SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
KEPIMPINAN ORANG ISLAM DAN
BUKAN ISLAM & REALITI
MASYARAKAT MAJMUK DI
MALAYSIA
PEMERINTAHAN RASULULLAH S.A.W
• Masyarakat Madinah yang terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam
• Rasululah telah mengadakan perjanjian yang dikenali sebagai Sahifah Madinah
• Mengkanunkan pelbagai hak dan tanggungjawab negara dan rakyat, polisi perhubungan
di antara kaum dan dengan negara-negara luar.
• Melalui perjanjian tersebut, golongan masyarakat bukan Islam (iaitu ahl al-Dhimmah) akan
menerima layanan yang adil dan saksama berlandaskan prinsip-prinsip asas yang ditekankan di
dalam perjanjian tersebut
• Atas dasar ini Rasulullah SAW telah meletakkan masyarakat bukan Islam sebagai rakan
senegara kepada orang Islam di dalam sebuah negara yang dibinanya dan dengan itu
Baginda sekaligus telah merealisasikan sikap toleransi yang tinggi sebagai langkah
permulaan ke arah mengembangkan agama Islam dan tamadunnya
PEMERINTAHAN KHULAFA’ AL-RASHIDIN
• Di sepanjang zaman pemerintahan ini, para khulafa telah menunjukkan gaya kepimpinan yang
menarik sekali terutama dalam menyediakan pelbagai kemudahan asasi serta layanan yang
baik terhadap rakyat bukan Islam.
• Segala hak dan keperluan seperti hak keselamatan awam, perlindungan jiwa dan harta,
kebebasan beragama, berfikir, kesamarataan di sisi undang-undang dan sekalian hak-hak lain
telah dinikmati oleh mereka bersama-sama dengan masyarakat yang beragama Islam
• Para Khulafa’ al-Rāshidīn meneruskan tradisi kepimpinan Rasulullah SAW dan pada zaman
khalifah Umar khususnya, sempadan geografi pemerintahan Islam telah meluasi di sekitar
tanah Arab sehingga ke daerah-daerah luar seperti Sham dan Iraq.
• Sebaliknya, tidak kedapatan bukti-bukti kukuh yang menunjukkan golongan bukan Islam telah
dilibatkan secara langsung oleh Saidina Umar di dalam menjalankan urusan negara.
PEMERINTAHAN BANI UMAYYAH
• Para khulafa’ Bani Umawiyyah bolehlah dianggap sebagai perintis kepada satu suasana baru di dalam
hubungan pemerintah dengan rakyat bukan Islam kerana secara terang-terang telah membuka ruang yang lebih
luas untuk mereka berperanan di dalam bidang pendidikan, perkhidmatan peribadi dan pentadbiran negara.
• Banyak wilayah bukan Islam telah ditakluk oleh kerajaan Islam di peringkat ini.Di dalam bidang pendidikan
misalnya, para khulafak Banī Umaiyyah amat berminat menyerahkan anak-anak mereka untuk dididik oleh
pendeta-pendeta beragama Kristian.
• CONTOHNYA :
1. Muāwiyah bin Abū Sufyān sendiri menyerahkan puteranya Yazid kepada seorang pendidik Kristian. Selepas itu,
apabila Yazid memerintah, beliau turut menyerahkan putera lelakinya Khālid untuk diasuh oleh seorang kahin.
2. Khalifah Sulaimān bin Abd. al-Malik telah mempunyai seorang juru tulis yang beragama Kristian yang dikenali
sebagai Ibn al-Naqā. Beliau ditugaskan memelihara dan membesarkan anak-anak khalifah.
3. Muāwiyyah juga mempunyai seorang setiausaha yang bernama Sargeon iaitu seorang yang beragama Kristian
• Sikap toleransi yang lebih menarik lagi ditonjolkan oleh pemerintah Islam yang membuka
beberapa kawasan seperti Mesir apabila mengekalkan pegawai-pegawai bukan Islam di
jabatan masing-masing.
1. Di antara mereka ialah Minas yang sebelum itu dilantik oleh Heraclius sebagai pegawai di
kawasan sebelah utara Mesir
2. Athnasius merupakan kalangan individu bukan Islam yang terkenal di Mesir sewaktu
pemerintahan Bani Umaiyyah, yang bekerja di beberapa jabatan kerajaan sehingga ke
peringkat pengarah kepada jabatan-jabatan kerajaan di Iskandariyyah.
Budaya melantik bukan Islam ke dalam jawatan kerajaan telah menjadi kebiasaan kepada
pemerintah Bani Umaiyyah sehingga boleh dikatakan jarang didapati jabatan yang tiada pekerja
dari kalangan orang Kristian .
PEMERINTAHAN BANI ABBASIYYAH
• Pada zaman kerajaan Abbāsiyyah juga menyaksikan golongan bukan Islam yang dilibatkan oleh
khalifah secara langsung di dalam pentadbiran dalam urusan yang lebih luas.
• Disebabkan sikap yang agak terbuka ini, ramai di antara orang Kristian yang memegang beberapa
jawatan tinggi dalam kerajaan.
• Khalifah Abū Jaafar al-Mansūr di antara pemerintah Islam yang menerima khidmat ahl al-
Dhimmah.
1. Di antaranya al-Khasīb sebagai doktor peribadi beliau yang beragama Kristian. Kemudiannya
diganti oleh Jarjis bin Bakhtishuc dan selepas itu Jarjis meninggalkan muridnya yang bernama Isā
bin Shahlathā.
2. Di luar istana khalifah, pegawai-pegawai kharaj kebanyakannya terdiri daripada golongan ahl al-
Dhimmah. Antara mereka ialah Mūsā al-Yahudi yang dilantik sebagai pegawai kewangan di kawasan
al-Sawād. Khalifah juga mewakilkan kepada mereka hak untuk merampas harta Bani Umaiyyah
sehingga mereka bertindak dengan penuh berani.
PEMERINTAHAN UTHMANIYYAH
• Zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah Turki juga didapati tidak terlepas daripada amalan yang sama dengan
pemerintah sebelumnya.
• Mereka dengan sikap yang terbuka telah mengambil ramai orang bukan Islam bekerja di dalam pelbagai jawatan
penting kerajaan. Ia juga telah melantik kebanyakan rakyatnya yang beragama Kristian sebagai duta ataupun
perwakilan kerajaan ke negara-negara asing.
• Di akhir zamannya, pihak kerajaan telah menyerahkan banyak jawatan-jawatan penting dan sensitif kepada rakyat
yang bukan Islam, dan kebanyakan diplomatnya di negara-negara asing terdiri bukan di kalangan orang
Islam.
• Beberapa contoh sejarah penting penglibatan orang bukan Islam :
1. Penglibatan penduduk Migaris, iaitu sekumpulan Kristian Albania yang bertindak sebagai pengawal kepada
laluan di bukit-bukit Cithaeron dan Geraned yang menuju ke Teluk Corith. Sebahagian mereka ada yang
