SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
TAJUK : MINYAK PELINCIRAN
TUJUAN : Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan tentang
minyak pelincir, ciri-ciri minyak pelinciran dan menentukan jangka waktu
minyak pelinciran dalam sistem pelinciran.
KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR
33700 PADANG RENGAS
KERTAS PENERANGAN
NAMA DAN KOD
PROGRAM / PROGRAM
TITLE AND CODE
TEKNOLOGI AUTOMOTIF
TAHUN / SEM TAHUN 1 / SEM 1
NO DAN TAJUK MODUL /
MODULE AND NO TITLE
M2K2 Menservis Sistem Pelinciran Enjin
NO DAN TAJUK TUGAS /
TASK(S) NO AND TASK
STATEMENT
M2K2.1
Mengenalpasti prosedur menservis sistem pelincir
M2K2.2
Mengenalpasti prosedur menukar penapis minyak pelincir enjin
OBJEKTIF PENCAPAIAN
PIAWAIAN / TERMINAL
PERFORMANCE
OBJECTIVE
.
1. Mengenalpasti prosedur menservis sistem pelincir
2. Mengenalpasti prosedur menukar penapis minyak pelincir enjin.
NO KOD / CODE NO MTA 102 Muka : 01 Drp : 07
PENERANGAN
Sistem pelinciran boleh dianggap sebagai suatu sistem yang paling penting bagi
sesebuah kenderaan. Tanpa pelinciran yang mencukupi atau sesuai akan menyebabkan
kerosakan kepada enjin seperti selinder menjadi calar, bering terbakar atau haus dengan
cepat. Palam pencucuh kotor,gelang omboh melekat, endap cemar enjin dan banyak
menggunakan bahanapi.
FUNGSI MINYAK PELINCIR
Selain daripada mengurangkan haus dan memudahkan pergerakan bahagian-bahagian
enjin, sistem pelinciran juga mempunyai fungsi yang lain seperti dibawah:
A) Meminimumkan haus dan geseran.
Minyak pelincir mestilah sampai kesemua bahagian enjin yang bergerak dengan
secukupnya. Tetapi sekiranya sistem pelinciran tidak berfungsi dengan baik minyak
pelincir yang secukupnya tidak dapat sampai kesemua bahagian enjin yang bergerak
atau mungkin juga bahagian-bahagian tersebut menjadi kering. Jadi sistem pelinciran
yang baik , berfungsi seperti berikut:
i. Mengurangkan haba akibat dari geseran yang berlebihan.
ii. Menjimatkan kuasa enjin yang mungkin digunakan untuk melawan geseran yang
berlebihan
B) Sebagai egen penyejuk.
Minyak pelincir mengalir dengan cepat keseluruh sistem. Sambil bertindak sebagai
bahan pelincir, ia menyerap haba dan membawanya ketakungan minyak dan disejukkan
oleh oil cooler.
C) Sebagai penyerap hentak.
Bertindak sebagai penyerap hentak diantara bearing dengan lain-lain bahagian enjin
seperti shaft. Dengan adanya tindakkan ini, ia juga akan mengurangkan bunyi bising
dalam enjin.
D) Menutup bahagian yang tidak rata.
Sebagai adang untuk mencegah kebocoran diantara bahagian-bahagian enjin seperti
omboh, gelang omboh dan dinding selinder. Minyak pelincir dapat menutup bahagian-
bahagian yang tidak rata pada dinding selinder dan omboh. Juga memudahkan gelang
omboh bergerak didalam lurah gelang dan dinding selinder.
E) Sebagai ejen pembersih.
Minayk pelincir juga dapat membawa kotoran, karbon dan serpihan logam yang halus
masuk ke kotak engkol dan dimendapkan ditakungan minyak.
Ciri-Ciri Minyak Pelincir
Kelikatan
Kelikatan merupakan satu ukuran kadar aliran atau rintangan terhadap aliran dalam
cecair seperti minyak pelincir yang digunakan di dalam enjin. Kelikatan minyak yang
rendah biasanya menyebabkan minyak itu lembut dan sangat mudah mengahir.
Sebaiknya minyak yang mempunyai kelikatan yang tinggi menunjukkan minyak itu pekat
dan mengalir sangat perlahan.
Minyak pelincir yang hendak digunakan mestilah sesuai dengan jenis enjin. Minyak yang
dipihih hendaklah mempunyai kelikatan yang sesuai supaya ia boIeh mengahir dengan
mudah pada bahagian yang bergerak menurut perubahan suhu dan tekanan di dalam
enjin. Contohnya, minyak yang dipilih mestilah tidak terlalu lembut (cair) sehingga
meleleh keluar dan bahagian yang bergerak dan hilang fungsinya sebagai pelincir. Jika
kelikatannya terlalu rendah, minyak tidak akan melekat pada bahagian enjin. Ini
menyebabkan bahagian yang bergerak menjadi terhakis dengan cepat sungguhpun
kereta mengandungi minyak pelincir yang cukup.
Jika minyak terlalu likat (kelikatan tinggi) ia akan mengalir pada bahagian enjin dengan
sangat perlahan. Minyak menjadi sangat likat terutama apabila enjin dan minyak masih
sejuk. Ini juga boleh menyebabkan berlaku hakisan pada bahagian enjin dengan cepat.
Pada waktu sejuk setengah-setengah minyak pelincir boleh menjadi sangat likat
(kelikatan tinggi) daripada keadaan asalnya. Oleh itu kuasa mengengkol kereta lebih
banyak diperlukan untuk mengengkol dan memulakan enjin.
Indek kelikatan
Indeks kelikatan inerupakan satu ukuran yang biasa digunakan untuk menunjukkan
perubahan kelikatan minyak pelincir terhadap suhu. Minyak berkelikatan tunggal
merupakan minyak Jikat yang tidak melalui proses perawatan kimia. OIeh itu ia menjadi
cair (tidak likat) ketika panas dan menjadi sangat likat ketika sejuk. Minyak mi apabila
digunakan boleh menjadi cair (berkelikatan rendah) apabila enjin panas dan menjadi
pekat (kelikatan tinggi) apabila enjin sejuk. Untuk mengelakkan terjadi perubahan
kelikatan yang ketara ini, indeks kelikatan yang teliti atau sesuai perlu ditambah. Minyak
yang dirawat melalui kaedah tertentu boleh dikawal kelikatannya supaya sentiasa sama
walaupun berlaku perubahan suhu sejuk atau panas.
Nombor kelikatan
Minyak pelincir berkelikatan tunggal mempunyai beberapa gred tertentu yang dibuat
menurut perubahan suhu. Contoh untuk minyak yang digredkan untuk waktu sejuk
seperti SAE 5W, SAE l0W, SAE 15W, SAE 20W dan SAE 25W. SAE ialah singkatan
bagi “Society of Automotive Engineers” untuk menunjukkan gred minyak pelincir.
Huruf W bermaksud pada waktu sejuk. Untuk keadaan cuaca yang lain (selain cuaca
sejuk) gred mmnyak yang digunakan sepertiSAE 20, SAE 30, SAE 40 dan SAE 50.
Nombor kelikatan yang semakin tinggi menunjukkan minyak pelincir lebih likat (pekat)
