemain lawan.
Berdiri di sisi pemain lawan.
Berdiri di belakang pemain lawan.
e) Gerak Kaki
Dalam permainan bola jaring, ketangkasan pemain adalah sangat penting.
Ketangkasan pergerakan memerlukan kemahiran gerak kaki tanpa melanggar undangundang permainan. Kemahiran gerak kaki penting semasa seseorang itu menerima
bola sebelum dihantar kepada rakan, sebelum menjaringkan gol atau semasa
menangkap bola di udara. Gerak kaki yang dibenarkan olah undang-undang adalah
dalam keadaan berikut:

i)
ii)
iii)
iv)

Semasa menerima bola dan kedua-dua belah kaki di atas tanah.
Setelah menerima bola dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki.
Setelah menerima bola dan mendarat dengan sebelah kaki.
Semasa menerima bola dan berpaksi pada sebelah kaki.
f) Menjaring
Kemahiran menjaring adalah penting kerana kemenangan sesebuah pasukan
ditentukan oleh jumlah jaring. Jaringan dikira apabila penjaring gol atau penyerang gol
berjaya memasukkan bola ke dalam jaring. Setelah menerima hantaran dan tidak
melanggar undang-undang gerak kaki, penjaring dibenarkan melakukan jaringan dalam
kedudukan berikut:
i)
ii)
iii)
iv)
v)

Menjaring pada kedudukan statik.
Melangkah setapak ke hadapan dan menjaring.
Melangkah setapak ke belakang dan menjaring.
Melangkah setapak ke sisi dan menjaring.
Melompat dan menjaring.
Menjaring pada kedudukan statik menggunakan sebelah tangan adalah teknik asas
menjaring. Bagaimanapun, menjaring menggunakan kedua-dua belah tangan boleh
juga dilakukan.
Teknik menjaring pada kedudukan statik
Kedudukan bersedia. Berdiri, sebelah kaki di hadapan.
Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan.
Jari dibuka dan melengkung, ibu jari di belakang bola.
Bengkokkan siku dan bawa bola ke atas kepala sambil membengkokkan lutut.
Luruskan lutut, tolak bola ke sasaran dengan meluruskan tangan dan dibantu
oleh pergelangan tangan serta jari-jari.
Ikut lajak.
http://www.geocities.ws/padeat68/KK_modelCIPP2.htm
http://cikgusitirahmah.blogspot.it/p/kemahiran-bola-jaring.html
http://cikgusitirahmah.blogspot.it/p/latihan-latihan-bola-jaring.html