terlibat sebagai barisan hadapan kepada pasukan tentera pemerintah. Tugas mereka ialah membaiki jalan
raya dan membina jambatan yang akan dilalui oleh sahabat mereka.
2. Begitu juga dengan penglibatan sepasukan tentera bersenjata yang lain daripada penduduk Kristian Katholik
kawasan pergunungan di utara Scutari, Albania, yang dikenali sebagai orang Mirdites. Dengan penglibatan ini
mereka dikecualikan dari membayar cukai jizyah kepada kerajaan
Kepemimpinan Bukan Islam Menurut
Perspektif Fuqaha’
• Asas Persepakatan Fuqaha
• Aliran Fuqaha’ yang Membenarkan
• Aliran Fuqaha’ yang Melarang
Asas Persepakatan Fuqaha
• Islam merupakan syarat utama bersifat Wilāyah Ammah dan jawatan berbentuk keagamaan
• Ahl al-Dhimmah tidak boleh dilantik ke jawatan-jawatan seperti imam, khalifah, wizārah al-
Tafwīd, perundangan, kehakiman, ketenteraan dan beberapa jawatan-jawatan yang berbentuk
keagamaan
Aliran Fuqaha’ yang Membenarkan
• Menurut majoriti fuqaha’, orang bukan Islam boleh dilantik ke dalam kerajaan sebagai Wazir al-
Tanfiz atau sebarang jawatan selain daripada jawatan Wilayah Ammah
• Imam al-Māwardī, Qādī Abū Ya’lā, Yusuf al-Qaradāwi
• Ali Imran ayat 28:
‫ا‬‫ك‬ِ‫ل‬ َٰ‫ا‬‫ذ‬ ْ‫ل‬‫ا‬‫ع‬ْ‫اف‬‫ي‬ ْ‫ان‬‫م‬‫ا‬‫و‬ ۖ ‫ينا‬ِ‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ؤ‬ُ‫م‬ْ‫ال‬ ِ‫ن‬‫و‬ُ‫د‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ ‫ا‬‫ء‬‫اا‬‫ي‬ِ‫ل‬ْ‫و‬‫ا‬‫أ‬ ‫ينا‬ِ‫ر‬ِ‫ف‬‫ا‬‫ا‬‫ك‬ْ‫ال‬ ‫ا‬‫ون‬ُ‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ؤ‬ُ‫م‬ْ‫ال‬ ِ‫ذ‬ِ‫خ‬َّ‫ت‬‫ا‬‫ي‬ ‫ا‬
‫َل‬
ِ َّ
‫ّللا‬ ‫نا‬ِ‫م‬ ‫سا‬ْ‫ي‬‫ا‬‫ل‬‫ا‬‫ف‬
ُ‫ت‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬ْ‫ن‬ِ‫م‬ ‫وا‬ُ‫ق‬َّ‫ت‬‫ا‬‫ت‬ ْ‫ن‬‫ا‬‫أ‬ َّ
‫َل‬ِ‫إ‬ ٍ‫ء‬ ْ‫ي‬ ‫ا‬
‫ش‬ ‫ي‬ِ‫ف‬
ۗ ً‫ة‬‫ا‬‫ا‬‫ق‬
ُ‫ر‬‫ي‬ِ‫ص‬‫ا‬‫م‬ْ‫ال‬ ِ َّ
‫ّللا‬ ‫ى‬‫ا‬‫ل‬ِ‫اإ‬‫و‬ ۗ ُ‫ه‬ ‫ا‬
‫س‬ْ‫ف‬‫ا‬‫ن‬ ُ َّ
‫ّللا‬ ُ‫م‬ُ‫ك‬ُ‫ر‬ِ‫اذ‬‫ح‬ُ‫ي‬‫ا‬‫و‬
Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan
meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian
maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak
menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah
perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada
Allah jualah tempat kembali.
• Hanya ditujukan kepada orang kafir harbi iaitu golongan yang menentang Islam
berdasarkan asbab al-nuzul ayat tersebut. Aplikasinya tidak terpakai ke atas orang kafir
dhimmi yang sememangnya hidup dalam negara Islam dan tertakluk kepada semua polisi dan
dasar kerajaan Islam
• Menurut Rashīd Ridā larangan melantik orang kafir sebagai pemimpin tidak bersifat mutlak
tetapi ditaqyidkan dengan beberapa ciri yang menjadi sebab kepada larangannya. Terdapat
beberapa ciri pengharaman:
• Orang bukan Islam mempunyai hasrat untuk menghancurkan Islam
• Suka melihat umat Islam sengsara
• Mempunyai perasaan benci dan hasad dengki mendalam terhadap umat Islam.
Aliran Fuqaha’ yang Melarang
• Pandangan ini menegaskan orang bukan Islam tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam
kepimpinan kerajaan Islam.
• Imam al-Haramayn, Ibn al-Munzīr
• Riwayat Ibn Mājah daripada Aishah r.a. berkata:
• “Rasulullah SAW bersabda sesungguhnya kami tidak akan meminta bantuan orang Mushrik”.
• Ibn Kathīr menegaskan hadith dan ayat al-Quran tersebut sebagai bukti pengharaman
perlantikan ahl al-dhimmah ke jabatan kitābah kerana jawatan tersebut mempunyai makna
al-Istitālah (memegang rahsia) orang Islam. Ini akan menyebabkan segala urusan rahsia umat
Islam diperolehi oleh ahl al-dhimmah kerana kemungkinan rahsia-rahsia tersebut akan
terlepas ke tangan musuh melalui mereka.
Realiti Penglibatan Bukan Islam dalam
Pentadbiran Semasa
• Mengambil kira realiti politik semasa tidak pernah menafikan kontrobusi rakyat bukan Islam
dalam pembinaan tamadun Islam daripada semua aspek termasuk politik dan pemerintahan.
• Kalimah awliyā’, dikhususkan dalam konteks mengadakan kerjasama politik dengan bukan
Islam sehingga menggadaikan kemaslahatan Islam. Perkataan kaafirīn pula dimaksudkan
sebagai kafir harbi. Hal ini disebabkan nas-nas tersebut itu ditujukan khusus kepada orang kafir
harbi.
• Begitu juga dengan hadith-hadith yang berkaitan dengan al-Isticānah bi al-Mushrikīn, di mana
faktor Baginda SAW menolak beberapa bantuan mereka berdasarkan kemaslahatan yang
wujud sewaktu itu dan ia bukanlah menjadi sesuatu tindakan yang bersifat dasar yang tidak
boleh langsung diijtihadkan.
• Hal ini dibuktikan sendiri oleh beberapa hadith lain yang meriwayatkan Baginda SAW pernah
menerima bantuan orang bukan Islam
Syarat-syarat Penglibatan Orang Bukan
Islam dalam Kerajaan
1. Penglibatan bukan Islam hendaklah tidak menggugat kestabilan sistem pemerintahan dan
terjamin daripada sebarang ancaman
• Pemimpin mestilah mempunyai kriteria seperti berikut;
i. Memiliki kepakaran dan profesionalisme yang diperlukan.
ii. Menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada kerajaan.
iii. Bersikap jujur dan amanah dalam menjalankan tugas.
iv. Pemantauan kerajaan ke atas setiap tindakan mereka dan berwaspada daripada tindakan
sabotaj.
2. Kepimpinan Utama Kerajaan Didominasi Umat Islam
• Selaras dengan objektif penubuhan negara Islam
• Sebuah negara Islam yang diterajui oleh kepimpinan Islam yang sentiasa memberikan
komitmen yang tinggi ke arah Hirasat al-Din wa Siyasat al-Dunya.
KESIMPULAN
• Isu perlantikan bukan Islam sebagai pemimpin merupakan persoalan ijtihadiyyah siyasiyyah.
• Bergantung kepada keperluan dan keadaan semasa di mana ia merupakan polisi yang berubah-
ubah.
• Selain daripada pengambilkiraan maslahah, ia perlulah memberikan perhatian kepada nilai-
nilai setempat yang mempunyai kesannya tersendiri dalam pembentukan hukum.