atau kelikatan menjadi tinggi
Minyak pelincir kelikatan berbilang
Indeks kehikatan biasa ditambah untuk memperbaiki ciri-ciri minyak pelincir. Ini
membolehkan minyak dikawal supaya mempunyai kelikatan yang sama walaupun
berlaku perubahan suhu dan sejuk menjadi panas atau sebaliknya. Minyak pelincir yang
seperti ini disebut minyak kelikatan berbilang. Minyak pelincir kehikatan berbilang boleh
dibahagikan mengikut gred, contohnya SAE IOW-30. Ciri minyak ini sama seperti SAE
l0W apabila sejuk dan SAE 30 apabila panas. Oleh itu minyak ini sesuai digunakan
dalam enjin yang beroperasi pada julat suhu yang lebih tinggi daripada suhu operasi
enjin yang normal.
Rintangan terhadap pembentukan karbon dan pen goksidaan minyak
Haba yang dijanakan dan enjin boleh menyebabkan berlaku pengoksidaan minyak.
Minyak yang panas dan bergabung dengan oksigen boleh membentuk mendakan
karbon yang akan termendap pada bahagian enjin. Minyak pelincir dikeluarkan oleh
pembuat minyak melalui proses penyulingan dan bahan kimia ditambah untuk
menghalang daripada berlaku pembentukan karbon dan pengoksidaan. Ini biasanya
berlaku di dalam enjin pada suhu yang tinggi. Penambahan bahan kimia ke dalam
minyak boleh mengurangkan pembentukan karbon dan pengoksidaan pada suhu tinggi.
Menghalang berlaku pengaratan dan kakisan
Gas-gas yang dihasilkan daripada proses pembakaran melepasi gelang omboh masuk
ke dalam kotak engkol disebut tiup pintas. Enjin yang paling baik sekalipun masih tidak
terlepas daripada berlaku tiup pintas walaupun sedikit. Gas pembakaran yang dalam
bentuk wap boleh dikeluarkan dan kotak engkol melalui sistem pengalihudaraan, tetapi
air dan asid yang mengental dan wap gas pembakaran akan melekat bersama minyak
pelincir di dalam kotak engkol.
Untuk menambah penjimatan penggunaan bahan api, minyak pelincir ditambah dengan
bahan tertentu untuk mengurangkan geseran di antara bahagian yang bergerak. Bahan
tambahan yang digunakan adalah dalam bentuk sebatian pepejal seperti grafit atau
molibdenum atau dan sebatian organik yang larut dalam minyak.
Bahan tambahan tertentu yang ditambah ke dalam minyak ini juga dapat membantu
mengawal daripada berlaku kakisan dan pengaratan apabila digunakan di dalam enjin
kereta. Bahan tambahan yang digunakan boleh menggantikan air dan permukaan logam
supaya minyak boleh melapisi permukaan logam dan juga boleh menutralkan asid yang
terbentuk pada bahagian enjin.
Rintangan pembentukan pembuihan
Aci engkol dan bahagian enjin yang lain yang berputar bolèh menyebab minyak menjadi
berbuih di dalam kotak engkol. Minyak yang berbuih menjadi kurang berkesan
digunakan sebagai pelincir. Pembuihan minyak juga boleh menyebabkan minyak
melimpah dan mengalir melalun sistem pengalihudaraan kotak engkol masuk ke dalam
pancarongga masukan dan pembersih udara. Bahan tambahan dalam minyak boleh
mengurangkan berlaku pembuihan.
Bahan penyerak pencuci
Air, asid dan sebahagian bahan api yang tidak terbakar melalui gas tiup pintas akan
bercampur dengan minyak yang sejuk di dalam enjin untuk membentuk enapcemar.
Bahan tambahan dimasukan ke dalam minyak pelincir untuk mengurangkan enapcemar
dan kekotoran supaya terapung di atas lapisan minyak dan boleh dibuang daripada enjin
apabila penapis dan minyak diganti.
Bahan tambahan pencuci yang dimasukkan ke dalam minyak pelincir juga dapat
mencuci bahagian dalaman enjin iaitu untuk mengeluarkan kekotoran dan mendapan
yang terdapat di dalam enjin. Mendapan dan kekotoran yang dicuci itu seterusnya akan
terapung di atas lapisan minyak. Sebahagian daripada kekotoran ini akan dikeluarkan
atau dituras melalui penapis (penuras minyak).
Bahan tambahan pencuci juga bertindak seperti sabun basuh. Ia akan menanggalkan
dan membuang zarah atau kekotoran karbon dan bahagian enjin supaya semasa
minyak beredar kesemua kekotoran itu boleh dibawa masuk ke dalam takungan minyak.
Rintangan tekanan tinggi
Bahan tambahan juga ditambah di dalam minyak pelincir untuk memperbaiki rintangan
terhadap penembusan pada titik kritikal di dalam enjin. Enjin moden memerlukan minyak
dengan tekanan yang tinggi dalam galas dan rangkaian injap. Bahan tambahan lampau
tinggi akan bersaling tindak secara kimia dengan permukaan logam untuk mengukuhkan
lapisan gelinciran bagi membantu rintangan penembusan minyak atau dihimpit keluar.
Minyak pengabadian tenaga
Setengah-setengah minyak pelincir disebut sebagai minyak pengabadian tenaga kerana
bahan tambahan tertentu yang dimasukkan boleh memperbaiki kesan geseran di
samping digunakan untuk mengubah ciri-ciri minyak. Ada dua cara mengubah ciri-ciri
minyak. Satu daripadanya dengan melarutkan bahan tambahan tertentu di dalam minyak
dan satu cara lagi dengan memasukkan serbuk grafit atau molibdenum supaya terapung
di dalam minyak. Minyak pengabadian tenaga boleh mengurangkan penggunaan bahan
api jika dibandingkan dengan enjin yang tidak langsung menggunakan minyak tambahan
pada minyak pelincir.
Minyak sintesis (syentetic)
Minyak sintesis dibuat melalui proses kimia dan tidak semestinya berasal daripada
bahan petroleum. Setengah-setengah pembuat minyak ini menyatakan ciri-ciri minyak
sintesis ini lebih baik daripada minyak biasa. Minyak sintesis ada bermacam-macam
jenis, satu daripadanya dibuat daripada asid organik dan alkohol tumbuhan. Terdapat
juga mmnyak sintesis yang dihasilkan daripada campuran arang batu dan minyak
mentah. Walau bagaimanapun pembuat kereta tidak menggunakan minyak Sintesis ini
dengan meluas dalam enjin kereta.
Pengelasan Minyak
Setiap enjin memerlukan minyak pelincir. Sungguhpun demikian minyak pelincir yang
digunakan untuk enjin diesel dan enjin petrol (gasolin) menggunakan minyak pelincir