Bola jaring

  • 1.
    http://bolajaringpjk5.blogspot.it/2012/10/kemahiran-dalam-bola-jaring.html Thursday, October 18,2012 Kemahiran Dalam Bola jaring Pada asasnya, permainan bola jaring memerlukan kemahiran melakukan hantaran dan menerima bola. Namun begitu, seseorang pemain perlu menguasai kemahiran yang lain seperti mengelak, menghadang, menjaring dan gerak kaki. a) Melakukan Hantaran Pelbagai jenis hantaran boleh dilakukan sama ada menggunakan sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan. Cara melakukan hantaran bergantung kepada kedudukan rakan yang akan menerima bola. Jenis hantaran yang biasa dilakukan ialah hantaran aras dada, hantaran aras bahu, hantaran atas kepala, hantaran sisi dan hantaran lantun. i) Hantaran Aras Dada Hantaran aras dada dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Tujuan melakukan hantaran aras dada adalah untuk membuat hantaran cepat dan tepat pada jarak yang dekat. Teknik melakukan hantaran aras dada Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan hampir ke dada, jaring menghala ke atas dan kedua-dua ibu jari di belakang bola. Kaki belakang melangkah ke arah hantaran. Sambil itu luruskan tangan dan tolak bola dengan pergelangan tangan dan ibu jari ke sasaran pada aras dada. Ikut lajak. ii) Hantaran Aras Bahu Hantaran aras bahu dilakukan dengan sebelah tangan. Hantaran ini bertujuan untuk membuat hantaran laju dan tepat pada jarak jauh. Teknik melakukan hantaran aras bahu Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. Pegang bola pada aras bahu dengan sebelah tangan. Badan mengiring ke sisi, bawa bola ke belakang. Angkat tumit kaki belakang. Tolak bola ke hadapan dengan bantuan bahu, siku, pergelangan tangan dan jarijari. Ikut lajak. iii) Hantaran Atas Kepala Hantaran atas kepala dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Hantaran ini digunakan untuk melambungkan bola tanpa dapat dicapai oleh pemain lawan.
  • 2.
    Teknik melakukan hantaranatas kepala. Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan tinggi di atas kepala. Ledingkan badan ke belakang sedikit. Bengkokkan siku dan bawa bola ke hadapan kepala. Sambil itu tolak bola ke hadapan dengan meluruskan tangan. Ikut lajak. iv) Hantaran Sisi Hantaran sisi dilakukan untuk membuat hantaran cepat menggunakan sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan. Teknik melakukan hantaran sisi menggunakan kedua-dua belah tangan Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. Bengkokkan sedikit lutut hadapan, bawa bola dengan kedua-dua belah tangan ke belakang. Luruskan kaki hadapan dan bengkokkan lutut belakang. Sambil itu ayunkan tangan ke hadapan dan tolak bola ke sasaran. Ikut lajak. v) Hantaran Lantun hantaran lantun digunakan apabila pemain lawan terlalu hampir atau terlalu ramai permain berhampiran. Teknik melakukan hantaran lantun Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. Pegang bola dengan kedua-dua tangan dan bawa bola ke aras pinggang. Pindahkan berat badan ke kaki hadapan. Luruskan tangan dan tolak bola rendah dengan kuat. Ikut lajak. b) Menerima Bola Kemahiran menerima bola memerlukan koordinasi mata dan tangan yang baik. Teknik menerima bola Mata sentiasa memandang ke arah bola datang. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. Hulurkan tangan ke hadapan dengan jari dan kedu-dua tapak tangan menghadap satu sama lain.
  • 3.
    Terima bola denganibu jari sentiasa di belakang bola. Semasa bola menyentuh jari, bengkokkan siku, bawa bola ke badan. Semasa menerima bola, pindahkan berat badan ke kaki belakang. c) Mengelak Mengelak ialah kemahiran yang membolehkan seseorang pemain bebas daripada kawalan pemain lawan dan berpeluang untuk melakukan tindakan selanjutnya. Cara mengelak seharusnya tidak melanggar undang-undang permain. Terdapat beberapa asas mengelak, iaitu i) ii) iii) iv) Berlari ke arah yang sesuai Berlari laju dan berhenti dengan mengejut. Berlari perlahan-lahan dan tukar kepada berlari laju. Mengacah dan bergerak ke suatu arah (mengelak acan). Teknik mengelak acan Berada dalam kedudukan bersedia. Bongkokkan badan ke satu arah untuk mengelirukan pemain lawan, kemudian bergerak ke arah bertentangan. d) Menghadang i) ii) iii) iv) Menghadang adalah asas bertahan. Kemahiran ini bertujuan untuk menghalang pemain lawan daripada menerima bola, melakukan hantaran dan menjaring gol. Bagaimanapun, pemain tertakluk kepada undang-undang dan peraturan. Terdapat empat posisi asas menghadang iaitu; Berdiri menghadap permain lawan. Berdiri membelakangkan pemain lawan. Berdiri di sisi pemain lawan. Berdiri di belakang pemain lawan. e) Gerak Kaki Dalam permainan bola jaring, ketangkasan pemain adalah sangat penting. Ketangkasan pergerakan memerlukan kemahiran gerak kaki tanpa melanggar undangundang permainan. Kemahiran gerak kaki penting semasa seseorang itu menerima bola sebelum dihantar kepada rakan, sebelum menjaringkan gol atau semasa menangkap bola di udara. Gerak kaki yang dibenarkan olah undang-undang adalah dalam keadaan berikut: i) ii) iii) iv) Semasa menerima bola dan kedua-dua belah kaki di atas tanah. Setelah menerima bola dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki. Setelah menerima bola dan mendarat dengan sebelah kaki. Semasa menerima bola dan berpaksi pada sebelah kaki.
  • 4.
    f) Menjaring Kemahiran menjaringadalah penting kerana kemenangan sesebuah pasukan ditentukan oleh jumlah jaring. Jaringan dikira apabila penjaring gol atau penyerang gol berjaya memasukkan bola ke dalam jaring. Setelah menerima hantaran dan tidak melanggar undang-undang gerak kaki, penjaring dibenarkan melakukan jaringan dalam kedudukan berikut: i) ii) iii) iv) v) Menjaring pada kedudukan statik. Melangkah setapak ke hadapan dan menjaring. Melangkah setapak ke belakang dan menjaring. Melangkah setapak ke sisi dan menjaring. Melompat dan menjaring. Menjaring pada kedudukan statik menggunakan sebelah tangan adalah teknik asas menjaring. Bagaimanapun, menjaring menggunakan kedua-dua belah tangan boleh juga dilakukan. Teknik menjaring pada kedudukan statik Kedudukan bersedia. Berdiri, sebelah kaki di hadapan. Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan. Jari dibuka dan melengkung, ibu jari di belakang bola. Bengkokkan siku dan bawa bola ke atas kepala sambil membengkokkan lutut. Luruskan lutut, tolak bola ke sasaran dengan meluruskan tangan dan dibantu oleh pergelangan tangan serta jari-jari. Ikut lajak. http://www.geocities.ws/padeat68/KK_modelCIPP2.htm http://cikgusitirahmah.blogspot.it/p/kemahiran-bola-jaring.html http://cikgusitirahmah.blogspot.it/p/latihan-latihan-bola-jaring.html