SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
LOMPAT TINGGI: Fasa-Fasa Dalam Lompatan 
Posted by akubudakmaktab at 10:21 PM 
Biasanya, apabila murid-murid disuruh melompat sesuatu halangan, kebanyakan 
daripada mereka melompat menggunakan penujuan dari hadapan. Mereka jarang 
menggunakan penujuan dari sisi atau rusuk. Sebenarnya, dari segi prinsip mekanikal, 
teknik penujuan dari sisi adalah lebih berkesan. 
Dalam Pendidikan Jasmani, latihan lompat tinggi hendaklah bertujuan membantu 
murid-murid mempelajari kemahiran melompat dan juga menyedarkan mereka tentang 
prinsip-prinsip asas lompatan. Penyampaian ini bolehlah dilakukan melalui aktiviti 
lompatan dan pengajaran secara ansur maju. 
GAYA LOMPAT TINGGI 
Terdapat beberapa gaya lompat tinggi, iaitu gaya gunting, gaya timur, gaya guling 
barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop. 
a) Gaya gunting 
pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada di 
luar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk 
berlunjur.
Gaya Gunting 
b) Gaya timur 
pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan (90%). Semasa melonjak, kaki 
bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang 
secara mengiring. 
c) Gaya guling barat 
penujuan ke palang adalah secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Pelompat 
melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan berada dalam 
keadaan bengkok semasa pelompat “berguling” selari dengan palang untuk membuat 
pelepasan. 
d) Gaya pelana 
Gaya ini adalah hampir sama dengan gaya guling barat. Pelompat menuju ke palang 
secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan 
keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang. 
e) Gaya Fosbury Flop 
Penujuan ke palang sebelum pelompat melonjak adalah secara melengkung. Pelompat 
melepasi palang dengan membelakangi palang. 
Gaya Fosbury Flop
Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya pelana dan gaya 
Fosbury Flop. Walau bagaimanapun masih ada guru yang mengajar gaya gunting 
kepada murid-muridnya meskipun gaya ini mempunyai banyak kekurangan. Mengikut 
prinsip mekanikal, gaya ini kurang berkesan kerana seluruh berat badan pelompat 
terpaksa dibawa lebih tinggi dari paras palang sebelum pelepasan dapat dilakukan 
dalam keadaan berlunjur. Meskipun demikian, gaya gunting masih boleh diajar di atas 
sebab-sebab yang lain. 
Gaya pelana adalah suatu gaya lompatan yang sesuai untuk pelompat yang 
mempunyai kaki lompatan yang kuat. Bagi gaya Fosbury Flop pula pelompat yang 
mahir dalam penujuannya akan dapat melepasi palang dengan mudah. Murid yang 
telah biasa dengan gaya gunting tidak akan menemui kesulitan apabila diajar teknik 
lompatan Fosbury Flop. Cara membuat lonjakan bagi gaya gunting mempunyai banyak 
persamaan dengan cara membuat lonjakan bagi gaya Fosbury Flop. 
FASA-FASA LOMPAT TINGGI 
Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa Pergerakan iaitu : 
a) Penujuan – larian menghala ke palang 
b) Lonjakan – tindakan kaki untuk menaikkan badan 
c) Layangan – gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang. 
d) Pendaratan – sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat. 
GAYA PELANA 
a) Penujuan 
Biasanya pelompat akan berlari sebanyak tujuh hingga sembilan langkah menuju ke 
palang dari sudut 30-45 darjah. Tiga langkah terakhir dibuat secara pantas dan 
terkawal. Badan pelompat dicondongkan sedikit ke belakang dan kaki lonjak 
dibengkokkan sebagai persediaan untuk melompat pada langkah yang terakhir. 
b) Lonjakan 
Sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak, pelompat hendaklah melompat 
dengan kuat. Tindakan melonjak ini bermula dengan bahagian tumit dan disusuli 
dengan bahagian hujung kaki. Serentak dengan tolakan ini, kaki bebas dihayun dengan
kencang ke atas paras palang. Fasa lonjakan ini juga dibantu dengan menghayunkan 
kedua-dua belah tangan ke atas. 
c) Layangan 
Setelah membuat lonjakan, badan dan kaki bebas pelompat berada dalam keadaan 
hampir selari dengan palang yang berada di bawahnya. Ketika ini, badan dan kaki 
bebas pelompat berpusing seolah-olah hendak membalut palang. Bahu dan kepala 
pelompat direndahkan sebaik sahaja pelompat melepasi palang. Ini adalah untuk 
membantu pelompat membuat persediaan untuk mendarat. Kaki lonjak mestilah 
menyusuli pergerakan badan tanpa diluruskan. 
d) Pendaratan 
Ketika di fasa pendaratan, pelompat memusingkan badannya dan mendarat di atas 
bahagian belikat atau bahagian belakang badan. 
KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN DALAM LOMPAT TINGGI GAYA 
