Dokumen tersebut memberikan panduan tentang kemahiran dasar dalam permainan bola baling, termasuk cara bermain, ukuran gelanggang, saiz bola yang digunakan, dan kemahiran-kemahiran penting seperti hantaran, menangkap, menjaring gol, dan menjaga gol. Kemahiran hantaran dan menangkap bola dibahas secara terperinci beserta ilustrasi kedudukan tangan yang betul.
2. Padang & Gelanggang
• Dimainkan dalam atau luar dewan
• Dimainkan dalam dua pasukan
• Setiap pasukan ada tujuh pemain
• Dua orang pengadil
• Ukuran gelanggang – 40m panjang 20m lebar
• Tiang gol didirikan dalam kawasan gol yang
jejari 6m dari tepi tiang gol dan 7m dari garisan
penjaga gol (3m panjang 2m tinggi)
• Menggunakan bola kecil bersaiz 2 (wanita 14 ke
atas ), saiz 3 (lelaki 16 ke atas) atau saiz
1(perempuan 8-14 /lelaki 8 - 16)
3. Kemahiran Asas
1. Hantaran bola
2. Menyambut bola
3. Menjaring gol
4. Mengelecek bola dengan tangan
5. Mengadang
6. Menjaga gol
5. Hantaran Bahu
Cara menghantar bola yang sering digunakan oleh
pemain dalam permainan Bola Baling. Biasanya,
cara ini dilakukan semasa membuat hantaran jauh.
Kelebihan cara ini ialah persediaan hantaran ini
boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan
bersedia, pemain boleh terus mengelecek,
menjaring, menukar hala hantaran atau
memusingkan badannya.
6. Hantaran Lantun
Dilakukan apabila membuat hantaran secara
mengejut. Kelemahannya adalah bola itu dapat
disekat oleh pihak lawan yang bertindak balas
pantas. Hantaran ini biasanya dilakukan dengan
sebelah tangan.
7. Hantaran Aras Dada
Berasal daripada kemahiran yang sama dalam
permainan bola keranjang. Sesuai untuk hantaran
jarak dekat di aras dada. Pergerakan bola itu
adalah hasil tolakan dari jari-jari tangan. Tangan
hendaklah ikut lajak di akhir tolakan.
8. Hantaran Lompat
Ini adalah satu lagi gerak keliru yang berasal dari
permainan bola keranjang. Biasanya apabila
seorang penyerang melompat untuk menjaring
tidak berpeluang membuat demikian, ia akan
membuat hantaran terus kepada kawannya supaya
bola tidak terlepas kepada pihak lawan
9. Hantaran Sisi
Cara hantaran sisi juga digunakan bila membuat
hantaran jarak dekat dan pantas. Pemain tidak
perlu memusingkan badannya untuk menghadap
ke arah penerima hantarannya apabila hantaran
sisi dilakukan. Hantaran cara ini banyak melibatkan
pergerakan pergelangan tangan dan memang
sesuai bagi pemain yang mempunyai tapak tangan
yang besar.
10. Kemahiran Kedua:
Menangkap Bola
• Prinsip utama dalam menangkap bola ialah
mengawal, mematikan kelajuan bola,
memegangnya dengan baik dan terus
mengawalnya dengan menggunakan kedua-dua
belah tangan yang berkedudukan relaks.
• Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan dengan
paling penting ialah setiap tangkapan hendaklah
dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan
atau jenis hantaran yang dibuat oleh rakan.
Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul
bermula daripada lontaran atau hantaran yang
tepat atau sempurna.
11. Cara Menangkap Bola
• Dengan kedua belah tangan – bola aras muka
Apabila hendak menangkap bola setinggi aras
muka, pemain seboleh-bolehnya hendaklah
berada di belakang hala pergerakan bola itu.
Kedua-dua belah tangan dihulur secara lurus ke
hadapan untuk menangkap bola. Sebaik sahaja
ditangkap bola hendaklah dibawa dekat badan
untuk kawalan yang lebih baik.
12. Cara Menangkap Bola
• Dengan kedua belah tangan – bola rendah
Untuk menangkap bola rendah pemain perlu
merendahkan badannya dan kedua-dua belah
tangan dihulur untuk menerima bola yang menuju
kepadanya. Jari-jari menghala ke bawah semasa
menangkap bola.
13. Cara Menangkap Bola
• Dengan sebelah tangan
Cara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi
apabila penerima bola tidak menghadapi tekanan
atau gangguan daripada pihak lawan semasa
hantaran dibuat. Penerima hendaklah
memerhatikan bola sehingga dapat ditangkapnya.
Untuk kawalan bola yang kemas, keseluruhan
tapak tangan yang menangkap bola hendaklah
berada di belakang bola.