More Related Content

Similar to KEPIMPINAN ORANG ISLAM DAN BUKAN ISLAM & REALITI New.pptx

Sejarah sistem perekonomian islam dari masa ke masa
Sejarah sistem perekonomian islam dari masa ke masaSejarah sistem perekonomian islam dari masa ke masa
Sejarah sistem perekonomian islam dari masa ke masaogie nirwan
 
INSTITUSI POLITIK DALAM ISLAM.pptx
INSTITUSI POLITIK DALAM ISLAM.pptxINSTITUSI POLITIK DALAM ISLAM.pptx
INSTITUSI POLITIK DALAM ISLAM.pptxNaffwanNaffwan
 
Empayar umayyah pt 2 sebab2 kejatuhan
Empayar umayyah pt 2   sebab2 kejatuhanEmpayar umayyah pt 2   sebab2 kejatuhan
Empayar umayyah pt 2 sebab2 kejatuhanAmiruddin Ahmad
 
PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM (Zaman Awal).pptx
PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM (Zaman Awal).pptxPERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM (Zaman Awal).pptx
PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM (Zaman Awal).pptxssuser271471
 
Power poin umar bin abdul aziz
Power poin umar bin abdul azizPower poin umar bin abdul aziz
Power poin umar bin abdul azizKhusnul huda
 
LEMBAR KERJA RESUME MODUL KB-1 SKI.pdf
LEMBAR KERJA RESUME MODUL KB-1 SKI.pdfLEMBAR KERJA RESUME MODUL KB-1 SKI.pdf
LEMBAR KERJA RESUME MODUL KB-1 SKI.pdfEtiRohaeti17
 
Empayar umayyah pt 1 muqaddimah pt b
Empayar umayyah pt 1   muqaddimah pt bEmpayar umayyah pt 1   muqaddimah pt b
Empayar umayyah pt 1 muqaddimah pt bAmiruddin Ahmad
 
Makalah Masa Periodisasi Islam Mekkah Madinah
Makalah Masa Periodisasi Islam Mekkah MadinahMakalah Masa Periodisasi Islam Mekkah Madinah
Makalah Masa Periodisasi Islam Mekkah MadinahFauzil Adzim
 
Latar Belakang Sejarah Pemikiran Politik Arab Pra-Islam
Latar Belakang Sejarah Pemikiran Politik Arab Pra-IslamLatar Belakang Sejarah Pemikiran Politik Arab Pra-Islam
Latar Belakang Sejarah Pemikiran Politik Arab Pra-IslamEzad Azraai Jamsari
 
Bab 3B Pemikiran Politik Zaman Rasulullah SAW
Bab 3B Pemikiran Politik Zaman Rasulullah SAWBab 3B Pemikiran Politik Zaman Rasulullah SAW
Bab 3B Pemikiran Politik Zaman Rasulullah SAWEzad Azraai Jamsari
 
Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pe...
Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pe...Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pe...
Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pe...Nur Nashwa Alia binti Khairudin
 
Tarikh tasyrik 2
Tarikh tasyrik 2Tarikh tasyrik 2
Tarikh tasyrik 2mas karebet
 
Sejarah Perkembangan Islam Pada Masa Dinasti Umayyah
Sejarah Perkembangan Islam Pada Masa Dinasti UmayyahSejarah Perkembangan Islam Pada Masa Dinasti Umayyah
Sejarah Perkembangan Islam Pada Masa Dinasti UmayyahBaitinnajmah
 
PERIODISASI EKONOMI ISLAM DAN EKONOMI KONVENSIONAL
PERIODISASI EKONOMI ISLAM DAN EKONOMI KONVENSIONALPERIODISASI EKONOMI ISLAM DAN EKONOMI KONVENSIONAL
PERIODISASI EKONOMI ISLAM DAN EKONOMI KONVENSIONALNeng Putriyanti
 
khilafah dan kesatuan umat.pptx
khilafah dan kesatuan umat.pptxkhilafah dan kesatuan umat.pptx
khilafah dan kesatuan umat.pptxDungtji
 
Ibn taimiyyah pemikiran tentang polititk dan tasawuf
Ibn taimiyyah pemikiran tentang polititk dan tasawufIbn taimiyyah pemikiran tentang polititk dan tasawuf
Ibn taimiyyah pemikiran tentang polititk dan tasawufKamarudin Jaafar
 
KEPEMIMPINAN UMAR BIN KHATTAB_NADIA AULIA SAHLA_2B_2201085027.pdf
KEPEMIMPINAN UMAR BIN KHATTAB_NADIA AULIA SAHLA_2B_2201085027.pdfKEPEMIMPINAN UMAR BIN KHATTAB_NADIA AULIA SAHLA_2B_2201085027.pdf
KEPEMIMPINAN UMAR BIN KHATTAB_NADIA AULIA SAHLA_2B_2201085027.pdfNadiaAS6
 

Similar to KEPIMPINAN ORANG ISLAM DAN BUKAN ISLAM & REALITI New.pptx (20)

Sejarah sistem perekonomian islam dari masa ke masa
Sejarah sistem perekonomian islam dari masa ke masaSejarah sistem perekonomian islam dari masa ke masa
Sejarah sistem perekonomian islam dari masa ke masa
 
INSTITUSI POLITIK DALAM ISLAM.pptx
INSTITUSI POLITIK DALAM ISLAM.pptxINSTITUSI POLITIK DALAM ISLAM.pptx
INSTITUSI POLITIK DALAM ISLAM.pptx
 
Empayar umayyah pt 2 sebab2 kejatuhan
Empayar umayyah pt 2   sebab2 kejatuhanEmpayar umayyah pt 2   sebab2 kejatuhan
Empayar umayyah pt 2 sebab2 kejatuhan
 
Bab 6 form 4
Bab 6 form 4Bab 6 form 4
Bab 6 form 4
 
PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM (Zaman Awal).pptx
PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM (Zaman Awal).pptxPERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM (Zaman Awal).pptx
PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM (Zaman Awal).pptx
 
Power poin umar bin abdul aziz
Power poin umar bin abdul azizPower poin umar bin abdul aziz
Power poin umar bin abdul aziz
 
LEMBAR KERJA RESUME MODUL KB-1 SKI.pdf
LEMBAR KERJA RESUME MODUL KB-1 SKI.pdfLEMBAR KERJA RESUME MODUL KB-1 SKI.pdf
LEMBAR KERJA RESUME MODUL KB-1 SKI.pdf
 
Empayar umayyah pt 1 muqaddimah pt b
Empayar umayyah pt 1   muqaddimah pt bEmpayar umayyah pt 1   muqaddimah pt b
Empayar umayyah pt 1 muqaddimah pt b
 
Makalah Masa Periodisasi Islam Mekkah Madinah
Makalah Masa Periodisasi Islam Mekkah MadinahMakalah Masa Periodisasi Islam Mekkah Madinah
Makalah Masa Periodisasi Islam Mekkah Madinah
 
Latar Belakang Sejarah Pemikiran Politik Arab Pra-Islam
Latar Belakang Sejarah Pemikiran Politik Arab Pra-IslamLatar Belakang Sejarah Pemikiran Politik Arab Pra-Islam
Latar Belakang Sejarah Pemikiran Politik Arab Pra-Islam
 
Bab 3B Pemikiran Politik Zaman Rasulullah SAW
Bab 3B Pemikiran Politik Zaman Rasulullah SAWBab 3B Pemikiran Politik Zaman Rasulullah SAW
Bab 3B Pemikiran Politik Zaman Rasulullah SAW
 
Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pe...
Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pe...Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pe...
Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pe...
 
Tarikh tasyrik 2
Tarikh tasyrik 2Tarikh tasyrik 2
Tarikh tasyrik 2
 
Sejarah Perkembangan Islam Pada Masa Dinasti Umayyah
Sejarah Perkembangan Islam Pada Masa Dinasti UmayyahSejarah Perkembangan Islam Pada Masa Dinasti Umayyah
Sejarah Perkembangan Islam Pada Masa Dinasti Umayyah
 
Kel 5
Kel 5Kel 5
Kel 5
 
PERIODISASI EKONOMI ISLAM DAN EKONOMI KONVENSIONAL
PERIODISASI EKONOMI ISLAM DAN EKONOMI KONVENSIONALPERIODISASI EKONOMI ISLAM DAN EKONOMI KONVENSIONAL
PERIODISASI EKONOMI ISLAM DAN EKONOMI KONVENSIONAL
 
Dakwah Makkiyah
Dakwah MakkiyahDakwah Makkiyah
Dakwah Makkiyah
 
khilafah dan kesatuan umat.pptx
khilafah dan kesatuan umat.pptxkhilafah dan kesatuan umat.pptx
khilafah dan kesatuan umat.pptx
 