PELANA 
1. Larian menuju palang terlalu pantas hingga tidak terkawal. 
2. Badan ke hadapan semasa bahagian tumit kaki lonjak mencecah tanah. 
3. Kaki bebas tidak dihayun secara maksimum ke atas. 
4. Badan dikilas terlalu awal sebelum bahagian kepala dan bahu kanan melepasi 
palang. 
GAYA FOSBURY FLOP 
Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada tahun 1968. Beliau telah 
memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang lompat tinggi di mana pelepasan 
palang dibuat dengan bahagian belakang (bahu) dahulu dan pendaratan dibuat di 
belakang badan hampir sama dengan bahagian tengkuk. 
Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa murid-murid 
tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. Untuk tujuan keselamatan, guru mesti 
memastikan bahawa tilam pendaratan yang mencukupi digunakan semasa pelajaran 
atau latihan. 
a) Penujuan 
Biasanya pelompat mengambil tujuh hingga sembilan langkah larian di mana tiga 
langkah terakhir itu adalah dalam bentuk melengkung. Larian melengkung inilah yang
menyediakan pelompat melepasi palang dengan bahagian belakangnya dahulu. Cara 
menentukan penujuan bagi gaya Fosbury Flop ditunjukkan dalam rajah di bawah. 
b) Lonjakan 
Ini adalah tindakan yang meledak. Sebaik sahaja pelompat mengakhiri larian yang 
melengkung, kaki luarnya melonjak dengan kuat apabila memijak tanda lonjakan yang 
semakin hampir selari dengan palang. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan dan 
dihayun ke atas dan kaki bebas diangkat tinggi dengan bahagian lutut juga 
dibengkokkan. Lutut ini digerakkan secara melintang badan untuk membantu pusingan 
badan di udara supaya bahu menjadi selari dengan palang. 
c) Layangan 
Semasa di udara, pelompat menoleh ke belakang (memandang palang) sambil 
melentikkan badannya. Tangan diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-dua belah 
kaki dibengkokkan di bahagian lutut. Lentikan badan ini akan membantu bahagian 
punggung pelompat melepasi palang. Kedua-dua belah kakinya diluruskan dan 
diangkat tegak ke atas. Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang 
dan juga sebagai persediaan untuk pendaratan. 
d) Pendaratan 
Serentak dengan mengangkat kakinya ke atas, pelompat menarik kepala dan dadanya 
ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas 
bahagian belakang badannya (tulang belikat). 
BUTIRAN MENGAJAR 
1. Kepantasan masa penujuan hendaklah terkawal. 
2. Gunakan tandaan semak supaya langkah-langkah larian menjadi sama atau 
seragam. 
3. Melonjak cara meledak dan angkat kedua-dua belah tangan ke atas. 
4. Lutut kaki bebas diangkat dan melintangi badan sebaik sahaja pelompat 
melonjak. 
5. Lentikkan badan semasa melepasi palang. 
6. Buka kaki sedikitsemasa meluruskannya ke atas. 
PERATURAN ASAS
1. Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki. 
2. Peserta boleh mula melompat di mana-mana ketinggian yang disukainya. 
3. Sesuatu lompatan akan dikira batal jika peserta menyentuh palang dan tidak 
melompat, menjatuhkan palang semasa membuat lompatan atau menyentuh 
kawasan mendarat apabila tidak berjaya melompat. 
4. Peserta yang gagal melompat melintasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut 
(tanpa diambil kira di paras mana kegagalan itu berlaku) akan terkeluar daripada 
pertandingan. 
5. Seseorang peserta berhak meneruskan lompatannya (walaupun setelah semua 
peserta yang lain gagal) sehingga dia tidak dapat meneruskannya lagi mengikut 
peraturan. 
6. Ketinggian lompatan diukur secara menegak dari paras tanah hingga ke 
bahagian tengah atas palang. 
P/S: Jangan lupa untuk Komen...hee 
Reactions: 
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest 
No comments:
Post a Comment 
Newer Post Older Post Home 
Subscribe to: Post Comments (Atom) 
"His Excellency Tun Dr. Mahathir Mohamad" 
"A journey of a thousand miles begins with the first steps. We have taken many steps. Let us 
march forward in this struggle to achieve true civilisation, to criminalise war." 
The Woman Formerly Known as Beautiful 
SELCA 
FOLLOW BY EMAIL
FOLLOWERs~~ 
POSTS 
 ► 2013 (5) 
 ▼ 2012 (16) 
o ► December (1) 
o ► November (1) 
o ► October (2) 
o ► September (4) 
o ▼ May (1) 
 LOMPAT TINGGI: Fasa-Fasa Dalam Lompatan 
o ► April (3) 
o ► March (2) 
o ► January (2) 
 ► 2011 (3) 
 ► 2010 (1) 
 ► 2009 (3) 
BESTIES 
 anisah zainal 
 syimah zainal 
 wana ainaa 
QUOTE OF THE DAY 
Editor's Pick Quotes by Great-Quotes.com 
YAY!
FIND OUT, WHO ARE YOU? 
My Favorite Korean Group 
SNSD a.k.a Girl Generation
glitter-graphics.com 
ADMIN SUKA

