1. KATA HUBUNG
-kata hubung digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, atau
klausa dengan klausa untuk membentuk ayat.
Kata Hubung Penggunaan Contoh
dan digunakan untuk menggabungkan
subjek dan predikat atau untuk
menunjukkan dua unsur yang setara.
Chun Hong membeli buku dan
majalah di kedai buku itu.
atau digunakan untuk menunjukkan pilihan. “Kamu suka buah manggis atau
duria?” tanya nenek.
lalu digunakan untuk menggabungkan dua
perkara aatau perbuatana yang
dilakukan berturut-turut.
Ayah masuk ke dalam kereta lalu
menghidupkan enjin.
tetapi digunakan untuk menunjukkan
sesuatu perkara yang berlainan atau
unsur yang bertentangan.
Cheah seorang yang peramah tetapi
abangnya agak pemalu.
sambil digunakan untuk menunjukkan
sesuatu yang dibuat serentak.
Lina mencuci pakaian sambil
menyanyi.
kerana digunakan untuk menerangkan sebab. Kumar tidak hadir ke sekolah
kerana demam.
serta digunakan utuk menunjukkan
perbuatan serentak.
Leong serta kawan-kawannya pergi
ke pameran buku itu.
jika / kalau digunakan untuk menyatakan syarat
tertentu.
Karmila akan menyertai rombongan
itu jika diizinkan oleh ibunya.
apabila / ketika digunakan untuk menerangkan masa. Hari sudah gelap apabila dia tiba di
tempat itu.
Ayah sedang mencuci kereta ketika
kami tiba.
selepas /
sebelum /
kemudian
digunakan untuk menerangkan
perbuatan.
Adik tertidur di atas sofa selepas
makan ubat.