Chegu abbas - Nota Bola Tampar 2

12,253 views

Published on

ilmu untuk semua
Banyak lagi info disini...
http://cheguabbas.blogspot.com/

nak nota sila click sini
http://cheguabbas.blogspot.com/p/nota_29.html
ada masalah mendownload???

Published in: Education
12 Comments
27 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
12,253
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2,176
Actions
Shares
0
Downloads
6
Comments
12
Likes
27
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Chegu abbas - Nota Bola Tampar 2

  1. 1. Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia BOLA TAMPAR SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA Permainan bola tampar diperkenalkan kira-kira seratus sepuluh tahun (110tahun) yang lalu, iaitu pada tahun 1895. Orang yang bertanggungjawabmemperkenalkannya ialah William G. Morgan. Beliau telah memperkenalkanpermainan tersebut di Holyoke, Massachussetts, Amerika Syarikat. Ketika itu beliaumendapati permainan bola keranjang agak lasak dan bercadang untukmemperkenalkan permainan yang seumpamanya tetapi kurang lasak. Pada mulanya, permainan ini dinamakan ‘Mintonette’, tetapi ditukar kepada‘volley ball’ kerana permainan tersebut banyak menggunakan pergerakan secaralambung atau lambungan. Permainan tersebut menjadi agak popular. Tambahanpula ia menggunakan tiub bola keranjang yang lebih lembut dan dapatmengurangkan kecederaan dan kesakitan pada tangan para pemain. Permainan ini mula dipopularkan di luar Amerika Syarikat pada 1900 diKanada, Cuba 1905, Puerto Rico 1909, Filiphina 1910, Uruguay 1912, China 1913 dan Jepun 1917. Ia terus berkembang selepas Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, terutamanya oleh tentera- tentera Amerika Syarikat. Pertubuhan Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris pada tahun 1947. Kejohanan Antarabangsa Pertama pula diadakan pada tahun 1949, iaitu hanya untuk kaum lelaki sahaja. Hanya pada tahun 1952, kejohanan tersebut membuka penyertaan kepada kaum wanita. Permainan ini kemudian maju setapak lagi apabila diterima dan dipertandingkan di Sukan Olimpik, pada tahun 1964 Di Malaysia, permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1927. Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia atau MAVA ditubuhkan pada tahun 1959. 61
  2. 2. FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEPERLUAN DAN PERALATAN Gelanggang Permainan RF (Penyerang Kanan) 9m RB (Bek Kanan) CB (Bek Tengah) LB (Bek Kiri) Garisan Tengah LF (Penyerang Kiri) CF (Penyerang Tengah) m 3 Garisan Penyerang m 3 Ka Kedudukan para pemain wa 18 m sa bola tampar di gelanggang n Se rvi s Gelanggang bola tampar boleh dibuat di padang terbuka atau tertutup. 2.43 m 2.24 m Pakaian Pemain Ketinggian jaring untuk wanita senior – 2.24 m Ketinggian jaring untuk lelaki senior – 2.43 m Bola tampar Pemain lelaki Pemain wanita/perempuan62
  3. 3. Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia BAGAIMANA BOLA TAMPAR DIMAINKAN Bola tampar ialah permainan berpasukan yang dimainkan oleh duapasukan pada satu-satu masa di mana sesebuah pasukan dibarisi oleh enamorang pemain utama dan enam pemain simpanan. Mata diperoleh denganmeletakkan atau memasukkan bola ke kawasan lawan masing-masing. Parapemain hanya dibenarkan menggunakan mana-mana anggota badan daripadabahagian atas pinggang untuk memukul atau memainkan bola. Permainanbermula sebaik sahaja wisel ditiup iaitu selepas undian untuk memulakan servisdilakukan.Skor (Pengiraan Mata)1. Di peringkat antarabangsa, pertandingan dijalankan sebanyak 5 set. Di peringkat sekolah pula, pertandingan atau permainan dijalankan dalam 3 set sahaja. Pasukan yang paling banyak memenangi set permainan, akan diisytiharkan sebagai pemenang.2. Skor bagi permainan di peringkat antarabangsa dan kejohanan serta perlawan bukan penentuan ialah 25 mata. Bagi perlawanan atas set penentuan, skornya ialah 15 mata, dengan minimun kelebihan 2 mata.3. Pemain yang membuat servis akan berdiri di sebelah belakang iaitu di sepanjang garisan luar gelanggang. Servis perlu dilakukan dalam tempoh 5 saat selepas wisel dibunyikan.Servis dilakukan bergilir-gilir. Setiap Pemain yang menghasilkan matapemain (atas), berpeluang melakukan (bawah), akan berpeluang membuatservis. servis sekali lagi dan seterusnya jika markah diperoleh. 63