More Related Content

What's hot

Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterdimidur
 
Kemahiran set induksi
Kemahiran set induksiKemahiran set induksi
Kemahiran set induksiSohib AlQuran
 
Kepentingan teaching games for understanding
Kepentingan teaching games for understandingKepentingan teaching games for understanding
Kepentingan teaching games for understandingmurni mohamat
 
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmaniTiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmaniWai Jey Ying
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulumHayati Mustaffa
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and MumfordCara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and MumfordNur Leana Burn
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotorguest5c4bd0e8
 
lontar peluru
lontar pelurulontar peluru
lontar pelurudhuhahuda
 
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan BadanKebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan BadanAdada Eric
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumVince Here
 
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Noorezayu Mohd Said
 
Rancangan mengajar harian bola sepak
Rancangan mengajar harian bola sepakRancangan mengajar harian bola sepak
Rancangan mengajar harian bola sepakKaren Kayny
 

What's hot (20)

98773911 periodisasi-latihan
98773911 periodisasi-latihan98773911 periodisasi-latihan
98773911 periodisasi-latihan
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canter
 
Tajuk 4 -pergerakan
Tajuk 4 -pergerakanTajuk 4 -pergerakan
Tajuk 4 -pergerakan
 
Kemahiran set induksi
Kemahiran set induksiKemahiran set induksi
Kemahiran set induksi
 
Kepentingan teaching games for understanding
Kepentingan teaching games for understandingKepentingan teaching games for understanding
Kepentingan teaching games for understanding
 
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmaniTiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
 
Rph bola tampar
Rph bola tamparRph bola tampar
Rph bola tampar
 
Nota Minggu 1.pdf
Nota Minggu 1.pdfNota Minggu 1.pdf
Nota Minggu 1.pdf
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
Refleksi pjm3112
Refleksi pjm3112Refleksi pjm3112
Refleksi pjm3112
 
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and MumfordCara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
 
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan LokomotorPergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor
 
lontar peluru
lontar pelurulontar peluru
lontar peluru
 
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan BadanKebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
 
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
 
Rancangan mengajar harian bola sepak
Rancangan mengajar harian bola sepakRancangan mengajar harian bola sepak
Rancangan mengajar harian bola sepak
 
Lontar peluru
Lontar peluruLontar peluru
Lontar peluru
 
Model taba
Model taba Model taba
Model taba
 

Viewers also liked (20)

Makalah Lompat Tinggi
Makalah Lompat TinggiMakalah Lompat Tinggi
Makalah Lompat Tinggi
 
Makalah penjaskes
Makalah penjaskesMakalah penjaskes
Makalah penjaskes
 
Lompat tinggi
Lompat tinggiLompat tinggi
Lompat tinggi
 
Lompat Tinggi (WAJ 31221)
Lompat Tinggi (WAJ 31221)                     Lompat Tinggi (WAJ 31221)
Lompat Tinggi (WAJ 31221)
 
Peraturan lompat tinggi
Peraturan lompat tinggiPeraturan lompat tinggi
Peraturan lompat tinggi
 