Ibn taimiyyah pemikiran tentang polititk dan tasawuf
Ibn taimiyyah pemikiran tentang polititk dan tasawufIbn taimiyyah pemikiran tentang polititk dan tasawuf
Ibn taimiyyah pemikiran tentang polititk dan tasawuf
 
KEPEMIMPINAN UMAR BIN KHATTAB_NADIA AULIA SAHLA_2B_2201085027.pdf
KEPEMIMPINAN UMAR BIN KHATTAB_NADIA AULIA SAHLA_2B_2201085027.pdfKEPEMIMPINAN UMAR BIN KHATTAB_NADIA AULIA SAHLA_2B_2201085027.pdf
KEPEMIMPINAN UMAR BIN KHATTAB_NADIA AULIA SAHLA_2B_2201085027.pdf
 

Recently uploaded

Membangun Budaya Ber-Integritas ASN.pptx
Membangun Budaya Ber-Integritas ASN.pptxMembangun Budaya Ber-Integritas ASN.pptx
Membangun Budaya Ber-Integritas ASN.pptxBudyHermawan3
 
Pengantar dan Teknik Public Speaking.pptx
Pengantar dan Teknik Public Speaking.pptxPengantar dan Teknik Public Speaking.pptx
Pengantar dan Teknik Public Speaking.pptxBudyHermawan3
 
PB.1 BINA SUASANA DAN ORIENTASI BELAJAR.pptx
PB.1 BINA SUASANA DAN ORIENTASI BELAJAR.pptxPB.1 BINA SUASANA DAN ORIENTASI BELAJAR.pptx
PB.1 BINA SUASANA DAN ORIENTASI BELAJAR.pptxBudyHermawan3
 
PPT Seminar Kinerja Keuangan Provinsi Sulawesi tengah.pptx
PPT Seminar Kinerja Keuangan Provinsi Sulawesi tengah.pptxPPT Seminar Kinerja Keuangan Provinsi Sulawesi tengah.pptx
PPT Seminar Kinerja Keuangan Provinsi Sulawesi tengah.pptxssuser8905b3
 
PB.2 KEBIJAKAN PENYELENGGARAAN PEMDES.pptx
PB.2 KEBIJAKAN PENYELENGGARAAN PEMDES.pptxPB.2 KEBIJAKAN PENYELENGGARAAN PEMDES.pptx
PB.2 KEBIJAKAN PENYELENGGARAAN PEMDES.pptxBudyHermawan3
 
Perencanaan Pembangunan Desa berbasis akuntabel.pptx
Perencanaan Pembangunan Desa berbasis akuntabel.pptxPerencanaan Pembangunan Desa berbasis akuntabel.pptx
Perencanaan Pembangunan Desa berbasis akuntabel.pptxBudyHermawan3
 
Aparatur Sipil Negara sebagai Perekat Bangsa.pptx
Aparatur Sipil Negara sebagai Perekat Bangsa.pptxAparatur Sipil Negara sebagai Perekat Bangsa.pptx
Aparatur Sipil Negara sebagai Perekat Bangsa.pptxBudyHermawan3
 
LAPORAN KEPALA DESA. sebagai kewajiban pptx
LAPORAN KEPALA DESA. sebagai kewajiban pptxLAPORAN KEPALA DESA. sebagai kewajiban pptx
LAPORAN KEPALA DESA. sebagai kewajiban pptxBudyHermawan3
 
Pemekaran Kabupaten Banyuwangi menujumKota dan kabupaten .pdf
Pemekaran Kabupaten Banyuwangi menujumKota dan kabupaten  .pdfPemekaran Kabupaten Banyuwangi menujumKota dan kabupaten  .pdf
Pemekaran Kabupaten Banyuwangi menujumKota dan kabupaten .pdfHarisKunaifi2
 
Tata Kelola Pengadaan barang dan Jasa di Desa pptx
Tata Kelola Pengadaan barang dan Jasa di Desa pptxTata Kelola Pengadaan barang dan Jasa di Desa pptx
Tata Kelola Pengadaan barang dan Jasa di Desa pptxBudyHermawan3
 
PB.2.3 KERJA SAMA DESA. Perspektif Kerja sama Desapptx
PB.2.3 KERJA SAMA DESA. Perspektif Kerja sama DesapptxPB.2.3 KERJA SAMA DESA. Perspektif Kerja sama Desapptx
PB.2.3 KERJA SAMA DESA. Perspektif Kerja sama DesapptxBudyHermawan3
 
Inovasi Pelayanan Publik Pemerintah .pptx
Inovasi Pelayanan Publik Pemerintah .pptxInovasi Pelayanan Publik Pemerintah .pptx
Inovasi Pelayanan Publik Pemerintah .pptxBudyHermawan3
 
Permen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka Kredit
Permen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka KreditPermen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka Kredit
Permen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka KreditYOSUAGETMIRAJAGUKGUK1
 
Konsep Management RisikoRev Pak Budi.pptx
Konsep Management RisikoRev Pak Budi.pptxKonsep Management RisikoRev Pak Budi.pptx
Konsep Management RisikoRev Pak Budi.pptxBudyHermawan3
 

Recently uploaded (14)

Membangun Budaya Ber-Integritas ASN.pptx
Membangun Budaya Ber-Integritas ASN.pptxMembangun Budaya Ber-Integritas ASN.pptx
Membangun Budaya Ber-Integritas ASN.pptx
 
Pengantar dan Teknik Public Speaking.pptx
Pengantar dan Teknik Public Speaking.pptxPengantar dan Teknik Public Speaking.pptx
Pengantar dan Teknik Public Speaking.pptx
 
PB.1 BINA SUASANA DAN ORIENTASI BELAJAR.pptx
PB.1 BINA SUASANA DAN ORIENTASI BELAJAR.pptxPB.1 BINA SUASANA DAN ORIENTASI BELAJAR.pptx
PB.1 BINA SUASANA DAN ORIENTASI BELAJAR.pptx
 