yang berlainan kerana enjin tersebut beroperasi pada keadaan yang berbeza. 0leh
sebab itu pembuat minyak membuat jenis minyak yang berbeza supaya sesuai
digunakan di dalam enjin. Minyak pelincir dikelaskan menurut nornbor kelikatan. Minyak
juga dapat dikelaskan menurut masa yang sesuai untuk ditukar, jenis servis yang
diperlukan untuk menukar minyak dan tempoh yang sesuai (yang paling baik) minyak
tersebut digunakan.
Ada dua sistem pengelasan minyak enjin iaitu menurut pengelasan API (American
Petroleum Institute) dan menurut kelikatan SAE (The Society of Automotive Engineers).
Untuk minyak enjin gasolin yang menggunakan pengelasan yang bermula dengan “S”
(Service) yang di ikuti dengan huruf A hingga F menunjukkan pertambahan aras prestasi.
Minyak untuk enjin diesel menggunakan kelas yang bermula dengan “C” (Commercial) dan
diikuti dengan huruf A hingga D. Ada enam jenis kelas minyak pelincir enjin cucuhan bunga
api yang ditanda simbot SA, SB, SC, SD, SE dan SF. Setiap kelas diterangkan berikut;
SA-Minyak pelincir yang tidak sesuai digunakan di dalam enjin moden masa kini.
Minyak pelincir dengan bahan tambahan hanya mengandungi bahan tambahan perencat
busa. Pada mulanya minyak mi digunakan pada enjin gasolin lama dan enjin diesel yang
beroperasi pada keadaan kurang lasak (lembut). Minyak mi tidak boleh digunakan di
dalam enjin kecuali jika dicadangkan oleh pembuat kereta.
SB-Minyak pelincir SB terdiri daripada mmnyak pelincir yang mempunyai hanya
bahan antikalis dan bahan tambahan antipengoksidaan. Pada awalnya minyak mi telah
digunakan dalam enjin gasolin ringan yang beroperasi pada keadaan tidak lasak. Minyak
mi tidak boleh digunakan di dalam enjin kecuali jika dicadangkan oleh pembuat kereta.
SC-Minyak pelincir yang memenuhi keperluan ml digunakan dalam enjin gasolin
dalam tahun 1964 hingga 1967 untuk kereta penumpang dan lori ringan. Boleh
mengawal mendakan enapcemar pada suhu rendah dan tinggi, karat dan hakisan dalam
enjin gasolin.
SD-Minyak pelincir yang memenuhi keperluan untuk digunakan dalam enjin gasolin
pada tahun 1968 hingga 1971, hanya untuk kereta penumpang dan beberapa jenis tori
ringan. mi adalah untuk memberikan lebih perlindungan melawan mendakan enapcemar
pada suhu tinggi dan rendah, hakisan, karat dan haus dan minyak SC. Minyak mi boleh
digunakan dalam enjin jika minyak SC dicadangkap.
SE-Minyak pelincir yang memenuhi keperluan untuk digunakan dalam enjin g pada
tahun 1972 hingga 1979, untuk beberapa kereta penumpang dan beberapa jenis lori
ringan. mi adalah untuk memberikan lebih perlindungan berbanding dengan minyak SC
dan SD untuk melawan pengoksidaan minyak (menjadi likat pada suhu tinggi),
mendakan enapcemar pada suhu tinggi dan rendah, karat dan hakisan dan minyak sc
atau SD. Minyak mi boleh digunakan dalam enjin yang menggunakan minyak SC atau
SD yang telah dicadangkan.
SF-Minyak pelincir yang memenuhi keperluan untuk digunakan dalam enjin gasolin
pada tahun 1980-an dan kereta penumpang dan beberapa Ion untuk memberikan lebih
perlindungan melawan enapcemar di dalam enjin, karat, hakisan, mengurangkan
kelikatan pada suhu yang tinggi dan memperbaiki prestasi antihaus dan minyak SE.
Boleh digunakan pada sebarang enjin yang dicadangkan bagi minyak SC, SD atau SE.
Minyak SA dan SB tidak dicadangkan untuk digunakan dalam enjin kerana tidak
mengandungi bahan pencuci. Minyak yang mengandungi bahan pencuci pada masa
sekarang diperlukan dalam kebanyakan enjin kereta.
Minyak untuk enjin diesel mempunyai ciri-ciri yang berbeza daripada minyak enjin yang
digunakan dalam enjin cucuhan bunga api. Minyak diesel mempunyai kelas tersendiri
seperti CA, CB, CC dan CD. Kelas untuk minyak enjin diesel digunakan menurut operasi
enjin diesel. Minyak CA untuk kereta ringan, minyak CD untuk kereta berat, biasanya
untuk enjin diesel keluaran cas-turbo tinggi yang beroperasi menggunakan bahan api
yang mengandungi sulfur yang tinggi.
Kebanyakan pembuat minyak pelincir enjin kereta mengeluarkan minyak berbilang kelas
seperti SE/SF, SF/CC atau SF/CD. Minyak mi sesuai digunakan pada berbagai-bagai
jenis enjin yang beroperasi pada keadaan yang berubah-ubah.
ADDITIVES PELINCIR
Minyak Pelincir (selain dari SA) mengandungi set additive merangkumi 1/3 kandungan
daripada keseluruhan minyak pelincir. Additive mempunyai fungsi yang istimewa. Additive
yang ditemui dalam minyak pelincir engine diantaranya.
• Pour-point depressant – membenar pelincir untuk mengalir dalam cuaca yang
sangat sejuk
• Corrosion and rust inhibitors – memastikan pelincir melekat pada permukaan
matel dan anti karat
• Anti Form additives
• Friction modifiers
• Oxidation inhibitors
• Anti wear additives
JANGKA WAKTU PENGGUNAAN
Jangka waktu penggunaannya juga adalah merupakan satu faktor yang diambil kira dalam
Sistem Pelinciran.Ini adalah untuk membolehkan pengguna menggunakan minyak Pelincir
dalam jangka masa yang tertentu.Jangka waktu penggantian minyak pelincir mestilah
sesuai dengan petunjuk-petunjuk yang telah diberikan oleh pembuat kenderaan.
Tetapi,pada umumnya penggantian minyak pelincir enjin kenderaan penumpang dilakukan
pada setiap 5000 Km jarak perjalanan.Sedangkan untuk kenderaan berat seperti Bas dan
Trak pula adalah pada setiap 3000 Km.Namun demikian hendaklah menggantikan minyak
Pelincir apabila keadaannya sudah kurang memuaskan,meskipun jaraknya belum sampai.
Minyak pelincir enjin kenderaan yang sering dihidupkan dan dimatikan (di dalam kota) mesti
lebih cepat diganti.Penggantian minyak pelincir hendaklah dilakukan semasa enjin dalam
keadaan panas.Ini adalah kerana pada masa ini minyak pelincir yang sudah terpakai
dengan mudah mengalir keluar dari enjin.Ini dapat dilakukan dengan membuka Bolt
pengikat yang berada di bawah bekas engkol.