Lompat tinggi 1
Lompat tinggi 1Lompat tinggi 1
Lompat tinggi 1
 
Lompat tinggi
Lompat tinggiLompat tinggi
Lompat tinggi
 
Lompat Tinggi
Lompat TinggiLompat Tinggi
Lompat Tinggi
 
Lari berganti
Lari bergantiLari berganti
Lari berganti
 
Makalah atletik lompat jauh
Makalah atletik lompat jauhMakalah atletik lompat jauh
Makalah atletik lompat jauh
 
Makalah lompat jauh STIP KABUPATEN MUNA
Makalah lompat jauh STIP KABUPATEN MUNA Makalah lompat jauh STIP KABUPATEN MUNA
Makalah lompat jauh STIP KABUPATEN MUNA
 
Lompat jauh kumpulan
Lompat jauh kumpulanLompat jauh kumpulan
Lompat jauh kumpulan
 
Kata pengantar pjk (2)
Kata pengantar pjk (2)Kata pengantar pjk (2)
Kata pengantar pjk (2)
 
Lompat tinggi
Lompat tinggiLompat tinggi
Lompat tinggi
 
Makalah lompat jauh
Makalah lompat jauhMakalah lompat jauh
Makalah lompat jauh
 
Makalah: Lompat jauh
Makalah: Lompat jauhMakalah: Lompat jauh
Makalah: Lompat jauh
 
Contoh kajian kes
Contoh kajian kesContoh kajian kes
Contoh kajian kes
 
Lompat jauh
Lompat jauhLompat jauh
Lompat jauh
 
Contoh kajian kes
Contoh kajian kesContoh kajian kes
Contoh kajian kes
 
Panduan menulis laporan kajian
Panduan menulis laporan kajianPanduan menulis laporan kajian
Panduan menulis laporan kajian
 

Similar to LOMPATAN FASA (20)

WAJ 3112 Kokurikulum - Olahraga ( SEMESTER 5 )
WAJ 3112  Kokurikulum - Olahraga ( SEMESTER 5 )WAJ 3112  Kokurikulum - Olahraga ( SEMESTER 5 )
WAJ 3112 Kokurikulum - Olahraga ( SEMESTER 5 )
 
lompat_tinggi.pptx
lompat_tinggi.pptxlompat_tinggi.pptx
lompat_tinggi.pptx
 
Merejam lembing 2
Merejam lembing 2Merejam lembing 2
Merejam lembing 2
 
Merejam lembing 2
Merejam lembing 2Merejam lembing 2
Merejam lembing 2
 
Lontar peluru 1
Lontar peluru 1Lontar peluru 1
Lontar peluru 1
 
Lontar peluru ppt
Lontar peluru pptLontar peluru ppt
Lontar peluru ppt
 
Lontarpeluruppt 130828172437-phpapp01
Lontarpeluruppt 130828172437-phpapp01Lontarpeluruppt 130828172437-phpapp01
Lontarpeluruppt 130828172437-phpapp01
 
Lompat Tinggi
Lompat TinggiLompat Tinggi
Lompat Tinggi
 
Lontar peluru 2
Lontar peluru 2Lontar peluru 2
Lontar peluru 2
 
Bab ii
Bab iiBab ii
Bab ii
 
Lompat-jauh 3
 Lompat-jauh 3 Lompat-jauh 3
Lompat-jauh 3
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Kelas3 semester1
Kelas3 semester1Kelas3 semester1
Kelas3 semester1
 
lompat tinggi
lompat tinggilompat tinggi
lompat tinggi
 
Lompat jauh lempar cakram kl 9
Lompat jauh lempar cakram kl 9Lompat jauh lempar cakram kl 9
Lompat jauh lempar cakram kl 9
 
Ansur Maju Lariberpagar
Ansur Maju LariberpagarAnsur Maju Lariberpagar
Ansur Maju Lariberpagar
 
Lompat jangkit
Lompat jangkitLompat jangkit
Lompat jangkit
 
Kelas3 semester2
Kelas3 semester2Kelas3 semester2
Kelas3 semester2
 
Materi pelajaran penjas
Materi pelajaran penjasMateri pelajaran penjas
Materi pelajaran penjas
 