PPT Seminar Kinerja Keuangan Provinsi Sulawesi tengah.pptx
PPT Seminar Kinerja Keuangan Provinsi Sulawesi tengah.pptxPPT Seminar Kinerja Keuangan Provinsi Sulawesi tengah.pptx
PPT Seminar Kinerja Keuangan Provinsi Sulawesi tengah.pptx
 
PB.2 KEBIJAKAN PENYELENGGARAAN PEMDES.pptx
PB.2 KEBIJAKAN PENYELENGGARAAN PEMDES.pptxPB.2 KEBIJAKAN PENYELENGGARAAN PEMDES.pptx
PB.2 KEBIJAKAN PENYELENGGARAAN PEMDES.pptx
 
Perencanaan Pembangunan Desa berbasis akuntabel.pptx
Perencanaan Pembangunan Desa berbasis akuntabel.pptxPerencanaan Pembangunan Desa berbasis akuntabel.pptx
Perencanaan Pembangunan Desa berbasis akuntabel.pptx
 
Aparatur Sipil Negara sebagai Perekat Bangsa.pptx
Aparatur Sipil Negara sebagai Perekat Bangsa.pptxAparatur Sipil Negara sebagai Perekat Bangsa.pptx
Aparatur Sipil Negara sebagai Perekat Bangsa.pptx
 
LAPORAN KEPALA DESA. sebagai kewajiban pptx
LAPORAN KEPALA DESA. sebagai kewajiban pptxLAPORAN KEPALA DESA. sebagai kewajiban pptx
LAPORAN KEPALA DESA. sebagai kewajiban pptx
 
Pemekaran Kabupaten Banyuwangi menujumKota dan kabupaten .pdf
Pemekaran Kabupaten Banyuwangi menujumKota dan kabupaten  .pdfPemekaran Kabupaten Banyuwangi menujumKota dan kabupaten  .pdf
Pemekaran Kabupaten Banyuwangi menujumKota dan kabupaten .pdf
 
Tata Kelola Pengadaan barang dan Jasa di Desa pptx
Tata Kelola Pengadaan barang dan Jasa di Desa pptxTata Kelola Pengadaan barang dan Jasa di Desa pptx
Tata Kelola Pengadaan barang dan Jasa di Desa pptx
 
PB.2.3 KERJA SAMA DESA. Perspektif Kerja sama Desapptx
PB.2.3 KERJA SAMA DESA. Perspektif Kerja sama DesapptxPB.2.3 KERJA SAMA DESA. Perspektif Kerja sama Desapptx
PB.2.3 KERJA SAMA DESA. Perspektif Kerja sama Desapptx
 
Inovasi Pelayanan Publik Pemerintah .pptx
Inovasi Pelayanan Publik Pemerintah .pptxInovasi Pelayanan Publik Pemerintah .pptx
Inovasi Pelayanan Publik Pemerintah .pptx
 
Permen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka Kredit
Permen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka KreditPermen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka Kredit
Permen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka Kredit
 
Konsep Management RisikoRev Pak Budi.pptx
Konsep Management RisikoRev Pak Budi.pptxKonsep Management RisikoRev Pak Budi.pptx
Konsep Management RisikoRev Pak Budi.pptx
 