More Related Content

What's hot

What's hot (8)

Komponen utama mesin ruri
Komponen utama mesin ruriKomponen utama mesin ruri
Komponen utama mesin ruri
 
PowerPoin Overhaul
PowerPoin OverhaulPowerPoin Overhaul
PowerPoin Overhaul
 
Circulation
CirculationCirculation
Circulation
 
Komponen mesin guru 1020 0101
Komponen mesin guru 1020 0101Komponen mesin guru 1020 0101
Komponen mesin guru 1020 0101
 
Sistem pelumasan
Sistem pelumasanSistem pelumasan
Sistem pelumasan
 
Motor diesel Presentation
Motor diesel PresentationMotor diesel Presentation
Motor diesel Presentation
 
Pendukung mesin guru 1020 0103
Pendukung mesin guru 1020 0103Pendukung mesin guru 1020 0103
Pendukung mesin guru 1020 0103
 
Gejala kerusakan sepeda motor
Gejala kerusakan sepeda motorGejala kerusakan sepeda motor
Gejala kerusakan sepeda motor
 

Similar to M02 02.02-is

4. fuel and lubrication
4. fuel and lubrication4. fuel and lubrication
4. fuel and lubricationAdi Hendro
 
sistem pelumasan pada sepeda motor..pptx
sistem pelumasan pada sepeda motor..pptxsistem pelumasan pada sepeda motor..pptx
sistem pelumasan pada sepeda motor..pptxabdulaziz9021
 
Bahan bakar dan pelumas
Bahan bakar dan pelumasBahan bakar dan pelumas
Bahan bakar dan pelumasdutak
 
Bahan bakar & pelumas guru revisi
Bahan bakar & pelumas guru revisiBahan bakar & pelumas guru revisi
Bahan bakar & pelumas guru revisiEko Supriyadi
 
Bahan bakar & pelumas guru revisi
Bahan bakar & pelumas guru revisiBahan bakar & pelumas guru revisi
Bahan bakar & pelumas guru revisiEko Supriyadi
 
2.b. sistem bahan bakar & pelumasan
2.b. sistem bahan bakar & pelumasan2.b. sistem bahan bakar & pelumasan
2.b. sistem bahan bakar & pelumasanrahmat adi
 
Catalog fuel improver
Catalog fuel improverCatalog fuel improver
Catalog fuel improverSofyanAyah2
 
5.sistem pelumasan motor diesel
5.sistem pelumasan motor diesel5.sistem pelumasan motor diesel
5.sistem pelumasan motor dieselWahyuIchsan4
 
Materi diskusi ilmiah 1
Materi diskusi ilmiah 1Materi diskusi ilmiah 1
Materi diskusi ilmiah 1bocah666
 
Lubricants basic knowledge
Lubricants basic knowledgeLubricants basic knowledge
Lubricants basic knowledgeBilly Purnama
 
Pelumas dan pelumasan pada konversi dan bahan bakar di mesin diesel
Pelumas dan pelumasan pada konversi dan  bahan bakar di mesin dieselPelumas dan pelumasan pada konversi dan  bahan bakar di mesin diesel
Pelumas dan pelumasan pada konversi dan bahan bakar di mesin dieselbocah666
 
SISTEM PELUMAS MOTORCYCLE by Ami Miftahul.pptx
SISTEM PELUMAS MOTORCYCLE by Ami Miftahul.pptxSISTEM PELUMAS MOTORCYCLE by Ami Miftahul.pptx
SISTEM PELUMAS MOTORCYCLE by Ami Miftahul.pptxAmiMiftahul1
 
Berbagi Pengetahuan Bahan Bakar Minyak di Indonesia
Berbagi Pengetahuan Bahan Bakar Minyak di IndonesiaBerbagi Pengetahuan Bahan Bakar Minyak di Indonesia
Berbagi Pengetahuan Bahan Bakar Minyak di Indonesiarus2win20
 
