1. Ijazah Sarjana-Semester 2
Sesi 2014/2015
KPT6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN
ELEKTRONIK DAN WEB
TAJUK:
ULASAN DAPATAN JURNAL
DISEDIAKAN OLEH :
KHAIRIL AZAM B MD YAHYA
PENSYARAH :
Profesor Madya Dr. Abd Latif Haji Gapor
2. Berdasarkan kajian yang telah oleh Nor Fadila Mohd Amin & Chiew Kai Wan, pengkaji
mendapati bahawa para guru mempunyai persepsi positif terhadap penggunaan
perisian Kemahiran Hidup dalam pengajaran. Fowzia Osman (1991) juga mendapati
bahawa guru Kemahiran Hidup mempunyai persepsi dan sikap yang positif terhadap
matapelajaran tersebut. Beliau mendapati guru faham matlamat dan objektif mata
pelajaran tersebut dan berpendapat bahawa Kemahiran Hidup perlu diajar kepada
semua pelajar. Pernyataan ini disokong oleh Noor Adzhar Zain (2000), bahawa
keyakinan guru-guru Kemahiran Hidup dalam menggunakan komputer sebagai bahan
bantuan mengajar menunjukkan sikap positif dengan maklum balas bersetuju r
adalah sebanyak 77.6%. Selain itu, majoriti guru berminat menggunakan perisian
Kemahiran Hidup semasa proses pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup.
3. Abdul Rasid, Norhashimah & Shamsudin (2012) menyatakan bahawa perisian
multimedia membantu murid mengenal vokal dan konsonan dengan lebih mudah
melalui pencapaian min yang tertinggi iaitu 4.38 (SP=.54). Di samping itu, murid-
murid program Bimbingan Membaca dan menulis (PROBIM) ini juga
berpandangan bahawa perisian multimedia juga membantu mereka memahami
perkataan, mengenal huruf-huruf abjad, mengenal vokal dan konsonan, menyebut
dan membunyikan suku kata terbuka dengan lebih mudah. Hal ini menunjukkan
bahawa perisian multimedia dapat meningkatkan keupayaan murid-murid
PROBIM dalam membaca.
4. Kajian oleh Chenu. Gayraud, Martinie dan Tong (2007) di Lyon University bagi
menentukan keberkesanan pembelajaran bahasa Perancis sebagai bahasa kedua
antara kumpulan yang didedahkan menggunakan komputer dengan kaedah kelas
yang belajar bahasa Perancis secara manual (buku teks dan kuliah) telah
menunjukkan terdapat perbezaan signifikan skor ujian pasca antara kedua-dua
kumpulan dengan kumpulan yang didedahkan melalui penggunaan komputer
memperoleh markah yang lebih tinggi. Ini menunjukkan penggunaan komputer
memberi kesan positif dalam pembelajaran bahasa Perancis.
5. Kajian Suraya Tarasat dan Aisah Daud menyatakan bahawa penggunaan perisian
asas membaca lebih berkesan dalam membantu meningksatkan pencapaian
keseluruhan kemahiran asas membaca murid-murid prasekolkah yang menjadi
sampel kajian berbanding pengajaran secara tradisional. Peningkatan ini disebabkan
murid-murid lebih tertarik dengan suasana pembelajaran yang berbeza dengan
kaedah treadisinal. Tambahan penggunaan perisisan komputer memberikan lebih
motivasi kepada murid untuk belajar
6. RUMUSAN
Penggunaan multimedia dan perisian komputer mampu meningkatkan prestasi dan
motivasi para pelajar dalam pembelajaran. Tambahan ia merupakan salah satu
faktor yang penting dalam pembelajaran abad ke 21.