KEPIMPINAN ORANG ISLAM DAN BUKAN ISLAM & REALITI New.pptx

  • 1. KEPIMPINAN ORANG ISLAM DAN BUKAN ISLAM & REALITI MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
  • 2. PEMERINTAHAN RASULULLAH S.A.W • Masyarakat Madinah yang terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam • Rasululah telah mengadakan perjanjian yang dikenali sebagai Sahifah Madinah • Mengkanunkan pelbagai hak dan tanggungjawab negara dan rakyat, polisi perhubungan di antara kaum dan dengan negara-negara luar. • Melalui perjanjian tersebut, golongan masyarakat bukan Islam (iaitu ahl al-Dhimmah) akan menerima layanan yang adil dan saksama berlandaskan prinsip-prinsip asas yang ditekankan di dalam perjanjian tersebut • Atas dasar ini Rasulullah SAW telah meletakkan masyarakat bukan Islam sebagai rakan senegara kepada orang Islam di dalam sebuah negara yang dibinanya dan dengan itu Baginda sekaligus telah merealisasikan sikap toleransi yang tinggi sebagai langkah permulaan ke arah mengembangkan agama Islam dan tamadunnya
  • 3. PEMERINTAHAN KHULAFA’ AL-RASHIDIN • Di sepanjang zaman pemerintahan ini, para khulafa telah menunjukkan gaya kepimpinan yang menarik sekali terutama dalam menyediakan pelbagai kemudahan asasi serta layanan yang baik terhadap rakyat bukan Islam. • Segala hak dan keperluan seperti hak keselamatan awam, perlindungan jiwa dan harta, kebebasan beragama, berfikir, kesamarataan di sisi undang-undang dan sekalian hak-hak lain telah dinikmati oleh mereka bersama-sama dengan masyarakat yang beragama Islam • Para Khulafa’ al-Rāshidīn meneruskan tradisi kepimpinan Rasulullah SAW dan pada zaman khalifah Umar khususnya, sempadan geografi pemerintahan Islam telah meluasi di sekitar tanah Arab sehingga ke daerah-daerah luar seperti Sham dan Iraq. • Sebaliknya, tidak kedapatan bukti-bukti kukuh yang menunjukkan golongan bukan Islam telah dilibatkan secara langsung oleh Saidina Umar di dalam menjalankan urusan negara.
  • 4. PEMERINTAHAN BANI UMAYYAH • Para khulafa’ Bani Umawiyyah bolehlah dianggap sebagai perintis kepada satu suasana baru di dalam hubungan pemerintah dengan rakyat bukan Islam kerana secara terang-terang telah membuka ruang yang lebih luas untuk mereka berperanan di dalam bidang pendidikan, perkhidmatan peribadi dan pentadbiran negara. • Banyak wilayah bukan Islam telah ditakluk oleh kerajaan Islam di peringkat ini.Di dalam bidang pendidikan misalnya, para khulafak Banī Umaiyyah amat berminat menyerahkan anak-anak mereka untuk dididik oleh pendeta-pendeta beragama Kristian. • CONTOHNYA : 1. Muāwiyah bin Abū Sufyān sendiri menyerahkan puteranya Yazid kepada seorang pendidik Kristian. Selepas itu, apabila Yazid memerintah, beliau turut menyerahkan putera lelakinya Khālid untuk diasuh oleh seorang kahin. 2. Khalifah Sulaimān bin Abd. al-Malik telah mempunyai seorang juru tulis yang beragama Kristian yang dikenali sebagai Ibn al-Naqā. Beliau ditugaskan memelihara dan membesarkan anak-anak khalifah. 3. Muāwiyyah juga mempunyai seorang setiausaha yang bernama Sargeon iaitu seorang yang beragama Kristian
  • 5. • Sikap toleransi yang lebih menarik lagi ditonjolkan oleh pemerintah Islam yang membuka beberapa kawasan seperti Mesir apabila mengekalkan pegawai-pegawai bukan Islam di jabatan masing-masing. 1. Di antara mereka ialah Minas yang sebelum itu dilantik oleh Heraclius sebagai pegawai di kawasan sebelah utara Mesir 2. Athnasius merupakan kalangan individu bukan Islam yang terkenal di Mesir sewaktu pemerintahan Bani Umaiyyah, yang bekerja di beberapa jabatan kerajaan sehingga ke peringkat pengarah kepada jabatan-jabatan kerajaan di Iskandariyyah. Budaya melantik bukan Islam ke dalam jawatan kerajaan telah menjadi kebiasaan kepada pemerintah Bani Umaiyyah sehingga boleh dikatakan jarang didapati jabatan yang tiada pekerja dari kalangan orang Kristian .
  • 6. PEMERINTAHAN BANI ABBASIYYAH • Pada zaman kerajaan Abbāsiyyah juga menyaksikan golongan bukan Islam yang dilibatkan oleh khalifah secara langsung di dalam pentadbiran dalam urusan yang lebih luas. • Disebabkan sikap yang agak terbuka ini, ramai di antara orang Kristian yang memegang beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan. • Khalifah Abū Jaafar al-Mansūr di antara pemerintah Islam yang menerima khidmat ahl al- Dhimmah. 1. Di antaranya al-Khasīb sebagai doktor peribadi beliau yang beragama Kristian. Kemudiannya diganti oleh Jarjis bin Bakhtishuc dan selepas itu Jarjis meninggalkan muridnya yang bernama Isā bin Shahlathā. 2. Di luar istana khalifah, pegawai-pegawai kharaj kebanyakannya terdiri daripada golongan ahl al- Dhimmah. Antara mereka ialah Mūsā al-Yahudi yang dilantik sebagai pegawai kewangan di kawasan al-Sawād. Khalifah juga mewakilkan kepada mereka hak untuk merampas harta Bani Umaiyyah sehingga mereka bertindak dengan penuh berani.
  • 7. PEMERINTAHAN UTHMANIYYAH • Zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah Turki juga didapati tidak terlepas daripada amalan yang sama dengan pemerintah sebelumnya. • Mereka dengan sikap yang terbuka telah mengambil ramai orang bukan Islam bekerja di dalam pelbagai jawatan penting kerajaan. Ia juga telah melantik kebanyakan rakyatnya yang beragama Kristian sebagai duta ataupun perwakilan kerajaan ke negara-negara asing. • Di akhir zamannya, pihak kerajaan telah menyerahkan banyak jawatan-jawatan penting dan sensitif kepada rakyat yang bukan Islam, dan kebanyakan diplomatnya di negara-negara asing terdiri bukan di kalangan orang Islam. • Beberapa contoh sejarah penting penglibatan orang bukan Islam : 1. Penglibatan penduduk Migaris, iaitu sekumpulan Kristian Albania yang bertindak sebagai pengawal kepada laluan di bukit-bukit Cithaeron dan Geraned yang menuju ke Teluk Corith. Sebahagian mereka ada yang terlibat sebagai barisan hadapan kepada pasukan tentera pemerintah. Tugas mereka ialah membaiki jalan raya dan membina jambatan yang akan dilalui oleh sahabat mereka. 2. Begitu juga dengan penglibatan sepasukan tentera bersenjata yang lain daripada penduduk Kristian Katholik kawasan pergunungan di utara Scutari, Albania, yang dikenali sebagai orang Mirdites. Dengan penglibatan ini mereka dikecualikan dari membayar cukai jizyah kepada kerajaan