LOMPATAN FASA

  • 1. LOMPAT TINGGI: Fasa-Fasa Dalam Lompatan Posted by akubudakmaktab at 10:21 PM Biasanya, apabila murid-murid disuruh melompat sesuatu halangan, kebanyakan daripada mereka melompat menggunakan penujuan dari hadapan. Mereka jarang menggunakan penujuan dari sisi atau rusuk. Sebenarnya, dari segi prinsip mekanikal, teknik penujuan dari sisi adalah lebih berkesan. Dalam Pendidikan Jasmani, latihan lompat tinggi hendaklah bertujuan membantu murid-murid mempelajari kemahiran melompat dan juga menyedarkan mereka tentang prinsip-prinsip asas lompatan. Penyampaian ini bolehlah dilakukan melalui aktiviti lompatan dan pengajaran secara ansur maju. GAYA LOMPAT TINGGI Terdapat beberapa gaya lompat tinggi, iaitu gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop. a) Gaya gunting pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada di luar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur.
  • 2. Gaya Gunting b) Gaya timur pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan (90%). Semasa melonjak, kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring. c) Gaya guling barat penujuan ke palang adalah secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa pelompat “berguling” selari dengan palang untuk membuat pelepasan. d) Gaya pelana Gaya ini adalah hampir sama dengan gaya guling barat. Pelompat menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang. e) Gaya Fosbury Flop Penujuan ke palang sebelum pelompat melonjak adalah secara melengkung. Pelompat melepasi palang dengan membelakangi palang. Gaya Fosbury Flop
  • 3. Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya pelana dan gaya Fosbury Flop. Walau bagaimanapun masih ada guru yang mengajar gaya gunting kepada murid-muridnya meskipun gaya ini mempunyai banyak kekurangan. Mengikut prinsip mekanikal, gaya ini kurang berkesan kerana seluruh berat badan pelompat terpaksa dibawa lebih tinggi dari paras palang sebelum pelepasan dapat dilakukan dalam keadaan berlunjur. Meskipun demikian, gaya gunting masih boleh diajar di atas sebab-sebab yang lain. Gaya pelana adalah suatu gaya lompatan yang sesuai untuk pelompat yang mempunyai kaki lompatan yang kuat. Bagi gaya Fosbury Flop pula pelompat yang mahir dalam penujuannya akan dapat melepasi palang dengan mudah. Murid yang telah biasa dengan gaya gunting tidak akan menemui kesulitan apabila diajar teknik lompatan Fosbury Flop. Cara membuat lonjakan bagi gaya gunting mempunyai banyak persamaan dengan cara membuat lonjakan bagi gaya Fosbury Flop. FASA-FASA LOMPAT TINGGI Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa Pergerakan iaitu : a) Penujuan – larian menghala ke palang b) Lonjakan – tindakan kaki untuk menaikkan badan c) Layangan – gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang. d) Pendaratan – sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat. GAYA PELANA a) Penujuan Biasanya pelompat akan berlari sebanyak tujuh hingga sembilan langkah menuju ke palang dari sudut 30-45 darjah. Tiga langkah terakhir dibuat secara pantas dan terkawal. Badan pelompat dicondongkan sedikit ke belakang dan kaki lonjak dibengkokkan sebagai persediaan untuk melompat pada langkah yang terakhir. b) Lonjakan Sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak, pelompat hendaklah melompat dengan kuat. Tindakan melonjak ini bermula dengan bahagian tumit dan disusuli dengan bahagian hujung kaki. Serentak dengan tolakan ini, kaki bebas dihayun dengan
  • 4. kencang ke atas paras palang. Fasa lonjakan ini juga dibantu dengan menghayunkan kedua-dua belah tangan ke atas. c) Layangan Setelah membuat lonjakan, badan dan kaki bebas pelompat berada dalam keadaan hampir selari dengan palang yang berada di bawahnya. Ketika ini, badan dan kaki bebas pelompat berpusing seolah-olah hendak membalut palang. Bahu dan kepala pelompat direndahkan sebaik sahaja pelompat melepasi palang. Ini adalah untuk membantu pelompat membuat persediaan untuk mendarat. Kaki lonjak mestilah menyusuli pergerakan badan tanpa diluruskan. d) Pendaratan Ketika di fasa pendaratan, pelompat memusingkan badannya dan mendarat di atas bahagian belikat atau bahagian belakang badan. KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN DALAM LOMPAT TINGGI GAYA PELANA 1. Larian menuju palang terlalu pantas hingga tidak terkawal. 