Tugas Kelompok Presentasi_DDO 2.pptx
Tugas Kelompok Presentasi_DDO 2.pptxTugas Kelompok Presentasi_DDO 2.pptx
Tugas Kelompok Presentasi_DDO 2.pptxfikrisyafikzildis
 
Penelitian pengaruh viskositas oli pada motor cb 150 r
Penelitian pengaruh viskositas oli pada motor cb 150 rPenelitian pengaruh viskositas oli pada motor cb 150 r
Penelitian pengaruh viskositas oli pada motor cb 150 rkenshin prabowo
 

Similar to M02 02.02-is (20)

4. fuel and lubrication
4. fuel and lubrication4. fuel and lubrication
4. fuel and lubrication
 
sistem pelumasan pada sepeda motor..pptx
sistem pelumasan pada sepeda motor..pptxsistem pelumasan pada sepeda motor..pptx
sistem pelumasan pada sepeda motor..pptx
 
Bahan bakar & pelumas ruri
Bahan bakar & pelumas ruriBahan bakar & pelumas ruri
Bahan bakar & pelumas ruri
 
Bahan bakar dan pelumas
Bahan bakar dan pelumasBahan bakar dan pelumas
Bahan bakar dan pelumas
 
Bahan bakar & pelumas guru revisi
Bahan bakar & pelumas guru revisiBahan bakar & pelumas guru revisi
Bahan bakar & pelumas guru revisi
 
Bahan bakar & pelumas guru revisi
Bahan bakar & pelumas guru revisiBahan bakar & pelumas guru revisi
Bahan bakar & pelumas guru revisi
 
2.b. sistem bahan bakar & pelumasan
2.b. sistem bahan bakar & pelumasan2.b. sistem bahan bakar & pelumasan
2.b. sistem bahan bakar & pelumasan
 
380638268 oil-analysis-training
380638268 oil-analysis-training380638268 oil-analysis-training
380638268 oil-analysis-training
 
Catalog fuel improver
Catalog fuel improverCatalog fuel improver
Catalog fuel improver
 
5.sistem pelumasan motor diesel
5.sistem pelumasan motor diesel5.sistem pelumasan motor diesel
5.sistem pelumasan motor diesel
 
Materi diskusi ilmiah 1
Materi diskusi ilmiah 1Materi diskusi ilmiah 1
Materi diskusi ilmiah 1
 
Lubricants basic knowledge
Lubricants basic knowledgeLubricants basic knowledge
Lubricants basic knowledge
 
Pelumas dan pelumasan pada konversi dan bahan bakar di mesin diesel
Pelumas dan pelumasan pada konversi dan  bahan bakar di mesin dieselPelumas dan pelumasan pada konversi dan  bahan bakar di mesin diesel
Pelumas dan pelumasan pada konversi dan bahan bakar di mesin diesel
 
SISTEM PELUMAS MOTORCYCLE by Ami Miftahul.pptx
SISTEM PELUMAS MOTORCYCLE by Ami Miftahul.pptxSISTEM PELUMAS MOTORCYCLE by Ami Miftahul.pptx
SISTEM PELUMAS MOTORCYCLE by Ami Miftahul.pptx
 
Berbagi Pengetahuan Bahan Bakar Minyak di Indonesia
Berbagi Pengetahuan Bahan Bakar Minyak di IndonesiaBerbagi Pengetahuan Bahan Bakar Minyak di Indonesia
Berbagi Pengetahuan Bahan Bakar Minyak di Indonesia
 
Rem hidrolik
Rem hidrolikRem hidrolik
Rem hidrolik
 
Sistem pelinciran
Sistem pelinciranSistem pelinciran
Sistem pelinciran
 
CARA MERAWAT SEPEDA MOTOR.pdf
CARA MERAWAT SEPEDA MOTOR.pdfCARA MERAWAT SEPEDA MOTOR.pdf
CARA MERAWAT SEPEDA MOTOR.pdf
 
Tugas Kelompok Presentasi_DDO 2.pptx
Tugas Kelompok Presentasi_DDO 2.pptxTugas Kelompok Presentasi_DDO 2.pptx
Tugas Kelompok Presentasi_DDO 2.pptx
 
Penelitian pengaruh viskositas oli pada motor cb 150 r
Penelitian pengaruh viskositas oli pada motor cb 150 rPenelitian pengaruh viskositas oli pada motor cb 150 r
Penelitian pengaruh viskositas oli pada motor cb 150 r
 

Recently uploaded

LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfsdn3jatiblora
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...Kanaidi ken
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxssuser8905b3
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASbilqisizzati
 

Recently uploaded (20)

LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 

M02 02.02-is

  • 1. TAJUK : MINYAK PELINCIRAN TUJUAN : Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan tentang minyak pelincir, ciri-ciri minyak pelinciran dan menentukan jangka waktu minyak pelinciran dalam sistem pelinciran. KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR 33700 PADANG RENGAS KERTAS PENERANGAN NAMA DAN KOD PROGRAM / PROGRAM TITLE AND CODE TEKNOLOGI AUTOMOTIF TAHUN / SEM TAHUN 1 / SEM 1 NO DAN TAJUK MODUL / MODULE AND NO TITLE M2K2 Menservis Sistem Pelinciran Enjin NO DAN TAJUK TUGAS / TASK(S) NO AND TASK STATEMENT M2K2.1 Mengenalpasti prosedur menservis sistem pelincir M2K2.2 Mengenalpasti prosedur menukar penapis minyak pelincir enjin OBJEKTIF PENCAPAIAN PIAWAIAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE . 1. Mengenalpasti prosedur menservis sistem pelincir 2. Mengenalpasti prosedur menukar penapis minyak pelincir enjin. NO KOD / CODE NO MTA 102 Muka : 01 Drp : 07
  • 2. PENERANGAN Sistem pelinciran boleh dianggap sebagai suatu sistem yang paling penting bagi sesebuah kenderaan. Tanpa pelinciran yang mencukupi atau sesuai akan menyebabkan kerosakan kepada enjin seperti selinder menjadi calar, bering terbakar atau haus dengan cepat. Palam pencucuh kotor,gelang omboh melekat, endap cemar enjin dan banyak menggunakan bahanapi. FUNGSI MINYAK PELINCIR Selain daripada mengurangkan haus dan memudahkan pergerakan bahagian-bahagian enjin, sistem pelinciran juga mempunyai fungsi yang lain seperti dibawah: A) Meminimumkan haus dan geseran. Minyak pelincir mestilah sampai kesemua bahagian enjin yang bergerak dengan secukupnya. Tetapi sekiranya sistem pelinciran tidak berfungsi dengan baik minyak pelincir yang secukupnya tidak dapat sampai kesemua bahagian enjin yang bergerak atau mungkin juga bahagian-bahagian tersebut menjadi kering. Jadi sistem pelinciran yang baik , berfungsi seperti berikut: i. Mengurangkan haba akibat dari geseran yang berlebihan. ii. Menjimatkan kuasa enjin yang mungkin digunakan untuk melawan geseran yang berlebihan B) Sebagai egen penyejuk. Minyak pelincir mengalir dengan cepat keseluruh sistem. Sambil bertindak sebagai bahan pelincir, ia menyerap haba dan membawanya ketakungan minyak dan disejukkan oleh oil cooler. C) Sebagai penyerap hentak.
  • 3. Bertindak sebagai penyerap hentak diantara bearing dengan lain-lain bahagian enjin seperti shaft. Dengan adanya tindakkan ini, ia juga akan mengurangkan bunyi bising dalam enjin. D) Menutup bahagian yang tidak rata. Sebagai adang untuk mencegah kebocoran diantara bahagian-bahagian enjin seperti omboh, gelang omboh dan dinding selinder. Minyak pelincir dapat menutup bahagian- bahagian yang tidak rata pada dinding selinder dan omboh. Juga memudahkan gelang omboh bergerak didalam lurah gelang dan dinding selinder. E) Sebagai ejen pembersih. Minayk pelincir juga dapat membawa kotoran, karbon dan serpihan logam yang halus masuk ke kotak engkol dan dimendapkan ditakungan minyak. Ciri-Ciri Minyak Pelincir Kelikatan Kelikatan merupakan satu ukuran kadar aliran atau rintangan terhadap aliran dalam cecair seperti minyak pelincir yang digunakan di dalam enjin. Kelikatan minyak yang rendah biasanya menyebabkan minyak itu lembut dan sangat mudah mengahir. Sebaiknya minyak yang mempunyai kelikatan yang tinggi menunjukkan minyak itu pekat dan mengalir sangat perlahan. Minyak pelincir yang hendak digunakan mestilah sesuai dengan jenis enjin. Minyak yang dipihih hendaklah mempunyai kelikatan yang sesuai supaya ia boIeh mengahir dengan mudah pada bahagian yang bergerak menurut perubahan suhu dan tekanan di dalam enjin. Contohnya, minyak yang dipilih mestilah tidak terlalu lembut (cair) sehingga meleleh keluar dan bahagian yang bergerak dan hilang fungsinya sebagai pelincir. Jika kelikatannya terlalu rendah, minyak tidak akan melekat pada bahagian enjin. Ini menyebabkan bahagian yang bergerak menjadi terhakis dengan cepat sungguhpun kereta mengandungi minyak pelincir yang cukup. Jika minyak terlalu likat (kelikatan tinggi) ia akan mengalir pada bahagian enjin dengan sangat perlahan. Minyak menjadi sangat likat terutama apabila enjin dan minyak masih sejuk. Ini juga boleh menyebabkan berlaku hakisan pada bahagian enjin dengan cepat. Pada waktu sejuk setengah-setengah minyak pelincir boleh menjadi sangat likat (kelikatan tinggi) daripada keadaan asalnya. Oleh itu kuasa mengengkol kereta lebih banyak diperlukan untuk mengengkol dan memulakan enjin. Indek kelikatan Indeks kelikatan inerupakan satu ukuran yang biasa digunakan untuk menunjukkan perubahan kelikatan minyak pelincir terhadap suhu. Minyak berkelikatan tunggal merupakan minyak Jikat yang tidak melalui proses perawatan kimia. OIeh itu ia menjadi cair (tidak likat) ketika panas dan menjadi sangat likat ketika sejuk. Minyak mi apabila digunakan boleh menjadi cair (berkelikatan rendah) apabila enjin panas dan menjadi pekat (kelikatan tinggi) apabila enjin sejuk. Untuk mengelakkan terjadi perubahan kelikatan yang ketara ini, indeks kelikatan yang teliti atau sesuai perlu ditambah. Minyak yang dirawat melalui kaedah tertentu boleh dikawal kelikatannya supaya sentiasa sama walaupun berlaku perubahan suhu sejuk atau panas. Nombor kelikatan Minyak pelincir berkelikatan tunggal mempunyai beberapa gred tertentu yang dibuat menurut perubahan suhu. Contoh untuk minyak yang digredkan untuk waktu sejuk