  4. 4. FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PUKULAN-PUKULAN DALAM PERMAINAN BOLA TAMPAR Pukulan Menyangga (Digging) Teknik untuk menyangga. Luruskan lengan untuk Rapatkan kedua-dua ibu menyangga dengan jari baik Rendahkan badan supaya bola yang disangga melepasi jaring Pukulan Mengumpan (Setting) Buka jari-jari supaya membentuk tiga segi seperti di dalam gambar dan sentuh bola pada ketinggian kepala Kemahiran mengumpan bola penting supaya rakan sepasukan dapat membuat rejaman64
  5. 5. Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah MalaysiaPukulan Rejam/Rejaman (Spiking) Pukulan rejaman dibuat dengan tapak tangan terbuka dan dikeraskan. Teknik Pukulan RejamanMenghalang (Blocking) Lonjakan bagi menghalang pukulan hendaklah dilakukanserentak dengan lonjakan pemain lawan yang merejam bola 65
  6. 6. FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TEKNIK DAN KEMAHIRAN BOLA TAMPAR Servis 1 Pergerakan secara turutan kemahiran servis bawah tangan dengan menggunakan bahagian pangkal tapak tangan yang keras atau bahagian belakang tapak tangan 2 Pergerakan secara turutan bagi kemahiran servis menggunakan teknik pusing belakang66
  7. 7. Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia3 Pergerakan secara turutan kemahiran servis ala tenis dengan bola dilambungkan dengan ketinggian yang agak munasabah dan mudah bagi seseorang pemain untuk memukulnya.4 Pergerakan secara turutan kemahiran servis gaya putar dengan bola dilambungkan sambil tangan memukul pada bahagian tepi bola. 67
  8. 8. FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERPASUKAN – RELI (RALLY) Reli adalah keadaan di mana kedua-dua pasukan berbalas-balas pukulan. Pasukan yang sama handal akan membuatkan permainan berpanjangan dan menjadi menarik. Reli yang panjang membuat sesuatu permainan itu menjadi menarik CADANGAN LATIHAN 1 Servis 2 1 Bola dipukul secara berperingkat-peringkat untuk latihan servis sehinggalah melepasi jaring Latihan servis ke dinding secara pukulan atas bahu 3 Membuat latihan servis ke arah dinding Tandakan pada dinding, garisan melintang yang mempunyai ketinggian dua meter, dua meter setengah dan tiga meter. Pemain dikehendaki berdiri sejauh lima meter daripada jaring dan melakukan servis secara pukulan atas bahu ke dinding. Arahkan pukulan ke sasaran secara berperingkat-peringkat. Kemudian ulangi pukulan pada setiap sasaran sebanyak lima kali.68
  9. 9. Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia 2 Latihan Pukulan Sangga 1.8 m 1m Latihan menyangga bersendirian Latihan menyangga boleh dilakukan ke arah dinding pada jarak 1 meter dan pada arah ketinggian kira-kira 1.8 meter. Latihan menyangga bola ke dinding bersama rakan 3 Latihan Mengumpan BolaMelambung dan menangkapbola dengan ketinggian Latihan mengumpan dan Latihan mengumpan dan menyanggaparas dahi menyangga pada dinding pada dinding secara berpasangan Latihan mengumpan bersama rakanLatihan mengumpan denganmenggunakan gelung rotan 69
  10. 10. FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 4 Latihan Membuat Rejaman atau Merejam Bola Melonjak dan memukul bola melepasi jaring untuk latiham merejam bola 5 Latihan Menghalang/Membuat Hadangan (Blocking) Latihan merejam dan menghalang bola. Semasa membuat rejaman, tangan tidak boleh menyentuh atau melintasi jaring Lonjakan serentak di hadapan jaring70

×