2. Badan ke hadapan semasa bahagian tumit kaki lonjak mencecah tanah. 3. Kaki bebas tidak dihayun secara maksimum ke atas. 4. Badan dikilas terlalu awal sebelum bahagian kepala dan bahu kanan melepasi palang. GAYA FOSBURY FLOP Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada tahun 1968. Beliau telah memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang lompat tinggi di mana pelepasan palang dibuat dengan bahagian belakang (bahu) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hampir sama dengan bahagian tengkuk. Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa murid-murid tidak diberi peluang untuk mempelajarinya. Untuk tujuan keselamatan, guru mesti memastikan bahawa tilam pendaratan yang mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan. a) Penujuan Biasanya pelompat mengambil tujuh hingga sembilan langkah larian di mana tiga langkah terakhir itu adalah dalam bentuk melengkung. Larian melengkung inilah yang
  • 5. menyediakan pelompat melepasi palang dengan bahagian belakangnya dahulu. Cara menentukan penujuan bagi gaya Fosbury Flop ditunjukkan dalam rajah di bawah. b) Lonjakan Ini adalah tindakan yang meledak. Sebaik sahaja pelompat mengakhiri larian yang melengkung, kaki luarnya melonjak dengan kuat apabila memijak tanda lonjakan yang semakin hampir selari dengan palang. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan dan dihayun ke atas dan kaki bebas diangkat tinggi dengan bahagian lutut juga dibengkokkan. Lutut ini digerakkan secara melintang badan untuk membantu pusingan badan di udara supaya bahu menjadi selari dengan palang. c) Layangan Semasa di udara, pelompat menoleh ke belakang (memandang palang) sambil melentikkan badannya. Tangan diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan di bahagian lutut. Lentikan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat melepasi palang. Kedua-dua belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak ke atas. Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan juga sebagai persediaan untuk pendaratan. d) Pendaratan Serentak dengan mengangkat kakinya ke atas, pelompat menarik kepala dan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas bahagian belakang badannya (tulang belikat). BUTIRAN MENGAJAR 1. Kepantasan masa penujuan hendaklah terkawal. 2. Gunakan tandaan semak supaya langkah-langkah larian menjadi sama atau seragam. 3. Melonjak cara meledak dan angkat kedua-dua belah tangan ke atas. 4. Lutut kaki bebas diangkat dan melintangi badan sebaik sahaja pelompat melonjak. 5. Lentikkan badan semasa melepasi palang. 6. Buka kaki sedikitsemasa meluruskannya ke atas. PERATURAN ASAS
  • 6. 1. Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki. 2. Peserta boleh mula melompat di mana-mana ketinggian yang disukainya. 3. Sesuatu lompatan akan dikira batal jika peserta menyentuh palang dan tidak melompat, menjatuhkan palang semasa membuat lompatan atau menyentuh kawasan mendarat apabila tidak berjaya melompat. 4. Peserta yang gagal melompat melintasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut (tanpa diambil kira di paras mana kegagalan itu berlaku) akan terkeluar daripada pertandingan. 5. Seseorang peserta berhak meneruskan lompatannya (walaupun setelah semua peserta yang lain gagal) sehingga dia tidak dapat meneruskannya lagi mengikut peraturan. 6. Ketinggian lompatan diukur secara menegak dari paras tanah hingga ke bahagian tengah atas palang. P/S: Jangan lupa untuk Komen...hee Reactions: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest No comments:
  • 7. Post a Comment Newer Post Older Post Home Subscribe to: Post Comments (Atom) "His Excellency Tun Dr. Mahathir Mohamad" "A journey of a thousand miles begins with the first steps. We have taken many steps. Let us march forward in this struggle to achieve true civilisation, to criminalise war." The Woman Formerly Known as Beautiful SELCA FOLLOW BY EMAIL
  • 8. FOLLOWERs~~ POSTS  ► 2013 (5)  ▼ 2012 (16) o ► December (1) o ► November (1) o ► October (2) o ► September (4) o ▼ May (1)  LOMPAT TINGGI: Fasa-Fasa Dalam Lompatan o ► April (3) o ► March (2) o ► January (2)  ► 2011 (3)  ► 2010 (1)  ► 2009 (3) BESTIES  anisah zainal  syimah zainal  wana ainaa QUOTE OF THE DAY Editor's Pick Quotes by Great-Quotes.com YAY!
  • 9. FIND OUT, WHO ARE YOU? My Favorite Korean Group SNSD a.k.a Girl Generation