  • 4. seperti SAE 5W, SAE l0W, SAE 15W, SAE 20W dan SAE 25W. SAE ialah singkatan bagi “Society of Automotive Engineers” untuk menunjukkan gred minyak pelincir. Huruf W bermaksud pada waktu sejuk. Untuk keadaan cuaca yang lain (selain cuaca sejuk) gred mmnyak yang digunakan sepertiSAE 20, SAE 30, SAE 40 dan SAE 50. Nombor kelikatan yang semakin tinggi menunjukkan minyak pelincir lebih likat (pekat) atau kelikatan menjadi tinggi Minyak pelincir kelikatan berbilang Indeks kehikatan biasa ditambah untuk memperbaiki ciri-ciri minyak pelincir. Ini membolehkan minyak dikawal supaya mempunyai kelikatan yang sama walaupun berlaku perubahan suhu dan sejuk menjadi panas atau sebaliknya. Minyak pelincir yang seperti ini disebut minyak kelikatan berbilang. Minyak pelincir kehikatan berbilang boleh dibahagikan mengikut gred, contohnya SAE IOW-30. Ciri minyak ini sama seperti SAE l0W apabila sejuk dan SAE 30 apabila panas. Oleh itu minyak ini sesuai digunakan dalam enjin yang beroperasi pada julat suhu yang lebih tinggi daripada suhu operasi enjin yang normal. Rintangan terhadap pembentukan karbon dan pen goksidaan minyak Haba yang dijanakan dan enjin boleh menyebabkan berlaku pengoksidaan minyak. Minyak yang panas dan bergabung dengan oksigen boleh membentuk mendakan karbon yang akan termendap pada bahagian enjin. Minyak pelincir dikeluarkan oleh pembuat minyak melalui proses penyulingan dan bahan kimia ditambah untuk menghalang daripada berlaku pembentukan karbon dan pengoksidaan. Ini biasanya berlaku di dalam enjin pada suhu yang tinggi. Penambahan bahan kimia ke dalam minyak boleh mengurangkan pembentukan karbon dan pengoksidaan pada suhu tinggi. Menghalang berlaku pengaratan dan kakisan Gas-gas yang dihasilkan daripada proses pembakaran melepasi gelang omboh masuk ke dalam kotak engkol disebut tiup pintas. Enjin yang paling baik sekalipun masih tidak terlepas daripada berlaku tiup pintas walaupun sedikit. Gas pembakaran yang dalam bentuk wap boleh dikeluarkan dan kotak engkol melalui sistem pengalihudaraan, tetapi air dan asid yang mengental dan wap gas pembakaran akan melekat bersama minyak pelincir di dalam kotak engkol. Untuk menambah penjimatan penggunaan bahan api, minyak pelincir ditambah dengan bahan tertentu untuk mengurangkan geseran di antara bahagian yang bergerak. Bahan tambahan yang digunakan adalah dalam bentuk sebatian pepejal seperti grafit atau molibdenum atau dan sebatian organik yang larut dalam minyak. Bahan tambahan tertentu yang ditambah ke dalam minyak ini juga dapat membantu mengawal daripada berlaku kakisan dan pengaratan apabila digunakan di dalam enjin kereta. Bahan tambahan yang digunakan boleh menggantikan air dan permukaan logam supaya minyak boleh melapisi permukaan logam dan juga boleh menutralkan asid yang terbentuk pada bahagian enjin. Rintangan pembentukan pembuihan Aci engkol dan bahagian enjin yang lain yang berputar bolèh menyebab minyak menjadi berbuih di dalam kotak engkol. Minyak yang berbuih menjadi kurang berkesan digunakan sebagai pelincir. Pembuihan minyak juga boleh menyebabkan minyak melimpah dan mengalir melalun sistem pengalihudaraan kotak engkol masuk ke dalam pancarongga masukan dan pembersih udara. Bahan tambahan dalam minyak boleh mengurangkan berlaku pembuihan. Bahan penyerak pencuci Air, asid dan sebahagian bahan api yang tidak terbakar melalui gas tiup pintas akan bercampur dengan minyak yang sejuk di dalam enjin untuk membentuk enapcemar. Bahan tambahan dimasukan ke dalam minyak pelincir untuk mengurangkan enapcemar
  • 5. dan kekotoran supaya terapung di atas lapisan minyak dan boleh dibuang daripada enjin apabila penapis dan minyak diganti. Bahan tambahan pencuci yang dimasukkan ke dalam minyak pelincir juga dapat mencuci bahagian dalaman enjin iaitu untuk mengeluarkan kekotoran dan mendapan yang terdapat di dalam enjin. Mendapan dan kekotoran yang dicuci itu seterusnya akan terapung di atas lapisan minyak. Sebahagian daripada kekotoran ini akan dikeluarkan atau dituras melalui penapis (penuras minyak). Bahan tambahan pencuci juga bertindak seperti sabun basuh. Ia akan menanggalkan dan membuang zarah atau kekotoran karbon dan bahagian enjin supaya semasa minyak beredar kesemua kekotoran itu boleh dibawa masuk ke dalam takungan minyak. Rintangan tekanan tinggi Bahan tambahan juga ditambah di dalam minyak pelincir untuk memperbaiki rintangan terhadap penembusan pada titik kritikal di dalam enjin. Enjin moden memerlukan minyak dengan tekanan yang tinggi dalam galas dan rangkaian injap. Bahan tambahan lampau tinggi akan bersaling tindak secara kimia dengan permukaan logam untuk mengukuhkan lapisan gelinciran bagi membantu rintangan penembusan minyak atau dihimpit keluar. Minyak pengabadian tenaga Setengah-setengah minyak pelincir disebut sebagai minyak pengabadian tenaga kerana bahan tambahan tertentu yang dimasukkan boleh memperbaiki kesan geseran di samping digunakan untuk mengubah ciri-ciri minyak. Ada dua cara mengubah ciri-ciri minyak. Satu daripadanya dengan melarutkan bahan tambahan tertentu di dalam minyak dan satu cara lagi dengan memasukkan serbuk grafit atau molibdenum supaya terapung di dalam minyak. Minyak pengabadian tenaga boleh mengurangkan penggunaan bahan api jika dibandingkan dengan enjin yang tidak langsung menggunakan minyak tambahan pada minyak pelincir. Minyak sintesis (syentetic) Minyak sintesis dibuat melalui proses kimia dan tidak semestinya berasal daripada bahan petroleum. Setengah-setengah pembuat minyak ini menyatakan ciri-ciri minyak sintesis ini lebih baik daripada minyak biasa. Minyak sintesis ada bermacam-macam jenis, satu daripadanya dibuat daripada asid organik dan alkohol tumbuhan. Terdapat juga mmnyak sintesis yang dihasilkan daripada campuran arang batu dan minyak mentah. Walau bagaimanapun pembuat kereta tidak menggunakan minyak Sintesis ini dengan meluas dalam enjin kereta. Pengelasan Minyak Setiap enjin memerlukan minyak pelincir. Sungguhpun demikian minyak pelincir yang digunakan untuk enjin diesel dan enjin petrol (gasolin) menggunakan minyak pelincir yang berlainan kerana enjin tersebut beroperasi pada keadaan yang berbeza. 