  • 8. Kepemimpinan Bukan Islam Menurut Perspektif Fuqaha’ • Asas Persepakatan Fuqaha • Aliran Fuqaha’ yang Membenarkan • Aliran Fuqaha’ yang Melarang
  • 9. Asas Persepakatan Fuqaha • Islam merupakan syarat utama bersifat Wilāyah Ammah dan jawatan berbentuk keagamaan • Ahl al-Dhimmah tidak boleh dilantik ke jawatan-jawatan seperti imam, khalifah, wizārah al- Tafwīd, perundangan, kehakiman, ketenteraan dan beberapa jawatan-jawatan yang berbentuk keagamaan
  • 10. Aliran Fuqaha’ yang Membenarkan • Menurut majoriti fuqaha’, orang bukan Islam boleh dilantik ke dalam kerajaan sebagai Wazir al- Tanfiz atau sebarang jawatan selain daripada jawatan Wilayah Ammah • Imam al-Māwardī, Qādī Abū Ya’lā, Yusuf al-Qaradāwi • Ali Imran ayat 28: ‫ا‬‫ك‬ِ‫ل‬ َٰ‫ا‬‫ذ‬ ْ‫ل‬‫ا‬‫ع‬ْ‫اف‬‫ي‬ ْ‫ان‬‫م‬‫ا‬‫و‬ ۖ ‫ينا‬ِ‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ؤ‬ُ‫م‬ْ‫ال‬ ِ‫ن‬‫و‬ُ‫د‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ ‫ا‬‫ء‬‫اا‬‫ي‬ِ‫ل‬ْ‫و‬‫ا‬‫أ‬ ‫ينا‬ِ‫ر‬ِ‫ف‬‫ا‬‫ا‬‫ك‬ْ‫ال‬ ‫ا‬‫ون‬ُ‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ؤ‬ُ‫م‬ْ‫ال‬ ِ‫ذ‬ِ‫خ‬َّ‫ت‬‫ا‬‫ي‬ ‫ا‬ ‫َل‬ ِ َّ ‫ّللا‬ ‫نا‬ِ‫م‬ ‫سا‬ْ‫ي‬‫ا‬‫ل‬‫ا‬‫ف‬ ُ‫ت‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬ْ‫ن‬ِ‫م‬ ‫وا‬ُ‫ق‬َّ‫ت‬‫ا‬‫ت‬ ْ‫ن‬‫ا‬‫أ‬ َّ ‫َل‬ِ‫إ‬ ٍ‫ء‬ ْ‫ي‬ ‫ا‬ ‫ش‬ ‫ي‬ِ‫ف‬ ۗ ً‫ة‬‫ا‬‫ا‬‫ق‬ ُ‫ر‬‫ي‬ِ‫ص‬‫ا‬‫م‬ْ‫ال‬ ِ َّ ‫ّللا‬ ‫ى‬‫ا‬‫ل‬ِ‫اإ‬‫و‬ ۗ ُ‫ه‬ ‫ا‬ ‫س‬ْ‫ف‬‫ا‬‫ن‬ ُ َّ ‫ّللا‬ ُ‫م‬ُ‫ك‬ُ‫ر‬ِ‫اذ‬‫ح‬ُ‫ي‬‫ا‬‫و‬ Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.
  • 11. • Hanya ditujukan kepada orang kafir harbi iaitu golongan yang menentang Islam berdasarkan asbab al-nuzul ayat tersebut. Aplikasinya tidak terpakai ke atas orang kafir dhimmi yang sememangnya hidup dalam negara Islam dan tertakluk kepada semua polisi dan dasar kerajaan Islam • Menurut Rashīd Ridā larangan melantik orang kafir sebagai pemimpin tidak bersifat mutlak tetapi ditaqyidkan dengan beberapa ciri yang menjadi sebab kepada larangannya. Terdapat beberapa ciri pengharaman: • Orang bukan Islam mempunyai hasrat untuk menghancurkan Islam • Suka melihat umat Islam sengsara • Mempunyai perasaan benci dan hasad dengki mendalam terhadap umat Islam.
  • 12. Aliran Fuqaha’ yang Melarang • Pandangan ini menegaskan orang bukan Islam tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam kepimpinan kerajaan Islam. • Imam al-Haramayn, Ibn al-Munzīr • Riwayat Ibn Mājah daripada Aishah r.a. berkata: • “Rasulullah SAW bersabda sesungguhnya kami tidak akan meminta bantuan orang Mushrik”. • Ibn Kathīr menegaskan hadith dan ayat al-Quran tersebut sebagai bukti pengharaman perlantikan ahl al-dhimmah ke jabatan kitābah kerana jawatan tersebut mempunyai makna al-Istitālah (memegang rahsia) orang Islam. Ini akan menyebabkan segala urusan rahsia umat Islam diperolehi oleh ahl al-dhimmah kerana kemungkinan rahsia-rahsia tersebut akan terlepas ke tangan musuh melalui mereka.
  • 13. Realiti Penglibatan Bukan Islam dalam Pentadbiran Semasa • Mengambil kira realiti politik semasa tidak pernah menafikan kontrobusi rakyat bukan Islam dalam pembinaan tamadun Islam daripada semua aspek termasuk politik dan pemerintahan. • Kalimah awliyā’, dikhususkan dalam konteks mengadakan kerjasama politik dengan bukan Islam sehingga menggadaikan kemaslahatan Islam. Perkataan kaafirīn pula dimaksudkan sebagai kafir harbi. Hal ini disebabkan nas-nas tersebut itu ditujukan khusus kepada orang kafir harbi. • Begitu juga dengan hadith-hadith yang berkaitan dengan al-Isticānah bi al-Mushrikīn, di mana faktor Baginda SAW menolak beberapa bantuan mereka berdasarkan kemaslahatan yang wujud sewaktu itu dan ia bukanlah menjadi sesuatu tindakan yang bersifat dasar yang tidak boleh langsung diijtihadkan. • Hal ini dibuktikan sendiri oleh beberapa hadith lain yang meriwayatkan Baginda SAW pernah menerima bantuan orang bukan Islam
  • 14. Syarat-syarat Penglibatan Orang Bukan Islam dalam Kerajaan 1. Penglibatan bukan Islam hendaklah tidak menggugat kestabilan sistem pemerintahan dan terjamin daripada sebarang ancaman • Pemimpin mestilah mempunyai kriteria seperti berikut; i. Memiliki kepakaran dan profesionalisme yang diperlukan. ii. Menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada kerajaan. iii. Bersikap jujur dan amanah dalam menjalankan tugas. iv. Pemantauan kerajaan ke atas setiap tindakan mereka dan berwaspada daripada tindakan sabotaj.
  • 15. 2. Kepimpinan Utama Kerajaan Didominasi Umat Islam • Selaras dengan objektif penubuhan negara Islam • Sebuah negara Islam yang diterajui oleh kepimpinan Islam yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi ke arah Hirasat al-Din wa Siyasat al-Dunya.
  • 16. KESIMPULAN • Isu perlantikan bukan Islam sebagai pemimpin merupakan persoalan ijtihadiyyah siyasiyyah. • Bergantung kepada keperluan dan keadaan semasa di mana ia merupakan polisi yang berubah- ubah. • Selain daripada pengambilkiraan maslahah, ia perlulah memberikan perhatian kepada nilai- nilai setempat yang mempunyai kesannya tersendiri dalam pembentukan hukum.