0leh sebab itu pembuat minyak membuat jenis minyak yang berbeza supaya sesuai digunakan di dalam enjin. Minyak pelincir dikelaskan menurut nornbor kelikatan. Minyak juga dapat dikelaskan menurut masa yang sesuai untuk ditukar, jenis servis yang diperlukan untuk menukar minyak dan tempoh yang sesuai (yang paling baik) minyak tersebut digunakan. Ada dua sistem pengelasan minyak enjin iaitu menurut pengelasan API (American Petroleum Institute) dan menurut kelikatan SAE (The Society of Automotive Engineers). Untuk minyak enjin gasolin yang menggunakan pengelasan yang bermula dengan “S” (Service) yang di ikuti dengan huruf A hingga F menunjukkan pertambahan aras prestasi. Minyak untuk enjin diesel menggunakan kelas yang bermula dengan “C” (Commercial) dan diikuti dengan huruf A hingga D. Ada enam jenis kelas minyak pelincir enjin cucuhan bunga api yang ditanda simbot SA, SB, SC, SD, SE dan SF. Setiap kelas diterangkan berikut;
  • 6. SA-Minyak pelincir yang tidak sesuai digunakan di dalam enjin moden masa kini. Minyak pelincir dengan bahan tambahan hanya mengandungi bahan tambahan perencat busa. Pada mulanya minyak mi digunakan pada enjin gasolin lama dan enjin diesel yang beroperasi pada keadaan kurang lasak (lembut). Minyak mi tidak boleh digunakan di dalam enjin kecuali jika dicadangkan oleh pembuat kereta. SB-Minyak pelincir SB terdiri daripada mmnyak pelincir yang mempunyai hanya bahan antikalis dan bahan tambahan antipengoksidaan. Pada awalnya minyak mi telah digunakan dalam enjin gasolin ringan yang beroperasi pada keadaan tidak lasak. Minyak mi tidak boleh digunakan di dalam enjin kecuali jika dicadangkan oleh pembuat kereta. SC-Minyak pelincir yang memenuhi keperluan ml digunakan dalam enjin gasolin dalam tahun 1964 hingga 1967 untuk kereta penumpang dan lori ringan. Boleh mengawal mendakan enapcemar pada suhu rendah dan tinggi, karat dan hakisan dalam enjin gasolin. SD-Minyak pelincir yang memenuhi keperluan untuk digunakan dalam enjin gasolin pada tahun 1968 hingga 1971, hanya untuk kereta penumpang dan beberapa jenis tori ringan. mi adalah untuk memberikan lebih perlindungan melawan mendakan enapcemar pada suhu tinggi dan rendah, hakisan, karat dan haus dan minyak SC. Minyak mi boleh digunakan dalam enjin jika minyak SC dicadangkap. SE-Minyak pelincir yang memenuhi keperluan untuk digunakan dalam enjin g pada tahun 1972 hingga 1979, untuk beberapa kereta penumpang dan beberapa jenis lori ringan. mi adalah untuk memberikan lebih perlindungan berbanding dengan minyak SC dan SD untuk melawan pengoksidaan minyak (menjadi likat pada suhu tinggi), mendakan enapcemar pada suhu tinggi dan rendah, karat dan hakisan dan minyak sc atau SD. Minyak mi boleh digunakan dalam enjin yang menggunakan minyak SC atau SD yang telah dicadangkan. SF-Minyak pelincir yang memenuhi keperluan untuk digunakan dalam enjin gasolin pada tahun 1980-an dan kereta penumpang dan beberapa Ion untuk memberikan lebih perlindungan melawan enapcemar di dalam enjin, karat, hakisan, mengurangkan kelikatan pada suhu yang tinggi dan memperbaiki prestasi antihaus dan minyak SE. Boleh digunakan pada sebarang enjin yang dicadangkan bagi minyak SC, SD atau SE. Minyak SA dan SB tidak dicadangkan untuk digunakan dalam enjin kerana tidak mengandungi bahan pencuci. Minyak yang mengandungi bahan pencuci pada masa sekarang diperlukan dalam kebanyakan enjin kereta. Minyak untuk enjin diesel mempunyai ciri-ciri yang berbeza daripada minyak enjin yang digunakan dalam enjin cucuhan bunga api. Minyak diesel mempunyai kelas tersendiri seperti CA, CB, CC dan CD. Kelas untuk minyak enjin diesel digunakan menurut operasi enjin diesel. Minyak CA untuk kereta ringan, minyak CD untuk kereta berat, biasanya untuk enjin diesel keluaran cas-turbo tinggi yang beroperasi menggunakan bahan api yang mengandungi sulfur yang tinggi. Kebanyakan pembuat minyak pelincir enjin kereta mengeluarkan minyak berbilang kelas seperti SE/SF, SF/CC atau SF/CD. Minyak mi sesuai digunakan pada berbagai-bagai jenis enjin yang beroperasi pada keadaan yang berubah-ubah. ADDITIVES PELINCIR
  • 7. Minyak Pelincir (selain dari SA) mengandungi set additive merangkumi 1/3 kandungan daripada keseluruhan minyak pelincir. Additive mempunyai fungsi yang istimewa. Additive yang ditemui dalam minyak pelincir engine diantaranya. • Pour-point depressant – membenar pelincir untuk mengalir dalam cuaca yang sangat sejuk • Corrosion and rust inhibitors – memastikan pelincir melekat pada permukaan matel dan anti karat • Anti Form additives • Friction modifiers • Oxidation inhibitors • Anti wear additives JANGKA WAKTU PENGGUNAAN Jangka waktu penggunaannya juga adalah merupakan satu faktor yang diambil kira dalam Sistem Pelinciran.Ini adalah untuk membolehkan pengguna menggunakan minyak Pelincir dalam jangka masa yang tertentu.Jangka waktu penggantian minyak pelincir mestilah sesuai dengan petunjuk-petunjuk yang telah diberikan oleh pembuat kenderaan. Tetapi,pada umumnya penggantian minyak pelincir enjin kenderaan penumpang dilakukan pada setiap 5000 Km jarak perjalanan.Sedangkan untuk kenderaan berat seperti Bas dan Trak pula adalah pada setiap 3000 Km.Namun demikian hendaklah menggantikan minyak Pelincir apabila keadaannya sudah kurang memuaskan,meskipun jaraknya belum sampai. Minyak pelincir enjin kenderaan yang sering dihidupkan dan dimatikan (di dalam kota) mesti lebih cepat diganti.Penggantian minyak pelincir hendaklah dilakukan semasa enjin dalam keadaan panas.Ini adalah kerana pada masa ini minyak pelincir yang sudah terpakai dengan mudah mengalir keluar dari enjin.Ini dapat dilakukan dengan membuka Bolt pengikat yang berada di bawah bekas engkol.